Post on 12-Aug-2015
description
transcript
Huraikan kepercayaan, amalan-amalan, perayaan-perayaan utama dan nilai-nilai yang berkaitan dengan agama Hindu.
“Hindu religious culture constitutes an important element in the ethnographic pattern of Singaporean life and the Hindu experience in Singapore provides an illustration of the way a complex religious system associated with a basically agrarian civilization interacts with, and adjusts to, a highly urbanized and rapidly changing socio-cultural environment.”1
Menurut Lawrence, kebudayaan agama Hindu merupakan satu
faktor penting dalam pembentukan kajian corak hidup penganut-
penganut Hindu di Singapura. Pengalaman hidup mereka di Singapura
menggambarkan betapa kompleksnya sistem agama yang dikaitkan
dengan dasar tamadun pertanian berhubungan dan penyesuaian
dalam keadaan socio-budaya yang tinggi kekerapan pertukaran dan
perbandaraannya di Singapura. Walau bagaimanapun, masyarakat
India yang khususnya beragama Hindu telah dapat menyesuaikan diri
mereka dengan kehidupan canggih di Singapura.
Masyarakat India Di Singapura
Orang-orang India yang pertama datang ke pantai Asia Tenggara
sejak 100 Sebelum Masihi. Mereka berniaga kain, perkakas besi dan
batu permata serta rempah ratus. Nama Singapura ada terdapat
pengaruh Sanskrit iaitu ‘Singa’ – binatang singa dan ‘pura’ yang bererti
bandar. Bila Sir Stamford Raffles mengistiharkan Singapura sebagai
1 Lawrence A.Babb “Patterns of Hinduism” dlm Ong Jin Hui (ed.) Understanding Singapore Society. Singapura. JBW Printers & Binders Sdn Berhd., 1997 hlm 163 - 177
1
pusat perdagangan, orang-orang India pun ikut sama. Narayana Pillai
menggalakkan orang-orang India dari Pulau Pinang datang menolong
membina infrastruktur Singapura.
Seramai 7.1% dari pada penduduk Singapura adalah orang-orang
India. Mereka terdiri daripada berbagai kumpulan. Ada yang datang
dari India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka dan tidak kurang juga yang
datang dari Afrika. Perkataan India itu masih samar kerana ia mewakili
berbagai kelompok yang berbeza dari segi budaya, bahasa, agama dan
asal-usul mereka di Benua India. Tambahan lagi, mereka dibezakan
juga dari segi pegangan moden dan bebas dengan yang tradisional
dan kolot.
Orang-orang India yang beragama Hindu di Singapura ialah
56.5%. Kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Tamil kerana
63.9% orang-orang India di sini adalah orang Tamil. Secara
keseluruhannya, terdapat sebanyak 10 kumpulan bahasa yang
berbeza. Dalam tahun 1978, walaupun Tamil sudah menjadi bahasa
rasmi di Singapura, difahamkan bahawa ramai orang India lebih
memahami bahasa Melayu dari Tamil atau English. Semenjak tahun
1992 bahasa Tamil, Hindu, Urdu, Punjabi, Bengali dan Gujerati sudah
ditawarkan sebagai bahasa kedua untuk penuntut-penuntut di sekolah.
Penglibatan orang-orang India dalam masyarakat Singapura
begitu ketara sekali terutama sekali dalam bidang politik, perniagaan
2
dan karyawan khasnya perundangan. Tidak kurang juga yang
menceburi persatuan pekerja, polis, tentera, penjaga dan buruh kasar.
Asal-usul Agama Hindu
Lebih kurang 5 000 tahun dahulu, para cendikiawan di India
mencari jawapan untuk menentukan asas dan persoalan kehidupan
yang kekal abadi. Ini termasuklah kewujudan cakerawala iaitu tempat
kediaman manusia dan misteri kehidupan dan kematian. Pemikiran
yang mendalam dan pengalaman mereka dapat dilihat dari hasil
pengamatan falsafah yang dipanggil ‘sutras’ dan inilah menjadi asas
agama Hindu.
Kepercayaan-kepercayaan Asas Hindu
1. Penganut-penganut Hindu percaya bahawa ada keselarasan dalam
makhluk dan kehidupan. Bahagian yang berbeza di cakerawala ini
tidak boleh dianggap sebagai berasingan tetapi sebagai jelmaan
dari Maha Satu iaitu Brahman. Salah satu rupa Brahman ialah Yang
Mutlak atau tidak terhad, dari itu dia tiada bentuk yang tetap
kerana dia Maha Kuasa dan Maha Wujud. Lagi satu aspeknya ialah
Isvara dengan berbagai bentuk dan yang menentukan di samping
berbagai jelmaan. Dia dijelmakan sebagai tiga bersatu yang digelar
Brahma iaitu pencipta, Vishnu sebagai penyelamat dan Shiva
sebagai pembinasa. Lain-lain tuhan seperti Ganesha, Murugan,
3
Parvathi, Lakshmi, Amman dan lain-lain lagi adalah juga jelmaan
yang ada kaitan dengan kuasa kedewaan.
2. Hindu percaya pada setiap roh (Atman) dan pembebasannya.
Pembebasan ini bermakna bersatu dengan tuhan. Setiap roh itu
dianggap boleh lahir kembali, berkali-kali dan pusingan kelahiran,
hidup, mati dan lahir kembali dinamakan sebagai samsara.
Penjelmaan semula bergantung kepada Karma iaitu Hukum Sebab
dan Akibat. Pemikiran dan keinginan serta perbuatan seseorang itu
menentukan kehidupan masa depannya. Seseorang itu boleh
meraih salah satu kehidupan masa depannya dengan apa yang
telah disemai dalam kehidupannya masa kini. Proses lahir kembali
ini dipanggil “Transmigrasi” atau perpindahan roh. Proses ini akan
terus berlaku sehingga pembebasan dari pusingan hidup dan mati
dicapai.
3. Hindu percaya pada menjalani hidup yang berlandaskan kebenaran
supaya dapat mencapai tujuan kehidupan yang terakhir iaitu
pembebasan. Ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai kebajikan,
dermawan, kawal diri, kasihan kepada yang menderita, murah hati
kepada mereka yang memerlukan dan sebagai tugas terhadap
manusia.
4. Berikut adalah beberapa penulisan yang membentuk kitab-kitab
Hindu.
4
(a) Kitab yang asas Hindu dipanggil “Vedas”. Terdapat empat “Vedas”
dan
kesemuanya dalam bahasa Sansktrit. Kesusasteraan “Vedas” ini
termasuklah
mazmur, falsafah dan upacara. Kitab-kitab ini disusun di antara
tahun 2000-
1500 Sebelum Masihi.
(b)Hasil yang kedua pentingnya ialah Bhagavad Gita yang disusun
oleh Vyasa.
Ia adalah ikhtisar segala dasar falsafah Hindu. Ia juga adalah
sebahagian dari
syair kepahlawanan atau epik Mahabrata di mana ia dikarang di
antara tahun
300 Sebelum Masihi dan 2000 Tahun Masihi.
(c) Sutra Brahma mencerminkan dasar falsafah dalam pepatah-
pepatah yang
bernas penggunaan bahasanya. Penulisannya dilakukan di antara
tahun 500
Sebelum Masihi hingga 400 Tahun Masihi.
