+ All Categories
Home > Documents > Kajian Teknologi Masa Depan

Kajian Teknologi Masa Depan

Date post: 26-Oct-2015
Category:
Upload: zalina-m-sahini
View: 69 times
Download: 5 times
Share this document with a friend
Popular Tags:
22
Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 5 JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP APLIKASITEKNOLOGI DALAM KANDUNGAN KURIKULUM DAN PENILAIAN SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DELPHI Saedah Siraj Faridah Abdullah Universiti Malaya Abstract The purpose of this study was to obtain experts'consensus on technological application for the future in curriculum contents and evaluation at secondary school level. Eleven experts involved in ICT and educational technology were chosen as respondents. The Delphi Technique was used for this study. The study revealed that 27 technological tools are forecasted to be developed in 15 years to come and 29 items associated with the effects on technology application in curriculum content have reached experts' consensus. All items that represent future forecast of technological application at secondary school evaluation have reached experts 'consensus. The findings of this study also indicated technological development has a significant impact on curriculum content and evaluation thus increasing the necessity for curriculum designers in planning for future changes. PENDAHULUAN K.ajian mengenai masa aepan meiiDatKan satu jangka masa yarig panjarig urituk menelitl pilihan ke atas masa depan serta mengenai pasti event (proses atau tindakan yang ada kepentingannya yang berlaku) yang paling besar kemungkinannya akan berlaku untuk membantu para pembuat dasar membuat keputusan. Menurut Amara dan Salancik (1971- 1972), kajian masa depan adalah sebarang aktiviti yang menambah kefahaman mengenai hasilan-hasilan pada masa depan akibat daripada perkembangan dan juga pemilihan- pemilihan masa kini. Matlamat utama kajian masa depan adalah member! gambaran kemungkinan dan juga pilihan tentang masa depan untuk membantu pembuat dasar membuat perancangan ke atas masa depan yang diingini (Ayers, 1969; Klopfenstein, 1985). Menurut Saedah Siraj (2001a) terdapat beberapa asas untuk membolehkan sesuatu perubahan itu berlaku terutamanya pada masa depan. Asas yang pertama ialah: masa depan adalah satu fenomena yang berubah berbanding dengan masa kini. Kedua, manusia mencipta sesuatu pada masa sekarang dan masa depan dengan apa yang dirancang, perancangan masa depan diatur berdasarkan nilai-nilai dan kepercayaan serta masa depan bermula dari masa kini. Sejarah mengajar dan membuktikan kepada kita bahawa kemajuan sesuatu bangsa bergantung kepada sejauh mana dan sebanyak mana sesuatu bangsa itu menguasai ilmu pengetahuan dan sebaliknya bukan terletak kepada sebanyak mana sesuatu
Transcript
Page 1: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 5

JANGKAAN MASA DEPAN TERHADAP APLIKASITEKNOLOGIDALAM KANDUNGAN KURIKULUM DAN PENILAIAN

SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN DELPHI

Saedah SirajFaridah Abdullah

UniversitiMalaya

Abstract

The purpose of this study was to obtain experts'consensus on technologicalapplication for the future in curriculum contents and evaluation atsecondary school level. Eleven experts involved in ICT and educationaltechnology were chosen as respondents. The Delphi Technique was usedfor this study. The study revealed that 27 technological tools are forecastedto be developed in 15 years to come and 29 items associated with theeffects on technology application in curriculum content have reachedexperts' consensus. All items that represent future forecast of technologicalapplication at secondary school evaluation have reached experts 'consensus.The findings of this study also indicated technological development has asignificant impact on curriculum content and evaluation thus increasingthe necessity for curriculum designers in planning for future changes.

PENDAHULUAN

K.ajian mengenai masa aepan meiiDatKan satu jangka masa yarig panjarig urituk menelitlpilihan ke atas masa depan serta mengenai pasti event (proses atau tindakan yang adakepentingannya yang berlaku) yang paling besar kemungkinannya akan berlaku untukmembantu para pembuat dasar membuat keputusan. Menurut Amara dan Salancik (1971-1972), kajian masa depan adalah sebarang aktiviti yang menambah kefahaman mengenaihasilan-hasilan pada masa depan akibat daripada perkembangan dan juga pemilihan-pemilihan masa kini. Matlamat utama kajian masa depan adalah member! gambarankemungkinan dan juga pilihan tentang masa depan untuk membantu pembuat dasarmembuat perancangan ke atas masa depan yang diingini (Ayers, 1969; Klopfenstein,1985).

Menurut Saedah Siraj (2001a) terdapat beberapa asas untuk membolehkan sesuatuperubahan itu berlaku terutamanya pada masa depan. Asas yang pertama ialah: masadepan adalah satu fenomena yang berubah berbanding dengan masa kini. Kedua, manusiamencipta sesuatu pada masa sekarang dan masa depan dengan apa yang dirancang,perancangan masa depan diatur berdasarkan nilai-nilai dan kepercayaan serta masa depanbermula dari masa kini.

Sejarah mengajar dan membuktikan kepada kita bahawa kemajuan sesuatu bangsabergantung kepada sejauh mana dan sebanyak mana sesuatu bangsa itu menguasaiilmu pengetahuan dan sebaliknya bukan terletak kepada sebanyak mana sesuatu

Page 2: Kajian Teknologi Masa Depan

6 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

bangsa itu memiliki kekayaan harta. Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya tertumpukepada pengetahuan mengenai masa kini tetapi yang lebih utama adalah penerokaanilmu mengenai masa depan (Gates, Myhrvold & Rinearson, 1995). Ini terbukti sejakterhasilnya buku The Time Machine pada 1895 dimana karya ini telah membolehkanmasyarakat Barat mengorak langkah ke hadapan dengan mengatur perancangan danmencipta pelbagai kemajuan dalam bidang teknologi serta membuat penemuan baru yangakhirnya membolehkan Barat menjadi perintis kepada kemajuan peradaban manusia dizaman moden (Ohmae, 1990),

Kepesatan perkembangan teknologi terkini telah menimbulkan ketidakpastian. Olehyang demikian, tidak hairanlah mengapa muncul beberapa persoalan mengenai perananteknologi dalam pendidikan pada masa kini. Apakah sumbangan teknologi terhadappendidikan? Setakat manakah harapan-harapan berkaitan dengan teknologi dapat dipenuhidan dalam aspek manakah teknologi tersebut menjadi sangat berguna? Akhimya, apakahlagi teknologi yang akan muncul dan mungkinkah teknologi tersebut akan menjadi lebihpenting dalam pendidikan pada masa depan? Semua persoalan tersebut hanya mampudijawab melalui kajian mengenai jangkaan masa depan.

