+ All Categories
Home > Documents > PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5....

PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5....

Date post: 06-Dec-2020
Category:
Upload: others
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
12
PROSIDING PERKEM V, JILID 2 (2010) 182 193 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V), Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi, Port Dickson, Negeri Sembilan, 15 17 Oktober 2010 PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM KES ND6 DAN ND7 JOINT DEVELOPMENT: PROSPECTS OF DISPUTE RESOLUTION IN CASE ND6 AND ND7 MUHAMAD SAYUTI BIN HASSAN @ YAHYA ABSTRAK Konflik tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia ke atas kemewahan Blok ND6 dan ND7 yang terletak di Laut Sulawesi sehingga kini masih berlarutan dan belum menemui penyelesaiannya. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengenalpasti dan menganalisis isu-isu yang berkaitan dan seterusnya mencadangkan penyelesaian yang terbaik untuk kemelut ND6 dan ND7 antara Malaysia dan Indonesia. Kajian ini mengambil pendekatan kualitatif di samping mengambilkira pelbagai faktor lain seperti geo-politik dan hubungan antarabangsa kerana dasar undang-undang antarabangsa itu sendiri adalah hasil campuran teori undang-undang dan juga politik antarabangsa. Kajian ini mendapati bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai justifikasi yang tersendiri dalam menuntut hak kedaulatan yang terdapat di pelantar benua ND6 dan ND7. Undang-undang mengenai penyelesaian pertikaian adalah jelas dengan wujudnya pelbagai medium untuk menyelesaikan pertikaian ini. Walaubagaimanapun, undang-undang tidak boleh memaksa kedua-dua pihak ini untuk menyelesaikan pertikaian ini dengan segera kerana wujudnya faktor-faktor seperti perbatasan undang-undang, hambatan politik antara kedua-dua belah pihak, kekangan isu teknikal di Laut Sulawesi dan kegagalan untuk bertoleransi menyebabkan kemelut ini gagal diselesaikan melalui undang-undang yang sedia ada dengan segera. Oleh yang demikian, penyelidik lebih cenderung kepada cadangan pembangunan bersama kerana ia lebih bersifat diplomasi dan ia adalah keputusan menang-menang kerana kedua-dua belah pihak akan memperolehi manfaat dari sumber asli berkenaan seterusnya akan membantu pertumbuhan ekonomi dan memulihkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia. Kata Kunci: Penyelesaian Pertikaian, Pelantar Benua (Blok ND6 dan ND7), Pembangunan Bersama (Joint Development), Undang-undang Antarabangsa. ABSTRACT Conflict of overlapping claims between Malaysia and Indonesia on the luxury Block ND6 and ND7, which is located in the Sulawesi Sea still persist and have not found a solution. Accordingly, this study has identified and analyzed the relevant issues as well as to propose the best solution to the crisis of ND6 and ND7 between Malaysia and Indonesia. This study employs a qualitative approach while taking into account other factors such as geo-politics and international relations as the basis of international law itself is the result of a mixture of theory of law and international politics. This study found that Malaysia and Indonesia has its own justification in claiming sovereignty of the continental shelf in ND6 and ND7. The law on dispute resolution is clear about the existence of a variety of medium to solve this dispute. However, the law may not able to compel the parties to resolve this dispute immediately because of factors such as the limitation of law, political barriers between the two sides, the constraints of technical issues in the Sulawesi Sea and the failure to be tolerant has caused this resulted in a failured to resolved the conflict instantly through the available legislation. Thus, researchers are more likely to proposel a joint development as it is more diplomatic and it is a win-win situation for both parties to benefit from the natural resources and hence will boost economic growth and revive the bilateral relations between Malaysia and Indonesia. Keywords: Disputes Resolution, the Continental Shelf (Blocks ND6 and ND7), Joint Development, International Law.
Transcript
Page 1: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

PROSIDING PERKEM V, JILID 2 (2010) 182 – 193

ISSN: 2231-962X

Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke V (PERKEM V),

Inovasi dan Pertumbuhan Ekonomi,

Port Dickson, Negeri Sembilan, 15 – 17 Oktober 2010

PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK

PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM KES ND6 DAN ND7 JOINT DEVELOPMENT: PROSPECTS OF DISPUTE RESOLUTION IN CASE ND6 AND ND7

MUHAMAD SAYUTI BIN HASSAN @ YAHYA

ABSTRAK

Konflik tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia ke atas kemewahan Blok ND6 dan ND7 yang

terletak di Laut Sulawesi sehingga kini masih berlarutan dan belum menemui penyelesaiannya.

Sehubungan dengan itu, kajian ini telah mengenalpasti dan menganalisis isu-isu yang berkaitan dan

seterusnya mencadangkan penyelesaian yang terbaik untuk kemelut ND6 dan ND7 antara Malaysia dan

Indonesia. Kajian ini mengambil pendekatan kualitatif di samping mengambilkira pelbagai faktor lain

seperti geo-politik dan hubungan antarabangsa kerana dasar undang-undang antarabangsa itu sendiri adalah

hasil campuran teori undang-undang dan juga politik antarabangsa. Kajian ini mendapati bahawa Malaysia

dan Indonesia mempunyai justifikasi yang tersendiri dalam menuntut hak kedaulatan yang terdapat di

pelantar benua ND6 dan ND7. Undang-undang mengenai penyelesaian pertikaian adalah jelas dengan

wujudnya pelbagai medium untuk menyelesaikan pertikaian ini. Walaubagaimanapun, undang-undang

tidak boleh memaksa kedua-dua pihak ini untuk menyelesaikan pertikaian ini dengan segera kerana

wujudnya faktor-faktor seperti perbatasan undang-undang, hambatan politik antara kedua-dua belah pihak,

kekangan isu teknikal di Laut Sulawesi dan kegagalan untuk bertoleransi menyebabkan kemelut ini gagal

diselesaikan melalui undang-undang yang sedia ada dengan segera. Oleh yang demikian, penyelidik lebih

cenderung kepada cadangan pembangunan bersama kerana ia lebih bersifat diplomasi dan ia adalah

keputusan menang-menang kerana kedua-dua belah pihak akan memperolehi manfaat dari sumber asli

berkenaan seterusnya akan membantu pertumbuhan ekonomi dan memulihkan hubungan dua hala antara

Malaysia dan Indonesia.

Kata Kunci: Penyelesaian Pertikaian, Pelantar Benua (Blok ND6 dan ND7), Pembangunan Bersama (Joint

Development), Undang-undang Antarabangsa.

ABSTRACT

Conflict of overlapping claims between Malaysia and Indonesia on the luxury Block ND6 and ND7, which

is located in the Sulawesi Sea still persist and have not found a solution. Accordingly, this study has

identified and analyzed the relevant issues as well as to propose the best solution to the crisis of ND6 and

ND7 between Malaysia and Indonesia. This study employs a qualitative approach while taking into account

other factors such as geo-politics and international relations as the basis of international law itself is the

result of a mixture of theory of law and international politics. This study found that Malaysia and Indonesia

has its own justification in claiming sovereignty of the continental shelf in ND6 and ND7. The law on

dispute resolution is clear about the existence of a variety of medium to solve this dispute. However, the

law may not able to compel the parties to resolve this dispute immediately because of factors such as the

limitation of law, political barriers between the two sides, the constraints of technical issues in the Sulawesi

Sea and the failure to be tolerant has caused this resulted in a failured to resolved the conflict instantly

through the available legislation. Thus, researchers are more likely to proposel a joint development as it is

more diplomatic and it is a win-win situation for both parties to benefit from the natural resources and

hence will boost economic growth and revive the bilateral relations between Malaysia and Indonesia.

