R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
GERAKAN ANTI-RASIS ‘BLACK LIVES MATTER’ CETUS FENOMENA GLOBAL
NEGARA-NEGARA AFRIKA DESAK SIDANG KHAS UNHRC ISU RASIS
GREECE BANGKIT PERSOALAN PERSEMPADANAN LAUT MEDITERRANEAN
RUSIA, TURKI TANGGUH DIALOG PENYELESAIAN ISU LIBYA, SYRIA
ISRAEL NAMAKAN “TRUMP HEIGHTS” DI PENEMPATAN HARAM BUKIT GOLAN
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
PERANAN IBU BAPA, GURU BANTU PULIHKAN MINAT PELAJAR KEMBALI KE SEKOLAH
PROGRAM UBI BAKAL BANTU RAKYAT TIADA PENDAPATAN
KWSP RANGKA PELAN PEMULIHAN STRATEGIK, IMBANG KETIDAKTENTUAN PASARAN GLOBAL
JACINDA ARDERN, HERO BURUH CEMERLANG KEKANG COVID-19
ADAPTASI ELEMEN PONDOK DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
EKONOMI & KEWANGAN
COVID-19: 60% BELIA HILANG PEKERJAAN
EKONOMI DIGITAL MAMPU MENYUMBANG SEHINGGA RM 170 BILLION PADA KDNK
NEGARA
MALAYSIA MASIH ADA RUANG & KEMAMPUAN KEWANGAN
COVID-19: SITUASI EKONOMI DI SELURUH DUNIA
SISTEM EKONOMI DUNIA SEDIA ADA BAKAL MUSNAH?
POLITIK, INTEGRITI & TADBIR URUS
KHABAR ANGIN PARTI WARISAN KELUAR PH SEMAKIN KUAT
DAROYAH ALWI KELUAR PKR, EZAM MOHD NOOR PULA SERTAI PKR
TUN M BERTERUSAN MENYERANG YAB PERDANA MENTERI
EMIR RESEARCH JANGKA MUAFAKAT NASIONAL JADI PILIHAN JIKA PRU15 DALAM
MASA TERDEKAT
HUKUMAN LEBIH KERAS UNTUK KESALAHAN PEMANDU MABUK SEDANG
DIPERINCIKAN
KESEJAHTERAAN SOSIAL
RUU COVID-19 DISYORKAN MAMPU MELINDUNGI WANITA
KES PEMANDU MABUK MENINGKAT SEHINGGA 177 KES
SERAMAI 416 BARISAN HADAPAN POSITIF COVID-19
JAWI BENARKAN KURSUS PRAPERKAHWINAN DALAM TALIAN
PANDEMIK COVID-19: MANFAAT SUSU IBU LEBIH BESAR DARIPADA RISIKO
JANGKITAN
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
GERAKAN ANTI-RASIS ‘BLACK LIVES MATTER’ CETUS
FENOMENA GLOBAL Ketika krisis subprima melanda
US pada tahun 2007 sebagai
negara too big to fail, Eropah
merupakan rantau pertama
yang terkena tempias
kelembapan ekonomi global
menjadikan rantau berkenaan
too big to bail. Kini, gerakan
‘Black Lives Matter’ didorong
oleh kebangkitan anti rasis
dengan kematian George Floyd di Minneapolis, US, telah turut mendorong tempias
di belahan rantau Eropah dan terus menjadikan ia suatu fenomena global.
Bandar London tidak terlepas menjadi sasaran pengaruh kebangkitan anti rasis.
Disebalik larangan serta sekatan supaya rakyat kekal berada di rumah dalam usaha
mengekang wabak Covid-19, penunjuk perasaan anti rasis dan kumpulan berhaluan
kanan (far-right protesters) telah memenuhi jalan raya. Keadaan tersebut telah
menyebabkan pertembungan kedua-dua kumpulan dan mencetuskan ketegangan.
Dalam satu ciapan, Perdana Menteri UK, Boris Johnson menegaskan bahawa;
"Racist thuggery has no place on our streets. Anyone attacking our police will be met
with the full force of the law."
Selain penunjuk perasaan anti rasis yang memenuhi jalan raya di Bandar London,
patung-patung statue turut menjadi sasaran kebangkitan sentimen anti-rasis. Statue
pemerdagangan hamba (slave trader), Edward Colston dihancurkan dan dihumban
ke pelabuhan Bristol minggu lalu. Statute Winston Churchill turut menjadi mangsa
dan ditulis dengan perkataan “was a racist”. (Al-Jazeera, 14 Jun 2020).
