+ All Categories
Home > Documents > PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam...

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam...

Date post: 01-Feb-2018
Category:
Upload: vuonghanh
View: 239 times
Download: 5 times
Share this document with a friend
47
EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK 1 TAJUK 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SINOPSIS Tajuk ini membincangkan konsep, teori dan amalan dalam pengintegrasian kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran; pemilihan dan penggunaan, serta kemahiran teknikal tentang beberapa aplikasi komputer termasuk pemproses perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik, pangkalan data dan alat pengarangan. Turut dibincang adalah penghasilan dan penggunaan pakej pembelajaran berbentuk multimedia dan penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran. HASIL PEMBELAJARAN Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan dapat: i. Menghuraikan peranan dan implikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ii. Memilih dan menggunakan aplikasi komputer yang sesuai dengan pengajaran dan pembelajaranyang hendak dilaksana iii. Mengaplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai aplikasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran iv. Menghasilkan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan standard pembelajaran v. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Transcript
Page 1: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

1  

TAJUK 11 PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN

KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Tajuk ini membincangkan konsep, teori dan amalan dalam pengintegrasian kemahiran

teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran;

pemilihan dan penggunaan, serta kemahiran teknikal tentang beberapa aplikasi

komputer termasuk pemproses perkataan, persembahan elektronik, hamparan

elektronik, pangkalan data dan alat pengarangan. Turut dibincang adalah penghasilan

dan penggunaan pakej pembelajaran berbentuk multimedia dan penggunaan media

interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan

dapat:

i. Menghuraikan peranan dan implikasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

ii. Memilih dan menggunakan aplikasi komputer yang sesuai dengan pengajaran

dan pembelajaranyang hendak dilaksana

iii. Mengaplikasi kemahiran teknikal menggunakan pelbagai aplikasi komputer

dalam proses pengajaran dan pembelajaran

iv. Menghasilkan pelbagai media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

dengan standard pembelajaran

v. Mengintegrasi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Page 2: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

2  

KERANGKA TAJUK

11.1 Pengenalan Kepada Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

11.2 Pemprosesan Perkataan

11.3 Persembahan Elektronik

11.4 Hamparan Elektronik

11.5 Pangkalan Data

11.6 Penggunaan Perisian Alat Pengarangan

11.7 Penghasilan Pakej Multi Media Pembelajaran

11.8 Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

11.1 PENGENALAN KEPADA PENGINTEGRASIAN TMK DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Amalan pendidikan tradisional tidak lagi dapat membekalkan murid dengan semua

pengetahuan dan kemahiran yang perlu untuk membolehkan mereka bersaing dalam

senario pekerjaan masa kini. Untuk terus bersaing, mereka perlu mengaplikasi strategi

penyelesaian masalah, menggunakan alat yang sesuai, serta bertindak secara

kolaboratif dan berkomunikasi untuk belajar. Oleh itu persekitaran pembelajaran masa

kini perlu melibatkan pelbagai strategi-strategi, media, perisian dan alat yang berkaitan

TMK khususnya yang bakal menyediakan murid untuk masa depan mereka.

11.1.1 Konsep Pengintegrasi TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penghasilan media pengajaran (instructional media) dan media pembelajaran (learning

media) berasaskan TMK dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran kini

telah menjadi satu standard bagi pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran menuntut

guru memahami aspek-aspek perancangan pengajaran (instructional planning), teori

pembelajaran, rekabentuk pengajaran, dan menguasai kemahiran pelbagai aplikasi

komputer bagi menghasilkan media yang dapat menyokong pengajaran dan

pembelajaran.

Page 3: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

3  

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran, bertujuan untuk meningkatkan

keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu guru

seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan bersesuaian.

Persekitaran pembelajaran menjadi lebih baik apabila teknologi digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran Pembelajaran Tradisional Persekitaran Pembelajaran Era Baru

Berpusatkan Guru Berpusatkan Murid

Stimulasi melalui satu deria Stimulasi melalui pelbagai deria

Perkembangan satu laluan Pelbagai laluan perkembangan

Menggunakan satu media Menggunakan pelbagai media

Kerja berasingan Kerja secara kolaboratif

Menyampaikan maklumat Bertukar maklumat

Pembelajaran pasif Pembelajaran aktif berasaskan penerokaan

dan inkuiri penemuan

Pembelajaran berasaskan fakta dan

pengetahuan

Pemikiran kritikal dan membuat keputusan

dengan bermaklumat

Maklum balas reaktif Tindakan proaktif / terancang

Konteks buatan (artificial) dan terpisah Konteks dunia sebenar dan tulen (authentic)

Sumber : National Educational Technology Standards for Students (June, 1998),

published by the InternationalSociety for Technology in Education (ISTE), NETS Project.

Page 4: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

4  

Perbincangan

Bincangkan perkembangan teknologi yang pernah anda gunakan dalam bilik

darjah.

Fikirkan

Bagaimanakah mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran dijalankan?

11.1.2 Peranan Guru Dalam Pengintegrasian TMK Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran

Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran tidak semestinya

berkehendakkan seorang guru menguasai kemahiran TMK tahap tinggi, tetapi yang

penting dan utama ialah bagaimana guru dapat menghasil dan menggunakan bahan

atau media pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan pembelajaran

murid.

Bagi menghasilkan bahan atau media pengajaran dan pembelajaran yang menepati

kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, guru seharusnya mengetahui

dan memahami aspek-aspek rancanganpengajaran (instructional planning), rekabentuk

pengajaran (instructional design) dan yang cukup penting ialah teori pembelajaran

(learning theory) yang mendasari perkara di atas. Sesuatu yang perlu diingatkan

adalah, semasa melakukan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran,

guru tidak sama sekali mengajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut – apa

yang dilakukan adalah menggunakan teknologi tersebut sebagai sesuatu wahana yang

dapat membantu memudahkan guru menyampai dan memudahkan murid memahami

dan membina sesuatu ilmu pengetahuan serta membentuk kemahiran.

Page 5: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

5  

Fikirkan

Apakah perisian-perisian aplikasi yang sesuai digunakan

untuk proses pengajaran dan pembelajaran?

11.1.3 Keperluan MengintegrasikanTMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Penggunaan TMK secara bijak, dapat memperkayakan persekitaran pembelajaran dan

membolehkan murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan.

Oleh itu golongan pendidik perlu menimbang potensi mengintegrasikan TMK dalam

pengajaran dan pembelajaran dan menggunakannya dengan cara yang terbaik.

“ICT is more than a teaching tool. Its potential for improving the quality

and standards of pupils’ educationis significant. Equally, its’ potential is

considerable for supporting teachers, both in their everyday classroom

role, for example by reducing the time occupied by administration

associated with it, and in their continuing training and

development.”(DfEE 1998)

Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu untuk tujuan

berikut:

i. Menarik perhatian murid

ii. Memotivasikan murid

iii. Menyokong pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran seperti

pembelajaran koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pembelajaran berasaskan

penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

iv. Melibatkan murid melalui kerja-kerja penghasilan

v. Meningkatkan anggapan bahawa murid sendiri yang mengawal pembelajaran

vi. Membantu guru menghubungkan murid kepada sumber pembelajaran

vii. Membantu guru menjejak perkembangan pembelajaran murid

viii. Menyediakan murid untuk menghadapi dunia yang sentiasa berubah

Page 6: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

6  

11.1.4Kesan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat kajian yang menunjukkan penggunaan TMK secara intensif boleh

meningkatkan pencapaian murid. Projek Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT)

(1995) mendapati murid yang menggunakan TMK secara intensif semasa persekolahan

mempunyai ciri-ciri berikut:

i. boleh meneroka dan menyampaikan secara dinamik dalam pelbagai bentuk

ii. lebih tinggi keyakinan diri dan kemahiran sosial

iii. boleh berkomunikasi secara berkesan mengenai perkara-perkara yang kompleks

iv. mempunyai kemahiran akses kendiri dan terarah kendiri

v. mengetahui kebolehan masing-masing dan boleh berkongsi dengan orang lain

vi. boleh berkerja secara kolaboratif, dan

vii. lebih bersedia untuk menghadapi masa depan.

