+ All Categories
Home > Documents > PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI...

PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI...

Date post: 03-Dec-2020
Category:
Upload: others
View: 10 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
9
PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article tries to discuss the role of the information professional in academic libraries in Malaysia. It begins with the clarification of the concept of information professional and then it highlights the main role of the information professional in enhancing the academic library services in Malaysia KEYWORDS: Information, lnformation Professional, Academic Library and Malaysia PENGENALAN Peranan profesional maklumat dalam penyediaan dan penyebaran maklumat di perpustakaan akademik khususnya dan kepada seluruh anggota masyarakat umumnya memang tidak dapat dinafikan. Ledakan maklumat serta kepesatan kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) serta dasar kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia kini telah menjadikan tugas profesional maklumat lebih mencabar di mana mereka perlu memahirkan diri dengan pengetahuan baru yang serba canggih agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih menarik kepada para pengguna. Seseorang profesional maklumat mempunyai pelbagai tanggungjawab (multi-dimentional responsibilities) yang tidak terbatas kepada persekitaran perpustakaan semata-mata (four walls of libraries) rnemandangkan kepesatan sistem elektronik dan sambungan serta pengeluaran maklumat dalam bentuk elektronik yang semakin berleluasa. Peranan profesional maklumat juga tidak semata-mata tertumpu kepada perolehan bahan dan pengkatalogan serta Pengkelasan malah lebih daripada itu pengurusan, pentadbiran dan penyebaran maklumat elektronik secara global. Perpustakaan akademik merupakan khazanah ilmu yang amat berharga dan tercanggih di negara ini ditinjau di segi infrastruktur, koleksi dan pengurusan di samping peruntukan bagi pembangunannya yang besar. Terdapat perpustakaan utama di setiap Universiti dan perpustakaan yang lebih khusus dalam fakulti dan juga cawangan-cawangan Universiti berkenaan di seluruh negara. Ia ditubuhkan bagi membantu aktiviti pengajaran, pembelajaran serta penyelidikan. Perpustakaan akademik di institusi pengajian tinggi yang sememangnya menjadi tulang belakang di dalam menyediakan pelbagai sumber maklumat melalui pelbagai media seperti media cetak dan elektronik yang memerlukan profesional maklumat yang berkemahiran tinggi terutamanya di dalam bidang ICT bagi memastikan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat kepada pengguna menjadi satu kenyataan. PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK Profesional maklumat adalah suatu karier yang mengkhusus kepada kerja-kerja berkaitan dengan maklumat seperti memilih, mengorganisasi, menyimpan, memulihara dan menyebarkan maklumat. Mereka perlu memiliki tahap kelulusan * Pensyarah, Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA. Shah Alam, ** Pustakawan, Bahagian Katalog, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia
Transcript
Page 1: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DIPERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA

Wan Ab. Kadir Wan Dollah*dan

Asmad Rizal Umar**

ABSTRACTThis article tries to discuss the role of the information professional in academic libraries in

Malaysia. It begins with the clarification of the concept of information professional and then ithighlights the main role of the information professional in enhancing the academic library services

in Malaysia

KEYWORDS: Information, lnformation Professional, Academic Library and Malaysia

PENGENALAN

Peranan profesional maklumat dalam penyediaan danpenyebaran maklumat di perpustakaan akademikkhususnya dan kepada seluruh anggota masyarakatumumnya memang tidak dapat dinafikan. Ledakanmaklumat serta kepesatan kemajuan dalam bidangteknologi komunikasi maklumat (ICT) serta dasarkerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia(MSC) di Malaysia kini telah menjadikan tugasprofesional maklumat lebih mencabar di manamereka perlu memahirkan diri dengan pengetahuanbaru yang serba canggih agar dapat memberikanperkhidmatan yang lebih menarik kepada parapengguna.

