+ All Categories
Home > Documents > Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam ......kian mencabar ini. Oleh itu, tidak terkecuali...

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam ......kian mencabar ini. Oleh itu, tidak terkecuali...

Date post: 15-Feb-2021
Category:
Upload: others
View: 4 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
15
Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa www.jerisjournal.com Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah Nor Laila binti Md Zain 1 & Md Nasir bin Ibrahim,Ph.D 2 1,2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Received: 01 Dec 2018 Accepted: 01 Dec 2018 Publish 01 Dec 2018 E-mail adress: ____________________ *corresponding Author : *[email protected] _______________________ Abstrak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah elemen yang menjadi asas dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad ke-21 (PdPC PAK21). Asas penting ini dilihat sebagai suatu pendekatan yang membolehkan ruang terhadap proses PdPC yang menjadi penekanan kepada keperluan mencapai industri 4.0. Signifikannya, peranan guru sebagai fasilitator mampu membawa para pelajar meneroka dan menguasai aras pemikiran di luar kotak dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sama ada di peringkat sekolah mahupun kehidupan mereka. Sementelah lagi, persediaan ini perlu dipandang serius dalam usaha menyediakan modal insan ini melangkah lebih jauh seiring dengan cabaran untuk keperluan sosial dan ekonomi pada masa depan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Kajian kes dipilih untuk mengumpul data secara empirikal. Proses ini melalui temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Persepsi guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam PdPC PSV amat baik kerana mereka beranggapan bahawa penerapan KBAT adalah kesinambungan daripada pelaksanaan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Pelaksanaannya adalah mengikut kemampuan dari segi kebolehupayaan para pelajar dan fasiliti yang ada di sekolah. Konklusinya, pelaksanaan KBAT tidak menjadi beban kepada mereka untuk mencipta PdPC yang kreatif selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi kreatif, berketerampian dan inovatif. Keyword: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pendidikan Seni Visual, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) ____________________________________________ Pengenalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan masalah menjadi fokus dalam pendidikan masa ini. Ledakan teknologi yang semakin berkembang menjadikan setiap insan perlu meningkatkan kemahiran berfikir secara lebih matang dalam menempuh kehidupan yang kian mencabar ini. Oleh itu, tidak terkecuali dalam bidang pendidikan yang berkembang dengan pantas kemahiran ini yang perlu diperkasakan oleh guru-guru untuk kemenjadian para pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang menumpukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi untuk membentuk kurikulum bagi mencapai pemikiran
Transcript
  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah

    Nor Laila binti Md Zain1 & Md Nasir bin Ibrahim,Ph.D2

    1,2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

    Received: 01 Dec 2018 Accepted: 01 Dec 2018 Publish 01 Dec 2018 E-mail adress: ____________________ *corresponding Author : *[email protected] _______________________

    Abstrak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah elemen yang menjadi asas dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad ke-21 (PdPC PAK21). Asas penting ini dilihat sebagai suatu pendekatan yang membolehkan ruang terhadap proses PdPC yang menjadi penekanan kepada keperluan mencapai industri 4.0. Signifikannya, peranan guru sebagai fasilitator mampu membawa para pelajar meneroka dan menguasai aras pemikiran di luar kotak dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sama ada di peringkat sekolah mahupun kehidupan mereka. Sementelah lagi, persediaan ini perlu dipandang serius dalam usaha menyediakan modal insan ini melangkah lebih jauh seiring dengan cabaran untuk keperluan sosial dan ekonomi pada masa depan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Kajian kes dipilih untuk mengumpul data secara empirikal. Proses ini melalui temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Persepsi guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam PdPC PSV amat baik kerana mereka beranggapan bahawa penerapan KBAT adalah kesinambungan daripada pelaksanaan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Pelaksanaannya adalah mengikut kemampuan dari segi kebolehupayaan para pelajar dan fasiliti yang ada di sekolah. Konklusinya, pelaksanaan KBAT tidak menjadi beban kepada mereka untuk mencipta PdPC yang kreatif selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi kreatif, berketerampian dan inovatif.

    Keyword: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pendidikan Seni Visual, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)

    ____________________________________________

    Pengenalan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan masalah menjadi fokus dalam pendidikan masa ini. Ledakan teknologi yang semakin berkembang menjadikan setiap insan perlu meningkatkan kemahiran berfikir secara lebih matang dalam menempuh kehidupan yang kian mencabar ini. Oleh itu, tidak terkecuali dalam bidang pendidikan yang berkembang dengan pantas kemahiran ini yang perlu diperkasakan oleh guru-guru untuk kemenjadian para pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang menumpukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi untuk membentuk kurikulum bagi mencapai pemikiran

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    global dan kemenjadian pelajar menuju abad ke-21 (Nik Nor Ahmarizam, 2015). Kini, transformasi pendidikan dilaksanakan dengan membangunkan pelbagai dasar untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang sama seperti negara maju, terutamanya dalam KBAT (Ping & Hua, 2017). Oleh itu, langkah memperkenalkan dan meningkatkan KBAT oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan mengembangkan penikiran para pelajar. Pemikiran diertikan sebagai proses mental aktif yang menggalakkan pengetahuan baharu dengan cara mengaplikasikan pengetahuan sedia ada serta pengalaman bagi membolehkan berlakunya penambahan ilmu, membuat tindakan, membuat keputusan, merancang, memahami, menilai dan juga boleh menyelesaikan masalah melalui penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu dan gaya berfikir bagi menyusun maklumat, konsep atau idea (Edward de Bono, 1991, Efland, 2002, Mok Soon Sang, 2013). KPM telah menggariskan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sebagai model kemahiran berfikir. Para pelajar digalakkan mengaplikasikan kedua-dua kemahiran ini dalam proses pemikiran yang melibatkan akal untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsi sesuatu yang telah mereka pelajari dengan aktiviti menyusun idea-idea atau kemahiran baru. Hal berikutan sistem penilaian dan peperiksaan memerlukan para pelajar menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar untuk meningkatkan potensi mereka (Rosnanaini, et.al., 2011, Mohd Nashuha Jamidin et.al.,1995). KBAT bermaksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu yang baharu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan negara menjurus ke arah para pelajar yang berupaya mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa.

    Pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan suatu kesinambungan disiplin ilmu yang merentasi kurikulum dalam proses kognitif dan kreatif. Penghasilan karya seni dapat meningkatkan pemikiran. Hal ini kerana kognitif berfungsi melalui penggunaan akal fikiran dan keupayaan berfikir untuk mereka dan mencipta idea-idea baharu dan secara langsung mengembangkan ilmu pengetahuan. Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk memperkembangkan bakat dan kecemerlangan guru-guru seni dalam memikul tugas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran PSV. Sebelum ini, para pelajar yang mengambil subjek PSV lebih tertumpu melalui proses melukis sahaja. Proses transformasi yang berlaku pada masa ini telah membolehkan para pelajar memperkembangkan kedua-dua bahagian otak iaitu otak kiri dan otak kanan untuk lebih berkemampuan berfikir secara analitikal dan kreatif (Abdul Shukor Hashim, 1997).

