+ All Categories
Home > Documents > Assignment

Assignment

Date post: 18-Oct-2015
Category:
Upload: shin-yei
View: 8 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Description:
KBKK PPISMP sem 3

of 28

Transcript
  • 5/28/2018 Assignment

    1/28

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR,

    SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

    TUGASAN PROJEK

    SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2011

    KEMAHIRAN GENERIK :

    KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

    NAMA : OO WOEI TIAN (931207-07-5102)

    TAN SHIN HOOI (930105-09-5140)

    NO. ANGKA GILIRAN : 2011152310175

    2011152310178

    UNIT : PJK (SJKC)

    KUMPULAN : PPISMP Semester 3 Ambilan Jun 2011

    MATA PELAJARAN/KOD : KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI

    EQ3311D1

    PENSYARAH PEMBIMBING : PUAN MUSALMAH MOHD SALLEH

    TARIKH HANTAR : 30 OGOS 2012

  • 5/28/2018 Assignment

    2/28

    KANDUNGAN

    SOALAN TUGASAN i

    BIODATA PELAJAR ii

    SENARAI SEMAK iii

    PENGAKUAN iv

    PENGHARGAAN v

    1.0 PENGENALAN 1

    2.0 SINOPSIS FILEM 3

    2.1 Watak dalam filem 4

    3.0 KONFLIK DALAM FILEM

    3.1 Kenal pasti konflik 6

    3.2 Faktor-faktor konflik 8

    4.0 ANALISIS

    4.1 Cara watak menguruskan konflik yang berlaku 10

    5.0 REFLEKSI MENGENAI WATAK UTAMA 13

    6.0 REFLEKSI INDIVIDU 15

    RUJUKAN

    LAMPIRAN

  • 5/28/2018 Assignment

    3/28

    SOALAN

    TUGASAN

  • 5/28/2018 Assignment

    4/28

    BIODATA PELAJAR

    NAMA : OO WOEI TIAN

    NO KAD PENGENALAN : 931207-07-5102

    UNIT : PJK (SJKC)

    AMBILAN : JUN 2011

    SEMESTER : 3

    PROGRAM : PROGRAM PRA IJAZAH SARJANA MUDA

    PERGURUAN

    ALAMAT : 1896, JALAN 8, KAMPUNG VALDOR, 14200 SUNGAI

    BAKAP, PULAU PINANG.

    AGAMA : BUDDHA

    KAUM : CINA

    JANTINA : PEREMPUAN

  • 5/28/2018 Assignment

    5/28

    BIODATA PELAJAR

    NAMA : TAN SHIN HOOI

    NO KAD PENGENALAN : 930105-09-5140

    UNIT : PJK (SJKC)

    AMBILAN : JUN 2011

    SEMESTER : 3

    PROGRAM : PROGRAM PRA IJAZAH SARJANA MUDA

    PERGURUAN

    ALAMAT : 217, Taman Langkawi, 07000 Pulau Langkawi, Kedah.

    AGAMA : BUDDHA

    KAUM : CINA

    JANTINA : PEREMPUAN

  • 5/28/2018 Assignment

    6/28

    PENGAKUAN

    Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

    ringkasan yang tiap-tiap satunya telah satu jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ______________

    Nama Penulis : OO WOEI TIAN

    Tarikh : 20 OGOS 2012

    Tandatangan : ______________

    Nama Penulis : TAN SHIN HOOI

    Tarikh : 20 OGOS 2012

  • 5/28/2018 Assignment

    7/28

    PENGHARGAAN

    Setelah berusaha dalam persediaan dan penyiapan tugasan projek Kemahiran

    Generik ( Kompetensi Kecerdasan Emosi ) ini, kami berjaya menyempurnakannya

    dalan masa yang ditetapkan oleh pensyarah. Oleh itu, kami ingin mengucapkan

    ribuan terima kasih kepada guru bimbingan kami iaitu Puan Musalmah Mohd Salleh.

    Beliau telah banyak membantu kami dalam penyiapan projek ini. Setelah tunjuk ajar

    beliau yang jelas, kami berjaya menghasilkan projek ini dengan lancar.

    Kita juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak

    membantu kita secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses

    merealisasikan tugasan ini berjalan. Mereka telah banyak memberi sokongan dan

    dorongan di samping idea-idea yang bernas pada masa kita ketandusan idea.

    Pelbagai ilmu yang dapat kita rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.

    Kepada ahli kumpulan khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan

    kerjasama antara satu sama lain dalam mencari bahan-bahan penting bagi

    digunakan dengan tujuan menyempurnakan kerja kursus ini.

    Sebelum kita mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai

    renung-renungan dan selamat beramal.

    "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan

    semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang

    terus-menerus

  • 5/28/2018 Assignment

    8/28

    1.0 PENGENALAN

    Konsep kecerdasan emosi mempunyai susur galurnya dalam konsep kecerdasan

    sosial yang dikemukakan oleh Thorndike pada tahun 1920an. (Goleman, 1996)

    Konsep ini diperkenalkan oleh Salovey dan Mayer pada 1990, dan sejak itu konstruk

    kecerdasan emosi telah mendapat perhatian khusus dalam bidang akademik.

