+ All Categories
Home > Documents > 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit -...

01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit -...

Date post: 19-Jul-2019
Category:
Upload: lamkhuong
View: 261 times
Download: 4 times
Share this document with a friend
193
OUMM2103 Keusahawanan OUM Business School Copyright © Open University Malaysia (OUM)
Transcript
Page 1: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

OUMM2103Keusahawanan

OUM Business School

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 2: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

OUMM2103 KEUSAHAWANAN Norashidah Hashim Prof Madya Abd Aziz Yusof Ooi Yeng Keat Armanurah Mohamad Abd Razak Amir Dr Oh Teik Hai Abd Kadir Othman Loo Sze Wei

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 3: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

Edisi Pertama, Disember 2012

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM), Disember 2012, OUMM2103 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden Open University Malaysia (OUM).

Pengarah Projek: Prof Dato’ Dr Mansor Fadzil Prof Dr Wardah Mohamad Open University Malaysia Penulis Modul: Norashidah Hashim Prof Madya Abd Aziz Yusof Ooi Yeng Keat Armanurah Mohamad Abd Razak Amir Universiti Utara Malaysia Dr Oh Teik Hai Abd Kadir Othman Loo Sze Wei Open University Malaysia Penyederhana: Prof Madya Dr Nawawi Mat Jan Universiti Teknologi MARA Penterjemah: Sharifay Ayeshah Syed Mohd Noori Dibangunkan oleh: Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi Open University Malaysia

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 4: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

Panduan Kursus ix-xiv Topik 1 Pengenalan Kepada Keusahawanan 1 1.1 Evolusi Keusahawanan 2 1.2 Konsep-konsep Keusahawanan 3 1.2.1 Keusahawanan 4 1.2.2 Siapakah Usahawan? 5 1.3 Kepentingan Keusahawanan 6 1.4 Mitos Keusahawanan 7 1.5 Perkembangan Keusahawanan di Malaysia 9 Rumusan 11 Kata Kunci 11 Topik 2 Mengenal Pasti Ciri-ciri Keusahawanan 12 2.1 Ciri-ciri Usahawan Berjaya 13 2.2 Penilaian Kendiri untuk Usahawan 16 2.3 Perbezaan antara Peniaga, Pengurus dan Usahawan 17 2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan 17 2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan 18 Usahawan Rumusan 18 Kata Kunci 19 Topik 3 Membentuk Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan 20 3.1 Apa itu Kreativiti? 21 3.2 Proses Kreativiti 22 3.3 Halangan Kepada Kreativiti 24 3.4 Bagaimana Menjana Idea Kreatif 25 3.5 Ciri-ciri Individu Kreatif 27 3.6 Apa itu Inovasi? 28 3.6.1 Jenis-jenis Inovasi 28 3.6.2 Sumber-sumber Inovasi 29 3.6.3 Penghalang Inovasi 31 3.7 Kepentingan Kreativiti dan Inovasi Bagi Usahawan 32 3.8 Strategi Menggalakkan Kreativiti dan Inovasi 33 Rumusan 34 Kata Kunci 35

Isi Kandungan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 5: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

ISI KANDUNGAN iv

Topik 4 Penilaian Persekitaran Usaha Niaga 36 4.1 Komponen-kompenan Persekitaran Usaha Niaga 37 4.2 Persekitaran Makro 39 4.2.1 Politik dan Undang-undang 40 4.2.2 Ekonomi 42 4.2.3 Sosiobudaya 43 4.2.4 Teknologi 44 4.3 Persekitaran Mikro 44 4.4 Persekitaran Dalaman Organisasi 48 4.5 Mengenal Pasti Peluang Perniagaan 48 4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses Tentang 49 Keusahawanan 4.5.2 E-dagang sebagai Peluang Baharu 51 4.6 Penilaian Peluang Perniagaan 52 4.6.1 Magnitud Peluang 53 4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu 54 4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu 55 Rumusan 56 Kata Kunci 57 Topik 5 Pelan Perniagaan 58 5.1 Apa itu Pelan Perniagaan? 59 5.2 Kepentingan Pelan Perniagaan 60 5.3 Siapa yang Memerlukan Pelan Perniagaan? 62 5.4 Unsur Penting Pelan Perniagaan yang Baik 64 5.5 Panduan Menyediakan Pelan Perniagaan 67 5.6 Kesulitan yang Perlu dihindari Semasa Membuat 68 Perancangan Rumusan 69 Kata Kunci 70 Topik 6 Memulakan Sebuah Usaha Niaga 71 6.1 Jenis Usaha Niaga 72 6.2 Perniagaan Baharu 72 6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu 72 6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu 73 6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu 73 6.3 Membeli Perniagaan Sedia Ada 75 6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada 75 6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia Ada 75 6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada 79 6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada 80

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 6: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

ISI KANDUNGAN v

6.4 Francais 81 6.4.1 Maksud Francais 81 6.4.2 Kelebihan Francais 82 6.4.3 Kelemahan Francais 83 6.5 Struktur Sah untuk Perniagaan Baharu 84 6.5.1 Perniagaan Tunggal 84 6.5.2 Perkongsian 86 6.5.3 Syarikat 88 6.6 Sumber Modal untuk Aktiviti Perniagaan 90 Rumusan 92 Kata Kunci 93 Topik 7 Rangkaian Usahawan 94 7.1 Apa itu Rangkaian? 94 7.2 Kelebihan Mempunyai Rangkaian yang Baik 95 7.3 Apa itu Rangkaian Strategik? 96 7.4 Jenis Rangkaian 96 7.5 Kepentingan Rangkaian 97 7.6 Bagaimana Membina Rangkaian Strategik 99 7.7 Usahawan dan Rangkaian 100 7.8 Gabungan Rangkaian Strategik 100 7.9 Teknik Membina Keyakinan dalam Kalangan Usahawan 102 7.10 Halangan dalam Membina Rangkaian Strategik 104 Rumusan 108 Kata Kunci 109 Topik 8 Penilaian Peluang Keusahawanan 110 8.1 Kesulitan dalam Memilih Perniagaan Baharu 111 8.2 Faktor Kritikal untuk Pembangunan Perniagaan Baharu 113 8.3 Kenapa Perniagaan Baharu Gagal 115 8.4 Proses Penilaian 116 Rumusan 119 Kata Kunci 120 Topik 9 Perancangan Kewangan Peribadi dan Usahawan 121 9.1 Perlunya Perancangan Kewangan Peribadi 122 9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan 122 9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan 123 9.1.3 Peringkat Hidup dan Matlamat Kewangan 124 9.2 Kuasa Wang 125 9.2.1 Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda 125 9.2.2 Matlamat Penting Simpan Wang untuk Kecemasan 127 9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan Hutang 127

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 7: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

ISI KANDUNGAN vi

9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda 129 9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda 130 9.3 Asas Membuat Bajet 132 9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan 132 9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda 134 9.4 Hidup dalam Batas Kemampuan 137 9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda 137 9.4.2 Bijak Berbelanja 138 9.4.3 Menangguhkan Kepuasan 138 9.5 Tanda Awal Masalah Kewangan 139 9.6 Mengeluarkan Diri daripada Masalah Kewangan 140 9.6.1 Kepercayaan Kredit Anda 141 9.6.2 Apa yang Boleh Berlaku 141 Rumusan 142 Kata Kunci 143 Topik 10 Mencapai Impian Kewangan Peribadi 144 � 10.1 Membina Kekayaan 145 10.1.1 Tabiat Menabung 145 10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih 147 10.1.3 Jenis Pelaburan 150 10.2 Merancang Untuk Situasi yang Tidak Diduga 153 10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan 153 10.2.2 Jenis-jenis Insurans 155 10.2.3 Takaful 159 10.3 Pengurusan Hutang: Asas Pinjaman 162 10.3.1 Pinjaman dan Kredit 162 10.3.2 Jenis-jenis Pinjaman 163 10.3.3 Jenis Kad, Perangkap Kredit dan Petua 170 Mengggunakan Kad Kredit 10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayar Pinjaman 173 Rumusan 175 Kata Kunci 176

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 8: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 9: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 10: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS ix

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus ini secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu anda dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

OUMM2103 Keusahawanan adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini diwajibkan bagi semua pelajar OUM. Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus ini dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM, seseorang pelajar itu perlu memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Selaras dengan piawaian ini, kursus yang bernilai tiga jam kredit memerlukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran masa pembelajaran ialah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 1.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 11: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS x

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam

Pembelajaran

Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam perbincangan awal

3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

Jumlah Masa Pembelajaran 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan latar belakang sejarah, konsep dan teori-teori keusahawanan;

2. Membentuk visi untuk menjadi seorang usahawan dan menghargai nilai dan budaya keusahawanan dalam profesion mereka;

3. Memperoleh kemahiran membangunkan kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan; dan

4. Mengenal pasti peluang keusahawanan dan menukarkannya kepada pelan perniagaan asas.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini dibahagikan kepada 10 topik. Berikut adalah sinopsis untuk setiap topik: Topik 1 memperkenalkan dan memberi definisi usahawan dan membincangkan evolusi keusahawanan dari zaman terawal sehingga hari ini. Ia menghuraikan kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara. Topik ini

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 12: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS xi

juga menjelaskan 10 mitos keusahawanan serta senario pembangunan keusahawanan di Malaysia. Topik 2 bertumpu kepada 16 ciri keusahawanan yang paling lazim disebut. Penilaian kendiri usahawan adalah kaedah mendapatkan pengetahuan mendalam tentang potensi keusahawanan seseorang. Topik ini bukan sahaja menerangkan perbezaan antara pemilik perniagaan kecil dan usahawan tetapi juga perbezaan antara pengurus konvensional dan usahawan. Topik 3 bertumpu kepada kreativiti dan inovasi. Usahawan perlu mengetahui definisi, kelebihan dan hubungan kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan. Topik ini juga menjelaskan halangan kepada kreativiti dan inovasi serta strategi menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan usahawan dalam perniagaan hari ini. Pelajar akan didedahkan kepada peluang dan cabaran dalam membentuk idea-idea yang kreatif dan inovatif serta produk dan perkhidmatan yang memenuhi cabaran persekitaran perniagaan zaman kini yang kompetitif. Topik 4 memberikan fokus kepada penilaian persekitaran dalam mengejar peluang perniagaan dan mengenal pasti ancaman yang wujud dalam persekitaran. Ia juga menerangkan unsur-unsur persekitaran luaran dan dalaman perniagaan yang mempengaruhi keputusan dan aktiviti keusahawanan. Topik 5 menggariskan teknik menyediakan pelan perniagaan yang akan membantu pelajar menilai pelan perniagaan secara objektif, kritikal dan praktikal. Pelajar akan diajar membuat pelan induk untuk pelan perniagaan yang realistik. Mereka juga didedahkan kepada beberapa kaedah dan teknik menyediakan pelan perniagaan yang efektif. Topik 6 meneliti jenis-jenis perniagaan yang boleh diklasifikasikan kepada tiga bentuk: perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais. Kemudian, pelajar akan diperkenalkan kepada tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaan sedia ada serta struktur, kelebihan dan kelemahan francais. Ini diikuti perbincangan tentang struktur sah untuk perniagaan baharu. Akhir sekali, enam sumber modal untuk usahawan dikenal pasti dan dikaji sebagai asas untuk dikaitkan oleh pelajar dengan topik seterusnya.

Topik 7 membincangkan kepentingan rangkaian untuk usahawan. Rangkaian adalah salah satu pendekatan perniagaan yang menyumbang kepada kejayaan usahawan. Jika usahawan mempunyai rangkaian yang baik dengan pelanggan luaran dan dalaman, ia akan menjadi lebih senang bagi mereka untuk memperoleh peluang perniagaan dan menangani sebahagian daripada masalah berkaitan dengan perniagaan mereka. Ini kerana rangkaian yang baik akan membolehkan mereka mendapatkan sokongan dan kerjasama daripada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 13: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS xii

rangkaian mereka. Oleh itu, setiap usahawan patut mengembangkan kemahiran rangkaian untuk mencapai matlamat dan objektif perniagaan mereka. Topik 8 membincangkan penilaian peluang keusahawanan. Topik ini juga menjelaskan enam bahaya lazim dalam memilih perniagaan baharu. Pelajar juga akan didedahkan kepada faktor kritikal yang terlibat dalam penilaian perniagaan baharu dan faktor-faktor kejayaan perniagaan. Proses penilaian yang efektif untuk perniagaan baharu juga akan dilihat dalam topik ini. Topik 9 bermula dengan penjelasan tentang perancangan kewangan, diikuti oleh kepentingan menetapkan matlamat kewangan peribadi dalam perancangan kewangan. Kemudian pelajar akan mengetahui bagaimana untuk mengira nilai bersih individu yang berkaitan dengan kunci kira-kira individu. Ini akan membantu mereka menyediakan bajet untuk tujuan perancangan kewangan peribadi. Mereka juga akan belajar tentang penyata aliran tunai dengan tujuan memantau aliran tunai. Kemudian, mereka akan belajar suatu kemahiran yang penting bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda seorang individu sedang menghadapi kemelut kewangan dan bagaimana untuk mengelakkannya.

Topik 10 adalah sangat membantu dan menarik kerana ia menghuraikan maksud dan pelbagai cara menabung. Ia juga membincangkan matlamat pelaburan individu dan hubungan antara risiko dan pulangan. Kemudian, ia menjelaskan jenis-jenis pelaburan, insurans, takaful dan pinjaman serta bagaimana untuk membuat keputusan yang matang dalam membeli sebuah polisi insurans. Akhir sekali, ia menunjukkan pelajar tentang risiko menjadi penjamin dan bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda kemelut kewangan.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut: Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik. Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 14: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS xiii

anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat dalam modul itu sendiri. Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman sesawang, membaca artikel jurnal dan seumpamanya. Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat dalam beberapa bahagian seperti dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada prasyarat untuk pelajar mengambil subjek ini.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk kepada myINSPIRE.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 15: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

PANDUAN KURSUS xiv

RUJUKAN

Abd. Aziz Yusof. (2000). Usahawan dan keusahawanan: Satu penilaian. Prentice Hall Sprint Print.

Hisrich, R. D., & Peters, M. P. (1998). Entrepreneurship: Starting, developing and managing a new enterprise (4th ed.). Illinois: Irwin.

Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2003). Entrepreneurship: Contemporary approach (6th ed.). Ohio: South-Western Educational Publishing.

Marc, J. D. (2007). Entrepreneurship: Strategies and resources. Illinois: Marsh Publications.

Mohd Salleh Hj Din, Hoe C. H., Norashidah H., Rosli M., Habshah B., Ooi Y. K., Armanurah M., Shuhymee A., Norita D., & Lily Julienty A. B. (2004). Asas keusahawanan. Kuala Lumpur: Thomson.

Zimmerer, T. W., & Scarborough, N. M., (2007). Essential of entrepreneurship and small business management (5th ed.). New Jersey: Prentice Hall.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 16: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Selamat datang ke alam keusahawanan!

  

Keusahawanan mula dibincangkan dan dianalisis oleh pakar ekonomi abad ke-18 dan terus menarik perhatian pakar ekonomi sehingga ke abad yang berikutnya. Di abad ke-20 pula, perkataan keusahawanan menjadi sinonim

TTooppiikk

11

Pengenalan kepada Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan evolusi dan konsep keusahawanan;

2. Membincangkan tiga sebab keusahawanan adalah penting;

3. Mengenal pasti 10 mitos keusahawanan; dan

4. Membincangkan pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Segala yang anda dengar mengenai keusahawanan adalah salah. Ia bukan silap mata, ia bukan misteri dan ia tidak ada apa-apa kaitan dengan gen. Ia adalah satu bidang dan ia boleh dipelajari.

Peter Drucker Innovation and Entrepreneurship

Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 17: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

2

dengan perusahaan bebas. Usahawan diiktiraf sebagai agen perubahan yang membawa idea yang kreatif dan inovatif untuk perniagaan dan membantu perniagaan berkembang dan membawa keuntungan. Keusahawanan merupakan simbol kegigihan dan pencapaian dalam perniagaan. Ia adalah penting kepada individu, masyarakat dan negara serta diakui di serata dunia sebagai pemangkin pembangunan ekonomi. Topik ini akan membincangkan evolusi, konsep, kepentingan, mitos serta pembangunan keusahawanan di Malaysia.

EVOLUSI KEUSAHAWANAN

  

Perkataan usahawan dalam bahasa Inggeris adalah entrepreneur. Ia pula berasal daripada perkataan Perancis entreprendre yang bermaksud „menjalankan‰. Evolusi dan perkembangan teori keusahawanan boleh dirumuskan seperti di dalam Jadual 1.1. Konsep usahawan dan keusahawanan dihuraikan dengan lebih terperinci di dalam bahagian selanjutnya.

Jadual 1.1: Evolusi dan Perkembangan Teori Keusahawanan

Zaman Teori dan Konsep

Zaman Paling Awal

Contoh seorang usahawan adalah Marco Polo, yang cuba mewujudkan jalan perdagangan ke Timur Jauh. Beliau menandatangani kontrak dengan seorang ahli kewangan (kapitalis) untuk menjual barangannya. Kapitalis tersebut menanggung risiko secara pasif manakala Marco Polo, yang merupakan seorang penjelajah dan pedagang, memainkan peranan aktif dalam menjalankan perniagaan dan menanggung segala risiko fizikal dan emosi. Bila beliau sudah selesai menjual barangannya, beliau berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan kapitalis tersebut.

Zaman Pertengahan

Perkataan „usahawan‰ digunakan untuk seorang yang bertanggungjawab menguruskan projek pengeluaran yang besar. Beliau menguruskan projek dengan menggunakan sumber-sumber yang disediakan oleh kerajaan dan tidak menanggung sebarang risiko. Contoh usahawan di zaman ini adalah mereka yang bertanggungjawab menjaga bahan seni bina yang besar seperti bangunan awam dan gereja.

1.1

Apakah itu keusahawanan?

SEMAK KENDIRI 1.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 18: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 3

Abad ke-17 Keusahawanan dikaitkan dengan risiko. Usahawan adalah seorang yang membuat perjanjian kontrak dengan kerajaan untuk menyediakan suatu perkhidmatan atau produk. Harga kontrak ditentukan dan sebarang keuntungan diambil oleh usahawan tersebut. Seorang pakar ekonomi, Richard Cantillon, yang dianggap sebagai pengasas perkataan usahawan, telah mengembangkan salah satu teori mengenai usahawan. Beliau melihat usahawan sebagai pengambil risiko. Pada Cantillon, para usahawan di abad ini adalah pedagang, petani, tukang mahir dan pemilik tunggal. Mereka membeli pada harga yang ditentukan dan menjual pada harga yang tidak ditentukan, yang bererti mereka beroperasi dengan menanggung risiko.

Abad ke-18 Usahawan dibezakan dengan penyedia modal. Ini terjadi akibat industrialisasi yang sedang berlaku di serata dunia. Kebanyakan ciptaan di zaman ini merupakan reaksi kepada sebuah dunia yang sedang mengalami perubahan. Contohnya, Eli Whitney dan Thomas Edison mencipta teknologi baharu tetapi tidak mampu membiayai ciptaan mereka. Mereka merupakan pengguna modal (usahawan) dan bukan penyedia modal (kapitalis perniagaan baharu).

Abad ke-19 dan ke-20

Di akhir abad ke-19 dan abad ke-20, usahawan kerap disamakan dengan pengurus. Di pertengahan abad ke-20 pula, usahawan dianggap sebagai seorang yang membawa pembaharuan. Fungsi usahawan adalah untuk membuat reformasi atau revolusi dalam corak pengeluaran dengan menggunakan ciptaan atau teknologi yang belum pernah dicuba untuk mengeluarkan sebuah komoditi baharu atau mengeluarkan komoditi lama dengan cara baharu.

Abad ke-21 Usahawan dianggap sebagai tokoh perusahaan bebas. Kebanyakan mereka menggunakan inovasi dan kreativiti untuk membina perusahaan yang bernilai jutaan ringgit. Mereka mencipta produk dan perkhidmatan baharu dan menanggung risiko yang dikaitkan dengan usaha baharu ini. Pada hari ini, ramai menganggap keusahawanan sebagai penerokaan dalam bidang perniagaan (Kurato & Hodgetts, 2004).

KONSEP-KONSEP KEUSAHAWANAN

1.2

Mengikut Peter Drucker, keusahawanan adalah disiplin yang boleh dipelajari. Apakah pendapat anda mengenai kenyataan ini?

AKTIVITI 1.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 19: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

4

1.2.1 Keusahawanan

Mengikut Histrich dan Peters (1998), keusahawanan adalah suatu proses dinamik mewujudkan kekayaan yang meningkat. Kekayaan itu dihasilkan oleh individu yang mengambil risiko tinggi dari segi ekuiti, masa dan komitmen kerja atau memberikan nilai untuk sesuatu produk atau perkhidmatan. Ia adalah proses menghasilkan sesuatu yang baharu dan bernilai dengan memberikan masa dan ikhtiar yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, psikologi dan sosial dan menerima keuntungan dalam erti kewangan, kepuasan hati dan kebebasan. Definisi ini tertumpu kepada empat aspek asas, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Empat aspek asas keusahawanan mengikut Histrich dan

Peters (1998)

Keusahawanan ditakrifkan oleh Kuratko dan Hodgetts (2004) sebagai proses inovasi dan memulakan perniagaan baharu menerusi empat dimensi utama iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses dengan bantuan jalinan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi. Dalam mengiktiraf kepentingan keusahawanan di abad ke-21, Kuratko dan Hodgetts (2004) telah membangunkan definisi yang berintegrasi mengenai keusahawanan seperti berikut:

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 20: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 5

1.2.2 Siapakah Usahawan?

Usahawan adalah peneroka kejayaan perniagaan hari ini. Kepekaan mereka kepada peluang, ketekunan mereka untuk melakukan inovasi dan keupayaan mereka untuk mencapai sesuatu menjadi alat mengukur perusahaan bebas. Scarborough dan Zimmerer (1998), menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang mencipta perniagaan baharu di sebalik ketidakpastian untuk mencapai keuntungan dan perkembangan dengan mengenal pasti peluang dan mengumpul sumber yang perlu digunakan. Mereka biasanya bermula dengan hanya idea yang ringkas dan mengumpul sumber yang perlu untuk mengubah idea tersebut kepada suatu perniagaan yang boleh berterusan. Kuratko dan Hodgetts (2004) menakrifkan usahawan sebagai seseorang yang mengurus, mentadbir dan menanggung risiko sebuah perniagaan. Usahawan juga adalah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam urusan keusahawanan. Mereka bersikap optimistik dan komited. Mereka bekerja dengan kreatif untuk mencipta sumber baharu atau menambahbaik sumber lama dengan keupayaan baharu untuk mencipta kekayaan. Pada hari ini, usahawan ialah seorang yang membawa pembaharuan atau pembangunan. Dia mengenal pasti dan merebut peluang; mengubah peluang

Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan. Ia menuntut penggunaan tenaga dan semangat untuk mencipta dan melaksanakan idea baharu serta cadangan yang kreatif. Ramuan paling penting termasuk kerelaan untuk mengambil risiko masa, modal atau kerjaya; kebolehan mewujudkan kumpulan perusahaan yang berkesan; kemahiran mendapatkan sumber yang diperlukan; kemahiran asas membina perancangan perniagaan yang kukuh; dan akhir sekali, visi untuk mengenali peluang di mana orang lain melihat kelam kabut, percanggahan dan kekeliruan.‰

Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary approach (5th ed.). California: Harcourt College Publishers.

Apakah empat aspek asas keusahawanan?

SEMAK KENDIRI 1.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 21: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

6

kepada idea yang boleh dilakukan atau dipasarkan, menambah nilai melalui masa, usaha, wang atau kemahiran; mengambil risiko dalam pasaran yang kompetitif untuk melaksanakan idea; dan merealisasikan pulangan daripada usaha yang dibuat. Makna dan definisi usahawan berbeza dari satu bidang ke bidang yang lain. Contohnya, ahli ekonomi melihat usahawan sebagai seorang yang menggabungkan sumber, tenaga kerja, bahan dan aset lain untuk membuat kombinasi luar biasa yang menjadikan nilainya lebih besar daripada sebelumnya. Mereka juga memperkenalkan perubahan, inovasi dan peraturan baharu untuk menjana keuntungan. Kepada seorang pakar psikologi pula, usahawan adalah individu yang tergerak untuk mencari cabaran dan membuat pencapaian. Walaupun setiap definisi ini melihat usahawan dari sudut berbeza, kesemuanya mengandungi beberapa tanggapan yang sama seperti:

Pembaharuan;

Kekayaan;

Pengurusan;

Penciptaan; dan

Pengambilan risiko. Usahawan adalah pemangkin perubahan ekonomi yang melakukan pencarian yang bermakna, perancangan yang teliti dan pertimbangan yang baik dalam melaksanakan proses keusahawanan.

KEPENTINGAN KEUSAHAWANAN

 

1.3

Anda merupakan seorang usahawan yang akan membuka sebuah restoran francais. Apakah yang perlu anda buat sebelum memulakan perniagaan anda? Persembahkan idea anda di dalam kelas.

AKTIVITI 1.2

Apakah kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara?

SEMAK KENDIRI 1.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 22: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 7

Keusahawanan adalah penting dalam dunia hari ini. Ia adalah pemangkin perubahan dan pertumbuhan ekonomi. Peranan keusahawanan dalam pembangunan ekonomi melibatkan lebih daripada hanya pertambahan pengeluaran dan pendapatan per kapita. Ia melibatkan permulaan dan pelaksanaan perubahan dalam struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini diiringi pertumbuhan dan pertambahan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi sebagai kunci pertumbuhan ekonomi dalam membangunkan produk atau perkhidmatan baharu untuk pasaran. Aktiviti inovasi juga merangsang minat melabur dalam perniagaan baharu. Oleh itu, melalui proses inovasi, keusahawanan menghasilkan pelaburan baharu dalam perniagaan baharu yang seterusnya membawa kepada pembangunan ekonomi. Lebih banyak perniagaan dicipta, lebih banyak pekerjaan baharu yang akan diwujudkan, yang seterusnya akan mengurangkan kadar pengangguran. Keusahawanan, melalui kreativiti dan proses inovasi, mengeluarkan produk dan perkhidmatan baharu untuk memenuhi keperluan manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan spesifik yang diperlukan oleh pelanggan. Dalam mengeluarkan produk dan perkhidmatan ini, usahawan akan mencari jalan yang lebih baik untuk menggunakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Hasilnya, masyarakat akan mendapat produk dan perkhidmatan yang lebih murah. Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan jutaan manusia melalui produk dan perkhidmatan baharu yang dibawa ke pasaran. Lebih daripada itu, usahawan juga amat bermurah hati dalam mengagihkan sebahagian besar kekayaan mereka kepada yang wajar menerimanya. Oleh itu, usahawan adalah individu yang mencipta kekayaan dan mempromosi pengagihan kekayaan.

MITOS KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai mitos mengenai keusahawanan. Mitos ini lahir akibat kekurangan kajian mengenai keusahawanan. Kuratko dan Hodgetts (2004), telah membincangkan 10 mitos keusahawanan seperti yang tertera di dalam Jadual 1.2 berikut.

1.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 23: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

8

Jadual 1.2: 10 Mitos Keusahawanan

Mitos Fakta

Mitos 1 Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir

Walaupun usahawan biasanya terdorong untuk bertindak, mereka juga adalah pemikir. Mereka sebenarnya sangat teratur dan merancang langkah mereka dengan teliti. Mereka juga mempunyai langkah alternatif jika rancangan mereka gagal. Ini menunjukkan mereka adalah pemikir dan pelaksana.

Mitos 2 Usahawan dilahirkan, bukan dibentuk

Sesetengah usahawan dan bukan usahawan mengatakan bahawa sifat usahawan tidak boleh diajar atau dipelajari. Kata mereka, sifat keusahawanan adalah semula jadi dan seseorang itu perlu lahir dengan sifat tersebut untuk menjadi seorang usahawan. Walaupun begitu kajian telah membuktikan yang sebaliknya iaitu keusahawanan boleh diajar dan dipelajari. Ia mempunyai model, proses dan kajian kes yang membolehkannya dipelajari.

Mitos 3 Usahawan adalah pencipta

Walaupun ramai usahawan adalah pencipta, ramai usahawan berjaya yang bukan pencipta. Contohnya, Ray Kroc. Beliau tidak mencipta francais makanan segera tetapi idea inovatif beliau telah menjadikan McDonaldÊs perniagaan makanan segera yang terbesar di dunia. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang menggunakan idea yang kreatif dan inovatif dalam usaha mereka dan sifat ini boleh dipelajari.

Mitos 4 Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam bidang akademik dan sosial

Kepercayaan ini muncul kerana sesetengah pemilik perniagaan yang berjaya telah memulakan perniagaan mereka setelah tercicir dari sekolah atau meninggalkan sesuatu pekerjaan. Sejarah menunjukkan ada usahawan yang tidak diiktiraf oleh institusi pendidikan dan sosial. Namun pada hari ini, usahawan tidak lagi dianggap golongan yang tercicir, malah dianggap sebagai golongan profesional.

Mitos 5 Usahawan mesti menepati profil tertentu

Banyak buku dan artikel menyenaraikan sifat seorang usahawan yang berjaya. Senarai ini tidak pernah disahkan ataupun sempurna dan cuma berasaskan kajian kes dan kajian tentang individu yang berorientasikan pencapaian. Pada hari ini, kita sedar bahawa adalah sukar untuk membuat satu profil usahawan yang khusus. Ramai usahawan di zaman ini tidak menepati profil seorang usahawan apabila mereka memulakan usaha mereka.

Mitos 6 Semua usahawan memerlukan wang

Adalah benar bahawa perniagaan memerlukan modal untuk beroperasi. Adalah benar juga bahawa banyak perniagaan gagal akibat kekurangan kewangan. Namun bagi usahawan, wang adalah sumber dan bukan tujuan mereka semata-mata.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 24: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 9

Mitos 7 Semua usahawan memerlukan tuah

Seorang itu tentunya bernasib baik sekiranya berada di tempat yang betul pada masa yang betul. Namun tuah berlaku apabila cukup persediaan dibuat apabila berhadapan dengan peluang. Apa yang penting untuk usahawan merebut peluang adalah perancangan, persediaan, tekad, keinginan, ilmu dan inovasi.

Mitos 8 Usahawan tidak perlu tahu banyak perkara

„Terlalu banyak perancangan dan penilaian membawa kepada masalah yang kerap‰. Kenyataan ini tidak benar bagi pasaran persaingan zaman sekarang. Faktor utama untuk menjadi usahawan berjaya adalah perancangan dan persediaan yang teliti. Usahawan mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sebuah perniagaan, membuat satu jadual yang jelas dengan rancangan untuk menangani masalah dan meminimumkan masalah ini melalui pembuatan strategi yang berhati-hati.

Mitos 9 Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar kegagalan yang tinggi

Adalah benar bahawa ramai usahawan mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Kegagalan boleh memberi banyak pengajaran kepada usahawan dan kerap membawa kepada kejayaan di masa hadapan. Usahawan selalu belajar daripada kegagalan diri sendiri dan orang lain. Di sini, kegagalan berfungsi sebagai pembimbing dan penunjuk arah untuk masa depan mereka.

Mitos 10 Usahawan adalah pengambil risiko yang tinggi (penjudi)

Konsep risiko adalah salah satu unsur utama dalam proses keusahawanan. Bagaimanapun, ramai orang beranggapan bahawa kebanyakan usahawan adalah pengambil risiko tinggi. Hakikatnya, usahawan selalu mencari maklumat dan merancang sebelum mengambil sebarang tindakan. Ini bermakna usahawan beroperasi dengan risiko yang sederhana dan dihitung.

 

Mitos ini memberikan pandangan zaman sekarang mengenai keusahawanan. Ia juga memberikan kerangka dan asas untuk mengkaji teori kontemporari dan proses keusahawanan.

PERKEMBANGAN KEUSAHAWANAN DI MALAYSIA

  

1.5

Namakan beberapa polisi kerajaan Malaysia untuk menggalakkan keusahawanan tempatan.

SEMAK KENDIRI 1.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 25: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN

10

Keusahawanan telah wujud di Malaysia (Malaya) sejak Melaka memulakan perhubungan dengan pedagang asing lagi. Bagaimanapun, bila orang Inggeris menjajah Semenanjung Melayu, mereka menukar struktur masyarakat dan mengamalkan sistem „pecah dan perintah‰. Akibatnya, orang Melayu bergiat dalam bidang pentadbiran serta pertanian, manakala orang Cina menceburi bidang perlombongan serta perniagaan dan orang India bekerja di estet getah. Ini telah menyebabkan masyarakat Cina jauh ke depan dari masyarakat Melayu dan India dalam bidang perniagaan. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, kerajaan telah menyedari kepentingan keusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara dan sumbangannya kepada kemakmuran negara. Sejak itu, kerajaan Malaysia mula memberikan perhatian kepada keusahawanan sehinggalah hari ini. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Polisi Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020 menggalakkan dan menyokong pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kerajaan menggalakkan pembangunan keusahawanan dan mengiktiraf usahawan kerana mereka menyumbang kepada pembangunan negara. Pada tahun 1995, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan khusus untuk mengurus dan menggalakkan perkembangan keusahawanan di Malaysia. Pada hari ini, ia dinamakan Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.  

  

Sejauh manakah kerajaan Malaysia mengiktiraf dan menstruktur kembali pembangunan keusahawanan di dalam negara? Kaji topik ini dan kongsi dapatan anda. Anda boleh menggunakan Internet, surat khabar dan buku sebagai sumber kajian anda.

AKTIVITI 1.3

1. Apakah 10 mitos keusahawanan?

2. Bincangkan kepentingan keusahawanan.

3. Gambarkan senario pembangunan keusahawanan di Malaysia.

LATIHAN 1.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 26: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 1 PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN 11

Kajian mengenai keusahawanan adalah relevan pada hari ini bukan sahaja

kerana ia membantu para usahawan menunaikan keperluan diri mereka tetapi juga menyumbang kepada individu, masyarakat, negara dan dunia.

Topik ini menyiasat evolusi dan konsep keusahawanan dan membincangkan kepentingan keusahawanan.

Sepuluh mitos keusahawanan dipersembahkan untuk memberikan kefahaman yang lebih baik tentang kepercayaan mengenai bidang kajian yang baru berkembang ini.

Mitos keusahawanan menyediakan kerangka dan asas untuk menyelidik teori kontemporari dan proses keusahawanan.

Pembangunan keusahawanan di Malaysia dibincangkan untuk memberikan sejarah ringkas dan menjelaskan senario keusahawanan di Malaysia. Kerajaan negara ini harus terus menggalakkan perkembangan bidang ini di masa hadapan.

Untuk merangsang pembangunan keusahawanan, masyarakat perlu dididik dalam bidang keusahawanan.

Keusahawanan Mitos Pecah dan perintah

Perniagaan baharu Risiko Usahawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 27: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

  

TTooppiikk

22

Mengenal pasti Ciri-ciri Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti 16 ciri-ciri usahawan berjaya;

2. Menilai kecenderungan keusahawanan anda melalui penilaiankendiri usahawan; dan

3. Menerangkan sekurang-kurangnya tiga perbezaan antara peniaga,pengurus dan usahawan.

Usahawan adalah individu yang boleh melihat sesuatu sebagai peluang manakala bagi orang lain ia dilihat sebagai satu masalah dan perkara yang mengelirukan. Usahawan adalah pemangkin agresif yang boleh mengubah pasaran. Mereka juga telah dibandingkan dengan atlet Olimpik yang mencabar diri sendiri untuk menempuh pelbagai halangan, pelari jarak jauh yang tabah dan konduktor orkestra yang mengimbang kemahiran dan bunyi yang berbeza untuk menjadi satu, atau juruterbang pesawat pejuang yang memaksa diri mereka melepasi kelajuan bunyi dan menyahut cabaran-cabaran lain. Apa jua minat mereka, disebabkan mereka menggunakan pelbagai cara, usahawan adalah wira pasaran pada masa kini. Mereka menubuhkan syarikat dan membuka peluang pekerjaan dalam masa yang cukup singkat. Mereka berani menempuh dugaan dan mencipta masa depan secara berterusan.

Sumber: Kuratko, D.F. & Hodgetts, R.M. (2001). Entrepreneurship: A contemporary approach (5th ed.) California: Harcourt College Publishers.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 28: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 13

Topik ini menerangkan ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya, penilaian kendiri usahawan dan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan pengurus.

CIRI-CIRI USAHAWAN BERJAYA

Perbincangan berikut memberikan ringkasan ciri-ciri yang paling kerap dikaitkan dengan usahawan berjaya. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah kepada senarai ini, ia tetap memberikan pandangan yang mendalam mengenai perspektif keusahawanan.

Rajah 2.1: Ciri-ciri usahawan berjaya

(a) Berinisiatif dan bertanggungjawab Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa usahawan yang berkesan giat

mencari dan mengambil inisiatif. Mereka secara sukarela meletakkan diri mereka dalam situasi yang memerlukan mereka untuk bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan sesuatu operasi. Mereka berasa bertanggungjawab atas hasil daripada usaha yang diceburi. Mereka juga suka mengambil inisiatif dalam menyelesaikan masalah di mana tidak wujud kepimpinan.

2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 29: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

14

(b) Komitmen Tinggi Memulakan suatu usaha dengan berjaya memerlukan komitmen

sepenuhnya daripada para usahawan. Komitmen ini membantu mereka untuk menangani kesilapan dan rintangan yang membahayakan perniagaan mereka. Komitmen mereka kepada idea dan perniagaan mereka akan menentukan tahap kejayaan perniagaan mereka.

(c) Berorientasikan Peluang Usahawan berfokus kepada dan bermula dengan peluang, bukannya

sumber, struktur ataupun strategi. Mereka bermula dengan peluang dan menggunakan kefahaman mereka mengenai peluang tersebut untuk membimbing mereka dalam isu-isu penting. Mereka mempunyai kebijaksanaan dalam mencari peluang. Dalam mencari peluang perniagaan baharu, mereka memerhatikan peristiwa yang sama seperti orang lain tetapi melihat benda yang berbeza. Mereka bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang yang luar biasa.