11.1.5 Piawaian Ciri Murid Dari Aspek Penggunaan TMK

Sejauh mana TMK dapat membantu dalam membentuk murid yang berkualiti, yang

mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif, serta berkemahiran dalam penyelesaian

masalah, banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan guru. Persekitaran

pembelajaran yang efektif merupakan gabungan pendekatan tradisional dengan

pendekatan baru untuk membimbing penguasaan kandungan mata pelajaran di samping

mengambil kira keperluan individu. Gabungan berkenaan dapat menyediakan murid

yang berupaya (International Society for Technology in Education 1998):

i. berkomunikasi menggunakan pelbagai bentuk media

ii. mencapai dan bertukar maklumat dalam berbagai cara

iii. mengumpul, menganalisa, menyusun dan mensintesis maklumat

iv. membuat rumusan berasaskan maklumat yang dikumpul

v. menggunakan maklumat dan menggunakan alat yang sesuai untuk

menyelesaikan masalah

vi. mengetahui kandungan mata pelajaran dan berupaya mencapai maklumat

tambahan apanila diperlukan

vii. menjadi murid yang terarah kendiri

Page 7: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

7  

viii. melakukan kolaborasi dengan orang lain dan bertindak cemerlang dalam

pasukan

ix. berinteraksi dengan orang lain dengan cara yang bersesuaian dan beretika

11.1.6 Pendekatan Belajar Menggunakan TMK

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (BPK) telah

menggariskan tiga kaedah bagaimana TMK dapat diserapkan dalam pembelajaran

murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011: Buku panduan teknologi maklumat dan

komunikasi merentas kurikulum):

11.1.6.1 Belajar MENGENAI TMK

Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan

kemahiran displin ilmu yang khusus dalam bidang TMK termasuk Sistem

Komputer, Rangkaian, Sistem Maklumat, Multimedia dan Pengaturcaraan.

Pendedahan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang ini kepada murid

dilakukan menggunakan strategi yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan

keupayaan mereka.

11.1.6.2 Belajar DENGAN TMK

Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk

belajar, seperti menggunakan perisian dan perkakasan TMK. Antara perisian

yang boleh digunakan seperti MS Word, MS PowerPoint, MS Excel, MS Paint,

Geometer’s Sketchpad dan perisian percuma (freeware) belajar menaip Typing

Tutor. Manakala perkakasan pula ialah seperti pencetak, pengimbas dan kamera

digital. Pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan, menarik dan

seronok dengan menggunakan TMK. Penggunaan TMK sebagai alat dalam

pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah rendah akan dapat

menjadikan murid lebih kreatif dan inovatif pada tahap yang sesuai mengikut

tahap pemikiran mereka.

Page 8: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

8  

11.1.6.3 Belajar MELALUI TMK

Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses maklumat

menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM, perisian kursus dan

Internet. Contoh belajar melalui TMK dapat dilihat melalui penggunaan bahan

seperti ensaiklopedia, kamus, video pembelajaran, Portal E-bahan, EduwebTV

dan Google Earth.

Belajar MENGENAI TMK, Belajar DENGAN TMK dan Belajar MELALUI TMK boleh

digabungkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK boleh

diimplimentasikan secara efektif apabila murid dapat menguasai kemahiran TMK.

Adalah disarankan guru mengintegrasikan TMK melalui aktiviti berasaskan projek atau

tugasan seperti tugasan menghasil kad ucapan. Dalam penghasilan kad ucapan, murid

boleh memasukkan imej dan menulis ucapan atau sajak. Murid juga dapat

meningkatkan keterampilan dan keyakinan diri apabila mereka membuat persembahan

hasil tugasan mereka terutama yang berbentuk multimedia. Mereka akan berasa

seronok belajar dan menunjukkan kreativiti mereka melalui persembahan yang

menggunakan pelbagai fitur perisian seperti penggunaan warna, jenis fon, saiz fon dan

animasi dalam hasil tugasan mereka.

11.1.7 Mod Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran telah mengkategorikan

penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran kepada empat mod (Pusat

Perkembangan Kurikulum 2001: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran) iaitu:

i. Mod Tutorial

ii. Mod Penerokaan

iii. Mod Aplikasi, dan

iv. Mod Komunikasi

1

Page 9: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

9  

1.1.7.1 Mod Tutorial

Dalam mod tutorial, TMK digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran

berdasarkan urutan yang telah ditetapkan dan merangkumi;

i. Pendedahan kandungan (pembelajaran ekspositori)

ii. Tunjuk cara sesuatu fenomena dengan kawalan sistem

iii. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

11.1.7.2 Mod Penerokaan

Melalui mod penerokaan, murid dapat menentukan dan mengawal maklumat

yang diterima berbanding mod tutorial yang mana murid hanya menerima bahan

pembelajaran yang ditentukan dan dikawal oleh sistem. Tujuan utama mod

penerokaan bukannya untuk mencari jawapan tetapi memfokus kepada

penglibatan murid dalam membentuk konsep atau kefahaman tentang sesuatu

perkara.

Dalam mod penerokaan, TMK digunakan sebagai medium untuk

i. mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan

sumber seperti CDROM, portal maklumat dan internet

ii. mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di

bawah kawalan murid sendiri

iii. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara

simulasi di bawah kawalan sistem

Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:

Akses kepada sumber yang pelbagai di Internet melalui enjin gelintar

Perisian kursus berkonsepkan pelbagai pilihan, penerokaan dan permainan

berbentuk simulasi

Page 10: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

10  

11.1.7.3 Mod Aplikasi

Dalam mod aplikasi, TMK digunakan sebagai medium untuk membantu murid

melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada orang

lain, berbanding mod tutorial dan penerokaan yang mana TMK hanya digunakan

sebagai mekanisma untuk penyaluran maklumat dari sumber kepada murid.

Dengan bantuan perisian aplikasi murid dapat memberi tumpuan kepada aktiviti

pembelajaran yang sebenar.

Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod penerokaan termasuk:

Pemproses kata untuk menghasilkan karangan

Hamparan elektronik untuk memaparkan carta

Editor grafik, editor bunyi, editor movie, perisian persembahan elektronik,

dan editor laman web untuk menyampaikan persembahan

Perisian mereka bentuk berbantukan komputer untuk mencipta reka bentuk

bahan.

11.1.7.4 Mod Komunikasi

Dalam mod komunikasi, TMK digunakan sebagai medium perhubungan oleh

guru dan murid di lokasi yang berbeza menghantar dan menerima maklumat

antara mereka. Perkongsian maklumat boleh berlaku melalui bentuk teks, grafik,

audio, video atau pelbagai kombinasi.

Contoh teknologi yang boleh digunakan dalam mod komunikasi termasuk:

Chat

Email

Audio conference

Video conference

Pembinaan laman web untuk akses melalui internet

Page 11: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

11  

11.1.8 Mod Pelaksanaan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menjelaskan terdapat tiga mod bagaimana

TMK dapat digunakan oleh guru dan murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011:

Buku panduan teknologi maklumat dan komunikasi merentas kurikulum) iaitu:

11.1.8.1 Mod Guru dan Murid bersama-sama

Guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran interaktif di makmal

komputer sekolah. Semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,

guru boleh menggunakan komputer riba, perisian kursus dan projektor LCD.

Guru boleh meminta murid untuk mencuba aktiviti yang disediakan di dalam

komputer riba guru. Guru juga boleh memuat turun bahan dari laman web lebih

awal dan menggunakan laman tersebut semasa pengajaran.

.

11.1.8.2 Mod Guru sahaja

Guru mengajar dengan bantuan perisian pengajaran dan pembelajaran dan

modul pengajaran yang mana guru telah menyediakan bahan tersebut sebelum

masuk ke kelas.

11.1.8.3 Mod Murid sahaja

Dengan menggunakan perisian kursus yang bersifat interaktif dan berpandukan

kepada modul pembelajaran, murid boleh melaksanakan aktiviti pembelajaran

menggunakan komputer tanpa bantuan guru. Dalam situasi ini, guru bertindak

sebagai fasilitator kepada pembelajaran murid .

Page 12: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

12  

Latihan

Muat turun Buku Panduan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran dari laman web Bahagian

PembangunanKurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

(http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/) . Baca dengan teliti kelebihan dan

kelemahan setiap mod penggunaan TMK yang dicadangkan. Pilih satu standard

kandungan dalam dokumen standard mata pelajaran yang anda ajar. Sediakan satu

rancangan mengajar bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

dengan menggunakan salah satu mod penggunaan TMK yang dicadangkan.

