+ All Categories
Home > Documents > (517453025) assigment bml.docx

(517453025) assigment bml.docx

Date post: 26-Sep-2015
Category:
Upload: vaishnavi-krishnan
View: 214 times
Download: 1 times
Share this document with a friend
49
K.DEVAHI A/P KRISHNAN BML 3043 820315-02-5776 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI/2012 HBML 1203 NO. MATRIKULASI : 740501125332001 NO. KAD PENGENALAN : 740501125332 NO. TELEFON : 0138778584 E-MEL : [email protected]
Transcript

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI/2012

HBML 1203

NO. MATRIKULASI : 740501125332001

NO. KAD PENGENALAN : 740501125332

NO. TELEFON : 0138778584

E-MEL : [email protected]

(K.DEVAHI A/P KRISHNANBML 3043 820315-02-5776)

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN SABAH

(19)

Isi Kandungan Muka surat

1.0 Pengenalan 3

2.0 Konsonan 4 - 7

3.0 Vokal 8 - 16

4.0 Fonem 17 -18

5.0 Alofon 18 - 19

6.0 Suprasegmental Bahasa Melayu 19 - 22

7.0 Kesimpulan 23

8.0 Rujukan 24 - 25

1.0 PENGENALAN

Linguistik adalah suatu bidang penganalisisan terhadap sesuatu bahasa. Kajian tentang sesuatu bahasa berasaskan kewujudan sebenar sesuatu bahasa itu tanpa dipengaruhi oleh ramalan atau agakan. (Abd. Rahman Abd. Rashid & Yap Kim Fatt, 1997). Ahli linguistik berpendapat bahawa bahasa merupakan satu sistem yang menghubungkan maksud kepada bunyi, sama ada berdasarkan aksi penutur atau pendengar. Dengan andaian bahawa manusia menpunyai beberapa makna yang hendak disampaikan, dia mengucapkan bunyi-bunyi bahasa dengan tepat. Orang yang mendengar bunyi-bunyi tersebut akan cuba memberikan makna kepada ujaran yang dilafazkan oleh penutur.

Ini bermakna bahasa tersebut akan dikaji secara objektif seperti cara bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan. Apabila menyebut tentang bunyi, semestinya ia berkaitan pula dengan fonologi iaitu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa. Fonologi adalah sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bunyi ujaran melalui mulut manusia. Menurut Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997), bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji satu daripada aspek terpenting dalam bahasa iaitu bunyi.

Menurut Ali Mahmood (2010), Fonologi ialah kajian tentang sistem atau struktur bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Tugas bidang fonologi sebenarnya adalah merumus, menghurai dan menjelas dengan teliti segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu. Oleh kerana bunyi ujaran melibatkan mulut manusia, maka bidang yang mengkaji tentang organ-organ pertuturan, sifat bunyi bahasa dan pendengaran disebut sebagai fonetik.

Fonetik adalah kajian bunyi bahasa dari segi penyebutan, pengeluaran dan sifatnya. (Abdullah Hassan,1986). Kajian ini tertumpu pada bunyi pertuturan yang melibatkan kepanjangan, kelembutan, kekerasan, intonasi, tekanan, dan irama bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan transkipsi fonetik untuk semua bunyi bahasa. Seperti yang dipetik daripada modul, bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat dalam apa juga bahasa dan berfungsi dalam pertuturan. Oleh itu, pendengaran yang tepat penting untuk menentukan jenis-jenis dan perbezaan antara bunyi-bunyi supaya bunyi-bunyi itu dapat di transkripsikan dengan tepat.

Di samping itu, organ artikulasi amat penting dalam melahirkan bunyi bahasa yang membawa makna. Peranan yang dimainkan oleh vokal dan konsonan juga tidak kurang pentingnya dalam pengujaran bunyi sesuatu bahasa. Oleh itu kajian ini adalah berkaitan dengan penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal Bahasa Melayu bagi memenuhi kehendak soalan bagi semester kali ini.

