Date post: | 01-Dec-2015 |
Category: |
Documents |
Upload: | talapiapatin |
View: | 118 times |
Download: | 1 times |
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
PROFIL PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT
VISI
BERSAMA MENJANA PERKHIDMATAN BERKUALITI KE ARAH PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA MENJELANG 2012
(Together To Privide quality toward a world-class education system 2012)
MISI
MEMASTIKAN WARGA PENDIDIKAN DAERAH JERANTUT MENGGEMBELENG USAHA DENGAN KERJASAMA MASYARAKAT KE ARAH PENINGKATAN KUALITI PENDIDIKAN MELALUI PENGGUNAAN SUMBER YANG ADA KE TAHAP OPTIMUM
SLOGAN
” BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN “
(TOWARDS EXCELLENCE)
LOGO PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT
Logo merupakan satu tanda pengenalan kepada sesebuah organisasi, syarikat, atau
firma. Setiap logo melambangkan matlamat dan objektif sesebuah organisasi
tersebut. Logo juga dapat membezakan antara sesebuah organisasi dengan jabatan
yang lain disamping melambangkan corak pengurusan yang dijalankan oleh mereka.
Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut juga mempunyai logonya sendiri ( Gambar di
atas)
1
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
KONSEP DAN MAKNA LOGO
Rekabentuk logo berasaskan gelungan bujur berwarna biru melambangkan
dunia pendidikan yang bersifat universial, tanpa sempadan dan dinamik
menjadi agenda utama dalam gaya pengurusan warga Jabatan Pelajaran
Negeri Pahang.
Bentuk sepasang tangan berdoa dan membentuk pula ‘rehal’ menjadi simbol
kepada etika kerja cemerlang serta penghayatan agama dan nilai-nilai murni
yang sentiasa menjadi amalan setiap warga Jabatan Pelajaran Negeri
Pahang.
Di atas bentuk rehal, tersusun rapi buku berwarna putih dan hitam sebagai
simbol kepada kesediaan warga jabatan meningkatkan ilmu dan kemahiran
bagi mencapai kualiti kerja yang menjadi teras kepada kecermalangan
Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Sebelas jalur buku mewakili 11 Pejabat Pelajaran Daerah yang bernaung
dibawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang serta turut berkongsi
misi dan visi yang sama.
Bentuk atom di bahagian atas sebagai simbol sains dan teknologi moden
yang menunjukkan kesediaan Jabatan Pelajaran Negeri Pahang melakukan
perubahan bagi memastikan ia sentiasa relevan dengan kehendak semasa.
Warna biru simbol kepada kemahiran, kecekapan dan kerja efisyen warga
jabatan.
Warna kuning keemasan memberi makna kepada budaya kerja cemerlang
dan persekitaran kerya yang kondunsif, bermotivasi dan mesra pelanggan
2
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Warna putih adalah simbol kepada sifat ikhlas, amanah dan
bertanggungjawab warga jabatan di dalam melaksanakan tugas masing-
masing.
Warna putih hitam ( Bendera Negeri Pahang) menunjukkan bahawa Jabatan
Pelajaran Negri Pahang adalah salah satu agensi kerajaan yang bernaung di
bawah Negeri Pahang.
Slogan “KUALITI TERAS KECEMERLANGAN” menjadi asas kepada budaya
kerja jabatan Pelajaran negeri pahang dalam semua aspek perkhidmatan
yang ditawarkan.
”PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTU”
adalah nama rasmi kepada organisasi ini.
3
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
PIAGAM PELANGGAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KAMI WARGA KEMENTERIAN PELAJARAN DENGAN PENUH TEKAD DAN
ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH
TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK
1. Menyediakan sistem pendidikan yang terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Menentukan keluaran sistem pendidikan mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan ciri-ciri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3. Memberi peluang yang sama kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan untuk mendapat pendidikan yang sebaik-baiknya.
4. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
5. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas dan bijaksana.
6. Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, terlatih, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
7. Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi berteraskan piawaian-piawaian tertentu selaras dengan pengalaman perkhidmatan penyayang.
8. Memastikan Kementerian sentiasa peka dan responsive kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan- murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan.
9. Meningkatkan kegemilangan dan martabat profesion keguruan untuk menarik individu-individu yang terbaik menyertai perkhidmatan pendidikan.
4
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
KAMI WARGA PEJABAT PElLAJARAN DAERAH, DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:-
1. Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di daerah ini bagi memenuhi kehendak individu,masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
2. Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi ,komited, berdisiplin, bertanggungjawabdan produktif.
3. Memastikan semua kanak-kanak /pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan baru bermula.
4. Menentukan setiap guru dan kakitangan dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
5. Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan ,murid,guru,masyarakat( Ibubapa) dan negara/Kerajaan
6. Memberi layanan mesra ,perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
7. Memastikan semua dokumen dan permohonan yang berkaitan dengan kewangan,perkhidmatan dan perjawatan, yang dihantar melalui pejabat ini diproses dan dilanjutkan dalam masa 2 minggu dari tarikh diterima.