 

Page 13: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

13  

11.2 PEMPROSESAN PERKATAAN

Pemprosesan perkataan bermaksud penggunaan aplikasi komputer bagi tugas menaip,

membina, mengolah, membentuk teks, menyimpan, menyunting dan mencetak sesuatu

dokumen. Pemprosesan perkataan juga merupakan aplikasi komputer bagi

mewujudkan satu fail dokumen, menyimpannya secara elektronik, mempamerkan di

skrin, mengeditnya melalui arahan dan aksara dari papan kekunci dan mencetaknya

dengan menggunakan pencetak. Aplikasi pemprosesan perkataan juga membolehkan

pengguna menyelitkan perkataan atau perenggan dalam sesuatu dokumen atau ke

dokumen lain.

Aplikasi pemprosesan perkataan boleh menyokong kebanyakan tugas berkaitan dengan

proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya dibuat dengan mesin taip atau

dengan tangan. Aplikasi ini memberikan ruang dan peluang untuk para pendidik

mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran

Antara aplikasi pemprosesan perkataan termasuklah Microsoft Word dari Microsoft

Corporation, Word Perfect, Word Star, Chiwriter, , Kingsoft Office Writer, Atlantis Word

Processor dan aplikasi lain berasaskan windows, manakala iWork berasaskan

Macintosh serta OpenOffice, AbiWord, EZ Word berasaskan perisian terbuka (Open

Source).

Rajah 11.1.1: Pelbagai Aplikasi Pemprosesan Perkataan

Page 14: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

14  

Fikirkan

Sejauh manakah perisian pemprosesan perkataan penting dalam proses

pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran?

11.2.1 Ciri-ciri aplikasi pemprosesan perkataan

i. Insert text (selit teks) – membolehkan anda menyelit teks di mana-mana

dokumen anda

ii. Delete text (memadam teks) – membolehkan anda memadam perkataan, teks,

baris dan paragraph dengan mudahnya.

iii. Cut and paste (mencantas dan memindahkan teks) – membolehkan anda

mencantas perkataan atau perenggan daripada satu tempat dan memindahkan

ke tempat lain.

iv. Copy (menyalin) - membolehkan anda menyalin perkataaan, teks atau

perenggan yang diperlukan.

v. Save (menyimpan) – setelah menghasilkan sesuatu dokumen, boleh disimpan

dan diedit semula.

vi. Font (fon) – anda boleh menukar fon teks anda

vii. Page size and margins (halaman dan margin) – anda boleh menetapkan saiz

halaman, supaya aplikasi pemprosesan perkataan akan disesuaikan secara

automatik.

viii. Search and replace (dicari dan diganti) – membolehkan anda mengarah

pemproses perkataan untuk mencari perkataan atau ayat dan anda juga boleh

Page 15: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

15  

menggantikan perkataan atau ayat tersebut dengan perkataan lain dalam teks

anda.

ix. Word wrap (menyusun baris) – aplikasi pemprosesan perkataan secara

automatik akan bergerak ke baris seterusnya selepas baris telah dipenuhi, juga

akan menyusun menyusun teks tersebut.

x. Print (cetak) – membolehkan anda menghantar dokumen anda untuk dicetak.

xi. Font specifications (spesifikasi fon) – aplikasi pemprosesan perkataan

membolehkan anda menukar fon serta ciri fon seperti italic, bold, saiz, warna dan

shadow.

xii. Graphics (grafik) – membolehkan anda menyisipkan gambar dan carta dalam

dokumen anda.

xiii. Spell check (semak ejaan) – satu kemudahan untuk menyemak ejaan yang

diragui oleh perisian.

xiv. Thesaurus (tesaurus) – satu kemudahan aplikasi pemprosesan perkataan yang

membolehkan anda mencari makna perkataan dokumen anda.

xv. Header, footer and pagination – aplikasi pemprosesan boleh meletak teks secara

automatik di atas lembaran (header) atau di bawah (footer) serta penomboran.

xvi. Table (jadual) – membolehkan anda menyisip jadual untuk menyokong

penyusunan data anda dalam baris dan lajur.

Ciri-ciri di atas adalah sebahagian dari keupayaan aplikasi pemprosesan perkataan.

Guru boleh menggunakan aplikasi ini untuk membuat bahan edaran, lembaran kerja,

ujian dan latihan, membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran.

Page 16: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

16  

Fikirkan

Apakah ciri-ciri aplikasi pemprosesan perkataan yang biasa anda

gunakan yang menyebabkan anda kekal menggunakan aplikasi

tersebut?

11.1.2 Impak Integrasi Aplikasi Pemprosesan Perkataan dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Seseorang guru boleh menggunakan aplikasi pemprosesan perkataaan untuk

menyokong peranannya dalam aktiviti dan hal-hal berkaitan dengan pengurusan

pengajaraan dan pembelajaran. Berikut adalah beberapa kelebihan menggunakan

pemprosesan perkataan dalam pengajaran dan pembelajaran:

i. Menjimatkan masa – aplikasi pemprosesan perkataan membantu guru mengurus

masa lebih efisien dalam penyediaan pengajaran, terutamanya mengubah suai

teks (bahan) berulang kali, tidak perlu membina teks baharu, membuat

pembetulan dan penyemakan dengan lebih cepat dan cekap.

ii. Hasil kerja lebih kemas dan menarik – bahan pengajaran yang disediakan

dengan pemprosesan perkataan lebih tersusun, kemas, dan menarik, nescaya

lebih mudah difahami.

iii. Perkongsian maklumat – guru dapat berkongsi rancangan pengajaran, bahan

bacaan, jadual, teks, template soalan dan pelbagai lagi bahan pengajaran.

Rakan boleh menyalin, mengubah suai, menambah baik bahan pemprosesan

perkataan untuk diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

iv. Menyokong pengurusan pengajaran dan pembelajaran – penggunaan aplikasi

pemprosesan perkataan boleh membantu guru dalam pengajaran dan

pembelajaran, terutama penyediaan bahan pengajaran seperti nota edaran,

lembaran kerja, kertas ujian danbahan sokongan pengajaran lain seperti

rancangan pengajaran harian, laporan, dan bulletin.

Page 17: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

17  

v. Mengukuhkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran – murid boleh dirangsang

untuk menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan dalam kebanyakan tugas

penulisan untuk apa-apa juga mata pelajaran yang sebelum ini ditulis dengan

tangan. Murid akan lebih bermotivasi untuk melaksanakan tugas sekiranya hasil

yang diperoleh oleh mereka lebih kemas dan menarik serta menjimatkan masa.

vi. Menyokong proses penulisan – murid boleh menggunakan aplikasi pemprosesan

perkataan untuk menulis, mengedit, ilustrasi cerita, menghasilkan bahan

pembentangan bagi tajuk yang dipelajari dan membuat nota sebagai

rujukan.Murid boleh dirangsang untuk mencetuskan idea dalam penulisan kreatif

dengan menggunakan pelbagai fon, warna, reka letak, sisipan gambar dan

pelbagai grafik.

vii. Mengukuhkan kemahiran berbahasa – murid boleh belajar bahasa melalui

pelbagai fitur aplikasi pemprosesan perkataan termasuk spell check, grammar

checker dan thesaurus.

AMALI

Dengan menggunakan aplikasi pemprosesan perkataan pilihan anda,

sediakan satu nota edaran yang sesuai untuk menarik minat murid

mempelajari satu standard pembelajan matapelajaran yang anda ajar.

Sediakan juga satu lembaran kerja yang bersesuaian bagi menilai

pencapaian murid.

Hasilan kerja perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

i. Kandungan pembelajaran yang selaras dengan satu

standard pembelajaran

ii. Tema : Lestari alam sekitar

iii. Menggunakan font dan graik yang pelbagai dengan olahan yang

kemas dan menarik

Page 18: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

18  

11.3 PERSEMBAHAN ELEKTRONIK

Pengenalan

Persembahan elektronik merupakan aplikasi komputer yang dapat menyampaikan

maklumat berbentuk teks dan visual yang dapat diintegrasikan dengan elemen

multimedia yang lain seperti audio, video, animasi. Ia biasanya memaparkan maklumat

dalam bentuk persembahan paparan. Ia juga berupaya mengadakan pautan (hyperlink)

dengan sumber maklumat di luar seperti imej, dokumen, hamparan elektronik, video,

audio, laman web dan sebagainya. Keistimewaan aplikasi ini dapat mengayakan lagi

sumber rujukan penontonnya bagi memperolehi maklumat lanjut mengenai sesuai topik

ataupun konsep yang dihuraikan oleh penyampai.