    Gardner (1993 ) kemudiannya menerangkan kecerdasan emosi dengan konstruk

    kecerdasan intrapersonal dan interpersonalnya dalam kerangka Pelbagai

    Kecerdasan nya. (Multiple Intelligence) Apabila konsep ini dipopularkan oleh

    Goleman (1996) dengan kenyataannya bahawa kecerdasan emosi lebih penting

    daripada kecerdasan kognitif tradisional (IQ) dalam bukunya Emotional Intelligence,

    maka kecerdasan emosi menjadi satu konsep popular dalam masyarakat umum.

    Menurut Mayer dan Salovey (1997), kecerdasan emosi mendefinisikan sebagai

    keupayaan untuk mengawal emosi diri dan orang lain, untuk membezakan antara

    emosi tersebut dan untuk menggunakan kefahaman itu untuk memantau pemikiran

    dan tindakan diri.

    Gardner (1993) menyatakan kecerdasan emosi dalam gabungan kecerdasan

    intrapersonal dan interpersonal dalam teori kecerdasan pelbagainya. Kecerdasan

    intrapersonal merujuk kepada keupayaan kesedaran diri yang tinggi dan bertindak

    menurut kesedaran tersebut. Kecerdasan ini membolehkan seseorang memahami

    dirinya dengan tepat dan berupaya menangani keinginan, ketakutan, emosi dan motif

    diri dengan sewajarnya.

    Cooper dan Sawaf (1997) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan

    untuk mengesan, mengerti, dan mengaplikasikan dengan berkesan ketajaman dan

    kuasa emosi sebagai satu sumber motivasi manusia, maklumat, perhubungan dan

    pengaruh.

    Dulewicz dan Higgs (1990) mendefinisikan kecerdasan emosi sebagai kecerdasan

    mengenai kesedaran dan mengurus perasaan dan emosi diri, sensitif dan

    mempengaruhi orang lain, memotivasi dan mengimbangkan motivasi dan memantau

    diri supaya mencapai intuisi, ketelitian (conscientiousness) dan tingkah laku beretika.

  • 5/28/2018 Assignment

    9/28

    Sejak diperkenalkan oleh Mayer dan Salovey pada 1990, konsep kecerdasan emosi

    telah menerima perhatian luas dalam bidang akademik. Gardner (1993)

    menerangkan kecerdasan emosi dalam kerangka teori kecerdasan pelbagai (Multiple

    Intelligence) manakala Sternberg (1995) pula menerangkan dalam kerangka teori

    kecerdasan kejayaan (Successful Intelligence). Cooper dan Sawaf (1997), Goleman

    (1998). Dulewicz dan Higgs (1999), Bar-On (2000) dan Nelson dan Low (2003)

    seterusnya telah mengembangkan teori masing-masing dalam menerangkan

    konstruk kecerdasan emosi.

    Terdapat sepuluh kecerdasan yang dikenal pasti setakat ini iaitu kecerdasan

    matematiklogikal, kecerdasan linguistik, kecerdasan ruangan, kecerdasan musik,

    kecerdasan kinestatik, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal,

    kecerdasan naturalistik, kecerdasan eksistensial dan kecerdasan spiritual.

    Syurga Cintaialah sebuah filem komedi romantisMalaysia bertemakan keagamaan

    arahan Ahmad Idham. Filem keluaran Metrowealth Movies Production yang ke-30

    dan filem dakwah kedua dari syarikat tersebut selepas Syukur 21 ini dibintangi oleh

    Awal Ashaari, Heliza dan bintang kanak-kanak Muhamad Hadziq Hazem dari

    rancangan Tom Tom Bak dan sudah disahkan bakal merebut anugerah diFestival

    Filem Malaysia ke-22.

    Syurga Cinta akan mengupas kehidupan dua individu Melayu dengan dua

    akidah yang berbeza. Ia mengetengahkan elemen keagamaan di dalam kisah cinta

    remaja. Pertembungan dua gaya hidup inilah yang menonjolkan nilai yang menarik.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Idhamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Metrowealth_Movies_Productionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syukur_21http://ms.wikipedia.org/wiki/Syukur_21http://ms.wikipedia.org/wiki/Awal_Ashaarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Helizahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tom_Tom_Bakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tom_Tom_Bakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Festival_Filem_Malaysia_ke-22http://ms.wikipedia.org/wiki/Festival_Filem_Malaysia_ke-22http://ms.wikipedia.org/wiki/Festival_Filem_Malaysia_ke-22http://ms.wikipedia.org/wiki/Festival_Filem_Malaysia_ke-22http://ms.wikipedia.org/wiki/Festival_Filem_Malaysia_ke-22http://ms.wikipedia.org/wiki/Tom_Tom_Bakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Helizahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Awal_Ashaarihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Syukur_21http://ms.wikipedia.org/wiki/Metrowealth_Movies_Productionhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Idhamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysia
  • 5/28/2018 Assignment

    10/28

    2.0 SINOPSIS FILEM

    Irham berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri

    Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah

    bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia

    kerana perlu mengambil alih syarikat miliki keluarganya. Oleh sebab terlalu lama di

    luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

    Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya iaitu

    Zainal dan Alex yang sangat mengenali perangai Irham. Selain itu, Irham

    sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex

    dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, merekamencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai

    gadis sebegini. Dengan itu, gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden

    namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia

    merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup

    mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup.

    Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan

    merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan

    Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Ikmal membantu

    abangya untuk memikat Syuhadah. Hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham

    sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan telah wujudnya perasaan kasih dan

    sayang. Di samping itu, Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah dan

    datuknya hingga dalam tempoh sebulan dia telah melaksanakan tanggungjawabnya

    sebagai seorang Muslim dan dia berasa selesa dengan perubahan itu.

    Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal

    dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal

    dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-

    suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang

    mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Walaupun Irham memenangi

    pertaruhan itu tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar bahawa dia

    sangat mencintai dan menyayangi Syuhadah. Di akhir cerita ini, Irham dan Syuhadahdapat bersama semula hasil bantuan Ikmal dan datuk Syuhadah .

  • 5/28/2018 Assignment

    11/28

    2.1 Watak Dalam Filem

    Watak Utama :

    1. Irham

    Anak kepada Tuan Sri dan Puan Sri.

    Abang angkat kepada Ikmal.

    Seorang yang tidak pegangan terhadap agama dan budayanya.

    Suka yang berfoya-foya dan suka minum arak.

    Suka bertaruh dengan kawannya.

    Pantang dicabar.

    Mementingkan air muka sendiri. Seorang yang handal memikat wanita.

    Seorang yang sangat romantik.

    Jatuh cinta kepada Syuhadah.

    2. Syuhadah

    Seorang yatim.

    Dijaga oleh datuknya.

    Berpegangan kuat kepada agama dan budayanya.

    Seorang guru Islam.

    Suka membaca.

    Penyabar dan mudah memaafkan orang.

    Seorang yang pediam dan tidak mudah berkawan dengan orang lain

    terutamanya lelaki.

    Jatuh cinta terhadap Irham.

    Watak sampingan :

    1. Alex

    Merupakan kawan Irham di UK.

    Suka bertaruh dengan Irham untuk memikat wanita.

    Seorang yang berfoya-foya dan suka minum arak.

    Tidak pegangan kepada agama dan budayanya.

  • 5/28/2018 Assignment

    12/28

    2. Zainal

    Merupakan kawan Irham di UK.

    Tidak pegangan kepada agama dan budayanya.

    Seorang yang berfoya-foya dan suka minum arak.

    Suka bertaruh dengan Irham untuk memikat wanita.

    Menunaikan janji dengan memberi RM5000 kepada Irham selepas

    kalah dalam pertarungan.

    3. Ikmal

    Adik angkat Irham.

    Anak angkat Tuan Sri dan Puan Sri.

    Seorang yang nakal.

    Bijak dalam pelajaran dan mengeluarkan idea-idea.

    Menyayangi abangnya, Irham.

    4. Datuk Syuhadah

    Seorang yang berpegangan kuat kepada agama dan budayanya.

    Mendidik Syuhadah menjadi seorang yang berilmu.

    Seorang yang baik hati.

    5. Tan Sri

    Ayah kepada Irham dan Ikmal.

    Suami kepada Puan Sri.

    Seorang yang sangat kaya dalam kerjayanya.

    Dapat memberi hidup mewah kepada keluarganya.

    Seorang yang tidak berpegangan terhadap agama dan budayanya.

    Seorang yang suka minum arak.

    6. Puan Sri

    Ibu kepada Irham dan Ikmal.

    Isteri kepada Tuan Sri.

    Seorang yang tidak berpegangan terhadap agama dan budayanya.

    Suka menemani suami ke pub untuk berseronok dan minum arak.

    Terkejut apabila ternampak anak-anak sedang bersembahyang.

  • 5/28/2018 Assignment

    13/28

    3.0 KONFLIK DALAM FILEM

    3.1 Kenal Pasti Konflik

    BIL KONFLIK LUARAN EMOSI TERBABIT1 Irham telah bertaruh dengan rakan-rakannya untuk

    memikat hati seorang wanita yang kuat agamanya yang

    bukan jenis kesukaan Irham.

    Sombong

    2 Irham telah mulai suka akan Syahadah dan Syuhadah

    juga jatuh cinta kepada Irham. Hubungan mereka

    semakin rapat.

    Kasih sayang

    3 Setelah cukup tempoh sebulan, Irham berterus-terang

    dengan Syuhadah bahawa dia hanya mempermainkan

    dia atas sebab bertaruh dengan kawan-kawannya.

    Tidak timbang rasa

    4 Syuhadah memaafkan semula kesalahan yang telah

    dilakukan oleh Irham dan menerima semula Irham.Baik hati

    5 Irham mula merasakan dirinya tidak memiliki didikan

    agama. Irham sering melihat kedua ibu bapanya berfoya-

    foya dan tidak bersolat. Irham juga malu untuk bercakap

    soal agama di hadapan Syuhadah kerana dia tidak tahu

    hal yang berkaitan dengan soal agama.

    Malu diri

    BIL KONFLIK DALAMAN EMOSI TERBABIT

    6 Ikmal berbohong kepada Cikgu Syuhadah untuk

    membantu abang angkatnya iaitu Irham dalam usaha

    Irham memikat Syuhadah.

    Tidak jujur

    7 Syuhadah menekankan perasaannya terhadap Irham.

    Dia mengelakkan berjumpa dengan Irham selepas

    menyedari Irham mempersendakannya.

    Kecewa

    8 Irham tidak dapat menyimpan perasaannya terhadap

    Syuhadah. Dia telah berterus terang dengan Syuhadah

    bahawa dia cinta akan Syuhadah.

