+ All Categories
Home > Documents > Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:...

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:...

Date post: 26-Dec-2019
Category:
Upload: others
View: 11 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
14
e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI rmc.kuis.edu.my/jpi/ e-ISSN 2289-7909 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR VOL. 6 NO.2 (September 2019): pp 1-14 Received: 9 October 2018 Revised: 25 October 2018 Accepted: 13 Mac 2019 Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah Alternative Dispute Resolution in Islam: The Application of Family and Property Cases in Syariah Court Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘Adha Ab Hamid Norazla Ab Wahab, Nurhafiza Raja Abdul Aziz, Roslinda Ramli, Siti Noor Ahmad [email protected]. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), ABSTRAK Penyelesaian pertikaian alternatif dalam Islam merupakan satu kaedah penyelesaian pertikaian pihak-pihak tanpa melibatkan proses litigasi di mahkamah. Proses ini bukanlah suatu yang asing dan merupakan sebahagian daripada proses penyelesaian terhadap pertikaian yang bukan melibatkan kesalahan jenayah. Melalui kaedah ini, pihak-pihak yang bertikai tidak perlu untuk melantik peguam bagi mewakili mereka di mahkamah dan tidak perlu untuk mengeluarkan kos yang banyak serta menjimatkan masa. Hal ini kerana prinsip penyelesaian pertikaian alternatif ini bertujuan menyelesaikan permasalahan dan pertikaian dengan cara persetujuan bersama dan memendekkan tempoh pertikaian. Justeru itu, tidak hairanlah kaedah ini sering mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Istilah turun naik mahkamah yang memenatkan bukan lagi alasan bagi pihak-pihak yang mendapatkan penghakiman dengan kadar segera dan mudah. Terdapat banyak kaedah-kaedah penyelesaian alternatif yang diamalkan di dunia dan di Malaysia khususnya seperti mediasi, sulh, timbang-tara, perbicaraan mini, ombudsman serta banyak lagi. Namun tidak semua kaedah yang dijelaskan diamalkan di Mahkamah Syariah. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dalam mendapatkan data-data seperti rujukan dibuat terhadap jurnal penyelidikan, buku-buku, statut perundangan, pandangan ahli feqah dan juga kaedah temubual separa struktur juga turut dijalankan bagi mendapatkan data. Kajian ini diharapkan dapat menjelaskan mengenai pelaksanaan kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam kes-kes kekeluargaan dan kehartaan di Mahkamah Syariah sekaligus menggalakkan pihak-pihak supaya menyelesaikan pertikaian mereka melalui kaedah ini tanpa melibatkan proses litigasi yang panjang di mahkamah. Kata kunci: Pertikaian, alternatif, rundingan, sulh dan litigasi. ABSTRACT Alternative dispute resolution in Islam is a means of resolving parties' disputes without involving the litigation process in court. This process is not rarel and is part of a dispute resolution process but does not involve criminal offenses. Through this method, the disputing parties do not need to appoint lawyers to represent them in court and do not need to incur significant costs and save time. This is because the principle of alternative dispute resolution
Transcript
Page 1: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI

rmc.kuis.edu.my/jpi/

e-ISSN 2289-7909

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SELANGOR

VOL. 6 NO.2 (September 2019): pp 1-14

Received: 9 October 2018

Revised: 25 October 2018

Accepted: 13 Mac 2019

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

Alternative Dispute Resolution in Islam:

The Application of Family and Property Cases in Syariah Court

Mohamad Hafifi Hassim, Nor ‘Adha Ab Hamid

Norazla Ab Wahab,

Nurhafiza Raja Abdul

Aziz, Roslinda Ramli,

Siti Noor Ahmad

[email protected]. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS),

ABSTRAK

Penyelesaian pertikaian alternatif dalam Islam merupakan satu kaedah penyelesaian

pertikaian pihak-pihak tanpa melibatkan proses litigasi di mahkamah. Proses ini bukanlah

suatu yang asing dan merupakan sebahagian daripada proses penyelesaian terhadap

pertikaian yang bukan melibatkan kesalahan jenayah. Melalui kaedah ini, pihak-pihak yang

bertikai tidak perlu untuk melantik peguam bagi mewakili mereka di mahkamah dan tidak

perlu untuk mengeluarkan kos yang banyak serta menjimatkan masa. Hal ini kerana prinsip

penyelesaian pertikaian alternatif ini bertujuan menyelesaikan permasalahan dan pertikaian

dengan cara persetujuan bersama dan memendekkan tempoh pertikaian. Justeru itu, tidak

hairanlah kaedah ini sering mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Istilah turun naik

mahkamah yang memenatkan bukan lagi alasan bagi pihak-pihak yang mendapatkan

penghakiman dengan kadar segera dan mudah. Terdapat banyak kaedah-kaedah

penyelesaian alternatif yang diamalkan di dunia dan di Malaysia khususnya seperti mediasi,

sulh, timbang-tara, perbicaraan mini, ombudsman serta banyak lagi. Namun tidak semua

kaedah yang dijelaskan diamalkan di Mahkamah Syariah. Kajian ini menggunakan kaedah

kualitatif dalam mendapatkan data-data seperti rujukan dibuat terhadap jurnal penyelidikan,

buku-buku, statut perundangan, pandangan ahli feqah dan juga kaedah temubual separa

struktur juga turut dijalankan bagi mendapatkan data. Kajian ini diharapkan dapat

menjelaskan mengenai pelaksanaan kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam kes-kes

kekeluargaan dan kehartaan di Mahkamah Syariah sekaligus menggalakkan pihak-pihak

supaya menyelesaikan pertikaian mereka melalui kaedah ini tanpa melibatkan proses litigasi

yang panjang di mahkamah.

Kata kunci: Pertikaian, alternatif, rundingan, sulh dan litigasi.

ABSTRACT

Alternative dispute resolution in Islam is a means of resolving parties' disputes without

involving the litigation process in court. This process is not rarel and is part of a dispute

resolution process but does not involve criminal offenses. Through this method, the disputing

parties do not need to appoint lawyers to represent them in court and do not need to incur

significant costs and save time. This is because the principle of alternative dispute resolution

Page 2: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

2

is to resolve disputes by mutual agreement and to shorten the duration of the dispute.

Therefore, it is not surprising that this method often finds its place among the community.

The term volatile court terms is no longer an excuse for those who seek judgment quickly and

easily. There are many alternative dispute resolution methods practiced in the world and in

Malaysia, such as mediation, sulh, arbitration, mini-trial, ombudsman and more. However,

not all of the methods described are practiced in Syariah Court. This study used qualitative

methods in obtaining data such as references made to research journals, books, legal

statutes, views of jurists and semi-structured interviews were also conducted to obtain data.

