+ All Categories
Home > Education > Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

Date post: 05-Jul-2015
Category:
Upload: musaawang
View: 3,244 times
Download: 10 times
Share this document with a friend
Description:
Dibentangkan oleh Tuan Musa Awang semasa program Latihan Peguam Syarie YBGK-PGSM pada Jumaat, 23 Mac 2012.
20
Oleh : TUAN MUSA AWANG Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Jumaat, 23 Mac 2012. 1 PROGRAM LATIHAN PEGUAM SYARIE PANEL YBGK-PGSM
Transcript
Page 1: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

Oleh :

TUAN MUSA AWANG

Timbalan Presiden,

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Jumaat, 23 Mac 2012. 1

PROGRAM LATIHAN PEGUAM SYARIE PANEL YBGK-PGSM

Page 2: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

mit·i·gate- to make less severe: to mitigate a punishment. * Dictionary.com – (http://dictionary.reference.com/)

- to make less severe or painful : *Merriam-Webster.com (http://www.merriam-webster.com/)

mitigation - peringanan - Mitigasi ialah prosedur yang dibenarkan kepada OKT atau Peguam Syarie untuk memohon meringankan hukuman atas kesalahan yang dilakukan sekiranya OKT membuat pengakuan salah.- Mitigasi hanya berkaitan peringanan hukuman, bukannya menafikan kesalahan yang telah dilakukan OKT tersebut.

2

Page 3: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

Memberi peluang kepada OKT untuk meringankan hukuman sebelum hukuman dijatuhkan.

Dalam PP V RAVINDRAN (1993) 1 MLJ 45 Hakim Yang Arif VISU SINNADURAI - “Adalah suatu rukun amalan yang sudah diterima bahawa si tertuduh harus diberi kredit atau diskaun apabila mengaku bersalah. Ini adalah kerana masa dan wang awam akan dijimatkan jika si tertuduh mengaku bersalah”.

3

Page 4: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

TIADA peruntukan khusus tentang mitigasi.

Berdasarkan common law

Ia suatu rukun amalan yang telah diterima.

Disebut secara tersirat dalam S128, S129 APJSWP ‘97.

4

Page 5: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

1. Selepas pengakuan bersalah & disabitkan

2. Selepas dibicarakan & disabitkan bersalah

5

Page 6: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

SELEPAS PENGAKUAN SALAH

S 96. Tatacara yang berikut hendaklah diikuti oleh Hakim dalam perbicaraan:

(a) apabila tertuduh hadir atau dibawa ke hadapan Mahkamah, maka pertuduhan yang mengandungi butir-butir kesalahan yang dia dituduh melakukannya itu hendaklah dibentuk, dibaca dan dijelaskan kepadanya, dan dia hendaklah ditanya sama ada dia bersalah atas kesalahan yang dipertuduh itu atau meminta dibicarakan;

(b) jika tertuduh mengaku bersalah atas sesuatu pertuduhan, sama ada atas pertuduhan asal atau yang dipinda, akuan itu hendaklah direkodkan dan dia boleh disabitkan atas kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa sebelum suatu akuan bersalah direkodkan, Mahkamah hendaklah menentukan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat daripada akuannya itu dan dia berniat untuk mengakui, tanpa bersyarat, kesalahan yang dikatakan terhadapnya itu;

6

Page 7: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

SELEPAS DIBICARAKAN

(m)

(i) …..

(ii) jika Mahkamah mendapati tertuduh bersalah atau jika akuan bersalah telah direkodkan dan diterima, Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman mengikut undang-undang;

7

Page 8: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

A. PERJALANAN PERBICARAAN RINGKAS OKT MENGAKU SALAH

(Saman Sempurna) Baca pertuduhan dan pastikan OKT faham pertuduhan. Dapatkan kepastian pengakuan OKT, sama ada mengaku salah atau

minta dibicarakan. Rekodkan pengakuan salah OKT jika berpuas hati. Minta Pendakwa Syarie bentangkan fakta kes. Dapatkan kepastian OKT, sama ada bersetuju atau tidak dengan

fakta yang dibentangkan oleh PS. Catatkan dan sabitkan kesalahan OKT jika OKT bersetuju dengan

fakta kes. Beri peluang kepada OKT membuat rayuan peringanan

hukuman dan catatkan. Dengar bantahan Pendakwa Syarie (jika ada). Jatuhkan hukuman.

8

Page 9: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

Profesor Madya Dr Mimi Kamariah Majid, buku Pentadbiran Keadilan Jenayah di Malaysia – faktor-faktor peringanan ;- umur pesalah, rekod pesalah, pengakuan bersalah, kesan sabitan/hukuman, keadaan sebelum kesalahan dilakukan, keadaan semasa kesalahan dilakukan, kesihatan pesalah, tingkahlaku pesalah setelah kesalahan, faktor lain.

