+ All Categories
Home > Documents > HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN..docx

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN..docx

Date post: 23-Dec-2015
Category:
Upload: cristina-johnny-fred
View: 59 times
Download: 3 times
Share this document with a friend
Description:
oum
52
BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER SEPTEMBER 2014 HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN NAME : CRISTINA JOHNNY MATRICULATION NO. : 781226125338001 IDENTITY CARD NO. : 781226125338 TELEPHONE NO. : 012-8661887 EMAIL : [email protected] cr [email protected] LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) TUTOR : MADAM NORMADIAH BOKOH
Transcript

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS

MAJOR IN ENGLISH

SEMESTER SEPTEMBER 2014

HBHE3203

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN

NAME : CRISTINA JOHNNY

MATRICULATION NO. : 781226125338001

IDENTITY CARD NO. : 781226125338

TELEPHONE NO. : 012-8661887

EMAIL : [email protected]

[email protected]

LEARNING CENTRE : OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER)

TUTOR : MADAM NORMADIAH BOKOH

Cristina Johnny 781226125338001

Muka Surat

1.0 Isi Kandungan 1

2.0 Teks Ceramah 2 - 5

3.0 Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian 6

3.1 Borang Maklum Balas Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Kawasan Bilik Darjah 7 – 103.2 Borang Maklum Balas Pemantauan Kebersihan Dan Keselamatan Kantin Sekolah 11 – 143.3 Borang Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Padang Sekolah 15 – 183.4 Borang Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Bilik Makmal Sains 19 – 233.5 Borang Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Dewan Ibnu Sina 23 - 26

4.0 Analisis dan Laporan Hasil Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Sekolah 274.1 Perincian Profil Responden 274.2 Pengiraan dan Analisis Markah Penilaian 28 – 294.3 Analisis Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian 30 – 39

5.0 Rujukan 40

1

Cristina Johnny 781226125338001

2.0 Teks Ceramah

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang berusaha, Tuan Guru Besar SK Kunak 1, Encik Mohd. Sattah Abdul Rashid. Yang

berusaha Guru-Guru Penolong Kanan, Puan Hajah Mumin Haji Madia, GPK Kurikulum, Encik

Jaafar Ahmad, GPK Hal Ehwal Murid, Encik Mohd. Shukari Ismail, GPK Ko-Kurikulum, Encik

Arman Saini, GPK Petang, wakil dari Persatuan Ibubapa dan Guru, wakil Kontraktor

Pembersihan, wakil pengusaha kantin, rakan-rakan guru, barisan AKP, anak-anak murid yang

saya kasihi sekalian seterusnya seluruh warga sekolah yang sudi hadir pada pelancaran Program

‘Sekolahku Syurgaku’ pada hari ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, izinkan saya, selaku salah seorang ahli

Jawatankuasa Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan (3K) sekolah, untuk mencuri sedikit masa

tuan-tuan dan puan-puan sekalian, untuk mendengar sedikit perkongsiaan idea, pandangan dan

maklumat tentang betapa pentingnya amalan kebersihan dan keselamatan persekitaran sekolah

kepada kita.

Sidang hadirin sekalian, sekolah merupakan satu institusi yang melahirkan insan-insan

harapan bangsa, yang akan menjadi aset kepada negara di masa akan datang. Oleh itu, keadaan

persekitaran sekolah perlulah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selamat supaya

warga sekolah, terutamanya murid-murid yang kita sayangi ini dapat belajar dalam keadaan yang

kondusif.

Hadirin yang dihormati sekalian, bangunan kelas atau bilik darjah perlulah sentiasa

berada dalam keadaan yang bersih dan teratur. Bilik darjah bukan sahaja merangkumi dalaman

sesebuah kelas tetapi juga merangkumi kawasan persekitaran bilik darjah seperti, kawasan

koridor, kawasan tangga dan juga tandas.

Seperti yang kita maklum, di sekolah kita ini, kita mempunyai sebuah blok akademik 3

tingkat yang mempunyai 24 bilik darjah dan sebuah bilik makmal sains. Kita mempunyai satu

tandas lelaki dan satu tandas perempuan pada setiap aras. Blok akademik ini juga mempunyai

dua bahagian tangga iaitu di bahagian sebelah kanan dan dibahagian sebelah kiri. Sebuah tong

2

Cristina Johnny 781226125338001

sampah besar berwarna hitam juga disediakan bagi 25 buah kelas di blok akademik ini, selain

terdapat sebuah tong sampah bagi setiap tandas.

Hadirin dan hadirat sekalian, kita haruslah sama-sama menjaga kebersihan blok

akademik kita ini, dengan menggunakan tong-tong sampah yang telah disediakan dengan sebaik-

baiknya. Guru-guru perlulah sentiasa memastikan bahawa murid-murid membuang sampah

mereka ke dalam tong sampah dan bukannya membuang sampah merata-rata di dalam kelas atau

pun memenuhkan laci dengan sampah. Selain itu satu lagi peraturan yang perlu diikuti oleh

semua murid ialah, larangan untuk makan di dalam kelas.