    Rasa bersalah

  • 5/28/2018 Assignment

    14/28

    Jenis-jenis

    emosi yang

    terdapat

    dalam Syurga

    Cinta

    Takut

    Tekanan

    Sedih

    Kecewa

    Marah

    Terkejut

    Rasa

    bersalah

    BenciKeseronokan

    Terperanjat

    Rasa malu

    Minat

    Kasih dan

    sayang

    Sombong

    Tidak

    timbang rasa

  • 5/28/2018 Assignment

    15/28

    3.2 Faktor-Faktor Konflik

    SOMBONG

    Sikap Irham yang ingin menunjuk-nunjukkebolehannya.

    Irham ingin membuktikan kepada kawannya bahawadia mampu mencapai apa sahaja yang diinginkan.

    KASIH SAYANG

    Irham sudah jatuh cinta atas sikap baik hatiSyuhadah.

    Syuhadah telah jatuh cinta atas keikhlasan Irhamyang sering membantunya.

    Dia ingin membantu Irham menjadi Muslim yangberiman.

    TIDAKTIMBANG

    RASA

    Irham hanya mementingkan diri sendiri dan tidakmemikirkan orang lain iaitu Syuhadah.

    Irham tidak meluahkan perasaan sendiri terhadapSyuhadah malah masih bermain dengan kawannya.

    BAIK HATI

    Syuhadah mengetahui Irham betul-betul cintaakannya dan hanya menerima cabaran kawansemasa dia bersikap main-main dahulu.

    Syuhadah memberi peluang kepada Irham danmenerimanya semula.

  • 5/28/2018 Assignment

    16/28

    MALU DIRI

    Irham telah terdedah dengan budaya dan gaya hiduporang di barat.

    Kurangnya didikan agama daripada ibu bapa Irham.

    Irham langsung tidak tahu bersonat dan hal-halagama.

    TIDAK JUJUR

    Ikmal ingin memulihkan hubungannya dengan Irhamkerana sebelum ini hubungan mereka tidak begitubaik.

    Ikmal merupakan seorang kanak-kanak yang nakaltetapi pintar dan dia mampu menyelesaikan masalahIrham.

    KECEWA

    Syuadah yang tidak mudah tertarik oleh lelaki telahjatuh cinta atas Irham.

    Syuhadah tidak menyangka Irham sebenarnyamempermainkan dia dahulu.

    RASABERSALAH

    Irham tidak dapat menipu hatinya sendiri tentangperasaannya kepada Syuhadah.

    Irham menyesali atas perbuatannya terhadapSyuhadah.

  • 5/28/2018 Assignment

    17/28

    4.0 ANALISIS

    4.1 Cara Watak Menguruskan Konflik Yang Berlaku

    WATAK Irham

    KONFLIK YANG

    BERLAKU

    1. Irham yang baru pulang dari

    luar Negara telah lupa

    tentang adat dan budaya

    orang Melayu yang beragama

    Islam dan terpengaruh

    dengan budaya barat. Irham

    juga sering bermain dan

    minum arak bersama-sama

    dengan rakannya.

    2. Irham telah bertaruh dengan

    rakan-rakannya untuk

    memikat hati seorang wanita

    yang kuat agamanya dan

    memakai tudung. Wanita itu

    bukan merupakan jenis yang

    disukai oleh Irham.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    DIRI

    Irham tidak mempunyai

    pengurusan diri yang betul.

    Sepatutnya dia tidak terikut-ikut

    dengan budaya daripada barat

    walaupun dia sudah menetap

    lama di luar Negara.

    Irham masih tidak mampu

    untuk menguruskan sikapnya

    yang pantang dicabar. Dia

    sering bertaruh dengan kawan-

    kawanynya dan mementingkan

    kemenangan.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    SOSIAL

    Irham masih tidak mampu untuk

    meninggalkan tabiat buruknya

    selepas balik ke Malaysia. Dia

    sentiasa bermain dan minum

    arak bersama kawan-kawannya

    di kelab malam.

    Irham suka akan pergaulan

    bebas dan sering berpoya-poya

    di dalam kelab malam. Dia tidak

    mempedulikan soal agama

    Islam dan sering membawa

    perempuan untuk bermalam

    bersama-sama.

  • 5/28/2018 Assignment

    18/28

    WATAK Syuhadah

    KONFLIK YANG

    BERLAKU

    Syuhadah telah jatuh hati terhadap Irham. Ini kerana dia telah

    tertarik dengan keikhlasan Irham berkawan dengannya. Konflik

    yang dihadapi oleh Syuhadah ialah dia yang kuat agama telahcinta akan seorang yang tidak berpegang kepada agama.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    DIRI

    Syuhadah masih mampu menjaga dirinya daripada perkara

    maksiat. Dia mampu mengubah Irham yang tidak terikut dengan

    budaya dan agama kepada seorang yang beriman.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    SOSIAL

    Syuhadah masih berpegang kuat kepada agamanya. Dia tidak

    berlaku persentuhan badan dengan Irham apabila Irham bersalam

    dengan dia. Selain itu, dia sering mengingatkan Irham bahawa

    apabila dia keluar berdua-dua dengan Irham mesti ada orang

    ketiga seperti membawa Ikmal.