Seseorang profesional maklumat mempunyaipelbagai tanggungjawab (multi-dimentionalresponsibilities) yang tidak terbatas kepadapersekitaran perpustakaan semata-mata (four wallsof libraries) rnemandangkan kepesatan sistemelektronik dan sambungan serta pengeluaranmaklumat dalam bentuk elektronik yang semakinberleluasa. Peranan profesional maklumat juga tidaksemata-mata tertumpu kepada perolehan bahan danpengkatalogan serta Pengkelasan malah lebihdaripada itu pengurusan, pentadbiran dan penyebaranmaklumat elektronik secara global.

Perpustakaan akademik merupakan khazanah ilmuyang amat berharga dan tercanggih di negara iniditinjau di segi infrastruktur, koleksi dan pengurusandi samping peruntukan bagi pembangunannya yangbesar. Terdapat perpustakaan utama di setiapUniversiti dan perpustakaan yang lebih khusus dalamfakulti dan juga cawangan-cawangan Universitiberkenaan di seluruh negara. Ia ditubuhkan bagimembantu aktiviti pengajaran, pembelajaran sertapenyelidikan. Perpustakaan akademik di institusipengajian tinggi yang sememangnya menjadi tulangbelakang di dalam menyediakan pelbagai sumbermaklumat melalui pelbagai media seperti media cetakdan elektronik yang memerlukan profesionalmaklumat yang berkemahiran tinggi terutamanya didalam bidang ICT bagi memastikan penyebaranmaklumat yang cepat dan tepat kepada penggunamenjadi satu kenyataan.

PROFESIONAL MAKLUMAT DIPERPUSTAKAAN AKADEMIK

Profesional maklumat adalah suatu karier yangmengkhusus kepada kerja-kerja berkaitan denganmaklumat seperti memilih, mengorganisasi,menyimpan, memulihara dan menyebarkanmaklumat. Mereka perlu memiliki tahap kelulusan

* Pensyarah, Fakulti Pengajian Maklumat, Universiti Teknologi MARA. Shah Alam,** Pustakawan, Bahagian Katalog, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam,

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

akademik tertentu serta mempunyai kemampuan dankemahiran yang khusus untuk melaksana pelbagaitugas dan tanggungjawab. Terdapat pelbagai kategoridan nama jawatan dalam konteks profesionalmaklumat yang termasuk para pengamal(practitioners), pakar maklumat dan ahli sainsmaklumat. Di perpustakaan akademik, nama jawatanyang sering digunakan yang merujuk kepadaprofesional maklumat adalah pustakawan.

Untuk menjadi pustakawan di perpustakaanakademik, seseorang itu perlulah mempunyaikelayakan yang telah ditetapkan atau dikeluarkanoleh sesuatu badan tertentu yang badan tersebut telahmendapat pengiktirafan secara global.

Dalam konteks negara Malaysia, terdapat beberapainstitusi pengajian tinggi yang melatih danmengeluarkan para pustakawan yang profesional. Initermasuklah Universiti Teknologi MARA, UniversitiMalaya, Universiti Kebangsaan Malaysia danUniversiti Islam Antarabangsa. Kelayakan ataupengiktirafan yang diberi merupakan Ijazah SarjanaMuda Kepujian dalam bidang Sains Perpustakaan danMaklumat atau Ijazah Sarjana dalam bidang SainsPerpustakaan dan Maklumat. Dengan adanyakelulusan ini maka seseorang itu layak bertugas ataudigelar sebagai seorang pustakawan yang profesional.

Namun demikian, kelayakan lain seperti IjazahSarjana Muda Kepujian dalam pelbagai bidang danmempunyai Diploma Lanjutan Sains Perpustakaanjuga membolehkan seseorang itu dilantik sebagaipustakawan di perpustakaan akademik. Denganadanya kelayakan seperti yang disebutkan di atasmaka profesional maklumat dapat memberiperkhidmatan yang lebih mantap dan berkesankepada para pengguna di perpustakaan akademik.Jadual 1 dibawah menunjukkan bilangan profesionalmaklumat di perpustakaan akademik di Malaysia:

Jadual 1 : Profesional Maklumat di InstitusiPengajian Tinggi Awam Di Malaysia

Nama Universiti

Universiti Malaya

Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Sains Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Putra Malaysia