Keywords: Disputes Resolution, the Continental Shelf (Blocks ND6 and ND7), Joint Development,

International Law.

Page 2: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 183

PENGENALAN

Blok perairan ND6 dan ND7 (lebih dikenali sebagai blok Ambalat dan Ambalat Timur di Indonesia)

bukanlah suatu isu yang baru timbul kerana ianya telah menjadi pertelingkahan antara dua kerajaan iaitu

Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun yang lalu. Namun begitu, isu yang menjadi sensasi di negara

seberang ini tidak mendapat liputan yang meluas di negara ini. Perkara ini dapat dilihat jika ditinjau di

beberapa laman web di internet, bukanlah sesuatu yang pelik sekiranya penyelidik menggambarkan telah

wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan daripada kehangatan isu

pertindihan tuntutan ini, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono ketika diwawancara oleh wartawan di forum

ASEAN-Republic of Korea Commemorative Summit di Pulau Jeju, Korea Selatan telah menjelaskan bahawa

blok perairan berkenaan adalah milik Indonesia dan kedaulatannya harus dipertahankan walaupun

sejengkal tanpa toleransi atau kompromi.1 Malah Presiden republik ini sendiri telah melawat lokasi

pertindihan tuntutan di Laut Sulawesi sekitar Mei 2005.2 Ini jelas menunjukan bahawa konflik antara

Malaysia dan Indonesia di ND6 dan ND7 ini sangat serius untuk dikaji.

Bagi masyarakat Malaysia, kes pertikaian ND6 dan ND7 itu sendiri tidak begitu hebat diperkatakan

malah tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu apa itu ND6 dan

ND7. Walaubagaimanapun, suasana sebaliknya telah berlaku di mana kebanyakan rakyat Indonesia celik

mengenai isu ini. Masakan tidak, pemaparan isu ini acap kali dicetak di dada-dada akhbar utama dan juga

menjadi tajuk berita utama bagi siri berita di media elektronik. Perkara yang sama boleh dikatakan amat

jarang berlaku di negara Malaysia kerana media massa di negara ini mengambil langkah yang lebih berhati-

hati dan tidak menjadikan isu ini sebagai modal untuk mengaut keuntungan.3

METODOLOGI

Metodologi kajian ini secara keseluruhannya adalah kajian undang-undang antarabangsa di mana ia adalah

hasil gabungan elemen undang-undang antarabangsa dan politik antarabangsa. Untuk tujuan itu, kaedah

kualitatif digunakan untuk mendalami kajian dan sumber primer telah digunakan seperti Konvensyen

Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 serta kes undang-undang. Kajian ini juga merupakan kajian

kepustakaan dimana penyelidik juga merujuk kepada pelbagai sumber sekunder seperti buku, jurnal

undang-undang dan juga carian internet. Selain itu, beberapa temubual dijalankan untuk mendapatkan

maklumat terperinci mengenai kes yang dikaji.

Latar Belakang dan faktor-faktor yang membawa kepada Pertindihan Tuntutan ND6 dan ND7

Bagi mereka yang tidak mengetahui apakah itu Ambalat atau “Ambang Batasan Laut” 4

, mereka akan

menganggap ia adalah sebuah pulau yang menjadi rebutan antara dua negara seperti apa yang telah berlaku

kepada Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan. Walaubagaimanapun, tanggapan itu tidak benar sama sekali

kerana ia adalah sebuah blok minyak di pelantar benua5 yang berada perairan Laut Sulawesi dan status blok

berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Andi Arsana dan juga perbincangan laman sesawang,

Remote Sensing and Geographic Information Science (RSGIS), Ambalat ini terletak pada koordinat 118°

15‟21” – 118° 51‟15 E dan 2° 34‟7” -3° 47‟50 iaitu terletak pada kedudukan lebih kurang 65 km daripada

1 Taufik Alwie, Bernadetta Febriana dan Cavin, “Ambalat Bukan Sekadar Blok”, Majalah GATRA, No.31 Tahun XV,

Edisi 11-17, Jun 2009, hlm 14. 2 Yusran Ihza, Tragedi & Strategi Pertahanan Nasional, Mizan Media Utama, Bandung, 2009, hlm 23. 3 Temubual dengan Encik Hasnan Zahidi dan Encik Mohd Helmy bin Ahmad, Pegawai, Bahagian Keselamatan dan

Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Dalam Negara, Pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, 6 Mei 2010. 4 Temubual dengan Datuk Paduka Dr Junaidi bin Abu Bakar, Pengarah, Jabatan Pelajar Malaysia (MSD Indonesia),

Kediaman Pengarah MSD, Kuningan, Jakarta, Indonesia, 24 Januari 2010. 5 Fasal 76, KUULA 1982 mendefinisikan pelantar benua seperti berikut: The continental shelf of a coastal State

comprises the sea-bed and subsoil of the submarine areas that extend beyond its territorial sea throughout the natural

prolongation of its land territory to the outer edge of the continental margin, or to a distance of 200 nautical miles

from the baselines from which the breadth of the territorial sea is measured where the outer edge of the continental

margin does not extend up to that distance.

Page 3: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

184 Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya

Barat ke arah Timur dan 135 km daripada Selatan ke arah Utara.6 Blok minyak ND6 dan ND7 ini hanya

mengambil masa lebih kurang dua jam jika bertolak daripada pengkalan Tarakan, Kalimantan Timur. Blok

ini juga terletak sejauh 150 kilometer ke arah timur jika dikira dari Bandar Tawau, Sabah, Malaysia.7

Perebutan terhadap blok minyak ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor antaranya seperti berikut:

1. Faktor Ekonomi

Di dalam kes ND6 dan ND7 ini, blok berkenaan menjadi pertikaian kerana sumber kekayaan mineral yang

terdapat didasarnya yang menjadi lambang kemewahan kepada negara yang memilikinya. Sumber

kekayaan yang diistilahkan sebagai “emas hitam” ini menjadi rebutan bukan hanya di rantau ini malah

menjadi rebutan seluruh dunia.8 Semestinya negara yang dianugerahkan oleh kemewahan sumber ini akan

menjadi tumpuan pelabur-pelabur luar kerana ia akan menjaminkan keuntungan dan perkembangan

ekonomi yang pasti.

Jika dibandingkan dengan kelebihan Pulau Sipadan yang menjadi tumpuan para pelancong seluruh

dunia kerana keindahan pemandangan dan hidupan marin yang memukau, blok ND6 dan ND7 ini

mempunyai keistimewaan yang kuat jika dilihat dari perspektif ekonomi dan pendapatan negara.

Kemewahan sumber gas asli dan petroleum atau digelarkan sebagai “emas hitam” yang tertanam di dasar

blok minyak berkenaan dianggarkan sejumlah 40 million dollar US. 9

Blok minyak berkenaan juga

berpotensi untuk menghasilkan sejumlah 764 juta tong dan 1.4 trillion kaki gas per kubik.10

Manakala

kekayaan di ND6 atau juga dikenali sebagai Ambalat Timur telah dikenalpasti oleh Chevron dengan

jangkaan kemewahan tersebut boleh mencecah kepada 62 juta tong minyak dan 348 kaki kubik gas.11

Andang Bachtiar yang kini bertindak sebagai ahli lembaga perunding di Exploration Think Tank Indonesia

menegaskan bahawa jumlah yang dinyatakan di atas adalah salah satu daripada sembilan petak yang wujud

di blok yang masih menjadi perbalahan antara dua negara yang terlibat.12

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh pakar geologi dan segala informasi di atas, penyelidik

dapat merumuskan bahawa kekayaan yang dimiliki oleh blok sumber asli tersebut perlu diberi perhatian

oleh kedua-dua pihak. Tidak keterlaluan sekiranya penyelidik menyatakan bahawa blok berkenaan direbut

kerana sumber asli yang akan menjamin pendapatan yang sangat lumayan kepada negara.

