+ All Categories
Home > Documents > PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM...

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM...

Date post: 28-Oct-2019
Category:
Upload: others
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
14
Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 6 Number 2, September 2018 ©Penerbit UMT PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH, KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) MOHD NORHASNI MOHD ASAAD 1* , ROHAIZAH SAAD 1 , MOHD AKHIR AHMAD 1 DAN ROSMAN ITENG 1 1 Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah * Corresponding author: [email protected] Abstrak: Sejajar dengan perkembangan global, kerajaan Malaysia melalui Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah merancang langkah-langkah untuk mengubah perkhidmatan awam bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan. Terdapat usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui pengenalan amalan 5S. Walaupun banyak kajian telah dijalankan dan dibincangkan oleh penyelidik, terutamanya dalam menerima pakai kaedah pengurusan Jepun seperti 5S, ia masih belum menemui kesimpulan konkrit mengapa beberapa organisasi menghadapi kegagalan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan 5S di kalangan staf pentadbiran di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini menggunakan Item Response Theory (IRT) untuk memeriksa tahap pelaksanaan 5S. Model Rasch dengan perisian Winsteps 3.6 telah digunakan dalam kajian ini kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan responden dalam melaksanakan perkara yang sukar. Soal selidik dalam talian telah diedarkan secara rawak kepada staf pentadbiran. Dapatan kajian ini dapat membangunkan suatu profil amalan 5S di mana ia menunjukkan bahawa kejayaan pelaksanaan 5S boleh dipertingkatkan dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan penambahbaikan yang berterusan. Kata Kunci: 5S, Prestasi perkhidmatan, Model Rasch Pengenalan Amalan 5S merupakan satu program peningkatan kualiti di dalam sesebuah organisasi yang dilaksanakan secara berterusan. Amalan ini pada asalnya dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor perkhidmatan di negara Jepun. Amalan 5S mula dilaksanakan di Malaysia di bawah Dasar Pandang Ke Timur oleh pihak kerajaan melalui Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Perkataan 5S ini berasal daripada bahasa Jepun dan terjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke) (MAMPU, 2010). Ia juga adalah selaras dengan Misi Nasional yang dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
Transcript
Page 1: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 6 Number 2, September 2018 ©Penerbit UMT

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF

PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH, KAJIAN KES DI KOLEJ

PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

MOHD NORHASNI MOHD ASAAD1*, ROHAIZAH SAAD1 , MOHD AKHIR AHMAD1

DAN ROSMAN ITENG1

1Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah

*Corresponding author: [email protected]

Abstrak: Sejajar dengan perkembangan global, kerajaan Malaysia melalui

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU) telah merancang langkah-langkah untuk mengubah

perkhidmatan awam bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan.

Terdapat usaha untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui

pengenalan amalan 5S. Walaupun banyak kajian telah dijalankan dan

dibincangkan oleh penyelidik, terutamanya dalam menerima pakai kaedah

pengurusan Jepun seperti 5S, ia masih belum menemui kesimpulan konkrit

mengapa beberapa organisasi menghadapi kegagalan. Tujuan kajian ini

adalah untuk mengkaji tahap pelaksanaan 5S di kalangan staf pentadbiran

di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kajian ini menggunakan Item Response Theory (IRT) untuk memeriksa tahap pelaksanaan 5S. Model

Rasch dengan perisian Winsteps 3.6 telah digunakan dalam kajian ini

kerana keupayaannya dalam mentafsir dan menganalisis keupayaan

responden dalam melaksanakan perkara yang sukar. Soal selidik dalam

talian telah diedarkan secara rawak kepada staf pentadbiran. Dapatan

kajian ini dapat membangunkan suatu profil amalan 5S di mana ia

menunjukkan bahawa kejayaan pelaksanaan 5S boleh dipertingkatkan

dengan memberi tumpuan kepada inovasi dan penambahbaikan yang

berterusan.

Kata Kunci: 5S, Prestasi perkhidmatan, Model Rasch

Pengenalan

Amalan 5S merupakan satu program peningkatan kualiti di dalam sesebuah

organisasi yang dilaksanakan secara

berterusan. Amalan ini pada asalnya

dilaksanakan dalam sektor industri dan

dikembangkan ke sektor perkhidmatan di

negara Jepun. Amalan 5S mula dilaksanakan

di Malaysia di bawah Dasar Pandang Ke

Timur oleh pihak kerajaan melalui

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

dan Unit Pemodenan Tadbiran dan

Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Perkataan 5S ini berasal

daripada bahasa Jepun dan terjemahkan ke

dalam Bahasa Malaysia sebagai Sisih (Seiri),

Susun (Seiton), Sapu (Seiso), Seragam

(Seiketsu) dan Sentiasa Amal (Shitsuke)