    WATAK Ikmal

    KONFLIK

    YANG

    BERLAKU

    1. Ikmal berbohong kepada

    cikgunya iaitu cikgu Syuhadah

    untuk membantu abang

    angkatnya iaitu Irham dalam

    usaha Irham untuk memikat hati

    cikgu Syuhadah.

    2. Ikmal bukan anak

    kandungan tetapi anak

    angkat Tuan Sri dan Puan

    Sri. Hubungan antara

    abang angkatnya, Irham

    dengan dia tidak begitu

    rapat dahulu.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    DIRI

    Ikmal seorang kanak yang pintar

    dan mampu berfikir jalan

    penyelesaian demi abangnyaIrham.

    Ikmal tidak mengisahkan latar

    belakangnya dan hidup

    gembira dengan keluarganya.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    SOSIAL

    Ikmal cuba mengatasi masalah

    hubungannya dengan Irham yang

    tidak begitu rapat. Setelah dia

    menolong Irham hubungan mereka

    semakin rapat.

    Ikmal membantu abang

    angkatnya, Irham untuk

    memikat Syuhadah dan

    hubungan mereka semakin

    rapat.

  • 5/28/2018 Assignment

    19/28

    WATAK Irham dan Syuhadah

    KONFLIK YANG

    BERLAKU

    Setelah cukup tempoh sebulan, Irham berterus-terang dengan

    Syuhadah bahawa dia hanya mempermainkan Syuhadah di

    hadapan kawan-kawan Irham. Ini kerana Irham melakukan itusemua hanya kerana dia telah bertaruh dengan kawan-

    kawannya.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    DIRI

    Irham:

    Irham tidak memikirkan

    perasaan Syuhadah semasa dia

    memberitahu perkara yang

    sebenar. Dia juga tidak

    menyatakan perasaannya yang

    sebenar kepada Syuhadah.

    Syuhadah:

    Syuhadah tabah menerima

    apa-apa yang diberitahu oleh

    Irham kepadanya. Namun, dia

    tidak dapat mengawal

    perasaan kecewanya terhadap

    perbuatan Irham terhadapnya.

    KOMPETENSI

    PENGURUSAN

    SOSIAL

    Irham:

    Irham hanya mementingkan air

    muka dan tidak mahu kalah di

    hadapan kawan. Dia masih

    bergelak bersama kawan-kawan

    selepas berterus-terang dengan

    Syuhadah.

    Syuhadah:

    Syuhadah tidak menyalahkan

    Irham dan dia mengelakkan

    berjumpa dengan Irham sahaja.

    Dia tidak membuat apa-apa

    balas dendam terhadap Irham.

    Sikap kesabarannya sangat

    tinggi.

  • 5/28/2018 Assignment

    20/28

    5.0 REFLEKSI MENGENAI WATAK UTAMA

    Jika saya sebagai watak utama iaitu Irham dalam filem Syurga Cinta, saya akan

    berusaha menguruskan konflik emosi saya dengan baik. Terdapat banyak konflik

    yang berlaku di dalam filem ini yang melibatkan pelakon utama iaitu Irham. Antara

    konflik klimaks yang berlaku dalam filem ini ialah konflik yang berlaku antara Irham

    dan Syuhadah. Apabila Irham membongkarkan rahsia kepada Syuhadah yang dia

    sebenarnya berkawan dengan rapat dengan Syuhadah hanyalah kerana dia dicabar

    oleh kawan-kawanya dengan pertaruhan wang sejumlah banyak, Syuhadah amat

    terasa sakit hati dan kecewa lalu meninggalkan Irham. Selepas itu, Irham berasa

    bersalah kepada Syuhadah dan inilah konflik yang berlaku.

    Sekiranya saya berada di tempat Irham, saya akan menguruskan konflik emosi rasa

    bersalah dengan aspek berterus-terang dengan Syuhadah sebelum hari tempoh

    sebulan mendatang. Saya memilih cara ini kerana saya tahu bahawa konflik ini

    timbul disebabkan oleh kesilapan saya diri sendiri. Saya akan berdepan dengan

    Syuhadah dan terus berterus terang dengan Syuhadah. Dengan cara berterus terang

    dan memohon maaf, saya percaya bahawa konflik ini setidak kurangnya dapat

    diselesaikan. Aspek berterus-terang sangat penting untuk kedua-dua pihak dalam

    mempercayai antara satu sama lain. Berterus-terang dapat menerangkan segala

    konflik yang dihadapi. Seterusnya, saya akan membawa Syuhadah ke tempat yang

    dijanjikan dengan Alex dan Zainal dan menjelaskan kepada kawan saya bahawa

    saya telah jatuh cinta terhadap Syuhadah. Saya juga akan menghentikan pertaruhan

    dengan kawan saya. Dengan itu, saya tidak akan memainkan perasaan orang lain

    serta tidak bertaruh dengan kawan untuk mempermainkan orang lain.

    Selain itu, konflik yang berlaku dalam filem syurga cinta ini ialah konflik apabila Irham

    mula merasakan yang dirinya tidak memiliki didikan agama daripada ayah dan

    ibunya. Irham sering melihat kedua-dua ibu bapanya berfoya-foya dan tidak bersolat.

    Irham juga malu untuk bercakap soal agama di hadapan Syuhadah kerana dia tidak

    tahu apa-apa soal agama.