AUM
Ia diterima manusia sejagat sebagai lambang Hindu. Lambang
ini dianggap suci kerana ia melambang tuhan yang berkuasa
mencipta, menubuhkan dan membubarkan. Ia mengandungi tiga
5
huruf iaitu “a”, “u” dan “m”. “A” melambangkan permulaan
(adimatva), “U” melambangkan kemajuan (utkarsa) dan “M” mewakili
terhad atau pembubaran (miti).
Dalam pemujaan Hindu, bunyi yang suci disebut dengan penuh
keteguhan di mana udara yang keluar dari paru-paru diandaikan sama
seperti roh tuhan yang datang mendekat. Dengan sebutan begini,
seseorang itu terpaksa menggunakan belakang anak tekaknya, lelangit
dan mulut. “AUM” menggunakan kesemua bunyi ini di mana “A” di
belakang anak tekak, “U” bunyinya dikeluarkan dari mulut dan “M”
pula bila bibir ditutup rapat. Dari itu, bila menyebut “AUM”, seseorang
itu memanggil tuhan sehingga ke taraf bunyi yang tinggi. Jika ia
disebut dengan betul dan tepat, ia merupakan satu ibadah yang
sempurna.
Amalan-amalan Hindu
Majoriti masyarakat India di Singapura bermastautin di High
Street dan Serangoon Road atau “Little India”. Di sinilah terletaknya
kedai-kedai yang menjual keperluan-keperluan mereka seperti
pakaian, barang dapur dan juga barang kemas. Sepanjang jalan
Serangoon Road ada menjual bunga-bunga segar untuk kaum wanita
India yang sudah berkahwin untuk dihiaskan di rambut supaya
kelihatan cantik dan menceriakan lagi hidup dalam rumahtangga.
6
Bagi suami-suami pula, mereka juga akan singgah di “Little
India” ini untuk membeli bunga dan gelang untuk isteri-isteri mereka
sebagai lambang cinta sejati dan mereka juga tahu bahawa jika
seseorang suami itu mati, si isteri tidak akan memakai bunga di kepala
dan gelang di penggelangan tangan.
Pemujaan di rumah
Penganut-penganut Hindu mempunyai keperacayaan yang utuh
di mana ia disebatikan dalam corak kehidupan seharian mereka.
Setiap penganut Hindu selalunya ada tempat pemujaannya sendiri di
rumah. Gambar atau patung tuhan Hindu akan diletakkan di tempat
sembahyang itu. Tempat pemujaan ini bolehlah digantung atau
diletakkan di dalam bilik yang khas untuk upacara pemujaan ini.
Pertama sekali lampu akan dinyalakan. Pemujaan di rumah
termasuklah membakar kemenyan, menawarkan bunga, buah dan
makanan, nanyian dan pengucapan nama-nama tuhan serta
penggunaan kapur barus. Bila ada perayaan, pemujaan khas akan
dijalankan di rumah. Setiap pagi, bagi keluarga yang lebih tradisional,
siibu akan sembahyang dan bakar kemenyan di tempat sembahyang
untuk memberi hormat kepada tuhannya. Amalan ini boleh dilakukan
selepas terbit matahari.
Pemujaan di Kuil Hindu
Hari Jumaat adalah hari yang utama bagi penganut-penganut
Hindu. Mereka akan ke kuil untuk bersembahyang atau upacara
7
pemujaan. Sami dan penganut agama Hindu akan memuja tuhan
bersama-sama. Si sami sebagai wakil si penganut akan menjalankan
upacara memuja seperti biasa mengikut undang-undang yang telah
ditetapkan dalam kitab Hindu. Sami selalunya memulakan pemujaan
dengan membaca mazmur yang dapat menyucikan udara dan benda.
Kemudian sami akan berdikir yang khas untuk tuhan. Pemujaan ini
boleh dilakukan sebanyak 5 – 7 kali sehari, bergantung kepada kuil itu
sendiri. Tiada pemujaan dijalankan antara jam 1.00 – 5.00 petang.
Pemujaan yang utama dalam sehari itu termasuklah
memandikan tuhaan (abisekam), memakaikan pakaian dan
menghiaskan tuhan (Alankaram), menawarkan makanan (nivedanam),
pemujian denga lampu dan kemenyan
(deeparadana) dan berdikir dengan memuji tuhan dan meletakkan
bunga di atas patung (Archana). Selepas itu sami menyampaikan
rahmat tuhan kepada penganut melalui cenderamata suci seperti bau
kapur barus, abu, air dan adunan kayu cendana, warna merah tua
(kunguman) daun vilva atau Thulasi. Cenderamata ini berubah dari
satu tuhan ke tuhan yang lain.
Semasa memuja, penganut-penganut dikehendaki khusyuk
menghadap tuhan dengan perasaan rendah diri dan membersihkan diri
dari segala fikiran yang sesat. Sujud atau meniarap pada awal dan
akhir upacara pemujaan untuk meluahkan perasaan rendah diri atau
menyerapkan nilai rendah diri.
8
Berbagai persembahan akan ditawarkan atau dijual.
Kebiasaannya ialah sebatang buah pisang dan setengah biji kelapa
yang berharga $1.50 di mana persembahan ini melambangkan
“vasanas” iaitu nafsu manusia. Buah-buahan itu dipersembahkan
kepada tuhan sebagai rayuan meminta pertolongan supaya “vasanas”
dapat diketepikan kerana hati yang mengawal kehidupan tidak
ditakluki oleh nafsu fizikal atau ditipu oleh panca indera.
Mengenepikan “vasanas” adalah penting untuk meniti hidup ke
peringkat nivana di mana manusia dapat bersatu di alam yang kekal
dan dibebaskan dari jalinan lahir semula iaitu penjelmaan atau
reinkarnasi.
Mereka yang merayu dalam upacara ini akan menulis nama di
secebis kertas dan sami membacakan nama mereka ketika
sembahyang secara formal. Mereka akan diberi abu suci dan beras
untuk diletakkan di dahi, daun sireh untuk dikunyah oleh orang-orang
tua atau ditempatkan di tempat pemujaan. Buah-buahan tadi yang
sudah direstui bolehlah dibawa pulang untuk dimakan atau diletakkan
di tempat pemujaan di rumah. Sekiranya persembahan itu tidak
dimakan dan setelah busuk atau rosak, baharulah dibuang di bawah
pokok atau sungai untuk disebatikan dengan alam semula jadi.
Wanita India yang memakai penanda merah di dahi untuk
menunjukkan bahawa dia sudah kahwin. Bagi wanita yang baharu
berumahtangga, dia menggunakan penanda warna hitam. Warna
9
hitam ini dapat menentang mata hantu. Jika seorang budak
perempuan menerima banyak pujian, masyarakat India percaya
bahawa dia akan ditimpa kemalangan. Dari itu, penanda hitam ini
dapat melawan godaan kejahatan atau syaitan. Pada masa ini, gadis-
gadis memadankan penanda dengan pakaian mereka. Ini bukanlah
tradisional tetapi hanyalah mengikut fesyen.
Tatatertib Sosial
1. Berjabat tangan sesama jantina.
Orang lelaki India berjabat tangan antara satu dengan lain begitu
juga dengan kaum wanita. Mereka tidak berjabat tangan dengan
jantina yang berbeza.
2. Berjabat tangan dengan jantina yang berbeza.
Dalam suasana kebaratan dan perniagaan, wanita dan lelaki
berjabat tangan, tetapi hal ini dikatakan tidak sopan. Dari itu,
orang-orang Barat hanya digalakkan menganggukkan kepala dan
senyum bila diperkenalkan kepada orang India yang berbeza
jantinanya.
