+ All Categories
Home > Documents > SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar,...

SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar,...

Date post: 28-Jul-2018
Category:
Upload: ngotram
View: 277 times
Download: 1 times
Share this document with a friend
13
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 st Century eISBN: 978-967-13705-0-6 634 SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM METODE DA’WAH BI AL-KITABAH: ANALISIS KITAB RISALAH AL-NUR Wan Rashidah Hanim Binti Wan Mohamad Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, Malaysia [email protected] Abstrak Kepelbagaian metode dakwah dapat membantu perjalanan dakwah seorang daie meskipun dihimpit pelbagai tekanan dan ujian. Strategi yang bijak dan idea yang segar diperlukan bagi menarik perhatian mad’u terhadap dakwah yang disampaikan. Lebih kurang 108 tahun yang lalu, langkah ini telah diambil oleh seorang ulama’ tahanan dari Turki bernama Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menerusi karya agung beliau yang tersohor yang dinamakan sebagai Risalah al-Nur (Risale-I Nur) yang bermaksud Risalah Cahaya. Kitab Risalah al-Nur ini dihimpunkan sebanyak 130 buah risalah (dianggarkan lebih kurang 6000 halaman) melalui 14 jilid besar. Risalah al-Nur dikarang bertujuan untuk mengajak manusia kembali kepada al-Quran tanpa meminggirkan arus kemodenan duniawi. Mutakhir ini menyaksikan kesan dakwah Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menerusi penulisan kitab ini telah memberi impak ke seluruh dunia dengan terbukti terjemahan kitab ini tersebar dalam pelbagai terjemahan bahasa asing dan kesinambungan dakwah oleh para pelajar beliau menerusi kumpulan halaqah seperti Kelas Usrah Risalah al-Nur di bawah Yayasan Hayrat Turki. Oleh itu, makalah ini cuba menganalisis gagasan pemikiran Sheikh Badiuzzaman Said Nursi tentang metode da’ wah bi al-kitabah yang diaplikasi oleh beliau menerusi kitab Risalah al- Nur. Penelitian ini dilakukan dengan mengupas ideologi beliau dan mengadaptasi hasil tulisan yang terdapat dalam Risalah al-Nur. Analisis ini juga dilakukan dengan meneliti nasihat-nasihat yang ditulis oleh beliau melalui kitab Risalah al-Nur tentang metode da’wah bi al-kitabah. Kata Kunci: Pemikiran, Badiuzzaman Said Nursi, Metode, Dakwah Bi al-Kitabah, Risalah al- Nur 1. PENDAHULUAN Ismail al-Faruqi, tokoh Islam abad ke-20 melalui bukunya berjudul Islam and Other Faiths” menulis bahawa “Da’wah is the fulfilment of this commandment “to call men unto the path of Allah.” Besides, it is the effort by the Muslim to enable other men to share and benefit from the supreme vision, the religious truth, which he has appropriated. 1 Perkongsian hidayah dan kebenaran yang diperoleh atas asbab usaha dakwah itu lebih sempurna jika disertai dengan praktikal, bukan teori semata- mata. Praktikal yang dimaksudkan di sini adalah melalui pelaksanaan metode dakwah yang diaplikasikan seperti da’ wah bi al-hal (dakwah secara perilaku), da’ wah bi al-kitabah (dakwah secara tulisan) atau da’wah bi al-lisan (dakwah secara lisan). 1 Al-Faruqi, Ismail Raji, Islam and Other Faiths, (Leicester: The Islamic Foundation, 1998) 305.
Transcript
Page 1: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

634

SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI DALAM METODE DA’WAH BI AL-KITABAH:

ANALISIS KITAB RISALAH AL-NUR

Wan Rashidah Hanim Binti Wan Mohamad Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kepelbagaian metode dakwah dapat membantu perjalanan dakwah seorang daie meskipun dihimpit pelbagai tekanan dan ujian. Strategi yang bijak dan idea yang segar diperlukan bagi menarik perhatian mad’u terhadap dakwah yang disampaikan. Lebih kurang 108 tahun yang lalu, langkah ini telah diambil oleh seorang ulama’ tahanan dari Turki bernama Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menerusi karya agung beliau yang tersohor yang dinamakan sebagai Risalah al-Nur (Risale-I Nur) yang bermaksud Risalah Cahaya. Kitab Risalah al-Nur ini dihimpunkan sebanyak 130 buah risalah (dianggarkan lebih kurang 6000 halaman) melalui 14 jilid besar. Risalah al-Nur dikarang bertujuan untuk mengajak manusia kembali kepada al-Quran tanpa meminggirkan arus kemodenan duniawi. Mutakhir ini menyaksikan kesan dakwah Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menerusi penulisan kitab ini telah memberi impak ke seluruh dunia dengan terbukti terjemahan kitab ini tersebar dalam pelbagai terjemahan bahasa asing dan kesinambungan dakwah oleh para pelajar beliau menerusi kumpulan halaqah seperti Kelas Usrah Risalah al-Nur di bawah Yayasan Hayrat Turki. Oleh itu, makalah ini cuba menganalisis gagasan pemikiran Sheikh Badiuzzaman Said Nursi tentang metode da’wah bi al-kitabah yang diaplikasi oleh beliau menerusi kitab Risalah al-Nur. Penelitian ini dilakukan dengan mengupas ideologi beliau dan mengadaptasi hasil tulisan yang terdapat dalam Risalah al-Nur. Analisis ini juga dilakukan dengan meneliti nasihat-nasihat yang ditulis oleh beliau melalui kitab Risalah al-Nur tentang metode da’wah bi al-kitabah.

Kata Kunci: Pemikiran, Badiuzzaman Said Nursi, Metode, Dakwah Bi al-Kitabah, Risalah al-Nur

1. PENDAHULUAN Isma’il al-Faruqi, tokoh Islam abad ke-20 melalui bukunya berjudul “Islam and

Other Faiths” menulis bahawa “Da’wah is the fulfilment of this commandment “to call men unto the path of Allah.” Besides, it is the effort by the Muslim to enable other men to share and benefit from the supreme vision, the religious truth, which he has appropriated”.1 Perkongsian hidayah dan kebenaran yang diperoleh atas asbab usaha dakwah itu lebih sempurna jika disertai dengan praktikal, bukan teori semata-mata. Praktikal yang dimaksudkan di sini adalah melalui pelaksanaan metode dakwah yang diaplikasikan seperti da’wah bi al-hal (dakwah secara perilaku), da’wah bi al-kitabah (dakwah secara tulisan) atau da’wah bi al-lisan (dakwah secara lisan).