(MAMPU, 2010). Ia juga adalah selaras

dengan Misi Nasional yang dibentangkan

dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

Page 2: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al

(RMK 9) ke arah mencapai Wawasan 2020.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah

mengumumkan dasar 5S di KPT iaitu

memastikan amalan 5S dilaksanakan secara

berterusan melalui budaya kerja cemerlang dengan mengutamakan kerja secara

berpasukan ke arah meningkatkan kualiti

perkhidmatan, persekitaran yang bersih,

selamat dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Sehubungan itu UUM mula memperkenalkan

amalan 5S kepada staf pentadbiran semenjak

tahun 2002. Perlaksanaan program 5S ini

adalah untuk membudayakan staf UUM

tentang kepentingan kualiti (Asaad, Saad, &

Rushami Zien Yusoff, 2012). Banyak usaha

telah dijalankan dalam meningkatkan amalan

5S di kalangan staf pentadbiran namun begitu hasil audit dalaman 5S mendapati

masih ramai staf pentadbiran kurang

memahami dalam melaksanakan amalan 5S

(Mohd Norhasni Mohd Asaad, Rushami Zien

Yusoff, & Sanuri, 2013). Selain daripada

kajian 5S di Institut Pengajian Tinggi di

Malaysia terdapat beberapa kajian amalan 5S

lain seperti kajian amalan 5S dalam

kemahiran hidup di sekolah rendah (Wan

Abdullah Bin Wan Ahmad, 2013), kajian

jurang pelaksanaan 5S (Mohd Norhasni Mohd Asaad et al., 2013), kajian amalan

budaya kualiti amalan 5S (Mohammad,

2010) dan impak amalan 5S (“Laporan

Kajian Terhadap Impak Pelaksanaan Amalan

5S/QE di Jabatan Negeri dan Persekutuan

Negeri Kelantan Tahun,” 2013). Namun

begitu kebanyakan kajian yang dilaksanakan

menggunakan data audit dalaman dan hanya

melihat dari segi impak pelaksanaan tetapi

tidak mengenalpasti faktor-faktor

penyumbang kejayaan pelaksanaan amalan

5S di perkhidmatan awam. Sebahagian daripada artikel pula tidak diterbitkan di

jurnal berwasit. Oleh sebab itu kajian ini

ingin menilai sejauhmana keupayaan staf

pentadbiran dalam melaksanakan amalan 5S

dan juga mengenalpasti faktor-faktor

penyumbang kejayaan pelaksanaan amalan

5S. Disamping itu kajian ini juga akan

membentuk profil item pelaksanaan 5S.

Kajian ini hanya memfokuskan staf

pentadbiran yang berkhidmat di pejabat

Pusat Pengajian Kolej Perniagaan UUM.

Terdapat lima pusat pengajian dalam kolej

Perniagaan UUM iaitu Pusat Pengajian

Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian

Perakaunan, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Pusat Pengajian Pengurusan

Teknologi dan Logistik, Pusat Pengajian

Ekonomi, Kewangan dan Pentadbiran.

Kawasan pelaksanaan 5S merangkumi

kawasan & laluan pejabat, setor, bilik

mesyuarat, bilik fail, surau dan tandas

sepertimana terdapat dalam skop audit

dalaman 5S UUM.

Amalan 5S

Amalan 5S pada asalnya merupakan amalan

pengurusan yang dilaksanakan dalam sektor

swasta seperti syarikat dan kilang di negara

Jepun (Manuel, Suárez-Barraza, Juan, &

Ramis-Pujol, 2012). Sejak tahun 1986 idea

pengurusan pejabat daripada negara matahari

terbit ini telah tersebar ke seluruh dunia

termasuklah negara Malaysia melalui Dasar

Pandang ke Timur. Daripada perkataan Jepun ianya telah disesuaikan pula dengan

patah perkataan dalam Bahasa Malaysia iaitu

Sisih (Seiri), Susun (Seiton), Sapu (Seiso),

Seragam (Seiketsu) dan Sentiasa Amal

(Shitsuke)(MAMPU, 2010). Kaedah Amalan

5S adalah menjadi salah satu pendekatan

terbaik bagi mengubah persekitaran pejabat

menjadi kemas, teratur dan kondusif serta

membentuk budaya kerja cemerlang.

Jadual 1 menerangkan beberapa

terjemahan dalam bahasa Inggeris dan

bahasa Melayu yang berbeza tetapi

mempunyai maksud yang sama.

Page 3: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al

Jadual 1: Definisi 5S 5S

/

Pen

gar

ang

Def

inis

i

(Per

bad

anan

Pro

dukti

vit

i

Mal

aysi

a)

Per

bad

anan

Pro

dukti

vit

i

Mal

aysi

a (M

PC

)

Univ

ersi

ti U

tara

Mal

aysi

a

(UU

M)

Gre

ene

(2002)

(Faw

az, Ja

yan

t, &

Kim

LaS

cola

, 2006)

(Esa

in, W

illi

ams,

& M

asse

y,

2008;

Mai

n,

Tau

bit

z, &

Wood, 2008

; S

ingh,

Choudhury

, T

iwar

i, &

Mau

ll,

2006)

Rod, R

on dan

Kao

ru (

2008)

Seiri Menyisih dan membuang barangyang tidak perlu di tempat kerja.