Hadirin dan hadirat sekalian, larangan untuk makan di dalam kelas ini dibuat untuk

mengelakkan daripada sisa-sisa makanan ataupun air minuman tertumpah di dalam kelas. Ini

bukan sahaja akan menyebabkan kelas menjadi kotor dan berbau tetapi dikhuatiri akan

mengundang serangga seperti semut dan lipas ke dalam kelas. Sisa-sisa makanan yang dibuang

ke dalam tong sampah juga akan menjadi basi dan mengundang kehadiran lalat pembawa

penyakit.

Hadirin dan hadirat sekalian, demikian juga dengan keadaan tandas, perlulah sentiasa

bersih. Para warga sekolah yang menggunakan tandas, terutama sekali murid-murid perlu

membersihkan tandas setiap kali selepas menggunakannya. Jika tandas tiadk dibersihkan selepas

digunakan, ia akan mengeluarkan bau busuk yang boleh mengganggu konsentrasi murid yang

belajar di kelas berhampiran dan juga kemungkinan boleh menyebabkan penularan epidemik

seperti jangkitan cacing di kalangan murid kita.

Hadirin sekalian, kita sekarang mempunyai pekerja pembersihan berbayar bagi

membersihkan kawasan persekitaran kelas kita, tetapi, kita tidak boleh terlalu bergantung harap

kepada mereka kerana mereka hanya berdua dan kita ada 24 buah kelas, yang digunakan oleh

800 orang murid. Kita mestilah sama-sama menjaga kebersihan kawasan bilik darjah kita. Saya

mengharapkan agar para pekerja pembersihan terus menjalankan tugas yang diamanahkan

dengan bersungguh sungguh, terutama sekali dalam memastikan kawasan koridor dan tangga

sentiasa kering setiap kali selepas hujan lebat. Ini dapat mengelakkan daripada murid-murid kita

tergelincir semasa berjalan di koridor dan di tangga.

3

Cristina Johnny 781226125338001

Sidang hadirin sekalian, keadaan meja dan kerusi, jeriji besi di tingkap dan pendawaian

di dalam kelas perlulah sentiasa dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Ini adalah untuk

mengelakkan berlaku apa-apa kejadian kemalangan yang tidak diingini. Guru-guru perlulah

sentiasa memantau keadaan bilik darjah pada setiap hari agar keselamatan murid di dalam kelas

kita terjamin.

Sekiranya berlaku sebarang kerosakan seperti pendawaian, ianya perlulah segera

dilaporkan kepada pihak sekolah agar ianya dapat diperbaiki secepat mungkin bagi mengelakkan

sebarang kejadian seperti litar pintas dan sebagainya.Begitu juga dengan jeriji besi di kelas serta

peralatan seperti kerusi meja, perlulah sentiasa dipantau agar ianya tidak mendatang risiko

kepada keselamatan murid-murid kita.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, demikian juga dengan kawasan kantin

sekolah kita, perlulah kita jaga sebaik mungkin. Peraturan seperti membuang sampah ke dalam

tong sampah dan beratur semasa membeli makanan juga perlulah diikuti untuk mamastikan

keadaan kantin bersih dan tidak ada berlaku perlanggaran semasa berada di kantin. Guru-guru

dan pengusaha kantin perlulah memastikan agar murid berdisiplin semasa berada di kantin, iaitu

beratur semasa membeli makanan dan duduk dengan tertib semasa makan.

Tong sampah yang telah penuh perlulah dikosongkan dan sampah yang dikeluarkan itu

terus dihantar ke tapak pelupusan. Begitu juga dengan longkang, hendaklah berada dalam

keadaan bersih dan tidak tersumbat. Ini adalah untuk mengelakkan bau busuk yang

mencemarkan suasana dan juga mengelakkan daripada menjadi tumpuan serangga seperti lalat

dan haiwan seperti tikus yang kita khuatiri boleh membawa penyakit seperti kolera dan

sebagainya.

Hadirin dan hadirat sekalian, penyediaan makanan di kantin serta peralatan makan yang

digunakan juga perlu sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik untuk keselesaan warga

sekolah selain menjamin kesihatan kita bersama. Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian,

pihak sekolah sering membuat pemantauan berkenaan perkara ini dan bekerjasama dengan pihak

kantin untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sidang hadirin sekalian, apa yang penting semasa kita berada di sekolah adalah mematuhi

peraturan yang telah ditetapkan. Murid-murid khasnya adalah dilarang keras dari berlari semasa

4

Cristina Johnny 781226125338001

berada di kawasan sekolah, kecuali semasa berada di padang di bawah pengawasan guru. Ini

adalah untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kejadian terjatuh yang

menyebabkan terseliuh, ataupun patah tangan atau kaki. Penggunaan padang sekolah juga,

hendaklah dipantau sepanjang masa. Murid-murid yang menggunakan padang untuk aktiviti

Pendidikan Jasmani perlulah sentiasa berada di bawah pengawasan guru berkenaan.