(d) Pengambil Risiko Sederhana Usahawan tidak mengambil risiko tanpa usul periksa; malah, mengambil

kira risiko yang bakal dihadapi. Apabila mereka melibatkan diri dalam sesuatu perniagaan, mereka membuat perhitungan dengan penuh teliti dan memikir dengan semasak-masaknya. Mereka mengelak daripada mengambil risiko yang tidak perlu.

(e) Yakin dan Optimistik Usahawan biasanya sangat yakin dan optimistik bahawa mereka akan

berjaya dan sikap ini biasanya berdasarkan keadaan sebenar. Tahap keyakinan dan sifat optimistik mereka yang tinggi adalah sebab mengapa sesetengah usahawan yang paling berjaya telah gagal lebih daripada sekali dalam perniagaan sebelum akhirnya mencapai kejayaan.

(f) Kreatif dan Inovatif Usahawan perlu kreatif dan inovatif untuk memperoleh kelebihan

persaingan dalam perniagaan mereka. Melalui minda dan imaginasi yang kreatif dan inovatif, mereka boleh menghasilkan produk dan perkhidmatan yang unik untuk pelanggan. Kreativiti tidak diwarisi, malah ia boleh dipelajari.

(g) Menuntut Maklum Balas Usahawan gemar mengetahui prestasi mereka dan sentiasa meminta

maklum balas. Mereka giat mencari dan menggunakan maklum balas

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 30: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 15

untuk memperbaiki diri mereka serta prestasi perniagaan mereka. Melalui maklum balas, usahawan juga dapat belajar daripada kesilapan mereka.

(h) Motivasi untuk Berjaya Kejayaan merupakan motivasi utama usahawan. Mereka berdaya usaha

sendiri dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk bersaing, cemerlang serta mengejar dan mencapai cita-cita. Usahawan kerap disalah anggap sebagai tertumpu sepenuhnya kepada pemerolehan wang. Sebenarnya, wang cuma simbol kejayaan dan bukan pemacu motivasi bagi usahawan.

(i) Boleh Membangunkan Visi Usahawan tahu apa yang ingin mereka capai. Mereka mempunyai visi atau

konsep untuk syarikat mereka. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan syarikat mereka. Malah dalam kebanyakan kes, mereka membangunkan visi selepas menyedari keadaan semasa syarikat mereka dan apa yang boleh dicapai.

(j) Mahir Mengurus Membina perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah.

Usahawan berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu tugas. Mereka berkebolehan mengurus sumber mereka secara berkesan untuk menukarkan visi kepada kenyataan.

(k) Kawalan Dalaman Usahawan percaya kejayaan atau kegagalan perniagaan mereka

bergantung kepada diri mereka sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada dalam kawalan dan pengaruh mereka sendiri dan mereka boleh mempengaruhi hasil tindakan yang mereka ambil.

(l) Toleransi Terhadap Kegagalan Usahawan tidak mudah kecewa, kesal, putus asa atau murung apabila

mengalami kegagalan; malah mereka belajar daripada kegagalan. Di waktu kesukaran, mereka masih lagi mencari peluang. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar daripada kegagalan awal berbanding dengan kejayaan awal mereka.

(m) Tahap Tenaga Tinggi Usahawan lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang.

Mereka perlu memiliki tahap tenaga yang tinggi untuk membolehkan mereka menanggung beban yang besar dan menghadapi tekanan permintaan. Tenaga tersebut merupakan faktor yang kritikal kerana usaha yang banyak diperlukan dalam memulakan suatu syarikat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 31: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

16

(n) Membina Pasukan Kebanyakan usahawan berjaya mempunyai pasukan yang berkelayakan

tinggi dan bermotivasi untuk mengendalikan perkembangan dan pembangunan perniagaan.

(o) Berdikari Usahawan adalah orang yang berdikari. Mereka suka menyelesaikan

sesuatu tugas mengikut cara mereka sendiri. Ini tidak bermakna mereka mesti membuat semua keputusan. Sebaliknya, ini bererti mereka mahu mempunyai kuasa untuk membuat keputusan yang penting.

(p) Fleksibel Usahawan tidak tegar dalam perniagaan mereka. Mereka fleksibel dan

boleh menukar cara mereka mengikut kehendak pelanggan dan perniagaan. Dalam arus ekonomi dunia yang pesat berubah, sikap kaku akan membawa kepada kegagalan.

PENILAIAN KENDIRI UNTUK USAHAWAN

Terdapat pelbagai alat yang boleh digunakan untuk menilai dan mengukur kecenderungan seorang individu untuk menjadi seorang usahawan; contohnya alat yang dicadangkan oleh Robinson, Stimpson, Huefner dan Hunt (1991). Pada hari ini, ada banyak ujian dan kuiz interaktif dalam talian yang boleh menguji tahap kecenderungan keusahawanan anda. Tujuan penilaian kendiri usahawan adalah untuk mendapatkan gambaran mengenai kecenderungan keusahawanan individu. Tujuannya bukan untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu boleh menjadi usahawan atau tidak. Sesiapa pun mempunyai potensi untuk menjadi usahawan, tidak kira umur, bangsa, jantina, warna kulit atau negara asal. Keusahawanan bukan suatu ciri genetik; sebaliknya, ia adalah suatu kemahiran yang dipelajari. Setiap individu berpeluang menjadi usahawan. Namun penilaian kendiri usahawan akan membolehkan anda melihat kedudukan anda dan membuat sesuatu untuk memperbaiki tahap kecenderungan keusahawanan anda jika anda ingin menjadi seseorang usahawan yang berjaya.

2.2

Apakah ciri-ciri lazim usahawan yang berjaya? Pada pendapat anda, mengapakah ciri-ciri ini mustahak untuk menjadi usahawan yang berjaya?

LATIHAN 2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 32: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 17

PERBEZAAN ANTARA PENIAGA, PENGURUS DAN USAHAWAN

Di dalam subtopik ini, kita akan melihat perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan yang diadaptasi daripada Zimmerer (1998).

2.3.1 Perbezaan antara Peniaga dan Usahawan

Usahawan bukan sinonim dengan peniaga, terutamanya peniaga kecil. Ini kerana bukan semua peniaga adalah usahawan. Akan tetapi, semua usahawan adalah peniaga. Peniaga mempunyai ciri-ciri kebanyakan usahawan tetapi ciri-ciri ini tidaklah setinggi golongan usahawan. Beberapa ciri boleh digunakan sebagai panduan untuk membezakan antara peniaga kecil dan usahawan. Jadual 2.1 menunjukkan perbezaan tersebut.

Jadual 2.1: Perbezaan antara Peniaga Kecil dan Usahawan

Peniaga Kecil Usahawan

Melibatkan diri dalam perniagaan untuk meraih keuntungan demi menyara kehidupannya serta keluarganya.

Memulakan usaha niaga, memimpin dan mengembangkan perniagaan untuk menunaikan matlamat peribadi dan mencapai kejayaan untuk diri sendiri.

Mengambil risiko rendah. Mengambil risiko sederhana.

Mengikut orang lain dan melabur hanya dalam pasaran yang sudah teruji dan terbukti.

Menghitung risiko sebelum bertindak.

2.3

Apakah tujuan penilaian kendiri usahawan? Anda boleh cuba salah satu ujian ini dalam talian dengan melawat laman sesawang http://bizmove.com/other/quiz.htm. Bandingkan markah anda dengan rakan anda.

AKTIVITI 2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 33: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN

18

2.3.2 Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan Usahawan

Terdapat beberapa perbezaan antara pengurus, terutamanya pengurus konvensional, dan usahawan, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Perbezaan antara Pengurus Konvensional dan Usahawan

Pengurus Konvensional Usahawan Sangat peka kepada syarat dan undang-undang.

Melihat undang-undang sebagai panduan sahaja.

Sensitif kepada masa depan dan sanggup menangguhkan ganjaran.

Konsep masa depan bergantung pada matlamat peribadi. Mempunyai nilai ambang (threshold) kekecewaan yang rendah.

Sangat memerlukan dirinya diterima oleh orang lain.

Merasa berbelah bagi terhadap kuasa, kejayaan dan tanggungjawab. Boleh memperalatkan dan mempergunakan orang lain.

Boleh mengenal pasti masalah dalam sebarang tindakan yang diambil.

Tidak sabar dengan perbincangan dan teori.

Membuat perancangan yang terperinci. Cenderung untuk bertindak dan nampak seperti bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu.

Sumber: Zimmerer & Searborough (1998).

Topik ini cuba menjelaskan ciri-ciri keusahawanan yang paling kerap

disebut. Walaupun ciri-ciri baharu sentiasa ditambah, senarai yang sedia ada boleh memberikan pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri usahawan yang berjaya.

Terdapat 16 ciri keusahawanan yang dikenal pasti dalam topik ini iaitu:

(i) Menuntut maklum balas

Ringkaskan perbezaan antara peniaga, pengurus dan usahawan. Bincangkan senarai anda dengan rakan anda.

SEMAK KENDIRI 2.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 34: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 2 MENGENAL PASTI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN 19

(ii) Kawalan dalaman

(iii) Fleksibel

(iv) Tahap tenaga tinggi

(v) Membina pasukan

(vi) Boleh membangunkan visi

(vii) Toleransi terhadap kegagalan

(viii) Motivasi untuk berjaya

(ix) Mahir mengurus

(x) Kreatif dan inovatif

(xi) Berdikari

(xii) Yakin dan optimistik

(xiii) Pengambil risiko sederhana

(xiv) Berorientasikan peluang

(xv) Komitmen tinggi

(xvi) Berinisiatif dan bertanggungjawab

Topik ini juga mempersembahkan penilaian kendiri usahawan untuk mengenal pasti kecenderungan keusahawanan di dalam individu.

Ia juga membincangkan perbezaan antara usahawan, peniaga kecil dan pengurus konvensional.

Inovatif

Kreatif

Optimistik

Penilaian kendiri usahawan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 35: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Persaingan hebat di alam perniagaan pada zaman sekarang memerlukan usahawan untuk memikirkan cara-cara menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses baharu dengan tujuan baharu untuk pelanggan. Ini membolehkan syarikat mereka bertahan dan menarik perhatian pelanggan kepada ciptaan baharu mereka di samping menjana pendapatan. Oleh itu, kreativiti dan inovasi adalah unsur-unsur penting untuk semua tahap perniagaan berkembang. Kedua-dua unsur ini juga wajib untuk syarikat terus beroperasi dan membina kelebihan persaingan (Kirby, 2003).

TTooppiikk

33

Membentuk Kreativiti dan Inovasi Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mentakrifkan konsep kreatif dan inovasi;

2. Menjelaskan empat fasa utama dalam proses kreatif;

3. Menerangkan lima teknik kreativiti;

4. Menghuraikan empat jenis lazim inovasi; dan

5. Membincangkan halangan kepada kreativiti dan inovasi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 36: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 21

Berterusan mencari paradigma baharu dalam menyelesaikan masalah perniagaan adalah prasyarat untuk usahawan berjaya. Sebagai seorang yang kreatif, usahawan mesti boleh berfikir secara kreatif untuk mencari penyelesaian masalah yang dihadapi. Perlu diingati bahawa kecekapan dan keberkesanan tidak lagi menjamin bahawa suatu perniagaan itu akan berterusan. Sebaliknya, kreativiti dan inovasi diperlukan untuk membantu suatu perniagaan itu maju ke hadapan. Justeru itu, kebolehan mencipta atau mereka sesuatu yang baharu adalah cara untuk sesuatu perniagaan itu untuk terus berada di pasaran. Seksyen pertama dalam topik ini akan membincangkan apa itu kreativiti, proses kreativiti, halangan kepada kreativiti, bagaimana menjana kreativiti dan ciri-ciri usahawan yang kreatif.

APA ITU KREATIVITI?

Terdapat beberapa definisi kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan pembentukan tindak balas yang unik dan baharu kepada masalah dan peluang. Kreativiti adalah mustahak dalam menangani cabaran rumit dalam suasana perniagaan yang dinamik dan selalunya penuh dengan masalah bukan rutin. Oleh itu, kreativiti adalah:

3.1

„Kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan memenuhi kekangan tugas)‰

Sternberg, Kaufman dan Pretz, 2002

Berikan pentakrifan kreativiti berdasarkan pemahaman anda.

SEMAK KENDIRI 3.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 37: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

22

PROSES KREATIVITI

Usahawan perlu memikirkan idea untuk melaksanakan strategi baharu. Pada umumnya, idea lahir daripada proses kreatif di mana seorang individu yang berimaginasi akan membayangkan dan mengembangkan suatu idea kepada suatu bentuk yang boleh dilaksanakan dan membawa manfaat kepada usahawan tersebut dan organisasinya. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa utama dalam proses kreatif, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Proses kreatif Sumber: Kuratko dan Hodgetts (2004)

Fasa-fasa ini dihuraikan di dalam Rajah 3.2.

3.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 38: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 23

Rajah 3.2: Huraian bagi empat fasa utama dalam proses kreatif

1. Jelaskan secara ringkas apa itu kreativiti dan fasa utama dalam proses pemikiran kreatif.

2. Mengapakah kreativiti mustahak untuk usahawan?

LATIHAN 3.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 39: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

24

HALANGAN KEPADA KREATIVITI

Perlu diingat bahawa bukan semua idea baharu yang dijana semasa proses kreativiti boleh diterima. Kreativiti tidak menjamin tidak akan ada halangan, kekecewaan atau kegagalan. Terdapat empat halangan kepada kreativiti, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.3.

Rajah 3.3: Beberapa halangan kepada kreativiti

3.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 40: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 25

BAGAIMANA MENJANA IDEA KREATIF

Individu berlainan mempunyai cara pemikiran yang berbeza. Terdapat beberapa teknik untuk memperbaiki kreativiti dan lima antaranya adalah seperti berikut: (a) Percambahan Idea

Ini adalah satu teknik yang paling lazim digunakan dan ia berkuasa untuk menghasilkan idea. Di sini, semua ahli kumpulan mencadangkan idea-idea yang kemudiannya dibincangkan. Bilangan ahli kumpulan yang paling sesuai adalah empat hingga tujuh orang. Mengikut Williams (2000), terdapat empat peraturan yang perlu diikuti iaitu:

(i) Lagi banyak idea yang dikeluarkan, lagi bagus;

(ii) Semua idea boleh diterima, walau setakat manapun nampak pelik atau tidak masuk akal;

(ii) Idea-idea yang diberikan oleh ahli kumpulan digunakan untuk menghasilkan lebih banyak lagi idea; dan

(iv) Kritikan dan penilaian idea tidak dibenarkan. (b) Analogi Paksaan Ini adalah teknik menjana idea yang sangat berguna dan menyeronokkan.

Teknik ini dipanggil analogi paksaan kerana sesuatu idea itu dibandingkan dengan masalah atau benda lain yang tiada persamaan langsung dengannya untuk mendapatkan pandangan baharu. Anda boleh mengaitkan benda-benda yang biasanya tidak berkaitan dan mencari penyelesaian baharu. Contohnya diri anda dan sebatang pen, muzik dan komputer, produk dan pasaran. Memaksa hubung kait sebegini akan membantu anda membina pandangan baharu serta alternatif baharu. Membina hubungan antara benda yang asalnya tidak berkaitan akan menghasilkan pilihan objek atau kad dengan gambar atau imej yang membantu menjana idea. Pilih suatu objek atau kad secara rambang dan lihat apa hubungan yang boleh dibuat.

(Diadaptasi daripada members.optus.net.com/au/~charles57/Creative/Techniques/ forced_analogy.htm or www.si.hhs.nl/~runda/Creativity.pdf)

(c) Teknik Do It

Ini adalah suatu teknik di mana DO IT adalah ringkasan bahasa Inggeris seperti di bawah: D = Define problem (Takrifkan masalah)

3.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 41: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

26

O = Open mind and apply creative technique (Buka minda dan gunakan teknik kreatif)

I = Identify best solution (Kenal pasti penyelesaian terbaik); dan T = Transform (Tukar)

Di peringkat pertama teknik ini, kita mesti menganalisa suatu masalah itu untuk memastikan soalan yang betul ditanyakan. Mengkaji dan memahami masalah adalah penting untuk mengenal pasti sebab utama masalah tersebut. Jika ia merupakan masalah yang amat besar, pecahkannya kepada bahagian-bahagian kecil dan ringkaskan masalah itu dengan sepadat yang boleh. Kedua, selepas berjaya mengenal pasti masalah, hasilkan seberapa banyak idea yang boleh untuk mendapat penyelesaian yang mungkin boleh digunakan. Setiap percubaan untuk menjana idea adalah penting, tidak kira sama ada idea itu baik mahupun buruk. Ketiga, kita perlu menyemak dan menganalisa setiap idea secara terperinci sebelum memilih idea-idea yang terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Semua penyelesaian ini patut datang dari peringkat kedua. Akhir sekali, setelah penyelesaian yang terbaik sudah dikenal pasti, sudah tiba masanya untuk melaksanakannya. Peringkat ini melibatkan pengembangan produk yang boleh dipercayai daripada idea yang paling sesuai; penggunaan strategi pemasaran dan perniagaan; dan penggunaan masa, wang dan tenaga.

(d) Peta Minda Teknik ini membolehkan seseorang itu menggunakan gambar, frasa atau perkataan untuk menyusun dan mengembangkan fikiran dalam bentuk bukan linear. Ini membolehkan seseorang itu „melihat‰ masalah serta penyelesaiannya. Ramai orang menggunakan peta minda semasa:

Percambahan idea; Mengambil nota; dan Mengingat kembali sesuatu.

Peta minda boleh digunakan untuk mewujudkan produk baharu, menyelesaikan masalah, merancang strategi atau membina suatu proses. Kunci keberkesanan peta minda dalam menjana idea dan menyelesaikan masalah adalah untuk tidak semestinya berfikir secara logik. Jika suatu idea membawa kepada idea yang lain, jangan menganalisanya. Sebaliknya, letakkan sahaja idea tersebut dalam peta minda. Seperti percambahan idea, lagi tidak masuk akal sesuatu hubungan itu, lagi bagus. Inilah cara mendapatkan penyelesaian yang inovatif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 42: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 27

(e) Kumpulan Nominal Penggunaan kumpulan nominal adalah untuk menjana idea dan menilai penyelesaian secara bersemuka dalam situasi kumpulan yang tidak mengancam. Ahli kumpulan berbuat demikian dengan menulis secara senyap sebanyak mana idea yang boleh. Selepas itu, ahli merekod idea-idea tersebut dan membincangkan kesemuanya untuk mendapatkan penjelasan dan penilaian. Akhirnya, setiap ahli akan mengundi secara sulit untuk menyusun idea-idea tersebut dari segi keutamaan.

CIRI-CIRI INDIVIDU KREATIF

Usahawan adalah individu yang kreatif tetapi tidak semua individu yang kreatif boleh menjadi usahawan. Rajah 3.4 menunjukkan lapan ciri individu kreatif.

i. Amat rendah diri dan bangga pada masa yang sama

ii. Sangat sayangkan kerja mereka tetapi sangat objektif terhadapnya pada masa yang sama

iii. Berani mencuba benda baharu

iv. Minda terbuka dan sanggup menerima kritikan orang lain

v. Memiliki kombinasi sikap suka main-main dan berdisiplin serta kombinasi bertanggungjawab dan tidak bertanggungjawab

vi. Mempunyai tahap kawalan diri yang tinggi

vii. Berpandukan matlamat, cermat dan bertimbang rasa dalam membuat sebarang keputusan

viii. Sanggup mengambil risiko terhitung

Rajah 3.4: Ciri-ciri individu kreatif

3.5

LATIHAN 3.2

Senaraikan dan ringkaskan teknik menjana idea yang kreatif.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 43: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

28

APA ITU INOVASI?

Apabila usahawan telah melalui proses kreatif dan memperoleh penyelesaian yang terbaik, langkah seterusnya adalah penggunaan dan akhirnya, inovasi. Kreativiti adalah prasyarat kepada inovasi. Pada hari ini, inovasi dipercayai ramai sebagai kunci kejayaan yang berlanjutan untuk banyak organisasi. Syarikat yang boleh bersaing dan menang adalah syarikat yang mengembangkan produk atau sistem baharu mengeluarkan produk dan berterusan berbuat begitu. Kenapakah inovasi penting? Apakah itu inovasi? Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan makna, jenis, sumber dan penghalang inovasi. Mengikut Kinicki dan Williams (2003), inovasi adalah mencari cara-cara untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang baharu atau lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi, tidak kira sama ada berpusatkan keuntungan ataupun tidak, tidak akan cepat berpuas hati dengan pencapaiannya, lebih-lebih lagi apabila saingannya menghasilkan idea kreatif. Inovasi dirasakan sebagai penghasilan suatu yang baharu di pasaran yang mengubah persamaan permintaan dan penawaran (Chell, 2001). Seorang usahawan mencipta permintaan baharu dalam pasaran dengan menggabung semula faktor-faktor pengeluaran untuk mencipta suatu yang baharu. Oleh itu, inovasi adalah kunci untuk usahawan terus kekal dalam dunia perniagaan yang mempunyai persaingan sengit di zaman ini. „Lakukan inovasi atau mati‰ patut menjadi prinsip hidup setiap usahawan.

3.6.1 Jenis-jenis Inovasi

Setiap orang dalam suatu perniagaan mesti menjadi inovatif untuk membolehkan perniagaan tersebut berubah sepantas mungkin demi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat jenis inovasi yang asas seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.5.

3.6

Apakah yang anda faham dengan perkataan „inovasi‰? Pada pendapat anda, bagaimanakah perkataan ini dikaitkan dengan usahawan dan kenapakah ia penting? Bincangkan idea anda.

AKTIVITI 3.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 44: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 29

Rajah 3.5: Jenis-jenis dan contoh inovasi

3.6.2 Sumber-sumber Inovasi

Seorang usahawan memerlukan idea-idea yang berimpak tinggi sebagai inspirasi menemu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu. Berikut adalah empat sumber inovasi untuk para usahawan (Drucker, 1985; Kuratko & Hodgetts, 2004). (a) Peristiwa Di Luar Jangkaan

Usahawan kerap mendapat idea daripada sesuatu yang berlaku di luar jangkaan mereka. Peristiwa yang tidak dijangka memberikan mereka peluang besar untuk menggunakan kemahiran mereka untuk membuat formula atau benda baharu. Kejayaan atau kegagalan yang tidak dijangka

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 45: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

30

juga adalah sumber inspirasi apabila mereka tidak merancang atau menjangka sesuatu.

(b) Konsep Ilmu Baharu

Di pasaran hari ini, kita boleh menjumpai produk atau perkhidmatan baharu dengan mudah. Kebanyakan produk dan perkhidmatan ini adalah inovasi berasaskan pengetahuan yang memerlukan waktu yang lama untuk diselidik dan dikembangkan oleh golongan pakar. Ilmu baharu boleh diperoleh dengan membaca, menghadiri seminar atau persidangan serta menyertai perbincangan di kalangan profesional.

(c) Perubahan Demografik Perubahan dalam ciri-ciri demografik seperti umur, tahap pendidikan, pendapatan dan jenis pekerjaan merupakan sumber inspirasi yang utama kepada golongan usahawan. Bagi mereka, perubahan sebegini mewujudkan peluang besar untuk diterokai. Contohnya, apabila kualiti hidup dan pendapatan meningkat, permintaan untuk barang mewah dan produk kesihatan juga bertambah.

(d) Keperluan Proses Keperluan proses wujud di dalam proses sebuah perniagaan, industri atau perkhidmatan. Ia menyempurnakan proses yang sedia ada, menggantikan pautan yang lemah, mereka bentuk semula proses yang ada dan sebagainya. Kesemua ini membolehkan usahawan menghasilkan produk, perkhidmatan atau proses yang menunaikan permintaan dan memenuhi keperluan pelanggan. Contohnya, dalam usaha mewujudkan masyarakat yang cergas, sesetengah individu akan terdorong untuk melakukan lebih banyak senaman. Justeru itu, usahawan boleh menyediakan lebih banyak pusat atau kemudahan kesihatan untuk mereka.

1. Apakah sumber inovasi? Perhatikan keadaan di sekeliling anda dan berikan contoh.

2. Berdasarkan jenis-jenis inovasi, berikan contoh yang bersesuaian dan terangkannya. Bandingkan dengan rakan anda.

SEMAK KENDIRI 3.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 46: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 31

3.6.3 Penghalang Inovasi

Walaupun usahawan mempunyai banyak idea untuk inovasi, terdapat beberapa halangan yang boleh menghindarkan mereka daripada menjadi inovatif. Rintangan kepada inovasi biasanya datang daripada dalam sebuah organisasi, khasnya daripada golongan pekerja. Contoh-contoh halangan adalah seperti berikut: (a) Organisasi Tidak Menggalakkan Inovasi

Sesetengah organisasi selesa dengan keadaan yang sedia ada dan enggan berubah. Untuk mereka, perubahan mengancam budaya dan tatacara organisasi dan lebih teruk lagi, kedudukan mereka. Untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, pihak pengurusan akan mengelak atau enggan mengakui keperluan inovasi di dalam organisasi berkenaan. Tambahan pula, sempadan di antara jabatan atau interdepartmental borders menghalang idea inovasi daripada disebarkan secara meluas di kalangan pekerja.

(b) Sumber Tidak Mencukupi Sesetengah organisasi ingin berubah dan melakukan inovasi tetapi tidak mempunyai sumber yang mencukupi seperti sumber manusia, kewangan dan kemudahan yang penting dalam melakukan sesuatu inovasi.

(c) Sikap Pengurusan yang Tradisional

Keinginan pihak pengurusan untuk memegang kuasa menghalang pekerjanya daripada melakukan inovasi. Ini berlaku khasnya apabila pihak pengurusan terdiri daripada pekerja kanan yang berfikir secara tradisional dan menentang perubahan. Kadang-kadang kekreatifan pekerja disekat oleh peraturan, kekangan dan birokrasi pihak pengurusan.

Penghalang inovasi juga datang daripada sikap peribadi atau individu itu sendiri seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6 berikut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 47: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

32

Rajah 3.6: Sikap peribadi atau individu

KEPENTINGAN KREATIVITI DAN INOVASI BAGI USAHAWAN

Dalam dunia persaingan global yang dinamik, usahawan mesti menerima kreativiti dan inovasi sebagai ramuan penting untuk berjaya. Mereka seharusnya boleh mencipta produk atau perkhidmatan baharu dan bersedia untuk mengamalkan teknologi terkini jika ingin bersaing dengan jayanya. Oleh itu, usahawan mesti mengiktiraf dan memberi ganjaran atas kreativiti dan inovasi diri sendiri dan pekerja. Kreativiti dan inovasi adalah mustahak kerana tiga sebab, iaitu: (a) Memastikan Ketahanan Organisasi

Kreativiti dan inovasi adalah satu kemestian agar sebuah organisasi dapat bertahan lama. Masa hadapan sesebuah organisasi itu bergantung pada kebolehannya untuk mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Dengan berbuat begitu, ia akan meningkatkan kebolehan organisasi tersebut untuk bersaing dengan para pesaingnya. Ia juga menjadikan ahli organisasi itu mampu bertindak pantas terhadap perubahan sekeliling. Sesebuah organisasi itu tidak lagi perlu menantikan permintaan daripada pelanggan; sebaliknya, ia harus sentiasa cuba mengeluarkan sesuatu yang baharu untuk memuaskan kehendak pelanggan.

(b) Meneroka Pasaran Baharu Usahawan boleh menggunakan produk atau perkhidmatan baharu untuk menerokai pasaran yang belum diceburi. Seorang usahawan yang kreatif

3.7

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 48: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 33

dan inovatif akan selalu cuba menakluki pasaran baharu dengan memperkenalkan produk atau perkhidmatan baharu. Contohnya, bila Phillips memperkenalkan cakera video digital (DVD) yang pertama dalam pasaran pada tahun 1995, ia berjaya menembusi pasaran dunia.

(c) Menggunakan Sumber Asli

Terdapat banyak sumber asli di muka bumi ini yang mana usahawan boleh memanfaatkannya tanpa menjejaskan alam sekitar. Kreativiti dan inovasi mewujudkan sumber. Malah, „sumber‰ tidak wujud sehingga manusia (usahawan) mencari kegunaan baginya dan memberikannya nilai ekonomi (Drucker, 1985). Oleh itu, usahawan adalah orang yang bertanggungjawab mewujudkan nilai bagi setiap sumber asli untuk faedah manusia.

STRATEGI MENGGALAKKAN KREATIVITI DAN INOVASI

Terdapat empat strategi yang boleh digunakan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi, seperti yang diringkaskan di dalam Rajah 3.7.

Rajah 3.7: Empat strategi untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam organisasi

(i) Mengiktiraf Kebolehan Anda Sendiri Adalah penting untuk mengetahui kebolehan diri anda supaya anda boleh menghadapi masalah dan merebut peluang secara kreatif dan inovatif. Kenali batasan diri anda yang mungkin menghalang anda daripada mencari penyelesaian yang sesuai.

(ii) Mengubah Persepsi Anda

Cuba lihat masalah dan peluang dari pelbagai perspektif. Selidik masalah dan peluang dengan memecahkan mereka kepada beberapa bahagian kecil dan cari penyelesaian yang sebenar atau yang terbaik.

3.8

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 49: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN

34

(iii) Mengubah Budaya Organisasi Organisasi mesti menggalakkan kreativiti dan inovasi di kalangan pekerja. Berikan ganjaran kepada pekerja yang cemerlang dalam membuat pembaharuan.

(iv) Berani Gagal

Anggap setiap kegagalan atau kesilapan sebagai motivasi untuk mencari penyelesaian yang terbaik.

Kreativiti adalah kebolehan untuk menghasilkan kerja yang baharu (iaitu asli

dan tidak disangka), berkualiti tinggi dan sesuai (iaitu berguna dan memenuhi kekangan tugas).

Inovasi adalah mencari cara-cara untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang baharu atau lebih baik.

Empat fasa utama dalam proses kreatif adalah:

(i) Pengumpulan ilmu;

(ii) Pengeraman;

(iii) Idea-idea; dan

(iv) Penilaian dan pelaksanaan.

Lima teknik kreatif adalah:

(i) Percambahan idea;

(ii) Analogi paksaan;

(iii) Formula Do It;

1. Apakah strategi yang boleh anda gunakan untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam sesebuah organisasi?

2. Uji kreativiti anda dengan menduduki ujian menerusi laman sesawang berikut:

http://www.creax.com/csa/frame.asp?session=zero

http://enchantedmind.com/html/creativity/iq_tests/ creativity_test.html

SEMAK KENDIRI 3.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 50: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 3 MEMBENTUK KREATIVITI DAN INOVASI KEUSAHAWANAN 35

(iv) Peta minda; dan

(v) Kumpulan Nominal.

Empat jenis asas inovasi adalah:

(i) Penciptaan;

(ii) Pelanjutan;

(iii) Penduaan; dan

(iv) Sintesis.

Penghalang kreativiti adalah:

(i) Kepercayaan peribadi;

(ii) Takut kepada kritikan;

(iii) Pengurusan yang berlebihan; dan

(iv) Tekanan.

Penghalang inovasi adalah:

(i) Organisasi tidak menggalakkan inovasi;

(ii) Sumber tidak mencukupi; dan

(iii) Sikap pengurusan yang tradisional.

Analogi paksaan Formula Do It Inovasi Kreativiti

Kumpulan nominal Percambahan idea Peta minda Proses kreatif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 51: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Persekitaran perniagaan biasanya dibincangkan dengan kaitan kepada pemasaran dan pengurusan ekonomi. Di dalam topik ini, kita akan membincangkan kepentingan persekitaran dalam menyediakan peluang dan memberikan ancaman kepada usaha mencipta perniagaan baharu. Terdapat banyak cara untuk menilai persekitaran perniagaan baharu. Pertama sekali, kita akan menilai komponen persekitaran di mana suatu perniagaan itu beroperasi. Kemudian, kita akan membincangkan langkah-langkah mengenal pasti peluang perniagaan dan bagaimana untuk menilai dan merebut peluang memulakan perniagaan baharu.

TTooppiikk

44

Penilaian Persekitaran Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mengenal pasti dua komponen persekitaran perniagaan;

2. Menerangkan empat elemen persekitaran makro dan enam elemenpersekitaran mikro;

3. Menjelaskan tiga elemen persekitaran dalaman organisasi;

4. Menghuraikan peluang perniagaan; dan

5. Menilai suatu peluang perniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 52: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 37

KOMPONEN-KOMPENAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

Usahawan perlu menilai persekitaran bukan sahaja sebelum memulakan perniagaan tetapi juga semasa membangunkan perniagaan tersebut. Persekitaran adalah situasi di mana perniagaan itu beroperasi. Persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:

Pandangan makro terhadap persekitaran luaran; dan

Pandangan mikro terhadap persekitaran luaran dan dalaman. Setiap bahagian ini mempunyai banyak komponen yang perlu dinilai, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 4.1.

Rajah 4.1: Komponen persekitaran perniagaan

4.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 53: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

38

(a) Persekitaran Luaran Ini terdiri daripada persekitaran makro dan mikro. Persekitaran luaran

boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran makro terdiri daripada empat unsur iaitu:

(i) Politik dan undang-undang;

(ii) Ekonomi;

(iii) Sosiobudaya; dan

(iv) Teknologi. Persekitaran mikro pula, mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), adalah sebahagian daripada persekitaran luaran perniagaan tetapi boleh mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan secara langsung. Ia dikenali sebagai persekitaran industri atau persekitaran tugas. Persekitaran mikro mempunyai enam elemen iaitu:

(i) Pelanggan;

(ii) Pesaing;

(iii) Pembekal;

(iv) Institusi kewangan;

(v) Organisasi bukan kerajaan; dan

(vi) Agensi kerajaan. Persekitaran mikro atau persekitaran industri juga dikenali sebagai persekitaran persaingan dalam Model Lima Kuasa Porter yang termasuk ancaman pesaing baharu, produk pengganti dan kuasa tawar-menawar pembekal dan pembeli. Institusi kewangan boleh diletakkan di bawah persekitaran umum, manakala organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan boleh diletakkan di bawah kategori politik dan undang-undang.

(b) Persekitaran Dalaman Persekitaran dalaman juga boleh mempengaruhi pembuatan keputusan

usahawan secara langsung. Bagaimanapun, usahawan boleh mengawal unsur ini. Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:

(i) Struktur organisasi;

(ii) Budaya; dan

(iii) Sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 54: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 39

  

 

PERSEKITARAN MAKRO

Sebelum ini, kita telah menyebut bahawa persekitaran makro terdiri daripada elemen politik dan undang-undang, ekonomi, teknologi dan sosiobudaya. Di dalam subtopik ini, kita akan menjelaskan unsur-unsur ini dan pengaruh mereka terhadap usahawan. Rajah 4.2 menunjukkan pemboleh ubah persekitaran.   

 

Rajah 4.2: Pemboleh ubah persekitaran Sumber: Diadaptasi daripada Kuratko, D. F., & Hodgetts, R. M. (2004). Entrepreneurship:

A contemporary approach (6th ed.).

4.2

Apakah yang anda fikir akan berlaku jika usahawan memulakan perniagaan tanpa menganalisa persekitaran di mana perniagaan itu akan beroperasi? Bandingkan dan bincangkan jawapan anda dengan rakan dan tutor anda.

AKTIVITI 4.1

Senaraikan semua segmen dan komponen persekitaran perniagaan.

LATIHAN 4.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 55: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

40

4.2.1 Politik dan Undang-undang

Politik dan undang-undang dalam persekitaran makro adalah ruang di mana kumpulan berkepentingan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah persekitaran di mana para usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya, usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang untuk perniagaan baharu mereka. Mereka perlu patuh dan mengikut polisi, undang-undang dan peraturan di tempat perniagaan tersebut dijalankan.  

  

Rajah 4.3 menunjukkan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro.  

 

Rajah 4.3: Segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran makro

 

Terdapat banyak perbezaan politik dan undang-undang dari satu negara dengan negara yang lain. Usahawan perlu menyedari isu global seperti halangan perdagangan, tarif dan risiko politik serta hubungan dua hala dan pelbagai hala. Kesemua isu ini adalah berhubung kait antara satu sama lain.

(a) Halangan Perdagangan dan Tarif

Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ia menghalang aliran bebas sumber dari negara lain untuk melindungi

Pada pendapat anda, apakah peranan segmen politik dan undang-undang dalam persekitaran perniagaan?

SEMAK KENDIRI 4.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 56: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 41

industri tempatan. Contohnya, sekatan perdagangan dikenakan terhadap industri automobil di Malaysia.

(b) Risiko Politik Ini merujuk kepada kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau di kawasan di mana perniagaan dijalankan. Di kawasan di mana risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan mahal bagi usahawan untuk membeli, melindungi dan menggunakan sumber. Risiko lain termasuk keganasan politik dan fizikal, pemerasan dan penyelewengan yang melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika. Ini akan menambah kepada kos perniagaan baharu.

(c) Perjanjian Perdagangan Perjanjian perdagangan antara negara kian meningkat, contohnya perjanjian AFTA yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan Malaysia dalam membuat keputusan dalam menjalankan perdagangan di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produktiviti ekonomi dalam pasaran serantau. Usahawan perlu peka terhadap beberapa isu nasional seperti pencukaian, peraturan dan perbelanjaan kerajaan. Kesemua isu ini adalah berhubung kait.

(d) Pencukaian Ini merupakan faktor politik utama yang dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti berikut:

Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelaburan perniagaan; dan

Sesetengah cukai adalah baik bagi perniagaan tertentu dan tidak baik bagi perniagaan lain.

(e) Peraturan

Contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya peraturan memberikan kesan negatif kepada perniagaan. Kadangkala pula, peraturan menambahkan kos perniagaan dari segi pekerjaan tulis-menulis, ujian, pemantauan dan pematuhan. Oleh sebab itu, usahawan harus menilai persekitaran politik dengan terperinci untuk mengenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kestabilan politik sesuatu negara di mana perniagaan dilakukan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka.