Sisih Sisih Sifting Sorting Sort Organization

Seiton Menyusun dan

menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula di tempatnya.

Susun Susun Sorting Straightening Set in order Cleaning

Seiso

Mencuci

tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.

Sapu Suci Sweeping Sweeping and

cleaning

Shine Neatness

Seiketsu Seragam &

memelihara kebersihan dan penyusunan sepanjang masa serta mengamalkan sistem Seiri-Seiton-Seiso

dengan berkesan.

Seragam Seragam Standardize Systematizing Standardize Standardization

Shitsuke Berdisiplin dan melatih pekerja mematuhi peraturan dan berbudaya kualiti di

tempat kerja

Sentiasa Amal

Sentiasa Amal

Sustain Standardi zing

Sustain Discipline

Sumber: Mohd Norhasni Mohd Asaad & Rushami Zien Yusoff, (2014)

Page 4: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al

Prestasi Perkhidmatan

Mengurus prestasi perkhidmatan adalah

penting dalam membentuk strategi untuk

menghadapi persaingan global dan

pasaran yang lebih kompetitif dalan

sektor perkhidmatan (Parameshwaran, R., Srinivasan P.S.S, & Punniyamoorthy, M.

2009). Tidak dinafikan sektor

perkhidmatan memainkan peranan

penting dalam memajukan sesebuah

Negara. Terdapat banyak kajian berkaitan

prestasi tertumpu kepada prestasi

pembuatan dan masih berkurangan dalam

pengukuran prestasi perkhidmatan

(Sinclair & Zairi, 2000).

Banyak kajian mengenai pengukuran

prestasi dalam bidang perkhidmatan telah

tertumpu pada adaptasi prestasi

pembuatan seperti pengukuran

produktiviti, kualiti dan kepuasan

pelanggan. Isu yang sering

diperbincangkan untuk analisis prestasi perkhidmatan termasuk bagaimana

prestasi ditakrifkan, apa kaedah

diperolehi untuk mengukur prestasi, dan

bagaimana perkhidmatan dimensi dipilih

(Chen & Yang, 2000). Kajian ini melihat

kesan perlaksanaan amalan 5S terhadap

prestasi perkhidmatan yang merangkumi

produktiviti, kualiti, kos, penghantaran

dan keselamatan. (MAMPU, 2016; MPC,

2016; Belpanno & Pinna, 2015)

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian formal yang

diusahakan bagi menyediakan jawapan kepada persoalan-persoalan kajian ini.

Kajian akan melibatkan pengumpulan

data empirikal daripada staf pentadbiran

di pusat-pusat pengajian dalam Kolej

Perniagaan UUM melalui penggunaan

soal-selidik. Soal selidik yang akan

dibangunkan bersifat soalan berstruktur.

Soal selidik yang dibangunkan

diadaptasikan dari kajian-kajian lepas dan

mendapat pandangan dari pakar-pakar dalam organisasi (Cubalchini-Travis,

2007; Hernández Lamprea, Camargo

Carreño, & Martínez Sánchez, 2015;

Perkhidmatan, 2010). Ujian

kebolehpercayaan dilakukan untuk

memastikan pengukuran yang konsisten

mengikut masa termasuk item instrumen.

Dalam model Rasch, kebolehpercayaan

instrumen ini dapat dilihat melalui item

dan person (Andrich 2011).

Kajian tergolong dalam kategori

“probability sampling” disebabkan

jumlah populasi diketahui dan

mempunyai kebarangkalian untuk dipilih

sebagai sampel kajian (Cavana,

Delahaye, & Sekaran, 2001; Cooper &

Schindler, 2000). Jenis persampelan

rawak mudah akan digunakan dalam kajian ini. Jenis persampelan ini dipilih

disebabkan keupayaannya untuk

dilakukan generalisasi keputusan kajian

adalah tinggi (Cavana dan rakan-rakan,

2001). Oleh kerana kajian ini merupakan

kajian yang bersifat tinjauan, responden

yang dipilih terdiri dari kalangan yang

mempunyai pengetahuan, pengalaman,

kemahiran dan terlibat secara langsung

dalam pengkhidmatan pentadbiran di

universiti. Populasi kajian adalah 70 dan saiz sampel adalah 59 (Krejcie, 1970).

Proses kutipan data ini dijalankan secara

diatas talian. Sebanyak 55 data telah

dikutip dan dianalisa menggunakan

perisian Winsteps 3.6. Instrumen kajian

dibahagikan kepada dua bahagian utama

seperti berikut:

Page 5: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN

MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

(UUM)

Bahagian 1: Bahagian ini digunakan untuk

mendapatkan profil latarbelakang responden.

