+ All Categories
Home > Documents > Assignment SDP

Assignment SDP

Date post: 16-Oct-2015
Category:
Upload: siti-anis-athirah-bux
View: 119 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Description:
assignment SDP

of 19

Transcript
  • 5/26/2018 Assignment SDP

    1/19

    Pendahuluan

    Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan

    senipergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek

    pemahaman,penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan

    daya kreativitiindividu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi

    murid. Guru akanmemberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka,

    mengalami danmengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat

    mengamalkanpertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam

    meningkatkan lagikepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran

    optimum,menyeluruh dan menyeronokkan.Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah

    rendah adalah untuk membentukkeperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,

    mempunyai nilai-nilai estetika yangtinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

    Kandungan kurikulum berupayamembantu murid meningkatkan rasa kesyukuran

    terhadap Tuhan, menghargaikeindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan

    bangsa serta dapatmenyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan

    negara selarasdengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Berdasarkan

    penjelasan-penjelasan di atas, kita mengetahui bahawa sendiri dalampendidikan amat

    penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilikdarjah.

    Secara umumnya, kerja kursus pada semester ini berkaitan dengan proses membuat

    membangunkan satu RPH yang mempunyai pengaplikasian antara ketiga- tiga elemen

    seni tersebut dalam proses P dan P di dalam kelas. Selain itu, saya juga ditugaskan

    untuk melampirkan sebarang Bahan Bantu Mengajar yang disarankan penggunaanya di

    dalam RPH yang disediakan. Akhir sekali, tugasan dilengkapkan dengan serba sedikit

    huraian mengenai Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai yang diaplikasikan dalam

    RPH tersebut.

    Secara keseluruhannya, tugasan ini sememangnya memberi seribu satu manfaat

    yang berguna bertujuan sebagai langkah persediaan awal untuk melengkapkan diri

    saya dan rakan-rakan menjadi guru yang cemerlang, kreatif dan inovatif.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    2/19

    Teori

    Pembelajaran

    Teori konstruktivisme

    Pembelajaran ini menggalakkanmurid menacri idea, buat kajian,

    yakin diri dan dapat beriteraksiyang akhirnya proses inkuiri akan

    terhasil.

    Teori kecerdasan pelbagai

    Kebolehan membuat sesuatu ata

    menawarkan perkhidmatan yangbernilai dalam lingkungan sesuatu

    budaya. Jenis-jenis kecerdasan:

    Verbal - linguistik Logik -Matematik Visual - ruang

    Kinestetik Muzik

    Teori pembelajaran sosial

    menegaskan bahawa

    pembelajaran manusia berlakudengan cara memerhatikan orang

    lain melakukan sesuatu. Teori inijuga menekankan konsep

    peniruan.

    Teori otak kiri dan otak

    kanan

    mengemukakan bagaimana

    manusia memperolehi maklumatdalam sesuatu proses

    pembelajaran. Mengikut teori ini

    rangsangan-rangsangan daripersekitaran luar akan diterima

    dalam sistem saraf melalui deria-

    deria manusia.

    Teori pemprosesan

    maklumataktiviti-aktiviti Seni dalam

    Pendidikan dijalankan,pembelajaran kecerdasan emosi

    dan pengalaman langsung dari

    proses maklumat seperti diatas

    akan memudahkan untukmemberikan kepada kanak-kanak

    beberapa peluang

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    3/19

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3

    KELAS: : 3 Bestari

    BILANGAN PELAJAR: : 3O Orang murid

    TARIKH: : 13 September 2013

    MASA: : 7.458.45 pagi ( 60 MINIT)

    BIDANG: : Membentuk dan Membuat Binaan

    TAJUK: : Topeng

    PENGETAHUAN SEDIA ADA :Mengetahui jenisjenis pekerjaan dan watak yang

    digemari

    HASIL PEMBELAJARAN :

    Pada akhir pembelajaran ini murid dapat:

    i. Mengetahui caracara menghasilkan topeng muka.

    ii. Menghasilkan topeng muka mengikut watakwatak yang digemari

    iii. Mengetahui penggunaan warna daripada bahan kering.

    iv. Menghias hasil karya menggunakan kertas dan warna

    v. Memupuk semangat kerjasama serta kekemasan kerja.