    Peranan guru sangat signifikan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa kerana tanggungjawab dan fungsi guru tidak hanya menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah tetapi meliputi proses pembentukan sahsiah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya para pelajar mudah dilentur menjadi individu yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang (Mok Soon Sang, 2004:185). Pernyataan ini disokong oleh Rohizan et,al.(2014) yang menjelaskan pendidik adalah tunjang aspirasi negara yang telah berkorban untuk membentuk dan mendidik para pelajar yang menjadi asas generasi akan datang, yang banyak bergantung kepada bagaimana pengajaran seseorang guru. Md Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003:24) pula menyatakan guru Pendidikan Seni memberi panduan dan bimbingan kepada para pelajar untuk meneroka hubungan seni dan kehidupan yang membabitkan proses menghasilkan sesuatu untuk dipamerkan dan dapat berkomunikasi dengan persekitaran. Collins (2014) pula mencadangkan guru bukan sahaja harus mengajar bahasa dan konsep tetapi juga perlu menjelaskan kepada para pelajar perkara yang perlu mereka lakukan dan

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    mengapa kemahiran berfikir yang lebih tinggi mereka perlukan untuk menyelesaikan masalah di sekolah dan dalam kehidupan. Oleh itu, guru berperanan besar dalam usaha menggilap KBAT bagi memenuhi keperluan para pelajar agar dapat menjiwai makna, mengetahui dan menilai kepentingan seni kepada masyarakat pada masa akan datang. Berdasarkan kenyataan ini, guru-guru perlu berpengetahuan luas dalam pengajaran KBAT. Justeru, persepsi guru amat penting dalam usaha untuk merealisasikan pengajaran KBAT yang efektif pada abad ke-21 dan seterusnya memberi impak dalam PAK21. Pernyataan Masalah Pada peringkat permulaannya, pengajaran berunsurkan KBAT menjadi satu cabaran kepada guru-guru. Semakin banyak sekolah dikritik disebabkan tidak menguruskan dengan baik cabaran pada era baharu ini dan kelemahan menguasai kemahiran berfikir dikatakan penyebab pencapaian sekolah agak ketinggalan (Rajendran, 2017). Pemahaman terhadap konsep dan pelaksanaan KBAT amat penting dan perlu dikuasai oleh guru-guru dan kemahiran berfikir ini boleh mempengaruhi persepsi mereka terhadap keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad ke-21.

    Pengetahuan guru tentang kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi rendah. Laporan kajian keperluan oleh perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 menghuraikan bahawa guru dan pelajar di Malaysia masih berada di tahap yang rendah dari segi pemikiran dan ini tentulah menjadi masalah untuk merealisasikan kemahiran berfikir pelajar. Tambahan pula, pengajaran masih berpusatkan guru dan cara tradisional (Nor Hasmaliza & Zamri, 2016).

    Vijayaletchumy Muniyandy & Selvam Narayanasamy (2015) pula menyatakan guru-guru berpendapat pengajaran bercirikan KBAT memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Tambahan pula, situasi guru-guru rasa terbeban dengan kerja-kerja tambahan seperti perkeranian dan memfokuskan para pelajar bagi persediaan peperiksaan dan kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran, keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian terhadap KBAT yang dianggap sebagai konsep baharu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati pemahaman guru-guru tentang KBAT dan amalannya masih kurang jelas. Oleh itu, para guru sangat memerlukan maklumat dan bimbingan tentang pelaksanaan KBAT daripada KPM atau agensi berkaitan. Rajendran (2001) pula menjelaskan sejumlah 52% guru menggunakan 10% daripada masa pengajaran untuk mengajarkan kemahiran berfikir, sementara 19.3% guru yang menggunakan masa lebih 10% masa pengajaran mereka untuk mengajar kemahiran berfikir secara penyebatian iaitu kemahiran berfikir disebatikan dengan kandungan mata pelajaran. Sebanyak 26% guru pula tidak memperuntukkan masa pengajaran mereka untuk mengajarkan kemahiran berfikir. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa guru-guru secara signifikan berbeza dalam persepsi mereka terhadap ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap untuk mengajar KBAT dalam BM dan BI. Hal ini juga dipengaruhi oleh paradigma guru yang masih terikat dengan cara lama dalam pengajaran.

    Guru Pendidikan Seni memikul tanggungjawab yang berat untuk menjana pemikiran kreatif para pelajar seni yang harus dilaksanakan dengan lebih serius kerana guru mungkin terlalu menyatakan seni sebagai satu aktiviti yang menarik, sedangkan guru kurang menekankan dan memikirkan kaedah yang efektif untuk melaksanakannya bagi menyerlahkan satu ruang kekreatifan dalam pemikiran pelajar (Mohd Johari, 2006:2).

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Tinjauan Literatur

    Edward de Bono (1969) menjelaskan persepsi ialah tahap pertama proses berfikir, tahap kedua pula adalah logik. Hal ini kerana persepsi mempengaruhi apa yang dilihat oleh logik. Secara ringkasnya, persepsi yang dapat menentukan logik. Oleh itu, persepsi merupakan ciri yang penting apabila seseorang berfikir dan manjadi satu set pola yang dapat menghubungkan satu konsep atau pengertian dalam akal yang didapati melalui pengamatan, pemerhatian dan penglibatan diri dalam ruang lingkup persekitaran kehidupan (Nasruddin Yunos, et, al. 2012).

    Ainon dan Abdullah (1996) pula mendefinisikan persepsi adalah tafsiran yang boleh dibuat melalui penglihatan atau memberikan makna terhadap apa yang telah dilihat. Kemungkinan ramai orang yang melihat perkara yang sama akan membuat tafsiran yang berbeza-beza terhadap perkara itu, tafsiran berbeza-beza akan menimbulkan logik pemikiran juga menjadi berbeza-beza. Edward de Bono (1976:77) pula menjelaskan pengajaran pemikiran bukan pengajaran logik tetapi pengajaran persepsi. Oleh itu, guru-guru Pendidikan Seni perlu mempunyai persepsi yang baik untuk menghasilkan pengajaran KBAT yang berkesan.