Oleh kerana itu kajian yang menggunakan Teknik Delphi untuk mendapatkanpandangan pakar mengenai jangkaan masa depan aplikasi teknologi dalam kandungankurikulum dan penilaian di sekolah menengah wajar dilakukan untuk memberi gambarantentang senario teknologi pendidikan pada masa depan - tidak kira di mana sahaja didunia ini, termasuk Malaysia.

Bagi tujuan artikel ini fokus diberikan kepada perbincangan mengenai keputusankajian jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulumdan penilaian sekolah menengah. Cadangan-cadangan juga diberikan untuk memperbaikipelaksanaan penggunaan teknologi dalam pendidikan masa depan.

TUJUAN KAJIAN.

Secara umumnya kajian ini bertujuan mendapatkan persetujuan pakar mengenai jangkaanmasa depan aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum dan penilaian sekolahmenengah.

Soalan Kajian

Soalan-soalan kajian berikut akan dijawab dalam kajian yang telah dijalankan:

1) Apakah jangkaan masa depan terhadap peralatan teknologi yang akan digunakan di

sekolah menengah?

2) Apakah kesan yang dijangkakan terhadap kandungan kurikulum sekolah menengah?

3) Apakah kesan yang dijangkakan terhadap penilaian sekolah menengah?

Page 3: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 7

Model Kajian Masa DepanModel kajian masa depan yang diperkenalkan oleh Slaughter (1996) akan digunakansebagai teori asas bagi kajian ini. Slaughter telah memperkenalkan Model of The Core ofFutures Studies (lihat Rajah 1) sebagai teras kajian masa depan.

Rajah 1. Model of The Core of Futures Studies

Sumber: Riefaard A, Steughter(1996, November), The knowledge base of futures

studies as an evolving process. Futures, Vol. 28(9), 802. Dimuat turun pada Ogos15,2005, daripada http://www.scieTicedirect.coni/science? obaMImg&iitiagekfty=

B6V6S3VWC5SR2& cdi=5805& user=3464Q26& orig=search&coverDate=11%

2F30%2F 1996& sk=Q99719990&view=c&wchp=dGLhVzz-zSkWA&md5=ff 70

d3ca2fb4ba2110c9a1 d61 ef32a00&ie=/sdarticle.pdf

Menurut Slaughter, walaupun masa depan tidak boleh diramalkan dengan tepat, banyakperkara yang mempunyai kesinambungannya seperti trend-trend utama; banyak perkaraakan berubah seperti peristiwa-peristiwa penting, proses-proses, malah ada yang terhentilangsung; gambaran mengenai pilihan pada masa depan boleh dibina seperti senario- masa depan; dan pilihan-pilihan yang dibuat boleh diperiksa seperti strategi-strategi- masa depan.

Salah satu cara untuk melihat ke masa depan ialah dengan meneroka beberapaelemen yang antaranya mengandungi elemen asas atau pengetahuan sebagaimana terteradalam Rajah 1. Perdebatan mengenai perkara ini akan membawa kepada pendefinisianyang luas mengenai cara melihat ke masa depan. Slaughter (1996) berpendapat denganmengkaji elemen-elemen utama dalam Rajah 1 membolehkan generasi hari ini membuatpersediaan untuk kehidupan pada masa depan. Ini kerana elemen-elemen utama yangdigariskan itulah yang akan membawa kita melihat ke masa depan.

Page 4: Kajian Teknologi Masa Depan

8 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan Teknik Delphi. Menurut Linstone dan Turoff (1975), TeknikDelphi adalah satu ciri kaedah yang menstrukturkan proses komunikasi berkumpulanmenjadi lebih berkesan antara kumpulan individu atau keseluruhannya sewaktumenyelesaikan masalah-masalah yang kompleks.

Panel pakar diminta untuk mengenal pasti, menjelaskan, memurnikan dan akhimyamencapai konsensus terhadap isu-isu tertentu melalui beberapa siri pusingan soal selidik.Kelebihan teknik ini ialah panel pakar tidak perlu bertemu atau bersemuka. Oleh itu,seorang pakar boleh menyatakan pandangannya tanpa dipengaruhi oleh pakar lain(Czinkota & Ronkainen, 1997; McGill, 1998; Robbins, 1996; Stewart et al., 1999). Pakaryang telah dipilih adalah dirahsiakan daripada pengetahuan pakar lain.

Panel Pakar

Bagi tujuan kajian ini, individu yang dikenal pasti sebagai pakar adalah memiliki kriteria-kriteria berikut:

1) Individu yang mempunyai latihan, pengetahuan dan pengalaman sama ada dalambidang ICT atau teknologi pendidikan;

2) Golongan profesional yang memiliki pengalaman bekerja sebagai guru ataupegawai teknologi pendidikan di sekolah atau jabatan masing-masing;

3) Individu yang sanggup untuk mengambil bahagian dalam ketiga-tiga pusinganTeknik Delphi.

Oleh itu, seramai 11 pakar telah dikenal pasti dan dilantik menjadi panel pakar. Merekaterdiri daripada 5 guru, 2 jurutera Jaring (network), seorang penolong pengarah PusatSumber Pendidikan Negeri, seorang pegawai Lembaga Peperiksaan, seorang pegawaiPusat Perkembangan Kurikulum Malaysia, dan seorang pegawai Bahagian TeknologiPendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prosedur Pengumpulan Data

Pengumpulan data dilakukan bagi ketiga-tiga pusingan Teknik Delphi dan huraian bagisetiap pusingan adalah seperti berikut:

Pusingan 1

Responden telah ditemubual untuk mendapatkan maklumat tentang teknologi yangdikenal pasti akan digunakan pada masa depan. Dapatan daripada temubual pusingan inidijadikan asas membentuk soal selidik yang akan digunakan dalam pusingan seterusnya.Pusingan 2

Skala Likert digunakan untuk menentukan jangkaan masa kemunculannya dan juga bagi

Page 5: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 9

mendapatkan persetujuan bilakah peralatan tersebut akan digunakan di sekolah. Jangkamasa kemunculannya ialah: a) 2006 -2010; b) 2011-2015; c) 2016-2020; dan d) selepas2020. Bagi tujuan analisis data maka nilai-nilai berikut diwakili oleh: 2006-2010 = 4;2011-2015 = 3; 2016-2020 = 2; dan Selepas 2020 = 1. Jika mereka beranggapan bahawateknologi tersebut tidak akan muncul maka mereka memilih kategori d) selepas 2020.