    BAHAN BANTU MENGAJAR : Contoh topeng muka

    ALAT BANTU MENGAJAR : Komputer, LCD

    ALAT DAN BAHAN : gam, gunting,pinggan kertas, warna pensil,

    krayon,marker, tali atau gelang getah, penebuk

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    4/19

    lubang, gambar- gambar dari majalah, surat

    khabar,buku latihan.

    LANGKAH

    P&P/MASA

    ISI

    PEMBELAJARAN

    AKTIVITI P&P CATATAN

    Set Induksi

    (10 min)

    Pengenalan

    Topeng muka

    Guru melompat-

    lompat meniru

    gaya arnab

    sambil memakai

    topeng arnab.

    Guru meminta

    murid menyanyi

    bersama-sama

    lagu lompat si

    arnab lompat.

    Bahan bantu

    mengajar:

    Contoh topeng

    muka daripada

    pinggan kertas

    Murid menyanyi

    dan melompat

    bersama guru.

    1) Murid melihat contohtopeng muka yang telahsiap.

    2) Guru memaparkan lirik

    lagu pada skrin LCD.

    3) Guru meminta muridmenyanyi bersama-sama lagu lompat siarnab lompat.

    BBM

    -Radio

    - Paparan dari

    LCD

    -contoh topeng

    muka

    Kecerdasan

    pelbagai:

    - Verbal-

    linguistik

    - interpersonal

    - Kecerdasan

    muzik

    Langkah 1

    (10 min )

    Membuat topeng

    arnab

    Murid memerhati dan

    mendengar penerangandaripada guru tentang cara-

    cara yang betul untuk

    menghasilkan topeng arnab

    1) Guru menunjuk caramenghasilkan topengarnab menggunakan

    Kecerdasan

    Pelbagai

    Visual ruang

    Naturalis

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    5/19

    pinggan kertas.

    2) Guru menunjukkan cara cara menggunakanwarna daripada bahan

    kering dengan betul.

    Langkah 2

    (4 min) 1. Murid-murid

    menyediakan

    peralatan masing

    masing.

    2. Muridmurid

    melakar gambar

    yang mereka

    gemari.

    1) Melakar dan melukisAras 2

    2) Guru memberi arahansupaya murid-muridmenyediakan peralatanmasingmasing.

    3) Guru mengagihkanpinggan kertas, penmarker, tali,kertaslukisan, kertas warna,surat khabar.

    4) Guru meminta muridmurid untuk melakargambar haiwan danwatak yang merekagemari.

    Kecerdasan

    pelbagai:

    -Naturalis,

    - Visualruang

    - Menciri dan

    membezakan

    - Bekerjasama,

    - Kekemasan

    - Menjana idea,

    kreatif dan

    inovatif

    Langkah 3

    (25 minit)

    Aras 3

    1) Guru memberi arahankepada murid untukmemulakan tugasan.

    2) Murid menyiapkantopeng masingmasing

    3) Muridmurid membuatkemasan danganmenambah hiasan lainpada topeng masingmasing.

    Kecerdasan

    pelbagai:

    Kontekstual

    Konstruktivisme

    Bekerjasama,

    Ketelitian,

    kekemasan.

    Menjana idea

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    6/19

    Langkah 4

    (8 minit)

    1) Guru memilih beberapaorang murid untuk

    melakonkan watak padatopeng yang merekahasilkan.

    2) Beberapa orang muridmelakonkan watak padatopeng yang merekahasilkan dengan gayayang sesuai.

    Penutup

    (3 Minit)

    Sesi Apresiasi

    dan refleksi

    Rumusan

    .

    1. Murid menilai

    keupayaan danpendapat diri sendiri

    a. Hasil kerjadipamerkan.

    b. Guru memintamurid menilaikeupayaan danpendapat tentangkarya sendiri danrakan.

    2) Adakah mereka seronok

    melakukan aktivititersebut?

    3) Kenapa?4) Apa pendapat kamu

    tentang warna/ mediayang digunakan?