    Satu daripada objektif pendidikan sekolah menengah di Malaysia yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah untuk “membangun dan meningkatkan keupayaan intelek pelajar dari aspek pemikiran rasional, kritikal dan kreatif” (Rajendran,2017). Pelaksanaan KBAT adalah untuk membentuk minda generasi yang boleh berfikir dan menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif . Hal ini kerana menurut Newmann (1991) pemikiran aras tinggi berupaya mencabar minda pelajar untuk menginterprestasi, menganalisis dan memanipulasi maklumat. Penerapan KBAT kerana trend perkembangan pendidikan masa kini yang bersifat komprehensif melibatkan tujuh elemen iaitu kurikulum, pentaksiran dan pedagogi dan empat elemen sokong adalah kokurikulum, sokongan komuniti dan swasta, sumber dan bina upaya. Kesemuanya untuk membudayakan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru dan pelajar (Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM, 2014). Oleh itu, penghayatan guru terhadap kaedah pedagogi yang efektif bercirikan KBAT dalam setiap subjek terutamanya PSV sangat signifikan untuk melahirkan para pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif.

    Pendidikan Seni merupakan disiplin ilmu yang boleh membangunkan sahsiah pelajar dan berupaya meningkatkan kualiti kehidupan pada masa depan. Kandungan kurikulum yang dibina dalam Pendidikan Seni adalah merangkumi domain keperluan bagi perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor setiap individu. Penghasilan kerja seni membolehkan para pelajar membuat pemerhatian, pengamatan, perbandingan, penilaian dan yang lebih penting membuat pertimbangan yang betul tentang sesuatu hal (Md Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan, 2003:183). Kerja seni dapat menyediakan peluang kepada para pelajar untuk menyatakan diri mereka dalam pengalaman studio untuk mempromosikan pemikiran dan kreativiti.(Bates, 2000:13). Mittler (2006:52) menambah Pendidikan Seni membantu membina pelbagai kemahiran berfikir yang penting untuk digunakan dalam situasi dunia sebenar. Situasi ini memberikan pengalaman penting dalam mengikuti setiap langkah dalam proses penyelesaian masalah. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Johari Ab.Hamid (2006:11) yang berpendapat PSV merupakan pendidikan yang bersifat dinamik dan progresif yakni mata pelajaran yang mendidik dan membentuk kreativiti pelajar, yang mana subjek ini sentiasa berubah dan tugas guru PSV sangat berat dan mencabar. Hal ini kerana bukan semua orang boleh mengajar dan bukan semua orang boleh diajar. Winslow (1942:52) pula menyatakan guru Pendidikan Seni seharusnya mempunyai fikiran yang jelas dalam bidang kurikulum dan mengingati hubungan seni dengan kanak-kanak. Oleh itu, guru-guru perlu bersikap positif dan berketrampilan dalam memikul tugas dan tanggungjawab mereka.

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Sukiman, Noor Shah & Mohd Uzir (2012) yang menjalankan kajian menunjukkan bahawa guru-guru mempunyai persepsi yang positif terhadap pengajaran berfikir dan mengamalkan pengajaran kemahiran berfikir di bilik darjah malah tidak terdapat perbezaan persepsi antara guru lelaki dan perempuan serta guru berpengalaman dan kurang berpengalaman.Selain itu, wujud hubungan antara persepsi guru terhadap pengajaran berfikir dan amalan pengajaran berfikir. Norlela, et.al.(2015) mendapati dalam kajiannya bahawa guru-guru pelatih mempunyai tahap aplikasi soalan KBAT yang tinggi. Guru-guru dapat mengaplikasikan konsep KBAT dalam pengajaran dan pembelajaran dengan betul. Usaha ini harus dipupuk dan disokong oleh pelbagai pihak di peringkat pendidikan agar para guru dapat merealisasikan transformasi negara untuk melahirkan generasi berfikiran aras tinggi.

    Tujuan dan objektif kajian

    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka persepsi guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap KBAT di sekolah menengah dari aspek pandangan, pemahaman dan penerimaan mereka dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni Visual. Secara khususnya, kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif kajian seperti berikut:

    i) Menilai pandangan guru Pendidikan Seni Visual terhadap pelaksanaan KBAT. ii) Meneroka pemahaman guru-guru terhadap kepentingan pengajaran KBAT. iii) Mengkaji penerimaan guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengaplikasikan

    KBAT.

    Persoalan Kajian

    Kajian ini juga dilakukan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut: i) Apakah pandangan guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap pelaksanaan KBAT? ii) Mengapakah pemahaman guru-guru Pendidikan Seni Visual penting terhadap

    pelaksanaan KBAT?. iii) Bagaimana penerimaan guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengaplikasikan

    KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan mereka?

    Kepentingan Kajian

    Kajian ini adalah untuk meneroka persepsi guru melalui pandangan, pemahaman dan penerimaan mereka terhadap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual. Oleh itu, kajian ini dapat memberi ruang kefahaman kepada guru-guru untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan profesionalisme mereka dari segi aspek pengajaran dan pembelajaran berasaskan KBAT . Selain itu, hasil dapatan kajian ini dapat memberi gambaran secara holistik kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk mengetahui secara komprehensif pandangan guru-guru dan dapat menyediakan kursus-kursus atau mengadakan sesi perbengkelan untuk memantapkan pengetahuan dan pedagogi guru-guru secara umumnya dan guru-guru Pendidikan Seni Visual secara khususnya. Hasil dapatan kajian ini juga dapat dijadikan bahan dokumentasi atau rujukan dan panduan kepada penyelidik-penyelidik lain dalam memperkembangkan ilmu dalam bidang pendidikan. Methodology Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk kajian kes melalui kajian pelbagai kes (multicase studies) iaitu pelbagai tempat lapangan (Merriam & Tisdell, 2016) manakala Yin (2014)

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    menyatakan kajian kes merupakan suatu penyelidikan empiris yang menyiasat fenomena kontemporari ("kes") secara mendalam dan dalam konteks dunia sebenar, terutama apabila batasan antara fenomena dan konteks mungkin tidak jelas buktinya. Proses pengumpulan data adalah melalui kaedah temu bual semi struktur, pemerhatian tidak turut serta dan analisis dokumen (Merriam & Tisdell, 2016). Kaedah temu bual yang mendalam telah dijalankan secara temu bual bersemuka dengan individu (Creswell, 2014). Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif.

    Kajian ini dilaksanakan di empat buah sekolah menengah di negeri Pulau Pinang di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan pengkaji menetapkan pemilihan sampel kajian adalah persampelan bertujuan (purposive sampling) iaitu kelompok informan yang mewakili populasi yang ingin dikaji dengan mengambil kira beberapa faktor seperti a) kemudahan dan kebenaran daripada pihak sekolah, b) faktor kelayakan guru yang berpengalaman mengajar melebihi 10 tahun, c) guru mestilah mengajar PSV, d) guru mewakili sekolah menengah di bandar dan luar bandar bagi mewakili taburan guru PSV akan memudahkan penyelidik menentukan kelancaran bagi proses pengumpulan data kajian. Secara keseluruhannya, peserta kajian seramai enam orang guru PSV berumur antara 40 hingga 58 tahun, yang terdiri daripada empat orang guru lelaki dan dua orang guru perempuan berfokuskan pengalaman sebagai indikator utama dalam memastikan pandangan dan pemahaman mereka terhadap pelaksanaan KBAT.

