+ All Categories
Home > Documents > 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Date post: 25-Dec-2015
Category:
Upload: hshukeri
View: 258 times
Download: 8 times
Share this document with a friend
Popular Tags:
24
The Elements of the Development Worldview in the Qur’an: An Analysis of Selected Verses Dr. Mohd Shukri Hanapi 1 Lecturer of Islamic Development Management Program, Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia. Tel: 04-6532665; Mobile: 019-5183823; Fax: 04-6532124 E-mail: [email protected] / [email protected] Abstract This paper aims to identify and analyze selected verses of the Qur'an that are related to the elements of the development worldview (tasawwur). Development worldview here refers to the comprehensive view and a true and correct picture of Islamic- based development (IbD). It aims to explain the whole characteristics of the IbD holistically, as the basis of all development activities in human life. In the Qur'an, the verses of the elements of the development worldview are actually located separately in many chapters (surah). The question then is which ones of the verses could be accounted as the verses of the development worldview? What are the conceptual elements of the development worldview in the Qur'an that could be constructed from these verses? This paper attempts to seek for the answer through three main purposes. Firstly, to identify the selected verses of the Qur'an that are related to the development worldview. Secondly, using a thematic exegesis approach, to analyze the identified Quranic verses of the development worldview; and thirdly, to develop the conceptual elements of the development worldview based on the identified verses of the Qur‘an. The main objects studied in this paper are the Quranic verses themselves. This is assisted by other references, especially those related to Quranic exegesis. All these are analyzed using a content analysis method. It will be shown that there are six conceptual elements of development worldview found in the 1 Mohd Shukri Hanapi is Lecturer of Islamic Development Management Program of the Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. He obtained his Ph.D and M.A from Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia and B.A (Hons) from Al-Azhar University, Cairo, Egypt. He has 5 books and about 420 other writings to his credit. His specializations are Epistemology and Islamic Worldview, Islamic-Based Development, Human Development, Al-Qur an and Al-Sunnah for Development Management, Quranic Exegesis and Methodology of Quranic Exegesis. 1
Transcript
Page 1: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

The Elements of the Development Worldview in the Qur’an: An Analysis of Selected Verses

Dr. Mohd Shukri Hanapi1

Lecturer of Islamic Development Management Program,Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV),

School of Social Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia.

Tel: 04-6532665; Mobile: 019-5183823; Fax: 04-6532124E-mail: [email protected] / [email protected]

Abstract

This paper aims to identify and analyze selected verses of the Qur'an that are related to the elements of the development worldview (tasawwur). Development worldview here refers to the comprehensive view and a true and correct picture of Islamic-based development (IbD). It aims to explain the whole characteristics of the IbD holistically, as the basis of all development activities in human life. In the Qur'an, the verses of the elements of the development worldview are actually located separately in many chapters (surah). The question then is which ones of the verses could be accounted as the verses of the development worldview? What are the conceptual elements of the development worldview in the Qur'an that could be constructed from these verses? This paper attempts to seek for the answer through three main purposes. Firstly, to identify the selected verses of the Qur'an that are related to the development worldview. Secondly, using a thematic exegesis approach, to analyze the identified Quranic verses of the development worldview; and thirdly, to develop the conceptual elements of the development worldview based on the identified verses of the Qur‘an. The main objects studied in this paper are the Quranic verses themselves. This is assisted by other references, especially those related to Quranic exegesis. All these are analyzed using a content analysis method. It will be shown that there are six conceptual elements of development worldview found in the Qur‘an. They are Oneness of Allah, servitude of self/worship to Allah, vicegerent on earth, natural resources, time frame – world of al-ruh, present world, and the world hereafter, and pleasures of Allah. It is based on these six conceptual elements of development worldview that the IbD worldview is constructed.

Keywords: worldview, development, Islamic-based development, conceptual elements

Introduction

The conventional development (CD) and the Islamic-based development (IbD) are two different entities. CD terbina daripada tasawur lazim yang lahir daripada epistemologi Barat. 1 Mohd Shukri Hanapi is Lecturer of Islamic Development Management Program of the Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia. He obtained his Ph.D and M.A from Universiti Sains Malaysia, Penang, Malaysia and B.A (Hons) from Al-Azhar University, Cairo, Egypt. He has 5 books and about 420 other writings to his credit. His specializations are Epistemology and Islamic Worldview, Islamic-Based Development, Human Development, Al-Qur’an and Al-Sunnah for Development Management, Quranic Exegesis and Methodology of Quranic Exegesis.

1

Page 2: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Epistemologi Barat berakar umbi daripada hujah-hujah akal dan rasional semata-mata, iaitu pemikiran pengasas-pengasas teori pembangunan yang terikat dengan falsafah CD. Manakala IbD pula terbina daripada tasawur Islam yang lahir daripada epistemologi Islam. Epistemologi Islam berakar umbi daripada empat sumber utama iaitu al-Qur’an, Hadith, ijma‘ dan qiyas. Keempat-empat sumber ini membentuk tasawur Islam yang jauh berbeza daripada tasawur lazim. Malah ia menjadi asas kepada pembentukan teori IbD (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:21; Sidek Baba, 2006:186-187 & 191-192).

Persoalannya, adakah teori IbD ini boleh diaplikasikan sedangkan ia tidak pun lahir daripada acuan epistemologi dan tasawur CD? Justeru, bagaimanakah teori IbD itu dapat disamakan dengan teori CD sedangkan epistemologi dan tasawurnya jelas berbeza? Inilah yang menjadi faktor utama kenapa kertas kerja ini ditulis. Oleh kerana tasawur CD dikatakan jauh berbeza daripada tasawur IbD, maka persoalan utama inilah yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini. Walau bagaimanapun, perbincangan dalam kertas kerja ini hanya memfokuskan kepada tasawur pembangunan dalam al-Qur’an kerana al-Qur’an itu merupakan sumber ilmu Islam yang paling tinggi dan utama. Di samping itu, ia diharap akan menjadi peneroka kepada kajian tentang tasawur IbD dalam sumber ilmu Islam yang tiga lagi iaitu Hadith, ijma‘ dan qiyas.

Setakat penelitian penyelidik, belum ditemui kajian-kajian tentang tasawur pembangunan dalam al-Qur’an ini. Kalau ada pun ia hanya membincangkan tentang lima perkara. Pertama, struktur dasar tasawur dalam al-Qur’an iaitu hubungan antara Allah SWT, manusia dan alam (Izutsu, 1964). Kedua, perkara-perkara asas yang dijadikan tapak dalam pembangunan masyarakat, antaranya ialah seperti syari‘at Islam, sistem ekonomi, pendidikan, perundangan dan sebagainya (al-Fawal, 1985). Ketiga, tasawur rabbani (ketuhanan) menurut al-Qur’an dan al-Sunnah iaitu Allah SWT sebagai Pencipta, manusia sebagai hamba dan khalifah, dan alam semesta sebagai makhluk (Ramli Awang, 1997). Keempat, al-Wasatiyyah (kesederhanaan) yang merupakan salah satu ciri tasawur al-Qur’an (al-Salabiy, 1999); dan kelima, mengaplikasikan tasawur al-Qur’an (manhaj al-Qur’an) dalam usaha mewujudkan hubungan baik antara rakyat dengan pemerintah di Jordan (Husayn, 1999). Sebenarnya, tasawur dalam al-Qur’an yang dibincangkan dalam kelima-lima kajian ini adalah berbeza-beza. Hal ini mempamerkan bahawa tasawur dalam al-Qur’an itu bukanlah sesuatu yang bersifat tetap dan khusus. Ia lebih cenderung mengikut objektif kajian seseorang penyelidik. Lagipun, semua perkara yang terkandung dalam al-Qur’an itu boleh dikategorikan sebagai tasawur al-Qur’an.

Berdasarkan kelompangan yang wujud inilah maka perbincangan tentang tasawur pembangunan dalam al-Qur’an ini amat penting dilakukan. Ia dilakukan untuk mencapai tiga objektif kajian. Firstly, to identify the selected verses of the Qur'an that are related to the development worldview. Secondly, using a thematic exegesis approach, to analyze the identified Quranic verses of the development worldview; and thirdly, to develop the conceptual elements of the development worldview based on the identified verses of the Qur‘an.

Untuk mencapai kesemua objektif ini, kajian kualitatif yang berbentuk penerokaan dan deskriptif ini mengguna pakai kaedah tafsir al-Mawdu‘iy (thematic exegesis), iaitu dengan mengumpul dan menganalisis ayat-ayat al-Qur’an berkaitan sesuatu tema atau tajuk sama ada tertumpu kepada sesebuah surah atau pelbagai surah dalam al-Qur’an (Muslim, 1997:16). Dalam kajian ini, semua ayat al-Qur’an yang dikumpul dan dianalisis itu adalah berkaitan tema tasawur pembangunan. Ia dikumpul dari pelbagai surah dalam al-Qur’an. Dengan kata

2

Page 3: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

lain, ia tidak tertumpu kepada sesebuah surah sahaja kerana ayat-ayat tasawur pembangunan itu berada dalam pelbagai surah.

Oleh kerana bilangan ayat-ayat al-Qur’an tentang tasawur PBI terlalu banyak, iaitu sekitar 500 ayat (Mohd Shukri Hanapi, 2012:259), maka kertas kerja ini hanya memfokuskan kepada ayat-ayat al-Qur’an yang terpilih sahaja. Ayat-ayat al-Qur’an yang terpilih itu mestilah ada menjelaskan tentang salah satu daripada tiga elemen asas dalam tasawur Islam yang menjadi acuan kepada PBI. Tiga perkara asas yang dimaksudkan itu ialah pertama, Allah SWT adalah Pencipta; kedua, manusia adalah hamba dan khalifah Allah SWT; dan ketiga, sumber alam juga adalah makhluk yang seperti juga manusia, tunduk patuh kepada Allah SWT. Umumnya, al-Qur’an secara langsung mahupun tidak langsung telah menggambarkan tentang tiga elemen asas ini (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:21; Ramli Awang, 1997:16-54). Ketiga-tiga elemen asas ini akan dihubungkan dengan PBI.

