KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR
SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
I
DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT
Author’s full name : SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK
Date of birth : 3 FEB 1991
Title : KERJA – KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN
LAMA DI ALOR SETAR
Academic Session : 2015/2016
I declare that this thesis is classified as :
RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the
organisation where research was done)*
OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access
(full text)
I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows :
1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia.
2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of
research only.
3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.
4. Certified by :
SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR
(910203-02-5199) DR. HAMIZAH LIYANA BT. TAJUL ARIFFIN
Date : 13 JUNE 2016 Date : 13 JUNE 2016
CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret
Act 1972)*
NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from
the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction.
√
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
I
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)’’
Tandatangan : ………………………………
Nama Penyelia : DR. HAMIZAH LIYANA BT. TAJUL
ARIFFIN
Tarikh : 13 JUN 2016
Tandatangan : ………………………………
Nama Pembaca Kedua: MDM. NURSHIKIN BT. MOHAMAD
SHUKERY
Tarikh : 12 JUN 2016
II
KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR
SHUKOOR BIN AHMAD AUPEK
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembinaan)
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2016
III
PENGAKUAN
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan pada
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’
Tandatangan : ………………………..
Nama Penulis : SHUKOOR BIN AHMAD TAUPEK
Tarikh : 9 JUN 2016
IV
Dedikasi
Khas buat ayahanda, Ahmad Taupek Bin Hj Shaari dan bonda Azlina
Binti Hashim. Pencapaian ke tahap ini berkat doa dan restumu.
Buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas dorongan dan
pertolongan yang amat dihargai.
Serta jutaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Hamizah Liyana atas
segala bantuan dan tunjuk ajar.
Semoga jasa kalian semua diberkati Tuhan.
V
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…
Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihi dengan limpah kurniaNya akhirnya penyelidik berjaya menyiapkan
penulisan Projek Sarjana Muda ini pada masa yang ditetapkan.
Jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga kepada
penyelia, DR. Hamizah Liyana yang tidak jemu memberikan tunjuk ajar, nasihat serta
pandangan sepanjang tempoh penyelidikan dan penghasilan tesis ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang
terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung di dalam membantu menjayakan
projek penyelidikan ini. Penghargaan ini juga ditujukan kepada responden-responden
yang terlibat. Kerjasama daripada individu ini adalah amat dihargai.
Terima Kasih
SHUKOOR AHMAD TAUPEK
JUN, 2016
VI
ABSTRAK
Bangunan lama merupakan aset yang memaparkan sejarah identiti
pembentukkan sesebuah negara dan ia seharusnya dikekalkan untuk generasi baru.
Bagi mengekalkan kelangsungan hayat bangunan lama, penyelenggaraan terhadap
keadaan dan fungsi bangunan perlu dilaksanakan dengan penyediaan sistem
pengurusan penyelenggaraan yang sistematik. Sehubungan itu, dalam melaksanakan
sistem pengurusan penyelenggaraan, adalah penting untuk mengetahui jenis–jenis
kerosakan pada bangunan bagi memastikan kerja–kerja penyelenggaraan yang
dilaksanakan adalah bersesuaian dengan keadaan bangunan. Objektif penyelidikan
kajian ini adalah bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada bangunan lama dan
pengurusan semasa penyelenggaraan bangunan terhadap bangunan lama. Oleh yang
demikian, penyelidik telah menjalankan kajian kes ke atas lima buah bangunan lama
di Bandaraya Alor Setar dengan menggunakan kaedah pemerhatian terhadap
kerosakan yang berlaku pada elemen bangunan. Kajian ini telah dilakukan terhadap
bangunan lama di Alor Setar seperti Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan Wan
Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid, Bangunan Pejabat Majlis
Bandaraya Alor Setar dan Bangunan Persekutuan Alor Setar. Pemerhatian yang
dilakukan terhadap keadaan bangunan lama tersebut adalah bagi mengenalpasti ragam
kerosakan umum yang sering berlaku pada bangunan lama. Hasil kajian ini mendapati
bangunan lama yang dikaji masih berkeadaan baik walaupun sesetengah bangunan
kelihatan uzur. Kajian temubual dilakukan terhadap pihak yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal pengurusan penyelenggaraan bangunan lama yang dikaji. Temubual
yang dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti sistem pengurusan
penyelenggaraan yang dilaksanakan pada bangunan kajian. Hasil dari penyelidikan ini
telah mendapati bahawa masih terdapat kelemahan pengurusan dalam melaksanakan
kerja – kerja penyelenggaraan pada bangunan lama yang dikaji atas sebab dan masalah
yang tertentu. Akhir sekali, diharapkan kajian penyelidikan ini dapat membantu bagi
meningkatkan kefahaman dan bertindak sebagai pemangkin ke arah penyelenggaraan
bangunan lama yang lebih berkesan pada masa hadapan.
VII
ABSTRACT
Buildings which are considered old are truly antics of a country as it brings
forth the identity of a country, hence it should be prevailed for future generations. In
order to manage these old buildings, preparing a maintenance management system for
the building is a must for the building to function properly and to retain its original
state. In the interest of executing the right maintenance management system it is vital
to first understand the types of defects on the building to ensure the correct
maintenance is done. The objective of this study was to determine the defect that occur
in the old building and the management of the current maintenance conducted on the
old buildings. Therefore, the researcher has conducted a research on five old buildings
located in Alor Star by using the observation method to detect the defects that occur
on those five buildings. The five buildings which were observed are Bangunan Wisma
Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul
Hamid, Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar dan Bangunan Persekutuan
Alor Setar. The reason why the researcher observed these buildings is to analyze the
general defects that took place on old buildings. The result of the study shown these
old buildings are still in good shape even though some of them already looked old.
Besides that, an interview was conducted with the authorities which are in charge in
the maintenance of these old buildings. The reason why the interview was conducted
is to analyze how the authorities in charge carried out the proper maintenance
management system. The results from the interview showed that there are still room
for improvements in maintaining the old buildings. Lastly, it is hoped that this study
can contribute to the body of knowledge in the field of maintaining old buildings
efficiently in the future.
VIII
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
PENGESAHAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Persoalan Kajian 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Skop Penyelidikan 5
1.6 Kepentingan Penyelidikan 5
1.7 Organisasi Bab 6
IX
BAB 2 KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN 8
BANGUNAN LAMA DI ALOR SETAR
2.1 Pengenalan 8
2.2 Bangunan Lama 9
2.3 Definisi Kerosakan Bangunan 10
2.4 Punca Kerosakan Bangunan 11
2.5 Jenis-Jenis Kerosakan Bangunan 12
2.5.1 Kerosakan Elemen Dinding Luar 13
2.5.2 Kerosakan Elemen Dinding Dalam 14
2.5.3 Kerosakan Elemen Pintu 15
2.5.4 Kerosakan Elemen Tingkap 16
2.5.5 Kerosakan Elemen Lantai 17
2.5.6 Kerosakan Elemen Tangga 18
2.5.7 Kerosakan Elemen Siling 19
2.5.8 Kerosakan Elemen Bumbung 19
2.5.9 Kerosakan Elemen Kemudahan
Bangunan 20
2.5.10 Kerosakan Bangunan pada
Lain-Lain Elemen 21
2.6 Definisi Penyelenggaraan 22
2.7 Kepentingan Penyelenggaraan 23
2.8 Kategori Penyelenggaraan 23
2.8.1 Penyelenggaraan Terancang 24
2.8.1.1 Penyelenggaraan Pencegahan 25
2.8.1.2 Penyelenggaraan Pembaikan 26
2.8.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang 26
2.9 Aliran Penyelenggaraan 27
2.10 Pengurusan Penyelenggaraan 29
2.11 Piawaian Penyelenggaraan 32
2.12 Pemeriksaan Terhadap Kerosakan Bangunan 32
2.13 Isu dan Cabaran Penyelenggaraan Bangunan 34
2.14 Rumusan 36
X
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 37
3.1 Pengenalan 37
3.2 Kaedah Penyelidikan 39
3.3 Objektif Pertama Kajian 40
3.3.1 Kaedah Pemerhatian 40
3.3.2 Analisis Skala Likert 43
3.4 Objektif Kedua Kajian 45
3.4.1 Kaedah Temubual 46
3.4.2 Analisis Kandungan 48
3.5 Rumusan 49
BAB 4 ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN 50
4.1 Pengenalan 50
4.2 Kaedah Pengumpulan Data 51
4.3 Analisis Terhadap Kerosakan pada
Bangunan Lama 51
4.3.1 Analisis Kerosakan Lantai 54
4.3.2 Analisis Kerosakan Dinding Luar 56
4.3.3 Analisis Kerosakan Dinding Dalam 58
4.3.4 Analisis Kerosakan Rasuk 60
4.3.5 Analisis Kerosakan Tiang 62
4.3.6 Analisis Kerosakan Tangga 64
4.3.7 Analisis Kerosakan Tingkap 66
4.3.8 Analisis Kerosakan Pintu 68
4.3.9 Analisis Kerosakan Bumbung 70
4.3.10 Hasil Analisis Kerosakan Bangunan
Lama 72
4.3.11 Kesimpulan 74
4.4 Hasil Pengumpulan Data Dari Temubual 75
4.4.1 Bangunan 1: Bangunan Wisma
Negeri Kedah 77
XI
4.4.2 Bangunan 2: Bangunan Wan
Muhammad Saman 81
4.4.3 Bangunan 3: Bangunan Kolej
Sultan Abdul Hamid 84
4.4.4 Bangunan 4: Bangunan Pejabat
Majlis Bandaraya Alor Setar 87
4.4.5 Bangunan 5: Bangunan Persekutuan
Alor Setar 91
4.5 Perbincangan Hasil Analisis Temubual 95
4.5.1 Perancangan Penyelenggaraan 95
4.5.2 Pengaturan Kerja Penyelenggaraan 96
4.5.3 Perlaksanaan Kerja Penyelenggaraan 97
4.5.4 Pemeriksaan Terhadap Bangunan 98
4.5.5 Pembaikan Sistem Penyelenggaraan 99
4.6 Kesimpulan 100
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 101
5.1 Pengenalan 101
5.2 Perbincangan 102
5.2.1 Objektif Pertama 102
5.2.2 Objektif Kedua 103
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa
Menjalankan Kajian 104
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 105
5.5 Penutup 105
RUJUKAN 106
LAMPIRAN 108
i. Lampiran A – Borang Pemeriksaan Bangunan
ii. Lampiran B – Borang Temubual
XII
SENARAI RAJAH
NO. TAJUK MUKA SURAT
RAJAH
2.1 Dinding Luar Bangunan yang Rosak 13
2.2 Dinding Dalam Bangunan yang Mengalami Kerosakan 14
2.3 Kerosakan pada Bingkai Pintu 15
2.4 Keretakan pada Panel Kaca Tingkap 16
2.5 Kerosakan pada Jubin Lantai 17
2.6 Kerosakan Konkrit pada Elemen Tangga 18
2.7 Kerosakan Siling Akibat dari Kebocoran Bumbung 19
2.8 Kerosakan pada Komponen Elektrik 20
2.9 Kerosakan Rasuk Utama Bangunan 21
2.10 Jenis Penyelenggaraan 24
2.11 Aliran Kerja Penyelenggaraan Bangunan 28
3.1 Carta Alir Metodologi 38
3.2 Pengiraan Formula untuk Mendapatkan Julat Indeks 44
4.1 Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Lantai 54
4.2 Kerosakan Jubin Tertanggal 55
4.3 Keretakan pada Jubin 55
4.4 Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Luar 56
4.5 Kemasan Lepaan pada Dinding Luar Tetanggal 57
4.6 Dinding Luar Berlumut dan Kemasan Cat Mengelupas 57
4.7 Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Dalam 58
4.8 Lepaan pada Dinding Dalam Retak Dan Tertanggal 59
4.9 Keretakan pada Lepaan Dinding Dalam 59
XIII
4.10 Graf Purata Tahap Kerosakan Rasuk 60
4.11 Keretakan pada Struktur Rasuk 61
4.12 Keretakan Lepaan pada Struktur Rasuk 61
4.13 Graf Purata Tahap Kerosakan Tiang 62
4.14 Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan 63
4.15 Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan 63
4.16 Graf Purata Tahap Kerosakan Tangga 64
4.17 Lapisan Konkrit Terbuka pada Struktur Tangga 65
4.18 Graf Purata Tahap Kerosakan Tingkap 66
4.19 Keadaan Fizikal Elemen Tingkap 67
4.20 Graf Purata Tahap Kerosakan Pintu 68
4.21 Keadaan Kerosakan Fizikal Bingkai Kayu 69
4.22 Kerosakan pada Bingkai Pintu 69
4.23 Graf Purata Tahap Kerosakan pada Bumbung 70
4.24 Keadaan Genting Bumbung yang Rosak 71
4.25 Kerosakan Siling Pecah di Bangunan MBAS 71
4.26 Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Bangunan 72
4.27 Pintu Masuk Utama ke Bangunan Wisma Negeri Kedah 77
4.28 Bahagian Belakang Wisma Negeri yang Menempatkan
Bangunan Lama yang Dikenali Opis Dalam 77
4.29 Bangunan Ini Mempunyai Satu Blok dan Dua Tingkat 81
4.30 Bangunan Wan Muhammad Saman Dilihat dari
Sudut Hadapan 81
4.31 Bangunan Blok Akademik KSAH Dibina pada 1915 84
4.32 Satu Bangunan Dua Tingkat Asrama Pelajar KSAH 84
4.33 Pandangan Dari Atas Bangunan Pejabat MBAS 88
4.34 Pembinaan Landskap pada Laluan Masuk Kawasan
Bangunan Pejabat MBAS 88
4.35 Bangunan Persekutuan Mempunyai Dua Blok
dan 3 Tingkat 91
4.36 Bangunan Persekutuan Alor Setar Digunakan
Sebagai Bangunan Pejabat 91
XIV
SENARAI JADUAL
NO. TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Tahap Keadaan Fizikal Elemen Bangunan 42
3.2 Pengiraan Min Skor Berdasarkan Tahap Keadaan
Fizikal bagi Kemasan Dinding Luar pada Lima Buah
Bangunan Kajian 43
3.3 Hasil Pengiraan Julat Indeks Statistik Berdasarkan
Tahap Kerosakan 44
4.1 Maklumat Bangunan Kajian 52
4.2 Hasil Analisis Temubual Mengenai Pengurusan
Penyelenggaraan pada Lima Buah Bangunan
Lama di Alor Setar 76
4.3 Maklumat Bangunan dan Penemubual 78
4.4 Maklumat Bangunan dan Penemubual 82
4.5 Maklumat Bangunan dan Penemubual 85
4.6 Maklumat Bangunan dan Penemubual 88
4.7 Maklumat Bangunan dan Penemubual 92
XV
SENARAI SINGKATAN
URDP - Unit Rondaan dan Penyelenggaraan
CIDB - Construction Industry Development Board
JKR - Jabatan Kerja Raya
MBAS - Majlis Bandaraya Alor Setar
KSAH - Kolej Sultan Abdul Hamid
I
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan negara Malaysia dalam menuju era 2020 telah memberi kesan
positif kepada pertumbuhan industri yang terdapat di Malaysia termasuklah industri
binaan. Industri binaan banyak memberi impak kepada ekonomi sesebuah negara
melalui pelaburan yang dibuat oleh pelabur negara luar serta memberi pelbagai
inisiatif kepada rakyat dengan meningkatkan peluang pekerjaan dan kualiti hidup
rakyat sesebuah negara (Shaziman, 2009). Industri binaan semakin berkembang pesat
di seluruh bandar-bandar besar di Malaysia. Namun, setiap pembinaan yang dibina
tidak terlepas dari masalah kecacatan pada struktur bangunan mahupun kerosakan
pada sistem perkhidmatan kemudahan bangunan.
Pelbagai kaedah dirancang dan dilakukan dari peringkat reka bentuk dan ketika
proses pembinaan bagi mengatasi masalah kecacatan dan kerosakan pada elemen
bangunan. Namun begitu, masih terdapat kerosakan komponen yang mengakibatkan
kemerosatan prestasi pada elemen bangunan yang sudah siap dibina. Oleh itu, aspek
penyelenggaraan bangunan perlu dilaksanakan selepas bangunan siap dibina.
2
Hasnan Abdullah (1994) menyatakan bahawa punca kerosakan adalah
disebabkan kurangnya penyelenggaraan. Apabila berlakunya kerosakan, nilai sesuatu
perkhidmatan akan berkurang dan kos pembaikan meningkat. Menurut Ahmad Ramly
(2004), penyelenggaraan penting bagi mengelakkan berlakunya kerosakan, menjamin
nilai sesuatu perkhidmatan dan mengurangkan kos pembaikan. Menurut Zakaria et al.
(2002), kepentingan penyelenggaraan bangunan bukan sahaja untuk memanjangkan
jangka hayat sesuatu sistem atau peralatan tetapi ia juga mampu mencegah sebarang
kemalangan atau penyakit dari berlaku. Oleh itu, penyelenggaraan bangunan harus
meliputi ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh bagi menjamin keselamatan
pengguna.
Aspek penyelenggaraan juga perlu diutamakan bagi memulihara bangunan
yang sudah berusia. Menurut A. Ghafar Ahmad (1994) menyatakan di Malaysia, di
bawah Akta Benda Purba 1976, sesebuah bangunan atau monumen berusia sekurang-
sekurangnya 100 tahun boleh diwartakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Muzium
untuk diberi perlindungan, penjagaan dan galakan bagi kerja-kerja pemuliharaan.
Aspek penyelenggaraan sememangnya tidak boleh dipandang remeh kerana umum
mengetahui bahawa penyelenggaraan merupakan perkara utama bagi memastikan usia
bangunan dapat dipanjangkan (Robiah, Sharim, A. Ghafar Ahmad, 2013). Jadi, bagi
mengekalkan kelangsungan hayat bangunan, perlindungan dan pengawalan terhadap
keadaan dan fungsi bangunan perlu dilakukan. Sebagai contoh, petikan dari Berita
Harian, 2013 memaparkan usaha Kerajaan Negeri Johor memulihara 208 buah
bangunan lama dan bersejarah di negeri Johor. Antara bangunan lama bersejarah ialah
bangunan Sekolah Tinggi Muar, Masjid Jamek Muar dan beberapa bangunan kerajaan
serta deretan rumah kedai yang berusia lebih 50 tahun. Bangunan lama merupakan aset
negara yang perlu dipelihara bagi mengekalkan identiti sesebuah negara.
3
1.2 Penyataan Masalah
Menurut Robiah Abdul Rashid (2010), aset yang paling bernilai bagi sesebuah
negara adalah stok bangunan. Selain dari kewangan, bangunan lama merupakan aset
yang memaparkan sejarah identiti pembentukkan sesebuah negara dan ia seharusnya
dikekalkan untuk generasi baru. Namun begitu, keselamatan dan keselesaan
penggunaan bangunan lama sering kali dipersoalkan. Kebanyakan bangunan lama kini
mengalami kerosakan pada elemen dan struktur bangunan. Ia mungkin disebabkan
oleh faktor manusia, haiwan atau alam sekitar (Fatimah, Zainal, Ashraf, 2011).
Berdasarkan petikan Berita Harian, 2006 memaparkan Jabatan Kerja Raya (JKR)
bertanggungjawab menyediakan garis panduan bagi mengesan kerosakan, sekali gus
memudahkan kerja membaiki dan penyelenggaraan dilaksanakan segera (Berita
Harian, 2006). Oleh itu, salah satu kaedah bagi mengekalkan sesebuah bangunan lama
adalah melalui kerja-kerja penyelenggaraan yang teratur.
Penyelenggaraan bangunan adalah salah satu aspek penting yang sering kali
dipandang remeh. Kebanyakkan pihak dalam industri binaan kurang memberi
perhatian kepada aspek penyelenggaraan sama ada pada peringkat pra-pembinaan
mahupun peringkat selepas pembinaan (Fatimah, Zainal, Ashraf, 2011). Peringkat pra-
pembinaan merangkumi perancangan mereka bentuk bangunan yang harus memenuhi
keperluan penyediaaan ruang untuk kerja penyelengggaraan bangunan. Malahan,
dalam banyak situasi, kos bagi penyelenggaraan sering kali dikurangkan bagi
menjimatkan kos pembelanjaan pembinaan. Pengurusan penyelenggaraan adalah
faktor utama dalam memastikan jangka hayat kegunaan bangunan. Usaha yang
bersungguh-sungguh bagi mengoptimumkan kegunaan sesebuah bangunan perlulah
dilakukan terutamanya apabila melibatkan bangunan lama. Merujuk kepada Bill
Hamilton dan Wan Salleh Wan Ibrahim (2001), bangunan memerlukan pengurusan
yang sistematik dan penyelenggaraan berterusan bagi mengelakkan bangunan
kelihatan usang dan menjadi beban kepada pemilik. Oleh itu, penyelenggaraan
haruslah dilaksanakan secara terancang bagi menjamin keselesaaan pengguna dan
mengekalkan pelaburan bagi sesebuah organisasi pemilik bangunan.
4
1.3 Persoalan Kajian
Bagi mendapatkan objektif yang jelas tentang penyelidikan ini, beberapa
persoalan akan dibentuk berkaitan penyelidikan ini. Antara persoalan yang dibentuk
adalah seperti :
Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab menyediakan garis panduan bagi
mengesan kerosakan, sekali gus memudahkan kerja membaiki dan
penyelenggaraan dilaksanakan segera. (Berita Harian, 2006). Ini membawa
persoalan, apakah kerosakan yang lazimnya berlaku pada bangunan lama.
Merujuk kepada Bill Hamilton dan Wan Salleh Wan Ibrahim (2001), bangunan
memerlukan pengurusan yang sistematik dan penyelenggaraan berterusan bagi
mengelakkan bangunan kelihatan usang dan menjadi beban kepada pemilik.
Persoalannya, bagaimana pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan oleh
pihak pengurusan bangunan lama bagi mengekalkan kelangsungan hayat
bangunan.
1.4 Objektif Penyelidikan
Tujuan kajian adalah untuk mengetahui sistem pengurusan penyelenggaraan
bangunan yang sudah berusia. Antara objektif kajian adalah :
i. Mengenalpasti jenis kerosakan pada elemen bangunan lama.
ii. Mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan oleh pihak pengurusan
bangunan lama.
5
1.5 Skop Penyelidikan
Penyelidikan ini adalah berdasarkan kajian kes terhadap bangunan lama di
Bandaraya Alor Setar. Beberapa kriteria telah digariskan dalam pemilihan bangunan-
bangunan lama untuk diselidik bagi mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada
bangunan dan pengurusan semasa penyelenggaraan terhadap bangunan kajian.
