+ All Categories
Home > Documents > photo talk

photo talk

Date post: 12-Apr-2017
Category:
Upload: nurul-jumiran
View: 164 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
7
A Picture’s Worth a Thousand Words. i. Tarikh : 22/11/2013 Lokasi : Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Spesifikasi Kamera : CANON EOS 600D Massage : Embrace the magic of life. Discover everything you can. Learn lessons. Connect your purpose. Give back. Kualiti : Shutter speed = 1/40, Apature = f/22, ISO200. Upload :
Transcript
Page 1: photo talk

A Picture’s Worth a Thousand Words.

i. Tarikh : 22/11/2013

Lokasi : Pantai Minyak Beku, Batu Pahat.

Spesifikasi Kamera : CANON EOS 600D

Massage : Embrace the magic of life. Discover everything you can. Learn

lessons. Connect your purpose. Give back.

Kualiti : Shutter speed = 1/40, Apature = f/22, ISO200.

Upload :

Page 2: photo talk

LEARN LESSONS

Pembelajaran berlaku sejak dari kecil lagi. Ketika bayi, seseorang individu akan

mula belajar untuk mengenali objek yang berada disekelilingnya. Perasaan ingin

tahu dan mengenali objek yang dilihat ketika itu adalah satu proses pembelajaran

juga. Ketika proses mengenal objek, umur bayi akan meningkat kepada tahap

kanak-kanak dimana mereka akan diajar tentang perkara yang lebih mencabar

seperti bagaimana ingin berjalan, bercakap, mengenal huruf dan lain-lain. Proses

pembelajaran ini akan meningkat seiring dengan peningkatan umur setiap individu.

Proses ini akan menberikan perubahan yang lebih baik kepada setiap individu yang

ingin belajar. Perubahan ini juga akan belaku di dalam peringkat sekolah, pengajian

tinggi dan apabila individu itu dewasa. Setiap perubahan akan mempunyai

pengalaman yang berbeza-beza.

Pada peringkat sekolah proses pembelajaran berlaku mengikut matlamat

yang telah ditetapkan oleh Falsafah Pendidikan Negara dalam memperkembangkan

fungsi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka

dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh

tanggungjawab. Pembelajaran adalah suatu usaha yang dilakukan sehingga terjadi

perubahan yang lebih baik. Perubahan dimaksud baik berupa fizikal mahupun

pemikiran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.

Dalam proses perubahan itu pelbagai pendekatan perlu diajar bagi

membolehkan pelajar belajar tentang sesuatu perkara. Terdapat beberapa

pendekatan yang boleh dilakukan seperti Pendekatan Konsep, Proses, Induktif,

Deduktif, Pembelajaran Berdasarkan Perbezaan Individual, Koperatif,

Konstruktivisme dan sebagainya. Pengajaran yang baik adalah pengajaran yang

menggalakkan pemahaman konsep dan proses bagi sesuatu perkara yang diajar

(Idris, A. R. & Salleh, N. A. 2010). Pada masa mini terdapat pelbagai bentuk

pendekatan yang boleh diguna pakai untuk proses pengajaran yang lebih baik.

Diantaranya pendekatan induktif adalah proses mengembangkan mental

induktif dan meningkatkan pencapaian akademik atau pembentukan teori.

Kemampuan-kemampuan ini berguna untuk tujuan-tujuan peribadi dan sosial.

Pembelajaran berdasarkan perbezaan individual pula adalah gaja pembelajaran

yang berbeza bagi individu yang berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan

Page 3: photo talk

bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-

ciri personaliti serta reaksi emosi. Selaian itu, perbezaan individu lebih

menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan

pembelajaran. Kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar,

gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di

rumah, jantina, bakat dan minat individu pelajar tersebut.