    Temu bual semi struktur diadakan untuk memperolehi pendapat para guru tentang pelaksanaan KBAT di sekolah menengah. Sebelum temu bual dijalankan, pengkaji telah membuat temu janji dengan guru-guru akan tarikh yang sesuai dengan mengambil kira masa terluang guru-guru tanpa menganggu tugas serta pengajaran dan pemudahcaraan mereka. Pengkaji memberikan borang maklumat diri sebelum ditemu bual dan meminta keizinan untuk merakam temu bual menggunakan Mp3. Para guru berpengalaman mengajar lebih daripada 10 tahun. Temu bual yang dijalankan untuk mengumpul dapatan kajian sebagai kerangka data utama iaitu pandangan guru-guru dalam proses pelaksanaan KBAT.

    Selain itu, pemerhatian dijalankan semasa guru-guru terlibat dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas atau bilik Seni Visual sebagai menyokong data temu bual. Pemerhatian adalah secara individu menggunakan borang pemerhatian dan senarai semak untuk memudahkan penyelidik membuat penilaian aspek pemahaman dan kaedah pengajaran yang dikuasai oleh guru-guru semasa proses pengajaran dan pemudahcaraan dilaksanakan. Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi pengajaran iaitu selama satu jam iaitu 2 waktu pengajaran. Semasa sesi pemerhatian, pengkaji juga menggunakan kamera untuk merakam video yang diletakkan di belakang kelas untuk menampakkan keseluruhan perjalanan kelas. Pemerhatian dilakukan sebanyak dua kali dalam waktu sesi persekolahan. Antara aspek yang diperhatikan ialah pemahaman guru terhadap pelaksanaan KBAT dan kaedah yang digunakan untuk mengaplikasikan KBAT. Analisis dokumen pula adalah untuk menyokong data yang diperolehi melalui kaedah pemerhatian.

    Analisis data adalah berbentuk deskriptif. Data yang diperolehi dianalisis secara manual dengan mencetak dan membaca transkripsi berulang-ulang kali dengan teliti untuk mendapatkan konteks kajian yang lebih jelas. Seterusnya dilakukan proses mengekod dan menganalisis tema dengan bantuan perisian ATLAS.ti 8.0. Pengkaji dapat meneliti pandangan guru-guru PSV terhadap KBAT melalui kaedah yang dijalankan. Data temu bual dianalisis secara domain dan analisis tematik. Chua (2014:70) menjelaskan melalui analisis domain juga dikenali sebagai analisis taksonomi (taxonomy analysis), tema dan kod diperkembangkan daripada data kajian yang diperolehi sendiri dan bukannya dikhususkan sebelum analisis dilakukan, proses ini dikatakan sebagai pengekodan induktif. Dapatan kajian ini menjurus kepada objektif kajian dan bagi menjawab persoalan-persoalan kajian.

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Bagi meningkatkan kebolehpercayaan dalam kajian ini, pengkaji menggunakan beberapa langkah iaitu pengesahan inventori soalan temu bual semi struktur oleh penyelia, kajian rintis, triangulasi data dan laporan nota lapangan. Triangulasi data dalam kajian ini adalah menerusi triangulasi pengumpulan data iaitu temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen dengan disokong nota lapangan pengkaji.

    Peserta kajian yang terpilih sangat berpengalaman mengajar di sekolah menengah. Peserta kajian juga merupakan guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Profil peserta kajian adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Profil peserta kajian Peserta kajian Pengalaman

    GPSVIn.4 GPSVIn.6 GPSVIn.1 GPSVIn.5 GPSVIn.2 GPSVIn.3

    16 16 20 20 21 24

    Dapatan kajian dan perbincangan Pandangan guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap pelaksanaan KBAT? a)Pandangan umum pelaksanaan KBAT Dapatan kajian menunjukkan peserta-peserta kajian menyatakan pendapat yang positif dan baik dilaksanakan KBAT seperti mana dinyatakan oleh In1/TB1/220517/(SMJK1):144-147).. “sesuatu yang baguslah kerana mereka dapat mencapai tahap yang tinggi”. Pandangan yang sama turut dinyatakan oleh In.2/TB1/300117/(SMK2):417 -420)…”Pelaksanaan KBAT di sekolah..saya rasa dia satu perkembangan yang baik..sebab dia mengajar budak berfikir lebih banyak. Saya rasa perlu diteruskan.”. Sama juga halnya dengan pendapat peserta kajian tiga iaitu….”Satu program yang baguslah, kita sebagai pelaksana kena laksanakanlah dan sekolah kita terpilih untuk melaksanakan KBAT dan setiap mata pelajaran tu kita dapat mengukur di mana tahap pelajar-pelajar kita.”(In.3/TB1/160617/(SMK3):460-465). Hal ini juga dipersetujui oleh peserta kajian lima dan peserta kajian enam iaitu …”Untuk semua..baguslah. Bagi saya, pelaksanaan KBAT ini memang sangat diperlukan terutamanya bagi pelajar yang sekarang ini memang kena berfikir kreatif dan berfikiran aras tinggi supaya pelajar ni dapat hidup berdikari di luar nanti. Kalau dia tak berfikiran lebih kreatif lagi mungkin dia susah nak berdikari”. (In.5/TB2/300717(SMK4).722-726). “Apa...jadi KBAT ni kita perlu sehabis dayalah bagi sebab kita teringat tu kurikulum dan sukatan dan kehendak kerajaan dari segi JERI, untuk kita bagi seimbang JERI dalam Pendidikan Seni dan subjek lain juga. Sebagai rasa tanggungjawab untuk perlu laksana KBAT”. (In.6/TB2/300717(SMK4).731-734) dan peserta kajian keempat menyatakan pandangannya yang mereka selalu diberi peringatan untuk pelaksanaan KBAT... ”Memang kami memperingatkan...peringatan KBAT” (In.4/TB1/180917/(SMK4):249-254). Keseluruhan, peserta kajian menyatakan bahawa pengajaran berasaskan KBAT sangat bagus, sangat diperlukan untuk membentuk pelajar supaya berfikiran kreatif dan menyediakan peluang agar mereka dapat hidup berdikari pada masa akan datang. b)Persepsi penerapan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual Dapatan kajian juga menunjukkan semua peserta mempunyai persepsi yang baik terhadap penerapan KBAT dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Hal ini dinyatakan oleh