Pada Sabtu lalu, para penunjuk perasaan telah berkumpul di Place de la
Republique, Perancis. Perhimpunan yang pada awalnya berlangsung aman tanpa
sebarang kekacauan tiba-tiba bertukar menjadi ganas sehingga memaksa polis
bertindak bagi menyuraikan keadaan. Mereka turut bangkit dengan sentimen anti
rasis yang sama sambil melaungkan, “No justice, no peace”. (Al-Jazeera, 14 Jun
2020)
www.aljazeera.com/news/2020/06/police-clash-anti-racism-protesters-paris-
200613163747794.html
www.aljazeera.com/news/2020/06/anti-racism-protesters-rally-london-
200613143030317.html
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
NEGARA-NEGARA AFRIKA DESAK SIDANG KHAS UNHRC ISU
RASIS 54 negara-negara Afrika mendesak Majlis Hak Asasi Manusia PBB supaya
mengadakan suatu sidang tergempar bagi membincangkan isu perkauman yang
semakin ketara ketika ini. Sidang tergempar UNHRC merupakan platform terbaik
bagi mengutarakan masalah pelanggaran hak asasi manusia yang menjurus kepada
isu perkauman terhadap golongan berkulit hitam serta keganasan pihak polis yang
semakin merebak khususnya di US dan kebanyakan negara-negara Eropah. Lebih
membimbangkan mereka adalah reaksi balas pihak polis di sesetengah tempat
penunjuk perasaan yang memberi gambaran yang lebih buruk terhadap mesej anti
perkauman. Jelas desakan ini tiba tepat pada masanya, namun ia menjadi persoalan
mengenai sejauhmana UNHRC akan mengambil perhatian tentang perkara
berkenaan. (Al-Jazeera, 13 Jun 2020)
www.aljazeera.com/news/2020/06/african-nations-call-racism-debate-human-rights-council-
200613072406698.html
GREECE BANGKIT PERSOALAN PERSEMPADANAN LAUT
MEDITERRANEAN Greece menjelaskan bahawa perjanjian
persefahaman mengenai hak penggalian
kepada Turkish Republic of Northern
Cyprus (TRNC) di Laut Timur
Mediterranean di antara Turki dan Libya
pada November yang lalu sebagai tidak
sah (invalid). Perjanjian persefahaman
disebalik sokongan Ankara terhadap
pihak GNA di Libya ketika ini mengundang reaksi balas daripada Greece khususnya
berkaitan usaha penggalian sumber di Laut Timur Mediterranean. Athens
menyatakan kesediaan mereka berdialog dengan Ankara berhubung perkara
berkenaan sambil menegaskan bahawa jika ia tidak mencapai kata sepakat, maka
perkara tersebut akan dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Perdana Menteri Greek, Kyriakos Mitsotakis turut memberi amaran jika Ankara
masih berdegil, mereka bakal berdepan dengan akibat yang serius daripada Eropah
sendiri. Turki sebagai negara penjamin (guarantor) bagi TRNC telah mengalami
pertembungan sejak sekian lama dengan pentadbiran Greek Cypriot mengenai isu
penggalian sepihak yang dilakukan Greece di Laut Timur Mediterranean berkenaan.
(TRT, 12 Jun 2020)
www.trtworld.com/europe/greece-ready-to-discuss-maritime-borders-with-turkey-37212
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
RUSIA, TURKI TANGGUH DIALOG PENYELESAIAN ISU LIBYA,
SYRIA Rusia dan Turki masing-masing merupakan dua kuasa luar yang terlibat dalam
pertembungan di Libya dan Syria. Rusia, bersama UAE dan Mesir memberi
sokongan kepada pihak Libyan National Army (LNA) yang dipimpin komander
Khalifa Haftar, manakala Turki menyokong Government of National Accord (GNA),
kerajaan semasa yang turut mendapat pengiktirafan antarabangsa. Di Syria pula,
Rusia memberi bantuan sokongan kepada Presidennya, Bashar Al-Assad, manakala
Turki menyebelahi pihak pembangkang di sana.
Penangguhan dialog di antara dua Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu (Turki) dan
Servey Lavrov (Rusia) itu walau bagaimanapun masih tidak merencatkan usaha
damai di Libya dan Syria ketika ini. Malah, kementerian luar Turki menegaskan
bahawa kedua-dua negara masih berhubung dan sesi dialog akan diteruskan pada
masa akan datang yang tidak ditentukan tarikh secara tepat. (Al-Jazeera, 14 Jun
2020)
www.aljazeera.com/news/2020/06/russia-turkey-put-talks-expected-discuss-libya-syria-
200614112829519.html
ISRAEL NAMAKAN “TRUMP HEIGHTS” DI PENEMPATAN
HARAM BUKIT GOLAN Menteri Tzipi Hotovely menjelaskan
bahawa Kementeriannya sedang
melakukan persiapan untuk menamakan
penempatan haram di Bukit Golan kepada
“Trump Heights” sempena nama Presiden
US yang banyak bersekongkol dengan
Israel ketika ini. Bukit Golan telah ditawan
Israel dalam Perang Arab Israel 1967
kemudian digazetkan menjadi sebahagian daripada penempatan haram oleh Israel
pada tahun 1981. Tindakan tersebut telah melanggar undang-undang antarabangsa,
malangnya sehingga hari ini ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap apa yang
telah dilakukan oleh Israel itu.
Bulan lepas, Netanyahu dilihat agesif untuk meneruskan pelan pengilhakan
(annexation) ke atas Tebing Barat berdasarkan “Pelan Damai” Vision for Peace yang
dikemukakan US pada Januari yang lalu. Tindakan tersebut mendapat bantahan
daripada komuniti antarabangsa dan ramai pihak menjangkakan ia akan
mengeruhkan usaha damai yang sedang dibina di sana. (Al-Jazeera, 14 Jun 2020)
www.aljazeera.com/news/2020/06/israel-greenlights-illegal-trump-settlement-golan-
heights-200614190227820.html
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER
MANUSIA
PERANAN IBU BAPA, GURU BANTU PULIHKAN MINAT PELAJAR KEMBALI KE SEKOLAH
Pengumuman pembukaan semula sekolah oleh
Menteri Pendidikan pada 24 Jun ini bagi pelajar
tingkatan lima dan enam memberi kelegaan
kepada banyak pihak terutamanya guru-guru yang
komited untuk memastikan pelajar-pelajar terus
belajar walaupun dalam tempoh kawalan
pergerakan. Walaupun timbul isu mengenai kepatuhan terhadap prosedur operasi
standard (SOP) di sekolah dalam kalangan pelajar, namun cabaran yang lebih
utama sebenarnya adalah bagaimana untuk memupuk minat pelajar meneruskan
kembali sesi persekolahan di sekolah dalam fasa normal baharu seperti biasa.