Hadirin dan hadirat sekalian, sama-sama lah kita menjalankan tugas dan tanggungjawab

kita sebagai warga sekolah, agar kita dapat memastikan kebersihan dan keselamatan kita masing-

masing terjamin semasa berada di sekolah. Ingatlah tuan-tuan bahawa persekitaran yang bersih,

ceria dan selamat akan melahirkan warga sekolah, khasnya murid-murid yang positif, aktif dan

produktif.

Akhir kata dari saya, marilah kita sama-sama merealisasikan slogan kita ini, ‘Sekolahku

Syurgaku’. Sekian, terima kasih.

5

Cristina Johnny 781226125338001

3.0 Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian

Pemantauan terhadap tahap keselamatan persekitaran sekolah adalah amat penting bagi

memastikan keselamatan warga sekolah, terutamanya untuk murid-murid yang belajar di sekolah

itu terjamin.

Kawasan-kawasan sekolah yang perlu sering dipantau tahap keselamatannya adalah,

kawasan kelas atau bilik darjah, kawasan kantin, padang, kawasan dewan dan juga bilik makmal

sains sekolah.

Kawasan- kawasan ini adalah kawasan yang sering digunakan oleh warga sekolah

khasnya murid-murid pada setiap hari oleh sebab itu, risiko berlaku kemalangan di kawasan-

kawasan ini amat tinggi. Oleh yang demikian, tahap keselamatan kawasan-kawasan ini haruslah

sentiasa dipantau dari masa ke semasa.

6

Cristina Johnny 781226125338001

3.1 Borang Maklum Balas Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan Kawasan Bilik

Darjah

Bilik darjah adalah salah satu ruang yang paling penting di dalam sesebuah sekolah kerana di

sinilah murid-murid belajar dan guru-guru mengajar. Kawasan bilik darjah bukan sahaja meliputi

ruang lingkup dalaman bilik darjah itu semata-mata, tetapi juga merangkumi ruang koridor dan

juga tangga menuju ke kelas.

Untuk borang maklum balas pemantauan dan penilaian terhadap kebersihan serta

keselamatan kawasan bilik darjah ini, saya berikan kepada responden dari kalangan murid-murid

dan juga guru-guru yang menggunakan bilik darjah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, saya juga memberikan borang pemantauan ini kepada seorang pekerja rendah am

sekolah, yang bertugas membersihkan kawasan tersebut. Berikut merupakan gambar kawasan

bilik darjah di SK Kunak 1.

Kawasan Bilik Darjah SK Kunak 1

7

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan sampel borang maklum balas pemantauan keselamatan kawasan bilik

darjah yang saya buat.

Borang Maklum Balas

Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Kawasan Bilik Darjah

Sila Tandakan ( √ ) dalam petak berkenaan.

1. Responden

Guru Murid Pekerja Rendah Am

2. Jantina

Lelaki Perempuan

8

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Cristina Johnny 781226125338001

3. Sila baca perkara-perkara berikut.

4. Gunakan skala yang diberikan untuk memberi markah penilaian anda terhadap

tahap kebersihan dan keselamatan kawasan bilik darjah.

5. Sila tandakan ( √ ) dalam petak yang berkenaan.

SKALA

1. Tidak Setuju

2. Setuju

3. Sangat Setuju

Bil. Perkara Skor Yang Dinilai

1 2 3

A. Kebersihan

1 Bilangan tong sampah yang disediakan mencukupi.

2 Sampah di buang ke dalam tong sampah.

3 Kelas disapu setiap hari.

4 Koridor disapu setiap hari.

5 Tangga disapu setiap hari.

B. Keselamatan

6 Meja dan kerusi berada dalam keadaan yang kukuh.

7 Grill tingkap berada dalam keadaan yang baik.

8 Cermin tingkap berada dalam kedudukan yang kukuh.

9 Lantai tidak berlubang.

10 Siling tidak bocor.

11 Pendawaian elektrik untuk lampu dan kipas berada dalam

keadaan yang baik.

12 Koridor tidak berlubang.

9

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KAWASAN BILIK DARJAH

Cristina Johnny 781226125338001

13 Koridor berada dalam keadaan yang kering setiap hari.

14 Tangga berada dalam keadaan yang kukuh.

15 Tangga berada dalam keadaan yang kering.

6. Berdasarkan penilaian anda, sila kemukakan cadangan untuk penambahbaikan

tahap kebersihan dan keselamatan kawasan bilik darjah ini.

