Date post: | 06-Jul-2018 |
Category: |
Documents |
Upload: | mohamadnurhidayatmat |
View: | 233 times |
Download: | 2 times |
of 29
8/17/2019 How to make money - Hartanah
1/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM1
8/17/2019 How to make money - Hartanah
2/29
2 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
1. TENTUKAN MATLAMAT PELABURAN
2. DALAMI ILMU PELABURAN
3. DAMPINGI MENTOR PELABURAN
4. PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI
5. STABILKAN KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA
6. BENTUK TIM PELABURAN ANDA
7. PILIH LOKASI ‘PANAS’
8. MULAKAN DENGAN HARTANAH BERSKALA
KECIL
9. LINDUNGI PELABURAN ANDA
10. BERZAKAT/INFAQKAN KEUNTUNGANPELABURAN
PENGENALAN 4
5
7
10
11
13
15
18
21
28
23
26
PENUTUP
ISI KANDUNGAN
8/17/2019 How to make money - Hartanah
3/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM3
Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan ideakepadaku untuk diterjemahkan ke dalam eBuku ini.
Secebis kasih saying buat isteri, anak-anakku dan ahli keluargaku yang
sanggup berkongsi kasih dan masa dengan minatku di dalam bidangpenulisan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guruku yang telah mengajarkutentang pentingnya ilmu di dalam mengharungi hidup ini.
Ucapan terima kasih buat rakan-rakanku yang sanggup meluangkanmasa mendengar dan berkongsi pendapat denganku di dalam aspekpelaburan hartanah ini.
Kepada sepupuku, Meor Azhar Che Saffry dan rakan bloggerku, ‘Uzu’Emas Putih, terima kasih kerana sudi membantuku di dalam penghasilaneBuku ini.
Buat pembaca blogku & pengikut FBku, jutaan terima kasih kerana masihsudi melawat dan memberikan pendapat terhadap tulisan-tulisanku ini.
Semoga Allah membalas jasa kalian di dalam membantu pengembanganilmu ini.
“Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah & yang buruk itudatangnya dari kelemahan diriku sendiri”
8/17/2019 How to make money - Hartanah
4/29
4MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Terima kasih buat anda, pelabur ‘newbie’ yang telah sudi membuat
pembelian dan seterusnya mengakses 10 Tips Pelaburan Hartanah yang
saya kumpul ini sebagai panduan untuk anda berjaya.
Sebenarnya ramai pelabur ‘newbie’ yang sering bertanyakan saya,
baik menerusi e-mel, whatsapp mahu pun menerusi panggilan yang
bertanyakan tentang panduan untuk memulakan pelaburan di dalam
bidang hartanah ini. Seringkali mereka mengadu yang mereka agak
kurang yakin untuk memulakan langkah kerana kurangnya panduan
untuk mereka bermula.
Bertitik tolak dari keluhan mereka, maka saya datangkan ebuku inisebagai panduan dalam memastikan yang tips-tips yang saya kongsikan
berdasarkan apa yang telah saya praktikkan selama ini mampu untuk
membimbing mereka meneruskan langkah dan diharap para pelabur
‘newbie’ ini akan memandang serius setiap tip yang bakal saya kongsikan
di mukasurat berikutnya.
PENGENALAN
8/17/2019 How to make money - Hartanah
5/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM5
1. TENTUKAN MATLAMAT PELABURAN
Pelaburan tanpa matlamat adalah ibarat kapal tanpa kemudinya.Sekurang-kurangnya dengan matlamat yang jelas, pasti anda dapat
menilai sama ada pelaburan yang anda lakukan berbaloi atau pun
tidak.
Di dalam pelaburan hartanah, rata-rata penulis buku pelaburan telah
menggariskan 2 matlamat utama iaitu :
· Pulangan Atas Peningkatan Nilai (Kekayaan)
Pulangan ini membawa maksud keuntungan yang diperolehi hasil
dari peningkatan nilai semasa hartanah yang dibeli. Mengambil
contoh Rumah Teres 2 Tingkat di Seksyen 7 Shah Alam yang saya
beli pada tahun 2006 pada harga RM255,000 telah pun meningkat
nilai pasarannya kepada RM500,000 pada tahun ini (2014) dan
sekiranya saya bermatlamatkan jenis ini, maka akan saya jualkan
rumah ini dan menikmati lebih keuntungan sebanyak RM245,000
untuk pelaburan seterusnya.