Pemilihan bangunan-bangunan lama ini adalah merujuk kepada senarai data maklumat
yang didapati dari sumber-sumber literatur. Maklumat dan data untuk senarai
bangunan-bangunan lama di Alor Setar diperolehi dari sumber laman web Perbadanan
Perpustakaan Awam Kedah iaitu (www.mykedah2.com) dan (www.memori-
kedah.com). Kriteria yang digariskan untuk pemilihan bangunan lama di Alor Setar
adalah seperti berikut:
1. Bangunan yang berusia lebih dari 50 tahun.
2. Bangunan lama yang masih digunakan kini.
3. Lokasi bangunan yang berada di sekitar Bandaraya Alor Setar.
4. Bangunan yang mempunyai nilai dari sudut sejarah dalam pembangunan
Negeri Kedah.
1.6 Kepentingan Penyelidikan
Kepentingan penyelidikan ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada
pemilik bangunan lama dan pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan dalam
mengenalpasti kerosakan yang lazimnya berlaku pada bangunan lama. Selain itu,
penyelidikan ini juga diharapkan dapat membantu pihak yang terlibat mengenalpasti
pengurusan semasa penyelenggaraan yang dilaksanakan pada bangunan lama bagi
menambaik sistem pengurusan penyelenggaraan untuk masa hadapan.
6
Dari hasil penyelidikan ini, pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan
secara amnya dapat merancang pengurusan penyelenggaraan dengan lebih baik.
Penyelidikan ini juga diharap dapat memupuk kesedaran rakyat tentang kepentingan
budaya penyelenggaraan.
1.7 Organisasi Bab
Berikut adalah rumusan bagi setiap bab yang terkandung dalam kajian ini.
Kajian ini mengandungi lima bab, iaitu:
Bab 1 ini menerangkan secara jelas tentang latar belakang kajian ini. Subtopik
yang terkandung dalam bab ini terdiri daripada pengenalan, penyataan masalah,
objektif kajian, skop kajian, kepentingan kajian, dan organisasi bab.
Bab 2 adalah berdasarkan kajian literatur yang diperolehi dari pembacaan
sumber buku-buku rujukan, jurnal, artikel, laman web dan tesis yang berkaitan dengan
penyelidikan. Topik yang diterangkan dalam bab ini termasuklah berkaitan dengan
kerosakan bangunan lama dan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan bangunan . Selain itu,
definisi dan pengetahuan bagi terma-terma yang berkaitan juga akan diterangkan
dalam bab ini untuk kefahaman yang lebih mandalam kepada pembaca.
Bab 3 akan menumpukan kepada metodologi kajian iaitu kaedah-kaedah
penyelidikan yang digunakan sepanjang kajian ini dijalankan. Subtopik yang terlibat
menerangkan mengenai kaedah pengumpulan data dan juga kaedah analisis data. Hasil
analisis data akan dibentangkan dalam bentuk graf dan jadual.
7
Bab 4 menumpukan kepada analisis yang dilakukan ke atas data yang
dikumpul dan perbincangan tentang penemuan daripada hasil analisis tersebut. Data
dianalisis menggunakan kaedah-kaedah analisis yang bersesuaian dengan data primer
yang telah dikumpul agar jenis-jenis data yang diperlukan dapat dibentangkan melalui
jadual dan graf. Perbincangan terhadap hasil analisis adalah bertujuan untuk mencapai
objektif utama kajian ini.
Bab 5 merupakan bab terakhir kajian ini. Bab ini akan menerangkan
kesimpulan dan rumusan keseluruhan pencapaian kajian ini. Selepas perbincangan dan
penjelasan penemuan dilakukan dalam bab sebelum ini, cadangan-cadangan terhadap
kajian akan dikemukakan dalam bab ini.
8
BAB 2
PENYELENGGARAAN BANGUNAN LAMA
2.1 Pengenalan
Bab ini akan menjelaskan mengenai penyelenggaraan bangunan secara teori
bardasarkan rujukan jurnal, artikal, buku dan sebagainya sebagai rujukan
penyelidikan. Antara penjelasan yang dinyatakan dalam bab ini adalah seperti definisi
bangunan lama, penyelenggaraan bangunan, kepentingan penyelenggaraan,
pengurusan penyelenggaraan, definisi kerosakan bangunann dan jenis kerosakan
bangunan yang lazimnya berlaku berdasarkan elemen penting sesebuah bangunan.
Bab ini meliputi gambaran awal dalam mengenalpasti kerosakan pada bangunan lama
dan kaedah pengurusan penyelenggaraan.
9
2.2 Bangunan Lama
Bangunan lama merupakan aset negara yang perlu dipelihara bagi
mengekalkan identiti sesebuah negara. Menurut Fielden (2000) menyatakan bahawa
sekiranya sesebuah bangunan itu telah bertahan sehingga 100 tahun usia
penggunaannya, sewajarnya bangunan tersebut harus digelar sebagai bangunan
bersejarah. Sementara itu, di Malaysia, di bawah Akta Benda Purba 1976, sesebuah
bangunan atau monumen berusia sekurang-sekurangnya 100 tahun boleh diwartakan
oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Muzium untuk diberi perlindungan, penjagaan dan
galakan bagi kerja-kerja pemuliharaan (A. Ghafar Ahmad,1994).
Merujuk kepada definisi usia bangunan, Abdul Aziz Hussin (2014)
menyatakan umur bangunan yang mencapai lingkungan 50 – 60 tahun mengalami
kemerosotan dari segi keselamatan dan kekukuhan struktur bangunan. Sementara itu,
berdasarkan kajian lapangan ke atas kecacatan pada bangunan masjid lama di Malaysia
oleh S. Johar et al. (2011) telah menggariskan kriteria bagi bangunan masjid lama
adalah berusia sekurang-kurangnya 50 tahun. Dalam erti kata yang lain, merujuk
kepada penyataan mengenai usia bangunan oleh Abdul Aziz Hussin (2014), bangunan
yang menjangkau usia 50 tahun adalah bangunan lama.
Bagi mengekalkan kelangsungan hayat bangunan, perlindungan dan
pengawalan terhadap keadaan dan fungsi bangunan perlu dilakukan. Sebagai contoh,
petikan dari Berita Harian, 2013 memaparkan usaha Kerajaan Negeri Johor
memulihara 208 buah bangunan lama dan bersejarah di negeri Johor. Antara bangunan
lama bersejarah ialah bangunan Sekolah Tinggi Muar, Masjid Jamek Muar dan
beberapa bangunan kerajaan serta deretan rumah kedai yang berusia lebih 50 tahun.
10
2.3 Definisi Kerosakan Bangunan
Kerosakan bangunan merupakan satu fenomena yang sering berlaku pada
setiap bangunan. Menurut Warren, (2004) mendefinisikan kerosakan bangunan
sebagai kekurangan terhadap pencapaian fungsi bangunan yang boleh berlaku pada
bila-bila masa dalam satu tempoh jangka hayat sesebuah produk dan elemen.
Sementara itu Imaduddin Abdul Halim dan Brit Kayan, (2007) pula mendefinisikan
kerosakan bangunan sebagai kemerosotan atau ketidaksempurnaan bangunan pada
sebahagian atau keseluruhan elemen atau komponennya yang mana keadaan
seumpama ini boleh menjejaskan fungsi, kegunaan dan prestasi sesebuah
bangunan. Manakala Burden (2004) mendefinisikan kerosakan bangunan sebagai
keadaan yang tidak sama atau tidak teratur yang berlaku sehingga merosakkan atau
melemahkan kekuatan sesuatu struktur dan nilai kegunaan yang terdapat pada
sesebuah bangunan terutamanya bangunan yang telah berusia.
Sehubungan dengan itu, Kamarul Syahril (2011) merumuskan definisi
kerosakan bangunan sebagai keadaan sesebuah elemen atau struktur serta fabrik bahan
binaan yang telah melalui proses kemerosotan atau keusangan dalam satu jangka masa
yang tertentu disebabkan oleh sifat fizikal ia sendiri atau dipengaruhi oleh faktor luaran
seperti cuaca dan persekitaran sehingga ia telah menjejaskan rupa bentuk dan sifat
fizikal asalnya. Kerosakan ini mengakibatkan fungsi dan kegunaan asal serta prestasi
sesebuah elemen atau struktur serta fabrik bahan binaan itu terjejas dan seterusnya
gagal memenuhi kehendak dan fungsi asalnya. Kerosakan pada bangunan tidak sahaja
berpunca dari faktor usia, terdapat pelbagai faktor yang boleh menjejaskan fungsi asal
bangunan.
11
2.4 Punca Kerosakan Bangunan
Selain dari kerosakan komponen dan elemen bangunan akibat daripada
mencapai jangka hayatnya, secara umumnya kerosakan yang berlaku berpunca
daripada beberapa faktor. Menurut Fielden (2000), terdapat pelbagai punca kerosakan
pada bangunan lama, punca yang paling utama ialah graviti; diikuti oleh tindakan
perbuatan manusia; dan akhir sekali pengaruh cuaca serta kesan persekitaran seperti
botani, biologi, kimia dan serangga. Sementara itu, menurut Fee (2003), punca
kerosakan bangunan pada bangunan lama adalah seperti berikut:
i. Kelemahan struktur iaitu kerosakan dan keruntuhan berpunca daripada
tarikan semulajadi graviti dalam tempoh masa yang panjang.
ii. Perbuatan manusia iaitu kerosakan disebabkan oleh kecuaian,
vandalisma, kebakaran dan kerja pembinaan yang berhampiran.
iii. Cuaca iaitu kerosakan disebabkan oleh pancaran sinar radiasi,
kelembapan udara, angin, hujan, kandungan air bawah tanah dan
kandungan garam dalam tanah yang tinggi.
iv. Bencana alam iaitu kerosakan dan kemusnahan yang disebabkan oleh
banjir, ribut dan gempa bumi.
v. Botani iaitu kerosakan dan kehancuran struktur batu atau dinding batu-
bata disebabkan oleh akar pokok yang menjalar dan tumbuhan lain.
vi. Biologi iaitu kerosakan kesan daripada tindakan asid yang dihasilkan
daripada bakteria dan tumbuhan berwarna hijau seperti lumut yang
tumbuh di atas batu yang bertindak balas secara kimia dengan struktur
bahan binaan.
12
vii. Kulat dan cendawan iaitu kerosakan terhadap bahan binaan organik
seperti kayu oleh kulat, cendawan, kulapuk dan ragi yang tidak
memerlukan apa-apa pancaran sinaran matahari untuk terus hidup.
viii. Serangga dan haiwan perosak iaitu kerosakan struktur kayu disebabkan
oleh serangga seperti anai-anai dan kumbang dan haiwan perosak
seperti sarang burung dan tindak balas hakisan dari tahi kelawar.
2.5 Jenis-Jenis Kerosakan Bangunan
Pelbagai jenis kerosakan bangunan dikenalpasti yang lazim berlaku terhadap
elemen bangunan terutamanya bangunan lama. Antaranya adalah kerosakan pada
dinding luar, elemen siling, elemen pintu, elemen bumbung, kerosakan pada
komponen kemudahan bangunan dan lain-lain lagi. (Esakkimuthu, 2009; Loo, 2009;
Mohamad Omar Mohamad Khaidzir; 2009).
Menurut Kamarul Syahril (2011) menyatakan jenis kerosakan pada bangunan
boleh didapati berdasarkan 10 elemen utama bangunan.
Antaranya adalah:
i. Kerosakan bangunan pada elemen dinding luar.
ii. Kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.
iii. Kerosakan bangunan pada elemen pintu
iv. Kerosakan bangunan pada elemen tingkap
v. Kerosakan bangunan pada elemen lantai
vi. Kerosakan bangunan pada elemen tangga.
vii. Kerosakan bangunan pada elemen siling.
viii. Kerosakan bangunan pada elemen bumbung.
ix. Kerosakan bangunan pada elemen kemudahan bangunan.
x. Kerosakan bangunan pada lain-lain elemen
13
2.5.1 Kerosakan bangunan pada elemen dinding luar
Menurut Kamarul Syahril (2011) menyatakan kebanyakan daripada elemen
dinding luar bangunan lama di Malaysia sering mengalami masalah kerosakan
bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti cuaca, alam semula jadi, kesilapan
pembinaan yang mengakibatkan kelemahan dan kegagalan struktur dan lain-lain lagi.
Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen dinding luar
bangunan lama adalah seperti permukaan lembap dari bawah, permukaan lembap dari
atas, batu-bata retak, lepa tertanggal, kemasan cat mengelupas, permukaan dinding
berlumut dan lain-lain lagi (Selwitz dan Doehne, 2002; Starzes et al., 2003; Lubelli
dan Rob, 2007; Kamaruddin Md. Said, 2009; Siti Norlizaiha Harun, 2009). Rajah 2.1
memaparkan keadaan bangunan kediaman yang mengalami kerosakan teruk pada
permukaan dinding luar bangunan.
Rajah 2.1: Dinding Luar Bangunan yang Rosak
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
14
2.5.2 Kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.
Menurut Kamarul Syahril, (2011) kebanyakan daripada elemen dinding dalam
bangunan sering mengalami masalah kerosakan berpunca daripada pelbagai faktor
seperti cuaca, alam semula jadi, kegagalan struktur, biologikal serta kemikal dan lain-
lain lagi. Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen dinding
dalam bangunan lama ini ialah seperti permukaan lembap dari bawah, batu-bata retak,
komponen kayu rosak, lepa tertanggal dan lain-lain lagi (Tsui et al., 2003; Robson,
2005; Ann, 2009; Rodiah Zawawi, 2009). Rajah 2.2 memaparkan keadaan dinding
dalam bangunan yang mengalami kerosakan pada kemasan cat.
Rajah 2.2: Dinding Dalam Bangunan yang Mengalami Kerosakan
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
15
2.5.3 Kerosakan bangunan pada elemen pintu
Elemen pintu dan kelengkapannya pada bangunan lama diperbuat daripada
bahan kayu. Kerosakan pada elemen pintu dan kelengkapanya sering berpunca
daripada serangan serangga perosak, alam semula jadi dan perbuatan manusia.
Kerosakan elemen pintu juga boleh disebabkan kegagalan pada struktur bangunan.
Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen pintu dan
kelengkapannya pada bangunan lama adalah seperti kerangka kayu mereput, serangan
serangga, bentuk berubah, panel tertanggal dan lain-lain lagi (Marshall et al., 2003;
Paiman Keromo, 2006c; Rusdi Baharan, 2009). Rajah 2.3 menunjukkan kerosakan
yang berlaku pada bingkai pintu akibat dari perbuatan manusia.
Rajah 2.3: Kerosakan pada Bingkai Pintu
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
16
2.5.4 Kerosakan bangunan pada elemen tingkap
Kajian yang dijalankan oleh Chow dan Low (2006) yang mengumpulkan data
daripada 74 buah bangunan menunjukkan bahawa tujuh jenis kerosakan berlaku pada
elemen tingkap dan kelengkapannya. Antaranya adalah kerosakan pada kekisi besi
tingkap, salah jajaran, kerosakan pada gasket, panel kaca yang berubah warna, panel
kaca yang longgar dan terdapat resapan air pada pemasngan komponen tingkat.
Kerosakan yang lazimnya berlaku pada tingkap keluli tradisional biasanya akibat dari
bingkai berkarat, dan kegagalan fungsi pada engsel tingkap. Elemen tetingkap
aluminium melibatkan pemasangan sebilangan komponen seperti rivet, skru, engsel,
gasket, dan menetapkan kekisi. Komponen ini mudah terdedah kepada kegagalan
fungsinya dan memerlukan penyelenggaraan. Oleh itu, tanpa penyelenggaraan yang
sepatutnya, engsel boleh menjadi terlalu ketat untuk berfungsi, rivet akan melonggar
dan skru menjadi berkarat yang mengakibatkan sesuatu elemen tingkap tidak dapat
berfungsi dengan baik. Rajah 2.4 menunjukkan keretakan pada panel kaca tingkat.
Kerosakan ini boleh mengakiibatkan berlakunya kemalangan yang serius jika tindakan
penyelenggaraan tidak dilakukan segera.
Rajah 2.4: Keretakan pada Panel Kaca Tingkap
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
17
2.5.5 Kerosakan bangunan pada elemen lantai.
Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen lantai
bawah dan atas bangunan lama adalah seperti permukaan lembap, kemasan retak,
kemasan berlubang, jubin retak dan lain-lain lagi (Abdul Kadir Ishak dan Lakam anak
Mijus, 2004; Durbin, 2005; Purchase, 2009). Berdasarkan data daripada 74 buah
bangunan hasil kajian Chon dan Low (2006) menunjukkan bahawa sembilan jenis
kerosakan yang berlaku pada elemen lantai bangunan. Antaranya adalah keretakan,
jubin delamination, keadaan jubin tidak rata, jubin berubah warna, sumbing, kemasan
berlubang, kemasan retak, berlumut dan terdapat resapan air pada lantai bangunan.
Menurut Azlan Shah Ali (2013) menjelaskan kerosakan pada jubin tertanggal
akibat daripada kualiti pembinaan yang rendah. Ini kerana, kesilapan pembinaan dalam
menyediakan permukaan lantai bangunan yang tidak mengikut spesifikasi boleh
melemahkan kekuatan ikatan antara lapisan kalis air dengan substrat mengakibatkan
kelemahan pada ikatan jubin. Rajah 2.5 menunjukkan kerosakan pada jubin lantai.
Rajah 2.5: Kerosakan pada Jubin Lantai
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
18
2.5.6 Kerosakan bangunan pada elemen tangga.
Terdapat dua jenis perbezaan pembinaan elemen tangga pada bangunan lama.
Antaranya adalah pembinaan elemen tangga menggunakan kayu dan konkrit
bertetulang. Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen tangga
kayu adalah seperti kerangka kayu mereput, serangan serangga, bentuk berubah, jejak
rosak dan lain-lain (Faulding dan Thomas, 2000; Siti Norlizaiha Harun, 2002a; Rusdi
Baharan, 2009).
Pembinaan elemen tangga menggunakan konkrit bertetulang terdedah kepada
kerosakan berpunca daripada kerosakan konkrit pada struktur tangga. Kerosakan
konkrit pada elemen tangga lazimnya dijumpai di bangunan yang lama. Antara
kerosakan yang dialami adalah keretakan dan lapisan konkrit terbuka (Spalling) yang
berpunca dari pergerakan berlebihan struktur bangunan, pergerakan tanah yang tidak
diingini, kelemahan struktur akibat pengaratan besi keluli, kerosakan yang disebabkan
oleh kemalangan, kesilapan dalam pembinaan, dan lain-lain. (Building Rehab Info
Net, 2014). Rajah 2.6 menunjukkan elemen tangga mengalami kerosakan konkrit.
Rajah 2.6: Kerosakan Konkrit pada Elemen Tangga
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
19
2.5.7 Kerosakan bangunan pada elemen siling
Kebanyakan daripada elemen siling bangunan sering mengalami masalah
kerosakan bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti kesilapan pembinaan,
cuaca dan alam semula jadi, kelemahan dan kegagalan struktur dan lain-lain lagi.
Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen siling bangunan
lama adalah seperti kesan kelembapan, kerangka kayu mereput, kepingan pecah,
kepingan hilang dan lain-lain lagi (Abdul Hakim Abdul Rahman, 2009; Boon, 2009;
Hock, 2009).
2.5.8 Kerosakan bangunan pada elemen bumbung
Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen bumbung
bangunan lama adalah seperti kerangka kayu mereput, genting pecah, genting hilang,
permukaan merosot dan lain-lain lagi (Rahmah Enche’ Yusop, 2009; Shaari Saud,
2009; Shahruddin Shabri, 2009). Rajah 2.7 menunjukkan kesan kebocoran bumbung
kepada siling.
Rajah 2.7: Kerosakan Siling Akibat dari Kebocoran Bumbung
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
20
2.5.9 Kerosakan bangunan pada elemen kemudahan bangunan.
Kebanyakan daripada elemen kemudahan bangunan lama lazimnya mengalami
masalah kerosakan bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti biologikal dan
kemikal, kelemahan dan kegagalan struktur, kesilapan pembinaan dan lain-lain lagi.
Antara jenis kerosakan bangunan yang sering berlaku pada elemen kemudahan
bangunan lama adalah seperti tangki air bocor, penyambungan paip bocor, paip
bekalan air rosak, sistem mekanikal dan elektrik rosak, perkakasan pencegahan
kebakaran tidak berfungsi dan lain-lain lagi (Richardson, 2000; Hafizah Yakub, 2003;
A Ghafar Ahmad, 2008).
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Chong dan Low (2006), lima jenis
kerosakan mengenai kerja mekanikal dan elektrik iaitu penyaman udara termasuk
saluran, pemasangan lampu, sensor eloktronik, dan unsur-unsur pemanasan.
Kegagalan fius atau pemutus litar, kebocoran litar bumi dan pengagihan sumber
elektrik yang tidak sekata boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem elektrik
(Building Rehab Info Net, 2014). Rajah 2.8 memaparkan keadaan sistem elektrik yang
tidak diselenggara dengan baik yang boleh memberi ancaman keselamatan kepada
pengguna bangunan.
Rajah 2.8: Kerosakan pada Komponen Elektrik
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
21
2.5.10 Kerosakan bangunan pada lain-lain elemen.
Menurut Kamarul Syahril (2011), kebanyakan daripada lain-lain elemen yang
terdapat pada bangunan lama seperti elemen asas bangunan, tiang, rasuk, gerbang,
bumbung rata, longkang dan lain-lain lagi sering mengalami masalah kerosakan
bangunan berpunca daripada pelbagai faktor seperti kelemahan dan kegagalan
struktur, cuaca dan alam semula jadi, botani dan lain-lain lagi. Antara jenis kerosakan
bangunan yang sering berlaku pada lain-lain elemen bangunan lama ialah seperti asas
rosak, tiang rosak, rasuk rosak dan lain-lain lagi (Young, 1998; Singh, 2000; Mohd
Zobir Hussein et al., 2004). Rajah 2.9 memaparkan keadaan kerosakan rasuk utama
bangunan akibat daripada kerosakan konkrit.
Rajah 2.9: Kerosakan Rasuk Utama Bangunan
Sumber: Building Rehab Info Net, 2014
22
2.6 Definisi Penyelenggaraan
Penyelenggaraan sebagaimana dinyatakan dalam Kamus Dwibahasa Oxford
Fajar Edisi kedua, (1997), bermaksud “memelihara”, “mempertahankan” atau
“membaiki sesuatu”. Berdasarkan Piawaian British (BS3811) mendefinasikan
penyelengaraan sebagai gabungan semua tindakan pentadbiran teknikal yang
berkaitan bertujuan untuk mengekalkan satu perkara atau mengembalikan kepada
keadaan sesuatu sistem atau elemen bangunan itu boleh melaksanakan fungsi yang
diperlukan oleh pengguna bangunan.