Walaubagaimanapun, kedua-dua belah pihak terpaksa akur dengan peruntukan undang-undang laut

antarabangsa dan beberapa elemen lain dalam mengemukakan tuntutan ke atas sumber kekayaan tersebut.

Justeru itu, walaupun faktor ekonomi ini dilihat sebagai faktor yang mendominasi kepada tuntutan ke atas

blok berkenaan, faktor-faktor lain tidak harus diabaikan dan dipandang mudah kerana faktor-faktor lain

juga mempunyai merit yang tersendiri.

2. Keluasan kedaulatan wilayah perairan.

Selain faktor ekonomi yang menjadi tunggak utama tuntutan ke atas blok ND6 dan ND7, isu kedaulatan

tidak harus dipandang mudah malah ia tetap menjadi taruhan khususnya apabila ia melibatkan wilayah

perairan.13

Bagi Republik Indonesia, Ambalat adalah maruah bangsa di mana mereka tidak akan

berkompromi lagi dengan Malaysia dalam mempertahankan kedaulatan wilayah Ambalat ini.14

Bagi

Malaysia, kemenangan ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan secara langsung memberi kekuatan untuk

6 Andi Arsana, Ambalat: A Spatial and Technical Perspective,

http://www.gisdevelopment.net/application/miscellaneous/index.htm, (4 Ogos 2009), hlm 2. 7 Mujib Rahman, “Sengketa US $ 40 Milyar Ambalat”, Majalah GATRA, No. 31 Tahun XV, Edisi 11-17 Jun 2009,

hlm 18. 8 Taufik Alwie, Bernadetta Febriana dan Cavin, „Ambalat Bukan Sekadar Blok‟, Majalah GATRA, hlm 14. 9 Taufiq Adi Susilo, Indonesia vs Malaysia, Membandingkan Peta Kekuatan Malaysia dan Indonesia, Penerbitan

GARASI, Yogjakarta, 2009, hlm 107. 10 Mark.J.Valencia dan Nazery Khalid, The Sulawesi Sea Situation: Stage for tension or storm in a teacup?

http://www.nautilus.org/fora/security/09060ValeniaKhalid.pdf, (2 Februari 2010), hlm 3. 11 Mujib Rahman, „Sengketa USD 40 Milyar Ambalat‟, Majalah GATRA, hlm 19. 12 Mujib Rahman, „Sengketa USD 40 Milyar Ambalat‟, Majalah GATRA, hlm 19. 13 Syarahan umum oleh Vivian Luios Forbes, Conflict and Cooperation in Managing Maritime Space in Southeast

Asian Seas, Dewan Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Khamis, 25 Februari 2010. 14 Taufik Alwie, Bernadetta Febriana dan Cavin, „Ambalat Bukan Sekadar Blok‟, Majalah GATRA, hlm 17.

Page 4: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 185

menentukan kedaulatan yang penuh ke atas blok minyak ND6 dan ND7. Kerajaan Malaysia menegaskan

bahawa pengisytiharan Peta Baru yang telah dibuat pada tahun 1979 dianggap sah dalam menentukan zon

wilayah maritim dan kedaulatannya.15

Justeru, kedua-dua belah pihak mempunyai alasan yang sama dalam

menyatakan kedaulatan blok tersebut adalah milik mereka.

Menurut Fasal 12, Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (KUULA 1982),

sesebuah negara mempunyai kedaulatan penuh di kawasan perairan selebar 12 batu nautika ke arah laut

bermula dari garis pangkal sesebuah negara pinggir pantai.16

Ternyata peruntukan undang-undang ini juga

telah mengiktiraf kedaulatan sesebuah negara juga meliputi kawasan perairan. Fasal 2, KUULA 1982 telah

menyatakan bahawa kedaulatan sesebuah negara pinggir pantai yang merangkumi aspek yang luas

termasuklah ruang angkasa dan dasar laut. Fasal 3 seterusnya memperincikan bahawa kelebaran kawasan

perairan yang dimaksudkan di dalam Fasal 2 di atas adalah tidak melebihi 12 batu nautika yang dilakar

daripada garis pangkal.17

Walaupun kedua-dua buah negara di atas tidak memiliki kedaulatan penuh ke atas

blok-blok untuk memiliki kemewahan tersebut, masing-masing hanya memiliki hak kedaulatan (sovereign

right) seperti yang diperuntukan di bawah fasal 77(1) KUULA 1982 iaitu hak untuk eksplorasi dan

menikmati segala sumber mineral yang ada di kawasan tersebut.18

Maka di dalam kes blok ND6 dan ND7

ini, kedua-dua belah pihak menuntut hak kedaulatan untuk mengeksplorasikan sumber asli yang ada.

Justeru, terbukti bahawa isu kedaulatan ini mempunyai asas yang kuat untuk dibincangkan di

dalam kes pertindihan tuntutan antara Malaysia dan Indonesia ini.

3. Faktor-faktor lain.

Selain daripada faktor-faktor utama yang dinyatakan di atas, media massa di dalam hal ini memainkan

peranan penting di dalam memberi informasi kepada rakyat di mana bentuk penyampaian informasi

berkenaan akan memberi impak secara mendalam kepada semua. Berikutan daripada pendekatan media

yang lebih bersikap provokatif di Indonesia, keadaan ini akan mendorong pembaca atau penonton menjadi

lebih bersifat negatif kerana terkesan dengan informasi yang diperolehi. Di dalam kes pertindihan tuntutan

ini, ianya dipengaruhi oleh isu-isu lain seperti tarian pendet, nyanyian lagu “Rasa Sayang”, perceraian

Manohara, penderaan pembantu rumah dan juga isu alam sekitar iaitu pembakaran hutan.19

Isu-isu

sampingan ini sedikit sebanyak telah mengeruhkan lagi keadaan seterusnya menimbulkan rasa marah dan

benci terhadap kerajaan Malaysia. Maka terjadilah pelbagai demonstrasi jalanan, tunjuk perasaan sebagai

tanda protes dengan tindakan pihak atasan.20

Justeru, penyelidik bertanggungjawab untuk menghubungkan pelbagai faktor yang menyumbang

kepada masalah yang dinyatakan di atas dengan mencari alternatif penyelesaian agar kedua-dua pihak yang

bersengketa dapat mencari satu noktah pertemuaan untuk menamatkan kemelut ini secara damai.Situasi ini

sudah pasti akan menguntungkan kedua-dua negara yang berjiran ini.