8. Menentukan segala surat aduan dan rayuan kepada pejabat pendidikan daerah diberi jawapan dalam masa 2 minggu dari tarikh diterima.
9. Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap , tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
10.Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat,cadangan,syor,dan teguran yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.
5
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
PEMANTAPAN ASPIRASI INI DICAPAI MELALUI:
Mewujudkan perkhidmatan bermutu yang cekap dan sesuai dengan
kehendak dan keperluan serta jangkaan pelanggan
Memastikan suasana perkhidmatan ikrar terjelma dalam semua aspek di
semua peringkat pegawai dan kakitangan dengan memberikan peluang
untuk mereka memperkembangkan bakat berkarya secara kreatif dan
inovatif sesuai dengan profesionalisme masing-masing;
Mewujudkan sistem pengawalan pelaksanaan kurikulum yang berkesan
mengikut ketentuan yang telah ditetapkan dalam Dasar Pendidikan
Negara melalui program dan aktiviti yang diatur, difahami, dihayati, dan
diusahakan bersama;
Mewujudkan piawai sistem pengawalan pelaksanaan dan pengurusan
perkhidmatan pentadbiran yang berdisiplin, cekap dan amanah serta
menepati setiap jangkaan pelanggan mengikut perkembangan teknologi
dan sistem pengurusan maklumat yang terkini;
Menjalin hubungan yang erat; berkesan dan aktif melalui suatu bentuk
jalinan hubungan secara kolaboratif dan partisipatif untuk mencapai hasrat
dan wawasan murni organisasi.
6
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
OBJEKTIF PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT
1. Melaksanakan pendidikan wajib dan menyediakan peluang pendidikan untuk semua orang.
2. Membangunkan potensi pelajar-pelajar serta membimbing mereka menjadi insan yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah.
3. Memastikan urusan perkhidmatan nasihat, bimbingan dan kebajikan dapat dimanfaatkan oleh pelajar.
4. Memastikan kemudahan infrastruktur sekolah diperlengkapkan mengikut keperluan.
5. Mengurus penempatan guru, peawai dan kakitangan sokongan mengikut keperluan sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.
6. Menguruskan pengisian jawatan Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan dan Ketua Bidang di sekolah-sekolah.
7. Menyediakan data dan maklumat pendidikan yang lengkap dan terkini.
8. Menyedia dan melaksanakan program latihan kepada guru dan kakitangan sokongan dengan berkesan.
9. Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
10. Memastikan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan sukan di sekolah serta dilaksanakan dengan berkesan.
11. Memastikan institusi pendidikan swasta dan institusi pendidikan tinggi swasta diurus dengan mengikut Akta Pendidikan.
7
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
12. Memastikan pentaksiran berasaskan sekolah yang berpusat dilaksanakan dengan cekap, lancar dan selamat.
13. Memastikan peruntukan kewangan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dimanafaatkan sepenuhnya mengikut prosedur yang ditetapkan.
14. Mengadakan permuafakatan dengan PIBG, agensi-agensi kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan untuk kemajuan pendidikan di Jerantut.
VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SEKOLAH BEBAS DADAH 2012
MISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat daripada sebarang ancaman najis
dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang berkesan
dalam memastikan murid bebas daripada pengaruh dadah.
LOGO UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
8
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Konsep dan makna logo:
Logo ini berasaskan bentuk segi tiga sama sebagai lambang kepada intitusi
sekolah yang dihasratkan agar menjadi tempat yang bebas dan selamat
daripada sebarang pengaruh negatif khususnya dadah.
Tiga sudut pada bentuk tersebut juga sebagai simbolik kepada 3 fungsi
penting Unit PPDa iaitu pendidikan pencegahan awalan, pengembangan dan
pengukuhan serta bimbingan dan pemulihan.
Bentuk dua bulan sabit dan bulatan yang disusun simbolik sebagai “insan”
atau modal insan yang menjadi produk utama bagi dilahirkan melalui
perancangan program Unit PPDa.
Warna biru yang digunakan memberi makna kepada pengetahuan dan
kemahiran yang diberikan kepada “insan” agar mencapai hasrat
membebaskan mereka daripada dipengaruhi najis dadah.
Warna merah bulan sabit mewakili daya tahan, gaya hidup sihat dan sikap
berani untuk berkata TIDAK kepada sebarang pengaruh negatif.
Warna kuning melambangkan kepada kecemerlangan yang ingin dicapai
dalam semua aspek kehidupan.
Sementara latar berwarna putih memberi makna kepada usaha membimbing
murid di sekolah agar memiliki nilai spiritual yang mantap sebagai “sanction”
kepada sebarang ancaman dan pengaruh negatif.
Slogan : Ke Arah Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.
MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah untuk
memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid, guru dan ibu bapa supaya
menjauhi najis dadah bagi merealisasikan hasrat menjadikan sekolah bebas
daripada ancaman dadah menjelang tahun 2012.
9
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan kemahiran pendidikan
pencegahan dadah dalam kalangan murid,guru dan ibu bapa.
Membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dari sudut
fizikal, emosi, mental dan rohani.
Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku
positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
Memastikan program pendidikan pencegahan dadah dijayakan secara
bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan terlibat dan badan bukan
kerajaan berkaitan.
FOKUS STRATEGIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PRINSIP PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DI SEKOLAH
10
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Semua sekolah menengah dan rendah melaksanakan program PPDa.
PPDa adalah untuk semua murid,guru,kakitangan sekolah dan ibu-bapa.
Pengetahuan,kemahiran,nilai,pengalaman,sikap dan kelakuan hendaklah selari dengan kehendak FPN.
Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jatidiri murid.
PPDa adalah tanggungjawab warga sekolah.
Program PPDa hendaklah menjurus ke arah “Sekolah Bebas Dadah”
11
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
STRUKTUR ORGANISASI UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHPEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT
12
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
EN ADNAN BIN ABDUL KADIR (DG52)
TIMBALAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH
EN FIRDAUS BIN SHUAIB (DG48)
EN ROSLI BIN MUBIN
KETUA UNIT SPK
EN. JAMALRUDIN BIN HJ. SAMSUDIN (DG41)
TN HJ NAZLAN BIN IDRIS
PEGAWAI KHAS PPDa
EN. MUHAMMAD FAIZ BIN HJ. MAHAYUDIN
KOSONG
GURU SUMBER PPDa (G7)
En. Omar bin Aziz - SMK Temin
En. Mohad Tari - SMK Damak
Pn. Roziana binti Rasidi - SK Damak
En. Abu - SK Temin
Pn. Rumaizah - SK Padang Piol
SJK ( C ) Batu Balai
SJK ( C ) Damak
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
SENARAI BIDANG TUGAS PEGAWAI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
1. Merancang, melaksana dan menilai semua program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah di daerah dan di sekolah- sekolah.
Mengawasi dan menyelaras semua program dan aktiviti yang berkaitan
dengan pendidikan pencegahan dadah di daerah dan sekolah-sekolah.
2. Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di daerah dan
sekolah- sekolah dengan mengumpul data dan maklumat terkini dalam
semua aspek pendidikan pencegahan dadah.
3. Melaksanakan program, aktiviti dan arahan yang dibuat oleh pihak
Kementerian dan Jabatan di daerah dan sekolah-sekolah mengenai
pendidkan pencegahan dadah.
4. Menganjurkan kursus, seminar, bengkel dan lain-lain program dan aktiviti
pendidikan pencegahan dadah untuk pelajar, guru, pekerja bukan guru dan
juga ibubapa di daerah masing-masing.
5. Menyediakan dan mengedarkan buku-buku, risalah-risalah pita video dan
lain-lain bahan elektronik yang berkaitan dengan pendidikan pencegahan
dadah ke sekolah sekolah.
6. Mengadakan lawatan penyeliaan ke sekolah-sekolah untuk memastikan pihak
sekolah melaksanakan program dan aktiviti pendidikan pencegahan
dadah sebagai- mana yang dirancang.
7. Mengadakan Ujian Urin di sekolah-sekolah untuk memastikan para pelajar
bebas dari penyalahgunaan dadah.
Menyediakan bahan-bahan sumber dan dokumentasi di daerah masing-
masing untuk rujukan pihak sekolah.
13
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
8. Merancang dan mengagihkan peruntukan kewangan Unit Pendidikan
Pencegahan Dadah Daerah untuk program dan aktiviti yang dirancang
di sekolah rendah dan menengah.
9. Merancang dan menguruskan program motivasi bagi para pelajar, guru,
kakitangan bukan guru dan ibubapa.
10.Mengesan dan menyelesaikan masalah dadah di kalangan pelajar, guru dan
kaki tangan bukan guru.
11.Menyediakan laporan lengkap mengenai program aktiviti pendidikan
pencegahan dadah dan pelajar, guru dan kakitangan bukan guru yang
terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
12.Bekerjasama erat dengan agensi-agensi luar yang berkaitan dengan
pendidikan pencegahan dadah.
13.Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Pelajaran Daerah dan menjalankan
tugas-tugas yang diarah dari semasa ke semasa.