    Verbal-linguistik,

    Interpersonal.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    7/19

    5) Guru membuat rumusandan menerangkantentang kelebihan dankekurang yang terdapatpada hasil kerja murid-

    murid.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    8/19

    Justifikasi Pengaplikasian Aktiviti Seni Visual, Muzik, dan Pergerakan dalam

    Rancangan Pengajaran Harian

    1.2.1 Seni Muzik

    Aspek seni muzik merupakan salah satu elemen yang boleh menjadikan sesuatu sesi

    P&P itu menarik dan mendapat penglibatan murid secara menyeluruh. Dalam penulisan

    RPH di atas, aspek ini telah diterapkan pada awal sesi P&P lagi iaitu dalam set induksi.

    Pada awal pembelajaran, guru masuk ke dalam kelas dengan memakai topeng dan

    terus memaparkan lirik lagu Lompat Si Arnab Lompat pada skrin untuk dinyanyikan

    beramai-ramai sambil menggayakan pergerakan yang sesuai.

    Kekuatan

    Melalui Seni Muzik, ianya dapat memberi pernumpuan dan penegasan kepada aspek

    postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan teknik hembusan udara. Selain dari itu,

    muzik dengan pergerakan dapat memberikan peluang kepada pelajar menggunakan

    tubuh badan sebagai respon kepada muzik.

    Kelemahan

    Murid adakalanya tiada bakat dalam bidang muzik akan memencilkan diri dan tidak

    mengambil bahagian dalam aktiviti yang guru jalankan. Muzik yang tidak sesuai dan

    penggunaan perkataan yang susah difahami dalam lagu akan menyukarkan murid

    menjalankan aktiviti.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    9/19

    1.2.2 Seni Visual

    RPH yang telah saya sediakan merupakan Rancangan Mengajar bagi subjek

    Pendidikan Seni Visual iaitu bidang major yang saya pelajari di IPG. Oleh yang

    demikian, sudah tentulah aspek seni visual digunakan secara menyeluruh dalam setiap

    sesi P&P bagi subjek ini. Bagi penulisan RPH untuk topik ini, saya telah menerapkan

    Kecerdasan Pelbagai : Visual Ruang bagi mencungkil kemahiran seni visual dalam diri

    murid-murid itu sendiri. Untuk bidang Membentuk dan Membuat Binaan, ia merupakan

    topik yang berkaitan dengan penghasilan karya 3 Dimensi dan saya telah memilih

    topeng sebagai karya yang perlu dihasilkan.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    10/19

    1.2.3 Psikomotor

    Aspek psikomotor terbahagi kepada 2 iaitu psikomotor kasar dan psikomotor halus.

    Aspek ini amat penting untuk diterapkan dalam setiap sesi P&P bagi mana-mana

    subjek sekalipun. Ini merupakan elemen yang dapat membentuk kemahiran asas bagisetiap murid seperti kemahiran menulis, pergerakan dan sebagainya. Bagi penulisan

    RPH ini, saya telah menerapkan aspek psikomotor di dalam beberapa bahagian dalam

    langkah pengajaran. Antaranya ialah semasa menyanyikan lagu Arnab Si Arnab

    Lompat, saya menyelitkan unsur pergerakan melompat sambil menyanyi diiringi lagu.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    11/19

    Selain itu, selepas sesi menyiapkan karya selesai, saya menitipkan satu lagi konsep

    psikomotor dengan mengarahkan murid melakonkan watak dengan gaya yang sesuai

    mengikut watak topeng masing-masing.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    12/19

    1.3 Aplikasi Kemahiran Berfikir dan Penerapan Nilai dalam Penulisan RPH

    1.3.1 Kemahiran Berfikir yang Berkesan dan Bermakna

    Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK) mempunyai fungsi yang penting

    dalam memastikan murid mampu mengasah kepekaan terhadap apa yang berlaku di

    sekitarnya dengan melaksanakan kemahiran berfikir secara:

    Terpisah

    Strategi pengajaran kemahiran berfikit secara terpisah merupakan, KBKK yang

    diajarkan secara berasingan dan tidak dikaitkan dengan kandungan mata pelajaran.

    - Dalam penulisan RPH saya ini, penerapan strategi ini telah saya lakukan di

    awal proses P&P dengan mengadakan sedikit sesi soal jawab. Antara persoalan

    yang saya laksanakan secara spontan adalah seperti Tahukah kamu apa yang

    sedang cikgu pakai pada muka ini?, Apakah watak kartun yang paling kamu

    gemari? dan pelbagai persoalan lain yang mampu meningkatkan potensi murid-

    murid untuk berfikir.