Dalam Winsteps responden dikenali sebagai

person dan diberi kod person. Contohnya

kod “01ABCD” menunjukkan 01 adalah

bilangan responden, A adalah Pusat

pengajian, B adalah Jawatan C adalah Jantina dan D adalah tahun

berkhidmat.Bahagian 2: Bahagian ini

mengukur item-item amalan 5S. Soalan-

soalan kajian dibahagikan kepada enam

kategori iaitu A) Produktiviti B) Kualiti C)

Kos D) Penghantaran E) Keselamatan dan F)

Inovasi & Penambahbaikan. Dalam Winsteps

soalan kajian dikenali sebagai item dan

diberi pengkodan. Contohnya kod “A1”

menunjukkan A adalah kategori Produktiviti

manakala “1” adalah bilangan item. Lima

skala Likert (1-5) digunakan dalam kajian

ini.

Model Rasch

Model Rasch mempunyai beberapa ciri

istimewa yang dapat menyelesaikan masalah.

Pertama, model Rasch melibatkan parameter yang paling sedikit supaya ia lebih mudah

diaplikasikan. Kedua, model Rasch

mempunyai objektif yang spesifik iaitu

membenarkan pemisahan lengkap item dan

keupayaan anggaran (Hambleton & Rogers,

1989). Anggaran keupayaan boleh

dilakukan tanpa kecenderungan dan secara

bebas daripada item-item yang dipilih

daripada item-item yang bersesuaian dengan

model. Tambahan pula, anggaran kesukaran

item boleh dilakukan tanpa kecenderungan dan secara bebas daripada responden yang

dipilih daripada populasi yang bersesuaian

dengan model.

Dalam ujian tradisional, taburan

berselerak digunakan untuk menubuhkan

regresi yang terbaik. Walau bagaimanapun, ramalan daripada tindak balas ordinal adalah

hampir mustahil kerana ketiadaan skala

selang. Penyelesaian biasa dalam pendekatan

regresi linear adalah untuk mewujudkan

garisan yang terbentuk daripada titik-titik

yang sesuai dengan sebaik mungkin, yang

kemudiannya akan digunakan untuk

membuat ramalan-ramalan yang diperlukan

oleh inter-polation atau exra-polation (Bond

& Fox, 2007; Saidfudin Azrilah, A. A.,

Rodzo’an, N. A., Omar, M. Z., Zaharim, A.,

& Basri, H., 2010) seperti dalam Rajah 1

Konsep garisan padanan terbaik.

y = β0 + β1 m (1)

e e

e

e

Rajah 1: Konsep garisan padanan terbaik

Page 6: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al

Dalam mendapatkan garisan padanan

terbaik , wujud perbezaan di antara titik

sebenar; yi dan titik ramalan; ýi di atas

garisan padanan terbaik. Perbezaan ini

dirujuk sebagai ralat, e

yi – ýi = ei (2)

Disebabkan sentiasa ada kesilapan

yang terlibat di dalam model ramalan,

model berketentuan persamaan

(deterministic model of equation) (1)

menjadikan ia kurang dipercayai. Hal ini

boleh diatasi dengan mengubahnya

menjadi model kebarangkalian termasuk

ralat ramalan ke dalam persamaan;

y = β0 + β1m + e (3)

Di bawah falsafah Rasch data yang

dikumpul perlu sesuai dengan spesifikasi

model Rasch daripada cuba mewujudkan

"garisan padanan terbaik" (Bond & Fox,

2007; Saidfudin Azrilah, A. A.,

Rodzo’an, N. A., Omar, M. Z., Zaharim,

A., & Basri, H., 2010). Rasch mengalih

konsep kebolehpercayaan dari mewujudkan "garisan padanan terbaik"

data kepada mengeluarkan alat ukuran

yang boleh diulang-ulang dan boleh

dipercayai (Smith, 2004). Model Rasch

menggunakan pembaris logit yang

berskala linear dengan pemisahan sela

yang sama.

Model Rasch adalah model

kebarangkalian, ia adalah mengenai

peluang untuk memilih satu

pangkat(rank) di mana ia melibatkan

nisbah ganjil. Rajah 2 di bawah

menunjukkan rajah garisan

keberangkalian.

1/99 10/90 20/80 30/70 40/60 50/50 60/40 70/30 80/20 90/10 99/1

1/99 10/90 20/80 30/70 40/60 50/50 60/40 70/30 80/20 90/10 99/1

Rajah 2: Garisan keberangkalian

Dalam usaha untuk mencapai skala sela

yang sama, logaritma digunakan untuk

nilai kebarangkalian ganjil. Sebagai

contoh, nilai 1/99 adalah bersamaan

dengan 10-2 apabila log10 terpakai

baginya, maka log1010-2 adalah

bersamaan dengan -2.0 dan nilai log1010-1

bersamaan dengan -1 manakala nilai

log101 bersamaan dengan 0 dan

seterusnya (Aziz, 2008) Rajah 3 di bawah

menunjukkan pembaris logit yang

digunakan.