Secara keseluruhannya, perbincangan dalam kertas kerja ini terbahagi kepada empat bahagian utama. Bahagian pertama, membincangkan tentang definisi operasional tiga kata kunci iaitu worldview, development and development worldview. Bahagian kedua pula menyentuh tentang pengenalpastian dan pemilihan ayat-ayat tasawur pembangunan dalam al-Qur’an. Ia merangkumi pembahagian ayat-ayat tersebut mengikut elemen-elemen konsep tasawur IbD yang terkandung di dalamnya beserta huraian intipati maknanya. Bahagian ketiga memuatkan pembinaan tasawur pembangunan berdasarkan al-Qur’an. Ia memberi tumpuan kepada elemen-elemen konsep tasawur pembangunan yang terdapat dalam al-Qur’an. Akhir sekali merupakan bahagian penutup dan rumusan daripada keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini.

Definition of Operational

Terdapat tiga kata kunci utama dalam kertas kerja ini. Ketiga-tiga kata kunci yang dimaksudkan itu ialah worldview, development and development worldview. Definisi operasional semua kata kunci inilah yang dibincangkan dalam bahagian ini. Tujuannya ialah untuk menjelaskan maksud yang diguna pakai dalam kertas kerja ini.

a) Worldview

From the Islamic terminology, worldview is referred to as tasawwur. The word tasawwur in Islam is derived from the Arabic language. Kata dasar bagi istilah tasawwur ini ialah sawwara (Mihna, 1993:45) dan disebut di beberapa tempat dalam al-Qur’an seperti dalam Surah Ali ‘Imran (3:6), al-A‘raf (7:11), Ghafir (40:64), al-Hasyr (59;24), al-Taghabun (64:3) dan al-Infitar (82:3).

Sebenarnya, perkataan sawwara ini mempunyai beberapa maksud seperti to give a perception to the form that is viewed (Mihna, 1993:45; Ibn Manzur, 1994:473); to try and give an actual view on something (Mas‘ud, 1990b:936; al-Qasimiy, 1989:755); to give an actual outlook on something; and to produce the outline of the thing in the mind (al-Qasimiy, 1989:755; Madkur, 1990:373).

According to Hamid Fahmy Zarkasyi (2004), istilah tasawur ini bersifat neutral (berkecuali) dan hanya diguna pakai sebagai kata pinjaman. Oleh itu, ia perlu disandarkan dengan kata sifat Islam. Sesuatu istilah asing akan mengalami perubahan definisinya apabila disandarkan dengan kata sifat Islam, Kristian, Barat dan sebagainya. Dengan kata lain, istilah-istilah ini

3

Page 4: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

boleh diguna pakai untuk apa jua agama dan peradaban pun. Misalnya, tasawwur al-Islamiy, Islamic worldview, Western worldview, Christian worldview, Hindis worldview, Buddhist worldview, New Testament worldview dan sebagainya (Abdelaziz Berghout, 2009:58). Kata sifat Islam, Barat, Kristian, Hindu dan Buddha itu digunakan sebagai pembeza. Selain itu, hal ini juga mempamerkan bahawa setiap agama dan peradaban itu mempunyai tasawwur yang tersendiri.

Berdasarkan perbincangan pengertian tasawwur ini, dapatlah disimpulkan bahawa maksud istilah tasawwur ialah gambaran atau penjelasan yang komprehensif dan hakiki mengenai sesuatu (Mohd. Kamal Hassan, 1993; Ramli Awang, 1997:6). Pengertian yang komprehensif ini merangkumi penjelasan yang sebenar dan lengkap tentang perkara yang dikaji (Haron Din, 1992:3). Apabila perkataan tasawur itu digabungkan dengan kata sifat Islam, maka ia membentuk tasawur Islam yang bermaksud gambaran komprehensif atau hakiki mengenai Islam yang bertujuan memperjelaskan secara keseluruhan prinsip asas Islam secara benar dan menyeluruh sehingga menjadi asas kepada pandangan hidup dan bersebati dalam diri seseorang (Haron Din, 1992:3; Muhammad Syukri Salleh, 2003a:21; Ramli Awang, 1997:6). Maksud tasawur Islam inilah yang digunakan dalam kertas kerja ini

b) Development

Dalam kertas kerja ini istilah pembangunan merujuk kepada Islamic-based development (IbD). Muhammad Syukri Salleh (2002:49 & 2003b:5) telah mendefinisikan semula ilmu IbD agar ia lebih jitu, komprehensif dan mempamerkan ia perlu bermula dari akar umbinya sendiri. Akar umbi yang dimaksudkan oleh Muhammad Syukri Salleh ialah tasawur Islam. Menurut beliau, IbD merujuk kepada satu proses pembangunan yang komprehensif, bersepadu dan seimbang. Ia melibatkan semua aspek kehidupan seseorang, baik di peringkat individu mahupun komuniti. Ia merangkumi aspek pembangunan rohani dan jasmani. Ia juga lahir daripada pelaksanaan fungsi individu dalam institusi sebagai hamba Allah SWT dalam perspektif perhubungan menegak (habl min Allah) dan khalifah Allah SWT dalam perspektif hubungan mendatar (habl min al-Nas). Sebenarnya, ini merupakan definisi awal IbD yang telah dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh. Oleh sebab itu ia masih kurang mendalam.

Selepas itu, Muhammad Syukri Salleh (2002 & 2003b) telah berusaha mengemukakan huraian yang mendalam dan komprehensif tentang maksud IbD berbanding pengertian awal sebelum ini. Menurut Fadzila Azni Ahmad (2010:29), penghuraian Muhammad Syukri Salleh tentang maksud PBI ini boleh dilihat dengan jelas dalam tiga aspek utama, iaitu aspek tasawur, epistemologi dan ontologi.

Dari aspek tasawwur, Muhammad Syukri Salleh (2002:57 & 2003a:21) menjelaskan bahawa IbD mestilah lahir daripada tasawur Islam. Menurut beliau lagi, terdapat tiga asas utama dalam tasawur Islam. Pertama, Allah SWT adalah Pencipta; kedua, pelaku pembangunan adalah makhluk; dan ketiga, peralatan pembangunan juga adalah makhluk. Ketiga-tiga asas inilah merupakan acuan yang membentuk IbD. Dari aspek epistemologi pula, Muhammad Syukri Salleh (2002:21-29) menghuraikan bahawa ilmu IbD merangkumi kesepaduan antara ilmu daruri dengan ilmu nazari, dalil-dalil ‘aqli dengan dalil-dalil naqli, ilmu fard ‘ayn dan ilmu fard kifayah. Manakala dari aspek ontologi pula, Muhammad Syukri Salleh (2002:8 & 67) menekankan bahawa inti pati IbD melibatkan pembangunan spiritual dan material, akal dan hati, ilmu dan amal, perkaedahan saintifik dan perkaedahan metafizik. Ia juga merupakan

4

Page 5: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

gabungan bersepadu disiplin-disiplin ekonomi, politik, kewangan, sosiologi, psikologi, antropologi, falsafah, perundangan dan sebagainya.

Setakat tinjauan penulis, tidak ditemui satu pun definsi IbD yang mendalam dan komprehensif sebagaimana yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh ini. Jika adapun, kebanyakannya hanya memberi penekanan kepada aspek ontologi sahaja. Misalnya, Ataul Huq Pramanik (1998:xi), dan Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad (2005:320) yang sekadar mendefinisikan PBI sebagai sistem pembangunan yang komprehensif dan merangkumi aspek-aspek moral, kerohanian dan kebendaan. Definisi ringkas ini kemudiannya diperincikan pula oleh Mohd. Kamal Hasan (1988:251) sebagai suatu kegiatan yang berorientasikan nilai dan matlamat penyempurnaan kesejahteraan manusia dalam semua aspek itu. Aspek moral dan kebendaan, ekonomi dan sosial, kerohanian dan fizikal tidak boleh dipisah-pisahkan. Matlamatnya bukan sekadar mendapat kesejahteraan di dunia, malah ingin melihat kesejahteraan itu berterusan sehingga ke hari akhirat.

Berdasarkan perbincangan istilah IbD ini, didapati definisi IbD yang dikemukakan oleh Muhammad Syukri Salleh (2002 & 2003a) cukup mendalam dan komprehensif. Ia jelas berlandaskan kepada akar umbi Islam iaitu aspek epistemologi dan tasawur Islam. Justeru, definisi Muhammad Syukri Salleh itulah yang akan diguna pakai dalam kertas kerja ini.

c) Development Worldview

Apabila perkataan worldview itu digabungkan dengan perkataan pembangunan, maka terbentuklah istilah development worldview. Development worldview yang dibincangkan dalam kertas kerja ini ialah gambaran komprehensif dan hakiki mengenai IbD. Ia bertujuan menjelaskan elemen-elemen konsepnya secara benar dan menyeluruh sehingga menjadi asas kepada segala aktiviti pembangunan dalam kehidupan manusia. Gambaran ini pula sudah tentu tidak terhad kepada pembangunan di dunia atau alam fizikal sahaja, kerana IbD bersifat universal iaitu bermula dari alam roh hinggalah ke alam akhirat dan dari aspek jasmani hinggalah ke aspek rohani (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:33). Maksud development worldview inilah yang akan diguna pakai dalam kertas kerja ini.

