Kitepunye Dot ComEvent-Product Review-Food-Travel
Event: Safi Balqis Cerah SempurnaMasterclass Memang Best !!!
February 25, 2015 By admin — Leave a Comment
Sharing Is Caring...
HOME CONTACT ARTICLE
PENA KITEPUNYA EVENT FOOD TRAVEL REVIEW
MOVIE/TEATER RENUNGAN
0 1 0 0 0
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tahun baru ini serlahkan keyakinan diri dengan kulit muka cerah sempurna
bersama SAFI BALQIS WHITE TRILOGY. Berikan wajah anda manfaat kecantikan
cerah sempurna dengan manfaat buah kiwi dan limau gedang yang terdapat di
dalam rangkaian produk penjagaan kulit muka ini.SAFI Balqis White Trilogy
membuka dimensi baharu kecantikan anda dengan memperkenalkan Sistem White
Trilogy yang diuji secara saintifik untuk mencerah 3 lapisan epidermis kulit untuk
wajah cerah sempurna seawal 3 hari. Hasil ini boleh diperolehi dengan penggunaan
berterusan rangkaian Safi Balqis White Trilogy
Rangkaian yang diperhebat dengan kombinasi Arbutin terkenal dengan manfaat
pencerahannya di dalam produk penjagaan wajah serta teknologi Nano BioWhite yang
mampu melambatkan proses pigmentasi. Ia juga turut mengurangkan kerosakan sel
serta mempertingkatkan kelembapan kulit, lantas menjadikan kulit cerah
bermaya melalui proses pencerahan 3 lapisan epidermis kulit. Berbeza daripada
rangkaian produk kecantikan di luar yang hanya memberi tumpuan kepada lapisan
luaran sahaja, SAFI BALQIS White Trilogy memberikan fokus kepada kronologi
manfaat pencerahan wajah seperti berikut:
3 Minit – Bertindak pada lapisan luar kulit untuk memulakan proses pencerahan
secara semulajadi
3 Hari – Mula mengurangkan pembentukan melanin pada lapisan dalam kulit
3 minggu – Kulit menjadi cerah sempurna hasil pencerahan jauh ke dalam lapisan
kulit
Gadis Balqis – Hanis Zalikha duta SAFI Balqis White Trilogy telah berkongsi resepi
kecantikan cerah sempurna beliau di majlis SAFI Balqis Cerah Sempurna Masterclass.
Majlis tersebut telah dianjurkan untuk mendidik wanita tentang rejim penjagaan kulit
muka yang betul serta berkongsi manfaat inovasi produk kecantikan kulit wajah
dengan formulasi khusus dari buahan semula jadi.
Bertempat di The Cooking House bangsar, majlis yang mengenengahkan konsep
“masterclass” kecantikan ini terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi bersama Chef Cerah
Sempurna kemudian disusuri dengan bengkel kecantikan SAFI Balqis White Trilogy
yang dekelolai oleh Hanis Zalikha dan Pengurus Kumpulan Produk SAFI- Puan
Mahsuri Sulaiman. Pada sesi bengkel penjagaan wajah, Puan Mahsuri Sulaiman
menerangkan keunikan dan teknologi kecantikan SAFI didalam rangkaian SAFI Balqis
White Trilogy beserta cara penggunaan yang betul agar hasrat transformasi kulit cerah
sempurna mampu dikecapi. Selaku pengurus produk rangkaian SAFI, Puan Mahsuri
Sulaiman berkata “Dengan kombinasi formulasi teknologi inovasi kecantikan serta
sains kecantikan SAFI, SAFI Balqis White Trilogy ini telah direka khas untuk
seluruh jenis keperluan kulit kerana kami di keluarga SAFI percaya bahawa
semua wanita berhak mendapat penjaagan wajah yang sempurna seawal usia
muda remaja”.
Menambah rencah kecantikan di dalam sesi ini, Hanis Zalikha turuh berkongsi rahsia
kulit cerah alami beliau dengan memperkenalkan rutin pengamalan penjagaan kulit
muka 5M SAFI Balqis White Trilogy beliau iaitu “Membersih – Menyegar – Memelihara
– Melembap – Menyerikan”. Menurut beliau, 5 langkah ini merupakan elemen utama
bagi memastikan kulit sentiasa cerah sempurna.
Dengan nada yang bersahaja dan penuh ceria, personafikasi keayuan jenama SAFI
Balqis White Trilogy- Hanis Zalikha berkata, “penjagaan kecantikan haruslah dititik
beratkan luar dalam agar kulit sentiasa segar, anjal dan kurang kedutan. 5
produk asas mesti ada bersama saya semestinya Pembersih muka, Penyegar,
Krim pelembap, Serum dan BB Cream daripada SAFI BALQIS White Trilogy. Selain
itu, menikmati snek sihat seperti buah-buahan, serta meminum air masak yang
banyak turut menjadi amalan seharian”.
Di akhir majlis ini berlansung, peserta dapat berjumpa dengan Puan Mahsuri secara
individu untuk mendapat penerangan lanjut tentang rangkaian produk SAFI Balqis
White Trilogy serta sesi beramah mesra dengan Hanis Zalikha bagi mengetahui tips
kecantikan serta penampilan penuh keyakinan diri beliau. Peserta pulang dengan raut
wajah cerah sempurna dengan bingkisan istimewa dari SAFI Balqis White Trilogy serta
merakamkan potret kenangan bersama keluarga SAFI.