 

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 57: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

42

 

4.2.2 Ekonomi

Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu perniagaan. Persekitaran ekonomi makro meliputi kesemua produk dan perkhidmatan yang dihasilkan, diedarkan, dijual dan diguna. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan di mana perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di tiga paras persekitaran ekonomi makro ini. Walau bagaimanapun, usahawan harus tahu paras mana yang mempunyai kesan terbesar kepada perniagaan mereka. Mereka harus meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang memberi kesan kepada perniagaan baharu mereka. Usahawan harus berupaya melihat perubahan yang berlaku dalam ekonomi dan berupaya menentukan pemboleh ubah yang berkaitan untuk dianalisa. Rajah 4.4 menyenaraikan beberapa soalan penting untuk dijawab oleh usahawan berkenaan persekitaran ekonomi perniagaan baharu untuk memberikan gambaran keseluruhan iklim perniagaan:  

 

Rajah 4.4: Soalan untuk dipertimbangkan bagi perniagaan baharu

Apakah peranan AFTA? Bincangkan dalam myVLE.

AKTIVITI 4.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 58: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 43

4.2.3 Sosiobudaya

Persekitaran sosiobudaya terdiri daripada dua aspek yang berkait rapat iaitu:

Demografik; dan

Aliran budaya dalam masyarakat. Peluang perniagaan wujud dalam budaya popular masyarakat, contohnya peluang perniagaan untuk barangan pengguna dan barang tahan lama, peruncitan dan perkhidmatan, waktu lapang, hiburan, perumahan dan pembinaan. (a) Perubahan demografik

Ini berlaku akibat perubahan penduduk, kumpulan etnik dan struktur penduduk menurut umur, jantina, lokasi geografi dan pengagihan pendapatan penduduk. Kesemua unsur ini menyumbang kepada permintaan pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Usahawan perlu menyelidik dengan teliti unsur-unsur ini yang menyumbang kepada penciptaan pasaran. Walau bagaimanapun, perubahan aliran demografik adalah di luar kawalan usahawan. Contohnya, bilangan kanak-kanak yang bertambah dalam suatu masyarakat boleh mewujudkan peluang untuk aktiviti perniagaan yang tertumpu kepada pendidikan, makanan dan pakaian kanak-kanak.

(b) Aliran sosial

Ini berkaitan dengan cara hidup, di mana ia menggambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pemboleh ubah yang memerlukan perhatian adalah pembentukan rumah tangga, ragam pekerjaan, kadar penglibatan tenaga buruh, tahap pendidikan, corak perbelanjaan dan corak waktu lapang. Usahawan boleh menggunakan maklumat yang didapati dari sumber umum dan persendirian untuk menilai dan memantau perubahan ini. Mereka juga perlu meramal dan menilai erti perubahan untuk perniagaan mereka dengan menjaga kepentingan diri sendiri. Dengan ini, mereka boleh meramalkan gelagat orang ramai.

 

  

Mengapakah persekitaran sosioekonomi penting untuk usahawan?

SEMAK KENDIRI 4.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 59: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

44

4.2.4 Teknologi

Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan seni industri, sains gunaan, kejuruteraan, proses, penciptaan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penelitian dan pemantauan dari masa kajian asas dilakukan kepada masa suatu produk itu dibangunkan dan kemudiannya dikomersialkan. Perubahan teknologi berlaku dalam dua bentuk iaitu: (a) Penciptaan Tulen Penciptaan tulen merujuk kepada penciptaan benda baharu yang berbeza

daripada teknologi atau produk yang sedia ada. Oleh itu, penciptaan biasanya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penciptaan tersebut. Namun demikian, penciptaan mempunyai kelemahan kerana tidak ada pasaran untuk ciptaan tersebut pada peringkat awal. Walaupun begitu, ciptaan baharu boleh membuka pasaran dan peluang perniagaan yang baharu. Contohnya, penciptaan semikonduktor membuka peluang perniagaan dalam bidang komputer.

(b) Proses Inovasi Proses inovasi merujuk kepada perubahan kecil dalam reka bentuk,

pembentukan dan pengeluaran produk, bahan dan pengedaran. Ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam seksyen tentang mengenal pasti peluang. Meneliti dan memantau perubahan teknologi bukan mudah kerana bukan senang untuk memperoleh maklumat. Malah, saintis yang terlibat dalam kajian awal tidak mengetahui bila tahap pengkomersialan dicapai. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui maklumat tersebut.

PERSEKITARAN MIKRO

Persekitaran mikro perniagaan baharu juga merujuk kepada persekitaran industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk usahawan mempengaruhi elemen ini dalam industri. Mereka perlu merancang dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan bersaing dalam sesuatu industri. Pengaruh utama dalam industri adalah:

Pelanggan;

Pesaing;

Pembekal;

Institusi kewangan;

4.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 60: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 45

Agensi kerajaan; dan

Organisasi bukan kerajaan. (a) Pelanggan Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam perniagaan. Mereka

mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh industri. Pengguna boleh merupakan individu dalam masyarakat seperti suri rumah, pekerja, pelajar atau kumpulan orang. Pengguna adalah „raja‰ dalam sistem pasaran. Sesetengah produk digunakan oleh pengguna industri seperti pengedar, ejen, pemborong dan peruncit. Kumpulan seperti ini mempengaruhi keputusan usahawan.

(b) Pesaing Usahawan dalam perniagaan baharu mesti menganalisa pesaing mereka

dalam industri yang diceburi. Pesaing adalah perniagaan yang memenuhi kehendak pengguna yang sama atau berpeluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka boleh dikenal pasti dengan menanyakan pengguna perniagaan yang sedia ada atau bakal pengguna perniagaan baharu di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan tertentu. Usahawan juga boleh mengenal pasti persaingan mereka melalui direktori perniagaan.

Grid analisis persaingan berdasarkan sumber boleh digunakan untuk

menganalisa dan menentukan tahap pesaing-pesaing dalam industri. Usahawan juga boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan para pesaing mereka dengan alat ini dan menggunakannya untuk membantu mereka dalam memulakan perniagaan baharu. Jadual 4.1 menunjukkan analisis persaingan berdasarkan sumber.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 61: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

46

Jadual 4.1: Analisis Persaingan Berdasarkan Sumber

Arahan: Dari skala 1 hingga 7, berikan penilaian sumber pesaing. Nilai 1 bererti syarikat tersebut tidak mempunyai kelebihan langsung dari segi sumber; nilai 4 bererti syarikat itu mempunyai kemampuan sumber yang sama dengan peserta lain dalam industri; dan nilai 7 bererti syarikat itu mempunyai kelebihan mutlak dari segi sumber.

Jenis sumber dan sifat Syarikat sendiri 1 2 3 4 5 6 7

Sumber kewangan Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber fizikal Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber manusia Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber teknikal Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber reputasi Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

Sumber organisasi Jarang didapati Bernilai Sulit untuk ditiru Tidak boleh digantikan

 Markah Keseluruhan ________________________ Purata besar _______________________________ +/– Daripada Purata _________________________

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 62: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 47

(c) Pembekal Pembekal adalah kumpulan kedua yang mempengaruhi aktiviti keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka jual. Mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang berada di pasaran.

(d) Institusi Kewangan Insitusi kewangan merupakan punca luaran untuk membiayai perniagaan baharu atau mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Pinjaman daripada institusi kewangan bukan sahaja sukar diperolehi untuk perniagaan baharu kerana tidak mempunyai rekod prestasi tetapi juga kerana pembayaran faedah yang membebankan perniagaan baharu. Oleh itu, institusi kewangan mempunyai pengaruh secara langsung terhadap usahawan.

(e) Agensi Kerajaan Kerajaan mempengaruhi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi. Contohnya, Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian yang telah dilaksanakan di negara kita. Sesetengah polisi memberi kesan secara langsung kepada aktiviti keusahawanan. Polisi dan peraturan kerajaan mempunyai objektif dan tujuan tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan untuk usahawan. Ini telah dibincangkan di dalam topik-topik yang terdahulu.

(f) Organisasi Bukan Kerajaan Persatuan pengguna, organisasi politik, kumpulan agama, persatuan perniagaan, kumpulan pencinta alam sekitar dan sebagainya adalah antara kumpulan berkepentingan yang mempengaruhi usahawan. Kumpulan ini mempengaruhi usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan tertentu dan penyebaran maklumat mengenai sesuatu produk. Tindakan sebegini boleh mempengaruhi pengguna dan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan dalam isu tertentu.

 

  

 

Kenapakah usahawan perlu menganalisa setiap komponen persekitaran makro dan mikro?

LATIHAN 4.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 63: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

48

PERSEKITARAN DALAMAN ORGANISASI

Persekitaran dalaman sebuah organisasi terdiri daripada:

Sumber;

Struktur; dan

Budaya. Kesemua unsur ini mempengaruhi keputusan dan aktiviti usahawan. Usahawan perlu menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau membentuk sebarang strategi. (a) Sumber Antara sumber dalaman sebuah organisasi adalah usahawan itu sendiri,

kewangan, sumber manusia, harta yang nyata dan harta tidak nyata, teknologi dan reputasi. Ciri-ciri peribadi, kemahiran, tenaga, idea, pengetahuan dan pengalaman keusahawanan adalah sebahagian daripada sumber usahawan. Kesemua sumber ini akan diproses bersama dalam perniagaan untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

(b) Struktur Struktur organisasi mestilah sesuai dengan perniagaan baharu yang

berkenaan untuk membolehkan penyesuaian dengan perubahan persekitaran. (c) Budaya Budaya dan nilai positif harus disemai dalam organisasi perniagaan untuk

kebaikan kesemua sumber manusia.  

MENGENAL PASTI PELUANG PERNIAGAAN

Peluang boleh wujud di atas kertas atau sebagai idea. Peluang boleh menukar situasi yang buruk atau merugikan kepada situasi yang baik atau menguntungkan. Menurut Myzuka (2000), peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan. Peluang selalunya dikaitkan dengan pengalaman, hobi dan persekitaran sosial usahawan. Peluang juga ditakrifkan sebagai aliran luaran yang positif atau perubahan yang menyediakan kemungkinan yang unik dan jelas untuk melakukan inovasi dan mencipta nilai. Peluang juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk

4.5

4.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 64: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 49

mencipta sesuatu yang baharu yang melibatkan perubahan dalam pengetahuan, teknologi, ekonomi, politik serta keadaan sosial dan demografik. Kebanyakan peluang baik dalam perniagaan tidak muncul secara tiba-tiba tetapi adalah berpunca daripada sikap usahawan yang bersiap-sedia dalam mengenal pasti peluang. Kebanyakan usahawan tidak mempunyai cara formal untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Sebaliknya, pengguna, rakan perniagaan, rakan dalam sistem pengedaran dan pakar teknikal adalah sumber terbaik untuk mendapatkan idea perniagaan yang baharu.  

 

4.5.1 Mengenali Peluang: Fasa Perspektif Proses Tentang Keusahawanan

Mengenali peluang adalah salah satu fasa utama dalam perspektif proses tentang keusahawanan. Proses keusahawanan bermula apabila seorang atau lebih daripada seorang mengenal pasti suatu peluang. Peluang ini dihasilkan oleh faktor ekonomi, teknologi dan sosial. Penumpuan faktor ini memberikan peluang untuk perniagaan baharu yang menarik (rujuk Rajah 4.5).

 

Rajah 4.5: Peluang muncul dari penumpuan faktor Sumber: Baron & Shane (2004).

Pada pendapat anda, apakah itu peluang perniagaan?

SEMAK KENDIRI 4.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 65: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

50

Menurut Mukesh Chatter dalam Baron & Shane (2004), perubahan ekonomi, teknologi dan keadaan sosial menjana peluang tetapi apa pun tidak akan berlaku dengan peluang itu sehingga ada orang yang bermotivasi tinggi dan bertenaga yang mengenal pasti peluang tersebut.  

Usahawan patut boleh mengenali, mengejar dan merebut peluang perniagaan. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang berjaya merebut peluang. Sesetengah usahawan mendapat peluang melalui penerokaan dan sesetengah pula mendapat peluang kerana bernasib baik. Usahawan yang mengejar peluang harus mempunyai nilai tambahan untuk menarik pelanggan, pengedar dan peruncit. Peter Drucker, seorang penulis dalam bidang pengurusan yang terkenal, telah mengenal pasti tujuh sumber peluang yang kemungkinan berlaku dalam konteks luaran seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.2.

Jadual 4.2: Sumber Peluang

Sumber Peluang Situasi

Situasi yang tidak diduga

Peluang boleh diperolehi apabila situasi dan kejadian yang tidak dijangka berlaku seperti berita kejayaan/baik atau berita kegagalan/buruk yang boleh menjadi peluang untuk dikejar oleh usahawan.

Situasi yang janggal

Apabila ada situasi yang tidak konsisten, contohnya apabila cara pemikiran konvensional tidak lagi diguna pakai dalam sesuatu perkara, akan wujud peluang untuk direbut. Dalam situasi begini, usahawan yang berupaya berfikir di luar kotak mungkin memperolehi peluang tersebut.

Keperluan proses

Peluang keusahawanan boleh diperolehi daripada proses penemuan. Contohnya daripada proses kajian dan pembangunan yang dilakukan oleh para penyelidik dan pakar teknikal yang menghasilkan produk dan perkhidmatan tertentu. Malah sebelum sesuatu penemuan dibuat, akan wujud pelbagai peluang yang boleh diambil oleh usahawan semasa proses tersebut berlaku.

Struktur industri dan pasaran

Perubahan dari segi teknologi, nilai sosial dan cita rasa pengguna boleh menukar struktur industri dan pasaran. Situasi seperti ini memberikan usahawan peluang untuk melakukan inovasi terhadap produk dan perkhidmatan mereka.

Demografik Pertukaran demografik akan mempengaruhi pasaran sasaran dan segmen pasaran. Ini boleh menjadi peluang kepada usahawan untuk menjangka dan memenuhi kehendak penduduk.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 66: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 51

Perubahan dalam persepsi

Persepsi adalah pandangan individu terhadap realiti. Ia melibatkan nilai-nilai dan kepercayaan mereka serta apa yang mereka titikberatkan. Hal ini termasuk dalam bidang psikografik. Apabila nilai dan kepercayaan individu mengalami perubahan, ia boleh mewujudkan peluang pasaran untuk usahawan yang telah membuat persediaan sewajarnya.

Pengetahuan baharu

Pengetahuan baharu adalah sumber peluang untuk usahawan. Contoh pengetahuan baharu adalah teknologi dan penemuan baharu yang boleh menjadi sumber maklumat bagi inovasi keusahawanan. Usahawan boleh menggunakan pengetahuan baharu untuk menghasilkan produk dan proses baharu yang boleh bersaing dengan produk lain.

4.5.2 E-dagang Sebagai Peluang Baharu

Evolusi perdagangan elektronik telah mencipta banyak peluang dan perniagaan baharu. Namun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-dagang boleh memakan kos yang tinggi. E-dagang memberi usahawan peluang untuk mengubah idea kepada pasaran baharu yang menarik. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman sesawang untuk mempromosi dan menjual produk mereka di atas talian. Teknologi yang menggunakan e-dagang menawarkan maklumat yang membantu pengguna membuat keputusan. Makluat e-dagang boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada syarikat terbabit). Ini membolehkan syarikat tersebut menyediakan aktiviti berasaskan laman sesawang untuk pengguna dari permulaan sehingga penamatan aktiviti pengguna. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan mengikut keperluan individu dan membolehkan pengguna berhubung dengan syarikat itu. Paling penting, e-dagang boleh mengurangkan kos transaksi.  

  

 

Apakah kelebihan dan kekurangan e-dagang kepada usahawan dalam mencipta peluang baharu?

AKTIVITI 4.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 67: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

52

PENILAIAN PELUANG PERNIAGAAN

Sama ada peluang dikenal pasti menerusi pandangan pengguna, rakan perniagaan, ahli saluran atau pakar teknikal, setiap peluang mesti ditapis dan dinilai dengan teliti. Penilaian merupakan unsur yang paling kritikal dalam proses keusahawanan. Jadual 4.3 menunjukkan proses penilaian yang melihat penciptaan dan jangka masa peluang, nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang, risiko dan ganjaran peluang serta kesesuaiannya dengan matlamat peribadi usahawan dan kelebihannya yang berbeza dalam persekitaran persaingannya.   

Peluang mesti sesuai dengan kemahiran dan matlamat usahawan. Pelan taksiran peluang patut pendek, berfokus kepada peluang tersebut dan bukan kepada keseluruhan perniagaan. Ia mesti menyediakan asas untuk membuat keputusan sama ada untuk bertindak terhadap sesuatu peluang atau tidak. Pelan perniagaan yang baik mesti dibangunkan untuk merebut peluang yang ada. Sumber untuk peluang tersebut mesti juga ditentukan. Akhirnya, usahawan mesti menggunakan sumber tersebut menerusi pelaksanaan pelan perniagaan tersebut. Jadual 4.3 menunjukkan aspek-aspek proses keusahawanan.

Jadual 4.3: Aspek-aspek Proses Keusahawanan

Sumber: Histrich & Peters (2000)

Mengenal pasti dan Menilai Peluang

Membina Pelan Perniagaan

Sumber yang Diperlukan

Mengurus Syarikat

Penciptaan dan jangka masa peluang

Nilai sebenar dan nilai tanggapan peluang

Risiko dan ganjaran peluang

Peluang lawan kemahiran dan matlamat

Situasi persaingan

Muka surat tajuk

Jadual kandungan

Ringkasan eksekutif 1. Penerangan

perniagaan 2. Penerangan

industri 3. Pelan pemasaran 4. Pelan kewangan 5. Pelan pengeluaran 6. Pelan organisasi 7. Pelan operasi 8. Ringkasan

Apendiks (Pameran)

Sumber sedia ada usahawan

Jurang antara sumber dan bekalan yang ada

Akses kepada sumber yang diperlukan

Cara pengurusan

Pemboleh ubah utama untuk kejayaan

Mengenal pasti masalah sedia ada dan yang mungkin timbul

Pelaksanaan sistem kawalan

4.6

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 68: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 53

  

 

4.6.1 Magnitud Peluang

Betapa besarnya peluang itu bergantung pada faktor-faktor berikut:

Nilai yang ingin dicipta oleh usahawan;

Saiz peluang yang akan menarik minat pelabur;

Faktor ekonomi yang memerlukan penggunaan aset dengan cekap; dan

Keperluan perniagaan untuk menarik ahli pasukan yang penting untuk menjayakan perniagaan.

Namun demikian, usahawan berorientasikan pertumbuhan tidak hanya mempertimbangkan magnitud peluang yang ada tetapi juga kadar pertumbuhan yang diharapkan. Kadar pertumbuhan yang terlalu pantas untuk jangka masa yang lama akan memberikan kesan negatif kerana ia memerlukan peruntukan kewangan yang banyak dan berterusan. Kadar pertumbuhan yang terlalu rendah pula akan menyebabkan usahawan gagal mencipta nilai yang diinginkan dan menarik minat pemegang taruh.

Peluang yang baik datang dalam tiga keadaan:

Peluang asal mesti membawa kepada peluang lain;

Peluang yang baik boleh memaksa organisasi untuk mengembangkan; kemahiran yang boleh digunakan untuk mencari banyak idea baharu; dan

Pelaksanaan peluang mesti dilakukan secara berkumpulan atau perkongsian. Usahawan juga harus menimbangkan persekitaran persaingan, contohnya syarikat-syarikat baharu yang telah bertahan dalam arena industri yang luas dan sedang cuba bersaing dan membuat duit.  

Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang usahawan menilai suatu peluang perniagaan?

SEMAK KENDIRI 4.4

Bincangkan tujuh sumber peluang yang berpotensi dalam konteks luaran.

LATIHAN 4.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 69: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

54

4.6.2 Sumber Peluang: Asal Perniagaan Baharu

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, peluang adalah keadaan di mana perubahan dalam teknologi, (terutamanya) ekonomi, politik, sosial atau demografik menjana sesuatu yang baharu. Jadual 4.4 menunjukkan contoh lima jenis peluang yang berbeza untuk perubahan teknologi.   

Jadual 4.4: Contoh Jenis Peluang Keusahawanan Berbeza yang Lahir daripada Perubahan Teknologi

Bil. Jenis Peluang Perubahan Teknologi

Contoh Idea Perniagaan Sebagai

Jawapan Kepada Peluang Tersebut

Alasan

1. Produk atau perkhidmatan baharu

Enjin pembakaran dalam

Kereta

Enjin pembakaran dalam digunakan untuk menggerakkan kereta.

2. Cara baru mengurus

Internet

Jualan buku atas talian

Internet membenarkan orang menjual produk tanpa kedai runcit.

3. Pasaran baharu

Peti ais Kapal muatan dingin

Kapal muatan dingin membenarkan penternak di satu negara menjual daging ternakan mereka di negara lain.

4.

Kaedah pengeluaran baharu

Komputer

Reka bentuk berbantukan komputer

Komputer membolehkan pereka membuat produk tanpa membina contoh dasar fizikal.

5. Bahan mentah baharu

Minyak

Menghasilkan gasolin

Minyak ditapis menjadi gasolin untuk digunakan bagi menggerakkan kenderaan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 70: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 55

4.6.3 Peluang dan Syarikat Baharu

Syarikat yang telah lama bertapak akan melakukan kerja yang lebih baik dalam menggunakan peluang berbanding dengan syarikat baharu. Apabila syarikat telah berniaga buat seketika, mereka mula mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan syarikat baharu, seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.5.   

Jadual 4.5: Kelebihan Syarikat yang Sudah Mantap Berbanding dengan Syarikat Baharu

 

Jadual 4.6 meringkaskan jenis peluang untuk perniagaan yang sudah mantap dan perniagaan baharu.

Bil Kelebihan Alasan

1. Keluk Pembelajaran

Organisasi baharu belum habis belajar dan masih belum bijak dalam menghasilkan dan memasarkan produk. Namun, apabila sesebuah syarikat itu menghasilkan sesuatu dengan banyak, ia akan bertambah baik dalam usaha tersebut.

2. Reputasi Kajian menunjukkan bahawa orang lebih suka membeli produk daripada pengedar yang mereka kenali dan percayai.

3. Aliran Tunai Sekiranya suatu perniagaan itu berjaya, ia akan mempunyai aliran tunai positif yang boleh digunakan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan baharu. Ia juga boleh menggunakan wang tersebut untuk melabur dalam penghasilan produk dan perkhidmatan baharu yang memenuhi permintaan pengguna.

4. Skala Ekonomi Skala ekonomi memberi manfaat kepada syarikat yang telah mantap berbanding dengan syarikat baharu kerana ia telahpun mula menghasilkan produk dan perkhidmatan. Syarikat yang telah mantap menghadapi kos yang lebih rendah berbanding syarikat baharu kerana ia telah menghasilkan lebih banyak produk atau perkhidmatan.

5. Aset Sampingan

Aset sampingan digunakan oleh usahawan untuk menghasilkan atau mengedarkan produk baharu. Syarikat baharu selalu menghadapi masalah untuk bersaing dengan syarikat yang mantap kerana kekurangan aset sampingan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 71: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA

56

Jadual 4.6: Jenis Peluang Untuk Perniagaan yang Sudah Mantap dan Perniagaan Baharu

Perniagaan Mantap Perniagaan Baharu

Sangat bergantung pada reputasi.

Mempunyai keluk pembelajaran yang kuat.

Menggunakan modal yang banyak.

Memerlukan ekonomi ikut skala.

Memerlukan aset sampingan dalam pemasaran dan pengedaran.

Bergantung pada peningkatan penambahbaikan produk.

Menggunakan inovasi yang memusnahkan kecekapan.

Tidak memenuhi keperluan pelanggan utama syarikat yang sedia ada.

Berdasarkan inovasi diskret.

Sangat bergantung pada modal insan.

Sumber: Baron & Shane (2004)

 

Komponen persekitaran perniagaan boleh dibahagikan kepada:

(i) Persekitaran luaran; dan

(ii) Persekitaran dalaman.

Persekitaran makro melibatkan unsur-unsur berikut:

(i) Politik dan undang-undang;

(ii) Ekonomi;

(iii) Sosiobudaya; dan

(iv) Teknologi.

Persekitaran mikro sangat dipengaruhi oleh:

(i) Pelanggan;

(ii) Pesaing;

Jelaskan kelebihan syarikat yang sudah mantap berbanding dengan syarikat yang baharu dalam mencipta peluang.

SEMAK KENDIRI 4.7

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 72: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 4 PENILAIAN PERSEKITARAN USAHA NIAGA 57

(iii) Pembekal;

(iv) Institusi kewangan;

(v) Agensi kerajaan; dan

(vi) Organisasi bukan kerajaan.

Persekitaran dalaman organisasi terdiri daripada:

(i) Sumber;

(ii) Struktur; dan

(iii) Budaya.

Peluang boleh ditakrifkan sebagai suatu konsep perniagaan yang jika ditukar menjadi produk atau perkhidmatan nyata yang ditawarkan oleh suatu perniagaan, boleh menghasilkan keuntungan kewangan.

Peluang perniagaan patut dipertimbangkan dan dinilai dengan berhati-hati sebelum sebarang tindakan diambil. Ini akan menentukan sama ada ia akan berjaya atau gagal.

Analisis persaingan

Berdasarkan sumber

Halangan perdagangan dan tarif

Peluang perniagaan

Persekitaran dalaman

Persekitaran industri

Persekitaran luaran

Persekitaran perniagaan

Sosiobudaya

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 73: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Persekitaran perniagaan masa kini adalah dinamik, rumit dan sentiasa berubah mengikut keadaan. Untuk memperoleh dan mengekalkan kelebihan dalam persaingan serta mencapai matlamat dan kecekapan, seorang usahawan mesti mempunyai pelan perniagaan yang baik. Perancangan perniagaan merupakan salah satu alat pengurusan yang digunakan untuk mencapai objektif perniagaan. Oleh kerana itu, sesebuah syarikat mesti menyediakan pelan perniagaan yang dapat menarik minat pelabur. Para pelabur lebih bersedia untuk melabur dalam sesuatu perniagaan apabila mereka percaya pelan perniagaannya adalah realistik dan akan membawa keuntungan berdasarkan ramalan mereka tentang kebolehupayaan perniagaan tersebut. Apabila pelan perniagaan disediakan berdasarkan maklumat yang betul, para pelabur akan yakin terhadap pasaran serta produk atau perkhidmatan syarikat berkenaan. Ketelitian sebuah pelan perniagaan menunjukkan kebolehan, pengalaman dan latar belakang pihak pengurusan dalam menjalankan perniagaan tersebut.

TTooppiikk

55

Pelan Perniagaan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan apa itu pelan perniagaan;

2. Menghuraikan tujuh sebab pelan perniagaan adalah penting;

3. Mengenal pasti pihak yang memerlukan pelan perniagaan;

4. Menjelaskan lapan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik;

5. Membincangkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan; dan

6. Menerangkan lima faktor yang menyumbang kepada kegagalan pelanperniagaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 74: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 59

APA ITU PELAN PERNIAGAAN?

Pelan perniagaan adalah dokumen bertulis yang menerangkan secara terperinci keseluruhan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh seorang usahawan. Walaupun seorang usahawan itu telah menjalankan sebuah perniagaan bertahun-tahun lamanya, pelan perniagaan akan membolehkannya menilai semula perniagaan yang sedang dijalankan dan menimbangkan peluang perniagaan baharu. Oleh itu, pelan perniagaan merupakan pelan masa hadapan syarikat yang dipersembahkan dalam format standard perniagaan yang logik dan realistik. Pelan perniagaan itu mesti menjelaskan idea dan matlamat perniagaan itu dengan jelas. Untuk mencapai perkara ini, pelan itu mesti mempunyai tiga perkara yang dinyatakan di dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1: Tiga perkara utama yang patut dimasukkan ke dalam pelan perniagaan

Menurut Utton (2001), pelan perniagaan ialah sebuah program yang lengkap atau peta yang melakarkan setiap aspek perniagaan yang dicadangkan oleh seseorang usahawan. Ia menyeluruh, menjelaskan apa yang usahawan tersebut ingin lakukan, bagaimana dia merancang untuk melakukannya, bila dia merancang untuk melakukannya, di mana dia hendak melakukannya dan mengapa dia percaya bahawa ideanya bernas dan boleh membawa keuntungan. Kesimpulannya, pelan perniagaan merupakan panduan yang berstruktur untuk mencapai matlamat usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan. Di samping itu, pelan perniagaan merupakan kaedah yang sangat sesuai untuk menyemak fakta dan menguji secara menyeluruh sama ada sebuah idea itu adalah praktikal sebelum melaksanakannya. Ini memberi usahawan tersebut peluang untuk berharap dan bertindak secara realistik dalam menjalankan sebuah perniagaan. Pelan perniagan juga membantu usahawan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman, serta perkara-perkara terperinci yang lain yang perlu diketahui sebelum menjalankan sesebuah perniagaan. Semua perkara ini akan menentukan tahap kejayaan usahawan itu dalam mencapai matlamat perniagaannya.

5.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 75: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

60

Pada amnya, ada beberapa sebab seorang usahawan perlu menyediakan sebuah pelan perniagaan yang boleh dilaksanakan, iaitu:

(a) Ia memaksa usahawan tersebut mengatur pemikirannya secara logik dan berstruktur;

(b) Ia membantu usahawan tersebut membina kerangka perniagaan dengan mentakrifkan aktiviti, tanggungjawab dan matlamat perniagaan itu;

(c) Ia menggalakkan usahawan tersebut membayangkan realiti perniagaan itu dan menjangka masalah yang mungkin akan dihadapi;

(d) Ia membantu usahawan tersebut membina strategi untuk mencapai matlamat perniagaan;

(e) Ia berfungsi sebagai pelan tindakan kerja atau panduan dalam menjalankan perniagaan itu; dan

(f) Ia membolehkan usahawan tersebut mengenal pasti kekangan yang mungkin dihadapi dalam menjalankan perniagaan itu.

KEPENTINGAN PELAN PERNIAGAAN

Pelan perniagaan adalah penting kepada usahawan untuk pelbagai sebab, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 5.2.

Rajah 5.2: Kepentingan pelan perniagaan

(a) Menambahkan Peluang untuk Berjaya Perancangan perniagaan yang menyeluruh akan mengenal pasti tahap

pelaksanaan yang patut dicapai dalam sebuah perniagaan. Sebuah pelan perniagaan akan menentukan apa perubahan yang perlu dilakukan untuk menentukan kejayaannya. Perubahan yang perlu dipertimbangkan adalah

5.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 76: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 61

yang berkaitan dengan struktur organisasi, pengenalan teknologi baharu, teknik pengeluaran baharu serta program baharu untuk pekerja menambah komitmen dan produktiviti mereka. Usahawan perlu mempertingkatkan ilmu dan kemahiran diri untuk menambahkan peluang mereka untuk berjaya.

(b) Mengembangkan Misi dan Visi Sebuah pelan perniagaan boleh memberikan misi dan visi yang jelas untuk

sebuah perniagaan. Ia membolehkan usahawan membuat keputusan yang betul dan mengambil tindakan yang sesuai di masa hadapan. Misi dan visi membolehkan usahawan mengetahui hala tuju mereka. Usahawan harus memberitahu misi dan visi perniagaan mereka kepada pemegang taruh untuk memperolehi keyakinan mereka.

(c) Mengenal pasti Pesaing Utama Perancangan perniagaan membolehkan usahawan menentukan siapa

adalah pesaing utama mereka, kekuatan dan kelemahan mereka serta strategi yang betul untuk menghadapi mereka. Semua ini boleh dilakukan dengan analisa persaingan untuk mengenal pasti produk, perkhidmatan dan segmen pasaran pesaing. Usahawan boleh mengenal pasti semua pesaing utama untuk setiap produk atau perkhidmatan dan cuba menganggarkan berapa lama sebelum pesaing baharu akan memasuki sebuah pasaran.

(d) Mengenal pasti Cara Betul Mengurus Perniagaan Sebuah pelan perniagaan membolehkan usahawan dan pekerja mereka

untuk membina strategi yang berkesan untuk menjalankan sebuah perniagaan. Mereka boleh mentakrifkan siapa, bila dan bagaimana menggunakan ilmu, kemahiran dan kebolehan dalam menjalankan perniagaan tersebut. Usahawan juga harus memastikan produk dan perkhidmatan mereka menepati cita rasa pelanggan, polisi kerajaan dan perubahan lain dalam suasana perniagaan.

(e) Menambahkan Keyakinan Pemegang Taruh Setiap pemegang taruh yang mempunyai kepentingan dalam sebuah

perniagaan akan ingin mengetahui kekuatan perniagaan tersebut seperti kewangan, sumber dan kebolehupayaan perniagaan itu. Maklumat ini mustahak untuk pemegang taruh menentukan pulangan pelaburannya. Contohnya, sebelum sebuah institusi kewangan bersetuju memberikan pinjaman yang diperlukan oleh seorang usahawan untuk mengembangkan sebuah perniagaan, ia tentu ingin tahu kemungkinan perniagaan itu akan berjaya dan kebolehan usahawan tersebut untuk membayar balik pinjaman yang diberikan. Pembekal juga ingin tahu kekuatan keadaan kewangan seorang usahawan sebelum membekalkan bahan mereka. Agensi kerajaan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 77: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

62

juga tentu ingin tahu latar belakang dan jenis perniagaan yang akan dijalankan sebelum membenarkan ia beroperasi.

(f) Mengenal pasti Penghalang Perniagaan Bila melaksanakan sebuah perniagaan, seorang usahawan pasti akan

menghadapi banyak halangan. Semua halangan ini boleh menggagalkan atau melambatkan prestasi perniagaan tersebut jika tidak diurus dengan betul. Oleh itu, usahawan itu perlu mengenal pasti halangan yang bakal dihadapi sebelum menjalankan sebuah perniagaan dan mengambil tindakan untuk menyelesaikannya. Usahawan harus tahu sejauh mana halangan tersebut akan memberikan kesan kepadanya dan perniagaannya.

(g) Sebagai Alat Pelaksanaan Sebuah pelan perniagaan adalah alat untuk beroperasi yang boleh

membantu usahawan menjayakan perniagaannya jika disediakan dengan betul. Pelan perniagaan itu akan membantu usahawan meletakkan sasaran yang realistik untuk dicapai sebagai pengukur nilai prestasi. Oleh itu, pelan perniagaan menyediakan asas untuk menilai dan menguasai prestasi sebuah perniagaan di masa hadapan dari segi keuntungan, kos dan kualiti. Ia juga digunakan untuk mencapai prestasi yang disasarkan, menganalisa trend sikap pelanggan dan prestasi ekonomi dalaman dan luaran.

SIAPA YANG MEMERLUKAN PELAN PERNIAGAAN?

Pelan perniagaan adalah amat penting bagi pelbagai pihak, seperti berikut: (a) Pihak Pengurusan Sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan untuk

mempertimbangkan masa, usaha dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat sebuah perniagaan. Ia memberikan mereka peluang untuk menganalisa keadaan-keadaan kritikal yang menghalang kemajuan perniagaan tersebut. Ia membolehkan mereka menjangka perubahan yang mungkin berlaku di masa hadapan. Pihak pengurusan mesti menganalisa sebab-sebab perniagaan itu menemui kejayaan atau kegagalan serta ancaman dan peluang yang bakal dihadapi di masa hadapan. Oleh itu, pihak pengurusan mesti membina dan meneliti strategi dan keutamaan

5.3

Mengapakah pelan perniagan penting untuk usahawan?

LATIHAN 5.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 78: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 63

yang harus dijelaskan dan diberitahu untuk memastikan perkembangan perniagaan tersebut. Pihak pengurusan bertanggungjawab meletakkan tanda aras yang berpatutan untuk mengukur kejayaan perniagaan itu. Di samping itu, sebuah pelan perniagaan membolehkan pihak pengurusan mengenal pasti masalah dan kekangan yang akan dihadapi oleh pekerja dalam mencapai sasaran.

(b) Pemegang Taruh Perancangan perniagaan adalah penting untuk pemegang taruh. Mereka

mesti tahu bagaimana perniagaan itu akan dijalankan kerana persetujuan mereka diperlukan jika perubahan sasaran dan strategi dibuat. Oleh itu, mereka perlu tahu tentang apa-apa keputusan baharu sebelum ia dilaksanakan. Sebuah pelan perniagaan adalah dokumen penting untuk pemegang taruh kerana mereka memainkan peranan yang sangat penting dalam menilai secara kritikal deraf pelan itu. Usahawan harus memberitahu mereka mengenai pasaran masa hadapan untuk produk atau perkhidmatan mereka, operasi perniagaan, unjuran kewangan dan rancangan masa hadapan seperti mengembangkan perniagaan tersebut ke pasaran antarabangsa. Pelan perniagaan juga penting untuk perniagaan baharu mendapatkan pemegang taruh.

(c) Bank atau Pemberi Pinjaman Sebelum meluluskan sebuah permohonan pinjaman seseorang usahawan,

pihak bank perlu mengkaji pelan perniagaannya. Pelan itu akan memberikan pihak bank petunjuk pulangan yang boleh diharapkan daripada pemberian pinjaman itu dan membolehkan pihak bank mengukur kebolehupayaan dan keberuntungan perniagaan tersebut dalam jangka masa yang berpatutan. Sebuah pelan perniagaan akan memberi pihak bank idea strategi dan keutamaan sesebuah perniagaan itu. Dua perkara ini mesti diterangkan dengan jelas dalam pelan tersebut dan mesti selaras dengan keseluruhan polisi strategi jabatan, fungsi tujuan dan keperluan laporan. Dengan meneliti pelan perniagaan, pihak bank boleh mengenal pasti bantuan kerajaan dan insentif cukai yang tersedia untuk usahawan berkenaan.