Namun definisi dalam konteks kejuruteraan penyelenggaraan adalah “Kerja
yang dilakukan untuk menjaga atau memulihkan setiap kemudahan, iaitu setiap
bahagian tapak, bangunan dan kandungannya kepada suatu standard yang diterima.”
Institut Bangunan Berkanun menyokong definisi berikut dengan mentakrifkan
“Penyelenggaraan bangunan ialah kerja yang dilakukan untuk menjaga, memulihkan
atau mempertingkatkan setiap kemudahan, iaitu setiap bahagian bangunan,
kemudahan-kemudahannya dan sekitarnya kepada suatu standard yang dipersetujui,
yang ditentukan oleh perseimbangan antara kehendak dengan sumber-sumber yang
ada”. Berdasarkan definisi yang dinyatakan, rumusan bagi penyelenggaraan adalah
meliputi:
a. Kerja- kerja yang berkaitan untuk memastikan bahagian bangunan dan
kemudahan bangunan berfungsi dengan sempurna.
b. Meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada pngguna dan penghuni
bangunan melalui peningkatan kerja dan inovasi dalam perkhidmatan
pengurusan.
23
2.7 Kepentingan Penyelenggaraan
Menurut Zakaria et al. (2002), kepentingan penyelenggaraan bangunan bukan
sahaja untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu sistem atau peralatan tetapi ia juga
mampu mencegah sebarang kemalangan atau penyakit dari berlaku. Oleh itu
penyelenggaraan bangunan harus meliputi ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh
bagi menjamin keselamatan pengguna.
Hasnan Abdullah (1994) menyatakan bahawa punca kerosakan adalah
disebabkan kurangnya penyelenggaraan. Apabila berlakunya kerosakan, nilai seuatu
perkhidmatan akan berkurang dan kos pembaikan meningkat. Manakala menurut
Vasuki dan Haryati (2011), kepentingan sistem penyelenggaraan bangunan bagi:
I. Pengekalan fungsi dan prestasi asal bangunan
II. Pengekalan nilai aset bangunan
III. Pengekalan imej dan reka bentuk bangunan
IV. Pengekalan aspek-aspek keselamatan dan keselesaan.
Oleh yang demikian, penyelenggaraan penting bagi mengelakkan berlakunya
kerosakkan, menjamin nilai sesuatu perkhidmatan dan mengurangkan kos pembaikan.
(Ahmad Ramly, 2004)
2.8 Kategori Penyelenggaraan
Penyelenggaraan dikategorikan kepada tiga jenis, iaitu penyelenggaraan
pencegahan, penyelenggaraan rutin dan penyelenggaraan kecemasan. Tiga jenis
penyelenggaraan ini telah diklasifikasikan kepada penyelenggaraan terancang dan
tidak terancang (Shukri, 2013).
24
Rajah 2.10 adalah berdasarkan rujukan kepada (Barrie Chanter and Peter
Swallow, 2007), rumusan kepada jenis penyelenggaraan mengikut kategori terancang
dan tidak terancang.
Rajah 2.10 : Jenis Penyelenggaraan
(Sumber: Barrie Chanter and Peter Swallow, 2007)
2.8.1 Penyelenggaraan Terancang
Penyelenggaraan terancang melibatkan kerja penyelenggaraan yang dilakukan
berdasarkan program pemeriksaan yang berkala dan penjadualan perancangan yang
telah diatur bagi menepati polisi dan kehendak penyelenggaraan sesebuah bangunan.
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Terancang
Penyelenggaraan
Tidak Terancang
Penyelenggaraan
Pencegahan
Penyelenggaraan
Berjadual
Penyelenggaraan
Berdasarkan
Keadaan
Penyelenggaraan
Pembaikan
(termasuk keadaan
kecemasan)
Penyelenggaraan
Pembaikan
(termasuk keadaan
kecemasan)
25
Ia merangkumi kerja pembaikan atau tindakan pencegahan untuk mengelakkan
kegagalan yang dijangkakan atau kegagalan yang boleh dielakkan. (Hasnan Abdullah,
1994).
2.8.1.1 Penyelenggaraan Pencegahan
Penyelenggaraan pencegahan merangkumi perancangan kerja
penyelenggaraan yang dilaksanakan bagi tujuan pencegahan awal dari berlakunya
kerosakan. Ia terbahagi kepada dua keadaan iaitu :
i. Penyelenggaraan yang Diprogramkan (Secara Berjadual)
Seeley, (1976) menyatakan penyelenggaraan secara berjadual
merupakan kerja-kerja pembaikan dan pembaharuan di mana ia berasaskan
kepada satu jangka masa tertentu, jumlah operasi dan juga jangka hayat. Ia juga
merangkumi pemeriksaan berdasarkan kekerapan penggunanya dan jangka
hayat terhadap elemen-elemen bangunan dan sistem elektrikal dan mekanikal
pada bangunan.
ii. Penyelenggaraan Berdasarkan Keadaan
Penyelenggaraan ini dilakukan setiap kali selepas pemeriksaan
berjadual. Seeley, (1976) menyatakan kerja-kerja pemeriksaan ini memerlukan
laporan yang lengkap beserta gambar-gambar bahagian yang mengalami
kerosakan. Ianya sebagai panduan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang
akan dilakukan dan juga penyelenggaraan di masa hadapan. Pemeriksaan dan
pengawasan dilakukan secara berjadual bagi mengenalpasti kemungkinan
kegagalan fungsi dan sistem pada bangunan. Dengan ini, kerja
penyelenggaraan dapat dirancang lebih awal supaya dapat menyelesaikan
masalah kerosakan pada bangunan yang berkemungkinan akan berlaku pada
masa hadapan.
26
2.8.1.2 Penyelenggaraan Pembaikan
Penyelenggaraan pembaikan merangkumi kerja-kerja pembaikan dan
pembaharuan dengan menggantikan komponen atau elemen bangunan yang rosak bagi
memulihkan fungsi bangunan. Dalam konteks kejuruteraan, penyelenggaraan
pembaikan merupakan penggantian bahagian-bahagian komponen sebelum komponen
tersebut mencapai jangka hayatnya bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang
lebih serius (Hasnan Abdullah,1994).
2.8.2 Penyelenggaraan Tidak Terancang
Berdasarkan BS 3811, 1984, penyelenggaraan tidak terancang adalah
merupakan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan tanpa perancangan awal.
Penyelenggaraan tidak terancang juga dikenali sebagai penyelenggaraan kemasan.
Penyelenggaraan ini akan dilakukan apabila berlakunya kerosakan yang tidak dijangka
pada bangunan. Sebagai contoh, bangunan terjejas dan rosak akibat dari bencana alam,
kebakaran dan letupan yang berpunca dari kemalangan. Kerja-kerja penyelenggaraan
ini dilakukan bergantung kepada keadaan kerosakkan pada sesebuah bangunan. Oleh
itu, kerja-kerja penyelenggaraan tidak terancang tidak dapat dilaksanakan dengan teliti
berbanding kerja-kerja penyelenggaraan terancang. Malahan, ia akan menimbulkan
gangguan kepada pengguna bangunan dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi
(Hasnan Abdullah, 1994).
27
2.9 Aliran Penyelenggaraan
Penyelenggaraan terbahagi kepada dua kategori iaitu penyelenggaraan
terancang dan tidak terancang. Berdasarkan dua kategori penyelenggaraan ini,
pemilihan jenis penyelenggaraan akan dibuat bagi menjalankan tindakan terhadap
kerosakan yang telah berlaku atau mungkin akan berlaku.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan terancang dilakukan apabila skop kerja-
kerja penyelenggaraan telah diatur berdasarkan pemeriksaan kerosakan terhadap
elemen bangunan. Sekiranya berlaku kerosakan pada elemen dan komponen
bangunan, maka penyelenggaraan pembaikan akan dijalankan. Seandainya tidak
berlaku sebarang kerosakan, kerja-kerja penyelenggaraan secara mencegah akan
dilakukan bagi mengekalkan kehendak fungsi sesebuah elemen bangunan tersebut.
Apabila kerja–kerja penyelenggaraan mencegah dapat dikenalpasti berdasarkan
kerosakan yang dialami, maka penyelenggaraan berkala akan dilaksanakan bagi
memastikan keadaan elemen dan komponen bangunan sentiasa berfungsi dengan baik.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan yang tidak terancang dilakukan terhadap
kerosakan yang tidak dijangka. Sekiranya kerosakan yang berlaku tidak memberi
kesan yang serius kepada pengguna bangunan, penyelenggaraan pembaikan akan
dijalankan. Namun, sekiranya berlaku kerosakan yang boleh mengakibatkan kesan
yang serius, tindakan segera perlu diambil dengan menjalankan penyelenggaraan
kecemasan. Apabila kerja penyelenggaraan kecemasan dikenalpasti, perancangan dan
penyelenggaraan berkala perlu dilaksanakan bagi memastikan kerosakan tidak
berulang. Manakala, bagi penyelenggaraan terhadap kerosakan yang tidak dapat
dijangka memerlukan penyelenggaraan berdasarkan keadaan beserta pemeriksaan
terhadap keadaan bangunan dengan teliti.
28
Rajah 2.11 menunjukkan aliran kerja penyelenggaraan bangunan seperti yang
diterangkan.
Rajah 2.11: Aliran Kerja Penyelenggaraan Bangunan
(Sumber: Barrie Chanter and Peter Swallow, 2007)
YA TIDAK
TIDAK
TIDAK YA
YA
Penyelenggaraan
Terancang
Penyelenggaraan
Tidak Terancang
Penyelenggaraan
Pembaikan
Penyelenggaraan
Kecemasan
Penyelenggaraan
Pencegahan
Penyelenggaraan
Berdasarkan
Keadaan
Penyelenggaraan
Berjadual
Adakah tugas
dirancang?
Adakah tugas
harus
disegerakan?
Adakah
terdapatnya
kerosakan?
Adakah skop
dikenalpasti?
TIDAK YA
29
2.10 Pengurusan Penyelenggaraan
Pengurusan penyelenggaraan merupakan satu sistem pengurusan bagi
mengurus, mengatur dan merancang kerja-kerja penyelenggaraan supaya sistem
penyelenggaraan lebih teratur mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Fairuz Ikmal
(2005), mendefinisikan pengurusan penyelenggaraan adalah aktiviti-aktiviti yang
dilakukan bagi mengekalkan dan mengawal produk binaan atau bangunan agar
sentiasa dalam keadaan kukuh, utuh, teguh serta dapat berfungsi dengan sebaiknya.
Manakala, menurut Robert Klinoff, (2003) menyatakan kitaran pengurusan
penyelenggaraan dapat memastikan matlamat dicapai melalui prinsip-prinsip
perngurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pengawalan.
Pengurusan penyelenggraaan dapat disimpulkan sebagai satu kombinasi aktiviti-
aktiviti teknikal dan pentadbiran yang dilaksanakan bagi menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan. Menurut Dhillon (1987), terdapat beberapa elemen penting dalam
memastikan perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan itu efektif. Antara elemen
tersebut adalah seperti berikut:
I. Polisi Penyelenggaraan
Dalam perlaksanaan pengurusan penyelenggaraan, polisi penting bagi
memberi panduan dan halatuju pengurusan penyelenggaraan dalam mencapai
matlamat yang ditetapkan. Miles dan Sygga (1987) berpendapat bahawa polisi
penyelenggaraan harus dibentuk sebelum kerja penyelenggaraan bangunan
dilaksanakan. Barrie Chanter dan Peter Swallow (2007) menyatakan terdapat beberapa
elemen penting dalam pengurusan penyelenggaraan yang memerlukan kenyataan
polisi. Antaranya adalah penerapan polisi penyelenggaraan terhadap sesebuah
organisasi pengurusan penyelenggaraan bangunan. Secara umumnya, dalam mencapai
matlamat pengurusan penyelenggaraan memerlukan perincian polisi yang jelas.
30
II. Struktur Organisasi penyelenggaraan
Organisasi penyelenggaraan berperanan penting dalam melaksanakan kerja-
kerja penyelenggaraan bangunan. Menurut Hasnan Abdullah (1994) menyatakan jenis
organisasi penyelenggaraan yang ditubuhkan bergantung kepada fungsi badan induk
dan tanggungjawab yang diperuntukkan kepada organisasi penyelenggaraan. Oleh itu,
Hasnan Abdullah (1994) telah menyenaraikan enam elemen utama yang dijadikan
sebagai panduan dalam pembentukkan organisasi penyelenggaraan bangunan.
i. Beban kerja penyelenggaraan mengikut usia bangunan.
ii. Beban kerja penyelenggaraan mengikut keluasan bangunan.
iii. Jenis penyelenggaraan yang perlu dilaksanakan.
iv. Polisi penyelenggaraan bagi sesebuah bangunan.
v. Kehendak penyelenggaraan berdasarkan fungsi bangunan.
vi. Keperluan Staf profesional dalam kerja penyelenggaraan
III. Penyediaan laporan pengurusan
Penyediaan laporan adalah penting bagi sesuatu pengurusan penyelenggaraan.
Tujuan laporan dibuat adalah untuk merekodkan segala perkara penting bagi
membolehkan pihak pengurusan mengalisis dan memperbaiki kelemahan-kelemahan
perkhidmatan pengurusan yang sedia ada. Menurut Azlan Shah Ali, (2013)
menyatakan terdapat empat jenis laporan yang disediakan dalam perkhidmatan
penyelenggaraan iaitu:
i. Laporan Harian: Kegunaan laporan harian adalah untuk semakan
peringkat penyeliaan dan kebiasaannya hanya melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan kecil.
ii. Laporan Mingguan: Laporan yang disediakan oleh penyelia kepada
pegawai pentadbir bagi menyatakan kemajuan dan masalah yang
dihadapi sepanjang minggu.
iii. Laporan Bulanan: Melaporkan status kerja-kerja penyelenggaraan
yang sedang atau dilakukan termasuk masalh yang dihadapi, kos yang
terlibat, bahan dan peralatan yang digunakan.
31
iv. Laporan Tahunan: Merangkumi peratusan pencapaian projek
termasuk masalah yang dihadapi, keperluan belanjawan, hal ehwal
kakitangan, perancangan untuk tahun berikutnya, program latihan dan
prestasi kerja penyelenggaraan.
IV. Sistem turutan kerja
Sistem ini bertujuan bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan berjalan
dengan teratur. Ianya juga bagi mengelakkan sesuatu kerja penyelengaaraan dilakukan
secara berulang-ulang dan tidak dilaksanakan langsung disebabkan terlepas pandang.
Selain itu, sistem turutan kerja dapat mengelakkan pertambahan kos penyelenggaraan
bangunan.
V. Pengendalian kemudahan dan peralatan
Dalam menguruskan perancangan penyelenggaraan, selain daripada tumpuan
terhadap kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan, skop pengendalian
kemudahan dan penggunaan peralatan juga tidak boleh diabaikan. Ini bertujuan agar
kemudahan dan peralatan tersebut dapat dikendalikan dengan cermat. Menurut Azlan
Shah Ali, (2013) menyatakan segala perkakasan dan peralatan hendaklah disimpan dan
dijaga dengan baik serta direkodkan.
VI. Program pembaikan sistem penyelenggaraan
Menurut Hasnan Abdullah (1994) menyatakan pengurusan penyelenggaraan
mestilah dipertingkatkan melalui program dan khusus bagi pembangunan kemajuan
industri penyelenggaraan. Khusus dan latihan dapat meningkatkan kefahaman dan
kemahiran kakitangan organisasi dalam bidang penyelenggaraan.
32
2.11 Piawaian Penyelenggaraan Bangunan.
Segala kerja-kerja penyelenggaraan haruslah mematuhi piawaian
penyelenggaraan yang telah ditetapkan. Tujuan penetapan piawaian dalam aktiviti
penyelenggaraan adalah untuk memastikan kerja-kerja yang dilakukan dapat
memenuhi keperluan keselamatan, keselesaan, kesihatan dan kepuasan pengguna atau
penghuni bangunan. Pada dasarnya, tiada piawaian yang seragam bagi semua
bangunan di Malaysia, namun aktiviti penyelenggaraan merupakan perkara yang harus
dilaksanakan pada setiap bangunan (Azlan Shah Ali, 2013). Penetapan konsep sesuatu
piawaian penyelenggaraan ini selalunya merujuk kepada fungsi dan usia sesebuah
bangunan tersebut. Berdasarkan piawaian yang telah ditetapkan, kerja-kerja
penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan meminimumkan kos penyelenggaraan
dan memaksimumkan sumber yang sedia ada.
Azlan Shah Ali, (2013) merumuskan kepentingan mencapai sesuatu piawaian
dalam kerja penyelenggaraan adalah bagi memenuhi keperluan dan ciri-ciri berikut:
i. Mengekalkan nilai aset bangunan.
ii. Mengekalkan fungsi dan prestasi asal bangunan
iii. Mengekalkan aspek keselamatan dan keselesaan
2.12 Pemeriksaan Terhadap Kerosakan Bangunan
Kerja pemeriksaan perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti jenis kerosakan
bangunan yang berlaku dan seterusnya menjalankan kerja tindakan susulan untuk
merawat kerosakan bagi menjamin sesebuah bangunan tersebut selamat diduduki dan
sentiasa berada dalam keadaan baik (Atkinson, 2000).
33
Spada (2002), mendefinisikan pemeriksaan bangunan sebagai pemeriksaan
dan pemerhatian ke atas ruang luaran dan dalaman sesebuah bangunan termasuklah
asas, struktur dan sistem mekanikal untuk mengenalpasti terdapatnya sebarang
kerosakan pada elemen dan komponen bangunan. Sementara itu, merujuk kepada
Hollis (2004) telah mendefinisikan pemeriksaan bangunan sebagai pemeriksaan
pemeriksaan dan penyiasatan terhadap pembinaan dan kemudahan bangunan yang ada
pada sesebuah hartanah dengan cukup terperinci bagi membolehkan juruukur memberi
khidmat nasihat berkaitan pelbagai masalah yang berlaku pada komponen bangunan
berkenaan.
Merujuk kepada Azlan Shah Ali, (2013) menyatakan kepentingan menjalankan
pemeriksaan kerosakan bangunan adalah untuk memberi maklumat yang cukup untuk
digunakan dalam perancangan penyelenggaraan dan penilaian kaedah yang sesuai
untuk membaiki kerosakan. Oleh itu, tujuan melaksanakan pemeriksaan bangunan
bagi mengenalpasti kerosakan penting dalam pengurusan penyelenggaraan. Ahmad
Ramly (2004) dan Hollis (2004) merumuskan tujuan utama pemeriksaan bangunan
adalah untuk:
i. Memenuhi keperluan bangunan tersebut yang tidak dapat dielak dari
mengalami sebarang masalah kerosakan bangunan.
ii. Mengenal pasti jenis kerosakan bangunan yang berlaku pada sesebuah
bangunan dan memberikan khidmat nasihat mengenai kesan dan
akibatnya.
iii. Mengurus dan menyelaras kerja yang berkaitan dengan pemeriksaan,
penyelenggaraan dan pembaikan bangunan.
iv. Mengesahkan keupayaan sesuatu peralatan kemudahan bangunan sama
ada ianya berfungsi dengan baik atau sebaliknya.
v. Menentukan sama ada bangunan tersebut mematuhi piawai
perundangan seperti undang-undang dan garis panduan yang dikuat
kuasakan oleh pihak berkuasa.
34
2.13 Isu dan cabaran penyelenggaraan bangunan
Terdapat pelbagai aspek yang perlu dilihat sebelum kerja-kerja penyelengaraan
dilakukan ke atas sesebuah bangunan. Perkara ini penting dalam memastikan kerja-
kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan efektif. Menurut
Azlan Shah Ali (2013), isu dan cabaran yang dihadapi bagi melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan adalah seperti berikut:
I. Peruntukan Dana Yang Tidak Mencukupi.
Sumber kewangan memainkan peranan yang penting bagi memastikan aktiviti
penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Tanpa kewangan yang
mencukupi menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak dapat
mencapai piawaian yang dikehendaki. Menurut Azlan Shah Ali (2013) menyatakan
peruntukan dana yang sedikit menyebabkan berlakunya penangguhan kerja-kerja
penyelenggaraan yang boleh mengakibatkan kerosakan yang berlaku menjadi lebih
teruk pada masa akan datang.
II. Kekurangan Kakitangan Dalam Organisasi Penyelenggaraan.
Organisasi penyelenggaraan menghadapi kekurangan kakitangan dalam
melaksanakan kerja penyelenggaraan terhadap sesebuah bangunan. Menurut Azlan
Shah Ali (2013), pihak pengurusan bangunan sering merasakan tidak perlu
menempatkan kakitangan yang ramai di bahagian penyelenggaraan kerana
berpendapat bahawa kerja-kerja penyelenggaraan hanya dilakukan ketika berlakunya
kerosakan. Keadaan ini menyebabkan banyak kerja penyelenggaraan berkala tidak
dapat dilaksanakan. Sekiranya penyelenggaraan berkala ini dapat dilakukan
sepenuhnya, bahagian penyelenggaraan bangunan dapat mengenalpasti kerosakan
yang berlaku dengan lebih awal.
35
III. Pengurusan Inventori Penyelenggaraan
Bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan lancar maka peralatan yang digunakan hendaklah mencukupi dan berada
dalam keadaan baik. Menurut Azlan Shah (2013) menyatakan kegagalan pihak
pengurusan bangunan menguruskan inventori penyelenggaraan menyukarkan kerja-
kerja penyelenggaraan dilakukan terutamanya penyelenggaraan segera yang
melibatkan keselamatan pengguna bangunan. Masalah ini mengakibatkan
penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan berdasarkan perancangan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan.
IV. Pekerja Kurang Mahir
Tidak semua kakitangan dalam organisasi penyelenggaraaan mempunyai
kemahiran dalam setiap kerja-kerja penyelenggaraan. Kekurangan kemahiran pada
kakitangan penyelenggaraan menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan atau
pembaikan yang dilakukan tidak sempurna dan tidak mencapai piawaian yang
sepatutnya (Azlan Shah Ali, 2013). Namun, pendedahan khusus dan latihan mampu
membantu kakitangan meningkatkan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan
bangunan.
V. Reka Bentuk Bangunan
Menurut Azlan Shah Ali (2013), menyatakan reka bentuk bangunan
memainkan peranan penting dalam sesuatu pembinaan bangunan kerana apabila
berlakunya kesilapan pada peringkat mereka bentuk, kemungkinan besar bangunan
yang dibina tersebut mengalami masalah yang serius apabila ianya siap kelak.
Antara masalah reka bentuk yang merumitkan kerja penyelenggaraan adalah seperti
penggunaan bahan binaan yang sukar dicari ganti dan ruang penyelenggaraan yang
terlalu kecil.