Page 7: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN

MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

(UUM)

10-2

0.01

100

1

102

100

-2 0.0 +2

Rajah 3: Pembaris logit

Ia melihat kebarangkalian kejayaan sesuatu

acara bersamaan dengan perbezaan

keupayaan person dan kesukaran item. Pengukuran Model Rasch dinyatakan sebagai

nisbah kejayaan sesuatu aktiviti;

𝑃(𝜃) =𝑒(𝛽𝑛−𝛿𝑖)

1+ 𝑒(𝛽𝑛−𝛿𝑖) (4)

di mana:

e = asas logaritma dan

nombor Euler; 2.7183 βn = keupayaan person

δi = kesukaran item

Kajian ini menggunakan Model Rasch bagi tujuan penganalisaan kerana ia amat

bersesuaian dalam penganalisaan data

kuantitatif terutama dalam sains sosial dan

juga ianya dapat mengukur keupayaan

setiap responden dalam melaksanakan item-

item yang sukar (Bond & Fox, 2007;

Saidfudin Azrilah, A. A., Rodzo’an, N. A.,

Omar, M. Z., Zaharim, A., & Basri, H.,

2010). Data yang diperolehi dianalisa

dengan mengunakan perisian Winsteps 3.6.

Perisian ini digunakan dalam kajian ini

kerana keupayaannya dalam menafsir dan

menganalisa keupayaan responden

melaksanakan perkara yang sukar dan

dapat membantu membentuk profil item amalan 5S. Data-data yang diperolehi

hendaklah fit kepada Model Rasch dengan

memenuhi kriteria di bawah;

i. ‘Point measure correlation’

(PtMea Corr); 0.4 < PtMea

Corr value < 0.80

ii. ‘Outfit mean square’ (MNSQ); 0.5 < MNSQ value

< 1.5

iii. ‘Outfit Z-standard’ (ZSTD);

-2 < ZSTD value < +2

Hasil dan Perbincangan

Responden kebanyakannya terdiri daripada

staf Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan

dan Pentadbiran (27%), dikuti Pusat

Pengajian Pengurusan Perniagaan (22%),

Pusat Pengajian Perakaunan (22%), Pusat

Pengajian Perniagaan Islam (20%) dan

Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan

Logistik (9%). Kebanyakan mereka bertugas sebagai Pembantu Tadbir (45%),

Page 8: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et.al

Penolong Pegawai Tadbir (16%), Pembantu

Makmal (13%), Pembantu Operasi (11%),

Pembantu Setiausaha Pejabat (9%) dan

Pegawai Tadbir (5%). Majoriti responden

adalah perempuan (58%) manakala lelaki

(48%). Mereka telah berkhidmat dengan

UUM di antara 1-5 tahun (25%), 6-10

tahun (35%), 11-15 tahun (24%) dan

melebihi 15 tahun (16%).

Jadual 2: Deskriptif Statistik Analisis Kesesuaian Item 5S

UKURAN (Logit) OUT.

MNSQ

OUT.

ZSTD

Purata item 0.00 0.93 -0.3

Sisihan Piawai 0.65 0.18 0.8 Maksima 1.38 1.50 1.9

Minimum -1.44 0.7 -1.6

Kebolehpercayaan item: 0.80

Kebolehpercayaan person: 0.92

menunjukkan skor purata item bagi persepsi terhadap organisasi yang

melaksanakan 5S yang fit kepada Model

Rasch ialah 0.00 logit, sisihan piawai

0.65 logit. Ukuran nilai minimum dan

maksimum ialah di antara -1.44 logit

hingga 1.38 logit. Nilai maksima outfit

mean square (OUT MNSQ) ialah 1.50

logit dan nilai minimum ialah 0.7 logit .

Nilai ZSTD untuk purata item ialah -0.3

logit dan berada di antara nilai minimum

-1.6 dan nilai maksima 1.9. Menurut Fisher (2007) data-data yang fit kepada

Model Rasch mestilah berada (OUT

MNSQ) di antara 0.5 logit dan 1.5 logit,

Point measure correlation di antara 0.4

dan 0.8 logit, ZSTD di antara -2 dan 2

logit. Nilai kebolehpercayaan item ialah 0.76 manakala nilai kebolehpercayaan

person ialah 0.91. Menurut Fisher (2007)

nilai kebolehpercayaan item atau

kebolehpercayaan person yang melebihi

0.94 dikategorikan sebagai cemerlang,

0.91 hingga 0.94 adalah sangat baik, 0.81

hingga 0.90 adalah baik, 0.67 hingga 0.80

adalah biasa dan kurang dari 0.67 adalah

lemah. Nilai yang didapati menunjukkan

data berada pada tahap kebolehpercayaan

yang diyakini. Kesemua item berada di antara 95% confident interval

menunjukkan data fit kepada model dan

boleh digunakan untuk penganalisaan.

Rajah 4 Expected Score ICC 5S ini

menunjukkan bahawa secara keseluruhan data berada di antara dua garis selang

keyakinan atau Confidence Interval

Curve. Hal ini menunjukkan data-data ini

infit di mana taburannya mengikuti

garisan Ideal Logistic Regression.

