BBPS 4103 STRATEGIC MANAGEMENT (1)
Name : Norashikin Binti Ahmad AliMatric No. : 711017125450001NRIC No. : 711017-12-5450Telephone No. : (019) - 8809272E-mail address : [email protected]
E-Tutor’s Name : Wardah Binti MohamadLearning Centre : Sabah Learning Centre
Semester May, 2013
ASSIGNMENT 1 : SOALAN 1
Isi Kandungan Muka Surat
Pendahuluan 2
Pengenalan 3 – 6
Peruncit 1 7 – 9
Peruncit 2 10 – 12
Peruncit 3 13 – 14
Kesimpulan 15
PENDAHULUAN
Di dalam menjalankan sesebuah perniagaan sama ada perniagaan tersebut sebuah perniagaan
yang besar atau kecil memerlukan kertas kerja atau pun pelan strategi bagi memajukan sesebuah
perniagaan.Strategi perniagaan yang dimaksudkan disini adalah mengenai perancangan dan kaedah
yang teratur untuk mancapai matlamat jangka panjang sesebuah perniagaan.Di bab seterusnya akan
menerangkan bagaimana tiga (3) syarikat peruncitan yang beroperasi di kawasan yang sama iaitu
terletak di pekan Putatan, Kota Kinabalu, Sabah yangmengunakan strategi perniagaan masing-
masing bagi menguruskan operasi perniagaan mereka.
PENGENALAN
Di dalam setiap perniagaan peruncitan, tidak kira ianya merupakan peruncitan kecil-kecilan
atau besar-besaran, faktor asas yang dianggap penting di dalam sektor ini adalah rancangan
perniagaan dimana ianya menekankan mengenai isu-isu kewangan, ramalan, pemasaran dan strategi
operasi perniagaan. Perniagaan runcit adalah sebahagian daripada aspek pemasaran barangan dan
perkhidmatan yang melibatkan tiga perkara utama iaitu penjual, barangan dan pembeli. Di Malaysia,
industri peruncitan merupakan industri yang penting dan memberi sumbangan yang besar terhadap
pertumbuhan ekonomi. Ia merupakan suatu kegiatan ekonomi yang penting dalam sesebuah kawasan
yang berpenempatan dan khasnya dalam sesebuah bandar kerana dapat menjanakan aktiviti dalam
sesebuah kelompok masyarakat. Perniagaan runcit sebenarnya adalah aktiviti menjual barangan atau
perkhidmatan kepada pengguna akhir untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga atau isi rumah atau
untuk diberi kepadaindividu lain seperti rakan atau jiran dan kebanyakkan transaksi adalah tertumpu
kepada urus niaga secara tunai. Kebanyakkan cabaran yang dihadapi oleh penggusaha kedai
peruncitan adalah seperti gelagat pengguna yang sering berubah, persaingan harga dan keadaan
ekonomi. Oleh yang demikian strategi perniagaan yang baik dapat membantu peniaga
PERUNCIT 1 :KEDAI SERBAGUNA MESRA
Kedai Serbaguna Mesra yang beroperasi selama 24 jam adalah kedai runcit yang terletak di
kawasan perumahan Taman Teluk Villa, Putatan. Kedai runcit ini diusahakan oleh pemilik tunggal
iaitu Encik Ludo Monte semenjak tahun 1998 dan ketika ini beliau di bantu oleh seramai 5 orang
pekerja yang bertugas mengikut shif. Idea untuk memulakan perniagaan kedai runcit ini terhasil
apabila, Encik Ludo yang juga merupakan diantara penduduk yang menetap di kawasan perumahan
Taman Teluk Villa sering kali mengalami kesukaran untuk membuat pembelian runcit kerana ketika
itu tidak terdapat mana-mana kedai runcit yang beroperasi berdekatan dengan kawasan perumahan
tersebut. Encik Ludo ketika itu bertugas sebagai Pegawai Pemasaran di Syarikat Sebor (Sabah)
Berhad yang mana merupakan sebuah syarikat pemborong barangan runcit yang terbesar di Sabah.
Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Encik Ludo dan sumber-sumber yang dapat diperolehi
seperti lokasi kedai yang strategik, sumber pembiyaan daripada Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia
(CGC) dan menjadi agen peruncit syarikat Sebor, maka pada tahun 1998, Kedai Serbaguna Mesra ini
telah dibuka dengan hanya dibantu oleh kaum keluarga beliau ketika itu.
Semenjak beroperasi, pemilik kedai ini sentiasa melaksanakan strategi perniagaan yang
tertumpu kepada keselesaan pengguna sebagai cara untuk memperkembangkan perniagaannya
dengan hasrat untuk menembusi pasaran baru. Pemilik kedai runcit ini memberikan keselesaan
pengguna dengan memenuhi kriteria seperti kedudukan lokasi kedai runcit tersebut mudah dilihat,
menawarkan perlbagai barangan seperti bahan makanan kering dan basah yang lebih mengutamakan
kepada produk HALAL, barangan yang dijual adalah berkualiti dan harga yang berpatutan. Encik
Ludo juga memastikan bahawa penyusunan kedai adalah mengikut produk tertentu bagi
memudahkan pengguna membuat pembelian disertai dengan perkhidmatan yang cekap dan mesra.