14
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
PERANCANGAN STRATEGIK (KPI)UNIT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAHBIDANG PENCEGAHAN
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan bilangan sekolah melaksanakan Modul PROSIDAR
Bilangan sekolah melaksana program
10 20 32 40 45 48Taklimat pengurusan pengendalian modul PROSIDAR kepada Guru PPDa
Meningkatkan Bilik Sumber PPDa di sekolah
Bilangan Bilik Sumber yang diwujudkan
1 3Mengadakan taklimat kepada pentadbir sekolah
Meningkat bilangan Sudut / Lorong PPDa di sekolah
Bilangan Sudut / Lorong PPDa di sekolah
Mengadakan taklimat kepada pentadbir sekolah
15
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan bilangan sekolah melaksanakan Mesej Antidadah Dalam Perhimpunan Pagi
Bilangan sekolah melaksana program
Taklimat pengurusan kepada Guru PPDa
Meningkatkan bilangan sekolah melaksanakan Program PPDa Di Asrama
Bilangan sekolah melaksana program
Mengadakan taklimat kepada pentadbir sekolah
Meningkat bilangan Sisipan Mesej PPDa dalam aktiviti Kokurikulum
Bilangan program aktiviti kokurikulum
Mengadakan program bersama Unit Kokurikulum
16
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
BIDANG BIMBINGAN DAN PEMULIHAN
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan bilangan pelajar menjalani ujian urin
Bilangan pelajar yang diuji
Taklimat pengurusan pengendalian ujian urin kepada Guru PPDa
Meningkatkan bilangan sekolah yang diuji ujian urin
Peratus sekolah yang diuji 13 15 15 16 16
Mesyuarat Penyerlarasan Ujian Urin bersama AADK
Meningkatkan penurunan bilangan pelajar yang positif urin
Bialangan pelajar positif Ujian Urin
5 0 3 0 7 0Pelaksanaan program khusus di sekolah berisiko tinggi
17
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan bilangan pelajar menjawab soal selidik potensi diri
Bilangan pelajar yang diuji
456 Taklimat pengurusan pengendalian ujian kepada Guru PPDa
Meningkatkan bilangan pelajar menjalani Program Intervensi Pelajar
Bilangan pelajar yang menyertai Program PIP
3 Mengadakan sesi kaunseling bagi pelajar terlibat
18
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
BIDANG PEMBANGUNAN SUMBER
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan kemahiran Guru-guru PPDa
Peratus Guru PPDa yang mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
Mengadakan Program bersama dengan Unit Latihan
Bilangan Jurulatih Utama PPDa daerah
10Memberi peluang guru-guru PPda mengikut kursus bersama agensi luar
Pegawai dan Guru PPDa mengamalkan budaya kerja berkualiti
Bilangan kursus yang dihadiri
19
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan kemahiran Pegawai-pegawai PPDa
Bilangan Forum Pembangunan Staf Zon Pantai Timur
1 2 3 4 5 6Mengadakan Program bersama dengan Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri lain
Bilangan Pegawai PPDa mengguna pakai MPK dan Fail Meja
6 8 10 11 11 11Memberi taklimat pelaksanaan MPK dan Fail Meja kepada Pegawai PPDa Daerah
Meningkatkan kemahiran pengedalian Modul PROSIDAR
Bilangan guru yang mendapat pendedahan melalui kursus
48 Taklimat pengedalaian Modul PROSIDAR diperluaskan setiap sekolah
BIDANG PENERBITAN DAN PUBLISITI
20
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan Sebaran Informasi Maklumat PPDa di sekolah
Bilangan Bilik Sumber yang diwujudkan
Mengadakan taklimat kepada pentadbir sekolah
Bilangan Sudut / Lorong PPDa di sekolah
Mengadakan taklimat kepada pentadbir sekolah
Bilangan Pusat Akses PPDa Daerah
1 1 2 Berkerjasama dengan Unit Pembangunan PPD
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
21
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan Pencegahan Dadah
Meningkatkan bilangan pelaksanaan Pelancaran Minggu Antidadah di peringkat Daerah dan sekolah
Bilangan sekolah yang melancaran MAD
Mengedarkan surat siaran pelaksanaan pelancaran MAD
Meningkat bilangan sekolah yang mewujudkan Rakan PPDa
Bilangan sekolah yang mewujudkan Rakan PPDa
Mengadakan taklimat kepada guru PPDa dan pentadbir sekolah
BIDANG PENYELIDIKAN DAN PENILAIAN
MATLAMAT STRATEGIK
OBJEKTIF PETUNJUK PRESTASI
SASARAN INISIATIF(Program/Aktiviti)
22
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
UTAMA (KPI)TOV 2008 2009 2010 2011 2012
Meningkatkan Keberkesanan Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling
Memastikan guru-guru PPDa membuat Kajian Tindakan Kajian keperluan di peringkat sekolah
Bilangan guru yang melaksanakan kajian tindakan
Mengadakan bengkel kajian tindakan
Memastikan Pegawai PPDa Daerah membuat pemantauan ke sekolah
Peratus bilangan sekolah yang dipantau
Mengadakan pemantauan secara berkelompok
23
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
FOKUS STRATEGIK PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT TAHUN 2010
1.0 PENDAHULUAN
Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara
bersepadu melalui strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan,
Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah. Sasaran utama program
ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa. Pelaksanaan
program PPDa di sesebuah daerah atau sekolah, perlu berfokus kepada
permasalahan utama yang berlaku dan ini dapat dilaksanakan secara
berkesan melalui kajian keperluan atau kajian tindakan yang dijalankan.
2.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
2.1Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan
Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya
dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
2.2Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal,
emosi, mental dan rohani.
2.3Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
2.4Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan
masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
24
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
3.0 ANALISIS UJIAN URIN PELAJAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI
PAHANG
Ujian urin yang dilaksanakan dari tahun 2001-2008 di sekolah-sekolah
menengah negeri Pahang menunjukkan memang terdapat pelajar yang
terlibat menggunakan dadah. Walaupun bilangan yang terlibat adalah kecil,
namun ia boleh dijadikan asas bahawa pendidikan pencegahan awalan amat
perlu dilaksanakan di semua sekolah sebagaimana prinsip yang digariskan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia .( Rujukan : Buku Panduan
Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah : KPM : 2003 ).
