+ All Categories
Home > Documents > Perlembagaan Demokrasi Raja Bplmbagaan

Perlembagaan Demokrasi Raja Bplmbagaan

Date post: 02-Oct-2015
Category:
Upload: indra7715
View: 228 times
Download: 3 times
Share this document with a friend
Description:
politik
33
This is the html version of the file http://notes.ump.edu.my/cmlhs/IMAD- UHM1012/KONSEP%20DEMOKRASI(hang%20tuah%20global).ppt . Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web. UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL) 1 UHM 1012 PENGAJIAN MALAYSIA DEMOKRASI THE HANG TUAH GLOBAL M R . I M A D U D D I N UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL) 2 T H E H A N G T U A H M E M B E R S AFIQ B. HAMDAN (MH05033) MOHD SYAZRIN B. SOPNAN
Transcript

This is the html version of the file http://notes.ump.edu.my/cmlhs/IMAD-UHM1012/KONSEP%20DEMOKRASI(hang%20tuah%20global).ppt.Google automatically generates html versions of documents as we crawl the web.

UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

1

UHM 1012 PENGAJIAN MALAYSIA DEMOKRASI THE HANG TUAH GLOBAL M R . I M A D U D D I N UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

2

T H E H A N G T U A H M E M B E R S

AFIQ B. HAMDAN

(MH05033)

MOHD SYAZRIN B. SOPNAN

(MH05020)

MOHD ADIB B. ALIAS

(MH05029)

MOHD NAJMI B. MOHAMAD

(MH05017)

FYROZ ZIFFA B. MOHD MUSTAFA KAMAL

(MH05019)

UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

3

JADUAL TUGASAN KAMI -Maklumat dimasukkan ke dalam komputer

KOLEJ KEDIAMAN2100-0100

KEEMPAT

3M-mengumpul,menyusun, mengemaskini

KMC1400-1700

KETIGA

-Perbincangan pertama-Maklumat mula dicari

KOLEJ KEDIAMAN2200-0000

KEDUA

-Suaikenal -Pembahagian tugas

KAFE 1500-1700

PERTAMA

AKTIVITI

TEMPAT & MASA

MINGGUUHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

4

PEMBAHAGIAN TUGAS MENCARI MAKLUMAT

MENYEMAK SEGALA MAKLUMAT DAN MENGESAHKAN PERSEMBAHAN POWER POINT

FYROZ ZIFFA B. MOHD MUSTAFA KAMAL

MENCARI MAKLUMAT

MEMASUKKAN DATA KE DALAM KOMPUTER

MOHD NAJMI B. MOHAMAD

MENCARI MAKLUMAT

MEMASUKKAN DATA KE DALAM KOMPUTER

MOHD ADIB B. ALIAS

MENCARI MAKLUMAT

MENGEMASKINI MAKLUMAT

MOHD SYAZRIN B. SOPNAN

MENCARI MAKLUMAT

MENGEMASKINI SEGALA MAKLUMAT

AFIQ B. HAMDAN

TUGASAN

NAMAUHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

5

Istilah demokrasi berasal daripada perkataan

Greek, iaitu demos dan kratos. Demos bermaksud rakyat dan kratos bermaksud pemerintahan. Konsep demokrasi dikatakan telah diasaskan oleh kerajaan Greek Purba (abad ke-4 M). Konsep demokrasi ini dikembangkan pula

oleh beberapa orang cendekiawan Greek seperti Socrates, Plato, Aristotle dan Pericles.

K O N S E P D E M O K R A S I UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

6

AMALAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Malaysia telah mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi sejak kemerdekaan sehingga hari ini.

Konsep demokrasi yang diamalkan di Malaysia adalah sama dengan apa yang diamalkan oleh negara lain yang mengamalkan pemerintahan bercorak demokrasi, iaitu suatu pemerintahan yang menggunakan suara rakyat dalam menentukan pemimpin negara atau tampuk pemerintahan.

UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

7

PRINSIP UTAMA SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

RAJA BERPELEMBAGAAN

Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Ketua Negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong(YDPA).

Perlantikan YDPA dibuat oleh Majlis Raja-raja secara bergilir-gilir selepas lima tahun.