Kajian yang dijalankan ini adalah berasaskan bahan-bahan rujukan yang terkumpul. Saya telah mengolah isi-isi yang terdapat dalam bahan rujukan yang berbeza untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan boleh dipercayai.

2.0 KONSONAN

Konsonan ialah bunyi-bunyi yang mungkin bersuara atau tidak bersuara. Ketika mengeluarkan bunyi konsonan, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Konsonan juga boleh mempengaruhi vokal dalam sebutan bunyi. Ini berlaku dalam konsonan sengau, iaitu vokal disengaukan oleh konsonan itu. (Kamarudin Hj. Husin & rakan, 1997). Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu.

Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. (Norhashimah Jalaludin, 2007). Dalam bahasa Melayu terdapat

9 jenis konsonan iaitu :

dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

satu konsonan hentian glotis. ( ? )

dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s ) dan geseran glotis bersuara ( h ).

satu konsonan getaran bersuara ( r ).

satu konsonan sisian bersuara ( I ).

empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )

dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( I ) dan separuh vokal dua bibir bersuara ( w ).

satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi,lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Seterusnya akan diperlihatkan carta konsonan Bahasa Melayu.

Carta konsonan Bahasa Melayu

Cara Penyebutan

Daerah Penyebutan

Dua bibir

(bilabial)

Bibir-gigi

(labiodental)

Gusi

(alveolar)

Lelangit keras gusi

(palato alveolar)

Lelangit keras

(palatal)

Lelangit lembut

(velar)

Pita Suara

(glottal)

Sengauan

m

n

[ny]

[ng]

Separuh Vokal

w

y

(Plosif)

Letupan tak bersuara

p

t

k

[kh]

(Plosif)

Letupan bersuara

b

d

g

(Afrikat)

letusan tak bersuara

[ch]

(Afrikat)

letusan bersuara

[ j ]

(frikatif)

geseran tak bersuara

f

s

h

(frikatif)

geseran bersuara

v

z

Getaran

r

sisian

(lateral)

l

e taling : epal epal ppt : emak mak

Cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan Bahasa Melayu.

a. Letupan dua bibir tak bersuara [p]

Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Mulut dibuka dengan cepat. Pita suara tidak bergetar. Sebagai contoh:

di hadapan - pasu [ pasu ] di tengah - apit [ apit ] di belakang - atap [ atap ]

Rongga hidung Lelangit lembut dan anak tekak di naikkan

Kedua-dua bibir dirapatkan

Pita suara tidak digetarkan Arus udara

Rajah 2 Penghasilan konsonan letupan dua bibir tak bersuara [p]

b. Letupan dua bibir bersuara [b]

Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar. Mulut dibuka dengan tepat. Pita suara bergetar. Sebagai contoh:

di hadapan - balik [ bale?] di tengah - sabun [ sabun ] di belakang - rebab [ rebab ]

Lelangit lembut dan anak tekak

(L)Kedua-dua bibir dinaikkan dirapatkan

Pita suara digetarkan

Rajah 3 Penghasilan konsonan letupan dua bibir tak bersuara [b]

c. Letupan gusi tak bersuara [t]

Hujung lidah diletakkan pada gusi, dibelakang gigi. Lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Sekatan dilepaskan. Pita suara tidak bergetar. Contohnya:

di hadapan - tutup [ tutup ] di tengah - atas [ atas ] di belakang - pahat [ pahat]

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Arus udara Hadapan lidah dinaikkan ke

Pita suara tidak digetarkan gusi

Rajah 4 Penghasilan konsonan letupan gusi tak bersuara [t]

d. Letupan gusi bersuara [d]

Hujung lidah diletakkan pada gusi. Lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Sekatan dilepaskan. Pita suara bergetar. Bunyi konsonan letupan gusi bersuara [d] seperti berikut:

di hadapan - duduk [ duduk ] di tengah - tanduk [ tandu? ] di belakang - abjad [ abjd]

Hujung lidah diletakkan pada gusi Lelangit lembut dinaikkan

Pita suara bergetar

Rajah 5 Penghasilan konsonan letupan gusi bersuara [d]

3.0 VOKAL

Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan gangguan. Bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Ini bererti bunyi-bunyi vokal boleh didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi konsonan.