The Development Worldview Verses in the Qur’an

Pemilihan ayat-ayat al-Qur’an tentang tasawur pembangunan dalam kertas kerja ini dibuat berdasarkan tiga elemen ayat serta beberapa cirinya yang tertentu. Ketiga-tiga elemen yang dijadikan sebagai kriteria dalam pengenalpastian dan pemilihan ayat-ayat al-Qur’an ini merupakan elemen-elemen asas tasawur yang terdapat dalam al-Qur’an. Manakala ciri-cirinya pula dirumuskan daripada perbincangan-perbincangan orang tentang ketiga-tiga elemen tersebut. Hal ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Elemen-elemen Asas Serta Ciri-ciri Ayat Tasawur Pembangunan

Bil. Elemen Ayat Ciri-ciri Elemen Ayat

1. Allah sebagai Pencipta Allah Pencipta segala sesuatu Allah Pencipta segala sesuatu mengikut

takdir

2. Manusia sebagai makhluk Proses penciptaan manusia Fungsi manusia sebagai hamba Allah

Fungsi manusia sebagai khalifah Allah

5

Page 6: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

3. Sumber alam sebagai makhluk Allah Pencipta sumber alam Allah Pemilik sumber alam Keluasan sumber alam Jenis-jenis sumber alam

Jadual 1 ini menunjukkan tiga elemen asas ayat serta ciri-cirinya yang dijadikan sebagai kriteria dalam pengenalpastian dan pemilihan ayat-ayat al-Qur’an tentang tasawur pembangunan. Pertama, Allah SWT sebagai Pencipta; kedua, manusia sebagai makhluk; dan ketiga, sumber alam sebagai makhluk. Walau bagaimanapun, kertas kerja ini tidak membincangkan semua ayat yang memenuhi ketiga-tiga kriteria yang ditetapkan ini. Hanya beberapa ayat sahaja yang dipilih untuk dibincangkan. Pemilihan ini dibuat secara bertujuan (purposive sampling) iaitu dipilih ayat-ayat al-Qur’an yang benar-benar menjelaskan tentang tema tasawur pembangunan dan seterusnya dapat menjelaskan objektif penulisan kertas kerja ini.

Setelah ayat-ayat al-Qur’an tentang tasawur pembangunan itu berjaya dikenal pasti dan dikumpulkan, ia dibahagikan kepada enam kumpulan ayat. Keenam-enam kumpulan ayat ini merujuk kepada elemen-elemen konsep tasawur IbD yang terdapat dalam ayat-ayat tersebut. Pertama, al-Tawhid (Oneness of Allah); kedua, al-‘Ubudiyyah (servitude of self/worship to Allah); ketiga, khalifah fi al-Ard (vicegerent on earth); keempat, mawarid al-Tabi‘i (natural resources); kelima, al-Azminah - ‘Alam al-Ruh, ‘Alam al-Dunya wa ‘Alam al-Akhirah (time frame – world of al-Ruh, present world, and the world hereafter); dan keenam, mardhatillah (pleasure of Allah). Pembahagian ayat-ayat tasawur pembangunan mengikut keenam-enam elemen konsep ini berserta huraian intipati maknanya akan dijelaskan dalam bahagian-bahagian yang berikutnya.

a) Al-Tawhid

Sebanyak 4 ayat tasawur pembangunan yang berkaitan elemen al-Tawhid ini telah dipilih. Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 2: Ayat-ayat al-Qur’an Tentang Elemen al-Tawhid

Bil. Surah & Ayat Inti Pati Ayat1 Al-Qamar (54:49) Allah mencipta seluruh makhluk berdasarkan kepada

takdir atau ketentuan-Nya sejak azali lagi (al-Tabariy, 1992d:569)

2 Al-An‘am (6:101-102) Allah adalah Pencipta langit dan bumi (al-Qurtubiy, 1993c:36) dan segala sesuatu yang wujud di alam ini. Allah yang mencipta segala sesuatu itulah Tuhan yang wajib disembah (Ibn Kathir, 1992a:166)

3 Al-Ra‘d (13:16)

b) Al-‘Ubudiyyah

Sebanyak 14 ayat tasawur pembangunan yang berkaitan elemen al-‘Ubudiyyah ini telah dipilih. Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 3: Ayat-ayat al-Qur’an Tentang Elemen al-‘Ubudiyyah

Bil. Surah & Ayat Inti Pati Ayat1 Al-Dhariyat (51:56) Tujuan Allah menciptakan manusia adalah semata-mata

6

Page 7: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

untuk mengabdikan diri dan beribadah kepada-Nya (Ibn ‘Asyur, 2003:25).

2 Al-Zumar (39:11) Perintah supaya beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan dan ketauhidan (al-Raziy, 1990:222 & 226)3 Al-Bayyinah (95:5)

4 Al-Najm (53:62) Setiap manusia diperintahkan supaya beribadah dalam rangka mengabdikan diri kepada Allah (al-Tabariy, 1992d:543). Perintah beribadah ini berbentuk positif.

5 Hud (11:50 & 11:123)6 Al-Baqarah (2:21) 7 Al-Nisa’ (4:36)8 Al-Isra’ (17:23)

Umat manusia dilarang daripada menyembah sesuatu yang lain daripada Allah SWT. Perintah beribadah ini berbentuk negatif.

9 Ghafir (40:66), 10 Al-Baqarah (2:83) 11 Ali ‘Imran (3:64)12 Al-Fatihat (1:5) Ithbat (ketetapan) dan ikrar dalam pengabdian diri kepada

Allah (Ibn Kathir, 1991a:28)13 Al-Kafirun (109:2)

c) Khalifah fi Al-Ard

Sebanyak 10 ayat tasawur pembangunan yang berkaitan elemen khalifah fi al-Ard ini telah dipilih. Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 3.

Jadual 4: Ayat-ayat al-Qur’an Tentang Elemen Khalifah fi Al-Ard

Bil. Surah & Ayat Inti Pati Ayat1 Al-Baqarah (2:30) Manusia berfungsi sebagai khalifah di muka bumi (al-

Qurtubiy, 1993a:182)2 Sad (38:26), Tugas dan tanggungjawab yang dibebankan ke atas

seorang khalifah ialah untuk menegakkan hukum Allah di bumi ini dengan adil dan saksama (al-Tabariy, 1992c:575). Selain itu mereka ditugaskan memakmurkan bumi ini yang merangkumi manusia itu sendiri, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh makhluk ciptaan Allah yang lain (Ibn Kathir, 1992b:466)

3 Hud (11:61) 4 Al-Hajj (95:5)

5 Al-Baqarah (2:31-33) Potensi dan kemampuan yang berupa ilmu pengetahuan dan kecerdasan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia agar mereka mampu melaksanakan kewajipannya sebagai khalifah di bumi ini (Ibn Kathir, 1992a:76)

6 Al-Ahzab (33:72) Tugas khalifah adalah sebagai salah satu amanah daripada Allah (M. Quraish Shihab, 2003:331).

7 Al-An‘am (6:165) Pemberian tugas khalifah kepada manusia adalah untuk mengangkat kedudukan mereka (al-Qurtubiy, 1993c:103)

8 Al-Nur (24:55) Allah berjanji untuk menjadikan orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mengerjakan amal kebaikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi (al-Zuhayliy, 1991c:282-283).

d) Mawarid Al-Tabi‘i

Sebanyak 34 ayat tasawur pembangunan yang berkaitan elemen mawarid al-Tabi‘i ini telah dipilih. Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 5: Ayat-ayat al-Qur’an Tentang Elemen Mawarid al-Tabi‘i

Bil. Surah & Ayat Inti Pati Ayat1 Qaf (50:38) Allah merupakan Pencipta segala sumber alam yang wujud

7

Page 8: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

di bumi (al-Tabariy, 1992a:154)2 Al-Isra’ (17:99)3 Baqarah (2:117)4 Al-Muzzammil (73:9)

Allah merupakan Pemilik mutlak segala sumber alam yang wujud ini (Ibn Kathir, 1992c:138)

5 Maryam (19:65)6 Al-Zumar (39:63)7 Al-Munafiqun (63:7)8 Al-Rum (30:22) Tujuan Allah menciptakan sumber alam adalah untuk

pembangunan kerohanian. Ia merujuk kepada bagaimana segala bentuk sumber alam itu dapat menjadi unsur yang membuktikan kewujudan, keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah.

9 Ali-‘Imran (3:190-191)

10 Al-Rum (30:8) Tujuan Allah menciptakan sumber alam adalah untuk pembangunan intelek (akal). Ia merujuk keppada kejadian sumber alam sebagai bahan untuk difikirkan dan direnungkan oleh manusia. Allah menciptakan manusia dengan kebolehan berfikir. Dengan adanya sumber alam, manusia boleh menggunakan akalnya untuk mengkaji, meneliti, memerhati dan memahami, segala kejadian untuk dimanfaatkan sebagai peralatan pembangunan.

11 Al-Naba’ (78:14-15) Tujuan Allah menciptakan sumber alam adalah untuk kegunaan manusia (pembangunan jasmani). Ia merujuk kepada fungsi sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia seperti makanan, pakaian, perhiasan, peralatan, tempat tinggal, perhubungan, pengangkutan dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan manusia ini, Allah telah menjadikan segala yang ada dalam alam ini supaya tunduk kepada manusia.

12 Al-A‘raf (7:57)13 Fatir (35:27)14 Luqman (31:20)15 Al-Jathiyah (45:13)

16 Al-A‘raf (7:10)Keluasan sumber alam dalam bentuk rezeki yang ditetapkan dan dikurniakan oleh Allah (Ibn Kathir, 1992b:452)

17 Al-Isra’ (17:31 & 17:70)18 Hud (11:6)19 Al-Zumar (39:52)20 Al-Baqarah (2:267) Keluasan sumber alam dalam bentuk konsep pengagihan

semula melalui zakat, sedekah, wakaf dan sebagainya (al-Qurtubiy, 1993b:208)

21 Al-Ra‘d (13:22) 22 Al-Munafiqun (63:10)23 Al-A‘raf (7:96) Keluasan sumber alam dalam bentuk konsep barakah

(keberkatan). Allah berjanji akan menambahkan lagi rezeki kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya (Qutb, 1987:1339)

24 Al-Talaq (65:2-3)

25 Al-Furqan (25:67) Keluasan sumber alam dalam bentuk kaedah penggunaan sumber alam seperti tidak membazir dan boros (Ibn Kathir, 1992c:338)

26 Al-An‘am (6:141)

27 Al-Qasas (28:77)Islam menuntut manusia supaya menggunakan segala sumber alam itu dengan sebijak-bijak dan sebaik-baiknya.