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    In.2/TB1/300118/(SMK2):511-514) iaitu....”saya rasa memang baguslah..sebab secara tak langsung budak dia boleh keluarkan idea dia, kadang-kadang kita tanya soalan budak jawab satu..tapi kalau kita tanya pendapat dia, dia boleh bagi pendapat yang lebih daripada yang kita ‘assume’ tu..kita duk agak dia akan jawab macam ni..tapi bila ada KBAT ni dia bagi pandangan dia sendiri.”. Hal ini disokong oleh In.6/TB2/310717/(SMK2): 861-863)….” Pandangan saya memang apabila dilaksanakan sebab seni ni dia memang banyak dan tak ada apa. KBAT tu dapat datang daripada budak dari perkataan. Bagus sangatlah dalam Pendidikan Seni”. Namun begitu, dua orang peserta menyatakan penerapan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual adalah baik tetapi bergantung kepada kefahaman dan pengetahuan guru untuk mengaplikasikannya. ”Saya rasa memang bagus..memang bagus sebab mata pelajaran Pendidikan Seni ni kita nak tengok pelajar tu yang membina yang buat lukis, kreatif dialah kita nampak. Jadi, bila kita laksanakan tu...kita rasa kita kurang idea tu biar pelajar walaupun tak secantik manapun sebab untungnya Seni, tak cantik tu Seni..” (In.3/TB1/160617/(SMK3).600-604) dan ”Pelaksanaan KBAT ni benda baru tapi pelaksanaan dah lama bergantung kepada kefahaman guru tersebut cuma kalau nak laksanakan lebih detail lagi kertas 1 sebab kertas 1 melibatkan soalan pasal seni ni dulu tak ada soalan macam ni...banyak melukis apa semua. Bila melibatkan soalan, guru tu kena pandai mengolah soalan tu supaya pelajar tu dapat berfikir aras tinggi supaya pelajar tu dapat menjawab lebih banyak lagi pengetahuan”.(In.5/TB1/240717/(SMK2).867-876).

    Dapatan temu bual pula menunjukkan bahawa kebanyakan guru mempunyai pandangan yang positif terhadap pelaksanaan KBAT di sekolah-sekolah menengah. Mereka sangat bersetuju dan berpendapat penerapan KBAT sangat diperlukan untuk mendidik para pelajar lebih berfikiran jauh, bersifat terbuka dan dapat membantu pelajar agar berupaya berdikari untuk masa depan namun bergantung kepada kefahaman dan kreativiti guru untuk melaksanakannya dengan baik. Pemahaman guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap pelaksanaan KBAT?. Pemahaman guru terhadap pelaksanaan KBAT sangat signifikan bagi memastikan pengajaran dan pemudahcaraan berasaskan KBAT dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan jayanya. Dapatan kajian menunjukkan kesemua guru dapat memahami konsep KBAT dengan baik. Perkara ini dibuktikan melalui …. mesti terapkan sesuatu yang lebih tinggi nilainya dalam PdP...supaya pelajar boleh meneroka satu tahap yang lebih tinggi lagi. In.1/TB1/220517/(SMJK1):40-41).

    Hal ini disokong oleh In.2/TB1/300118/(SMK2): 160-170)...nak mengajar kita lebih banyak berfikir. saya rasa lebih baik sebab kita mencari beberapa alternatif jawapan. Manakala ….dapat menyelesaikan masalah itu dengan bantuan guru tetapi pelajar bagi idea.(In.3/TB1/160617/(SMK3):165-166). In.4/TB1/180917/(SMK4):59-69 pula menyatakan menurut kefahamannya tentang KBAT…”KBAT…satu pendidikan yang mudah boleh menjadi seorang pelajar itu berfikir di luar kotaknya, itu bagi saya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jadi, pelajar dapat mengeluarkan sesuatu yang kreatif dalam dirinya dengan..aaa....dengan tahapnya sendiri dan dengan gayanya sendiri. Manakala peserta kajian lima pula menjelaskan “KBAT tu bagi saya…ok katakan dalam bidang seni la…dalam bidang seni katakan saya bagi satu tajuk soalan menggambar, baik soalan menggambar itu kemudian pelajar itu dia faham dalam masa 3 jam tu dia boleh melaksanakan satu lukisan yang dia punya pemikiran itu memang hebat la…maksudnya. Dia boleh melukis tapi dia boleh ada objek-objek lain yang kita tak pernah terfikir dia boleh berfikir. Maksudnya aras pemikiran dia tinggila kat situ” (In.5/TB1/240717/(SMK2):276-285) . Peserta keenam pula menyatakan KBAT…”Apa yang saya faham KBAT ni kemahiran berfikir aras tinggi tu...dia tak..dia nak menggalakkan kita atau

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    pelajar yang kita soal tu dia berfikir secara analisis ...aaa..bukan hanya sekadar pengetahuan dan kefahaman. Pengetahuan dan kefahaman tu permulaan..dia punya penyelesaian tu secara analisis”(In.6/TB1/240717/(SMK2):12-15).

    Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa peserta-peserta kajian dapat memahami tentang KBAT, iaitu proses penerokaan dalam pemikiran tinggi dan meluas yang lebih bertumpu kepada penyelesaian masalah dan pembinaan idea yang di luar kebiasaan untuk menjadikan pelajar lebih berfikiran aras tinggi, kritis dan kreatif. Penerimaan guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peserta kajian keseluruhannya dapat menerima dengan baik pelaksanaan KBAT walaupun ada yang berasa susah pada permulaannya. Apabila telah biasa mereka dapat menerima dengan baik. Hal ini dapat dibuktikan melalui kenyataan temu bual dengan Informan 2 iaitu In.2/TB1/300118/(SMK2): 467-471) Mula tu saya rasa susah sikit..sebab kita duk fikir satu benda yang baru ni..susah. Bila kita tengok balik, bila kita cuba’ try’..KBAT ni macamana...oh..soalan ni dia nak budak jawab bagi panjang sikitlah..lepas itu, kita lama-kelamaan, kita jadi rasa biasa dah, bila kita dah biasa dengan soalan-soalan susah, kita jadi biasa dah. Mula-mula saja rasa susah. Memang mula-mula tu eh..apa benda ni..tapi sekarang tak ada apalah, o.k dah. Penerimaan KBAT ini dapat diterima juga oleh peserta kajian kelima dengan menyatakan… Saya terima semua apa yang diberi tu cuma setakat ni..saya tak ada terima ’feed back’ dari pihak mana-mana untuk memberi taklimat ke apa ke...tambah beliau lagi....”Saya terima dan saya laksanakan sendiri, macam saya kata tadi ikut kemampuan saya sebab tak ada pendedahan langsungkan. Jadi, saya fikir apa yang saya laksanakan memang saya nak bagi pelajar tu kreatif. Secara tidak langsung, dah laksanakan KBAT cuma nak kreatif macamana lagi ikut kemampuan guru tersebut. Guru tu dari segi pengetahuan dia pengalaman dia. Kalau guru tu hebat, pelajar tu mungkin hebat. Kalau guru itu tak hebat, pelajar itupun sama ja. Hal ini sama disokong oleh peserta kajian keenam yang menyatakan....”Saya ok. Saya suka macam tu...Di rumah saya banyak buat sebab saya suka sendiri. Benda yang saya boleh buat. ....In.6/TB1/240717/(SMK2):838-841). Penerimaan KBAT juga dinyatakan oleh peserta kajian ketiga tanpa ada sebarang masalah bagi beliau..”Saya rasa saya tak ada masalah sangatlah. Mungkin pengetahuan saya dalam teknologi adalah sedikit sebanyak. Dari segi penguasaan tu saya dapat. Nak mengurangkan masalah tu..dapat” (In.3/TB1/160617/(SMK3):522-524).

