119
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
ISU GELANDANGAN DI MALAYSIA : TAHAP KESIHATAN
MENTAL & KEMAHIRAN HIDUP
Ku Basyirah Ku Yaacob1, Mohd Suhaimi Mohamad, Norulhuda Sarnon
ABSTRACT
The issue of homelessness became popular when it was disseminated by the media in spite
of the fact that the issue had long been in the community. However, due to the lack of local
studies, there has been a confusion in terms of the roles and effectiveness of existing
services. The study aims to explore mental health issues and levvvelll of life skilss among
homeless. A questionnaire containing two instruments, namely Mental Health Inventory
and Life Skills Profile, was developed to look into the issue of homelessness. A total of 315
respondents who were in rehabilitation centers in Desa Bina Diri Jerantut and Mersing
were successfully interviewed to answer the questionnaire. The findings also show that
there are significant differences between sex, race and age of homelessness. In addition,
there is a significant negative relationship between the mental health and the life skills of
the homeless. In conclusion, mental health and life skills play an important role in the
recovery process of the homeless and should be taken seriously by the responsible party.
Keywords: Homeless, Mental health, life skills
ABSTRAK
Isu gelandangan menjadi popular apabila disensasi oleh media walhal isu tersebut sudah
lama wujud dalam masyrakat Bandar. Namun, disebabkan kekurangan kajian-kajian
tempatan menyebabkan wujudnya kekeliruan dari segi peranan dan keberkesanan
perkhidmatan yang sedia ada. Kajian ini bertujuan meneroka isu kesihatan mental dalam
kalangan gelandangan dan tahap kemahiran hidup mereka. Borang soal selidik yang
mengandungi dua instrumen iaitu Mental Health Inventory dan Life Skills Profile
dibangunkan untuk mengupas isu gelandangan. Seramai 315 orang responden yang
berada di dalam pusat pemulihan iaitu di Desa Bina Diri Mersing dan Jerantut telah
berjaya ditemubual untuk menguji instrumen kajian yang dibangunkan. Hasil kajian juga
menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara di antara jantina, bangsa dan umur
gelandangan. Selain itu, terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara kesihatan
mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan. Kesimpulannya, isu kesihatan mental
dan kemahiran hidup memainkan peranan yang penting dalam proses pemulihan
golongan gelandangan dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak yang
bertanggungjawab.
Kata kunci: Gelandangan, Kesihatan Mental, Kemahiran Hidup
1Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia; Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor; E-mail: [email protected]; [email protected];
120
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
PENGENALAN
Buat pertama kali dalam sejarah manusia di mana 50% populasi global tinggal di bandar
dan dijangkakan akan meningkat kepada 70% pada 2050 yang mana turut meningkatkan
kepadatan di bandar serta risiko masalah gelandangan. Hal ini bukan sahaja berlaku di
negara Malaysia, malah di negara-negara lain seperti China, India, Amerika Syarikat,
Jepun dan lain-lain. Anon (1980) mendefinisikan gelandangan sebagai mereka yang hidup
dalam keadaan yang tidak sesuai dengan norma kehidupan yang sesuai dalam masyarakat
setempat serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap. Golongan
gelandangan ini terdiri daripada pelbagai latar belakang antaranya warga emas, penagih
dadah, penganggur, pesakit mental, pesakit melarat, orang yang bekerja tetapi tidak
berumah dan seumpamanya. Gelandangan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
halangan terhadap fizikal dan emosi mereka. Lazimnya, gelandangan sering berasa
bimbang mengenai tempat tidur mereka, makanan dan mudah untuk terjebak dengan
masalah dadah dan alkohol, penyakit serta jenayah jalanan (Kufeldt & Burrow, 1994).
Oleh itu, keperluan fizikal dilihat sangat diperlukan oleh mereka untuk membolehkan
mereka membentuk strategi untuk mendapatkan wang (McCreary, 2002). Jadual 1
menunjukkan statistik gelandangan mengikut kumpulan umur, etnik dan jantina yang mana
menunjukkan bilangan gelandangan adalah tinggi dari golongan berumur 18 tahun dan ke
atas. Kajian yang dilakukan oleh U.S Conference of Mayor (2005) menunjukkan bahawa
51% gelandangan adalah lelaki manakala 17% adalah wanita. Golongan kanak-kanak juga
dilihat tidak terkecuali terjerumus di dalam masalah gelandangan ini. Ada antara mereka
yang lari dari rumah serta ada yang bersama dengan ibu bapa tinggal di tepi-tepi jalan
kerana masalah kewangan dan sebagainya (Sharifah & Alifatul, 2012).
Jadual 1: Statistik Kes Gelandangan Mengikut Kumpulan Umur, Etnik dan Jantina 2013
Kumpulan Umur Melayu Cina India Lain-lain Jumlah
Kanak-Kanak L P L P L P L P L P
a) Di Bawah 4 Tahun 2 0 1 0 0 0 0 0 3 0
b) 4-6 Tahun 5 4 0 0 0 0 0 1 5 5
c) 7-12 Tahun 2 2 2 0 0 0 0 0 4 2
d) 13- 15 Tahun 3 3 0 0 0 0 0 0 3 3
e) 16-17 Tahun 9 8 0 0 0 0 0 0 9 8
Dewasa
a) 18-29 Tahun 5 7 5 1 1 1 0 0 11 9
b) 30-39 Tahun 58 40 22 7 29 2 8 16 117 65
c) 40-49 Tahun 103 19 60 13 78 8 7 1 248 41
d)50-59 Tahun 64 32 86 19 35 9 6 0 191 60
e) 60 Tahun ke atas 8 12 8 4 4 2 1 3 21 21
Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat,
2013
Gelandangan dan penjagaan kesihatan adalah saling berkaitan. Kesihatan yang lemah
menjadikan ia sebagai faktor penyebab dan kesan daripada masalah gelandangan. Penyakit
mental yang serius akan menganggu keupayaan seseorang itu untuk menguruskan aspek
kehidupan seharian seperti penjagaan diri dan pengurusan perumahan. Kajian yang
dilakukan oleh California’s Public Mental Health System menunjukkan bahawa 15%
gelandangan adalah disebabkan oleh penyakit mental yang serius (National Coalition for
the Homeless, 2009). Gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan mental
menghadapi kesukaran untuk memenuhi keperluan mereka disebabkan oleh keadaan
121
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
mental mereka. Mereka sukar untuk akses kepada perkhidmatan pemulihan yang
bersesuaian dan kebanyakan tempat yang mereka tinggal tidak bersesuaian dan tidak dapat
memenuhi keperluan yang mereka perlukan.