3. Berkenalan mengikut martabat
Secara sopan, mereka yang lebih tua harus diperkenalkan
dahulu dan nyatakan nama mereka kemudian baharulah yang
muda. Wanita juga didahulukan namanya sebelum menyatakan
nama kaum lelaki.
Memberi Salam
10
Di Singapura sekarang, ramai orang muda tidak memberi salam
secara tradisional di kalangan yang sebaya. Tetapi jika seorang yang
muda itu bersopan, dia akan memberi salam kepada yang lebih tua.
Cara memberi salam ialah dengan menemukan kedua tapak tangan,
angkat sedikit ke paras muka dan menundukkan kepala sedikit ke
bawah. Ucapannya ialah “Vanakkam”. Cara-cara teguran lain di
Singapura seperti “Hello,apa khabar?”, “Lama tak jumpa” atau
“Bagaimana dengan keluarga anda?” dan lain-lain lagi.
Nama
Kebanyakan masyarakat India, nama keluarga mereka mengikut
pihak lelaki atau bapa. Sementara kaum Malayalee yang mengikut
nama ibu contohnya “Nair” yang menunjukkan bahawa keturunannya
adalah mengikut aliran ibunya.
Nama Lelaki
Di Singapura, masyarakat India tidak menggunakan nama
keluarga. Mereka hanya mengambil huruf awal nama bapanya
mendahului namanyasendiri misalnya “S. Gopinathan” di mana “S”
adalah huruf awal nama bapanya “Sundarmorthi” sementara
“Gopinathan” adalah namanya sendiri. Oleh kerana “Gopinathan”
terlalu panjang, dia boleh dikenali juga dengan panggilan “Gopi” atau
“Nathan”. Dari itu nama penuh lelaki itu diatur seperti berikut :
Gopinathan anak lelaki Sundarmorthi
(Nama lelaki) a/l (Nama bapanya)
11
Adakala juga, lelaki ini boleh menulis namanya seperti “Gopi a/l
Sundar”.
Nama Perempuan
“Sudha anak perempuan (a/p) Gopinathan” menunjukkan
bahawa “Sudha” adalah anak perempuan “Gopinathan”. Sekiranya
huruf awal nama bapa digunakan namanya ditulis kemudian
contohnya “G.Sudha”. Setelah “Sudha” berkahwin, namanya sebagai
“Sudha Thiruselvam” di mana namanya dikuti oleh nama suaminya.
Teman dan rakan sekerja akan merujuknya sebagai “Puan
Thiruselvam” atau “Puan Thiru”.
Nama Keluarga
Ada di antara masyarakat India yang menggunakan nama
keluarga turun temurun contohnya “M.G.Pillai”.
Buku-buku
Bagi masyarakat India, buku-buku adalah suci. Mereka tidak
akan dudukkan, buang atau memegangnya dengan cara tidak sopan.
Penghormatan begini berlaku kerana dahulunya hanya wujud kitab-
kitab agama yang bertulis. Tambahan pula, buku melambangkan ilmu
dan pembelajaran yang tidak ternilai harganya.
Pakaian
1. Untuk lelaki, mereka selalu memakai pakaian seperti orang Barat
apabila
12
bekerja. Kebiasaan di rumah pula, mereka lebih suka berpakaian
tradisional.
2. Sementara gadis dan wanita, bila ke sekolah, mereka memakai
pakaian
seragam sekolah. Bila sudah baligh, mereka berpakaian tradisional
sama ada
sari atau satu sut Punjabi yang berbenangkan sutera, kain kapas
atau
“polyester”. Berpakaian satu sut Punjabi lebih selesa dan senang
dari sari.
Pada masa ini, pengaruh Barat sungguh ketara sehingga mereka
lebih gemar
memakai seluar “jeans”, gaun, skirt dan blaus. Berpakaian begini
Bergantung kepada taraf pendidikan dan pegangan agama
seseorang itu.
3. Menghadiri majlis orang India.
Bila dijemput ke majlis atau melawat rumah mereka, tetamu tidak
boleh memakai pakaian yang menjolok mata dan berahi.
Geraklaku dan Cara Berhubungan
1. Menunjuk. Jangan menunjuk seseorang dengan jari tunjuk kiri atau
kanan
atau dengan dua jari. Jika hendak merujuk, gunakan keseluruh
tangan
13
kanan yang digenggan dan tapaknya menghadap ke atas.
2. Kepala. Jangan menyentuh anak kecil di atas kepalanya. Malahan
semua
orang India tidak suka kepala mereka sentuh. Mereka percaya
bahawa
kepala adalah bahagian badan yang suci di mana bahagian yang
boleh
berhubung dengan tuhan secara langsung tiada halangan.
Menepuk pipi
anak kecil digalakkan dan dilakukan sebagai mesra dan sayang.
3. Menyentuh jantina yang berbeza. Sebagaimana orang-orang Cina
dan
Melayu, sentuhan yang memberahikan tidak dibenarkan di tempat
umum
ataupun di majlis-majlis formal.
4. Jarak Pergaulan. Masyarakat India masih mengamalkan jarak sosial
iaitu
satu lengan jauhnya bila berhadapan dengan jantina yang berbeza.
5. Gelengan Kepala. Bila bercakap dengan seseorang, gelengan
kepala bererti
setuju iaitu berbeza dengan fahaman orang Barat di mana gelengan
bermakna “tidak”.
14
6. Tangan Kanan. Seperti orang Melayu, orang India juga tidak
menggunakan
tangan kiri bila bersosial. Jika terpaksa juga menggunakan tangan
kiri untuk
menerima atau mengangkat barang berat, gunakan bahagian atas
tangan
kiri.
Merokok
1. Jangan menawarkan wanita India supaya merokok kerana tidak
merokok.
2. Mintalah izin jika ingin merokok di rumah orang India yang
dikunjungi.
Menziarahi Kuil
1. Tanggalkan kasut dan letakkan di bahagian kiri atau kanan pintu
masuk.
2. Orang India selalunya melangkah masuk dan tidak memijak
ambang pintu.
3. Kebiasaannya mereka mandi sebelum ke kuil. Bila sudah berada di
kuil, mereka mencuci kaki, muka dan mata sebelum masuk ke
dalam kuil.
4. Patung dan gambar di dalam kuil tidak dibenarkan sentuh.
5. Dibenarkan berbicara secara perlahan tetapi mestilah diam bila ada
upacara agama yang dijalakan.
15
6. Di dalam kuil ada beberapa candi yang dipisahkan dengan tirai.
Para pelawat tidak dibenarkan melewati tirai itu kerana tempat itu
dianggap suci.
7. Wanita yang kedatangan haid juga tidak dibenarkan masuk ke
dalam kuil.
8. Wanita juga digalakkan berpakaian sopan sebagai tanda hormat.
9. Jika hendak mengambil di kuil, mestilah minta kebenaran dari pihak
kuil.
10. Jika hendak khidmat sami, sebaik-baiknya berilah upah sejumlah
$3 atau $5 kerana nombor ganjil adalah bertuah.
Menziarah rumah orang India
1. Jemputan. Jemputan secara tidak formal lebih disukai misalnya
untuk makan
malam, panggilan telefon sudah memadai. Manakala majlis formal
seperti
jemputan kahwin, kad jemputan diperlukan. Orang India gemar
jemputan
yang menyatakan masa dan tempat. Jika nama orang yang
menjemput
dinyatakan di dalam kad jemputan, itu adalah lebih baik.