1 Al-Faruqi, Ismail Raji, Islam and Other Faiths, (Leicester: The Islamic Foundation, 1998) 305.

Page 2: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

635

Da’wah bi al-kitabah merupakan salah satu metode yang menjadi pilihan para du’at sejak dahulu lagi. Proses penyampaian dakwah melalui medium penulisan (da’wah bi al-kitabah) bukan suatu metode yang baru. Sejarah membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW juga menggunakan metode da’wah bi al-kitabah dengan mengutus surat kepada raja-raja negara bukan Islam seperti Raja Kisra di Parsi, Raja Herkules di Bizantium, Raja Mauqauqis di Mesir dan Raja Negus di Ethopia untuk menyeru mereka agar menerima Islam.2 Metode da’wah bi al-kitabah perlu mengikut tatacara yang sesuai dengan landasan Islam agar tidak menjadi fitnah kepada Islam. Pendakwah hendaklah menulis sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah yang bersangkutan dengan aqidah, fiqh dan syariah serta perlu berusaha untuk menyebarkannya tanpa mengundur diri daripada bidang yang penting ini.3 Dr. Abdul Karim Zaidan, pengarang kitab Usul al-Da’wah yang menulis tentang da’wah bi al-kitabah dengan menerangkan bahawa “Tulisan adalah juga merupakan salah satu bentuk ucapan dan menjadi salah satu media dakwah.”4

Pengkaji meneliti pandangan Dr. Abdul Karim Zaidan tentang metode da’wah bi al-kitabah sebagai satu persepsi yang bertepatan dengan metode yang dipraktikkan oleh Sheikh Badiuzzaman Said Nursi seorang ulama’ sufi5 dari Turki melalui penulisan beliau di dalam kitab Risalah al-Nur dan beberapa karya yang lain. Mutakhir ini menyaksikan kajian akademik tentang Sheikh Badiuzzaman Said Nursi semakin mendapat tempat di Malaysia. Terdapat ramai ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) menyambung delegasi dakwah beliau dengan mempromosi semula kandungan Risalah al-Nur melalui seminar, simposium, dan pengajian halaqah di Malaysia. Di negara kita, kumpulan yang bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah Risalah al-Nur adalah kumpulan usrah di bawah pimpinan Hayrat Vakfi yang bekerjasama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). ABIM melalui hoca atau guru dari pertubuhan Hayrat Vakfi Turki yang berpusat di Istanbul menjadi hoca di Malaysia. Kumpulan Usrah Hayrat ini aktif melakukan pengajian Risalah al-Nur di Taman Melati Gombak dan di Sg. Ramal Dalam Kajang. Para hoca ini mewakafkan diri mereka beberapa tahun hanya kerana untuk berdakwah Li Allahi Ta’ala. Mereka tinggal di madrasah selepas habis pengajian di universiti dan tidak bekerja namun hanya bekerja dengan mewakafkan diri mereka untuk ditempatkan di mana-mana lokasi kumpulan Hayrat ini. Mereka juga sanggup berkorban dengan berkahwin lewat (sekitar lima tahun), semata-mata untuk kerja dakwah.6 Terdapat juga pasangan yang berkahwin turut mewakafkan diri mereka.7 Di Malaysia, melalui Biro Kajian Ilmiah Altinbasak yang berpusat di Bandar Baru Bangi, penterjemahan

2 Zaidan, Abdul Karim, Dasar-dasar Ilmu Dakwah 2, Terj. H.M. Asywadi Syukur Lc (Jakarta: Penerbit Media Dakwah, 1980) 280.

3 Abu Zaid, Ahmad Mahmud Pendakwah Masa Kini, (Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islam Malaysia, 2004) 163.

4 Zaidan, Abdul Karim, Dasar-dasar Ilmu Dakwah 2, 280.

5 Ustaz Ismail Kaya telah menceritakan bahawa Sheikh Badiuzzaman Said Nursi menggabungkan ilmu tasawuf dan ilmu kalam

dan tidak menggunakan hanya satu daripada keduanya. Said Nursi juga diklasifikasikan sebagai ulama’ klasik tapi dengan cara yang baru. Beliau merupakan wakil Yayasan Hayrat Vakfi di Sudan dan telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Riwayat dan Ketokohan Said Nursi” sempena Seminar Pemikiran Bediuzzaman Said Nursi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 15 Ogos 2015. 6 Menurut salah seorang hoca di Malaysia, Ustaz Sadik Ozata berkata bahawa menurut Said Nursi, dalam keikhlasan

berdakwah terdapat empat prinsip. Pertama, perlu ada redha dari Allah SWT. Kedua, jangan kritik saudara-saudara sedakwah dengan kritikan yang buruk. Ketiga, kekuatan itu dalam keikhlasan. Terakhir, kita perlu menganggap keistimewaan orang lain adalah keistimewaan kita. 7 Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Cengiz Gunayadin, Ketua Pelajar Hayrat Vakfi Antarabangsa ketika Seminar Pemikiran

Bediuzzaman Said Nursi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 15 Ogos 2015. Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Risalah al-Nur Pembangun Jiwa Daie” di dalam Bahasa Turki dan diterjemahkan oleh Ustaz Sadik Ozata.

Page 3: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

636

koleksi Risalah al-Nur dilakukan ke dalam Bahasa Melayu dan menjadi rujukan talib al-nur (pelajar Risalah al-Nur).