(d) Pelanggan Pelanggan juga berminat dalam pelan perniagaan kerana ia memberikan

mereka maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk menggunakan produk atau perkhidmatan perniagaan berkenaan atau tidak. Contoh isu penting bagi pelanggan adalah kualiti dan keselamatan produk perniagaan itu. Untuk meraih keyakinan pelanggan, pelan perniagaan mesti menyebut perihal harga, ketahanan, ciri-ciri, sokongan tambahan dan perkhidmatan selepas jualan untuk sesebuah produk. Pelanggan akan bertambah yakin jika produk itu menggunakan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 79: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

64

teknologi baharu, diiktiraf oleh badan seperti SIRIM dan JAKIM dan sejajar dengan budaya mereka.

(e) Pembekal Pembekal memerlukan pelan perniagaan bagi memutuskan sama ada

untuk membekalkan bahan dengan cara kredit. Pembekal mahu melihat sama ada perniagaan tersebut boleh membayar balik hutang dalam masa yang ditentukan. Oleh itu, pelan perniagaan yang baik akan memberikan gambaran jelas tentang kemampuan perniagaan tersebut.

(f) Pekerja Kebanyakan bakal pekerja inginkan maklumat mengenai perkembangan

dan prestasi sebuah perniagaan sebelum membuat keputusan untuk menyertainya. Mereka boleh mendapatkan maklumat ini melalui pelan perniagaan.

UNSUR PENTING PELAN PERNIAGAAN YANG BAIK

Perkara berikut merupakan unsur penting sebuah pelan perniagaan yang baik (rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3: Lapan unsur penting pelan perniagaan yang baik

(a) Ringkasan Eksekutif Ringkasan eksekutif adalah bahagian paling penting sebuah pelan

perniagaan. Ini adalah bahagian pertama yang perlu dilihat. Ia memberitahu kedudukan dan hala tuju sebuah syarikat. Antara unsur yang dimasukkan dalam ringkasan eksekutif adalah kenyataan misi, tarikh

5.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 80: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 65

permulaan perniagaan, nama dan peranan pengasas, bilangan pekerja, lokasi perniagaan serta cawangan dan subsidiari (jika ada), penjelasan rancangan dan kemudahan, produk yang dikeluarkan, nama bank, prestasi dan perkembangan syarikat, kedudukan kewangan dan ringkasan rancangan masa hadapan pihak pengurusan.

(b) Analisa Pasaran Bahagian ini menggambarkan pengetahuan seseorang usahawan itu

mengenai industri yang diceburi. Ia mempersembahkan gambaran keseluruhan dan kesimpulan hasil kajian pasaran yang telah dikumpul. Walau bagaimanapun penerangan secara terperinci haruslah tidak diletakkan di dalam bahagian ini tetapi di dalam lampiran. Bahagian ini mesti mengandungi deskripsi dan tinjauan mengenai industri, maklumat matlamat pasaran, keputusan ujian pemasaran, masa tunggu dan penilaian terhadap persaingan.

(c) Strategi Pemasaran dan Jualan Pemasaran adalah proses mencipta dan menarik pelanggan kepada sesebuah

perniagaan. Seorang usahawan harus menyedari bahawa pelanggan adalah nadi utama perniagaan mereka. Sebuah pelan perniagaan harus mengandungi ramalan perniagaan berdasarkan analisa pasaran. Di dalam bahagian ini, perkara yang paling penting untuk dibuat adalah mentakrifkan strategi pemasaran. Strategi ini harus menjadi sebahagian daripada proses penilaian kendiri yang berterusan dan unik kepada syarikat tersebut. Secara keseluruhan, strategi pemasaran harus mengandungi maklumat perihal strategi untuk menembusi pasaran, pertumbuhan perniagaan, saluran pengedaran dan perhubungan. Ia juga harus menyebut tentang strategi pasukan dan aktiviti pemasaran serta bajet pemasaran.

(d) Barisan Perkhidmatan atau Produk Bahagian ini menerangkan keunikan perkhidmatan atau produk yang akan

disediakan dan manfaatnya kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Usahawan harus menonjolkan kebolehan produk atau perkhidmatan tersebut untuk menyelesaikan masalah tertentu sebagai kelebihan produk atau perkhidmatan itu.

(e) Organisasi dan Pengurusan Bahagian ini menyebut perihal struktur organisasi syarikat, pemilikan

syarikat, pihak pengurusan, kelayakan ahli lembaga pengarah, pelan upah dan bajet pentadbiran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 81: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

66

(f) Permohonan Pembiayaan Bahagian ini berfokus kepada jumlah pembiayaan yang diperlukan untuk

memulakan atau mengembangkan perniagaan. Jika perlu, ia boleh mengandungi senario berlainan seperti jika pembiayaan diterima dan jika pembiayaan tidak diterima dan kesannya terhadap perniagaan. Oleh itu, bahagian ini mengandungi kos pelaksanaan projek, termasuk pembiayaan modal, pembiayaan operasi dan sumber kewangan. Ia juga menyebut perihal syarat pembiayaan, syarat pembiayaan untuk lima tahun ke hadapan, bagaimana pembiayaan yang diterima akan digunakan dan strategi kewangan jangka panjang yang akan memberi kesan terhadap kemajuan kewangan syarikat.

(g) Kewangan Kewangan mesti dibangunkan selepas menganalisa pasaran dan

menyatakan objektif dengan jelas. Di dalam bahagian ini, usahawan menunjukkan secara terang unjuran kewangan seperti prestasi aliran tunai, keuntungan dan kerugian serta unjuran kunci kira-kira dan sebagainya.

(h) Lampiran Bahagian ini harus diberikan kepada pembaca bila diperlukan. Ia tidak harus

dimasukkan ke dalam badan utama pelan perniagaan kerana pelan itu adalah alat komunikasi yang akan dibaca oleh ramai orang. Lampiran mengandungi sejarah kredit, maklumat pengurus utama, gambar produk, surat rujukan, perincian kajian pasaran, artikel majalah yang berkaitan, lesen, permit, dokumen undang-undang, salinan sewaan, permit bangunan, kontrak dan senarai penasihat perniagaan termasuk peguam dan akauntan.

Anda merupakan seorang usahawan yang mengusahakan sebuah kedai kek tradisional di sebuah pusat membeli belah. Apakah perincian yang akan anda masukkan di bawah Strategi Pemasaran dan Jualan dalam pelan perniagaan anda? Bincang dalam kumpulan dan tuliskan maklumat tersebut.

AKTIVITI 5.1

Apakah unsur penting dalam sebuah pelan perniagaan yang baik?

LATIHAN 5.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 82: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 67

PANDUAN MENYEDIAKAN PELAN PERNIAGAAN

Rajah 5.4 menunjukkan enam panduan menyediakan pelan perniagaan yang berkesan.

Rajah 5.4: Panduan menyediakan pelan perniagaan

 

5.5

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 83: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

68

KESULITAN YANG PERLU DIHINDARI SEMASA MEMBUAT PERANCANGAN

Mengikut Kuratko (2004), terdapat beberapa kesulitan yang perlu dielakkan oleh usahawan dalam membuat pelan perniagaan. Sesetengah daripadanya adalah kesilapan lazim dan senang dicam. Jadual 5.1 menunjukkan lima kesulitan dan langkah strategik untuk menghindari mereka.

Jadual 5.1: Kesulitan dalam Perancangan

Kesulitan Fakta Bagaimana Untuk Mengelak

Tiada matlamat realistik

Sesetengah pelan perniagaan tiada matlamat yang jelas dan boleh dicapai

Tiada jangka masa

Tiada keutamaan

Tiada langkah tindakan

Pelan perniagaan yang bagus mempunyai jadual jelas dengan langkah spesifik untuk dilaksanakan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Gagal menjangka halangan

Kadang-kadang usahawan terlalu bertumpu kepada idea mereka sehingga tidak melihat masalah yang mungkin timbul. Tiada tanda-tanda yang boleh digunakan untuk mengenal pasti masalah dan tiada pengakuan masalah atau kelemahan yang mungkin ada dalam pelan dan tiada pelan sokongan.

Senaraikan halangan yang mungkin akan dihadapi dan langkah-langkah penyelesaian serta pelan sokongan.

Tiada komitmen atau dedikasi

Ramai usahawan menunjukkan seolah-olah mereka tiada komitmen terhadap perniagaan mereka. Tanda-tanda nyata mereka tiada komitmen adalah mereka:

Sering berlengah-lengah

Tidak menepati temu janji

Tiada keinginan melaburkan duit sendiri

Ingin untung cepat

Hadiri janji temu dan laburkan duit sendiri ke dalam perniagaan.

5.6

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 84: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN 69

Kekurangan pengalaman perniagaan atau teknikal

Ramai pelabur inginkan usahawan yang berpengalaman serta berpengetahuan mengenai perniagaan yang akan dijalankan dan bukan hanya penuh dengan idea.

Usahawan harus menunjukkan pengalaman peribadi dan pengetahuan latar belakang tentang perniagaan yang akan diceburi. Jika mereka tidak memiliki ilmu atau kemahiran tertentu, mereka harus mendapatkan bantuan daripada orang yang memilikinya.

Tiada pasaran tertentu

Ramai usahawan tidak mengenal pasti segmen pelanggan yang mungkin berminat dengan produk mereka. Banyak produk yang tidak sampai ke tangan pelanggan kerana pasaran untuk produk itu belum dikenal pasti atau dibentuk.

Kembangkan segmen pasaran khas untuk produk atau perkhidmatan yang akan disediakan dan tunjukkan bagaimana produk atau perkhidmatan tersebut akan berguna untuk pelanggan dalam segmen tersebut.

Usahawan harus mengelakkan kesulitan yang dibincangkan di atas agar peluang perniagaan mereka berjaya adalah bertambah baik. Kesemua benda kritikal ini mesti diuruskan dengan berhati-hati sebelum mengembangkan pelan perniagaan. Ini akan membantu usahawan menyediakan asas yang mantap untuk membentuk satu pelan perniagaan yang berkesan.

Perancangan perniagaan adalah suatu sistem pengurusan. Ia mengintegrasikan fungsi pengurusan seperti perancangan, pengaturan, pelaksanaan dan pengawalan.

Proses perancangan perniagaan memberikan pihak pengurusan alat dan maklumat asas yang menjelaskan tentang aspek-aspek pengurusan dan

Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan sebuah pelan perniagaan.

LATIHAN 5.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 85: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 5 PELAN PERNIAGAAN

70

sumber serta menyumbang kepada pembentukan kerangka akauntabiliti yang diperlukan untuk mengurus perniagaan dalam persekitaran yang dinamik. Oleh itu, pelaksanaan pelan perniagaan sangat penting untuk memastikan sesebuah perniagaan itu terus bertahan dan berkembang.

Analisa pasaran

Barisan produk

Fungsi pengurusan

Kesulitan

Pelan perniagaan

Pemegang saham

Pemegang taruh

Ringkasan eksekutif

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 86: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Apakah pendapat anda tentang apa yang disebut di atas?

Di Amerika Syarikat, kajian menunjukkan lebih ramai orang sedang berusaha memulakan perniagaan sendiri daripada berkahwin atau mendapatkan anak. Satu daripada setiap 25 orang dewasa terlibat secara aktif dalam percubaan memulakan perniagaan baharu.

Sumber: Diadaptasi daripada Zimmerer & Scarborough (1998).

TTooppiikk

66

Memulakan Sebuah Usaha Niaga

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan tiga jenis perniagaan dan tiga peringkat dalammemulakan sebuah perniagaan;

2. Menerangkan tujuh langkah dan proses dalam membeli perniagaanyang sedia ada;

3. Menjelaskan struktur, kelebihan dan kelemahan francais;

4. Membincangkan struktur sah untuk perniagaan baharu; dan

5. Mengenal pasti enam sumber modal untuk usahawan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 87: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

72

Tahukah anda siapa itu seorang usahawan? Mengikut Dictionary.com, usahawan adalah seorang yang mengelolakan sebuah perusahaan, terutamanya sebuah perniagaan, biasanya dengan inisiatif dan risiko yang tinggi. Adakah anda berminat untuk menjadi seorang usahawan? Tahukan anda bagaimana untuk menubuhkan sebuah perniagaan? Di dalam topik ini, kita akan membincangkan jenis-jenis perniagaan. Terdapat tiga jenis perniagaan iaitu perniagaan baharu, perniagaan sedia ada dan francais. Di samping itu, kita juga akan melihat struktur perniagaan baharu yang sah dan sumber modal untuk aktiviti perniagaan.

JENIS USAHA NIAGA

Terdapat beberapa cara untuk memulakan perniagaan. Tiga cara yang paling lazim digunakan adalah memulakan perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan memulakan francais, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 6.1.

Rajah 6.1: Tiga cara memulakan sebuah usaha niaga Kita akan membincangkan ketiga-tiga cara ini dalam subtopik yang berikut.

PERNIAGAAN BAHARU

Dalam memulakan perniagaan baharu, adalah penting untuk anda mengetahui tentang:

(a) Maksud perniagaan baharu;

(b) Peringkat-peringkat dalam memulakan perniagaan baharu; dan

(c) Kelebihan dan kelemahan perniagaan baharu.

6.2.1 Maksud Perniagaan Baharu

Apakah itu perniagaan baharu? Sebuah perniagaan baharu adalah syarikat yang baharu ditubuhkan. Ia adalah suatu proses di mana seorang usahawan

6.2

6.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 88: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 73

membuka sebuah perniagaan yang benar-benar baharu. Sesetengah daripada perniagaan ini dimulakan dengan keadaan berikut:

Usahawan memulakan perniagaan mereka dengan sendiri;

Usahawan menggunakan wang simpanan sendiri atau meminjam daripada orang lain; dan

Usahawan mencipta produk atau perkhidmatan baharu. Seorang usahawan yang ingin memulakan sebuah perniagaan baharu biasanya memerlukan pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan minat yang mendalam dalam bidang yang diceburi.

6.2.2 Fasa dalam Perniagaan Baharu

Sebuah perniagaan baharu akan melalui tiga fasa iaitu fasa pra-permulaan, fasa permulaan dan fasa pasca permulaan. Sekarang, mari kita lihat Rajah 6.2 yang menunjukkan tiga peringkat ini.

Rajah 6.2: Fasa perniagaan baharu

6.2.3 Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Perniagaan baharu ada kelebihan dan kelemahannya. Jadual 6.1 menunjukkan enam kelebihan dan lima kelemahan perniagaan baharu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 89: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

74

Jadual 6.1: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Baharu

Kelebihan Kelemahan

(a) Bebas membuat keputusan sendiri contohnya tentang bila, bagaimana dan apa jenis produk atau perkhidmatan.

(b) Boleh menggunakan idea sendiri dan membentuk imej sendiri dengan memahami perasaan pengguna.

(c) Bebas memilih lokasi, kilang, peralatan, produk atau perkhidmatan, pekerja, pembekal dan bank. Unsur-unsur ini akan menentukan kejayaan sebuah perniagaan.

(d) Boleh mengelak duluan, polisi, tatacara dan komitmen perundangan yang tidak diingini tetapi biasanya dihadapi perniagaan sedia ada.

(e) Tiada reputasi yang perlu dihadapi kerana ia adalah perniagaan yang baharu.

(f) Boleh melakukan perubahan kepada perniagaan tersebut.

(a) Memerlukan masa, wang dan usaha yang banyak untuk mencari lokasi strategik, memperolehi lesen, membeli mesin, mencari pembekal, mengambil dan melatih pekerja untuk melakukan aktiviti pengiklanan.

(b) Di peringkat permulaan, usahawan akan meraih keuntungan yang sikit atau menghadapi kerugian kerana terpaksa berbelanja besar untuk memperolehi pelbagai benda yang diperlukan untuk memulakan perniagaan.

(c) Tiada rekod perniagaan yang boleh digunakan untuk membuat unjuran jualan, perbelanjaan dan keuntungan.

(d) Tiada pelanggan sedia ada, usaha yang banyak diperlukan untuk menarik pelanggan, jualan berkembang dengan perlahan dan masa yang lama akan berlalu sebelum perniagaan itu membawa keuntungan.

(e) Susah mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan kerana mereka kurang yakin dengan perniagaan baharu berbanding dengan perniagaan yang sudah ditubuhkan.

Anda bercadang menjual keropok makanan laut. Bagaimanakah anda akan memulakan perniagaan baharu anda?

AKTIVITI 6.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 90: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 75

MEMBELI PERNIAGAAN SEDIA ADA

Dalam membeli sebuah perniagaan yang sudah wujud, adalah penting untuk anda mengetahui: (a) Maksud membeli perniagaan sedia ada; (b) Langkah dan proses membeli perniagaan sedia ada; (c) Kelebihan membeli perniagaan sedia ada; dan (d) Kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

6.3.1 Maksud Membeli Perniagaan Sedia Ada

Membeli sebuah perniagaan sedia ada bermakna membeli atau memperoleh saham atau semua aset sebuah syarikat atau perniagaan yang sudah wujud. Jika anda sedang berfikir hendak menjalankan perniagaan sendiri, membeli sebuah perniagaan yang sudah ditubuhkan memerlukan usaha yang kurang berbanding dengan memulakan perniagaan baharu. Mengikut sesetengah pakar perniagaan, ia adalah cara yang paling selamat dan berkesan untuk usahawan melibatkan diri dalam perniagaan. Namun demikian, anda tetap memerlukan masa dan usaha untuk mencari perniagaan yang bersesuaian dengan diri anda. Dengan membeli sebuah syarikat yang sudah wujud, anda boleh mengembangkan syarikat tersebut dan memasuki pasaran baharu.

6.3.2 Langkah dan Proses Membeli Perniagaan Sedia Ada

Dalam membeli sebuah perniagan sedia ada, anda harus mempertimbangkan beberapa langkah dan proses seperti berikut:

6.3

1. Takrifkan perniagaan baharu.

2. Senaraikan tiga peringkat perniagaan baharu.

3. Apakah faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu?

SEMAK KENDIRI 6.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 91: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

76

(a) Keutamaan Peribadi Seorang usahawan perlu mempertimbangkan faktor peribadi, cara hidup dan aspirasi diri. Sebelum mula mencari perniagaan sedia ada untuk dibeli, fikirkan apa yang boleh anda berikan kepada perniagaan tersebut dan apa yang anda ingin dapatkan daripadanya.

(i) Harapan anda dari segi pendapatan Apakah tahap keuntungan yang anda perlukan untuk memenuhi keperluan anda?

(ii) Komitmen anda Adakah anda bersedia untuk bekerja keras dan membuat pelaburan setakat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan itu?

(iii) Kelebihan anda Peluang perniagaan jenis apa akan membolehkan anda menggunakan latar belakang, pengalaman dan kemahiran anda?

(iv) Jenis perniagaan Contohnya perniagaan tunggal ataupun perkongsian.

(v) Sektor perniagaan yang anda minat Pelajari selok-belok industri pilihan anda supaya anda boleh membandingkan perniagaan yang berlainan.

(b) Peluang Perniagaan

Anda boleh mencari peluang dengan membaca iklan, membincangkan peluang dengan broker perniagaan dan menyelidik sumber industri. Jangan tergoda untuk membeli perniagaan pertama yang nampak bagus; siasat dulu secara objektif. Jumpa dengan penjual atau broker perniagaan untuk mengenali perniagaan yang akan dipertimbangkan. Mereka harus memberikan anda laporan kewangan ringkas, sejarah, harga dan tujuan jualan. Ini akan membolehkan anda mengetahui tentang perniagaan tersebut dan berapa lamakah ia sudah sedia untuk dijual.

(c) Meninjau Sasaran Yang Berpotensi

Sasaran yang berpotensi mesti disiasat dengan teliti untuk menentukan bagaimana ia sedang diurus dan dijaga. Untuk perniagaan perkhidmatan, cuba berbual dengan para pekerja dan pelanggan. Sediakan senarai semakan maklumat yang diperlukan. Ia patut mengandungi perkara berikut: (i) Akaun kewangan yang lengkap mengenai operasi, termasuk semua

pulangan cukai pendapatan dan cukai jualan sekurang-kurangnya untuk tiga tahun.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 92: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 77

(ii) Senaraikan semua aset yang akan dipindah milik kepada pemilik baharu, termasuk pecahan untuk semua inventori sehingga tempoh perkiraan yang terakhir.

(d) Pengaturan Pembiayaan Tanpa pembiayaan yang betul, pembelian perniagaan tidak boleh berjalan dengan berjaya. Terdapat beberapa pilihan pembiayaan. Ini mesti diselidik dengan berhati-hati untuk membuat pilihan terbaik untuk keperluan anda. Pada umumnya, peminjam memerlukan: (i) Butir terperinci tentang perniagaan / jualan; (ii) Akaun untuk tiga tahun yang lepas; (iii) Unjuran kewangan (jika tiada rekod akaun); dan (iv) Maklumat aset dan liabiliti peribadi anda.

(e) Jalankan Usaha Wajar Dalam menjalankan usaha ini anda perlu bekerja seperti seorang detektif. Di sini anda perlu mengumpul maklumat dengan menjalankan siasatan, pencarian dan pertanyaan. Ia penting untuk apa-apa saham atau aset yang dibeli. Hasil usaha wajar boleh membantu anda: (i) Membuat keputusan sama ada untuk teruskan pemerolehan; (ii) Membuat keputusan sama ada untuk membeli saham atau aset; (iii) Mengenal pasti berapa patut dibayar dan bagaimana untuk

memperuntukkan harga belian tersebut; dan (iv) Mengenal pasti apa yang perlu disebut dalam perjanjian pembelian

untuk melindungi diri anda. Proses ini harus membimbing anda dalam pembuatan keputusan dengan memberikan maklumat yang mendalam tentang perniagaan baharu itu dan memberikan anda anggaran baik tentang nilai transaksi yang sepatutnya. Jaminan dan ganti rugi patut diperolehi daripada pembekal sebagai sebahagian daripada perjanjian.

(f) Perjanjian Formal Penyediaan perjanjian yang formal memberikan pihak yang berkenaan peluang untuk mengembangkan perjanjian asas dan menyebut perkara-perkara kecil yang mungkin tidak difikirkan sebelumnya dalam perundingan permulaan. Tiga komponen asas perjanjian formal adalah seperti berikut: (i) Unsur Asas

Bahagian pertama perjanjian biasanya meliputi unsur asas berikut:

Pihak-pihak yang terlibat;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 93: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

78

Aset atau saham yang dibeli;

Harga belian;

Perubahan harga belian serta bagaimana dan bila harga belian dan perubahan akan dibayar; dan

Bagaimana cukai akan dikendalikan.

(ii) Perwakilan dan Jaminan Kedua, benda ini diberi oleh penjual tentang perkara yang penting untuk anda membeli perniagaan tersebut. Mulanya, anda harus mempertimbangkan fakta dan isu yang penting kepada keputusan anda untuk membeli perniagaan itu dan jumlah yang sanggup anda bayar. Di samping menjalankan usaha wajar tentang perkara ini, anda perlu mendapatkan perwakilan dan jaminan daripada pembeli yang membuktikan bahawa semua fakta yang diberikan kepada anda adalah benar. Ini bertujuan melindungi anda jika ada fakta atau maklumat yang anda tidak ketahui atau jika penjual memperdayakan anda dalam suatu perkara penting.

(iii) Perkara Penutup

Bahagian perjanjian ini umumnya akan menyebut tarikh penutupan dan apa yang mesti disaling tukar pada waktu penutupan. Ia juga menyebut syarat-syarat khusus penutupan yang mesti dipenuhi sebelum jualan itu boleh ditamatkan. Syarat-syarat penutupan yang biasa adalah seperti berikut:

Semua perwakilan dan jaminan yang diberikan sebelum penutupan masih benar dan tepat pada tarikh penutupan;

Anda memperoleh aset dan saham yang dibeli bebas daripada sebarang halangan melainkan yang anda persetujui sebelumnya;

Apa-apa lesen khas atau kebenaran yang diperlukan sudah diperolehi;

Semua sijil kebenaran daripada kerajaan yang diperlukan sudah diterima;

Semua dokumen lain berkenaan dengan pembelian sudah ditandatangan dan diterima; dan

Anda sudah menjelaskan bayaran seperti yang dipersetujui dalam perjanjian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 94: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 79

(g) Bersedia Untuk Berniaga Pada peringkat ini, anda adalah pemilik baharu sebuah perniagaan. Jika anda telah menjalankan usaha wajar dan mempunyai perjanjian pembelian yang bagus, anda sedang melangkah menuju kejayaan. Anda mungkin memerlukan nasihat berterusan dengan pemilik dahulu jadi adalah bijak untuk mempunyai hubungan kerja yang baik dengan mereka. Anda juga mungkin memerlukan bantuan berterusan daripada pasukan penasihat anda kerana walaupun transaksi sudah sempurna, kerjanya baru bermula.

6.3.3 Kelebihan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Kelebihan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.3.

Rajah 6.3: Kelebihan membeli perniagaan sedia ada

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 95: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

80

6.3.4 Kelemahan Membeli Perniagaan Sedia Ada

Kelemahan membeli perniagaan sedia ada ditunjukkan di dalam Rajah 6.4.

Rajah 6.4: Kelemahan membeli perniagaan sedia ada

Ali bercadang mendirikan sebuah warung nasi kandar di Bangsar. Kawan Ali iaitu Dewi meminta Ali membeli warungnya di sana. Apakah manfaat yang akan Ali kecapi jika dia membeli warung Dewi dan tidak mendirikan perniagaan yang baharu?

AKTIVITI 6.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 96: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 81

FRANCAIS

Bila kita menyebut francais, adalah penting untuk mengetahui:

(a) Maksud francais;

(b) Kelebihan francais; dan

(c) Kelemahan francais.

6.4.1 Maksud Francais

Apabila pemilik sebuah jenama, nama perniagaan atau hakcipta memberikan lesen kepada orang lain untuk menggunakannya dan menjual barangan dan perkhidmatannya, perniagaan yang dimulakan oleh orang lain tersebut dipanggil francais. Seorang pembeli francais adalah bebas dari segi perundangan tetapi bergantung secara ekonomi kepada sistem perniagaan berintegrasi yang dijalankan oleh penjual francais. Seorang pemegang francais boleh beroperasi sebagai peniaga bebas tetapi masih mengecapi kelebihan organisasi wilayah atau nasional. Contoh perniagaan francais adalah restoran McDonaldÊs, Kentucky Fried Chicken dan Pizza Hut.

Rajah 6.5: Contoh francais terkenal

6.4

1. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan mendirikan perniagaan baharu.

2. Terangkan maksud membeli sebuah perniagaan sedia ada.

3. Senaraikan lima kelebihan dan lima kelemahan membeli perniagaan sedia ada.

SEMAK KENDIRI 6.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 97: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

82

6.4.2 Kelebihan Francais

Tahukah anda perihal kelebihan francais? Beberapa daripada kelebihan ini disebut di dalam Rajah 6.6.

Rajah 6.6: Kelebihan francais

Kesemua kelebihan ini dijelaskan dengan terperinci seperti berikut. (a) Latihan dan Bimbingan

Kelebihan utama membeli sebuah francais berbanding dengan mendirikan perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada adalah bahawa pemberi francais akan memberikan latihan serta bimbingan kepada pemegang francais.

(b) Tarikan Nama Jenama

Seorang usahawan yang membeli sebuah francais nasional yang besar dan terkenal mempunyai peluang tinggi untuk berjaya. Nama pemberi francais adalah daya tarikan perniagaan tersebut. Biasanya barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah francais nasional biasanya lebih dikenali dan lebih disukai ramai berbanding dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebuah kedai yang kurang dikenali.

(c) Rekod Prestasi Terbukti Pemberi francais sudahpun membuktikan bahawa perniagaannya boleh berjaya. Perniagaannya telah beroperasi sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh tahun dan mesti mempunyai 50 atau lebih unit. Oleh itu, tidak susah untuk melihat betapa berjayanya perniagaan tersebut. Jika semua unitnya masih beroperasi dan pemiliknya melaporkan bahawa mereka sedang mengaut keuntungan, kita boleh pasti bahawa pemberi francais telah membuktikan bahawa aturan dan lokasi kedai, polisi harga, kualiti barangan dan perkhidmatan serta pengurusan perniagaannya secara keseluruhan adalah berjaya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 98: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 83

(d) Bantuan Kewangan Sebuah francais adalah pelaburan yang bagus kerana pemberi francais mungkin boleh membantu pemilik baharu mendapatkan bantuan kewangan yang diperlukan untuk menjalankan operasi. Malah, sesetengah pemberi francais membantu pemegang francais memulakan operasi dengan meminjamkan wang dan tidak memerlukan bayaran balik sehingga operasi itu mula membawa keuntungan. Secara ringkas, membeli sebuah francais kerap merupakan cara yang paling bagus untuk memastikan bantuan kewangan diterima daripada institusi kewangan.

6.4.3 Kelemahan Francais

Berikut adalah kelemahan francais:

(a) Yuran Francais Tidak ada benda yang percuma di dunia ini. Lebih berjaya sebuah francais, lebih tinggi yurannya. Sebuah francais bertaraf nasional akan mengenakan yuran dari RM5,000 sehingga RM100,000. Francais yang lebih kecil dan tidak begitu berjaya akan mengenakan yuran yang kurang. Bakal pemegang francais mesti juga membayar untuk membina unit francais tersebut dan menyediakan stok yang mencukupi. Walaupun pemberi francais mungkin membantu mendapatkan pinjaman bank, yuran tambahan mungkin disertakan dengan harga kasar jualan. Seorang pemegang francais juga perlu membayar royalti berterusan berdasarkan jualan, biasanya lima hingga dua belas peratus. Kebanyakan pemberi francais memerlukan pembeli untuk mempunyai 25 hingga 50 peratus kos permulaan dalam bentuk tunai. Yang selebihnya boleh dipinjam daripada organisasi itu sendiri. Kos francais meliputi perbelanjaan berikut:

Yuran francais;

Insuran;

Inventori pembukaan produk;

Penambahbaikan reka bentuk dan penyewaan;

Bayaran utiliti, gaji dan hutang perkhidmatan;

Bayaran simpanan kira-kira dan akaun, yuran guaman dan khidmat profesional;

Lesen negeri dan tempatan; dan

Permit dan sijil.

(b) Kawalan Pemberi Francais Dalam syarikat yang besar, syarikat mengawal aktiviti pekerjanya. Perkara yang sama wujud dalam perniagaan kecil. Jika seorang usahawan mempunyai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 99: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

84

perniagaan sendiri, dia boleh mengawal aktivitinya sendiri. Bagi seorang yang menjalankan sebuah perniagaan francais, kawalan terletak di antara dua belah ini. Pemberi francais umumnya mengawal operasi untuk tujuan penyelarasan. Jika pemegang francais tidak mengikut arahan pemberi francais, kontrak mereka mungkin tidak akan diperbaharui apabila tamat.

(c) Janji Tidak Ditunaikan Dalam sesetengah kes yang melibatkan pemberi francais yang kurang terkenal, pemegang francais mungkin tidak menerima semua yang dijanjikan. Ramai pemegang francais mendapati bahawa mereka telah memperolehi nama jenama dengan tiada daya tarikan. Ramai pemegang francais juga tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh pemberi francais. Kerapkali, pemegang operasi bukannya membayar harga yang kurang untuk bekalan, malah terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Jika mereka mengadu, perjanjian mereka dengan pemberi francais mungkin ditamatkan, ditarik balik atau tidak diperbaharui.

STRUKTUR SAH UNTUK PERNIAGAAN BAHARU

Sebelum menentukan bagaimana untuk mengelolakan sebuah operasi, bakal usahawan perlu mengenal pasti struktur sah yang paling sesuai untuk keperluan perniagaan mereka. Ini wajib kerana undang-undang cukai yang berubah, situasi liabiliti, kesediaan modal dan kerumitan penubuhan perniagaan. Tiga jenis perniagaan sah yang asas adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat. Oleh sebab setiap jenis mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri, adalah mustahil untuk mengesyorkaan satu jenis perniagaan daripada yang lain. Pemilihan jenis perniagaan yang sesuai perlu dibuat berdasarkan keadaan spesifik usahawan, kebimbangannya dan keinginannya.

6.5.1 Perniagaan Tunggal

Sebuah perniagaan yang dimiliki dan dijalankan oleh satu orang dipanggil perniagaan tunggal. Ia tidak wujud tanpa pemiliknya. Usahawan ini mempunyai hak atas segala keuntungannya dan menanggung liabiliti untuk kesemua hutang dan

6.5

Adakah menjalankan perniagaan francais lebih mahal berbanding dengan perniagaan jenis lain? Bincangkan pendapat anda dalam tutorial yang akan datang.

AKTIVITI 6.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 100: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 85

kewajipan perniagaan tersebut. Liabilitinya tidak ada batasan, yang bermakna perniagaan dan aset peribadinya bergantung pada operasi perniagaan tersebut. Jika syarikat itu tidak dapat menunaikan kewajipan kewangannya, pemiliknya boleh menjual rumah dan kereta keluarganya serta aset lain untuk membayar pemiutang. Untuk menjadi peniaga tunggal, seseorang itu hanya perlu memperoleh lesen tempatan atau negeri untuk menjalankan operasi. Jika ia menggunakan nama lain atau yang tidak wujud, ia mesti memfailkan sijil nama perniagaan dengan pihak negeri. Oleh kerana ia senang ditubuhkan, perniagaan tunggal adalah jenis perniagan sah yang paling banyak digunakan. Jadual 6.2 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perniagaan tunggal.

Jadual 6.2: Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan Tunggal

Kelebihan Kelemahan

(i) Senang Ditubuhkan Penubuhannya tidak perlu formal. Selain itu kurang sekatan dikenakan atas penubuhan syarikat jenis ini berbanding jenis lain. Sedikit atau tiada kebenaran kerajaan diperlukan dan biasanya ia kurang mahal daripada perkongsian dan syarikat.

(ii) Keuntungan hak mutlak pemilik Pemilik tidak perlu berkongsi keuntungan dengan orang lain.

(iii) Pembuatan Keputusan dan Kuasa di Tangan Pemilik Tiada pemilik bersama atau rakan kongsi yang perlu dirujuk dalam menjalankan perniagaan.

(iv) Kefleksibelan Boleh segera menyelesaikan keperluan perniagaan dengan pembuatan keputusan harian.

(v) Agak Bebas daripada Kawalan Kerajaan Kecuali pengeluaran lesen yang berkenaan, kerajaan tidak akan masuk campur dalam operasi perniagaan.

(vi) Bebas daripada Cukai Perniagaan Cukai individu dan bukan cukai perniagaan dikenakan.

(i) Tiada Batasan Liabiliti Pemilik bertanggungjawab untuk semua hutang. Liabiliti ini meliputi kesemua aset pemilik.

(ii) Kurang Kesinambungan Perniagaan itu mungkin lumpuh atau tamat jika pemilik sakit atau meninggal dunia.

(iii) Kurang Modal Sedia Ada Kurang modal sedia ada berbanding dengan perkongsian dan syarikat.

(iv) Agak Susah Mendapatkan Pembiayaan Jangka Panjang Oleh sebab pemilik hanya seorang, selalunya susah mendapatkan modal untuk jangka panjang.

(v) Pendapat dan Pengalaman Agak Terbatas Oleh sebab perniagaan ini bergantung hanya kepada seorang usahawan, hala tuju dan skopnya dibataskan oleh kebolehan, latihan dan kepakaran usahawan tersebut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 101: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

86

6.5.2 Perkongsian

Sebuah perkongsian melibatkan dua atau lebih orang yang menjadi rakan milik sebuah perniagaan untuk meraih keuntungan. Setiap rakan kongsi menyumbang wang, usaha atau kemahiran dan berkongsi keuntungan dan kerugian. Walaupun tidak diperlukan oleh undang-undang, perkongsian perniagaan biasanya dibuat secara hitam putih. Ini sangat digalakkan kerana kalau tidak disebut secara bertulis, mahkamah akan menganggap semua rakan kongsi berkongsi sama rata dalam hal keuntungan, kerugian, pengurusan aset dan aspek perniagaan yang lain. Sebuah perjanjian perkongsian menyebut secara jelas sumbangan kewangan dan pengurusan setiap rakan kongsi serta menghuraikan peranan mereka dalam perkongsian tersebut. Berikut adalah beberapa maklumat yang biasanya disertakan dalam perjanjian perkongsian:

Nama, tujuan, lokasi;

Tempoh perkongsian;

Ciri rakan kongsi (umum atau terbatas, aktif atau senyap);

Sumbangan rakan kongsi (semasa penubuhan, pada waktu kemudian);

Pengagihan keuntungan dan kerugian;

Gaji;

Hak kesinambungan rakan kongsi;

Kematian rakan kongsi (pembubaran dan penamatan);

Pelepasan hutang;

Perbelanjaan perniagaan (cara diuruskan);

Hutang berasingan;

Kuasa (ke atas operasi perniagaan);

Buku, rekod dan kaedah akaun;

Jualan bahagian rakan kongsi;

Usaha perantaraan;

Penyelesaian perbalahan;

Penambahan, perubahan atau pengubahsuaian perkongsian;

1. Berikan secara ringkas maksud tiga jenis perniagaan yang sah.

2. Nyatakan lima kelebihan dan lima kelemahan perniagaan tunggal.

SEMAK KENDIRI 6.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 102: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 87

Tindakan yang diperlukan dan yang dilarang;

Ketidakhadiran dan kehilangan upaya; dan

Pengurusan pekerja. Di samping perkara bertulis ini, usahawan juga perlu mempertimbangkan beberapa cara perkongsian. Bergantung pada keperluan perniagaan, satu atau lebih daripada cara ini boleh digunakan. Perlu diingat bahawa dalam perkongsian perlu ada satu rakan kongsi umum yang bertanggungjawab untuk hutang perniagaan dan liabiliti tanpa batasan.

Jadual 6.3 menunjukkan kelebihan dan kelemahan perkongsian.

Jadual 6.3: Kelebihan dan Kelemahan Perkongsian

Kelebihan Kelemahan

(i) Senang Ditubuhkan Peraturan undang-undang dan perbelanjaan kurang berbanding dengan perusahaan dan syarikat yang kompleks.

(ii) Ganjaran Langsung Rakan kongsi bermotivasi untuk memberikan usaha yang terbaik kerana ganjaran didapati secara langsung.