2. Orang India prihatin mengenai kedatangan yang tepat pada
waktunya.
16
3. Tanggalkan kasut di tepi kiri atau kanan pintu rumah. Jika ada
tempat sembahyang di dalam rumah, kasut hendaklah ditanggalkan
sama sekali.
4. Tetamu bolehlah juga membawa buah tangan jika menziarah
keluarga orang India. Setelah masuk ke dalam rumah, beri masa
kepada tuan rumah mencari tempat duduk yang sesuai untuk
tetamu. Dalam majlis perkahwinan atau kematian, tetamu mungkin
disuruh duduk bersila di atas lantai. Kalau ada tetamu yang lebih
tua, orang lain tidak boleh duduk dengan kaki bertindih sebagai
tanda hormat.
5. Perbualan antara lelaki dan perempuan tidak digalakkan. Perbualan
mengenai seks dan kata-kata lucah dilarang sama sekali.
6. Kebiasaannya tetamu lelaki dan perempuan duduk di tempat yang
berlainan di rumah yang diziarahi.
Makan dan Minum
1. Daging. Kebanyakan orang India tidak makan daging lembu kerana
ia
dihormati dalam agama Hindu. Tambahan pula, lembu dianggap
suci kerana
susunya minuman manusia. Terutamanya hari Jumaat, penganut
tidak
masak dan makan daging.
17
2. Orang-orang India suka makan sayuran yang dimasak sehingga
lodoh.
3. Tairu adalah minuman kegemaran mereka kerana ia dapat
penghazaman.
4. Manisan dan Lemak. Orang-orang India di Singapura sekarang
sedar akan pentingnya mengurangkan pemakanan makanan
berminyak untuk merendahkan kandunngan kolestrol dalam badan.
Dari itu manisan dan cuci mulut yang menggunakan susu sejat
terpaksa dikurang pemakanannya.
Pemilihan Makanan
Ramai penganut Hindu yang hanya memakan sayur-sayuran.
Golongan Brahmin yang tinggi kedudukan kastanya dalam masyarakat
India juga memakan sayur sahaja. Sami dan ahli falsafah dikehendaki
memakan sayur sahaja kerana mereka ditugaskan mengkaji kitab-
kitab suci. Di samping makan sayur sahaja, mereka juga mesti mandi
di sungai yang airnya mengalir dua kali sehari dan memakai benang
yang suci untuk menjelaskan martabat mereka.
Tepung gandum dan beras merupakan makanan utama mereka.
Begitu juga dengan rempah ratus dan sos cili. Hidangan makanan
mereka juga berwarna-warni yang dapat menaikkan selera seseorang.
Sebelum acara kenduri dimulakan, penganut Hindu akan
mengenepikan sedikit juadah untuk dipersembahkan kepada tuhan
dahulu. Kemudian baharulah jamuan dipersilakan untuk makan.
18
Perayaan Akil Baligh
Orang-orang India akan meraikan anak perempuan yang baharu
mencapai akil baligh. Upacara ini dinamakan “Chamathi Chadanja”. Ia
diraikan pada tarikh-tarikh ganjil seperti yang ke tujuh, ke sembilah
atau ke sebelas pada bulan itu.
Gadis yang baharu baligh ini dipakaikan sari yang tiada berwarna
hitam kerana hitam melambangkan gangguan hantu. Dia didudukkan
bersama saudara-mara. Tiga wanita yang sudah berkahwin dan
beranak akan menghadap gadis ini. Ini melambangkan bahawa gadis
itu akan menempuh hidup yang bahagia seperti mereka. Sebaik-
baiknya salah satu wanita itu mestilah isteri kepada pak cik sebelah
ibu gadis itu, di mana anak lelaki mereka akan menjadi pasangan yang
secucuk dengan gadis itu.
Ranting kayu, lumpur dan dedaun diletakkan di kaki gadis itu
sebagai lambang kekotoran yang akan dicuci semasa upacara ini. Pak
cik sebelah ibu gadis itu akan menuangkan sedikit-sedikit air susu
yang di dalam baldi (lambang kebersihan), juga mengandungi duit
syiling (lambang kekayaan) dan rumput (lambang kesuburan). Jumlah
mereka yang bersama gadis itu mestilah ganjil dan lakukan seperti pak
ciknya tadi. Kemudian pak cik itu akan memecahkan sebiji kelapa.
Jika pecahanya rata tidak bergerigi, ini meramalkan bahawa gadis itu
akan menikmati perkahwinan yang bahagia.
19
Jumlah wanita yang ganjil akan pergi kepada tiga wanita tadi dan
membawa dulang berisi beras di dalam semangkuk buluh supaya dia
panjang umur dan kaya. Sebatang pisau tajam dicacakkan di tengah-
tengah beras tadi untuk melambangkan perlindungan dari gangguan
hantu dan sebatang lampu suluh yang dinyalakan untuk
melambangkan kegembiraan dan keceriaan dalam kehidupannya
nanti. Dulang-dulang ini akan dihulurkan dari kanan gadis itu kepada
satu wanita kepada yang lain. Akhir sekali, gadis itu akan diberi sebiji
kelapa yang masih bersabut. Biji kepala ini diletakkan diatas daun-
daun mangga dan mempunyai dot merah di tengah-tengahnya untuk
menghalau hantu. Dia kan memberikan kelapa ini kepada pak cik dan
isterinya tadi sebagai ucapan terima kasih.
Majlis ini akan dihadiri oleh kaum keluarga yang terdekat.
Hadiah untuk si gadis ini berupa wang yang ganjil jumlahnya dan
barang kemas. Tetamu pula dihidangkan jamuan makanan sayuran.
Masa Perkenalan
Pemuda dan pemudi India tidak berjumpa sebelum ikatan
pertunangan dijalinkan. Mereka selalu bertemu semasa acara sosial
dalam kumpulan sama
Ada di sekolah atau di universiti. Sehingga sekarang, kebajikan gadis-
gadis India dilindungi.
Pertunangan
20
Pertunangan diadakan beberapa bulan sebelum perkahwinan.
Hanya kawan-kawan yang terdekat dengan keluarga dijemput. Majlis
pertunangan diadakan di rumah perempuan. Seorang sami akan
menilik bilakah perkahwinan itu patut diadakan. Keluarga bakal suami
akn diundang sama. Si gadis akan dihias seperti pegantin perempuan,
didudukkan di atas tikar dan kedua ibu bapanya duduk di kedua belah
sisinya. Sedulang yang berisi beberapa biji kelapa, bunga dan
sebatang lampu diletakkan di hadapannya. Sami itu akan merestui
pasangan itu lalu mereka pun saling bertukar cincin. Walaupun
mereka dibenarkan berjumpa, si gadis itu harus pulang ke rumah pada
waktu yang berpatutan.
Perkahwinan
Secara tradisional, orang-orang India berkahwin di kalangan
kasta, puak, kelas, masyarakat dan taraf pendidikan yang sama. Ini
agak sukar di Singapura kerana jumlah orang-orang India di Singapura
begitu terhad. Masa dahulu, ibu bapa harus mempastikan bahawa
emas kahwin anak perempuan mereka setaraf dengan kekayaan bakal
suaminya. Tetapi sekarang, cinta lebih diutamakan dan emas
kahwinnya bolehlah berbentuk perabot atau barang kemas milik
pangantin perempuan.