KONSEP KESIHATAN MENTAL
Masyarakat seringkali memberi persepsi yang sama mengenai kesihatan mental, masalah
kesihatan mental dan penyakit mental (Jamaiyah, 2000). Namun, ketiga-tiga konsep
tersebut memiliki definisi yang berbeza antara satu sama lain. Menurut Mohit (2001) salah
faham ini menyebabkan kesihatan mental sering dipandang negatif dan penuh dengan
kebimbangan serta ketakutan. Untuk memahami masalah kesihatan mental, adalah penting
untuk memahami konsep kesihatan mental terlebih dahulu. Kesihatan mental merupakan
konsep positif yang berkait dengan kesejahteraan sosial dan emosi individu dan
masyarakat. Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi,
pertukaran keadaan persekitaran atau sosial secara mendadak, tekanan di tempat kerja, dan
penyakit fizikal.
Gejala dan tanda-tanda kesihatan mental yang terjejas boleh timbul akibat dari
tekanan secara fizikal, sosial dan persekitaran. Ia terjadi apabila seseorang itu mengalami
kesukaran untuk menyesuaikan diri atau menangani tekanan. Ia boleh mempengaruhi
kesihatan fizikal dan boleh menjadi di luar kawalan dan menjejaskan keadaan fizikal dan
emosi seseorang (Suhana, Azima & Selvani, 2003).Berdasarkan hasil kajian survei yang
dijalankan pada 2011, 12% rakyat Malaysia yang berumur antara 18-60 tahun mempunyai
masalah kesihatan mental di mana 2% mempunyai masalah kemurungan, 1% psikosis,
kerisauan 1.8%, sementara yang melibatkan kemurungan yang mana penyakit kronik dan
penyakit mental sederhana (MMHA 2008).
KONSEP KEMAHIRAN HIDUP
WHO mendefinisikan kemahiran hidup sebagai keupayaan yang membantu individu untuk
menyesuaikan diri dengan cabaran di dunia realiti dengan menggunakan kemahiran yang
dipelajari. WHO mengkategorikan kemahiran hidup kepada tiga kumpulan iaitu pertama
kemahiran yang berkaitan dengan kemahiran berfikir dan kemahiran penyelesaian, kedua
ialah kemahiran interpersonal dan komunikasi yang mana ia menyumbang kepada
penerimaan sosial dan tingkahlaku sosial yang sihat dan ketiga ialah pengurusan diri
(Rostami dan Mehdi 2015).
Kemahiran hidup termasuklah aktiviti dalam kehidupan seharian (mandi,
pemakaian, pemakanan, kekemasan diri), aktiviti instrumental dalam kehidupan seharian
(penyediaan makanan, penjagaan pakaian, kebersihan, penjagaan rumah, pengurusan
kewangan), dan kemahiran komuniti (akses kepada pengangkutan, pengurusan masa,
interaksi sosial, keselamatan sosial). Kesemua kemahiran ini diperlukan oleh semua
individu dari kanak-kanak hingga dewasa. Aspek ini penting kerana ia membantu individu
itu untuk hidup berdikari di dalam komuniti seperti mampu mengurus diri sendiri,
mengurus perumahan, pengurusan kewangan dan dapat berkomunikasi dengan baik dalam
masyarakat (Christine & Louis, 2007). Profil kemahiran hidup merupakan salah satu
inventori untuk menilai tahap kemahiran hidup yang ada pada seseorang individu yang
mana merangkumi lima komponen penting seperti penjagaan diri, “non-turbelence”,
122
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
kontek sosial, komunikasi dan tanggungjawab. Justeru itu, dengan adanya latihan
kemahiran hidup yang diberikan berdasarkan penilaian yang dibuat dilihat dapat
membantu kesejahteraan mental seseorang individu dan melengkapkan mereka untuk
menghadapi dunia realiti.
SENARIO GELANDANGAN DI MALAYSIA
Gelandangan dapat dibahagikan kepada lima kategori iaitu penagih dadah, mereka yang
mengalami masalah mental, bekerja tetapi tiada tempat tinggal, tidak bekerja dan tiada
kediaman. Terdapat pelbagai sebab mereka menjadi gelandangan. Mereka yang
mempunyai risiko untuk menjadi gelandangan ini menghadapi pelbagai kesukaran seperti
penderaan, masalah kesihatan mental, penyalahgunaan dadah dan alkohol serta
kemiskinan. Apabila berdepan dengan tekanan sosial seperti kehilangan pekerjaan,
masalah kesihatan, serta ketidakupayaan diri menyebabkan berlakunya masalah
gelandangan. Dengan kekurangan sumber dan bantuan, golongan ini akan berterusan
menjadi gelandangan untuk jangka masa yang lama (Commonwealth of Australia, 2008).