· Pulangan Menerusi Pendapatan Pasif (Kesenangan)
Pulangan ini pula bermaksud keuntungan yang diperolehi adalah
dari lebihan sewa yang dipungut setiap bulan dari hartanah
yang disewakan. Pulangan ini bersifat tetap setiap bulan selama
mana hartanah tersebut tidak dijual dan juga selagi anda
masih berupaya mengutip sewa bulanannya secara berhemah.
Mengambil contoh, beberapa buah rumah yang saya sewakan
selama ini telah mampu menghasilkan lebihan bersih setiap
bulan sebanyak RM2,000.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
6/29
6MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Justeru, terpulanglah kepada anda untuk menetapkan matlamat
pelaburan anda kerana kedua-duanya masih mampu memberikan
lebih keuntungan yang memuaskan. Apa yang penting, pastikanmatlamat yang anda susun begitu jelas dan mampu untuk anda
kecapi contohnya seperti matlamat saya di bawah :
· Inginkan lebihan sewaan sebanyak RM3,000 setiap bulan.
· Menerusi 10 buah rumah sewaan saya.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
7/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM7
2. DALAMI ILMU PELABURAN
Tiada gunanya menetapkan matlamat seandainya ilmu tidak andakuasai dan apabila berbicara tentang ilmu pelaburan, ianya mampu
dikuasai menerusi beberapa medium seperti :
· Buku/eBuku
Akhir-akhir ini telah banyak buku-buku/eBuku-eBuku pelaburan
yang telah ditulis oleh pelabur tempatan yang berjaya. Tidak
seperti di zaman saya memulakan pelaburan 15 tahun dahulu,hanya buku tulisan Azizi Ali sahajalah yang menjadi panduan.
eBuku? Jauh sekali untuk dibaca tatkala para pelabur ‘old-timer’
(otai) seperti saya tidak mempunyai akses langsung ke dunia
internet pada masa itu. Malah, apa yang lebih menguntungkan
para pelabur kini ialah, buku/eBuku pelaburan yang ditulis bukan
lagi bersifat am tetapi telah ada tulisan-tulisan yang lebih spesifik
tentang subjek-subjek khusus seperti pelaburan rumah lelong,sublet dan sebagainya.
· Seminar/Bengkel/Kelas
Sama sepertimana poin-poin di atas, khalayak pelabur kini
teramat beruntung dengan limpahan seminar/bengkel/kelas
pelaburan di mana kebanyakannya dianjurkan oleh para pelabur
yang telah berjaya di dalam pelaburan masing-masing. Jikadahulu, hanya nama Azizi Ali, Milan Doshi dan Renesial Leong
sahajalah yang sering meniti di bibir para pelabur dan seminar/
bengkel/kelas yang mereka anjurkan pula biasanya ditetapkan
8/17/2019 How to make money - Hartanah
8/29
8 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
pada amaun 4 angka. Kini, anda bertuah kerana telah ramai
pelabur yang sudi menyediakan pakej seminar/bengkel/kelas
yang nilainya serendah puluhan ringgit sahaja. Malah adakelompok yang sudi menginfaqkan ilmu hartanah mereka secara
percuma. Alhamdulillah.
· Blog/Laman Sosial
Betapa beruntungnya anda, pelabur ‘newbie’ kerana mempunyaiakses ilmu dari pelbagai sumber tidak seperti saya beberapa
tahun yang lalu. Malah dengan kemunculan platform media
sosial seperti Blog dan Facebook telah menambahkan lagi ilmu
hartanah yang maha banyak jumlahnya. Tidak cukup dengan itu,
melalui medium ini juga anda mampu untuk memilih khalayak
pelabur anda sendiri yang pastinya akan memberikan aura positif
kepada anda.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
9/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM9
8/17/2019 How to make money - Hartanah
10/29
10 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
3. DAMPINGI MENTOR PELABURAN
Memetik kata-kata Dr Azizan Osman, Jutawan Pemasaran Malaysia
yang sering menyebut, dampingi dan bergaullah dengan mentor
yang diakui kehebatannya agar kejayaan akan turut mengikuti jejak
langkah anda.