YDPA memegang kuasa tertinggi dalam pentadbiran negara seperti perundangan, pentadbiran, kehakiman, ketenteraan dan sebagainya.

UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

8

Kuasa pentadbiran di peringkat negeri dipegang oleh raja/sultan sebagai Ketua Negeri manakala di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, dan Melaka digelar Yang Dipertua Negeri.

Sebagaimana YDPA, sultan juga memerintah mengikut kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Tugas sultan sebagai Ketua Negeri menurut Perlembagaan ialah memanggil, menangguh, dan membubarkan Dewan Undangan Negeri tetapi tiada kuasa untuk mengisytiharkan darurat.

Disamping itu Ketua Negeri dilantik menjadi Ketua Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu di negerinya.

K E T U A N E G E R I UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

9

Parlimen melambangkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen kerana wakil-wakil yang di lantik adalah melalui pilihan raya (suara majoriti) .

PARLIMEN UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

10

Struktur Dan Keanggotaan Parlimen

DEWAN RAKYAT Berperanan sebagai tempat untuk membahas rang undang-undang

DEWAN NEGARA Merangka rang undang-undang

UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

11

Pilihan raya umum diadakan untuk memilih wakil-wakil Parlimen untuk menerajui pemerintahan negara dan memilih wakil-wakil Dewan Undangan Negeri untuk mengetuai kerajaan Negeri. Dijalankan setiap 5 tahun sekali

Pengundi mestilah berumur 21 tahun keatas

Bermastautin didalam suatu kawasan pilihan raya dan tidak seorang pun boleh mengundi lebih daripada satu bahagian pilihan raya dalam pilihan raya yang sama

PILIHAN RAYA UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

12

PROSES PILIHAN RAYA DI MALAYSIA

SPR menetapkan tarikh penamaan calon dan mengundi

Penamaancalon

Menyiapkan manifesto

Kempen pilihan raya

SPR memberitahu tempat mengundi dan tempat mengira undi

Tempat mengundi

Diberi kertas undi

Memangkah calon yang dipilih Kertas undi dimasukkan

ke dalam peti undi

Tempat mengiraundi

Pegawai Pilihan Raya Kawasan mengumumkan keputusan pilihan rayaUHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

13

Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berpalimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan,hak dan sebagainya.

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini di kenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

PERLEMBAGAAN UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

14

CORAK PEMERINTAHAN.... UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

15

Sistem demokrasi telah dapat mewujudkan suasana politik yang stabil, aman, dan makmur.

Kewujudan seorang raja berpelembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini.

Kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah terhadap golongan minoriti kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa akan datang.

KESIMPULAN UHM 1012 (HANG TUAH GLOBAL)