Dalam situasi ini, kerjasama dan komunikasi antara guru dan ibu bapa amat penting
kerana kehendak setiap anak berbeza.
Menyentuh mengenai SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan baru-baru ini, guru yang
juga finalis Top 50 Global Teacher Prize 2015, Yasmin Noorul Amin menyifatkan
ianya adalah menyeluruh dan komprehensif. Tetapi, sejauh mana tahap
keberkesanannya hanya akan diketahui selepas pembukaan sekolah nanti. Selain
itu, beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai penjarakan sosial pelajar di
sekolah dan tentang bagaimana pelajar-pelajar yang jatuh sakit bakal diuruskan oleh
pihak sekolah. Umum mengetahui juga, kebanyakan guru sekolah menengah rata-
rata berusia 35 tahun ke atas dan mereka merupakan golongan berisiko. Tambahan
pula, telah tular kenyataan daripada Kementerian Kesihatan baru-baru ini bahawa
trend terbaharu pesakit COVID-19 yang dijangkiti adalah tidak bergejala. (Astro
Awani, 14 Jun 2020)
www.astroawani.com/berita-malaysia/kerjasama-ibu-bapa-guru-kembalikan-minat-pelajar-
ke-sekolah-247026
PROGRAM UBI BAKAL BANTU RAKYAT TIADA PENDAPATAN Situasi semasa dalam mendepani cabaran COVID-19 memperlihatkan kesediaan
Kerajaan membantu rakyat terutama dalam aspek kewangan melalui pelbagai cara
seperti pakej ransangan ekonomi prihatin rakyat, pakej prihatin tambahan untuk
peniaga dan sebagainya. Persoalannya, adakah kesemua bantuan dan pakej
kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan ini memberi manfaat kepada rakyat di
semua peringkat? Sebagai respons kepada situasi ini, Presiden Parti Sosialis
Malaysia (PSM), Dr Micheal Jeyakumar mencadangkan Kerajaan menjalankan
program Pendapatan Asas Sejagat (UBI) sebagai penambahbaikan kepada pakej-
pakej ransangan sedia ada. Fokus cadangan PSM di bawah rancangan UBI ialah
Kerajaan memberikan elaun sara hidup kepada mana-mana keluarga yang tidak
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
mempunyai sumber pendapatan atau berpendapatan kurang daripada RM1000
sepanjang tempoh COVID-19 ini. PSM mencadangkan RM1000, iaitu suatu nilai
yang tidak terlalu jauh daripada kadar gaji minimum rakyat Malaysia dan tidak terlalu
besar yang boleh menyebabkan rakyat malas berusaha dan selesa dengan bantuan
Kerajaan.
PSM berpendapat program ini wajar dilaksanakan dengan kadar segera
memandangkan terdapatnya keperluan mendesak untuk program-program seperti
itu. Dasar sedia ada Kerajaan yang menekankan ekonomi digital dilihat bakal
menguntungkan banyak syarikat kecil dan peniaga. Namun, sebenarnya nun jauh di
pedalaman, kampung-kampung dan kota kecil masih kedapatan rakyat yang tiada
sumber makanan untuk dihidang di atas meja. Justeru, semua ini akan dilindungi di
bawah UBI yang bakal diubahsuai mengikut keperluan semasa untuk memastikan
tiada lagi keluarga tanpa makanan. (Malaysiakini, 14 Jun 2020)
www.malaysiakini.com/news/530137
KWSP RANGKA PELAN PEMULIHAN STRATEGIK, IMBANG KETIDAKTENTUAN PASARAN GLOBAL Ekoran persekitaran global yang lemah dengan
kejatuhan harga minyak dunia di paras terendah
dan ketidaktentuan pasaran di samping keadaan
geopolitik yang tidak menentu pada tahun 2019
memberi impak langsung kepada situasi
pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP). Situasi ini diburukkan lagi dengan penularan pandemik COVID-19 yang
memberi kesan kepada penurunan aset pelaburan Badan Berkanun tersebut. Untuk
suku tahun pertama yang berakhir 31 Mac 2020, KWSP hanya mencatatkan
pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM12.16 bilion, yang disumbang oleh sektor
hartanah dan infrastruktur serta instrumen pasaran wang, masing-masing berjumlah
RM0.43 bilion dan RM0.54 bilion. Manakala instrumen pendapatan tetap
menyumbang RM4.87 bilion. Pendapatan pelaburan bersih pula dicatatkan
sebanyak RM7.50 bilion setelah mengambil kira penghapusan ke atas nilai ekuiti
tersenarai yang merupakan amalan berhemah KWSP dalam memastikan portfolio
pelaburan jangka panjang kekal sihat.