This study is expected to shed light on the implementation of alternative dispute resolution

methods in family and property cases in the Syariah Court while encouraging the parties to

resolve their disputes through this method without having to engage in lengthy litigation in

court.

Keywords: Dispute, alternative, negotiation, sulh and litigation.

Pendahuluan

Agama Islam diturunkan oleh Allah S.W.T kepada rasulNya, junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W adalah merupakan sebuah agama yang lengkap lagi syumul bagi

menghadapi segala permasalahan manusia di dunia ini. Sistemnya yang bersifat bersepadu

dan semulajadi sesuai dilaksanakan di semua tempat, masa dan keadaan. Segala hukum dan

peraturannya tidak bertentangan dengan norma-norma dan fitrah semulajadi manusia. Ini

semata-mata untuk menjamin sebuah kehidupan yang harmoni, bebas dari segala

persengketaan dan pertelingkahan yang boleh memporak-perandakan kehidupan manusia.

Dalam menjalankan kehidupan seharian, manusia sering kali tidak dapat lari daripada

berhadapan dengan berbagai kesulitan, masalah, perselisihan dan pertikaian. Untuk itu, Islam

tidak membiarkan umatnya tercari-cari jalan penyelesaian pada perkara tersebut tanpa

memberikan jalan keluar dan meniupkan roh Islamiyyah ke dalamnya. Dalam menyelesaikan

suatu pertikaian, Islam menganjurkan suatu kaedah yang berdasarkan prinsip ‘al-Sulh’ iaitu

perdamaian. Terdapat banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang menyentuh tentangnya

seperti Firman Allah S.W.T:

Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan

dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf, atau

mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian

kerana mencari keredhaan Allah, Maka kelak kami memberi kepadanya pahala yang

besar.

(Surah an-Nisa’:114)

Kaedah sulh merupakan satu konsep penyelesaian pertikaian di luar mahkamah dan

ianya semakin hari semakin mendapat perhatian. Kaedah ini telah dijalankan di seluruh

Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia. Kaedah Sulh telah diperkenalkan di negeri Selangor

pada tahun 2001 (Berita Harian, 2002) di mana ia mengutamakan instrumen penyelesaian

pertikaian perdamaian. Kaedah ini merupakan kaedah alternatif kepada kaedah perbicaraan

Page 3: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 6 NO.2

SEPTEMBER

2019

3

yang pada kebiasaannya memakan masa yang lama dan kos yang tinggi. Selain Mahkamah

Syariah melaksanakan sulh, Majlis Peguam telah menubuhkan Pusat Mediasi pada 1999.

Salleh Buang (2002) menjelaskan mediasi pula didefinisikan sebagai proses di mana suatu

pihak (pihak yang ketiga atau mediator) membantu dua pihak yang bertikai antara satu sama

lain dan berunding untuk mencapai penyelesaian secara damai. Ini bermakna, mediasi

merupakan perundingan yang dijalankan secara terpimpin (assisted negotiation) secara

langsung oleh pihak yang bertikai kepada mediator. Berdasarkan kepada prinsip yang

diamalkan dalam sulh dan mediasi, ianya mempunyai satu matlamat iaitu bertujuan untuk

menyelesaikan pertikaian mana-mana pihak tanpa perlu melibatkan proses perbicaraan yang

panjang dan memakan kos yang tinggi. Sulh dan mediasi berpaksikan kepada unsur redha-

meredhai antara kedua-dua belah pihak dan pihak-pihak yang bertikai sendiri yang akan

berusaha mencari jalan untuk menyelasaikan masalah mereka.

Oleh itu, manusia sentiasa mencuba untuk mencari satu mekanisme penyelesaian

pertikaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka. Oleh yang demikian,

penyelesaian pertikaian alternatif hadir bagi membantu dan menampung bebanan kes-kes

yang difailkan ke mahkamah dan seterusnya menyebabkan pihak-pihak berasa tidak berpuas

hati dan membuat keputusan untuk menyelesaikan pertikaian mereka. Prinsip yang sama juga

diambil oleh Mahkamah Syariah dalam menyelesaikan pertikaian orang Islam kerana saban

hari pertikaian yang difailkan oleh orang di negara ini semakin banyak dan rumit. Ini

mendorong pihak-pihak beralih kepada kaedah yang lebih mudah, cepat dan murah.

Objektif Kajian

1. Untuk menjelaskan mengenai kaedah penyelesaian pertikaian alternatif yang terdapat

di dunia;

2. Menerangkan mengenai fungsi kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam

membantu mempercepatkan penyelesaian kes-kes;

3. Menghuraikan tentang aplikasi kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dalam kes

kekeluargaan dan kehartaan di Mahkamah Syariah.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk kualitatif sepenuhnya. Pendekatan terhadap

kajian ini merujuk kepada kajian yang menggunakan data yang bukan berbentuk angka

seperti teks, manuskrip dan perbualan yang diambil secara langsung di lapangan atau semasa

temu bual untuk memahami fenomena yang ingin dikaji. Kajian kualitatif ini dijalankan

dengan pengumpulan data, diikuti dengan analisis data tersebut untuk mendapatkan

maklumat tentang objektif sesebuah kajian. Menurut Stake (2006) pengetahuan yang

diperoleh melalui kajian kualitatif adalah berbeza berbanding kajian lain kerana

pengetahuannya lebih konkrit, jelas, kontekstual dan membangun. Di samping itu,

pendekatan kualitatif dipilih memandangkan data dan maklumat akan diperolehi secara

dokumentasi dan temu bual. Panduan soalan temubual yang ditunjukkan dalam jadual

merupakan instrumen yang digunakan bagi mendapatkan maklumat dan jawapan berkaitan

soalan-soalan kajian.