(iii) Membantu Pertumbuhan dan Prestasi Lebih modal dan jenis kemahiran boleh didapati berbanding dengan perniagaan tunggal.

(iv) Kefleksibelan Boleh segera menyelesaikan keperluan perniagaan dengan pembuatan keputusan harian.

(v) Agak Bebas daripada Kawalan dan Peraturan Kerajaan Sangat sedikit campur tangan kerajaan dalam perkongsian.

(vi) Kelebihan Cukai Kebanyakan perkongsian membayar cukai sebagai usahawan dan bukan cukai tinggi yang dikenakan ke atas syarikat.

(i) Liabiliti Tanpa Batasan Satu Rakan Kongsi Walaupun sesetengah rakan kongsi boleh mempunyai liabiliti terbatas, sekurang-kurangnya seorang mesti menjadi rakan kongsi umum yang menanggung liabiliti tanpa batasan.

(ii) Kurang Kesinambungan Jika seorang rakan kongsi meninggal, ditakrif sebagai tidak siuman atau meninggalkan perniagaan itu, perkongsian itu tamat. Bagaimanapun, perniagaan itu boleh diteruskan oleh rakan kongsi lain. Ia mungkin boleh dijadikan perkongsian baharu oleh rakan kongsi yang tinggal atau dengan mengambil rakan kongsi baharu.

(iii) Agak Susah Mendapatkan Modal yang Besar Modal yang besar, terutamanya untuk pembiayaan jangka panjang, susah diperolehi. Biasanya harta kesemua rakan kongsi menentukan jumlah modal keseluruhan yang boleh didapatkan oleh perkongsian tersebut, terutamanya pada masa permulaan perniagaan.

(iv) Terikat Dengan Tindakan Seorang Rakan Kongsi Seorang rakan kongsi umum boleh mengambil kontrak dan tanggungawab yang boleh memudaratkan perniagaan itu dan rakan kongsi lain.

(v) Susah Menjual Bahagian Rakan Kongsi Membeli bahagian seorang rakan kongsi mungkin susah kecuali ia disebut secara khusus dalam perjanjian bertulis.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 103: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

88

6.5.3 Syarikat

Sebuah syarikat adalah sebuah entiti sah yang berasingan daripada usahawan yang memilikinya. Di Malaysia, sebuah organisasi perniagaan diwujudkan berdasarkan Akta Syarikat 1965. Akta ini mentadbir semua syarikat di Malaysia. Ia ini mula berkuat kuasa pada 15 April 1966 dan telah dikaji semula beberapa kali pada tahun 1969, 1971, 1985, 1986 dan 1987 (kajian semula yang paling terakhir). Akta ini berdasarkan undang-undang syarikat yang berkuat kuasa di Australia dan United Kingdom. (a) Ciri-ciri Syarikat

Berikut adalah ciri-ciri sebuah syarikat:

(i) Hak dan Tanggungjawab Sebuah syarikat bertanggungjawab ke atas pemilikan modal dan boleh mengambil atau menghadapi tindakan undang-undang. Bagaimanapun, sebuah syarikat tidak boleh mengambil tindakan terhadap usahawan yang terlibat dalam syarikat itu sendiri. Namun ejen pelaksana syarikat tersebut boleh mengambil tindakan bila perlu.

(ii) Jangka Hayat Ahli sebuah syarikat tidak menentukan jangka hayatnya. Ia akan berterusan walaupun ada ahli yang meninggal dunia atau meninggalkan syarikat itu. Bagaimanapun, syarikat tersebut boleh ditamatkan jika kesemua ahli tidak berminat untuk meneruskan perniagaan itu.

(iii) Liabiliti

Liabiliti ahli syarikat terbatas kepada jumlah saham yang dimilik. Ahli tidak bertanggungjawab sekiranya syarikat itu jatuh muflis. Syarikat berbeza daripada perniagaan tunggal dan perkongsian kerana ia

Sebuah syarikat adalah „suatu benda tiruan yang tidak kelihatan, tidak ketara dan wujud hanya dari segi undang-undang‰.

Sumber: Diadaptasi daripada Supreme Court Justice John Marshall (1819)

Berikan lima kelebihan dan kelemahan perkongsian.

SEMAK KENDIRI 6.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 104: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 89

mempunyai pengasingan antara aset perniagaan dan aset peribadi dan hutang perniagaan tidak boleh mengakibatkan perampasan aset peribadi.

(iv) Ahli Sebuah syarikat mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua ahli yang merupakan pemastautin tetap Malaysia. Mereka mesti berperanan sebagai pengarah syarikat tersebut. Ahli syarikat melantik lembaga pengarah yang akan bertanggungjawab menjalankan perniagaan syarikat dan mengikuti undang-undang dan peraturan Akta Syarikat 1965.

(b) Kelebihan dan Kelemahan Syarikat Kelebihan dan kelemahan syarikat ditunjukkan di dalam Jadual 6.4.

Jadual 6.4: Kelebihan dan Kelemahan Syarikat

Kelebihan Kelemahan

(i) Liabiliti Terbatas Liabiliti pemegang saham terbatas kepada pelaburan usahawan. Pemegang saham hanya boleh kehilangan wang ini.

(ii) Pemindahan Pemilikan

Penjualan saham membolehkan pemindahan pemilikan.

(iii) Berterusan Tanpa Batasan

Hayat syarikat berasingan daripada hayat pemilik dan boleh kekal untuk waktu yang tidak tetap.

(iv) Agak Senang Mendapatkan Modal

Besar Modal boleh didapatkan dengan mengeluarkan bon dan saham serta pinjaman jangka pendek yang dibuat dengan menggunakan aset perniagaan atau jaminan peribadi pemegang saham utama.

(v) Lebih ramai pakar dan orang yang

berkebolehan

Boleh menggunakan kepakaran dan kemahiran beberapa usahawan, daripada pemegang saham utama kepada pengurus profesional yang dibawa masuk ke dalam syarikat.

(i) Batasan Aktiviti Aktiviti syarikat dibataskan oleh piagam dan pelbagai undang-undang.

(ii) Kurang Perwakilan

Kuasa undi pemegang saham utama boleh menundukkan kuasa undi pemegang saham kecil.

(iii) Peraturan

Peraturan kerajaan dan laporan yang terperinci diperlukan oleh agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Ini mengakibatkan banyak kertas kerja dan kerenah birokrasi.

(iv) Mengelolakan Perbelanjaan

Perbelanjaan besar diperlukan dalam penubuhan sebuah syarikat.

(v) Pencukaian Berganda

Cukai pendapatan dikenakan ke atas keuntungan syarikat serta gaji dan dividen bagi setiap staf.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 105: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

90

SUMBER MODAL UNTUK AKTIVITI KEUSAHAWANAN

Terdapat pelbagai sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk memulakan, membesarkan dan mengembangkan perniagaan mereka. Jangka masa yang diperlukan bergantung kepada sumber mana yang paling sesuai untuk seorang usahawan dan perniagaannya. Rajah 6.7 menunjukkan sumber modal untuk membiayai sebuah perniagaan.

Rajah 6.7: Sumber modal untuk aktiviti keusahawanan

(a) Kewangan Peribadi

Simpanan peribadi anda adalah sumber kewangan pertama anda. Ia mungkin wang yang anda simpan pada waktu tertentu dalam akaun simpanan atau akaun semasa bank, di dalam peti simpanan di rumah atau tunai yang tersedia bila anda memerlukannya. Kerapkali, simpanan peribadi cepat habis apabila seorang usahawan memulakan sebuah perniagaan.

(b) Keluarga dan Sahabat

Apabila simpanan peribadi anda sudah habis, tempat seterusnya untuk mendapatkan wang adalah keluarga dan sahabat. Mereka mungkin kawan atau teman sekerja yang mampu memberi pinjaman. Walaupun ini mungkin nampak seperti idea yang bagus, kemungkinan besar mereka akan meminta wang itu kembali apabila anda tidak mampu membayarnya.

6.6

Berikan lima kelebihan dan kelemahan syarikat.

SEMAK KENDIRI 6.5

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 106: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 91

Oleh itu adalah mustahak untuk membuat perjanjian bertulis yang terang dan jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kemudian hari.

(c) Akaun Persaraan

Anda mungkin telah menyimpan wang untuk zaman persaraan anda. Wang ini boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan anda. Walapun begitu, jika anda gagal dalam perniagaan, anda perlu hidup dengan wang yang sedikit di zaman persaraan anda.

(d) Bank dan Institusi Kewangan Lain

Institusi ini meminjamkan wang kepada orang yang memiliki aset yang boleh digunakan sebagai cagaran untuk pinjaman tersebut. Jadual 6.5 menunjukkan tiga jenis pembiayaan iaitu jangka panjang, sederhana dan pendek.

Jadual 6.5: Tiga Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan

Jenis Pembiayaan Institusi Kewangan Penjelasan

Jangka Panjang Pembiayaan jenis ini dipinjam daripada sumber luar untuk tempoh yang lama, biasanya lima hingga 25 tahun. Sebuah pajakan komersial atau perjanjian pinjaman jangka panjang daripada salah satu bank utama adalah contoh pembiayaan jangka panjang. Wang itu boleh digunakan untuk memperolehi aset tetap seperti kilang dan peralatan.

Jangka Sederhana Pinjaman untuk tempoh dua hingga tujuh tahun dipanggil pinjaman jangka sederhana. Pembiayaan ini biasanya berdasarkan perjanjian antara anda dan organisasi yang akan memberikannya. Ia boleh digunakan untuk sewa beli, penyewaan dan perjanjian pinjaman.

Jangka Pendek Pembiayaan jangka pendek yang paling biasa dan kerap digunakan adalah kemudahan overdraf bank. Walaupun yurannya adalah tinggi, usahawan terbabit boleh membayar hanya faedah ke atas jumlah overdraf. Sebaliknya, untuk pinjaman bank, anda boleh menggunakan keseluruhan wang yang tersedia dan perlu membayar faedah sama ada anda menggunakan keseluruhan pinjaman tersebut ataupun tidak.

(e) Pinjaman Kerajaan

Pihak kerajaan sedang mengambil langkah positif untuk membantu perniagaan dan industri secara keseluruhannya. Jutaan ringgit telah

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 107: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA

92

disediakan untuk memberikan bantuan (grant) dan pinjaman dalam bentuk subsidi oleh kerajaan untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan. Program kerajaan tersedia dan boleh mengurangkan kadar faedah pinjaman bank dan menyediakan pinjaman untuk perniagaan yang mungkin pada asalnya tidak mampu mengambil pinjaman sebegini. Pada umumnya, kerajaan ingin mencari jalan untuk membantu projek yang boleh memanfaatkan sektor industri yang merudum dan mempunyai kadar pengangguran yang tinggi. Di samping itu, kerajaan ingin menggalakkan pertumbuhan dan penambahbaikan di kawasan luar bandar.

(f) Pasaran Saham

Wang diperoleh dengan menawarkan saham dalam perniagaan anda kepada orang ramai. Penawaran ini mesti menepati peraturan persekutuan. Biasanya, khidmat bank pelaburan digunakan. Apabila seorang pelabur membuat pelaburan modal, dia akan mendapat peratusan pemilikan. Ini memberikan pelabur tersebut kuasa terhad terhadap perniagaan itu dan sebahagian daripada keuntungan yang didapati berdasarkan nilai peratusan pemilikan. Ini mungkin diberi dalam bentuk dividen.

Terdapat tiga cara memulakan sebuah perniagaan iaitu mendirikan perniagaan baharu, membeli perniagaan sedia ada dan francais.

Setiap cara memulakan perniagaan ini mempunyai ciri-ciri tersendiri serta kelebihan dan kelemahan.

Tiga jenis perniagaan yang sah adalah perniagaan tunggal, perkongsian dan syarikat.

Topik ini juga membicarakan enam sumber modal untuk aktiviti usahawan iaitu:

(i) Kewangan peribadi;

(ii) Keluarga dan sahabat;

(iii) Akaun persaraan;

Sebutkan lima sumber modal yang boleh digunakan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan baharu atau membeli perniagaan sedia ada.

SEMAK KENDIRI 6.6

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 108: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 6 MEMULAKAN SEBUAH USAHA NIAGA 93

(iv) Bank/institusi kewangan;

(v) Pinjaman kerajaan; dan

(vi) Pasaran saham.

Francais

Pemegang francais

Perkongsian

Perniagaan baharu

Perniagaan tunggal

Syarikat

Usaha wajar

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 109: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Jaringan adalah peralatan perniagaan yang penting untuk kejayaan usahawan. Sekiranya seseorang usahawan mempunyai jaringan yang baik dengan pengguna luaran dan dalaman, akan menjadi lebih mudah untuk usahawan tersebut menggunakan peluang perniagaan yang ada dan menyelesaikan masalah yang berkenaan dengan perniagaannya. Hubungan jaringan yang baik membolehkan usahawan mendapatkan sokongan dan kerjasama dari lingkaran jaringan tersebut. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran jaringan, kerana ia akan menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.

APA ITU JARINGAN?

Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan sumber untuk strategi akan datang. Hak dan tanggungjawab hubungan adalah hasil daripada sumber yang dibawa oleh usahawan pada permulaan perniagaannya kepada jaringan yang dibina, pengalaman yang diperolehi dan

7.1

TTooppiikk

77

JaringanUsahawan

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan tiga kelebihan mempunyai jaringan yang baik;

2. Menerangkan dua jenis jaringan;

3. Membincangkan enam sebab jaringan adalah penting;

4. Menjelaskan tujuh teknik membina dan membangunkan keyakinandalam pembentukan jaringan; dan

5. Mengenal pasti lima halangan dalam membina jaringan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 110: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 95

pelaburan yang dibuat dalam semua hubungannya. Ini bermaksud, sesebuah syarikat itu bukan sahaja perlu menganalisis portfolio hubungannya dan kefahamannya tentang jaringan, malah menyenaraikan semua sumber tambahan yang telah dibina melalui pergaulan. Kesemua ini boleh dianalisis dengan menggunakan cara konvensional untuk mendapat tahu asas kekuatan yang mungkin dimiliki oleh syarikat tersebut.

KELEBIHAN MEMPUNYAI JARINGAN YANG BAIK

Kelebihan yang diperolehi oleh seorang usahawan apabila mempunyai jaringan yang baik adalah seperti berikut: (a) Kebolehcapaian Jaringan adalah amat penting untuk usahawan memperoleh sumber ketara

atau tidak ketara sama ada secara langsung atau tidak langsung. Antara sumber ketara adalah sokongan kewangan, pemindahan teknologi dan kemudahan mencapai maklumat untuk mengeluarkan produk yang sesuai pada harga dan masa yang sesuai dengan kehendak pasaran. Manakala sumber tidak ketara adalah seperti sokongan moral, bimbingan dan kepercayaan yang diberi oleh pelbagai kumpulan kepada usahawan dalam menjalankan operasi perniagaan.

(b) Reputasi Reputasi merujuk kepada kebolehan usahawan untuk memimpin atau

mempengaruhi ahli jaringan lain dalam membuat keputusan, berdasarkan pengalaman mereka. Reputasi yang baik membolehkan usahawan menarik ahli jaringan untuk memberikan keutamaan kepada produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh usahawan tersebut.

(c) Harapan Ini boleh memudahkan atau menyekat kebebasan aktiviti syarikat. Sebagai

contoh, ahli jaringan mungkin mengharapkan sebuah syarikat untuk menentukan harga untuk beberapa syarikat lain dengan cara yang berkesan. Akan tetapi, sebuah syarikat juga diharapkan tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesebuah produk apabila ia berkurangan dalam pasaran. Ia juga mungkin diharapkan akan menurut cara persaingan yang konvensional atau beroperasi dengan lebih beretika daripada syarikat lain.

7.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 111: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

96

APA ITU JARINGAN STRATEGIK?

Seorang usahawan yang berstrategi boleh membayangkan masa hadapan dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk merealisasikannya. Untuk membina sebuah jaringan strategik, seorang usahawan perlu jelas tentang matlamat dan objektif yang ingin dicapai dalam menjalankan perniagaannya dengan berinteraksi dengan orang lain dan menentukan tindakan terbaik yang harus diambil. Walaupun usahawan mungkin tertarik untuk bertindak dengan pantas, mereka perlu memahami di mana mereka berada dan ke mana mereka hendak tuju. Jaringan yang berjaya adalah hasil daripada perancangan yang betul serta pembinaan dan pelaksanaan yang cermat. Usahawan perlu mencari jalan dan kaedah untuk membina jaringan yang baik dan mendapatkan faedah yang maksima daripadanya. Jaringan mesti menjadi salah satu taktik pemasaran utama bagi kebanyakan ahli profesional bebas dan pemilik perniagaan kecil-kecilan. Usahawan boleh menggunakan jaringan berpusatkan pengguna untuk mengurangkan kos dan masa dalam memperolehi dan mengedarkan maklumat. Strategi membina perniagaan ini akan memanfaatkan usahawan dengan memberikannya pelanggan baharu secara berterusan di samping mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

JENIS-JENIS JARINGAN

Terdapat dua jenis jaringan seperti berikut: (a) Jaringan Formal

Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Mereka yang mempunyai hubungan jaringan lebih bersedia untuk mencipta peluang perniagaan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam jaringan tersebut. Setiap ahli jaringan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan kekuatan untuk kelebihan bersama.

(b) Jaringan Tidak Formal

Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang serupa. Ia membolehkan seseorang usahawan itu membincangkan perniagaannya secara tidak formal tanpa membuat temu janji.

7.4

7.3

Sebutkan kelebihan yang boleh diperolehi oleh seorang usahawan dengan memiliki sebuah jaringan yang baik.

LATIHAN 7.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 112: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 97

Jaringan tidak formal memberikan usahawan peluang untuk mendapatkan atau bertukar maklumat. Perkhidmatan yang diberikan oleh ahli jaringan tidak formal biasanya adalah percuma atau dengan bayaran yang minima. Biasanya jaringan tidak formal membolehkan usahawan memperoleh pendapat dan nasihat serta sokongan moral dan kewangan. Sokongan sebegini membantunya menjadi lebih yakin dan menambahkan kebolehannya untuk membuat keputusan yang berkesan dan mengurangkan risiko perniagaan. Ahli jaringan tidak formal termasuk kawan, mentor dan ahli profesional. Rajah 7.1 menunjukkan ahli-ahli dalam sebuah jaringan tidak formal.

Rajah 7.1: Jaringan tidak formal

KEPENTINGAN JARINGAN

Mari kita lihat kepentingan jaringan seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.2.

Rajah 7.2: Kepentingan jaringan

(a) Membina Kepercayaan Dalam perniagaan, usahawan mungkin menghadapi ketidakpastian, contohnya kehilangan pelaburan, persaingan dan produk yang tidak dapat menembusi pasaran. Jaringan yang baik boleh mengurangkan ketidakpastian seperti ini. Seorang usahawan boleh memperolehi

7.5

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 113: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

98

maklumat yang boleh dipercayai mengenai peluang pelaburan, pasaran dan produk yang disukai pengguna. Jaringan juga membantu usahawan menghadapi perubahan dalam persekitaran perniagaan, contohnya: (i) Perubahan dalam strategi para pesaing; (ii) Perubahan demografik; dan (iii) Perubahan dalam kepuasan pelanggan.

(b) Mengurangkan Birokrasi

Birokrasi yang keterlaluan akan melambatkan proses aktiviti perniagaan. Jaringan boleh mengurangkan birokrasi dalam membuat keputusan dengan: (i) Mempercepatkan proses permohonan; (ii) Menjimatkan masa, kewangan dan sumber lain; (iii) Menghalang usahawan daripada melakukan kesilapan yang

sama berulang kali; dan (iv) Mengelakkan tindakan menolak tanggungjawab (pass the buck).

(c) Meningkatkan Maklumat

Jaringan akan meningkatkan reputasi usahawan kerana semua ahli jaringan akan tahu apa yang ia sedang lakukan. Pada masa yang sama, usahawan tersebut boleh mendapatkan maklumat tentang siapa yang berada dalam jaringan tersebut dan ini akan membolehkannya mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjayakan perniagaannya.

(d) Membina Keyakinan

Keyakinan adalah salah satu faktor terpenting dalam membina jaringan. Dengan keyakinan, ahli jaringan akan bersedia memberi keutamaan kepada produk atau perkhidmatan seseorang usahawan itu. Apabila orang yakin dengan produk yang dijual atau perkhidmatan yang diberi oleh usahawan, ia akan menjadi buah mulut orang ramai.

(e) Membina Situasi Saling Bergantung Seseorang itu mungkin mengecapi kejayaan dengan pertolongan orang lain. Anda juga mungkin ada merasai kejayaan dengan bantuan individu lain. Hakikatnya, manusia bergantung sesama sendiri. Oleh itu, apa-apa yang kita buat harus memanfaatkan orang lain. Semua orang mesti bertindak dengan semangat simbiotik. Konsep bertolak ansur penting dalam membangunkan hubungan jaringan yang baik.

(f) Sumber Kreativiti

Jaringan adalah sumber kreativiti untuk seorang usahawan dalam menjalankan sebuah perniagaan. Kumpulan berlainan dalam jaringan akan membantu membina idea baharu untuk mencipta produk atau

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 114: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 99

perkhidmatan baharu serta cara pengeluaran dan pemasaran yang baharu. Tambahan lagi, ahli jaringan boleh membawa peluang perniagaan baharu. Idea boleh didapati daripada kawan, rakan sejawat, pelanggan dan pengedar. Sokongan dan sumbangan pelbagai pihak dalam jaringan boleh membantu usahawan untuk: (i) Memperbaiki kualiti produk; (ii) Memperbaiki pengedaran; (iii) Memperbaiki teknik pengeluaran; (iv) Memperbaiki teknik untuk perkhidmatan lepas jualan yang lebih

baik; dan (v) Mencadangkan cara baharu untuk mempromosikan suatu produk.

BAGAIMANA MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Terdapat tiga cara usahawan dapat menubuhkan jaringan strategik, seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.3.

Rajah 7.3: Tiga cara untuk menubuhkan jaringan strategik

7.6

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 115: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

100

USAHAWAN DAN JARINGAN

Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai kekuatan untuk bekerjasama dengan orang lain. Yang berikut adalah strategi menubuhkan jaringan yang berkesan:

Sedia mendengar;

Sedia bertolak ansur;

Mahir dalam memberikan keyakinan; dan

Berfikiran tenang. Bila kita bersedia mendengar pendapat orang lain, kita akan mendapat idea yang boleh membantu kita berubah. Kita perlu bertolak ansur dengan orang lain dan menunjukkan keyakinan kita. Setiap usahawan yang ingin menggunakan jaringan strategik yang baik mesti memiliki kualiti-kualiti ini. Kegagalan membina jaringan yang baik akan:

Meningkatkan kos;

Membuang masa;

Membuang sumber syarikat;

Merosakkan reputasi usahawan;

Merosakkan reputasi syarikat; dan

Mewujudkan dilema.

GABUNGAN JARINGAN STRATEGIK

Terdapat beberapa strategi bagi membangunkan hubungan antara usahawan dan orang lain untuk membina jaringan yang baik. Hubungan yang baik dengan orang lain boleh membantu usahawan membuat perubahan yang positif. Strategi-strategi ini juga dapat menolong usahawan untuk menangani perubahan. Strategi-strategi ini adalah seperti berikut: (a) Strategi bagi Gabungan Jaringan

Ini adalah teknik membangunkan hubungan antara usahawan dan orang lain yang mempunyai pengalaman perniagaan dan orang yang akan

7.8

7.7

Huraian tiga cara usahawan boleh membina rangkaian strategik.

LATIHAN 7.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 116: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 101

terlibat dalam perniagaan usahawan tersebut pada masa akan datang. Usahawan mesti berusaha mengingati orang lain walaupun mungkin tidak berurusan dengan mereka pada masa sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk membangunkan gabungan jaringan strategik, contohnya:

Membuat lawatan;

Menyertai majlis rasmi;

Berhubung melalui pihak ketiga;

Memberi cenderamata;

Menghantar kad, contohnya kad tahniah, takziah dan jemputan;

Menulis dan membalas surat dan e-mel;

Memberikan kad perniagaan;

Menghantar faks; dan

Bercakap melalui telefon. (b) Strategi Membina Keyakinan Diri

Usahawan mesti menunjukkan kebolehan, personaliti dan kemahiran mereka apabila diberikan tanggungjawab. Mereka perlu menunjukkan bahawa mereka adalah bertanggungjawab agar orang yang memberikan tanggungjawab tersebut kepada mereka akan berpuas hati dan bersedia untuk memberikan tanggungjawab lain di masa hadapan. Bila kita membuat perubahan, kita mesti bertanggungjawab dan melakukannya dengan sebaik mungkin agar idea kita tidak gagal. Beberapa perkara yang mesti diberikan perhatian adalah seperti berikut:

Kebolehan membuat sesuatu yang orang lain tidak boleh;

Kebolehan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh orang lain;

Kebolehan menjana idea apabila diperlukan;

Kebolehan menunjukkan kita boleh bersaing dengan orang lain;

Kebolehan membuat tafsiran;

Kebolehan menunjukkan kita adalah tempat rujukan bagi orang lain;

Sentiasa betul dalam membuat keputusan;

Membuat orang selesa dan gembira berkomunikasi dengan kita;

Menyuarakan pendapat tanpa mendominasi orang lain;

Kebolehan menguasai nada suara apabila bercakap;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 117: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

102

Tidak mengambil kesempatan ke atas orang lain;

Selalu bersedia untuk berterus-terang;

Bersedia menerima pendapat orang lain;

Bersedia menerima dan menghargai orang lain dan kebolehan mereka;

Memberi dan menerima nasihat;

Boleh mengawal diri sendiri;

Fleksibel; dan

Bertolak ansur apabila ada konflik. Strategi begini membantu usahawan menangani kekurangan diri sendiri dan menjalankan perniagaan selancar yang boleh dengan orang lain yang berkenaan.

TEKNIK MEMBINA KEYAKINAN DALAM KALANGAN USAHAWAN

Seorang usahawan mesti memperolehi kepercayaan orang ramai. Orang akan yakin dengan usahawan yang membuktikan ia boleh melakukan kerja yang diberikan dengan berjaya. Berikut adalah strategi yang boleh membantu anda menjadi lebih berkeyakinan. (a) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan

Jika anda tidak dapat menyuarakan pendapat atau mesej dengan berkesan, orang lain akan kurang yakin dengan anda. Untuk berkomunikasi dengan baik, anda perlu bersedia dengan maklumat dan data yang tepat. Anda juga perlu ingat bahawa orang yang mendengar anda mungkin mempunyai pendapat yang berbeza daripada anda. Hadapi perubahan dengan yakin dan bersedia untuk berbincang tentang masalah dan idea penyelesaian yang anda ada.

(b) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain

Anda mesti ingat bahawa orang akan mula yakin dengan anda bila mereka tahu anda boleh melakukan kerja yang diberikan. Anda mesti

7.9

Anda bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah anda. Anda menjemput ahli keluarga dan kawan anda. Terangkan bagaimana anda akan menjalin rangkaian yang baik dengan mereka di majlis tersebut.

AKTIVITI 7.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 118: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 103

membuktikan bahawa anda mampu mengurus perubahan dan membimbing orang lain dalam menghadapi perubahan tersebut.

(c) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain Tunjukkan yang anda bersedia untuk membantu orang lain. Apabila anda bersedia untuk membantu orang yang memerlukan pertolongan, mereka akan mengingati anda. Anda juga boleh memberi panduan kepada orang yang menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.

(d) Sentiasa bertindak adil

Jika anda tidak bertindak adil, anda akan memusnahkan jaringan yang telah anda bina. Oleh itu untuk mengelakkan masalah, anda mesti berlaku adil bila menjadi mentor, serta bila memberi bantuan, manfaat dan perhatian. Anda mesti menyesuaikan diri dengan perubahan dalam kumpulan.

(e) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri

Semua orang akan membuat kesilapan. Bila anda membuat kesilapan, anda mesti bersedia untuk mengakuinya. Ini akan menunjukkan kepada orang lain bahawa anda adalah jujur. Anda mesti selalu bersedia untuk bertanya tentang apa yang anda tidak faham. Elakkan bertanyakan soalan yang bertujuan menguji orang lain. Bila anda berkongsi idea dengan orang lain, anda membantu diri sendiri menghadapi perubahan. Ini kerana anda akan mempunyai banyak idea baharu dan dapat membuat keputusan yang baik.

(f) Tunjukkan Semangat Pasukan

Kita mesti selalu melihat diri kita sebagai ahli sebuah pasukan dan memastikan orang lain turut merasakan mereka juga ahli pasukan tersebut. Elakkan daripada menyendiri atau menyisihkan diri dari orang lain. Kita mesti ramah dengan semua ahli pasukan untuk mengetahui perasaan mereka terhadap organisasi supaya kita dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dan membuat perubahan.

(g) Berkeyakinan terhadap orang lain Bila kita menunjukkan bahawa kita yakin dengan orang lain, mereka juga akan yakin dengan kita. Salah satu cara untuk menunjukkan keyakinan terhadap orang lain adalah dengan menunjukkan kesediaan kita untuk berkongsi maklumat. Bila kita menunjukkan keyakinan, orang akan lebih bersedia menerima idea kita dan memberikan kerjasama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 119: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

104

HALANGAN DALAM MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Terdapat lima halangan utama yang mesti dielakkan oleh usahawan yang ingin membina jaringan strategik yang berkesan. Jika kita gagal membina jaringan strategik yang berkesan, kita juga akan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan. Langkah pertama yang perlu diambil adalah mengenal pasti kelemahan diri sendiri. Lima halangan tersebut ditunjukkan di dalam Rajah 7.4.

Rajah 7.4: Lima halangan dalam membina jaringan strategik

(a) Emosi Halangan mungkin timbul daripada kekurangan emosi yang tampak dalam sikap, personaliti dan ego seorang usahawan. Halangan ini akan mewujudkan jurang sosial yang menjauhkan usahawan daripada orang lain. Jurang sosial boleh menyebabkan usahawan gagal menyesuaikan diri dengan perubahan. Halangan emosi disebabkan oleh ciri-ciri personaliti seperti berikut:

(i) Terlalu agresif;

(ii) Takut;

7.10

Anda baru dilantik menjadi ketua pasukan dalam organisasi anda. Bagaimanakah reaksi anda jika ahli pasukan anda tidak bersetuju dengan pendapat anda?

Jelaskan strategi yang anda boleh gunakan untuk menaikkan keyakinan diri sendiri.

AKTIVITI 7.2

SEMAK KENDIRI 7.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 120: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 105

(iii) Berbicara seolah-olah memegang jawatan ketua;

(iv) Cuai dalam bertindak;

(v) Berfikir dan berkelakuan seolah-olah diri sendiri lebih baik daripada orang lain;

(vi) Bongkak;

(vii) Hipokrit;

(viii) Terlalu mementingkan kesempurnaan;

(ix) Mengambil pucuk pimpinan secara tidak sopan;

(x) Tidak menepati masa;

(xi) Tidak sanggup mengakui kesilapan sendiri; dan

(xii) Tidak sanggup mengiktiraf kebolehan dan bakat orang lain.

(b) Fizikal

Halangan fizikal mungkin timbul apabila usahawan kurang yakin dengan diri sendiri atau tidak memberi perhatian kepada perkara lain yang penting seperti perangai dan pakaian. Seorang usahawan yang tidak mementingkan penampilan diri mudah gagal mendapatkan keyakinan rakan sekerja. Biasanya, individu yang selekeh dari segi perangai, penampilan dan pakaian akan dianggap tidak berkebolehan mengendalikan sesebuah organisasi dengan baik. Akibatnya, orang akan lebih bersedia menolak sebarang perubahan yang dicadangkan oleh individu tersebut. Berikut adalah beberapa masalah penampilan fizikal yang boleh menghalang usahawan daripada membina sebuah jaringan strategik:

(i) Pakaian yang kurang sesuai;

(ii) Nampak sakit atau penat;

(iii) Kurang atau langsung tidak mengurus diri sendiri;

(iv) Gelisah;

(v) Berbicara seperti tidak mempunyai keyakinan;

(vi) Mengelakkan memandang mata apabila berbicara dengan orang lain;

(vii) Nampak tidak mesra;

(viii) Terlalu banyak menggerakkan anggota badan apabila berkomunikasi dengan orang lain; dan

(ix) Bercakap dengan nada tinggi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 121: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

106

(c) Psikologi Faktor dan ciri-ciri yang memberi kesan kepada psikologi usahawan akan mempengaruhi kebolehannya membina sebuah jaringan yang strategik. Halangan psikologi boleh menjejaskan interaksi usahawan dengan orang lain. Contohnya, jika seseorang usahawan itu selalu merasa kesunyian atau rendah diri, dia akan mengalami kesusahan dalam membina jaringan yang berkesan. Seorang usahawan yang mempunyai kekuatan psikologi yang seimbang mempunyai peluang yang lebih baik untuk memperolehi sokongan dan kepercayaan para pekerjanya. Dia akan berada dalam posisi yang kuat apabila cuba membawa perubahan dalam organisasi. Sebaliknya, seorang usahawan yang mempunyai psikologi yang kurang seimbang akan memberikan persepsi yang buruk dan menghadapi masalah dalam mendapatkan sokongan orang lain. Halangan psikologi melibatkan ciri-ciri seperti berikut: (i) Kegelisahan; (ii) Tidak dapat membuat keputusan; (iii) Masalah emosi yang mengakibatkan perasaan seperti benci atau

marah terhadap orang lain; (iv) Kesunyian; (v) Kekecewaan; (vi) Kegagalan mencapai matlamat; (vii) Keseganan; (viii) Sangat memerlukan pengesahan dan penerimaan oleh orang lain; (ix) Keinginan untuk menonjolkan diri; (x) Keinginan yang mencapai tahap obsesi; dan (xi) Tidak berkebolehan membincangkan masalah.

(d) Kelakuan Cara kita berkelakuan akan menentukan sama ada kita rapat atau renggang

dengan orang lain. Kelakuan baik akan membantu kita menjana perubahan yang baik. Ciri-ciri kelakuan buruk termasuk yang berikut: (i) Memfitnah orang lain; (ii) Cuai dalam membuat keputusan; (iii) Selalu ingin menjadi orang yang pertama; (iv) Selalu ingin menjadi pemimpin; (v) Mengusik orang lain;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 122: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 107

(vi) Memperbodohkan orang lain; (vii) Berpura-pura mengetahui semua perkara; (viii) Berfikir dan berkelakuan seperti kita tidak bersalah dan hanya

orang lain melakukan kesilapan; (ix) Tidak sudi menerima pendapat orang lain; dan (x) Tidak menghargai sumbangan orang lain.

(e) Ucapan Negatif

Ucapan kita boleh membantu membina atau merosakkan sebuah jaringan strategik. Cara kita menyuarakan pendapat adalah penting. Seandainya kita cuai dalam berinteraksi, kita dengan mudahnya boleh menyinggung perasaan orang lain. Akibatnya, kita akan sukar mendapatkan sokongan daripada ahli jaringan yang lain. Ungkapan yang perlu dielakkan adalah seperti berikut:

(i) Ungkapan yang menunjukkan dominasi

(ii) Ungkapan bagaikan ejekan atau sindiran

(iii) Ungkapan yang menunjukkan perasaan rendah diri

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 123: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN

108

(iv) Ungkapan yang menunjukkan sikap ego

Kesimpulannya, seorang usahawan mesti berusaha sebaik mungkin untuk mengelakkan lima halangan ini dalam membina jaringannya yang strategik. Dia boleh menubuhkan sebuah jaringan yang berkesan untuk menjayakan perniagaannya dengan menggunakan pengetahuan yang dimilikinya dengan penuh yakin. Jaringan ini akan memanfaatkan usahawan tersebut dan juga orang lain dalam jaringan tersebut. Seorang usahawan yang ingin mencapai potensi tahap maksima melalui jaringan yang baik akan faham bahawa ia tidak boleh mendominasi orang lain. Sebaliknya, adalah penting baginya untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak-pihak yang berkenaan. Dalam mana-mana situasi yang memerlukan pelaksanaan perubahan, pendapat ahli jaringan lain mesti dipertimbangkan. Melayan rakan sekerja dan rakan perniagaan dengan bertimbang rasa dan hormat akan membuahkan hasil yang lebih baik daripada cuba mengawal, mengancam atau menyinggung perasaan mereka agar mereka menurut kata.

Jaringan merupakan hasil strategi hubungan yang lepas dan juga merupakan sumber untuk strategi akan datang.

Kelebihan jaringan adalah kebolehcapaian, reputasi dan harapan.

Terdapat dua jenis jaringan iaitu jaringan formal dan jaringan tidak formal. Jaringan formal adalah hubungan sedia ada antara pelbagai individu yang mempunyai hubungan simbiotik dengan seseorang usahawan itu. Jaringan tidak formal dibina menerusi hubungan dengan rakan di zaman kanak-kanak, ahli keluarga dan orang lain yang mempunyai minat atau hobi yang serupa.

Apakah jenis ungkapan yang harus anda elakkan untuk mengekalkan jaringan yang baik?

SEMAK KENDIRI 7.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 124: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 7 JARINGAN USAHAWAN 109

Jaringan adalah penting kerana ia membina keyakinan, mengurangkan birokrasi, meningkatkan maklumat, membangunkan kepercayaan, membina situasi saling bergantung dan menjana kreativiti.

Untuk mewujudkan dan membina keyakinan dalam jaringan, anda boleh menggunakan tujuh teknik berikut:

(i) Berhubung dengan berkesan dan penuh keyakinan;

(ii) Buktikan kebolehan anda kepada orang lain;

(iii) Tunjukkan keprihatinan anda terhadap orang lain;

(iv) Sentiasa bertindak adil;

(v) Sentiasa bersedia mengakui kesilapan sendiri;

(vi) Tunjukkan semangat pasukan; dan

(vii) Berkeyakinan terhadap orang lain.

Halangan kepada pembinaan jaringan termasuk halangan fizikal, emosi, psikologi, kelakuan dan ucapan.