Pusingan 3

Soal selidik bagi pusingan ketiga sama dengan pusingan kedua. Median dan julat antarakuartil disertakan bagi menunjukkan taburan pandangan pakar bagi setiap item. Dalamlangkah ini setiap pakar diberi peluang untuk mempertimbangkan semula jawapan dalampusingan sebelumnya. Jawapan pakar bagi pusingan ini meliputi salah satu daripadakemungkinan berikut:

1) Tetap dengan jawapan sebelumnya jika jawapan dalam pusingan sebelumnyaberada di dalam julat antara kuartil.

2) Pakar mungkin mengubah jawapan asal jika jawapan sebelumnya berada di luarjulat antara kuartil.

3) Pakar tetap dengan jawapan di luar julat antara kuartil dengan menyertakan sebabjawapan tersebut dikekalkan.

Tujuan pusingan ini adalah untuk merapatkan jurang perbezaan pandangan di kalanganpakar dan secara tidak langsung bertujuan untuk mencapai konsensus.

Prosedur Analisis DataData daripada temubual dalam pusingan pertama telah dianalisis secara Tematik iaitumembuat analisis mengikut tema-tema yang tertentu. Bagi kajian ini, tiga tema telahdikenal pasti iaitu:

• Peralatan teknologi• Kesan terhadap kandungan kurikulum• Kesan terhadap penilaian

Apabila soal selidik daripada pusingan kedua dan ketiga dikembalikan, data telahdianalisis berdasarkan kekerapan, median, dan julat antara kuartil. Jangkaan terhadapaplikasi teknologi telah dianalisis untuk melihat jangkaan tahun kemunculan ataupuntahap persetujuan pakar berdasarkan skor median berikut:

a) Skor median bagi jangkaan tahun:2006-2010 = 3.5-4 2011-2015=2.5-3.49 2016-2020 = 1.5-.49Selepas 2020 = 1.00-1.49

Page 6: Kajian Teknologi Masa Depan

10 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

b) Skor median bagi persetujuan terhadap kesan:Sangat setuju = 3.5-4Setuju tahap sederhana = 2.5-3.49Tidak Setuju =1.00-2.49

Jika sesuatu item mempunyai median yang tinggi iaitu di antara 3.5 hingga 4,bermakna majoriti pakar sangat setuju dengan item tersebut. Majoriti pakar setuju tahapsederhana jika mediannya di antara 2.5 hingga 3.49 dan jika mediannya berada di antara1.00 hingga 2.49 bermakna majoriti pakar tidak bersetuju dengan item tersebut.

Konsensus ItemPengiraan julat antara kuartil digunakan untuk menentukan perhubungan setiap itemdengan setiap pakar bagi membolehkan interpretasi terhadap konsensus bagi setiap itemdilakukan. Tahap konsensus ditentukan berdasarkan skor julat antara kuartil adalah sepertiberikut:

Konsensus tinggi = Julat antara kuartil di antara 0 hingga 1Konsensus sederhana = Julat antara kuartil 1.01 hingga 1.99Tiada konsensus = Julat antara kuartil 2.0 dan ke atas

Analisis DataDapatan daripada setiap pusingan akan dianalisis sebagai usaha untuk mencapai konsensusdi kalangan pakar. Oleh itu, data akan dianalisis menggunakan Ukuran-Kecenderungan-Berpusat (UKB) iaitu median dan julat antara kuartil.

Pusingan 1Analisa pusingan pertama mendapati 28 peralatan teknologi yang telah dikenal pasti diMalaysia oleh panel pakar dijangka akan digunakan pada masa akan datang di sekolah-sekolah di negara ini. Peralatan-peralatan teknologi tersebut dibahagikan pula kepada3 kategori iaitu 11 peralatan hardware, 12 software dan 5 peralatan dalam ketegoriinfrastruktur. Sementara itu, panel pakar juga telah mengenal pasti 31 item berkaitanjangkaan kesan pada masa depan terhadap kandungan kurikulum. Daripada jumlahtersebut, 13 item dikategorikan sebagai ilmu; 8 item dikategorikan sebagai bidangkemahiran; dan 10 item dikenal pasti sebagai item-item yang mewakili sikap. Sementara25 penyataan yang telah dikenal pasti sebagai jangkaan kesan terhadap penilaian sekolahmenengah. Dapatan daripada pusingan pertama telah disusun dalam Skala Likert 4 poinberdasarkan jangkaan tahun dan juga persetujuan pakar.

Pusingan 2Setiap pakar diminta menjawab soal selidik yang telah disusun mengikut Skala Likert 1hingga 4 bagi jangkaan tahun iaitu:

4 = 2006-20103 = 2011-2015

Page 7: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 11

2 = 2016-20201 = Selepas 2020

Sementara bagi jangkaan kesan juga menggunakan Skala Likert 4 poin iaitu:

4 = Sangat setuju3 =Setuju2 = Tidak setuju1 = Sangat tidak setuju

Dalam pusingan kedua, data dianalisis dengan menggunakan UKB iaitu median danjuga jarak antara kuartil. Berdasarkan median bagi setiap item, penyataan-penyataantersebut telah disusun mengikut urutan tahun kemunculan atau tahap persetujuan.

Pusingan 3Soal selidik yang dihantar kepada panel pakar dalam pusingan ini sama dengan pusingankedua. Selepas data dalam pusingan kedua dianalisis, soalan pusingan ketiga dihantarkepada setiap pakar beserta analisis median dan juga julat antara kuartil (IQ) dan jawapanasal mereka. Tajuan pusingan ini ialah bagi mendapatkan konsensus yang paling tinggidaripada pakar. Pada pusingan ini, data dianalisis berdasarkan median dan juga julat antarakuartil. Dapatan daripada analisis dalam pusingan ini akan digunakan untuk menjawabsoalan-soalan kajian.

Jangkaan Peralatan TeknologiJangkaan tahun kemunculan peralatan teknologi bagi hardware terdapat di Jadual 1.

Jadual 1 menunjukkan median bagi item no. 1, 5, 6, 9 dan 10 ialah 4 iaitu semua jenisperalatan teknologi tersebut dijangka akan muncul pada tahun 2006-2010. SementaraPC Tablet, PDA, Smartphone, laser projektor, dan televisyen-interaktif pula dijangkaakan digunakan dalam tahun 2011-2015 dengan mempunyai skor median 3. Manakalaperalatan teknologi yang paling lambat dijangka akan digunakan di sekolah ialah smartcomputer iaitu sekitar tahun 2016 hingga 2020.