Terdapat beberapa takrif tentang vokal yang diberi oleh para pengkaji linguistik. Sejajar dengan sifat-sifat vokal yang mengeluarkan bunyi, hasil daripada pengairan udara tanpa sekatan daripada paru-paru, Daniel Jones dalam bukunya Outline Of English Phonetica mengatakan:

Vokal adalah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran. (Arbak Othman, 1986).

Selaras dengan pengertian itu, Charles F. Hockett dalam A Course In Modern Linguistic memberikan maksud vokal sebagai:

Vokal sebagai bunyi-bunyi bahasa yang tidak dicirikan oleh sebarang gangguan pada arus udara. (Arbak Othman, 1986)

Berdasarkan pentakrifan tersebut dapatlah dirumuskan bahawa vokal merupakan bunyi- bunyi bahasa yang keluar daripada paru-paru melalui pita suara yang digetarkan. Penggetaran pita suara itu tidak meghalang arus udara yang keluar melalui rongga mulut. Bunyi suara yang dihasilkan adalah lantang dan lebih jelas daripada bunyi konsonan. Dengan ini, peranan pita suara, bibir atas dan bawah, lidah, rongga kerongkong dan rongga mulut mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan frekuensi yang tertentu. Antara kriteria yang menentukan bunyi vokal ialah:

i Bahagian lidah, iaitu lidah hadapan, tengah lidah dan belakang lidah ii Ketinggian lidah dinaikkan

iii Kedudukan bibir sama ada bundar atau hampar iv Luasnya bukaan rahang

Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

i Vokal hadapan ii Vokal tengah

iii Vokal belakang

Jenis vokal, lambang dan nama vokal dapat dilihat dalam rajah yang berikut:

Jenis Vokal

Lambang

Nama Vokal

Vokal Hadapan

[ i ]

[ e ] [ ] [a ]

Vokal hadapan sempit

Vokal hadapan separuh sempit Vokal hadapan separuh luas Vokal hadapan luas

Vokal Tengah

[ ]

[ ]

Vokal tengah pendek

Vokal tengah panjang

Vokal Belakang

[ u ]

[ o ]

[ ]

Vokal belakang sempit

Vokal belakang separuh sempit

Vokal belakang separuh luas

Kedudukan vokal dalam bahasa Melayu boleh dilihat dalam gambar rajah di bawah:

Hadapan Tengah Belakanng

Sempit i u

Separuh sempit e o

Separuh luas

Luas a

Rajah 6 Kedudukan vokal bahasa Melayu

Cara-cara menghasilkan bunyi bunyi vokal a. Vokal hadapan sempit [ i ]

i. Hadapan lidah dinaikkan tinggi tanpa menyentuh lelangit keras.

ii.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak dan menutup arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

iii. Pita suara dirapatkan suapaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. iv. Keadaan bibir hampar.

v.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal sempit [ i ] seperti yang terdapat dalam perkataan yang berikut:

di hadapan

di tengah

di belakang

ikan [ikan ]

tipu [tipu ]

topi [topi ]

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Arus udara

Hadapan lidah dinaikkan

Pita suara digetarkan

Rajah 7 Kedudukan alat artikulasi semasa menghasilkan bunyi vokal hadapan sempit [ i ]

b. Vokal Hadapan separuh sempit [ e ]

i. Bahagian bibir atas dan bibir bawah hendaklah dihamparkan.

ii.Hadapan lidah pula dinaikkan separuh tinggi iaitu rendah sedikit sahaja daripada bunyi vokal /i/.

iii.Manakala lelangit lembut dan anak tekak pula dinaikkan dengan menutup bahagian rongga hidung. Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke rongga mulut tanpa menerima sebarang gangguan.

iv. Bahagian pita suara dirapatkan serta digetarkan.