Pemilik ini sentiasa memahami kehendak pengguna dengan menawarkan barangan yang berkualiti
tetapi dengan harga yang berpatutan dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan barangan dari
pemborong yang memberikan potongan harga yang lebih rendah ataupun mendapatkanbekalan terus
daripada kilang-kilang. Dengan menjual barangan runcit dengan harga yang sederhana tetapi
memberi keuntungan kepada peniaga, situasi ini dikatakan” win-win situation” kepada kedua-dua
pihak.Jika pengguna mempunyai tanggapan bahawa peruncit tidak berlaku adil kepada mereka
mengenai harga, pengguna akan merasa tidak selesa untuk membeli kerana mereka tidak ada
kepastian sama ada harga yang ditawarkan merupakan penurunan sebenar.
Peruncit yang baik kebanyakkannya akan mengikut prinsip “ harga yang berpatutan setiap hari “ dan
bukannya “ harga yang terendah setiap hari”. Pemilik kedai ini juga mementingkan pengurusan stok
barangan yang efisien untuk memastikan barangan yang ingin didapati oleh pelanggan ada
disediakan dan di dalam kuantiti yang banyak. Sebaliknya, permintaan barangan yang kurang
mendapat sambutan seharusnya hanya disimpang di dalam bilangan yang munasabah iaitu sekadar
tidak menghampakan segelintir pelanggan.
Sebagai salah satu strategi bagi menarik lebih ramai pembeli berkunjung ke Kedai Serbaguna
Mesra ini, Encik Ludo juga memberikan perkhidmatan penghantaran secara percuma dengan
pembelian barangan sebanyak RM 150.00 ke atas ke setiap tempat atau kediaman dengan jarak yang
tidak melebihi 2 kilometer daripada kedai tersebut. Setakat ini, kedai runcit ini memiliki satu (1)
buah kenderaan jenis van bagi mengendalikan kerja-kerja pengangkutan barang-barang runcit di
kedai tersebut.Dengan menawarkan konsep penghantaran percuma, ini dapat menimbulkan perasaan
keakraban, mesra dan yakin tentang pengurusan kedai.Semenjak beroperasi, Kedai Serbaguna Mesra
ini telah menunjukkan perkembangan yang besar, ini adalah kerana pemilik kedai tersebut
melaksanakan perniagaannya berlandaskan kepada strategi perniagaan yang betul seperti pemilihan
lokasi kedai yang sesuai, memulakan perniagaan runcit di kawasan perumahan yang tidak
mempunyai saingan, menawarkan barangan runcit yang berkualiti dengan harga yang berpatutan dan
sentiasa mencari pelanggan baru.
Ketika ini, pemilik Kedai Serbaguna Mesra sedang di dalam perancangan untuk memohon
daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri untuk beroperasi sebagai Kedai Rakyat 1Malaysia
yang mana konsep KR1M adalah menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih
rendah berbanding barangan sama berjenama dengan mengutamakan kualiti. Dengan beroperasi
dibawah naungan Kedai Rakyat 1 Malaysia, Encik Ludo percaya perniagaannya akan berkembang
dengan lebih pesat kerana ianya boleh menarik perhatian lebih ramai pengguna yang berpendapatan
rendah, sederhana mahupun berpendapatan tinggi untuk membeli barangan runcit di kedai beliau.
Dalam pada masa yang sama juga, Encik Ludo berhasrat untuk membesarkan premis kedai
serbagunanya yang sedia ada agar dapat menambah lebih banyak barangan runcit bagi memenuhi
keperluan pelanggan yang ingin membeli belah di kedai tersebut. Beliau bercadang mendapatkan
bantuan kewangan daripada Bank Pembangunan bagi tujuan mendapatkan pinjaman kewangan
untuk membesarkan premises kedai serbaguna yang mana dianggarkan akan menelan perbelanjaan
pengubahsuaian sebanyak RM 150,000.00.
Peruncit 2 : KEDAI BUKU SAUJANA
Kedai Buku Saujana adalah sebuah kedai menjual barangan alat tulis dan majalah yang
beroperasi di kawasan perumahan Teluk Villa, Putatan. Kedai ini diusahakan oleh pemiliknya Puan
Normah Ahmad semenjak 8 tahun yang lalu dengan hanya bermodalkan simpanan kewangan
daripada keluarganya. Pada permulaan perniagaan ini, kedai ini hanya beroperasi secara kecil-
kecilan dengan hanya menjual suratkhabar, majalah dewasa, majalah sukan dan buku komik untuk
kanak-kanak. Di antara jenis majalah dan suratkhabar yang di jual di kedai tersebut adalah seperti
Berita Harian, Daily Express, Borneo Mail, Majalah Wanita, URTV, Anna Muslim, Jaguh Sukan
dan sebagainya. Strategi perniagaan yang digunakan oleh Puan Normah untuk melariskan jualan
majalah buku, majalah dan akhbar di kedai tersebut, adalah dengan mengunakan psikologi kepada
penjual kerana apabila sesebuah buku diletakkan dengan kuantiti yang kurang berbanding buku-buku
lain, ia seperti menyampaikan mesej seolah-olah buku tersebut telah laris dijual. Ini akan memberi
desakan kepada pelanggan untuk membuat pesanan melalui Puan Normah bagi mendapatkan buku
tersebut . Disamping itu juga, Puan Normah akan menukarkan jumlah kuantiti setiap buku dari
masa ke semasa bagi memastikan setiap produk dapat dijual serta meletakkan jumlah buku pada
kuantiti yang sama memudahkan beliau menentukan jumlah jualan bagi setiap buku. Setiap minggu
setiap buku yang dipamerkan di kedai buku akan disemak dari jumlah kuantiti dan keputusan
menentukan apa buku yang dianggap laris dan perlu kepada pesanan tambahan bergantung kepada
jumlah berbaki yang diletakkan rak pameran.