    Sekiranya saya berada di tempat Irham, saya akan menyelesaikan konflik ini dengan

    mendapat kaunseling dan bimbingan didikan agama. Saya akan beranimempertanyakan sebarang soalan berkaitan dengan agama kepada Syuhadah dan

  • 5/28/2018 Assignment

    21/28

    datuknya kerana mereka merupakan orang yang sangat berpengangan kuat

    terhadap agama. Saya harus tabah mengharungi setiap cabaran seperti menolak

    permintaan kawan untuk kegiatan yang tidak sihat. Selain itu, saya akan memilih

    untuk berada di tanah air sendiri dan mengamalkan budaya dan agama sendiri yang

    betul, tidak terlibat dalam perbuatan yang tidak baik seperti berfoya-foya, minum arak

    dan mencari wanita. Saya akan membuat lebih banyak perkara yang baik, seperti

    menolong orang lain yang susah. Jika boleh, saya ingin menasihati ibu bapa saya

    yang sentiasa berseronok di pub supaya mereka akan mengubah sikap mereka

    untuk menjaga maruah keluarga saya.

    Konflik ketiga yang berlaku dalam filem ini ialah konflik antara Irham dengan adik

    angkatnya, Ikmal. Irham tidak sangat menyukai Ikmal kerana dia menganggap Ikmal

    sebagai orang luar. Dia tidak membenarkan Ikmal memanggil dia abang. Namun,

    apabila Irham bertaruh dengan kawannya untuk memikat hati Syuhadah, dia

    meminta bantuan Ikmal kerana Syuhadah merupakan cikgu Ikmal.

    Sekiranya saya berada di tempat Irham, saya akan menyelesaikan konflik ini dengan

    berkomunikasi dengan adik saya. Walaupun Ikmal adik angkat saya, saya harus

    tetap menerimanya sebagai adik kandung saya dan mencuba daya upaya saya untuk

    menjaganya. Di dalam rumah, saya akan banyak berkomunikasi dengan Ikmal

    seperti bermain permainan video dengannya dan makan bersama-sama. Saya juga

    akan membincangkan hal-hal agama dengan Ikmal.Dengan cara berkomunikasi,

    hubungan antara kami mesti semakin rapat.

    Akhirnya, saya akan menunjukkan perasaan yang benar terhadap Syuhadah, iaitu

    perasaan kasih dan sayang. Kalau saya benar-benar menyukai seseorang, saya

    akan berusaha untuk memikatnya dan bukan menyukakan dia. Saya juga tidak akan

    berputus asa walaupun menghadapi halangan.

    Kesimpulannya, sekiranya saya di tempat watak utama dalam filem Syurga Cinta ini

    iaitu Irham, saya akan melaksanakan langkah-langkah atas untuk menangani konflik

    saya. Setiap konflik yang dihadapi sememangnya mesti mempunyai jalan

    penyelesaiannya. Oleh itu, kecerdasan emosi amat penting dalam melakukan

    keputusan untuk menyelesaikan sesebuah konflik.

  • 5/28/2018 Assignment

    22/28

    6.0 REFLEKSI INDIVIDU

    NAMA : OO WOEI TIAN

    KAD PENGENALAN : 931207-07-5102

    UNIT : PPISMP S3 PJK ( SJKC ) AMBILAN JUN 2011

    Sepanjang melaksanakan tugasan ini, diakui masalah utama yang saya hadapi

    adalah kesuntukan masa. Namun saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan

    projek ini dalam masa yang ditetapkan.

    Filem Syurga Cinta merupakan filem Melayu yang saya hayati pada pertama kali.

    Pada pandangan saya, filem ini merupakan filem moden yang sangat menarik minat

    saya untuk menonton ia. Dalam filem tersebut, saya mendapati terdapat ramai anak

    Malaysia masyarakat ini yang tidak berpegang kepada agama dan sering berseronok

    dalam kelab malam. Perbuatan tersebut sangat menjatuhkan imej Negara kita

    sebagai Negara Islam. Sikap Irham yang berfoya-foya telah menggambarkan gaya

    hidup rakyat Malaysia sekarang banyak dipengaruhi oleh gaya hidup barat.

    Walaupun kebanyakan orang dalam filem tidak menganuti agama dan melanggar

    peraturan-peraturan agama Islam, kejadian tersebut telah menonjolkan betapa kuat

    pegangan agama watak Syuhadah dan datuknya terhadap agama yang dianuti. Pada

    kali saya menampak keikhlasan Syuhadah terhadap agama, saya berasa sangat

    bersyukur kerana budaya timur Malaysia masih tidak terpinggir dengan seriusnya

    dan budaya tersebut haruslah disebarkan kepada generasi sekarang.

    Selepas menonton filem tersebut, saya berasa watak Irham telah melampaui batas

    sebagai seorang anak Melayu yang mempersendakan hati Syuhadah. Bagi saya,

    saya tidak akan menipu atau mempermainkan orang lain demi bertaruh dengan

    kawan-kawan. Saya berpendapat hati yang ikhlas terhadap kekasih lebih penting

    daripada pertaruhan wang yang berdosa dalam agama Islam.