28 Ali ‘Imran (3:180)30 Al-Tawbah (9:76)31 Al-Baqarah (2:177)32 Al-Mu’minun (23:51) Etika-etika dan peraturan-peraturan dalam penggunaan

sumber alam yang dianugerahkan oleh Allah, iaitu makan makanan yang halal lagi baik (Ibn Kathir, 1992a:209 & 210)

33 Al-Baqarah (2:168 & 2:172)

34 Al-Ma’idah (5:88)

e) Al-Azminah - ‘Alam al-Ruh, ‘Alam al-Dunya wa ‘Alam al-Akhirah

8

Page 9: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Sebanyak 11 ayat tasawur pembangunan yang berkaitan elemen al-azminah ini telah dipilih. Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 5.

Jadual 6: Ayat-ayat al-Qur’an Tentang Elemen Al-Azminah

Bil. Surah & Ayat Inti Pati Ayat1 Al-A‘raf (7:172) Pengakuan dan perjanjian manusia ketika di alam roh

bahawa mereka merupakan makhluk ciptaan dan milikan Allah (Ibn Kathir, 1992b:272)

2 Al-Hadid (57:8)

3 Al-Jathiyah (45:26) Manusia dilahirkan ke alam dunia sebagai alam pembuktian terhadap perkara yang dijanjikan di hadapan Allah SWT ketika di alam roh. Pada hari akhirat pula manusia dibangkitkan semula untuk perhitungan segala amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia (al-Tabariy, 1992b:205-206 & 1992d:265)

4 Al-Mu’minun (23:12-16)5 Al-Hajj (22:5)

6 Al-Qasas (28:77) Perintah supaya menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat.7 Al-Ra‘d (13:26)

f) Mardatillah

Sebanyak 3 ayat tasawur pembangunan yang berkaitan elemen mardatillah ini telah dipilih. Ini sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 7: Ayat-ayat al-Qur’an Tentang Elemen Mardatillah

Bil. Surah & Ayat Inti Pati Ayat1 Al-Kahfi (18:110) Manusia yang dianugerahkan pahala dan balasan baik dari

Allah; diberi keizinan melihat Allah pada hari akhirat kelak; dan mendapat kebahagiaan di akhirat adalah orang yang mendapat keredhaan Allah (al-Zuhayliy, 1991b:43)

2 Al-Hajj (22:103)

3 Al-Tawbah (9:72) Tiada harapan yang lebih tinggi dan tiada nikmat yang lebih besar selain keredhaan Allah. Dengan keredhaan Allah seseorang hamba itu akan mendapat al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat (al-Zuhayliy, 1991a:303; Ibn Hajar, 1989:515).

Walau bagaimanapun, aspek keredhaan Allah SWT dalam kedua-dua ayat ini tidak dinyatakan secara langsung. Ia hanya hanya wujud secara tersirat sahaja.

The Construction of the Development Worldview Based on the Qur’an

Berdasarkan perbincangan tentang ayat-ayat tasawur pembangunan yang dipilih sebelum ini, dapatlah dibina tasawur pembangunan berdasarkan al-Qur’an. Pembinaan ini telah menghasilkan enam elemen konsep tasawur IbD. Pertama, berpaksikan tauhid; kedua, berkaedahkan pengabdian diri/beribadah kepada Allah SWT; ketiga, manusia hamba dan khalifah itu sebagai pelaku pembangunan; keempat, menjadikan sumber alam sebagai alat atau wasilah pembangunan; kelima, menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat; dan keenam, bermatlamat mencapai keredhaan Allah SWT. Keenam-enam elemen konsep tasawur IbD ini dihuraikan secara terperinci dalam bahagian-bahagian yang seterusnya.

a) Berpaksikan Al-Tawhid

9

Page 10: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Tauhid merupakan konsep ketuhanan dalam al-Qur’an. Ia merupakan asas keimanan dan keyakinan manusia tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT (al-Ikhlas, 112:1-3). Mereka mengaku bahawa Allah SWT adalah Pencipta, Pemilik dan Penguasa mutlak alam ini (Tauhid Rububiyyah). Oleh sebab itu, Ia wajib disembah dan ditaati (Tauhid Uluhiyyah) (Al-Qaradawiy, 1995:31; Ghazali Darusalam, 2001:289). Berasaskan kepada kedudukan terpenting elemen tauhid ini, ia diletakkan sebagai tunjang kepada tasawur pembangunan berdasarkan al-Qur’an. Dengan kata lain, ia merupakan satu pendekatan yang meletakkan aspek al-Rabbaniyyah (Ketuhanan) sebagai paksi atau tunjang bagi segala usaha yang bersangkutan dengan pembangunan. Apabila tauhid ini menjadi paksi atau tunjang kepada segala aspek dalam kehidupan manusia umumnya dan tasawur pembangunan khususnya, maka aspek-aspek lain seperti fiqh (hukum amal) dan akhlak (budi pekerti) akan bernaung di bawahnya (Ghazali Darusalam, 2001:290). Maksudnya, tauhid sebagai induk, manakala fiqh dan akhlak berada di bawahnya.

Peletakan tauhid sebagai paksi tasawur pembangunan ini adalah berdasarkan ayat Surah al-An‘am (6:101-102) dan al-Ra‘d (13:16) yang dibincangkan sebelum ini. Bukan sekadar itu, bahkan para Nabi dan Rasul pun diutuskan dengan membawa risalah tauhid (al-Nahl, 16:36; al-Anbiya’, 21:25; al-Mu’minun, 23:32). Misalnya, Nabi Nuh a.s. (al-A‘raf, 7:59; al-Mu’minun, 23:23), Nabi Hud a.s. (al-A‘raf, 7:65; Hud, 11:25-26 & 50; al-Ahqaf, 46:21), Nabi Salih a.s. (al-A‘raf, 7:73; al-Naml, 27:45; Hud, 11:61), Nabi Syu‘ayb a.s. (al-A‘raf, 7:85; Hud, 11:84; al-‘Ankabut, 29:36), Nabi ‘Isa a.s. (al-Ma’idah, 5:72), Nabi Ya‘qub a.s. (al-Baqarah, 2:133), Nabi Ibrahim a.s. (al-‘Ankabut, 29:16; al-Mumtahanah, 60:4) dan Nabi Muhammad SAW (al-An‘am, 6:56; Ghafir, 40:66; al-Kahfi, 18:110). Bagi mengukuhkan lagi tentang perkara ini, Rasulullah SAW ketika berdakwah di Mekah telah mengajar ilmu tauhid terlebih dahulu sebelum keluarga dan para sahabat Baginda mempelajari ilmu-ilmu lainnya (Sabiq, 1988:106; Ghazali Darusalam, 2001:289-290).

Selari dengan peletakan tauhid sebagai tunjang kepada tasawur pembangunan sebagaimana yang dianjurkan dalam al-Qur’an itu, Muhammad Syukri Salleh (1985:22 & 2003a:41-42)mengatakan tunjang kepada ilmu dan amal mendatar (perhubungan manusia sesama manusia) ialah ilmu dan amal menegak (perhubungan manusia dengan Allah SWT) yang kandung oleh ilmu tauhid. Ia merupakan salah satu daripada cabang pokok ilmu fardhu ain. Menurut beliau lagi, inti pati ilmu tauhid ini mestilah disepadukan dengan semua ilmu fardhu ain yang lain seperti ilmu fiqh dan akhlak. Ilmu tauhid berhubungan dengan akidah. Dalamnya terkandung Rukun Islam dan Rukun Iman. Ia sebagai tunjang kepada segala ilmu dan keimanan (Muhammad Syukri Salleh, 1985:22 & 2003a:41-42). Ilmu fiqh pula berhubungan dengan amal jasmani atau secara khususnya merupakan pemahaman atau pengetahuan hukum yang berhubungan dengan perbuatan manusia yang dewasa dan berakal sihat (mukallaf) yang diambil dari dalil-dalil syarak (Rachmat Syafei, 2001:13-14). Ia terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat (Arsyad Thalib Lubis, 1976:7). Manakala ilmu tasawuf pula berkaitan tentang penyucian rohani dengan akhlak menjadi asas dan mengambil tempat yang sangat penting (Aboebakar Atjeh, 1977:5). Ia memandu manusia mengenali sifat-sifat terkeji (mazmumah) yang ada dalam diri masing-masing dan menyediakan kaedah menghapuskannya serta menggantikannya dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah)2. Hal ini

2 Secara mudahnya ilmu fardhu ain itu diumpamakan sebagai sebatang pokok. Akar dan tunjangnya ialah ilmu tauhid, batangnya ialah ilmu fiqh, manakala buahnya pula ialah ilmu tasawuf. Tidak mungkin sebatang pokok itu dapat hidup jika ia tidak mempunyai akar dan tunjang. Begitulah juga tidak mungkin pokok itu berbuah jika ia tidak mempunyai batang. Tidak bergunalah pokok yang tidak berbuah (Muhammad Syukri Salleh, 1985:24

10

Page 11: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

dapat mendekatkan lagi seseorang manusia itu dengan Allah SWT (Muhammad Syukri Salleh, 2002:26-27 & 2003a:41-42).