Pada mulanya Puan Normah hanya mengunakan kaedah menjual alat tulis seperti pen, pensel,
pemadam dan pembaris di kaunter pembayaran tetapi lama kelamaan perniagaan ini meningkat
memandangkan kedudukan kedai buku Saujana ini terletak lebih kurang 1(satu) kilometer daripada
Sekolah Menenggah Kebangsaan Putatan. Situasi ini mendorong Puan Normah memperluaskan
perniagaan majalah dan surat khabar kepada peralatan alat tulis kerana permintaan yang tinggi
terutamanya daripa murid-murid sekolah. Sehingga kini kedai buku saujana terdapat banyak
majalah, surat khabar, buku rujukan pendidikan dan alat tulis untuk kegunaan orang dewasa dan juga
kanak-kanak. Walaubagaimanapun terdapat juga masalah-masalah yang dihadapi oleh Puan Normah
sepanjang aktiviti perniagaan Kedai Buku Saujana, diantaranya adalah kemungkinan buku yang
berada di rak buku berhampiran dengan tingkap berhadapan dengan keadaan rosak sama ada
bertukar menjadi lusuh atau kekuning-kuningan. Ini berlaku kerana faktor suhu di kedai tersebut dan
alternatif yang dilakukan oleh Puan Normah adalah dengan membungkus buku-buku tersebut dan
meninggalkan satu buku sebagai naskah contoh untuk menarik pelanggan untuk membeli.
Perniagaan Kedai Buku Saujana ini beroperasi daripada jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam
yang mana terdapat 4 orang pembantu yang bekerja mengikut giliran. Pada permulaan operasi kedai
buku tersebut, Puan Normah tiada membuat penyedian akaun secara sistematik kerana beliau
menguruskan sendiri segala dokumen yang terlibat dalam transaksi perniagaan seperti Invois yang
diterima daripada pembekal dan segala bil yang berkaitan dengan perbelanjaan kedai seperti bil
elektrik, bil air, bil telefon dan lain dikendalikan sendiri dan difailkan di dalam satu fail. Disebabkan
kesibukan melayani pelanggan, Puan Normah tidak mempunyai masa mengemas kini bil-bil dan
beliau hanya mengadakan fail untuk beberapa pembekal utama sahaja manakala beberapa pembekal
lain dicampur di dalam satu fail. Beliau merasakan tidak perlu menyediakan akaun perniagaan
dengan lengkap kerana beliau berpuas hati dengan hasil yang diterima dan tidak mempunyai masalah
untuk membayar gaji pekerja, bil telefon, sewa kedai dan perbelanjaan lain apabila tiba masanya.
Walaubagaimanapun Puan Normah terpaksa bergantung kepada penyata hutang yang dihantar secara
bulanan oleh pembekal kerana tidak mempunyai rekod yang tepat dan di kemas kini. Jumlah
keuntungan atau kerugian secara tepat tidak diketahui kerana penyata untung rugi tidak pernah
disediakan dan ini akan mendatangkan masalah yang besar keatas perniagaannya. Walaupun Puan
Normah bercadang mengembangkan perniagaannya dan merancang membuat pinjaman dengan
tabung pinjaman yang disediakan oleh kerajaan, tanpa mempunyai senarai yang lengkap dan kiraan
stok barangan yang teratur serta penyata akaun untung rugi ini akan menyukarkan beliau mendapat
bantuan kewangan yang sedia ada.
Dokumen yang tidak diurus dengan baik dan sistem fail yang tidak tersusun menjadikan
jumlah terkini gagal diketahui dengan pantas, seterusnya akan menyebabkan pertelingkahan dengan
pembekal. Dengan tidak mempunyai pengurusan stok yang berkesan seperti gagal menyenaraikan
stok dalam kedai, kiraan stok tidak dibuat dan tiada rekod keluar-masuk stok disediakan akan
merugikan Puan Normah kerana barang yang kurang laris disimpan di dalam kuantiti yang banyak.
Memandangkan bagi membuat pinjaman kewangan, dokumen yang paling penting yang perlu
dikemukan adalah peracangan strategi perniagaan dan penyata untung rugi, oleh yang demikian Puan
Normah telah mengambil langkah mengaji (2) dua lagi pembantu untuk menguruskan sistem fail,
mengemas kini kiraan stok dan rekod kewangan. Disamping itu juga, beliau banyak mengikuti
kursus-kursus dan seminar-seminar yang berkaitan dengan perniagaan yang dianjurkan oleh badan-
badan berkanun dan kerajaan. Hasil daripada kursus yang diikutnya, beliau sedikit sebanyak telah
belajar tentang selok belok dalam menjalankan perniagaan dan bagaimana cara atau strategi dalam
memajukan perniagaannya.
Setelah beroperasi lebih kurang hampir 10 tahun dariapada kedai yang kecil dan sempit Puan
Normah telah berpeluang menyewa sebuah kedai yang lebih besar di kawasan perumahan yang
sama. Dengan tempat yang selesa dan ruang yang luas dan cukup maka keadaan kedai buku beliau
lebih nampak kemas dan tersusun. Beliau sentiasa memastikan kedai bukunya sentiasa menjual
buku-buku dan alat tulis daripada pasaran terkini dengan harga yang telah ditetapkan agar pelanggan
tidak lari. Seorang peniaga ini perlu ada diplomasi serta pandai mengambil hati pelanggan supaya
mereka akan sentiasa setia dengan kita. Menurut beliau lagi persaingan yang sihat sangat penting
supaya kita sentiasa mencari jalan atau berusaha untuk menjadikan kedai kita di sukai oleh
pelanggan. Cara susun atur buku-buku dan alat tulis di dalam kedainya juga sangat menarik
perhatian pelanggan dan memudahkan pelanggan untuk mencari buku dan alat tulis yang
diperlukannya.