Penyataan Masalah

Page 4: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

4

Manusia sememangnya tidak boleh lari daripada terlibat dalam sebarang pertikaian. Hal ini

kerana manusia sentiasa saling berinteraksi antara satu sama lain dalam sesebuah komuniti

sosial. Pertikaian boleh terjadi dalam apa jua keadaan sama ada yang melibatkan pertikaian

ketika menjual beli, transaksi komersil, kekeluargaan mahupun yang berkaitan dengan urusan

seharian. Oleh yang demikian, masyarakat, dalam usaha untuk menyelesaikan pertikaian

yang mereka hadapi, mereka mula mencari sebuah platform yang berautoriti untuk

menyelesaikan pertikaian mereka. Ekoran daripada itu, mahkamah menjadi tempat untuk

masyarakat menyelesaikan pertikaian mereka. Semakin hari, keadaan dan persekitaran

manusia sering berubah seiring dengan pergerakan masa. Begitu juga dengan norma-norma

pertikaian manusia yang semakin rumit dan kompleks. Akhir tahun 70-an hingga 90-an,

sistem keadilan mahkamah telah dibebani dengan lambakan kes-kes yang difailkan oleh

masyarakat. Mereka mendesak agar pertikaian yang dihadapi oleh mereka itu diselesaikan

dengan kadar segera, walhal mahkamah sendiri tersepit dengan timbunan kes-kes yang belum

selesai. Terdapat juga pihak-pihak yang mendakwa yang kes mereka masih belum selesai

walaupun sudah bertahun-tahun difailkan. Di samping itu, kos litigasi adalah suatu yang

membimbangkan pihak-pihak. Yuran guaman dan juga yuran-yuran lain yang ditetapkan oleh

mahkamah kadang kala melebihi daripada jumlah ataupun nisbah sesebuah pertikaian.

Menyedari hakikat ini, masyarakat dan juga pengamal undang-undang harus mencari jalan

agar pertikaian masyarakat ini boleh disalurkan dan diselesaikan melalui kaedah yang lain.

Oleh yang demikian, kaedah penyelesaian pertikaian di luar mahkamah mula diperkenalkan

dan keberkesanannya dalam menyelesaikan pertikaian pihak-pihak menunjukkan potensi

yang memberangsangkan.

Pada pandangan Raihanah (2008) berlitigasi melalui mahkamah bukanlah mudah. Ia

melibatkan proses yang rumit dan kompleks. Dalam proses ini, pihak yang terlibat dalam

pertikaian terpaksa bersikap defensif dan ofensif untuk mendapat atau mempertahankan hak

masing-masing. Dalam 9 keadaan ini, meskipun mahkamah berfungsi sebagai institusi yang

membuat keputusan terhadap kes-kes yang dipertikai, namun tidak semestinya dicapai

melalui prosiding di depan hakim. Dengan kata lain, menghadiri prosiding mahkamah

merupakan salah satu daripada mekanisme yang ada untuk menyelesaikan pertikaian. Selain

itu, penyelesaian juga boleh dicapai berasaskan persetujuan bersama atau melalui sulh tanpa

menerusi proses litigasi. A.Ahmad et al (2015) menyatakan bahawa peningkatan jumlah

permohonan kes perceraian dari 1614 kes kepada 1894 kes dari tahun 2010 sehingga 2014 di

Mahkamah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah amat membimbangkan meskipun

pelbagai inisiatif telah dibuat bagi mempersiap pasangan yang bakal berkahwin dengan ilmu

kekeluargaan. Rentetan dari permohonan tersebut akan timbul pelbagai bentuk tuntutan sivil

lain di Mahkamah Syariah yang bakal mengeruhkan lagi perhubungan pasangan terbabit.

Litigasi perundangan kekeluargaan sekiranya tidak didasari dengan sifat tolak ansur

boleh menjadi medan permusuhan antara pasangan yang bertikai. Malah pertikaian terbabit

bakal diketahui umum sehingga boleh mencemar air muka pihak yang terlibat. Oleh itu,

platform terbaik bagi menguruskan masalah berkaitan perkahwinan dan tuntutan selepas

perceraian adalah melalui penyelesaian pertikaian alternatif seperti perundingan dan mediasi,

di mana pasangan bermasalah dapat berbincang dari hati ke hati bagi mencari titik

persefahaman dalam pertikaian tanpa perlu melalui prosedur mahkamah yang remeh.

Page 5: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 6 NO.2

SEPTEMBER

2019

5

Sorotan Literatur

Mediasi merupakan suatu proses mediasi yang merupakan salah satu daripada cabang

Penyelesaian Pertikaian Alternatif itu sendiri (ADR). ADR merupakan kata nama singkatan

yang popular dan sering digunakan bagi merujuk kepada penyelesaian pertikaian secara

rundingan, mediasi, timbangtara, perbicaraan mini dan sebagainya (Rashid, 2000). ADR

adalah sebahagian daripada prosedur yang memberikan jalan alternatif terhadap proses

litigasi yang merumit, dan kebiasaannya dibantu oleh pihak ketiga yang neutral (Brown &

Marriot, 1999). Mediasi bermatlamatkan untuk menyelesaikan pertikaian dan mengekalkan

reputasi yang baik antara kedua pihak yang bertikai. Peranan yang dimainkan oleh mediator

ialah membantu pihak-pihak yang bertikai untuk mencapai kata sepakat yang akhirnya

dipersetujui antara kedua belah pihak.

Pihak mediator tidak mempunyai apa-apa autoriti untuk membuat sebarang keputusan

yang boleh mengikat antara kedua belah pihak, tetapi menggunakan prosedur tertentu, teknik

dan kemahiran yang khusus untuk membantu pihak-pihak yang bertikai untuk membuat

rundingan dan akhirnya mencapai suatu kata sepakat (Brown & Marriot, 1999). Dalam proses

mediasi, pihak yang bertikai akan mempunyai peluang dan kesempatan dan akhirnya mencari

suatu titik pertemuan dan keduadua belah pihak bersetuju untuk memeterai satu perjanjian

yang melibatkan kepentingan kedua-dua belah pihak. Terdapat pelbagai cabang mediasi yang

wujud pada masa kini seperti mediasi sivil, mediasi keluarga, mediasi rakan sebaya dan lain-

lain. Rentetan daripada pelbagai cabang mediasi ini, kebanyakan sarjana sepakat bahawa

dalam mediasi itu sendiri terdapat tiga elemen penting yang mendasari iaitu bantuan, pihak

ketiga dan kebebasan untuk menyelesaikan kes (Wall, Stark & Standier, 2001).

Mengekalkan keharmonian dan kebersamaan dalam masyarakat adalah sangat

ditekankan dalam masyarakat Melayu. Bermula daripada pengenalan Common Law Inggeris,

orang-orang Melayu biasanya akan menyelesaikan pertikaian antara mereka dengan merujuk

kepada Ketua Kampung atau Penghulu, yang berperanan sebagai pihak ketiga untuk

menyelesaikan masalah. Masyarakat India dan Cina yang telah menetap di Malaya

mengamalkan adat dan budaya masing-masing. Mereka pula menyelesaikan pertikaian

mereka melalui mediasi yang dipimpin oleh orang-orang tua mereka (Raman, 2005). Mereka

cuba untuk mengelakkan perpecahan dalam apa jua keadaan. Oleh yang demikian,

masyarakat Malaysia telah pun mengamalkan mediasi secara tradisional ini sejak dahulu lagi.