Dalam mengimbangi kesan penurunan pendapatan pelaburan ini, KWSP telah
merangka pelbagai pelan pemulihan strategik. Antaranya mengambil manfaat
berterusan dalam pasaran luar negara yang merangkumi 28.8% keseluruhan jumlah
aset KWSP. Selain itu, KWSP memperuntukkan dana Alokasi Aset Strategik (SAA)
untuk meningkatkan pulangan daripada aset pendapatan tetap KWSP dan
mengurangkan impak penurunan harga ekuiti semasa. SAA KWSP
memperuntukkan 54 peratus kepada instrumen Pendapatan Tetap, 36 peratus
kepada Ekuiti, enam peratus kepada Hartanah dan Infrastruktur serta empat peratus
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
kepada Instrumen Pasaran Wang. Hal ini bagi memastikan KWSP sentiasa bersedia
menghadapi pergerakan pasaran yang tidak menentu. Terbaharu, KWSP melalui
program i-Lestari telah membantu jutaan rakyat Malaysia dalam menghadapi
kekangan aliran tunai sepanjang tempoh pandemik COVID-19. Di sebalik
ketidaktentuan pasaran dan keadaan ekonomi yang merudum, KWSP tetap yakin
keadaan bakal pulih dan kembali stabil seperti sediakala. (Sinar Harian, 13 Jun
2020)
www.sinarharian.com.my/article/87676/BERITA/Nasional/KWSP-catat-pendapatan-
pelaburan-RM1216-bilion-bagi-suku-pertama
JACINDA ARDERN, HERO BURUH CEMERLANG KEKANG
COVID-19 Perdana Menteri New Zealand, Jacinda
Ardern mewakili Parti Buruh yang telah
memenangi pilihan raya negara tersebut pada
tahun 2017, hari ini dilihat sebagai seorang
figura wanita yang berjaya menggalas beban
tanggungjawab tersebut dengan cemerlang
dalam usia yang relatif muda, terutama dalam
kebijaksanaan beliau menangani penularan
pandemik COVID-19. Ardern diangkat
sebagai Perdana Menteri di negara berjumlah lima juta penduduk itu pada usia 37
tahun, menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri termuda dalam sejarah New
Zealand dalam tempoh 150 tahun. Baru-baru ini, tanggal 8 Jun yang lepas, New
Zealand telah mengumumkan bahawa negara tersebut telah bebas COVID-19 di
mana jumlah kes keseluruhan di negara kepulauan itu hanya sejumlah 1,154 kes
dengan jumlah kematian sebanyak 22 kes sahaja, dibandingkan dengan negara-
negara Eropah lain yang menunjukkan jumlah kumulatif kes jangkitan dan kes
kematian yang lebih tinggi secara relatifnya. Dalam tempoh pemerintahan beliau,
Ardern bijak menyusun individu-individu penting mengikut kepakaran masing-masing
dalam memastikan kelangsungan pentadbiran yang cemerlang di samping mampu
memberikan khidmat terbaik untuk rakyat.
Berikutan polisi yang dilaksanakan Ardern yang mementingkan kebajikan pekerja,
polisi-polisi yang dijalankan beliau amat pro-pekerja. Sebagai contoh, dalam fasa
lockdown disebabkan COVID-19 baru-baru ini , rakyat New Zealand telah diberi
persen gaji penuh oleh Kerajaan dengan peruntukan sebanyak $14 bilion. Kerajaan
juga merancang untuk membuat pinjaman tambahan $50 bilion dalam masa dua
tahun akan datang menyebabkan hutang negara meningkat kepada 53.6% daripada
KDNK negara pada tahun 2023. Polisi ini bagaimanapun bertujuan menyokong
subsidi gaji, kebajikan korporat dan kebajikan rakyat sehingga vaksin COVID-19
ditemui. Pada waktu ini, fokus Kerajaan pimpinan Ardern tertumpu untuk
menyelesaikan isu-isu domestik yang berlaku di negara kepulauan tersebut sebelum
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
wabak COVID-19 lagi termasuk kemiskinan kanak-kanak, ketidakadilan sistem
keadilan jenayah terhadap orang-orang Maori dan Pulau Pasifik, gelandangan yang
semakin meningkat dan kadar bunuh diri yang tinggi dalam kalangan remaja. Tidak
seperti koronavirus, Ardern terpaksa berdepan dengan isu-isu ini yang tidak pernah
akan ada vaksinnya. (TIME, 12 Jun 2020)
time.com/5852567/new-zealand-coronavirus-jacinda-ardern-election/
ADAPTASI ELEMEN PONDOK DALAM SISTEM PENDIDIKAN
NEGARA Mengadaptasikan elemen pengajian pondok dalam sistem
pendidikan negara merupakan suatu cadangan menarik
yang dikemukakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang
baharu iaitu Dr Luqman Abdullah. Beliau yang merupakan
ilmuan kelahiran pondok tradisional tulen telah
membuktikan produk institusi itu mampu berjaya dan
menguasai kedua-dua bidang akademik dan agama
dengan cemerlang. Antara faktor utama kekuatan
pengajian pondok adalah melalui penerapan nilai adab
yang tinggi yang ditekankan dalam pengajian. Di samping itu, pendekatan
kerohanian yang sangat tinggi dijelmakan dalam solat yang dilaksanakan secara
berjemaah, bacaan wirid selepas solat, sikap menghormati orang tua dan warga
pondok hidup secara bersama-sama untuk membangunkan institusi tersebut.