    Penyebatian

    KBKK diajarkan secara terancang untuk dimasukkan ke dalam mata

    pelajaran,bersepadu dengan isi kandungan dengan menggunakan kemahiran dan alat

    berfikir.

    Jenis-jenis penyebatian:

    Penyebatian Penuh

    Dilaksanakan dengan menggunakan lima langkah berikut:

    1. Pengenalan kepada isi Mata.pelajaran dan KBKK,

    - Pada awal P&P, saya membuat penulisan RPH dengan merangsang kemahiran

    berfikir murid-murid melalui set induksi yang menarik di mana, guru akan masuk

    ke dalam bilik darjah dengan memakai topeng arnab sambil melompat-lompat.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    13/19

    Melalui strategi seperti ini, pastinya persoalan-persoalan; mengapa, kenapa, apa

    dan bagaimana akan berlegar-legar di dalam minda murid-murid.

    2. Penggunaan bahan rangsangan, alat, latihan dan aktiviti untuk isi

    Mata.Pelajaran dan KBKK

    - Alat bantu Mengajar (ABM) juga telah saya rancang dalam penulisan RPH

    sebagai set induksi yang akan merangsang pemikiran murid. ABM seperti topeng

    arnab yang cantik ini akan menarik minat murid sekaligus membuat mereka

    berfikir bagaimanakah topeng tersebut dihasilkan.

    3. Refleksi dan metakognitif,

    - Sebelum mengakhiri sesi P&P, dalam RPH saya telah meletakkan sesi apresiasi

    dan kritikan pada langkap penutup, Murid disuruh untuk membuat perbandingan

    hasil karya sendiri dan rakan. Selain itu, aspek yang cuba dibiasakan dalam diri

    murid juga dijadikan bentuk-bentuk persoalan yang dikemukakan. Antaranya

    ialah pengaplikasian unsur-unsur seni seperti warna, ruang dan garisan.

    4. Aplikasi KBKK dalam situasi Harian.

    - KBKK seterusnya dirangsang lagi dalam langkah 4 dimana guru memilih

    beberapa orang murid untuk melakonkan watak topeng masing-masing. Murid

    akan berfikir tentang apa yang pernah dialaminya dan kisah yang ada disebalik

    watak topeng tersebut untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dalam bentuk

    lakonan.

    Penyebatian Separa

    KBKK digunakan di dalam mana-mana langkah dalam pengajaran dan pembelajaran

    bagi Mata Pelajaran yang di ajar, sama ada pada peringkat permulaan, perkembangan

    dan penutup.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    14/19

    1.3.2 Penerapan Nilai dalam penulisan RPH

    Penerapan nilai dalam sesi P&P mestilah disampaikan secara bersahaja dan tidak

    langsung dan sentiasa berterusan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah

    melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif dimana:

    " Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua matapelajaran dan akan

    diperkukuhkan melalui kegiatan-kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di

    dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu

    untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

    Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, penerapan nilai sememangnya cuba

    saya lakukan secara bersahaja dan spontan agar lebih berkesan dan mendapat

    penerimaan yang baik oleh murid-murid. Antara nilai murni yang boleh diterapkan

    semasa sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual ini ialah kasih saying terhadap haiwan,

    kerjasama dalam melaksanakan tugasan, prihatin terhadap rakan-rakan dan

    sebagainya. 16 nilai yang boleh diajar dan diserapkan kepada semua pelajar di negara

    ini untuk membentuk pelajar yang seimbang dan menyeluruh dari segi kognitif, afektif,

    psikomotor dan akhlak.

    Tujuan pendidikan nilai murni ialah untuk membentuk murid-murid supaya

    berperibadi mulia dan mampu dalam membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri,

    keluarga, komuniti dan masyarakat.Sikap sentiasa mengambil berat terhadap perasaan

    dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati boleh dilihat dengan

    menilai tindak tanduk orang lain.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    15/19

    Kekuatan dan Kelemahan Aplikasi Yang Dicadangkan Dalam Rancangan

    Pengajaran Harian

    Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat

    dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Irama yang menarik dalam

    sesuatu muzik akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut

    berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai

    irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki

    dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita

    sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama

    digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang

    mewujudkan pergerakan.

    Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama

    sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,

    menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda

    kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran

    muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa

    cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak

    langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebihseronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti

    seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

    Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak

    melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.

    Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam

    menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih

    terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok.

    Ianya juga dapat memberikan kelebihan kepada para guru.Seni membantu para

    guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan

    memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian,

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    16/19

    seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan

    pembelajaran.

    Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar

    untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual,

    muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara

    aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,

    eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih

    menyeronokkan murid-murid tersebut.

    Selain itu, Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini

    menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak

    dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni

    mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran

    intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin

    diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.

    Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara

    menyeluruh.

    Walaupun begitu, terdapat juga kelemahannya. Guru perlu tahu bahawa bukan

    semua murid yang diajar mempunyai bakat dan kecenderungan dalam bidang seni.

    Adakalanya murid yang tidak minat untuk menyanyi dan melukis kebiasaannya tidak

    akan mengambil bahagian dalam aktiviti. Mereka lebih gemar memencilkan diri dan

    melakukan kerja sendiri ataupun tidur di dalam kelas.

    Guru juga perlu peka bahawa aktiviti seni ini akan membuatkan kebanyakan

    murid sangat teruja untuk belajar. Jesteru, murid akan bersikap hiperaktif dan sukar

    dikawal kerana mereka akan berasa terlalu seronok untuk mencuba sesuatu yang baru.

    Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen

    seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    17/19

    REFLEKSI

    Disediakan oleh : Siti Anis Athirah Bux

    Alhamdulillah akhirnya saya dapat menyelesaikan kerja kursus WAJ 3107 ini

    dengan jayanya. Walaupun banyak cabaran yang saya hadapi seperti komputer riba

    rosak dan perlu dibaiki dan juga kehabisan dakwat pencetak, namun itu semua tidak

    mematahkan semangat saya untuk terus menyiapkan kerja kursus ini.

    Oleh kerana masa yang diberikan pada masa itu boleh dikatakan suntuk dan

    tambahan pula banyak lagi tugasantugasan lain yang perlu disiapkan dan dihantar

    segera, saya berasa agak risau dan khuatir tentang kekangan masa yang bakal

    dihadapi. Namun, saya tetap memulakan tugasan ini secara perlahan-lahan. Perkara

    utama yang perlu saya lakukan ialah memahami kehendak soalan. Perbincangan

    tugasan bersama pensyarah dan rakan-rakan mengenai kaedah yang sesuai untuk

    membuat penulisan RPH yang menarik dan berkesan.

    Setelah mendapat kefahaman tentang kehendak soalan, saya

    memulakan tugasan dengan membuat draf serta mendapatkan bahan dari pelbagai

    sumber seperti daripada internet, buku- buku dan majalah. Selai itu, catatan maklumat-

    maklumat penting, membuat nota ringkas, dan catatan bibliografi juga terus sayalaksanakan. Seusai itu, saya beralih kepada langkah penyusunan maklumat, Dalam

    proses ini, saya mengmabil pendekatan untuk menganalisis maklumat berdasarkan

    kehendak tugasan disamping menghubungkaitkan maklumat yang relevan, serta

    membuat huraian terperinci berkaitan soalan tugasan.

    Seterusnya, saya terus menjalankan penyemakan pada tugasan yang telah

    ditaip dan membuat pembetulan pada bahagian-bahagian tertentu. Disamping itu, saya

    juga cuba melengkapkan segala maklumat, memasukkan segala maklumat yang perluada, menjilidkan tugasan dengan kemas, menghubungkaitkan maklumat yang relevan,

    membuat huraian terperinci, menaip draf dan memastikan tiada kesilapan ejaan dan

    tatabahasa dalam penulisan ini.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    18/19

    Akhir kata, saya ingin merakamkan penghargaan kepada mereka yang

    telah banyak terlibat secara langsung dan juga secara tak langsung dalam menyiapkan

    kerja kursus ini, khasnya kepada pensyarah yang banyak berbudi, Encik Fadzil serta

    rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus membantu samada secara

    langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

  • 5/26/2018 Assignment SDP

    19/19

    Penutup

    Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam

    pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan

    pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus

    mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran

    guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping

    dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana

    tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.


Recommended