Page 9: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN

MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

(UUM)

Rajah 4 Expected Score ICC 5S

Jadual 3 : Profil Amalan 5S menunjukkan

hubungan antara person (responden)

dengan item (soalan). Kedudukan person

adalah di sebelah kiri pada Profil Amalan

5S manakala kedudukan item pula di

sebelah kanan. Kedudukan person

disusun daripada paras purata (mean) di

mana kedudukan yang paling tinggi

menunjukkan keupayaan person untuk menjawab item-item. Kedudukan teratas

menunjukkan person (responden) dapat

menjawab banyak item manakala

kedudukan person di bawah sekali

menggambarkan responden hanya

mampu menjawab sedikit item.

Kedudukan item di sebelah kanan peta

pemboleh ubah menunjukkan tahap

kesukaran item. Kedudukan di bahagian

bawah menunjukkan item-item yang

mudah dijawab manakala item-item yang berada di atas menunjukkan item yang

sukar dijawab. Huruf M mewakili purata

untuk item dan person, S mewakili satu

sisihan piawai dan T untuk dua sisihan

piawai dari M. Kedudukan S dan T

menunjukkan tahap kesukaran item.

Purata item sentiasa di sifar (0 logit)

kerana ia telah ditentukur (zero-set) oleh

perisian Winstep.

Bagi memudahkan penganalisaan dibuat,

item-item ini disusun semula mengikut

Produktiviti, Kualiti, Kos, Penghantaran,

Keselamatan dan Inovasi & Penambahbaikan. Terdapat tiga puluh

empat person (responden) berada di atas

paras purata person (3.26 logit), empat

berada di atas purata manakala tujuh

belas person di bawah purata. Kedudukan

person yang paling tinggi ialah 27E6L2

dan person yang paling rendah adalah

02I1L4. Majoriti responden berada di

atas purata person menunjukkan

kebanyakan staf berkeupayaan

melaksanakan amalan 5S dengan baik.

Person (12B3P4 - 27E6L2) yang berada di atas item maksima F3

menggambarkan mereka dapat

melaksanakan keseluruhan item amalan

5S dengan mudah.

Secara keseluruhan semua item

produktiviti berada di bawah purata item

(0.00 logit). Item minima produktiviti

ialah A3 (-0.76 logit) manakala item

maksima produktiviti ialah A1 (-0.4

logit). Begitu juga bagi item kualiti,

semua item kualiti berada di bawah

purata item (0.00 logit). Item minima

kualiti ialah B3 (-1.44 logit) manakala

Page 10: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et al.

item maksima kualiti ialah B5 (-0.4

logit). Kedudukan item di bawah paras

purata item (0.00 logit) menunjukkan

bahawa ia mudah dilaksanakan oleh staf

pentadbiran. Kedua-dua item kos berada di atas paras purata item (0.00 logit). Item

minima kos ialah C3 (0.42 logit)

manakala item maksima kos ialah C4

(0.77 logit). Begitu juga bagi item

penghantaran, semua item penghantaran

berada di atas purata item (0.00 logit).

Item minima penghantaran ialah D3 (0.28

logit) manakala item maksima

penghantaran ialah D5 (0.77 logit).

Kedudukan item di atas paras purata item

(0.00 logit) menunjukkan bahawa ia

sukar dilaksanakan oleh staf pentadbiran. Terdapat satu item keselamatan (E2)

berada di atas paras purata item (0.00

logit) dan dua item keselamatan di

bawahnya (E4, E1). Item minima

keselamatan ialah E1 (-0.34 logit)

manakala item maksima keselamatan

ialah E2 (0.2 logit). Ke semua item

inovasi & penambahbaikan berada di atas

purata item (0.00 logit). Item minima

inovasi & penambahbaikan ialah F1 (0.2

logit) manakala item maksima inovasi & penambahbaikan ialah F3 (1.38 logit).

Hal ini menunjukkan bahawa item ini

adalah sukar dijawab atau dilaksanakan

oleh staf pentadbiran. Item yang paling

sukar dijawab ini berkaitan dengan idea

yang ditonjolkan adalah sesuatu yang

baru dan tidak dilakukan oleh mana-mana

jabatan lain sebelum ini. Purata item

inovasi & penambahbaikan merupakan

yang paling tinggi (0.64) dan diikuti

purata item kos (0.6). Oleh itu

penumpuan harus diberikan pada item-

item di bawah kategori ini.

Hal ini menunjukkan bahawa

walaupun kebanyakan staf pentadbiran di pusat pengajian dapat melaksanakan

amalan 5S dengan baik tetapi

sebahagiannya masih gagal

melaksanakan dengan baik. Bagi

mencapai kejayaan, pusat pengajian

perlulah berusaha mengatasi halangan ini

dengan melaksanakan item-item inovasi

& penambahbaikan yang berada di atas

paras mereka.