Manakala pembelajaran koperatif pula adalah satu strategi pengajaran umum

yang boleh dilaksanakan dalam kumpulan belajar yang kecil dimana pelajar

berinteraksi sesama sendiri bagi menyelesaikan tugasan untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran (Hj. Yahaya, A. & Bahuri, I. S., 2007). Kaedah ini

melibatkan perkongsian pembelajaran atau dapatan di antara ahli-ahli dalam

kumpulannya. Pembelajaran koperatif boleh disesuaikan dengan sebarang

kumpulan umur dan sebarang matapelajaran. Ianya merupakan satu pendekatan

yang baik dan perlu digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat dan bersemangat di kalangan

pelajar-pelajar di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi seseorang pelajar.

Menurut Buntat, Y. & Yusof, A. (2010) pula, pendekatan konstruktivisme yang

ingin diterapkan kepada pelajar adalah merupakan proses pembelajaran yang

menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan

dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif

dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha

pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak

lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru

hanya menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan

menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka.

Ini lebih mengambarkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Ia

akan memberikan pengalaman baru bagi pelajar dalam mempelajari sesuatu

perkara baru yang memerlukan mereka lebih berfikir dan memahami sesuatu

dengan pengawasan daripada guru. Gambarrajah di bawah mengambarkan proses

pembelajaran yang diperkenalkan oleh Edgar Dale

Page 4: photo talk

Setiap individu perlulah menerapkan proses pembelajaran dengan

memasukkan elemen-elemen yang diperkenalkan oleh Edgar Dale untuk

mendapatkan pencapaian yang lebih baik dan cemerlangdalam mencapai matlamat

yang telah ditetapkan. Setiap peringkat pembelajaran mempunyai gambaran yang

berbeza dan pengalaman yang berbeza. Oleh itu, kita masih boleh mempelajari

kehidupan memalui pengalaman hidup dan pengalaman itu boleh dikongsi dengan

individu lain. Pengalaman yang dikongsi boleh dijadikan sebagai garis panduan

untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Tidak terdapat had umur di dalam proses pembelajaran sesuatu perkara.

Oleh itu, orang dewasa juga masih boleh menerapkan elemen-elemen yang

diperkenalkan oleh Edgar Dale di dalam proses pembelajaran melalui pengalaman

hidup. Ini dapat dikaitkan dengan gambar yang saya ambil berkaitan dengan

fenomena alam sewaktu matahari terbenam. Matahari terbenam boleh digambarkan

dengan usia manusia yang semakin bertambah dan meningkat. Tetapi usia yang

meningkat bukanlah satu penghalang dimana proses pembelajaran berlaku. Proses

pembelajaran dari pengalaman yang banyak dapat juga dikongsi dengan generasi

muda untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam melalui cabaran hidup

yang mendatang.

Page 5: photo talk

Matahari pula boleh digambarkan sebagai tenaga pengajar yang memberi

ilmu dan berkongsi pengalaman mereka di dalam proses pembelajaran berlangsung.

Oleh itu pengajar perlulah menerapkan nilai2 murni supaya pelajar menjadi individu

yang baik dan cemerlang dalam kehidupan seharian.

Page 6: photo talk

RUJUKAN

Buntat, Y. & Yusof, A. (2010) Pendekatan Pembelajaran Secara KonstruktivismeDalam Kalangan Guru-Guru Teknikal Bagi Mata Pelajaran Teknikal. UniversitiTeknologi Malaysia.

Hj. Yahaya, A. & Bahuri, I. S. (2007). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara, Gerik, Perak. Universiti Teknologi Malaysia.

Idris, A. R. & Salleh, N. A. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran DanPembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia.

Ramli, M. E. J. (2009). Hubungan Antara Tahap Kesediaan Pembelajaran Arahan Kendiri Dengan Tahap Penggunaan e-Pembelajaran Di kalangan Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn. Universiti Teknologi Malaysia. Thesis Sarjana.

Sahabudin, N. A. & Ali, M. B. (2010). Persekitaran Pembelajaran Personal: Perbezaannya Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional. Universiti Teknologi Malaysia.

Sharifah Nor Puteh & Ali, A. (2011). Pendekatan Bermain Dalam Pengajaran Bahasa Dan Literasi Bagi Pendidikan Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 2 (Nov. 2011): 1-15.


Recommended