Universiti Utara Malaysia

Universiti Islam Antarabangsa

Universiti Malaysia Sabah

Universiti Malaysia Sarawak

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Universiti Teknologi MARA(Shah Alam sahaja)

BilanganProfesionalMaklumat

39

36

24

30

32

20

22

3

3

4

43

Jadual di atas menunjukkan bilangan profesionalmaklumat di perpustakaan akademik di InstitusiPengajian Tinggi Awam (IPTA) tempat merekabertugas sebagaimana pada Januari 2000. Iamenunjukkan IPTA yang telah ditubuhkan lebih 20tahun seperti Universiti Teknologi MARA, UniversitiMalaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) sertaUniversiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyailebih dari 24 orang profesional maklumat. ManakalaIPTA yang baru ditubuhkan iaitu kurang dari 16 tahunseperti Universiti Utara Malaysia (UUM), UniversitiMalaysia Sabah (UMS) dan Universiti MalaysiaSarawak (UNIMAS) mempunyai jumlah profesionalmaklumat yang lebih rendah. Bilangan ini adalah

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

berkait rapat dengan jumlah koleksi yang terdapat disesuatu perpustakaan akademik itu. Misalnya,Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM mempunyailebih 600 ribu koleksi pelbagai jenis bahan dengansebanyak 43 orang profesional maklumat.

Kepentingan profesional maklumat di dalammenyediakan perkhidmatan yang berkesan kepadapara pelajar, pensyarah serta penyelidik diperpustakaan akademik adalah ketara. Peranan utamamereka adalah untuk memastikan maklumatdiorganisasikan dengan baik dan pengguna diberitahutentang perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka jugaperlulah aktif dan berusaha menggunakan teknologibaru dan cuba mempelbagaikan bahan maklumatuntuk para pengguna.

Jika mereka menganggap diri mereka profesionalmereka perlulah memastikan tahap perkhidmatanyang ditawarkan memuaskan hati semua pihak.Menurut Knox (1989):

'People outside each profession also have aninterest in the quality of professionalperformance, because they are greatly affectedby the decisions made by professionals. Suchdecisions reflect, among other things,traditions, state-of-the-art, guidelines forpractice within each nation, and the interestsome people have in influencing the qualityand distribution of professional practice.' (p.373)

Satu cabaran utama yang perlu dihadapi olehprofessional maklumat adalah perubahan yang pesatdi segi teknologi maklumat. Menurut Dianes Holmes(1990), teknologi maklumat adalah satu perkara yangmenerangkan tentang teknologi yang membolehkankita merekod, menyimpan, memproses, mendapatkankembali dan menghantar maklumat. Ini jugamenerangkan tentang teknologi moden sepertikomputer, faks, tranmisi, mikrografik,telekomunikasi dan mikroelektronik.

Teknologi maklumat (IT) telah berkembang denganmeluas dan pesat serta telah menjadi sebahagiandaripada kehidupan kita. Penggunaan pesat teknologi

maklumat di perpustakaan akademik di institusipengajian tinggi telah membuktikan kesedaranterhadap penggunaan teknologi maklumat dikalangan ahli akademik dan pelajar yang kianbertambah. Teknologi maklumat merupakan sumbermaklumat yang sangat penting dan tidak bolehdiketepikan dan hanya perlu dipelajari, difahami dandipraktikkan supaya kita perlu mahir supaya dapatmenggunakannya dengan berkesan.

Sebagai pustakawan dan profesional maklumat didalam perpustakaan akademik, kemahiran dalammenggunakan teknologi maklumat dapat membantupara pelajar atau para pengguna mengakses bahandengan cepat dan tepat seperti yang diinginkan.Beberapa isu yang memerlukan penyelesaian adalahseperti berikut:

a. Kecanggihan keperluan maklumat daripengguna perlu diberi perhatian danpenekanan.

b. Teknologi maklumat akan menjadisangat sukar dan kompleks.

c. Keperluan untuk merekabentuk semulasistem maklumat dengan menggunateknologi baru di dalam perpustakaanakademik.

d. Tugas profesional maklumat mengawasirangkaian maklumat yang semakincanggih.

e. Implikasi perundangan terhadap aktivitipertukaran maklumat di kalanganrangkaian akan memberi kesan dankesedaran kepada profesional maklumat,saintis maklumat dan pengguna.

f. Peranan profesional maklumat di dalammelatih dan membentuk penggunasupaya dapat menguasai penggunaanteknologi maklumat.