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003a:42:43), hal ini tidak bererti ilmu fardhu kifayah tidak diambil kira. Tambahan pula, pembangunan sebenarnya merupakan salah satu daripada bentuk fardhu kifayah. Fardhu ain dan fardhu kifayah jika dilihat sepintas lalu nampak terpisah, tetapi sebenarnya kedua-duanya adalah bersepadu dan tidak boleh dipisahkan. Walaupun pembangunan terletak dalam kategori fardhu kifayah, namun ia tidak boleh dikatakan PBI sekiranya ia tidak berpaksikan ilmu fardhu ain dan tidak dilaksanakan dalam kerangka fardhu ain tersebut. PBI mesti bertunjangkan kepada tauhid serta dilaksanakan mengikut segala perkara yang digariskan dalam ilmu fiqh dan akhlak.

Hujah Muhammad Syukri Salleh (2003a) ini selari dengan pandangan Mohd Radhi Ibrahim (2003:3) yang mengatakan fardhu ain dan fardhu kifayah adalah dua bahagian ilmu yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya berkait rapat dengan konsep perhambaan dan pengurusan pembangunan di bumi. Manusia diwajibkan mempelajari dan menguasai ilmu fardhu ain seperti akidah, fiqh dan akhlak agar mampu menjadi seorang hamba yang baik dan taat kepada Allah SWT. Demikian juga mereka diwajibkan mempelajari ilmu fardhu kifayah seperti kejuruteraan, perubatan dan pembangunan bagi melengkapkan diri untuk mengurus dan membangunkan bumi ini. Kewajipan ke atas setiap individu mempelajari ilmu fardhu ain mempamerkan peri pentingnya ilmu tersebut diketahui secara individu, manakala ilmu fardhu kifayah pula tidak diwajibkan ke atas setiap individu, sebaliknya ke atas sebahagian mereka sahaja kerana skopnya yang luas. Namun, setiap individu Muslim perlu juga menuntut ilmu fardhu kifayah yang diperlukannya untuk mengurus dan membangunkan bumi ini. Walau bagaimanapun, ilmu fardhu kifayah yang dipelajari itu tidak mempunyai sebarang erti jika ia tidak berpaksikan tauhid dan tidak dilaksanakan dalam kerangka ilmu fardhu ain.

Jelaslah bahawa sesuatu pembangunan itu tidak boleh dikatakan IbD jika ia tidak berpaksikan kepada al-Tawhid. Malah ia tidak diterima sebagai amal kebaikan dan sekadar dinilai sebagai debu yang ditiup angin (al-Nur, 24:39). Hal ini sama sekali menolak tanggapan Marxisme bahawa jiwa manusia akan tertindas dan derita jika kehidupan berpaksikan kepada tauhid (Sobri Salamon, 1988:84).

Tujuan sebenar diletakkan tauhid sebagai paksi kepada pembangunan adalah bagi menyediakan akar tunjang agar pembangunan yang diusahakan itu berada dalam lingkungan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah SWT (al-Nahl, 16:36); tidak terpisah daripada tujuan beribadah kepada Allah SWT (al-Dhariyat, 51:56); mematuhi dan menuruti segala peraturan yang ditetapkan Allah SWT (al-Isra’, 17:23-24); dan sentiasa berteraskan tauhid kepada Allah SWT (al-An‘am, 6:151-153).

Apabila paksi atau tunjang sesuatu pembangunan yang dilaksanakan itu sudah cukup kuat, maka barulah memudahkan usaha menjadikan pembangunan itu sebagai ibadah melalui pendekatan fiqh. Bukan setakat itu, bahkan pembangunan itu juga dapat dilaksanakan dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab melalui pendekatan akhlak. Gabungan ketiga-tiga perkara ini dengan meletakkan tauhid sebagai paksi akan membentuk satu kerangka pembangunan yang kukuh dan jitu.

Dari sudut pandangan yang lebih luas dan mendalam, konsep tauhid bertujuan menjalinkan hubungan di antara manusia dengan Penciptanya (habl min Allah) dan hubungan sesama

& 2002:27).

11

Page 12: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

manusia (habl min al-nas) (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996:47). Tauhid bukan sekadar satu kalimat, tetapi satu pengajaran falsafah bagaimana membuat perhubungan sesama manusia dengan berpaksikan perhubungan dengan Allah SWT (Sobri Salamon, 1989:25). Sebenarnya hal ini menggambarkan fungsi manusia sebagai pelaku pembangunan yang menjalankan tugasnya (hubungan sesama manusia) dan lebih tinggi lagi sebagai hamba yang patuh kepada perintah Allah SWT (hubungan dengan Pencipta). Hal ini bererti konsep tauhid telah meletakkan kedudukan manusia pada tahap yang sebenarnya dalam alam ini dan menerangkan kenapa dan untuk tujuan apakah manusia diciptakan oleh Allah SWT. Allah SWT yang berkuasa adalah Pencipta, manakala manusia pula sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini (Khurshid Ahmad, 1980:29-31).

Berdasarkan keseluruhan perbincangan tentang konsep tauhid ini, maka dapatlah dirumuskan bahawa meletakkan tauhid sebagai tunjang tasawur IbD adalah satu kewajipan. Hal ini bagi memastikan sesuatu pembangunan yang dilakukan itu diredhai Allah SWT dan seterusnya mendapat kejayaan (al-falah) di dunia dan di akhirat.

b) Berkaedahkan Al-‘Ubudiyyah

Jika tauhid yang merupakan salah satu daripada cabang pokok ilmu fardhu ain itu diletakkan sebagai paksi pembangunan, maka pengabdian diri kepada Allah SWT pula merupakan perkaedahannya. Hal ini adalah bersesuaian dengan janji manusia ketika di alam roh bahawa mereka adalah hamba Allah SWT (al-A’raf, 7:172; al-Hadid, 57:8). Malah Allah SWT sendiri menyatakan bahawa manusia diciptakan semata-mata untuk memperhambakan diri kepada-Nya (al-Dhariyat, 51:56). Selain itu, terdapat banyak perintah supaya memperhambakan diri kepada Allah SWT (Hud, 11:50 & 123; al-Najm, 53:62; al-Baqarah, 2:21; al-Nisa’, 4:36) dan larangan mensyirikkan-Nya (Ghafir, 40:66; al-Isra’, 17:23; Ali ‘Imran, 3:64; al-Baqarah, 2:83).

Sebagai hamba Allah SWT, manusia mesti sentiasa mengabdikan diri atau lebih khusus lagi ialah beribadah kepada-Nya. Beribadah kepada Allah SWT bererti memusatkan penyembahan kepada Allah SWT semata-mata dengan menjalani dan mengatur segala aspek kehidupan di dunia ini, zahir dan batin, jasmani dan rohani, sesuai dengan kehendak syariat, baik dalam kehidupan individu dengan Allah SWT sebagai hamba-Nya mahupun dalam hubungan sesama manusia sebagai anggota masyarakat (Ibn Qayyim, t.t.:485). Secara lebih jelas lagi, al-Qaradawiy (2006:37-38) menyatakan ibadah merupakan setiap perkara yang disyariatkan Allah SWT dan mengikuti setiap perkara yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Ia meliputi segala perintah dan larangan serta merangkumi perkara yang dihalalkan dan yang diharamkan. Inilah perkara yang terkandung dalam unsur taat dan tunduk kepada Allah SWT. Lebih mudah dari itu ialah maksud ibadah yang dikemukakan oleh al-Rajihiy (1998:6) dan al-Asyqar (1999:260). Menurut mereka, ibadah itu ialah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah SWT. Tidak kira sama ada perkara itu berbentuk perkataan atau amalan dan zahir atau batin.

Oleh itu, jelaslah bahawa ibadah itu mempunyai skop yang luas. Ia tidak hanya terhad kepada perkara-perkara ritual agama, tetapi juga merangkumi setiap aspek kehidupan manusia pada setiap ketika, termasuk dalam melaksanakan IbD. Pelaksanaan IbD pula tidak mungkin menjadi ibadah kecuali mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan. Oleh sebab ibadah mempunyai perkaedahan-perkaedahan tertentu, maka sekali gus ibadah jugalah yang menjadi perkaedahan kepada PBI seperti juga kepada segala perbuatan manusia di atas muka bumi ini (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:47).

12

Page 13: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2002:52 & 2003a:48-50), ibadah itu terbahagi kepada tiga bentuk iaitu ibadah asas, amalan-amalan utama (fada’il al-A‘mal) dan ibadah umum. Ibadah asas ialah ibadah-ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya. Amalan-amalan utama pula ialah amalan-amalan yang tidak wajib dilaksanakan tetapi sangat digalakkan oleh Islam seperti berzikir, membaca al-Qur’an dan bertasbih. Adapun ibadah umum ialah ibadah-ibadah yang lebih bersifat fardhu kifayah seperti munakahat, muamalat, politik, perubatan, perundangan, pembangunan dan sebagainya.

Sebenarnya ibadah asas dan amalan utama membawa kepada pembangunan kerohanian, manakala ibadah umum pula membawa kepada pembangunan material dan fizikal. Dengan kata lain, pembangunan kerohanian merupakan kesan daripada pengamalan ibadah asas dan amalan utama, manakala pembangunan material dan fizikal merupakan kesan daripada pengamalan ibadah umum. Oleh sebab IbD merupakan gabungan antara pembangunan rohani/spiritual dan jasmani/fizikal, maka IbD sebenarnya merupakan kesan daripada pengamalan keseluruhan bentuk ibadah itu (Muhammad Syukri Salleh, 2002:53 & 2003a:50).

Untuk memastikan setiap bentuk ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah SWT, begitu juga dengan pembangunan, ia mesti mengikut kaedah pelaksanaan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sekiranya kaedah dan peraturan-peraturan itu tidak diikuti, maka pembangunan berkenaan tidaklah dikira sebagai IbD (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:51).