ANALISIS UJIAN URIN PELAJAR NEGERI PAHANG 2001-2008
Tahun
Bil Sekolah Menengah
Jumlah Sekolah Terlibat
Bilangan Pelajar Diuji
Positif Klinikal
2001 148 47 31.8% 1187 21 1.8%
2002 153 69 45.1% 1975 53 2.7%
2003 164 71 43.3% 1966 23 1.2%
2004 165 77 46.7% 2226 20 0.9%
2005 171 95 55.6% 2260 3 0.1%
2006 175 137 78.3% 3461 5 0.5%
2007 175 109 61.2% 4633 5 0.1%
2008 180 169 94 % 6586 5 0.07%
25
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
ANALISIS DAPATAN SOAL SELIDIK POTENSI DIRI MURID ( UJIAN URIN 2008 )
Hasil dapatan soal selidik yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani ujian urin
sepanjang tahun 2008 bagi seluruh Negeri Pahang dapat dilihat seperti jadual di
bawah. Berdasarkan jadual di bawah angka menunjukkan ketagihan rokok di dalam
kalangan pelajar di sekolah menengah di Negeri Pahang masih di tahap
membimbangkan. 50 % daripada pelajar yang diuji mengaku mereka adalah
perokok. 33 % daripada mereka boleh dikategorikan sebagai perokok tegar kerana
merokok lebih tiga batang dalam sehari. Sementara 22 % daripada mereka pula
mengaku merokok di sekolah. Angka-angka tersebut menjadi petunjuk kepada pelan
perancangan strategik dalam pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah
di sekolah-sekolah bagi tahun 2009.
Oleh yang demikian, bagi tahun 2009, Unit PPDa meletakkan program pencegahan rokok sebagai fokus utama khidmat pendidikan pencegahan dadah di semua peringkat khususnya di peringkat sekolah. Bagaimanapun , arak dan inhalan juga akan diberi perhatian khusus dalam pelaksaanan program pendidikan pencegahan di peringkat sekolah.
26
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Dapatan di atas berasaskan kepada soal selidik potensi diri murid yang dijalankan semasa Program Ujian Pelajar Negeri Pahang sepanjang tahun 2008.
27
10.2
28.5
78.7
76.6
0 10 20 30 40 50 60 70 80
Tidak bersolat langsung
Bersolat 5 waktu
Anggap solat penting
Tahu bersolat dengan baik
Tahap penghayatan rohani murid
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
FOKUS STRATEGIK PELAKSANAAN PROGRAM PPDa
1. PENCEGAHAN
2. BIMBINGAN & PEMULIHAN
3. PEMBANGUNAN SUMBER
4. PENERBITAN & PUBLISITI
5. PENYELIDIKAN & PENILAIAN
6. PEMUAFAKATAN & PENYELARASAN
1.0 Pencegahan
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan
melindungi murid daripada terlibat dengan dadah. Murid perlu diberi
pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegahnya
daripada pengaruh dadah. Strategi pencegahan juga memberi
penekanan kepada usaha membangun modal insan yang mempunyai
kekuatan dan jati diri dalam pencegahan dadah. Bagi tahun 2009,
fokus pendidikan pencegahan awalan adalah kepada usaha mencegah
dan memulih pelajar-pelajar yang terlibat dengan ketagihan rokok dan
pencegahan kepada arak serta inhalan.
1.1 PROSIDAR ( Program Sifar Dadah Sekolah Rendah )
Memberi pendedahan dan memastikan semua sekolah rendah
melaksanakan Modul PROSIDAR kepada murid-murid.
Kandungan kimia beracun, kesan dan akibat kepada ketagihan
rokok,arak dan inhalan didedahkan kepada murid melalui
sisipan dalam P & P Mata Pelajaran PJK dan Pendidikan Moral.
1.2 Bilik Sumber / Sudut PPDa di sekolah.28
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Bilangan sekolah yang mewujudkan bilik / sudut sumber
PPDa di pertingkatkan.
Pengurusan khidmat PPDa di sekolah dikemas kini dan
ditambah nilai.
Pertandingan Pengurusan bilik / sudut sumber PPDa
diperluaskan di peringkat daerah dan diteruskan di peringkat
negeri.
Sudut pencegahan ”Dadah Pembuka Jalan” dikemaskini dan
ditambahnilai.
1.3 Mesej Antidadah Dalam Perhimpunan Pagi Di Sekolah
Pergerakan PKD dan Guru PPDa ( G7 ) ke sekolah-sekolah
bagi menyampaikan mesej antidadah akan dijadualkan.
Murid-murid berpotensi diberi lebih peluang menyampaikan
mesej antidadah secara kreatif di dalam perhimpunan pagi.
Pencegahan rokok,arak dan inhalan dijadikan subjek dalam
penyampaian mesej.
1.4 Program PPDa di Asrama Sekolah.
Pelaksanaan Program PPDa di asrama sekolah
dipertingkatkan dengan mewujudkan sudut sumber PPDa di
tempat strategik.