16

TERIMA KASIH

MERCI

SYUKRAN

GRACIAS

ARIGATO GOZAIMAS

Pengenalan

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Struktur Parlimen MalaysiaParlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-1.Yang Di-Pertuan Agong2.Dewan Negara3.Dewan RakyatSejarah Bangunan Parlimen Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen, bangunan yang menjadi simbol kepada dasar-dasar demokrasi yang diamalkan. Dasar-dasar ini pula merupakan hak dan tanggungjawab rakyat memerintah negara mereka sendiri, kebebasan setiap rakyat menyatakan pendapatnya, kebebasan menganut agamanya, keadilan hak yang sama di sisi undang-undang dan hal memiliki harta benda. Maka pada September 1962 sebuah bukit pada paras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks yang menelan belanja RM18 juta ini adalah hasil ilham Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama. Perletakan batu asas telah dilakukan oleh Duli Yang Teramat Mulia Sri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Persekutuan Tanah Melayu Yang Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail D.S.M, S.M.N. DK (BRUNEI) pada 31 Ogos 1962 bersamaan 1 Rabiulakhir 1382 seterusnya menandakan kerja-kerja pembinaan telah dimulakan. Pada 21 November 1963 Baginda sekali lagi diberi penghormatan untuk merasmikan pembukaan bangunan ini. Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu :- a.Bangunan Ibu (3 tingkat)b.Menara (17 Tingkat)Bangunan Ibu Bangunan 3 tingkat ini disebut juga sebagai Bangunan Utama. Di dalam bangunan inilah dua dewan persidangan negara iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara dibina. Di tingkat pertama dibina kantin berhampiran bilik wartawan dan juga bilik jamuan Ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi memudahkan pegawai-pegawai, wartawan-wartawan dan tetamu yang hadir ketika persidangan Parlimen untuk makan dan minum. Reka bentuk Dewan Negara adalah sama dengan Dewan Rakyat tetapi ruangnya kecil sedikit. Bagaimanapun Dewan Negara mempunyai keistimewaannya tersendiri. Jendela-jendelanya lutsinar dengan corak Islam asli daripada mozek merah dan biru. Di tingkat bawah bangunan ini pula terletak bilik rehat diraja, sebuah surau bulat yang boleh memuatkan 100 jemaah dan sebuah dewan jamuan besar yang boleh memuatkan 500 orang. Saiz dewan Rakyat di atasnya. Di tingkat kedua pula terdiri daripada dua anjung yang berasingan. Di anjung kiri terdapat dua buah bilik jawatankuasa yang besar. Tiap-tiap bilik mampu memuatkan 30 orang. Selain daripada dua bilik besar terdapat empat bilik kecil yang boleh memuatkan 12 orang. Terdapat juga pejabat-pejabat dan tempatberehat bagi pegawai-pegawai kerajaan serta Persatuan Parlimen Komanwel. Di anjung kanan terdapat dua bilik makan. Satu bilik khusus untuk Ahli-ahli Parlimen dan yang lainnya untuk tetamu-tetamu serta pegawai-pegawai kerajaan. Ruang dapur terletak di antara dua bilik makan ini. Dapur ini mampu menyediakan makanan bagi 1000 orang tetamu dalam satu masa. Bahagian tengah tingkat kedua ini diselubungi oleh bumbung Dewan Rakyat. Ia dijadikan Taman Sari iaitu tempat Ahli-ahli Parlimen berehat semasa persidangan.

MenaraMenara setinggi 17 tingkat ini terletak di hadapan bangunan ibu, Ia bersambung ke bangunan utama melalui sebuah jambatan dan di dalamnya ditempatkan pejabat para menteri dan ahli -ahli Parlimen yang lengkap dengan segala kemudahan seperti kerusi meja dan pembesar suara ketika sesuatu persidangan berlangsung.

Di tingkat dua menara ini terdapat ruang tempat duduk yang menghala ke arah permandangan padang perbarisan dimana acara sambutan rasmi Parlimen diadakan. Di tingkat enam belas pula terdapat ruang lapang yang menghala ke arah keindahan permandangan sekeliling kawasan Parlimen. Di menara inilah majlis-majlis tidak rasmi diadakan. Keistimewaan Bangunan Parlimen

Keseluruhan bangunan Parlimen ditutupi dengan kaca yang boleh menyerap haba dan meresapkan cahaya. Kawalan terhadap sinaran matahari dilakukan dengan menutup seluruh bangunan ini dengan terawang berukir yang diperbuat daripada batu konkrit tempatan dan dipasang bahagian demi bahagian. Terawangyang berbentuk sarang lebah itu menambahkan lagi kehebatan bangunan ini.Pada keseluruhannya lebih daripada sejuta batu-bata, 2,000 tan besi waja, 54,000 tan konkrit, 200,000 kampit simen dan 3000 tan kaca telah digunakan untuk membina kompleks Parlimen. Sistem pembahagian air yang membekalkan air kolam dan pancurannya merupakan satu lagi ciri keistimewaan bangunan Parlimen di mana air akan mengalir melalui dua sistem yang berangkai. Ia bermula di bahagian bumbung bangunan membawa ke seluruh kompleks. Airnya pula diwarnakan dengan warna biru untuk menjauhkan lumut dan lumpur. Selain daripada keistimewaan pada bangunannya, kompleks Parlimen turut dihiasi dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan dan binatang peliharaan. Pohon-pohon kayu yang jarang ditemui seperti pohon berlian, mata kuching, berangan, nam-nam, selarat dan pohon tamar diimpot khas dari Arab Saudi untuk dipelihara di kawasan sekitar.Di sebelah kawasan kompleks Parlimen terdapat kawasan lapang yang dijadikan Taman Rusa yang menjadi tempat pemeliharaan berpuluh-puluh ekor spesis rusa Tootal. Spesis rusa ini sememangnya jarang didapati di benua Asia. Rusa-rusa ini dibiarkan bergerak bebas di dalam kawasan lapang taman yang dibatasi oleh sempadan kompleks Parlimen.