Bagi ibadah asas dan amalan utama yang membawa kepada pembangunan kerohanian, ia tidak terlepas daripada tauhid, fiqh dan akhlak yang merupakan ilmu-ilmu fardhu ain. Dalam mengerjakan ibadah asas dan amalan utama ini, ketiga-tiga perkara ini mesti dilaksanakan secara sepadu (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:51). Rasa ketauhidan kepada Allah SWT (al-Bayyinah, 98:5) diletakkan sebagai tunjang, manakala fiqh menggariskan peraturan-peraturannya dan akhlak pula menimbulkan rasa kelazatan dalam beribadah serta menghayatinya.

Bagi ibadah umum yang membawa kepada pembangunan fizikal pula, Muhammad Syukri Salleh (2002:54 & 2003a:51) dan Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad (2005:19-20) menyatakan kaedahnya ditentukan oleh lima syarat. Usaha pembangunan yang dilakukan itu dikira sebagai ibadah apabila ia memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan ini. Pertama, dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah SWT dan dengan harapan untuk mendapat keredhaan-Nya. Kedua, isi atau kandungan usaha dan tugas tidak melanggar syariat. Ketiga, pelaksanaannya mengikut syariat. Maksudnya, ia dilakukan selaras dengan prinsip-prinsip syariat dan akhlak Islam seperti amanah, adil, bertanggungjawab dan sebagainya. Selain itu, ia hendaklah menepati kaedah atau cara yang ditentukan oleh syarak seperti memulakan dengan membaca basmalah dan doa. Keempat, natijah atau hasilnya juga tidak bercanggah dengan syariat. Kelima, segala usaha dan tugas yang dilakukan itu tidak melalaikan mereka daripada menunaikan ibadah-ibadah asas atau disebut sebagai ibadah khusus. Semua syarat yang ditetapkan ini adalah baik dari segi memenuhi tuntutan akidah, fiqh mahupun akhlak. Kaedah-kaedah pelaksanaan setiap bentuk ibadah itu adalah ditunjangi oleh tauhid atau rasa bertuhankan Allah SWT. Hal ini selaras dengan ayat Surah al-Bayyinah (98:5) yang telah dibincangkan sebelum ini. Perkara-perkara lain yang terdapat dalam kaedah-kaedah pelaksanaan setiap bentuk ibadah itu semuanya bernaung di bawah konsep tauhid. Malah semuanya berdiri atas paksi tauhid.

13

Page 14: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Berdasarkan keseluruhan perbincangan sebelum ini, didapati gabungan antara kaedah ibadah asas, amalan-amalan utama dan ibadah umum membentuk satu kaedah IbD. Jelas bahawa PBI itu berkaedahkan pengabdian diri kepada Allah SWT. Dengan itu maka pembangunan menjadi alat manusia mengabdikan diri kepada Allah SWT. Hal ini sesuai dengan fungsi penciptaan manusia di atas muka bumi ini iaitu untuk beribadah kepadanya (al-Dhariyat, 51:56).

Sebenarnya, ibadah itu merupakan perkaedahan IbD kerana manusia mesti sentiasa hidup dalam beribadah kepada Allah SWT dalam setiap aspek kehidupan, pada setiap saat dan ketika. IbD pula adalah salah satu daripada aspek kehidupan manusia itu. Oleh itu, ia juga mesti dilaksanakan dengan menggunakan ibadah sebagai kaedahnya.

c) Manusia Hamba dan Khalifah Sebagai Pelaku Pembangunan

Manusia mempunyai unsur-unsur fizikal, roh, akal dan nafsu (Mustapha Hj. Mohd. Jar, 1986:17). Ia berfungsi sebagai hamba (al-Dhariyat, 51:56) dan khalifah Allah SWT di muka bumi (al-Baqarah, 2:30). Sebagai hamba, manusia dikehendaki menyembah Allah SWT yang berkuasa mencipta dan memiliki seluruh alam ini, manakala sebagai khalifah pula, manusia ditugaskan membangunkan, memakmurkan dan menguruskan sumber alam (Mustapha Hj. Mohd. Jar, 1986:17). Gabungan kedua-dua fungsi utama penciptaan manusia inilah merupakan hakikat manusia yang berfungsi sebagai pelaku IbD.

Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003a:31), sebagai pelaku pembangunan, manusia mestilah mempertahankan status mereka sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Dalam hubungan menegaknya dengan Allah SWT (habl min Allah), manusia adalah hamba Allah SWT. Dalam hubungan mendatar manusia dan sumber alam (habl min al-nas), manusia adalah khalifah. Dengan itu, pelaku pembangunan dipercayai tidak dilahirkan hanya untuk menjalankan fungsi yang stereotaip dan sirkularistik seperti mengguna, membesar, belajar, bekerja, berkeluarga, reproduktif dan meninggal dunia. Mereka juga tidak boleh dianggap hanya sebagai manusia pengeluar atau pengguna yang hanya mengambil kira kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan segala perkara yang berbentuk lahir semata-mata. Segala aktiviti pengeluaran dan kepenggunaan hanyalah sebahagian daripada alat manusia untuk membuktikan pengabdiannya kepada Allah SWT yang telah ditetapkan sejak manusia berada di alam roh lagi (al-A‘raf, 7:172; al-Hadid, 57:8). Selain itu, ia juga sebagai alat untuk memenuhi keperluan hidupnya sebagai manusia biasa. Dalam apa jua aktiviti dan perbuatan mereka, status sebagai hamba dan khalifah Allah SWT tidak boleh lekang darinya.

Sehubungan itu, dalam melaksanakan proses pembangunan, manusia tidak boleh terjerumus menjadi hamba pembangunan kerana pembangunan sebenarnya adalah untuk manusia, bukan manusia untuk pembangunan (Muhammad Syukri Salleh, 2002:67 & 2003a:31). Dengan itu barulah pelaku pembangunan benar-benar dapat menghasilkan pembangunan yang termasuk dalam kategori ibadah dan diredhai Allah SWT.

d) Sumber Alam Sebagai Alat atau Wasilah Pembangunan

Semua sumber alam yang berbagai jenis dan bentuk yang wujud di alam dunia ini merupakan ciptaan (Qaf, 50:38; al-Isra’, 17:99; al-Baqarah, 2:117) dan milikan Allah SWT (Maryam, 19:65; al-Muzzammil, 73:9; al-Zumar, 39:63; al-Munafiqun, 63:7). Pemilikan Allah SWT ini

14

Page 15: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

adalah bersifat azali (sebenar), sedangkan pemilikan manusia pula ada bersifat majazi (sementara) (Sobri Salamon, 1989:10-11). Allah SWT dikatakan pemilik sumber alam yang sebenar kerana Dia-lah yang menciptakan sumber alam tersebut, manakala manusia pula dikatakan pemilik sementara kerana dalam soal ini manusia tidak lebih dari pemegang amanah yang diberi keizinan menggunakannya (Sobri Salamon, 1988:61). Dalam hal ini, Allah SWT menyerahkan amanah dan tanggungjawab menguruskan sumber alam kepada manusia kerana ia sebagai khalifah yang ditugaskan memakmurkan muka bumi ini (al-Zamakhsyariy, 1995:461).

Segala sumber alam yang diciptakan itu ada tujuan tertentu. Paling tidak, terdapat tiga tujuan utama Allah SWT menjadikan sumber alam ini. Pertama adalah untuk kerohanian. Ia merujuk kepada bagaimana segala bentuk sumber alam dapat menjadi unsur yang membuktikan kewujudan, keesaan, kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah SWT (Ali ‘Imran, 3:190-191; al-Rum, 30:22). Kedua pula adalah untuk pembangunan intelek (akal). Ia merujuk kepada kejadian sumber alam sebagai bahan untuk difikirkan dan direnungkan oleh manusia. Allah SWT menciptakan manusia dengan kebolehan berfikir. Dengan adanya sumber alam, manusia boleh menggunakan akalnya untuk mengkaji, meneliti, memerhati dan memahami segala kejadian untuk dimanfaatkan sebagai peralatan pembangunan (al-Rum, 30:8), manakala ketiga adalah untuk kegunaan manusia (pembangunan jasmani) (al-Naba’, 78:14-15; al-A‘raf, 7:57; Fatir, 35:27). Ia merujuk kepada fungsi sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup manusia seperti makanan, pakaian, perhiasan, peralatan, tempat tinggal, perhubungan, pengangkutan dan sebagainya. Bagi memenuhi keperluan manusia ini, Allah SWT telah menjadikan segala yang ada dalam alam ini supaya tunduk kepada manusia (Luqman, 31:20; al-Jathiyah, 45:12). Dengan kata lain, segala sumber alam yang ada di alam ini mempunyai kedudukan yang lebih rendah dari manusia bagi memudahkan mereka untuk memanfaatkannya.

Berdasarkan ketiga-tiga tujuan utama inilah mempamerkan bahawa sumber alam itu merupakan alat atau wasilah pembangunan. Ia bukan matlamat yang ingin dicapai daripada pembangunan yang dilaksanakan. Dalam al-Qur’an telah dinyatakan secara berulang-ulang tentang sumber alam yang berperanan sebagai bahan-bahan kemudahan hidup/harta (tharwah) dalam kehidupan manusia. Ia tidak lebih daripada alat atau wasilah untuk mencapai tujuan yang mulia iaitu beribadah kepada Allah SWT (Pemilik sebenar). Dalam hal ini, manusia tidak dapat mengelakkan diri dari mencari kemudahan-kemudahan dalam bentuk sumber alam. Namun, Islam hanya menuntut manusia supaya menggunakan segala sumber alam itu dengan sebijak-bijak dan sebaik-baiknya (al-Qasas, 28:77; Ali ‘Imran, 3:180; al-Tawbah, 9:76; al-Baqarah, 2:177).