36
VI. Sikap pengguna bangunan
Menurut Azlan Shah Ali (2013) menyatakan sikap pengguna bangunan juga
menyumbangkan kepada masalah-masalah penyelenggaraan. Ini kerana kerosakan
yang sering berlaku pada bangunan akibat dari sikap tidak bertanggungjawab
pengguna yang menggunakan kemudahan – kemudahan dalam bangunan dengan
sesuka hati. Perkara ini amat merugikan kepada pihak pemilik bangunan kerana
perbelanjaan terpaksa dikeluarkan untuk membaiki kerosakan-kerosakan tersebut.
2.14 Rumusan
Bab 2 dirumuskan sebagai kajian literatur yang diperolehi melalui sumber
bacaan dari rujuan buku, artikel, jurnal dan laman sesawang. Dalam kajian literatur
ini, penyelidik akan mengenalpasti dengan tepat dan terperinci tentang jangka hayat
bangunan, definisi kerosakan, dan jenis kerosakan yang berlaku pada elemen
bangunan, definisi penyelenggaraan dan kaedah pengurusan penyelenggaraan. Bab 3
akan menerangkan tentang kaedah yang digunakan bagi mengumpul data dan
memperolehi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
37
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai kaedah penyelidikan yang akan
dilaksanakan dengan lebih jelas dalam proses pengumpulan data bagi mencapai
objektif dan matlamat penyelidikan.
Metodologi penyelidikan adalah satu proses kaedah yang dijalankan
berdasarkan peringkat penyelidikan bagi mendapatkan data dan kaedah pengolahan
data bagi mencapai objektif yang ditetapkan dalam penyelidikan. Antara aspek yang
perlu diambil kira dalam metodologi penyelidikan adalah kaedah dan rekabentuk
penyelidikan, instrument penyelidikan, responden penyelidikan dan kaedah
menganalisis data (Majid, et al., 2006). Bagi mencapai objektif penyelidikan ini, lima
peringkat penyelidikan dibentuk seperti Rajah 3.1 untuk dijadikan sebagai panduan
perlaksanaan penyelidikan kajian ini.
38
Peringkat Kedua
Peringkat Ketiga
Peringkat Pertama
Berdasarkan :
Artikel laman web, buku rujukan, tesis dan jurnal.
Objektif Satu : Mengenalpasti kerosakan yang
berlaku pada bangunan lama.
Objektif Dua : Mengenalpasti pengurusan
penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak
pengurusan bangunan terhadap bangunan lama.
Kajian Kes: Bangunan yang berusia lebih 50 tahun
di Alor Setar.
Responden terdiri daripada pihak pengurusan
penyelenggaraan bangunan.
Mengenalpasti masalah dan
tajuk penyelidikan
Menentukan objektif
penyelidikan
Penentuan skop penyelidikan
Kajian Literatur
Kajian literatur dijalankan menggunakan teknik
pembacaan dari sumber-sumber seperti jurnal,
artikel, buku-buku rujukan, laman web dan tesis
yang mempunyai kaitan dengan penyelidikan.
Pengumpulan dan
Penyusunan Data Primer
Pengumpulan data dilakukan melalui dua kaedah
iaitu pemerhatian dan temubual semi struktur.
Data yang diperolehi melalui:
I. Kaedah Pemerhatian
II. Kaedah Temubual
Analisis Data
Bagi kajian pemerhatian, “likert scale” digunakan
dan data dianalisis menggunakan kaedah skala
likert.
Bagi kajian temubual, data dianalisis dengan
menggunakan statistik frekuensi.
Ulasan dan Perbincangan Data yang dianalisis diulas dalam bentuk Rajah dan
jadual.
Hasil Kajian
Rumusan dilakukan merangkumi matlumat dan
data yang diperoleh dalam penyelidikan.
Kesimpulan dibuat merangkumi keseluruhan
penyelidikan.
Rajah 3.1 : Carta Alir Metodologi
Peringkat Keempat
Peringkat Kelima
39
3.2 Kaedah Penyelidikan
Menurut Dennis et al. (2005), kaedah penyelidikan adalah merupakan kaedah
yang digunakan untuk mengumpul dan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
bidang penyelidikan. Terdapat dua kaedah penyelidikan yang biasanya digunakan
untuk mendapatkan data penyelidikan iaitu kajian kualitatif dan kajian kuantitatif.
Berikut adalah maklumat tersebut:
I. Kajian Kualitatif
Kajian kualitatif melibatkan penggunaan data kualitatif seperti temuramah,
dokumen-dokumen yang digunakan sepanjang proses dan data yang diperolehi
sepanjang melakukan pemerhatian untuk memahami dan menerangkan
fenomena sosial. Kaedah kajian kualitatif digunakan untuk membantu
penyelidik memahami kajian, sosial dan budaya persekitaran (Dennis et al.,
2005).
II. Kajian Kuantitatif
Kajian kuantitatif digunakan dalam bidang sains untuk mengkaji fenomena
semulajadi. Contohnya, kaedah pemerhatian, ujikaji atau eksperimen makmal
serta kajian yang melibatkan nombor dan matematik. Kajian yang dilakukan
adalah berdasarkan sebilangan sampel yang dipilih bagi dijadikan sebagai
bahan uji kaji. Hasil kajian akan dipaparkan dalam bentuk Rajah atau pun
statistik. (Dennis et al., 2005).
Penyelidikan kajian ini adalah berdasarkan kajian kes yang menggunakan
kaedah penyelidikan kualitatif. Ini kerana kajian yang dijalankan adalah melibatkan
pemerhatian dan penilaian terhadap tahap kerosakan pada bangunan lama. Selain itu,
temubual juga dijalankan ke atas responden yang terlibat dalam penyelenggaraan
bangunan yang dikaji bagi memperolehi data mengenai pengurusan penyelenggaraan
yang dilaksanakan pada bangunan kajian.
40
Dalam kajian ini, pengumpulan data diperolehi dengan menggunakan kaedah
pemerhatian dan kaedah temubual separa berstruktur. Kaedah pemerhatian digunakan
bagi mencapai objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti kerosakan yang berlaku
pada bangunan lama. Manakala, penggunaan kaedah temubual separa berstruktur
adalah bertujuan mencapai objektif kedua kajian ini iaitu mengenalpasti pengurusan
penyelenggaraan semasa yang dijalankan oleh pihak pengurusan bangunan lama.
3.3 Objektif Pertama Kajian
Objektif pertama kajian ini adalah untuk mengenalpasti kerosakan yang
berlaku pada bangunan lama. Data dan maklumat kajian bagi objektif pertama
diperolehi melalui kaedah pemerhatian yang dilakukan terhadap kerosakan elemen
bangunan lama. Data dan maklumat yang dikumpul, dianalisis dengan menggunakan
kaedah skala likert bagi mendapatkan keputusan untuk menentukan jenis kerosakan
yang lazim terjadi pada elemen bangunan lama.
3.3.1 Kaedah Pemerhatian
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang paling biasa digunakan dalam kajian
yang berkaitan dengan sains tingkah laku. Menurut C. R. Kothari, (2004) menjelaskan
kaedah pemerhatian menjadi saintifik dalam pengumpulan data maklumat apabila
kaedah ini merangkumi pemeriksaan yang dirancang secara sistematik dan direkodkan
hasil pemeriksaan tersebut. Penggunaan kaedah pemerhatian dalam pengumpulan data
tidak melibatkan responden. Ini kerana pemeriksaan dan pemerhatian terhadap data
kajian dapat dilakukan oleh penyelidik itu sendiri. Dalam kajian ini, penyelidik telah
menggunakan kaedah pemerhatian bagi melakukan pemeriksaan terhadap bangunan
lama untuk mengenalpasti kerosakan yang berlaku.
41
Ketika menjalankan pengumpulan data terhadap kerosakan pada elemen
bangunan kajian, penyelidik telah menyediakan borang pemeriksaan bangunan bagi
menilai kerosakan yang berlaku pada elemen dan komponen bangunan lama tersebut.
Penyediaan borang pemeriksaan memudahkan penyelidik mengumpul data semasa
penyelidik menjalankan pemerhatian terhadap keadaan bangunan. Borang
pemeriksaan bangunan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mengenai maklumat
bangunan, rujukan skala pemeriksaan fizikal elemen bangunan dan tahap penilaian
kerosakan pada elemen bangunan kajian.
Data maklumat bangunan diperlukan untuk mengenalpasti bangunan yang
dikaji adalah berdasarkan kriteria yang telah digariskan dalam skop kajian
penyelidikan. Berikut adalah maklumat bangunan yang terdapat dalam borang
pemeriksaan bangunan lama:
Perkara 1 : Nama Bangunan
Perkara 2 : Pemilik Bangunan
Perkara 3 : Tahun Binaan
Perkara 4 : Lokasi Bangunan
Perkara 5 : Kegunaan semasa bangunan
Bagi mendapatkan data mengenai kerosakan pada bangunan lama, pemerhatian
yang telah dijalankan terhadap kerosakan bangunan adalah berdasarkan pembahagian
elemen utama bangunan. Antaranya adalah elemen lantai, dinding luar, dinding dalam,
rasuk, tiang, tangga, tingkap pintu dan bumbung bangunan.
Borang pemeriksaan bangunan yang digunakan semasa kajian lapangan
dilengkapi dengan rujukan skala pemeriksaan fizikal elemen bangunan. Penggunaan
skala untuk pemeriksaan fizikal elemen bangunan dalam kajian ini telah dirujuk
dengan penyediaan Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan
oleh Jabatan Kerja Raya. Penyediaan borang pemeriksaan bangunan telah
memudahkan penyelidik menilai tahap kerosakan yang berlaku pada bangunan kajian.
42
Jadual 3.1 memaparkan maklumat skala bagi menilai tahap kerosakan pada
elemen bangunan.
GRED SKALA
PEMERIKSAAN
RINGKASAN HURAIAN
1 Sangat Baik SB Tiada kerosakan
Keadaan sangat baik
Boleh berfungsi dengan baik
2 Baik B Kerosakan minor
Keadaan baik
Boleh berfungsi dengan baik
3 Sederhana S Kerosakan major
Keadaan sederhana
Masih boleh berfungsi tetapi
perlu dipantau
4 Kritikal K Kerosakan major dan minor
Keadaan kritikal
Tidak berfungsi mengikut tahap
perkhidmatan dipersetujui
5 Sangat Kritikal SK Keadaan sangat kritikal
Tidak dapat berfungsi
Berisiko yang boleh
menyebabkan kecelakaan
Jadual 3. 1 : Tahap Keadaan Fizikal Elemen Bangunan
Sumber: Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan, JKR
43
3.3.2 Analisis Skala Likert
Kaedah Skala likert yang digunakan di dalam kajian ini adalah bagi
menentukan jumlah skor yang akan diperolehi berdasarkan data dari kajian
pemerhatian terhadap kerosakan elemen bangunan kajian. Menurut Sulaiman (1991),
skor yang selalu digunakan dalam analisis kajian skala likert ialah min. Ini adalah
disebabkan ianya merupakan satu indeks yang lebih stabil jika dibandingkan dengan
mod atau median. Skor min juga melibatkan keseluruhan skor yang terdapat di dalam
sesuatu taburan tersebut (Sulaiman, 1991). Berdasarkan tafsiran berikut, penyelidik
telah mengalisa data kerosakan yang berlaku pada elemen bangunan menggunakan
min untuk mendapatkan purata tahap kerosakan yang berlaku pada lima buah
bangunan kajian. Contoh pengiraan min skor berdasarkan tahap keadaan fizikal lima
buah bangunan kajian dipaparkan pada Jadual 3.2.
Jadual 3.2 : Pengiraan Min Skor Berdasarkan Tahap Keadaan Fizikal Bagi Kemasan
Elemen Dinding Luar pada Lima Buah Bangunan Kajian.
Pengiraan min skor bagi jadual diatas adalah seperti :
Min skor = Jumlah Keseluruhan
Jumlah Bangunan
= 14
5
= 2.8
Tahap Keadaan
Fizikal Bangunan
Skala Bilangan
Bangunan
Pengiraan Jumlah Jumlah
Sangat Baik 1 0 1x0 0
Baik 2 2 2x2 4
Sederhana 3 2 3x2 6
Kritikal 4 1 4x1 4
Sangat Kritikal 5 0 5x0 0
Jumlah Bangunan 5 Jumlah
Keseluruhan
14
44
Kemudian, nilai min yang diperolehi akan dikelaskan mengikut julat indeks.
Setiap julat merupakan ukuran taburan mudah bagi sekumpulan data. Ia merupakan
perbezaan nilai yang tertinggi dengan yang terendah dalam sesuatu data (Loh, 1985).
Menurut Sulaiman (1991), penggunaan formula seperti di Rajah 3.3 adalah untuk
mendapatkan julat indeks bagi meringkaskan min-min yang diperolehi supaya dapat
membuat satu kesimpulan analisis.
Rajah 3.2 : Pengiraan Formula untuk Mendapatkan Julat Indeks
Pengiraan julat indeks menggunakan formula adalah seperti berikut :
Min tertinggi = 5.00
Min Terendah = 1.00
Min Perbezaan Skor = Min Skor Tertinggi – Min Skor Terendah
Bilangan Kategori Skala
= 5.00 - 1.00
3
= 1.33
Tahap Kerosakan Julat Indeks
1 Berkeadaan Baik 1.00 ≤ indeks min < 2.33
2 Sederhana Rosak 2.33 ≤ indeks min < 3.67
3 Berkeadaan Kritikal 3.67 ≤ indeks min < 5.00
Jadual 3.3 : Hasil Pengiraan Julat Indeks Statistik Berdasarkan Tahap Kerosakan
JULAT INDEKS = SKALA TERTINGGI – SKALA TERENDAH
BILANGAN KATEGORI SKALA
45
Berdasarkan kajian ini, penyelidik telah menggunakan formula pengiraan julat
indeks statistik seperti Rajah 3.2 bagi memperolehi tahap kerosakan elemen bangunan.
Keadaan tahap kerosakan pada elemen bangunan akan dianalisis berdasarkan tiga
kategori, antaranya adalah berkeadaan baik dimana tiada kerosakan atau hanya
kerosakan minor pada elemen bangunan. Keadaan sederhana adalah kerosakan major
yang berlaku pada elemen bangunan tetapi masih boleh berfungsi. Akhir sekali, tahap
kerosakan teruk adalah berkeadaan kritikal iaitu kerosakan serius pada elemen
bangunan yang memerlukan pemantauan dari pihak pengurusan penyelenggaraan
bangunan. Kemudian, min skala yang diperolehi telah dikelaskan mengikut julat
indeks yang telah dikira seperti Jadual 3.3.
Data–data yang telah diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer iaitu Microsoft Office Excel 2013. Hasil kajian penilaian kerosakan bagi
sesuatu elemen untuk lima buah bangunan lama telah dibentangkan dalam bentuk
Graf.
3.4 Objektif Kedua Kajian
Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengurusan
penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap
bangunan lama di Alor Setar. Data dan maklumat kajian bagi objektif kedua diperolehi
melalui kaedah temubual separa berstruktur kepada pihak yang terlibat secara
langsung dalam pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama yang telah
dipilih untuk kajian ini. Data dan maklumat yang dikumpul, dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan bagi mendapatkan keputusan hasil
perbincangan mengenai pengurusan penyelenggaraan semasa terhadap bangunan lama
di Alor Setar.
46
3.4.1 Kaedah Temubual
Terdapat tiga jenis kaedah temubual iaitu temubual formal , temubual tidak
formal dan temubual terbuka . Menurut Merriem ( 1998 ), terdapat tiga jenis temubual
iaitu temubual berstruktur, temubual separa berstruktur dan temubual tidak
berstruktur.
Temubual separa berstruktur dijalankan bagi mencapai objektif kedua kajian,
penyediaan borang temu bual separa berstruktur ini bagi memfokuskan ke atas soalan-
soalan berkaitan sistem pengurusan penyelenggaraan. Penyediaan struktur soalan
dalam borang temu bual ini adalah berdasarkan kajian literatur. Struktur soalan
tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi soalan berkenaan latar belakang responden iaitu
nama, jawatan, unit/jabatan/kementerian, tanda tangan, tarikh dan masa temubual
dilakukan. Ianya juga bertujuan memudahkan penyelidik menghubungi pihak
responden jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut. Melalui matlumat ini penyelidik
dapat mengenal pasti secara ringkas maklumat berkaitan pihak pengurusan
penyelenggaaraan kajian.
Manakala, soalan-soalan dibahagian B tertumpu kepada objektif yang hendak
dicapai iaitu mengenalpasti kaedah penyelenggaraan semasa yang dijalankan terhadap
bangunan lama. Soalan-soalan yang telah diajukan kepada responden adalah mengenai
amalan pengurusan penyelenggaraan yang merangkumi aktiviti perancangan,
pengaturan, perlaksanaan, pemeriksaan, dan pembaikpulih sistem.
Sebelum penyelidik menjalankan kajian temubual, beberapa perkara penting
telah digariskan dalam temubual bagi menjamin sesi temubual yang dilaksanakan
mencapai objektif kedua kajian. Terdapat beberapa peringkat perlu diberi perhatian
47
dalam melaksanakan keadah temubual seperti mana dijelaskan oleh Hamidi (2006),
antaranya:
I. Mengenalpasti Pihak-Pihak hendak Ditemubual
Sebelum melaksanakan sesi temubual, pihak-pihak yang terlibat telah dikenal
pasti. Dalam kajian ini responden adalah pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung dalam hal ehwal pengurusan penyelenggaraan bangunan
kajian. Sesi temubual yang telah dijalankan memfokuskan responden yang
terlibat secara langsung dalam pengurusan penyelenggaraan bangunan kajian.
Temubual juga dilaksanakan ke atas pihak JKR sebagai pihak yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal kawalselia bangunan kajian.
II. Menjelaskan Objektif Temubual Dilakukan
Memaklumkan kepada pihak responden mengenai tujuan utama sesi temubual
dilakukan. Peringkat ini lebih kepada perbincangan dan soal jawab antara
penyelidik dan pihak responden untuk mendapatkan maklumat kajian.
III. Melaksanakan Temubual
Temubual dilaksankan berpandukan kepada soalan-soalan yang telah dibentuk
dalam borang temubual yang disediakan. Tujuannya adalah untuk memastikan
soalan yang dikemukan memfokuskan kepada skop objektif kajian.
IV. Menilai Hasil Temubual
Temubual yang telah dilakukan akan dinilai melalui pengumpulan dan semasa
analisis data. Ia merupakan proses yang penting dalam menentukan samada
objektif kajian dapat dicapai atau sebaliknya.
48
3.3.2 Analisis Kandungan
Menurut Burn ( 1985 ) , analisis kandungan sering digunakan dalam kajian
kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep dan
makna. Analisis kandungan memerlukan sistem pengkodan yang berkaitan dengan
matlamat sesuatu penyelidikan. Analisis kandungan penting untuk mengelaskan
kategori dan ia bukan merupakan aktiviti pengumpulan data untuk membuktikan
hipotesis. Kategori pengkodan harus dijalankan sebaik pengumpulan data pertama
dilakukan. Proses ini memudahkan penyelidik memahami maklumat yang diperolehi
dan menjadi panduan kepadanya untuk menentukan apakah yang harus difokuskan
kepada matlamat seterusnya .
Miles dan Huperman ( 1984 ) menyatakan pengkodan bukanlah sesuatu data
yang telah siap sedia dianalisis tetapi ianya terus menerus sepanjang proses
pengumpulan data. Kategori dan pola data yang diperolehi menjadi bukti kepada
sesuatu persoalan yang dikaji. Analisis boleh dijalankan dari data yang diperolehi
berdasarkan bukti yang terkumpul.
Hasil dari temubual bersama pihak yang terlibat dalam kerja-kerja
penyelenggaraan telah dianalisis dengan merujuk kepada keperluan utama pendekatan
amalan pengurusan penyelenggaraan yang merangkumi aktiviti perancangan
penyelenggaraan, pengaturan kerja penyelenggaraan, perlaksanaan jenis
penyelenggaraan, pemeriksaan atau pemantauan dan pembaikan sistem
penyelenggaraan. Hasil keputusan analisis kajian dipaparkan dalam bentuk jadual.
49
3.5 Rumusan
Bab 3 menerangkan tentang kaedah yang digunakan bagi mengumpul data dan
memperolehi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dalam bab ini
juga akan dinyatakan jenis reka bentuk penyelidikan yang digunakan, responden yang
terlibat, prosedur mengumpul data dan kaedah bagi menganalisis data. Bagi bab yang
seterusnya iaitu Bab 4, penyelidik akan memaparkan hasil analisis data bagi kajian
lapangan terhadap lima buah bangunan lama yang terpilih.
50
BAB 4
ANALISIS KAJIAN DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan mengenai hasil analisis pengumpulan data
terhadap lima buah bangunan lama yang terdapat di Bandaraya Alor Setar.
Pemerhatian telah dilakukan terhadap kerosakan yang berlaku pada lima buah
bangunan lama yang berusia lebih 50 tahun. Hasil data yang diperolehi dianalisis untuk
mendapatkan data bagi objektif pertama kajian iaitu mengenalpasti jenis kerosakan
yang berlaku pada bangunan lama berdasarkan kriteria bangunan lama yang dipilih
untuk kajian ini. Kaedah temubual dilengkapi soalan temubual yang berbentuk separa
berstruktur disediakan untuk menemubual responden yang terlibat secara langsung
dalam kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama yang dipilih dalam kajian ini. Data
yang diperolehi daripada temubual, dianalisis bagi mendapatkan keputusan untuk
objektif kedua kajian iaitu mengenai pengurusan penyelenggaraan semasa yang
dijalankan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap bangunan lama.
51
4.2 Kaedah Pengumpulan Data
Setelah kajian literatur dianalisis, data-data mengenai penyelenggaraan
terhadap bangunan lama dikumpul dan dianalisis. Hal ini bertujuan untuk:
1. Mengenalpasti jenis kerosakan yang berlaku pada bangunan lama di Alor
Setar.
2. Mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak
pengurusan bangunan terhadap bangunan lama di Alor Setar.
Bagi mendapatkan data-data lengkap bagi mencapai objektif kajian, data
dikumpul melalui dua kaedah iaitu:
1. Kaedah pemerhatian beserta Borang Pemeriksaan Bangunan dijalankan
terhadap bangunan lama di Alor Setar yang dipilih untuk kajian ini.
2. Temubual separa berstruktur kepada pihak yang terlibat secara langsung
dalam pengurusan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan lama yang telah
dipilih untuk kajian ini.
4.3 Analisis Terhadap Kerosakan pada Bangunan Lama.
Hasil pengumpulan data pemerhatian, data dianalisis bagi mengenalpsati
kerosakan yang dialami pada bangunan lama. Pemerhatian yang dijalankan terhadap
kerosakan pada lima buah bangunan lama di Alor Setar dilengkapi dengan penyediaan
borang pemeriksaan bangunan yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu rujukan skala
pemeriksaan fizikal elemen bangunan, maklumat mengenai bangunan yang dikaji, dan
penilaian tahap kerosakan elemen bangunan.
