+ All Categories
Home > Documents > Kemahiran Asas Renang - PJM 3104

Kemahiran Asas Renang - PJM 3104

Date post: 07-Jul-2015
Category:
Upload: pea-paradiso
View: 3,360 times
Download: 3 times
Share this document with a friend
Popular Tags:

of 36

Transcript

Renang PJM 3104Muhammad Firdaus B Yussof

Pengenalan Renang adalah senaman yang sangat bagus dan memberi banyak kelebihan untuk kesihatan. Senaman adalah kunci untuk mengawal berat badan, jantung yang sihat dan tahap tenaga yang tinggi dan juga diet yang seimbang asas kepada semua individu untuk mendapat kehidupan yang sihat.

Sejarah Renang Lukisan perenang Zaman Batu ditemui di "gua perenang di Sura, Mesir barat daya. 1800 Pertandingan renang di Eropah bermula. 1828 Kolam renang pertama dibuka di Liverpool. 1837 London menjadi bandar pertama memperkenalkan sukan renang. 1896 sukan renang di Sukan Olimpik Musim Panas, Athens. 1908, Persatuan renang dunia pertama, Federation Internationale de Natation dibentuk.

Rakyat Semenanjung Malaya menunjukkan minat dalam aktiviti sukan renang terancang. 1903, kelab renang di tubuhkan, Penang Swimming Club. 1928, Penang Chinese Swimming Club, 1930an European Swimming Club di Ipoh, Taiping. 1931, taraf sukan renang dinaikkan dikelolakan the Malayan Chinese Olympiad. 1955, The Malayan Amateur Swimming Union ditubuhkan, 1956, Malaya buat kali pertama menyertai Sukan Olimpik di Melbourne, Australia.

Sukan yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta latihan yang sistematik. Melibatkan keseluruhan badan- Badan atas dan bawah (melibatkan semua kumpulan otot utama. Kurang risiko kecederaan- tiada tekanan pada tulang dan sendi. Meningkatkan perjalanan darah- rutin latihan dapat mengurangkan serta menghalang tekanan darah tinggi. Mengurangkan stress- aktiviti yang menenangkan kerana ia membolehkan lebih oksigen untuk mengalir ke otot dan meransang pernafasan.

Ukuran Rolam Renang 50m atau 25m (untuk kejohanan dunia). Lebar lane 2.5m dengan dua ruang garisan permulaan dan akhir iaitu 0.2m. Minimum lanes 8. Kedalaman adalah 1.35m, sepanjang 1m6m. Permulaan kolam ada starting block. Jarak dari air 0.5m- 0.75. Line marking lebar 0.25m panjang 46m untuk kolam saiz 50m. Untuk saiz 25m panjang 21m.

Alatan RenangBaju renang

Goggle

Kick board/leg board

Topi renang

Acara dalam Pertandingan Renang Freestyle 50m, 100m, 200m, 400m, 800m (women only) & 1500m (men only)

Backstroke 100m & 200m

Breaststroke 100m & 200m

Butterfly 100m & 200m

Individual medley 200m & 400m

Relay 4x100m free, 4x200m free & 4x100m medley

Keselamatan Belajar renang. Untuk memastikan keselamatan di persekitaran air, dan di dalam air adalah dengan belajar renang. Pastikan tidak berenang berseorangan, digalakkan membawa pasangan renang. Berenang dalam kawasan penyeliaan penyelamat renang [Lifeguard]. Baca dan patuhi semua peraturan dan papan tanda renang.

Kanak-kanak atau perenang tidak berpengalaman wajar mengambil langkahlangkah berjaga-jaga seperti memakai pelampung keselamatan ketika di persekitaran air. Awasi bahaya terlalu terlalu penat, terlalu sejuk, terlalu terdedah kepada matahari, terlalu banyak aktiviti berat. Tetapkan peraturan keselamatan air bagi seluruh ahli keluarga berdasarkan kemampuan renang [contohnya : perenang tidak berpengalaman harus berada hanya pada air paras dada]

Berpengetahuan terhadap persekitaran air di sekeliling anda, juga potensinya kepada bencana, seperti kawasan dalam dan cetek, arus, perubahan kedalaman, halangan, kedudukan laluan masuk dan keluar. Anda akan lebih berjaga-jaga terhadap bencana dan langkah keselamatan sekiranya anda berinformasi. Perhatikan keadaan cuaca dan ramalan cuaca. Berhenti berenang jika terdapat tanda-tanda cuaca buruk. Gunakan tangga ke kolam renang untuk memasuki air.

Prosedur Kecemasan Ketahui bagaimana untuk mencegah, mengenalpasti dan bertindak ketika kecemasan. Pelajari CPR dan tahu untuk berdepan dengan keadaan kecemasan, contohnya aplikasikan kaedah DRABC. Pastikan kawasan aktiviti berada dalam keadaan baik sebelum memulakan sesuatu aktiviti.