Menjadi gelandangan ini memberi kesan langsung kepada kesihatan akibat
daripada keadaan tempat tinggal mereka yang tidak tetap iaitu di jalanan dan terdedah
kepada pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan kulit, masalah pernafasan, masalah
fizikal, mempunyai masalah kesihatan mental serta mudah untuk terjebak dalam masalah
penyalahgunaan dadah (Wright & Tomkins, 2006). Gelandangan juga memerlukan
pelbagai keperluan kesihatan mental dan sejarah trauma yang berulang yang mana jika
tidak dirawat akan mengganggu mereka untuk mendapat pekerjaan di masa hadapan.
Perkhidmatan kesihatan mental yang serius perlu diambil bagi membantu gelandangan. Ini
kerana, penyakit mental boleh hadir tanpa disedari oleh gelandangan dan mereka yang
terlibat dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental perlu mengenalpasti
kehadiran masalah mental dalam diri gelandangan itu sendiri. Sokongan sosial, tahap
penjagaan diri dan tahap kesihatan adalah pemboleh ubah yang penting untuk dilihat
mengenai gelandangan (Fitzpatrick. S, 2004).
Di Malaysia masih kurang pusat-pusat pemulihan yang dikhaskan bagi golonagn
gelandangan untuk mereka tinggal. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
mentadbirkan 3 buah institusi pengemis yang dikenali dengan nama Desa Bina Diri iaitu
Desa Bina Diri Mersing di Johor, Desa Bina Diri Jerantut di Pahang serta Pusat Sehenti
Bina Diri, Sungai Buloh. Tiga buah pusat ini sebenarnya tidak mencukupi untuk
menampung kesemua jumlah gelandangan yang semakin meningkat saban tahun (Sharifah
& Alifatul 2012). Bagi mereka yang telah berada di dalam pusat pemulihan, tahap
kesihatan mental juga dilihat tidak berubah malah ada antara mereka yang semakin teruk
keadaan mentalnya (Kim 2007). Selain itu, kajian oleh Liu & Chui (2013) juga
menyatakan bahawa, individu yang memasuki pusat pemulihan akan memberi kesan ke
atas kesihatan mental mereka terutamanya tahap kemurungan dan kebimbangan. Ini
kerana, apabila seseorang itu telah masuk ke dalam pusat pemulihan, jaringan sosial
mereka akan semakin berkurang. Ada antara mereka yang telah dibuang oleh ahli
keluarga, sahabat serta orang yang rapat yang menyebabkan mereka ini telah hilang salah
satu sumber sokongan sosial yang penting dalam usaha pemulihan.Apabila tiada atau
kurang sokongan sosial diterima, ia akan mempengaruhi tahap kesihatan mental. Selain
itu, kebanyakan individu yang memasuki pusat pemulihan mempunyai tahap kebimbangan
yang tinggi. Masalah ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya disebabkan
123
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
oleh stigma dan persepsi negatif. Walaupun berada di dalam pusat pemulihan, masalah
kebimbangan tidak akan hilang tanpa rawatan yang sepatutnya malah akan menjadi
semakin teruk dan seterusnya menganggu kefungsian mereka. Individu yang memasuki
pusat pemulihan seringkali bimbang akan penerimaan masyarakat terhadap diri mereka.
Tambahan pula, ada antara mereka yang tidak diterima oleh ahli keluarga sendiri telah
menyebabkan kebimbangan mereka terhadapat penerimaan masyarakat meningkat (Liu &
Chui, 2013).
TEORITIKAL KAJIAN
Definisi yang jelas mengenai apa itu gelandangan akan membantu pembuat polisi untuk
memahami dengan lebih jelas mengenai gelandangan dan dapat mengembangkan idea
mengenai keperluan yang diperlukan oleh golongan ini. Teori struktural membincangkan
mengenai kemudahan untuk mengakses kepada penginapan atau perumahan. Teori ini
membincangkan mengenai kekurangan perumahan, ketidakadilan kebajikan dan sistem
ekonomi yang memberi kesan ke atas individu mahupun keluarga. Tekanan yang
berterusan (tanpa intervensi) akan menyebabkan masalah gelandangan yang berterusan.
Teori fungsional pula lebih melihat kepada perspektif tingkahlaku berbanding dengan
polisi perumahan mahupun kebajikan. Kecenderungan gelandangan untuk mengasingkan
diri dilihat sebagai tanda-tanda ketidakfungsian. Kedua-dua teori ini melihat gelandangan
sebagai mereka yang mengancam kepada masyarakat yang mana struktur masyarakat
(class system) yang memaksa mereka ini untuk menjauhi masyarakat dan mewujudkan
golongan gelandangan yang tidak dapat berfungsi secara normal dalam komuniti.
Selain itu, dari segi gelandangan yang mempunyai masalah mental merasa terputus
hubungan dalam membuat keputusan mengenai kesihatan dan kesejahteraan diri akibat
dari ketidakpadanan diantara perkhidmatan yang diberikan dengan apa yang mereka
perlukan (Fisk & Frey 2002). Terdapat hubungan yang positif di antara keupayaan
pengguna untuk memilih dan mengawal perkhidmatan mereka dengan keupayaan mereka
untuk berdikari (Nelson et al. 1998). Teori empowerment dilihat dapat digunakan untuk
membentuk program untuk golongan gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan
mental. Contohnya, kolaborasi diantara pembentukan projek komuniti, gelandangan yang
berada di pusat pemulihan serta staf, NGO, perkhidmatan yang memulihkan gelandangan
yang mana meningkatkan pemilihan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan (Fisk
& Frey 2002). Selain itu, teori pembelajaran sosial juga merupakan pendekatan yang dapat
digunakan dalam menyediakan model intervensi di mana mereka belajar untuk
mendapatkan pengetahuan dan kemahiran dengan immersing mereka di dalam komuniti
pembelajaran sosial. Satu kajian yang menggunakan pendekatan ini untuk golongan
gelandangan dengan masalah kesihatan mental menunjukkan 62% peserta menunjukkan
perubahan di mana mereka ini memperoleh manfaat daripada intervensi kemahiran hidup
dalam memenuhi keperluan mereka.