Menurut Puan Normah, beliau sentiasa menerima pandangan dan pendapat daripada
pelanggan yang sering ke kedainya dan semua pandangan dan pendapat itu diterimanya dengan cara
positif dan hati yang terbuka. Menurut Puan Normah, pengurusan dari segi kewangan,pengurusan
stok-stok sangat penting untuk kelangsungan perjalanan sesebuah perniagaan dan beliau akan
sentiasa memastikan agar buku dan alat tulis di kedainya sentiasa cukup dan akan mengambil
pesanan lebih awal untuk mengelakkan kehabisan stok. Ini kerana jika buku dan alat tulis yang
diperlukan oleh pelanggan habis atau kurang maka pelanggan akan pergi ke kedai lain, situasi ini
akan menjejaskan pendapatan. Untuk menjayakan sesuatu perniagaan bukannya mudah kerana ianya
memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan serta perancangan strategi perniagaan yang baik
terutamanya di dalam persaingan untuk mendapatkan pelanggan. Strategi perniagaan yang berkesan
sangat penting untuk member kepuasan pelanggan. Saat ini Puan Normah mampu tersenyum kerana
kedai buku saujana yang diusahakannya mampu bersaing dengan kedai-kedai yang lain di kawasan
perumahan tersebut.
Peruncit ke 3 : KEDAI KEK ALAF BARU
Kedai Kek Alaf Baru adalah sebuah kedai menjual kek dan roti yang terletak di No. 40, Lot
Kedai No. 5, Taman Teluk Villa, Puatatan. Bangunan kedai ini adalah berbentuk kedai dua tingkat
yang mana tingkat atas digunakan untuk membuat kek dan roti manakala di tingkat bawah adalah
tempat untuk menjual kek dan roti berkenaan. Pemilik tunggal Kedai Kek Alaf baru ini adalah Encik
Ahmad Bin Ali yang mempunyai pengalaman membuat kek dan roti kerana beliau pernah bertugas
sebagai Chef Pastri di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu.
Kedai kek Alaf Baru ini telah beroperasi selama 5 tahun dengan bantuan seramai 8 oarang
pekerja yang terdiri daripada seorang pengurus, seorang juruwang, seorang juru kek dan seorang
pembantunya, seorang juru roti dan seorang pembantunya, seorang juru icing serta seorang tukang
cuci. Selain menjual kek dan roti untuk pemakanan harian, perkhidmatan lain yang ditawarkan
adalah seperti perkhidmatan kek perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya. Keutamaan
perkhidmatan yang diberikan ini ialah kepada penduduk di sekitar perumahan taman teluk villa dan
persekitaran pekan putatan oleh kerana Kedai kek Alaf baru adalah satu-satunya kedai kek melayu
yang terdapat di kawasan ini. Ini merupakan satu kelebihan kerana tidak perlu berasa was-was
tentang halal dan kebersihannya. Setiap transaksi jualan kek dan roti yang dibuat adalah secara tunai
dan operasi kedai tersebut bermula dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam. Encik Ahmad sentiasa
memastikan segala kualiti dikawal dan dijamin untuk member kepuasan kepada setiap pelanggan
yang datang berkunjung ke kedai tersebut.
Encik Ahmad menitik beratkan (3) tiga jenis strategi perniagaan Kedai kek beliau diantaranya
adalah strategi produk yang mana memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan setiap
masa, sedia menerima tempahan dan menepati tempoh masa, menyediakan kek, pastri dan roti yang
dibuat dengan reka bentuk yang menarik dan rasa yang lazat dengan harga berpatutan. Strategi
pemasaran beliau pula adalah seperti menyediakan laman website untuk membuat tempahan,
menyediakan papan tanda di pintu masuk utama dan kain rentang di tempat-tempat yang strategik.
Untuk memberikan keselesaan pelanggan, di kedai kek tersebut ada disediakan ruang makan yang
menyediakan kek dan roti “ hot, fresh from the oven “. Tumpuan juga diberikan kepada penduduk-
penduduk di pekan putatan dan juga daripada kawasan Bandar Kota Kinabalu. Selain daripada
strategi produk dan pemasaran, Encik Ahmad juga mengunakan strategi promosi produk seperti
memberikan sampel untuk diuji rasa kepada pelanggan secara percuma, mengedar pamplet ke
rumah-rumah, ke sekolah-sekolah dan tempat orang ramai suka berhimpun.