Meskipun manusia diberi kemudahan menggunakan sumber alam untuk pembangunan, pada masa yang sama mereka mestilah berpegang bahawa semua sumber alam itu diciptakan dan dimiliki oleh Allah SWT. Manusia dalam hal ini hanya sekadar diberi milikan sementara oleh Allah SWT dalam menggunakan segala sumber alam tersebut.

Sumber alam yang dikurniakan Allah SWT kepada manusia bagi tujuan pembangunan itu pula adalah amat luas dan tidak terhad. Menurut al-Qur’an, ketidakterhadan sumber alam ini adalah berdasarkan empat faktor utama. Pertama, berdasarkan konsep rezeki yang ditetapkan dan dikurniakan oleh Allah SWT (al-A‘raf, 7:10; al-Isra’, 17:31&70; Hud, 11:6; al-Zumar, 39:52). Kedua, berdasarkan kaedah pengagihan semula sumber alam seperti sedekah (al-Munafiqun, 63:10; al-Ra‘d, 13:22) dan zakat (al-An‘am, 6:141; al-Baqarah, 2:267). Ketiga, berdasarkan konsep barakah (al-A‘raf, 7:96; al-Talaq, 65:2-3); dan keempat, berdasarkan

15

Page 16: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

kaedah penggunaan sumber alam seperti tidak membazir (al-Furqan, 25:67; al-An‘am, 6:141).

Walaupun sumber alam yang disediakan oleh Allah SWT itu amat luas dan tidak terhad, ia tidak bermakna manusia boleh menggunakannya tanpa batas penggunaan. Sebenarnya terdapat etika dan peraturan dalam penggunaan sumber alam itu iaitu larangan memakan makanan yang haram, kotor dan tidak bermutu (al-Mu’minun, 23:51; al-Baqarah, 2:168 & 172; al-Ma’idah, 5:88). Apabila manusia menggunakan semua sumber alam yang halal dan baik itu, maka memudahkan mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kemudahan ini disebabkan oleh jiwa mereka yang bersih dan tidak dikotori oleh perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.

Berdasarkan keseluruhan perbincangan sebelum ini, dapat dirumuskan bahawa sumber alam merupakan alat atau wasilah pembangunan. Segala sumber alam yang wujud di alam ini merupakan hak milik mutlak Allah SWT yang dianugerahkan kepada manusia untuk digunakan mengikut kadar keperluan dan etika yang telah ditetapkan-Nya. Anugerah ini pula sebagai pengukur untuk melihat setakat mana manusia yang diberi hak milik sementara itu dapat menyempurnakan tugasnya sebagai hamba untuk beribadah kepada Allah SWT dan seterusnya melaksanakan tugasnya sebagai khalifah dalam memakmurkan dan mentadbir alam ini dengan seadil-adilnya.

e) Al-Tawazun (Keseimbangan) Antara Dunia dan Akhirat

Pelaksanaan pembangunan menjangkau satu tempoh masa yang panjang. Ia bermula dengan alam roh yang merupakan alam perjanjian (al-A‘raf, 7:172; al-Hadid, 57:8), kemudian diikuti pula dengan alam dunia yang merupakan alam pembangunan (al-Mu’minun, 23:12-14). Setelah itu ia diakhiri dengan alam akhirat yang merupakan alam perhitungan dan pembalasan (al-Mu’minun, 23:15-16; al-Hajj, 22:5).

Daripada ketiga-tiga alam ini, sebenarnya di alam dunialah berlakunya pembangunan. Garis panduan kaedah dan bentuk pelaksanaannya telah dibentuk di alam roh. Pelaksanaannya di alam dunia dipandu oleh petunjuk Allah SWT yang terdapat dalam al-Qur’an dan Hadith. Manakala natijah dari segala pelaksanaan itu akan dihitung di alam akhirat. Jika pembangunan di alam dunia dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di alam roh, natijah di alam akhirat adalah positif. Tetapi, jika sebaliknya, natijahnya adalah negatif (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:38-39).

Berlakunya pembangunan di alam dunia ini kerana terlaksananya perjanjian manusia dengan Allah SWT yang dibuat ketika di alam roh. Benar atau tidak pembangunan itu dilaksanakan mengikut perjanjian ketika di alam roh akan menentukan ganjaran di alam akhirat nanti. Berdasarkan kepada keyakinan ini, pembangunan yang berjaya hanyalah pembangunan yang pelakunya diberi ganjaran syurga oleh Allah SWT di akhirat nanti. Kalau manusia diberi ganjaran neraka, pembangunan yang mereka bangunkan tidak dikira berjaya walaupun telah membangunkan pembangunan material dan fizikal dengan baik dan banyak sekali di alam dunia. Oleh itu, hasil mutlak pembangunan hanya dapat diketahui di akhirat, bukan di dunia (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:40).

Penjelasan ini mempamerkan bahawa setiap manusia sudah pasti akan melalui ketiga-tiga alam yang dinyatakan itu. Walau bagaimanapun, manusia hanya dituntut menyeimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat sahaja (al-Qasas, 28:7; al-Ra‘d, 13:26). Di alam roh,

16

Page 17: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

manusia hanya berjanji untuk bertuhankan Allah SWT, manakala di alam dunia manusia akan melakukan berbagai-bagai usaha pembangunan. Dalam hal ini manusia dituntut menyeimbangkan antara amalan untuk kebahagiaan di dunia (aspek jasmani) dan amalan untuk kebahagiaan di akhirat (aspek rohani) sahaja. Kehidupan dunia ini perlu dijadikan medan utama untuk mendapatkan sebanyak mungkin bekalan untuk kegunaan hari akhirat. Dalam soal ini, secara halus dapat disingkap bahawa di antara kedua-dua alam ini (alam dunia dan alam akhirat), perkiraan alam akhirat perlu diutamakan memandangkan ia lebih bersifat kekal abadi.

Oleh itu, jelaslah bahawa tasawur pembangunan berdasarkan al-Qur’an itu merangkumi pembangunan aspek rohani dan jasmani. Keseimbangan antara kedua-dua aspek inilah yang dikatakan al-Tawazun. Jika dipisahkan antara kedua-dua aspek ini atau melebihkan kepada salah satu daripadanya, maka sesuatu pembangunan itu tidak boleh dikatakan IbD. f) Bermatlamat Mencapai Mardhatillah (Keredhaan Allah)

Keredhaan Allah SWT merupakan matlamat akhir pembangunan (al-Kahfi, 18:110; al-Hajj, 22:7). Dengan kata lain, keredhaan Allah SWT merupakan kemuncak pengharapan manusia dan merupakan nikmat Allah SWT yang paling besar dan utama (al-Tawbah, 9:72). Maksudnya, tidak ada harapan yang lebih tinggi dan tidak ada nikmat yang lebih besar selain daripada keredhaan Allah SWT. Bagi menjelaskan lagi perkara ini, HAMKA (1999:3053) mengatakan semua nikmat yang berbentuk mahsusah (berbentuk fizikal) itu tidak mempunyai sebarang erti jika tidak disertai dengan nikmat ma‘nawiyyah (redha Allah) ini.

Atas sebab inilah keredhaan Allah SWT itu diletakkan sebagai matlamat akhir pembangunan. Manakala pembangunan itu pula merupakan alat atau wasilah untuk mencapai keredhaan Allah SWT (Muhammad Syukri Salleh, 2003a:81). Sesuatu pembangunan itu menjadi PBI apabila ia meletakkan keredhaan Allah SWT sebagai matlamat akhirnya. Untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT ini paling tidak manusia perlu memenuhi tiga syarat utama. Pertama, pembangunan yang diusahakan mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah SWT dan tetap teguh dalam mentauhidkan-Nya. Kedua, mematuhi segala syariat yang ditetapkan oleh Allah SWT dan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dengan penuh penghayatan dan pengamalannya. Ketiga, sentiasa melakukan amalan kebaikan sama ada dalam berhubungan dengan Allah SWT dan berhubungan sesama manusia. Secara lebih terperinci lagi, keredhaan Allah SWT ini akan tercapai setelah semua elemen konsep tasawur IbD yang dijelaskan sebelum ini diyakini dan dihayati sepenuhnya.

Kesan daripada mendapat keredhaan Allah SWT ini ialah mendapat al-Falah di dunia dan di akhirat di penghujungnya (Muhammad Syukri Salleh, 2009). Hal ini selaras dengan pandangan al-Zuhayliy (1991a:303) dan Ibn Hajar (1989:515) ketika mentafsirkan ayat Surah al-Tawbah (9:72) bahawa dengan keredhaan Allah SWT seseorang hamba itu akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat. Oleh itu, jelaslah bahawa tasawur pembangunan berdasarkan al-Qur’an yang terakhir adalah untuk mencapai keredhaan Allah SWT bukannya al-Falah. Al-falah itu hanya kesan daripada mendapat keredhaan Allah SWT itu.Kesimpulan

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dalam kertas kerja ini, boleh dirumuskan bahawa tasawur pembangunan dalam al-Qur’an itu terdiri daripada enam elemen konsep. Pertama, berpaksikan tauhid; kedua, berkaedahkan pengabdian diri/beribadah kepada Allah SWT; ketiga, manusia hamba dan khalifah sebagai pelaku pembangunan; keempat, sumber alam

17

Page 18: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

sebagai alat atau wasilah pembangunan; kelima, keseimbangan antara dunia dan akhirat; dan keenam, bermatlamat mencapai keredhaan Allah SWT. The core element to these six conceptual elements of development worldview is al-Tawhid. Tasawur pembangunan yang dibina berdasarkan al-Qur’an ini paling tidak mempunyai lima kekuatan. Pertama, it is based on revelation; kedua, its core is al-Tawhid; ketiga, its basic elements which include aspects of Allah SWT as the Creator, humans and the natural resources as the creations; keempat, its time frame encompasses the realm of world of al-Ruh, present world, and the world hereafter; and kelima, its objective is to attain the pleasures of Allah SWT.