Etika Renang Mengetahui had anda. Jika anda bukan seorang perenang yang mahir, janganlah berenang dikawasan yang terlalu dalam dan jangan bersaing dengan orang yang lebih mahir. Pastikan berenang berkumpulan. Jangan menunjuk-nunjuk. Berehat ketika penat. Jangan paksa tubuh badan anda bekerja. Kekejangan otot boleh berlaku sekiranya otot terlalu lesu. Berenang di kawasan yang selamat sahaja. Jangan berenang di kawasan yang tidak selamat seperti bekas lombong, sungai yang deras, tepi pantai yang tanpa pengawasan kerana ombak besar boleh tiba bila-bila masa, dan sebagainya.

Sekiranya anda terperangkap dalam arus sewaktu berenang, jangan panik. Bertenang dan cuba berenang keluar dari arus secara beransur-ansur. Dapatkan bantuan daripada orang yang mahir. Jangan sesekali mengambil alkohol. Statistik menunjukkan hampir 50 % orang yang lemas adalah kerana mengambil alkohol sebelum berenang.

Kepentingan Renang Untuk keselamatan seseorang harus pandai berenang. Hal ini adalah sebagai langkah mengelak daripada lemas ketika kecemasan sewaktu berada di dalam air. Berenang juga akan melatih sistem kardiovaskular. Renang adalah satu senaman yang amat sihat yang mana selain meningkatkan ketahanan kardiovaskular, renang juga dapat menguatkan otot. Selain itu juga renang dapat meningkatkan keyakinan, membentuk personaliti berdisiplin dan memupuk budaya sosial yang baik. Hal ini kerana renang adalah satu aktiviti yang memerlukan disiplin yang amat tinggi.

Renang dapat mencegah penyakit-penyakit kardiovaskular. Renang dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ilmu renang adalah komersial, yang mana jurulatih renang boleh membuat kelas renang dan menganjurkan mana pertandingan. Ilmu renang dapat digunakan sebagai asas menyelamat. Menyelamatkan orang bukanlah satu kerja yang mudah. Ianya amat berharga dan penting untuk dipelajari oleh individu-individu yang mampu. Keapungan dalam air membantu manusia bergerak. Pergerakan dalam air lebih mudah, dan dapat menggerakkan sendi-sendi agar terus sihat.

Senaman renang dapat meningkatkan kelenturan badan. Kelenturan badan dapat mengelakkan daripada kecederaan seperti terseliuh dan sebagainya. Renang dapat membersihkan tubuh badan anda daripada microorganisma, bakteria dan penyakit kulit seperti jerawat dan sebagainya. Dapat meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengurangkan kemungkinan menghidapi asma. Renang dapat membakar kira-kira 8 kalori dalam satu sesi renang. Renang juga dapat mengekalkan kecergasan.

Kemahiran Asas Di Air Membina keyakinan dalam air Aktiviti ini amat penting dalam pengajaran renang dan perlu dilakukan untuk pelajar, penekanan diberikan kepada yang tidak tahu berenang. Ini bertujuan bagi membolehkan pelajar mengatasi rasa takut dan gementar semasa berada di dalam air. Akitivi ini boleh dilakukan secara berpasangan mahupun dalam kumpulan dan untuk secara individu tidak digalakkan.

Contoh akitivi untuk meningkatkan keyakinan Pelajar pada mulanya boleh menggunakan pelampung sebagai satu alat penyokong dan akan beransur-ansur dipisahkan mereka dengan pelampung tersebut. Aktiviti berjalan di dalam air dimana pelajar dikehendaki bergerak bebas di dalam air. Ditingkatkan dengan berlari dan pelajar perlu menggunakan tangan sebagai pendayung untuk mempercepatkan pergerakan. Diadakan satu pertandingan di akhir pengajaran dimana pelajar dalam kumpulan berlumba untuk sampai ke penamat secara bergilir.

Kemahiran Asas Renang Apungan Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh pelajar jika ingin berenang Ianya juga merupa sifat semula jadi manusia yang tidak perlu dipelajari. Apungan terbahagi kepada tiga iaitu; Apungan meniarap Apungan lentang Apungan cendawan

Apungan meniarap Apungan menairap merupakan aktiviti dimana bahagian hadapan badan mengadap dasar kolam. Badan berada di atas permukaan air dengan kandungan udara dalam paru-paru yang memastikan badan terus terapung.

Apungan lentang Apungan melentang merupakan aktiviti dimana bahagian hadapan badan menghadap ke atas. Badan berada di atas permukaan air dengan kandungan udara dalam paru-paru yang memastikan badan terus terapung.

Apungan cendawan Duduk dalam posisi kerusi dengan membengkokkan lutut. Rengkokkan badan dengan peha rapat ke dada dan tangan memegang kedua-dua kaki.

Renang Campang(sculling) Sculling renang amat berbeza dengan mendayung kanu atau kayak. Sculling juga tidak sama dengan mendayung bot. Sculling yang merupakan salah satu genre dalam sukan air memerlukan keseimbangan, masa, koordinasi dan daya tahan yang tingi. Sculling atau campang ialah kayuhan tangan untuk mendapatkan daya pecutan yang membantu pergerakan badan kehadapan.