Dari segi pasaran dan pesaingan, setakat ini Kedai kek Alaf baru ini bersaing dengan sebuah
kedai kek dengan nama Kedai kek Southern yang mana telah beroperasi semenjak 3 tahun yang lalu
di kawasan yang berhampiran. Kedai ini menjadi tumpuan sesetengah penduduk di pekan putatan
kerana ianya merupakan salah satu cawangan kedai kek yang telah lama beroperasi di Kota
Kinabalu. Namun ini tidak mengugatkan aktiviti perniagaan kedai kek Encik Ahmad kerana kedai
beliau merupakan satu-satunya kedai kek dan roti yang diuasahakan oleh orang melayu. Beliau juga
mengunakan strategi yang menawarkan harga potongan kek dan roti sebanyak 50 peratus bagi
pembelian selepas jam 6.00 petang setiap hari sebagai cara untuk mengatasi persaingan. Kemudahan
dan kecepatan di dalam proses menyediakan tempahan, suasana ruang makan yang menyenangkan,
staf yang terlatih dan produk yang pelbagai juga telah menambah jumlah pelanggan dan juga
membantu beliau menanggani saingan di dalam perniagaan ini. Daripada aspek rekod kewangan dan
percukaian pula, Encik Ahmad sentiasa memastikan segala transaksi pendapatan dan perbelanjaan
bagi kedai tersebut dikemas kinikan setiap bulan serta memastikan setiap pembelian kredit daripada
pembekal tepung, gula dan lain-lain keperluan bahan mentah dijelaskan di dalam tempoh kredit yang
diberikan iaitu selama 45 hari daripada tarikh inbois. Dengan adanya aliran tunai dan penyata
kewangan yang terkini dan telah diaudit, akan memudahkan Encik Ahmad mengemukakan cadangan
perniagaan sekiranya beliau berminat untuk membuat pinjaman daripada mana-mana institusi
kewangan. Dari segi pembayaran cukai, penyata kewangan yang telah diaudit bagi setiap tahun
membolehkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri membuat taksiran cukai berdasarkan jumlah yang
dianggarkan. Sekiranya penyata kewangan ini tidak dibuat berdasarkan kepada pendapatan dan
perbelanjaan yang betul, akan mengakibatkan bayaran jumlah cukai yang lebih tinggi daripada
jumlah pembayaran cukai yang sepatutnya.
Kesimpulan,
Kalau kita melihat kepada ketiga-tiga peniaga kedai runcit yang saya paparkan kisah ringkas
mereka dalam tugasan ini adalah sangat jelas bahawa pengetahuan dalam pengurusan perniagaan
adalah sangat penting untuk memajukan perniagaan dan seterusnya pengurusan fail yang lebih
sistematik.
Disamping itu kesungguhan dan ketabaha untuk memajukan kedai juga adalah sangat penting
supaya tidak mudah putus asa.
ASSIGNMENT 1 : SOALAN 2
Isi kandungan Muka Surat
Pendahuluan
- 1
Pengenalan - 3
Analisis Industri Kelapa Sawit di Malaysia menggunakan Lima kuasa model Porter. - 3- 4
Pendekatan Model Porter dalam Industri Sawit Malaysia - 5 - 12
Kesimpulan - 13
Rujukan - 14
PENDAHULUAN
Model Lima Pesaing Porters adalah kerangka untuk analisis industri dan pengembangan strategi
sebuah perniagaan dalam menghadapi persaingan yang diasaskan oleh Michael E. Porter dari
Harvard Business School pada 1979. Menurut Porter, terdapat lima elemen kekuatan persaingan
yang harus diambil kira oleh sebuah organisasi dalam merangka strategi persaingan. Organisasi perlu
bijak mempengaruhi dan memanipulasi lima kekuatan tersebut agar dapat memberi manfaat
persaingan jangka panjang kepada organisasi. Lima elemen Model Lima Pesaing Porters ialah
Kekuatan persaingan yang wujud, Ancaman pesaing baru, Ancaman produk gantian, Kuasa tawar
menawar pembeli, dan Kuasa tawar-menawar pembekal.
Pengenalan,
Dalam abad 21dan era globalisasi, kelestarian atau kemampanan sesuatu syarikat perniagaan
terutamanya di peringkat global bukan sahaja ditentukan oleh keuntungan kewangan semata-mata,
tetapi dinilai melalui rekod organisasi tersebut dari segi kemanusiaan dan juga alam sekitar. Kedua
isu ini penting pada masa ini dan akan menjadi semakin penting di masa akan datang. Jesteru, untuk
bersaing diperingkat global, perniagaan Malaysia tidak boleh memandang ringan terhadap
perkembangan ini. Di sebabkan oleh tekanan dari orang ramai, pelanggan terutamanya mereka yang
berpelajaran, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) diperingkat antarabangsa yang
berpengaruh, mahupun pembekal-pembekal, syarikat-syarikat Malaysia perlulah lebih perihatin
terhadap faktor kemanusian dan persekitaran dalam mengendalikan urusan perniagaan mereka.
Kalau dulu, isu kemanusiaan dan alam sekitar hanya dianggap faktor luaran, tetapi pada masa ini ia
perlulah masukkan kedalam pengiraan dalam aktiviti perniagaan. Berlatar belakang scenario di atas,
matlamat utama kajian ini ialah untuk membincangkan bagaimana syarikat Malaysia boleh bersaing
di peringkat global melalui strategi mesra alam.Berasaskan model 5 daya Porter iaitu teknik
menganalisa industri dan pesaing.
Analisis Industri Kelapa Sawit di Malaysia menggunakan lima kuasa model porter .
Malaysia adalah negara kedua besar pengeluar dan pengeksport minyak kelapa sawit di
dunia.Industri kelapa sawit adalah industri berasaskan komoditi yang terpenting dan penyumbangkan
pendapatan yang terbesar kepada Malaysia. Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia
(www.statistics.gov.my), Januari hingga September 2007 sebanyak RM30 billion ringgit telah
dikutip dari eksport kelapa sawit- penyumbang ke dua kepada tukaran asing selepas barangan
elektrik dan elektronik. Dari segi jumlah tenaga kerja secara langsung dan tidak langsung lebih
kurang 1 juta pekerja terlibat dalam industri ini.Bermakna, 10 peratus tenaga kerja di Malaysia
terlibat dalam industri ini.Terdapat tiga pemain watak utama industri ini di Malaysia iaitu FELDA,
syarikat besar dan pekebun kecil.FELDA dan syarikat besar kelapa sawit mendominasi industri di
Malaysia.