52
Pemerhatian yang dijalankan terhadap kerosakan pada elemen bangunan kajian
adalah berdasarkan penggunaan skala. Penggunaan skala untuk pemeriksaan fizikal
elemen bangunan dalam kajian ini telah dirujuk dengan penyediaan Garis Panduan
Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan Bangunan oleh Jabatan Kerja Raya seperti dalam
Jadual 3.1.
Kajian pemerhatian terhadap kerosakan elemen bangunan yang telah
dijalankan adalah berdasarkan bangunan yang telah dipilih dengan kriteria yang telah
digariskan pada awalan kajian. Jadual 4.1 adalah maklumat bangunan yang telah
dipilih untuk kajian ini.
No. Nama Bangunan Pemilik
Bangunan
Tahun
Binaan
Kegunaan Semasa
Bangunan
1. Bangunan Wisma
Negeri Kedah
Kerajaan Negeri
Kedah
1929 Bangunan Pejabat:
1. Pejabat Tanah Dan
Galian
2. Pejabat Perbendaraan
Dan Audit
3. Pejabat Daerah Kota
Setar
2. Bangunan Wan
Muhammad Saman
Kerajaan Negeri
Kedah
1941 Bangunan Pejabat:
1. Pejabat Majlis Agama
Islam Negeri Kedah
3. Kolej Sultan Abdul
Hamid
Kementerian
Pendidikan
Malaysia
1915 Bangunan Sekolah
Menengah
4. Bangunan Majlis
Bandaraya Alor
Setar
Majlis Bandaraya
Alor Setar
(MBAS)
1958 Bangunan Pejabat:
1. Pejabat Majlis
Bandaraya Alor Setar
5. Bangunan
Persekutuan Alor
Setar
Jabatan Perdana
Menteri
1964 Bangunan Pejabat:
1. Pejabat Bahagian
Selenggara Persekutuan
Negeri (JKR)
2. Pejabat Suruhanjaya
Pencegah Rasuah
Malaysia Kedah
3. Pejabat Jabatan
Penerangan (Pusat
Maklumat Rakyat)
Jadual 4.1: Maklumat Bangunan Kajian
53
Hasil keputusan kajian terhadap kerosakan pada elemen bangunan telah
dianalisis dan diringkaskan dalam bentuk graf. Bagi membentuk analisis ini,
kerosakan pada bangunan adalah mengikut pembahagian elemen bangunan iaitu
berdasarkan 9 elemen utama bangunan. Antaranya adalah:
i. Kerosakan bangunan pada elemen lantai
ii. Kerosakan bangunan pada elemen dinding luar
iii. Kerosakan bangunan pada elemen dinding dalam.
iv. Kerosakan bangunan pada elemen rasuk
v. Kerosakan bangunan pada elemen tiang
vi. Kerosakan bangunan pada elemen tangga
vii. Kerosakan bangunan pada elemen tingkap
viii. Kerosakan bangunan pada elemen pintu
ix. Kerosakan bangunan pada elemen bumbung
Berdasarkan pada elemen bangunan, penilaian dibuat bagi mengenalpasti tahap
fizikal keadaan bangunan lama. Hasil pengiraan purata tahap fizikal keadaan bangunan
lama dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu keadaan baik dimana tiada kerosakan atau
hanya kerosakan minor pada elemen bangunan, keadaan sederhana adalah kerosakan
major yang berlaku pada elemen bangunan tetapi masih boleh berfungsi dan keadaan
kritikal adalah kerosakan serius pada elemen bangunan yang memerlukan pemantauan
dari pihak pengurusan penyelenggaraan bangunan seperti pada Jadual 3.3. Purata
penilaian tahap kerosakan bagi sesuatu elemen untuk lima buah bangunan lama
diringkaskan dalam bentuk graf.
54
4.3.1 Analisis Kerosakan Lantai pada Bangunan Lama
Analisis kerosakan elemen lantai bangunan dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu kerosakan kepada struktur lantai dan kerosakan kemasan pada lantai. Berdasarkan
purata untuk lima buah bangunan lama yang dikaji, purata bagi struktur lantai adalah
pada tahap satu dimana tahap fizikal lantai untuk kelima-lima buah bangunan lama
adalah baik. Hasil dari kajian ini, didapati kesemua bangunan lama yang dikaji
menggunakan bahan konkrit sebagai bahan binaan untuk lantai.
Rajah 4.1: Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Lantai
Berdasarkan Rajah 4.1, purata tahap kerosakan fizikal kemasan lantai pada
lima buah bangunan lama yang dikaji adalah (2.4). Purata ini telah diparaskan pada
bahagian sederhana rosak. Kebanyakkan bangunan lama yang dikaji mengalami
masalah keretakkan kecil pada bahagian kemasan lantai. Secara keseluruhannya,
purata bagi kemasan lantai untuk kelima-lima buah bangunan lama adalah pada tahap
sederhana rosak. Namun begitu, hasil kajian telah mendapati kerosakan kemasan lantai
yang kritikal pada Bangunan Wisma Negeri Kedah. Hasil kajian lapangan mendapati
bahawa kemasan lantai bagi Bangunan Wisma Negeri Kedah mengalami kerosakan
pada jubin lantai tertanggal dan retak.
1
2.4
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Struktur Lantai Kemasan
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN LANTAI
Sederhana
Kritikal
55
Berdasarkan Rajah 4.2 memaparkan keadaan fizikal kerosakan pada kemasan
lantai di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Manakala Rajah 4.3 memaparkan keadaan
jubin retak di Bangunan Majlis Bandaraya Alor Setar. Kerosakan yang berlaku adalah
disebabkan kurangnya penyelenggaraan pada bangunan.
Rajah 4.2: Kerosakan Jubin Tertanggal
Rajah 4.3: Keretakan pada Jubin
56
4.3.2 Analisis Kerosakan Dinding Luar pada Bangunan Lama
Analisis kerosakan dinding luar dibahagikan kepada dua bahagian iaitu
kerosakan pada struktur dinding luar dan kemasan pada dinding luar. Dalam kajian
lapangan ini, kesemua struktur dinding luar pada bangunan yang diselidik berada
dalam keadaan baik dengan jumlah purata adalah satu berdasarkan Rajah 4.4.
Keseluruhan bangunan lama yang dikaji tidak mengalami masalah kerosakan pada
struktur dinding luar bangunan. Berdasarkan hasil pemeriksaan pada bangunan lama,
didapati kesemua bangunan lama menggunakan bata sebagai bahan struktur dinding
luar bangunan dan tiada mendapan yang berlaku pada tapak bangunan lama membuat
struktur bangunan lama masih dalam keadaaan baik dan kukuh.
Rajah 4.4: Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Luar
Namun begitu, keadaan tahap fizikal kemasan bagi dinding luar bangunan
secara puratanya adalah (2.8) iaitu pada tahap sederhana rosak. Daripada hasil
pemerhatian pada dinding luar bangunan, kebanyakkan bangunan lama yang dikaji
mengalami masalah permukaan dinding yang berlumut dan kemasan cat yang
mengelupas. Kerosakan seperti ini pada kemasan dinding luar bangunan
mengakibatkan bangunan lama kelihatan usang. Selain permukaan yang kotor, dinding
luar pada bangunan lama juga mengalami masalah lepaan tetanggal dan keretakan.
1
2.8
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Struktur Dinding Luar Kemasan
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN DINDING LUAR
Sederhana
Kritikal
57
Hasil dari pemerhatian, didapati kerosakan teruk pada kemasan struktur
dinding luar terutamatanya bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid. Keadaan fizikal
struktur dinding luar bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid masih kukuh tetapi tahap
kemasan bagi dinding luar berada pada tahap kritikal. Ini disebabkan kebanyakkan
dinding luar bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid mengalami masalah lepaan
tertanggal dan retak. Rajah 4.5 memaparkan keadaan semasa kemasan lepaan pada
bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid. Kerosakan yang berlaku adalah disebabkan
perbuatan manusia. Faktor usia bangunan juga mengakibatkan kemasan pada
Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid kelihatan teruk.
Berdasarkan hasil kajian, didapati terdapat beberapa bahagian dinding luar
yang mengalami masalah permukaan berlumut dan kemasan cat mengelupas. Rajah
4.6 menunjukkan tahap kerosakan kemasan pada dinding luar bangunan Wan
Muhammad Saman. Kerosakan yang berlaku disebabkan kurangnya penyelenggaraan
pada bangunan Wan Muhammad Saman.
Rajah 4.5: Kemasan Lepaan pada
Dinding Luar Tetanggal
Rajah 4.6: Dinding Luar Berlumut
dan Kemasan Cat Mengelupas
58
4.3.3 Analisis Kerosakan Dinding Dalam pada Bangunan Lama
Tahap kerosakan dinding dalam dianalisis sama seperti dinding luar bangunan,
dinding dalam bangunan lama dibahagikan kepada dua bahagian iaitu struktur dinding
dalam dan tahap kemasan dinding dalam bangunan. Hasil dari pemerhatian yang telah
dibuat, didapati keseluruhan struktur dinding dalam pada lima buah bangunan lama
berkeadaan baik. Keseluruhan bangunan lama yang dikaji menggunakan bata sebagai
bahan untuk struktur dinding dalam bangunan. Selain itu, kebanyakkan bangunan yang
dikaji juga menggunakan dinding partisi sebagai dinding dalam bangunan. Hasil
kajian, secara puratanya struktur dinding dalam berada pada tahap satu dimana struktur
dinding dalam berkeadaan baik.
Rajah 4.7: Graf Purata Tahap Kerosakan Dinding Dalam
Analisis untuk elemen dinding dalam bangunan juga dilakukan dengan
meneliti tahap kemasan pada dinding dalam bangunan. Berdasarkan Rajah 4.7,
menunjukkan purata bagi tahap kerosakan kemasan dinding dalam adalah (2.6).
Berdasarkan hasil analisis, menunjukkan tahap fizikal kemasan dinding dalam pada
bangunan lama bagi lima buah bangunan yang dikaji berada pada tahap sederhana
rosak. Kebanyakkan bangunan lama yang dikaji mengalami keretakan kecil dan
permukaan kemasan cat yang mengelupas.
1
2.6
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Struktur Dinding Dalam Kemasan
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN DINDING DALAM
Sederhana
Kritikal
59
Hasil dari kajian di lapangan, didapati bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid
mengalami kerosakan kritikal pada kemasan bagi dinding dalam bangunan. Ini
disebabkan kebanyakkan dinding dalam bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid
mengalami masalah lepaan tertanggal dan retak. Rajah 4.8 memaparkan keadaan
semasa kemasan lepaan pada bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid.
Rajah 4.8: Lepaan Pada Dinding Dalam Retak dan Tertanggal
Berdasarkan hasil kajian, didapati terdapat beberapa bahagian dinding dalam
yang mengalami masalah permukaan retak dan kemasan cat mengelupas. Rajah 4.9
menunjukkan tahap kerosakan kemasan pada dinding dalam di Bangunan Majlis
Bandaraya Alor Setar.
Rajah 4.9: Keretakan pada Lepaan Dinding Dalam
60
4.3.4 Analisis Kerosakan Rasuk pada Bangunan Lama
Berdasarkan hasil pemerhatian kajian lapangan, keseluruhan struktur rasuk
pada bangunan lama diperbuat daripada bahan konkrit. Analisis tahap kerosakan
elemen rasuk dilaksanakan berdasarkan keadaan fizikal struktur rasuk dan kemasan
pada rasuk. Berdasarkan Rajah 4.10, didapati purata bagi tahap fizikal keadaan struktur
rasuk adalah (1.4). Secara keseluruhannya, struktur rasuk pada kelima-lima bangunan
berkeadaan baik dan masih berfungsi untuk menerima beban dari bangunan. Namun
begitu, didapati struktur rasuk di sebuah bangunan lama kajian mengalami keretakan
pada struktur yang memerlukan pemantauan dari pihak pengurusan bangunan.
Rajah 4.10: Graf Purata Tahap Kerosakan Rasuk
Manakala, berdasarkan kajian lapangan, didapati keadaan fizikal kemasan
rasuk bagi lima buah bangunan yang dikaji berada dalam keadaan sederhana rosak.
Berdasarkan analisis, Rajah 4.10 menunjukkan purata tahap kerosakan fizikal kemasan
adalah (2.4) iaitu melebihi (2.33) yang berada pada tahap sederhana rosak.
Kebanyakkan keadaan fizikal kemasan rasuk pada bangunan lama yang dikaji
mengalami masalah pada permukaan rasuk yang berlumut dan kemasan cat yang
mengelupas.
1.4
2.4
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Struktur Rasuk Kemasan
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN RASUK
Sederhana
Kritikal
61
Berdasarkan pemerhatian kajian lapangan, terdapat keretakan struktur rasuk di
Bangunan Persekutuan Alor Setar. Berdasarkan Rajah 4.11 menunjukkan keadaan
fizikal struktur rasuk pada rumah penyaman udara di Bangunan Persekutuan Alor
Setar. Keretakan pada rasuk di bilik sistem penyaman udara di Bangunan Persekutuan
Alor Setar adalah disebabkan kesilapan pembinaan.
Berdasarkan kajian lapangan, kebanyakkan bangunan lama yang dikaji
mengalami masalah keretakan lepaan pada struktur rasuk bangunan. Rajah 4.12
menunjukkan tahap kerosakan kemasan pada rasuk di Bangunan Wan Muhammad
Saman. Lepaan yang retak pada struktur rasuk adalah disebabkan kesilapan
pembinaan.
Rajah 4.11: Keretakan pada Struktur
Rasuk
Rajah 4.12: Keretakan Lepaan
pada Struktur Rasuk
62
4.3.5 Analisis Kerosakan Tiang pada Bangunan Lama
Berdasarkan kajian lapangan, keseluruhan struktur tiang pada bangunan lama
diperbuat daripada bahan konkrit. Hasil dari kajian, tahap kerosakan tiang dianalisis
berdasarkan dua elemen iaitu struktur tiang dan kemasan pada tiang. Berdasarkan
Rajah 4.13, didapati purata bagi tahap fizikal keadaan struktur rasuk adalah (1.0).
Secara keseluruhannya, struktur tiang pada kelima-lima bangunan berkeadaan baik
dan masih berfungsi sebagai penerima dan pengagihan beban dari bangunan.
Rajah 4.13: Graf Purata Tahap Kerosakan Tiang
Manakala merujuk kepada Rajah 4.13, tahap keadaan fizikal kemasan tiang
bagi lima buah bangunan lama yang dikaji secara puratanya adalah (2.6). Purata tahap
kemasan tiang adalah berada pada tahap sederhana rosak. Ini kerana, berdasarkan
pemerhatian pada bangunan lama yang dikaji, didapati elemen tiang pada bangunan
lama mengalami masalah pengelupasan lapisan cat dan berlakunya kelembapan pada
elemen mengakibatkan tumbuh tumbuhan kecil pada elemen tiang. Kerosakan ini
secara amnya tidak menggangu sistem struktur kerana kerosakan ini umumnya telah
menjejaskan penampilan bangunan lama dari sudut estetik perrmukaan tiang bangunan
lama.
1
2.6
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Struktur Tiang Kemasan
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN TIANG
Sederhana
Kritikal
63
Berdasarkan pemerhatian kajian lapangan, didapati terdapat pengelupasan
lapisan cat pada elemen tiang dan terdapat tumbuhan menjalar tumbuh pada elemen
tiang bangunan di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Berdasarkan Rajah 4.14
menunjukkan keadaan fizikal kemasan permukaan tiang di Bangunan Wisma Negeri
Kedah. Kerosakan ini berlaku akibat kurang penyelenggaraan pada bangunan.
Rajah 4.14: Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan
Berdasarkan Rajah 4.15 menunjukkan keadaan fizikal kemasan permukaan
tiang di Bangunan Dewan Kolej Sultan Abdul Hamid. Kerosakan ini berlaku akibat
kurang penyelenggaraan pada bangunan.
Rajah 4.15: Keadaan Kemasan Permukaan Tiang Bangunan
64
4.3.6 Analisis Kerosakan Tangga pada Bangunan Lama
Analisis untuk kerosakan elemen tangga dibahagikan kepada tiga bahagian
utama tangga iaitu struktur tangga, kemasan pada tangga dan susur tangan.
Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan, didapati lima buah bangunan lama
yang dikaji menggunakan tangga konkrit. Terdapat juga penggunaan tangga kayu pada
bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid dan bangunan Wisma Negeri Kedah. Hasil kajian
mendapati terdapat kerosakan kritikal pada struktur tangga di bangunan Wisma Negeri
Kedah. Rajah 4.16 menunjukkan purata bagi kerosakan tangga bagi kelima-lima buah
bangunan lama adalah (1.4), dimana secara keseluruhannya, struktur tangga pada
bangunan lama yang dikaji masih dalam keadaan baik.
Rajah 4.16: Graf Purata Tahap Kerosakan Tangga
Merujuk kepada Rajah 4.16, purata keadaan tahap fizikal kemasan pada tangga
adalah (2.2). Berdasarkan pemerhatian terhadap elemen tangga, didapati tiada
kerosakan major pada kemasan tangga. Struktur tangga pada bahagian luar bangunan
didapati kotor dan berlumut. Manakala, bahagian susur tangan pada struktur tangga
secara puratanya dalam keadaan baik iaitu (1.4). Hasil kajian mendapati tiada
kerosakan major pada susur tangan untuk elemen tangga. Susur tangan kelihatan pudar
dari segi kemasan dan berkarat.
1.4
2.2
1.4
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Struktur Tangga Kemasan Susur Tangan
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN TANGGA
Sederhana
Kritikal
65
Berdasarkan pemerhatian kajian lapangan, didapati struktur tangga konkrit
bertetulang pada bangunan Wisma Negeri Kedah mengalami keretakan dan lapisan
konkrit terbuka (Spalling). Kerosakan struktur tangga yang dialami adalah pada tahap
kritikal dan memerlukan pemantauan dari pihak pengurusan bangunan. Rajah 4.17
menunjukkan keadaan fizikal struktur tangga yang mengalami kerosakan di Bangunan
Wisma Negeri Kedah. Kerosakan yang berlaku adalah disebabkan kesilapan
pembinaan. Disamping itu, usia bangunan juga menjadi faktor kerosakan pada lapisan
struktur konkrit.
Rajah 4.17: Lapisan Konkrit Terbuka (Spalling) pada Struktur Tangga
66
4.3.7 Analisis Kerosakan Tingkap pada Bangunan Lama
Kajian pemerhatian yang dijalankan pada elemen tingkap adalah berdasarkan
komponen utama tingkap seperti bingkai tingkap, panel tingkap dan komponen besi
tingkap. Hasil kajian mendapati lima bangunan lama yang dikaji menggunakan
bingkai kayu dan aluminium pada elemen tingkap. Rajah 4.18 menunjukkan purata
tahap kerosakan bingkai tingkap adalah (2.2). Secara kesuluruhannya keadaan tahap
fizikal bingkai tingkap adalah baik. Hasil pemerhatian mendapati bahawa tiada
kerosakan major pada bingkai tingkap. Kerosakan yang dialami adalah pengelupasan
lapisan cat pada bingkai tingkap dan berkarat.
Rajah 4.18: Purata Tahap Kerosakan Tingkap
Rajah 4.18 menunjukkan purata bagi komponen panel tingkap adalah (2.6).
Berdasarkan pemerhatian terhadap elemen tingkap pada lima buah bangunan lama
yang dikaji, panel tingkap diperbuat daripada kaca. Hasil kajian didapati, kerosakan
yang dialami pada panel tingkap kaca adalah keretakan kecil, pecah dan panel tingkap
tertanggal dari bingkai. Dua buah bangunan lama yang dikaji mengalami masalah pada
panel tingkap. Secara keseluruhannya, keadaan fizikal panel tingkap adalah sederhana
rosak.
2.22.6
2.4
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Bingkai Panel Komponen besitingkap
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN TINGKAP
Sederhana
Kritikal
67
Elemen tetingkap aluminium melibatkan pemasangan sebilangan komponen
besi seperti rivet, skru, engsel, gasket, dan menetapkan kekisi. Berdasarkan Rajah 4.18
mendapati purata tahap keadaan fizikal komponen besi tingkap adalah sederhana
rosak. Hasil kajian mendapati bahawa sesetengah komponen besi tingkap pada lima
buah bangunan lama yang dikaji tidak berfungsi dengan baik dan keadaaan fizikalnya
berkarat.
Berdasarkan Rajah 4.19 memaparkan keadaan elemen tingkap yang
mengalami kerosakan pada bingkai yang berkarat dan panel tingkap yang pecah di
bangunan Wan Muhammad Saman. Kerosakan yang berlaku adalah disebabkan cuaca
dan perbuatan manusia.
Rajah 4.19: Keadaan Fizikal Elemen Tingkap
68
4.3.8 Analisis Kerosakan Pintu pada Bangunan Lama
Kajian kerosakan pada elemen pintu untuk bangunan lama dilakukan seperti
kajian pada kerosakan tingkap. Elemen pintu telah dibahagikan kepada tiga komponen
utama pintu iaitu bingkai pintu, panel pintu dan komponen besi pintu. Berdasarkan
analisis pada Rajah 4.20 menunjukkan bahawa purata tahap keadaan fizikal bagi
komponen bingkai pintu adalah (2.4) iaitu berada pada tahap sederhana rosak.
Pemerhatian yang dijalankan terhadap lima buah bangunan lama yang dikaji
mendapati bingkai pintu diperbuat dari dua bahan berbeza iaitu dari kayu dan
aluminium. Keadaan bingkai pintu kayu mengalami kerosakan kerangka bingkai
mereput dan pengelupasan lapisan cat.
Rajah 4.20: Graf Purata Tahap Kerosakan Pintu
Berdasarkan Rajah 4.20, purata bagi tahap kerosakan panel pintu adalah (1.6)
dimana secara keseluruhannya tahap keadaan fizikal panel pintu pada lima buah
bangunan lama yang dikaji berkeadaan baik. Hasil kajian mendapati hanya terdapat
kerosakan kecil seperti pengelupasan lapisan cat pada panel pintu. Komponen seperti
rivet, skru, engsel, dan gasket juga dinilai untuk mengenalpasti kebolehgunaan elemen
pintu. Berdasarkan Rajah 4.20 mendapati bahawa komponen besi pintu secara
puratanya adalah (2.0) iaitu berkeadaan baik.
2.4
1.6 2 2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Bingkai Panel Komponen besipintu
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN PINTU
Sederhana
Kritikal
69
Berdasarkan Rajah 4.21 memaparkan keadaan elemen pintu yang mengalami
kerosakan pada bingkai yang mereput dan kemasan cat mengelupas di bangunan
Wisma Negeri Kedah. Kerosakan mereput pada bingkai kayu disebabkan permukaan
kayu terdedah dengan kelembapan.