Hak Cipta Terpelihara

Parlimen Malaysia, Bangunan Parlimen,

50680 Kuala Lumpur.

Tel: 603-20721955, Email: [email protected]

Maklumat Umum

Dewan Negara terdiri daripada seramai 70 orang ahli. Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:- 26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).

44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.

Untuk layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah:- warganegara Malaysia

tidak kurang dari 30 tahun

waras fikiran

bukan seorang muflis

tidak mempunyai rekod jenayah

Jawatan itu hendaklah dipegang selama satu penggal (tiga tahun) dan boleh disambung sebanyak satu penggal lagi, sama ada dilantik pada peringkat Persekutuan atau pemilihan pada peringkat negeri. Kedudukan Dewan Negara tidak berubah dengan pembubaran Parlimen. Ahli-ahli Dewan Negara dilantik atau dipilih dari kalangan mereka yang menyumbang khidmat yang cemerlang atau telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing, dalam perdagangan, industri, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau merupakan wakil kumpulan bangsa minoriti ataupun berkebolehan menjaga kepentingan orang-orang asli.Setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahan Perlembagaan.Maklumat Umum

Dewan Rakyat mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:- warga negara Malaysia tidak kurang dari 21 tahun waras fikiran bukan seorang muflis tidak mempunyai rekod jenayah

Seorang ahli tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam satu masa.

Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Parlimen, setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Negara. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.Penjajahan dan perluasan kuasa British di Tanah Melayu bermula secara serius pada abad ke-18.

Ini terjadi apabila strategi memanipulasi perjanjian yang dibuat oleh Francis Light dengan Sultan Abdullah pada tahun 1786 yang berakhir dengan penaklukan Pulau Pinang atau dijenamakan sebagai Prince of Wales Island.

Inisiatif awal penjajahan ini akhirnya berjaya membentuk Negeri-Negeri Selat yang terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pembentukan tersebut adalah bertujuan untuk menyeragamkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan British di Tanah Melayu.

Maka, ia telah sedikit sebanyak menukar corak pentadbiran awal di Tanah Melayu kepada corak pentadbiran yang bersumberkan kepada autoriti di London.

Berikut adalah struktur pentadbiran Negeri-Negeri Selat;

Selepas tahun 1874, British telah bertindak secara agresif untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.

Revolusi Perindustrian yang berlaku di British telah menguatkan lagi hasratnya untuk menguasai negeri-negeri Tanah Melayu yang sarat dengan hasil mahsul sumber alam.

Tambahan pula, ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu turut mengundang dan mengizinkan agenda British di Tanah Melayu.

British telah mula memperkenalkan konsep Residen dan Persekutuan disetiap negeri jajahannya iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Walaupun begitu, sistem ini mempunyai kelemahan yang disebabkan oleh kawalan pentadbiran Gabenor yang lemah, krisis kewangan yang melanda, masalah perhubungan dan krisis keselamatan.

Maka, bagi mengatasi masalah ini, British telah menyatukan negeri-negeri tersebut dan disebut sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Berikut adalah struktur pentadbiran Persekutuan 1896;

Justeru, pengenalan sistem pentadbiran ini telah menyebabkan kuasa pemerintahan sultan terhakis dan penglibatan orang-orang Melayu dalam pengukuhan pentadbiran negeri dihadkan.

Pembentukan Persekutuan ini menunjukkan bahawa kuasa utama pentadbiran dan pemerintahan di Tanah Melayu tidak lagi berada dibawah bidang kuasa sultan dan residen secara langsung, sebaliknya adalah Residen Jeneral yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Negeri-negeri lain yang tidak termasuk di dalam Negeri-Negeri Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat ini diklasifikasikan sebagai Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor.