Page 8: Kajian Teknologi Masa Depan

12 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 1Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Hardware

*No..item

Peralatan Teknologi Kedudukan MedianJangkaan

TahunJulat antarakuartil (IQ)

1 Desktop berskrin Flat 7 4 2006-2010 0

5 Web Cam (Kamera Web) 7 4 2006-2010 .5

6 Kamera Digital 7 4 2006-2010 0

9 Thumb-Drive 7 4 2006-2010 0

10 CD-Writer 7 4 2006-2010 0

2 PC Tablet 19.5 3 2011-2015 1

3 PDA(Personal Digital

Assistant)

19.5 3 2011-2015 .5

4 Smartphone 19.5 3 2011-2015 1

7 Laser Projector 19.5 3 2011-2015 2

8 Televisyen-interaktif 19.5 3 2011-2015 1

11 Smart Computer 27 2 2016-2020 1.5

Note. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual tersebut juga menunjukkan desktop berskrin flat, kamera digital dan thumb-drivetelah disepakati oleh pakar dengan konsensus paling tinggi iaitu 0 yang menunjukkantiada perbezaan pandangan di kalangan pakar. Manakala laser projector tidak mencapaikonsensus atau kesepakatan pakar kerana julat antara kuartilnya ialah 2. Jangkaan masadepan peralatan teknologi bagi software terdapat dalam Jadual 2.

Page 9: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 13

Jadual 2

Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Software

*No.item

Peralatan Teknologi Kedudukan Median JangkaanTahun

JulatAntaraKuartil (IQ)

16 Database Software 7 4 2006-2010 .5

17 Acrobat Reader 7 4 2006-2010 0

18 KalkulatorCGPA 7 4 2006-2010 1

19 3D Software 7 4 2006-2010 1

20 Kamus Digital 7 4 2006-2010 1

21 Ensiklopedia Digital 7 4 2006-2010 1

22 Short Mesage System 7 4 2006-2010 1

23 Video Editing Software 19.5 3 2011-2015 0

13 Interactive whiteboard 27 2 2016-2020 1.5

14 Voice Recognition 27 2 2016-2020 0

Nota. =* nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 2 menunjukkan item 16,17,18,19,20,21 dan 22 mencatat median 4.0 iaitu pada

kedudukan yang paling tinggi dan ini bermakna peralatan teknologi tersebut dijangka

akan muncul di sekolah dalam tempoh 2006-2010. Sementara itu interactive whiteboarddan voice recognition merupakan software yang dijangka paling lambat kemunculannyaiaitu di antara 2016 hingga 2020. Kesemua item tersebut mencapai konsensus yang tinggidengan julat antara kuartilnya berada di antara 0 hingga 1 kecuali item 13 yang mencatatkonsensus yang sederhana dengan julat antara kuartilnya l.S. Bagaimana pun, AcrobatReader, video editing software dan voice recognition pula mencapai persetujuan sebulatsuara apabila tiada perbezaan julat antara kuartilnya. Pada keseluruhannya, semua itemberjaya mencapai konsensus dengan 3 item mendapat persetujuan semua pakar. Datamengenai jangkaan tahun kemunculan teknologi bagi aspek infrastruktur terdapat padaJadual 3.

Jadual 3

Jangkaan Tahun Kemunculan Peralatan Teknologi: Infrastruktur

*No.item

Peralatan Teknologi Kedudukan MedianJangkaan

TahunJulat AntaraKuartil (IQ)

24 Gentian optik 7 4 2006-2010 028 Bluetooth 7 4 2006-2010 .5

26 Wi-Fi 7 4 2006-2010 1

27 Microwave 7 4 2006-2010 1

25 WiMax 19.5 3 2011-2015 1

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Page 10: Kajian Teknologi Masa Depan

14 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 3 menunjukkan median dan julat antara kuartil bagi 5 item yang mewakiliinfrastruktur. Semua peralatan tersebut mempunyai median 4 kecuali item 25 yangmediannya 3. Ini menunjukkan bahawa gentian optik, Bluetooth, Wi-Fi, dan Microwavedijangka akan muncul di antara 1 hingga 5 tahun lagi. Hanya Wi-Max yang dijangka akansampai ke sekolah sekitar tahun 2011 hingga 2015.

Sementara itu semua pakar bersetuju bahawa infrastruktur gentian optik akandiaplikasikan pada tahun 2006-2010 memandangkan tiada perbezaan pandangandicatatkan. Jadual tersebut juga menunjukkan bahawa semua item berada pada julat antarakuartil yang rendah iaitu 0 hingga 1.0. Ini menunjukkan semua item tersebut mencapaikonsensus pada tahap yang tinggi.

Jadual 4 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan terhadap

Peralatan Teknologi yang telah dibincangkan sebelum ini.

Jadual 4Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Peralatan Teknologi

No. Item Kedudukan Median Kuartil 1<Q.) '

Kuartil 3(Q3)

* Julat Antara Kuartil

(IQ)

1 6.5 4 3 4 1

2 18.5 3 2 4 2

3 18.5 3 2.5 3 .5

4 26.5 2 1 3.5 2.55 6.5 4 3 4 1

6 6.5 4 4 4 0

7 18.5 3 2 3.5 1,5

8 18.5 3 2 4 2

9 6.5 4 4 4 0

10 6.5 4 4 4 0

11 26.5 2 1 2 1

12 18.5 3 2 3.5 1.5

13 26.5 2 1 3.5 2.5

14 26.5 2 2 2 0

15 18.5 3 2 3 1

16 6.5 4 3 4 1

17 6.5 4 4 4 0

18 6.5 4 3 4 1

19 6.5 4 3 4 1

20 6.5 4 3 4 1

21 6.5 4 3 4 1

22 18.5 3 3 4 1

23 18.5 3 2 3 1

24 18.5 3 2.5 3.5 1

25 18.5 3 1.5 4 2.5

26 18.5 3 3 4 1

27 18.5 3 2 3.5 1.5

28 6.5 4 3 4 1

Nota. *IQ= Q3- Q1

Page 11: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 15

Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum

Elemen yang terkandung dalam kandungan kurikulum dibahagikan kepada tigaiaitu ilmu, kemahiran, dan nilai.

Jadual 5Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Ilmu

No.item Item Kedudukan Median MatAntaraKuartil (IQ)

1 Sukatan pelajaran lebih menarik dan dinamik 6.5 4 0

2 Kurikulum baru tentang teknologi diperlukan 6.5 4 1

4 Kandungan kurikulum memberi tumpuanterhadap ilmu sains dan teknologi

6.5 4 1

6 Ilmu diperolehi dari seluruh dunia 6.5 4 0

7 Ilmu disampaikan secara dalam talian 6.5 4 .5

8 Pemikiran kritis pelajar semakin meningkat 6.5 4 1

9 Perkongsian ilmu di kalangan pelajar di seluruhdunia melalui tugasan

6.5 4 1

10 Ilmu berkembang dengan pesat 6.5 4 1

3 Pemahaman pelajar terhadap sesuatu konsepyang abstrak akan meningkat

20.5 3 1

5 Bidang sastera dan kemanusiaan diabaikan 20.5 3 1

11 Pengetahuan diragui kesahan dan kebenarannya 20.5 3 1

12 Ilmu disampaikan dengan menggunakan bahasaInggeris

20.5 3 0

13 Pemindahan ilmu berlaku dengan cepat 20.5 3 .5

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Semua item dalam Jadual 5 telah mendapat persetujuan pakar dengan konsensus yangtinggi diperolehi untuk item 1, 6 dan 12 yang mencatat konsensus tertinggi iaitu 0. Datatersebut dengan jelas menunjukkan panel pakar bersetuju dengan sebulat suara bahawakesan aplikasi teknologi akan menjadikan sukatan pelajaran lebih menarik dan dinamik;ilmu diperoleh dari seluruh dunia dan bahasa Inggeris akan digunakan sebagai mediumpenyampaian ilmu.