Menurut Gregory (2012), persembahan eletronik merupakan “A computer-generated

program capable of communication text, drawings, photos, video, and audio.”

Contoh aplikasi persembahan elektronik yang biasa digunakan termasuklah Microsoft

PowerPoint, Harvard Graphics, Open Office Impress dan Kingsoft Presentation.

Persembahan elektronik digunakan dalam perniagaan, bidang perubatan, pendidikan

dan pelbagai bidang yang lain untuk tujuan tunjukcara, membuat penerangan,

mencerakin fakta, membentangkan laporan, menyampaikan mesej, perkongsian idea

dan lain-lain lagi.

Fikirkan

Apakah kelebihan menggunakan persembahan elektronik semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran berbanding media lain seperti

poster, gambar, slaid dan carta?

11.3.1 Ciri-ciri persembahan elektronik

Kebanyakan aplikasi persembahan elektronik mempunyai fitur-fitur asas yang

membolehkan penyampai memasukkan elemen teks, grafik, audio, video dan pelbagai

kesan khas bagi menghidupkan lagi persembahan tersebut dan menarik perhatian

Page 19: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3

 

 

peno

fitur a

i. Fi

meng

ii. K

mewu

iii. S

mem

Aplila

kesan

105T11 - PENGI

ntonnya kep

asas persem

tur pempros

gubah forma

Rajah 11

pada apl

Kemudahan

ujudkan kes

Rajah 11

persemba

Sistem pers

aparkan pa

asi persemb

n-kesan anim

INTEGRASIAN T

pada idea ut

mbahan elekt

sesan perka

at teks.

.3.1: Conto

ikasi persem

untuk mem

an animasi.

.3.2: Contoh

ahan elektro

sembahan p

paran meng

bahan elektr

masi tersebu

TMK

tamanya.Ans

tronik sepert

ataan yang

oh fitur-fitur

mbahan elek

masukkan d

h fitur-fitur p

onik Microsof

paparan bera

gikut turutan

ronik juga

ut sebelum a

swer.com (2

ti berikut:

membenark

memasukka

ktronik Micro

dan membu

enyuntingan

ft PowerPoin

asaskan sla

n slaid, isi k

menyediak

anda membu

2012) telah m

kan penggun

an dan men

osoft PowerP

uat penyunt

n grafik yang

nt.

aid (slide sh

kandungan d

kan kemuda

uat pemiliha

menyenaraik

nanya mem

gedit teks y

Point.

ingan imej

g tersedia u

how engine)

dan olahan

ahan pratont

an terakhir.

1

kan beberap

asukkan da

yang terdapa

grafik, sert

ntuk aplikas

) yang dapa

yang terpilih

ton (preview

19

pa

an

at

ta

si

at

h.

w)

Page 20: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3

 

 

iv. S

yang

Fikirk

 

105T11 - PENGI

Rajah 11

dalam ap

Sistem peng

telah diteta

Rajah 1

pengurus

kan

Berdas

elektro

persem

Bagaim

kepada

INTEGRASIAN T

.3.3: Contoh

likasi hampa

urusan susu

pkan dan me

1.3.4:Conto

an susun let

sarkan pen

onik, apakah

mbahan ele

manakah an

a persembah

TMK

h fitur-fitur u

aran elektron

un letak (lay

engubahsua

h templat

tak paparan

galaman a

h fitur-fitur

ektronik sela

nda menari

han elektron

untuk meno

nik Microsof

yout) yang m

ainya mengik

susun let

aplikasi Mic

anda mengg

yang ter

ain daripad

k perhatian

nik yang and

nton persem

ft PowerPoin

membenarka

kut keperlua

ak yang t

crosoft Powe

gunakan ap

rdapat pada

a fitur yan

n murid ata

da gunakan?

mbahan yan

nt 2010

an anda me

an semasa.

terdapat da

erPoint 2010

plikasi pers

a sesebuah

g tersebut

aupun peno

?

2

ng disediaka

emilih templa

alam sistem

0.

sembahan

h aplikasi

di atas?

onton lain

20

an

at

m

Page 21: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

21  

11.3.2 Kriteria persembahan elektronik yang baik

Persembahan elektronik yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut:

i. Aplikasi prinsip reka bentuk grafik membantu penyediaan persembahan eklektronik

yang mudah dibaca dan mempunyai nilai estetik. Antara prinsip-prinsip reka bentuk

grafik tersebut termasuk:

a. Prinsip Mudah (Simplicity)

Menggunakan latar belakang yang mudah, supaya penonton tidak tertarik

kepada latar belakang yang berwarna-warni ataupun yang lebih kompleks.

(Smaldino et al., 2012; Jones, 2005)

A B C

Rajah 11.3.5: Aplikasi Prinsip Mudah

Fikirkan

b. Prinsip Kontras

Warna latar paparan perlu menyebabkan mesej utama kelihatan lebih menonjol

(Jones, 2005; Smaldino, 2012). Penggunaan latar belakang berwarna gelap dan

teks yang berwarna cerah juga akan menghasilkan kesan kontras yang baik

(Clark, 2004).

Antarapaparan A, B dan C dalam Rajah 11.3.5, latar belakang yang

manakah paling berkesan dalam menonjolkan mesejnya?

Page 22: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

22  

1 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras

2 Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras Kontras

Rajah 11.3.6: Aplikasi Prinsip Kontras

Pada Rajah 11.3.6 di atas, baris 1 merupakan kombinasi warna latar belakang

dan teks yang kontras manakala baris 2 merupakan kombinasi warna yang perlu

dielakkan.

c. Prinsip Penegasan (Dominant)

Menggunakan saiz fon ataupun objek yang lebih besar, penggunaan warna

yang kontras bagi menonjolkan subjek ataupun idea utama.

A B

Rajah 11.3.7: Aplikasi Prinsip Penegasan

Pada Rajah 11.3.7 di atas, penggunaan saiz fon yang besar dan warna yang

kontras dalam paparan A lebih berkesan dalam menarik perhatian penonton

terhadap idea utama sekiranya dibandingkan dengan paparan B.

Page 23: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

23  

d. Gunakan banyak ruang kosong (white space) di keliling subjek ataupun

idea utama supaya ia dapat menarik perhatian penontonnya.

A B

Rajah 11.3.8: Aplikasi Penggunaan Ruang

Dalam Rajah 11.3.8 di atas, paparan A yang padat dengan teks dengan

paparan B yang banyak kosong. Reka bentuk paparan B memudahkan

penontonnya membaca dan memahami teksnya.

e. Setiap paparan fokus kepada satu konsep sahaja.

A B

Rajah 11.3.9: Perbandingan paparan dari segi muatan konsep:

Dalam Rajah 11.3.9 di atas, Paparan A mengandungi beberapa konsep

manakala B mengandungi satu konsep sahaja. Yang manakah lebih senang

difahami dan dihayati?

Page 24: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

24  

ii. Menggunakan mesej anda dengan tepat dan seringkas yang mungkin (Smaldino,

2012; Microsoft, 2012; Markowitz, 2011; Mayer 1998).

A B

Rajah 11.3.10: Mesej yang ringkas dalam bentuk kata kunci (B)

lebih mudah dibaca dan difahami daripada penggunaan ayat

yang panjang lebar (A).

Peraturan 6X6 (Rule of Six) merupakan panduan penyediaan paparan yang

mencadangkan supaya menggunakan teks berbulet yang ringkas bagi

memudahkan pemerolehan maklumat yang optimum. Peraturan ini

mengesyorkan penggunaan teks berbulet pada setiap paparan dimuatkan tidak

melebihi enam baris manakala pada setiap baris pula mengandungi tidak

melebihi enam perkataan (Clark, 2004).

iii. Mengemukakan idea ataupun penerangan mengikut turutan yang logikal. Amalkan

prinsip dari yang mudah ke yang kompleks, dari yang diketahui kepada yang belum

diketahui, daripada yang konkrit kepada yang abstrak, dll. aMenggunakan visual untuk

mewakili konsep yang abstrak ataupun apabila paparan teks dan angka mungkin

kelihatan kompleks dan mengelirukan.