Sebenarnya, nilai-nilai ini sangat penting dalam norma kehidupan seseorang pelajar
terutama apabila mereka hidup bermasyarakat di luar kelak kerana daripada
seorang individu Muslim yang baik, akan mewujudkan satu sistem kehidupan
bermasyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Di samping itu juga, Dr Luqman mencadangkan sistem pendidikan negara
menjadikan kitab turath yang dihasilkan oleh ulama muktabar sebagai rujukan
khususnya membabitkan kajian dan penyelidikan, termasuk kajian berkenaan
hukum-hakam agama. Rujukan turath juga perlu diperbanyakkan dalam membuat
kesimpulan akhir sesebuah kajian agar sesuatu hukum yang dikeluarkan itu benar-
benar berasaskan literatur yang cukup. Mengikut Dr Luqman juga, corak pengajian
berkitab bermakna mengkhatamkan sebuah kitab itu dari kulit ke kulit merangkumi
subjek fekah, tauhid, hadis, tafsir, tasawuf dan Bahasa Arab. (Pressreader, 12 Jun
2020)
www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20200612/281977494859803
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
EKONOMI & KEWANGAN
COVID-19: 60% BELIA HILANG PEKERJAAN 60% rakyat yang hilang pekerjaan semenjak
perlaksanaan PKP pada Mac lalu adalah
berusia di bawah 40 tahun. Kebanyakan
mereka bekerja di dalam sektor tidak formal
dengan pendapatan kurang RM 4,000 dan
tidak menawarkan jaringan keselamatan
sosial. Menariknya, sektor tidak formal ini
menunjukkan peningkatan sebanyak 6%
kepada 12% penglibatan dari belia yang
berusia 20-30 tahun dari tahun 2016 sehingga tahun 2019 walaupun ianya tidak
menawarkan pendapatan secara tetap.
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 3.15 juta rakyat
Malaysia kehilangan pekerjaan pada suku pertama tahun 2020. Hal ini kerana
banyak syarikat dan perniagaan tidak dapat beroperasi akibat COVID-19. Lima
negeri yang menunjukkan bilangan tertinggi kehilangan pekerjaan adalah Selangor,
Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. (Berita Harian, 14 Jun 2020)
www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700243/covid-19-3-daripada-5-hilang-
pekerjaan-berusia-bawah-40
EKONOMI DIGITAL MAMPU MENYUMBANG SEHINGGA RM
170 BILLION PADA KDNK NEGARA Di antara perkara baik yang diperolehi daripada pandemik COVID-19 adalah
Malaysia mula memasuki fasa Ekonomi Digital secara lebih serius. Mengikut ranking
IMD World Digital Competitiveness 2019 yang dikeluarkan pada September 2019,
Malaysia berada di tempat ke-26 dari 63 negara keseluruhan. IMD mengukur
keupayaan dan kesediaan kesemua negara tersebut untuk mengadaptasi dan
meneroka teknologi digital sebagai pemacu utama transformasi ekonomi dalam
perniagaan, kerajaan dan masyarakat yang lebih meluas.
Di dalam PENJANA, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 700 Juta untuk
merangsang ekonomi digital melalui pelbagai inisiatif seperti Gerna Padanan
Pendigitalan PKS, Dana Transformasi Teknologi PKS dan Geran Automasi Pintar.
Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), ekonomi digital mampu
meningkatkan sumbangan kepada 20% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
negara bagi tahun 2020 berbanding tahun-tahun sebelumnya. (Harian Metro, 13
Jun 2020)
www.hmetro.com.my/bisnes/2020/06/589158/potensi-naik-20-peratus
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
MALAYSIA MASIH ADA RUANG & KEMAMPUAN KEWANGAN Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku
Abdul Aziz memberikan keyakinan bahawa negara ini
masih mempunyai kewangan yang stabil untuk terus
merangsang ekonomi dan memperkasakan rakyat jika
berlaku sesuatu di luar jangkaan pada masa akan
datang. Pada masa ini, Kerajaan sedang berusaha
mengumpulkan pinjaman sebanyak RM 35 Billion bagi
menampung suntikan fiskal yang bernilai RM 45 Billion
seperti yang diumumkan di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) dan
Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) sebelum ini.
Pinjaman untuk membiayai defisit yang tinggi ini akan dilakukan sepenuhnya melalui
pinjaman tempatan dan Kerajaan masih belum berhasrat untuk meminta dividen
khas daripada Petronas seperti yang diwar-warkan di dalam sesetengah media.
Menurut beliau, kenaikan defisit melebih sasaran adalah tidak penting dalam
keadaan semasa, asalkan Kerajaan mempunyai perancangan teliti dan keupayaan
untuk membayar semula hutang, sekaligus menurunkan nisbah hutang tersebut.
Jika perniagaan dan rakyat tidak dibantu, keupayaan untuk ekonomi memulih
menjadi lebih sukar dan lambat. (The Edge Markets, 12 Jun 2020)
www.theedgemarkets.com/article/govt-raise-rm35-bil-borrowings-finance-fiscal-deficit-says-
finance-minister
COVID-19: SITUASI EKONOMI DI SELURUH DUNIA Data terbaru menunjukkan ekonomi dunia secara keseluruhan mengalami
kemelesetan terburuk sejak Perang Dunia ke-2. Di Amerika Syarikat, hutang
perniagaan menunjukkan pola peningkatan yang mendadak dengan nilai hutang
baru sebanyak US$ 755 Billion, bersamaan dengan 18.8% pada kadar tahunan.
Pada masa yang sama, masih terdapat hutang tertunggak sebanyak US$ 16.8
Trillion. England pula menunjukkan kemerosotan ekonomi sebanyak 20.4% pada
April lalu dan ianya diumpamakan seperti pertumbuhan ekonomi selama 18 tahun
hilang hanya dalam masa dua bulan.
Ekonomi Eropah pula berisiko kehilangan sejumlah besar rangsangan daripada para
penggunanya sendiri yang mana kebanyakan rakyat berasa panik dan memilih untuk
menyimpan dari berbelanja. Jumlah simpanan isi rumah di Eropah secara umumnya
bernilai lebih dari 100 Billion Euros pada Mac & April yang lalu, iaitu tiga kali lebih
tinggi dari purata kadar pertumbuhan Eropah dalam masa 10 tahun yang lalu.
Walaupun China lebih awal mengawal pandemik COVID-19, pemulihan ekonomi
negara tersebut masih samar dan belum menunjukkan petanda yang baik.
