Home » General (/index.php/general) » General (/index.php/general) »UMP Galak Inovasi Teknologi Hijau, IFinog Hasil 338 Ciptaan Baharu
UMP Galak Inovasi Teknologi Hijau, IFinog Hasil 338Ciptaan Baharu
/
Kuantan, 21 April - Program International Festival of Innovation of Green Technology (IFinog) dan Innovation, Invention,
Design, Exposition (IDEAS) 2019 yang baharu sahaja melabuhkan tirainya menyaksikan sebanyak 339 ciptaan baharu
yang dipertandingkan termasuk penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi dan ahli
akademik dalam dan luar negara termasuklah Indonesia, Sudan, Kazakhstan, Jerman dan India.
Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli, IFinog merupakan satu
platform yang disediakan untuk para pelajar sekolah, mahasiswa mahupun penyelidik untuk mempamerkan hasil
inovasi mereka yang berteraskan teknologi hijau .
GENERAL (/INDEX.PHP/GENERAL)
25 April 2019 0 Comments (/index.php/general/ump-galak-inovasi-teknologi-hijau-i�nog-hasil-338-ciptaan-baharu/#comments)
(http://mygift.ump.edu.my/index.php/ms/wakaf-kolej-kediaman)
Utusan Astro Aw
“Program ini dapat menghasilkan dan mengasah bakat kreativiti dan inovasi peserta melalui pertandingan inovasi dan
kreativiti di samping memupuk semangat daya saing dan inovasi lestari dalam kalangan mahasiswa. Ianya juga
memberi impak dan manfaat secara terus kepada komuniti dan industri melalui idea-idea atau pemikiran di luar kotak,”
katanya yang hadir pada majlis penutup yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP. Turut hadir, Pengurus Besar
Pelancongan Pahang, Dato’ Ishak bin Mokhtar, Pengerusi IFINOG dan IDEAS 2019, Abdul Syukor Abd Razak, Pengurus
Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Haryani Abdullah, Presiden Persatuan Saintis Muda Indonesia, Deni
Irawan dan, Pengarah IFINOG 2019, Muhammad Tau�q A.Rahman.
Menurut Abdul Syukor Abd Razak, pada kali ini UMP buat pertama kalinya juga memperkenalkan IDEAS yang
merupakan satu pertandingan yang berorientasikan VIVA yang mana peserta untuk kategori ini perlu membentangkan
idea mereka tentang bagaimana untuk menjadikan bumi ini lebih baik untuk didiami.
Program yang dianjurkan Kelab Eco Green Technology Innovation Society (Eco-Tech) ini turut memberi peluang
sukarelawan UMP menimba pengalaman dalam penganjuran peringkat antarabangsa terutamanya dalam
menyerlahkan bakat dan kemahiran mengurus serta kempimpinan. Pertandingan menyaksikan sebanyak 26 Anugerah
Khas disampaikan kepada pemenang selain daripada piala pusingan, pingat dan wang tunai untuk kategori IDEAS bagi
penyertaan sekolah rendah, sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan ahli akademik.
Anugerah UMP Ecopest Green Technology dimenangi mahasiswa UMP, Nurul Natasha Mamat dengan inovasinya
‘Waste to Wealth: Sustainable Chemical & Fuel From Municipal Waste’ dan Anugerah Naib Canselor berjaya dibawa
pulang oleh Ibrahim Mohammed Abdullah Al-Qadri dengan inovasi ‘Evaluation of Orthosiphon Stamineus Polyphenol-
rich Microcapsole’. Anugerah Terbaik IFINOG (Best of the Best) dinobatkan buat Dr. Azilah Ajit @ Abd Aziz dengan
inovasi yang bertajuk ‘Novel Approach to the Detection of Adultterants in Malaysian Stingless Bee Honey”. Anugerah
Terbaik Saintis Muda dimenangi Universiti Sumatera Utara (Indonesia) dan Anugerah Terbaik Idea dimenangi Maahad
Tah�z Pahang.
Turut menang pingat emas projek Wireless Worldwide Harmonised Light Vehicle Procedure (WLTP) daripada Karlsruhe
University Of Applied Sciences (Jerman), SRM Institute Of Science And Technology (India) dengan produk Green
Technology Solar Paints dan Eurasian National University (Kazakhstan) dengan Inovasi Virtual Biociggarates.
Pelbagai produk inovasi yang kreatif dan menakjubkan dengan lebih 100 produk daripada pelajar sekolah. Antara
pemenang pingat emas diraih SJKT Simpang Lima yang berkolaborasi dengan Little Scientist Club Tadika Manja Pintar
dengan inovasi mereka ‘Low Cost Organic Enricher’ dan di peringkat sekolah menengah adalah SM Bukit Rangin dengan
inovasi ‘Charica + Bio Larvicide’. Penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut raih emas dengan hasil inovasi
mereka iaitu ‘Characterization of Dolomite with Di�erent Percentage of Fly Ash Replacement as Alkali Activated
Materials using Synchrotron’.
Disediakan oleh Nauwar Ali, Wartawan Kelab Media Massa UMP dan Nur Sa'adatul Afzan Jusoh
(/#facebook) (/#twitter) (/#google_plus) (/#whatsapp)
UMP the �rst public university in the country to use Blockchain Technology for certvalidation for its 2,773 graduates (/index.php/convocation/ump-�rst-public-university-country-use-blockchain-technology-cert-validation-its-2773)
/
JJIM Rai Anak-Anak Tah�z Madrasah Al-Quran Darul Mukhlasin (/index.php/community/jjim-rai-anak-anak-tah�z-madrasah-al-quran-darul-mukhlasin)
/
UMP bakal jalin kerjasama dengan universiti Thailand (/index.php/moumoa/ump-bakal-jalin-kerjasama-dengan-universiti-thailand)
/
Sukarelawan UMP gotong-royong bantu pasca banjir (/index.php/community/sukarelawan-ump-gotong-royong-bantu-pasca-banjir)
/
180 undergraduates from 13 public universities participate in the World Software Testing Program(/index.php/academic/180-undergraduates-13-public-universities-participate-world-software-testing-program)
/
CONVOCATION (/INDEX.PHP/CONVOCATION) 16 Nov 18
COMMUNITY (/INDEX.PHP/COMMUNITY) 11 Jun 18
MOU/MOA (/INDEX.PHP/MOUMOA) 19 Jan 18
COMMUNITY (/INDEX.PHP/COMMUNITY) 19 Jan 18
ACADEMIC (/INDEX.PHP/ACADEMIC) 15 Jan 18
STICKY NEWS
()
TRIVIA PEKAN
Connect w i th us
(https://www.facebook.com/universiti.malaysia.pahang) (https://twitter.com/umpmalaysia)
(https://www.youtube.com/user/umpmedia)
Please submit your news to us.
Submit News
Manage your newsletter subscriptions
e-CREATE
e-PEKAN REVIEW
Select the newsletter(s) to which you want to subscribe or unsubscribe.
GOT NEWS?
E-NEWSLETTER
Universiti Malaysia Pahang (http://www.ump.edu.my)Copyright © 2018 . All rights reserved
The subscriber's email address.
SUBSCRIBE Unsubscribe
Universiti Malaysia Pahang
Vice-Chancellor's O�ce
My Gift
My Community
My Green
Corporate Communication Division
Pekan, Pahang
(+609) 424 5000
[email protected] (mailto:[email protected])
LINK
CONTACT US