Pernafasan dalam Renang Ketika berenang, pernafasan adalah penting dalam mengekalkan momentum pergerakan. Membuang udara(exhaled) dalam paru-paru perlu dilakukan di dalam air. Ini bagi memastikan semasa mengambil udara(inhaled) dapat dilakukan secara maksimum. Proses ini jika tidak berlaku dengan teknik yang betul akan mengakibatkan berlakunya pengurangan momentum dan akan terhasil daya rintangan yang besar. Perenang hanya perlu mengangkat atau mendongak ke sisi sedikit saja bagi menarik nafas supaya rintangan yang terhasil adalah sedikit. Aktiviti bobbing merupakan salah satu akitivi bagi meningkatkan kemahiran pernafasan di dalam air.

Kuak Renang

Kuak lentang

Kuak bebas

Kuak kupu-kupu

Kuak dada

KUAK LENTANG (BACKSTROKE)

Badan dalam keadaan mendatar di permukaan air. Tangan dan lengan memainkan peranan penting dalam hasilkan pergerakan. Kayuhan kaki dan kuak akan stabilkan posisi badan.

GAYA BEBAS (FREESTYLE)

Posisi badan mendatar, paras sedikit di bawah permukaan air. Sewaktu luncur, kedudukan kepala sesuai & berubah ikut kedua tumit kaki. Bahagian lengan & tangan hasilkan pergerakan kayuhan. Kaki menghasilkan kestabilan tekanan dan tujahan.

KUAK DADA (BREASTSTROKE)

Teknik yang perlahan, fasa pemulihan tangan & kaki menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi. Pergerakan melibatkan peha dan tangan, maka rintangan besar terhasil & kelajuan berkurang. Fasa meluncur penting, teknik yang betul, kuak dan luncuran akan hasilkan kelajuan optimum & rintangan berkurang.

KUAK KUPU- KUPU KUPU(BUTTERFLY)

Bukaan kuak yang besar dan keadaan lutut dan kaki menghasilkan rintangan hadapan yang tinggi. Kekuatan yang tinggi diperlukan. Bahagian kepala ialah pusat kawalan utama badan & pergerakan kepala berlebihan ketika berenang hasilkan rintangan tinggi. Teknik ini menyerupai pergerakan ikan lumbalumba.

Aktiviti air Pelbagai akitiviti melibatkan air boleh dilakukan dan ianya harislah sesuatu yang menyeronokan serta dapat memberikan pengalaman yang berguna kepada pelajar. Aktiviti ini boleh melibatkan pertandingan antara satu sama lain secara individu mahupun kumpulan. Ianya selalu dilakukan pada akhir proses pembelajaran dan mungkin memerlukan beberapa alatan serperti pelampung, batu, guli dan sebagainya.

Contoh aktiviti adalah; Cari benda Gunakan sebarang objek yang berat dan boleh tenggelam di dalam air seperti batu, guli dan sebagai. Pelajar dikehendaki menyelam untuk mendapatkannya dan pelajar yang berjaya akan dipisahkan dengan yang tidak berjaya. Aktiviti ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan mahupun kumpulan. Ianya dapat melatih pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran menyelam yang telah diajar serta memberkan keyakinan kepada pelajar.

Berenang dan berjalan menggunakan water noodle Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan dimana seorang pelajar dikehendaki menarik seorang lagi pelajar dengan menggunakan water noodle. Pelajar yang ditarik boleh berenang, berjalan mahupun berlari semasa ditarik. Aktiviti ini boleh diadakan secara pertandingan dimana pelajar yang sampai dahulu ke deck dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini boleh melatih peljar untuk mengaplikasikan kemahiran renang untuk bergerak dengan lebih laju di dalam air. Kemahiran sculling boleh ditingkatkan.

Dengar bunyi Aktiviti ini adalah aktiviti yang tidak memerlukan sebarang alatan kecuali wisel dimana guru yang memengangnya. Pelajar dikehendaki belegar-legar dikawasan kolam samada bejalan, berlari mahupun berenang. Apabila wisel ditiup pelajar dikehendaki dengan pantas bergerak ke arah tepi kolam dan memegangnya. Pelajar yang palingakhir dikira kalah dan ianya boleh dilakukan dalam banyak pusingan. Akitiviti ini boleh melatih kepekaan pelajar dalam menhadapi sebarang kecemasan dan meningkatkan kemahiran berenang mereka.

Kesimpulan Renang merupakan satu aktiviti yang amat baik untuk tubuh bandan serta ianya amat menyeronokkan. Setiap individu haruslah menguasai kemahirankemahiran asas renang terutama bagi guru dalam mempersiapkan diri jika berlaku sebarang kecemasan di dalam air. Renang bukanlah kehendak manusia tetapi ianya merupakan satu keperluan dalam hidup.


Recommended