Rajah 4.21: Keadaan Kerosakan Fizikal Bingkai Kayu
Rajah 4.22 memaparkan keadaan elemen pintu yang mengalami kerosakan
pada bingkai yang mereput di Bangunan Persekutuan Alor Setar. Kerosakan yang
berlaku akibat dari serangan serangga perosak.
Rajah 4.22: Kerosakan pada Bingkai Pintu
70
4.3.9 Analisis Kerosakan Bumbung pada Bangunan Lama
Analisis bumbung dibuat berdasarkan tiga komponen utama elemen bumbung
iaitu kerangka bumbung, genting bumbung dan siling. Berdasarkan Rajah 4.23
menunjukkan purata keadaan fizikal kerangka bumbung adalah (3.2) iaitu berada pada
tahap sederhana rosak. Ini kerana didapati sebilangan kerangka bumbung pada
bangunan lama yang dikaji mengalami kerosakan kerangka kayu mereput. Hasil kajian
mendapati keadaan fizikal kerangka bumbung di Bangunan Kolej Sultan Abdul Samad
adalah sangat kritikal. Ketika menjalankan kajian lapangan di Bangunan Kolej Sultan
Abdul Hamid, kerja-kerja pembaikan bumbung tengah dilaksanakan. Masalah
kerangka kayu mereput juga berlaku pada Bangunan Wan Muhammad Saman,
Bangunan Wisma Negeri dan Bangunan Majils Bandara Alor Setar. Secara
keseluruhannya keadaan fizikal kerangka bumbung pada tiga buah bangunan lama
tersebut berkeadaan sederhana rosak.
Rajah 4.23: Graf Purata Tahap Kerosakan Pada Bumbung
3.2
4.2
3.2
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
Kerangka Genting Siling
PU
RA
TA
ELEMEN BANGUNAN
KEROSAKAN BUMBUNG
Sederhana
Kritikal
71
Berdasarkan Rajah 4.23, tahap purata kerosakan pada komponen genting
bumbung adalah (4.2). Hasil kajian terhadap lima buah bangunan lama didapati
bangunan kajian mengalami masalah kerosakan pada genting bumbung seperti genting
pecah atau patah, genting hilang, dan masalah sesalur air hujan tersumbat merupakan
kerosakan major yang didapati pada komponen genting bumbung. Selain itu,
kerosakan minor adalah seperti warna genting luntur dan permukaan genting berkulat.
Berdasarkan Rajah 4.24 memaparkan keadaan semasa kerosakan pada genting
bumbung di Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid.
Rajah 4.24: Keadaan Genting Bumbung yang Rosak
Berdasarkan Rajah 4.23 menunjukkan purata tahap kerosakan pada komponen
siling adalah (3.2) iaitu pada tahap sederhana rosak. Hasil kajian mendapati kerosakan
pada siling bumbung akibat dari kebocoran pada genting dan salur hujan tersumbat.
Kerosakan yang dialami pada siling bumbung adalah seperti kesan kelembapan,
kepingan siling hilang dan pecah. Rajah 4.25 menunjukkan keadaan siling yang pecah.
Rajah 4.25: Kerosakan Siling Pecah di Bangunan MBAS
72
4.3.10 Hasil Analisis Kerosakan Bangunan Lama
Berdasarkan Rajah 4.26 merupakan hasil analisis yang dijalankan terhadap
lima buah bangunan lama di Alor Setar. Beberapa elemen bangunan yang mengalami
kerosakan pada permukaan kemasan. Antaranya adalah elemen lantai yang dianalisis
secara puratanya pada tahap (2.4) iaitu sederhana rosak akibat dari keretakan kemasan
dan jubin tertanggal. Kemasan dinding luar juga secara puratanya mengalami tahap
kerosakan yang sederhana iaitu (2.8) akibat dari kerosakan pada lepaan yang tertanggal
dan permukaan lapisan cat yang mengelupas. Begitu juga tahap kerosakan yang
dialami pada dinding dalam bangunan. Purata bagi tahap kerosakan kemasan pada
dinding dalam adalah (2.6). Elemen rasuk dan tiang juga mengalami kerosakan pada
kemasan iaitu pada tahap sederhana rosak. Berdasarkan Rajah 4.26, purata tahap
kemasan rasuk adalah (2.4) manakala tiang adalah (2.6). Secara puratanya, bangunan
lama yang dikaji tidak mengalami kerosakan pada struktur bangunan. Namun begitu,
permukaan struktur yang berlumut, kemasan retak atau tertanggal dan pengelupasan
lapisan cat mengakibatkan penampilan bangunan lama kelihatan usang.
Rajah 4.26: Graf Purata Tahap Kerosakan Elemen Bangunan
2.42.8
2.62.4
2.6 2.62.4 2.4
3.2
4.2
3.2
2.33
3.67
0
1
2
3
4
5
PU
RA
TA
KEROSAKAN ELEMEN BANGUNAN
Sederhana
Kritikal
73
Hasil analisis pada Rajah 4.26 menunjukkan elemen tingkap pada lima buah
bangunan lama yang dikaji didapati rosak pada bahagian panel dan komponen tingkap.
Purata tahap kerosakan panel tingkap adalah (2.6) iaitu pada tahap sederhana rosak.
Ini kerana didapati beberapa buah panel tingkap pecah, retak dan tertanggal pada setiap
bangunan lama yang dikaji. Manakala beberapa komponen tingkap seperti rivet,
engsel dan kekisi tingkap pada lima buah bangunan lama yang dikaji tidak berfungsi
dengan baik. Purata tahap kerosakan pada komponen tingkap adalah (2.4).
Berdasarkan pemerhatian pada elemen tingkap, didapati kebanyakkan komponen
tingkap mengalami kerosakan berkarat. Hasil analisis mendapati elemen pintu
mengalami kerosakan pada bingkai. Purata kerosakan pada bingkai pintu adalah (2.4).
Hasil pemerhatian terhadap elemen pintu mendapati sesetengah bingkai kayu yang
digunakan pada bangunan lama mengalami masalah reput.
Berdasarkan kajian lapangan terhadap lima buah bangunan lama, didapati
bangunan lama yang dikaji mengalami masalah kerosakan pada elemen bumbung.
Rajah 4.26 menunjukkan purata tahap kerosakan pada kerangka bumbung adalah (3.2).
Ini kerana, sebilangan kecil kerangka kayu bumbung yang digunakan mengalami
masalah kerosakan kerangka kayu reput. Hasil pemerhatian terhadap elemen bumbung
juga mendapati genting bumbung mengalami kerosakan yang kritikal. Purata tahap
kerosakan pada genting bumbung adalah (4.2). Berdasarkan hasil kajian mendapati
kebanyakkan bangunan kajian mengalami masalah kerosakan pada genting bumbung
seperti genting pecah atau patah, genting hilang, dan masalah sesalur air hujan
tersumbat merupakan kerosakan major yang didapati pada komponen genting
bumbung. Kebocoran yang dialami pada genting bumbung mengakibatkan kepingan
siling mengalami kerosakan. Berdasarkan Rajah 4.26 menunjukkan purata tahap
kerosakan pada komponen siling adalah (3.2) iaitu pada tahap sederhana rosak.
Berdasarkan kajian lapangan, kerosakan yang dialami pada siling bumbung adalah
seperti kesan kelembapan, kepingan siling hilang dan pecah.
74
4.3.11 Kesimpulan
Daripada hasil kajian terhadap kerosakan yang berlaku pada elemen bangunan
mendapati secara keseluruhanya bangunan lama yang dikaji masih berkeadaan baik
walaupun sesetengah bangunan kelihatan uzur. Ini kerana kebanyakan bangunan
kajian mengalami masalah kerosakan pada kemasan akibat dari perbuatan manusia,
cuaca dan faktor usia bangunan itu sendiri. Kerosakan kemasan berlaku pada
keseluruhan elemen utama bangunan iaitu lantai, dinding luar, dinding dalam, rasuk,
tiang, tangga, dan bumbung.
Hasil kajian juga mendapati lima buah bangunan lama yang dikaji mengalami
masalah kerosakan yang kritikal pada elemen bumbung. Kebanyakkan bangunan lama
yang dikaji mengalami kerosakan kebocoran bumbung yang mengakibatkan ruang
dalam bangunan lembab dan siling rosak. Ini kerana struktur bumbung yang digunakan
adalah sudah berusia. Elemen bumbung juga terdedah dengan cuaca mengakibatkan
struktur kerangka kayu yang sudah berusia mengalami pereputan. Kesilapan
pembinaan juga adalah faktor yang mengakibatkan elemen bumbung mengalami
kerosakan.
Daripada hasil kajian lapangan terhadap lima buah bangunan lama yang dikaji,
Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid yang paling terjejas dengan masalah kerosakan
pada beberapa elemen bangunan. Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid mengalami
kerosakan yang kritikal pada elemen kemasan dan juga elemen bumbung bangunan.
Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid yang sudah berusia lebih 100 tahun mengalami
kerosakan kritikal pada elemen bumbung. Ketika kajian lapangan dilakukan,
penyelidik mendapati kerja-kerja pembaikan bumbung bangunan sedang dijalankan
akibat dari kerosakan pada kerangka utama bumbung yang mereput. Keadaan elemen
bumbung seperti genting dan siling juga berada pada tahap kritikal akibat dari faktor
usia bangunan.
75
Hasil kajian mendapati kemasan pada elemen Bangunan Kolej Sultan Abdul
Hamid rosak teruk akibat dari lepaan tertanggal, permukaan cat mengelupas dan
keretakan pada elemen dinding bangunan. Kerosakan yang berlaku pada kemasan
bangunan adalah disebabkan perbuatan manusia dan faktor usia bangunan itu sendiri.
Namun begitu, struktur Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid masih berkeadaan baik.
4.4 Hasil Pengumpulan Data Dari Temubual
Temubual ini dijalankan untuk mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan
yang dilaksanakan pada lima buah bangunan lama di Alor Setar. Secara asasnya soalan
temubual separa berstruktur ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu maklumat
bangunan kajian, maklumat responden dan soalan mengenai amalan pengurusan
penyelenggaraan yang dilaksanakan. Temubual yang telah dijalankan adalah
berdasarkan lima keperluan utama pendekatan amalan pengurusan penyelenggaraan
yang merangkumi perancangan penyelenggaraan, pengaturan kerja penyelenggaraan,
perlaksanaan jenis penyelenggaraan, pemeriksaan atau pemantauan dan pembaikan
sistem penyelenggaraan.
76
76
Jadual 4.2 : Hasil Analisis Temubual Mengenai Pengurusan Penyelenggaraan Semasa pada Lima Buah Bangunan Lama Di Alor Setar
BANGUNAN WISMA
NEGERI KEDAH
BANGUNAN WAN
MUHAMMAD SAMAN
KOLEJ SULTAN
ABDUL HAMID
BANGUNAN MAJLIS
BANDARAYA ALOR
SETAR
BANGUNAN
PERSEKUTUAN ALOR
SETAR
PERANCANGAN Tiada Polisi Khusus
Penyelenggaraan
Tiada Polisi Khusus
Penyelenggaraan
Tiada Polisi Khusus
Penyelenggaraan
Terdapat Polisi
Penyelenggaraan
Terdapat Polisi
Penyelenggaraan
PENGATURAN Mempunyai organisasi
penyelenggaraan
Laporan dan rekod
kerja tidak lengkap.
Mempunyai organisasi
penyelenggaraan
Laporan dan rekod
kerja tidak lengkap.
Mempunyai
organisasi
penyelenggaraan
Laporan dan rekod
kerja tidak lengkap.
Mempunyai organisasi
penyelenggaraan
Laporan dan rekod
kerja tidak lengkap.
Mempunyai organisasi
penyelenggaraan
Laporan dan rekod
kerja lengkap.
PERLAKSANAAN Penyelenggaraan
Tidak Terancang
Penyelenggaraan
Tidak Terancang
Penyelenggaraan
Tidak Terancang
Penyelenggaraan
Tidak Terancang
Penyelenggaraan
Terancang
Penyelenggaraan Tidak
Terancang
PEMERIKSAAN Pemeriksaan
berdasarkan aduan
kerosakan
Pemeriksaan
berdasarkan aduan
kerosakan
Pemeriksaan
berdasarkan aduan
kerosakan
Pemeriksaan
berdasarkan aduan
kerosakan
Pemeriksaan berjadual
Pemeriksaan
berdasarkan aduan
kerosakan
PEMBAIKAN Tiada latihan/khusus
kepada kakitangan
Tiada latihan/khusus
kepada kakitangan
Tiada latihan/khusus
kepada kakitangan
Terdapat
latihan/khusus kepada
kakitangan
Terdapat
latihan/khusus kepada
kakitangan
77
4.4.1 Bangunan 1: Bangunan Wisma Negeri Kedah
Bangunan ini merupakan nadi pentadbiran kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
suatu masa dahulu. Perasmian bangunan ini telah disempurnakan pada 11 Syawal 1393
bersamaan 8 September 1973 oleh D.Y.T.M. Tuanku Haji Abdul Malik ibni
Almarhum Sultan Badlishah, Pemangku Sultan Kedah pada waktu itu.
Bangunan ini pada awalnya menempatkan pejabat-pejabat penting seperti
pejabat KDYMM Tunku Sultan, DYTM Raja Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri dan
Pejabat Kewangan Negeri. Sebelum ini pejabat-pejabat tersebut berada di bangunan
secretariat atau terkenal dengan sebutan 'opis dalam', iaitu bangunan dua tingkat yang
terletak di belakangnya yang mula digunakan pada tahun 1929. Di bangunan ini juga
terdapat Dewan Persidangan untuk ahli-ahli Dewan Negeri Kedah yang sebelum itu
bertempat di Balai Besar semenjak Majlis Negeri di asaskan pada tahun 1905.
Sekarang pada tahun 2016, Wisma Negeri ditempatkan beberapa jabatan penting lain
seperti Pejabat Perbendaharaan dan Audit, Pejabat Tanah dan Galian dan Pejabat
Daerah Kota Setar.
Rajah 4.27: Pintu Masuk Utama ke
Bangunan Wisma Negeri Kedah
Rajah 4.28: Bahagian Belakang Wisma
Negeri yang Menempatkan Bangunan
Lama yang Dikenali Opis Dalam
78
Label Nama
Bangunan
Pemilik
Bangunan
Tahun
Binaan
Pihak Yang
Ditemubual
Bangunan 1 Bangunan
Wisma Negeri
Kedah
Kerajaan
Negeri Kedah
1929 Responden:
A. Pembantu Tadbir
(Jabatan Tanah Dan
Galian)
B. Penolong Pengarah
Bangunan (JKR)
Jadual 4.3 : Maklumat Bangunan dan Penemubual
Temubual telah dijalankan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung ke atas hal ehwal penyelenggaraan bangunan Wisma Negeri Kedah.
Berdasarkan Jadual 4.3, responden A iaitu Pembantu Tadbir dari Jabatan Tanah dan
Galian adalah merupakan pihak yang terlibat dalam hal ehwal penyelenggaraan
bangunan Wisma Negeri Kedah. Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah
Bangunan, JKR yang merupakan sebagai penasihat terhadap kerja penyelenggaraan
yang dijalankan di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Bagi mengenalpasti amalan
pengurusan penyelenggaraan yang dilaksanakan di Bangunan Wisma Negeri Kedah,
soalan telah diajukan kepada responden A dan B mengenai amalan pengurusan semasa
penyelenggaraan terhadap bangunan.
Pengurusan penyelenggaraan melibatkan perancangan yang merangkumi
polisi penyelenggaraan sebagai panduan asas organisasi menjalankan kerja-kerja
penyelenggaraan di sesebuah bangunan. Daripada hasil temubual yang dijalankan
bersama pihak yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan di Bangunan Wisma Negeri
Kedah mendapati bahawa perancangan penyelenggaraan yang dilakukan tidak
berasaskan polisi penyelenggaraan yang khusus. Responden A sebagai pihak yang
bertanggungjawab dalam menyelenggara bangunan Wisma Negeri Kedah menyatakan
bahawa kerja penyelenggaraan di bangunan tersebut tiada perancangan khusus. Ini
kerana tiada polisi dan piawai penyelenggaraan yang digariskan untuk melakukan
kerja penyelenggaraan di bangunan tersebut.
79
Pengaturan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan peranan dan
tanggungjawab organisasi dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan. Selain
itu, pengurusan inventori dan rekod juga adalah aktiviti sistem pengaturan kerja yang
sistematik. Hasil temubual mendapati bahawa memang terdapat organisasi yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan di bangunan Wisma
Negeri Kedah. Namun begitu, kewujudan organisasi tersebut tidak efektif bagi
menjalankan kerja penyelenggaraan yang teratur. Temubual bersama responden A
telah menjelaskan bahawa tiada pekerja teknikal dalam organisasi untuk
membaikpulih kerosakan yang berlaku pada bangunan. Pembaikan kerosakan yang
dilakukan melibatkan kontraktor luar bagi menjalankan fungsi penyelenggaraan.
Perkara ini disetujui responden B yang berperanan sebagai penasihat kerja
penyelenggaraan di Bangunan Wisma Negeri Kedah telah menyatakan bahawa tiada
organisasi khusus yang mahir dalam mengurus bangunan tersebut.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah merangkumi kategori
penyelenggaraan yang tidak terancang dan penyelenggaraan terancang. Kerja-kerja
penyelenggaraan melibatkan perlaksanaan penyelenggaraan secara berjadual
berdasarkan aliran kerja penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan
perancangan, penyelenggaraan pencegahan, dan penyelenggaraan pembaikan.
Berdasarkan temubual yang dijalankan mendapati bahawa perlaksanaan
penyelenggaraan di Bangunan Wisma Negeri Kedah hanya menjalankan pembaikan
kepada kerosakan. Responden A menerangkan kerja penyelenggaraan hanya
dilaksanakan apabila mendapati terdapatnya aduan kerosakan daripada pengguna
bangunan. Responden B juga menyatakan bahawa amalan penyelenggaraan yang
dijalankan pada bangunan tersebut adalah “rosak dahulu baru baiki”. Penyelenggaraan
yang dilaksanakan di Bangunan Wisma Negeri Kedah hanyalah berdasarkan
penyelenggaraan tidak terancang.
Pemeriksaan bangunan merupakan elemen penting bagi mengenalpasti
kerosakan pada bangunan untuk merancang kerja-kerja penyelenggaraan.
Pemeriksaan dilakukan secara berjadual dan berdasarkan kerosakan yang telah berlaku
pada bangunan. Daripada hasil temubual, mendapati tiadanya pemeriksaan yang
80
khusus dan berjadual di Bangunan Wisma Negeri Kedah. Responden A menjelaskan
bahawa pemeriksaan yang dilakukan adalah berdasarkan aduan kerosakan daripada
pengguna bangunan. Manakala, responden B menyatakan bahawa pihak JKR akan
terlibat dalam pemeriksaan terhadap kerosakan besar pada bangunan. Responden B
menjelaskan bahawa pemeriksaan yang akan dilakukan harus mendapat kebenaran
dari pemilik bangunan terlebih dahulu.
Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan
dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem
penyelenggaraan yang sedia ada. Merujuk kepada sistem pengurusan penyelenggaraan
di Bangunan Wisma Negeri Kedah, responden A menyatakan bahawa tiadanya khusus
mahupun latihan kepada kakitangan organisasi dalam bidang penyelenggaraan
bangunan. Ini kerana organisasi sedia ada tidak mempunyai staf sendiri yang
mengawal dan menyelia operasi penyelenggaraan.
Hasil dari temubual yang dijalankan terhadap pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam hal ehwal penyelenggaraan Bangunan Wisma
Negeri Kedah mendapati bahawa pengurusan pengelenggaraan yang dilaksanakan
adalah hanya berdasarkan penyelenggaraan yang tidak terancang. Ini kerana
kelemahan organisasi penyelenggaraan yang kekurangan kakitangan dalam
menjalankan kerja penyelenggaraan bangunan. Selain itu, dana yang diperuntukan
untuk menyelenggara bangunan tidak mencukupi bagi melaksanakan kerja
penyelenggaraan yang sistematik.
81
4.4.2 Bangunan 2: Bangunan Wan Muhammad Saman.
Bangunan ini terletak di Medan Bandar bersebelahan dengan Muzium Di Raja
dan Balai Besar. Bangunan ini mula dibina pada tahun 1939 dan siap pada tahun 1941
semasa pemerintahan British. Sebelum Perang Dunia Kedua, bangunan ini
menempatkan beberapa jabatan penting termasuklah pejabat KDYMM Tunku Sultan
Kedah.
Bangunan ini juga pernah dijadikan Pejabat Daerah Kota Setar dan kini
diduduki oleh Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Bangunan ini dinamakan
Bangunan Wan Muhammad Saman adalah mengambil sempena jasa-jasa cemerlang
yang disumbangkan oleh Dato' Wan Muhammad Saman terhadap pentadbiran Negeri
ini. Beliau pernah dilantik menjadi Perdana Menteri Negeri Kedah pada zaman
pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) dan zaman
pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943). Jika dilihat daripada
struktur pembinaan bangunan ini adalah bercirikan senibina Kolonial.
Rajah 4.29: Bangunan Ini Mempunyai
Satu Blok dan Dua Tingkat. Rajah 4.30: Bangunan Wan Muhammad
Saman Dilihat dari Sudut Hadapan.
82
Label Nama
Bangunan
Pemilik
Bangunan
Tahun
Binaan
Pihak Yang
Ditemubual
Bangunan 2 Bangunan Wan
Muhammad
Saman
Kerajaan
Negeri Kedah
1941 Responden:
A. Ketua Pembantu
Tadbir (JAIK)
B. Penolong Pengarah
Bangunan (JKR)
Jadual 4.4: Maklumat Bangunan dan Penemubual
Temubual yang dijalankan kepada pihak yang terlibat dalam hal ehwal
penyelengaraan adalah untuk mengetahui amalan pengurusan penyelenggaraan yang
dijalankan pada Bangunan Wan Muhammad Saman. Berdasarkan Jadual 4.4,
responden A iaitu Ketua Pembantu Tadbir dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bangunan Wan Muhammad Saman.
Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah Bangunan iaitu wakil dari pihak
JKR dalam penyelenggaraan Bangunan Kerajaan Negeri Kedah.
Pengurusan penyelenggaraan merangkumi kerja-kerja perancangan yang
melibatkan polisi penyelenggaraan dan panduan piawaian penyelenggaraan bangunan.