Ceramah / Mesej Antidadah dilaksana secara berterusan
dan dimasukkan dalam kalendar perancangan aktiviti
asrama sekolah.
1.5 Sisipan Mesej PPDa dalam aktiviti ko-kurikulum.
29
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Mesej antidadah juga disisipkan dalam program / aktiviti ko-
kurikulum yang sesuai bagi menyebarluas maklumat PPDa
kepada semua murid.
1.6 Program INTIM
Mesyuarat penyelarasan program INTIM bersama PPD,
AADK, Polis dan sekolah berkenaan dilaksanakan bagi
tujuan penyelarasan program.
Latihan Kejurulatihan perlu diperluaskan kepada guru-guru
INTIM yang baru.
Kem INTIM dicadangkan pelaksanaan diperingkat daerah
dan negeri bagi memberi lebih peluang penyertaan kepada
pelajar.
2.0 Bimbingan dan Pemulihan
Strategi ini memberi perhatian kepada murid yang berisiko dan dikesan
menjadi perokok tegar dan menyalahguna bahan-bahan terlarang yang
lain. Murid dalam kategori tersebut perlu melalui proses
kaunseling,bimbingan dan pemantauan yang berterusan supaya tidak
terus terlibat dengan tabiat negatif tersebut. Kaunseling
individu,kelompok dan keluarga secara berterusan akan mencegah
tabiat ketagihan tersebut bagi mengelak murid terlibat dengan
ketagihan dadah yang lebih berat seterusnya berupaya mengamalkan
gaya hidup sihat.
2.1 Program Ujian Urin Pelajar & Soal Selidik Potensi Diri Murid
30
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Bilangan murid dan sekolah yang menjalankan program ini
dipertingkatkan.
Soal-selidik melibatkan murid diuji dijalankan bagi
mengenalpasti corak tingkahlaku murid yang terlibat mencuba
dadah.
Berasaskan dapdatan soal-selidik di atas proses bimbingan dan
kaunseling PPDa dikemaskini dan dipantau.
Program intervensi diperluas kepada kumpulan sasaran lain
termasuk murid berisiko lelaki dan perempuan.
2.2 Program PIP
Program PIP dilaksanakan selepas selesai ujian urin peringkat
negeri manakala fokas pengisian perlu diberi penekanan
kepada aspek kerohanian.
Program intervensi diperluas kepada kumpulan sasaran lain di
peringkat daerah termasuk murid berisiko lelaki dan perempuan.
2.3 Klinik Berhenti Merokok
Pihak sekolah disarankan membimbing murid-murid yang
menjadi perokok tegar meninggalkan tabiat tersebut.
Program Klinik Berhenti Merokok yang dilaksanakan di SMK
Maran 2, Maran boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam
pelaksanaan program tersebut.
3.0 Pembangunan Sumber
Keberkesanan pelaksanaan program PPDa di semua peringkat berkait
rapat dengan kesediaan sumber tenaga manusia yang
mencukupi,mahir dan terlatih. Latihan lanjutan dalam pelbagai disiplin
adalah perlu dalam menentukan keberkesanan pengurusan dan
kemajuan sumber tenaga manusia.
31
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
3.1 Forum Pembangunan Staf Zon Timur ( FPSZT )
Memastikan PKD dan Guru Sumber PPDa ( G7 ) di negeri
Pahang mendapat manfaat melalui perkongsian maklumat
dan pengalaman melibatkan pegawai-pegawai PPDa negeri
Pahang, Terengganu dan Kelantan.
3.2 Latihan Kejurulatihan PROSIDAR
Memastikan guru-guru di semua daerah mendapat
pendedahan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan Modul PROSDAR di sekolah rendah.
3.3 Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
Memastikan Pegawai-pegawai PPDa negeri dan daerah
menggunapakai MPK dan Fail Meja bagi meningkatkan
tahap profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.
Pendekatan yang sama diperluaskan ke sekolah-sekolah.
3.4 Seminar/Kursus Guru-guru PPDa
Penganjuran seminar atau kursus di peringkat daerah dan
negeri bagi memberi input terkini berkaitan dengan
pendidikan pencegahan.
3.5 Seminar PIBG
Seminar perlu berfokas kepada penyampaian maklumat
terkini kepada ibu bapa khususnya AJK PIBG mengenai
peranan dan tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah
melaksanakan program pencegahan di sekolah.
32
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
4.0 Penerbitan dan Publisiti
Strategi ini amat penting dalam usaha menyebarluas maklumat PPDa
kepada kumpulan sasaran termasuk guru,murid dan ibu bapa.
Penerbitan bahan seperti video,buletin,risalah dan buku panduan akan
dapat meningkatkan lagi kesedaran publik terhadap ancaman dadah.
Bahan-bahan pameran juga dipertingkatkan di bilik dan sudut sumber
PPDa sekolah.
4.1 Pelancaran Minggu Antidadah Kebangsaan di Semua
Peringkat.
Pelancaran peringkat negeri akan dilaksanakan sebagai
memulakan gerak kerja PPDa di semua peringkat.