Sekian, terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan borang maklum balas

pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan ini akan dapat membantu pihak

Jawatankuasa 3K Sekolah Kebangsaan Kunak 1, untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan

keselamatan sekolah kita.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung dengan;

Puan Cristina JohnnyPengerusi Jawatankuasa 3KSK Kunak 13.2 Borang Maklum Balas Pemantauan Kebersihan dan Keselamatan

10

BAHAGIAN C : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cristina Johnny 781226125338001

Kawasan Kantin

Kawasan Kantin merupakan kawasan yang menjadi tumpuan seluruh warga sekolah kerana ianya

adalah tempat di mana mereka semua berkumpul untuk membeli makanan dan juga makan.

Borang maklum balas pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan kawasan

kantin saya berikan kepada responden di kalangan murid-murid, guru dan juga pengusaha kantin

sekolah. Berikut merupakan gambar-gambar kawasan kantin sekolah SK Kunak 1.

Kantin Sekolah SK Kunak 1

11

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan sampel borang maklum balas pemantauan keselamatan

kawasan kantin yang saya buat.

Borang Maklum Balas

Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Kawasan Kantin

Sila Tandakan ( √ ) dalam petak berkenaan.

1. Responden

Guru Murid Pengusaha Kantin

2. Jantina

Lelaki Perempuan

12

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Cristina Johnny 781226125338001

3. Sila baca perkara-perkara berikut.

4. Gunakan skala yang diberikan untuk memberi markah penilaian anda terhadap

tahap kebersihan dan keselamatan kawasan kantin.

5. Sila tandakan ( √ ) dalam petak yang berkenaan.

SKALA

1. Tidak Setuju

2. Setuju

3. Sangat Setuju

Bil. Perkara Skor Yang Dinilai

1 2 3

A. Kebersihan

1 Bilangan tong sampah yang disediakan mencukupi.

2 Sampah di buang ke dalam tong sampah.

3 Kawasan kantin disapu setiap awal pagi, selesai waktu rehat dan sebelum pulang

4 Longkang di sekeliling kantin bersih dan tidak tersumbat.

5 Meja kantin di lap dengan bersih sebelum digunakan.

6 Peralatan makanan berada dalam keadaan yang bersih.

7 Makanan yang disediakan bersih.

8 Pengusaha kantin dan pekerja kantin berpakaian bersih dan kemas.

B. Keselamatan

9 Meja dan kerusi makan berada dalam keadaan yang kukuh.

10 Lantai kantin tidak berlubang.

11 Lantai kantin sentiasa kering.

13

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN KAWASAN KANTIN

Cristina Johnny 781226125338001

12 Murid-murid beratur ketika membeli makanan.

13 Murid tertib ketika makan di kantin.

14 Pendawaian elektrik untuk lampu dan kipas berada dalam keadaan yang baik.

15 Koridor tidak berlubang.

16 Koridor berada dalam keadaan yang kering setiap hari.

6. Berdasarkan penilaian anda, sila kemukakan cadangan untuk penambahbaikan

tahap kebersihan dan keselamatan kawasan kantin ini.

Sekian, terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan borang maklum balas

pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan ini akan dapat membantu pihak

Jawatankuasa 3K Sekolah Kebangsaan Kunak 1, untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan

keselamatan sekolah kita.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung dengan;

Puan Cristina JohnnyPengerusi Jawatankuasa 3KSK Kunak 1

14

BAHAGIAN C : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cristina Johnny 781226125338001

3.3 Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan

Padang Sekolah

Padang sekolah merupakan satu lagi kawasan yang menjadi tumpuan warga sekolah, terutama

sekali murid-murid dan juga guru yang melakukan aktiviti pendidikan jasmani ataupun aktiviti

ko-kurikulum seperti perkhemahan.

Saya memilih responden dari kalangan murid-murid, guru dan juga tukang kebun yang

bertugas menjaga kebersihan dan kekemasan padang. Berikut merupakan gambar kawasan

padang sekolah.

Kawasan padang SK Kunak 1

15

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan sampel borang maklum balas pemantauan keselamatan

padang sekolah yang saya buat.

Borang Maklum Balas

Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Padang Sekolah

Sila Tandakan ( √ ) dalam petak berkenaan.

1. Responden

Guru Murid Tukang Kebun

2. Jantina

Lelaki Perempuan

16

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Cristina Johnny 781226125338001

3. Sila baca perkara-perkara berikut.

4. Gunakan skala yang diberikan untuk memberi markah penilaian anda terhadap

tahap kebersihan dan keselamatan padang sekolah.