Walaupun tidak dapat dinafikan industri ini memberi pulangan yang menguntungkan kepada negara
dan syarikat yang terlibat,tetapi sejak kebelakangan ia mendapat kritikan dari banyak pihak. Bermula
pada akhir 1990an apabila isu jerebu menyelubungi sebahagian besar negara-negara di Asia
Tenggara, industri ini mendapat kecaman yang hebat dari badan bukan kerajaan (ENGOs)
terutamanya dari luar negara dan juga aktivis-aktivis alam sekitar.Walaupun masalah tersebut
berpunca dari pembakaran hutan di Indonesia, industri di Malaysia juga turut dikaitkan dengan
permasalah alam sekitar.Selain dari pembakaran terbuka, isu penyahutanan hutan hujan tropika,
ancaman terhadap orang Utan sering dikaitkan dengan industri kelapa sawit di Malaysia dan juga di
Indonesia.Memang tidak dapat dinafikan pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh pihak industri dan
juga kerajaan untuk menangani masalah ini, tetapi mereka yang mengkritik masih tidak berpuas hati.
Pendekatan 5 Model Porter
Pendekatan 5 Daya Porter digunakan untuk mencari strategi sesuai bagi memastikan industri kelapa
sawit Malaysia bersaingan dan kompetitif diperingkat antarabangsa. Walaupun pendekatan (Porter)
ini telah lama diperkenalkan (seawal 1980an), ia popular di kalangan penyelidik dan pengamal ilmu
strategi perniagaan kerana masih lagi releven dalam kontek hari ini. Mengikut Porter (1980 :3)
sesuatu industri itu menarik ataupun tidak untuk diceburi atau dikekalkan bergantung kepada 5 asas
daya bersaingan:
(i) Kekuatan persaingan yang wujud
(ii) Ancaman pesaing baru,
(iii) Ancaman produk gantian,
(iv) Kuasa tawar menawar pembeli, dan
(v) Kuasa tawar-menawar pembekal.
i) Kekuatan persaingan yang wujud
Industri sawit Malaysia tidak berseorangan- ia menghadapi ancaman daripada pesaing-pesaing dari
Indonesia, Nigeria, Colombia, Cote D’Ivoire, Thailand, Ecuador dan Papua New Guinea. Indonesia
adalah pengeluar minyak sawit yang terbesar di dunia dan menjadi ancaman utama kepada industri
sawit Negara . Pada tahun 1995 Malaysia dan Indonesia masing-masing menghasilkan 7.8 juta dan
4.5 juta tan minyak sawit, peratus pengeluaran Malaysia berbanding jumlah keseluruhan pengeluaran
51%, dan Indonesia syer 29 %. Tahun 2000 Malaysia dan Indonesia masing-masing meningkatkan
pengeluaran mereka kepada 10.8 juta dan 6.9 juta tan.Bagaimanapun, peratus pengeluaran minyak
sawit Malaysia berbanding dengan jumlah pengeluaran keseluruhan dunia menurun kepada 49.4
peratus, sebaliknya Indonesia telah meningkatkan pengeluarannya kepada 32 peratus. Pada tahun
2007, Malaysia menghasilkan 15.8 juta tan minyak sawit, tetapi syernya menjunam ke tahap 41 %.
Indonesia meningkatkan syer 44 % dengan 16.8 juta tan minyak sawit – mengatasi pengeluaran
Malaysia dan menjadi pengeluar kelapa sawit yang terbesar di dunia. Jelas peningkatan syer pasaran
minyak sawit Indonesia dekad kebelakangan ini secara signifikannya telah menghakis peratus
minyak sawit Malaysia di pasaran antarabangsa.
Sebagai barangan komoditi pembelian minyak sawit banyak bergantung kepada harga pasaran dunia
dan juga perkhidmatan yang ditawarkan oleh negara pembekal. Jesteru, tekanan yang tinggi dihadapi
oleh negara pengeluar untuk meminimakan kos operasi dan meningkatkan perkhidmatan kepada
pembeli. Secara perbandingan, Indonesia mempunyai kelebihan ke atas Malaysia dari segi kos
pengeluaran.
Indonesia mempunyai kelebihan dari segi kedapatan tanah.Malaysia telah kehabisan kawasan yang
sesuai untuk pembesaran ladang sawit. Memandangkan hampir semua kawasan yang sesuai di
Semenanjung Malaysia dan Sabah telah ditanam dengan sawit,ada masa ini, peningkatan keluasan
ladang sawit akan berlaku di Sarawak. Walaubagaimanapun, tidak semua tanah yang diperuntukkan
oleh kerajaan negeri Sarawak (lebih kurang 1 juta hektar) sesuai untuk kelapa sawit. Oleh kerana
Indonesia mempunyai tanah untuk meningkatkan saiz ladang sawit, Malaysia nampaknya dalam
keadaan yang agak rumit, Walaubagaimanapun, Malaysia masih lagi mempunyai kelebihan dari
Indonesia dari segi pengetahuan teknologi, prasarana, aktiviti hiliran, undang-undang, penyelidikan
dan pembangunan (R&D), policy kewangan, strategi pemasaran dan juga aktiviti yang dijalankan
oleh persatuan –persatuan sawit di seluruh Negara. Oleh kerana hasil sawit yang tinggi yang
disokong oleh teknik pertanian yang baik, pengeluaran purata seekar sawit di Malaysia lebih tinggi
dari ladang di Indonesia.