Perkahwinan dalam masyarakat India dianggap suci dan kekal
sepanjang hayat. Lambang perkahwinan bagi wanita India Selatan
ialah dot merah di dahi dan “thali”, seutas rantai emas yang diikat
21
dileher isterinya semasa majlis perkahwinan mereka yang lalu.
Manakala lambang perkahwinan wanita India Utara pula ialah gelang
dan secoret garis merah di bahagian pembelah rambut.
Sebelum majlis perkahwinan, pengantin perempuan dimandikan
dengan minyak bijan yang boleh menyejukkan saluran darah. Satu
lagi cara ialah dengan melukis dengan inai di tapak tangan dan kaki.
Ada sesetengah keluarga, mereka adakan majlis tanam pokok.
Pasangan pengantin ini akan menanam pokok kecil di dalam pasu
yang kecil juga. Ini melambangkan kehidupan baharu mereka. Jika
ada taman, pokok itu akan dialihkan ke taman. Sekiranya pokok itu
membesar dengan baik, itu adalah satu petanda yang baik. Selepas
acara menanam pokok, pasangan itu akan menyalin pakaian.
Pengantin perempuan memakai baju yang diberikan oleh pengantin
lelaki, ini melambangkan bahawa dia adalah tanggungjawab suaminya
sekarang.
Hanya wanita yang bahagia perkahwinannya dibenarkan
menghias pengantin perempuan dengan harapan bahawa kebahagian
itu akan singgah kepadanya. Acara kemuncak majlis perkahwinan ini
apabila pasangan pengantin ini berjalan mengelilingi api suci yang
melambangkan unsur pembersihan.
Bila “thali” itu diikat, gendang akan dipalu sekuat-kuatnya untuk
mengatasi bunyi bising, bersin dan lolongan anjung dan lain-lain bunyi
yang dianggap sebagai petanda malang. Kemudian tetamu berjalan
22
lalu di hadapan pengantin sambil menabur beras kunyit yang
melambangkan kesuburan. Pada waktu ini juga, tetamu bolehlah
menyampaikan hadiah berupa wang atau barang kemas, jika belum
memberikan kepada pasangan pengantin itu.
Pasangan pengantin ini akan bermalam di rumah pengantin
lelaki. Mereka akan diraikan dengan nyalaan lampu minyak dan
mereka melangkah masuk dengan kaki kanan supaya mereka dapat
memulakan hidup baharu dengan cara yang betul. Bila pasangan ini
menziarahi kawan-kawan dan saudara-mara, gula-gula akan
dimasukkan ke dalam mulut mereka sebagai tanda kemanisan hidup
sebagai suami-isteri.
Tatatertib Perkahwinan
1. Tetamu sepatutnya hadir tepat pada waktunya dan pulang lebih
kurang
setengah jam selepas majlis makan malam selesai.
2. Tetamu sebaik-baiknya jangan bersin kerana itu adalah petanda
tidak baik.
3. Hadiah sepatutnya diberikan semasa di rumah pengantin sebelum
majlis perkahwinan dijalankan. Jika wang, isikan di dalam sampul
surat yang berisi wang yang berjumlah ganjil misalnya $21.00,
$31.00, $41.00 dan seterusnya mengikut kemampuan tetamu itu
sendiri.
23
4. Warna-warna yang cerah adalah sesuai untuk majlis perkahwinan.
Merah dianggap bertuah.
5. Kasut harus ditanggalkan dan diletakkan ditepi pintu kuil.
6. Jika majlis makan malam di adakan di kuil, hanya hidangan sayuran
disediakan dengan makan menggunakan tangan kanan. Sekira
meja disediakan, jangan berundur setelah kedua-dua orang di
sebelah meninggalkan tempat duduk mereka.
Kelahiran
Selepas kelahiran,seorang sami akan dirujuk untuk menilik
bintang dan nama yang sesuai untuk bayi itu. Tilikan ini juga disimpan
oleh keluarga untuk menetapkan hari-hari yang bermakna untuk bayi
itu seperti pertunangan dan perkahwinan.
Selama 28 hari selepas lahir, kedua-dua ibu dan anak dianggap
di dalam keadaan ‘bersemangat merbahaya.’ Siibu dikenakan banyak
sekatan contohnya menjaga diet, tidak boleh meninggalkan rumah,
tidak boleh melawat kuil, badannya dibalut setiap hari dan semasa
mandi, air panas disimbah di perut untuk mengecutkan rahimnya.
Pada hari ini, banyak upacara agama tidak kekal lama kerana ibu-ibu
bekerja. (51.7% wanita India bekerja)
Ibu bapa akan memanggil bayi itu dengan namanya setelah
berumur 28 hari. Selepas ini bayi sudah terlepas dari ‘bahaya’ di
mana ada keramaian dijalankan dan sanak-saudara serta sahabat-
24
sahabat dijemput. Dalam majlis itu, bayi akan dipangku oleh ayah
atau saudara mara dan namanya akan dibisikan ke telinganya.
Kemudian bayi itu dibawa ke kuil untuk dicukur rambutnya. Ini untuk
memenuhi kehendak siibu untuk berterima kasih kepada ‘Ibu
Kedewaan’ kerana telah selamat melahirkan anak.
Dalam enam bulan pertama, bayi itu dimandikan khas setiap
pagi. Caranya :
1. sapukan ‘gingelly’ ke seluruh badan secara perlahan-lahan.
2. Selepas berihat beberapa minit, ibu akan mendodoikan bayi itu
yang diletakkan di atas pangku siibu.
3. Urut kepala, muka, lengan, kaki dan badan.
4. Bilas badan bayi dengan ait
5. Diberi makanan dan seterusnya sebelum tidur.
Mengurut
1. kepala untuk mencantikkan bentuk
2. dahi licin dan rata
3. bibir untuk mencantikkan bentuknya.
4. Batang hidung diurut untuk kehalusan dan mancung.
5. Mata diurut mengikut bulatan mata supaya menjadi bulat dan
galak. Ibu-ibu yang lebih tua akan mengajar ibu-ibu muda.
Tata Tertib kelahiran
1. Boleh digalakkan melawat ibu bapanya di hospital, tetapi jangan
melawat pada hari Selasa keran tidak baik untuk lawatan.
25
2. Hadiah dibawa bukan untuk siibu tetapi bayi itu contohnya – barang
kemas- rantai, cincin dan gelang kaki.Mainan juga doleh
dihadiahkan. Kalau patung biarlah berwarna cerah dan tidak
berwarna hitam/putih.
3. Ibu baru itu selalu memberikan manisan kepada tetamu untuk
menyataakan manusia kesyukuran.
Kematian
Pengkebumian
Bagi penganut Hindu, bila seseorang itu mati, rohnya akan
meninggalkan rumah hanya pada hari yang ke 16. Jika si mati itu
sangat mesra dengan keluarganya, rohnya akan berlegar selama 40
hari. Disebabkan inilah, pelita dinyalakan di rumah siang dan malam
untuk menghormati roh kerana cahaya itu dianggap rohnya. Upacara
kematian itu dijalankan di rumah si mati. Jiran dan teman dipanggil
menolong keluarga si mati.
Anak sulong lelaki selalunya dikehendaki memandikan bapanya
dan kaum wanita dikehendaki memandikan mayat perempuan. Mayat
dipakaikan pakaian yang baru dan dimasukkan ke dalam keranda kayu
dan syling perak diletakkan di atas kedua-dua matanya supaya
tertutup. Dua buah pelita dinyalakan di kedua penghujung keranda.