Temubual telah dilaksanakan bersama responden A menyatakan bahawa perancangan
penyelenggaraan yang dilaksanakan di Bangunan Wan Muhammad Saman tidak
merujuk kepada piawaian penyelenggaraan bangunan. Responden A juga menjelaskan
tiadanya polisi penyelenggaraan yang khusus dalam melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan di bangunan tersebut. Perancangan penyelenggaraan di bangunan
tersebut tidak berasaskan piawaian penyelenggaraan.
Pengaturan kerja penyelenggaraan melibatkan peranan dan tanggungjawab
organisasi dalam memastikan penyelenggaraan yang dilaksanakan berkesan. Hasil dari
temubual, responden A telah menjelaskan bahawa memang terdapat organisasi yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan tersebut. Namun
begitu, organisasi tidak mempunyai kakitangan yang lengkap untuk menjalankan kerja
83
penyelenggaraan yang lebih baik. Kerja pembaikan yang dilakukan adalah melibatkan
kontraktor luar. Responden A juga menyatakan tiada laporan dan rekod yang lengkap
dalam pengurusan inventori penyelenggaraan bangunan. Hasil temubual mendapati
bahawa terdapat kelemahan dalam pengaturan kerja penyelenggaraan di Bangunan
Wan Muhammad Saman disebabkan kekurangan kakitangan dalam organisasi.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan merangkumi aktiviti penyelenggaraan
terancang dan tidak terancang. Hasil dari temubual, responden B sebagai penasihat
penyelenggaraan Bangunan Wan Muhammad Saman telah menyatakan amalan
semasa penyelenggaraan yang dilaksanakan pada bangunan tersebut adalah “rosak
dahulu baru baiki”. Responden B menjelaskan bahawa keadaan ini berlaku
disebabakan tiadanya pengurusan penyelenggaraan yang khusus dan kekurangan
organisasi dalam kemahiran kerja penyelenggaraan.
Pemeriksaan bangunan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan terhadap
bangunan supaya kerja penyelenggaraan dapat dirancang dengan baik. Hasil dari
temubual mendapati pemeriksaan bangunan dilakukan adalah berdasarkan aduan
daripada pengguna bangunan. Responden A menjelaskan jika terdapatnya kerosakan
pada bangunan, beliau akan melakukan pemeriksaan terhadap keadaan kerosakan
dengan kadar segera. Jika didapati kerosakan yang berlaku adalah kritikal, beliau akan
memaklumkan kepada Pihak Kerajaan Negeri dan Pihak JKR bagi membaik
kerosakan. Hasil temubual bersama responden A mendapati pemeriksaan pada
bangunan hanya dilakukan apabila terdapatnya kerosakan pada elemen bangunan.
Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan
dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem
penyelenggaraan yang sedia ada. Hasil temubual yang dijalankan mendapati
organisasi penyelenggaraan di Bangunan Wan Muhammad Saman tidak mempunyai
staf sendiri yang menyelia operasi penyelenggaraan bangunan. Oleh itu, pihak
organisasi tidak menawarkan khusus mahupun latihan kepada kakitangan organisasi
dalam bidang penyelenggaraan bangunan.
84
Hasil temubual bersama responden B telah menyatakan bahawa secara asasnya
pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Wan Muhammad Saman
adalah dilakukan sekadar memberi keselesaan yang minimum kepada pengguna.
Penyelenggaraan yang sistematik tidak dapat dilakukan kerana kekurangan kakitangan
dalam organisasi penyelenggaraan di Bangunan Wan Muhammad Saman.
4.4.3 Bangunan 3: Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid
Lokasi Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH) sekarang di Tanjung Bendahara
iaitu seluas 48 ekar dipilih oleh Cik Mohamed Ariffin (Setiausaha Kerajaan) dan Encik
M. I. Merican. Pembinaan sekolah bermula pada tahun 1915. Bangunan tersebut terdiri
daripada sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dua buah bilik darjah di kiri
dan kanan. Kerajaan Negeri sememangnya mempunyai perancangan untuk
pembangunan masa depan ‘The Government English School’ . Perancangan tersebut
termasuklah ruang yang mencukupi untuk membina bilik-bilik darjah agar dapat
menampung sekurang-kurangnya 1,000 orang pelajar, padang permainan dan
beberapa kemudahan asas yang lain. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 1
Januari 1917 oleh Mr. E. A. G. Stuart, pengetua dan juga Superintendent of Education.
Rajah 4.31: Bangunan Blok
Akademik KSAH Dibina pada 1915
Rajah 4.32: Satu Bangunan Dua
Tingkat Asrama Pelajar KSAH
85
Label Nama
Bangunan
Pemilik
Bangunan
Tahun
Binaan
Pihak Yang
Ditemubual
Bangunan 3 Kolej Sultan
Abdul Hamid
Kementerian
Pendidikan
Malaysia
1915 Responden:
A. Pembantu Operasi
(KSAH)
B. Penolong Pengarah
Bangunan (JKR)
Jadual 4.5: Maklumat Bangunan dan Penemubual
Berdasarkan Jadual 4.5 adalah maklumat mengenai bangunan Kolej Sultan
Abdul Hamid dan maklumat penemubual yang bertanggungjawab secara langsung dan
tidak langsung dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan KSAH. Responden A iaitu
Pembantu Operasi yang menguruskan kerja penyelenggaraan pada Bangunan KSAH.
Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah Bangunan dari JKR yang terlibat
dalam memberi nasihat mengenai hal ehwal penyelenggaraan di Bangunan KSAH.
Perancangan penyelenggaraan adalah kerja awalan dalam pengurusan
penyelenggaraan. Perancangan kerja dilakukan dengan panduan polisi yang jelas dan
piawaian penyelenggaraan yang khusus untuk bangunan terutamanya bangunan lama
seperti Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid. Hasil temubual bersama responden A
menyatakan bahawa penyelenggaraan yang dijalankan tidak merujuk kepada piawaian
dan polisi penyelenggaraan bangunan. Ini kerana, beliau menjelaskan bahawa tiadanya
polisi yang jelas yang disediakan untuk menjalankan kerja penyelenggaraan.
Perancangan penyelenggaraan yang dilakukan pada Bangunan Kolej Sultan Abdul
Hamid tidak berasaskan polisi mahupun piawaian penyelenggaraan yang jelas.
Pengaturan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan peranan kakitangan
dalam organisasi penyelenggaraan. Pengaturan kerja juga menyentuh mengenai
pengurusan inventori dan rekod kerja penyelenggaraan. Hasil temubual mendapati
terdapatnya kelemahan dalam pembentukan organisasi. Responden A menyatakan
organisasi sedia ada tidak dapat menjalankan kerja penyelenggaraan dengan efektif
86
akibat dari kekurangan kakitangan. Beliau juga menjelaskan bahawa masalah yang
dihadapi organisasi kini adalah kekurangan pekerja teknikal yang mengakibatkan kerja
pembaikan kerosakan pada bangunan tidak dapat dilakukan dengan segera.
Pengurusan inventori dan rekod juga tidak diberi penekanan dalam kepentingan
pengurusan penyelenggaraan di Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan kerja-kerja
penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan pembaikan. Hasil temubual
bersama responden B mendapati bahawa amalan perlaksanaan kerja penyelenggaraan
pada Bangunan Kolej Sultan Abdul hamid lebih kepada penyelenggaraan pembaikan
iaitu pembaikan dilakukan berdasarkan kerosakan. Responden A menjelaskan bahawa
kekangan yang dihadapi organisasi dalam melaksanakan penyelenggaraan yang
sistematik adalah kekurangan tenaga kerja dan peruntukan dana untuk
penyelenggaraan bangunan tersebut. Oleh demikian, perlaksanaan penyelenggaraan
hanya tertumpu kepada pembaikan kerosakan terhadap bangunan bagi memastikan
bangunan dapat memberi keselesaan yang minimum kepada pengguna.
Pemeriksaan bangunan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan terhadap
bangunan supaya kerja penyelenggaraan dapat dirancang dengan baik. Hasil temubual
bersama responden A mendapati bahawa pemeriksaan yang dijalankan terhadap
bangunan adalah berdasarkan kerosakan yang telah berlaku pada elemen bangunan.
Responden A menjelaskan bahawa tiadanya pemeriksaan yang berjadual dijalankan,
pemeriksaan hanyalah dilakukan berdasarkan aduan kerosakan daripada pengguna
bangunan. Responden B juga menjelaskan bahawa Pihak JKR terlibat dalam
pemeriksaan Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid ketika bangunan tersebut
merancang untuk melaksanakan kerja-kerja pemuliharaan. Secara amnya,
pemeriksaan bangunan tersebut dijalankan apabila terdapatnya keperluan yang
mendesak, seperti berlakunya sebarang kerosakan kepada bangunan mahupun
perancangan untuk pemuliharaan bangunan.
87
Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan
dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem
penyelenggaraan yang sedia ada. Hasil temubual yang dijalankan mendapati
organisasi penyelenggaraan di Bangunan Kolej Sultan Abdul Samad mempunyai staf
sendiri yang mengurus dan menyelia operasi penyelenggaraan bangunan. Namun
begitu, tiada peruntukan dana untuk organisasi menawarkan khusus mahupun latihan
kepada kakitangannya dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam bidang
penyelenggaaraan bangunan.
Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid adalah antara bangunan sekolah yang
tertua di Alor Setar. Daripada hasil temubual, responden B menyatakan bahawa
bangunan tersebut telah menjalani kerja-kerja pemuliharaan semasa usia bangunan
tersebut mencecah 100 tahun. Namun begitu, pengurusan penyelenggaraan yang
dijalankan masih terdapat kekurangan dari segi organisasi dan peruntukan dana kerja
penyelenggaraan. Perkara ini menjadi kekangan dan cabaran dalam mengurus
penyelenggaraan bangunan lama ke arah yang lebih efektif.
4.4.4 Bangunan 4: Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar
Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar terletak di Jalan Kolam Air,
Alor Setar, Kedah. Bangunan ini dibina dengan keluasan tapak bangunan 12,916.70
kaki persegi pada tahun 1958. Suatu ketika dahulu, bangunan ini pernah digunakan
oleh Jabatan Kerja Raya sebagai bangunan pejabat. Bangunan ini mempunyai satu
blok dan satu tingkat bangunan pejabat. Sekarang, bangunan ini dijadikan bangunaan
pejabat bagi Jabatan Majlis Bandaraya Alor Setar. Pemilik bangunan ini adalah Majlis
Bandaraya Alor Setar (MBAS).
88
Temubual telah dijalankan kepada pihak yang terlibat ke atas hal ehwal
penyelenggaraan Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar. Berdasarkan Jadual
4.6, responden A iaitu Penolong Pegawai Senibina MBAS yang bertanggungjawab
memastikan keadaan Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar sentiasa
berkeadaan baik. Responden A juga terlibat secara langsung dalam hal ehwal
penyelenggaraan di bangunan tersebut. Temubual yang dijalankan bersama Puan
Rozina adalah bagi mengenalpasti pengurusan semasa penyelenggaraan yang
dilaksanakan di Bangunan Pejabat Majlis Bandaray Alor Setar.
Jadual 4.6: Maklumat Bangunan dan Penemubual
Label Nama
Bangunan
Pemilik
Bangunan
Tahun
Binaan
Pihak Yang
Ditemubual
Bangunan 4 Bangunan
Majlis
Bandaraya
Alor Setar
Majlis
Bandaraya
Alor Setar
(MBAS)
1958 Responden:
A. Penolong Pegawai
Senibina (MBAS)
Rajah 4.33: Pandangan dari Atas
Bangunan Pejabat MBAS
Rajah 4.34: Pembinaan
Landskap Pada Laluan Masuk
Kawasan Bangunan Pejabat
MBAS.
89
Pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan dengan perancangan kerja-kerja
penyelenggaraan yang berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan yang jelas.
Daripada hasil temubual, responden A menyatakan bahawa perancangan
penyelenggaraan yang dirancang untuk kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan lama
Pejabat MBAS adalah berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan bangunan.
Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa terdapat beberapa masalah yang dihadapi
organisasi yang mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan
seperti perancangan yang telah ditetapkan.
Organisasi penyelenggaraan berperanan mengatur dan menyelia operasi
penyelenggaraan bangunan bagi memastikan fungsi bangunan dalam keadaan baik.
Hasil temubual bersama responden A menyatakan bahawa terdapatnya Unit Rondaan
dan Penyelenggaraan (URDP) yang ditubuhkan dibawah MBAS untuk selenggara
bangunan lama Pejabat MBAS. Menurut beliau, organisasi URDP terdiri daripada
pekerja teknikal yang bertugas dibawah MBAS untuk membaiki kerosakan mekanikal
dan elektrikal di bangunan tersebut. Namun begitu, responden A menjelaskan bahawa
pihak URDP tidak lengkap kerana kekurangan pekerja disebabkan komitmen URDP
bukan sahaja memfokuskan kerja penyelenggaraan di bangunan lama Pejabat MBAS,
malahan pihak URDP juga terlibat dalam menyelenggara fasiliti di sekitar Alor Setar.
Pengurusan inventori dan rekod kerja membantu menjalankan penyelenggaraan
dengan teratur. Hasil dari temubual, responden A menyatakan pengurusan inventori
dan rekod kerja penyelenggaraan tidak dapat dilakukan dengan sistematik. Ini kerana
kelemahan organisasi dalam pengurusan penyelenggaraan di Bangunan Pejabat
MBAS.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan melibatkan aktiviti penyelenggaraan
terancang dan tidak terancang. Daripada temubual mendapati kerja penyelenggaraan
yang dilaksanakan pada bangunan lama Pejabat MBAS adalah penyelenggaraan yang
tidak terancang. Menurut responden A telah menjelaskan bahawa disebabkan
kekurangan pekerja dalam pengurusan penyelenggaraan bangunan tersebut, kerja
selenggara hanya dilakukan untuk baikpulih kerosakan pada bangunan.
90
Pemeriksaan bangunan dilakukan bagi mengenalpasti kerosakan terhadap
bangunan supaya kerja penyelenggaraan dapat dirancang dengan baik. Hasil temubual
mendapati pemeriksaan yang dilakukan terhadap bangunan lama Pejabat MBAS
adalah berdasarkan kerosakan yang berlaku pada bangunan. Responden A menyatakan
bahawa beliau terlibat dalam pemeriksaan terhadap bangunan tersebut. Beliau
menjelaskan pemeriksaan bangunan hanya dilakukan apabila berlakunya kerosakan
pada bangunan. Pemeriksaan yang khusus tidak dapat dilakukan kerana tiadanya
kepakaran dalam menganalisis kerosakan bangunan. Beliau juga menjelaskan bahawa
untuk melaksanakan pengurusan penyelenggaraan yang efektif memerlukan
peruntukan dana yang banyak. Oleh yang demikian, pemeriksaan khusus yang
melibatkan staf profesional tidak digunakan dalam pengurusan penyelenggaraan
bangunan tersebut.
Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan
dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem
penyelenggaraan yang sedia ada. Daripada temubual, responden A menyatakan pihak
MBAS ada menawarkan khusus kepada kakitangan teknikal mahupun pengurusan
untuk meningkat pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan. Beliau
telah menyenaraikan khusus yang telah ditawarkan kepada kakitangan, antaranya
adalah Khusus CIDB, Khusus Penilaian Bangunan, Khusus Pemuliharaan Bangunan
dan Khusus Pendawaian Elektrikal.
Secara keseluruhanya, penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Pejabat
MBAS adalah berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan. Namun begitu,
kekangan yang dihadapi organisasi dari segi kekurangan pekerja dan peruntukan dana
yang sering tidak mencukupi menyebabkan kerja-kerja penyelenggaraan tidak dapat
dilakukan dengan sistematik. Pembentukan URDP untuk menyelenggara bangunan
Pejabat MBAS memberi kesan positif dalam pengurusan penyelenggaraan di
bangunan tersebut. Ini kerana kerosakan pada bangunan tersebut dapat dikendalikan
sendiri oleh staf URDP, sekaligus menjimatkan kos pembaikan dan pembaikan dapat
dilakukan dengan kadar segera.
91
4.4.5 Bangunan 5: Bangunan Persekutuan Alor Setar
Bangunan Persekutuan Alor Setar merupakan bangunan pejabat kerajaan yang
dikongsi bersama oleh beberapa kementerian, jabatan dan organisasi. Bangunan ini
disenaraikan sebagai Bangunan Gunasama Persekutuan dibawah kawalselia
Penyelenggaraan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Kontraktor Gemilang
Maintenance Service Sdn. Bhd. telah dipilih dan diberi tanggungjawab untuk
mengurus penyelenggaraan pada bangunan ini.
Bangunan Persekutuan Alor Setar dibina dengan keluasan 25,714.12 kaki
persegi pada tahun 1963. Bangunan Persekutuan Alor Setar ini siap dibina pada tahun
1964 dan dirasmikan oleh Y.A.B Tun Haji Abdul Razak Bin Dato Hussain pada 10
Mei 1965. Bangunan mempunyai dua blok dan 3 tingkat pada setiap blok. Bangunan
Persekutuan berfungsi sebagai bangunan pejabat bagi Jabatan Pembangunan
Usahawan dan Bumiputra, Jabatan Pengurusan Penyelenggaraan Jalan, Jabatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Maklumat Rakyat, dan Jabatan
Pengurus Bangunan.
Rajah 4.35: Bangunan Persekutuan
Mempunyai Dua Blok dan 3 Tingkat.
Rajah 4.36: Bangunan Persekutuan
Alor Setar Digunakan Sebagai
Bangunan Pejabat
92
Jadual 4.7: Maklumat Bangunan dan Penemubual
Temubual telah dijalankan kepada pihak yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung ke atas hal ehwal penyelenggaraan Bangunan Persekutuan Alor Setar.
Berdasarkan Jadual 4.7, responden A iaitu Penyelia Bangunan dari pihak syarikat
konsesi yang menjalankan kerja penyelenggaraan di Bangunan Persekutuan Alor
Setar. Manakala, responden B adalah Penolong Pengarah Bangunan, JKR yang
merupakan sebagai penasihat terhadap kerja penyelenggaraan yang dijalankan di
Bangunan Persekutuan Alor Setar. Bagi mengenalpasti amalan pengurusan semasa
yang dilaksanakan di Bangunan Persekutuan Alor Setar, soalan telah diajukan kepada
responden A dan responden B mengenai amalan pengurusan semasa penyelenggaraan
terhadap bangunan.
Pengurusan penyelenggaraan dilaksanakan dengan perancangan kerja-kerja
penyelenggaraan yang berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan yang jelas.
Daripada temubual yang telah dijalankan, mendapati bahawa perlaksanaan kerja-kerja
penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Persekutuan Alor Setar adalah
berpandukan polisi dan piawaian penyelenggaraan yang jelas. Respoden A telah
menyatakan bahawa Gemilang Maintenance Service merupakan syarikat konsesi yang
menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bangunan tersebut. Beliau juga
menjelaskan bahawa Gemilang Maintenance Servise dilengkapi dengan polisi dan
kelayakan dari ISO dalam menguruskan fasiliti. Kerja-kerja penyelenggaraan yang
dilakukan di bangunan tersebut adalah berpandukan polisi penyelenggaraan.
Label Nama
Bangunan
Pemilik
Bangunan
Tahun
Binaan
Pihak Yang Ditemubual
Bangunan 5 Bangunan
Persekutuan
Alor Setar
Jabatan
Perdana
Menteri
1964 Responden:
A. Penyelia Bangunan
(Gemilang
Maintenance
Services)
B. Penolong Pengarah
Bangunan (JKR)
93
Pengaturan penyelenggaraan merangkumi peranan dan tanggungjawab
organisasi dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada bangunan. Selain itu,
pengurusan inventori dan rekod juga adalah penting dalam pengaturan kerja-kerja
penyelenggaraan yang berkesan. Ketika temubual bersama responden A, beliau telah
menjelaskan bahawa pengaturan kerja penyelenggaraan dilakukan dengan
mengagihkan tanggungjawab dan beban kerja mengikut peranan masing-masing
dalam organisasi. Dalam organisasi, terdapat tiga orang pekerja teknikal yang sentiasa
memastikan sistem kemudahan bangunan dalam keadaan baik dan kebersihan kawasan
bangunan terjaga. Manakala, terdapat seorang kerani yang menguruskan pengurusan
inventori dan rekod kerja penyelenggaraan untuk bangunan tersebut. Hasil temubual
mendapati bahawa pengaturan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan dengan teratur
dan sistematik.
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah melibatkan penyelenggaraan
terancang dan tidak terancang. Daripada temubual mendapati perlaksanaan
penyelenggaraan dijalankan secara berjadual berdasarkan aliran kerja
penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan perancangan, penyelenggaraan
pencegahan, dan penyelenggaraan pembaikan. Responden A menjelaskan setiap
elemen bangunan terutamanya kemudahan bangunan akan diselenggara secara
berjadual. Perlaksanaan penyelenggaraan juga dilakukan berdasarkan kerosakan yang
telah berlaku pada bangunan. Menurut Responden A, penyelenggaraan pembaikan
akan dilakukan dengan kadar segera apabila mendapat aduan daripada pengguna.
Daripada temubual, Responden B telah menyatakan bahawa penyelenggaraan yang
dijalankan pada bangunan tersebut melibatkan kerja penyelenggaraan pencegahan dan
pembaikan. Perlaksanaan penyelenggaraan yang dijalankan di Bangunan Persekutuan
Alor Setar adalah melibat kerja penyelenggaraan terancang dan tidak terancang.
Pemeriksaan bangunan dijalankan bagi mengenalpasti keadaan bangunan dan
kerosakan yang berlaku pada bangunan untuk merangka kerja penyelanggaraan
pencegahan serta pembaikan. Hasil temubual mendapati pemeriksaan yang dijalankan
di Bangunan Persekutuan Alor Setar adalah secara berjadual dan berdasarkan
kerosakan yang telah berlaku pada bangunan. Responden A menyatakan terdapat
94
beberapa elemen bangunan yang diperiksa secara berjadual antaranya seperti sistem
kemudahan penyaman udara, sistem bekalan eletrik dan sistem mekanikal bangunan.
Manakala, menurut responden B menyatakan Pihak JKR terlibat akan melakukan
pemeriksaan terhadap bangunan tersebut dalam tempoh tiga bulan sekali bagi menilai
prestasi syarikat konsesi dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
Pemeriksaan berjadual dan pemeriksaan kerosakan bangunan telah dilaksanakan di
Bangunan Persekutuan Alor Setar demi memastikan keselesaan pengguna bangunan
pada tahap yang memuaskan.
Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan
dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem
penyelenggaraan yang sedia ada. Hasil temubual mendapati kakitangan organisasi
penyelenggaraan di Bangunan Persekutuan Alor Setar telah ditawarkan pelbagai
khusus dalam bidang pengurusan penyelenggaraan. Responden A telah
menyenaraikan beberapa khusus kemahiran yang telah beliau dan kakitangannya
sertai, antaranya adalah Khusus Pemasangan Scarfolding, Khusus Pengecat dan
Khusus Pendawaian Elektrik. Khusus dan latihan dapat membantu organisasi
meningkatkan kemahiran dalam bidang penyelenggaraan bangunan.