Dalam penelitian ini, penulis menganalisis pemikiran Sheikh Badiuzzaman Said Nursi tentang metode da’wah bi al-kitabah yang diaplikasi oleh beliau menerusi kitab Risalah al-Nur. Melalui makalah ini juga, penulis mengupas ideologi Sheikh Badiuzzaman Said Nursi dan meneliti nasihat-nasihat yang dikarang beliau di dalam kitab Risalah al-Nur. 2. SAID NURSI DAN PENGLIBATAN DALAM PENULISAN

Badiuzzaman Said Nursi atau nama sebenarnya Said Miza dilahirkan pada tahun 1877 di sebuah kampung bernama Nurs yang terletak di daerah Hizan di Wilayah Bitlis di sebelah timur Anatolia. ‘Nursi’ dinisbahkan daripada nama tempat kelahirannya. Sejak kecil kepintaran dan kebijaksanaan beliau telah menonjol dan dikagumi ramai. Hal ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat sekeliling malah guru-guru beliau seperti Sayyid Nur Muhammad, seorang guru Tareqat Naqsyabandi dari Hizan, Sheikh Muhammed Amin Efendi dari Arvas, Sheikh Mehmed Celali Nursi dan beberapa masyaikh lagi, juga mengiktiraf kebijaksanaan beliau. Dengan itu, ketika beliau berusia enam belas tahun, ulama'-ulama' besar Turki memberi gelaran “Badiuzzaman” kepada beliau kerana keilmuan dan kecerdasan otak yang luar biasa yang dimiliki beliau.8 Badiuzzaman bermaksud ‘Keunggulan Zaman’. Gelaran ini kemudian menjadi sebahagian dari namanya.9 Said Nursi sendiri melakarkan gelaran ini pada setiap karya penulisannya. Nursi berpandangan bahawa gelaran yang digunakan itu bukan sebagai satu sanjungan akan tetapi sebagai perbezaan dari orang lain dari segi gaya, adat dan tingkah laku.10 Menurut Said Nursi di dalam Risalah al-Lama’at, tarbiyah yang diperolehi beliau hasil dari ibunya, Nuriyah merupakan asas terpenting kepada ilmu-ilmu lain yang diperolehinya.11 Beliau sangat menyanjungi ahli keluarganya terutamanya ibubapa dan abangnya Molla Abdullah. Selain itu juga, majlis ilmu yang seringkali diadakan di rumahnya menyuburkan jiwanya dengan majlis-majlis ta’alim yang lain. Beliau juga sering melibatkan diri dengan berbincang (musyawarah) dan bertemu (muqabalah) bersama para ulama’ dan orang dewasa. Ini terbukti bahawa dengan suasana seperti ini banyak mempengaruhi perwatakan dan juga sketsa pemikiran beliau.12 Sheikh Badiuzzaman Nursi meninggal dunia pada tarikh 23 Mac 196013 dan meninggalkan Kitab Risalah al-Nur yang dihimpunkan sebanyak 130 buah risalah (dianggarkan lebih kurang 6000 halaman) melalui 14 jilid besar.14

Daripada pengamatan penulis mendapati bahawa penglibatan dakwah Said Nursi dalam bidang penulisan atau dakwah bi al-kitabah agak rumit dan kompleks serta mempunyai fasa-fasa tertentu terutamanya dalam penghasilan karya Risalah al-Nur. Hal ini kerana kitab Risalah al-Nur dikarang oleh beliau di saat kondisi yang kritikal seperti ketika dipenjarakan, diasingkan jauh dari keluarga dan dibuang negeri.

8 Wan Sulaiman, Wan Jaffree, “Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi”, (Ankara: Ihlas Nur Nesriyat, 2015) 17.

9 Ibid.,

10 Ibid.,

11 Faridah Mohd Sairi, “Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki” (Tesis Ph.D., Universiti Malaya,

2012) 158. 12

Ibid., 158 13

Abu-Rabi', M. Ibrahim, Islam at the Crossroads: On the Life and Thought of Bediuzzaman Said Nursi, (New York: State University of New York Press, 2003) 279. 14

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, “Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi”, 151.

Page 4: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

637

Namun begitu, metode da’wah bi al-kitabah beliau tidak tertakluk kepada penulisan Risalah al-Nur semata-mata. Jika diimbas kembali sejarah dakwah beliau dalam metode bi al-kitabah bermula ketika menuntut ilmu dari guru beliau seperti sheikh Sayyid Nur Muhammad, Sheikh Muhammed Amin Efendi dan Sheikh Mehmed Celali Nursi, kemudian penglibatan beliau dalam politik secara tidak langsung (beliau terlibat dalam pertubuhan Parti Ittihad aI-Muhammadi kerana ingin mempertahankan syariat Islam yang ditentang oleh golongan Turki Muda), kemudian penglibatan beliau di dalam dakwah dalam masyarakat secara tidak langsung (hal ini kerana semakin ramai berminat dengan cara dakwah beliau sehingga jumlah pelajar beliau meningkat di pelbagai daerah) dan akhirnya, fokus beliau dalam menghasilkan karyanya yang monumental iaitu Risalah al-Nur ketika di dalam penjara. Selain itu, Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah.

2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa

Badiuzzaman Said Nursi menyumbang kepada masyarakat dalam bidang penulisan melalui media massa sebagai salah satu metode da’wah bi al-kitabah. Penulisan Said Nursi bukan sahaja tentang agama sahaja malah tulisan dan komentar beliau sering diterbitkan di dalam akhbar perdana berkenaan isu politik, isu semasa dan mengkritik pemimpin serta penjajah Inggeris. Tulisan beliau memberi impak besar kepada pembaca sama ada pengikut beliau atau pihak lawan.

Antara contoh tulisan beliau iaitu di dalam akhbar Volkan yang diasaskan pada tahun 1889, ketika golongan Turki Muda atau dikenali sebagai The Young Turk yang merupakan golongan pembangkang menentang institusi kesultanan di bawah Sultan Abdul Hamid II yang akhirnya menyaksikan kejatuhan baginda sebagai sultan. Justeru itu pada tahun 1878, The Young Turk telah menubuhkan sebuah pertubuhan politik rahsia yang dinamakan sebagai Committee of Union and Progress (CUP).15 CUP merupakan sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh para intelektual dan pegawai-pegawai tentera yang dilatih dari Akademi Tentera di negara Barat. Oleh demikian, bagi menangkis serangan CUP terhadap hal-hal yang berkaitan dengan soal syariah islamiyyah, akhlak dan ajaran tradisi Islam, Said Nursi telah menjawab dan menyumbang idea bagi mempertahankan Islam melalui tulisan beliau di dalam surat khabar Volkan. Artikel beliau diterbitkan dalam isu pertama yang dicetak pada tarikh 11 Disember 1908.16