Jangkaan masa depan terhadap aplikasi teknologi dalam kandungan kurikulum bagiaspek kemahiran terdapat pada Jadual 6.

Page 12: Kajian Teknologi Masa Depan

16 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 6

Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Kemahiran

*No.item

Item Kedudukan Median Julat AntaraKuartil (1Q)

15 Para pelajar memiliki kemahiran mencari 6.5 4 .5maklumat

19 Kemahiran bersesuaian dengan kehendak 6.5 4 .5pasaran kerja

17 Pelajar memiliki kemahiran mengurus 20.5 3 ,5pembelajaran

18 Memiliki kemahiran menyelesaikan masalah 20.5 3 1

20 Memiliki kemahiran mengendalikan peralatan 20.5 3 1

teknologi

21 Memiliki kemahiran berflkir secara kritis dan 20.5 3 1kreatif

16 Kurang kemahiran komunikasi sosial 30.0 2 1

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 6 menunjukkan median bagi item 15 dan 19 ialah 4 iaitu pada tahap Sangat Setujumanakala julat antara kuartilnya ialah .5. Panel pakar bersetuju dengan item 17, 18, 20dan 21 dengan skor median 3.0 sementara julat antara kuartilnya di antara .5 hingga 1. Inimenunjukkan bahawa semua item tersebut dipersetujui oleh pakar pada tahap konsensusyang tinggi. Bagaimana pun, panel pakar tidak bersetuju dengan item 16 yang mediannyaialah 2 dan skor julat antara kuartilnya ialah 1.0. Ini menunjukkan kesepakatan yang telahdicapai di kalangan pakar menunjukkan bahawa mereka menolak aplikasi teknologi akanmenyebabkan kurang kemahiran komunikasi sosial.

Data bagi jangkaan kesan aplikasi teknologi terhadap kandungan kurikulum bagiaspek nilai terdapat pada Jadual 7.

Page 13: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 17

Jadual 7

Jangkaan Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Kandungan Kurikulum: Nilai

*No. Item „ , , , ,„ .. JulatAntara. Kedudukan Median „ ., __.Item Kuartil (IQ)

25 Meningkatkan motivasi pelajar

31 Menjad&ajipdaJMberdikari

22 Pelajar lebih berminat terhadap pelajaran

23 Peningkatan dalam kehadiran pelajar

24 Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

26 Nilai agama dan moral semakin terhakis

28 Mengambil bahagian dalam perbincangansecara aktif

29 Pelajar memiliki sikap sabar

30 Memupuk sikap kerjasama di kalangan pelajar

27 Budaya dan jati diri terabai

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 7 menunjukkan pakar menolak kenyataan bahawa aplikasi teknologi akanmenyebabkan budaya dan jati diri akan terhakis pada tahap konsensus yang tinggi, Jadualtersebut juga menunjukkan itemv26 dan 30 mencatat skor julat antara kuartilnya 2 iaitutiada kesepakatan di kalangan pakar. Ini menunjukkan wujud perbezaan pandangan yangketara di kalangan pakar berhubung kesan yang dijangkakan bagi kedua-dua item tersebut.Keseluruhannya, data menunjukkan satu item tidak dipersetujui oleh pakar sementara duaitemIagifidaKmencapaikonsensus di kalangan pakar.

6.5 4 16.5 4 1

20.5 3 1

20.5 3 1.5

20.5 3 1

20.5 3 2

20.5 3 1

20.5 3 .5

20.5 3 2

30 2 1

Page 14: Kajian Teknologi Masa Depan

18 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 8 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan Kesan terhadapKandungan Kurikulum yang telah dibincangkan sebelum ini.

Jadual 8Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Kesan Terhadap KandunganKurikulum

No. Item Kedudukan Median Kuartil 1(Q.)

Kuartil 3<Q,>

* Julat AntaraKuartil (IQ)

1 18 3 3 4 1

2 5.5 4 3.5 4 .5

3 18 3 2.5 4 1.5

4 5,5 4 3 4 1

5 18 3 2 3 1

6 5,5 4 4 4 0

7 5.5 4 3.5 4 .5

8 5.5 4 3 4 1

9 18 3 2.5 4 1.5

10 5.5 4 3 4 1

11 28.5 2 2 3 1

12 18 3 2.5 3 .5

13 18 3 3 3.5 .5

14 18 3 1.5 3 1.5

15 5.5 4 3 4 1

16 28.5 2 1 3 2

17 18 3 3 3.5 .5

18 18 3 2 4 2

19 5.5 4 3.5 4 •5

20 18 3 3 4 1

21 18 3 2.5 4 1.5

22 5.5 4 3 3 0

23 18 3 3 4 1

Page 15: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 19

24 28.5 2 2 3 1

25 18 3 3 4 1

26 28.5 2 1.5 4 2.5

27 28.5 2 1 2 1

28 18 3 3 4 1

29 18 3 3 3.5 .5

30 28.5 2 1.5 4 2.5

31 5.5 4 3 4 1

Nota. *IQ=a- Q,

Kesan terhadap Penilaian Sekolah MenengahAnalisis kesan yang dijangkakan terhadap penilaian sekolah menengah terdapat dalamJadual 9.

Jadual 9Kesan Aplikasi Teknologi Terhadap Penilaian Sekolah Menengah: Pelaksanaan

*No. Julat antara kuartilItem Kedudukan Median

item (IQ)

3 Guru raendapat maklumat dengan segera 7 4 0

4 Penyemakan dilakukan melalui sistem 7 4 1

5 Masa peperiksaan lebih fleksibel 7 4 0

6 Peperiksaan boleh dilakukan di mana- 7 4 1.5mana sahaja

10 Soalan dapat diedarkan dengan cepat 7 4 1kepada setiap pelajar

1 Penilaian dilakukan dalam talian 19 3 1.5

2 Ditadbirkan di sekolah 19 3 1

7 Mengurangkan beban kerja guru 19 3 1

8 Penjimatan kos dan masa 19 3 1

11 Kemungkinan berlaku kesilapan adalahkecil

19 3 1

9 Lebih banyak masa dapat ditumpukan olehguru kepada akademik

20 2 1

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan peitama.