PPD dan sekolah-sekolah diminta turut mengadakan
pelancaran di peringkat masing-masing.
4.2 Karnival PPDa
Kesenian adalah salah satu medium yang sangat berkesan
dalam menyampaikan maklumat atau mesej antidadah
kepada pelajar.
Penyelarasan program karnival ini secara bersama
diperlukan bagi memastikan impak yang lebih meluas di
peringkat daerah dan negeri.
4.3 Pusat Akses PPDa Daerah
Pusat ini akan dipastikan dapat berfungsi sebagai pusat
akses maklumat di samping menyediakan alat/bahan
pameran kepada pihak sekolah dan pihak yang berkaitan.33
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Kit bahan pameran dihasilkan untuk tujuan yang sama.
4.4 Penerbitan Buletin PPDa
Penerbitan buletin merupakan wadah terbaik bagi
menyampaikan maklumat antidadah kepada kelompok
sasaran iaitu pelajar.
Kerjasama PKD dan AADK daerah menerbitkan buletin
sebulan sekali dalam menyalurkan maklumat aktiviti di
peringkat daerah.
4.5 Penerbitan Jurnal
Menerbitkan hasil kajian terbaik dalam bentuk jurnal sebagai
sumber maklumat dan rujukan dalam melaksanakan
program PPDa yang lebih berkesan.
4.6 Rakan PPDa / Pengawas PPDa
Melantik murid berpotensi sebagai “Rakan PPDa” /
Pengawas PPDa di setiap sekolah sebagai agen penyebar
maklumat PPDa di sekolah.
5.0 Penyelidikan dan Penilaian
Penyelidikan dan kajian menjadi pemangkin kepada keberkesanan
pelaksanaan program PPDa terutama di peringkat sekolah. Kajian
epidemiokologikal atau perkembangan masalah dadah semasa akan
menjadi asas bagi memperkasa program PPDa di semua peringkat.
Penilaian dan pemantauan program PPDa juga perlu dijadual dan
dilaksana secara berterusan.
5.1 Pemantauan
34
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Pegawai Khas Dadah dikehendaki melaksana program
“Coaching & Mentoring” terutama bagi sekolah-sekolah
berisiko tinggi.
5.2 Kajian Tindakan
Membuat Kajian Tindakan / Kajian Keperluan berkaitan
dengan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
6.0 Pemuafakatan dan Penyelarasan
Usaha pemuafakatan dan kerjasama pintar dengan agensi-agensi
berkaitan perlu dipertingkatkan. Strategi ini penting bagi meningkatkan
impak dan keberkesanan program PPDa yang dilaksanakan. Tindakan
juga perlu dibuat supaya semua agensi yang terlibat dalam
perancangan dan pelaksanaan program pencegahan awalan dapat
diselaraskan.
6.1 Mesyuarat Penyelarasan Tindakan
Memastikan mesyuarat ini dapat diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun
bagi menyelaras program-program yang dirancang bersama melibatkan
agensi berikut :
AADK Negeri Pahang
Jabatan Kesihatan Pahang
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang
Pengurusan FELDA wilayah
Jabatan Belia Dan Sukan Pahang
Jabatan Agama Islam Pahang
Majlis Juvana Negeri Pahang
Bahagian Keselamatan Negara Negeri Pahang
PEMADAM
DIC
35
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Pengasih
Agensi agensi lain yang berkaitan.
6.2 Lawatan Penanda Aras
Mengadakan lawatan penanda arasan bersama sama ada
dalam negeri atau luar negara bagi tujuan peningkatan ilmu.
7.0 PROGRAM PPDa PERINGKAT NEGERI
7.1 Pelancaran Minggu Antidadah
7.2 Program Gerak Sedar Bersepadu (PROGRES)
7.3 Jambori SLAD
7.4 Karnival PPDa
7.5 Program Nafas Segar
7.6 Program Tunas PPDa
7.7 Program Sahabat PPDa PERTRONAS
7.8 Seminar PPDa Tingkatan 6 Rendah
7.9 Program Orientasi Pelajar Risiko Lelaki
7.10 Program Orientasi Pelajar Risiko Perempuan
7.11 Kem INTIM
7.12 Kursus Profesional Guru-guru PPDa
7.13 Kursus Profesional Guru-guru Pendidikan Islam
7.14 Latihan Kejurulatihan PROSIDAR
7.0 RUMUSAN
36
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Adalah diharapkan melalui kerjasama padu antara Jabatan Pelajaran
Pahang dan Agensi berkaitan akan menjadi pemangkin ke arah
keberkesanan program pencegahan yang lebih berkesan di peringkat daerah
dan negeri. Kejayaan dan keberkesan program yang dirancang adalah
bergantung kepada kerjasama semua pihak terutama peranan Pegawai Khas
Dadah Daerah dan guru-guru PPDa di peringkat sekolah yang menjadi
tunggak dan penggerak kepada kejayaan program pencegahan dadah.
Usaha pemuafakatan dan kerjasama pintar perlu diteruskan dan
dipertingkatkan pula melalui kerjasama dengan pelbagai agensi yang
berkaitan bagi mencapai Visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu “Sekolah
Bebas Dadah 2012”.