Contoh lain, ketika penjajahan Inggeris ke atas Istanbul akibat kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama, pelbagai cara digunakan oleh Inggeris untuk meruntuhkan kerajaan Uthmaniyah.17 Penjajahan Inggeris bermula pada 18 April 1920 yang menyaksikan pemeteraian Perjanjian Serves pada Mei 1920 dan memaksa Sultan ketika itu iaitu Sultan Wahiduddin untuk menandatangani perjanjian tersebut.18 Said Nursi tidak berdiam diri dan berjihad menentang Inggeris melalui metode da’wah bi al-kitabah iaitu dengan menulis risalah Khutuwwat al-Sitt.19 Penulisan Said Nursi ini bertujuan untuk mengutuk pihak Inggeris dan menyeru rakyat untuk berjihad menentang Inggeris. Di dalam kandungan risalah ini, Said Nursi

15

Faridah Mohd Sairi, “Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki” (Tesis Ph.D., Universiti Malaya, 2012) 145. Lihat juga: Adian Husaini, Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen ke Dominasi Sekular-Liberal, (Jakarta: Gema Insani Press, 2005) 73. 16

Faridah, “Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki”, 149. Lihat juga: Intellectuals in the Modern Islamic World: Transmission, Transformation and Communication, (New York: Routledge, 2006) 75. 17

Faridah, “Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan Pengaruhnya di Turki”, 151. 18

Ibid., 19

Ibid.,

Page 5: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

638

telah membongkar agenda dan muslihat Inggeris dalam mewujudkan persengketaan di kalangan tokoh agama dan pemimpin. Di dalam risalah ini juga Said Nursi memberi kritikan keras yang ditujukan kepada pimpinan di Istanbul kerana sikap mereka yang tunduk dan patuh kepada Inggeris atas alasan untuk menyelamatkan negara. Risalah ini diterbitkan dan diedarkan secara rahsia. Namun begitu, pihak Inggeris telah mengetahui tentang risalah ini lalu menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Said Nursi. Usaha pihak Inggeris untuk menewaskan beliau hanya sia-sia kerana akhirnya hukuman itu ditarik balik disebabkan kebimbangan pihak Inggeris ke atas umat Islam yang akan bangkit menentang mereka jika Said Nursi dicederakan.20 Said Nursi juga banyak menulis di dalam surat khabar perdana seperti akhbar Tanin, Ikdam, Serbersti, Mizan dan Sark Ve Kurdistan Gezetesi berkenaan politik terutamanya tentang perlembagaan berasaskan syariat Islam. Said Nursi menulis di beberapa akhbar dan majalah sebagai satu cara untuk memelihara ketenteraman awam dengan mendamaikan beberapa pihak yang bertelagah ketika itu.21

2.1 Penulisan Said Nursi melalui Buku

Meskipun Said Nursi telah banyak menulis dalam buku, namun kebanyakan penulisan-penulisan beliau sehingga sekarang belum lagi disusun dan diterbitkan dalam bentuk buku. Hanya sekitar 38 buah buku sahaja didapati pernah dan telah diterbitkan. Namun begitu, menurut Said Nursi sendiri, beliau telah menulis tujuh belas buah buku sehingga tahun 1918.22 Berikut merupakan senarai judul buku karya Said Nursi yang telah diterbitkan:23

i. Muhakemat Ebuzzia Matbaasi (Pembukaan kepada Tafsir al-Quran). Jumlah muka surat 274. Diterbitkan di Istanbul pada tahun 1327 Hijrah (1911 Masihi).

ii. Hutbe-i-Samiye (1911-1922). Ditulis di dalam Bahasa Arab kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Turki.

iii. Isharatul I’jaz. Ditulis di dalam Bahasa Arab pada tahun 1918, kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Turki.

iv. Hutuvat-i-Sitte (1919). v. Rumuz (1923). Cetakan pertama habis dalam tahun 1919. vi. Isarat (1923). Cetakan pertama habis dalam tahun 1919. vii. Talikat (1919). Ia tentang Ilmu Logik. Ditulis di dalam Bahasa Arab. viii. Munazarat (habis dalam tahun 1919). ix. Iki Musibetin Sehadetnamesi (1919). x. Sunuhat (1922). Cetakan kedua. xi. Nokta (1921). Cetakan kedua. xii. Kizil I’cas (1923). Cetakan kedua. xiii. Tuluat (1923). Cetakan kedua. xiv. Lemaat (1923). Cetakan kedua. Buku ini mengenai anak bulan

Ramadhan dan anak bulan Syawal. xv. Suaat (1923). Cetakan kedua. Buku ini mengenai sirah Nabi Muhammad

SAW. xvi. Hakikat Cekirdekleri (Jilid 1 dalam tahun 1920. Jilid 2 dalam tahun 1923)

20

Ibid., 21

Ibid., 148. 22

“Sekilas Kehidupan Said Nursi”, dilayari pada 24 Ogos, 2015, http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi. 23

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, (Ankara: Ihlas Nur Nesriyat: 2015) 160.

Page 6: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

639

xvii. Zayluz-Zail (1922). Ditulis dalam Bahasa Arab. xviii. Hubbab (1923) xix. Zaylul Habab xx. Sozler. Jumlah muka surat 720. Diterbitkan di Ankara pada tahun 1957. xxi. Lem’alar. Jumlah muka surat 430. Diterbitkan di Lemat pada tahun 1958. xxii. Mektubat. Jumlah muka surat 500. Diterbitkan di Ankara pada tahun

1958. xxiii. Kucuk Sozler. Jumlah muka surat 72. Diterbitkan di Istanbul pada tahun

1958. xxiv. Ihlas Risaleleri. Jumlah muka surat 48. Diterbitkan di Ankara pada tahun

1957. xxv. Divan Harbi Orfi ve Sa’id Nursi. Jumlah muka surat 63. Diterbitkan di

Sammon pada tahun 1963 selepas Sheikh Said Nursi meninggal dunia. Buku ini adalah kenyataan Said Nursi yang mempertahankan diri beliau di Mahkamah Tentera pada tahun 1909.

xxvi. Uhuvvet, Iktisad, Ramazan Ve Sukur Resaleleri. Jumlah muka surat 72. Diterbitkan pada tahun 1957.