Page 25: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

25  

A B

Rajah 11.3.11: Perbandingan paparan berbentuk teks sahaja

dengan paparan berbentuk imej.

Merujuk kepada Rajah 11.3.11 di atas, visual berbentuk gambar rajah dan imej

(B) dapat menerangkan sesuatu konsep ataupun proses dengan lebih baik

daripada menggunakan teks sahaja (A).

iv. Mengintegrasikan elemen multimedia ataupun rangsangan multisensori dalam

penyampaian anda. Menurut Mayer (1998; 1999) dalam teori pembelajaran

multimedianya, telah menyarankan prinsip-prinsip berikut yang boleh dijadi garis

panduan penyediaan bahan pembelajaran multimedia:

a. Prinsip multimedia (Multimedia representation principle): Lebih baik

membuat penerangan dengan kombinasi teks dan imej daripada

menggunakan teks sahaja.

b. Prinsip gabungan ataupun bersebelahan (Spatial Contiguity Principle): Kesan

pembelajaran yang melibatkan gabungan teks dan imej yang berdekatan

adalah lebih baik daripada dibuat secara berasingan.

c. Prinsip penumpuan perhatian melalui saluran deria penglihatan (Visual Split-

Attention Principle) mencadangkan agar penerangan dibuat secara lisan bagi

menggantikan penggunaan teks yang panjang lebar yang dipapparkan

melalui skrin.

d. Prinsip saiz maklumat yang minimum (Chunking principle): Gunakan teks dan

gambar yang minimum.

e. Prinsip koheren (Coheren principle): Elakkan penggunaan isitilah ataupun

perkataan yang tidak releven.

Page 26: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

26  

f. Prinsip penumpuan perhatian melalui deria auditori (Auditory Split-Attention

Principle): Semasa membuat penerangan secara verbal bersama animasi

(elemen visual), elakan penggunaan muzik latar dan kesan bunyi yang

berlebihan supaya murid dapat menghubungkaitkan animasi dengan huraian

yang dipersembahkan.

v. Membuat penerangan, memperkenalkan konsep dan idea secara progresif.

vi. Mengelakkan penggunaan kesan animasi yang berlebihan (Smaldino, 2012; Clark,

2004).

Fikirkan

(A) (B)

Bandingkan cara memuatkan kesemua langkah dalam sebuah paparan (A)

dengan olahan di mana setiap langkah didedahkan secara langkah demi

langkah (B). Yang manakah lebih membantu murid untuk menguasai

konsep? Apakah justifikasi bagi jawapan anda?

Bacaan Lanjutan

Baca rujukan yang dinyatakan di bawah untuk mendapatkan penerangan

lanjut tentang aplikasi persembahan elektronik.

Mayer, Richard. (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer.

Dalam International Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623.

melalui URL=

http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.58.6023&rep=rep1&ty

pe=pdf.

Page 27: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

27  

11.3.3 Prinsip penghasilan persembahan elektronik

Fikirkan

Persembahan elektronik merupakan media pengajaran yang popular dalam kalangan

guru. Ia dapat dihasilkan dengan cepat dengan adanya kemudahan mencapai sumber

maklumat elektronik daripada ebook, aritkel yang dilayari melalui laman web, elemen

multimedia berbentuk digital yang boleh dihasilkan melalui pelbagai peralatan elektrik

dan elektronik. Namun, penghasilan persembahan elektronik yang bermutu semestinya

produk yang dihasilkan melalui perancangan dan persediaan yang rapi.

Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan media pengajaran dan penggunaan Model

ASSURE semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik

darjah adalah penting bagi memastikan kejayaan penyaluran maklumat dan perubahan

tingkah laku dalam kalangan murid-murid. Namun perlu diingat bahawa setiap media

pengajaran yang dihasilkan adalah memenuhi keperluan kumpulan sasaran yang

tertentu. Oleh itu jika media pengajaran yang sama hendak digunakan kepada kumpulan

sasaran yang lain, media tersebut perlu diubahsuai mengikut kebolehan, minat dan

kecenderungan kumpulan sasaran berkenaan.

Bagaimakah anda mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,

khususnya aplikasi persembahan elektronik dalam pengajaran dan

pembelajaran? Apakah pendekatan persembahan elektronik yang boleh

digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, konsep, kemahiran ataupun

nilai murni yang tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran suatu topik

satu mata pelajaran yang anda ajar?

Page 28: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

28  

Langkah-langkah perancangan, penghasilan dan penggunaan persembahan elektronik

boleh diterangkan secara ringkas seperti yang berikut:

1. Analisis Keperluan mengenai keperluan sukatan pelajaran dari segi skop isi

kandungan, hasil pembelajaran, objektif pembelajaran, keperluan dan kebolehan

murid.

2. Reka bentuk persembahan elektronik dalam menetapkan pendekatan, papan

cerita, fitur-fitur yang boleh menarik perhatian dan meningkatkan penangkapan

konsep, aktiviti pembelajaran sehubungan itu dan lain-lain lagi.

3. Pengumpulan bahan, media (ataupun aplikasi yang bersesuaian) dan

membuat kajian literatur mengenai topik yang dikaji.

4. Pemilihan bahan, media, pendekatan dan kaedah yang bersesuai dengan

topik kajian dan kumpulan sasaran anda.

5. Menghasilkan persembahan elektronik dengan mematuhi prinsip-prinsip reka

bentuk grafik dan reka bentuk mesej supaya penyampaian mesej pendidikan

berjaya menarik perhatian murid dan membantu mereka menyimpannya dalam

ingatan jangka panjang dan mengundur kembali maklumat tersebut dengan

cekap.

6. Prebiu ataupun pratonton hasil anda. Anda perlu memastikan ketepatan fakta

dan laras bahasanya bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada serta

keupayaan murid anda. Raptai bagi memastikan penggunaan media itu lancar.

7. Menggunakan persembahan elektronik dengan mengamalkan Model

ASSURE dan melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran.

8. Mengadakan penilaian dan penyemakan bagai membuat penambahbaikan.

Page 29: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

29  

Perbincangan

Bincangkan keberkesanan penggunaan persembahan elektronik jika

dibandingkan dengan penggunaan alat-alat maujud dalam proses

penyampaian idea, konsep dan kemahiran tertentu?

Setujukah anda bahawa persembahan elektronik ini jauh lebih berkesan

daripada media tayang seperti video dan filem? Apakah hujah-hujah yang

menyokong jawapan anda?

Mungkinkah persembahan elektronik dijadikan sebagai media

pembelajaran yang boleh digunakan oleh murid anda tanpa kehadiran

guru? Apakah hujah-hujah yang menyokong jawapan anda?

Amali

Dengan menggunakan aplikasi persembahan elektronik pilihan anda,

hasilkan satu persembahan bagi membolehkan anda menyampaikan

kandungan pembelajaran berkaitan satu standard pembelajaran mata

pelajaran yang anda ajar. Persembahan yang dihasilkan perlu

merangkumi pelbagai fitur, elemen dan ciri tentang reka bentuk dan

pembangunan persembahan elektronik yang dibincangkan dalam tajuk ini.

   

Page 30: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

30  

11.4 HAMPARAN ELEKTRONIK

Hamparan elektronik merupakan aplikasi komputer yang berfungsi mengurus maklumat

dalam grid yang terdiri dari sel-sel yang terbentuk dari lajur dan baris. Pengguna

memasukkan data ke dalam sel-sel dan memproses data tersebut menggunakan

pelbagai fitur yang ada pada aplikasi hamparan elektronik (ehow.com 2012).