Program seperti pendidikan pengguna, orientasiperpustakaan, kursus kemahiran maklumat ataulibrary skills yang diajar kepada pelajar-pelajarmemungkinkan dapat mengurangkan masalahterhadap isu-isu di atas. Selain dari itu penggunaanoptik-fiber, perkembangan dan penggunaanrangkaian digital dapat membantu di dalammengangani isu-isu tersebut.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

Perkhidmatan Rujukan dan Maklumat merupakanperkhidmatan yang sangat penting untuk membantupengguna dalam membuat pencarian maklumat bagitujuan tertentu seperti penyelidikan danpembelajaran. Pengguna akan dibantu serta diajarbagaimana untuk mendapatkan atau mencarimaklumat, mengguna katalog, indeks, abstrak, caramembuat penyelidikan dan dengan inimemungkinkan pengguna dapat mengoptimumkanpenggunaan sumber maklumat dan memaksimumkanpengaksesan maklumat.

Wahyudin Sumpeno (1994) menyatakan bahawaperkhidmatan rujukan dan maklumat ini sebagaisebuah perkhidmatan yang memberi khidmat tunjukatau petunjuk. Manakala William A. Katz pulamenyatakan bahawa perkhidmatan rujukan danmaklumat sebagai perkhidmatan yang menjawabpertanyaan-pertanyaan secara efektif dan efisyen.

Perkhidmatan rujukan dan maklumat ini memberiperkhidmatan bercirikan bantuan secara langsung dansecara profesional. Perkhidmatan yang diberikanmempunyai beberapa tujuan tertentu iaitu:

• membantu pengguna dalam mendapatkanmaklumat

• memastikan pengguna mampumengeksploitasikan sumber-sumber

• Untuk menyesuaikan pengguna dengansuasana di perpustakaan

• Untuk menunjuk ajar cara-cara betulmenggunakan perpustakaan

Oleh itu, dapatlah kiranya dikatakan perkhidmatanrujukan dan maklumat merupakan perkhidmatanyang disediakan untuk membantu pengguna dalamproses pencarian maklumat. Ia merupakanperkhidmatan yang memerlukan profesionalmaklumat berdepan dan berkomunikasi dengan parapengguna di dalam mempastikan merekamemperolehi maklumat yang diperlukan dengantepat dan cepat. Perkhidmatan rujukan dan maklumatadalah perkhidmatan untuk membantu penggunadalam mendapatkan maklumat bagi tujuanpenyelidikan, pembelajaran dan sebagainya.Perkhidmatan ini meliputi apa juga bantuan kepada

pengguna dalam mencari dan mendapatkanmaklumat. Ia meliputi bantuan dalam mendapatkanatau mencari maklumat; menunjukkan caramenggunakan katalog, bibliografi; indeks danabstrak; membimbing cara menyelidik dalamperpustakaan; mendapatkan bahan dari sumber ataupunca luaran dan mendidik pengguna perpustakaanagar tahu menggunakan sumber-sumber maklumatdalam perpustakaan.

Ciri-ciri perkhidmatan yang diberikan kepada duaiaitu bantuan secara langsung dan bantuan secaraperibadi (direct and personal assistance).Perkhidmatan rujukan dan maklumat diwujudkanbagi membantu pengguna dalam mendapatkanmaklumat; memastikan pengguna mampumengekploitasikan sumber-sumber maklumat yangterdapat di perpustakaan; menyesuaikan penggunadengan suasana di perpustakaan, serta menunjuk ajarcara-cara yang betul menggunakan perpustakaan dansumber-sumber di dalamnya.