Page 16: Kajian Teknologi Masa Depan

20 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Keseluruhannya, jangkaan kesan aplikasi teknologi terhadap penilaian bagi aspekpelaksanaan menunjukkan semua item mencapai konsensus dengan dua item iaitu item3 dan S mendapat kesepakatan sebulat suara sementara satu item tidak dipersetujuioleh pakar iaitu item 9. Keseluruhan item mendapat persetujuan pakar dengan item 3dan 5 mendapat julat antara kuartil yang paling rendah iaitu 0 yang menunjukkan tiadaperbezaan pandangan pakar. Dapatan kajian ini menunjukkan semua pakar Sangat Setujudengan kesan yang dijangkakan iaitu guru mendapat maklumat dengan segera dan masapeperiksaan lebih fleksibel. Jangkaan kesan terhadap penilaian sekolah menengah bagiaspek format terdapat dalam Jadual 10.

Jadual10Kesan Terhadap Penilaian Sekolah Menengah: Format_____________________________________________________________________

*No. Julat antaraItem Kedudukan Median

item Kuartil

15 lugasan berbentuk penyehdiKan 7 4 .516 Bentuk pentaksiran yang lebih fleksibel 7 4 1

19 Pentaksiran yang lebih adil kepada setiap 7 4 ,5

pelajar

12 Penilaian berbentuk rujukan kriteria 19 3 0

14 Membantu tingkatkan prestasi pelajar 19 3 1

15 Pentaksiran memerlukan penglibatan pelajar 19 3 1

secara aktif

17 Pentaksiran aspek afektif diabaikan 19 3 1

18 Pelajar yang tidak menguasai kemahiran 19 3 1

asas akan tercicir

20 Pentaksiran berbentuk penguasaan kendiri 19 3 .5

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 10 menunjukkan semua item mencatat konsensus yang tinggi iaitu 0 hingga 1.Data juga menunjukkan tidak wujud perbezaan pandangan di kalangan pakar bagi item12 dan ini menunjukkan semua pakar bersetuju bahawa penilaian berbentuk rujukankriteria dijangka akan dilaksanakan pada masa depan. Data menunjukkan jangkaan kesanterhadap penilaian sekolah menengah bagi aspek pelaporan terdapat dalam Jadual 11.

Page 17: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 21

Jadual 11Kesan Aplikasi Teknologi terhadap Penilaian: Pelaporan

*No JulatAntaraitem Item Kedudukan Median Kuartil(IQ)

24 Guru mendapat maklumat dengan segera 7 4 0

25 Pemantauan prestasi pelajar lebih mudah 7 4 1

21 Rekod pencapaian pelajar disimpan dan 7 4 .5boleh dicapai pada bila-bila masa

22 Ibu bapa dapat memantau perkembangan 7 4 .5prestasi pelajar

23 Keputusan dapat diketahui dalam masa 7 4 0yang singkat

Nota. * = nombor berdasarkan hasilan Delphi pusingan pertama.

Jadual 11 menunjukkan semua item bagi aspek pelaporan mempunyai skor median 4iaitu majoriti pakar Sangat Setuju dengan kesan-kesan yang dijangkakan itu. Julat antarakuartilnya pula adalah tinggi iaitu di antara 0 hingga 1 yang menunjukkan perbezaanpandangan di antara pakar adalah kecil dan dua item iaitu item 24 dan 23 telah mendapatjulat antara kuartilnya 0. Ini menunjukkan semua pakar telah mencapai kesepakatansecara sebulat suara terhadap item tersebut iaitu Sangat Setuju kesan yang dijangkakanakan berlaku pada masa akan datang. Keseluruhan analisis data menunjukkan semua itemtersebut sangat dipersetujui oleh pakar pada tahap konsensus yang tinggi.

Jadual 12 adalah rumusan analisis data Pusingan Kedua bagi Jangkaan Kesan terhadapPenilaian.

Page 18: Kajian Teknologi Masa Depan

22 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Jadual 12Rumusan Analisis Data Pusingan Kedua: Jangkaan Kesan Terhadap Penilaian

No. Item Kedudukan Median Kuartil 1

(Q.)

Kuartil 3

(Q3)

♦JulatAntara

Kuartil (IQ)

1 24.5 2 2.5 4 1.5

2 16.5 3 3 4 1

3 16.5 3 2 3 1

4 5 4 3 4 1

5 5 4 3 4 1

6 5 4 1.5 4 2.5

7 5 4 2.5 4 1.5

8 16.5 3 2 4 2

9 5 4 3 4 1

10 5 4 2.5 4 1,5

11 5 4 2.5 4 1,5

12 16.5 3 3.5 4 .5

13 16.5 3 3 4 1

14 5 4 3.5 4 .5

15 16,5 3 2 4 2

16 16.5 3 3 4 1

17 16.5 3 3 4 1

18 16.5 3 3 4 1

19 24.5 2 2 3 1

20 16.5 3 2 3 1

21 16.5 3 2.5 4 1.5

22 16.5 3 3 4 1

23 16.5 3 3 4 1

24 5 4 3.5 4 .5

25 16.5 3 2 3 1

Nota. =*IQ=Q3- :

RUMUSAN DAPATAN

Berikut adalah rumusan yang dibina berdasarkan dapatan daripada kajian ini iaitu:1) Konsensus mengatakan sebanyak 25 daripada 28 peralatan teknologi yang dijangkakan

akan muncul dalam tempoh 15 tahun akan datang.2) Sebanyak 29 penyataan yang berkaitan jangkaan terhadap kesan aplikasi teknologi

terhadap kandungan kurikulum mencapai persetujuan pakar.3) Semua penyataan yang mewakili jangkaan terhadap kesan aplikasi teknologi dalam

penilaian sekolah menengah mencapai konsensus.

Page 19: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 23

4) Pada keseluruhannya tiga item tidak mendapat konsensus iaitu: a) Satu item yangmewakili peralatan teknologi - laser projector, dan b) dua item yang mewakili kesanaplikasi terhadap kandungan kurikulum iaitu nilai agama dan moral semakin terhakisserta item memupuk sikap bekerjasama di kalangan pelajar. Hasil kajian menunjukkanterdapat peralatan-peralatan teknologi tertentu yang dijangka akan digunakan disekolah dalam tempoh 2006 hingga 2020. Panel pakar dalam kajian ini juga telahmenjangka dan sepakat mengatakan bahawa aplikasi teknologi membawa banyakkesan positif dalam kandungan kurikulum dan juga penilaian.

IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

Dapatan kajian ini menunjukkan peralatan-peralatan teknologi yang dijangkakan akanberada di dalam pasaran sekitar tahun 2006 hingga 2020. Ini menunjukkan peralatanberkenaan akan berada di pasaran pada jangka masa tersebut. Oleh yang demikian,peralatan-peralatan berkenaan akan turut digunakan di sekolah dalam tempoh tersebut.Penulis menyarankan pihak-pihak yang berkaitan seperti Kementerian Pelajaran supayamemberi peruntukan kewangan yang sewajarnya bagi membekalkan sekolah-sekolahdi negara ini dengan peralatan-peralatan yang dimaksudkan secukupnya - supaya dapatdigunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran, Aspek logistik dankepakaran juga amat penting dipertingkatkan di sekolah-sekolah. Oleh yang demikan,struktur pembinaan bangunan sekolah dan bilik darjah haruslah mengambil kira keperluan-keperluan teknologi yang akan digunakan.

Menurut Brumby (1984), antara faktor utama yang menghalang kemajuan dalampenggunaan teknologi adalah kekurangan kemahiran, kewangan dan pengalaman.Kehadiran teknologi baru di sekolah dijangkakan akan memerlukan kepakaran dankemahiran semasa. Penyediaan perkakasan dan perisian tidak akan membawa apa-apa makna tanpa kepakaran. Ini kerana teknologi bukan sahaja meliputi aspek-aspekperkakasan (hardware} dan perisian {suftwun)~iu&litlMui juga aspek cant atan kaedahpenggunaan (useware), Oleh kerana itu, penulis mencadangkankepadaBahagian TeknologiPendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia supaya merancang secara sistematik aspeklatihan bagi menyediakan guru dengan kemahiran dan pengetahuan .teknologi.

Pendedahan, latihan dan sokongan untuk jangka masa yang panjang seharusnyadirancang dan kerap diadakan. Ini bererti program peningkatan profesionalisme keguruanperlu dilakukan secara berterusan. Dalam perkembangan berkaitan, McDougall danSquires (1997) telah mengenal past! lima bidang yang boleh dijadikan fokus dalamperkembangan profesional seseorang guru, iaitu: kemahiran menggunakan perisianaplikasi yang bersesuaian seperti pemerosesan maklumat, sistem operasi, dan perisianInternet access; penyepaduan teknologi maklumat dalam kurikulum yang sedia adameliputi semua disiplin ilmu; perubahan dalam kurikulum yang berkaitan teknologimaklumat; perubahan dalam peranan guru dan juga pelajar; dan pengaplikasian teoripembelajaran dalam persekitaran teknologi maklumat.

Mills dan Tincher (2003) menyatakan kepakaran mengintegrasikan teknologi olehguru tidak akan tercapai melalui penawaran satu dua kursus dalam program latihankeguruan. Bersesuaian dengan pandangan berkenaan, dewasa ini Kementerian PelajaranMalaysia hams menubuhkan institusi latihan pendidikan khas bagi menyediakan guru-guru dengan kepakaran dan kemahiran yang khusus berkaitan teknologi. Selain itu,

Page 20: Kajian Teknologi Masa Depan

24 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

kurikulum pendidikan guru harus dikemaskini supaya sesuai dengan keperluan semasa,Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa pada masa depan, ilmu akan

disampaikan dalam bahasa Inggeris dan ilmu juga akan dapat diperolehi dari seluruhdunia. Dijangkakan pada masa depan guru dan pelajar akan berhadapan dengan masalahbahasa serta memilih bahan kurikulum yang sesuai dalam mengintegrasikan teknologidalam kelas. Justeru itu, penulis mengesyorkan kepada pihak Kementerian PelajaranMalaysia supaya dengan seberapa segera membina lebih banyak perisian dan tapak webyang bersesuaian dengan kurikulum pendidikan negara. Selain itu, adalah dicadangkanKementerian Pelajaran mengadakan kerjasama dengan Institut Terjemahan Negara. untukmembina satu perisian terjemahan dalam web.

Perkembangan pesat ilmu pengetahuan akan memungkinkan berlaku kebanjiranmaklumat. Satu kurikulum baru yang memperkenalkan kemahiran asas teknologi sepertimencari, memproses dan menapis maklumat perlu diperkenalkan di peringkat sekolahrendah. Drucker (1989) mengatakan definisi celik huruf dalam bidang pendidikan yangdifahami sekarang ini adalah tidak sesuai lagi. Bertepatan dengan pandangan berkenaan,matlamat kurikulum dari peringkat rendah seharusnya memberi keutamaan kepada aspekpeningkatan kemahiran belajar (learning how to learn).

Hasil kajian ini menunjukkan dijangka perkembangan pesat akan berlaku dalamkandungan kurikulum. Oleh yang demikian adalah dicadangkan supaya kurikulumsekolah rendah dan menengah sekarang ini dikaji semula dari semasa ke semasa. Dalamhal ini Fatimah Hamid Don (1992) menyatakan antara sebab kurikulum perlu diubahsuaidan diperbaharui adalah faktor teknologi tinggi. Sementara Hass (1987) pula menekankanbahawa kepentingan teknologi dan pembangunan sumber manusia merupakan dua cabarandalam peniiaian semula dan pengubahsuaian kurikulum. Oleh itu, adalah dicadangkanpihak Kementerian Pelajaran supaya menentukan setiap guru akan diberi peluang ataukemudahan untuk mengguna atau mengakses komputer pada bila-bila masa.

Kesan aplikasi teknologi terhadap peniiaian turut membolehkan ibu bapa memantauprestasi pencapaian anak-anak mereka di rumah. Adalah dijangkakan pada masa depankemahiran asas teknologi juga diperlukan oleh ibu bapa atau penjaga. Bagi memungkinkanperkara berkenaan akan benar-benar berlaku, penulis mencadangkan kepada pihak PIBG(Persatuan Ibu Bapa dan Guru) supaya menganjurkan kursus kemahiran asas komputeruntuk ibu bapa di hujung minggu atau pada masa-masa lain yang sesuai.

Penulis juga ingin menyarankan Lembaga Peperiksaan Malaysia supaya tidak lagiterlalu memberi fokus terhadap pentaksiran konvensional yang bersifat objektif yang jugatidak mampu menilai kemahiran serta kecekapan sebenar pelajar. Satu standard pentaksiranbaru diperlukan; bentuk peniiaian baru berkenaan akan dapat dijadikan benchmark olehsekolah-sekolah yang membentuk bahan pentaksiran mereka sendiri. Memandangkanpeniiaian pada masa depan dijangka akan berlaku dalam talian, Rangkaian KomputerNasional untuk Peniiaian Pendidikan amat diperlukan malah perlu disegerakan pembinaandan pemasangannya pada masa terdekat ini.