Pengeluaran Malaysia seekar ialah 3.6 juta tan sehektar, dimana di Indonesia hanyalah 3.1 juta tan
sehektar (Prasetyani and Miranti 2005). Disebabkan pengeluaran yang tinggi, tahun 2003 dengan
jumlah kawasan tanaman 3.8 juta hektar Malaysia mengeluarkan 13.4 juta tan minyak sawit,
berbanding dengan hanya 9.8 juta tan dihasilkan oleh Indonesia dalam keluasan yang sama. Malaysia
juga mempunyai prasarana yang lebih baik dari Indonesia dari segi kilang kelapa sawit, kilang
penapisan dan juga oleochemical, begitu juga prasarana di pelabuhan.
Pada waktu ini kebanyakan eksport Malaysia terutamanya terdiri dari minyak kelapa sawit yang
diproses, sebaliknya Indonesia mengeksport lebih 60 % minyak sawit mentah.Malaysia juga lebih
kehadapan dalam aktiviti oleo chemicals, dimana minyak sawit seterusnya diproses untuk
menghasilkan produk kecantikan, pharmaceutical dan industri pemprosesan makanan.Malaysia
antara pengeluar oleo chemicals terbesar – 20% dari jumlah oleo chemicals dunia.Sebaliknya,
industri nilai tambah tidak lagi membangun di Indonesia; penggunaan minyak sawit mentah untuk
industri secara relatifnya rendah (lebih kurang 7 %) berbanding dengan 20 % di Malaysia.
Polisi kewangan kerajaan Malaysia yang kondusif juga turut menggalakkan aktiviti hiliran, dimana
cukai yang rendah dikenakan ke atas minyak kelapa sawit yang diproses. Kejayaan industi sawit
Malaysia turut disokong oleh tindakan undang-undang diambil oleh agensi kerajaan berkaitan,
contohnya Lembaga Perlesenan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORLA) yang diwujudkan pada
tahun 1974, yang bertanggungjawab memastikan aras kualiti yang tinggi industri sawit. Diantara lain
ia bertanggungjawab memastikan penanam dan pekebun hanya membeli pokok sawit daripada pusat
semaian yang berlesen. Disamping itu PORLA juga dari masa ke semasa membuat pemeriksaan
mengejut terhadap qualiti minyak sawit di pelabuhan untuk memastikan ia memenuhi piawaian.
Seterusnya, untuk memastikan daya saing, kerajaan menubuhkan Institut Penyelidikan Minyak
Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) tahun 1979 yang terlibat dalam R&D dalam pelbagai aspek aktiviti
sawit, daripada menghasilkan hybrid terbaik, meningkatkan teknik perahan minyak, hinggalah
kepada penyelidikan penggunaan by-product. Pada tahun 1999 kedua-dua organisasi ini digabungkan
untuk mencapai lebih kecekapan dan synergy. Dari segi promosi pula, kerajaan Malaysia, melalui
Kementerian Menteri Industri Utama dan Komoditi secara aktifnya mencari pasaran baru dan
menawarkan pakej yang menarik, untuk menarik pembeli, sebagai contoh, perjanjian timbal balas
dan terma kredit yang menarik ke atas pembelian minyak sawit. Satu lagi kelebihan industri sawit
negara berbanding dengan Indonesia ialah wujudnya hubungan yang erat dengan pertubuhan industri
sawit diseluruh negara.Mereka berbincang pelbagai isu yang timbul terhadap perniagaan mereka dan
mencari langkah terbaik, secara kolektif untuk menanganinya.Persatuan ini bertindak sebagai satu
suara untuk ahli-ahli mereka; kadang-kala mereka berbincang isu yang penting dengan pihak
kerajaan dan melobi untuk mendapatkan sokongan.
ii) Ancaman Pesaing Baru
Pesaing baru merujuk kepada perniagaan yang belum lagi berada dalam industri tetapi akan
memasuki gelanggan apabila melihat kebaikan dan tarikan industri. Terdapat pelbagai halangan
kepada pesaing baru. Semakin tinggi halangan, lebih susah memasuki sesuatu perindustrian atau
perniagaan. Geografi dikira sebagai satu halangan pesaing baru industri sawit. Oleh kerana sawit
hanya tumbuh di kawasan khatulistiwa, maka negara dari Amerika latin, Afrika berdekatan garisan
khatulistiwa, dan Asia Tenggara terlibat dalam industri ini. Pesaing baru industri ini boleh
dijangkakan terbatas kepada negara ini. Kemungkinan syarikat tempatan dan/ atau syarikat asing
akan melabur di negara-negara yang yang disebut di atas.
iii) Produk Gantian
Produk gantian merujuk kepada sebarang produk yang mengantikan minyak kelapa sawit.Dalam hal
ini, lain-lain jenis minyak dan lemak seperti kacang soya, bunga matahari, minyak kekacang dan
kelapa adalah calon yang berkemungkinan.Bagaimanapun, minyak sawit mempunyai beberapa
kelebihan ke atas minyak ini. Dari segi penggunaan, diantara 17 minyak dan lemak sayuran/tanaman,
penggunaan minyak sawit mencatatkan pertumbuhan tertinggi dengan kadar 7.9 % setahun,
berbanding dengan minyak kacang soya hanya 5.6 % setahun dalam masa 40 tahun (1962-2002)
(Basiron, Balu et al. 2004:4). Dari sudut permintaan, dianggarkan permintaan akan meningkat tinggi
untuk minyak sawit dalam masa terdekat, terutamanya dari negara-negara membangun. Selain
daripada harga yang kompetitif, alasan kenapa ia menjadi pilihan kerana minyak sawit mempunyai
banyak kelebihan. Contohnya, minyak sawit relatifnya lebih tahan lama untuk disimpan, tidak
mudah dipengaruhi oleh suhu tinggi dan tekanan, bau yang stabil, kaya dengan vitamin dan berguna
digunakan sebagai bahan mentah untuk pelbagai industri.