References

Abdelaziz Berghout (2009). “Worldview: Objectives, Kinds and Approaches”, dlm. Abdelaziz Berghout (Ed.), Introduction to the Islamic Worldview Study of Selected Essentials. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Aboebakar Atjeh (1977). Pengantar Sejarah Sufi dan Tasauf. Kota Bharu, Kelantan: Pustaka Aman Press.

Al-Asyqar, ‘Umar Sulayman. (1999). Al-‘Aqidah fi Allah. Jordan: Dar al-Nafa’is.Al-Fawal, Salah Mustafa. (1985). Al-Taswir al-Qur’ani li al-Mujtama‘ al-Ansaq wa al-

Nuzum al-Ijtima‘iyyah. Kaherah, Mesir: Dar al-Fikr al-‘Arabiy.Al-Qaradawiy, Yusuf. (1995). Al-Hayah al-Rabbaniyyah wa al-‘Ilm. Kaherah, Mesir:

Maktabat Wahbat.Al-Qaradawiy, Yusuf. (2006). Ibadah Dalam Islam (al-‘Ibadah fi al-Islam), terj. Abu Asma

Anshari & Nasruddin Abd. Rahman. Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada. Al-Qasimiy, Ahmad Mokhtar bin ‘Umar Muhyi al-Din Sobir bin ‘Ali. (1989). Al-Mu‘jam

al-‘Arabi al-Asasi. Tunisia: Larousse. Al-Qurtubiy, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (1993a). Al-Jami‘ li

Ahkam al-Qur’an, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Qurtubiy, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (1993b). Al-Jami‘ li

Ahkam al-Qur’an, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Qurtubiy, Abu ‘Abd Allah Muhammad bin Ahmad al-Ansariy. (1993c). Al-Jami‘ li

Ahkam al-Qur’an, Jld. 7. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Rajihiy, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah. (1998). Syarh al-‘Ubudiyyah li Syaykh Islam Ibn

Taymiyyah. Riyad: Dar al-Fadilah.Al-Raziy, Fakhr al-Din. (1990h). Al-Tafsir al-Kabir aw Mafatih al-Ghayb, Jld. 26. Beirut,

Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Salabiy, ‘Ali Muhammad. (1999). Al-Wasatiyyah fi al-Qur’an al-Karim. ‘Amman, Jordan:

Dar al-Nafa’is.Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992a). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami‘

al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 8. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992b). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami‘

al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 9. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992c). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami‘

al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 10. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Tabariy, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. (1992d). Tafsir al-Tabariy al-Musamma Jami‘

al-Bayan fi Ta’wil al-Qur’an, Jld. 11. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.Al-Zamakhsyariy, Abu al-Qasim Jar Allah Muhammad bin ‘Umar bin Muhammad. (1995).

Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq wa Ghawamid al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujud al-Ta’wil, Jld. 4, Syahin, Muhammad ‘Abd al-Salam (Ed.). Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.

18

Page 19: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Al-Zuhayliy, Wahbah. (1991a). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al-Manhaj, Jld. 10. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Al-Zuhayliy, Wahbah. (1991b). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al-Manhaj, Jld. 16. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Al-Zuhayliy, Wahbah. (1991c). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari‘ah wa al-Manhaj, Jld. 18. Beirut, Lubnan: Dar al-Fikr al-Mu‘asir.

Arsyad Thalib Lubis (1976). Ilmu Fiqih. Medan: Firma Islamiyah.Ataul Huq Pramanik (1998). Pembangunan dan Pengagihan Dalam Islam (Development and

Distribution in Islam), terj. Amar Said. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Fadzila Azni Ahmad (2010). Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di Malaysia – Pemenang Anugerah Tesis Doktor Falsafah Terbaik Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin 2009. Shah Alam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.

Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Haji Abdulmalik Abdulkarim Amrullah (HAMKA) (1999). Tafsir Al-Azhar, Jld. 4. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ptd.

Hamid Fahmy Zarkasyi (2004). Islam sebagai Pandangan Hidup (Kajian Teoritis Dalam Merespon Perang Pemikiran). Diakses pada 11 Jun 2010, daripada http://pondok shabran .org/index.php?option=com_content&task=view&id=37&Itemid=17.

Haron Din (1992). Tasawwur Islam. Shah Alam, Selangor: Pustaka Hizbi.Husayn, Radwan Jamal Yusuf. (1999). Al-Tasawwur al-Qur’ani li ‘Alaqah al-Ummah bi al-

Sultah: Dirasah Maydaniyyah li al-Urdun. Tesis Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam yang diserahkan kepada Jabatan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.

Ibn ‘Asyur, Muhammad Tahir. (2003). Tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir, Jld. 11. Tunisia: Dar Sahnun li al-Nasyr wa al-Tawzi‘.

Ibn Hajar, Abi al-Fadl Ahmad bin ‘Ali bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalaniy. (1989). Fath al-Bariy Syarh Sahih al-Bukhariy, Jld. 11, Baz, ‘Abd al-‘Aziz bin ‘Abd Allah & ‘Abd al-Baqiy (Eds.), Muhammad Fu’ad. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Ibn Kathir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992a). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jld. 1. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Kathir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992b). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Kathir, al-Hafiz Abi al-Fida’ Isma‘il. (1992c). Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Ma‘rifah.

Ibn Manzur, Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram al-Afriqiy al-Misriy. (1994). Lisan al-‘Arab, Jld. 5. Beirut, Lubnan: Dar Sadir.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (t.t.a). Madarij al-Salikin, Jld. 3. Beirut, Lubnan: Dar al-Jil.Izutsu, Toshihiko. (1964). God and Man in the Koran: Semantics of the Koranic

Weltanschauung. Tokyo: Keio Institute of Cultural Studies.Khurshid Ahmad (1980). “Islam Basic Principles and Characteristics”, dlm. Khurshid Ahmad

(Ed.), Islam: Its Meaning and Message. London: The Islamic Foundation.M. Quraish Shihab (2003). Tafsir Al-Misbah Pesan, Kesan dan Keserasian Al-Qur’an, Jld.

11. Jakarta: Penerbit Lentera Hari.Madkur, ‘Ali Ahmad. (1990). Manhaj al-Tarbiyyah fi al-Tasawwur al-Islamiy. Beirut,

Lubnan: Dar al-Nahdah al-‘Arabiyyah.Mas‘ud, Jubran. (1990). Al-Ra’id Mu‘jam Lughawiy ‘Asriy, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar

al-‘Ilm li al-Malayin.

19

Page 20: 13-Paper Rethinking Qur'an Mohd Shukri[1].doc

Mihna, ‘Abda’ ‘Ali. (1993). Lisan al-Lisan Tahdhib Lisan al-‘Arab li al-‘Allamah Abi al-Fadl Jamal al-Din Muhammad bin Mukram Ibn Manzur, Jld. 2. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Mohd Radhi Ibrahim (2003). “Epistemologi: Satu Tinjauan Menurut Perspektif Islam”, dlm Mohd Radhi Ibrahim et al. (Eds.), Intelektualisme & Da‘wah Masa Kini. Kuala Lumpur: Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Mohd. Kamal Hassan (1988). Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Mohd. Kamal Hassan (1993). “The Islamic World-View”, kertas kerja yang dibentangkan di Seminar On Islam and Its World-View: An American Perception, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan The Malaysian-American Commission On Education Exchange, di Hotel Pan Pasific, Kuala Lumpur, 19 Ogos.

Muhammad Syukri Salleh (1985). Falsafah Ilmu Pembangunan Berteraskan Islam: Beberapa Asas Kesepaduan. Pulau Pinang: Pusat Islam, Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2002). Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Syukri Salleh (2003a). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd. dan Pulau Pinang: Projek Pengurusan Pembangunan Islam, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2003b). Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam: Konsep dan Perkaedahan (Siri Syarahan Umum Perlantikan Profesor). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Muhammad Syukri Salleh (2009). “The Philosophical Foundations of Islamic Development: Khurshid Ahmad’s Conception Revisited”, dlm. Proceedings Langkawi Islamic Finance and Economics International Conference (LIFE2009). Kedah: Kolej Universiti INSANIAH (KUIN), hlm. 119-133.

Muslim, Mustafa. (1997). Mabahith fi al-Tafsir al-Mawdu‘iy. Damsyiq: Dar al-Qalam.Mustapha Hj. Mohd. Jar (1986). “Konsep Manusia Dari Perspektif Barat dan Islam”, dlm.

Wan Hashim & Mahayudin Haji Yahaya (Eds.), Sains Sosial Dari Perspektif Islam. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Qutb, Sayyid. (1987c). Fi Zilal al-Qur’an, Jld. 3. Kaherah: Dar al-Syuruq.Rachmat Syafei (2001). Fiqih Muamalah. Bandung: Penerbit Pustaka Setia.Ramli Awang (1997). Tasawwur Rabbani Menurut Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Kuala

Lumpur: Al-Hidayah Publication.Sabiq, Sayyid. (1988). Unsur-Unsur Kekuatan Dalam Islam (‘Anasir al-Quwwah fi al-Islam),

terj. Muhammad Abdai Rathomy. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd. Sobri Salamon (1988). Konflik Antara Islam dan Marxisme dan Satu Kes Kajian Kedudukan

Islam di USSR dan China. Selangor: Al-Rahmaniah Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Sobri Salamon (1989). Ekonomi Islam Pengenalan Sistem dan Kemungkinan. Selangor: Al-Rahmaniah Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malaysia.

Surtahman Kastin Hasan & Sanep Ahmad (2005). Ekonomi Islam, Dasar dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Wan Liz Ozman Wan Omar (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

20


Recommended