Perspektif Undang-undang Antarabangsa berhubung kemelut ND6 dan ND7

Tuntutan Malaysia dan Indonesia ke atas Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan telah selesai di Mahkamah

Keadilan Antarabangsa dengan keputusan mahkamah berpihak kepada Malaysia pada tahun 2002.21

Sungguhpun, pertikaian terhadap kedaulatan Pulau Sipadan sudah pun terjawab, tetapi masih terdapat

ruang yang menjadi pertikaian berikutan daripada kegagalan mahkamah tersebut untuk menetapkan had

perbatasan maritim di kawasan sekitar pulau berkenaan. Kegagalan untuk menetapkan perbatasan maritim

15 Temubual dengan Encik Hasnan Zahidi dan Encik Mohd Helmy bin Ahmad, Pegawai, Bahagian Keselamatan dan

Kedaulatan Maritim, Majlis Keselamatan Dalam Negara, Pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, 6 Mei 2010. 16 Fasal 12, Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. Garis pangkal dikira bermula daripada takat garis

air surut di sepanjang pantai bagi sesebuah negara pinggir pantai yang lurus dan tidak berlekuk. 17 Fasal 3, Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. 18 Fasal 77 (1), Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. Hak kedaulatan yang dimaksudkan di dalam

fasal ini adalah hak untuk mengeksplorasi dan menjelajah semua semua jenis sumber asli termasuk hidupan bernyawa

dan juga tidak bernyawa. 19 Taufiq Adi Susilo, Indonesia vs Malaysia, Membandingkan Peta Kekuatan Malaysia dan Indonesia, hlm 87-106. 20 Azmi Hassan, „Tuntutan Ambalat Ada Agenda Tempatan‟, Utusan Malaysia. 13 Jun 2009,

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm, (3

September 2009). 21 17 Disember 2002, ICJ, hlm 685.

Page 5: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

186 Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya

ini telah mengundang pertikaian yang lebih besar ke atas pemilikan pelantar benua yang mewah dengan

sumber minyak dan gas di antara Malaysia dan Indonesia.22

Peruntukan Fasal 121(3), KUULA 1982 adalah jelas bahawa sebuah pulau yang mampu

menampung penduduk atau berupaya untuk menjalankan kegiatan ekonomi telah memenuhi syarat khusus

untuk menuntut perluasan zon maritim malah ia juga boleh dijadikan sebagai asas garis pangkal kepada

sesebuah negara pinggir pantai.23

Dalam konteks kajian ini, pemakaian Fasal 121 adalah sangat signifikan

setelah Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengesahkan kedaulatan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan

kepada Malaysia. Dalam pada itu, Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan merupakan pulau yang memenuhi ciri-

ciri yang yang diperlukan oleh fasal di atas dan seterusnya layak ke atas kedaulatan perairan wilayah

sejauh 12 batu nautika ke arah laut.24

Kesan pemakaian Fasal 121(2) ini adalah jelas menyatakan bahawa

perairan wilayah, zon ekonomi eksklusif, zon berdampingan dan pelantar benua bagi sesebuah pulau akan

ditentukan oleh peruntukan yang relevan di bawah KUULA 1982 ini melainkan apa yang dinyatakan di

dalam Fasal 121(3) KUULA 1982.25

Berdasarkan kandungan Fasal 121 KUULA 1982 di atas, pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau

Ligitan membenarkan Malaysia untuk menuntut hak kedaulatan di sekitar Zon Ekonomi Eksklusif dan juga

pelantar benua di sekeliling pulau berkenaan.26

Selain daripada itu, rujukan terhadap Fasal 76 KUULA

1982 juga adalah signifikan di mana ia membincangkan peruntukan mengenai pelantar benua yang

melayakan Malaysia untuk menuntut hak ke atas blok minyak tersebut.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pertindihan tuntutan ke atas blok perairan ND6 dan ND7

adalah disebabkan kekayaan hasil yang terkandung di dasar benuanya. Malaysia dan Indonesia telah

menandatangani dan terikat dengan peruntukan KUULA 1982. Peruntukan undang-undang tersebut

seharusnya berperanan untuk menyediakan garis panduan dan seterusnya menyelesaikan pertindihan

tuntutan yang berlaku. Kewujudan Fasal 59,27

Fasal 76,28

Fasal 8329

dan Fasal 121, KUULA 1982 telah

memperuntukan undang-undang mengenai pengurusan sumber laut dengan menyediakan garis panduan

secara umum bagi menguruskan sumber-sumber laut yang sering kali menjadi pertikaian seperti apa yang

berlaku di dalam kes yang dikaji ini. Namun, perangkaan dan peruntukan fasal-fasal berkenaan dilihat

masih belum mencukupi untuk merawat kekeliruan ini di mana wujudnya kekaburan di dalam KUULA

1982 itu sendiri. Kesan daripada kelompangan dan kekaburan peruntukan KUULA 1982 ini, pelbagai

masalah timbul khususnya di dalam kes pertindihan tuntutan ND6 dan ND7 di mana konflik yang

melibatkan permasalahan maritim menjadi rumit.

Kini, pertikaian terhadap blok ND6 dan ND7 masih menjadi persoalan apabila kedua-dua belah

pihak masih mendakwa bahawa blok berkenaan di dalam ruang lingkup wilayah kedaulatan masing-

masing. Selain itu, Indonesia telah menolak pengisytiharan Peta Baru 1979 yang telah dikeluarkan oleh

Malaysia.30

Walau bagaimanapun, Malaysia pula berpendirian bahawa berdasarkan Peta Baru 1979 dan

disusuli keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa di dalam kes pertikaian kedaulatan Pulau Sipadan

telah menguatkan lagi tuntutan bahawa blok minyak ND6 dan ND7 adalah di bawah kawasan pelantar

benua Malaysia. Kedua-dua negara mempunyai justifikasi tersendiri untuk menuntut hak kedaulatan ke atas

blok minyak tersebut. Justeru, apakah prinsip undang-undang antarabangsa yang boleh diguna pakai

22 “Keputusan ICJ punca tuntutan bertindih Ambalat”, Utusan Malaysia, 18 Ogos 2009,

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_02.htm, (18

Ogos 2009). 23 Fasal 121 (3), Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. 24 Fasal 3, Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. 25 Peruntukan Fasal 121 (3) menyatakan dua syarat utama untuk melayakan sebuah kawasan yang terdiri daripada batu

untuk menjana zon maritim iaitu Zon Ekonomi Eksklusif dan Pelantar Benua. Syarat-syarat tersebut adalah kebolehan

untuk menampung penduduk dan juga menjalankan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan. 26 Khoridatul Anissa, Malaysia Macan Asia, Ekonomi, Politik, Sosial Budaya & Dinamika Hubunganya dengan

Indonesia, GARASI, Jogjakarta, 2009, hlm 197. 27 Fasal ini menganjurkan penyelesaian pertikaian berkaitan Zon Ekonomi Eksklusif dengan mengambilkira asas ekuiti

dan juga keadaan lain yang berkaitan dengan kes berkenaan. 28 Fasal ini secara keseluruhannya membincangkan mengenai pelantar benua termasuklah definisi, kelebaran dan

penjelasan teknikal mengenai pelantar benua. 29 Peruntukan fasal 83 secara umumnya adalah mengenai penetapan sempadan pelantar benua bagi kes yang melibatkan

negara bersebelahan dan ia perlulah berdasarkan perjanjian antara kedua-dua buah negara yang terlibat. Sekiranya tiada

perjanjian yang dibuat, maka prinsip ekuiti perlu digunapakai untuk menyelesaikan pertikaian ini. 30 Nik Anuar Nik Mahmud, Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, Isu Sempadan dan Kedaulatan, Penerbit UKM, Bangi,

2003, hlm 83.

Page 6: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 187

berhubung isu pertindihan tuntutan antara Malaysia dan Indonesia ini harus diaplikasikan untuk mendapat

jalan penyelesaian yang terbaik.

Sehingga kini, Malaysia dan Indonesia masih di dalam proses rundingan di mana Malaysia telah

menghantar delegasi ke Indonesia untuk membincangkan isu pertindihan tuntutan ini. Menurut Datuk Sri

Dr Ahmad Zahid Hamidi, beliau positif terhadap pertindihan tuntutan ini dan optimis bahawa kes ini dapat

diselesaikan secara aman dan diplomasi.31

Walaubagaimanapun sehingga kini masih tiada penyelesaian

yang muktamad diputuskan oleh kedua pihak untuk menyelesaikan tuntutan ke atas blok berkenaan.