Bagi negara membangun di benua Afrika, komitmen pembayaran hutang sedia ada
terjejas teruk akibat wabak yang berlaku. Tambahan pula, Bank Dunia
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
menjangkakan kebanyakan negara membangun di seluruh dunia akan mengalami
kesulitan yang teruk berpunca dari kekurangan pendapatan negara dan bakal
mengakibatkan berjuta-juta rakyat kehilangan pekerjaan. (Bloomberg, 12 Jun
2020)
www.bnnbloomberg.ca/charting-the-global-economy-2020-seen-as-worst-since-ww-ii-
1.1449712
SISTEM EKONOMI DUNIA SEDIA ADA BAKAL MUSNAH? Bagaimana Pandemik COVID-19 boleh mengakibatkan
kejatuhan ekonomi di seluruh dunia? Tidak lain
disebabkan oleh sistem ekonomi yang berasaskan
hutang yang digunapakai oleh kesemua negara di dunia.
Amerika Syarikat dijangka akan meningkatkan hutang
negara pada 2020 kepada US$ 27 Trillion, bersamaan
dengan 135% dari KDNK negara itu manakala negara-
negara OECD (Negara Maju) juga akan meningkatkan nisbah hutang mereka dari
109% kepada 137% dari KDNK mereka, bersamaan dengan US$ 17 Trillion.
Peningkatan hutang sektor awam ini berpunca dari perbelanjaan kesihatan dalam
melawan virus COVID-19, menrangsang ekonomi dan kehilangan hasil cukai.
Menurut pandangan Satyajit Das, penulis buku ‘Extreme Money’ dan ‘The Age of
Stagnation’, terdapat lima kaedah untuk menyelesaikan hutang yang disertai dengan
lima cabaran. Pertamanya, hutang boleh dicairkan dengan sendiri apabila ianya
dilaburkan dalam aktiviti produktif, dan hasilnya digunakan untuk membayar hutang.
Namun, masalah utama adalah sebahagian besar hutang telah digunakan untuk
membiayai penggunaan, elemen yang kurang produktif. Kedua, pertumbuhan
ekonomi yang kuat dapat membantu mengurangkan hutang dengan meningkatkan
KDNK negara. Namun perlu diambil perhatian, pertumbuhan sebanyak US$ 1
memerlukan hutang sebanyak US$ 3 di peringkat global. Ini bermakna, hutang
meningkat lebih cepat berbanding pertumbuhan.
Ketiga, kadar inflasi yang tinggi dapat membantu menurunkan harga. Ia
meningkatkan pendapatan dan mengurangkan daya beli hutang ekonomi. Namun,
sejak kebelakangan ini, usaha bank pusat untuk meningkatkan inflasi melalui dasar
monetari yang longgar tidak menunjukkan kejayaan. Keempat, sesebuah negara
boleh menurunkan nilai mata wang untuk mengurangkan daya beli hutang yang
dikeluarkan dalam mata wangnya sendiri. Walau bagaimanapun, pilihan ini sukar
kerana implikasi yang lebih teruk bakal dihadapi. Kelima, hutang dapat dikurangkan
dengan penyusunan semula dan perundingan antara penghutang dan pemiutang.
Namun, ini mengakibatkan kehilangan kekayaan dan mengurangkan aktiviti
ekonomi. (Market Watch, 12 Jun 2020)
www.marketwatch.com/story/governments-cure-for-the-coronavirus-recession-is-worse-for-
the-global-economy-than-the-disease-2020-06-12
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
POLITIK, INTEGRITI & TADBIR URUS
KHABAR ANGIN PARTI WARISAN KELUAR PH SEMAKIN
KUAT
Desas-desus kedengaran sejak beberapa hari
yang lalu apabila dikatakan ada empat orang Ahli
Parlimen dari Parti WARISAN keluar parti dan
menyokong Perikatan Nasional (PN). Namun,
perkara itu disangkal oleh Setiausaha Agung
WARISAN, Loretto Padua menyangkal dakwaan
itu kerana kata beliau ia hanyalah permainan
persepsi oleh PN berikutan takut dengan sokongan yang diberikan kepada PH Plus.
Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis, walaupun Warisan masih
kuat di Sabah, namun mereka juga risau jika bekas wakil rakyat UMNO kembali
semula bersama parti itu dan Perikatan Nasional (PN) yang ketika ini menguasai
Putrajaya. Tambahan lagi, kemunculan semula Tan Sri Musa Aman yang kini
dibebaskan daripada pertuduhan rasuah di mahkamah dan berkemungkinan akan
kembali aktif dalam politik juga harus difikirkan pemimpin Warisan.Pengaruh Mohd
Shafie selaku Ketua Menteri Sabah akan dicabar. (Berita Harian, 13 Jun 2020)
www.bharian.com.my/berita/politik/2020/06/700083/warisan-nafi-khabar-angin-tinggalkan-ph
DAROYAH ALWI KELUAR PKR, EZAM MOHD NOOR PULA
SERTAI PKR
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi mengumumkan
keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan meletakkan kesemua jawatan dalam parti itu
berkuat kuasa 13 Jun 2020. Tindakan beliau itu akibat rasa terkilan dan kecewa
terhadap isu dalaman PKR khususnya pemecatan dan penggantungan anggota
sebelum ini apabila melibatkan rakan-rakan seperjuangan yang telah lama
memperkasa parti dan organisasi sejak awal penubuhan Parti Keadilan Nasional
pada 1999.