Pengurusan penyelenggaraan yang dijalankan pada Bangunan Persekutuan
Alor Setar adalah berdasarkan aliran penyelenggaraan yang sistematik. Pihak konsesi
Syarikat Gemilang Maintenance Service dapat mengawal dan menyelia operasi
penyelenggaraan pada bangunan tersebut dengan baik. Ini kerana pembentukan
organisasi yang jelas dan efektif dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pada
bangunan telah membantu pemilik bangunan dalam memastikan keadaan bangunan
lama tersebut berfungsi dengan baik.
95
4.5 Perbincangan Hasil Analisis
Berdasarkan Jadual 4.8 adalah hasil analisis temubual yang dijalankan untuk
mengenalpasti pengurusan semasa penyelenggaraan pada lima buah bangunan lama di
Alor Setar. Hasil analisis ini adalah berdasarkan lima keperluan utama pendekatan
amalan pengurusan penyelenggaraan yang merangkumi perancangan
penyelenggaraan, pengaturan kerja penyelenggaraan, perlaksanaan jenis
penyelenggaraan, pemeriksaan atau pemantauan dan pembaikan sistem
penyelenggaraan.
4.5.1 Perancangan Penyelenggaraan
Perancangan penyelenggaraan merangkumi pembentukan polisi, panduan dan
piawaian penyelenggaran bangunan. Berdasarkan Jadual 4.8, hasil analisis terhadap
lima buah bangunan lama di Alor Setar didapati terdapat beberapa bangunan lama
tiada polisi penyelenggaraan yang khusus bagi menjalankan kerja penyelenggaran
bangunan. Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman dan
Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid diselenggara tanpa polisi dan panduan
selenggara yang sistematik. Berdasarkan kajian literatur, menurut Miles dan Sygga
(1987) menyatakan bahawa polisi penyelenggaraan harus dibentuk sebelum kerja
penyelenggaraan bangunan supaya penyelenggaraan dapat dilaksanakan dengan
efektif. Oleh yang demikian, perancangan kerja-kerja penyelenggaraan terhadap tiga
buah bangunan lama tersebut tidak berpandukan polisi yang menyebabkan
penyelenggaraan bangunanan tidak dapat dilaksankan dengan baik.
96
Hasil kajian juga mendapati Bangunan Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar
dan Bangunan Persekutuan Alor Setar mempunyai polisi penyelenggaraan bagi
menjalankan perancangan penyelenggaraan di bangunan tersebut.
4.5.2 Pengaturan Kerja Penyelenggaraan
Pengaturan kerja penyelenggaraan melibatkan tanggungjawab organisasi
terhadap kerja penyelenggaraan pada bangunan. Selain itu, pengaturan kerja
penyelenggaraan juga menyentuh mengenai pengurusan penggunaan inventori dan
rekod kerja penyelenggaraan. Berdasarkan Jadual 4.8, didapati keseluruhan bangunan
yang dikaji mempunyai organisasi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal
penyelenggaraan bangunan bagi memastikan keadaan bangunan sentiasa baik.
Walaubagaimanapun, organisasi yang dibentuk tidak berfungsi dengan efektif
disebabkan beberapa kekangan seperti struktur organisasi yang tidak lengkap, jumlah
pekerja yang tidak mencukupi dan tiadanya pengkhususan dari segi skop kerja yang
tidak begitu memberi penekanan terhadap kepentingan penyelenggaraan bangunan.
Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013) menjelaskan kebanyakkan pihak
pengurusan bangunan sering merasakan tidak perlu menempatkan kakitangan yang
ramai di bahagian penyelenggaraan kerana berpendapat bahawa kerja-kerja
penyelengaraan hanya dilakukan ketika berlakunya kerosakan. Oleh yang demikian,
organisasi penyelenggaraan yang dibentuk hanya terdiri daripada beberapa orang
kakitangan sahaja yang menyebabkan kesukaran kepada mereka untuk menangani
kerja penyelenggaraan yang diperlukan terutamanya terhadap bangunan lama. Namun
begitu, masalah ini tidak berlaku pada pengurusan penyelenggaran Bangunan
Persekutuan Alor Setar yang diuruskan oleh konsesi syarikat penyelenggaraan fasiiti.
97
Dari segi pengurusan penggunaan inventori, hasil kajian mendapati empat
buah bangunan lama yang dikaji seperti Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan
Wan Muhammmad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid dan Bangunan
Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar tiada menyediakan rekod inventori yang lengkap.
Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013) menyatakan ketiadaan rekod
peralatan untuk penyelenggaraan menyukarkan kerja-kerja penyelenggaraan
dilakukan terutamanya penyelenggaraan segera yang melibatkan keselamatan
pengguna bangunan. Manakala, pengurusan penggunaan inventori dan rekod kerja
penyelenggaraan diurus dengan sistematik di Bangunan Persekutuan Alor Setar.
4.5.3 Perlaksanaan Kerja Penyelenggaraan
Perlaksanaan kerja penyelenggaraan adalah merangkumi kategori
penyelenggaraan yang tidak terancang dan penyelenggaraan terancang. Berdasarkan
Jadual 4.8 menunjukan hasil analisis terhadap lima buah bangunan lama yang dikaji,
mendapati empat buah bangunan iaitu Bangunan Wisma Negeri Kedah, Bangunan
Wan Muhammad Saman, Bangunan Kolej Sultan Abdul Hamid dan Bangunan Pejabat
Majlis Bandaraya Alor Setar mengamalkan penyelenggaraan yang tidak terancang.
Hasil temubual dengan pihak yang terlibat dengan penyelenggaraan terhadap empat
buah bangunan tersebut, didapati amalan perlaksanaan penyelenggaraan yang
dijalankan pada empat buah bangunan tersebut adalah ‘rosak dahulu baru baiki’. Hasil
temubual mendapati bahawa masalah yang dihadapi organisasi penyelenggaraan bagi
menjalankan kerja penyelenggaraan yang terancang adalah disebabkan kekurangan
pekerja dalam organisasi dan peruntukan dana yang tidak mencukupi untuk
perlaksanaan kerja penyelenggaraan. Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali
(2013) menyatakan peruntukan dana yang sedikit menyebabkan berlakunya
penangguhan kerja-kerja penyelenggaraan yang boleh mengakibatkan kerosakan yang
berlaku menjadi lebih teruk pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sumber
kewangan adalah isu yang diutarakan oleh pihak pengurusan penyelenggaraan. Isu ini
mengakibatkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan tidak dapat mencapai
piawaian yang dikehendaki.
98
Manakala, perlaksanaan pada Bangunan Persekutuan Alor Setar merangkumi
kerja penyelenggaraan yang terancang dan tidak terancang. Merujuk kepada
perlaksanaan penyelenggaraan yang dilaksanakan di Bangunan Persekutuan Alor
Setar, pihak konsesi syarikat penyelenggaraan bangunan tersebut sentiasa memastikan
perlaksanaan penyelenggaraan dijalankan secara berjadual berdasarkan aliran kerja
penyelenggaraan yang merangkumi penyelenggaraan perancangan, penyelenggaraan
pencegahan, dan penyelenggaraan pembaikan.
4.5.4 Pemeriksaan terhadap bangunan
Pemeriksaan bangunan juga salah satu elemen penting dalam pengurusan
penyelenggaraan bangunan, terutamanya untuk selenggara bangunan yang sudah
berusia. Namun begitu, merujuk kepada Jadual 4.8 jelas sekali menunjukkan
kebanyakkan bangunan yang dikaji tidak mengamalkan sebarang amalan kaedah
pemeriksaan yang khusus. Hasil temubual mendapati pemeriksaan bangunan
dijalankan apabila terdapatnya aduan kerosakan dari pengguna.
Hasil temubual juga mendapati masalah kekangan organisasi dalam melakukan
pemeriksaan yang khusus terhadap bangunan tersebut adalah kerana kekurangan
kakitangan dalam mengendalikan kerja pemeriksaan terhadap bangunan. Berdasarkan
kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013) menyatakan bahawa kekurangan kakitangan
dalam perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan menyebabkan segala pemantauana,
tindakan pembaikan dan laporan yang berkaitan penyelenggaran tidak dapat dilakukan
dengan lancar. Namun begitu, pemeriksaan terhadap Bangunan Persekutuan Alor
Setar lebih sistematik, ia dilakukan secara berjadual dan berdasarkan aduan kerosakan.
99
4.5.5 Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan.
Pembaikan sistem pengurusan penyelenggaraan menyentuh mengenai latihan
dan khusus yang ditawarkan kepada kakitangan organisasi bagi menambah baik sistem
penyelenggaraan yang sedia ada. Berdasarkan kajian literatur, Azlan Shah Ali (2013)
menyatakan kekurangan kemahiran pada kakitangan penyelenggaraan menyebabkan
kerja-kerja penyelenggaraan atau pembaikan yang dilakukan tidak sempurna dan tidak
mencapai piawaian yang sepatutnya.
Berdasarkan Jadual 4.8, pihak organisasi pengurusan di Bangunan Wisma
Negeri Kedah, Bangunan Wan Muhammad Saman dan Bangunan Kolej Sultan Abdul
Hamid tidak ditawarkan khusus ataupun latihan bagi meningkat pengetahuan
mengenai penyelenggaraan bangunan dan kemahiran dalam bidang selenggara
bangunan. Hasil kajian temubual mendapati bahawa organisasi yang mengurus hal
ehwal penyelenggaraan pada tiga buah bangunan tersebut mempunyai komitmen lain
selain dari selenggara bangunan. Tambahan pula, kerja-kerja pembaikan kerosakan
dilakukan oleh pihak kontraktor luar. Oleh yang demikian, tiadanya khusus mahupun
latihan yang ditawarkan kepada organisasi bagi pembaikan sistem pengurusan
penyelenggaraan bangunan tersebut.
Manakala, pihak kakitangan organisasi syarikat konsesi penyelenggaraan di
Bangunan Persekutuan Alor Setar telah ditawarkan untuk sertai khusus seperti Khusus
Pemasangan Scarfolding, Khusus Pengecat dan Khusus Pendawaian Elektrikal bagi
meningkat kemahiran kakitanganya dalam kerja teknikal. Jabatan Majlis Bandaraya
Alor Setar juga ada menawarkan khusus dan latihan kepada kakitangannya bagi
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam penyelenggaraan bangunan.
100
4.6 Kesimpulan
Pengurusan penyelenggaraan bangunan penting bagi memanjangkan jangka
hayat bangunan lama. Dengan perlaksanaan penyelenggaraan yang teratur dapat
mengekalkan fungsi dan prestasi asal bangunan terutamanya bangunan lama.
Kebanyakkan bangunan lama di Malaysia telah menjalani kerja-kerja pemuliharaan
bangunan. Namun begitu, pemuliharaan bangunan lama tidak berkesan tanpa kerja-
kerja penyelenggaraan yang berterusan.
Hasil analisis penyelidikan telah mendapati masih terdapat kekurangan dalam
melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pada bangunan lama. Kebanyakkan
bangunan lama yang dikaji masih terdapat kelemahan dari segi pembentukan
organisasi penyelenggaraan dalam membangunkan satu amalan penyelenggaraan yang
baik. Masalah dan cabaran yang dihadapi organisasi seperti kekurangan kakitangan
dan peruntukan dana penyelenggaraan yang tidak mencukupi adalah faktor kerja-kerja
penyelenggaraan tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan. Secara kesimpulanya, isu
dan cabaran yang diutarakan dalam kajian ini seharusnya ada jalan penyelesaian bagi
menjamin kepentingan penyelenggaraan kepada bangunan lama.
101
BAB 5
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan memperbincangkan mengenai kesimpulan bagi hasil kajian yang
diperolehi berdasarkan pembentangan data yang telah dijelaskan pada Bab 4.
Kesimpulan juga dibuat berdasarkan pencapaian objektif kajian terhadap penemuan
hasil penyelidikan yang telah diperolehi dari pengumpulan data kajian. Perbincangan
terhadap hasil penemuan dari penyelidikan ini dihuraikan bagi mengenalpasti tahap
fizikal keadaan semasa bangunan dan amalan pengurusan penyelenggaraan yang
dilaksanakan pada bangunan lama yang dikaji. Selain itu, terdapat juga cadangan
kajian lanjutan dari penyelidik terhadap kajian ini. Perkara lain yang dibincangkan
dalam bab ini termasuklah limitasi yang dihadapi penyelidik semasa menjalankan
kajian lapangan terhadap lima buah bangunan lama di Alor Setar.
102
5.2 Perbincangan
Berpandukan hasil kajian yang diperolehi, rumusan telah dibuat bagi
mengenalpasti samaada objektif kajian telah tercapai atau sebaliknya. Penilaian
objektif berikut akan menerangkan mengenai pencapaian objektif kajian.
5.2.1 Objektif Pertama : Mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada bangunan
lama di Alor Setar.
Secara keseluruhannya, keputusan analisis kerosakan elemen bangunan
terhadap bangunan lama di Alor Setar mencapai objektif kajian selaras dengan kajian
literatur. Hasil dari kajian yang dijalankan mendapati lima buah bangunan lama di Alor
Setar masih berkeadaan baik dan berfungsi seperti yang dikehendaki. Kerosakan
utama yang dihadapi pada bangunan kajian adalah kerosakan pada elemen bumbung
bangunan. Kerosakan ini berpunca dari pelbagai sebab antaranya adalah faktor usia
bangunan dan kecacatan kekal akibat dari kesilapan pembinaan. Selain itu, bangunan
lama yang dikaji mengalami kerosakan pada kemasan terhadap elemen bangunan
seperti lantai, dinding, rasuk dan tiang. Kerosakan pada kemasan elemen bangunan
adalah berpunca dari kualiti pembinaan, cuaca dan alam semulajadi yang
menyebabkan permukaan lapisan kemasan mengelupas dan berlumut. Bahan binaan
iaitu kayu dan besi sebagai bingkai pintu dan komponen tingkap pada bangunan lama
juga mengalami kemerosotan fungsi akibat dari cuaca dan alam semulajadi.
Secara umumnya, kajian ini untuk memberi gambaran awal terhadap keadaaan
fizikal bangunan lama yang dikaji di Alor Setar. Ianya dilihat dapat membantu
terutamanya kepada pemilik bangunan dalam mengawal kerosakan lazim yang
berlaku. Kepentingannya juga boleh digunakan bagi merangka garis panduan kerja-
kerja penyelenggaraan dan jenis pembaikan yang bersesuaian dengan jenis kerosakan.
103
5.2.2 Objektif Kedua : Mengenalpasti pengurusan penyelenggaraan yang
dilaksanakan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap bangunan lama di Alor
Setar.
Kajian temubual telah dilakukan bagi mengenalpasti amalan pengurusan
penyelenggaraan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan bangunan terhadap lima
buah bangunan lama di Alor Setar. Hasil analisis penyelidikan temubual terhadap
pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam hal ehwal
penyelenggaraan mendapati kebanyakkan bangunan lama yang dikaji masih terdapat
kekurangan dalam menguruskan kerja penyelenggaraan bangunan. Perancangan kerja
dilakukan tanpa panduan polisi penyelenggaraan yang khusus. Perkara ini berlaku
disebabkan faktor kekurangan panduan bagi mewujudkan satu amalan
penyelenggaraan yang sempurna.
Pembentukkan organisasi penyelenggaraan juga dianggap tidak efektif dalam
menjalankan kerja penyelenggaraan yang lebih sistematik. Hal ini juga mengakibatkan
pengurusan inventori, rekod dan laporan kerja tidak dapat dilakukan dengan baik.
Hasil kajian juga menemui bahawa kebanyakkan bangunan lama yang dikaji
mengamalkan amalan perlaksanaan penyelenggaraan yang tidak terancang. Tiada
aktiviti penyelenggaraan perancangan mahupun pencegahan, penyelenggaraan
pembaikan hanya dilaksanakan apabila berlakunya kerosakan pada bangunan. Ini
disebabkan kekurangan kakitangan untuk menjalankan kerja penyelenggaraan yang
lebih teratur.
Kebanyakkan bangunan lama yang dikaji tidak mengamalkan kaedah
pemeriksaan bangunan yang khusus. Pemeriksaan bangunan dijalankan apabila
terdapatnya keperluan yang mendesak seperti mendapat aduan berlakunya kerosakan
pada bangunan. Selain itu, kesedaran organisasi dalam kepentingan penyelenggaraan
bangunan lama dapat diukur dengan usaha pihak organisasi menyediakan latihan dan
khusus kepada pekerjanya. Namun begitu, sesetengah pihak organisasi pengurusan
bangunan tidak menyediakan khusus mahupun latihan kepada pekerjanya dalam
104
meningkat kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja penyelenggaraan. Hasil kajian
mendapati bahawa organisasi tersebut mempunyai komitmen lain selain dari
menyelenggara bangunan.
Kesimpulannya, hasil analisis penyelidikan mendapati masih banyak
kekurangan yang dihadapi oleh organisasi penyelenggaraan bangunan lama yang
dikaji di Alor Setar. Antara faktor pengurusan penyelenggaraan tidak dapat
dilaksanakan dengan sistematik adalah disebabkan peruntukan pembelanjaan kerja
penyelenggaraan sering tidak mencukupi dan kelemahan organisasi yang kekurangan
kakitangan.
5.3 Masalah Yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian
Sepanjang kajian ini berlangsung, terdapat beberapa masalah yang dihadapi
antaranya ialah :
I. Penyelidik mengalami kesukaran ketika melakukan pemerhatian terhadap
kerosakan elemen bumbung bangunan, ini disebabkan kebanyakkan bangunan
yang dikaji tiada laluan khusus bagi penyelidik menjalankan pemeriksaan
kerosakan bumbung.
II. Kesukaran penyelidik mendapatkan maklumat yang sahih mengenai bangunan
yang dikaji. Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik mendapati maklumat
mengenai bangunan yang dikaji tidak dikemaskini oleh pihak pengurusan.
105
III. Kesukaran penyelidik mendapatkan temubual dari pihak yang
bertanggungjawab dalam hal ehwal penyelenggaraan bangunan kajian. Ini
kerana responden mempunyai masa yang terhad untuk ditemubual.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Dari hasil penyelidikan kajian ini didapati terdapatnya permasalahan yang
timbul dalam melaksanakan kerja penyelenggaraan pada bangunan lama. Cadangan
kajian lanjutan diketengahkan oleh penyelidik agar pengurusan penyelenggaraan dapat
dipraktikkan dengan lebih baik. Antara cadangan – cadangan lanjutan untuk kajian ini
adalah:
1. Penyelidikan mengenai kepentingan pemeriksaan bangunan dalam
menyelenggara bangunan lama.
2. Penyelidikan mengenai isu dan cabaran dalam melaksanakan kerja –
kerja penyelenggaraan pada bangunan lama.
5.5 Penutup
Hasil analisis penyelidikan kajian ini mendapati bahawa kerja – kerja
penyelenggaraan pada bangunan lama masih terdapat banyak kekurangan dari segi
sistem pengurusan penyelenggaraan. Faktor ini sememangnya tidak boleh dipandang
remeh kerana umumnya mengetahui bahawa penyelenggaraan merupakan perkara
utama bagi memastikan usia bangunan dapat dipanjangkan. Pemuliharaan yang
dilakukan kini pada bangunan lama tidak mencukupi tanpa perlaksanaan kerja – kerja
penyelenggaraan yang berterusan.
106
RUJUKAN
Hasnan Abdullah (1994). Pengurusan Penyelenggaraan. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.
Azlan Shah Ali (2013). Teknologi Dan Pengurusan Penyelenggaraan Bangunan.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Fatimah, Z., Zainal, A. and Ashraf, A. R. (2011). Masalah Dalam Pemuliharaan
Bangunan Warisan Di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Sains Sosial
Unimas. 20-21hb. April 2011, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak.
Mohamad Shukri bin Boros (2013). Penyelenggaraan Kuarters Kerajaan Di Bawah
Pengurusan Hartanah Putrajaya. Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Nor Amiza bt. Ismail (2013). Penyelenggaraan Bangunan Warisan Di Kuala Lumpur.
Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
M.A. Othuman Mydin (2015). Implemantation of Effective Maintenance Management
in Building Works. Industrial Engineering Research. 18-21.
Junita Mat Rasid, (2013, Julai 8). Perunding UTM pulihara 208 bangunan lama. Berita
Harian.
Abdul Aziz Hussin (2014). Pemuliharaan dan Pemeliharaan Warisan di Malaysia.
Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
Borhan & Abdul Halim. (2006, Februari 19). PM arah JKR sedia garis panduan
senggara elak pembaziran. Utusan Online, Retrieved Februari 20,2006, from
http:www.utusan.com.my
Zurainy bt. Rahman (2006). Pemuliharaan Bangunan Lama: Kajian Kes- Bangunan
Pejabat Daerah Batu Gajah, Perak. Ijazah Sarjana Muda, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
107
A. Ghafar Ahmad (1994). Pengenalan Kepada Bangunan Dan Monumen Lama Di
Malaysia. Pembentangan Kertas Kerja di Bengkel Menangani Masalah
Pemuliharaan Bangunan Lama Di Malaysia. 19-22 Disember. Taiping,
Perak.
Building Rehab Info Net (2004), Common Building Problem Retrieved 13 Oktober,
2015 from http://www.buildingrehab.org.hk/
Kamarul Syahril Bin Kamal (2011). Kerosakan Bangunan dan Penyataan Kaedah
Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah di Malaysia. PhD, Universiti
Sains Malaysia,
S. Johar, A. G. Ahmad, A.I. Che-Ani, N.M. Tawil, I.M.S Usman (2011), Analisa
Kajian Lapangan ke atas Kecacatan Pada Bangunan Masjid Lama di
Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia. 44-62
Robiah Abdul Rashid, Ahmad Sharim Abdullah, A. Ghafar Ahmad (2013), Kajian
Terhadap Amalan Semasa Penyelenggaraan Bangunan Warisan Di Malaysia.
Seminar Arkeologi Kebangsaan ke-2, Universiti Teknologi Mara Selangor,
Malaysia.
Barrie Chanter and Peter Swallow (2007). Building Maintenance Management. (2nd
ed.). Blackwell Publising Ltd.
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2014), Alor Setar Dalam Fokus Retrieved 3
Januari, 2016 from http://www.mykedah2.com/main_mel.html#
Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (2003), Alor Setar Dahulu dan Sekarang
Retrieved 3 Januari, 2016 from http://www.memori-kedah.com/index.php
Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan Cawangan Kejuruteraan Senggara Ibu Pejabat
JKR Malaysia (2013), Garis Panduan Pemeriksaan Dan Penilaian Keadaan
Bangunan.
108
LAMPIRAN