KAJIAN LEPAS
Masalah kesihatan mental selalunya akan membawa kepada masalah gelandangan, apabila
mereka tidak berupaya untuk menghadapi tekanan hidup dan mengekalkan kemampuan
mereka untuk mengawal kehidupan seharian (Bogard 1999; Bhugra 1996). Apabila
seseorang gelandangan itu mempunyai masalah kesihatan mental, ia juga akan turut
124
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
mempengaruhi kefungsian mereka di dalam komuniti kerana asas kemahiran hidup mereka
yang semakin berkurang dan merosot. Selain itu, terdapat hubungan yang sangat kuat di
antara gelandangan dan kesihatan mental (Geyer Szadkowski 1998).Kajian oleh Aghajani
(2002) mendapati bahawa dengan adanya latihan kemahiran hidup bagi golongan yang
memerlukan ini akan meningkatkan kesihatan mental dan sosial mereka serta
membolehkan mereka untuk berdikari dengan sebaiknya di dalam komuniti. Selain itu,
dengan adanya tahap kemahiran hidup yang tinggi ia dapat mengurangkan simptom-
simptom kemurungan, anxiety dan kefungsian sosial individu (Moradi 2002). Sharif et al.,
(1993) juga menjelaskan bahawa tahap kemahiran hidup yang tinggi akan mempengaruhi
dan meningkatkan hubungan interpersonal seseorang. Begitu juga dengan kajian yang
dilakukan oleh Taromyan (1993) menunjukkan bahawa dengan latihan kemahiran hidup
seperti pengurusan diri, kewangan, sosial kontek, komunikasi, pengurusan psikologi telah
meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal seseorang indidivu.
Terdapat kajian-kajian lain yang juga turut menyokong kajian di atas iaitu oleh
Vahid dan Masoumeh (2013) yang menyatakan bahawa dengan adanya latihan kemahiran
hidup berdasarkan penilaian kemahiran hidupyang dibuat ke atas individu akan
meningkatkan tahap kesihatan mental mereka kerana kemahiran hidup dilihat
mempengaruhi tahap kesihatan mental seseorang. Begitu juga kajian oleh Rostami dan
Mehdi (2015) menyatakan bahawa latihan kemahiran hidup akan mengurangkan tahap
tekanan, kemurungan dan anxiety seseorang individu. Justeru itu, berdasarkan kajian yang
dilakukan, dapat dilihat bahawa kedua-dua aspek ini mempunyai hubungan di antara satu
sama lain dan ia turut mempengaruhi tahap kefungsian golongan gelandangan yang
mempunyai masalah kesihatan mental. Ini menunjukkan bahawa, asas kemahiran hidup
sangat penting diwujudkan di setiap pusat pemulihan bagi memulihkan keseluruhan aspek
ketidakfungsian individu dan membantu mereka untuk hidup berdikari dan
bertanggungjawab di dalam komuniti (Vahid dan Masoumeh 2013). Tahap kesihatan
mental memberi kesan ke atas tahap kemahiran hidup seseorang individu. Jika seseorang
itu mempunyai tahap kesihatan mental yang baik, maka tahap kemahiran hidup mereka
juga adalah baik dan sebaliknya. Namun, kajian mengenai gelandangan, kesihatan mental
dan kemahiran hidup masih kurang dijalankan terutamanya di dalam negara. Kebanyakkan
kajian gelandangan di Malaysia menjalankan kajian deskriptif dengan membina profil
gelandangan tetapi tidak melihat kepada hubungan kemahiran hidup dan kesihatan mental.
Keadaan mental dan fizikal golongan gelandangan sebelum dan semasa berada di
pusat pemulihan adalah sama malahan ada yang menjadi semakin teruk kerana kurangnya
penjagaan yang bersesuaian. Ini kerana pusat pemulihan yang ada dilihat bukan menjadi
pusat pemulihan tetapi mereka ini membawa budaya “gelandangan” itu masuk ke dalam
pusat pemulihan kerana mereka masih duduk atau tidur di tepi-tepi koridor sama seperti
keadaan mereka semasa berada di jalanan. Ini berlaku disebabkan oleh kurangnya kawalan
daripada mereka yang bertanggungjawab serta kepakaran staf yang ada dalam pusat
pemulihan adalah tidak terlatih. Staf yang ada juga sukar untuk mengawal gelandangan
terutamanya dari segi tingkah laku dan kesihatan (Wagner 2005). Selain itu, salah faham
mengenai sebab penyebab kewujudan masalah gelandangan yang mana menyebabkan
masalah ini tidak dapat diselesaikan. Seperti contoh, mereka yang tiada rumah disebakan
oleh penceraian, keruntuhan rumahtangga atau tidak mampu membayar sewa rumah
kerana pendapatan yang rendah tetapi ditempatkan di dalam pusat pemulihan
menyebabkan mereka ini tertekan kerana terpaksa untuk tinggal dalam pusat pemulihan
dan bergaul dengan mereka yang bermasalah (Busch-Gertsema 2002).