Jaringan formal

Jaringan tidak formal

Jaringan strategik

Halangan kepada pembinaan jaringan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 125: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Semakin banyak perniagaan baharu telah ditubuhkan sejak kebelakangan ini. Terdapat beberapa sebab usahawan mendirikan perniagaan baharu. Bila idea bercambah sehingga menjadi perniagaan, cabaran sebenar adalah agar perniagaan tersebut mampu bertahan dan berkembang. Apa yang akan menjadikan anda seorang usahawan yang berjaya? Pernahkah anda memikirkan aspek-aspek yang perlu anda ketahui? Untuk menangani cabaran sebenar dalam dunia keusahawanan, anda memerlukan pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kesulitan yang lazim dihadapi dalam memilih perniagaan baharu. Topik ini juga akan membantu anda mengenal pasti faktor kritikal untuk membangunkan perniagaan baharu dan faktor yang menyumbang kepada kejayaan perniagaan. Kita juga akan membincangkan

TTooppiikk

88

Penilaian Peluang Keusahawanan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan enam perangkap (pitfalls) dalam memilih ideaperniagaan baharu;

2. Menjelaskan lapan faktor kritikal dalam menilai perniagaan baharu;

3. Menghuraikan tiga faktor utama yang mempengaruhi kejayaansesebuah perniagaan baharu;

4. Menganalisis empat kaedah proses penilaian; dan

5. Menyatakan aktiviti khusus yang termasuk dalam penilaiankebolehlaksanaan (feasibility) yang menyeluruh.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 126: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 111

proses penilaian yang berkesan untuk perniagaan baharu. Sekarang, mari kita mulakan!

KESULITAN DALAM MEMILIH PERNIAGAAN BAHARU

Peringkat peralihan di mana sebuah idea perniagaan bertukar menjadi realiti boleh menjadi waktu yang paling penting untuk memahami pembangunan perniagaan baharu. Di bawah adalah enam kesulitan yang mungkin dihadapi oleh seorang usahawan dalam memilih sebuah perniagaan baharu (lihat Rajah 8.1).

Rajah 8.1: Enam kesulitan dalam memilih perniagaan baharu

Sekarang, mari kita lihat penjelasan ringkas mengenai setiap kesulitan yang bahaya ini. (a) Kurang Penilaian Objektif

(i) Ramai usahawan tidak objektif dan tidak menyedari kepentingan menyelidik secara teliti. Semua idea mesti dikaji dan diselidik terlebih dahulu untuk mengelakkan ancaman ini daripada berlaku.

(b) Tiada Pengetahuan Mendalam Tentang Pasaran Yang Berkenaan

(i) Membangunkan pendekatan pemasaran sebagai asas kepada sebuah perniagaan baharu kerap diabaikan oleh golongan usahawan. Mengikut Levitt (1960), mereka seolah-olah mengalami rabun dekat dari segi pengurusan.

8.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 127: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

112

(ii) Mereka juga gagal mempertimbangkan kitar hidup sebuah produk atau perkhidmatan baharu.

(iii) Usahawan mesti menyedari kepentingan pengaturan masa. Merancang kitar hidup produk baharu dan memperkenalkannya pada waktu yang betul adalah mustahak.

(c) Kurang Kefahaman Tentang Keperluan Teknikal (i) Usahawan perlu melakukan kajian terperinci sebelum memulakan

sebuah perniagaan.

(ii) Masalah teknikal kerap muncul dan ini akan memakan masa selain mengakibatkan penggunaan wang yang banyak.

(d) Kurang Kefahaman Kewangan

(i) Usahawan kerap mengabaikan kos. Mereka juga tidak membuat perancangan dengan betul.

(ii) Kadang-kadang usahawan membuat anggaran kos pembangunan perniagaan yang sangat rendah berbanding kos sebenar.

(e) Perniagaan Kurang Unik

(i) Konsep dengan reka bentuk dan ciri-ciri unik akan menarik pelanggan kepada sesebuah perniagaan. Usahawan tidak akan dapat menarik perhatian pelanggan jika tiada keunikan dalam perniagaan mereka.

(ii) Pembezaan produk merupakan cara terbaik untuk memberitahu pelanggan tentang perbezaan antara keluaran sendiri dengan keluaran pesaing.

(f) Tidak Mengetahui Isu Perundangan

(i) Masalah besar akan timbul jika isu perundangan tidak diendahkan.

(ii) Contoh keperluan perundangan adalah mewujudkan suasana bekerja yang selamat, memastikan kualiti produk dan perkhidmatan, serta mendapatkan hak cipta dan paten untuk melindungi produk dan ciptaan sendiri.

Namakan dua firma yang dikenali di seluruh dunia yang gagal dalam perniagaan baharu mereka. Apakah masalah yang mereka mungkin telah hadapi? Kongsi maklumat ini dengan tutor dan rakan dalam sesi tutorial.

AKTIVITI 8.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 128: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 113

FAKTOR-FAKTOR KRITIKAL UNTUK PEMBANGUNAN PERNIAGAAN BAHARU

Kita mesti mempertimbangkan faktor kritikal dalam membangunkan sebuah perniagaan baharu. Vesper (1990) mengatakan bahawa seorang usahawan harus menggunakan senarai semak untuk perniagaan baharu. Senarai ini meliputi lapan perkara seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 8.2 di bawah.

Rajah 8.2: Lapan perkara yang perlu dipertimbangkan dalam

membangunkan perniagaan baharu

Jadual 8.1 menunjukkan senarai semak yang patut digunakan oleh usahawan dalam menilai sebuah perniagaan baharu.

8.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 129: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

114

Jadual 8.1: Senarai Semak Idea Perniagaan Baharu

Perkara Soalan Penilaian

Kebolehlaksanaan Asas Perniagaan

Bolehkah produk atau perkhidmatan itu digunakan?

Adakah ia sah?

Kelebihan Daya Saing Perniagaan

Apakah kelebihan daya saing yang ditawarkan oleh produk atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan?

Apakah tindak balas yang mungkin diberi oleh para pesaing?

Keputusan Pembeli Dalam Perniagaan

Siapakah yang mungkin menjadi pelanggan?

Berapakah unit yang akan dibeli oleh setiap pelanggan dan berapa ramai pelanggan yang ada?

Pemasaran Produk dan Perkhidmatan

Berapa akan dibelanjakan untuk pengiklanan?

Berapa besarkah bahagian pasaran yang akan ditembusi oleh syarikat itu?

Siapa yang akan melakukan jualan?

Pengeluaran Produk dan Perkhidmatan

Adakah syarikat akan mengeluarkan atau membeli apa yang ia akan jual?

Adakah wujud sumber bekalan pada harga yang berpatutan?

Keputusan Pengambilan Pekerja Untuk Perniagaan

Bagaimanakah kecekapan dalam setiap bidang perniagaan tersebut akan dipastikan?

Siapa yang akan mengambil pekerja?

Penguasaan Perniagaan Apakah rekod yang diperlukan? Bila?

Adakah apa-apa kawalan khas yang diperlukan?

Pembiayaan Perniagaan Berapa wang yang diperlukan untuk pembangunan perniagaan itu?

Berapa wang yang diperlukan untuk modal kerja?

Siapa akan membiayai perniagaan tersebut? Berapakah kos pembiayaan?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 130: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 115

KENAPA PERNIAGAAN BAHARU GAGAL

Kebanyakan perniagaan baharu lingkup dalam setahun dua dan sebahagian kecil sahaja yang mencapai kejayaan. Mengikut Bruno et al. (1987) serta Karakaya dan Kobu (1994), terdapat tiga sebab utama yang menyumbang kepada kegagalan perniagaan baharu seperti yang boleh dilihat di dalam Rajah 8.3.

Rajah 8.3: Tiga faktor utama yang menyumbang kepada kegagalan perniagaan baharu

8.3

AKTIVITI 8.2

Apakah faktor kritikal yang perlu dipertimbangkan dalammembangunkan sebuah perniagaan baharu?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 131: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

116

Jadual 8.2 di bawah menerangkan faktor-faktor tersebut.

Jadual 8.2: Faktor-faktor yang Membawa kepada Kegagalan

Sebab Kegagalan Faktor-faktor

Masalah Produk/Pasaran

Pengaturan waktu yang kurang baik

Masalah reka bentuk produk

Strategi pengedaran tidak sesuai

Definisi perniagaan tidak jelas

Terlalu bergantung kepada satu pelanggan

Masalah Kewangan Kekurangan modal pada waktu permulaan perniagaan

Mula berhutang terlalu awal

Masalah hubungan modal perniagaan

Masalah Pengurusan Konsep pendekatan pasukan (contohnya pengambilan pekerja dan penaikan pangkat berdasarkan nepotisme dan bukannya kelayakan; hubungan kurang baik dengan syarikat induk dan pembiaya perniagaan; pengasas yang menumpukan perhatian kepada kekurangan dan bukannya kekuatan; pekerja sokongan yang kurang mahir).

Masalah sumber manusia (contohnya sogokan dan selepasnya, pemecatan yang berlaku; penipuan oleh pembiaya perniagaan; perjanjian lisan tidak diikuti; kes mahkamah yang berlarutan).

PROSES PENILAIAN

Mari kita bincangkan proses penilaian pula. Satu tugas kritikal dalam memulakan sebuah perniagaan baharu adalah menjalankan penganalisaan yang kukuh dan menilai kebolehlaksanaan produk atau perkhidmatan yang akan dilancarkan. Usahawan akan mendapati banyak kekurangan serius dalam cadangan perniagaan mereka jika penganalisaan ini tidak dilakukan dengan betul.

8.4

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 132: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 117

Rajah 8.4 menunjukkan proses penilaian yang dinyatakan oleh Kuratko dan Hodgetts (2004).

Rajah 8.4: Proses penilaian

Kuratko dan Hodgetts (2004), menjelaskan proses penilaian seperti berikut: (a) Bertanyakan Soalan Yang Betul Banyak soalan penilaian yang patut ditanya. Antara soalan yang usahawan

harus menanyakan pada diri sendiri adalah seperti berikut:

(i) Adakah ia idea produk/perkhidmatan yang baharu? Adakah ia proprietari? Bolehkah ia diberikan paten atau hak cipta?

(ii) Adakah sebuah prototaip telah diuji oleh penguji bebas dengan cara cuba merosakkan atau mengoyakkannya? Apakah kelemahannya? Mampukah ia bertahan?

(iii) Sudahkah produk/perkhidmatan itu dibawa ke pameran perdagangan? Jika ya, apakah reaksi yang diterima? Adakah produk/perkhidmatan tersebut berjaya dijual?

(iv) Adakah produk/perkhidmatan tersebut mudah difahami oleh pelanggan, bank, penyedia modal, akauntan, peguam dan ejen insuran?

(v) Apakah pasaran keseluruhan? Apakah segmen pasarannya? Bolehkah produk tersebut menembusi segmen pasaran ini? Adakah fokus pasaran (niche) yang boleh dimasuki?

(vi) Adakah kajian pasaran telah dibuat? Siapakah para pesaing perniagaan tersebut?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 133: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

118

(vii) Apakah kaedah pengedaran dan jualan yang boleh digunakan?

(viii) Bagaimana produk itu boleh dibuat? Berapakah kosnya?

(ix) Adakah konsep perniagaan itu akan dibangunkan dan lesennya diberikan kepada orang lain atau adakah ia akan dibangunkan dan dijual?

(b) Analisis Profail Satu faktor strategik sahaja tidak boleh menentukan kejayaan sebuah

perniagaan. Dalam kebanyakan kes, hasil sebuah perniagaan ditentukan oleh gabungan pelbagai faktor. Adalah penting untuk mengenal pasti dan mengkaji faktor-faktor ini sebelum sesebuah idea baharu itu dilaksanakan. Hasil analisis profail membolehkan usahawan menilai potensi sesebuah perniagaan.

(c) Pendekatan Kriteria Kebolehlaksanaan

Pendekatan ini dibangunkan sebagai sebuah senarai pemilihan kriteria yang boleh digunakan oleh usahawan untuk mendapat tahu mengenai daya maju (viability) perniagaan mereka. Mengikut Kuratko dan Hodgetts (2004), pendekatan ini menanyakan soalan berikut:

(i) Adakah ia proprietari?

(ii) Adakah kos pengeluaran permulaan realistik?

(iii) Adakah kos pemasaran permulaan realistik?

(iv) Adakah produk tersebut berpotensi membawa keuntungan besar?

(v) Adakah masa yang diperlukan untuk sampai ke pasaran dan mencapai tahap pulang modal (break-even) realistik?

(vi) Adakah pasaran yang bakal ditembusi itu besar?

(vii) Adakah sudah ada pelanggan?

(viii) Adakah kos pembangunan dan jangka masa yang sedia ada realistik?

(ix) Adakah ia sebuah industri yang sedang berkembang?

(x) Bolehkah produk itu dan keperluan untuknya difahami oleh komuniti kewangan?

(d) Pendekatan Kebolehlaksanaan Komprehensif

Ini maksudnya analisis kebolehlaksanaan yang lebih menyeluruh dan sistematik yang menggabungkan faktor luaran. Terdapat dua faktor utama yang terlibat dalam kajian kebolehlaksanaan komprehensif terhadap sebuah perniagaan baharu seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 8.3.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 134: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN 119

Jadual 8.3: Dua Faktor Utama Dalam Kajian Kebolehlaksanaan Komprehensif Perniagaan Baharu

Kebolehlaksanaan Teknikal Kebolehpasaran

Ini bermakna mengenal pasti keperluan teknikal untuk mengeluarkan sebuah produk atau perkhidmatan yang akan menepati kehendak bakal pelanggan.

Kriteria penting untuk keperluan ini adalah seperti berikut:

Reka bentuk fungsian dan daya tarikan produk.

Kefleksibelan, contohnya ciri-ciri luaran produk boleh diubah suai untuk menunaikan permintaan pelanggan atau menurut perubahan teknologi dan persaingan.

Produk itu dibuat daripada bahan yang tahan lama.

Keutuhan, contohnya memastikan prestasi seperti yang diharapkan semasa digunakan dalam keadaan normal.

Ini memaksudkan bagaimana sebuah produk atau perkhidmatan mudah dijual di pasaran dan permintaan yang ada.

Tiga perkara utama dalam analisis jenis ini adalah:

Mengkaji potensi pasaran yang penuh dan mengenal pasti pelanggan untuk produk atau perkhidmatan tersebut.

Menganalisis sampai tahap mana perniagaan itu boleh menggunakan pasaran yang dijangka wujud.

Menggunakan analisis pasaran untuk menentukan peluang dan risiko yang berkaitan dengan perniagaan itu.

Pelbagai sumber maklumat perlu dicari dan digunakan untuk menghadapi perkara-perkara ini. Untuk analisis kebolehlaksanaan pasaran, sumber am adalah seperti berikut:

(a) Trend ekonomi am (pelbagai tanda ekonomi);

(b) Maklumat pasaran (pelanggan, corak permintaan pelanggan);

(c) Maklumat harga (lingkungan harga untuk produk sama, produk pelengkap dan produk pengganti; harga asas dan struktur diskaun); dan

(d) Maklumat persaingan (pesaing utama dan kekuatan daya saing mereka).

Pemilihan perniagaan baharu mungkin mengalami bahaya seperti kurang penilaian objektif, kurang pengetahuan tentang pasaran yang bakal dimasuki, kurang kefahaman tentang keperluan teknikal, kefahaman kewangan yang rendah, kurang idea unik dan tidak mengetahui isu perundangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 135: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 8 PENILAIAN PELUANG KEUSAHAWANAN

120

Faktor utama yang boleh menyebabkan kegagalan perniagaan baharu adalah kekurangan pengetahuan tentang pasaran, produk bermasalah, strategi jualan dan pemasaran yang tidak berkesan, kurang pengetahuan tentang tekanan persaingan, masalah pengaturan waktu dan kekurangan modal.

Dengan menanyakan soalan yang betul, membuat analisis profail dan menjalankan kajian kriteria kebolehlaksanaan, maka kebolehlaksanaan produk atau perkhidmatan seorang usahawan boleh dinilai.

Analisis profail

Faktor kritikal

Kebolehlaksanaan teknikal

Kebolehpasaran

Kebolehsediaan pelanggan

Kebolehsediaan produk

Keperluan perundangan

Keunikan

Pembezaaan produk

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 136: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Bila kita merancang dengan baik, kita sudah sampai separuh jalan dalam mengejar kejayaan. Prinsip ini adalah relevan kepada usahawan dalam merancang kewangan peribadi. Sebagai seorang usahawan, anda mempunyai pilihan sama ada untuk membuat perancangan kewangan peribadi ataupun tidak. Jika anda membuat perancangan ini dan anda lakukannya dengan betul, ia akan memanfaatkan keadaan kewangan anda. Topik ini akan memberikan anda

TTooppiikk

99

Perancangan Kewangan Peribadi dan Usahawan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan makna perancangan kewangan;

2. Menjelaskan kepentingan mempunyai matlamat kewangan peribadidalam membuat perancangan kewangan;

3. Mengira nilai bersih (net worth) individu yang berkaitan dengankunci kira-kira peribadi (personal balance sheet);

4. Menyediakan bajet untuk perancangan kewangan peribadi dankenyataan aliran tunai (cash flow statement) untuk memantau alirantunai;

5. Mengenal pasti tanda-tanda seseorang individu itu sedangmenghadapi masalah kewangan; dan

6. Menghuraikan apa yang boleh dilakukan untuk menghindari ataumenyelesaikan masalah kewangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 137: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

122

pengetahuan asas tentang perancangan kewangan peribadi dan perkara lain yang berkaitan dengannya. Mari kita lihat bersama.

PERLUNYA PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI

Pada fikiran anda, kenapakah kita memerlukan perancangan kewangan? Jawapannya adalah perancangan kewangan mempunyai pengaruh ke atas masa hadapan, cita-cita dan matlamat kita. Ia akan menentukan sama ada kita boleh merealisasikan apa yang kita ingin capai dalam kehidupan kita contohnya berkahwin, membeli sebuah kereta atau rumah, menimang anak dan merancang pendidikan mereka. Anda memerlukan perancangan kewangan yang betul untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup anda. Ini melibatkan bagaimana anda membuat bajet, menyimpan dan membelanjakan wang dari masa ke semasa. Mengikut Persatuan Perancangan Kewangan, perancangan kewangan adalah proses jangka panjang yang memerlukan anda untuk menguruskan kewangan anda dengan bijak agar dapat mencapai matlamat dan cita-cita anda dan pada masa yang sama, menangani masalah kewangan yang biasa dihadapi di setiap peringkat hidup. Perlu diingati bahawa perancangan kewangan adalah sebuah proses dan bukannya sebuah produk.

9.1.1 Langkah-langkah dalam Perancangan Kewangan

Tahukah anda langkah-langkah yang perlu diambil untuk membuat perancangan kewangan yang kukuh? Rajah 9.1 menunjukkan lima langkah dalam perancangan kewangan.

Rajah 9.1: Lima langkah dalam perancangan kewangan

Kita akan membincang langkah-langkah ini dengan lebih lanjut dalam topik ini.

9.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 138: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 123

9.1.2 Faedah Perancangan Kewangan

Kebanyakan kita memikirkan bahawa perancangan kewangan adalah leceh dan menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara lain yang lebih menyeronokkan. Jika anda hidup mengikut bajet, anda perlu menghentikan aktiviti-aktiviti yang membawa keseronokan kepada anda, bukankah begitu? Cubalah anda berfikir sejenak, jika anda biasa menjimatkan wang anda, akan ada wang lebih untuk menghiburkan diri bersama kawan-kawan. Mungkin anda memerlukan bantuan untuk mengambil langkah yang pertama. Jika anda mempunyai tabiat perancangan kewangan yang baik, anda pasti akan mempunyai wang yang cukup untuk mengecapi keseronokan yang lebih di masa hadapan! Jika anda mempunyai waktu serta pengetahuan dan jika situasi kewangan anda tidak terlalu rumit, mungkin anda boleh membuat perancangan kewangan anda dengan sendiri. Dengan perancangan kewangan anda sendiri, anda akan:

(a) Mempunyai lebih kuasa dalam hal kewangan anda dan boleh mengelakkan daripada berbelanja terlalu banyak, mempunyai hutang yang tidak terkawal, bangkrap atau bergantung kepada orang lain;

(b) Mempunyai hubungan yang lebih baik dengan orang di sekeliling anda contohnya keluarga, kawan dan rakan sekerja kerana anda gembira dengan kehidupan anda dan tidak meminjam duit sana-sini untuk meneruskan kehidupan atau mengharapkan orang lain untuk memberikan anda wang;

(c) Bebas daripada kebimbangan tentang duit kerana anda sudah pun merancang untuk masa hadapan, menganggarkan perbelanjaan anda dan mencapai matlamat hidup anda; dan

(d) Lebih efektif dalam memperoleh, menggunakan dan melindungi sumber kewangan anda sepanjang hidup anda, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang yang disayangi.

1. Apa yang anda faham tentang perancangan kewangan peribadi?

2. Pada fikiran anda, apakah hubungan antara matlamat kewangan peribadi dan peringkat-peringkat hidup seorang individu?

3. Adakah anda faham mengapa ia penting untuk menilai kedudukankewangan anda sebelum menetapkan matlamat kewangan anda?

SEMAK KENDIRI 9.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 139: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

124

Dalam erti kata lain, apabila anda mempunyai pelan kewangan peribadi yang baik, anda akan lebih berpengetahuan tentang keperluan masa hadapan anda dan sumber yang anda miliki. Anda akan berasa tenang kerana tahu keadaan kewangan anda berada dalam kawalan.

9.1.3 Peringkat Kehidupan dan Matlamat Kewangan

Sebagai seorang dewasa, anda akan melalui pelbagai peringkat kehidupan, dari memulakan kerjaya sehingga bersara, dari zaman bujang sehingga berkahwin, mempunyai anak dan kadangkala membujang sekali lagi. Dalam pelbagai fasa ini, anda akan mempunyai keutamaan, tanggungjawab dan matlamat kewangan yang berbeza-beza. Setiap peringkat kehidupan anda mengemukakan peluang pelaburan dan cabaran yang berlainan. Disiplin dan ketabahan berperanan penting dalam pelaksanaan strategi kewangan yang boleh dipercayai. Sambil kehidupan anda berubah, demikian juga keperluan dan matlamat anda. Perancangan kewangan yang mantap akan membolehkan anda bersedia untuk menangani cabaran dan perubahan dengan jayanya. Apabila anda berusia dalam lingkungan 20-an, anda akan melihat wang dan membelanjakannya secara berbeza berbanding dengan apabila anda berusia dalam lingkungan 50-an. Sebagai contoh, semasa bujang, anda mungkin ingin memiliki wang yang cukup untuk membuat bayaran muka sebuah kereta atau bercuti bersama kawan-kawan. Selepas berkahwin, anda mungkin mahu membeli sebuah rumah. Selepas itu, apabila anda mempunyai beberapa orang anak, anda mungkin mahu merancang pendidikan mereka, malah juga memulakan dana persaraan untuk diri sendiri. Memandangkan keperluan anda berubah dari semasa ke semasa, keutamaan kewangan anda akan juga berubah untuk memenuhi keperluan pada waktu yang berlainan dalam hidup anda. Maka, apa yang anda lakukan dengan wang anda sambil menempuh kehidupan dewasa bergantung pada matlamat kewangan anda. Dalam bahagian yang seterusnya, kita akan melihat bagaimana anda mampu mencapai matlamat kewangan anda. Walau bagaimanapun, adalah baik untuk ditekankan di sini bahawa untuk mencapai matlamat kewangan, anda perlu menabung!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 140: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 125

KUASA WANG

Adakah anda masih ingat apa yang dipelajari dalam subtopik sebelumnya? Kita sudahpun membincangkan mengapa perancangan kewangan peribadi diperlukan. Wang memainkan peranan penting dalam kehidupan kita kerana ia membantu kita mencapai pelbagai perkara. Pernahkah anda dengar petikan berikut?

Adalah penting bagi kita untuk memahami peranan wang dari aspek membolehkan kita berjaya dari segi kewangan. Pengetahuan kewangan adalah penting kerana ia membolehkan kita membuat keputusan yang baik tentang wang kita. Dalam subtopik ini, kita akan membincangkan bagaimana untuk menetapkan matlamat serta apakah matlamat penting menyimpan wang untuk kecemasan serta aset dan liabiliti: apa yang anda miliki dan hutang. Di samping itu, kita juga akan melihat nilai bersih anda dan bagaimana untuk menghitungnya.

9.2.1 Bagaimana Menetapkan Matlamat Anda

Tahukah anda bahawa menetapkan matlamat akan membolehkan anda menguasai wang dan hidup anda? Ia adalah langkah pertama dalam mengatur kewangan anda. Matlamat anda boleh merupakan matlamat jangka pendek atau panjang, kecil atau besar, tetapi ia mesti merupakan matlamat yang boleh dicapai. Bila menetapkan matlamat kewangan, anda perlu mengatur keutamaan anda kerana tanpa mengetahuinya adalah susah untuk membentuk matlamat

9.2

1. Berikan definisi perancangan kewangan.

2. Jelaskan tiga manfaat perancangan kewangan.

3. Pada fikiran anda, adakah matlamat kewangan peribadi berubah mengikut peringkat hidup seseorang?

SEMAK KENDIRI 9.2

Money is power, freedom, a cushion, the root of all evil, the sum of blessings. (Wang adalah kuasa, kebebasan, pelindung, akar segala kejahatan, rumusan segala rahmat).

Carl Sandburg

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 141: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

126

kewangan yang memuaskan. Akan lebih senang untuk anda menetapkan matlamat kewangan bila anda faham apa yang menjadi keutamaan bagi diri anda. Bagaimanakah anda menetapkan matlamat anda? Cara terbaik adalah untuk menulis matlamat kewangan anda. Hanya memikirkan tentangnya tidak mencukupi. Anda akan melupakan matlamat yang telah anda tetapkan atau tanpa disedari menukarkannya dalam fikiran anda. Menulis matlamat kewangan akan menambahkan peluang anda untuk mencapainya. Tulis matlamat kewangan anda dengan cara yang paling spesifik yang mungkin. Apakah gunanya menulis „Matlamat saya adalah untuk mempunyai duit yang banyak dalam bank‰? Apakah erti „duit yang banyak‰? Adakah ia RM50,000, RM500,000 atau RM5,000,000? Tulis matlamat anda dengan spesifik dan dalam bentuk yang boleh diukur. Pecahkan matlamat anda kepada jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Contoh: (a) Matlamat Jangka Pendek (kurang daripada setahun)

(i) Menyimpan RM5,000 dalam enam bulan. (ii) Membayar deposit untuk sebuah kereta baharu.

(b) Matlamat Jangka Sederhana (satu hingga tiga tahun)

(i) Membayar deposit RM20,000 untuk rumah pertama. (c) Matlamat Jangka Panjang (lebih daripada tiga tahun)

(i) Menyimpan RM100,000 dalam lima tahun untuk akaun persaraan. Anda boleh menggunakan Jadual 9.1 untuk menulis matlamat kewangan anda.

Jadual 9.1: Matlamat Kewangan

Matlamat Kewangan Saya

Jangka Pendek Jangka Sederhana Jangka Panjang

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 142: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 127

9.2.2 Matlamat Penting – Simpan Wang untuk Kecemasan

Apakah yang akan berlaku jika tiba-tiba anda tidak mampu membayar yuran pendidikan anda? Adakah anda akan mengorbankan impian anda untuk menggenggam segulung ijazah atau adakah anda akan menggunakan suatu pelan kecemasan? Dalam kehidupan ini, banyak ketidakpastian yang mungkin anda hadapi. Dari kerosakan kecil pada kenderaan anda kepada kematian ketua keluarga, malang memang tidak berbau. Kejadian yang tidak disangka-sangka, sama ada malapetaka atau kemalangan, boleh berlaku kepada anda atau ahli keluarga anda. Dalam kebanyakan situasi, wang akan diperlukan. Adalah sangat penting untuk anda bersedia dengan alat dan pengetahuan yang betul untuk situasi yang memerlukan anda untuk berfikir pantas dan menangani masalah yang lazimnya anda tidak akan hadapi. Dana kecemasan adalah salah satu alat yang boleh anda gunakan. Bila anda menyenaraikan matlamat kewangan anda, menyimpan untuk dana kecemasan patut dimasukkan sekali. Sebagai panduan am, simpan wang dalam dana kecemasan anda untuk perbelanjaan kehidupan yang asas untuk sekurang-kurangnya enam bulan. Paling bagus adalah menyimpan wang untuk 12 bulan. Contohnya, jika anda memerlukan lebih kurang RM1,500 sebulan untuk perbelanjaan hidup anda, termasuk bayaran tetap seperti pinjaman perumahan atau sewa dan premium insurans serta bil elektrik dan air, anda harus mempunyai sekurang-kurangnya RM9,000 dalam dana kecemasan anda (RM1,500 x 6 bulan). Jika boleh, simpan RM18,000 dalam dana tersebut (RM1,500 x 12 bulan). Mungkin susah untuk menyimpan wang yang sebegitu banyak bila anda mula bekerja tetapi anda boleh membina simpanan tersebut sedikit demi sedikit. Anda perlu ingat untuk menyimpan wang bagi dana kecemasan ini.

9.2.3 Aset dan Liabiliti: Apa yang Anda Miliki dan Hutang

Dalam perancangan kewangan, anda perlu menilai di mana anda berada sekarang dari segi kewangan iaitu apa yang anda miliki dan apa yang anda hutang, berapa wang yang anda ada dan berapa wang yang tinggal selepas anda membuat pelbagai bayaran.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 143: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

128

Bila membuat hitungan ini, dua jenis penyata kewangan peribadi adalah berguna:

(i) Kunci kira-kira; dan

(ii) Penyata aliran tunai (dibincangkan dalam bahagian „Asas Membuat Bajet‰ dalam topik ini).

Penyata ini akan membantu anda untuk:

(a) Menyediakan maklumat tentang keadaan kewangan anda dan ringkasan pendapatan dan perbelanjaan anda;

(b) Mengukur prestasi anda dalam mencapai matlamat kewangan anda dalam bentuk jangka pendek, sederhana dan panjang;

(c) Menyimpan maklumat tentang aktiviti kewangan anda seperti pelaburan dan corak perbelanjaan; dan

(d) Menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk mengisi borang cukai atau permohonan pinjaman bank.

Tahukah anda apa itu kunci kira-kira peribadi? Mari kita lihat definisinya:

Kunci kira-kira anda melaporkan apa yang anda miliki dan apa yang anda hutang:

(i) Apa yang anda miliki (aset) Contohnya wang tunai, simpanan, hartanah, amanah saham atau saham syarikat.

(ii) Apa yang anda hutang (liabiliti) Contohnya semua jenis pinjaman, sama ada pinjaman bank, keluarga atau kawan, serta hutang kad kredit dan bayaran yang perlu dibuat seperti untuk sewa rumah dan bil utiliti.

Contoh kunci kira-kira peribadi diberikan di dalam Jadual 9.2. Anda boleh gunakannya sebagai asas untuk menyediakan satu untuk diri anda. Kunci kira-kira peribadi ini mempunyai nilai bersih positif kerana nilai jumlah aset lebih tinggi daripada nilai jumlah liabiliti.

Kunci kira-kira peribadi adalah kad skor kewangan anda, yang boleh anda gunakan untuk menilai kedudukan kewangan anda dari semasa ke semasa. Anda boleh merujuknya dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan wang.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 144: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 129

Jadual 9.2: Kunci Kira-kira Peribadi

Butir Aset RM

Liabiliti RM

Akaun Bank

Akaun simpanan 5,237

Akaun semasa 3,532

Akaun deposit tetap 25,835

Tunai 1,235 Harta

Pangsapuri 250,000

Rumah ·

Tanah ·

Barang kemas 7,695

Kereta 60,000

Pelaburan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 55,267

Amanah saham 15,982

Saham · Pinjaman Bank

Kad kredit ·

Pinjaman pelajaran ·

Pinjaman dari keluarga dan kawan ·

Sewa beli perabot dan perkakas elektrik · Jumlah 424,783 254,292 Nilai Bersih 170,491

9.2.4 Mengetahui Nilai Bersih Anda

Nilai bersih anda adalah jumlah aset tolak jumlah liabiliti anda. Anda akan mempunyai nilai bersih positif jika milik anda lebih daripada hutang anda. Bila ini berlaku, tahniah! Ini bermakna anda mempunyai kedudukan kewangan yang sihat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 145: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

130

Namun demikian, mempunyai nilai bersih yang tinggi tidak menjamin anda tidak akan mempunyai masalah kewangan sampai bila-bila. Anda boleh memiliki nilai bersih yang tinggi dan masih menghadapi kesusahan. Bagaimanakah seorang yang mempunyai nilai bersih yang tinggi boleh menghadapi masalah? Masalah timbul apabila aset yang ada itu bukan aset cair! Bila aset tidak mudah ditukarkan kepada tunai, masalah boleh muncul. Mari kita lihat bagaimana ini boleh berlaku. Katakan anda mempunyai sebuah rumah sebagai aset (di mana anda tinggal) tetapi anda tidak mempunyai tunai di dalam poket atau akaun bank anda dan anda sudah tidak membayar hutang kad kredit anda. Masalah yang paling menekan adalah apabila anda memerlukan wang untuk perbelanjaan harian. Anda sudah hilang kerja dan tidak ada cara untuk mendapatkan walau seringgit pun. Anda bercadang menjual rumah anda untuk mendapatkan duit bagi perbelanjaan harian. Di sini terletak masalahnya anda tidak boleh menjual rumah anda dengan serta-merta. Oleh sebab ia bukan aset cair, ia tidak mudah dijual. Mencari seorang pembeli akan memakan masa berbulan-bulan lamanya. Tambahan lagi, ini rumah tempat tinggal anda sekeluarga. Tentu anda tidak boleh menjualnya sehingga anda mempunyai tempat tinggal yang lain. Adalah senang untuk membuat kesimpulan bahawa sihat dari segi kewangan bererti mempunyai portfolio aset yang seimbang jadi anda tidak akan kekurangan wang tunai pada bila-bila masa. Dengan cara ini anda boleh memastikan bahawa kebebasan kewangan akan menjadi milik anda. Bila anda berhutang lebih daripada yang anda miliki, anda mempunyai nilai bersih negatif. Dalam situasi ini, anda tidak mampu membayar hutang anda bila tiba masanya kerana anda tidak mempunyai cukup wang atau aset yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dengan mudah. Anda sebenarnya menghadapi masalah kewangan dan mungkin menjadi bankrap.

9.2.5 Menghitung Nilai Bersih Anda

Bagaimanakah kita boleh menghitung nilai bersih anda? Rajah 9.2 menunjukkan lima langkah menghitung nilai bersih.

Nilai bersih anda memberikan gambaran kedudukan kewangan anda pada tarikh tertentu. Jangan anggap barangan bukan tunai anda sebagai tunai kerana ia mungkin tidak senang dijual.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 146: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 131

Rajah 9.2: Lima langkah menghitung nilai bersih anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 147: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

132

Terdapat beberapa cara untuk menambahkan nilai bersih anda contohnya menambahkan simpanan anda, mengurangkan perbelanjaan dan hutang anda dan menjual sebahagian daripada aset dan barang milik anda yang tidak menjana pendapatan.

ASAS MEMBUAT BAJET

Menyediakan bajet adalah cara terbaik untuk mencapai matlamat anda tidak kira umur atau peringkat hidup anda. Ia merupakan pelan untuk wang yang anda harap terima dan bagaimana anda harap untuk membelanjakannya.

9.3.1 Pelan Bajet dan Perbelanjaan

Dalam perancangan kewangan, adalah penting untuk menyediakan bajet. Hidup mengikut bajet memerlukan disiplin yang tinggi tetapi ia akan membantu anda:

(a) Hidup dalam lingkungan gaji bulanan anda;

(b) Menyimpan wang;

(c) Mencapai matlamat kewangan;

(d) Bersedia untuk kecemasan kewangan; dan

(e) Membina tabiat pengurusan kewangan yang baik di mana anda biasa memantau aliran tunai dan nilai bersih anda.

Bila anda menyediakan bajet peribadi:

(i) Rujuk matlamat kewangan anda. Bandingkan bajet anda dengan matlamat kewangan anda untuk melihat sama ada anda sedang mencapai matlamat tersebut. Contohnya, jika anda mensasarkan untuk membayar wang muka untuk membeli sebuah kereta dalam masa setahun, pastikan anda

Sediakan bajet anda pada permulaan setiap bulan atau pada hari anda menerima gaji bulanan.

9.3

Hitung nilai bersih diri anda.

AKTIVITI 9.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 148: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 133

membuat semakan bulanan untuk menentukan bahawa anda sedang menyimpan duit untuk matlamat tersebut.

(ii) Anggarkan pendapatan anda untuk tempoh bajet tersebut. Anggaran ini meliputi gaji, komisen, elaun dan sumber wang lain.

(iii) Peruntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda untuk simpanan anda (20-30% daripada pendapatan anda adalah lebih baik kerana anda akan mewujudkan simpanan yang lebih besar untuk persaraan anda).

(iv) Peruntukkan sebahagian wang untuk dana kecemasan anda.

(v) Anggarkan perbelanjaan tetap (fixed expenses) untuk tempoh bajet. Ini adalah perbelanjaan yang mesti dibayar atau dibelanjakan seperti sewa rumah, bayaran ansuran pinjaman, bayaran kad kredit dan premium insuran.

(vi) Anggarkan perbelanjaan tidak tetap (variable expenses) untuk tempoh tersebut seperti petrol, barang runcit serta bil elektrik dan air.

(vii) Anggarkan perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary expenses) iaitu untuk perkara di mana anda boleh memilih sama ada untuk membelanjakan wang ataupun tidak seperti hadiah, hobi, hiburan dan cuti.

Untuk menyediakan bajet yang berjaya, ingat perkara yang berikut:

Bersabar dan berdisiplin Suatu bajet yang baik mengambil masa dan usaha untuk disediakan. Jangan berputus asa sebab anda merasakan terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan!

Bersifat realistik Jika pendapatan anda sederhana, jangan berharap untuk menyimpan wang yang banyak dalam masa yang singkat.