xxvii. Sualar. Jumlah muka surat 495. Diterbitkan di Istanbul pada tahun 1959. xxviii. Ankara Universitesinde Risale-I Nur Hakkinda Verilen Bir Konferans xxix. Genclik Rehberi xxx. Hanimlar Rehberi xxxi. Lahikalar xxxii. Hakikat Nurlari xxxiii. Zuhrat-un-nur xxxiv. Asa-yi Musa xxxv. Fihrist xxxvi. Zulfikar xxxvii. Tilsimler xxxviii. Mesnevi-i-Nuriye. 224 muka surat.24

3. STRUKTUR PENULISAN SAID NURSI

Berdasarkan pengamatan penulis terhadap beberapa karya penulisan Badiuzzaman Said Nursi, penulis mendapati bahawa mesej dan nasihat yang disampaikan melalui penulisan beliau sangat segar, tajam dan berkesan dengan susunan kata yang indah. Penulis mendapati tiga struktur penulisan yang ditekankan oleh Said Nursi seperti berikut:

3.1 Gaya bahasa seperti metafora, hiperbola dan monolog.

Said Nursi menggunakan gaya bahasa seperti menurut kaedah penulisan Bahasa Melayu sebagai satu kaedah bagi memastikan keberhasilan sesuatu karya. Di dalam aspek bahasa, terdapat tiga aspek penting yang perlu ditekankan iaitu jenis penggunaan bahasa, jenis pengucapan bahasa dan unsur bahasa.25 Menurut Dr. Sadik Tanrikulu, Said Nursi menggunakan teknik perumpamaan sebagai jalan

24

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, 160. 25

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari, Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, (Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2006) 414.

Page 7: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

640

penulisan bagi memudahkan pemahaman pembaca.26 Sheikh Badiuzzaman kelihatan sangat peka dan menekankan aspek gaya bahasa yang digunakan dan akan merasa ralat sekiranya tidak dapat mempersembahkan penulisannya dengan baik.

Hal ini terbukti di dalam nukilan Risalah Untuk Warga Tua, beliau menulis seperti berikut:

“Kilatan ini adalah terdiri daripada dua puluh enam cahaya harapan dan sinaran hiburan. Perhatian: Sebab yang mendorong saya untuk merakan segala kesakitan maknawi yang saya hadapi ini pada permulaan setiap pengharapan dengan gaya bahasa yang cukup menyentuh perasaan sehingga anda pun turut merasakan kesakitannya ialah semata-mata kerana ingin menerangkan betapa besar kesan yang diperolehi daripada rawatan al-Quran al-Karim dan penawarnya yang menakjubkan. Sekalipun kilatan ini dikhususkan untuk orang-orang tua, namun gaya bahasa yang digunakan tidaklah terlalu baik dan tersusun kerana beberapa asbab:

Pertama: Risalah ini menyentuh peristiwa dan kejadian yang berlaku kepada diri saya sendiri. Menerawang khayalan dalam menghayati peristiwa kejadian tersebut, kemudian menulis dan mencatatnya, menyebabkan gaya bahasa yang digunakan tidak dapat disusun dengan baik. Kedua: Penulisan risalah ini diselubungi sedikit keserabutan, kerana ia ditulis selepas sembahyang fajar (subuh). Ketika itu, saya merasa amat letih dan penat, di samping tertekan untuk menulis dengan cepat. Ketiga: Kami ketika itu tidak mempunyai waktu yang cukup untuk melakukan pembetulan menyeluruh. Penyalin yang bersama saya ketika itu amat penat dengan segala urusan Risalah al-Nur. Banyak kali dia meminta uzur untuk tidak hadir. Keadaan ini menyebabkan kandungan risalah ini tidak mempunyai keselarasan di antara tajuk-tajuknya sebagaimana sepatutnya terdapat di dalam sebuah risalah yang baik. Keempat: Kami hanya mampu melakukan pembetulan dan pindaan sepintas lalu sahaja tanpa mendalami ke lubuk makna sesuatu perkataan. Ini kerana kami merasa penat dan letih selepas menulisnya. Oleh itu, tidaklah pelik jika risalah ini mengandungi sedikit kecuaian dari sudut perkataan yang digunakan dan persembahan yang dilakukan.”27

Penyampaian gaya bahasa yang dipersembahkan oleh Said Nursi memainkan peranan penting dalam metode da’wah bi al-kitabah beliau. Hal ini kerana pengaruh Said Nursi melalui penulisan Risalah al-Nur sangat besar dan juga fokus beliau terhadap karya ini juga amat tinggi dan teliti bagi memberi kesan yang baik kepada para pembaca.

3.2 Memuatkan Dalil al-Quran dan al-Hadis.

26

Dr Sadik Tanrikulu merupakan Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Osman Gazi di Turki. Beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Gaya Unik Penyampaian Dakwah Said Nursi” di Seminar Pemikiran Bediuzzaman Said Nursi di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada 15 Ogos 2015. 27

Bediuzzaman Said Nursi, Risalah Untuk Warga Tua, Terj. Anwar Fakhri Omar, (Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki): 2012, 13.

Page 8: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

641

Said Nursi menerangkan tentang salah satu daripada empat asas Risalah al-Nur iaitu syafaqah (rasa kasih).28 Beliau menerangkan tentang sifat wanita yang mempunyai rasa kasih sayang yang tinggi. Beliau menceritakan bahawa Rasulullah SAW di dalam hadis telah bersabda:

“Contohilah agama para wanita yang tua”.

Said Nursi berkata bahawa “tulisan ini29 adalah khabar gembira yang penting bagi para wanita tua”. Jelaslah bahawa mesej dakwah yang disampaikan oleh Sheikh Badiuzzaman Said Nursi penuh kelembutan dan kasih sayang sebagaimana yang beliau menyebut tentang syafaqah iaitu salah satu asas dalam Risalah al-Nur itu sendiri.