125
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Kekurangan sokongan sosial, kurang kemahiran sosial serta berlakunya konflik sosial
merupakan faktor-faktor lain yang berkaitan dengan masalah gelandangan dan
kebimbangan. Apabila hal ini berlanjutan akan menyebabkan masalah kesihatan mereka
menjadi semakin serius kerana tidak mendapat rawatan yang sepatutnya dari awal. Selain
itu, sikap sambil lewa gelandangan serta pegawai yang bertugas terhadap masalah
kesihatan mental juga menjadi punca masalah ini tidak berpenghujung. Bogard (1999)
menjelaskan bahawa polisi institusi memainkan peranan penting dalam menentukan
struktur institusi tersebut, kelayakan kakitangan serta pengurusan kerja yang mengawal
apa yang perlu dilakukan oleh pekerja dan mengikut prosedur yang betul dalam
memberikan perkhidmatan sosial. Tambahnya lagi, polisi dalam sesebuah institusi juga
mampu menangani kelompongan yang ada serta dapat memerihalkan kaedah berkaitan
dengan bagaimana kakitangan dalam institusi perlu bekerja dalam suasana institusi
masing-masing secara berkesan dan sihat. Manakala kajian oleh Darbyshire et.al (2006)
pula menjelaskan bahawa institusi jagaan yang beroperasi dengan staf yang
berpengetahuan dan berkemahiran boleh menyampaikan perkhidmatan kepada
gelandangan mengikut keperluan dan sumber yang diperlukan oleh mereka.
METODOLOGI
Rekabentuk kajian kuantitatif menggunakan kaedah soal selidik telah digunakan dalam
meneroka tahap kesihatan mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan. Satu kajian
telah dijalankan di dua buah pusat pemulihan golongan gelandangan iaitu Desa Bina Diri
Mersing dan Desa Bina Diri Jerantut untuk menguji borang soal selidik yang dibentuk.
Seramai 315 orang responden telah berjaya ditemubual menggunakan borang soal selidik
yang mengandungi dua instrumen iaitu i) Mental Health Inventory (MHI) dan ii) Life Skills
Profile (LSP)
i. Mental Health Inventory (MHI) mengandungi 18 soalan yang diguna pakai
secara bukan klinikal untuk mengukur kefungsian emosi sama ada positif atau
negatif. Dalam bahagian ini dibahagikan pula kepada empat subskala iaitu
kebimbangan (anxiety), kemurungan (depression), kawalan tingkahlaku
(behaviour control) dan Afektif positif (positive affect). Nilai Cronbach’s
Alpha ialah 0.713.
ii. Life Skills Profile dibentuk oleh Rosen et.al (1989) adalah untuk mengukur
aspek kefungsian (life skills) yang memberi kesan kepada keberjayaan
seseorang yang mempunyai masalah kesihatan mental yang tinggal di komuniti
dan hospital. Terdapat lima subskala dalam soal selidik ini iaitu self-care, non-
turbulence, sosial-contact, komunikasi dan tanggungjawab di dalam 39 items.
Nilai Cronbach’s Alpha ialah 0.831.
Setiap responden mengambil masa sebanyak 40 hingga 90 minit untuk menjawab semua
soalan dengan bantuan pegawai. Kesemua data yang dikumpulkan kemudiannya dianalisis
menggunakan program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.
HASIL KAJIAN
Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden. Majoriti responden yang
ditemubual adalah lelaki dan hanya 34 peratus gelandangan wanita. Separuh daripada
gelandangan adalah berumur 40 tahun ke atas dan berbangsa Melayu. Hanya 13.7 peratus
126
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
gelandangan cina dan 18.7 peratus gelandangan India dan 4 peratus lagi lain-lain.
Sebanyak 52.4 peratus responden adalah bujang dan kebanyakan mereka hanya
mempunyai tahap pendidikan sehingga sekolah rendah sahaja iaitu sebanyak 80.4%.
Jadual 1: Maklumat Demografi Responden
Kriteria Bilangan Peratus (%)
Jantina
Lelaki 208 66
Wanita 107 34
Bangsa
Melayu 200 63.5
Cina 43 13.7
India 59 18.7
Lain-lain 13 4.1
Umur (tahun)
18 - 29 40 12.7
30 - 39
40 - 49
91
104
28.9
33
Status Perkahwinan
Status Pendidikan
50 – 59
Bujang
Berkahwin
Janda/Duda
SPM
Diploma
Lain-lain
80
165
72
70
60
2
253
25.4
52.4
22.9
22.2
19
0.6
80.4
Jadual 2 : Frekuensi tahap kesihatan mental
Tahap Anxiety Depression Positive affect Behavioral control
Rendah 3 1 19 5
Sederhana 150 149 200 175
Tinggi 162 162 96 135
Jumlah 315 315 315 315
Jadual 2 di atas menunjukkan separuh dari responden mengalami tahap anxiety dan
depression yang tinggi manakala bagi positive affect dan behavioral control, separuh
responden mengalaminya pada tahap yang sederhana.
Jadual 3 : Frekuensi tahap kemahiran hidup
Tahap Non
Turbelence
Komunikasi Tanggungjawab Sosial kontek Self care
Rendah 305 314 293 293 294
Tinggi 10 1 22 22 21
Jumlah 315 315 315 315 315
Jadual 3 di atas menunjukkan kebanyakan responden mempunyai tahap kemahiran hidup
yang rendah dalam kesemua aspek kemahiran hidup di mana seramai 305 responden
127
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
mempunyai tahap non-turbelence yang rendah, 314 responden mempunyai tahap
komunikasi yang rendah, 293 mempunyai tahap kebertanggungjawaban yang rendah, 293
responden mempunyai tahap sosial kontek yang rendah serta seramai 294 reponden
mempunyai tahap penjagaan diri yang rendah.