Beberapa aspek penting perlu diberi perhatian olehpustakawan rujukan dan maklumat dalam memberiperkhidmatan kepada pengguna. Aspek tersebut ialahmemahami proses menjawab pertanyaan, mengaturstrategi menari dan proses mencari, kualiti diri yangbaik serta kebolehan berkomunikasi dengan baik.Jenis-jenis Perkhidmatan Rujukan dan Maklumatadalah seperti berikut:

• Menyediakan Koleksi Rujukan• Menjawab Pertanyaan Rujukan• Mencari Bahan• Menyusun Bibliografi

Mengindeks dan Mengabstrak Bahan• Perkhidmatan Maklumat Semasa• Perkhidmatan Penasihat Pembaca• Perkhidmatan Maklumat Masyarakat

Program Pendidikan Pengguna seperti OrientasiPerpustakaan

• Perkhidmatan Teknologi Maklumat

Cara bagaimana pustakawan rujukan memenuhikehendak pengguna itu adalah pelbagairnemandangkan pengguna yang mempunyailatarbelakang yang berbeza. Kathleen Kluegel

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

mengutarakan pendapatnya tentang perlunyamewujudkan satu sistem yang mudah digunakan bagimemenuhi harapan pengguna. Beliau berkata:

"In an era when business enterprise areincreasing their marketing efforts to sellinformation directly to users over the WorldWide Web and the Internet, libraries that donot meet users' expectations of ease of use maystep in ensuring a dynamic and vital future forlibrarians, libraries, and the users who relyon them."

Professor Tom Wilson pula mencadangkan tentangbeberapa bentuk bantuan yang perlu diberikan kepadapengguna. Beliau berkata:

"I suspect that the books and journals will playa lesser role and the role of the librarian willbe to provide a learning support system forthe complex computer-mediated interactionsthat will take place among scholars andbetween teachers and learners."

Peranan dan tanggungjawab baru pustakawan rujukanboleh diringkaskan seperti mana berikut:

1. Proaktif dalam menyediakan bahan-bahanrujukan dan maklumat serta perkhidmatan yangbermutu kepada pengguna. Pustakawan rujukantidak perlu menunggu orang lain memberi arahanatau pengguna meminta bantuan.

2. Cadangan perlu dikemukakan kepada pihakatasan tentang keperluan perpustakaan dan pusatmaklumat dalam memenuhi kehendak penggunadari segi peruntukan kewangan dan dasar ataupolisi pembangunan koleksi bahan rujukanberbentuk elektonik.

3. Membentuk program pendidikan dan latihanpelbagai peringkat bagi memastikan individumempelajari yang diperlukannya. 'ModernInformation Professional ialah membantu orangramai bekerja dengan lebih pintar.

4. Pustakawan perlu mengenali siapa penggunamereka, apakah keperluan maklumat merekaberubah serta bagaimana mereka menggunakanmaklumat.

5. Membentuk serta menggunakan kaedah penilaianbaru bagi bahan-bahan elektronik dan digital.Kaedah penilaian yang ada pada masa kinimungkin sudah tidak sesuai lagi pada masa depankerana jumlah maklumat yang begitu banyakserta berubah dengan begitu pantas dan dalampakej yang pelbagai.

6. Pustakawan rujukan sebagai mediator ataufasiliator dan bukan "intermediary" sebagaimanahari ini. Bantuan yang diberikan bukan setakatbantuan secara bersemuka tetapi bantuan darijauh menggunakan rangkaian komunikasi sepertiInternet melalui halaman Web dan World WideWeb.

7. Memberikan maklumat yang membantu kepadapenyelesaian masalah pengguna dan bukansekadar jawapan kepada soalan pengguna.

Pustakawan rujukan perlu dipersiapkan denganmaklumat dalam dunia elektronik. Persediaan iniperlu disediakan sama ada pada peringkat pra-perkhidmatan ataupun pada peringkat dalamperkhidmatan akibat daripada perubahan ciri-cirimaklumat dalam bentuk elektronik.

Di perpustakaan akademik, tugas profesionalmaklumat sangat penting di dalam menyediakan danmemberi perkhidmatan maklumat yang berkesankepada pelajar, pensyarah dan semua pengguna.Dengan pendidikan dan latihan profesional yangdiberi dan dipelajari, profesional maklumatmemainkan peranan sebagai pengurus maklumat danjuga penyampai maklumat kepada pengguna yangmemerlukannya.