5. Sila tandakan ( √ ) dalam petak yang berkenaan.

SKALA

1. Tidak Setuju

2. Setuju

3. Sangat Setuju

Bil. Perkara Skor Yang Dinilai

1 2 3

A. Kebersihan

1 Tong sampah ada disediakan di tepi padang sekolah.

2 Sampah di buang ke dalam tong sampah.

3 Rumpur berada dalam keadaan yang pendek.

B. Keselamatan

4 Permukaan padang tidak berbatu.

7 Permukaan padang bebas dari benda tajam.

8 Permukaan padang tidak berlubang.

9 Murid menggunakan padang dengan pengawasan guru.

17

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PADANG SEKOLAH

Cristina Johnny 781226125338001

6. Berdasarkan penilaian anda, sila kemukakan cadangan untuk penambahbaikan

tahap kebersihan dan keselamatan padang sekolah ini.

Sekian, terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan borang maklum balas

pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan ini akan dapat membantu pihak

Jawatankuasa 3K Sekolah Kebangsaan Kunak 1, untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan

keselamatan sekolah kita.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung dengan;

Puan Cristina JohnnyPengerusi Jawatankuasa 3KSK Kunak 1

18

BAHAGIAN C : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cristina Johnny 781226125338001

3.4 Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan

Bilik Makmal Sains Sekolah

Makmal sains sekolah adalah kawasan tumpuan murid-murid di sekolah kerana ianya adalah satu

kelas di mana murid-murid dapat mempelajari mata pelajaran sains dengan lebih baik, kerana

bilik ini dilengkapi dengan peralatan sains berbanding bilik darjah.

Saya memilih responden dari kalangan murid, guru sains dan juga pekerja pembersihan

yang bertugas membersihkan kawasan makmal sains.

Bilik Makmal Sains SK Kunak 1

19

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan sampel borang pemantauan dan penilaian yang saya sediakan untuk

menilai kebersihan dan keselamatan bilik makmal sains sekolah.

Borang Maklum Balas

Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Bilik Makmal Sains Sekolah

Sila Tandakan ( √ ) dalam petak berkenaan.

1. Responden

Guru Murid Pekerja Pembersihan

2. Jantina

Lelaki Perempuan

20

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Cristina Johnny 781226125338001

3. Sila baca perkara-perkara berikut.

4. Gunakan skala yang diberikan untuk memberi markah penilaian anda

terhadap tahap kebersihan dan keselamatan bilik makmal sains sekolah.

5. Sila tandakan ( √ ) dalam petak yang berkenaan.

SKALA

1. Tidak Setuju

2. Setuju

3. Sangat Setuju

Bil. Perkara Skor Yang Dinilai

1 2 3

A. Kebersihan

1 Tong sampah ada disediakan di luar bilik makmal sains.

2 Sampah di buang ke dalam tong sampah.

3 Bilik makmal sains sekolah disapu setiap hari.

B. Keselamatan

4 Meja dan kerusi berada dalam keadaan yang kukuh.

5 Peralatan dan bahan sains disimpan di tempat yang sepatutnya.

6 Lantai bilik makmal tidak berlubang.

7 Jeriji besi pada jendela masih kukuh.

8 Cermin tingkap masih kukuh pada kedudukannya.

9 Siling bilik makmal sains kukuh.

10 Peraturan penggunaan bilik makmal sains ada disediakan.

11 Murid-murid menggunakan bilik makmal sains di bawah pengawasan guru.

12 Pendawaian elektrik untuk kipas dan lampu berada dalam keadaan baik.

21

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN BILIK MAKMAL SAINS SEKOLAH

Cristina Johnny 781226125338001

6. Berdasarkan penilaian anda, sila kemukakan cadangan untuk

penambahbaikan tahap kebersihan dan keselamatan bilik makmal sains

sekolah ini.

Sekian, terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan borang maklum balas

pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan ini akan dapat membantu pihak

Jawatankuasa 3K Sekolah Kebangsaan Kunak 1, untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan

keselamatan sekolah kita.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung dengan;

Puan Cristina JohnnyPengerusi Jawatankuasa 3KSK Kunak 1

22

BAHAGIAN C : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cristina Johnny 781226125338001

3.5 Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan

Dewan Ibnu Sina SK Kunak 1

Kawasan dewan merupakan satu lagi kawasan tumpuan warga sekolah, di mana murid-murid

dan guru-guru selalu berhimpun untuk perhimpunan pagi sekali setiap minggu. Dewan sekolah

SK Kunak 1 yang di kenali sebagai Dewan Ibnu Sina juga sering digunakan untuk aktiviti-

aktiviti rasmi sekolah seperti, Program Permuafakatan Ibubapa dan Guru, Majlis Anugerah dan

sebagainya.

Saya memilih responden dari kalangan murid, guru dan juga wakil dari persatuan

Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG) untuk menjawab borang maklum balas ini. Berikut

merupakan gambar Dewan Ibnu Sina.

Dewan Ibnu Sina

23

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan borang maklum balas pemantauan dan penilaian kebersihan dan

keselamatan dewan sekolah yang telah saya sediakan.