Pada masa yang sama, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Datuk
Mohamad Ezam Mohd Noor pula mengesahkan sudah menghantar borang untuk
menyertai semula Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tindakan beliau ambil itu atas
saranan raka-rakan dan pemimpin parti tersebut. Pengumuman Ezam sejurus
selepas Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar PKR yang pasti memberi kesan
kepada parti. (Sinar Harian, 14 Jun 2020)
www.sinarharian.com.my/article/87706/BERITA/Politik/Saya-dah-serah-borang-
sertai-PKR-Ezam
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
TUN M BERTERUSAN MENYERANG YAB PERDANA MENTERI Beliau meramalkan kerajaan Perikatan Nasional
(PN) dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin akan
jatuh sekiranya enam ahli Parlimen UMNO yang
sedang menjalani perbicaraan didapati bersalah
oleh mahkamah terdiri daripada Datuk Seri Najib
Tun Razak (Pekan), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi (Bagan Datuk), Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor (Putrajaya), Datuk Seri
Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Datuk Seri
Ahmad Maslan (Pontian) dan Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan).
Kedudukan kesemua pemimpin terlibat itu kini diibaratkan telur di hujung tanduk
apabila mereka bakal kehilangan jawatan sebagai wakil rakyat sekaligus akan
mempengaruhi sokongan terhadap Muhyiddin. Jika enam orang ini didapati bersalah
oleh mahkamah, mereka tidak lagi jadi wakil rakyat dan PN akan hilang majoriti.
(Sinar Harian, 13 Jun 2020)
www.sinarharian.com.my/article/87620/BERITA/Politik/Muhyiddin-akan-jatuh-kerana-
enam-orang-Tun-M
EMIR RESEARCH JANGKA MUAFAKAT NASIONAL JADI
PILIHAN JIKA PRU15 DALAM MASA TERDEKAT
Kaji selidik yang dijalankan firma Emir Research mendapati 52 peratus rakyat akan
mengundi calon kerusi Parlimen yang diwakili Muafakat Nasional sekiranya Pilihan
Raya Umum ke-15 (PRU15) dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Walau
bagaimanapun, dapatan itu diperoleh menerusi Pengundian Suku Pertama 2020
(1Q20) yang dibuat ketika Malaysia masih lagi di bawah pentadbiran Pakatan
Harapan (PH). Peratusan undian yang diterima Muafakat Nasional yang terdiri
daripada Barisan Nasional (BN) dan PAS meningkat 14 peratus berbanding 38
peratus undian yang diperoleh pada pengundian sama yang dilakukan firma
berkenaan akhir tahun lalu.
Berdasarkan data yang dikongsi melalui dapatan itu juga, peratusan undian yang
diterima PH hanya 30 peratus iaitu merosot sebanyak 11 peratus berbanding 41
peratus undian sebelum ini. Berdasarkan perkembangan itu, firma penyelidik
tersebut tidak menolak kemungkinan kemunculan Perikatan Nasional (PN) akan
membangkitkan lagi semangat kuasa ketiga dalam pentadbiran Malaysia. (SInar
Harian, 13 Jun 2020)
www.sinarharian.com.my/article/87596/BERITA/Politik/Muafakat-Nasional-jadi-pilihan-jika-PRU15-
dalam-masa-terdekat-Emir-Research
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
HUKUMAN LEBIH KERAS UNTUK KESALAHAN PEMANDU
MABUK SEDANG DIPERINCIKAN
Menurut Dr. Wee Ka Siong, kementeriannya
telah menyelesaikan semua cadangan
pindaan untuk memperkenalkan hukuman
lebih tegas bagi mereka yang ditangkap
memandu di bawah pengaruh (DUI). Beliau
juga telah mengarahkan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk
mempercepat semakan Seksyen 41 hingga
45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (juga
dikenali sebagai Akta 333).
Selain itu, turut diusulkan kepada Pejabat Peguam Negar ialah pindaan untuk
menutup hukuman untuk memandu secara sembrono. Beliau juga berjanji untuk
memberikan lebih banyak perincian setelah persetujuan lebih lanjut diperolehi, dan
tidak menolak kebarangkalian Malaysia akan mempertimbangkan cadangan
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai had BAC di Malaysia pada masa ini
menggunakan 0.08% sebagai had, sementara WHO mengesyorkan 0.05% (atau
0.05g alkohol untuk setiap 100ml darah). (The Star, 15 Jun 2020)
www.thestar.com.my/news/nation/2020/06/15/stiffer-penalties-for-dui-on-the-cards
RUU COVID-19 DISYORKAN MAMPU MELINDUNGI WANITA Rang Undang-Undang (RUU) Pelaksanaan
Langkah Sementara COVID-19 yang bakal
dibentangkan Julai nanti diharapkan
mampu melindungi wanita dari pelbagai
aspek terutama pekerjaan, keselamatan
dan kesihatan wanita dan sewajarnya
disenaraikan sebagai “perkhidmatan
penting”.
Perkara ini selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pertolongan
Wanita (WAO), WOA menyatakan perkhidmatan dalam melindungi pekerjaan ibu
bapa yang bekerja, termasuklah kesihatan dan keselamatan wanita masih belum
disenaraikan sebagai "perkhidmatan penting" ketika Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB).