Apakah penyelesaian terbaik untuk merungkaikan pertikaian ini? Wajarkah kes ini dirujuk sekali lagi di

mahkamah antarabangsa atau adakah pihak-pihak ini akan memilih jalan alternatif untuk menamatkan

pertikaian ini?

1.3 Penyelesaian melalui Pembangunan Bersama (Joint Development)

Berikutan daripada kemelut ini, penyelidik bertanggungjawab untuk mencadangkan penyelesaian terbaik

bagi isu pertindihan ini. Oleh yang demikian, konsep dan pelaksanaan Pembangunan Bersama dilihat

penyelesaian yang paling relevan di dalam menguruskan hasil bumi yang terdapat di Pelantar Benua ND6

dan ND7. Jika dibandingkan dengan medium penyelesaian yang lain, pelaksanaan Pembangunan Bersama

tidak melalui proses kehakiman atau suatu bentuk perbicaraan yang memerlukan pihak ketiga untuk

menentukan keputusan. Ini adalah disebabkan oleh asas pembentukan Pembangunan Bersama itu sendiri

yang memerlukan kerjasama dan persefahaman yang tinggi di antara pihak-pihak yang terlibat.

Di dalam pelaksanaan Pembangunan Bersama, terdapat pelbagai kaedah untuk merealisasikan

tujuan ini kerana undang-undang antarabangsa tidak menetapkan konsep atau rangka kerja yang khusus

untuk melaksanakan Pembangunan Bersama ini. Teori asal Pembangunan Bersama ini telah dikenal pasti

sejak 1930 di mana satu kajian telah dijalankan untuk mencari gali petroleum secara bersama-sama di

Amerika Syarikat.32

Konsep yang mula mendapat perhatian pada tahun 1970 ini mula melalui arus

perubahan di mana konsep dan aplikasi Pembangunan Bersama menjadi lebih kreatif dan inovatif.33

Dalam

pada itu, mahkamah di dalam kes North Sea Continental Shelf telah menyokong Pembangunan Bersama

untuk mencari gali sumber mineral yang terdapat di sesebuah kawasan yang menjadi konflik iaitu tuntutan

bertindih.34

Sehubungan dengan itu, Zou Keyuan telah merujuk definisi Pembangunan Bersama yang telah

dicadangkan oleh Miyoshi iaitu:

“an inter-govermental arrangement of a provisional nature, designed for functional

purpose of joint exploration for and/or exploitation of hydrocarbon resources of seabed

beyond the territorial sea”.35

Setelah merujuk kepada definisi yang pelbagai termasuk definisi yang di utarakan antaranya oleh

Rainer Lagoni iaitu salah seorang pakar dari Jerman36

, Gault37

dan perbincangan oleh William T. Onorato,

31June Ramli, “Ambalat Answer in Brotherly Ties”, New Straits Time,

ttp://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles., (10 June 2009). 32 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟ (2006) 83 International Journal

Marine & Coastal Law 21, hlm 90. 33 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 90. 34 ICJ, [1969], Rep 53. 35 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 90. 36 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 89. “Cooperation between states

with regard to the exploration for and exploitation of certain deposits,

fields or accumulations of non living resources which either extend across a boundary or lie in an area of overlapping

claims”. 37 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 89. Gault mendefinisikan

pembangunan bersama sebagai suatu keputusan antara negara untuk bersama-sama mengumpul hak yang mereka

berhak di sesebuah kawasan dengan mengadakan sebuah perjanjian untuk tujuan pengurusan explorasi dan exploitasi

sumber asli berkenaan.

Page 7: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

188 Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya

38 Pembangunan Bersama dapat disimpulkan sebagai satu bentuk usahasama oleh dua atau lebih pihak

untuk menjelajah sumber asli yang terdapat di kawasan perairan yang melebihi perairan wilayah

termasuklah Pelantar Benua dan juga Zon Ekonomi Esklusif.39

Sehubungan dengan itu, faktor kemewahan yang terdapat di kawasan perairan yang menjadi

perebutan pelantar benua ini mendorong kedua-dua pihak bersungguh-sungguh untuk menuntut hak

kedaulatan di kawasan berkenaan. Justeru, terdapat beberapa model dan rangka kerja untuk melaksanakan

Pembangunan Bersama ini. Dalam pelaksanaan Pembangunan Bersama ini, terdapat tiga jenis model yang

boleh diadaptasikan oleh negara yang terlibat dalam melaksanakan pembangunan secara sepakat ini. Model

tersebut adalah seperti berikut:

Selain itu, terdapat dua keadaan di mana kerjasama ini selalunya dipraktikkan iaitu:

i. Pembangunan Bersama terhadap sumber asli di kawasan bertindih.

ii. Pembangunan Bersama di kawasan pelantar benua yang masih belum diputuskan garisan

perbatasan yang muktamad.40

Di dalam kes ND6 dan ND7 ini, kedua-dua keadaan yang dinyatakan di atas adalah relevan kerana

kawasan yang menjadi konflik tuntutan ini adalah merupakan kawasan yang bertindih antara Malaysia dan

Indonesia khususnya di blok ND6. Selain itu, sehingga kini masih tiada apa-apa perjanjian untuk

menentukan batas sempadan maritim di Laut Sulawesi antara kedua-dua belah pihak yang bertelingkah ini.

Oleh yang demikian, cadangan Pembangunan Bersama di dalam konflik ND6 dan ND7 adalah relevan

untuk dipraktikkan.

Selain itu, Pembangunan Bersama telah lama dipraktiskan oleh banyak negara sebelum ini dan ia

adalah berasaskan kepada beberapa sumber yang menjadi tunjang kepada pelaksanaannya seperti

konvensyen undang-undang antarabangsa, berdasarkan prinsip undang-undang, pemakaian atau praktis

oleh sesebuah negara. Chindinma Bernadine Okafor telah memetik pendapat Goa di mana terdapat dua

prinsip khusus berhubung dengan pelaksanaan Pembangunan Bersama iaitu undang-undang adat

antarabangsa dan juga prinsip undang-undang antarabangsa yang lebih kontemporari.41

Menurut Fasal 74(3)42

dan Fasal 83(3) KUULA 1982, kedua-duanya telah memperuntukan suatu

cadangan yang boleh diambil kira oleh pihak-pihak yang terbabit untuk menyelesaikan pertikaian iaitu

penetapan sempadan maritim iaitu kedua-dua pihak yang terlibat perlu menetapkan perancangan sementara

dengan penuh kerjasama dan diplomasi sementara persetujuan muktamad terhadap pembahagian

dipersetujui. Walaubagaimana, penyelidik bersetuju dengan Gao yang telah dipetik oleh Bernadine di mana

beliau telah berpendapat perangkaan fasal di atas adalah masih kabur.43

Fasal 83(3), KUULA 1982 telah

memperuntukan seperti berikut:

“Pending agreement as provided for in paragraph 1, the States concerned, in a spirit of

understanding and co-operation, shall make every effort to enter into provisional

arrangements of a practical nature and, during this transitional period, not to jeopardize

38 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 89-90. Beliau merupakan salah

seorang pakar dalam kajian pembangunan bersama dan beliau menganjurkan sebuah doktrin untuk mengekplorasi

sumber asli secara bersama-sama. 39 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 90. Ciri-ciri pembangunan

bersama berkenaan adalah kesimpulan daripada definisi pembangunan bersama yang dianjurkan oleh British Institute

of International and Comparative Law iaitu:

i. Melibatkan dua belah pihak atau lebih,

ii. Kebiasaannya ia melibatkan zon maritim yang bertindih,

iii. Ia adalah untuk tujuan sementara persempadanan maritim tersebut selesai dibuat.

iv. Membangun bersama untuk mencari gali sumber asli di kawasan yang menjadi pertindihan tuntutan tersebut. 40Huh Sookyeon, Joint Development of Continental Shelves in Asia,

http://www.un.org/Depts/los/nippon/unnff_programme_home/alumni/tokyo_alumni_presents_files/alum_tokyo_huh.pd

f, (7 September 2009). 41 Chindinma Bernadine Okafor, „Joint Development and The Nigeria/Cameroon Dispute‟ (2006) 501 International

Journal of Marine and Coastal Law 21, hlm 501. 42 Fasal 74 (3) Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982 memperuntukan sama seperti yang diperuntukan

oleh fasal 83 (3) KUULA 1982 iaitu berhubung dengan tindakan sementara yang memerlukan kerjasama untuk

menguruskan Zon Ekonomi Eksklusif. 43 Chindinma Bernadine Okafor, „Joint Development and The Nigeria/Cameroon Dispute‟, hlm 502.

