Date post: | 01-Nov-2015 |
Category: |
Documents |
Upload: | nurrul-aini-ramli |
View: | 229 times |
Download: | 0 times |
UNIT SENI KULINARI
JABATAN HOSPITALITI
KOLEJ VOKASIONAL KANGAR
JALAN SEKOLAH DERMA,
01000 KANGAR, PERLIS.
Telefon: 04-976 0471 Faksimili: 04-978 2058
KERTAS PENERANGAN / INFORMATION SHEET
KURSUSSENI KULINARI
SEMESTER / TAHUNDUA / SATU
COURSE NAMEEASTERN BASIC COOKERY
CODE NAMEHSK 202
CONTENT STANDARDM2 K1 : PREPARE LOCAL FRIED NOODLES DISHES
LEARNING STANDARDStudents should be able to:
1. Obtain local noodles dishes recipe2. Select utensils and equipment
3. Select local fried noodles ingredients4. Execute local fried noodles preparation
COURSE DESCRIPTIONThis course provide Eastern Basic Cookery to develop students knowledge and skill in preparing local fried dishes, local soups, plain rice, poultry dishes, vegetable dishes, porridge/congee and local dishes according to the industry needs.
PENGENALANAsal usul mee gandum adalah berasal dari utara China, di mana ia telah wujud sejak seratus tahun sebelum Masihi. Ia mungkin menggunakan teknologi yang di import dari Timur Tengah. Kedai-kedai mee berkembang pada zaman Dinasti Sung. Pemerintah-pemerintah China adalah yang pertama merasai mee tersebut kerana mee gandum adalah sangat berkhasiat. Ia tersimpan baik dan senang untuk disediakan dan telah digunakan oleh orang ramai. Kemahsyurannya masih diteruskan sehingga kini.Kini hidangan mee merupakan salah satu makanan yang sangat dikenali di Malaysia yang diperbuat daripada tepung gandum untuk menghasilkan mee kuning, bihun halus, kueyteow dimana ia digoreng bersama bawang, tauhu goreng, cili, sayur-sayuran ,tomato dan bahan sampingan lain. Lazimnya, ia terkenal digerai-gerai India (mamak) di Malaysia seperti hidangan mee goring mamak, bihun goring dan kueyteow goreng. Selain itu, bagi masyarakat Cina, char kueyteow merupakan hidangan mee yang sangat digemari masa kini termasuk mee goreng yang diminati oleh semua peringkat umur.JENIS JENIS MEE
Mee kuning
Kuey teow
Bihun
Yee mee
Mee sanggul
Mee laksa
Mee sua
Mee segera
Laksam
PEMILIHAN MEE Sebagai seorang tukang masak atau penyedia makanan, anda haruslah mahir dan peka semasa dalam membuat pembelian bahanbahan basah atau kering seperti dalam pemilihan mee samada ia jenis segar, kering ataupun segera. Ini merupakan proses paling penting dalam pemilihan bahan masakan yang baik dan berkualiti, sekiranya anda gagal dalam membuat pemilihan yang tepat dan bijak ia akan memberi kesan kepada hasil masakan. Oleh itu, anda perlulah meneliti bahan bahan yang hendak dibeli dengan melihat secara keseluruhan bahan dari segi :
Tarikh luput
Warna
Bau
Tesktur Pembungkusan Sekiranya terdapat salah satu masalah seperti yang dinyatakan diatas terdapat pada produk tersebut, seperti pembungkusan yang digunakan mempunyai kesan gigitan serangga atau haiwan perosak seperti tikus atau pembungkusan sudah terkoyak anda haruslah bijak membuat keputusan dengan sebaik mungkin untuk mengelak dari berlakunya kerugian dalam pembelian bahan masakan.
JENIS JENIS HIDANGAN MEE TEMPATAN Mee/ Bihun/ Kuey Teow goreng basahI. Hailam
II. Kungfu
III. Cantonese
IV. Ladna
V. Char kuey teow
VI. Mee gulung
Mee/ Bihun / Kuey Teow goreng keringI. Mee goreng mamak
II. Kuey teow kerang
III. Bihun goreng cina / singapore
IV. Mee goreng biasa
Mee/ Bihun / Kuey Teow berkuah / supI. Sup
II. Tomyam
III. Bandung
IV. Rebus
V. Jawa
VI. Soto
VII. Kari
Jenis jenis ramuan / bahan pemerap mee goreng yang digunakan
Minyak masakSos tiram
Bawang putihSos tomato
Cili kisarMinyak bijan
Bawang besarKicap sotong / kicap ikan
Sos ciliKicap pekat
Serbuk perasaKicap cair
Gula / garamKuah kacang
Bahan bahan sampingan yang digunakanUdangLobak merah
AyamTaugeh
DagingKucai
Bebola ikan / fish cakeKubis cina
Karangan lautKubis bulat
TauhuBawang goreng
TomatoDaun bawang
TelurDaun sup
SawiCili merah
Bunga kobisCili hijau
Proses memasak hidangan mee
BIHUN GORENG SINGAPORE
Bahan - bahanKuantiti
Bihun100 gm
Taugeh50 gm
Sawi50 gm
Udang segar ( sederhana )3 ekor
Lobak merah (potong julienne)50gm
Serbuk lada hitam1 tsp
Bawang putih2 ulas
Telur ayam1 biji
Sos tiram2 tbsp
Kiub ayam kiub
Tauhu goreng biji
Minyak masak3 tbsp
Air cwn
Garam, gula & lada sulahSecukup rasa
BAHAN HIASAN : Daun bawang, bawang goreng, cili merah,
limau nipis, cili jeruk / cili potong.
1) Tumiskan bawang putih sehingga wangi.2) Masukkan telur & udang serta kacau sehingga udang kemerahan.3) Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, kiub ayam & sedikit air.4) Masukkan bihun ke dalam kuali dan sedikit air.5) Tambahkan lada sulah dan perasakan.6) Akhir sekali, masukkan tauhu goreng, lobak merah dan taugeh serta gaul sehingga sayur sedikit layu.7) Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan.8) Hidangkan ketika panas bersama cili jeruk / cili potong.PERALATAN DAN PERKAKASANBILPERALATAN/PERKAKASANKEGUNAAN
1
Digunakan untuk memotong ayam, mengupas kulit bahan masakan seperti bawang, memotong sayuran dan lain-lain kegunaan yang bersesuaian.
2
Digunakan untuk menggoreng bahan seperti kuewteow, bihun @ mee, dan juga saut makanan.
3
Digunakan untuk menggoreng dan mengaul sebati bahan masakan yang sedang dimasak di dalam kuali.
4
Digunakan untuk membasuh dan mengetos bahan seperti bihun, kueyteow dan mee serta bahan-bahan masakan lain.
5
Digunakan untuk memasukkan bahan-bahan kering dan basah yang telah disukat dan ditimbang, menggaul bahan masakan yang hendak dimasak.
MENUMIS
( bawang putih, bawang merah, cili kisar )
BAHAN SAMPINGAN
(isi ayam, daging, karangan laut, bebola ikan, telur )
BAHAN PEMERAP
(sos cili, sos tiram, sos tomato, stok ayam dan
lain-lain)
BAHAN UTAMA
(mee kuning, bihun, kueyteow, mee segera )
BAHAN SAMPINGAN
(sayur-sayuran, tauhu )
BAHAN HIASAN
( daun bawang, daun sup, bawang goreng, limau nipis, cili jeruk, cili potong, telur dadar )
7