Ciri-Ciri Asas Hamparan Elektronik:

i. Mengurus maklumat dalam lajur dan baris

ii. Menyediakan platform untuk pengguna memasukkan data

iii. Membenarkan pengguna melakukan perkiraan matematik seperti

tambah dan tolak serta rumus matematik ke atas data

iv. Membenarkan pengguna menggunakan fungsi matematik seperti ke

atas data

v. Membenarkan penyalinan olahan matematik dan

vi. Membenarkan perkiraan semula secara automatik apabila pengguna

mengubah data

vii. Menyediakan keupayaan melakukan mempersembahkan data dalam

bentuk carta dan graf

Kelebihan Hamparan Elektronik Berbanding Hamparan Manual:

i. Kesilapan kemasukan data atau rumus dapat dikesan dan diperbetulkan

dengan mudah menggunakan fitur edit

ii. Membolehkan pengguna sampai ke jawapan tanpa perlu menaip rumus

dan fungsi matematik yang kompleks hasil mempunyai rumus dan fungsi

matematik yang siap bina dalamnya bagi melakukan rumus dan fungsi

matematik ke atas data secara automatik.

iii. Menjimatkan masa dan memudahkan kerja hasil keupayaan memproses

data pada beberapa hamparan secara serentak

iv. Mempersembahkan data dalam bentuk yang kemas dan menarik hasil

mempunyai keupayaan automatic formating

Page 31: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

31  

v. Membolehkan interpretasi data dibuat dengan lebih mudah hasil

mempunyai keupayaan bagi membina graf

vi. Menyediakan satu kaedah menjejak dan menyampaikan maklumat dalam

bentuk yang terurus.

vii. Menjimatkan masa melakukan perkiraan dan fungsi matematik sekiranya

perlu melakukan perkiraan semula.

viii. Capaian semula data adalah cepat dan mudah kerana data disimpan

dalam bentuk fail digital.

ix. Data dan maklumat boleh dikongsi dengan mudah dan cepat

menggunakan internet hasil sifat storan yang berbentuk fail digital.

x. Fail storan boleh dikunci menggunakan password bagi mengelakkan data

diubah tanpa kebenaran.

Contoh aplikasi hamparan elektronik:

Microsoft Excel

Apple VisiCalc

Kingsoft Spreadsheets

OpenOffice Calc

LibreOffice Calc Corel

Quattro Pro

Bacaan Tambahan

Dengan melayari internet, dapatkan maklumat tentang cara menggunakan

hamparan elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Amali

Dengan menggunakan satu aplikasi hamparan elektronik pilihan anda,

hasilkan satu carta yang sesuai bagi menunjukkan komposisi media yang

ada dalam koleksi pusat sumber sekolah anda.

Page 32: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

32  

11.5 PANGKALAN DATA Pangkalan data merupakan satu koleksi data yang disusun supaya mudah diakses, diurus, dan dikemas kini (http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database). Dalam suatu pangkalan data, data disusun secara berstruktur dalam jadual-jadual yang mempunyai medan-medan yang berkaitan dengan sifat data yang hendak disimpan. Aplikasi pangkalan data merupakan perisian komputer yang digunakan oleh pengguna untuk menyimpan, mengurus, mengubah suai dan mencapai kembali data apabila perlu (techterms.com 20012b) 11.5.1 Ciri-Ciri Asas Aplikasi Pangkalan Data

i. Terbentuk dari jadual atau beberapa jadual yang boleh dihubungkan antara satu sama lain. Setiap jadual mempunyai medan untuk dimasukkan data.

ii. Menyimpan data dalam medan pada jadual. Satu medan boleh menyimpan satu data dan keseluruhan data tentang satu objek atau perkara dikenali sebagai rekod.

iii. Membenarkan pengguna menyimpan, mengedit dan mencapai kembali data yang disimpan.

11.5.2 Kegunaan Pangakalan Data Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

i. Data tentang murid boleh disimpan dan diurus dengan teratur menjadikan proses menguruskan maklumat murid cekap dan tepat.

ii. Capaian kembali maklumat boleh dibuat menggunakan kata kunci dan rekod murid dipapar secara automatik. Maklumat murid boleh disaring dan dirumus secara automatik. Dengan itu guru dapat menjimatkan masa berbanding cara lama menyimpan maklumat murid menggunakan kertas dan fail.

iii. Boleh digunakan untuk tempat menyimpan soalan-soalan ujian yang mana jika koleksi soalan adalah besar, guru berpeluang mencapai kembali soalan-soalan yang relevan melalui proses saringan

iv. Guru boleh menggunakan pangkalan data untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran misalnya dengan menggalakkan pemikiran aras tinggi hasil

Page 33: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

33  

meminta murid mengkaji pelaporan yang dikeluarkan hasil saringan data dari pangakalan data

Contoh aplikasi pangkalan data

Microsoft Access MySQL Oracle

Perbincangan

Teroka dan bincangkan ciri-ciri utama beberapa aplikasi pangkalan data.

Amali

Dengan menggunakan satu aplikasi pangkalan data pilihan anda, hasilkan

satu bank soalan (question bank) bagi mata pelajaran yang anda ajar.

Soalan-soalan yang terkumpul dalam bank soalan perlu terdiri daripada

soalan-soalan yang sesuai dijadikan pilihan apabila hendak menjalankan

ujian kepada murid-murid yang anda ajar

Page 34: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3

 

 

11.6

Peng

dalam

menc

alat p

dicipt

grafik

Dalam

untuk

peris

pemb

(Lect

Ber

Ber

105T11 - PENGI

PENGGUN

garangan me

m proses yan

cipta suatu a

pengarangan

ta dengan m

k, audio, vide

m konteks p

k membangu

ian tersebut

bangunan pe

tora.com 201

Jenis

rasaskan Iko

1. Elemen

interakt

pada ke

kerangk

2. Menunj

yang be

kerangk

rasaskan Ga

1. Elemen

(event)

2. Peristiw

berasas

3. Kelajua

4. Penzah

INTEGRASIAN T

NAAN PERIS

embawa pen

ng mengabu

aplikasi Mult

n merupakan

menggabung

eo dan teks

endidikan, a

unkan perisia

membolehk

erisian kursu

12).

s Alat Peng

on

n multimedia

tif diurus seb

erangka bers

ka process

ukkan carta

erlaku pada

ka

aris Masa

n multimedia

diurus pada

wa yang berl

skan masa

an peristiwa

hiran elemen

TMK

SIAN DAN A

ngertian satu

ungkan teks

imedia. Aplik

n aplikasi ko

gkan pelbag

ke dalam se

alat pengara

an kursus un

kan guru me

us yang men

garangan

a dan arahan

bagai objek-o

struktur atau

alir tentang

cabang-cab

a dan peristiw

a satu garis m

aku adalah

boleh dikaw

n boleh dilak

ALAT PENG

u ciptaan ata

, grafik, anim

kasi pengara

omputer yan

ai media dig

esuatu aplika

ngan meruju

ntuk tujuan e

engintegrasik

ndorong pen

n

objek

u

aktiviti

bang

AU

wa

masa

wal

kukan

DI

GARANGAN

au hasil krea

masi, audio d

angan atau

g memboleh

gital termasu

asi.

uk kepada p

e-pembelaja

kan pelbaga

nglibatan dan

CONT

UTHORWAR

IRECTOR

N

ativiti minda s

dan video un

lebih dikena

hkan aplikas

uk bunyi, per

perisian yang

aran. Keban

i media dala

n interaktivit

TOH PERISI

RE

3

seseorang

ntuk

ali sebagai

si multimedia

rgerakan,

g digunakan

nyakan

am

i murid

IAN

34

a

Page 35: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

35  

Jenis Alat Pengarangan CONTOH PERISIAN

pada masa atau mana-mana tempat

pada garis masa

5. Boleh dipautkan ke mana-mana

bahagian pada garis masa

Berasaskan Halaman Atau Kad

1. Elemen diurus sebagai halaman-

halaman sebuah buku atau sebagai

sekumpulan kad

2. Halaman disusun seperti halaman-

halaman sebuah buku

3. Pautan ke halaman/kad ke

halaman/dan adalah secara jujukan

4. Boleh dipautkan ke mana-mana

halaman/kad lain berdasarkan arahan

interaktif

TOOLBOOK

(berasaskan halaman)

HYPERSTUDIO

(berasaskan kad)

Jadual 11.6.1: Jenis-Jenis Alat Pengarangan

Page 36: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

36  

Fikirkan

Apakah contoh perisian lain yang boleh dikategorikan sebagai alat

pengarang?