Maka dengan itu, Mediasi Komuniti ini bukanlah suatu yang baru dalam cabang Penyelesaian

Pertikaian Alternatif.

Pada tahun 1969, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Kaum

(JPK) untuk menggalakkan integrasi dan mengekalkan keharmonian antara kaum di

Malaysia. JPK telah melaksanakan banyak program untuk menggalakkan interasi social

antara etnik. Salah satu program yang terkenal adalah Rukun Tetangga yang diperkenalkan

pada 1975 untuk menjaga keamanan dan keselamatan penduduk setempat. Kemudian pada

tahun 1984 pula, fokus lebih terarah kepada pemantapan hubungan antara multi etnik dan

bangsa di Malaysia. Pada tahun 2007 pula, Jabatan Perpaduan Kaum (JPK) telah

melaksanakan program di bawah Rukun Tetangga yang dikenali sebagai Mediasi Komuniti.

Melalui program ini, Komiti Rukun Tetangga telah dilatih sebagai mediator ataupun pihak

ketiga yang mana bertanggungjawab dalam menyelesaikan pertikaian penduduk setempat

Page 6: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

6

(Khal et al, 2013). Mediasi Komuniti ini terdiri daripada sukarelawan dan mereka ini tidak

mendapat apa-apa imbuhan daripada Jabatan 13 Perpaduan Kaum (JPK). Projek Mediasi

Komuniti ini telah dilaksanakan pada tahun 2007 di Negeri Selangor, Pulau Pinang, Johor

dan Kuala Lumpur (Hua, 2009) dan mula dikembangkan di negeri-negeri lain.

Keadaan semasa di Malaysia menunjukkan mediasi diamalkan sebagai salah satu

kaedah yang banyak digunakan sekarang. Mediasi yang diguna pakai sekarang bukanlah

sesuatu yang asing bagi masyarakat Malaysia. Mediasi juga diamalkan dalam hal yang

berkaitan dengan pertikaian keluarga bagi orang bukan Islam, dan ianya terkenal sebagai sulh

bagi orang Islam (Jan & Mohamaed 2010). Oleh yang demikian, adalah disarankan supaya

Mediator Komuniti ini dilatih bagi mendapatkan latihan profesional. Pengkaji mencadangkan

agar Mediasi Komuniti ini diinstitusikan dan dipacu agar ianya mejadi ssebuah pusat mediasi

yang professional. Juga dicadangkan oleh Hanna (2014) agar Mediasi Komuniti Malaysia

ditubuhkan. Juga dicadangkan supaya Jabatan Perpaduan Kaum (JPK) mewujudkan Pusat

Mediasi Komuniti di setiap negeri untuk melicinkan lagi segala hal yang berkaitan dengan

pengurusan, rekod, program dan sebagainya.

Dapatan Kajian

Keadilan adalah satu objektif unggul yang dihasratkan bagi setiap sistem perundangan.

Apabila terjadi sebarang kesilapan dan berlaku ketidaksempurnaan sesuatu sistem, keputusan

yang diterima seringkali dikaitkan dengan ketidakadilan atau ‘injustice’. Apabila individu

atau pihak yang tidak bersalah dikaitkan dengan membuat suatu kesalahan, ianya dikaitkan

dengan salah laksana keadilan atau ‘miscarriage of justice’. Konsep keadilan telah menjadi

fokus untuk mencipta masyarakat bertamadun sejak dahulu. Akan tetapi cuma pada abad kini

konsep keadilan sejagat diambil perhatian yang lebih serius dan utama. Pada alaf kini

masalah akses kepada keadilan sering diperdebatkan meliputi pelbagai isu yang memerlukan

penyelesaian dan pertimbangan. Ianya meliputi pertimbangan dalam memilih mekanisme

penyelesaian terbaik, kaedah-kaedah yang menjimatkan untuk penyelesaian pertikaian, dan

menggunakan khidmat perundangan tanpa melibatkan birokrasi yang komplikated melalui

teknik alternatif yang pelbagai. Apakah yang dimaksudkan dengan keadilan? Aristotle,

seorang ahli falsafah Greek adalah antara cendikiawan terawal yang bertanggungjawab dalam

memperkenalkan beberapa pemikiran dan falsafah tentang keadilan. Pemikiran beliau masih

digunakan dan amat bernilai hingga sekarang. Beliau menganggap bahawa undang-undang

yang adil akan menyebabkan seseorang individu merasakan beliau tergolong dalam sesebuah

masyarakat. Berdasarkan Elliot & Quinn (2001) beliau turut membezakan antara ‘distributive

justice’ dan ‘corrective justice ‘distributive justice’ adalah berkaitan dengan pembahagian

aset kekayaan dan penghormatan untuk masyarakat dalam sesebuah komuniti. Tujuan

keadilan ini adalah untuk mencapai keseimbangan walaupun bukan melalui pembahagian

yang sama rata. Aristotle menganggap bahawa individu perlu mendapat manfaat

keseimbangan tersebut walaupun tidak semestinya samarata. Sementara ‘corrective justice’

adalah berkaitan dengan situasi yang adil tetapi telah disalahgunakan dan diganggu oleh

pihak tertentu yang dianggap salah di sisi undang-undang. Para hakim

dipertanggungjawabkan untuk mencari penyelesaiannya dan memerintahkan tebusrugi

dibayar, atau mengenakan sebarang denda dan hukuman berkaitan sekiranya perlu dan

bersesuaian.

Page 7: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 6 NO.2

SEPTEMBER

2019

7

Kaedah Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam

Islam sangat menggalakkan umatnya untuk menyelesaikan pertikaian mereka secara baik dan

tidak mencetuskan sebarang unsur permusuhan di kemudian hari. Oleh yang demikian, Islam

menganjurkan umatnya menyelesaikan pertikaian mereka mengikut lunas-lunas, item-item

berikut merupakan beberapa jenis Penyelesaian Pertikaian Alternatif yang terdapat dalam

Islam, antaranya:

1. Sulh (Rundingan atau Mediasi)

Sulh berasal daripada kalimah salaha yang dari segi bahasanya berbuat baik. Syed

Sabiq (1990) menerangkan sulh bermaksud memutuskan pertikaian. Dengan kata

mudah, sulh bermaksud suatu perjanjian antara kedua belah pihak yang bersandarkan

syarat-syarat tertentu yang telah dipersetujui semasa proses penyelesaian terbabit

(Ramizah, 2007). Dalam Islam, objektif sulh adalah untuk menamatkan sesuatu

pertikaian pihak-pihak antara orang Islam supaya kehidupan mereka sentiasa tenang

dan bebas daripada salah sangka, dendam dan prejudis. Proses sulh adalah mengambil

kira semua pendapat dan situasi pihak-pihak yang terlibat. Dengan kata lain, ianya

merupakan kaedah yang terbaik untuk menyuarakan pendapat dan pandangan tanpa

terikat kepada proses litigasi dan prosedur yang ketat. Penyelesaian melalui kaedah ini

sangat digalakkan terutama yang membabitkan isu-isu pertikaian kekeluargaan. Isu

seperti ini amat senstitif kerana ianya amat berkait rapat dengan hak privasi individu,

keluarga dan aib seseorang. Jika kes yang melibatkan pertikaiaan kekeluargaan

dilakukan melalui kaedah perbicaraan, sudah pastinya aib dan kelemahan pihak-pihak

akan terzahir dan seluruh permasalahan dalam rumah tangga akan dibongkarkan oleh

Hakim.