Page 8: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 189

or hamper the reaching of the final agreement. Such arrangements shall be without

prejudice to the final delimitation.”44

Berdasarkan peruntukan fasal di atas, Pembangunan Bersama dapat ditafsirkan untuk berada di

bawah lembayung “provisional arrangement”. Penyelidik berpendapat bahawa, “provisional

arrangement” ini boleh diterjemahkan dengan lebih meluas memandangkan niat pembentukan fasal

tersebut adalah untuk memberi ruang yang luas kepada definisi-definisi lain yang sesuai dalam konteks

pertikaian masing-masing. Oleh yang demikian, walaupun peruntukan fasal di atas tidak secara jelas

membincangkan mengenai Pembangunan Bersama, ianya cukup untuk meluaskan pemahaman fasal

tersebut untuk mencakupi Pembangunan Bersama berdasarkan elemen-elemen kerjasama dan juga

kesefahaman.

Aplikasi Pembangunan Bersama juga boleh dirujuk kepada beberapa keputusan kes yang telah

diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa seperti North Sea Continental Shelf, apabila mahkamah

telah merujuk kepada dua pelaksanaan Pembagunan Bersama dan mahkamah telah berpendapat bahawa

Pembangunan Bersama adalah salah satu cara yang paling efektif untuk menguruskan sumber asli di

kawasan pelantar benua dan seluruh zon maritim secara umum.45

Kes yang melibatkan perebutan hak

kedaulatan di kawasan Pelantar Benua antara Tunisia dan Libya juga telah mendapat reaksi positif oleh

mahkamah apabila cadangan pelaksanaan Pembangunan Bersama di Teluk Gabes telah diusulkan walaupun

ianya adalah pendapat minoriti para hakim di dalam kes berkenaan. Malah, pendapat hakim Evensen ini

telah digunapakai oleh kedua-dua belah pihak untuk sama-sama menikmati keuntungan dengan persetujuan

untuk melakukan pembangunan bersama di kawasan perairan berkenaan.46

Selain itu, justifikasi undang-undang juga dapat dinilai dari segi pemakaian dan pelaksanaan

Pembangunan Bersama oleh beberapa buah negara seperti Thailand, Australia, China termasuklah

Indonesia dan juga Malaysia. Pendekatan ini telah dipraktikkan oleh lebih kurang empat belas buah kes dan

melibatkan dua puluh buah negara untuk menguruskan sumber semula jadi di kawasan perairan dengan

pembentukan kerjasama antara dua pihak atau lebih.47

Malaysia dalam pada itu mempunyai pengalaman

yang sama apabila telah mencapai kata sepakat bersama Thailand dan juga Vietnam untuk mengenal pasti

kawasan pembangunan bersama di perairan Teluk Siam.48

Di dalam kes ini, suatu perjanjian dan

pembahagian hak masing-masing telah diperincikan agar pihak-pihak terlibat mendapat hak masing-masing

iaitu hak eksplorasi petroleum yang terdapat di dasar perairan berkenaan.49

Pelaksanaan Pembangunan

Bersama ini juga telah menyatukan Indonesia dan Australia di Perairan Timor Gap apabila kedua-dua pihak

telah bersetuju dan berkerjasama dalam mengecapi kemewahan sumber kekayaan di perairan tersebut.50

Justeru, berdasarkan beberapa contoh yang dinyatakan sebelum ini, penyelidik dapat simpulkan bahawa

pelaksanaan Pembangunan Bersama adalah suatu potensi penyelesaian di dalam kemelut ini dan yang lebih

penting ia adalah selari dengan peruntukan undang-undang antarabangsa kerana memenuhi konsep keadilan

itu sendiri.

DAPATAN KAJIAN

Menilai kemelut ini dari aspek penyelesaian pertikaian di bawah undang-undang antarabangsa, peruntukan

undang-undang sahaja tidak mencukupi untuk merealisasikan hasrat ini kerana undang-undang hanya akan

bertindak sebagai mekanisma untuk melengkapkan hasrat murni ini. Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa

Pembangunan Bersama merupakan penyelesaian terbaik di dalam kes ini atas dua hujah utama seperti

berikut:

1. Hubungan dua hala dapat dipulihkan.

44 Fasal 83(3), Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982. 45 Chindinma Bernadine Okafor, „Joint Development and The Nigeria/Cameroon Dispute‟, hlm 503. 46 Chindinma Bernadine Okafor, „Joint Development and The Nigeria/Cameroon Dispute‟, hlm 504. 47 Chindinma Bernadine Okafor, „Joint Development and The Nigeria/Cameroon Dispute‟, hlm 504. 48 Nguyen Hong Thao, Joint Development in The Gulf of Thailand [1999] IBRU Boundary and Security Bulletin

Autumn, http://www.dur.ac.uk/resources/ibru/publications/full/bsb7-3_thao.pdf, (7 September 2009), hlm 80. 49 Victor Prescott, The Gulf of Thailand: Maritime Limits to Conflict and Cooperation, Maritime Institute of Malaysia

(MIMA), Kuala Lumpur, 1998, hlm 84. 50 Zou Keyuan, „Joint Development in the South China Sea: A New Approach‟, hlm 89.

Page 9: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

190 Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya

Penyelidik berhujah bahawa hubungan politik dan hubungan serantau amat penting untuk memastikan

hasrat ini terlaksana. Umum telah maklum bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia ini ibarat adik dan

abang dan juga disifatkan negara satu rumpun kerana mempunyai banyak persamaan khususnya bahasa,

budaya dan ekonomi. Selain daripada faktor-faktor terbabit, Malaysia dan Indonesia yang bertindak sebagai

negara keahlian ASEAN, seharusnya kedua-dua negara ini perlu mengambil sikap profesional untuk

bersetuju bagi melaksanakan Pembangunan Bersama ini kerana ia adalah selari dengan tuntutan tujuan

penubuhan ASEAN itu sendiri iaitu untuk menjamin keselamatan dan keamanan sejagat antara negara ahli

khususnya. Tidak perlu dipertikaikan lagi bahawa hubungan antara Malaysia dan Indonesia tidaklah seteruk

yang disangka kerana ia telah terbukti bahawa negara pertama yang dilawat oleh Presiden Republik

Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono setelah dilantik sebagai presiden adalah Malaysia begitu juga negara

pertama yang dilawat oleh Perdana Menteri Malaysia setelah dilantik memegang jawatan itu adalah negara

Indonesia.51

Jika ditinjau sejarah silam, kedua-dua pihak ini juga telah menjalinkan hubungan yang baik

dalam mencari titik pertemuan untuk bersetuju ke atas penetapan sempadan zon Pelantar Benua pada tahun

September 1969.52

Dengan ini jelas terbukti bahawa kecenderungan untuk melaksanakan Pembangunan

Bersama itu bukanlah sesuatu yang mustahil. Justeru, atas dasar hubungan ASEAN, penyelidik amat

optimis bahawa kes ND6 dan ND7 ini akan dapat diselesaikan dengan jalan yang aman dan hubungan dua

hala dapat dipulihkan.