Jadual 4 : Hubungan di antara kemahiran hidup dan kesihatan mental
LSP/ Tahap KM Respon
sibility
Komun
ikasi
Non-
Turbelence
Sosial
kontek
Self care
Anxiety -.074 -.188** -.287** -.206** -.024
Depression
Positive Affect
Behavioral Control
-.076
-.264**
-.167**
-.108
-.055
-.150**
-.294**
-.120*
-.183**
.095
-.094
-.185**
.039
-.075
-.036
** k<0.05
Berdasarkan jadual 4 di atas menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang
signifikan di antara anxiety dengan aspek kemahiran hidup iaitu komunikasi, non-
turbelence dan sosial kontek di mana nilai k<0.05. Depression juga dilihat mempunyai
hubungan negatif dan signifikan dengan aspek kemahiran hidup non-turbelence. Jenis
kesihatan mental positive affect juga dilihat mempunyai hubungan negatif yang signifikan
dengan dua aspek kemahiran hidup iaitu responsibility dan non-turbelence manakala bagi
behavioural control mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan empat
komponen kemahiran hidup iaitu responsibility, non-turbelence, komunikasi dan sosial
kontek.
PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil kajian, didapati lebih ramai lelaki yang menjadi gelandangan berbanding
wanita. Terdapat beberapa faktor yang membuatkan lebih ramai lelaki menjadi
gelandangan berbanding wanita. Salah satu faktor utama adalah lelaki mempunyai
tanggungjawab untuk menanggung keluarga yang mana lebih membuatkan lelaki tertekan
jika mempunyai pendapatan yang kurang terpaksa menampung kos sara hidup yang tinggi.
Selain itu, lelaki didapati lebih berisiko terlibat dengan gejala sosial seperti penagihan
dadah dan mereka dikatakan kurang berusaha mendapatkan rawatan kesihatan mental
berbanding wanita. Walaupun begitu, kewujudan wanita yang menjadi gelandangan tidak
boleh diabaikan kerana ia berkait rapat dengan ketidakfungsian keluarga. Menurut kajian
yang dilakukan oleh U.S. Conference of Mayors (2007) menunjukkan bahawa 35%
daripada populasi gelandangan yang berkeluarga adalah lelaki manakala 65% adalah
wanita tetapi 67.5% populasi gelandangan bujang adalah adalah lelaki.
Dari aspek umur, kebanyakkan gelandangan yang ditemui adalah mereka yang
berumur 40 tahun ke atas. 1 dalam 5 individu yang tinggal di jalanan terdiri daripada
mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas. Ini kerana, kebanyakan rakyat Malaysia adalah
bekerja sendiri ataupun bekerja dalam sektor tidak formal di mana mereka tidak
mempunyai simpanan serta elaun bersara. Maka, apabila telah bersara, mereka tidak
mempunyai pendapatan yang stabil yang dapat menangung keluarga mereka dan akhirnya
membuat keputusan untuk tinggal di jalanan (KPWKM, 2014). Jika dilihat mengapa
golongan veteran menjadi gelandangan adalah kerana mereka sudah tidak bekerja dan
tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk menanggung keluarga mahupun
menanggung diri sendiri. Maka mereka ini memilih untuk menjadi gelandangan supaya
128
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
dapat mengurangkan kos kehidupan mereka supaya jumlah pendapatan yang ada dapat
digunakan untuk perkara yang lebih memerlukan. Senario ini mungkin turut berlaku di
negara kita kepada mereka yang berumur 50 tahun ke atas tidak mempunyai keupayaan
fizikal dan mental untuk bekerja secara optimum serta terdapat kemungkinan juga
disebabkan oleh kepincangan sistem sokongan keluarga yang tidak dapat menjaga
golongan warga tua ini.
Berdasarkan jadual di atas juga, kaum melayu dilihat lebih tinggi menjadi
gelandangan berbanding dengan kaum cina dan india. Kajian yang dilakukan oleh Sharifah
& Alifatul (2012) juga menyatakan bahawa golongan gelandangan yang paling tinggi
terdiri daripada kaum melayu kerana berdasarkan kajian mereka kebanyakan kaum melayu
yang dijumpai adalah berdekatan dengan penempatan yang majoritinya terdiri dari kaum
melayu. Selain itu, berdasarkan statistik dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (2013),
majoriti penagih dadah juga terdiri daripada kaum melayu yang mana turut menjadi salah
satu faktor penyumbang kepada lebih ramai gelandangan terdiri daripada kaum melayu.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa golongan gelandangan ini mengalamai tahap
depression dan anxiety yang tinggi. Ini kerana menurut Sharifah & Alifatul (2012)
menyatakan bahawa peningkatan kos sara hidup telah meningkatkan tekanan hidup
individu kerana jumlah pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung
kehidupan mereka terutamanya yang berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab yang
ramai. Apabila tekanan ini berterusan dan tidak dirawat akan menyebabkan wujudnya
masalah mental. Selain itu, mereka yang menjadi gelandangan juga disisih dan dipandang
negatif oleh masyarakat dan ini memberi kesan kepada mereka dan mereka akan mula
menjauhi masyarakat dan turut meningkatkan tahap kemurungan mereka .