    Dalam menyiapkan projek ini, saya telah mempelajari untuk menguruskan pelbagai

    konflik yang dihadapi. Kecerdasan emosi amat penting dalam melakukan keputusan

    untuk menyelesaikan sesebuah konflik. Saya telah membayangkan diri sebagai

    watak utama dalam filem tersebut untuk memikirkan jalan penyelesaian dalam

    menghadapi konflik-konflik yang berlainan. Sifat-sifat positif harus saya miliki dalam

  • 5/28/2018 Assignment

    23/28

    kehidupan seharian supaya tidak berlakunya konflik yang serius dengan orang

    sekeliling saya seperti watak Syuhadah. Syuhadah masih dapat mengawal emosinya

    dan menerima apa-apa yang diberitahu oleh Irham. Saya mengaku, jika seseorang

    cuba mempermainkan hati saya, saya tidak akan mudah memaafkannya. Menerusi

    filem ini, saya amat kagum akan sifat Syuhadah yang sangat sabar dan banyak yang

    harus saya pelajari lagi.

    Sebagai seorang guru, saya mempunyai tanggungjawab yang berat lagi dalam

    menguruskan kecerdasan emosi saya. Contohnya, saya harus sabar dengan sikap

    murid-murid berlainan, sentiasa berkomunikasi dan mengetahui latar belakang setiap

    murid, tidak mudah marah dengan perangai murid yang tidak bersopan-santun,

    sentiasa beramanah dan berhemah tinggi dalam tingkah laku saya sebagai seorang

    guru. Saya harus bijak menguruskan konflik saya supaya ia tidak mempengaruhi

    saya semasa mengajar dalam kelas.

    Kesimpulannya, pada pendapat saya, emosi adalah sesuatu yang dapat dikaitkan

    dengan hati, otak, dan badan seseorang. Hati menggambarkan perasaan, otak

    menggambarkan pemikiran, dan badan menggambarkan tingkah laku seseorang.

    Oleh sebab itu, pengurusan emosi sangat penting. Jika salah satu elemen ini tidak

    dapat diuruskan dengan baik, banyak perkara buruk yang boleh berlaku. Setiap

    orang perlu mempunyai EQ (emotional quotient) yang tinggi, bukan sahaja IQ

    (intellingent quotient). Pada masa kini, adalah terlalu ramai yang mengejar IQ

    sehingga lupa untuk menguruskan EQ dengan baik. Oleh itu, pengurusan Emosi

    adalah suatu peluang yang baik kepada saya untuk mempertingkatkan EQ. Saya

    akan menggunakan ilmu yang saya pelajari dalam projek ini untuk dilaksanakan

    mulai hari ini.

  • 5/28/2018 Assignment

    24/28

    NAMA : TAN SHIN HOOI

    KAD PENGENALAN : 930105-09-5140

    UNIT : PPISMP S3 PJK ( SJKC ) AMBILAN JUN 2011

    Apabila saya mendapat tugasan projek ini, saya berasa sangat susah tetapi saya

    juga berjaya menyelesaikan projek ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Saya

    menonton filem Syurga Cintaini berulang-ulang kali untuk lebih memahami watak-

    watak dan cerita dalam filem ini. Saya juga menghadapi masalah kekurangan

    maklumat. Oleh itu, saya melayari internet untuk mencari maklumat yang berkaitan

    dengan tajuk projek tersebut.

    Selain itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan

    seperjuangan saya kerana mereka telah banyak membantu dan berkongsi maklumat

    dengan saya. Tanpa bantuan mereka, saya tidak akan dapat menyiapkan projek ini

    dengan sempurna.

    Melalui tugasan projek ini, saya dapat mempelajari bagaimana untuk menguruskan

    konflik emosi sendiri dengan baik. Seseorang mempunyai berbagai-bagai emosi

    dalam kehidupannya, tetapi kami hendaklah mengetahui cara-cara untuk

    menguruskannya tanpa melukakan sendiri atau sesiapa. Kecerdasan emosi jugamelibatkan kepekaan dan pemahaman individu terhadap perasaan diri dan orang lain.

    Selepas menonton filem ini, saya mendapati terdapat perubahan yang berlaku pada

    diri sendiri. Sebelum menonton filem ini, saya berasa bosan kerana dikehendaki

    untuk menonton filem Melayu, tetapi saya telah berubah pemikiran dan emosi saya

    apabila habis menonton filem ini. Saya berasa sangat minat dengan cerita filem ini. Ia

    telah mengajarkan satu pengajaran kepada saya, iaitu kami hendaklah mengamalkan

    budaya dan agama sendiri walaupun kami berada di luar negara.

    Di samping itu, saya berasa marah apabila Irham menipu kepada Syuhadah dengan

    tindakan memikat Syuhadah sebagai pertaruhan dengan kawannya. Saya berasa

    Irham tidak sepatutnya memain perasaan orang lain dengan keseronokkannya

    sendiri. Selepas menonton filem ini, saya akan mengamalkan budaya dan agama

    saya dengan cara yang betul. Saya juga tidak akan menipu atau memainkan

    perasaan orang lain demi keseronokkan sendiri. Dengan itu, saya akan mencuba

    memahami perasaan orang lain terlebih dahulu daripada perasaan sendiri.