“Mengapa saya perlu mendampingi mentor pelaburan ini?”
Jawapannya, agar anda dapat mengelak dari melakukan
kesilapan yang pernah dilakukan oleh para mentor ini sebelumnya
memandangkan mereka ini kaya dengan pengetahuan dan
pengalaman yang telah dikutip lebih awal dari anda. Para mentor
ini pasti akan menasihati tentang ‘do’ and ‘don’t’ yang perlu kita
fahami di dalam selok-belok dunia pelaburan hartanah. Sebagai
contoh, para mentor ini biasanya dapat menghidu akan blok-blokpangsapuri yang mempunyai potensi besar di dalam mendapatkan
pulangan sewa tinggi dari para penyewa ‘student’ dengan hanya
melihat kepada kedudukan satu-satu blok. Ini berdasarkan kepada
laluan bas yang akan membawa para penuntut ini ke kolej masing-
masing di mana blok yang paling hampir dengan laluan awal bas
tersebut pasti akan memudahkan para penuntut tersebut menaikinya
walaupun mereka telah terlewat ke kelas jika dibandingkan denganblok yang di penghujung laluan bas, pasti akan merasa kecewa
apabila melihatkan keadaan bas yang telah penuh dinaiki walaupun
mereka bersiap lebih awal dari penuntut di blok barisan hadapan.
Nah. Anda nampak bukan kepentingan perlunya mendampingi para
mentor?
8/17/2019 How to make money - Hartanah
11/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM11
4. PILIH STRATEGI PELABURAN YANG SESUAI
Saya pasti yang anda telah pun mengetahui tentang 2 jenis matlamat
yang terdapat di dalam pelaburan hartanah dan untuk pengetahuan
anda, kedua-dua matlamat tersebut terhasil dari 2 jenis strategi
pelaburan yang berbeza. Perbezaan baik dari segi jenis hartanah
dan juga risiko yang perlu dihadapi.
Bagi merungkaikan strategi tersebut, ingin saya bahagikannya
mengikuti 2 jenis matlamat yang saya utarakan sebelum ini iaitu :
· Strategi Pulangan Atas Peningkatan Nilai (Kekayaan)
Strategi yang paling sesuai bagi anda yang bermatlamatkan
‘kekayaan’ ini dikenali sebagai strategi ‘flipping’. ‘Flipping’
membawa maksud, anda membeli sebuah hartanah dengan
tujuan untuk menjualnya semula dan seterusnya mengaut
keuntungan dari peningkatan harga/nilai semasa hartanah
tersebut. Strategi ini amat sesuai digunakan untuk hartanah-
hartanah berbentuk :
o Hartanah yang masih dalam pembinaan terutamanya
bagi projek yang pembinaannya masih di fasa awal.
o Hartanah lelong di mana harga bidaannya lebih rendah
dari nilai pasarandan berkondisi memuaskan atau,
sekiranya memerlukan pembaikan, nilai selepas ditambah
kos pembaikannya itu perlulah lebih rendah dari nilai
pasaran.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
12/29
12 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
o Hartanah ‘subsale’ yang berkondisi memuaskan dan
sekiranya memerlukan pembaikan, nilai dan kos
pembaikannya perlulah lebih rendah dari nilai pasaran.
· Strategi Pulangan Menerusi Pendapatan Pasif (Kesenangan)
Bagi anda yang bermatlamatkan kesenangan ini pula,
kebiasaannya strategi yang dipraktikkan ialah ‘beli dan sewa’.
Ini bermaksud anda membeli sesebuah hartanah dengan tujuanmendapatkan sewa tanpa menghiraukan sebarang kenaikan nilai
terhadap hartanah tersebut.