Tahap kemahiran hidup kebanyakan golongan gelandangan ini juga dilihat berada
pada tahap yang rendah kerana gelandangan yang mempunyai masalah kesihatan mental
mempunyai tahap kemahiran hidup yang rendah berbanding mereka yang tidak
mempunyai masalah kesihatan mental serta mereka ini menghadapi masalah dalam
mendapatkan keperluan asas (Sullivan et al. 2000). Berdasarkan kajian oleh Gholamreza &
Fariba (2013) tahap kemahiran yang tinggi akan memberi kesan ke atas kesihatan mental
seseorang di mana apabila tahap kemahiran hidup tinggi maka tahap kemurungan
seseorang individu itu akan berkurang. Maka dapat dilihat bahawa kesihatan mental dan
kemahiran hidup dilihat saling berkait antara satu sama lain berdasarkan hasil kajian ini
dan kajian lepas. Kesihatan mental dan kemahiran hidup merupakan dua aspek yang
penting untuk dilihat dalam kalangan mereka yang menjadi gelandangan. Ini kerana
mereka yang menjadi gelandangan serta mempunyai masalah kesihatan mental mempunyai
tahap kemahiran hidup yang rendah yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran
untuk tinggal di dalam komuniti. Intervensi kemahiran hidup dapat membantu
gelandangan untuk mengembangkan dan mengekalkan tahap kemahiran hidup yang
diperlukan untuk mengekalkan kestabilan perumahan mereka. Ini kerana intervensi ini
membantu memperbaiki kemahiran pengurusan dari segi makanan, kewangan, bilik,
penjagaan diri dan penyertaan dalam komuniti
Masalah kesihatan mental dan kemahiran hidup golongan gelandangan perlu
ditangani oleh semua agensi termasuklah pihak bukan kerajaan, keluarga dan rakan-rakan.
Satu perkhidmatan yang bersepadu untuk menangani isu gelandangan amat diperlukan
bukan semata-mata menyediakan kemudahan fizikal tanpa ada rancangan pemulihan
fizikal dan mental dalam jangka masa panjang. Mereka yang mengalami masalah
129
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
kesihatan mental akibat dari tekanan yang berterusan ini tidak berupaya untuk berfungsi
dengan baik di dalam komuniti dan seterusnya akan kehilangan kemahiran-kemahiran asas
dalam kehidupan seperti mengabaikan penjagaan diri dan sebagainya. Justeru itu, dapat
dilihat disini bahawa pentingnya mewujudkan polisi yang khusus bagi golongan
gelandangan dalam menyelesaikan masalah mereka. Kesan ketiadaan polisi menyebabkan
masyarakat tidak peka dan faham dengan masalah gelandangan dan golongan ini akan
berterusan menjadi gelandangan tanpa sebarang program pemulihan yang berkesan khas
untuk mereka.
Ketiadaan polisi dipengaruhi oleh beberapa faktor, pertama, kurangnya kesedaran
atau penafian kepada masalah. Kebanyakan rakyat Malaysia termasuklah pihak kerajaan
mahupun NGO tidak sedar akan kewujudan golongan gelandangan ini dan tidak begitu
jelas dengan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gelandangan (social
blindness). Kedua, disebabkan oleh maklumat yang salah daripada kerajaan di mana
kerajaan menyatakan bahawa tidak wujud gelandangan di Malaysia. Ketiga, keutamaan
yang mana apabila ramai sedar akan kewujudan gelandangan, tetapi gagal untuk memberi
keutamaan terhadap tindakan yang sepatutnya dilakukan dan faktor keempat adalah
kegagalan untuk menyedari tentang kepentingan untuk menyediakan polisi yang
bertepatan dalam menghadapi isu gelandangan ini. Justeru itu, kerajaan Malaysia perlu
untuk membentuk satu polisi yang bertepatan bagi mengendalikan isu gelandangan ini.
Akta Orang Papa 1977 juga perlu dikaji semula dan perlu menggunakan pendekatan yang
lebih bersesuain dengan definisi gelandangan. Elemen yang terdapat di dalam akta yang
lebih kepada criminilised the poor dan halangan terhadap keperluan perkhidmatan perlu di
hapuskan.
Oleh itu, pendekatan teori empowerment dapat digunakan dengan membolehkan
golongan ini untuk memilih keperluan yang mereka perlukan dengan kerjasama dari pihak
yang memberi perkhidmatan yang mana dapat menggunakan pendekatan melalui
pembelajaran sosial. Satu perkhidmatan yang bersepadu untuk menangani isu gelandangan
amat diperlukan bukan semata-mata menyediakan kemudahan fizikal tanpa ada rancangan
pemulihan fizikal dan mental dalam jangka masa panjang.
KESIMPULAN DAN IMPLIKASI POLISI
Gelandangan bukanlah penyakit mahupun kelemahan seseorang. Gelandangan wujud
disebabkan oleh sebab-sebab psikososial yang kompleks. Gelandangan mempunyai
pelbagai faktor etiologi yang mana mereka ini sangat memerlukan sokongan dan empati.
Keadaan sosial yang mana menyebabkan mereka ini kehilangan kemahiran sosial dalam
mengekalkan kestabilan perumahan. Maka dengan menyediakan perumahan sahaja sangat
tidak mencukupi bagi golongan ini. Mereka yang mengalami masalah gelandangan ini
memerlukan pulihan psikososial yang membolehkan mereka mengembangkan dan
membaikpulih kemahiran sosial mereka untuk tinggal berdikari di luar. Pemulihan ini
merupakan pendekatan ekologikal yang aims pemulihan untuk jangka panjang. WHO
mendefinisikan pemulihan psikososial sebagai proses untuk mereka yang mengalami
ketidakupayaan yang disebabkan oleh masalah kesihatan mental untuk mencapai tahap
kefungsian yang optimal untuk berfungsi di dalam komuniti (WHO 1996). Meningkatkan
tahap kemahiran sosial merupakan sesuatu yang penting sebagai sebahagian dalam proses
pemulihan psikososial kerana kemahiran sosial memainkan peranan yang sangat penting
dalam mengekalkan perumahan.