Kesimpulan

Dalam kajian ini Model Rasch digunakan

untuk mengesahkan instrumen. Instrumen yang sah dan boleh dipercayai adalah

sangat penting bagi memastikan data

yang dikumpul boleh menjawab objektif

kajian. Setelah semua data telah

memenuhi kriteria Model Rasch, analisa

lanjut telah dijalankan. Kajian yang

dilakukan menunjukkan dengan jelas

bahawa amalan 5S adalah alat yang boleh

meningkatkan prestasi perkhidmatan

(Gear, 2006). Kejayaan pelaksanaan

amalan 5S memberi impak yang positif terhadap produktiviti, kualiti, kos,

penghantaran dan keselamatan (Belpanno

& Pinna, 2015). Berdasarkan Profil

Amalan 5S, menunjukkan majoriti staf

pentadbiran memahami kesan

perlaksanaan amalan 5S terhadap

produktiviti dan kualiti tetapi sukar

melaksanakan bagi kategori kos dan

penghantaran. Penekanan harus diberikan

pada kategori ini dengan menyediakan

aktiviti latihan dan penerangan. Begitu

juga terhadap inovasi dan penambahbaikan berterusan di mana ia

merupakan elemen terpenting dalam

peningkatan amalan 5S. Hal ini selaras

dengan pandangan sesetengah penyelidik

5S (Hutchins, 2006; Jantan, Binti,

Abidin, & Kajian). Amalan 5S tidak

sepenuhnya bergantung kepada jawatan,

jantina dan bilangan tahun bekerja

seseorang staf tetapi kejayaan atau

kegagalan dalam pelaksanaan amalan 5S

untuk cemerlang dalam prestasi perkhidmatan banyak dipengaruhi oleh

penglibatan staf melakukan inovasi dan

penambahbaikan berterusan.

Page 11: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DI KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Produktiviti Kualiti Kos Penghantaran Keselamatan Inovasi & Penambahbaikan

Purata:-0.6

Min:-0.76

Mak:-0.4

Purata:-0.77

Min:-1.44

Mak:-0.5

Purata:0.6

Min: 0.42

Mak: 0.77

Purata: 0.45

Min: 0.28

Mak: 0.77

Purata: -0.8

Min: -0.34

Mak: 0.2

Purata: 0.64

Min: 0.2

Mak: 1.38

Person

Purata: 3.26

Min:-0.98

Mak: 5.63

Jadual 3 AMALAN 5S COB UUM ZOU657WS.TXT Nov 27 0:54 2016

INPUT: 55 Person 32 Item REPORTED: 55 Person 28 Item 5 CATS WINSTEPS 3.81.0

--------------------------------------------------------------------------------

MEASURE Person - MAP - Item

<more>|<rare>

6 27E6L2 +

|

43T3P3 |

|

|

08I3P1 31E3P2 |

5 07I3P3 32E3P2 52A4L1 +

|

06I5L2 11I4L1 41T3P3 53A6P2 S|

23B5L2 |

05I3L3 10I6P2 29E3P3 30E2P2 |

35E3L2 42T2P2 |

4 09I5L2 49A1P4 +

20B2P2 36E4L1 37E5P3 |

15B1P4 16B3P4 22B3L2 34E4L1 48A4L1 |

03I3L1 14B2P2 21B3P3 33E2P1 51A2P1 |

13B3L4 17B5L3 28E3L1 54A6L2 M|

19B3P3 55A5L1 |

3 +

|

24E3P4 |

Purata

person: 3.26

logit

Person (12B3P4 – 27E6L2)

Page 12: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Mohd Norhasni Mohd Asaad et al.

|

|

|

2 44A2P2 46A3L3 +

S|

01I2P2 04I6P1 18B3P3 38E2P3 40T3P2 |

39T3L2 47A3P4 50A3P3 |

12B3P4 |T F3

|

1 +

25E4L1 | C4 D5 F4

|S F7

| C3 D2 D4 F2 F5 F6

T| D1 D3

45A3P4 | E2 F1

0 26E4L1 +M

| E4

| E1

| A1 B5 B6

|S A2 A5 A6 B2

| A3 B1 B4

-1 02I1L4 +

|

|T

| B3

Rajah 5: Profil Amalan 5S

Sukar

Mudah

Purata item: 0.0 logit

Page 13: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM KALANGAN STAF PENTADBIRAN MENGGUNAKAN MODEL RASCH. KAJIAN

KES DI KOLEJ PERNIAGAAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Rujukan

Asaad, M. N. M., Saad, R., & Rushami Zien Yusoff.

(2012). Pengaruh Budaya Organisasi Terhadap

Amalan 5S dan Prestasi Operasi dengan

Menggunakan Penganalisaan Model Rasch.

Journal of Technology and Operations

Management, 7(1). Journal Article.

Aziz, A. A. (2008). Rasch Model Fundalmentals:

Scale Construct and Measurement Structure.

Book, Kuala Lumpur.

Belpanno, B., & Pinna, C. A. (2015). Using 5S and

Visual Management Techniques to Improve

Productivity. Lean Management Journal, 5(2),

28–31. JOUR. Retrieved from http://eserv.uum.edu.my/login?url=http://search

.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=bth

&AN=101510235&site=ehost-live&scope=site

Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the

Rasch Model: Fundamental Measurement in

the Human Sciences. Book, New Jersey:

Lawrence Erlbaum Associates Publishers.

Cubalchini-Travis, L. (2007). 5S for the Office.