Untuk strategi ini suka untuk saya ingatkan yang elemen
terpentingnya ialah kadar sewa semasanya perlulah lebih tinggi
dari instalment bulanan dan sebarang kos berkaitan antaranya,
fi penyelenggaraan, cukai pintu/tanah/taksiran, insurans dan
sebagainya, manakala jenis hartanah yang bersesuaian pula ialah
hartanah baru, lelong dan subsale yang mana kawasan sekitarnya
mempunyai permintaan sewa yang tinggi.
Walaubagaimanapun nasihat dari saya, biasanya strategi jenis
ini kebiasaannya dipakejkan dengan kerenah penyewa yang
mungkin culas, cerewet dan sebagainya.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
13/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM13
5. STABILKAN KEDUDUKAN KEWANGAN ANDA
Masih ingatkah salah satu #TipHartanah yang saya kongsikan diFacebook saya pertengahan Mac 2014 yang lalu? Antara bunyinya,
“Percantikkan rekod kewangan anda dahulu sebelum melabur” dan
status tersebut mengundang sejumlah 124 LIKE dari pembaca status
tersebut. Saya tidak pasti samaada mereka mengetahui rasional
tip yang saya kongsikan itu atau pun tidak, tetapi ianya akan saya
huraikan pada perenggan berikutnya.
Hampir kebanyakan dari kita (termasuk anda), amat memerlukanpinjaman bank bagi meneruskan kelangsungan pelaburan hartanah
anda. Pastinya anda tidak mampu untuk membeli kesemua hartanah
anda itu dengan tunai. Jika pun mampu, saya yakin anda pasti
pernah mendengar ungkapan keramat Robert T. Kiyosaki yang
berbunyi, “Invest with other people money (OPM)” dan OPM yang
paling sinonim dengan persekitaran kita pastinya pihak bank. Pihak
bank pula tidak akan sewenang-wenangnya memberikan pinjamankepada pemohon yang tidak mempunyai rekod kewangan yang baik
dan salah satu dari ‘benchmark’ mereka adalah menerusi pengiraan
Debt Service/Burden Ratio (DSR/DBR) di mana formulanya adalah
seperti berikut :
Jumlah Pendapatan Bersih
Jumlah Instalment Bulanan (termasuk instalment baru) x 100%DSR/DBR =
8/17/2019 How to make money - Hartanah
14/29
14MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
Di sini hanya terdapat 2 sahaja cara bagi memudahkan pinjaman
anda diluluskan iaitu :
· Kurangkan jumlah instalment anda
Ianya bermaksud anda hendaklah melangsaikan baki hutang-
hutang ‘jahat’ (bad debt) anda secepat mungkin.
· Lebihkan kolum pendapatan anda
Senaraikan semaksimum mungkin jumlah pendapatan
anda samaada ianya pendapatan aktif (gaji & elaun kerja
tetap anda), pendapatan sampingan (pendapatan bisnes),
pendapatan portfolio (pendapatan dari pelaburan seperti
ASB, saham dan sebagainya) dan juga pendapatan pasif
(royalti, sewa rumah dan sebagainya).
Apabila kedua-dua cara ini dipraktikkan, hasil yang bakal
diperolehi ialah kadar DSR/DBR anda akan mengecil dan apabilaianya mengecil, ini bermaksud risiko yang bakal ditanggung oleh
pihak bank akan turut mengecil. Jadinya, mudah bagi pihak bank
untuk terus memberikan pinjaman kepada anda.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
15/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM15
6. BENTUK TIM PELABURAN ANDA
Kejayaan tidak akan terhasil hasil usaha berseorangan sebaliknyakejayaan akan terhasil dari gabungan kepakaran dan pengalaman
individu-individu yang berkaitan dengan apa yang kita buat. Bertitik-
tolak dari sinilah, saya telah menyusun Tim Pelaburan saya yang
terdiri daripada mereka seperti yang tertera di bawah agar strategi
dan sistem pelaburan hartanah yang saya usahakan berjalan dengan
lancar.
· Banker
Ramai yang bertanya saya, “Bank mana yang paling bagus
untuk saya mohon pinjaman?” dan pastinya jawapan yang akan
saya berikan ialah, “Bank yang awak ada kenalan di dalamnya”.