2. Tahkim

Tahkim dari segi bahasa membawa erti memberi kuasa menjatuhkan hukuman kepada

seseorang (Ibnu Nujaim, t.t). Tahkim menurut istilah adalah hampir sama dengan

pengertian bahasa, kerana ia bermaksud sesuatu proses di mana pihak-pihak yang

bertikai melantik seseorang untuk menjadi hakam bagi menyelesaikan pertikaian yang

timbul di antara mereka berlandaskan Hukum Syarak. Orang yang dilantik untuk

mengadili mereka yang bertikai itu dinamakan sebagai ‘hakam’ atau ‘muhakkam’.

Kedudukan tahkim ini adalah lebih rendah berbanding dengan al-Qadha ataupun

kehakiman. Hal ini kerana seseorang kadi ataupun hakim boleh membicarakan kes-

kes yang adakalanya tidak boleh dibicarakan oleh seseorang hakam. Keputusan

hakam hanya berkuatkuasa ke atas mereka yang bersetuju ke atasnya sahaja,

sedangkan keputusan hakim berkuatkuasa ke atas semua pihak yang terlibat sama ada

setuju ataupun tidak. Tahkim merupakan suatu sistem yang menjadi amalan

masyarakat arab jahiliyyah di mana pihak-pihak yang bertikai akan melantik orang-

orang yang berwibawa pada pandangan mereka untuk menyelesaikan krisis yang

berlaku (Abd al-Karim Zaydan.1984). Walau bagaimanapun, bidangkuasa yang

melibatkan proses tahkim ini mempunyai had dan batasnya. Tidak semua perkara

pertikaian boleh diselesaikan melalui proses tahkim. Perkaraperkara yang melibatkan

hudud tidak boleh boleh diselesaikan melalui tahkim. Mengikut pandangan Mazhab

Syafie, proses tahkim ini tidak seperti sebuah mahkamah yang rasmi dan hakim atau

Page 8: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

8

penimbangtara itu boleh ditukar sebelum sebarang award diberikan. Tetapi,

pandangan yang kontra diutarakan dalam Mazhab Hanbali bahawa penimbangtara itu

sama layaknya dengan seorang hakim, dan keputusan yang diberikan oleh beliau

adalah mengikat pihak-pihak.

3. Med-Arb (Gabungan Sulh Dan Tahkim)

Med-Arb ataupun dikenali sebagai Mediasi-Arbitrasi merupakan sebuah proses di

mana pihakpihak akan bersetuju untuk menyelesaikan pertikaian mereka melalui

mediasi terlebih dahulu, dan jika mediasi menemui kegagalan, maka proses

timbangtara akan mengambil tempat. Proses med-arb ini ada dinyatakan dalam al-

Quran, melalui firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Jika kamu khuatir akan terjadi perbalahan antara kedua suami isteri, maka

lantiklah seorang hakam daripada keluarga suami dan seorang hakam

daripada keluarga isteri. 27 Sekiranya kedua-dua ingin berbaik-baik, nescaya

Allah S.W.T menyatukan fikiran mereka. Sesungguhnya Allah S.W.T itu maha

mengetahui dan mengerti. (Surah al-Nisa: 45)

Daripada dalil di atas, telah dinyatakan dengan jelas bahawa tugas seorang

penimbangtara itu yang pertamanya adalah untuk menjalankan proses mediasi, dan

jika gagal ianya akan beralih kepada proses tahkim atau timbangtara. Hal ini

menunjukkan bahawa Islam juga mengiktiraf pelaksanaan proses med-arb ini.

Menggabungkan proses mediasi dan timbangtara ini merupakan satu mekanisme yang

telah diterima dan diguna pakai di seluruh dunia. Di negara China, Jepun, Korea,

Vietnam dan Malaysia sendiri, proses ini telah dipraktikkan. Menurut Perkara 18

Rules of Korean Commercial Arbitration Board, proses rundingan boleh dijalankan

apabila proses timbangtara telah dijalankan. Ianya membuka peluang kepada pihak-

pihak untuk menjalankan proses rundingan jika pada hemat mereka, proses rundingan

boleh memberikan persetujuan bersama (Md Zahidul, 2012).

4. Al-Muhtasib (Ombudsman)

Institusi Penguatkuasaan atau Ombudsman ini mula diperkenalkan di negara Sweden

pada tahun 1809. Di England, Ombudsman ditadbir urus di bawah Parliamentary

Commission Act 1967. Mengikut perundangan Islam, terma al-muhtasib sama

jenisnya dengan ombudsman. Dalam Islam, istilah al-muhtasib atau penguatkuasaan

ini telah lama diamalkan sejak 1400 tahun dahulu selari dengan al-Quran. Terdapat

banyak firman-firman Allah S.W.T yang memfokuskan kepada skop al-muhtasib ini.

Tujuan utama pelaksanaan al-muhtasib ini adalah sebagai badan penguatkuasaan yang

menguatkuasaan segala bentuk aktiviti keagamaan, seperti kefardhuan menunaikan

solat, menjauhi perkara yang diharamkan dan menggalakkan melakukan kebaikan,

proses yang berkaitan tadbir urus dan juga menyiasat salah laku. Jika diteliti,

Ombudsman ini tidak kelihatan seperti proses ADR, kerana prinsip utama ADR

adalah untuk menyelesaikan pertikaian, tetapi Ombudsman lebih kepada proses

penyiasatan. Akan tetapi disebabkan Ombudsman ini kadang kala turut membantu

dalam menyiasat aduan-aduan yang diterima oleh masyarakat, maka ianya dikelaskan

sebagai salah satu cabang daripada ADR.