Oleh kerana itu profesional maklumat perlu terlebihdahulu membuat penilaian ke atas semua aspeksemasa merancang perlaksanaan sistem maklumatdan perkhidmatan berasaskan teknologi mencaribahan dan maklumat.

a. Persekitaran maklumat dan berhubungkait didalamnya.

b. Perancangan strategik jangka panjangc. Pemasaran/promosid. Ekonomi maklumate. Analisa masyarakat

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

f. Membuat penyelidikan dalam perpustakaan(library research)

Institusi pengajian tinggi yang menawarkan programberkaitan pengurusan maklumat perlu memainkanperanan yang penting di dalam menyediakan graduanyang mahir di dalam bidang pengurusan maklumat.

Pihak pengurusan pula perlu memberi latihan caramenggunakan dan mengurus sumber-sumber danperalatan teknologi maklumat kepada semuaperingkat kakitangan. Sebagai contoh, latihan bolehdibuat oleh majikan kepada profesionalmaklumat dan kakitangan bawahan seperti pembantuperpustakaan dan kerani.

Ini adalah penting supaya perkhidmatan akan dapatdiberikan kepada pengguna oleh pembantuperpustakaan atau kerani di dalam menggunakanteknologi maklumat sekiranya tiada profesionalmaklumat pada masa itu.

Demonstrasi mengenai penggunaan teknologimaklumat yang terbaru perlu dibuat atau diatursupaya semua pihak iaitu pengurusan dan profesionalmaklumat dapat membuat penilaian serta dapatmempelajari cara penggunaannya. Dengan ituprofesional maklumat dapat membuat kesimpulandan keputusan yang tepat tentang kebaikan danfaedah sesuatu peralatan dan perisian teknologimaklumat itu sebelum perkhidmatan diberikankepada pengguna, ini ialah kerana profesionalmaklumat merupakan agen penting di dalam memberiperkhidmatan tersebut. Setiap komen danmaklumbalas dari mereka perlu diambil tindakan olehpihak pengurus perpustakaan.

Kemudahan latihan dalam penggunaan teknologimaklumat bagi semua profesional maklumat perludirancang dengan teliti, bukan sahaja dari pihakpenjual sistem dan peralatan teknologi maklumat tetapijuga oleh pihak profesional maklumat da pengurusanperpustakaan supaya sesuatu sistem dan peralatanteknologi maklumat tersebut dapat digunakan dengansemaksima yang mungkin.

Penggunaan teknologi maklumat di perpustakaanakademik memerlukan perubahan cara sesuatu kerjaitu dijalankan dan kakitangan perlu menyesuaikandiri dalam keadaan yang baru, selain dari itu pihakpengurusan pula perlu menyemak helaian kerja dankaitannya antara satu sama lain.

Perubahan yang berlaku memerlukan penyemakansemua struktur organisasi dan penyusunan semulamungkin diperlukan seterusnya. Bagi sesebuahperpustakaan akademik, penyusunan semula strukturorganisasi boleh berasaskan satu model konsep yangterdiri daripada 3 komponen, iaitu:-

a. Pengendalian maklumatb. Merekabentuk sistem aksesc. Menilai keperluan pengguna dan memberi

perkhidmatan

a. Pengendalian MaklumatKomponen pertama menguruskan koleksi yangpelbagai dan mengendalikanmaklumat dalam beberapa format. Meskipunkebanyakan aktivitinya tertumpu kepada bahanbercetak, maklumat juga dikendalikan secara atastalian, mikrofis, CD-ROM, on-line database danmultimedia.

b. Merekabentuk Sistem AksesKomponen kedua ini merekabentuk sistem aksesboleh menumpukan perhatian terhadap fail-failberkaitan dengan pembawa maklumat, termasukfail maklumat elektronik dan juga merekabentukelectronic networking untuk memudahkanpengguna mengakses bahan-bahan rujukan danlain-lain.