Kenapa? Jawapannya :
o Mereka pastinya akan memberikan keutamaan kepada
permohonan anda dahului.
o Mereka pasti akan memberitahu apa yang perlu
di’perbaiki’ di dalam senarai dokumen yang anda
lampirkan.
o Mereka akan memberikan ‘recommendation kelas
pertama’ demi menjaga hubungan anda berdua.
Dek kerna poin-poin di atas, maka adalah menjadi kewajipan
untuk anda dapatkan kenalan dari kalangan para banker bagi
memudahkan urusan yang melibatkan pinjaman kelak.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
16/29
16MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
· Peguam
Seperti yang diketahui, individu yang bergelar peguam ini
adalah nadi kepada perjalanan pemilikan sesebuah hartanah.Bermula dari proses penyediaan Perjanjian Jual Beli (Sale &
Purchase Agreement) sehinggalah membawa kepada urusan
Penyempurnaan Geran (Perfection of Title), merekalah entiti
yang bertanggungjawab untuk menguruskannya. Justeru, bagi
melicinkan pergerakan urusan dokumentasi ini, adalah disyorkan
untuk anda mendapatkan kenalan dari kalangan peguam ini.
· Ejen Hartanah/Subletter
Dalam konteks kejayaan satu-satu pelaburan, ejen hartanah
mahu pun subletter amatlah penting baik yang bermatlamatkan
kekayaan menerusi strategi ‘beli & jual’ (flipping) mahu pun
kesenangan berstrategikan ‘beli & sewa’ (buy & rent). Ini keranaejen hartanah sememangnya mempunyai kepakaran mencari
pembeli bagi anda yang berstrategikan flipping, manakala
subletter pula bakal menghilangkan pening kepala anda
mencari, menapis dan melayani kerenah penyewa untuk yang
berstrategikan buy & rent.
· Kontraktor
Bagi anda pelabur baru yang ‘teringin’ merasai sendiri
pengalaman bergelar ‘landlord’ dan tidak ingin menggunakan
khidmat subletter, nasihat saya, berbuat baiklah dengan rakan
yang kompeten di dalam urusan membaiki dan menyelenggara
segala kerosakan di dalam rumah. Baik dari segi perkakasan
8/17/2019 How to make money - Hartanah
17/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM17
elektrik, pembentungan, paip-paip air, malah sehingga ke urusan
mencantikkan rumah, kerana saya yakin yang anda pasti tidak
berkemahiran untuk menyempurnakan segala tugas di atas. Jika
pun anda minat dan tahu untuk menyelenggarakannya, saya
yakin yang anda tidak akan mempunyai cukup masa sekiranya
anda mempunyai sejumlah hartanah yang agak banyak seperti
yang saya miliki. Percayalah!
Inilah antara tip yang pada saya berperanan penting untuk anda
mengecapi kejayaan di dalam pelaburan hartanah anda. Pastikanhubungan baik di antara anda dan Tim Pelaburan ini terpelihara
dan mampu kekal untuk satu tempoh yang lama demi memastikan
kejayaan pelaburan yang berterusan.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
18/29
18 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
7. PILIH LOKASI ‘PANAS’
Pasti anda pernah mendengar mantra pelaburan yang berbunyi,“Kejayaan sesebuah pelaburan bergantung kepada.. lokasi, lokasi
dan lokasi”. Justeru, ianya dianggap oleh kebanyakan pelabur baru
sebagai isi yang paling penting di dalam pelaburan hartanah.
Saya tidak mahu mengiyakan, mahu pun menidakkan mantra
tersebut kerana bagi saya ianya turut menjadi salah satu faktor
penyumbang kejayaan pelaburan anda nanti. Namun, apa yang
ingin saya tekankan di sini ialah, mulakan pencarian hartanah anda
di lokasi yang anda telah ‘familiar’. Sekurang-kurangnya anda akan
lebih memahami akan kelebihan dan kekurangan di kawasan anda
dan seterusnya dapat dijadikan panduan terhadap permintaan dan
penawaran di kawasan tersebut.