2. Memaksimumkan sumber asli untuk kepentingan ekonomi

Di dalam kes ND6 dan ND7, kemewahan sumber asli merupakan elemen yang paling kuat kerana ia akan

menjana pendapatan negara seterusnya menyumbang kepada kenaikan taraf hidup sesebuah negara.

Sekiranya kemelut ini tidak diselesaikan secara aman, faktor ekonomi ini seolah-olah diabaikan. Justeru,

Pembangunan Bersama merupakan sebuah mekanisma yang paling efektif untuk merealisasikan

perkembangan ekonomi melalui perkongsian sumber asli yang terdapat di Blok ND6 dan ND7.

Cadangan Pembangunan Bersama ini juga telah disokong oleh kebanyakan penulis seperti Andi

Arsana53

, Mark Valencia54

, Clive Scholfield dan Ian Storey Prescott55

di dalam penulisan artikel mereka

mengenai kemelut yang berlaku di ND6 dan ND7 ini. Cadangan ini mempunyai merit yang tersendiri

setelah penyelidik membandingkan keadaan yang berlaku di ND6 dan ND7 ini dengan kes yang berlaku di

Laut Barents di mana ia melibatkan dua buah negara yang mempunyai latar belakang politik yang berbeza

iaitu negara Norway dan juga negara Rusia.56

Tempoh jangka masa 40 tahun yang diambil untuk berunding

dalam menyelesaikan kes ini amat perit dan ia adalah sesuatu yang mengejutkan kepada masyarakat

antarabangsa apabila pertemuan di Olso antara Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Perdana Menteri

Norway, Jens Stoltenberg telah bersetuju untuk menamatkan kemelut 40 tahun tersebut dengan

menandatangani perjanjian untuk melaksanakan Pembangunan Bersama di kawasan pelantar benua di Laut

51

Temu bual dengan Encik Afini Boer, Atache Pertahanan, Kedutaan Besar Republik Indonesia,

Pejabat Kedutaan Besar Republik Indonesia, Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, 27 April 2010.

52 Nik Anuar Nik Mahmud, Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, Isu Sempadan dan Kedaulatan, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi, 2003, hlm 82.Hasil daripada rundingan tersebut, Malaysia dan Indonesia telah mencapai kata sepakat

dan dapat menyelesaikan isu berkenaan di kawasan Selat Melaka dan juga Laut China Selatan. 53Andi Arsana, Ambalat: A spatial and Technical Perspective,

http://www.gisdevelopment.net/application/miscellaneous/index.htm, (4 Ogos 2009). 54 Mark. J. Valencia, The Sulawesi Situation: Stage for tension or storm in a teacup?,

www.nautilus.org/fora/security/09060ValeniaKhalid.pdf, (27 Mei 2010). 55 Clive Scholfield & Ian Storey, „Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime Boundary and

Territorial Disputes‟, (2005) 4 (IX) Havard Asia Quarterly, http://www.asiaquarterly.com/content/view/160/1/, (26

Febuari 2010), hlm 3. 56Norway, Rusia Agree on Barents Sea Border, http://www.therightperspective.org/2010/04/27/norway-russia-agree-

on-barents-sea-border/, (23 Mei 2010). Kes antara Norway dan Rusia ini telah bermula sejak 40 tahun yang lalu dan

akhirnya kedua-dua buah pihak ini telah bersetuju untuk bekerjasama mengaut hasil di pelantar benua yang mempunyai

keluasan 175,000 kilometer persegi itu. Pakar geologi Amerika Syarikat juga menganggarkan lebih 90 bilion tong

minyak masih belum dijelajahi di kawasan berkenaan.

Page 10: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 191

Barent berkenaan.

57 Penyelidik amat tertarik dengan kerjasama ini kerana kedua-dua pihak ini bersetuju

walaupun terdapat isu teknikal dan sempadan masih dalam perbincangan. Perkembangan dan kerjasama

yang tercapai ini boleh dijadikan sebagai kayu ukur untuk menyokong Malaysia dan Indonesia untuk

mencetuskan kerjasama bagi menuai kemewahan di pelantar benua ND6 dan ND7. Di dalam kes ND6 dan

ND7 ini, ia lebih menarik kerana hubungan antara kedua-dua pihak tidak sebegitu keruh malah sebelumnya

ia telah lama baik dan erat terjalin antara keduanya.

RUMUSAN DAN PENUTUP

Kajian ini mendapati bahawa cara terbaik untuk menamatkan kemelut antara kedua-dua belah pihak antara

Malaysia dan Indonesia adalah dengan melaksanakan Pembangunan Bersama ke atas blok-blok yang

dikenalpasti sebagai blok yang mewah dengan sumber asli. Malah penyelidik optimis dengan pelaksanaan

ini kerana kedua-dua belah pihak mempunyai pengalaman yang sama khususnya dalam pelaksanaan

kerjasama Pembangunan Bersama. Tunjangnya adalah sama di mana hasil sumber asli dapat dikongsi

bersama tanpa melibatkan sebarang keganasan yang mendatangkan kerugian. Berdasarkan pengalaman

yang telah dilalui oleh Malaysia dan Indonesia dalam perlaksanaan Pembangunan Bersama ini, ia

merupakan satu kelebihan kepada kes ND6 dan ND7 kerana Malaysia dan Indonesia dapat merujuk kepada

model yang telah dilaksanakan sebelum ini. Memorandum antara Malaysia dan Thailand yang dikenali

sebagai Thailand/Malaysia Joint Development Agreement of 199058

dan triti antara Indonesia dan Australia

atau lebih dikenali sebagai Timor Gap Treaty, 198959

akan memudahkan lagi proses pembentukan

Pembangunan Bersama di Laut Sulawesi ini. Oleh yang demikian, Malaysia dan Indonesia perlu

mewujudkan satu perjanjian atau memorandum khusus dengan memperincikan segala tanggungjawab, hak

dan perkara-perkara lain bagi merealisasikan Pembangunan Bersama di blok ND6 dan ND7 ini. Dengan

wujudnya perjanjian ini, sumber mineral di pelantar benua ini dapat dimanfaatkan dengan efektif dan

hubungan baik antara kedua-dua kerajaan akan bertambah kukuh.

Setelah menilai konflik ND6 dan ND7 ini secara keseluruhan, penyelidik berpendapat bahawa

kemelut ini perlu diselesaikan dengan jalan damai dan diplomasi. Hambatan politik dan kemewahan

seharusnya tidak menganggu proses penyelesaian pertikaian ini, malah hubungan Malaysia dan Indonesia

ibarat adik dan abang ini perlu dimanfaatkan dengan memilih alternatif yang memberikan kebaikan kepada

kedua-dua belah pihak. Justeru, penyelidik merasakan Pembangunan Bersama adalah pilihan yang terbaik

untuk menamatkan kekeruhan ini dan dalam masa yang sama kedua-dua kerajaan harus mencari

kesepakatan untuk sama-sama menetapkan perbatasan maritim di Laut Sulawesi secara khusus. Oleh yang

demikian, adalah diharapkan hasil kajian ini dapat memanfaatkan kepada kerajaan Malaysia dan Indonesia

dalam mencari penyelesaian yang terbaik kepada kemelut ini seterusnya memperkasakan hubungan dua

hala yang telah lama terjalin ini.