c. Menilai Keperluan Pengguna dan MemberiPerkidmatanKomponen ini berhubung dengan pengguna danmempunyai pengguna maklumat sebagai tumpuanutama. Sebagai contoh, komponen ini akanmembina profil pengguna dan ianya akandigabungkan ke dalam sistem mendapat semulamaklumat. Kebanyakan profesional maklumat danpustakawan perlu ditempatkan di komponen ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 7: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

Secara umumnya profesional maklumat yang terlibatdalam pengendalian maklumat dan membentuksistem akses akan dipusatkan. Profesional maklumatyang terlibat dalam memberi dan menilaiperkhidmatan akan berselerak, berfungsi dalamkelompok perkhidmatan iaitu rapat dengan kumpulanpengguna masing-masing.

Profesional maklumat yang peka terhadap kumpulanpengguna ini akan menghasilkan perkhidmatan yanglebih bermutu kerana ianya ditujukan khas kepadapengguna tertentu. Sebagai contoh di PerpustakaanTun Abdul Razak (PTAR) UiTM, BahagianAutomasi memberikan penumpuan kepadaperjalanan sistem maklumat manakala BahagianPerkhidmatan Maklumat menumpukan perhatian didalam penyediaan dan pencarian maklumat.

Penggunaan teknologi maklumat di perpustakaanakademik memerlukan profesional maklumatberhadapan dengan komputer dalam tempoh yangagak lama pada masa memberi perkhidmatan kepadapelajar dan pengguna. Oleh itu untuk memastikankesihatan kakitangan tidak terganggu, aspekergonomic dan bahaya dan penjagaan keselamatansemasa bekerja (occupational safety and hazards)perlu diambil kira di dalam penyediaan alat teknologimaklumat kepada profesional maklumat. Merekajuga perlu diberi masa khas untuk merehatkan mataseketika semasa menjalankan atau menggunakankomputer.

Dari segi peralatan teknologi maklumat yang perlu,adalah dicadangkan supaya setiap profesionalmaklumat diberi satu mikrokomputer sebagaiworkstation yang akan digunakan bagi keperluankerja tempatan dan juga hubungan kepada sistem on-line yang lain. Sebagai contoh hubungan dengansistem jaringan Universiti tempatan, SIRIMLINK,dan lain-lain. Di peringkat tempatan, workstation inijuga boleh dihubung dengan CD-ROM networkingdan juga bertindak sebagai terminal kepada sistempengkomputeran perpustakaan.

Dari workstation tersebut juga hubungan bolehdibuat kepada rangkaian dalam kampus, dalam negeridan negara luar. Profesional maklumat juga dapat

mengakses data luar perpustakaan serta dapatmembuat pertukaran data dan dapat berhubungmelalui mel elektronik (e-mail) di dalam dan luarnegara. Dengan itu, profesional maklumat dapatmeningkatkan lagi daya kreativiti dan mutu tugasserta cepat di dalam mengakses data dan maklumat.Walaupun begitu kebebasan yang diberikan perlulahdigunakan sebaik mungkin oleh profesionalmaklumat akademik. Ianya janganlah disalahgunakanwalaupun terdapat kemungkinan berlakunya keadaanini. Pengawasan yang baik dari pihak pengurusanmemungkinkan salahguna workstation atau komputerperibadi itu dapat dielakkan.

Profesional maklumat perlu memastikan tempat yangsesuai di dalam menempatkan terminal-terminalseperti OPAC (Online Public Access Catalogue).Begitu juga kedudukan internet, multimedia,terminal-terminal yang menempatkan stand-alonedatabase seperti GPO (General Periodicals On-Disc)dan BPO (Business Periodicals On Disc) ditempatkandi lokasi atau sudut yang sesuai. Saluran-salurantambahan dalam perpustakaan perlu untukmembolehkan kabel-kabel dipasang untukpenggunaan teknologi maklumat. Pemasangan kabeltambahan di luar bangunan mungkin dapat digunakanuntuk jaringan hubungan dengan kawasan luar.Profesional maklumat juga perlu menyediakan satujanakuasa back-up sekiranya bekalan elektrikterputus. Sistem UPS perlu ada untuk tujuanmengelakkan data dari hilang daripada pengkalandata.