Bersifat fleksibel Akan ada perbelanjaan yang tidak dijangka dan perubahan dalam harga barang runcit serta benda lain. Pinda bajet anda bila perlu.

Peruntukkan sejumlah wang untuk menghiburkan diri Misalnya, anda mungkin ingin keluar dengan kawan-kawan atau menonton wayang.

Ingat: Sebuah bajet hanya akan berjaya jika anda mengikutinya!

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 149: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

134

9.3.2 Memantau Aliran Tunai Anda

Menyediakan bajet peribadi anda bukan langkah terakhir dalam proses bajet. Anda perlu memantau perbelanjaan sebenar anda setiap hari, terutama sekali ke mana wang anda pergi. Istilah lain yang digunakan adalah „mengurus aliran tunai‰ aliran dana masuk dan aliran dana keluar bagi tempoh tertentu.

Rajah 9.3: Aliran dana masuk dan aliran dana keluar sebenar

Aliran dana masuk yang paling penting bagi anda mungkin adalah gaji anda tetapi anda mungkin juga mempunyai pendapatan lain seperti pendapatan perniagaan dan faedah yang diperolehi untuk simpanan dan pelaburan. Aliran dana keluar adalah untuk perbelanjaan kehidupan, pinjaman dan komitmen kewangan lain. Jika anda mempunyai lebihan tunai, itu adalah hebat! Letakkan wang dalam simpanan anda. Jika anda mempunyai defisit tunai, semak perbelanjaan anda. Cuba tangguhkan sebarang pembelian atau pembayaran buat seketika. Cuba jangan gunakan dana kecemasan anda kecuali jika benar-benar terpaksa. Jika anda mesti juga menggunakan kad kredit, gunakannya sebagai jalan terakhir kerana menggunakan kad kredit hanya akan menambahkan perbelanjaan anda untuk bulan-bulan yang akan datang. Dalam menyediakan bajet bulan yang berikut, gunakan baki bulan sebelumnya sebagai asas. Pastikan anda mengkaji semula dan meminda bajet dan pelan perbelanjaan anda dari semasa ke semasa. Jika anda perlu mengurangkan perbelanjaan anda, lihat perbelanjaan apa yang anda boleh elakkan. Antara lain anda boleh mengurangkan perbelanjaan untuk makanan dan hiburan. Mungkin anda juga perlu meminda matlamat kewangan anda jika ia tidak realistik untuk pendapatan bulanan anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 150: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 135

Jadual 9.3 menunjukkan contoh penyata yang menggabungkan bajet peribadi dan penyata aliran tunai. Dalam contoh ini, individu terlibat telah membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan dalam bajetnya akibat peristiwa yang tidak diduga iaitu kerosakan kereta dan penggunaan kereta yang lebih banyak sehingga bertambah perbelanjaan petrol, tol dan tempat letak kereta serta makanan.

Jadual 9.3: Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan

Bajet Peribadi dan Aliran Tunai Peribadi Bulanan dalam Satu Penyata

Pendapatan Bulanan Bajet Aliran Tunai Sebenar

Kerja #1 (nilai bersih KWSP, PERKESO dan cukai bayar bila terima pendapatan / pay as you earn tax)

RM3,450 RM3,450

Kerja #2 RM0 RM0

Sumber lain RM0 RM0 Jumlah pendapatan bulanan RM3,450 RM3,450

Tolak simpanan tetap bulanan (10% daripada pendapatan bulanan)

RM345 RM345

Tolak simpanan untuk dana kecemasan

RM100 RM100

Nilai bersih penjimatan daripada pendapatan bulanan

RM3,005 RM3,005

Tolak perbelanjaan tetap bulanan

Sewa bilik RM300 RM300

Pembayaran untuk kereta RM650 RM650

Insuran kereta RM0 RM0

Kunci kira-kira anda menunjukkan nilai bersih anda.

Bajet anda memberitahu berkenaan pendapatan, simpanan dan perbelanjaan anda dalam usaha mencapai matlamat kewangan anda.

Penyata aliran tunai anda memberitahu jumlah tunai yang anda telah terima dan belanjakan untuk tempoh tertentu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 151: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

136

Jumlah perbelanjaan tetap bulanan RM950 RM950

Tolak jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan

Makanan RM550 RM650

Utiliti rumah RM0 RM0

Bil telefon bimbit RM85 RM97

Tambang bas dan teksi RM50 RM30

Gas dan minyak RM200 RM270

Tempat letak kereta dan tol RM150 RM198

Pembaikan kereta RM250 RM598

Jumlah perbelanjaan tidak tetap bulanan

RM1,285 RM1,843

Tolak jumlah perbelanjaan bulanan yang boleh dipertimbangkan

Perbelanjaan perubatan RM70 RM0

Pakaian RM150 RM0

Hiburan RM100 RM186

Barang rumah RM100 RM392

Barang peribadi RM150 RM163

Hadiah RM100 RM0

Perbelanjaan lain RM100 RM0

Jumlah perbelanjaan bulanan yang boleh dipertimbangkan

RM770 RM741

Pendapatan Lebihan (Defisit) RM0 (RM529)

Pendapatan lebihan selepas tolak perbelanjaan, simpanan tetap dan dana kecemasan = Simpanan tambahan.

(Jika jumlahnya adalah negatif, anda telah berbelanja lebih daripada pendapatan bulanan anda)

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 152: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 137

HIDUP DALAM BATAS KEMAMPUAN

Pasti anda pernah mendengar ungkapan „live within your means (hidup dalam batas kemampuan anda)‰. Adakah anda berjaya hidup dalam batas kemampuan anda? Jika ya, andamampumembayar untuk perkara yang anda perlukan tanpaterbelenggudenganhutangyangandatidakmampubayar. Dalam bahagian ini, anda akan mendapat tahu sama ada anda hidup dalam batas kemampuan anda dengan melihat beberapa tip seperti mengetahui keperluan dan kemahuan anda, bijak berbelanja dan menangguhkan kepuasan (delay gratification).

9.4.1 Mengetahui Keperluan dan Kemahuan Anda

Bila anda hidup dalam batas kemampuan anda, anda hanya belanja apa yang anda mampu. Pada masa yang sama, anda masih ada sedikit wang untuk dijadikan simpanan untuk mencapai matlamat kewangan anda. Memang mudah untuk berbelanja lebih daripada kemampuan! Pelbagai produk sentiasa diiklankan melaui media elektronik seperti televisyen, radio, Internet (membeli-belah dalam talian) dan papan iklan serta dalam majalah dan surat khabar. Perbelanjaan anda bergantung pada semangat anda untuk menolak segala jenis godaan untuk berbelanja besar. Anda boleh berbuat begini dengan memahami apa yang mempengaruhi perbelanjaan, keperluan dan kemahuan anda. Apa itu keperluan? Keperluan adalah sesuatu yang mesti anda punyai, sesuatu yang mustahak. Satu contoh adalah makanan. Anda perlu makan untuk hidup. Jika anda tidak makan selepas beberapa hari, anda tidak akan hidup lama. Apa itu kemahuan pula? Kemahuan adalah sesuatu yang anda ingin punyai, sesuatu yang tidak mustahak langsung. Barang kemas adalah suatu kemahuan kerana anda tidak perlu memakai barang kemas untuk hidup.

9.4

1. Apakah matlamat kewangan peribadi anda dan bagaimanakah anda akan mencapainya? Sediakan bajet untuk tujuan ini.

2. Sediakan dan analisa penyata aliran tunai anda.

AKTIVITI 9.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 153: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

138

Dalam dunia sekarang, contohnya, telefon bimbit dengan ciri-ciri asas penting untuk berkomunikasi dengan orang lain, manakala telefon bimbit yang mempunyai kemudahan bluetooth, memainkan muzik, kamera, video dan GPS pula adalah seronok untuk dimiliki. Mengetahui perbezaan antara keperluan dan kemahuan akan memberikan kesan besar kepada tabiat berbelanja anda dan akhirnya, kewangan anda di masa hadapan. Keputusan yang anda buat berkaitan dengan apa yang anda perlukan atau mahukan akan mempengaruhi bajet dan perbelanjaan bulanan anda.

9.4.2 Bijak Berbelanja

Bila anda ingin membeli sesuatu, tanyakan pada diri sendiri „Adakah ia sesuatu yang saya perlukan?‰ dan „Adakah saya mampu membelinya?‰ Bajet peribadi dan aliran tunai anda akan membolehkan anda menjawab soalan ini. Semak sama ada anda telah memperuntukkan wang yang mencukupi atau telahpun berbelanja lebih daripada yang anda mampu. Jika barang ini adalah satu kemahuan, pertimbangkan sama ada untuk tidak membelinya atau membeli benda serupa pada harga yang lebih murah agar anda dapat menambahkan wang simpanan anda. Bila anda berbuat begini, anda dikatakan bijak berbelanja dan hidup mengikut batas kemampuan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak akan menghindarkan anda daripada terjebak dalam masalah kewangan untuk diri sendiri dan juga orang lain. Uruskan kewangan peribadi anda dengan sifat bertanggungjawab; ini mudah jika anda belajar mengatakan „tidak‰ kepada barang atau perkara yang anda tidak mampu.

9.4.3 Menangguhkan Kepuasan

Ingatkah zaman kanak-kanak anda bila anda inginkan aiskrim dan ibu anda memberitahu bahawa anda boleh makan aiskrim hanya selepas menghabiskan kerja rumah? Adakah anda ingat, masa anda meminta ayah anda untuk membeli sebuah basikal dan beliau memberitahu bahawa anda akan mendapat basikal tersebut jika anda cemerlang dalam peperiksaan? Dalam kedua-dua situasi ini, ibu bapa anda mengajar anda untuk menangguhkan kepuasan. Dalam kehidupan dewasa anda, mesti ada orang yang cuba mempengaruhi anda untuk membelanjakan wang anda. Ia mungkin kawan yang meminta anda untuk keluar makan malam bersamanya ataupun pembantu kedai di hypermarket yang meminta anda membeli produk berjenama mereka.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 154: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 139

Ambil masa untuk memikirkan sama ada adalah mustahak untuk membelanjakan wang untuk perkara itu dan sama ada anda mampu membelinya. Ingat, jika anda katakan „tidak‰ sekarang (dengan menangguhkan kepuasan), anda akan maju selangkah dalam perjalanan mencapai cita-cita kewangan anda. Dalam hidup ini, terdapat banyak alternatif untuk anda pilih. Cari pengganti untuk apa yang anda perlukan dan mahukan. Ubah persepsi anda jika perlu. Di sebalik membeli kereta, gunakan pengangkutan awam untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain. Anda akan menjimatkan wang dan menyumbang secara positif kepada alam sekitar.

TANDA AWAL MASALAH KEWANGAN Malangnya, ada orang yang tidak sedar bahawa mereka sedang menghadapi masalah kewangan. Mereka meneruskan hidup seperti biasa, tidak mengakui masalah yang mereka hadapi dan menjadikan situasi mereka lebih teruk hari demi hari. Jadual 9.4 menyenaraikan tanda-tanda anda menghadapi masalah kewangan. Jika anda mempunyai tanda-tanda ini, adalah penting untuk anda menyedarinya. Tanda-tanda ini adalah seperti berikut:

Jadual 9.4: Tanda-tanda Anda Menghadapi Masalah Kewangan

Sumber Masalah Tanda-tanda

Kad kredit

(i) Membayar hanya baki minimum setiap bulan. (ii) Menambahkan baki setiap bulan. (iii) Berbelanja lebih daripada had kredit. (iv) Kerap mengambil wang pendahuluan. (v) Tidak membayar, lambat membayar atau membayar

sesetengah bil pada bulan semasa dan bil lain pada bulan berikutnya.

(vi) Kad kredit dibatalkan oleh bank.

Pinjaman

(i) Kerap menggunakan overdraf atau ciri-ciri pinjaman automatik yang ada pada akaun semasa anda.

(ii) Menerima notis kedua atau ketiga daripada bank atau pemiutang kerana tidak membayar hutang.

(iii) Tidak diberi kredit kerana laporan biro kredit yang negatif.

(iv) Meminjam wang daripada keluarga dan kawan untuk membayar hutang anda.

9.5

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 155: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

140

Simpanan

(i) Menggunakan wang simpanan anda pada kadar yang membimbangkan.

(ii) Mempunyai sedikit atau tiada simpanan untuk perbelanjaan yang tidak diduga atau kecemasan.

Perbelanjaan

(i) Bergantung pada kerja separuh masa, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membayar perbelanjaan kehidupan anda.

(ii) Hidup dari gaji ke gaji.

Kurang pengetahuan

(i) Tidak berbincang dengan pasangan hidup atau ahli keluarga tentang masalah wang atau bergaduh bila berbincang tentang wang dengan mereka.

(ii) Tidak mengetahui berapa banyak hutang anda sehingga bil-bil tiba.

Jika anda mula mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, dapatkan nasihat dengan segera. Jangan tunggu sehingga masalah itu berlarutan. Lagi awal anda meminta bantuan, lagi mudah untuk anda keluar daripada situasi tersebut. Apa yang anda boleh buat? Anda boleh menghubungi bank anda dan membuat pelan pembayaran yang disesuaikan dengan aliran tunai anda. Anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk kaunseling dan nasihat kewangan.

MENGELUARKAN DIRI DARIPADA MASALAH KEWANGAN

Jika anda mengikut nasihat, tip dan bimbingan yang diberi dalam modul ini, anda tidak akan terperangkap dengan masalah kewangan. Sebaliknya, anda akan mengurus wang dengan bijak dan menuju ke arah suatu kehidupan yang bebas daripada tekanan kewangan. Adalah tidak berbaloi untuk mengikut segala kehendak diri, berbelanja sesuka hati tanpa memikirkan masa hadapan. Jika anda tidak merancang kewangan dengan betul, anda mungkin berbelanja lebih daripada pendapatan anda. Ini

9.6

Jika anda tidak bertindak segera bila melihat tanda-tanda masalah kewangan, ia hanya akan menjadi lebih teruk lagi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 156: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 141

akan menyebabkan anda berhutang besar, yang akan membawa padah di kemudian hari. Masalah kewangan akan merosakkan reputasi anda. Bukan itu sahaja, anda akan dilanda tekanan emosi akibat terpaksa mencari wang untuk membayar hutang dan hubungan dengan keluarga dan rakan akan turut terjejas. Semua ini akan mempengaruhi kesihatan fizikal anda serta kestabilan mental dan emosi anda. Akhirnya, anda akan menghadapi masalah yang silih berganti semuanya akibat gagal merancang dengan bijak.

9.6.1 Kepercayaan Kredit Anda

Biro Kredit Bank Negara Malaysia menyimpan maklumat kredit para peminjam dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System) dan institusi kewangan boleh menyemak status anda. Jika anda mempunyai hutang yang besar, anda boleh dilihat sebagai risiko kredit oleh mana-mana bank di mana anda memohon pinjaman. Institusi kewangan mempunyai pelbagai kriteria untuk menilai kepercayaan kredit bakal peminjam. Ini termasuk sifat peminjam, sikap mereka terhadap tanggungan pinjaman mereka serta kemampuan membayar pinjaman mereka.

9.6.2 Apa yang Boleh Berlaku

Bila anda tidak membayar pinjaman anda, institusi kewangan yang berkenaan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda. Pertama sekali, ia akan mendapatkan keputusan mahkamah. Jika ia merupakan pinjaman kereta, institusi kewangan tersebut akan menarik balik dan menjual kereta itu. Jika ia merupakan pinjaman perumahan yang mencagarkan rumah yang dibeli, institusi kewangan tersebut akan merampas rumah itu dan menjualnya menerusi lelongan awam. Untuk pinjaman tanpa cagaran, institusi kewangan tersebut mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan kembali wang yang dipinjamkan. Ini termasuk arahan rampas dan jual (writ of seizure and sale), prosiding penahanan wang (garnishee proceedings), saman penghutang penghakiman (judgement

Bila anda mempunyai rekod kredit yang kurang baik, ia akan menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan yang berlesen.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 157: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN

142

debtor summons) dan memfailkan arahan muflis jika jumlah hutang adalah RM30,000 ke atas. Jika anda dijadikan muflis, undang-undang akan menghalang anda daripada melakukan beberapa perkara berikut:

(a) Memegang jawatan dalam kerajaan tanpa kebenaran Ketua Pengarah (Director-General).

(b) Mengambil tindakan mahkamah tanpa kebenaran Ketua Pengarah.

(c) Meninggalkan negara tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah.

(d) Menjadi pengarah syarikat, menjalankan perniagaan sendiri atau melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat tanpa kebenaran mahkamah atau Ketua Pengarah.

(e) Melibatkan diri dalam pengurusan sebuah syarikat atau menjadi pekerja sebuah syarikat yang dimiliki oleh pasangan hidup anda atau saudara dekat anda atau pasangan hidup mereka.

(f) Menjadi ahli jawatankuasa mana-mana badan berdaftar.

Perancangan kewangan adalah penting untuk memberikan anda ketenangan hati, perlindungan masa hadapan dan kualiti hidup yang lebih baik.

Perancangan kewangan sangat perlu dalam mencapai cita-cita dan matlamat hidup anda.

Memandangkan wang boleh menjana faedah, wang yang anda ada sekarang lebih bernilai daripada jumlah yang sama pada masa hadapan.

Menetapkan sasaran kewangan adalah penting untuk memperolehi keselamatan serta kebebasan dari segi kewangan.

Matlamat kewangan anda perlu mencerminkan nilai-nilai dan kepercayaan anda.

Cadangkan beberapa cara praktikal untuk mengeluarkan diri daripada masalah kewangan.

AKTIVITI 9.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 158: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 9 PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI DAN USAHAWAN 143

Tuliskan matlamat kewangan anda secara spesifik dan letakkan dalam kategori matlamat jangka pendek, sederhana dan panjang.

Menyimpan wang untuk dana kecemasan patut menjadi salah satu matlamat kewangan anda.

Kunci kira-kira peribadi anda menunjukkan aset, liabiliti dan nilai bersih anda pada waktu tertentu.

Menyediakan bajet dan memantau aliran tunai anda adalah sebahagian daripada proses yang memerlukan kesabaran, disiplin dan kefleksibelan.

Adalah sangat penting untuk hidup dalam batas kemampuan anda.

Aset

Bajet

Kunci kira-kira peribadi

Liabiliti

Nilai bersih

Penyata aliran tunai peribadi

Perancangan kewangan

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 159: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

p

PENGENALAN

Pernahkah anda mendengar pepatah „What matters is how much you save, not how much you earn (Apa yang penting adalah berapa yang anda jimatkan, bukan berapa yang anda perolehi)‰? Dalam ertikata lain, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada orang lain tidak menjamin kedudukan kewangan anda akan lebih baik daripada kedudukan kewangan mereka jika anda berbelanja lebih daripada apa yang anda perolehi. Selalunya adalah lebih baik jika anda berbelanja kurang daripada kemampuan anda dan mengamalkan tabiat menyimpan. Namun demikian, di samping

TTooppiikk

1100

Mencapai Impian Kewangan Peribadi

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan makna dan pelbagai jenis simpanan;

2. Membincangkan matlamat pelaburan dan hubungan antara risiko dan pulangan;

3. Menjelaskan pelbagai jenis pelaburan, insurans, takaful dan pinjaman;

4. Membuat keputusan yang matang tentang membeli polisi insurans;

5. Menjelaskan risiko menjadi penjamin; dan

6. Menghuraikan tanda-tanda kemelut kewangan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 160: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 145

menyimpan, seseorang itu juga mesti belajar selain membuat pelaburan. Menyimpan tidak akan menjadikan anda kaya, sebaliknya, pelaburanlah yang boleh menjadikan anda kaya. Pelaburan, dari perspektif kewangan peribadi, tidak sempurna jika dilakukan tanpa mengetahui bagaimana untuk mengekalkannya dan mendapatkan pelindung yang baik iaitu insurans. Topik ini juga membincangkan bagaimana hendak mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi kemelut kewangan. Ini berperanan sebagai semak kendiri kewangan yang tidak boleh diabaikan dalam mengejar kejayaan kewangan peribadi yang sebenar.

MEMBINA KEKAYAAN

Kita telah membincangkan dalam topik sebelumnya bahawa cara bijak mengurus wang ialah membina kekayaan dengan memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Di sini, kita akan membincangkan dengan lebih mendalam bagaimana membina kekayaan dan pada masa yang sama, merancang untuk mengatasi apa-apa ketidakpastian.

10.1.1 Tabiat Menabung

Menabung untuk masa hadapan sukar dilakukan. Ia lebih daripada mengurangkan perbelanjaan walaupun ini sahaja sudah cukup mencabar. Berapa yang perlu anda simpan, di mana anda perlu menyimpannya dan adakah anda pasti bahawa anda membuat keputusan yang betul? Mari mengetahui bagaimana untuk menetapkan matlamat yang realistik dan mendapatkan manfaat yang lebih banyak dari wang anda. Mengikut businessdictionary.com, simpanan adalah sebahagian daripada pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan untuk barangan konsumer tetapi disimpan, dilaburkan terus dalam peralatan modal, membayar pinjaman perumahan atau membeli sekuriti. Anda patut membuat simpanan automatik. Pelan tabungan adalah penting dalam perancangan kewangan. Tanpa pelan ini, anda mungkin tidak dapat mencapai matlamat kewangan anda. Cuba menabung sekurang-kurangnya 10% daripada gaji anda setiap bulan. Adalah lagi baik jika anda boleh menabung antara 20% dan 30% kerana ini bermakna anda akan mempunyai lebih wang untuk masa hadapan anda. Ingat, semakin banyak wang ditabung sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan anda. Terdapat beberapa cara menabung peratusan pendapatan bulanan tersebut terus ke dalam akaun simpanan anda. Anda boleh:

10.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 161: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

146

(a) Menulis cek dan memasukkannya ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan;

(b) Melakukan pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM); dan

(c) Memindahkan wang dari akaun semasa ke dalam akaun simpanan anda melalui perbankan Internet setiap bulan.

Adalah bagus sekiranya anda dapat melakukan salah satu daripada perkara yang tersebut di atas. Walau bagaimanapun, selepas beberapa bulan, anda mungkin terlupa untuk berbuat demikian atau ada alasan untuk membelanjakan wang tersebut daripada menyimpannya dalam akaun simpanan anda. Tabiat menabung anda akan terjejas dan sekiranya ini berlaku, mungkin sukar meneruskan pelan tersebut. Jadi, bagaimana untuk memastikan anda mengikuti pelan tabungan ini? Mudah saja adakan tabungan secara automatik! Berikan arahan kepada bank anda untuk memindahkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bulanan anda dari akaun semasa anda ke akaun simpanan anda setiap bulan. Aturkan agar pemindahan ini dilakukan sebaik sahaja gaji anda dimasukkan ke dalam akaun semasa anda. Apa yang tidak dapat dilihat atau apa yang tidak ada, anda tidak akan rasa kehilangannya. Pada masa yang sama, wang dalam akaun simpanan akan bertambah, membawa anda lebih hampir kepada matlamat kewangan anda. Jika kemampuan serta pendapatan anda bertambah hasil kenaikan gaji atau pangkat, beri arahan kepada bank untuk menambahkan jumlah yang dipindahkan ke akaun simpanan anda. Apabila anda berjaya menyimpan jumlah wang yang dikehendaki, pindahkan wang tersebut ke simpanan tetap atau lain-lain simpanan yang memberi lebih pulangan. Walau bagaimanapun, teruskan pemindahan wang setiap bulan ke dalam akaun simpanan dan jangan berhenti kerana ini mungkin akan menjejaskan tabiat menabung anda. Wang yang anda tabung secara automatik ini boleh digunakan untuk mencapai matlamat kewangan yang lain.

Apa erti menabung? Bagaimanakah ia berbeza dengan melabur?

AKTIVITI 10.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 162: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 147

10.1.2 Menambahkan Nilai Bersih

Membina kekayaan adalah mengenai penambahan nilai bersih anda, yang telah dibincangkan dalam Topik 9. Aset tolak liabiliti sama dengan nilai bersih anda, yang mungkin positif (nilai aset melebihi nilai liabiliti) atau negatif (nilai liabiliti melebihi nilai aset). Dalam topik ini, kita akan bertumpu pada peningkatan aset melalui simpanan dan pelaburan. Kita akan melihat matlamat pelaburan anda, risiko dan pulangan pelaburan anda serta mempelbagaikan pelaburan anda. (a) Matlamat Pelaburan Anda

Apabila anda menabung secara berterusan, anda perlu membuat keputusan penting tentang cara melabur wang anda. Bagaimana berbuat demikian? Mudah sahaja, langkah pertama untuk melabur secara berhemat adalah dengan menetapkan matlamat pelaburan anda. Namun bagaimana caranya untuk menetapkan matlamat pelaburan yang sesuai dengan keperluan anda? Terdapat pelbagai soalan penting yang perlu anda fikirkan sebelum membentuk matlamat pelaburan anda. Mari kita lihat soalan-soalan di berikut:

(i) Apakah matlamat kewangan anda? Kenapa anda perlu menyimpan dan melaburkan wang anda?

(ii) Berapa jumlah wang yang anda perlu simpan dan berapa pula jumlah wang yang perlu dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

(iii) Berapa lamakah wang perlu disimpan atau dilaburkan untuk mencapai matlamat anda?

(iv) Berapa banyak risiko yang sanggup anda tanggung?

(v) Berapa banyak pulangan yang anda jangkakan daripada simpanan atau pelaburan anda?

(vi) Apakah yang sanggup anda korbankan demi mencapai matlamat ini? Contohnya, menukar gaya hidup atau tabiat perbelanjaan yang sedia ada.

Anda perlu bersikap realistik apabila menjawab soalan-soalan di atas. Ambil kira sumber pendapatan anda dan fikir bagaimana anda boleh menyimpan dan melabur secara konsisten. Matlamat kewangan dan pelaburan anda seharusnya munasabah dan boleh dicapai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 163: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

148

(b) Risiko dan Pulangan Pelaburan

Menyimpan wang dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah pelaburan yang paling selamat. Pulangan (iaitu kadar faedahnya) adalah rendah berbanding pelaburan lain tetapi ianya tanpa risiko. Anda boleh tidur dengan lena tanpa perlu bimbang tentang pelaburan tersebut. Namun anda tidak boleh membina kekayaan dengan secepat yang anda inginkan hanya dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau deposit tetap. Perlu juga diingat bahawa walaupun pelaburan lain dapat memberikan pulangan yang lebih baik, ia juga mempunyai risiko yang lebih tinggi, kerana berkemungkinan besar pelaburan tersebut akan nilainya. Sebagai contoh, jika anda melaburkan wang dalam pasaran saham, anda akan menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding dengan jika anda menyimpan wang anda dalam akaun simpanan. Harga saham yang turun naik bergantung pada beberapa faktor. Anda mungkin membeli saham sebuah syarikat pada harga RM5 sesaham dan harga tersebut mungkin naik kepada RM 7 ataupun turun kepada RM2. Apabila melaburkan wang, anda sememangnya mengharapkan pulangan. Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan. Jika anda membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga tersebut naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya ialah 8%. Namun demikian, pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman, komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat: Apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin tinggi risikonya.

Ingatlah untuk menjadikan matlamat kewangan dan pelaburan anda munasabah serta boleh dicapai.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 164: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 149

(c) Pelbagaikan Pelaburan Anda Bila anda melabur, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan

sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

Oleh itu, tindakan yang lebih bijak adalah untuk meletakkan wang anda

dalam pelbagai pelaburan. Dalam ertikata lain, rancang portfolio pelaburan yang seimbang Melabur dalam pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Bila anda berbuat begini, anda lebih berkemungkinan mendapat keuntungan yang tinggi dari pelaburan anda sambil mengurangkan risiko kehilangan wang anda.

Bagaimana anda melabur ditentukan sebahagiannya oleh profail pelabur

anda iaitu sama ada anda pelabur agresif, sederhana ataupun konservatif. Kebanyakan orang berada di pertengahan profail tersebut.

Jika anda merupakan pelabur yang sederhana, mungkin sebahagian besar

daripada wang anda berada dalam kelas aset yang berlainan seperti dana amanah saham dan bakinya pula dalam pelaburan pendapatan tetap seperti simpanan tetap. Jumlah yang diagihkan kepada kelas aset boleh dibahagikan lagi kepada segmen berlainan seperti bon dan dana ekuiti.

Sekiranya anda pelabur yang agresif, anda mungkin akan melabur dalam

pelaburan yang lebih aktif seperti pasaran saham. Namun sebaliknya, jika anda adalah pelabur yang konservatif, anda

mungkin mempelbagaikan pelaburan anda dalam pelaburan yang kurang berisiko seperti bon dan simpanan tetap.

Setiap pelabur mempunyai akal masing-masing tiada dua pelabur yang

sama! Cuma anda seorang sahaja yang boleh membuat keputusan tentang pilihan yang bersesuaian serta berapa banyak wang simpanan yang akan dilaburkan dalam pelbagai jenis pelaburan yang terdapat di pasaran.

1. Apakah matlamat-matlamat pelaburan anda? Berikan contoh untukmenjelaskannya.

2. Bincangkan hubungan antara risiko dan pulangan denganmenggunakan contoh.

SEMAK KENDIRI 10.1

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 165: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

150

10.1.3 Jenis-jenis Pelaburan

Tahukah anda bahawa perancangan pelaburan yang baik boleh menukarkan matlamat anda kepada realiti? Ini melibatkan lebih daripada hanya memilih pelaburan yang betul. Mari kita melihat Rajah 10.1 untuk mengetahui apakah jenis-jenis pelaburan yang terdapat di pasaran kewangan.

Rajah 10.1: Jenis pelaburan

Mari kita baca penerangan untuk setiap jenis pelaburan ini. (a) Tunai dan pelaburan faedah tetap

Pelaburan tunai adalah bentuk pelaburan yang paling biasa di Malaysia, yang meliputi produk-produk seperti akaun simpanan bank dan simpanan tetap. Produk-produk ini membolehkan anda mengeluarkan wang anda dengan mudah bila perlu dan anda tidak mungkin kehilangan modal anda, jadi pelaburan jenis ini adalah sangat selamat. Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal. Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai pelaburan anda. Untuk kebanyakan pelabur, pelaburan tunai dan pelaburan faedah tetap sesuai untuk:

(i) Digunakan sebagai akaun urus niaga;

(ii) Menyimpan wang tunai bagi perbelanjaan jangka pendek dan kecemasan; dan

(iii) Memiliki simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas modalnya.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 166: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 151

(b) Saham Saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya. Saham dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui dua cara utama:

(i) Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga meningkat.

(ii) Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham sebagai pembayaran agihan pendapatan.

Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh. Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:

Ingin membina asas simpanan untuk matlamat kewangan jangka sederhana dan panjang;

Mempunyai jangka masa pelaburan yang lebih panjang; dan

Selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan dalam jangka masa pendek, sebagai gantian untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan dividen dan pertumbuhan modal).

(c) Dana Amanah Saham

Dalam amanah saham, wang daripada ratusan pelabur individu akan disatukan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan, dalam kuantiti yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik. Setiap pelabur akan menerima unit dalam dana ini, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap. Dana amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang:

(i) Baru dalam bidang pelaburan;

(ii) Bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk membuat pilihan pelaburan;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 167: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

152

(iii) Mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan untuk menambahkan pelaburan dari masa ke semasa); dan

(iv) Mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko. (d) Hartanah

Kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan aset kelas hartanah. Pelaburan hartanah memanfaatkan pelabur dengan dua cara:

(i) Nilai modal asas hartanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa apabila harga rumah dan tanah meningkat; dan

(ii) Pelabur dapat memperoleh pendapatan hasil daripada penyewaan. Seperti juga saham, harga hartanah boleh turun naik dan ada ketikanya memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam hartanah adalah sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk dipertimbangkan apabila membeli hartanah adalah lokasinya. Hartanah adalah sesuai bagi pelabur yang:

Tidak memerlukan akses kecemasan kepada wang mereka;

Mempunyai jangka masa pelaburan yang panjang; dan

Berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat atau jika hartanah itu tidak disewa.

(e) Pelaburan Jenis Lain

Pelaburan jenis lain adalah: (i) Bon

Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda „meminjamkan‰ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

(ii) Dana Amanah Pelaburan Hartanah

(Real Estate Investment Trust REIT) Ini sama seperti amanah saham kecuali pelaburan yang dibuat adalah bagi bangunan dan hartanah. Keuntungan daripada pelaburan sedemikian akan diagihkan kepada pelabur dalam bentuk dividen.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 168: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 153

MERANCANG UNTUK SITUASI YANG TIDAK DIDUGA

Hidup ini ada naik turunnya. Kemalangan dan bencana boleh dan akan berlaku tanpa diduga. Bila perkara sebegini berlaku, kita mungkin merasakan seolah-olah kehidupan kita sudah berada di luar kawalan kita, lebih-lebih lagi bila kita tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menghadapi kemalangan atau bencana tersebut. Tidak kira apa kemalangan atau bencana yang berlaku, biasanya kita akan berasa takut, murung dan bimbang. Bagaimana kita akan menghadapi situasi ini? Dalam bahagian berikut, kita akan membincangkan beberapa petua untuk menghadapi situasi yang tidak diduga contohnya mengambil insurans, apa jenis insurans yang patut diambil dan apa itu takaful.

10.2.1 Mengapa Insurans Diperlukan

Sebelum anda mengambil insurans, anda mesti memahami apa itu insurans, tujuan insurans dan bagaimana ia melindungi anda. Sekarang, mari kita melihat perinciannya. (a) Apakah itu Insurans?

Apabila anda membuat komitmen kewangan seperti membeli sebuah rumah dengan meminjam daripada bank, anda telah „mengunci‰ sebahagian daripada pendapatan masa hadapan anda. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian atau kehilangan upaya, atau bencana ekonomi (pemberhentian kerja), keupayaan anda untuk memenuhi komitmen kewangan ini mungkin terjejas dan anda mungkin akan kehilangan aset yang susah-payah anda perolehi. Terdapat satu instrumen kewangan yang boleh dibeli untuk melindungi anda daripada apa-apa kemungkinan iaitu insurans. Insurans merupakan suatu cara melindungi diri anda, keluarga dan harta benda anda sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

10.2

Apakah pelaburan-pelaburan pilihan anda? Mengapa?

AKTIVITI 10.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 169: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

154

(b) Tujuan Insurans Di samping menawarkan perlindungan, insurans juga memberikan anda ketenangan fikiran. Bayaran yang dibuat bagi insurans membolehkan anda:

(i) Membayar ganti rugi bagi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri (sekiranya barangan tersebut diinsurankan).

(ii) Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga anda menerima rawatan di hospital.

(iii) Menyelenggara perbelanjaan bulanan, hutang dan komitmen kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan oleh penyakit kritikal atau kemalangan.

(iv) Menyediakan bantuan kewangan bagi keluarga anda sekiranya anda kehilangan upaya, mengalami penyakit kritikal atau meninggal dunia, terutamanya jika anda ketua keluarga yang mencari nafkah bagi keluarga anda.

(c) Bagaimana Insurans Berfungsi?

Apabila bayaran (lebih dikenali sebagai premium) dibuat kepada syarikat insurans berlesen, maka syarikat tersebut bertanggungjawab membayar pampasan kepada anda sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan barangan disebabkan oleh kebakaran, kemalangan dan kecurian. Bagaimanapun insiden-insiden ini mesti berlaku dalam tempoh insurans itu berkuat kuasa dan pampasan yang dibayar terhad kepada jumlah yang diinsurankan. Syarikat insurans menjual polisi kepada ribuan orang dan premium yang terkumpul menjadi sebahagian daripada dana bersama. Tidak semua orang yang menyumbang akan dilanda nasib malang. Jika ada sekali pun, biasanya bukanlah pada masa yang sama. Maka dana tersebut akan digunakan untuk membantu mereka yang telah menyumbang untuk sama-sama berkongsi risiko. Industri insurans di Malaysia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Untuk membantu orang awam mengetahui lebih lanjut mengenai insurans, BNM telah mengeluarkan beberapa siri buku kecil yang boleh didapati di cawangan syarikat insurans. Anda juga boleh melayari laman web www.insuranceinfo.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 170: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 155

10.2.2 Jenis-jenis Insurans

Anda boleh menginsuran hampir apa pun. Meskipun begitu terdapat sesetengah perkara yang penting untuk diinsurankan seperti hayat, kesihatan dan harta anda. Rajah 10.2 menunjukkan jenis-jenis insurans.

Rajah 10.2: Jenis-jenis insurans

(a) Insurans Hayat Polisi insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang

kepada pemegang polisi sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi seperti jatuh sakit, hilang upaya atau kematian. Oleh itu, amat penting bagi anda untuk memiliki insurans terutamanya jika anak atau ibu bapa anda yang telah tua bergantung hidup pada anda. Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih daripada setahun dan anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium secara berkala, sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.

Rajah 10.3 menunjukkan produk insurans hayat yang utama.

1. Kenapa anda ingin mengambil insurans untuk diri dan keluarga anda sedangkan anda perlu membayar premium yang tinggi?

2. Berapakah liputan insurans yang dianggap cukup? Adakah ia

sama untuk semua individu?

AKTIVITI 10.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 171: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

156

Rajah 10.3: Produk insurans hayat yang utama

Sekarang, kita akan memperincikan setiap produk insurans hayat yang utama ini. Insurans Seumur Hidup

Ia menawarkan perlindungan seumur hidup tetapi anda juga perlu membayar premium seumur hidup. Wang manfaatnya, termasuklah bonus jika ada, akan dibayar setelah sesuatu kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal dialami atau penyakit kritikal dihidapi. Oleh sebab polisi ini bersifat jangka panjang, premium yang perlu dibayar adalah lebih tinggi daripada premium untuk insurans bertempoh dan ia mempunyai nilai tunai sepanjang tempoh polisi tersebut berkuat kuasa.