Ciri Umum Alat Pengarangan

i. Mengedit dan mengurus

mencipta, mengedit dan menukar format element multi media

mengurus dan mereka bentuk berdasarkan papan cerita dan carta alir

ii. Pengaturcaraan

Menggunakan bahasa pengaturcaraan yang tinggi tapi mudah kerana

berbentuk visual

iii. Interaktif

Pengaturcaraan yang komplek menjadi mudah kerana menggunakan

konsep pengaturcaraan berstruktur yang menggunakan arahan IF-THEN

dan GO TO menjadikan pengguna berupaya mengawal aliran maklumat

dan kandungan

iv. Memain semula dan memperkemas produk

Pembangunan boleh dilakukan mengikut segmen dan setiap segmen

boleh dibina dan diuji secara berasingan

Waktu satu-satu elemen dilaksanakan boleh ditetapkan dengan rapi dan

tepat

v. penyampaian merentas pelbagai platform dan internet

produk boleh bergerak sendiri (standalone)

produk boleh merentas pelbagai platform

produk boleh ditukar format untuk dimainkanpada platform internet

Page 37: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

37  

11.7 Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran

Definisi Multimedia

Multimedia merupakan pengintegrasian pelbagai bentuk media. Ini termasuk teks, grafik,

audio, video dan animasi. Sebagai contohnya sebuah persembahan yang merangkumi

audio dan video dikatakan sebagai persembahan multimedia. Perisian pendidikan yang

merangkumi animasi, audio dan teks dikatakan sebagai perisian multimedia.

Kebanyakan bentuk multimedia memerlukan banyak ruang dalam cakera storan

(techterms.com 20012a)

Dalam konteks TMK bahan multimedia selain merupakan integrasi pelbagai elemen

termasuk teks, grafik (termasuk imej), audio, video dan animasi, merupakan subset

kepada hipermedia. Hipermedia mencantumkan elemen-elemen multimedia dengan

hipertext (dikenali juga sebagai hiperlink) yang menjadi pautan antara elemen-elemen

tersebut (Microsoft Press 1994).

Dalam konteks pendidikan sebuah pakej multimedia adalah satu pakej pembelajaran

yang menggabungkan strategi pembelajaran dengan kandungan pembelajaran yang

dipersembahkan menggunakan pelbagai elemen multimedia bagi membolehkan objektif

pembelajaran dicapai oleh murid.

Latihan

Pilih satu unit pengajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah rendah.

Sediakan Papan cerita bagi pembangunkan pakej multimedia

pembelajaran bagi satu standard pembelajaran mata pelajaran yang

anda ajar.

Page 38: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

38  

11.8 Penggunaan Media Interaktif Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Media Interaktif

Media Interaktif ialah integrasi pelbagai media termasuk teks, grafik, imej, audio, dan

video dalam suasana berstruktur supaya pengguna dapat berinteraksi untuk tujuan

tertentu. Media interaktif biasanya memerlukan kawalan, input, respon aktif pengguna.

Kebanyakan media interaktif masa kini menggunakan teknologi digital. Contoh bentuk

media interaktif ialah seperti laman web, perakam video digital (DVR), permainan

komputer, forum atas talian, E-Mail dan rangkaian sosial (Social network).

Multimedia Interaktif

Apabila pengguna berupaya mengawal elemen-elemen dalam pakej multimedia dari

segi jenis, masa dan cara ia menjadi multimedia interaktif.Penggunaan khusus

multimedia interaktif ialah untuk;

Latihtubi dan latihan untuk menguasai kemahiran asas

Perkembangan kemahiran menulis

Penyelesaian masalah

Pemahaman konsep-konsep matematik dan sains

Simulasi dalam sains dan matematik

manipulasi data

menguasai kemahiran komputer

akses dan komunikasi

akses guru dan murid dari jarak jauh

pembelajaran koperatif dan perseorangan

pengurusan dan pentadbiran aktiviti di bilik darjah.

 

Fikirkan

Sejauh manakah pakej multimedia interaktif penting bagi murid dan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

Page 39: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

39  

Penghasilan Pakej Multimedia Pembelajaran Interaktif

Pembinaan Multimedia Interaktif melibatkan satu proses yang sistematik dan teliti.

Terdapat banyak model proses yang digunakan dalam projek pimbinaan multimedia

Interaktif. Model ADDIE merupakan model yang popular digunakan dalam rekabentuk

pengajaran. Dalam konteks pembinaan pakej multimedia interaktif pendidikan, model ini

adalah amat sesuai digunakan. Model ini merangkumi fasa seperti berikut;

i. Analisis (Analysis)

ii. Rekabentuk (Design)

iii. Pembangunan (Development)

iv. Implimentasi (Implimentation)

v. Penilaian (Evaluation)

PROSES KERJA

A - Peringkat Analisis (Analysis):

i. Analisis murid anda (buat andaian bagaimana keadaan murid anda);

ii. Sikap, pengetahuan sedia ada, kemahiran, dan juga gaya pembelajarannya.

iii. Buat analisis sukatan, tajuk atau subtajuk bagi bahan P&P yang akan dibina.

iv. Kaji struktur konsep tajuk tersebut

v. Firkirkan yang mana dahulu perlu dikuasai oleh murid

vi. Fikirkan bahan sokongan yang perlu?

vii. Fikirkan bahan-bahan (media) yang boleh dibina atau dicari berdasarkan konten

utama dan bahan sokongan

viii. Tentukan hasil pembelajaran bagi tajuk tersebut Selari dengan kurikulum dan

berdasarkan apa yang boleh dilakukan oleh murid serta hasil pembelajaran

ix. Fikir dan bincangkan bagaimana pembelajaran tersebut seharusnya akan

berlaku?

x. Fikirkan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang sesuai supayamenghasilkan

pembelajaran yang bermakna, seronok, berkaitan,sesuai dan memenuhi hasil

pembelajaran.

Page 40: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

40  

B. Peringkat Rekabentuk (Design)

i. Pertimbangkan aspek reka bentuk Kandungan, Aspek susun/reka letak(paparan

Skrin) dan Antaramuka (Interface)

ii. Bina pelan Navigasi (Navigation)

iii. Bina pelan kisah (story boarding – papan cerita).

iv. Pastikan Juga tahap Interaktiviti yang hendak dimasukkan

C. Peringkat Pembangunan (Development)

i. Cari dan pilih bahan/media yang bersesuaian

ii. Ubahsuai media yang sedia ada jika boleh digunakan.

iii. Bina media sediri jika dirasakan lebih perlu dan sesuai audio; grafik; animasi;

video; dll

iv. Gunakan perisian-perisian penyuntingan Grafik, Audio, Video dan animasi yang

sesuai.

v. Tukarkan semua bahan media ke bentuk digital.

vi. Pilih perisian pengarangan yang sesuai.

vii. Berdasarkan pelan kisah yang telah dibina, mengarang dengan menggunakan

perisian pengarangan yang telah diplih.

viii. Masukan elemen multimedia yang telah ditetapkan

ix. Bina Menu untuk membuat capaian ke tajuk-tajuk, aktiviti,latihan dan sumber

x. Buat pautan dari tajuk, aktiviti, tugasan, latihan, sumber dan lain-lain; dan pautan

semula ke Menu

D. Peringkat Implimentasi (Implimentation)

i. Jalankan Pakej Multimedia yang telah dibangunkan untuk mencari kecacatan.

Peringkat ujian ini dipanggil ‘Alfa Testing’.

ii. Aplikasikan Pakej Multimedia anda kepada murid anda dan betulkan kekurangan

yang timbul. Peringkat ujian ini di panggil sebagai ‘Beta testing’.

E. Peringkat Penilaian (Evaluation)

i. Buat penilaian ke atas keberkesanan media yang telah anda sediakan.

ii. Buat penilaian ke atas proses pengajaran dan pembelajaran yang telah anda

rancang.

Page 41: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

41  

Reka Bentuk Interaktiviti

Menurut Shedroff (1994), reka bentuk interaktiviti dari segi multimedia merangkumi

enam komponen utama seperti berikut:

i. Maklumbalas (respon prestasi pengguna)

ii. Kawalan (navigasi dan interaktiviti)

iii. Kreativiti (pengguna menghasilkan sesuatu)

iv. Produktiviti (isi kandungan)

v. Komunikasi (komunikasi dengan orang lain)

vi. Mudah disesuaikan

Latihan

Pilih satu koswer pendidikan dan kenalpasti elemen-elemen media

interaktif yang terdapat didalamnya.