  • 5/28/2018 Assignment

    25/28

    Ilmu yang saya memperolehi dalam filem ini ialah seseorang hendaklah mengawal

    emosinya dalam setiap masa. Contohnya, Syuhadah pandai mengawal emosinya

    apabila menghadapi dengan Irham. Walaupun dia mengetahui Irham menipunya, dia

    tidak melakukan perbuatan atau perkara yang mencederakan dirinya. Sebaliknya, dia

    mengelakkan dirinya daripada bertemu dengan Irham. Ini menunjukkan bahawa

    orang yang memiliki kecerdasan intelek lebih cemerlang apabila seseorang itu

    memiliki kecerdasan emosi.

    Seseorang yang mempunyai EQ yang tinggi tidak bermaksud dia mempunyai IQ

    yang tinggi. Saya mendapati seseorang haruslah mempunyai keupayaannya untuk

    menguruskan emosi dirinya dan keperluan orang lain demi kemantapan kendiri dan

    pemeliharaan hubungan yang baik dengan orang di sekeliling kita. Selain itu, saya

    juga memahami pengurusan motivasi melalui filem ini. Irham mempunyai kebolehan

    mengaturkan emosi ke arah objektif yang ditentukan dengan menumpu perhatian

    motivasi diri dan penguasaan untuk kreativiti. Contohnya, Irham mengetahui

    bahawanya dia telah jatuh cinta terhadap Syuhadah dan mula berikhlas untuk

    memikatnya. Saya mendapati orang yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi

    lebih produktif dan efektif dalam setiap tugas yang mereka usahakan.

    Akhirnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya,

    Puan Musalmah Mohd Salleh yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya

    dalam membuat projek ini. Dengan ini, semua pengetahuan yang telah saya

    mempelajari melalui projek ini akan saya guna semasa mengajar di sekolah rendah

    nanti.

  • 5/28/2018 Assignment

    26/28

    RUJUKAN

    Mok Soon Sang, Kompetensi Kecerdasan Emosi, Siri Kemahiran Generik, 2010,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor.

    Ann Wan Seng. Kerenah Remaja Hari Ini. 1994. Fajar Bakti Sdn.Bhd, KualaLumpur.

    Salhah Abdullah, Kecerdasan Pelbagai. 2009, PTS Professional PublishingSdn.Bhd, Kuala Lumpur.

    Rahil Mahyuddin,Maria Chong Abdullah,Samsilah Roslan,Habibah Elias,Tajularipin Sulaiman. The Relationship between Emotional Quotient and theAcquisition of Basic Skill Among Primary School Children. The InternationalJournal of Learning.Volume 14,Issue 7,pp.49-56.

    Davies, M. Stankov, L. & Roberts, R.D. (1998) Emotional Intelligence : In searchof an Elusive Construct. Journal of Personality and Social Psychology.75, 985-1015.

    Jeffrey M. Conte. (2005) Emotional Intelligence Measures. Journal ofOrganizational Behavior.Volume 26, Issue 4, pages 433440.

    Sohaimi Abdul Aziz. (1998). Membentuk Kecerdasan Emosi. Pulau Pinang : USM.

    Neely-Martinez, M. (1997). The smarts that court. HR Magazine. November, hal.

    71-78.

    http://jadilahinsanterindah.blogspot.com/2009/05/syurga-cinta.html,Syurga Cinta,30 Julai 2012.

    http://saifulislam.com/?p=6135,Nilai Dakwah di Dalam Syurga Cinta, 30 Julai2012.

    http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdf,Kecerdasan Emosi, 30 Julai 2012.

    http://rahilmahyuddin.cgpublisher.com/http://mariachong.cgpublisher.com/http://samsilahroslan.cgpublisher.com/http://habibahelias.cgpublisher.com/http://tajularipinsulaiman.cgpublisher.com/http://ijl.cgpublisher.com/product/pub.30/prod.1267http://ijl.cgpublisher.com/product/pub.30/prod.1267http://ijl.cgpublisher.com/product/pub.30/prod.1449http://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/job.v26:4/issuetochttp://jadilahinsanterindah.blogspot.com/2009/05/syurga-cinta.htmlhttp://jadilahinsanterindah.blogspot.com/2009/05/syurga-cinta.htmlhttp://saifulislam.com/?p=6135http://saifulislam.com/?p=6135http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdfhttp://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdfhttp://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdfhttp://saifulislam.com/?p=6135http://jadilahinsanterindah.blogspot.com/2009/05/syurga-cinta.htmlhttp://onlinelibrary.wiley.com/doi/10.1002/job.v26:4/issuetochttp://ijl.cgpublisher.com/product/pub.30/prod.1449http://ijl.cgpublisher.com/product/pub.30/prod.1267http://tajularipinsulaiman.cgpublisher.com/http://habibahelias.cgpublisher.com/http://samsilahroslan.cgpublisher.com/http://mariachong.cgpublisher.com/http://rahilmahyuddin.cgpublisher.com/
  • 5/28/2018 Assignment

    27/28

    LAMPIRAN

    Poster filem Syurga Cinta

    Penerbit: David Teo

    Pengarah: Ahmad Idham

    Syarikat Penerbit : MIG Production Sdn. Bhd.

    Kategori : Filem Cereka

    Bahasa : Bahasa Melayu

    Genre : Keluarga

    Format : 35mm

    Klasifikasi : UUntuk tontonan umum

    Tarikh Tayangan : 21 Mei 2009

  • 5/28/2018 Assignment

    28/28

    Sneak Preview Babak-Babak Menarik Dalam Syurga Cinta


Recommended