INTEGRATION OF MAHALANOBIS-TAGUCHI SYSTEM AND
ACTIVITY BASED COSTING IN DECISION MAKING FOR
REMANUFACTURING
MOHD YAZID BIN ABU
A thesis submitted in fulfilment of the
requirements for the award of the degree of
Doctor of Philosophy (Mechanical Engineering)
Faculty of Mechanical Engineering
Universiti Teknologi Malaysia
JANUARY 2016
v
ABSTRACT
Classifying components at the end of life (EOL) into remanufacture, repair or
dispose is still a major concern to automotive industries. Prior to this study, no specific
approach is reported as a guide line to determine critical crankpins that justifying
economical remanufacturing process. Traditional cost accounting (TCA) has been used
widely by remanufacturing industries but this is not a good measure of estimating the
actual manufacturing costs per unit as compared to activity based costing (ABC).
However, the application of ABC method in estimating remanufactured cost is rarely
reported. These issues were handled separately without a proper integration to make
remanufacturing decision which frequently results into uneconomical operating cost and
finally the decision becomes less accurate. The aim of this work is to develop a suitable
pattern recognition method for classifying crankshaft into three different EOL groups and
subsequently evaluates the critical and non-critical crankpins of the used crankshaft using
Mahalanobis-Taguchi System (MTS). A remanufacturability assessment technique was
developed using Microsoft Excel spreadsheet on pattern recognition and critical crankpins
evaluation, and finally integrates these information into a similar spreadsheet with ABC to
make decision whether the crankshaft is to be remanufactured, repaired or disposed. The
developed scatter diagram was able to recognize group pattern of EOL crankshaft which
later was successfully used to determine critical crankpins required for remanufacturing
process. The proposed method can serve as a useful approach to the remanufacturing
industries for systematically evaluate and decide EOL components for further processing.
Case study on six engine models, the result shows that three engines can be securely
remanufactured at above 40% profit margin while another two engines are still viable to
remanufacture but with less profit margin. In contrast, only two engines can be securely
remanufactured due overcharge when using TCA. This inaccuracy affects significantly the
overall remanufacturing activities and revenue of the industry. In conclusion, the proposed
integration on pattern recognition, parameter evaluation and costing assists the decision
making process to effectively remanufacture EOL automotive components as confirmed
by Head of workshop of Motor Teknologi Industri Sdn. Bhd.
vi
ABSTRAK
Mengelaskan komponen hayat akhir (EOL) kepada membuat semula, baiki dan
lupus masih menjadi cabaran utama dalam industri automotif. Sebelum kajian ini
dilaksanakan, tiada pendekatan khusus telah dilaporkan sebagai garis panduan untuk
menentukan cemat engkol kritikal yang menjurus kepada penjimatan proses pembuatan
semula. Perakaunan kos tradisional (TCA) telah digunakan secara meluas oleh industri
pembuatan semula tetapi ianya bukan pengukuran yang baik untuk menganggar kos
pengeluaran seunit berbanding dengan pengekosan berasaskan aktiviti (ABC). Walau
bagaimanapun, penggunaan kaedah ABC dalam menganggarkan kos pembuatan semula
jarang dilaporkan. Kesemua isu-isu ini dikendalikan secara berasingan tanpa penyatuan
yang wajar di mana ianya kerap menghasilkan kos operasi yang tidak ekonomi dan
akhirnya keputusan menjadi kurang tepat. Tujuan kajian ini adalah untuk membangunkan
kaedah penkelasan pola yang sesuai untuk mengelaskan aci engkol kepada tiga kumpulan
EOL yang berlainan dan seterusnya menilai cemat engkol kritikal dan tidak kritikal
menggunakan Sistem Mahalanobis-Taguchi (MTS). Teknik penilaian kebolehan membuat
semula telah dibangunkan menggunakan lembaran Microsoft Excel dalam pengkelasan
pola dan penilaian kritikal cemat engkol, dan akhirnya mengintegrasikan kesemua
maklumat tersebut bersama ABC untuk membuat keputusan sama ada akan dibuat semula,
diperbaiki atau dilupuskan. Rajah berselerak yang telah dibangunkan mampu mengelaskan
EOL aci engkol di mana kemudiannya digunakan untuk menilai kritikal cemat engkol
yang diperlukan dalam proses pembuatan semula. Kaedah yang telah dicadangkan boleh
menyumbang sebagai pendekatan yang berguna kepada industri dalam menilai dengan
sistematik dan memutuskan komponen EOL untuk proses selanjutnya. Hasil kajian kes
menunjukkan tiga engin boleh dibuat semula dengan lebih 40% margin keuntungan
sementara dua engin lagi juga sama tetapi sedikit margin keuntungan. Berbeza pula
apabila menggunakan TCA, hanya dua engin boleh dibuat semula disebabkan caj yang
berlebihan. Ketidak tepatan ini memberi kesan terhadap aktiviti pembuatan semula dan
pendapatan industri. Kesimpulannya, cadangan pengintegrasian terhadap pengkelasan
pola, penilaian cemat engkol dan pengekosan membantu dalam proses membuat
keputusan dengan efektif untuk membuat semula EOL komponen automotif setelah
disahkan oleh ketua bengkel Motor Teknologi Industri Sdn. Bhd.