Kelebihan penggunaan media interaktif

Penggunaan media interaktif dalam pendidikan membawa banyak kelebihan.

Antaranya ialah:

ia memudahkan pembelajaran berpusatkan murid. Memberikan pilihan

pembelajaran yang banyak serta memperkenalkan banyak bahan baru.

Ia memenuhi kehendak stail pembelajaran yang pelbagai dengan memberikan

banyak pilihan pendekatan pembelajaran.

Ia motivasikan interaksi, eksperimen dan pembelajaran koperatif murid.

Ia membantu dalam proses pembelajaran berasaskan tema.

Ia menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisme.

Page 42: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

42  

Media interaktif sangat sesuai digunakan dalam situasi pembelajaran yang rumit seperti

berikut.

Bahan atau kandungan yang susah untuk divisualkan contohnya seperti proses-

proses rumit.

Kandungan tiga dimensi yang susah untuk belajar secara visual dengan

menggunakan bahan dua dimensi.

Proses-proses dinamik yang memerlukan kefahaman tentang hubungan antara

objek-objek yang bergerak.

Kandungan yang merangkumi isi yang menyeluruh dimana beberapa idea perlu

digabungkan untuk memahami keseluruhan.

Simulasi proses yang kompleks atau mahal dimana tiada peluang untuk

menggunakan peralatan yang sebenar.

Bacaan

Tambahan

Dengan melayari internet, dapatkan idea-idea tambahan tentang cara

penggunaan media interaktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Amali

Dengan menggunakan satu perisian pengarangan pilihan anda, hasilkan

sebuah persembahan multimedia Interaktif bagi pengajaran dan

pembelajaran satu tajuk mata pelajaran sekolah rendah.

Page 43: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

43  

RUMUSAN

Bab ini menerangkan tentang pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan

pembelajaran, juga topik-topik berkaitan aplikasi komputer termasuk pemproses

perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik dan pangkalan data serta

tentang penggunaan aplikasi alat pengarangan. Turut diterangkan ada tentang

penghasilan pakej multimedia pembelajaran dan penggunaan media interaktif dalam

pengajaran dan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI:

Answer.com (2012). What are the features of presentation softwares? Akses pada

November 11, 2012 daripada

[http://wiki.answers.com/Q/What_are_the_features_of_presentation_software]

Apple Classrooms of Tomorrow (ACOT) (1995). A report on 10 years of ACOT

research. Cupertino, CA: Apple Computers Inc.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Buku panduan teknologi maklumat dan

komunikasi merentas kurikulum. Malaysia: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Akses

pada November 8, 2012 daripada

[web access: http://kssr.bpk.my/dokumen_kurikulum/emk_kemahiran_menaakul]

Bowling Green State University (n.d.). Microsoft PowerPoint 2010 tutorial. Akses pada

Oktober 22, 2012 daripada [ http://www.bgsu.edu/downloads/cio/file85354.pdf]

Clark, Nancy B. (2004). Criteria for professional presentations. Akses pada November

11, 2012 daripada [http://www.dmu.edu/wp-content/uploads/2011/02/Criteria-for-

Professional-Presentations-with-PowerPoint.pdf]

Page 44: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

44  

Customeguide.com (2011). Microsoft PowerPoint 2010 quick reference card.Akses

pada October 22, 2012 daripada [http://customguide.com/wp-

content/themes/customguide/pdf/qr/powerpoint-quick-reference-2010.pdf]

DfEE. (1998) Teaching: high status, high standards. Requirements for courses of initial

teacher training. Circular 4/98.

ehow.com (2012). What Is an Electronic Spreadsheet? Akses pada November 13, 2012

daripada [http://www.ehow.com/facts_6736821_electronic-spreadsheet_.html]

Gregory, Hamilton (2012). Public speaking for college and career. 6th ed. Akses pada 11

November 2012 daripada

[http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072400536/student_view0/glossary.html]

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (1996). Instructional media

and technologies for learning. Edisi ke 5. New Jersey: Prentice-Hall.

International Society for Technology in Education (1998). National education technology

standards for students. Eugene, Oregon: ISTE

Jones, David (2005). How to make good presentation. Akses pada November 11, 2012

daripada [http://www.cmos.ca/presentationse.html]

Lectora.com (2012), What is an Authoring Tool? Akses pada November 13, 2012

daripada

[http://lectora.com/resources/authoring-tool/ ]

Markowitz, Eric (2011). How to create a great PowerPoint presentation. Akses pada

November 11, 2012 daripada

[http://www.inc.com/guides/201102/how-to-create-a-great-powerpoint-presentation.html]

Mayer, Richard (1999). Multimedia aids to problem-solving transfer. dalam International

Journal of Educational Research 31 (1999). 611-623. Akses pada November 12, 2012

Page 45: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

45  

daripada

[http://citeseerx.ist.psu.edu/viewdoc/download?doi=10.1.1.58.6023&rep=rep1&type=pdf]

Mayer, Richard & Moreno, Roxana (1998).A cognitive theory of multimedia learning:

Implications for design principles. Akses pada November 12, 2012 daripada

[http://spnd423.com/SPND%20423%20Readings/A%20Cognitive%20Theory.pdf]

Microsoft (2012). 12 tips for creating better PowerPoint presentations. Akses pada

November 11, 2012 daripada

[http://www.microsoft.com/atwork/skills/presentations.aspx#fbid=ddC-RB9pjwi]

Microsoft Office.com (2012). What is presenter view? Akses pada October 22, 2012

daripada

[http://office.microsoft.com/en-us/powerpoint-help/what-is-presenter-view-

HA010360578.aspx]

Microsoft Press (1994). Computer dictionary. 2nd Edition. Washington: Microsoft Press

Mohd Jizat Abdol,Abdul Razak Idris dan Jessnor Elmy (2006). Teknologi pengajaran

dan pembelajaran. UTM.

Ngui Kuan Sang (1989). Teknologi Pendidikan:penggunaannya dalam pengajaran

geografi, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Penerbitan Multimedia.

Noriati A.Rashid, et. al. (2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah

Alam. Oxford Fajar.

Noriati, A.Rashid (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala

Lumpur: Oxford Fajar.

Page 46: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

46  

Percival , H.T., Ellington, H.I. dan Race, P. (1993).Handbook of educational technology.

Edisi ke 3. London: Kogan Page.

Poh Swee Hiang, Mokhtar Affandi Amran & Tajuddin Hassan (1996). Pengurusan

sumber pengajaran pembelajaran 2. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Penggunaan teknologi maklumat dan

komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran. Malaysia: Pusat Perkembangan

Kurikulum . Akses pada November 4, 2012 daripada

[web access: http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf ]

Razali Nor (1995). Teknologi pendidikan: media unjuran dan media elektronik. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Safian bin Abd. Rashid (2002). Pengurusan sumber: Komponen teknologi pendidikan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1987). Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Shedroff, Nathan (1994). Interaction Design. Akses pada November 13, 2012 daripada

[http://www.nathan.com/thoughts/recipe/inter.html]

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R.& Molenda, M. (2002). Instructional

technology and media for learning. Edisi ke 7. New Jersey: Pearson & Merrill Prentice-

Hall.

Smaldino,S.,Russell,J.,Heinnich, R,& Molenda, M. (2005). Instructional technology and

media for learning, edisi ke-8. New York: Pearson Prentice Hall.

Smaldino, Sharon E., Lowther, Deborah L. & Russell, James D. (2012). Instructional

technology and media for learning. Edisi ke 10. Boston: Pearson.

Techtarget.com. SearchSQLserver. Akses pada November 13, 2012 daripada

[http://searchsqlserver.techtarget.com/definition/database]

Page 47: PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN … murid mencapai kemahiran yang dapat digunakan dalam alam pekerjaan. ... seronok belajar dan menunjukkan ... TMK dapat digunakan oleh guru

EDU3105T11 - PENGINTEGRASIAN TMK

 

47  

techterms.com 2012a. The tech terms computer dictionary. Akses pada November 13,

2012 daripada [http://www.techterms.com/definition/multimedia]

techterms.com 2012b . The tech terms computer Dictionary. Akses pada November 13,

2012 daripada [http://www.techterms.com/definition/database]

Wah Wan Ali et al. (2008). HBEM3103. Prinsip teknologi pengajaran. Kuala Lumpur:

OUM.


Recommended