Quality Progress, 40(2), 69. JOUR. Retrieved

from

http://eserv.uum.edu.my/docview/214768719?a

ccountid=42599

Gear, K. R. (2006). 5S for Service Organizations and

Offices. Quality Progress, 39(10), 79. JOUR.

Retrieved from

http://eserv.uum.edu.my/docview/214765971?a

ccountid=42599

Hambleton, R. K., & Rogers, H. J. (1989). Detecting

Potentially Biased Test Items: Comparison of

IRT Area and Mantel-Haenszel Methods.

Applied Measurement in Education, 2(4), 313.

Journal Article. Retrieved from

http://eserv.uum.edu.my/login?url=http://search

.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=a3

h&AN=7364081&site=ehost-live&scope=site

Hernández Lamprea, E. J., Camargo Carreño, Z. M.,

& Martínez Sánchez, P. M. T. (2015). Impact

of 5S on Productivity, Quality, Organizational

Climate and Industrial Safety in Caucho Metal

Ltda. Impacto de Las 5S En La Productividad, Calidad, Clima Organizacional Y Seguridad

Industrial En La Empresa Cauchometal Ltda.,

23(1), 107–117. JOUR. Retrieved from

http://eserv.uum.edu.my/login?url=http://search

.ebscohost.com/login.aspx?direct=true&db=ap

h&AN=100785536&site=ehost-

live&scope=site

Hutchins, C. B. . (2006). Five “S” Improvement

System : An Assessment of Employee Attitudes

and Productivity Improvement. Capella

University.

Jantan, N. B., Binti, Z., Abidin, Z., & Kajian, O.

(n.d.). Kajian Terhadap Impak Pelaksanaan

Amalan 5S di Kalangan Staf Politeknik

Merlimau Melaka.

Krejcie, R. V. (1970). Determining Sample Size for

Research Activities. Educational and

Psychological Measurements, 30, 610. Journal

Article.

Laporan Kajian Terhadap Impak Pelaksanaan

Amalan 5S/QE di Jabatan Negeri dan

Persekutuan Negeri Kelantan Tahun. (2013).

Retrieved from

http://www.mimet.edu.my/qe5s/images/2014/1

2/2014-12-19_kajian.pdf

MAMPU. (2016). Ekosistem Kondusif Sektor Awam

(EKSA). Retrieved July 25, 2016, from

http://www.mampu.gov.my/eksa

Mohammad, M. A. (2010). Satu Kajian Kes

Mengenai Amalan Budaya Berkualiti dan

Implikasinya. Retrieved July 19, 2016, from

http://www.mara.gov.my/c/document_library/g

et_file?uuid=0fc1b1b4-7187-440f-808a-

46fe802d3abf&groupId=30564

Mohd Norhasni Mohd Asaad, & Rushami Zien

Yusoff. (2014). Pengaruh budaya organisasi

terhadap Penyelenggaraan Produktif Keseluruhan (TPM) dan prestasi operasi

menggunakan penganalisaan model Rasch.

International Journal of Business and

Technopreneurship, 4(1), 171–185.

Mohd Norhasni Mohd Asaad, Rushami Zien Yusoff,

& Sanuri, S. (2013). Analisa Jurang

Pelaksanaan Amalan 5S Kajian Kes Jabatan

Pentadbiran di Universiti Utara Malaysia

(UUM). International Journal of Business and

Technopreneurship, 3(1), 141–159. Retrieved

from

http://ijbt.unimap.edu.my/index.php?option=co

m_content&view=article&id=73&Itemid=81

MPC. (2016). Malaysia Productivity Corporation.

Retrieved July 15, 2016, from

http://www.mpc.gov.my/recognition-and-

award/

Page 14: PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN AMALAN 5S DALAM …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2019/07/Bab-4_32-45_Vol-6...dilaksanakan dalam sektor industri dan dikembangkan ke sektor

Journal of Business and Social Development e- ISSN: 2600-9668 Volume 6 Number 2, September 2018 ©Penerbit UMT

Perkhidmatan, J. (2010). Buku Panduan Amalan 5S

Sektor Perkhidmatan Rujukan No. Pindaan :

JPA(BKP)71/17 Klt. 3 : 00, 5–6.

Saidfudin Azrilah, A. A., Rodzo’an, N. A., Omar, M.

Z., Zaharim, A., & Basri, H., M. (2010). Use of

Rasch Analysis to Measure Students

Performance in Engineering Education. In

EDUCATION’10 Proceedings of the 7th

WSEAS International Conference on

Engineering Education. Conference

Proceedings.

Smith, R. M. (2004). Introduction to Rasch

Measurement: Theory, Models and

Applications. Minnesota: Jam Press.

Wan Abdullah Bin Wan Ahmad. (2013). Amalan 5S

dalam Pengurusan Bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Zon Semerah, Batu Pahat,

Johor. Univeriti Teknologi Malaysia. Retrieved

from

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/pt

kghdfwP2/Wan Abdullah Bin Wan

Ahmad.TP.pdf


Recommended