Date post: | 19-Mar-2019 |
Category: | Documents |
View: | 220 times |
Download: | 0 times |
MALAY LANGUAGE
SYLLABUS Pre-University
ML B and H1
Implementation starting with
2012 JC 1 and Pre-U 1 Cohort
Ministry of Education
SINGAPORE
2016 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. Permission is granted to reproduce this publication in its entirety for personal or non-commercial educational use only. All other rights reserved.
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
KANDUNGAN
PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN SINGAPURA 7
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI 9
BAB 1 PENGENALAN
1.1 VISI ARIF BUDIMAN 12
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13
BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI
2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 16
2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU 17
2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM 18
2.4 PENGISIAN UMUM 19
BAB 3 BAHASA MELAYU B
3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 26
3.2 PENGISIAN KURIKULUM 27
3.3 HASIL PEMBELAJARAN 31
BAB 4 BAHASA MELAYU H1
4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 34
4.2 PENGISIAN KURIKULUM 35
4.3 HASIL PEMBELAJARAN 39
BAB 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
5.1 PERANCANGAN 42
5.2 PEDAGOGI 44
5.3 PENILAIAN 52
BAB 6 LAMPIRAN
6.1 DAFTAR PERIBAHASA 58
PENDAHULUAN
FALSAFAH PENDIDIKAN SINGAPURA
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
PENDAHULUAN
Dasar dwibahasa dalam sistem pendidikan Singapura menekankan
kepentingan pembelajaran Bahasa Ibunda untuk warisan dan budaya kita.
Kebolehan berdwibahasa merupakan kekuatan yang ada pada warga
Singapura; kelebihan yang perlu kita kekalkan. Dengan keupayaan
menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda dengan fasih, lebih
banyak peluang akan terbuka kepada warga Singapura.
Dengan dasar dwibahasa sebagai tunjang sistem pendidikan kita,
Bahasa Melayu wajib dipelajari dalam kurikulum sekolah di negara ini sebagai
salah satu mata pelajaran bahasa ibunda. Kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi di Singapura menjadikan
bahasa Melayu berperanan penting dalam penyaluran idea, pemikiran dan
budaya serta menjadi jembatan kukuh hubungan masyarakat Singapura yang
berbilang bangsa, bahasa dan agama.
Oleh yang demikian, kesinambungan penggunaan bahasa penting bagi
membina dan mengekalkan jati diri masyarakat. Di samping itu, penguasaan
bahasa Melayu juga membolehkan warga Singapura merebut peluang di
rantau yang berkembang pesat dan menjalin hubungan khususnya dengan
warga lain di rantau ini . Sementelah, aspek-aspek ini amat bertepatan dengan
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam abad yang ke-21 ini.
6
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
FALSAFAH PENDIDIKAN
Pendidikan di Singapura mempunyai dua matlamat: membentuk sikap
dan menyediakan pelajar menjadi warganegara yang baik serta bersedia
untuk alam pekerjaan.
Pendidikan merupakan proses yang membentuk pelajar menjadi insan
yang baik secara keseluruhan. Melalui pendidikan, pelajar dididik dari segi
moral, intelektual, fizikal, sosial, emosi dan estetika. Pelajar juga akan belajar
menjadi seseorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap
keluarga dan masyarakat serta memahami dan memainkan peranan dalam
pembangunan masa depan Singapura.
Tujuan Persekolahan
Sekolah merupakan institusi pembelajaran. Dengan kerjasama
keluarga, sekolah membolehkan pelajar mengenali diri dahulu, kekuatan dan
pelbagai aspek pertumbuhan diri. Sekolah memberikan asas-asas kukuh
pembelajaran untuk menyediakan pelajar ke tahap pendidikan selanjutnya.
Pada masa yang sama, pelajar dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan
yang membolehkannya maju dalam dunia yang kompetitif. Kecekapan-
kecekapan ini termasuklah kebolehan melahirkan pendapat dengan yakin,
berfikiran kritikal, bekerja dalam kumpulan, dan berinovatif dan berdaya
usaha.
Sekolah merupakan wadah bagi pelajar bergaul. Semasa berinteraksi
dengan pelajar-pelajar dari latar yang berbeza, pelajar sedar bahawa dirinya
adalah sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar dan secara aktif
dia mampu memberikan sumbangan kepada kehidupan orang lain. Dia juga
belajar untuk bekerjasama secara rentas budaya. Sekolah menyediakan
peluang untuk pelajar mengembangkan rasa cinta akan negara.
Sekolah memberikan bimbingan dan hala tuju moral kepada pelajar
melalui etos disiplin dan prihatin. Para pendidik membimbing dan mencorak
daya berfikir dan tanggapan pelajar serta membentuk keperibadian moralnya.