Ia terdiri daripada Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Perjanjian demi perjanjian dimeterai diantara British dan Sultan diatas beberapa faktor yang meruncing, maka impaknya kesemua Negeri-Negeri Melayu Utara dan Johor ini telah terpaksa menerima Penasihat British di negeri masing-masing pada tahun 1914.

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942 telah melumpuhkan kekuasaan dan kekuatan pemerintah.

Jepun telah mengamalkan satu dasar pemerintahan yang zalim dan kejam sehingga wujudnya penentangan yang jelas terutamanya daripada kumpulan Tentera Rakyat Tanah Melayu Anti Jepun (MPAJA) atau dikenali juga sebagai Bintang Tiga.

Setelah Jepun ditewaskan pada tahun 1945, kumpulan Bintang Tiga telah berusaha menyebarkan fahaman komunis dan membentuk Parti Komunis Malaya (PKM).

PKM telah melancarkan satu pemberontakan bersenjata untuk menentang Persekutuan Tanah Melayu kerana mereka ingin menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pemberontakan ini meninggalkan kesan yang dahsyat sehingga Tanah Melayu mengalami kelumpuhan ekonomi disamping ketidakstabilan politik yang tergugat.

Maka, pada 23hb Jun 1948, Kerajaan British telah mengisytiharkan darurat ke atas seluruh Persekutuan Tanah Melayu.

Akhirnya, PKM juga telah ditumpaskan oleh British Military Administration (BMA). Kemudian, pihak British memperkenalkan Malayan Union pada 1hb April 1946 di Kuala Lumpur.

Gagasan ini menunjukkan dengan jelas penjajahan mutlak oleh pihak British ke atas Tanah Melayu terutamanya dari aspek pemerintahan negara yang telah mengabaikan peranan sultan sebagai ketua negara.

Oleh sebab itu, penentangan berterusan terhadap gagasan ini akhirnya membuahkan hasil melalui konfrontasi dan meja rundingan. Kemudian, British bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1hb Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union.

Sebelum menuju ke arah usaha-usaha membentuk kerajaan sendiri dan mengembalikan status quo serta merintis kemerdekaan, beberapa pilihanraya telah diperkenalkan dan diadakan bersama seluruh rakyat.

Di antara pilihan raya yang pernah dijalankan adalah Pilihan raya Majlis Bandaran pertama yang diadakan pada Disember 1951, Pilihan raya Negeri pada 1954 dan Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan pada 27 Julai 1955.

Seterusnya, satu suruhanjaya telah dibentuk pada tahun 1956 yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid. Suruhanjaya ini telah diberikan mandat untuk menggubal perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perjanjian London 1956.

Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini mengambil kira beberapa aspek iaitu mewujudkan sebuah kerajaan pusat, negara yang berlandaskan prinsip demokrasi, kedudukan raja-raja Melayu dan perhubungan diantara kaum.

Di antara perkara-perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 setelah dipinda adalah merangkumi Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, pembentukan Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menyatakan dengan jelas Ketua Kerajaan adalah Perdana Menteri dan beliau dibantu oleh jemaah kabinet.

Maka, dengan terbentuknya perlembagaan ini, Tanah Melayu secara rasminya mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan meletakkan Raja sebagai Ketua Negara.

Tiga badan utama yang membentuk sistem pemerintahan Kerajaan Malaysia ialah Badan Legislatif, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.

Sistem politik di negara ini dibentuk secara bergandingan (inter-dependence) diantara kuasa legislatif dan kuasa eksekutif.

Ahli-ahli eksekutif juga terdiri daripada ahli-ahli Parlimen. Oleh sebab itu, setiap keputusan atau polisi yang dibuat oleh Badan Eksekutif atau Kabinet Malaysia akan diterangkan dan dipertahankan dengan nada yang sama di dalam Parlimen mengikut disiplin collective responsibility

Sesebuah negara yang matang yang mengamalkan system demokrasi berparlimen mengiktiraf peranan pemerintah dan parti alternatif yang mungkin atau bakal menjadi kerajaan. Parti pemerintah dan parti alternatif berhak mendapat akses kepada sistem komunikasi awam termasuk radio dan televisyen.