Borang Maklum Balas

Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Bilik Makmal Sains Sekolah

Sila Tandakan ( √ ) dalam petak berkenaan.

1. Responden

Guru Murid Ahli PIBG

2. Jantina

Lelaki Perempuan

24

BAHAGIAN A : PROFIL RESPONDEN

Cristina Johnny 781226125338001

3. Sila baca perkara-perkara berikut.

4. Gunakan skala yang diberikan untuk memberi markah penilaian anda

terhadap tahap kebersihan dan keselamatan Dewan Ibnu Sina.

5. Sila tandakan ( √ ) dalam petak yang berkenaan.

SKALA

4. Tidak Setuju

5. Setuju

6. Sangat Setuju

Bil. Perkara Skor Yang Dinilai

1 2 3

A. Kebersihan

1 Tong sampah ada disediakan di luar Dewan Ibnu Sina.

2 Sampah di buang ke dalam tong sampah.

3 Dewan Ibnu Sina di sapu bersih setiap hari.

4 Tandas dewan mempunyai air dan bersih.

B. Keselamatan

5 Lantai dewan tidak berlubang.

6 Siling dan bumbung dewan masih kukuh.

7 Cermin tingkap dewan berada pada kedudukan yang kukuh.

8 Pintu dewan berfungsi dengan baik.

9 Tangga pentas dewan masih kukuh.

10 Pentas kukuh.

11 Pendawaian untuk lampu dan kipas berada dalam keadaan yang baik.

12 Murid-murid berada di dalam dewan dengan pengawasan guru.

25

BAHAGIAN B : MAKLUM BALAS PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DEWAN IBNU SINA

Cristina Johnny 781226125338001

6. Berdasarkan penilaian anda, sila kemukakan cadangan untuk

penambahbaikan tahap kebersihan dan keselamatan Dewan Ibnu Sina

ini.

Sekian, terima kasih. Kesudian anda untuk menjawab dan memulangkan borang maklum balas

pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan ini akan dapat membantu pihak

Jawatankuasa 3K Sekolah Kebangsaan Kunak 1, untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan

keselamatan sekolah kita.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan sila berhubung dengan;

Puan Cristina JohnnyPengerusi Jawatankuasa 3KSK Kunak 1

26

BAHAGIAN C : CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Cristina Johnny 781226125338001

4.0 Analisis dan Laporan Hasil Pemantauan dan Penilaian Kebersihan dan Keselamatan

Sekolah

Saya mengambil maklum balas daripada lebih kurang 10 responden bagi setiap kawasan yang

saya fokuskan iaitu; kawasan bilik darjah, kawasan kantin, padang sekolah, Bilik Makmal Sains

dan juga Dewan Ibnu Sina.

4.1 Perincian profil responden adalah seperti dalam jadual yang berikut;

KAWASAN RESPONDEN

(10 orang)

JANTINA

Kawasan Bilik Darjah 1. Murid : 4

2. Guru : 4

3. Pekerja Pembersihan : 2

1. Lelaki : 5

2. Perempuan : 5

Kawasan Kantin 1. Murid : 4

2. Guru : 4

3. Pengusaha/Pekerja

Kantin: 2

1. Lelaki : 5

2. Perempuan : 5

Bilik Makmal Sains 1. Murid : 4

2. Guru Sains : 4

3. Pekerja Pembersihan : 2

1. Lelaki : 5

2. Perempuan : 5

Padang Sekolah 1. Murid : 5

2. Guru : 4

3. Tukang Kebun : 1

1. Lelaki : 5

2. Perempuan : 5

Dewan Ibnu Sina 1. Murid : 3

2. Guru : 3

3. Ahli PIBG : 4

1. Lelaki : 5

2. Perempuan : 5

27

Cristina Johnny 781226125338001

4.2 Berikut merupakan cara pengiraan dan analisis penilaian responden pada borang

maklum balas pemantauan dan penilaian yang saya sediakan bagi setiap kawasan.

Kawasan Bilik Darjah

Markah Analisis Markah

15 - 23 Kurang Memuaskan. Kebersihan dan keselamatan perlu

diperbaiki serta merta bagi mengelakkan kemalangan.

24 - 35 Memuaskan. Boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa

bagi memastikan keselamatan warga sekolah terjamin.

36 - 45 Amat Memuaskan. Keselamatan warga sekolah terjaga.

Kawasan Kantin Sekolah

Markah Analisis Markah

16 - 24 Kurang Memuaskan. Kebersihan dan keselamatan perlu

diperbaiki serta merta bagi mengelakkan kemalangan.

25 - 38 Memuaskan. Boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa

bagi memastikan keselamatan warga sekolah terjamin.

39 - 48 Amat Memuaskan. Keselamatan warga sekolah terjaga.