Akhirnya, pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan
yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan
menyumbang kepada masyarakat dengan aktif.
7
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
Mengasuh Pelajar-pelajar
Pelajar merupakan tumpuan segala usaha pengajaran dan
pembelajaran. Tanggapan kita tentang pelajar dan cara dia belajar
memandu kita untuk membantunya menjadi yang terbaik.
Setiap anak mempunyai nilai intrinsik; berperibadi dengan fikiran
dan tanggapan sendiri. Kesabaran dan kegigihan diperlukan
untuk mengasuh anak-anak semasa tanggapan dan sistem
nilainya terbentuk.
Setiap pelajar mampu belajar dan berjaya. Dia mempunyai
keperluan dan keupayaannya sendiri, dan berkembang mengikut
kemampuannya. Dia memerlukan bimbingan untuk membina
kekuatan dan mencapai matlamatnya.
Pelajar belajar dengan baik sekira adanya peraturan dan disiplin.
Dia juga memerlukan jagaan dan galakan untuk meneroka dan
melakukan suatu tindakan cemerlang. Keseimbangan antara
kedua-duanya melahirkan suasana yang kondusif untuk
pembelajaran dan pertumbuhan.
Pembelajaran pelajar-pelajar haruslah sesuai dengan
perkembangan mereka. Perkara yang diajarkan perlu sesuai
dengan usia, cara dan berapa banyaknya perkara itu perlu
dipelajari. Hal ini akan membantu pelajar membangunkan
keyakinan dan motivasinya untuk belajar.
Para pendidik harus memahami pelajar-pelajar dan prihatin akan
isu-isu pendidikan yang kompleks. Mereka juga harus berusaha
mendalami kemahiran subjek dan mengukuhkan kecekapan untuk
pengajaran dan pembelajaran. Pendidik tulen mengutamakan anak
didiknya dan yakin bahawa mereka boleh meninggalkan kesan kepada
kehidupan anak itu.
8
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI
Seseorang pelajar yang melalui pendidikan peringkat prauniversiti
haruslah mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini. Pelajar itu haruslah
mempunyai kesedaran kendiri yang baik, berhemah dan mempunyai
kemahiran-kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan bagi menghadapi
cabaran masa hadapan. Pelajar bertanggungjawab terhadap keluarga,
masyarakat dan negaranya; mempunyai minda dan tubuh yang sihat;
menghargai persekitaran dan mempunyai azam yang kuat untuk menghadapi
kehidupan. Dengan kata-kata lain, pelajar harus:
yakin dan berupaya membezakan yang baik atau sebaliknya, boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan, gigih, mengenali dirinya,
membuat pertimbangan dengan bijak, berfikir secara kendiri dan kritis,
dan berkomunikasi dengan efektif;
mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri, suka bertanya, melakukan refleksi dan tabah
untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran;
menjadi penyumbang aktif yang boleh bekerja dalam kumpulan,
menggunakan inisiatif, mengambil risiko, inovatif dan bekerja keras
untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik; dan
menjadi warga yang prihatin, cinta akan tanah airnya, mempunyai
kesedaran sivik yang tinggi, tahu dan memainkan peranan aktif dalam
membaiki kehidupan orang-orang di sekelilingnya.
Untuk memenuhi hasrat Hasil Pendidikan Yang Diingini, setiap pelajar
haruslah mencapai perkara-perkara yang berikut pada akhir pendidikan
prauniversiti :
mempunyai keberanian moral untuk menegakkan perkara yang betul;
semangat tidak mudah luntur apabila berada dalam kesusahan;
boleh bekerjasama secara silang budaya dan mempunyai
tanggungjawab sosial;
inovatif dan berdaya usaha;
boleh berfikir secara kritikal dan berkomunikasi dengan yakin;
bertekad dalam mengejar kecemerlangan;
menginginkan kehidupan yang sihat dan menghargai nilai estetik; dan
bangga menjadi rakyat Singapura dan memahami Singapura
mempunyai kaitan dengan negara lain dan dunia global.
9
BAB 1 PENGENALAN
1.1 VISI ARIF BUDIMAN
1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21
SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI
1.1 VISI ARIF BUDIMAN
Dalam mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini, pelajar perlu
dilengkapi dengan sikap, kemahiran dan ilmu. Oleh itu, kita harus membentuk
setiap pelajar menjadi seseorang yang mempunyai ciri-ciri Arif Budiman. Visi
Arif Budiman, iaitu insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada
masyarakat menetapkan satu hala tuju bagi guru dan pelajar Bahasa
Click here to load reader