Di dalam Risalah al-Mardha (Risalah Untuk Para Pesakit), Said Nursi menghuraikan lebih kurang dua puluh lima hikmah penyakit secara terperinci. Beliau mengajak para pesakit bersabar dan mengucap kalimah dari Surah al-Baqarah, ayat 156 yang berbunyi:30

ـا إليه راجعون ا هلل وإن إن

“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Ayat ini dinasihatkan oleh Said Nursi untuk dibaca ketika ditimpa musibah seperti

kematian anak. Tidak dinafikan kelembutan dakwah yang disampaikan seolah memujuk hati para pembaca yang sedang berduka. Keberkesanan metode ini dapat menjadi contoh para pendakwah yang lain. 3.3 Memetik Bait Syair dari Penyair Tersohor

Contoh, di dalam Risalah untuk Warga Tua, sebuah risalah dari Koleksi Risalah al-Nur, di dalam Harapan Ketiga, Said Nursi memetik bait syair dari Niyazi al-Misri seperti berikut:

Ketika saya terjaga pada waktu pagi zaman ketuaan saya, daripada tidur malam zaman muda saya, saya melihat dan memerhati kepada diri saya. Lalu saya dapati seolah-olah diri saya sedang laju menuruni tanah tinggi ke kawasan rata tanah perkuburan, sebagaimana digambarkan oleh Niyazi al-Misri:

“Tubuh badan semakin kecut dan layu dari masa ke semasa. Kealpaan sentiasa menyelubungi diri, meskipun jasadnya sudah hampir reput”.31

Dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga struktur dalam penulisan Said Nursi ini telah membantu para pembaca menghayati setiap petikan dan nasihat dalam Risalah al-Nur. Tidak keterlaluan jika dikatakan penggunaan bahasa yang indah membuatkan mesej dakwah yang disampaikan meresap ke dalam minda pembaca

28

Badiuzzaman Said Nursi, Pedoman Para Wanita, (Bandar Baru Bangi: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak: 2014) 20. 29

Tulisan ini ditulis secara sulit di dalam koleksi Risalah al-Nur iaitu Risalah Pedoman Para Wanita. Tulisan ini ditulis khusus buat penyokong Said Nursi di Madrasah az-Zahra’. 30

Bediuzzaman Said Nursi, Risalah Untuk Para Pesakit, diterjemahkan oleh Anwar Fakhri Omar, Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki (MTCA): 2012. 31

Bediuzzaman Said Nursi, Risalah Untuk Warga Tua, 22.

Page 9: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

642

dan seolah-olah Sheikh Said Nursi selaku penyampai nasihat berada di depan mata pembaca. Penghayatan yang mendalam juga mampu membuatkan pembaca tersentuh hati dan menitiskan air mata. 4. PEMIKIRAN SAID NURSI TENTANG DA’WAH BI AL-KITABAH MELALUI

RISALAH AN-NUR Menurut Said Nursi, metode da’wah bi al-kitabah melalui penulisan Risalah al-Nur

merupakan bahagian kedua dalam kehidupan beliau. Beliau menggelarkan dirinya sebagai ‘Said Baru’ kerana bermulanya tempoh penulisan risalah-risalah dan kehidupannya sejak beliau menzahirkan tugas tajdid (pembaharuan) sebagai rencana utama dalam kehidupan beliau. Manakala ‘Said Lama’ merupakan kehidupan beliau yang terkait dengan dunia politik.32 Melalui ‘Said Baru’ ini, Said Nursi telah meletakkan syarat supaya menulis Risalah an-Nur dengan huruf-huruf al-Quran bagi sesiapa yang mahu menjadi muridnya. Selain itu, mereka juga perlu menyebarkan dan menghantar naskhah-naskhah yang ditulis kepada mereka yang merindui beliau di sekitar Anatolia.33 Oleh demikian, berdasarkan penelitian di dalam beberapa koleksi Risalah an-Nur oleh Said Nursi, maka penulis akan membincangkan pandangan Said Nursi tentang dakwah melalui medium penulisan Risalah an-Nur. Berikut merupakan beberapa isi dari pemikiran beliau: 4.1 Penulisan Risalah al-Nur Menjadikan Barla sebagai Sebuah Madrasah

Barla merupakan sebuah kampung yang terletak di atas lereng bukit di tebing barat Tasik Egridir di dalam negeri Isparta.34 Di kampung terpencil ini, Said Nursi dibuang oleh pihak berkuasa dengan sengaja supaya beliau menderita. Kawalan ketat dikenakan terhadap beliau di tempat terasing itu. Bandar Barla ini sangat indah, damai dan kehijauannya seperti kampung kelahirannya, Nurs. Barla dikelilingi bukit yang menghijau dan banyak tempat indah untuk berkelah.35 Said Nursi telah tinggal di sini lebih kurang 8 tahun dan sepanjang hidup dalam buangan, beliau telah menulis 130 bahagian daripada Risalah al-Nur.36 Walaupun hidup dalam buangan, Said Nursi berkata:

“Saya mengucapkan ratusan ribu syukur kepada Allah dan sebagai menceritakan nikmat, saya berkata: Semua tekanan dan seksaan ibarat batang-batang kayu kepada api semangat dan keazaman yang menerangi cahaya al-Quran. Ia menyalakan dan memarakkannya. Cahaya al-Quran yang menerima tekanan tersebut dan yang tersebar dengan bahang semangat, telah menjadikan Barla dan negeri ini bahkan seluruh Negara ibarat sebuah madrasah. Mereka menyangka saya terkurung di sebuah kampong. Sebaliknya ia bertentangan dengan sangkaan para zindik. Barla ibarat kerusi pengajian dan kebanyakan tempat seperti Isparta ibarat sebuah madrasah.”37

32

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, (Bandar Baru Bangi: Biro Terjemahan Hayrat Vakfi, 2011) 21. 33

Ibid. 34

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi, (Ankara: Ihlas Nur Nesriyat: 2015) 87. 35

Ibid, 88. 36

Sukran Vahide, Bediuzzaman Said Nursi: The Author of the Risale-I Nur, (Petaling Jaya: Islamic Book Trust: 2011) 235. 37

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 32.