9

Page 10: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

1. Umur pesalah - tua atau muda.

- S 128 APJSWP- Pesalah muda - hukuman boleh diganti dengan :-

(a) memerintahkan pesalah dilepaskan selepas teguran wajar ; atau

(b) memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu/bapa/penjaganya/saudara dewasanya yang terdekat/mana-mana orang lain, dengan menyempurnakan bon berkelakuan baik selama tempoh tidak melebihi 12 bulan atau, tanpa apa-apa bon, membuat perintah supaya pesalah berkelakuan baik selama tempoh tidak melebihi 2 tahun dan mengandungi apa-apa arahan mengikut jenis syarat-syarat yang disebut dalam S130 (a), (b) atau (c).

10

Page 11: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

2. Rekod pesalah

- Kesalahan pertama, tiada rekod jenayah, bukanlah “habitual offender”.

- S 129 APJSWP - Pesalah kali pertama - dengan mengambil kira watak, latar belakang, umur, kesihatan atau keadaan mental pesalah itu/hakikat ringannya jenis kesalahan itu/apa-apa hal keadaan peringanan - dengan mengarahkan pesalah dilepaskan dalam cubaan akhlak berkelakuan baik, dengan bon jamin, untuk tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah sebelum untuk hadir/dipanggil bagi menerima penghakiman.

11

Page 12: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

3. Pengakuan bersalah

- Dapat membantu hakim membuat keputusan dengan yakin.

- Menjimatkan masa mahkamah akan jadi lebih singkat dan dapat ditumpukan kepada kes lain lebih kritikal.

- Menjimatkan wang kerajaan & awam/rakyat.

- Membantu/Memudahkan pihak Pendakwa, beri peluang Pendakwa tumpu perhatian kepada kes lebih berat/serius dan perlukan perbicaraan panjang.

12

Page 13: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

4. Kesan sabitan/hukuman

- Kesan hukuman terhadap OKT & keluarga (jika dipenjarakan)

- Kesan terhadap diri – kesihatan (penyakit jika ada, mengandung), kewangan

- Kesan terhadap pekerjaan – pegawai kerajaan, anggota keselamatan, beruniform, tindakan tatatertib, kontrak kerja, offer letter (jika ada).

- Kesan terhadap keluarga/anak/isteri – liabiliti/tanggungan, anak2 kecil, masih bersekolah, ahli keluarga yang sakit/uzur.

13

Page 14: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

5. Keadaan sebelum kesalahan dilakukan,

- OKT seorang yang disenangi, tidak membelakangkan hukum syarak/abaikan hukum Islam.

6. Keadaan semasa kesalahan dilakukan, - Fakta2 semasa tangkapan yang boleh dijadikan

alasan peringanan.- Cth – kejadian khalwat dilakukan jam 10.00

malam, OKT (P) dtg hantar makanan kepada OKT (L) yg sakit.

14

Page 15: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

7. Tingkahlaku pesalah setelah kesalahan dilakukan

- OKT memberikan kerjasama semasa tangkapan, semasa di balai polis.

- OKT beri kerjasama hadir ke Mahkamah.

- Tangguhan kes beberapa kali, Perayu tetap hadir walaupun Responden tak hadir/hantar wakil/kursus dll.

- OKT sendiri datang serah diri kepada Penguatkuasa – kes nikah luar kawasan, poligami tanpa kebenaran dll.

15

Page 16: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

8. Insaf dan bertaubat

- Pengakuan bersalah adalah qarinah kepada taubat dan keinsafan Perayu.

- Taubat adalah salah satu cabang amal soleh. Digalakkan bertaubat - Surah An-Nur ayat 31 -

- Allah menyukai orang-orang yang bertaubat - Surah Al-Baqarah ayat 222. -

- Cth : kes khalwat/zina/mukaddimah – Bukti OKT telah insaf dan bertaubat telah berkahwin dengan pasangan. Pernyataan insaf dan taubat telah dizahirkan dengan tindakan

16

Page 17: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

9. Hukuman alternatif – perintah pemulihan - S97 APJSWP ‘97- Kuasa untuk melepaskan

dengan syarat atau tanpa syarat. Mahkamah boleh, tanpa merekodkan suatu sabitan,

membuat perintah :- (d)membuang pertuduhan atau aduan itu selepas

memberi teguran/amaran kepada pesalah;(e)memerintahkan pesalah ditahan di suatu rumah

kebajikan yang diluluskan oleh Majlis selama tempoh tidak lebih 6 bulan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah ; atau

(f)melepaskan pesalah dengan syarat berkelakuan baik, dengan bon jaminan, untuk tempoh tidak melebihi 3 tahun, dan hadir pada bila masa dipanggil untuk direkodkan sabitan dan dijatuhkan hukuman.

17

Page 18: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

CONTOH2 KES SEBAGAI PANDUAN

Lihat Lampiran

18

Page 19: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

ISU2 BERKAITAN

19

Page 20: Mitigasi Jenayah Syariah & Isu-Isu Berkaitan

Wallahu’alamSEKIAN TERIMA

KASIH.Selamat Maju Jaya

“Meletakkan Hak Kepada Yang Berhak”

20


Recommended