Pemerintah seharusnya menghormati hak-hak parti alternatif dan tidak menganggap kegiatan mereka sebagai illegal atau tidak sah. Rakyat tidak dianggap sebagai musuh dalam selimut malahan dipandang sebagai partner atau rakan dalam membangun masyarakatnya.

Pemimpin negara yang matang demokrasinya juga memperlihatkan kematangan dalam peribadi mereka. Sir Winston Churchill memimpin kabinet perang Britain sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi apabila beliau kalah dalam pilihanraya selepas perang dalam tahun 1945, beliau melepaskan kerusi Perdana Menterinya tanpa ragu. Beliau tidak pula menuduh rakyatnya sebagai ungrateful atau tidak bersyukur, jauh sekali daripada berusaha untuk terus berpaut pada kuasa.

Sistem demokrasi berparlimen memang memungkinkan perputaran kekuasaan di antara parti-parti yang terlibat dalam proses politik pilihanraya. Malahan itulah rationale ataupun falsafah pada sistem demokrasi berparlimen berbanding dengan negara-negara seperti Soviet Russia pada suatu waktu sebelum zaman perestroika dulu.

Sistem demokrasi berasaskan kepada berbagai parti mengantisipasi kehadiran alternatif dalam parlimen yang bersedia pula untuk menerajui kerajaan apabila mereka memenangi pilihanraya

Parlimen kita berasaskan model Westminster yang didasari oleh doktrin separation of powers oleh kerana sebagaimana yang didakwa oleh Lord Acton : All power tends to corrupt, absolute power corrupts absolutely.

Kuasa merupakan amanah; parlimen berkongsi tanggungjawab untuk melindungi kesejahteraan hak-hak rakyat.

Wacana kuasa seharusnya mengiktiraf dan mempercayai keupayaan serta kearifan rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi. Sekatan-sekatan terhadap penerbitan-penerbitan, ceramah-ceramah dan liputan media arus perdana yang berat sebelah menyempitkan ruang demokrasi untuk parti alternatif menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Kita seharusnya mengamalkan konsep kritikan atau muhasabah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan yang menyediakan checks and balance di dalam sistem pentadbiran kita. Ini amatlah penting kerana kuasa tanpa pembatasan akan membawa pada kehancuran. Sejarah telah mengajar kita bagaimana kerajaan-kerajaan yang agung pada zaman silam akhirnya runtuh ekoran sikap arrogance of power yang wujud terutamanya dalam sistem yang tidak memberi ruang untuk sudut pandangan alternatif yang berkesan.

Ibn Khaldun pernah menyatakan bahawa, "Penerusan kesilapan itu adalah satu kezaliman. Pemerintah yang merasakan dirinya terlalu kuat menjadi angkuh dan tidak lagi bersedia untuk mendengar sudut pandangan yang berbeda."

Malaysia mengamalkan Sistem DemokrasiBerparlimen dan Raja Berpelembagaandengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikutPerlembagaan, sistem beraja jugadiamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yangtidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalahmerupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negarabermaksud, bahawa setiap warganegarahendaklah menumpukan sepenuh taatsetia, jujur dan ikhlas kepada Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong. Diperingkat negeri pula, rakyat dikehendakimenumpukan taat setia kepada raja yangmemerintah negeri tempat merekabermastautin tanpa mengurangkan taat

setia kepada Yang di-Pertuan Agong.Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrarakan menumpukan seluruh tenagadan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan kepada Tuhan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Keluhuran Perlembagaan

Kedaulatan Undang-undang

Kesopanan dan Kesusilaan

Demokrasi Berparlimen

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhandemokrasi berparlimenSistem Demokrasi BerparlimenMalaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.

Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah mememang jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)Yang di-Pertuan AgongParlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.

Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.

Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.

Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya

Struktur Parlimen MalaysiaParlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-

1. Yang Di-Pertuan Agong 2. Dewan Negara 3. Dewan Rakyat

Sumber: Parlimen Malaysia


Recommended