5. Pendapat pakar (Fatwa)

Page 9: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 6 NO.2

SEPTEMBER

2019

9

Fatwa merupakan suatu pendapat yang dikeluarkan oleh seseorang yang mahir dalam

hukumhakam Islam yang digelar mufti. Persoalan yang berbangkit di sini,

bagaimanakah institusi fatwa ini boleh dikelaskan sebagai penyelesaian pertikaian

alternatif? Seperti mana yang difahami, proses mediasi, arbitrasi, medarb dan

sebagainya memerlukan pihak ketiga untuk menyelesaikan pertikaian mereka. Sejarah

membuktikan bahawa fatwa atau mufti telah memainkan peranan yang efektif dalam

menyelesaikan pertikaian pihak-pihak. Secara umumnya, fatwa yang dikeluarkan oleh

Mufti itu akan digunakan sebagai ijtihad dalam menentukan sesuatu perkara dan ini

akan membuahkan sebuah prinsip perundangan yang terbaru dan digunakan sebagai

landasan untuk menyelesaikan pertikaian di masa hadapan. Berdasarkan perbincangan

yang disebutkan di atas, nyatalah bahawa proses ini bukanlah sesuatu yang asing dan

baharu dalam Islam. Proses ini terbit berikutan daripada reaksi masyarakat yang

mahukan penyelesaian mereka itu diselesaikan dengan lebih cepat tanpa memakan

masa yang lama berbanding dengan proses perbincaraan di mahkamah.

Aplikasinya Dalam Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan di Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah ditubuhkan bagi membantu masyarakat menyelesaikan masalah yang

dihadapi terutamanya dalam isu-isu yang melibatkan kekeluargaan Islam seperti isu

penceraian, tuntutan hak penjagaan anak, nafkah, muta’ah, perwarisan dan sebagainya. Isu-

isu tersebut akan diadili oleh Mahkamah Syariah melalui proses litigasi yang telah ditetapkan

sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang syariah di Malaysia seperti

Akta/Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah, Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga

Islam. Hammad (2016) menjelaskan bahawa dewasa kini, masyarakat awam mulai merungut

dan menzahirkan rasa tidak puas hati mereka bahawa proses litigasi ini mula membebankan

mereka dari segi kos dan juga masa kerana kebanyakan kes-kes yang dikemukakan di

hadapan Hakim merupakan kes-kes yang memerlukan keputusan segera dan pantas. Sebagai

contohnya dalam persoalan pertikaian hak jagaan anak, keperluan untuk mendapatkan

keputusan yang segera dalam menentukan dengan siapa anak bakal duduk harus diselesaikan

dengan segera demi menjaga kebajikan anak-anak tersebut. Rentetan daripada itu, konsep

penyelesaian pertikaian di luar mahkamah semakin hari semakin mendapat sambutan

daripada masyarakat. Kaedah sulh telah pun diperkenalkan dan dilaksanakan di mahkamah-

mahkamah Syariah di Malaysia. Kaedah sulh ini telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan

dahulu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor pada tahun 2002, di mana ianya

mengutamakan instrumen penyelesaian pertikaian secara perdamaian. Kaedah ini merupakan

alternatif kepada kaedah perbicaraan yang kebiasaannya memakan masa yang agak lama dan

melibatkan kos yang tinggi. Selain Mahkamah Syariah melaksanakan sulh, Majlis Peguam

Negara juga telah lebih dahulu menubuhkan Pusat Mediasi pada tahun 1999 untuk

mengendalikan kes-kes sivil melalui konsep mediasi. Kaedah penyelesaian pertikaian

alternatif melalui kaedah sulh telah diamalkan di Mahkamah Syariah merangkumi dari aspek

kekeluargaan dan kehartaan orang Islam. Proses sulh merupakan sebahagian daripada proses

yang terdapat di Mahkamah Syariah. Apabila pihak-pihak mula memfailkan pertikaian

ataupun kes mereka, kes-kes mereka tidak akan dibawa ke hadapan Penolong Pendaftar bagi

menjalani proses sebutan. Mana-mana kes yang berkaitan akan dirujuk dan dibawa di

hadapan Pegawai Sulh bagi menjalani sesi sulh terlebih dahulu. Mengikut Arahan Amalan

Page 10: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

10

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No.1 Tahun 2010, telah dinyatakan kes-kes yang perlu

dirujuk ke Majlis Sulh terlebih dahulu, berikut merupakan senarai 18 kes berikut:

Jadual 1 menunjukkan kes-kes yang boleh disulhkan di Mahkamah Syariah

Kod Kes Nama Kes

009 Tuntutan Gantirugi Pertunangan

016 Tuntutan Mutaah

017 Tuntutan Harta Sepencarian

018 Tuntutan Nafkah Isteri

019 Tuntutan Nafkah Kepada Pihak

Tidak Berupaya

020 Tuntutan Cagaran Nafkah

021 Tuntutan Nafkah Iddah

022 Tuntutan Mengubah Perintah

Nafkah

023 Tuntutan Tunggakan Nafkah

024 Tuntutan Nafkah Anak

025 Tuntutan Mengubah Perintah

Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

026 Tuntutan Mengubah Perjanjian

Hak Jagaan Anak/Nafkah Anak

028 Tuntutan Hadhanah

049 Tuntutan Gantirugi Perkahwinan

059 Tuntutan Hak Tempat Tinggal

060 Tuntutan Perintah Supaya

Tinggal Bersama Semula

062 Tuntutan Isteri Kembali Taat

063 Tuntutan Mas Kahwin

Sumber: Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No.1 Tahun 2010.

Kesemua kes yang dinyatakan di atas merupakan kes-kes yang perlu melalui proses

sulh di hadapan Pegawai Sulh terlebih dahulu. Notis Sulh akan dikeluarkan terlebih dahulu

bagi mengkehendaki pihak defendan untuk hadir ke Majlis Sulh, bukannya dokumen saman

yang biasanya dilakukan bagi kes-kes mal yang biasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah,

kesemua kes yang disenaraikan di atas adalah kes-kes yang berbentuk pelbagai tuntutan atau

pertikaian. Manakala kes-kes yang melibatkan tuntutan penceraian, fasakh, pengesahan lafaz

cerai, taklik dan lain-lain akan melalui prosedur tatacara mal yang biasa dan akan melalui

proses sebutan di hadapan Penolong Pendaftar. Setelah pihak-pihak menjalani proses di

Majlis Sulh dan telah terbit suatu kata sepakat antara pihak-pihak yang bertikai, maka pihak-

pihak boleh menandatangani suatu dokumen perjanjian tentang butiran-butiran yang telah

dipersetujui dalam Majlis Sulh dan hendaklah disaksikan oleh Pegawai Sulh. Arahan Amalan

No.4 Tahun 2011 menjelaskan, mana-mana perjanjian yang dibuat dalam Majlis Sulh dan

telah menepati hukum syarak, hendaklah dibawa di hadapan Hakim untuk diteliti semula, dan

jika Hakim bersetuju, persetujuan kedua-dua belah pihak tadi akan direkodkan sebagai

perintah mahkamah dan boleh dikuatkuasakan. Mana-mana perintah persetujuan tadi adalah

tidak boleh dirayu ataupun ditarik balik oleh mana-mana pihak.