(di hadapandi tengahdi belakangekor [ ekor ]kekok [ keko ]kole [ kole ])v.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan separuh sempit [ e ] seperti dalam perkataan- perkataan berikut:

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Hadapan lidah dinaikkan Arus udara

Pita suara digetarkan

Rajah 8 Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh sempit [ e ]

c. Vokal hadapan separuh luas [ ]

i.Bunyi vokal // dapat dihasilkan melalui hadapan lidah yang dinaikkan separuh rendah ke daerah lelangit keras, iaitu rendah sedikit daripada cara menghasilkan bunyi vokal /e/.

ii. Kemudian, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

Udara dari paru-paru disalurkan keluar ke bahagian rongga mulut dan pita suara digetarkan.

iii. Manakala bibir pula adalah berada dalam keadaan dihamparkan. Sebagai contoh:

di hadapan

di tengah

di belakang

esok [sok]

kek [kk]

sore [sor]

Hadapan lidah

Lelangit lembut dan anak tekak

dinaikkan dinaikkan

Arus udara

Pita suara digetarkan

Rajah 9 Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan bunyi vokal hadapan separuh luas [ ]

d. Vokal hadapan luas [ a ]

i. Hadapan lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras.

ii. Anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung.

iii. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput suara. iv. Bibir dihamparkan.

v.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal hadapan luas [ a ] seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut:

di hadapan di tengah di belakang

adik [ adi? ] mata [ mata ] saga [ saga ]

(Lelangit lembut dan)Hadapan lidah dinaikkan Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Pita suara digetarkan Arus udara

Gambar rajah 10 menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas [ a ]

e. Vokal belakang sempit [ u ]

i. Vokal /u/ dihasilkan dengan cara belakang lidah dinaikkan ke daerah lelangit lembut

untuk menyempitkan bahagian rongga mulut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

ii. Pita suara dirapatkan serta digetarkan.

iii. Bibir dibundarkan dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal /u/. Sebagai contoh:

di hadapan di tengah di belakang

unta [ unta ] budu [ budu ] batu [ batu ]

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Belakang lidah dinaikkan Arus udara

Pita suara digetarkan

Rajah 11 menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ].

f. Vokal belakang separuh sempit [ o ]

i. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke lelangit keras.

ii.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung.

iii. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dapat menggetarkan selaput suara. iv. Bibir dibundarkan.

v.Bunyi yang dihasilkan ialah vokal separuh sempit [ o ] seperti dalam perkataan-perkataan berikut:

di hadapan

di tengah

di belakang

orang [ orang ]

roket [ roket ]

milo [ milo ]

Lelangit lembut dan anak tekak

(Lel)Belakang lidah dinaikkan dinaikkan

Pita suara digetarkan Arus udara

Rajah 12 Kedudukan alat-alat artikulasi semasa menghasilkan bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ]

g. Vokal belakang separuh luas [ ]

i Belakang lidah hendaklah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut.

ii. Lelangit lembut dan juga anak tekak pula dinaikkan untuk menutup rongga nasal

iii. Pita suara dirapatkan sambil digetarkan. Bibir pula hendaklah dalam keadaan bundar. iv. Bunyi vokal dihasilkan ialah vokal // seperti dalam perkataan-perkataan berikut:

di hadapan

di tengah

di belakang

oleh [leh]

boleh [b leh]

pidato [pidat ]

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Belakang lidah dinaikkan Arus udara

Pita suara

Gambar rajah 13 menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas [ ].

h. Vokal tengah pendek [ ]

i.Bahagian tengah lidah mestilah dinaikkan ke bahagian pertemuan di antara lelangit keras dan lelangit lembut.

ii.Lelangit lembut dan anak tekak hendaklah dinaikkan untuk menutup bahagian rongga nasal.

iii.Pita suara dirapatkan apabila udara disalurkan melaluinya, maka pita suara pula akan bergetar. Contoh perkataan adalah seperti berikut:

di hadapan

di tengah

di belakang

empat [ mpat ]

pekak [ pka?