Untuk tidak menghampakan anda, selain daripada lokasi yang
berdekatan dengan kediaman anda, pastikan hartanah yang bakalanda beli berada pada salah satu dari lokasi berikut :
· Berdekatan Pusat Pengajian Tinggi
Permintaan sewaan dari para penuntut pusat pengajian tinggi
(terutama pusat pengajian tinggi awam), tidak akan terputus.
Ini kerana jumlah pengambilan pelajar/penuntut yang semakin
meningkat yang akan membuatkan kemudahan asrama tidakdapat disediakan secukupnya. Justeru, penyelesaian kepada
permasalahan ini pastinya akan dipindahkan kepada pemilik
rumah-rumah sewa berdekatan.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
19/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM19
· Berhampiran Kawasan Perindustrian
Kawasan perindustrian biasanya dipenuhi oleh deretan kilang-kilang komersial. Setiap kilang pastinya memerlukan para
pekerjanya sendiri walaupun nadi utamanya adalah mesin dan
setiap pekerja ini pula pastinya memerlukan tempat berteduh.
Maka, di sinilah keberuntungannya buat para pemilik rumah di
kawasan sekitarnya kerana permintaan dari para pekerjanya yang
menginginkan kediaman yang berdekatan dengan tempat kerja.
· Berdekatan Pusat Komersial/Kompleks Membeli-Belah
Gaya hidup urban sudah menjadi tatacara hidup masyarakat kota.
Gaya hidup yang mementingkan masa pasti membuatkan aktiviti
kekeluargaan seperti makan luar, berhibur di pusat membeli-
belah semakin mendapat tempat. Oleh itu, tidak hairanlah para
pemaju seakan berlumba-lumba menyediakan kediaman yang
berdekatan dengan pusat komersial/kompleks membeli-belah
ini bagi menampung perubahan terhadap gaya hidup ini.
· Berhampiran Hub Pengangkutan Awam
Sepertimana poin di atas, masa memainkan peranan di dalam
kehidupan masyarakat kini. Selain daripada itu, penjimatan kos
turut membantu menyeimbangkan kehidupan tersebut. Justeru,
dengan gabungan keduanya (kos dan masa), maka sudah pasti
hub pengangkutan yang memudahkan pergerakan beserta
menjimatkan petrol, tol dan ‘parking’ anda menjadi lokasi pilihan
dan tidak hairanlah hartanah yang berhampiran dengan hub
pengangkutan awam seperti bas, komuter, lrt dan monorel ini
sering menjadi hambatan dari kalangan penyewa rumah.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
20/29
20 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
· Di Dalam Kawasan Pelancongan
Gaya hidup terkini juga sering dimomokkan dengan kemestianmelancong selepas penat bekerja. Lalu, penginapan memainkan
peranan penting di dalam aktiviti sebegini. Oleh itu, sekiranya
hartanah di kawasan pelancongan menjadi pilihan, pastinya
ianya boleh diubahsuai menjadi rumah tamu (guest house) bagi
menampung permintaan dari para pelancong ini dan atas faktor
inilah, hartanah yang di dalam kawasan pelancongan berpotensi
untuk menjana keuntungan yang berbaloi.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
21/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM21
8. MULAKAN DENGAN HARTANAH BERSKALA KECIL
Saya tahu setiap dari anda mengimpikan kediaman mewah untukdidiami. Paling tidak pun, rumah bertanah menjadi matlamat anda.
Lalu, hartanah yang sama juga pasti menjadi tumpuan portfolio
pelaburan anda. Justeru, pasti terlalu besar jumlah pelaburan dan
liabiliti yang bakal ditanggung oleh anda disebabkan hartanah
berstatus sedemikian biasanya hadir dengan tanda harga yang besar.