Namun, terdapat juga dalam kalangan pihak-pihak yang telah menyediakan perjanjian

penyelesaian mereka terlebih dahulu sebelum hadir ke Majlis Sulh. Ini kerana besar

kemungkinan pihak-pihak telah berbincang dan mencapai kata sepakat terlebih dahulu

Page 11: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 6 NO.2

SEPTEMBER

2019

11

sebelum kes mereka difailkan. Jika situasi sebegini terjadi, Arahan Amalan No.2 Tahun 2012

menyatakan jika telah terdapat perjanjian penyelesaian yang dibuat oleh pihak-pihak atau

Peguam Syarie yang mewakili terlebih dahulu, maka kes-kes tersebut tidak perlu diangkat ke

Majlis Sulh pada peringkat pendaftaran. Namun, Ruzita (2018) menjelaskan, kes-kes tersebut

perlu disemak dan disahkan 024 Tuntutan Nafkah Anak 021 Tuntutan Nafkah Iddah 028

Hadhanah 025 Tuntutan Mengubah Perintah 018 Tuntutan Nafkah Isteri terlebih dahulu oleh

Pegawai Sulh. Keadaan ini berlaku kerana Pegawai Sulh bertanggungjawab untuk menyemak

terlebih dahulu perjanjian penyelesaian yang dibuat oleh pihak-pihak bagi mengelakkan

perjanjian terbaik menyalahi hukum syarak. Apabila telah diselesai dan diperakui oleh

Pegawai Sulh, barulah perjanjian persetujuan terbabit akan diangkat di hadapan Hakim untuk

diendors sebagai perintah mahkamah.

Zamni Azura (2018) menyatakan, terdapat situasi di mana-mana salah satu pihak

tidak dapat menghadirkan diri ketika proses pengesahan perjanjian persetujuan di hadapan

hakim. Jika situasi sebegini terjadi, Arahan Amalan No.5 Tahun 2015 menyatakan bahawa,

mana-mana pihak yang tidak dapat menghadirkan diri di hadapan hadapan hakim ketika

proses pengesahan perjanjian penyelesaian, maka pihak yang tidak hadir itu hendaklah

membuat pengesahan terbabit di hadapan mana-mana Hakim Mahkamah Syariah. Ini

memberikan sedikit kelegaan bagi pihak-pihak yang mungkin tidak mempunyai kelapangan

untuk menghadirkan diri di hadapan Hakim serentak dengan pihak yang satu lagi.

Bagi melicinkan lagi perjalanan proses sulh di Mahkamah Syariah, maka

Jawatankuasa Kaedah Kaedah Mahkamah Syariah telah diberi kuasa melalui seksyen 247 (c)

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 untuk

menggubal set perundangan kecil yang berkaitan dengan sulh. Oleh yang demikian, Kaedah-

Kaedah Tatacara Mal (Sulh) WilayahWilayah Persekutuan 2004 telah digubal, yang mana

ianya mengandungi peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan prosedur pelaksanaan

sulh, seperti penetapan tarikh sulh, ketidak hadiran pihak-pihak ke Majlis Sulh, tatacara

pelaksanaan sulh dan juga penghakiman yang dibuat atas persetujuan bersama dalam Majlis

Sulh. Tujuan Kaedah-Kaedah ini digubal adalah bertujuan untuk memperjelaskan lagi

sebarang kekaburan yang terdapat dalam seksyen 99 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 yang mana ianya hanya memberi peruntukan secara

umum sahaja mengenai sulh. Seterusnya bagi memperhalusi lagi tentang gerak kerja dan

peranan yang dimainkan oleh Pegawai Sulh, maka Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia

(JKSM) telah memperkenalkan Manual Kerja Sulh JKSM yang telah diaplikasikan di seluruh

Mahkamah Syariah di Malaysia. Tujuan pengenalan Manual Kerja Sulh ini adalah bertujuan

untuk menjelaskan dengan lebih terperinci beberapa hal yang berikut:

I. Proses untuk memulakan Majlis Sulh;

II. Pembentangan kes oleh pihak-pihak yang bertikai;

III. Perbincangan bersama;

IV. Pertemuan sebelah pihak atau kaukus;

V. Perundingan bersama;

VI. Penghakiman berasaskan persetujuan;

VII. Kerahsian.

Page 12: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

12

Setiap Pegawai Sulh adalah terikat dengan Manual Kerja Sulh dalam menjalankan

proses sulh terhadap pihak-pihak. Selain itu, dalam melaksanakan proses sulh ini, pegawai-

pegawai sulh juga terikat dengan Etika Pegawai Sulh sepertimana yang telah ditetapkan oleh

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Tujuan penguatkuasaan Etika Pegawai Sulh

ini adalah untuk menjaga kewibawan Pegawai Sulh yang merupakan individu yang

bertanggungjawab dalam membantu pihak-pihak yang bertikai. Kredibiliti dan

tanggungjawab yang dipikul seharusnya dijalankan mengikut lunas-lunas etika dan

perundangan. Sesuai dengan peredaran masa dan perubahan situasi, proses pelaksanaan sulh

di Mahkamah Syariah juga memerlukan suatu penambahbaikan terhadap peruntukan undang-

undangnya, Kaedah-Kaedah Sulh dan Manual Kerja Sulh. Oleh yang demikian, Jabatan

Kehakiman Syariah Malaysia telah mengambil inisiatif dengan mengeluarkan pekeliling-

pekeliling yang berkaitan dengan sulh yang dikenali sebagai Arahan Amalan Mahkamah

Syariah JKSM. Arahan-arahan ini merupakan pekeliling pentadbiran yang harus dipatuhi

oleh mahkamah, Pegawai Sulh dan juga orang awam.