Perkhidmatan penting ini termasuk kemudahan mesra keluarga seperti pusat jagaan
kanak-kanak. Selain itu, Mahkamah Industri bagi pekerja yang dipecat secara tidak
sah; perkhidmatan sokongan krisis bagi mangsa keganasan berasaskan gender
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
seperti talian hotline dan rumah perlindungan sementara dan kemudahan penjagaan
kesihatan sampingan juga diperlukan bagi memastikan hak-hak wanita dilindungi
sepanjang pandemik ini berlaku. Malahan syor ini turut boleh diaplikasikan jika
pandemik sedemikian berlaku lagi di kemudian hari. (Berita Harian, 31 Mei 2020)
www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/node/694915/amp
KES PEMANDU MABUK MENINGKAT SEHINGGA 177 KES Polis di Raja Malaysia dalam operasi baru-baru ini mengesan kes pemandu mabuk
sebanyak 222 kes meningkat sebanyak 177 kes hanya dalam masa Jan-Jun 2020.
Kes yang berjaya dikesan bagi tahun sebelumnya dalam tempoh masa yang sama
hanyalah seramai 45 kes sahaja. Peningkatan ini membimbangkan kerana
peningkatan kes berlaku walaupun sepanjang PKP dilaksanakan. Hal ini tidak
mustahil membawa kepada besar kemungkinan apabila kelab-kelab malam dibuka,
kes pemandu mabuk akan terus meningkat.
Perkara ink sedikit sebanyak membimbangkan orang ramai kerana pemandu mabuk
bukan sahaja boleh membawa kerosakan dan kemusnahan kepada pemandu
tersebut malah mereka turut membawa mudharat kepada masyarakat lain sehingga
boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, pihak PDRM menjalankan Ops Mabuk dan
Ops Samseng Jalanan secara berterusan bagi memastikan ia dapat diatasi. (Harian
Metro, 13 Jun 2020)
www.hmetro.com.my/utama/2020/06/589228/polis-bimbang-kes-pemandu-mabuk-meningkat
SERAMAI 416 BARISAN HADAPAN POSITIF COVID-19 Seramai 416 orang barisan hadapan disahkan positif COVID-19 namun 80%
daripadanya akibat jangkitan luar. Hanya 20% sahaja yang mendapat jangkitan
daripada pesakit ataupun rakan mereka. Data tersebut dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Walau bagaimanapun, pihak KKM tidak
menerima sebarang peningkatan daripada jumlah kes tersebut sedikit sebanyak
membuktikan pihak barisan hadapan di kawal rapi dengan pelbagai SOP dalam
memerangi COVID-19.
Buktinya, sebanyak 59 juta peralatan perlindungan diri digunakan oleh petugas
kesihatan dalam mengurus kes jangkitan COVID-19 dalam masa sebulan. Bekalan
PPE yang mencukupi disediakan bagi memastikan petugas hadapan kesihatan
terutamanya tidak dijangkiti jangkitan ini akibat merawat serta membuat saringan
kepada pesakit. Hasilnya, mereka yang dijangkiti amatlah rendah dan terlindung
daripada virus tersebut walaupun berhadapan dengan pesakit yang dijangkiti virus
tersebut. (Astro Awani, 13 Jun 2020)
beta.astroawani.com/berita-malaysia/416-kakitangan-barisan-hadapan-kkm-positif-covid19-
247000
1 2 J u n – 1 4 J u n 2 0 2 0 | 16
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
JAWI BENARKAN KURSUS PRAPERKAHWINAN DALAM
TALIAN Mulai 1 Julai 2020, kursus praperkahwinan dalam
talian akan mula dibenarkan berikutan Perintah
Kawalan Pergerakan Pemulihan masih dijalankan.
Langkah ini tidak wajibkan kepada mereka yang ingin
mendirikan rumah tangga namun ia hanyalah pilihan
yang diberikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI).
Melalui langkah tersebut, kehadiran peserta untuk menyertai kursus praperkahwinan
secara fizikal dapat dikurangkan sekaligus penjarakan sosial dapat diamalkan
dengan kapasiti ruang yang ada. Selain itu, modul sedia ada turut dipadatkan bagi
memendekkan masa namun begitu ia tidak sama sekali meninggalkan tajuk asal
bagi setiap modul. Oleh itu, peserta boleh menyertai kursus dengan mudah hanya
melalui atas talian pada masa yang sama dapat mempelajari segala keperluan yang
bakal pengantin perlu ketahui sebelum memasuki gerbang perkahwinan. (Astro
Awani, 13 Jun 2020)
beta.astroawani.com/berita-malaysia/pilihan-kursus-praperkahwinan-secara-dalam-talian-
mulai-1-julai-jawi-246876
PANDEMIK COVID-19: MANFAAT SUSU IBU LEBIH BESAR
DARIPADA RISIKO JANGKITAN Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
menyarankan ibu-ibu sedunia untuk terus memberi
susu ibu kepada bayi mereka walaupun ibu
tersebut menghidapi simptom COVID-19. Hal ini
kerana manfaat susu ibu adalah lebih besar
daripada risiko yang timbul jika ia diberhentikan. Ibu
yang dijangkiti masih diharuskan untuk menyusu
anak mereka melainkan ibu tersebut benar-benar
tidak sihat disebabkan risiko untuk anak tersebut turut dijangkiti akibat penyusuan
tersebut amat rendah.
Kenyataan ini disokong oleh Anshu Banerjee, penasihat kanan WHO untuk
kesihatan pembiakan dan penyelidikan ada menyatakan setakat ini masih belum
dijumpai virus yang hidup dalam susu ibu boleh menyebabkan penularan virus
tersebut ke dalam tubuh badan bayi. Malah manfaat yang diperolehi daripada susu
tersebut jauh lebih besar daripada risiko berpotensi penularan. (Astro Awani, 13
Jun 2020)
beta.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-ibu-positif-pandemik-digalakkan-terus-
menyusukan-bayi-246926
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 17
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)