Cucu-cucu dan anak-anaknya akan mengelilingi keranda sambil
membawa lilin yang bernyala.
26
Mayat hanya boleh ditempatkan di rumah dengan tidak melebihi
12 jam. Mayat orang-orang dewasa dibakar tetapi anak-anak kecil
tidak. Bila seorang suami mati, isterinya diminta ke hadapan dekat
keranda. Kemudian ‘thali’ akan ditarik dari lehernya sebagai lambang
tamatnya zaman perkahwinannya.Tanda dot merah di dahi akan dilap .
Bagi orang-orang India Utara, gelang tangannya kan dipecahkan, dan
tidak dibenarkan memakai gelang lagi. Kemurungan diperlihatkan
tetapi laungan tiada.
Tatatertib Pengkebumian
1. Sesiapa yang melawat diharuskan berjumpa balu atau duda si mati
dahulu.
Kemudian dia berdiri di hadapan mayat/keranda.
2. Adalah sesuai atau beradab jika kedua tapak tangaan dirapatkan
dan
menundukkan sedikit. Berdoa scara senyap dan kemudian
berundur dari
situ. Hanya kaum lelaki dibenarkan ke tempat pembakaran mayat.
Tetapi
sekarang, kaum perempuan wanita pun turut serta. Pembersihan
rumah
dilakukan selepas mayat diusung keluar.
3. Lingkaran bunga boleh dihantar ke rumah si mati tetapi tidak
digalakkan
27
memberi wang.
4. Warna-warna yang kelam seperti hitam, putih kelabu dan warna-
warna
pucat adalah sesuai. Cuba elakkan warna yang cerah dan ceria.
5. Pelawat-pelawat dikehendaki pulang selepas memberi
penghormatan
kepada si mati.
Pantang Larang Pengkebumian.
1. Jangan melawat keluarga si mati pada hari Isnin, Selasa atau
Khamis. Ini
difahamkan bahawa kemurungan akan berbalik kepada si
pengunjung.
2. Mandi selepas upacara pengkebumian. Selepas pengkebumian,
seseorang
itu tidak masuk rumah sebelum mencuci/menjirus sedikit air di
kepala dan
badan. Sebenarnya, mereka tidak akan minum, makan,cakap atau
menyentuh seseorang selagi belum mandi.
3. Perkahwinan dan pengkebumian pada hari yang sama. Orang-
orang Hindu
4. Tidak akan hadir ke majlis perkahwinan dan pengkebumian pada
hari yang sama. Mereka terpaksa memilih antara satu. Mereka
28
percaya bahawa pasangan pengantin itu akan ditimpa malang jika
tetamunya datang dari upacara pengkebumian.
5. Perkabungan. Janda si mati tidak dibenarkan ke kuil dan
menghadiri apa sahaja majlis dalam setahun setelah suaminya
mati. Untuk anaknya pula, dia tidak dibenarkan kekuil sebulan
selepas kematian ibu/bapanya.
6. Tidak makan daging. Keluarga si mati hanya makan masakan
sayur-sayuran untuk beberapa waktu selepas kematian salah satu
anggota dalam keluarga, selalunya 16 hari kerana roh si mati masih
berlegar di sekitar kawasan rumahnya. Hari yang ke 17, mereka
baca doa selamat dan pemakanan mereka pun bolehlah seperti
biasa.
Agama Hindu dan perayaan-perayaan yang berkaitan
dengannya
Agama Hindu tiada pengasas dan tiada kepercayaan yang tepat
tetapi ia mengandungi beberapa fahaman yang mana penganut-
prnganut Hindu memegang teguh kepercayaan itu. Mereka percaya
bahawa hanya ada satu Semangat Sejagat bernama Brahman iaitu
Tuhan Trimurti (Tuhan Tiga-Dalam-Satu) dengan tiga jelmaan utama
yang sama kebenaran ketuhanannya. Brahma adalah pencipta, Vishnu
yang mempertahankan dan Siva iaitu Pemusnah. Lain kedewaan yang
menentukan asal Tuhan Tiga-Dalam-Satu dilambangkan dengan tuhan
29
yang berbeza. Contohnya Tuhan Murugan yang mewakili remaja,
berani, kebajikan dan kuasa.
Adalah menarik jika dilihat dan difahamkan upacara-upacara dan
perayaan-perayaan yang memberi erti dan tujuan kepada kehidupan
penganut-penganut Hindu.
Deepavali
Perayaan Deepavali yang membawa maksud 'cahaya'
memberi pengertian yang bermakna kepada kaum India seluruh
negara. Cahaya yang bermaksud 'harapan', 'kemenangan' dan
'kebahagiaan' ini tentunya dinanti-nantikan oleh setiap daripada
mereka.
Lebih bermakna lagi jika Deepavali dapat dirayakan bersama ibu
bapa dan
seluruh ahli keluarga yang lain sambil menikmati pelbagai juadah yang
disediakan.
Di negara ini Deepavali tidak hanya disambut oleh kaum India
sahaja
sebaliknya turut dirayakan oleh semua kaum termasuk Melayu dan
Cina
sebagai tanda muhibah dan perpaduan.
Ia disambut oleh kaum India di seluruh dunia yang terdiri
daripada pelbagai etnik, termasuklah Punjabi, Benggali, Marathi dan
Telegu. Mengikut kepercayaan Hindu, Deepavali dirayakan sebagai
30
tanda kegembiraan serta kemenangan kaum tersebut atas kematian
seorang raja yang disifatkan sebagai jahat dan sering menindas rakyat
pada satu masa dahulu. Tuhan Murugan yang menolong rakyat yang
tertindas. Pengajarannya ialah setiap kebenaran akan mengatasi
kejahatan. Ini sekali gus bertujuan untuk memberi keinsafan kepada
setiap individu agar jangan melakukan kejahatan.
Menyentuh mengenai sambutan Deepavali, segala persiapan
termasuk dari segi menyediakan pakaian, kuih-muih dan menghias
rumah dilakukan lebih
awal terutama seminggu sebelum perayaan.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis
makanan yang enak
termasuklah hidangan tradisi kaum India. Kebiasaannya makanan
yang dihidangkan lebih kepada makanan yang agak berat seperti nasi
dan dalca.
Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang
disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara
yang dinamakan
'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang
telah
diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.
31
Upacara ini membawa maksud yang amat dalam di mana
perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh mereka tetapi juga makhluk
kecil lain di dunia ini,
misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para
tetamu.
Tidak ketinggalan juga, pada malam itu kalangan kaum wanita akan
mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan
menghias
diri.
Pada pagi perayaan pula, pada kebiasaannya seluruh ahli
keluarga akan
bangun lebih awal iaitu sebelum matahari terbit. Seluruh keluarga
akan mandi dan membersihkan diri sebelum bersalam dan memohon
maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain.
Pada pagi perayaan satu perkara wajib yang dilakukan ialah
menjalankan
upacara mandi dengan minyak bijan. Minyak bijan ini akan disapukan
ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti
ibu atau nenek sebelum membersihkan diri dan mengenakan pakaian
baru.
Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan
serba baru pada pagi Deepavali. Ini bertujuan menghilangkan segala
sifat buruk dan
32
kejahatan dalam diri seseorang seperti hasad dengki dan tamak.
Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India, selain sari,
'lengha' iaitu baju yang dipadankan dengan kain serta 'dupata' sejenis
selendang turut menjadi pilihan utama kepada kaum wanita India.