RUJUKAN

1. Konvensyen

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa 1982.

2. Kes Undang-undang

57 (Tiada penulis) Norway, Russia Agree on new Barents Sea border, http://www.chinadaily.com.cn/world/2010-

04/28/content_9782046.htm, (23 Mei 2010). 58 Vivian Louis Forbes, Conflict and Cooperation in Managing Maritime Space in Semi-enclosed Seas, hlm 226.

Memorandum ini berkuatkuasa pada Januari 1991 di mana pembentukan Pembangunan Bersama di Teluk Siam adalah

untuk mencari gali petroleum di kawasan pelantar benua yang menjadi pertindihan tuntutan antara kedua-dua kerajaan

ini. 59 Vivian Louis Forbes, Conflict and Cooperation in Managing Maritime Space in Semi-enclosed Seas, hlm 230.

Forbes menyifatkan Pembangunan Bersama di Timor Gap ini merupakan model yang terbaik untuk dilaksanakan.

Page 11: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

192 Muhamad Sayuti bin Hassan@Yahya

Sovereignty over Pulau Ligitan and Pulau Sipadan Case (Indonesia v Malaysia), ICJ Judgment, 17

December 2002.

North Sea Continental Shelf Case, (1969) ICJ.

3. Senarai Rujukan

Andi Arsana. 2009. Ambalat: A spatial and Technical Perspective.

http://www.gisdevelopment.net/application/miscellaneous/index.htm . [4 Ogos 2009].

Anon. Norway, Russia Agree on new Barents Sea border. http://www.chinadaily.com.cn/world/2010-

04/28/content_9782046.htm, [23 Mei 2010].

Anon. Norway, Rusia Agree on Barents Sea Border.

http://www.therightperspective.org/2010/04/27/norway-russia-agree-on-barents-sea-border/, [23

Mei 2010].

Anon. Keputusan ICJ punca tuntutan bertindih Ambalat. Utusan Malaysia, 7 Julai 2009,

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0707&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg

=pa_02.htm, [18 Ogos 2009].

Azmi Hassan. 2009. Tuntutan Ambalat Ada Agenda Tempatan. Utusan Malaysia. 07 Julai 2009.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencan

a&pg=re_02.htm. [03 September 2009].

Chindinma Bernadine Okafor. 2006. Joint Development: An Alternative Legal Approach to Oil and Gas

Exploitation in the Nigeria-Cameroon Maritime Boundary Dispute. International Journal of Marine

and Coastal Law 21: 489-522.

Clive Scholfield & Ian Storey. 2005. Energy Security and Southeast Asia: The Impact on Maritime

Boundary and Territorial Disputes. Havard Asia Quarterly IX (4):

http://www.asiaquarterly.com/content/view/160/1/ [26 Februari 2010].

Efantino, F & Arifin, SN. 2009. Ganyang Malaysia. Yogjakarta: Biopustaka.

Haller Trost, R. 1998. The Contested Maritime and Territorial Boundaries of Malaysia. United Kingdom:

Kluwer Law International.

Huh Sookyeon. Joint Development of Continental Shelves in Asia.

http://www.un.org/Depts/los/nippon/unnff_programme_home/alumni/tokyo_alumni_presents_files/

alum_tokyo_huh.pdf [7 September 2009].

June Ramli. 2009. Ambalat Answer in Brotherly Ties. New Straits Time, 10 June 2009.

ttp://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/. [3 November 2009]

Karen Mills. 2007. Indonesia, Country Overviews.The Asia Pasific Country Overview.

http://www.globalarbitrationreview.com/reviews/2/sections/4/chapters/23/indonesia/. [20 Julai

2010].

Khoridatul Anissa. 2009. Malaysia Macan Asia. Jogkarta: GARASI House of Book.

Mark.J.Valencia & Nazery Khalid. t.th. The Sulawesi Sea Situation: Stage for tension or storm in a

teacup?. http://www.nautilus.org/fora/security/09060ValeniaKhalid.pdf. [2 Februari 2010].

Nik Anuar Nik Mahmud. 2003. Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan, Isu Sempadan dan Kedaulatan. Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nguyen Hong Thao. 1999. Joint Development in The Gulf of Thailand, IBRU Boundary and Security

Bulletin Autumn 1999, 79-88. http://www.dur.ac.uk/resources/ibru/publications/full/bsb7-

3_thao.pdf, [7 September 2009].

Taufik Alwie, Bernadetta Febriana & Cavin. 2009. Majalah GATRA, No.31 Tahun XV, Edisi 11-17 Jun,

Jakarta: PT Enka Parahiyangan.

Taufiq Adi Susilo. 2009. Indonesia vs Malaysia, Membandingkan Peta Kekuatan Malaysia dan Indonesia.

Yogjakarta: Penerbitan GARASI.

Valencia, Mark J. 1991. Malaysia and The Law of The Sea, The Foreign Policy issues, the options and

their implications. Malaysia: Institute of Strategic and International Studies.

Victor Prescott. 1998. The Gulf of Thailand: Maritime Limits to Conflict and Cooperation. Kuala Lumpur:

Maritime Institute of Malaysia (MIMA).

Vinita Sukrasep. 1989. ASEAN in International Relations. Thailand: Aksornsiam Press.

Page 12: PEMBANGUNAN BERSAMA (JOINT DEVELOPMENT): PROSPEK PENYELESAIAN PERTIKAIAN DI DALAM … · 2012. 5. 31. · wujud peperangan di antara kedua-dua negara berkenaan di alam maya. Berikutan

Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke V 2010 193

Vivian Louis Forbes & Mohd Nizam Basiron. 2008. Malaysia’s Maritime Realm Atlas. Kuala Lumpur:

Maritime Institute of Malaysia (MIMA).

Zou Keyuan. 2006. Joint Development in the South China Sea: A New Approach, International Journal

Marine & Coastal Law 21: 83-110.

RAJAH 1 Peta Lokasi Blok ND6 dan ND7 (Malaysia) di Laut Sulawesi.60

JADUAL 1 Jadual Model Pembangunan Bersama.61

Model Definisi Contoh

i Sebuah Negara

(Single State)

Hanya sebuah negara sahaja yang menjalankan

aktiviti eksplorasi. Hasil daripada itu akan

dibahagi mengikut perjanjian.

Bahrain- Saidi

Arabia (1958),

Kuwait – Saudi

Arabia (1969)

ii Sistem Usaha sama

Wajib (Compulsory

Joint Venture

System)

Kedua-dua buah negara bersetuju untuk

melaksanakan sebuah sistem kerjasama bagi

mengeksplorasi sesebuah kawasan.

Korea – Japan

iii Gabungan Autoriti

(Joint Authority)

Kedua-dua buah negara bersetuju untuk

mewujudkan sebuah kerjasama berbentuk sebuah

autoriti atau organisasi. Organisasi yang

diwujudkan ini dapat melaksanakan haknya

tersendiri.

Malaysia – Thailand

60 Vivian Louis Forbes & Mohd Nizam Basiron, Malaysia’s Maritime Realm Atlas, Maritime Institute of Malaysia,

Kuala Lumpur, 2008,hlm 122. 61 Huh Sookyeon, Joint Development of Continental Shelves in Asia,

http://www.un.org/Depts/los/nippon/unnff_programme_home/alumni/tokyo_alumni_presents_files/alum_tokyo_huh.pd

f, (7 September 2009). Pelaksanaan model-model ini bergantung kepada kesesuaian dan keadaan sesebuah negara.


Recommended