    Hasil dapatan daripada pemerhatian menunjukkan kesemua peserta mempunyai persediaan yang baik untuk melaksanakan penerapan KBAT. Kesemua peserta dapat membuat perancangan yang baik dan rapi untuk proses PdPC. Catatan daripada pemerhatian peserta 1 yang bersedia dan memaklumkan pelajaran kepada para pelajarnya. Guru bersedia dari segi pengajaran. Guru memaklumkan pelajaran pada hari ini (In.1/P1/180118/(SMJK1):6). Pemerhatian 1 untuk peserta 2 pula, peserta 2 dapat memulakan pengajaran tajuk Lukisan dengan komunikasi yang baik. Guru memulakan pengajaran dengan baik. Guru berkomunikasi dengan suara yang jelas dan mudah difahami. Guru menjelaskan tajuk pelajaran hari ini iaitu tajuk Lukisan. (In.2/P1/300118/(SMK2):2-4). Seterusnya, pada pemerhatian kedua peserta 2 pula beliau menggunakan peralatan ICT untuk menerangkan tajuk Sulaman. Guru menyediakan alatan ICT dan LCD. Guru menerangkan tajuk kelas hari ini Tajuk Sulaman menggunakan ‘slide’ PPT (In.2/P2/240418/(SMK2):5-6). Peserta 3 juga menggunakan peralatan ICT untuk mengajar tajuk Anyaman, untuk menarik perhatian para pelajarnya. Guru terlebih dahulu dan awal menyediakan alat ICT untuk pengajaran pada hari ini. Guru memulakan set induksi dengan mengimbas kembali pelajaran yang lalu tentang 6 anyaman. Guru bertanya kepada para

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    pelajar tentang jenis-jenis kraf (In.3/P1/111017/(SMK3):3-6). Peserta kajian 4 juga menggunakan peralatan ICT dan membuat persediaan rapi, memulakan set induksi dengan menayangkan video tentang nilai-nilai kehidupan. Guru memberitahu kepada pelajar untuk melihat dahulu video yang disediakan. Guru menayangkan video tentang pengorbanan dan persahabatan dalam kehidupan (In.4/P1/040718/(SMK4):6-7).

    Hal yang sama juga dilakukan oleh peserta kajian 5 yang membuat persediaan awal dengan bahan dan menggunakan peralatan ICT untuk mengajar Seni halus. Guru menyediakan bahan dan peralatan ICT menggunakan LCD dan laptop. Guru memulakan kelas dengan menerangkan tajuk pada hari ini iaitu tajuk Catan (In.5/P2/240418/(SMK2):2-3). Peserta 6 juga membuat persediaan yang rapi untuk mengajar roda warna dengan meneliti objektif pembelajaran. Guru membuat perancangan dan persediaan pengajaran dengan baik dan rapi. Guru melukis roda warna di papan hitam. Sebelum pengajaran, guru menulis objektif pembelajaran.(In.6/P1/290118/(SMK2):9-11).

    Hasil daripada analisis dokumen iaitu analisis daripada Rancangan Pelajaran Harian peserta kajian menunjukkan bahawa peserta kajian menulis dengan menekankan penerapan KBAT untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu aras aplikasi, menilai dan mencipta. Peserta 1 menulis hasil pembelajarannya adalah mengaplikasikan asas seni reka dalam aktiviti seni halus dan menjalankan aktiviti terancang iaitu menghasilkan lukisan pensil dengan pelbagai jenis garisan (In.1/AD1/180118/(SMJK1)). Peserta 2 pula menulis dengan membuat eksperimentasi dan penerokaaan dalam pelbagai teknik dan melakar buah dan teknik garisan (In.2/AD1/300118/(SMK2)). Peserta 3 pula menulis dengan menekankan aspek pemahaman atau aras kefahaman pelajar terlebih dahulu dengan memahami proses penghasilan anyaman mengkuang, buluh dan rotan (In.3/AD1/111017/(SMK3)). Peserta 4 menekankan aras kefahaman, aplikasi dan mencipta iaitu para pelajar dapat menghasilkan karya 2D dengan mengolah karya berdasarkan kadar banding, reka letak dan muka taip (In.4/AD1/040718/(SMK4)). Peserta 5 menekankan aras aplikasi dan mencipta pada hasil pembelajaran iaitu para pelajar dapat menghasilkan catan dengan mengaplikasikan asas seni reka dalam lakaran (In.5/AD2/240418/(SMK2)). Manakala peserta 6 pula menggunakan aras pengetahuan dan mencipta. Hasil pembelajaran yang ditekankan adalah para pelajar dapat mengetahui cir-ciri warna asas, primer, sekunder dan tertier dan menghasilkan gubahan ton warna (In.6/AD1/290118/(SMK2)).

    Rumusannya, kesemua peserta dapat menerima dan membuat persediaan yang baik untuk mengaplikasikan penerapan KBAT dalam PSV. Hal ini kerana mereka telah membuat perancangan, persediaan dan melaksanakan PdPC dengan baik. PERBINCANGAN Secara keseluruhannya, guru-guru berpandangan positif dan baik untuk melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan bercirikan KBAT. Mereka berpendapat KBAT menjadi satu keperluan untuk membentuk pelajar yang dapat berfikiran aras tinggi, meluas, di luar kebiasaan dan kreatif. Kebolehan berfikir dengan berkesan sangat penting sebagai persediaan menghadapi cabaran-cabaran kehidupan seharian yang semakin kompleks dan canggih pada masa akan datang.