130
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Secara keseluruhannya, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan
bekerja sebagai sebuah pasukan apabila berhadapan dengan golongan gelandangan dan
mengurangkan risiko masalah kesihatan mental mereka. Agensi-agensi kerajaan
mempunyai kuasa untuk mempertingkatkan jumlah pendapatan, upah dan gaji pekerja
selaras dengan peningkatan kos sara hidup. Kerajaan perlu mengkaji semula strategi dan
polisi yang sedia ada dengan memperkembangkan perumahan yang mampu milik,
menguatkuasakan undang-undang pekerjaan, meningkatkan perkhidmatan kesihatan
mental, perkhidmatan kemahiran hidup dan perkhidmatan pemulihan dadah. Di samping
itu, pihak kerajaan perlu memikirkan penubuhan satu unik khas yang menguruskan hal
ehwal gelandangan kerana majoriti negara-negara maju mempunyai badan atau unit khas
yang ditubuhkan kerajaan.
Selain ini, pihak NGO juga percaya bahawa mereka yang tinggal di jalanan
mempunyai hak, keperluan dan minat yang perlu dipertahankan. Kini, beberapa NGO telah
bergerak untuk membantu golongan gelandangan ini dengan menyediakan makanan,
pakaian, ubat-ubatan dan bantuan lain yang mereka perlukan. Integrasi NGO amatlah
penting bagi memastikan koordinasi dan pengurusan bahan bantuan dan sokongan yang
lebih baik kepada gelandangan. Namun apa yang paling penting dalam menangani isu
gelandangan dan kesihatan dari akar umbi ialah peranan yang dimainkan oleh keluarga.
Jika setiap keluarga memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin dan menyediakan
sumber sokongan yang diperlukan, maka tiadalah mereka yang mengalami ekslusi sosial
dan disisihkan dari keluarga atau masyarakat.
RUJUKAN
Aghajani, M. 2002. The effect of life skills training on mental health. University of
Shahid Beheshti Tehran
Arif Rohman. 2011. Program Penanganan Gelandangan, Pengemis, dan Anak Jalanan
Terpadu Melalui Penguatan Katahanan Ekonomi Keluarga Berorientasi Desa. Workshop
Penanganan Gelandangan di Perkotaan. Jakarta:Kementerian Sosial
RI.http://arifrohmansocial worker.blogspot.com.au/2010/11/program-penanganan
gelandangan-pengemis.html.[09 Desember2013].
Bhugra, D. 1996. Homelessness and mental health. Cambridge England: Cambridge
University Press.
Bogard, C. J., McConnell, J. J., Gerstel, N., & Schwartz, M. 1999. Homeless mothers and
depression: misdirected policy. Journal of Health and Sosial Behavior, 40(1), 46–
62.
Chong, Sheau Tsuey, Mohd Suhaimi Mohamad, &Er, A. C. 2013. “The Mental Health
Development in Malaysia : History, Current Issue and Future Development” 9 (6):
1–8.
Commonwealth of Australia (2008). The road home, A national approach to reducing
homelessness Canberra: Commonwealth of Australia
Christine A. Helfrich & Louis F.Fogg. 2007. Outcomes of a Life Skilss Intervention for
Homeless Adults with Mental Illness. J Primary Prevent. 28:313-326
Fisk, D., & Frey, J. 2002. Employing people with psychiatric disabilities to engage
homeless individuals through supported socialization: The Buddies project.
Psychiatric Rehabilition Journal, 26(2), 191-196.
131
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Gholamreza Golmohammadnajad Bahrami & Fariba Molajabari. 2013. The effect of
training life skills on mental health of mothers having exceptional children.
European Journal of Experimental Biology. 3(2). 1-5
Jamaiyah, H. 2000. Community mental health in Malaysia: Marriage of Psychiatry and
Public Health. Jurnal Kesihatan Masyarakat Isu Khas. 6, 155-165.
Jabatan Kebajikan Masyarakat. 2013. Laporan Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kuala Lumpur.
Malaysian Mental Health Association. 2008. About Us. Retrieved from
http://mentalhealth.org.my/index.cfm?menuid=63&parentid=35
Moradi, M. 2002. The Impact of beneficial life skills training on high school students in
Tehran in his mental status improved. University of Shahid Beheshti
Tehran.National Coalition for the Homeless. 2009a, Why Are People Homeless?
On-line availablehttp://www.nationalhomeless.org/factsheets/why.html.
National Coalition for the Homeless. 2009b. Employment and Homelessness. Published by
the National Coalition for the Homeless, July 2009 on-line at
http://www.nationalhomeless.org/factsheets/employment.html
Rostami Qumart & Mehdi Karini. 2015. The Effect Of Life Skills Training On The
Educational Stress Deduction Of The Islamic Azad Univerisy Student In 2013-
2014. International Letters Of Social And Humanistic Sciences.52:122-126
Sharif, Z. 1993. The Impact Of Teaching Life Skills Onreduces Depression In Adolesents.
University Of Tehran
Sharifah &Alifatul. 2012. Homelessness in Kuala Lumpur, Malaysia : A Case of Agenda
Denial, International Journal OfSosial Science Tomorrow.1(2), 1–9.
Tarmyan F. 1993. Preliminary evaluation of the effectiveness of life skills training
programs to prevent drug abuse in the first year students of junior high school.
University of Shahid Beheshtu, Tehran.
United States Conference of Mayors. 2003. Hunger, homelessness on the rise in major
U.S. cities: Mayors' 25-city survey finds high housing costs, weak economy
increase need. Retrieved March 28, 2005, from
http://www.usmayors.org/uscm/us_mayor_newspaper/documents/01_13_03/hunge
r.asp.
Vahid Khoshravesh & Masoumeh Pourmohsen. 2013. The effect of life skills training on
mental health of persons reffered to counseling psychology centers in Rasht.
University of Rasht. 5(3):20-23
Wright, N. M. J., & Tompkins, C. N. E. (2006). How can health services effectively meet
the health needs of homeless people? British Journal of General Practice, 56(525),
286-293.