Page 10: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

643

Petikan di atas menceritakan episod penderitaan Sheikh Badiuzzaman Nursi yang telah hidup dalam buangan. Namun begitu, walaupun hidup dalam buangan, Risalah al-Nur semakin dikenali kesan daripada penyebaran naskhah oleh murid-muridnya.38 Kesan daripada dakwah Risalah al-Nur yang semakin meluas, pihak musuh tidak senang dengan hal itu dan mengenakan tindakan terhadap beliau. Ketika beliau dipenjarakan di Penjara Denizli atas tuduhan mencetak satu risalah secara rahsia tentang kewujudan Tuhan, beliau masih sempat menghasilkan karya-karya baru walaupun kertas dan pen diharamkan ke atas beliau. Oleh itu, karya beliau ditulis di atas apa sahaja barangan yang berunsur kertas. Kemudian, karyanya diseludup keluar menggunakan kotak-kotak mancis.39 Meskipun ujian demi ujian datang menimpa ke atas diri Said Nursi, beliau tetap dengan pendirian untuk berdakwah melalui penulisannya yang agung agar masyarakat kembali kepada Islam setelah sekian lama hidup bersistemkan sekularisme.

4.2 Penulisan Risalah al-Nur Menyebarkan Hakikat Keimanan

Meskipun Said Nursi terseksa dengan tekanan dari pihak berkuasa, namun hal itu membuatkan beliau menjadi lebih kuat dan bersemangat dalam meneruskan penulisan Risalah al-Nur. Beliau meluahkan situasi tragik beliau dengan berkata:

“Mereka yang menyeksa kita, sebenarnya tanpa mereka ketahui dan sedari, dengan takdir Ilahi mereka telah membantu kita untuk menyebarkan hakikat-hakikat keimanan”.40

Said Nursi juga menulis:

“Risalah an-nur merupakan penjelasan hakikat-hakikat keimanan, selain ilmu, ia juga Makrifatullah, ketenangan dan ibadah”.41

4.3 Tulisan Risalah al-Nur adalah Tafsir Hakikat al-Quran dan Mukjizat Maknawi

Said Nursi sering menjelaskan bahawa Risalah al-Nur ibarat benih kecil daripada al-Quran. Risalah al-Nur membawa kebenaran kepada manusia melalui makna dan tafsir al-Quran. Para pengikut Said Nursi melihat akhlak yang mulia dan kelebihan luar biasa yang ada pada diri beliau. Said Nursi dengan penuh merendah diri menjelaskan bahawa:

“Kelebihan-kelebihan yang dilihat oleh kalian bukannya kelebihan saya bahkan itu semua adalah milik Risalah al-Nur. Risalah al-Nur juga adalah tafsir hakikat al-Quran. Seperti kedatangan para mujaddid yang berkhidmat untuk agama dan keimanan pada setiap kurun, ada zaman yang bercelaru serta zaman pecerobohan penguatkuasaan dan peribadi maknawi kesesatan ini juga perlu ada satu sosok peribadi maknawi mujaddid. Ia tidak akan menyerupai zaman dahulu. Sehebat mana pun seseorang, dia boleh kalah apabila berhadapan dengan peribadi maknawi.”42

38

Ibid., 23. 39

“Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An-Nur”, dilayari pada 30 Ogos, 2015, http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi/. 40

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 21. 41

Badiuzzaman Said Nursi, Pedoman Masa Muda, (Bandar Baru Bangi: Pusat Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak: 2014) 40. 42

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 45.

Page 11: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

644

Said Nursi juga menerangkan:

“Risalah al-Nur merupakan jurubicara al-Quran yang padanya terdapat terlalu banyak faedah kepada kehidupan duniawi, politik dan ukhrawi bagi bangsa dan tanah air ini”.43

4.4 Penulisan Risalah al-Nur Berfungsi dalam Membaiki Tindakan Pemusnahan

yang Menyeluruh Said Nursi berjuang mempertahankan perlembagaan Turki daripada anasir

musuh Islam. Sebolehnya beliau berjihad agar Turki ketika itu melaksanakan sistem yang berteraskan syariah Islamiyyah. Said Nursi sedih melihat masyarakat hidup dalam kemusnahan dan jauh dari ajaran Nabi Muhammad SAW serta melakukan larangan Allah SWT. Oleh yang demikian, Said Nursi menjelaskan salah satu fungsi Risalah al-Nur dengan berkata:

“Risalah al-Nur tidak hanya membaiki satu usaha pemusnahan yang terpencil dan sebuah rumah yang kecil sahaja, bahkan ia membaiki satu tindakan pemusnahan yang menyeluruh dan sebuah kubu besar melingkungi Islam yang mana batu-batunya sebesar gunung.44

4.5 Risalah al-Nur Memulihkan Segenap Hati dari Kerosakan Sejak Seribu

Tahun dan Memulihkan Fikrah Umum Sekian lama, masyarakat Islam di Turki hidup bersistemkan sekularisme, Risalah

al-Nur muncul untuk memulihkan hati para muslim yang hidup bergelumang dalam dosa. Di dalam Risalah al-Nur ada menulis tentang manusia yang sering dan terbiasa melakukan dosa. Oleh itu, melalui dakwah penulisan Risalah al-Nur, Said Nursi menceritakan dengan gaya penuh lembut dan tidak keras dengan mengatakan bahawa dalam keimanan dan beramal soleh di dunia lagi terdapat kelazatan-kelazatan syurgawi serta memperlihatkan dosa-dosa pula terdapat kesakitan pada kelazatannya dan mengalahkan perasaannya.45

4.6 Tulisan Risalah al-Nur Sebagai Memelihara Huruf al-Quran dan Menentang

Ahli Bidaah Said Nursi menulis bahawa: “Secara terkilan Saidina Ali R.A membicarakan tentang peristiwa pemaksaan penggunaan huruf-huruf asing (huruf Latin atau rumi) dalam masyarakat Islam dan bantuan ulama-ulama jahat kepada bidaah dan secara membimbing beliau turut membicarakan sebahagian orang yang berada di antara dua kejadian ini bahawa, mereka berjuang menghadapi huruf-huruf asing serta menentang ulama-ulama yang jahat itu dengan Ismul A’zam Nama Allah yang Agung yang merupakan doa ‘Sakinah’. Maka tidak syak lagi bahawa pada zaman ini orang-orang tersebut ialah para pelajar dan

43

Badiuzzaman Said Nursi, Pedoman Masa Muda, 40. 44

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, 33. 45

Ibid., 41.