    Selain itu, pelaksanaan KBAT membolehkan guru-guru menilai dan mengukur tahap kebolehan para pelajar dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan yang dijalankan. Di samping itu, nilai-nilai murni dapat diterapkan dan dipupuk agar para pelajar mampu bersaing untuk membina jati diri dan menyeimbangkan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Menurut Song Kai (2014), pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk menampung keperluan tenaga kerja

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    dan memupuk perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Walaupun, ada guru yang berpandangan pada permulaannya agak susah untuk melaksanakan KBAT, namun masalah itu dapat diatasi apabila sudah biasa dengan soalan-soalan sukar. Hasil temu bual juga mendapati keseluruhan guru-guru memberi pandangan yang positif tentang pelaksanaan KBAT dalam PSV. Keadaan ini dapat memperkembangkan potensi para pelajar agar mampu berfikiran kreatif dan lebih berani mengemukakan pendapat mereka. Selain itu, guru-guru dapat memahami dengan baik tentang konsep KBAT iaitu KBAT dapat membolehkan para pelajar meneroka pemikiran lebih tinggi secara meluas di samping KBAT merupakan proses penyelesaian masalah. Guru-guru juga berpendapat bahawa KBAT perlu diajarkan dalam PSV untuk perkembangan pada masa depan, mencungkil bakat keberanian para pelajar dari segi mengemukakan idea-idea yang bernas, kebolehan para pelajar untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif, inovatif dan kebolehan berkomunikasi. Kemahiran ini mampu membentuk pemikiran para pelajar melalui pelaksanaan KBAT. Di samping itu, guru-guru juga boleh menerima pelaksanaan KBAT di sekolah-sekolah. Usaha secara konsisten untuk mempelajari konsep dan soalan-soalan KBAT menjadikan guru-guru dapat menerima dengan baik. Terdapat lima guru yang merasakan pengajaran berasaskan KBAT tidak membebankan mereka kerana sudah menjadi rutin harian. Malah mereka dapat menjalankan mengikut kemampuan dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menguasai KBAT dan mengajar dengan baik agar para pelajar lebih seronok. Mohd Syaubari & Ahmad Yunus Kassim (2016) menjelaskan keupayaan guru-guru menghasilkan KBAT melalui perancangan yang tersusun. Hasil kajian mereka juga menunjukkan beberapa penambahbaikan di peringkat perancangan pengajaran, penetapan objektif pengajaran dan set induksi hendaklah menekankan aspek-aspek seperti aktiviti-aktiviti hendaklah melalui perancangan yang berterusan sama ada KBAT dilaksanakan atau tidak dan pelaksanaannya harus meliputi pengajaran secara keseluruhannya. Manakala seorang guru sahaja merasakan terbeban kerana pada pendapatnya, para pelajarnya masih belum bersedia dan masih tidak sampai ke tahap pemikiran itu. Dari segi kesukaran untuk melaksanakan KBAT, empat guru menyatakan tidak sukar kerana KBAT dapat membina pengetahuan, mereka telah mula menjadikan amalan praktis dan dilaksanakan seperti yang ditetapkan. Dua orang guru pula menjelaskan pengajaran KBAT menjadi sukar dari segi kekurangan masa untuk mengajar terutamanya bagi pelajar-pelajar di kelas belakang kerana mengikut tahap pemikiran dan kemampuan pelajar-pelajar. Hal ini dapat menyokong kajian oleh Sukiman et.al, (2012) yang mana guru-guru kurang menggunakan soalan beraras tinggi kerana mengikut kemampuan pelajar. Selain itu, kesukaran dari segi mendapatkan bahan-bahan untuk melaksanakan pengajaran KBAT kerana di sekolah kekurangan bahan dan sumber akibat kekurangan peruntukan untuk panitia Pendidikan Seni Visual. Rajendran (2001) mencadangkan agar guru-guru diberi sistem sokongan untuk menjalankan inovasi ini di dalam kelas iaitu meliputi aspek-aspek seperti bahan rujukan, bahan resos untuk menjalankan pengajaran berasaskan KBAT. Mohd Syaubari & Ahmad Yunus (2017) pula menjelaskan keperluan di dalam kepelbagaian jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan akan menghasilkan pembelajaran yang berpusatkan pelajar kerana guru hanya terlibat sebagai perangsang pemikiran dan minda pelajar dan keperluan pengadaptasian yang berfokus kepada elemen pembudayaan pemikiran kreatif dan kritis perlu diwujudkan. Nooriza & Effandy (2015) pula berpendapat kekurangan bahan yang mengandungi unit-unit pembelajaran yang khusus mengintegrasikan KBAT adalah sebab keperluan guru kepada modul meliputi bahan-bahan sumber seperti bahan maujud untuk aktiviti penerokaan secara hands on. Dapatan kajiannya mendapati pandangan guru tentang keperluan bahan rujukan untuk memberi kefahaman yang jelas dan meningkatkan keyakinan guru untuk melaksanakan pengajaran KBAT.

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Rajah 1: Pengajaran dan pemudahcaraan guru di dalam kelas

    Rajah 2: Penghasilan karya-karya Seni oleh para pelajar

    Kesimpulan Kajian ini hanya berfokuskan kepada guru dan terhad kepada guru PSV sekolah menengah di daerah Barat Daya, daerah Timur Laut dan daerah Seberang Perai Tengah negeri Pulau Pinang. Guru-guru yang dipilih berdasarkan pengalaman mengajar melebihi sepuluh tahun. Oleh yang demikian, dapatan yang diperolehi mampu memberi maklumat tentang pandangan, pemahaman dan penerimaan guru-guru dalam pelaksanaan KBAT dalam PSV di peringkat sekolah menengah.