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan

Belakang lidah dinaikkan Arus udara

Pita suara digetarkan

Rajah 13 menunjukkan penghasilan vokal tengah pendek [ ]

i. Vokal tengah panjang [ ]

i.Tengah lidah dinaikkan lebih tinggi dari keadaan semasa menghasilkan vokal separuh sempit.

ii.Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara ke rongga hidung.

iii. Pita suara dirapatkan supaya arus udara dari paru-paru dapat menggetarkan selaput suara. iv. Bibir dibundarkan.

v. Bunyi yang dihasilkan ialah vokal tengah panjang [ ] seperti dalam perkataan berikut:

di hadapan di tengah di belakang

- - kerja [ k r j ]

usaha [ usah ]

4.0 FONEM

Pada asasnya bahasa terdiri daripada beberapa unit. Unit yang paling besar ialah ayat dan unit yang paling kecil ialah fonem. Fonem merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Hal ini memang bersesuaian dengan sifat fonem yang boleh diasing- asingkan antara satu sama lain. Misalnya, satu perkataan ( yang juga merupakan salah satu unit dalam bahasa), iaitu padam, boleh dipenggalakan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil atau lima fonem yang berasingan, iaitu /p/ , /a/ , /d/ , /a/ dan /m/. Unit kecil ini tidak mempunyai makna jika diletakkan secara berasingan. ( Siti Hajar Abd. Aziz, 2008)

Maksud lain bagi fonem ialah unit-unit penggalan bahasa yang terkecil yang boleh membawa perbezaan makna. A p a b i l a k o n t r a s makna tidak terjadi, maka sebuah bunyi bahasa tidak dapat disebut sebagai sebuah fonem yang berbeza. Kontras makna ini adalah syarat bagi kesahan sebuah fon atau bunyi bahasa untuk disebut sebagai fonem. (Abd. Rahman Abd. Rashid

& Yap Kim Fatt, 1997). Tegasnya fonem ialah unit pada tingkat bunyi yang mampu membezakan makna sesuatu kata atau dikenali sebagai distingif. Contoh adalah seperti berikut :

i. Barat - Karat

/b/ dan /k/ merupakan fonem yang berbeza.

ii. Dalam - Talam

/d/ dan /t/ merupakan fonem yang berbeza

iii. Cari - Jari

/c/ dan /j/ merupakan fonem yang berbeza

iv. Pakar - Bakar

/p/ dan /b/ merupakan fonem yang berbeza

Bunyi /b/ /k/ /d/ /t/ /c/ /j/ /p/ /b/ merupakan unit-unit terkecil yang dapat membezakan makna perkataan dan boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna.

5.0 ALOFON

Alofon pula merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. ( Abdullah Hassan, 2007 )

Selain daripada itu alofon juga boleh difahami ataupun didefinisikan sebagai fonem yang terdiri daripada anggota fonem. Misalnya fonem p dalam perkataan palu, lupa dan luap. Bunyi fonem p dalam perkataan palu dan sebagai letupan bibir yang sempurna, manakala perkataan luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna yakni tidak diletupkan. Maka dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh yang diberikan fonem p mempunyai dua alofon.

Selain itu, fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k dan . Bunyi alofon k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh vokal belakang u). Bunyi terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan kaka. Dalam hal ini, alofon k, k dan adalah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k, iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara

pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu tempat masing-masing dalam bahasa Melayu.

Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu misalnya faham dengan paham tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza maknanya yang sama.

6.0 SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU

Bidang kajian bunyi yang mengkaji bunyi-bunyi yang mengiringi bunyi-bunyi segmental dalam ujaran. Fonem-fonem yang tidak boleh dipisahkan daripada fonem-fonem yang ditumpanginya, iaitu fonem yang kewujudannya harus bersama-sama dengan fonem segmental. Fonem-fonem suprasegmental bersifat fonemik iaitu dapat membezakan makna. ( Dr. Ali Mahmood, 2010)

Ciri-ciri sprasegmental a. Tekanan

Tekanan dalam ujaran digabungkan dengan ciri yang lain seperti perubahan dalam ton suara dan

tempo. Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan. Tekanan merupakan satu cara untuk menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu. Tekanan bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau bacaan untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberikan perhatian. Lambang bagi tekanan ialah [ ]. Misalnya [budak], [kertas], [meja] dan lain-lain.

b. Nada

Pelbagai intonasi yang berbeza menyatakan maksud tertentu kepada pendengar. Kontur intonasi, sama ada meninggikan atau menurunkan ton suara boleh memberikan perbezaan yang

menandakan ujaran tersebut berbentuk pernyataan atau penyoalan. Dalam keadaan tertentu, ada penutur yang menggunakan intonasi berbentuk pernyataan dengan maksud sebenarnya adalah untuk membuat permintaan dan ada juga yang menggunakan intonasi pertanyaan tanpa bermaksud untuk bertanya. Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:

I. Intonasi menaik - bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa.

II. Intonasi menurun - bermakna nada suara diturunkan mengikut masa. III. Intonasi puncak - bermakna nada suara daripada naik kepada turun. IV. Intonasi dipping - bermakna nada suara daripada turun kepada naik.

Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka 1,2,3 dan 4 yang membawa maksud yang berikut :

I. Angka 1 menunjukkan nada yang paling rendah

II. Angka 2 menunjukkan nada permulaan ujaran

III. Angka 3 menunjukkan nada tekanan dalam ujaran

IV. Angka 4 menunjukkan nada yang paling tinggi

c. Jeda

Jeda disebut persendian. Unsur jeda digunakan untuk memisahkan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat. Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut:

i. [= saya minum susu lembu =]

(Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)

ii. [= saya minum susu = lembu]

(Bermakna orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu)

Lambang jeda untuk memisahkan suku kata atau perkataan ialah [+] . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna.

(23)

d. Panjang-pendek

Panjang- pendek merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan

harakat dalam bahasa Arab. Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Contoh : ship [ ip ] kapal , sheep [ i : p ] kambing biri-biri

Kepentingan Suprasegmental dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan

Dalam linguistik suprasegmental menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan. Suprasegmental berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan intonasi dan rima. Dan turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.

Dalam bahasa lisan kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Ada beberapa aspek penting yang perlu diberi perhatian dalam bahasa lisan seperti sebutan, tekanan, jeda, intonasi, mora dan laras bahasa. Oleh itu dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan, guru boleh menggunakan unsur- unsur tersebut supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan cara yang betul. Contohnya adalah seperti berikut:

i. Aktiviti Lakonan

Lakonan bukan sahaja dapat melatih murid-murid bertutur dengan baik malah dapat juga mendorong mereka beraksi. Dalam aktiviti ini, unsur-unsur suprasegmental seperti intonasi dan

nada boleh digunakan. Intonasi dan nada adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu sesuatu ayat itu dilafazkan. Intonasi ayat dalam aktiviti lakonan biasanya berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dilafazkan. Ayat tanya mempunyai intonasi menaik di akhir ayat manakala ayat penyata pula mempunyai intonasi yang menurun.