Bagi yang inginkan kelainan, mereka juga gemar memakai
Salwar Kamez
iaitu baju labuh yang dikenakan dengan seluar. Kaum lelaki pula
kebanyakan mereka lebih gemar memilih 'kurta' dan 'dhoti' iaitu
sejenis
pakaian ala Punjabi. Dengan memakai pakaian dan perhiasan baru,
seseorang itu umpama telah memulakan kehidupan yang baru.
Dari segi pemilihan warna, warna-warna yang agak garang
seperti merah,
biru dan oren lebih digalakkan berbanding pakaian berwarna hitam
atau
putih yang lebih bermaksud kesedihan. Tanpa menjamah sedikit pun
makanan pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga akan ke kuil untuk
menjalankan upacara sembahyang. Ini bertujuan bagi mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang
telah meninggal dunia.
Selepas bersembahyang, mereka akan dihidangkan dengan
pelbagai
manisan yang dinamakan 'Prasad' sebelum pulang ke rumah untuk
33
menikmati juadah. Mengenai juadah tradisional kaum India yang
terkenal, selain manisan seperti halwa dan laddu, sembilan jenis
hidangan sayur-sayuran turut
disediakan pada pagi Deepavali. Antaranya ialah 'aloogobi' iaitu
campuran
ubi kentang dan kobis bunga', 'paneer' campuran masala bersama
yourgart
dan kari dal. Tidak ketinggalan kuih-muih tradisional lain seperti
maruku
dan adivasam selain payasam.
Thaipusam
Thaipusam merupa satu lagi perayaan yang disambut oleh
orang-orang Hindu untuk menghormati salah satu tuhan mereka iaitu
Tuhan Murugan. Pada hari Thaipusam, Kuil Sri Srinivasa Perumal di
Jalan Serangoon akan dipenuhi dengan penganut Hindu dan juga
penonton dari masyarakat lain. Acara kemuncak perayaan ini ialah
perarakan “kavadi”. Penganut Hindu yang sudah bernazar akan
memikul “kavadi” sebagai tanda terima Kasih kepada Tuhan Murugan
kerana permintaan mereka telah tercapai. Semua pemikul “kavadi”
terpaksa berpuasa buat beberapa waktu dan sembahyang untuk
menyediakan diri masing-masing untuk perayaan ini.
Bila mereka sudah bersedia, mereka akan berarak dari kuil tadi
hingga ke Kuil Sri Thandayuthapani di Jalan Tank. Kaum keluarga dan
34
sahabat mereka akan berjalan bersama untuk memberi semangat
dengan menyanyi serta memuji Tuhan Murugan. Upacara perarakan
“kavadi” akan terus berlangsung sehingga petang.
Thimithi
Penganut Hindu merayakan satu lagi perayaan yang dipanggil
Thimithi.
Thimithi adalah upacara berjalan atas api. Upacara ini diadakan untuk
memenuhi ikrar agama. Ini dilakukan oleh kaum lelaki sahaja.
Pada hari Thimithi, penganut Hindu akan berkumpul di Kuil Sri
Srinivasa Perumal. Dari sana, mereka berarak ke Kuil Sri Mariamman
di mana upacara berjalan di atas api telah dijadualkan. Mereka yang
hendak berjalan atas api ini selalunya berpuasa dan sembahyang
untuk beberapa ketika sebelum upacara ini.
Dalam upacara ini, sami akan mengetuai upacara berjalan di
atas kawasan arang yang sedang dibakar hingga menjadi bara. Para
penganut yang mengambil bahagian akan mengikuti sami seorang
demi seorang. Selepas menyeberangi kawasan arang itu, setiap
penganut itu dikehendaki merendamkan kedua-dua kaki di dalam
lubang berisi susu yang telah disediakan untuk upacara ini. Upacara
ini disaksikan oleh kaum keluarga dan juga para penganut yang
berada di kuil itu.
35
Terangkan bagaimana kepercayaan agama Hindu dapat
menyumbang kepada amalan-amalan saling-budaya dalam
masyarakat berbilang kaum seperti Singapura
Setelah meneliti kepercayaan, amalan-amalan, perayaan-
perayaan utama dan nilai-nilai yang berkaitan dengan agama Hindu,
penganut-penganut agama Hindu memang mudah dapat
menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat yang berbilang kaum di
Singapura ini. Badan Bantu seperti SINDA DAN MENDAKI mestilah
membuka laluan supaya bangsa-bangsa lain dapat menyumbangkan
tenaga sukarela dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan. Proses
modenisasi yang dialami Oleh penganut-penganut Hindu dan antara
mereka, India Muslim dan juga orang-orang Melayu, ada banyak
persamaan dari segi pergaulan lelaki dan perempuan dari segi
tatasusila tradisi yang diamalkan dan juga peradapan moden atau
yang dipengaruhi Barat.
Dengan itu, tugas para pendidik yang utama ialah mendidik
murid-murid sekolah sedari kecil hingga ke peringkat tinggi pengajian
supaya dapat hidup harmoni. Dalam tahun 1990, Kementerian
Pendidkan telah menyemak dan menggubal Sukatan Pelajaran Sivik
dan Pendidikan Moral dengan matlamat : mengasuh seseorang supaya
menjadi sempurna dengan pegangan nilai moral yang kuat dan
hubungan baik antara perseorangan serta dapat memberi sumbangan
kepada kesejahteraan masyarakat. Pendidikan Moral di Singapura
36
akan cuba sedaya upaya untuk membentuk seseorang agar menjadi
individu yang teguh dengan prinsip moralnya dan menjalin ikatan yang
baik dan mesra untuk terus berbakti kepada masyarakat khususnya.
Tiga unsur moral yang ditekankan merupakan ciri-ciri pembentukan
tingkah laku iaitu : pengetahuan, kemahiran dan sikap. Tema-
temanya bermula dari diri kepada keluarga, sekolah, masyarakat dan
seterusnya negara.
Sukatan Pelajaran Sivik dan Pendidikan Moral yang mempunyai
35 konsep digabungkan dengan lima Nilai Susila Rakyat yang dikenali
juga sebagai ideologi nasional dan lima Nilai Keluarga.
“Dalam konteks sistem pendidikan Singapura dasar dwibahasa diberi penekanan dan setelah menjalani pendidkan selama 6 tahun di sekolah rendah mereka diharapkan boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda dengan baik. Bagi murid-murid keturunan India yang tidak menggunakan bahasa Tamil dibenarkan mengambil bahasa ibunda mereka seperti Hindi, Punjabi, Gujarati atau Urdu.
Selain daripada menguasai kemahiran komunikatif iaitu dapat berkomunikasi dengan lancar, tepat dan berkesan menurut sesuatu situasi atau konteks, bahasa ibunda juga bertujuan memupuk dalam diri murid sifat menghargai tradisi budaya serta nilai-nilai murni keturunan masing-masing melalui bahan-bahan pengajaran yang mengandungi cerita-cerita rakyat, legenda, cerita-cerita sejarah dan karya-karya kesusasteraan.
Penekanan pengajaran bahasa bukan bersifat struktural tetapi lebih kepada konsep penggabungjalinan menurut tema dan tajuk yang ditetapkan bagi pengajaran-pemelajaran lebih menarik, bermakna dan memberi kesan yang lebih nyata.”2
Pendekatan yang telah persetujui ialah Pendekatan Penerapan
Budaya, Pendekatan Bertimbang Rasa, Pendekatan Penjelasan Nilai
dan terakhir Pendekatan Perkembangan Kognitif. Pengajaran yang
2 Abbas Mohd Sharif “Ke Arah Keberkesanan Pengajaran Sivik dan Pendidikan Moral Melalui Bahasa Ibunda: Suatu Tinjauan Menurut Pengalaman Singapura” dlm Ng Keat Siew (ed.) Jurnal Bahasa Jendela Alam. Jilid 1, Kuala Lumpur. Persatuan Bahasa Moden Malaysia., 1996. hlm 96 – 97.