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Selain itu, dapatan ini dapat memberi gambaran dan saranan untuk dijadikan panduan bagi penambahbaikan pelaksanaan penerapan KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan PSV. Dapatan kajian ini penting dalam usaha merangka langkah yang signifikan selari dengan hasrat KPM bagi meningkatkan keupayaan dan sokongan guru dalam usaha memperkasakan pengajaran dan pemudahcaraan berasaskan KBAT dalam pembelajaran abad ke-21. Pandangan guru dari aspek pengetahuan, pelaksanaan, permasalahan berkaitan KBAT harus diberi perhatian serius oleh pihak-pihak berkaitan terutamanya institusi melibatkan pihak sekolah terutamanya Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan KPM. Pandangan guru-guru tidak harus dipandang remeh tetapi perlu diberi perhatian dan tindakan. Adalah menjadi satu keperluan untuk mendapat sokongan. Penekanan dalam perkembangan professional secara konsisten kepada mata pelajaran PSV amat diperlukan untuk memperkasakan amalan praktis guru-guru terutamanya dari sudut teori dan praktikal. Justeru, pengkaji mengemukakan saranan agar kursus dan perbengkelan KBAT dalam pengajaran dan pemudahcaraan PSV perlu dilaksanakan agar kefahaman guru-guru PSV menjadi lebih mantap dan pembentukan kumpulan guru yang dapat membina dan berkongsi bahan-bahan sumber seperti modul di peringkat setiap negeri dan daerah-daerah sebagai sokongan dalam usaha mengembangkan kaedah-kaedah penerapan KBAT ini secara komprehensif. Rujukan Abdul Shukor Hashim.(1997). Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni di sekolah-suatu penilaian dalam Wan Abdul Kadir & Yap Beng Liang.(1997)(ed). Seni dan Pendidikan insan madani. Kuala Lumpur: Penerbit Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Ainon & Abdullah. (1996). Belajar berfikir Teknik menajamkan daya fikir. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Anderson, Lorin W., Krathwohl, David R., Airasian, Peter W., Cruikshank, Kathleen A., Mayer, Richard E.,Pintrich, Paul R., Raths, James., & Wittrock, Merlin C.(ed).(2001). A taxonomy for learning, teaching and assessing A revision of Bloom’s taxonomy of educational objectives. New York: Addison Wasley Longman, Inc. Bates, Jane K.(2000). Becoming An Art Teacher. USA: Wadsworth. Bogdan, Robert C. & Biklen, Sari Knopp. (2007). Qualitative Research for Education An Introduction to Theory and Methods. USA : Pearson Education, Inc. Chee, S. Chee & Cheah, Phaik Kin. (2009). Teacher Perceptions of Critical Thinking among students and its influence on Higher Education. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, vol.20, 2, 198-206. Collins, R.(2014). Skills for the 21st century: teaching higher-order thinking. Curriculum and Leardership Journal. 29 Ausgust 2014. Vol.12 Issue 14 ISSN: 1448-0743. Creswell, John W.(2014). Research Design. Qualitative, Quantitative and Mix Methods Approaches 4th Ed. Thousand Oaks California : SAGE De Bono, Edward. (1976). Teaching thinking. England: Penguins Books Ltd. De Bono, Edward. (1991). Teaching Thinking. Canada: Penguin Books, Toronto M4N 1P1. De Bono, Edward. (1991). I am right-you are wrong. Canada: Penguin Books, Toronto M4N 1P1. Efland, A.D.(2002). Art and Cognition Integrating the visual arts in the curriculum. Columbia University : Teachers College. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2014). Elemen KBAT dalam pedagogi. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Song Kai, Ling.(2014). Hubungan kualiti guru dengan komitmen belajar murid. Jurnal

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Penyelidikan Pendidikan, BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid ke-15, 2014:43- 60 Merriam, S.B & Tisdell, E.J.( 2016). Qualitative Research A guide to design and implementation 4th ed. San Franscisco, CA : Jossey-Bass A Wiley Brand. Mohd Nashuha Jamidin. (1995). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Md Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti: Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mispuah Hassan, Lilia Halim, Nor Baizura Haris, Farihah Mohd Jamel & Nor Mazliana Abdul Hashim.(2014). Pembelajaran berasaskan projek pertandingan untuk memupuk minat pelajar terhadap sains. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid ke- 15, 2014: 135-153. Mittler, Gene A. (2006). Art in Focus. Woodland Hills CA: Glencoe/McGraw-Hill. Mohd Johari Ab.Hamid, et,al. (2006). Metodologi Pendidikan Seni Visual. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim.(2016). Keberkesanan permulaan pengajaran menerusi amalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah negeri Perak Online journal Islamic Education. Oktober 2016. Vol.4 Issue 2. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim.(2017). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) menerusi pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah Negeri Perak. Journal of Islamic Educational Research (JIER), e-ISSN: 0128-2069, Volume 2, Issue 1, June 2017 Nasruddin Yunos, Abdul Salam Yussof & Mohamad Mohsin Mohamad Said. (2012). Menjana Pemikiran Kreatif dan Kritis. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Newmann, F. M. (1991). Promoting Higher Order Thinking in Social Studies: Overview of a Study of Sixteen High School Departments. Theory & Research in Social Education, 19(4), 324–340. \https://doi.org/10.1080/00933104.1980.10506070 Nik Nor Ahmarizam.(2015). Pendidikan kelas abad ke-21. 12 Mac 2015.http://www.sinarharian.com.my/mobile/karya/pendapat/pendidikan-kelas-abad- ke-21-1.367783#.Vzu71843fBo.mailto. Nor Hasmaliza Hasan & Zamri Mahamod. (2016). Persepsi Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPBM, Fakulti Pendidikan, UKM, vol.6, Bil.2(Nov 2016): 78-90. Norlela Ali, Firdaus Abdul Fatah, Vijayaletcmy Muniyandy & Zaradi Sudin. (2015). Aplikasi soalan kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) dalam kalangan guru pelatih. Jurnal SPPK2015/040 Nooriza Kassim & Effandy Zakaria.(2015). Integrasi kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik: Analisis keperluan guru. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 1-12(2015) ISSN: 2231-9425. Ping, Owi Wei & Hua, Ang Kean.(2017). Education in Malaysia: A Review. International Journal of Research. Vol.4(2) February 2017. https://edupediapublications,org/journals. Rajendran Nagappan. (2001). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi : Kesediaan guru mengendalikan proses pengajaran pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar/Pameran Projek KBKK: Poster Warisan-Pendidikan-Wawasan anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, pada 1-2 Ogos 2001. Rajendran Nagappan (2017) Pengajaran & Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Teori dan Amalan. Terj. Mohd Mustamam Abd Karim. Tanjong Malim, Perak : Universiti

    https://doi.org/10.1080/00933104.1980.10506070

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: x (x), year

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Pendidikan Sultan Idris Rohizan Ya, Khairul Najah Abdul Karim, Rajmi Yahaya & Fuad Ismail. (2014). Penilaian amalan kualiti, etika dan professional Guru Pendidikan Islam dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, BPPDP, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jilid ke-15, 2014.206-215. Rosnanaini Sulaiman, Maimun Aziz & Mok Soon Sang.(2011). Kemahiran Berfikir. Selangor: Multimedia Sdn.Bhd. Soon Sang, Mok.(2004). Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru Bahagian I: Kompetensi Profesional. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Sukiman Saad, Noor Shah Saad & Mohd Uzi Dollah.(2012). Pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi: Persepsi dan amalan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 2(1), 18-36. Supramani, S.(2006). Penyoalan guru: Pemangkin pemikiran aras tinggi murid. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Vijayaletcmy Muniyandy & Selvam Narayanasamy. (2015). Pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di sekolah menengah: Tinjauan terhadap tahap pengetahuan guru-guru tentang KBAT dan pelaksanaannya. Jurnal SPPK2015/037 Winslow, Leon Loyal.(1942). Art In Elementary Education. New York and London: McGraw-Hill Book Company, Inc. Yin, Robert K.(2014). Case Study Research Design and methods. 5th ed.Thousand Oaks, California: Sage Publication Inc.


Recommended