37
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
TAKWIM PERANCANGAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2012
Negeri Pahang
BIL PROGRAM / AKTIVITITARIKH TEMPAT SASARAN JUMLAH
1 Mesyuarat Jawatankuasa PPDa M 2 / Jan Bentong KU SPK / PKD 26
2 Mesyuarat Pelarasan Bersama AADK M 4 / Jan JPNP PKD / AADK 26
3 Bengkel Pengurusan e-PPDa M 4 / Jan JPNP PKD 15
4 Mesyuarat / Taklimat Pemantauan M 4 / Jan JPNP PKD 15
5 Mesyuarat Pengurusan S/U PPDa Daerah Feb Semua Daerah SM / SK
6 Pelancaran Minggu Antidadah 19 Feb Cameron Highlands PKD 15
7 Pemantauan Berfokus Pengurusan PPDa Feb - Nov Semua Daerah SM / SK
8 Ujian Urin Feb - Mac Semua Daerah Sekolah Menengah 15
9 Mesyuarat Pelarasan Data Urin 1/2010 M 1 / April Kuantan PKD 15
10 Program PPDa di Sekolah Orang Asli M 1 / April Kuantan Sekolah Rendah
11 TOT Fasilitator Guru Sahabat PPDa PETRONAS M 2 / April Rompin Guru
12 TOT Fasilitator Pelajar Sahabat PPDa PETRONAS M 4 / April Pekan Pelajar
13 Program Sahabat PPDa PETRONAS M 2 / Mei Kuantan Guru / Pelajar
14 Mesyuarat Pelarasan Data Urin 2/2010 M / 2 Jun Bera PKD 15
15 Penilaian Bilik / Sudut Sumber PPDa Jun Semua Daerah SM & SK 15
16 Penilaian Sudut Sumber PPDa di Asrama Jun Semua Daerah Sekolah Berasrama 15
38
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
17 Mesyuarat Pelaporan Pertengahan Tahun M 1 / Julai Lipis PKD 15
18 Program Intervensi Pelajar (PIP) M 2 – M 4 Julai AADK Sekolah Menengah
19 Program INTIM M 2 – M 4 Julai AADK Sekolah Rendah
20 Seminar PIBG Ogos Semua Daerah Ibu Bapa
21 Mesyuarat Pelarasan Data Urin 3/2010 M 1 / Nov AADK PKD / AADK 26
22 Mesyuarat Pelaporan Program PPDa 2010 M 1 / Nov Maran KU SPK / PKD 26
23 Mesyuarat Perancangan Program PPDa 2011 M 2 / Dis Raub PKD 15
39
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
TAKWIM PERANCANGAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH TAHUN 2012
Daerah Jerantut
BIL PROGRAM / AKTIVITITARIKH TEMPAT SASARAN JUMLAH
1 Pemantauan Berfokus Pengurusan PPDa Jan - Nov SM/SK Men/Ren 64
2 Mesyuarat Pengurusan S/U PPDa Feb PPDJ S/U PPDa 64
3 Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Feb - Okt SK Ren 48
4 Ceramah Dan Ujian Urin Pelajar Sekolah Menengah Jan - April Sekolah Menengah Men 16
5 Pelancaran Minggu Anti Dadah 19 Feb Semua Sekolah Men/Ren 64
6 Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG Feb - Ogos Semua Sekolah Ibu Bapa 64
7 Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) Feb - Nov Sekolah Menengah Men 16
8 Pemantauan Pengurusan Bilik Sumber PPDa Sekolah Feb - Nov SM/SK Men/Ren 64
9 Penilaian Bilik Sumber PPDa Daerah / Negeri Jun SM/SK Men/Ren 64
10 Program PPDa di Asrama Feb - Nov Sekolah Berasrama Men/Ren 18
11 Penilaian Sudut Sumber PPDa di Asrama Jun SM/SK Men/Ren 18
12 Program Intervensi Pelajar (PIP) M 2 – M 4 Julai AADK Sekolah Menengah 16
13 Program INTIM M 2 – M 4 Julai AADK Sekolah Rendah 7
14 Mesyuarat Pelaporan 2010 & Perancangan 2011 Okt PPDJ S/U PPDa 64
PERANCANGAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAERAH JERANTUT TAHUN 2012
40
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
Carta Gant
BIL PROGRAM / AKTIVITI J F M A M J J O S O N D
1 Mesyuarat Pengurusan PPDa
2 Ceramah Dan Ujian Urin Pelajar Sekolah Menengah
3 Pelancaran Minggu Anti Dadah Daerah/Sekolah
4 Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)
5 Seminar Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG
6 Pemantauan Berfokus Pengurusan PPDa
7 Pengurusan Bilik Sumber PPDa
8 Pertandingan Bilik Sumber PPDa Daerah/Negeri
9 Program PPDa di Asrama
10 Penilaian Sudut Sumber PPDa di Asrama
11 Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
12 Program Intervensi Pelajar (PIP)
13 Program INTIM
41
Perancangan Eksekutif PPDa 2012
42