Insurans Bertempoh

Polisi ini menawarkan perlindungan insurans bagi tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah suatu kematian atau sekiranya pemegang polisi mengalami kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal atau menghidap penyakit kritikal semasa tempoh masa polisi berkuat kuasa. Bayaran yang diterima adalah mengikut jumlah yang dipersetujui semasa polisi tersebut dibeli.

Endowmen

Polisi ini menggabungkan perlindungan dan juga simpanan. Ia menyediakan manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu atau atas kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh polisi ditentukan oleh pembeli polisi.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 172: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 157

Insurans Berkaitan Pelaburan Ia menggabungkan pelaburan dan simpanan. Anda boleh memilih jenis dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan insurans hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.

Insurans Perubatan dan Kesihatan

Polisi yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan hospital dan kos pembedahan.

Insurans Bertempoh Gadai Janji Berkurangan

(Mortgage Reducing Term) Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal. Institusi kewangan tersebut akan melepaskan hak milik hartanah kepada anda atau waris anda. Premium cuma dibayar sekali sahaja.

(b) Insurans Am

Ini dapat melindung anda daripada kerugian akibat kecurian atau kerosakan kepada barang peribadi anda. Ia juga melindungi anda jika anda menyebabkan kerosakan kepada pihak ketiga, kematian yang tidak disengajakan atau kecederaan dan kemasukan ke hospital. Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun dan pembayaran premium perlu dibuat sekali gus. Jadual 10.1 menunjukkan beberapa produk insurans am yang utama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 173: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

158

Jadual 10.1: Produk Insurans Am Utama

Produk Penjelasan

Kenderaan

Melindungi kenderaan anda daripada risiko kecurian, kemalangan atau kebakaran. Sekiranya anda membeli perlindungan pihak ketiga, anda dilindungi daripada tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga bagi kecederaan atau kematian orang lain (pihak ketiga) termasuklah kerugian atau kerosakan kepada harta pihak ketiga disebabkan oleh kenderaan anda. Jika anda membeli perlindungan komprehensif, anda akan mendapat perlindungan menyeluruh iaitu perlindungan bagi kecederaan dan kematian pihak ketiga, kehilangan dan kerosakan harta pihak ketiga, dan juga kerugian dan kerosakan bagi kenderaan anda sendiri disebabkan kecurian, kemalangan atau kebakaran.

Kediaman

Polisi kebakaran asas memberi perlindungan hanya bagi bangunan akibat kebakaran, kilat atau letupan. Polisi pemilik rumah pula memberi perlindungan tambahan atas bangunan untuk meliputi sebarang kerugian atau kerosakan akibat banjir, paip pecah dan lain-lain bencana. Manakala polisi isi rumah adalah untuk melindungi barang-barang isi rumah seperti perabot dan perkakas rumah daripada kecurian, banjir dan kebakaran. Polisi ini tidak memberi perlindungan terhadap kerosakan rumah itu sendiri.

Perjalanan

Insurans jenis ini memang sesuai dibeli sekiranya anda perlu ke luar negara. Insurans ini melindungi anda daripada insiden yang berkaitan dengan perjalanan seperti penangguhan atau penggangguan waktu perlepasan, kemalangan, kehilangan bagasi, perbelanjaan perubatan dan lain-lain perbelanjaan yang bersangkutan dengan perjalanan.

Barangan peribadi

Insurans ini melindungi barang seperti komputer, telefon bimbit, komputer riba dan kamera daripada kehilangan atau kecurian.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 174: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 159

10.2.3 Takaful

Seperti dalam perbankan, di mana anda boleh memilih antara produk dan perkhidmatan bank konvensional dan Islam, industri insurans di Malaysia juga menawarkan insurans konvensional dan takaful. Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan, anda memeterai kontrak (aqad) untuk membolehkan anda menjadi peserta yang saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian tertentu. Kedua-dua insurans dan takaful mempunyai prinsip asas yang sama. Contohnya, anda mesti mengalami kerugian wang apabila peristiwa yang diinsurankan berlaku. Akan tetapi, walaupun takaful menawarkan produk yang serupa dengan produk insurans konvensional, ia mempunyai beberapa ciri unik seperti berikut:

Anda dan syarikat takaful akan berkongsi lebihan dana takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui. Jumlah lebihan dana tersebut akan dikira setelah mengambil kira perbelanjaan seperti tuntutan, dana simpanan teknikal, perbelanjaan pengurusan dan takaful semula (re-takaful).

Anda berhak ke atas perkongsian lebihan daripada dana takaful sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful tersebut.

Rajah 10.4 menunjukkan jenis-jenis takaful.

Rajah 10.4: Jenis-jenis takaful

Sebelum memilih polisi insurans, pastikan anda menyelidik bahaya dan risiko yang berkaitan dengan polisi-polisi yang ditawarkan oleh beberapa syarikat insurans yang berlainan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 175: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

160

(a) Takaful Keluarga Ini adalah gabungan perlindungan dan pinjaman jangka panjang. Ia

biasanya meliputi tempoh lebih daripada setahun. Ia menyediakan manfaat kewangan sekiranya anda mengalami suatu tragedi di samping memberikan keuntungan daripada pelaburan. Pembayaran boleh dibuat setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun. Sekarang, lihat Jadual 10.2 untuk jenis-jenis asas takaful keluarga.

Jadual 10.2: Jenis-jenis takaful keluarga

Jenis-jenis Takaful Keluarga

Penjelasan

Takaful Keluarga Individu

Ini termasuk pelan pelajaran, gadai janji dan kesihatan. Anda atau waris anda akan menerima manfaat kewangan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.

Terdapat juga simpanan jangka masa panjang dan keuntungan pelaburan yang akan diagihkan sekiranya terdapat tuntutan, tempoh matang atau serahan awal polisi insurans.

Anuiti Persaraan

Ia pelan yang memberikan pendapatan tetap selepas anda bersara.

Takaful Berkaitan Pelaburan

Gabungan pelaburan dan perlindungan hayat, di mana sebahagian daripada caruman anda akan digunakan untuk membeli unit pelaburan dan selebihnya bagi perlindungan takaful sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya yang kekal.

Takaful Perubatan dan Kesihatan

Pelan yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan di hospital dan kos pembedahan.

(b) Takaful Am Takaful am melindungi anda bagi suatu jangka masa pendek, biasanya selama

setahun, bagi sebarang kehilangan atau kerosakan kepada harta atau barangan peribadi anda. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja dalam setahun. Jadual 10.3 menunjukkan jenis-jenis takaful am yang utama.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 176: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 161

Jadual 10.3: Jenis-jenis takaful am utama

Jenis-jenis Takaful Am Penjelasan

Takaful Rumah

Polisi pemilik rumah melindungi anda daripada kerugian atau kerosakan atas rumah anda akibat banjir, kebakaran dan lain-lain bencana.

Polisi isi rumah pula memberi perlindungan terhadap kerugian atau kerosakan kepada kandungan rumah.

Anda boleh mengambil salah satu ataupun kedua-dua jenis polisi ini.

Takaful Kenderaan

Anda dilindungi daripada menanggung kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan atas kenderaan anda, termasuk juga kecederaan tubuh badan atau kematian pihak ketiga, dan kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga.

Seperti insurans kenderaan am, takaful kenderaan juga mempunyai dua jenis perlindungan perlindungan pihak ketiga dan perlindungan komprehensif.

Kemalangan Diri

Ia menyediakan pampasan kepada anda atau waris anda sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau kecederaan yang disebabkan oleh kemalangan.

Pelan ini juga boleh dibeli untuk jangka masa yang lebih pendek, seperti bila pergi ke luar negara.

Untuk maklumat lebih tentang takaful am, anda boleh melawat laman sesawang ini: http://www.insuranceinfo.com.my.

Terangkan setiap jenis insurans dan takaful. Mana yang anda akan pilih dan mengapa?

SEMAK KENDIRI 10.2

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 177: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

162

PENGURUSAN HUTANG: ASAS PINJAMAN

Anda mungkin terpengaruh untuk membelanjakan lebih wang daripada apa yang anda miliki kerana institusi kewangan menawarkan pelbagai kemudahan pinjaman dan kad kredit. Institusi tersebut menawarkan anda wang dan pinjaman kredit untuk membolehkan anda membeli rumah, kereta, membayar bil atau melancong ke luar negara. Adalah penting untuk anda ingat bahawa wang pinjaman tersebut bukan diberikan percuma. Anda perlu membayarnya balik ditambah faedahnya sekali! Sebelum membuat pinjaman, pastikan anda mampu menguruskan hutang anda. Ingat bahawa anda semestinya memiliki lebih daripada apa yang anda hutang. Anda ingin menambah kekayaan. Jika anda meminjam wang, anda perlu menggunakan wang tersebut untuk menambahkan lagi wang anda. Cuba elak daripada membeli sesuatu yang tidak bermanfaat. Jangan gunakan pinjaman jangka masa pendek seperti kad kredit atau overdraf, untuk membiayai aset jangka masa panjang seperti rumah atau bangunan.

10.3.1 Pinjaman dan Kredit

Bila anda ingin mengambil pinjaman atau menggunakan kad kredit, tanya diri anda soalan berikut:

(a) Adakah produk atau perkhidmatan yang anda inginkan itu penting? Adakah ia benar-benar perlu?

(b) Sekiranya ia penting dan diperlukan, mampukah anda membuat bayaran ansurannya?

(c) Jika ia melibatkan pembelian besar, seperti kereta atau rumah, mampukah anda menyediakan wang pendahuluan yang besar?

(d) Jika ia sesuatu yang anda ingini, bolehkah anda mengawal perasaan dan

(e) menangguhkan pembelian tersebut kerana ia tidak penting?

(f) Jika anda membuat pinjaman atau menggunakan kad kredit untuk membeli sesuatu, sudahkah anda mengkaji aliran tunai anda sama ada ia dapat menampung pinjaman tersebut ataupun tidak?

(g) Adakah anda sedia maklum tentang kos yang dikenakan sekiranya kad kredit digunakan? Bukan sahaja kos faedah, malah caj-caj kewangan dan caj lewat bayar perlu diambil kira.

(h) Adakah anda memahami akibat kegagalan membayar balik pinjaman? Jika gagal berbuat demikian, prosiding boleh diambil terhadap anda dan anda mungkin diisytiharkan bankrap.

10.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 178: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 163

Sekiranya anda tidak mampu menambahkan pendapatan, anda perlu berkorban sesuatu untuk membolehkan anda membuat bayaran pinjaman bulanan. Adakah anda bersedia untuk melakukannya? Sebagai contoh, sanggupkah anda melepaskan keseronokan pada hujung minggu untuk membayar balik pinjaman dan hutang kad kredit anda? Walaupun anda berhati-hati dalam menguruskan aliran tunai bulanan anda bagi bayaran pinjaman dan hutang kad kredit, namun kejadian atau keadaan yang tidak diduga mungkin berlaku dan anda akan memerlukan wang tambahan. Adakah anda masih mampu menghadapi komitmen bulanan sekiranya perkara tersebut berlaku? Oleh itu, amatlah penting agar anda tidak membuat pinjaman dan menggunakan kad kredit secara berlebihan. Sebagai panduan am, pastikan jumlah bayaran bulanan pinjaman dan kad kredit tidak melebihi sepertiga gaji kasar anda setiap bulan.

10.3.2 Jenis-jenis Pinjaman

Terdapat pelbagai jenis pinjaman dan kemudahan kredit di pasaran. Kita akan membincangkan tentang pinjaman yang biasa ditawarkan kepada orang ramai dalam topik ini. Rujuk Rajah 10.5.

Jangan sekali-kali meminjam wang daripada pemiutang haram kerana anda akan:

(i) Mendapat pinjaman dengan terma dan syarat yang sangat ketat.

(ii) Perlu membayar caj faedah yang sangat tinggi dengan kompaun harian.

(iii) Meletakkan diri dan keluarga anda dalam bahaya gangguan (harassment) sekiranya anda lewat membuat pembayaran.

(iv) Memaksa anda membuat pinjaman tambahan untuk membayar pinjaman yang terdahulu.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 179: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

164

Rajah 10.5: Jenis-jenis pinjaman

Sekarang kita akan membincangkan setiap jenis pinjaman. (a) Pinjaman Peribadi Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya

pembelian berjumlah besar seperti rumah atau kereta tetapi lebih kepada pembelian komputer peribadi atau bagi perkahwinan anda. Anda mungkin tertarik untuk memohon pinjaman ini kerana proses permohonan biasanya cepat dan mudah. Tambahan lagi, kebanyakan bank tidak memerlukan penjamin atau cagaran. Akan tetapi perlu diingatkan bahawa kadar faedah berbeza-beza dan mungkin tinggi.

Seperti yang telah disebut terlebih dahulu dalam topik ini, tanya dulu diri

anda soalan-soalan penting sebelum anda memohon pinjaman seumpama ini. Pastikan anda benar-benar memahami tujuan pinjaman dibuat dan anda mampu untuk membuat pembayaran balik.

(b) Pinjaman Kereta Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik-baik sahaja mula

bekerja. Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman sewa beli. Anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi kewangan pula sebagai tuan punya kenderaan itu. Sebagai penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi tuan punya kenderaan tersebut hanya setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

Seperti pinjaman lain juga, tanya diri anda soalan-soalan penting sebelum

membuat keputusan untuk meminjam. Anda juga perlu menghitung aliran tunai untuk mengira jumlah ansuran bulanan yang mampu anda bayar. Apabila anda membuat pinjaman kenderaan, anda boleh membuat pinjaman sewa beli secara berurusan terus dengan bank atau melalui wakil penjual kereta, yang kemudiannya akan menyerahkan permohonan anda kepada bank berkenaan.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 180: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 165

Sebagai penyewa, anda bertanggungjawab untuk:

(i) Membaca semua cetakan halus (fine print) dalam perjanjian bertulis;

(ii) Semak dan pastikan harga belian dan terma sewa beli dalam perjanjian adalah seperti yang dipersetujui;

(iii) Mengetahui hak-hak anda di bawah Akta Sewa Beli;

(iv) Mengetahui tanggungjawab anda sebagai penyewa supaya anda tidak membuat apa-apa tindakan yang melanggar perjanjian;

(v) Menyimpan semua dokumen seperti perjanjian dan resit di tempat yang selamat; dan

(vi) Membuat bayaran anda kepada orang yang diberi kuasa oleh bank. Sebelum pinjaman kenderaan dibuat, ketahui tentang kadar faedah efektif

yang dikenakan kerana biasanya kadar ini lebih tinggi daripada kadar tetap yang ditawarkan. Lihat contoh di bawah bagi pinjaman sebanyak RM50,000 pada kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun. Kadar faedah efektifnya ialah 9.15%.

Adakah anda tahu asas sewa beli? Jadual 10.4 memberikan perincian asas sewa beli.

Ansuran bulanan: RM1,042 Jumalah bayaran faedah: RM12,500 Jumlah pinjaman + Faedah: RM62,500 Anggaran kadar efektif tahunan: 9.15%

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 181: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

166

Jadual 10.4: Asas Sewa Beli

Terma Penjelasan

Deposit Minimum

Ini ialah 10% daripada harga tunai kenderaan. Walau bagaimanapun, bank boleh menetapkan jumlah pendahuluan yang lebih tinggi.

Kadar Faedah Adalah mengikut kadar tetap dan kadar maksimum yang dibenarkan ialah 10%.

Kadar Faedah Efektif

Merupakan faedah sebenar yang perlu dibayar setelah mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut tempoh pinjaman.

Caj Bayaran Lewat Anda akan dikenakan denda sekiranya anda lewat membuat bayaran ansuran. Faedah dikenakan mengikut kadar asas harian.

Penjamin

Institusi kewangan mungkin memerlukan penjamin yang akan bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman atau bakinya sekiranya peminjam tidak menjelaskan hutang tersebut.

Insurans

Anda perlu membeli insurans untuk melindungi kenderaan anda. Institusi kewangan menghendaki tuan punya kenderaan membeli polisi insurans yang komprehensif.

Penarikan balik

Jika anda ingkar membayar pinjaman, institusi kewangan boleh menarik balik kereta anda kerana ia merupakan pemilik yang sah.

Bila anda tidak membuat pembayaran pinjaman kereta pada waktu yang ditetapkan, institusi kewangan boleh merampas kereta anda dengan menggunakan penarik kereta berdaftar. Pengalaman kereta diambil balik tentu traumatik dan memalukan bagi anda. Sebelum menarik balik kenderaan, penarik mestilah menunjukkan kad pengenalannya, kad kuasa dan surat arahan penarikan balik yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang berkenaan. Penarik mestilah membuat laporan polis dan kemudiannya membawa kereta yang ditarik ke tempat yang telah diarahkan oleh institusi kewangan tersebut. Anda akan menerima notis bertulis yang dikenali sebagai Notis Jadual Keempat sebelum kenderaan anda ditarik balik. Notis ini akan luput dalam masa 21 hari dan notis kedua pula akan dikeluarkan 14 hari selepas tarikh notis Jadual Keempat diserahkan ini merupakan peringatan bagi anda membuat bayaran tertunggak atau kenderaan anda akan ditarik balik.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 182: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 167

Untuk mengelak penarikan balik kenderaan, anda perlu membuat bayaran tertunggak atau memulangkan kenderaan tersebut kepada institusi kewangan sebelum tarikh luput. Bagaimanapun anda masih perlu menjelaskan baki hutang selepas ditolak nilai kenderaan tersebut. Masih ada cara lain untuk mendapatkan kembali kenderaan anda yang telah ditarik balik. Institusi kewangan akan memberi penjamin dan anda Notis Jadual Kelima dalam masa 21 hari selepas penarikan supaya anda dapat membayar balik jumlah hutang yang tertunggak. Sekiranya anda menjelaskan semua jumlah yang tertunggak dan perbelanjaan berkaitan yang ditanggung oleh institusi kewangan, maka bolehlah anda meminta agar kenderaan tersebut dipulangkan. Sebagai alternatif, anda boleh memperkenalkan anggota keluarga atau kawan untuk membeli kenderaan anda pada harga yang telah ditetapkan dalam Jadual Kelima. Sekiranya anda atau penjamin tidak menjelaskan jumlah yang tertunggak pada Jadual Kelima dalam tempoh 21 hari, institusi kewangan berhak menjual kenderaan tersebut melalui lelongan awam atau menawarkan semula kepada anda untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah berbanding harga anggaran yang ditetapkan dalam notis Jadual Kelima.

(c) Pinjaman Perumahan

Pasaran untuk pinjaman perumahan adalah amat kompetitif dan institusi kewangan kini menawarkan pelbagai jenis pinjaman untuk menarik pelanggan. Terdapat juga pinjaman yang menawarkan hadiah yang dipakejkan bersama pinjaman perumahan tersebut. Buatlah perbandingan dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat seperti kadar faedah yang ditawarkan sebelum menentukan pinjaman yang sesuai bagi anda. Seperti produk pinjaman lain, pinjaman perumahan terdapat dalam bentuk konvensional dan Islam. Pinjaman perumahan adalah komitmen kewangan yang sangat besar dan mengambil beberapa tahun untuk dibayar. Pertimbangkan dengan teliti pelbagai aspek pinjaman itu sebelum membuat keputusan, contohya tentang perkara berikut:

(i) Adakah pinjaman tersebut untuk membeli rumah yang telah siap atau yang masih dalam binaan? Adakah anda akan membeli tanah untuk membina rumah?

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 183: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

168

(ii) Berapakah nilai rumah atau tanah yang ingin anda beli? Berapakah ansuran yang mampu anda bayar setiap bulan, bergantung kepada aliran tunai bulanan anda?

(iii) Adakah anda mempunyai cukup wang untuk membuat bayaran pendahuluan dan aliran tunai yang memadai untuk bayaran ansuran seterusnya?

(iv) Apakah yuran berkaitan atau kos lain yang perlu dibayar? Contohnya, yuran guaman, duti setem, yuran pemprosesan dan fi pembayaran.

(v) Adakah kadar faedah tetap atau kadar faedah berubah selaras dengan perubahan pada kadar pemberian pinjaman asas (Base Lending Rates -- BLR)?

(vi) Setakat manakah bayaran pinjaman anda boleh fleksibel? Terdapat beberapa jenis skim pembayaran fleksibel yang ditawarkan.

(vii) Adakah dikenakan apa-apa penalti sekiranya anda membuat bayaran balik keseluruhan pinjaman lebih awal dari tempoh yang dipersetujui? Institusi kewangan biasanya mengenakan penalti sebegini kerana mereka telah menawarkan pakej yang menarik bagi pinjaman perumahan anda.

Adakah kadar faedah yang tetap ataupun yang berubah-ubah lebih baik bagi pinjaman anda? Dengan kadar pinjaman tetap, faedahnya tetap dan anda sedia maklum tentang jumlah ansuran yang perlu dibayar. Manakala bagi kadar yang berubah-ubah, faedahnya berubah mengikut perubahan pada BLR. Jika kadar tersebut meningkat, maka kadar faedah yang dikenakan akan meningkat dan begitu juga dengan bayaran ansuran bulanan anda. Bagaimanapun, sekiranya BLR menurun, maka anda akan menikmati manfaatnya kerana bayaran bulanan anda juga akan berkurangan. Terdapat juga kadar pinjaman faedah yang berubah-ubah tetapi bayaran ansuran bulanannya adalah tetap. Sekiranya berlaku perubahan pada kadar faedah, maka tempoh masa pembayaran pinjaman akan berkurang ataupun bertambah. Terdapat lebih daripada satu kaedah untuk membayar pinjaman perumahan (Jadual 10.5). Jumlah prinsipal sebuah pinjaman dikurangkan setiap kali bayaran ansuran dibuat.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 184: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 169

Jadual 10.5: Kaedah Pembayaran Pinjaman Perumahan

Kaedah Pembayaran Penjelasan

Bayaran berperingkat

Ini membolehkan anda membayar ansuran yang lebih rendah pada permulaan pinjaman. Namun jumlah ini akan meningkat dari semasa ke semasa. Skim ini berguna jika anda baru mula bekerja dan gaji anda dijangka meningkat tahun demi tahun.

Pembayaran awal sebahagian daripada baki pinjaman

Anda boleh memendekkan tempoh pinjaman dengan membuat pembayaran awal bagi sebahagian daripada baki pinjaman melalui lebihan wang tabungan atau bonus tahunan. Jika dibuat pada tahun-tahun awal pinjaman, anda dapat mengurangkan caj faedah yang dikenakan. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan menghadkan jumlah yang boleh dibuat bagi pembayaran awal.

Sebagai peminjam, anda hendaklah:

Membaca dan memahami semua terma dan syarat pinjaman;

Sentiasa mematuhi semua terma dan syarat ini;

Bertanyakan soalan tentang semua aspek pinjaman sehingga anda berpuas hati;

Membuat bayaran ansuran mengikut jadual; dan

Memastikan anda mendapat maklumat yang tepat tentang pinjaman anda dari semasa ke semasa.

Sepertimana pinjaman yang lain, sekiranya anda gagal membayar ansuran, institusi kewangan berkenaan berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap anda untuk mendapatkan semula pinjaman tersebut. Untuk menambahkan kedudukan kredit peminjam dan membolehkan mereka mendapatkan pembiayaan untuk pinjaman kereta atau rumah, institusi kewangan mungkin memerlukan jaminan daripada bakal peminjam. Anda mungkin diminta oleh ahli keluarga atau kawan untuk menjadi penjamin bagi pinjaman mereka. Fikirlah dengan berhati-hati sebelum anda membuat keputusan kerana sebagai penjamin pinjaman, sekiranya peminjam gagal atau enggan membuat bayaran, anda adalah terikat dari segi undang-undang untuk membayar balik pinjaman tersebut. Jika anda bersetuju menjadi penjamin, pastikan:

Anda baca dan faham ciri jaminan yang akan dibuat dan implikasinya kepada anda;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 185: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

170

Anda tidak menandatangani dokumen kosong atau tidak lengkap;

Anda tidak menjadi penjamin kepada seseorang yang anda sangsi akan integritinya; dan

Anda menyedari liabiliti yang perlu anda hadapi sekiranya terdapat pindaan yang dibuat kepada terma dan syarat pinjaman.

Bukanlah mudah sekiranya anda ingin menarik diri sebagai penjamin. Namun demikian, keputusan terletak kepada institusi kewangan berkenaan, yang mungkin setuju dengan penarikan diri anda dengan syarat anda membuat pembayaran penuh bagi baki pinjaman. Sekiranya peminjam meninggal dunia dan tidak ada sumber alternatif, institusi kewangan berhak menuntut bayaran daripada penjamin.

10.3.3 Jenis-jenis Kad, Perangkap Kredit dan Petua Mengggunakan Kad Kredit

Dalam bahagian ini, kita akan melihat jenis-jenis kad yang ada, perangkap kredit iaitu bayaran minimum dan petua menggunakan kad kredit. (a) Jenis-jenis Kad Terdapat beberapa kad untuk membuat kehidupan anda senang kerana

tidak perlu membawa tunai setiap kali membeli-belah atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan. Contoh kad boleh dilihat di dalam Rajah 10.6.

Rajah 10.6: Jenis-jenis Kad

Berikut butir-butir terperinci tentang setiap jenis kad.

(i) Kad Kredit

Kad kredit membenarkan anda membeli barang dan membayar untuk perkhidmatan secara elektronik tanpa menggunakan tunai. Bila anda menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar peniaga bagi pihak anda dan membilkan anda kemudian melalui

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 186: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 171

bank pengeluar kad kredit anda. Ini membuatkan pembelian barang jauh lebih senang. Kad kredit boleh menjadi kaedah pembayaran yang berguna jika anda tahu menggunakannya dengan betul dan bijak. Beberapa manfaat yang didapati daripada penggunaan kad kredit adalah seperti berikut:

Ia merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap;

Anda boleh menggunakan penyata untuk menjejak perbelanjaan anda bagi tujuan bajet;

Sesetengah kad kredit memberikan insurans kemalangan diri dan perjalanan, bergantung pada jenis kad yang dikeluarkan;

Pengeluar kad kredit memperkenalkan skim-skim menarik seperti skim ansuran faedah sifar, skim bayaran fleksibel dan pindahan baki pada 0% untuk membolehkan anda membeli sebanyak yang mungkin; dan

Anda mendapat mata ganjaran sekiranya menggunakan kad kredit, yang biasanya tidak dinikmati sekiranya bayaran dibuat secara tunai.

Biasanya had kad kredit adalah dua hingga tiga kali gaji bulanan anda. Jika anda menggunakan kad kredit sampai hadnya, bererti anda telah membelanjakan terlebih dahulu dua hingga tiga kali gaji bulanan anda.

(ii) Kad Caj

Kad caj adalah seperti kad kredit. Manakala kad kredit membolehkan anda membuat bayaran minimum bila menerima penyata bulanan, kad caj tidak. Dengan kad caj, anda mesti membuat bayaran penuh setiap bulan dan jika tidak, caj bayaran lewat akan dikenakan.

(iii) Kad Debit

Kad debit menyerupai kad ATM kecuali anda tidak perlu mengeluarkan wang dari ATM. Anda boleh menggunakan kad debit di tempat di mana anda perlu membayar untuk produk atau perkhidmatan. Jumlah yang dibelanjakan akan ditolak daripada akaun bank anda dengan serta-merta. Serupa dengan kad kredit, ia mudah digunakan kerana anda tidak perlu membawa wang tunai bersama anda.

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 187: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

172

(iv) Kad Prabayar Kad prabayar boleh digunakan untuk membuat pembelian tetapi terdapat had perbelanjaan yang setara dengan jumlah wang yang ada dalam kad tersebut. Ia adalah seperti kad prabayar telefon atau kad Touch & Go di mana anda mempunyai jumlah wang tetap yang boleh dibelanjakan. Bila wang ini berkurangan, anda boleh menambahkannya sampai had maksimum yang ditentukan oleh pengeluar kad. Kad debit dan prabayar adalah pilihan yang lebih baik untuk individu yang kurang berdisiplin dari segi kewangan.

(b) Perangkap Kredit Dengan Bayaran Minimum Bulanan

Anda mungkin tertarik untuk hanya membuat bayaran minimum yang disebut dalam penyata bulanan kad kredit anda, lebih-lebih lagi jika ini membantu aliran tunai anda. Namun, anda akan terpaksa membayar caj faedah dan mengambil masa yang lebih lama untuk menyelesaikan baki yang tertunggak. Hasilnya, anda akan menanggung hutang yang besar dalam masa yang pendek. Pada masa sekarang, kebanyakan pengeluar kad mengenakan caj kewangan sebanyak 1.5% sebulan, pada kadar harian dan dikompaun secara bulanan. Terlebih dahulu dalam modul ini, kita telah membincangkan mengenai kesan faedah kompaun apabila anda membuat tabungan. Faedah kompaun juga diguna pakai dalam hal ini, di mana faedah dibayar pada jumlah pokok campur dengan faedah yang terkumpul terhadap baki pinjaman. Adalah penting untuk menyedari bahawa dengan hanya membayar jumlah minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang kad kredit anda, maka lebih banyak hutang akan terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih lagi kepada institusi kewangan jika dibandingkan dengan harga asal yang dibayar bagi barangan atau perkhidmatan yang anda beli dahulu. Pastikan anda sentiasa membuat bayaran penuh untuk mengelak daripada kemelut kewangan.

(c) Petua Menggunakan Kad Kredit

Berikut adalah beberapa petua menggunakan kad kredit:

(i) Bayar jumlah yang dihutang dengan penuh bila mendapat penyata bulanan untuk mengelak daripada dikenakan faedah;

(ii) Jangan menggunakan kad kredit jika anda tidak boleh membuat bayaran bulanannya;

(iii) Hadkan bilangan kad kredit yang anda miliki;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 188: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 173

(iv) Jangan menggunakan kad kredit untuk mendapatkan pendahuluan wang tunai dari mesin ATM. Setiap kali anda mengeluarkan wang menggunakan kad kredit, anda menambahkan lagi beban pinjaman. Pada masa yang sama, ditambah lagi dengan yuran pendahuluan wang tunai dan faedah harian yang dikenakan;

(v) Bayar sebelum tarikh akhir penyata untuk mengelakkan caj bayaran lewat dan kadar penalti;

(vi) Ketahui akibat kerap membuat bayaran minimum;

(vii) Jika anda mempunyai masalah aliran tunai, buat bayaran minimum untuk masa sekarang tetapi jelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin; dan

(viii) Sentiasa menyemak penyata bulanan kad kredit untuk memastikan urus niaga dan caj yang betul telah direkodkan. Penyata itu akan merekodkan urus niaga, yuran dan caj, tarikh bil matang dan bayaran minimum yang perlu dibuat. Hubungi bank anda sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalam penyata anda ataupun anda tidak menerima penyata tersebut.

10.3.4 Pembayaran Balik dan Ingkar Bayar Pinjaman

Pembayar balik pinjaman yang baik adalah orang yang membuat bayaran pinjaman tepat pada waktunya dengan jumlah yang dipersetujui mengikut terma dan syarat, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian pinjaman. Dalam bahagian ini, kita akan bincang tentang biro kredit dan masalah pembayaran balik hutang. (a) Biro Kredit

Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) telah beroperasi sejak 1982. Ia mengumpul maklumat kredit peminjam, termasuk individu persendirian, perniagaan (perniagaan tunggal dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan, seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada pemberi pinjaman. Biro Kredit menyimpan maklumat kredit dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System / CCRIS), yang merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang memproses maklumat kredit yang diterima daripada institusi kewangan secara automatik dan mensintesiskan maklumat tersebut dalam bentuk laporan kredit. Laporan ini diberikan kepada institusi kewangan apabila diminta. Setiap kali anda membuat permohonan bagi pinjaman baharu, institusi kewangan berkenaan akan menyemak sejarah bayaran yang pernah anda

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 189: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

174

buat melalui Biro Kredit. Mereka akan menggunakan maklumat tersebut untuk memutuskan sama ada untuk memberikan anda pinjaman ataupun tidak. Selain daripada Biro Kredit, terdapat juga syarikat milik persendirian yang memberikan maklumat kepada pelanggan mereka dan institusi kewangan berkaitan rekod bayaran balik pinjaman dan juga status sebarang tindakan undang-undang terhadap peminjam, sekiranya ada. Simpan salinan laporan CCRIS anda untuk membolehkan anda memantau pinjaman serta mengawal pola pembayaran kad kredit anda. Anda boleh menyemak sama ada laporan itu menunjukkan jadual pembayaran balik yang baik, ingkar pinjaman atau pembayaran lewat. Jika laporan CCRIS menunjukkan pembayaran lewat atau ingkar pinjaman, institusi kewangan mempunyai pilihan untuk menolak permohonan pinjaman anda kerana laporan tadi memberikan gambaran bahawa anda tidak menguruskan pinjaman dengan baik atau anda menghadapi kemelut kewangan. Sekiranya anda pembayar balik pinjaman yang baik, laporan kredit juga akan menunjukkan sedemikian. Malah, efektif dari 1 Julai 2008, anda diberikan ganjaran jika cepat membuat bayaran kad kredit institusi kewangan akan mengenakan caj kewangan berperingkat bergantung kepada perilaku pembayaran balik anda. Jika anda inginkan lebih maklumat berkenaan Biro Kredit, lawat laman sesawang http://creditbureau.bnm.gov.my.

(b) Masalah Pembayaran Balik Hutang Jika anda ingkar dalam membayar balik pinjaman dan gagal menyelesaikan hutang kad kredit, anda akan menghadapi masalah teruk. Anda akan didakwa oleh institusi kewangan. Kereta atau harta anda akan dilelong. Ahli keluarga anda akan turut merasa bahananya kerana mereka mungkin terpaksa membantu melangsaikan hutang anda. Penjamin anda, jika ada, juga akan menderita kerana tindakan mahkamah boleh diambil terhadap mereka. Anda mungkin diisytiharkan bankrap kalau gagal membayar balik pinjaman anda. Anda akan menderita dari segi emosi akibat tekanan. Anda akan kerap mendapat panggilan dan surat daripada peguam dan pemiutang yang mendesak anda untuk melangsaikan hutang. Dalam situasi begitu, anda boleh menjadi tidak produktif dan kerja serta kesihatan anda mungkin terjejas. Berikut beberapa tanda anda menghadapi kemelut kewangan:

(i) Anda tidak dapat mengawal wang anda iaitu perbelanjaan anda melebihi pendapatan anda;

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 190: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI 175

(ii) Hutang anda lebih banyak daripada yang anda mampu bayar;

(iii) Anda hanya mampu membayar minimum 5% setiap bulan untuk bil kad kredit anda;

(iv) Anda tidak mempunyai apa-apa simpanan untuk kecemasan peribadi atau keluarga;

(v) Anda sentiasa mendapat panggilan daripada pengutip hutang; dan

(vi) Anda menerima notis tuntutan. Sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas, segeralah mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yang profesional.

Untuk membina kekayaan, mulalah menabung dan melabur sekarang. Anda perlu menambahkan aset anda untuk menambahkan nilai bersih anda. Pelbagaikan pelaburan anda untuk menyebarkan risiko anda dengan lebih rata. Lebih tinggi pulangan yang anda perolehi daripada sebuah pelaburan, lebih tinggi risikonya.

Jumlah insurans hayat yang perlu dibeli bergantung pada jumlah wang yang anda perlukan untuk menyara cara hidup anda dan membayar perbelanjaan anda bila anda mengalami penyakit kritikal atau kehilangan upaya akibat penyakit atau kemalangan.

Seorang perunding atau broker insurans perlu mempunyai lesen daripada BNM dan menjadi ahli Persatuan Broker-Broker Insurans dan Takaful Malaysia (Malaysian Insurance and Takaful Brokers Association).

Seorang ejen insurans hayat mesti dilantik oleh sebuah syarikat insurans hayat yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (Life Insurance Association of Malaysia).

1. Apakah risiko menjadi penjamin? Bagaimana untuk meminimakan risiko penjamin?

2. Bagaimana menentukan sama ada seorang individu itu sedang

menghadapi kemelut kewangan?

SEMAK KENDIRI 10.3

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 191: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

TOPIK 10 MENCAPAI IMPIAN KEWANGAN PERIBADI

176

Seorang ejen insurans am mesti dilantik oleh syarikat insurans am yang berlesen dan berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia.

Bila membuat tuntutan, pastikan anda mempunyai semua dokumen yang diperlukan oleh syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan.

Bila memohon pinjaman, tanyakan pada diri anda tujuannya dan sama ada anda mampu membuat bayaran ansurannya. Jangan sekali-kali meminjam daripada pemiutang yang tidak berlesen. Sedari terma dan syarat pinjaman yang diambil.

Selalu minta kadar faedah efektif ke atas semua pinjaman sewa beli dan pinjaman bertempoh dengan kadar tetap (fixed rate term loans). Jumlah keseluruhan bayaran bulanan anda untuk kesemua pinjaman dan hutang kad kredit anda harus tidak melebihi sepertiga gaji kasar bulanan anda.

Jangan termasuk dalam perangkap menggunakan kad kredit dan kad caj seolah-olah ia wang percuma.

Jika anda hanya membuat bayaran minimum bulanan yang disebut dalam penyata kad kredit, anda akan mendapat hutang besar akibat penggandaan (compounding effect).

Cuba buat bayaran seperti yang diperlukan agar anda mempunyai laporan kredit yang positif.

Bon

Dana amanah saham

Harta

Insurans

Kekayaan

Kredit

Liputan insurans

Meminjam

Pelaburan

Pelaburan faedah tetap

Premium insurans

Pinjaman

Risiko dan pulangan

Simpanan

Syer

Tabung Amanah Pelaburan Hartanah

Takaful

Tunai

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 192: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

MODULE FEEDBACK MAKLUM BALAS MODUL

If you have any comment or feedback, you are welcome to:

1. E-mail your comment or feedback to [email protected]

OR

2. Fill in the Print Module online evaluation form available on myINSPIRE. Thank you. Centre for Instructional Design and Technology (Pusat Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi )

Tel No.: 03-27732578

Fax No.: 03-26978702

Copyright © Open University Malaysia (OUM)

Page 193: 01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com file01. OUMM2103 Cover & Credit - eusahawanilpkl.weebly.com

Copyright © Open University Malaysia (OUM)


Recommended