Pada masa depan adalah dijangka tumpuan akan diberikan kepada kemahiran-kemahiran yang dapat memenuhi keperluan dunia pekerjaan. PPK seharusnya bersifatterbuka, iaitu bersedia untuk memperoleh malah menerima pandangan pihak luar, untukmenggubal kurikulum nasional yang sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa.Adalah disarankan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia supaya lebih bersedia untuk

Page 21: Kajian Teknologi Masa Depan

Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya 25

mengadakan kerjasama dengan syarikat-syarikat ICT mahupun agensi-agensi swasta

yang lain bagi menyediakan prasarana ICT di sekolah-sekolah serta bahan kurikulum

ICT.

RUJUKAN

Amara, R. C, & Salancik, G. R. (1971-1972). Forecasting: From conjectural arttoward science. Technological Forecasting and Social Change, 3,415-426.

Ayers, R. U. (1969). Technological forecasting and long-range planning. NY:^McGraw-Hill.

Brumby, M. N. (1984). Misconceptions about the concept of natural selection bymedical biology students. Science Education, 68(4), 493-503.

Czinkota, M. R., & Ronkainen, I. A. (1997, Disember). International business and tradein the next decade: Report from a Delphi Study. Journal of International BusinessStudies, 28(4), 827-844. Dimuat turun pada November 5,2005, daripada http://www.palgrave-journals.com/jibs/joumal/v28/n4/index.html

Drucker, P. F. (1989). The new realities: In government and politics, in economics andbusiness, in society and world view. New York: Harper.

Dublin, M. (1989). Future hype: The tyranny of prophecy. New York: Plume.Fatimah Hamid Don (1992). Penyediaan kurikulum bagi mencapai matlamat Wawasan

2020: Peringkat institusi pengajian tinggi. Kertas kerja Seminar KebangsaanPSIMA Ke 3, Persatuan Psikologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Gates, B., Myhrvold, N., & Rinearson, P. (1995). The road ahead. New York: Viking.Gordon, T. J. (1994). Cross-impact method. Washington DC: The United Nations

University., & Hayward, H. (1968, Disember). Initial experiments with the Cross-Impact Matrix Method of forecasting. Futures, 2,100-116.

Hass, G. (1987). Curriculum planning: Anew approach. Boston: Allyn.Klopfenstein, B. C. (1985). Forecasting the market for home video players: A

retrospective analysis (Videodisc player, videocassette recorder, technology RCA,VCR). PhD The Ohio State University. AAT 8510588. Dimuat turun pada Ogos 5,2005, daripada http://wwwlib.umi.com/dissertations/fullcit/ 8510588

Linstone, H. A., & Turoff, M. (Eds.). (1975). The Delphi method: Techniques andapplications. Reading, MA: Addison-Wesley.

McDougall, A., & Squires, D. (1997). A framework for reviewing teacher professionaldevelopment programs in information technology. Journal of InformationTechnology for Teacher Education, 6(2). Dimuat turun pada Januari 15,2005,daripada http://www.triangle.co.uk/jit/content/maincontents.asp

McGill, J. L. (1998). Computer competencies needed by secondary teachers to beproficient using microcomputers in teaching. PhD Kansas State University. Dimuatturun pada Ogos 13,2005, daripada http://wwwlib.umi.com/ dissertations/preview/8819240

Mills, S. C, & Tincher, R. C. (2003). Be the technology: A development model forevaluating technology integration. Journal of Research on Technology in Education,35(3), 382-401.

Page 22: Kajian Teknologi Masa Depan

26 Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Ohmae, K. (1990). The borderless world: Power and strategy in the interlinked economy.New York: Harper.

Robbins, S. P. (1996). Organizational behavior: Concepts, controversies, applications.Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Saedah Siraj (1999). Kurikulum ke arah pembentukan golongan pemuda, perekacipta danprofesional. Jurnal Kurikulum, 1(2), 42-56.

__(2000). Intelek sebagai tumpuan pembinaan kurikulum. Dimuat turun padaNovember 8,2000, daripada http://www.planetklik. com.my

__(Ed.). (2001a). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan. Sg. Buloh,Selangor: Alam Pintar.__(2001b). Pembinaan kurikulum. Dimuat turun pada Mac 2, 2001, daripada

http://www.planetklik.com.my__ (2002a, Julai 16). Pengajian kurikulum masa depan untuk pendidikan

berkualiti. Ucap Utama di UMS Executive Management Workshop, University ofMuhammadiyyah Surakarta, Surakarta, Indonesia.

__(2002b, Jun 17). Curriculum planning for future education. Ucap Utama diSeminar on Curriculum and Instruction, CIS, University of Prince Songkla, PattaniCampus, Thailand.

__(2002c). Polisi dan halatuju dasar kurikulum masa depan. Dim. SufeanHussin (Ed.), Inovasi dasar pendidikan: Amalan perspektif sistem dan inovasi (hh.67-79). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

___ (2003, Mac 27). M-Learning curriculum for the future. Ucap Utama 2. Dim.Proceedings of the International Conference on Mobile Learning (ICML), UniversitiMalaya, Kuala Lumpur.

Slaughter, R. A. (1996, November). The knowledge base of futures studies as anevolving process. Futures, Vol. 28(9), 799-812. Dimuat turun pada Ogos 15,2005, daripada http://www,sciencedirect.com/science?_ob=MImg&_imagekey=B6V653VWC55R2&_cdi=5805&_user=3464026&_orig=search&_coverDate=ll%2F30%2F 1996&_sk=999719990&view=c&wchp=dGLbVzzzSkWA&d= ff7Od3ca2fb4ba2110c9ald61ef32a00&ie=/sdarticle. pdf

____ (1997). Implementing foresight for future generations. Dim R. Slaughter(Ed.), The knowledge base of Futures Studies, Volume 3: Directions and Outlooks.Hawthorn, Victoria, Australia: DDM.

Stewart, J. O'Halloran, C, Harrigan, P., Spencer, J. A., Barton, J. R., & Singleton, S. J.(1999, Mai 24). Identifying appropriate tasks for the preregistration year: ModifiedDelphi Technique. BMJ, 319,224-229. bmj.com. eCME. Dimuat turun pada Mac13, 2005, daripada http://bmj.bmjjournals.com/cgi/content/ abstract/319/7204/224

Toffler, A. (1970). Future shock. New York: Random House.___ (1990). Power shift: Knowledge, wealth, and violence at the edge of the 21st

century. New York: Bantam.


Recommended