Oleh yang demikian, dapat kita fahami bahawa dengan pengenalan kaedah sulh yang

merupakan cabang daripada kaedah penyelesaian pertikaian alternatif dapat membantu pihak-

pihak supaya dilema yang dihadapi oleh Aida Melly Tan Mutallib yang mana telah

mengejutkan sistem kehakiman syariah di Malaysia apabila menggambarkan bahawa

pengeluaran surat cerainya oleh Jabatan Agama Islam Selangor selepas enam tahun

menunggu adalah sebagai satu “lambang kesengsaraannya” (Raihanah 2004). Satu tanggapan

awal terhadap kenyataan itu ialah ketidakpuasan hati atas kelewatan mahkamah dalam

menyelesaikan kes berkenaan sehingga ianya berlarutan sehingga tenpoh yang amat panjang.

Namun begitu, di sebalik cemuhan negatif ini, terdapat beberapa persoalan yang sebenarnya

tidak disingkap secara saksama dan bijaksana sehingga menimbulkan polemik yang tidak

berkesudahan. Konklusinya, kaedah-kaedah sulh dapat membantu pihak-pihak supaya

penyelesaian pertikaian mereka menjadi lebih mudah, cepat dan murah.

Kesimpulan

Aplikasi Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) terhadap kes-kes kekeluargaan dan

kehartaan di Mahkamah Syariah berdasarkan kaedah yang tersedia dinyatakan dalam Islam,

seperti sulh, tahkim, med-arb, al-Muhtasib dan fatwa merupakan alternatif penyelesaian yang

sangat membantu pihak-pihak bertikai. Namun proses sulh lebih mendapat perhatian pihak-

pihak dan kekuatan proses sulh dapat dikenal pasti melalui penjimatan kos yang efektif

terhadap pihak-pihak. Pihak-pihak yang bertikai tidak perlu untuk melantik Peguam Syarie

bagi mewakilkan mereka ke mahkamah kelak. Seperti yang sedia maklum, kos untuk

melantik Peguam Syarie bukanlah sesuatu yang murah. Semakin rumit sesuatu kes itu,

semakin tinggilah caj yang dikenakan oleh Peguam Syarie terbabit. Tidak ketinggalan juga

jika seseorang Peguam Syarie itu telah lama beramal dan mempunyai reputasi yang

cemerlang, yuran profesion mereka juga turut meningkat. Namun, proses sulh tidak

memerlukan kehadiran peguam. Justeru itu, penjimatan kos di pihak-pihak yang bertikai

dapat dilaksanakan. Namun, pihak-pihak yang bertikai dikehendaki untuk menjelaskan yuran

pendaftaran kes semasa proses pendaftaran di kaunter mahkamah dan ianya dikenakan sekali

sahaja dan merupakan caj yang standard. Proses litigasi di mahkamah mempunyai objektif,

iaitu untuk menyelesaikan pertikaian pihak pihak dengan Hakim Bicara memberikan

penghakiman kepada pihak-pihak berdasarkan keterangan yang dikemukakan kepada

Page 13: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI VOL. 6 NO.2

SEPTEMBER

2019

13

mahkamah. Berbeza dengan proses sulh, pihak-pihak secara sendiri akan berbincang dan

mencari jalan keluar yang terbaik terhadap masalah mereka. Mereka akan membuat

keputusan berdasarkan pertimbangan waras mereka dan kemaslahatan kedua-dua belah pihak

yang berbeza dengan proses litigasi, di mana tidak semestinya pihak-pihak itu berpuas hati

dengan keputusan hakim. Sekiranya ini berlaku, pihak yang terkilan akan memfailkan notis

rayuan dalam masa 14 hari yang mengakibatkan kes yang pada awalnya boleh diselesaikan,

tertangguh sementara menunggu kes rayuan diputuskan.

Bibliografi

A.Ahmad et al (2015) Hak Penyertaan Kanak –Kanak dalam Prosiding Sulh (Mediasi) Di

Mahkamah Syariah. Journal of Advanced Research Design. Vol. 15, No. 1.

Abd al-Karim Zaydan (1984) Nizam al-Qadha fi al-Syariah al-Islamiyyah. Baghdad:

Matba’ah al ‘Ani.

Abdul Munir Yaacob et al. (2000) Undang-Undang Keluarga Islam dan Wanita di Negara

Negara Asean. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia.

Hammad Dahalan & Mohamad Azhan Yahya (2016) Kedudukan Pegawai Sulh Di

Mahkamah Syariah. International Conference on Aqidah, Dakwah and Syariah

2016(IRSYAD 2016.

J.H. Cohen, Commercial Arbitration-Its Scope and Limitations. Yale L.J (1921), 147-160

31(commercial arbitration and the New York statute): 4-8.

Laurence Boulle & Teh Hwee Hwee (2000) Mediation: Principle, Process and Practice.

Singapore: Butterworth Asia.

Md. Zahidul Islam (2012) Provision of Alternative Dispute Resolution Process in Islam.

IOSR Journal of Business and Management. Volume 6 Issue 3 (Nov-Dec 2012).

Najibah Mohd Zain et al. (2007) Undang-Undang Keluarga (Islam). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Raihanah Azahari (2008) Sulh Dalam Kes Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya.

Raihanah Hj Azahari (2006) Modifikasi Teori Sulh Dalam Fiqh Klasik Berasaskan Data-

Data Kajian Terbaru. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17.

Ramizah Wan Muhammad (2007) Sulh Sebagai Alternatif Penyelesaian Kes di Mahkamah

Syariah dlm Kaedah Perundangan Dan Bidang Kuasa Dan Tatacara Mahkamah

Syariah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Salleh Buang (2002) Kertas Kerja Kursus Mediasi Mahkamah Syariah Selangor. 22-24 April

2002 di Hotel Quality, Shah Alam.

Page 14: Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: …rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2019/09/1...Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam: Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan

Penyelesaian Pertikaian Alternatif Dalam Islam:

Aplikasinya Terhadap Kes-Kes Kekeluargaan Dan Kehartaan Di Mahkamah Syariah

14

Temubual

Temubual bersama Tuan Muhd Ridzuan Bin Zainuddin Pegawai Sulh dan Pegawai

Penyelidik Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Melaka pada 23 April 2018.

Statut-Statut

Akta Bantuan Guaman 1971.

Akta Mediasi 2012.

Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998.

Akta Timbangtara 2005.

Akta Pelindungan Pengguna 1999.

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Kaedah-Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Wilayah-Wilayah Persekutuan 2004.

Legal Services Authorities Act (India) 1987.

Rules of the Korean Commercial Arbitration Broad.

Rules of Maritime Arbitration of the Japan Shipping Exchange.

Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No.1 Tahun 2010.

Arahan Amalan No 5 Tahun 2010.

Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No.9 Tahun 2015.

Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No.2 Tahun 2012.

Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia No. 4 Tahun 2011.


Recommended