ii. Aktiviti Bercerita

Dalam aktiviti bercerita, kelancaran pertuturan sangat penting untuk perkembangan cerita yang licin. Bahasa yang digunakan mestilah mudah, sesuai supaya maksud cerita dapat disampaikan dan difahami. Suara mestilah jelas dan terdapat perubahan dalam nada dan intonasi supaya cerita lebih hidup, menarik bermakna dan dramatis. Selain itu unsur seperti jeda juga boleh digunakan untuk memisahkan elemen-elemen linguistik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda juga digunakan sebagai hentian sebentar yang boleh membawa makna yang berbeza.

iii. Aktiviti Latih tubi

Latihan dimulakan dengan penyebutan guru dan kemudian murid-murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut secara beramai-ramai dalam kumpulan atau secara individu. Latih tubi sebutan meliputi latih tubi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyi-bunyi fonem yang akan ditiru dan dihafal oleh murid-murid. Tujuannya untuk melatih mereka menyebut sesuatu dengan tepat dan jelas. Mereka juga harus menyebut dengan betul mengikut bunyi ejaan dan makna.

iv. Aktiviti Nyanyian

Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu. Dalam aktiviti ini unsur-unsur suprasegmental seperti sebutan,tekanan, panjang- pendek atau kadar sesuatu bunyi, intonasi dan nada boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melatih murid-murid dalam kemahiran lisan terutamanya nyanyian.

7.0 KESIMPULAN

Fonetik dan fonologi merupakan dua perkara yang berbeza. Fonetik berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang-lambang yang menunjukkan sebutannya, manakala fonologi mengkaji sistem bunyi bahasa pada aras yang lebih tinggi daripada fonetik, iaitu cara bunyi- bunyi bahasa dihasilkan dan dideskripsikan serta cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain.

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ tutur manusia secara langsung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi atau artikulator. Bunyi bahasa pula ialah kesan yang didengar oleh telinga. Proses penghasilan bunyi bahasa berlaku apabila udara dari paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak, kemudian terus keluar ke rongga hidung atau rongga mulut. Suprasegmental merupakan ciri atau sifat bunyi yang menindih atau menumpang kepada sesuatu fonem.

Sebagai kesimpulannya melalui kajian ini, terdapat banyak pengetahuan dan pemahaman baru yang saya pelajari berkaitan fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Selain itu secara tidak langsung juga dapat membantu saya dalam pengajaran bahasa terutama dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan. Dengan demikian ia dapat menguntungkan murid-murid kerana guru mempunyai pengetahuan dan kebolehan dalam melaksanakan sesuatu pengajaran dengan lebih berkesan.

Abdullah Hassan (1986). Linguistik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Arbak Othman (1986). Permulaan Ilmu Linguistik. Subang Jaya: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Abd. Rahman Abd. Rashid & Yap Kim Fatt (1997). Bahasa Melayu Komunikasi Berkesan Dan

Pengucapan Umum. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan, (2007). Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdsn. Bhd.

Dr. Ali Mahmood & Rakan (2010). HBML 1203 Pengenalan Fonetik Dan Fonologi Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin & Rakan (1997 ). Pengajian Melayu 1 (Ilmu Bahasa Dan Kecekapan

Berbahasa. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Norhashimah Jalaludin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu 1, Shah Alam: Oxford Fajar

(HBML 1203740501125332001) (RUJUKAN)

Sdn. Bhd.

http://bmstpm.blogspot.com/2008/11/sejarah-pekembangan-dan -asal-usul.html

http://www.scribd.com. (n.d.). Retrieved from http://www.scribd.com/doc/17890847/ciri-ciri- bahasa.

http://www.pdf-search-engine.com. (n.d.). Retrieved from http://www.pdf-search- engine.com/ciri-ciri-bahasa-melayu-pdf.html

(HBML 1203740501125332001)

http://www.scribd.com/doc/14660406/Fonetik-danFonologi-Bahasa Melayu-Tinggi http://www.scribd.com/doc/54476764/Fonem-Suprasegmental


Recommended