Bilik Makmal Sains Sekolah

Markah Analisis Markah

12 - 18 Kurang Memuaskan. Kebersihan dan keselamatan perlu

diperbaiki serta merta bagi mengelakkan kemalangan.

19 - 28 Memuaskan. Boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa

bagi memastikan keselamatan warga sekolah terjamin.

29 - 36 Amat Memuaskan. Keselamatan warga sekolah terjaga.

28

Cristina Johnny 781226125338001

Padang Sekolah

Markah Analisis Markah

9 - 14 Kurang Memuaskan. Kebersihan dan keselamatan perlu

diperbaiki serta merta bagi mengelakkan kemalangan.

15 - 22 Memuaskan. Boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa

bagi memastikan keselamatan warga sekolah terjamin.

23 - 27 Amat Memuaskan. Keselamatan warga sekolah terjaga.

Dewan Ibnu Sina

Markah Analisis Markah

12 - 18 Kurang Memuaskan. Kebersihan dan keselamatan perlu

diperbaiki serta merta bagi mengelakkan kemalangan.

19 - 28 Memuaskan. Boleh dipertingkatkan dari masa ke semasa

bagi memastikan keselamatan warga sekolah terjamin.

29 - 36 Amat Memuaskan. Keselamatan warga sekolah terjaga.

29

Cristina Johnny 781226125338001

4.3 Analisis Borang Maklum Balas Pemantauan dan Penilaian Mengikut Tempat.

Kawasan Bilik Darjah

Responden Skor Penilaian

15 - 23 24 - 35 36 - 45

Responden 1 √

Responden 2 √

Responden 3 √

Responden 4 √

Responden 5 √

Responden 6 √

Responden 7 √

Responden 8 √

Responden 9 √

Responden 10 √

Secara keseluruhannya, responden yang mengisi borang maklum balas pemantauan dan

penilaian kebersihan dan keselamatan kawasan bilik darjah merasakan bahawa kawasan bilik

darjah berada pada tahap yang memuaskan.

Tong sampah bagi setiap kelas ada disediakan. Pekerja pembersihan juga ada melakukan

tugas rutin menyapu kawasan kelas pada setiap hari. Jeriji besi pada tingkap kelas masih kukuh

dan begitu juga dengan kerusi serta meja.

Terdapat beberapa kerusi dan meja yang agak usang namun ianya hanya diletakkan

sebagai tempat untuk meletakkan bahan paparan di sudut kelas dan bukannya digunakan untuk

pembelajaran sepenuh masa.

Murid-murid juga tahu menggunakan tong sampah dengan betul meskipun ada beberapa

orang murid terutama murid Tahun 1 yang masih membuang sampah di dalam laci mereka dan

hanya membuang sampah tersebut apabila mereka diminta untuk berbuat demikian. Berikut

30

Cristina Johnny 781226125338001

merupakan graf carta pai keputusan penilaian bagi kebersihan dan keselamatan kawasan bilik

darjah.

8

2

Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Bilik Darjah (10 Responden)

Memuaskan Amat Memuaskan

31

Cristina Johnny 781226125338001

Kawasan Kantin

Responden Skor Penilaian

16 - 24 25 - 38 39- 48

Responden 1 √

Responden 2 √

Responden 3 √

Responden 4 √

Responden 5 √

Responden 6 √

Responden 7 √

Responden 8 √

Responden 9 √

Responden 10 √

Secara kelesuruhannya, responden memberikan maklum balas yang cukup positif dalam

borang pemantauan dan penilaian kebersihan dan keselamatan kantin yang saya sediakan di

mana separuh daripada 10 orang responden memberikan markah penilaian yang memuaskan dan

5 orang lagi memberikan penilaian yang amat memuaskan.

Kantin disapu bersih setiap hari malah setiap kali selepas digunakan oleh murid pada

waktu rehat. Sekiranya berlaku tumpahan minuman atau makanan tidak kiralah di atas meja

ataupun di atas lantai, para pekerja kantin akan terus mengelap tumpahan tersebut.

Kerusi dan meja yang disediakan juga selesa dan berada dalam keadaan yang baik.

Murid-murid juga beratur semasa membeli makanan. Tong sampah yang disediakan juga

digunakan dengan baik dan sekiranya telah penuh, sampah di dalam tong sampah itu akan terus

dikeluarkan dan diikat untuk di buang ke tempat pelupusan sampah daerah.

Longkang di sekeliling kantin juga bersih di mana airnya tidak bertakung dan ianya tidak

tersumbat. Para pekerja kantin juga berpakaian bersih dan peralatan memasak serta peralatan

makan yang digunakan juga bersih.

32

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan graf carta pai bagi keputusan penilaian kebersihan dan keselamatan

kantin sekolah SK Kunak 1.