“Tuan, kalau saya tak beli hartanah sebegini, mana mungkin saya
mampu mengaut keuntungan yang besar kerana rumah bertanahatau apartmen mewah sahajalah yang mampu menghasilkan
pulangan yang berlipat kali ganda”
Ya, memang benar apa yang cuba disampaikan oleh pemilik ayat di
atas namun terdapat beberapa risiko yang bakal dihadapi sekiranya
anda memulakan langkah pelaburan anda dengan hartanah sebesar
atau semewah itu antaranya :
· Kesukaran Mendapatkan Pinjaman Akan Datang
Apabila anda memulakan dengan pembelian hartanah bernilai
tinggi, ini bermakna pinjaman yang bakal anda buat turut
mengundang satu jumlah yang besar, baik dari segi amaunnya
mahu pun ansuran bulanannya. Maka, di sini kelayakan untuk
pinjaman berikutnya akan menyukarkan anda untuk mendapatkanmargin maksimum. Ini kerana ‘bracket’ jumlah instalment
bulanan anda di dalam formula DSR/DBR yang saya terangkan
sebelumnya akan mem’besar’kan lagi peratusannya dan seperti
yang saya nyatakan pada tip ke-5 di atas, akan membuatkan
pinjaman anda agak sukar untuk diluluskan melainkan jumlah
8/17/2019 How to make money - Hartanah
22/29
22 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
sewaan yang diperolehi (jika hartanah ini disewakan), mampu
menjana lebihan sewa yang lebih besar dari ansuran bulanannya.
· Kesukaran Mendapatkan Pembeli/Penyewa Elit
Apabila anda memulakan pelaburan dengan hartanah
berstatus mewah, pastinya jumlah pinjaman dan ansurannya
juga agak besar. Malah tanda harga hartanah itu sendiri turut
mengundang bilangan digit yang banyak. Justeru, jika anda
bermatlamatkan kekayaan dengan kaedah ‘beli & jual’, pasti
anda akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar keranapembeli yang berkemampuan agak berhati-hati untuk menjadi
pembeli berikutnya dan jika anda berhasrat untuk menyewanya
pula, golongan penyewa yang sanggup membayar dengan
jumlah sewaan yang lebih besar dari ansuran juga agak terhad.
Lalu, ianya mampu memeningkan anda yang mungkin tidak
mempunyai sumber kewangan yang stabil untuk menguruskan
ansuran bulanan anda sekiranya tidak berpenyewa mahu punterjual.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
23/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM23
9. LINDUNGI PELABURAN ANDA
Sepertimana diri anda, hartanah yang anda beli juga patut dilindungioleh insurans/takaful dari berhadapan satu-satu risiko dan di dalam
pelaburan hartanah, terdapat beberapa jenis insurans/takaful yang
perlu anda ambil antaranya :
· Insurans/Takaful Kebakaran
Perkataan ‘Kebakaran’ di atas sudah jelas menunjukkan yang
ianya merupakan satu jenis perlindungan dari sebarang risikokehilangan harta diakibatkan oleh kebakaran. Perlindungan
jenis ini lazimnya hanya berkuatkuasa untuk tempoh setahun
dan jika ianya telah tamat tempoh, maka anda perlulah
memperbaharuinya semula.
Insurans/Takaful ini biasanya disediakan oleh pihak bank dan
juga pihak pengurusan bangunan (jika anda membeli hartanah
kediaman bertingkat). Justeru anda berhak untuk menolak salahsatu polisinya bagi mengelakkan anda ‘terlebih lindung’ (over
insure) hartanah anda.
· Insurans/Takaful Gadai Janji Bertempoh
Perlindungan jenis ini kebiasaannya melindungi waris anda
dari mewarisi pinjaman anda. Ini berikutan, pemilik kediaman
biasanya dinasihatkan untuk mengambil perlindungan jenis ini
ketika pinjaman anda diluluskan.
Insurans/Takaful Gadai Janji Bertempoh ini biasanya dihadirkan
dengan 2 kaedah yang dikenali sebagai Mortgage Reducing Term
Assurance/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTA/MRTT) yang
bersifat pembayaran sekali sahaja (lump sum) oleh peminjam baik
secara tunai mahu pun dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman
8/17/2019 How to make money - Hartanah
24/29
24MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
anda. Sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti
kematian dan kehilangan upaya kekal, maka pihak insurans/
takaful akan membantu menyelesaikan hutang pinjaman anda.Walaubagaimanapun jumlah yang bakal dilangsaikan tertakluk
kepada jumlah yang dilindung. Sekiranya jumlah dilindung itu
lebih kurang dari jumlah hutang, maka anda/waris anda perlulah
menanggung jumlah bakinya itu.