37
menggunakan pendekatan-pendekatan ini adalah lebih berkesan
kerana murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti main
peranan, bercerita, merasai apa yang orang lain rasakan, membuat
andaian, berbincang dalam kumpulan dan lain-lain aktiviti yang dapat
membuka minda mereka untuk bertolak-ansur sama ada sesama
bangsa atau dengan lain-lain bangsa di Singapura ini. Pengajaran
begini menitik beratkan proses pengajaran – pembelajaran dan bukan
hanya menyampaikan maklumat sahaja. Tujuan utama bahasa ibunda
digunakan ialah untuk memudahkan pembatinan nilai dalam segala
aktiviti yang dijalankan dengan berinteraksi guru-murid dan contoh-
contoh yang diberi memudahkan mereka menangkapinya.
Penggunaan bahasa yang sama di rumah memudahkan pengukuhan
sesuatu nilai itu.
Selain dari mata pelajaran untuk mendidik murid-murid
mengenai perpaduan kaum, perayaan-perayaan juga disambut di
sekolah “Perayaan Keharmonian Kaum”, “Perayaan Hari Kebangsaan”,
“Hari Persahabatan Antarabangsa” dan lain-lain lagi yang dipupuk di
sekolah untuk menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum.
Pengajaran dan pembelajaran begini adalah lebih bermakna buat
murid-murid dan dengan itu adalah mudah untuk diterapkan sebagai
sikap dan tingkah laku yang diharapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kelab Masyarakat juga dapat memainkan peranan penting dalam
memupuk sifat keharmonian kaum. Jawatankuasa yang terlibat
38
bolehlah menganjurkan perayaan-perayaan agama bagi setiap bangsa
di Singapura supaya mereka dapat saling mengenal budaya, agama
dan amalan-amalan bangsa masing-masing. Lawatan sambil belajar
untuk mengetahui amalan-amalan bangsa lain dapat membuka minda
mereka yang mengambil bahagian dalam lawatan itu. Sebagai contoh,
Kelab Masyarkat dan Majlis Ugama Islam (MUIS) mengadakan lawatan
ke Masjid Sultan untuk mendengar amalan-amalan orang Melayu/Islam
di Singapura. Bagi mereka yang melawat, mereka berasa beruntung
kerana diberi peluang untuk memahami amalan orang-orang
Melayu/Islam. Begitu juga dengan Jawatankuasa Penduduk Kawasan,
mereka mesti prihatin dan peka terhadap kemahuan setiap bangsa
yang berbeza agar perbezaan itu dapat difahami dan dilakukan tanpa
perasaan curiga dari pihak bangsa lain. Contohnya upacara membakar
kertas bagi kaum Cina telah difahami bangsa-bangsa lain dari itu,
sikap toleransi telah dapat dipupuk.
Peranan media massa memang tidak dapat dinafikan
pentingnya. Siaran radio, televisyen, majalah, suratkhabar dan
internet boleh menjadi saluran untuk mengiklan betapa pentingnya
perpaduan kaum dengan mengutarakan cerita-cerita yang sesuai
dengan nilai-nilai yang dikongsi bersama sebagai satu bangsa satu
negara.
Kesimpulan
39
“Kita maklum bahawa perkembangan yang berlaku di sekeliling kita begitu pantas dan mendadak. Sekiranya sesuatu bangsa tidak sedia menghadapi masa hadapan yang penuh mencabar itu, sudah pasti akan dikutuk dan menerima akibat yang buruk. Pemerintah Singapura sedar akan hal ini dan segala strategi yang diatur bertujuan untuk menyemai nilai-nilai moral yang murni dan kukuh supaya membentuk rakyat dan bangsa yang kuat.
Dengan demikian ideologi nasional yang mengandungi lima prinsip Susila Rakyat menjadi panduan hidup rakyat berbilang bangsa dan agama. Nilai-nilai Susila Rakyat merupakan nilai penyatuan di kalangan rakyat.”3
Tukilan di atas menganjurkan supaya panyatuan rakyat mestilah
dimulakan sedari kanak-kanak di mana suasana sekolah, cara kegiatan
dan hubungan antara murid-murid dapat mengukuhkan dan
membantu mereka menghayati nilai-nilai yang telah di pelajari.
Untuk memupuk amalan-amalan saling-budaya, para pelajar dan
masyarakat Singapura tidak kira yang muda atau tua harus mengerti
perayaan-perayaan yang disambut oleh setiap bangsa di Singapura.
Seterusnya dapat menjalinkan hubungan keharmonian kaum. Mereka
juga mesti faham sebab-sebab perayaan dijalankan, bantu dalam
persiapan perayaan dan menghargai faedah yang diraih dari sambutan
perayaan itu. Setelah mengetahui bahawa setiap kaum ada
kebudayaan dan adat mereka sendiri. Di samping itu, masyarakat
harus akur bahawa amalan-amalan yang dilakukan ada kaitan dengan
kepercayaan dan ini sangat bermakna untuk para penganut. Proses
pendidikan moral hendaknya dapat memupuk sikap dan tingkah laku
yang menganjurkan keharmonian dan bukanlah kebencian.
3 Ibid., hlm. 100-101
40
Bibliografi
1. JoAnn Meriwether Craig, Culture Shock! Singapura, Times Editions Sdn. Bhd., 1993.
2. Ong Jin Hui, Understanding Singapore Society. Singapura, JBW Printers & Binders Sdn. Bhd., 1997.
3. Ow Suek Yin, Social Studies For Primary Schools, Second Edition 6A, Singapura, Federal Publications, 1998.
4. Tham Seng Chee, Religion and Modernisation. Singapura, Graham Bash Sdn. Bhd., 1985
Jurnal
1. Abbas Mohd Sharif “Ke Arah Keberkesanan Pengajaran Sivik dan Pendidikan Moral Melalui Bahasa Ibunda: Suatu Tinjauan Menurut Pengalaman Singapura” dlm Ng Keat Siew (ed.) Jurnal Bahasa Jendela Alam. Jilid 1, Kuala Lumpur. Persatuan Bahasa Moden Malaysia., 1996.
CyBerita
1. Lampiran cyBERITA bertarikh 28hb Feb 2001 - Komitmen Anjur Program Bersama
http://cyberita.asiaone.com.sg/3/news0201.htm
2. Lampiran cyBERITA bertarikh 12hb Mac 2001 - Isu Integrasi Kaum http://cyberita.asiaone.com.sg/3/news0402.htm
3. Lampiran cyBERITA bertarikh 12hb Mac 2001 - Kaum Lain Harus Orak
Langkah Sertai Kegiatan Melayu http://cyberita.asiaone.com.sg/3/news0403.htm
4. Lampiran cyBERITA bertarikh 12hb Mac 2001 - Bergerak Seiring Ke Hadapan
41
http://cyberita.asiaone.com.sg/3/news0601.htm
Nota Pensyarah : Cikgu Mohamed Yusuf
Alamat Internet : http://www.cybermelayu.com/riangria/index.htm
42