55

Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Kantin Sekolah (10 Responden)

MemuaskanAmat Memuaskan

33

Cristina Johnny 781226125338001

Padang Sekolah

Responden Skor Penilaian

9 - 14 15 - 22 23 - 27

Responden 1 √

Responden 2 √

Responden 3 √

Responden 4 √

Responden 5 √

Responden 6 √

Responden 7 √

Responden 8 √

Responden 9 √

Responden 10 √

Daripada 10 responden, ada tiga responden yang memberikan markah kurang

memuaskan bagi penilaian mereka terhadap padang sekolah.

Ini adalah kerana kawasan permukaan padang adalah agak tidak rata dan risiko untuk

terjatuh memang ada. Walaubagaimanapun, hal ini boleh dielakkan sekiranya murid-murid

berada di padang dan melakukan aktiviti dengan betul dan dei bawah pengawasan guru.

Namun begitu, padang sekolah juga dapat memuaskan hati 7 lagi responden kerana

rumput di padang dipotong pendek. Batu serta benda tajam juga tidak ada di atas padang. Secara

majoritinya, keadaan padang boleh disimpulkan sebagai memuaskan.

34

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan graf carta pai bagi keputusan penilaian kebersihan dan keselamatan

padang sekolah SK Kunak 1.

3

7

Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Padang Sekolah (10 Responden)

Kurang MemuaskanMemuaskan

35

Cristina Johnny 781226125338001

Bilik Makmal Sains

Responden Skor Penilaian

12 - 18 19 - 28 29 - 36

Responden 1 √

Responden 2 √

Responden 3 √

Responden 4 √

Responden 5 √

Responden 6 √

Responden 7 √

Responden 8 √

Responden 9 √

Responden 10 √

Daripada 10 orang responden, 4 daripada mereka memberikan skor memuaskan

manakala 6 lagi memberikan skor amat meuaskan bagi penilaian mereka terhadap kebersihan

dan keselamatan kantin.

Bilik makmal sains berada dalam keadaan yang amat teratur dan sentiasa bersih.

Peralatan yang digunakan juga disimpan di tempat yang sepatutnya. Apa yang paling utama

ialah, peraturan penggunaan bilik makmal sains yang ada disediakan. Murid-murid boleh

merujuk kepada peraturan yang dilekat di dinding luar bilik makmal tentang peraturan-peraturan

penggunaan bilik makmak sains.

Keadaan meja dan kerusi juga adalah baik. Begitu juga dengan jeriji besi pada tingkap,

masih berada dalam keadaan yang kukuh.

Majoriti daripada responden merasakan bahawa kebersihan dan keselamatan bilik

makmal sains adalah berada dalam keadaan yang terbaik.

36

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan graf carta pai bagi keputusan penilaian kebersihan dan keselamatan

bilik makmal sains sekolah.

4

6

Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Bilik Makmal Sains (10 Responden)

MemuaskanAmat Memuaskan

37

Cristina Johnny 781226125338001

Dewan Ibnu Sina

Responden Skor Penilaian

12 - 18 19 - 28 29 - 36

Responden 1 √

Responden 2 √

Responden 3 √

Responden 4 √

Responden 5 √

Responden 6 √

Responden 7 √

Responden 8 √

Responden 9 √

Responden 10 √

7 orang daripada 10 responden memberikan skor tidak memuaskan bagi penilaian

kebersihan dan keselamatan Dewan Ibnu Sina SK Kunak 1.

Ini adalah kerana, keadaan lantai dewan sekolah itu yang kini 30% terkopek, di mana

tiles yang digunakan pecah dan terbuka menampakkan simen dan pasir di bawah tiles tersebut.

Keadaan ini menyebaban suasan di dalam dewan berdebu.

Lampu juga ada yang tidak berfungsi begitu juga dengan kipas yang disediakan.

Kerosakan-kerosakan yang berlaku ini menyebabkan para responden merasakan bahawa

kebersihan dan keselamatan di dalam dewan adalah tidak terjamin.

Oleh yang demikian, perkara ini telah di bawa ke pengetahuan pihak pentadbir sekolah

dan telah pun mendapat kelulusan untuk baikpulih.

Dewan Ibnu Sina ini akan dibaik pulih pada musim cuti sekolah, iaitu pada bulan

Disember 2014.

38

Cristina Johnny 781226125338001

Berikut merupakan graf carta pai keputusan penilaian kebersihan dan keselamatan Dewan

Ibnu Sina SK Kunak 1.

7

3

Penilaian Kebersihan dan Keselamatan Dewan Ibnu Sina

Tidak MemuaskanMemuaskan

3100 patah perkataan tidak termasuk pengurusan grafik

39

Cristina Johnny 781226125338001

5.0 Rujukan

Mohd. Norazam Abdul Razak. Che Ishak Ismail. Albeny Joslyn Panting. Et al. (Disember 2013). HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN. Open University Malaysia. Meteor Doc. SDN. BHD. Selangor, Darul Ehsan.

40


Recommended