Ianya berbeza pula dengan Mortgage Level Term Assurance/Mortgage Level Term Takaful (MLTA/MLTT). Walaupun anda
perlu membayar premiumnya secara ansuran setiap bulan,
tetapi anda berhak untuk mendapat penyelesaian penuh ke atas
pinjaman anda. Malah, sekiranya anda telah menjual hartanah
anda, polisinya ini boleh dipindahkan kepada hartanah baru
anda. Menarik bukan?
8/17/2019 How to make money - Hartanah
25/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM25
8/17/2019 How to make money - Hartanah
26/29
26MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
10. BERZAKAT/INFAQKAN KEUNTUNGAN PELABURAN
Pada saya tips terakhir ini adalah tips yang MAHA penting di dalammenentukan kejayaan pelaburan hartanah. Kejayaan yang bukan
sahaja berbentuk pulangan material, sebaliknya kejayaan yang
paling utama iaitu kejayaan spiritual berbentuk ketenangan jiwa dan
kesuburan harta.
Sepertimana yang anda dan saya ketahui, zakat berfungsi bagi
membersih dan menyuburkan harta yang kita perolehi kerana setiap
harta yang dikurniakan kepada kita, ada bahagiannya yang perlu kitazakatkan untuk keperluan para asnaf. Malah, jumlah yang perlu kita
zakatkan itu tidaklah terlalu memberatkan, hanya sekadar 2.5% dari
pulangan bersih yang kita perolehi.
Pada masa yang sama juga, amat perlu untuk kita renungkan
ungkapkan, “Apa gunanya limpahan harta yang banyak sekiranya
hati tidak tenang”. Oleh itu selain berzakat, amalan bersedekahmampu menenangkan hati kita dan amaunnya adalah mengikut
keikhlasan kita.
Pernah saya terdengar akan kisah seorang jutawan di negara kita,
apabila ditanya apakah rahsia beliau menjadi seorang jutawan,
jawapan beliau “Saya akan menyedekahkan note RM yang paling
besar amaunnya yang terdapat di dalam wallet saya setiap kali saya
selesai bersembahyang di masjid mahu pun surau”.
Subhanallah.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
27/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDI
a.k.a ABANG ENSEM27
Justeru, saya seringkali mengingatkan diri saya bahawa saya
tidak akan sekali-kali jatuh miskin (material dan spiritual) dengan
mengenepikan sejumlah amaun untuk keperluan berzakat danberinfaq kerana saya percaya yang bukan kita sebenarnya penentu
rezeki, sebaliknya segala rezeki yang bakal kita perolehi nanti adalah
ketentuanNya setelah selesai kita berusaha, inshaaAllah.
Dan tidak hanya amalan zakat dan bersedekah ini hanya ditujukan
untuk kejayaan pelaburan duniawi sahaja, ianya turut berfungsisebagai penyambung pahala kita di alam barzakh nanti kerana seperti
mafhum hadis Baginda Rasulullah ada menyebut, “Apabila matinya
seorang anak Adam, akan terputus segala amalnya kecuali 3 perkara
iaitu sedekah jariah yang dikeluarkannya, ilmu yang bermanafaat
dan anak soleh yang mendoakannya”.
Renung-renungkanlah.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
28/29
28 MEOR ZAIDEE MEOR AHMAD RASDIa.k.a ABANG ENSEM
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie
PENUTUP
Begitulah 10 tips hartanah yang pada saya perlu anda jadikan sebagaipedoman di dalam melayari dunia pelaburan anda. InshaaAllah
dengan tips-tips tersebut akan mampu menambahkan keyakinan
anda di dalam pelaburan hartanah ini.
8/17/2019 How to make money - Hartanah
29/29
10 Tips Hartanah PAWER Buat Pelabur Newbie