Isu yang penting yang selalu timbul di perpustakaanakademik ialah di mana pelajar tidak tahumenggunakan peralatan teknologi maklumat. Hal inimenyebabkan timbulnya masalah kepada pelajar,pengguna-pengguna dan profesional maklumatsendiri. Sekiranya pelajar tersebut cuba mencarisendiri maklumat, sedangkan beliau tidak tahumenggunakan peralatan teknologi maklumat tersebut,boleh menyebabkan data akan hilang dankemungkinan peralatan teknologi maklumatmengalami kerosakan.

Terdapat juga pengguna yang boleh mencari bahanatau maklumat dengan menggunakan peralatan

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 8: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

teknologi maklumat. Tetapi isu yang timbul di siniialah mereka masih kurang mahir untukmenggunakannya. Ini akan menyebabkan data yangdiperoleh mungkin tidak lengkap. Artikel-artikel jugatidak dapat dicetak. Keadaan ini juga mungkinmenyebabkan perisian komputer akan rosak.Keadaan ini menyebabkan profesional maklumatterpaksa memberi tunjuk ajar kepada pengguna caramenggunakan peralatan tersebut. Sekiranya ramaipengguna yang kurang mahir atau tidak tahumenggunakan teknologi maklumat pada masa yangsama, maka ia akan menyulitkan pegawai yangbertugas untuk menyelesaikan masalah mereka. Olehkerana itu pegawai atau profesional maklumatbertugas perlu meminta pertolongan dari profesionalmaklumat lain sekiranya timbul masalah di atas.Dengan itu pelajar dapat mencari bahan ataumaklumat yang diperlukan oleh mereka.

Selain dari perkara yang dibincangkan di atas, faktor-faktor berikut boleh menyebabkan maklumat tidakboleh diperolehi atau dapat dikesan iaitu: -

i) Pengguna yang nakal boleh mengubahatau menggunakan configuration untuk

mengakses bahan pornografik. Inimemungkinkan berlaku kerosakankepada sistem komputer danmenyebabkan maklumat lain tidak dapatdiakses.

ii) Pengguna tidak tahu membuat pencarianatas talian, (online)

iii) Pengguna tidak tahu membuat pencariandengan menggunakan samada carakeyword search, index search, atauBoolean search.

iv) Pengguna tidak tahu menggunakanmultimedia dan mungkin menyebabkanberlaku kerosakan sistem. Ini bolehmenyebabkan maklumat tidak dapatdiperolehi.

Kesimpulannya, peranan profesional maklumat diperpustakaan akademik adalah penting sejajar denganstatus sesuatu institusi pengajian tinggi itu sendirisebagai pusat kecemerlangan ilmu dalam pelbagaibidang. Para profesional maklumat khususnya parapustakawan perlulah melengkapkan diri denganpengetahuan yang secukupnya untuk meningkatkanperkhidmatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 9: PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI ......PERANAN PROFESIONAL MAKLUMAT DI PERPUSTAKAAN AKADEMIK DI MALAYSIA Wan Ab. Kadir Wan Dollah* dan Asmad Rizal Umar** ABSTRACT This article …

RUJUKAN

Katz, William A. Introduction to reference workvolume I: basic information sources. 6th ed. NewYork: McGraw-Hill, Inc., 1992.

Knox, A. B. 'Continuing education of theprofessional'. In Lifelong education for adults:an international handbook. Oxford: PergamonPress, 1989.

Kohl, David F. Cataloging and catalogs: a handbookfor library management .California:. ABC-Clio,1986.

Line, Maurice B. Academic library management.London: Library Association, 1990.

Raja Abdullah Yaacob and Wan Ab. Kadir WanDollah. Self Instructional Material: Informationsources and management. Shah Alam: UiTM,2001.

Shera, Jesse H. The foundations of education forlibrarianship. New York: John Wiley and Son,Inc., 1972.

Wiegand, Wayne A. and Davis, D. G. Encyclopediaof library history. New York: Garland, 1994.

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2002 – Perpustakaan Negara Malaysia


Recommended