Page 12: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

645

penyebar Risalah al-Nur. Ini kerana mereka memelihara huruf al-Quran dan menentang sebahagian ulama (yang ahli bidaah).”46

4.7 Risalah al-Nur Berjaya Memaksa Musuh-musuh untuk Menyerah

Hal ini terbukti apabila Risalah al-Nur telah mengalahkan propaganda-propaganda dahsyat dari golongan zindiq47 yang sangat memusuhi kitab ini.

4.8 Penulisan Risalah al-Nur sebagai tangan-tangan yang akan meneruskan

dakwah keimanan dan al-Quran. Di saat kesihatan yang makin teruk, Badiuzzaman Said Nursi sering mengatakan

bahawa beliau telah bersedia untuk menuju ke akhirat dengan hati yang tenang. Ini kerana beliau yakin Tullab al-Nur (pelajar Risalah al-Nur) akan meneruskan dakwah keimanan dan al-Quran melalui risalah-risalah yang telah dihulurkan kepada mereka. 5. KESIMPULAN Secara keseluruhannya di dapati bahawa peranan kitab Risalah al-Nur dalam menyebarkan da’wah islamiyyah amat besar. Dakwah Said Nursi telah berjaya tersebar sehingga kini, Said Nursi diangkat tinggi oleh umat Islam dari pelosok dunia. Pemilik nama Said Nursi ini semakin dikaji dan mendapat tempat di kalangan masyarakat. Terbitan buku tentang biografi dan perjuangan beliau di dalam Bahasa Melayu meningkat di pasaran. Risalah al-Nur ibarat ‘diari nasihat” Said Nursi kerana disamping memberi nasihat dan panduan, beliau menyelitkan beberapa kisah dengan berkongsi pengalaman dan saat hidup beliau sama ada kisah tragik mahupun gembira. Seperti tujuan beliau menulis, beliau mahukan ilmu dan pengajaran sampai kepada umat Islam. Hal ini telah terbukti dengan usaha dakwah pelajar Risalah al-Nur yang membuka sekolah di pelbagai benua, dari Brazil hingga ke Mongolia.

Justeru itu, menerusi bidang penulisan, penulis dapat simpulkan bahawa amat jelas Said Nursi menggunakan metode da’wah bi al-kitabah sebagai medium kritikan dan bantahan terhadap kerajaan,menyampaikan mesej mahmudah. Sebagai penutup, umat Islam perlu mengambil ibrah (pengajaran) dan manfaat dari Risalah al-Nur dengan menjadikan ia sebagai panduan hidup kita di zaman yang mencabar ini. Para pendakwah juga perlu ikhlas dalam berdakwah. Oleh itu, Risalah al-Nur perlu disampaikan dan disebarkan kepada masyarakat supaya usaha dakwah Said Nursi tidak terkubur begitu sahaja. RUJUKAN Abu-Rabi', M. Ibrahim, (2003), Islam at the Crossroads: On the Life and Thought of

Bediuzzaman Said Nursi, New York: State University of New York Press. Abu Zaid, Ahmad Mahmud, (2004), Pendakwah Masa Kini, Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islam Malaysia.

46

Ibid., 54. 47

Dr. Sa’dy Abu Habib berpendapat bahawa kata zindiq atau al-zindiq iaitu seorang yang tidak berpegang teguh terhadap agama. Masyarakat Arab memanggil dengan “Mulhid” atau Athesis, iaitu orang yang tidak percaya atau mencela terhadap agama. Lihat: Dr. Sa’dy Abu Habib, Al-Qamus al-Fiqhi, Bab Huruf Zay, Jilid 1, muka surat 160.

Page 13: SKETSA PEMIKIRAN BADIUZZAMAN SAID NURSI … · Said Nursi juga terlibat dalam penulisan di akhbar, artikel dan majalah. 2.1 Penulisan Said Nursi dalam Media Massa Badiuzzaman Said

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

646

Adian Husaini, (2005), Wajah Peradaban Barat: Dari Hegemoni Kristen ke Dominasi Sekular-Liberal, Jakarta: Gema Insani Press.

Al-Faruqi, Ismail Raji, (1998), Islam and Other Faiths, Leicester: The Islamic Foundation. Badiuzzaman Said Nursi, (2014), Pedoman Masa Muda, (Bandar Baru Bangi: Pusat

Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak. __________, (2014), Pedoman Para Wanita, (Bandar Baru Bangi: Pusat

Penterjemahan dan Kajian Ilmiah Altinbasak. __________, (2012), Risalah Untuk Warga Tua, Terj. Anwar Fakhri Omar, Gombak:

Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki. __________, (2014), Risalah Untuk Para Pesakit, diterjemahkan oleh Anwar Fakhri

Omar, Gombak: Persatuan Kebudayaan Malaysia Turki. Faridah Mohd Sairi, (2012), “Metode Dakwah Bediuzzaman Said Nursi dan

Pengaruhnya di Turki”, Tesis PHD., Universiti Malaya. “Mengenali Mujaddid Bediuzzaman Said Nursi dan Tafsir Beliau, Risalah An-Nur”,

dilayari pada 30 Ogos, 2015, http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi/.

Ozata, Sadik dan Dogan, Abdullah dan Mohd Firdaus Sahiddin, (2011), Badiuzzaman dan Dakwah Risalah an-Nur, Bandar Baru Bangi: Biro Terjemahan Hayrat Vakfi.

“Sekilas Kehidupan Said Nursi”, dilayari pada 24 Ogos 2015, http://www.malaysianur.com/sekilas-kehidupan-said-nursi

Sukran Vahide, (2011), Bediuzzaman Said Nursi: The Author of the Risale-I Nur, (Petaling Jaya: Islamic Book Trust.

Sulaiman Masri, Abdullah Yusof, Mohd Ra'in Shaari, (2006) Bahasa Melayu: Dimensi Pengajaran dan Pembelajaran, Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Wan Sulaiman, Wan Jaffree, (2015), “Mujaddid Islam Sheikh Bediuzzaman Said Nursi”, Ankara: Ihlas Nur Nesriyat.

Zaidan, Abdul Karim, (1980), Dasar-dasar Ilmu Dakwah 2, Terj. H.M. Asywadi Syukur Lc Jakarta: Penerbit Media Dakwah.


Recommended