Dari sudut pengeluarnya pula, kelapa sawit mempunyai dua kelebihan utama ke atas produk
gantian.Pertama, produktiviti minyak sehektar kelapa sawit lebih tinggi daripada mana-mana bijirin,
masing-masing sebanyak 7 dan 2.5 kali dari kacang soya dan rapeseed (Ming and Chandramohan
2002:1). Oleh kerana hasilnya yang tinggi, secara relatif sawit memerlukan kurang kawasan
berbanding lain-lain bijirin untuk pengeluaran yang sama. Contohnya, pada tahun 2001, Negara
seluruh dunia menggunakan hanya 7 juta hektar tanah untuk menghasilkan 23.6 juta tan minyak
sawit, berbanding pengeluar minyak soya, memerlukan lebih kurang 10 kali ganda keluasan kawasan
tanah, (75.8 juta hektar) untuk menghasilkan jumlah lebih sedikit iaitu 27.8 juta tan minyak soya.
Kedua, kadar penggunaan baja dan racun serangga yang lebih rendah berbanding dengan lain-lain
minyak sayuran Kajian agensi antarabangsa The Food and Agriculture Organization’s (FAO)
menunjukkan diantara pengeluar minyak dan lemak sayuran/tanaman, kelapa sawit paling rendah
memerlukan baja nitrogen dan posfat manakala kacang soya memerlukan input yang tertinggi (Teoh,
2004:24). Sebagai contoh, 47 kg nitrogen diperlukan untuk menghasilkan 1 tan minyak sawit,
sementara itu 315 kg diperlukan untuk menghasilkan 1 tan minyak soya; jadi keperluan nitrogen oleh
soya adalah 6.7 kali ganda dari sawit. Kacang soya memerlukan lebih kurang 10 kali ganda jumlah
posfat berbanding sawit.
Begitu juga dengan penggunaan racun serangga, berbanding dengan lain-lain minyak bijian lain;
kelapa sawit memerlukan input terendah racun serangga, seperti yang ditunjukkan oleh kajian FAO
1996 (Jadual 3). Penggunaan bahan kimia perlindungan tanaman sawit hanya 3 kg/ha berbanding 28
dan 29 kg/ha masing-masing untuk bunga matahari dan kacang soya.
Disebabkan kelebihan-kelebihan ini, pengeluaran minyak sawit mengalami pertumbuhan tertinggi
diantara lain-lain sumber minyak dan lemak, meningkat 5 kali ganda dari 4.5 juta tan 1980 kepada
hampir 22 juta tan pada tahun 2000 (www.mpob.gov.my, 20 Jun 2005). Sebaliknya, pesaing terbesar
- minyak soya hanya meningkat dua kali ganda pengeluarannya dalam tempoh masa yang sama.
Lain-lain minyak dan lemak menunjukkan peningkatan yang rendah. Disebabkan peningkatan ini,
kelapa sawit akan menggantikan kacang soya sebagai sumber pengeluar minyak dan lemak yang
terbesar didunia dalam masa terdekat.
iv) Kuasa Tawar-menawar Pembekal
Kuasa tawar-menawar pembekal tinggi jika bilangan pembekal kecil, tiada produk gantian, produk
yang dibekalkan adalah input penting kepada pembeli, barangan yang dibekalkan adalah unik dan
berbeza dari produk lain (Porter, 1980:27-28). Jika dilihat industri kelapa sawit, pembekal terdiri
daripada institusi kewangan, syarikat kejuruteraan ( peralatan kilang, penapisan, oleo-chemicals),
syarikat kimia (baja dan racun serangga) dan buruh. Dalam kes industri kelapa sawit Malaysia,
kebanyakan syarikat besar adalah vertical integrated; mereka terlibat dalam kedua-dua sektor hiliran
dan huluran.
Di sektor huluran, mereka menggunakan biji benih sawit sendiri, dan mempunyai tempat semaian
anak sawit.Dalam kes racun dan baja kimia, pada masa ini industri sawit adalah pengguna terbesar
bahan kimia tersebut.Syarikat sawit boleh menggunakan jumlah belian yang besar untuk
mendapatkan kuasa tawar menawar ke atas pembekal.Sebagai pengguna terbesar, pembekal tidak
banyak pilihan terpaksa bergantung kepada syarikat kelapa sawit.
Pada masa yang sama, industi kelapa sawit mempunyai pengalaman untuk mengurangkan
penggunaan racun seranggan dan musuh tanaman melalui kaedah Integrated Pest Management
(IPM), dan sekarang meningkatkan penggunaan efluen kilang kelapa sawit di ladang dan
penggunaan tandang kosong sebagai baja organik. Syarikat kejuruteraan juga pembekal penting
industri ini.Pelaburan yang mahal dibuat untuk membeli aset kekal seperti kilang, penapisan dan
menyediakan rawatan efluen minyak kelapa sawit.Kuasa tawar menawar industri sawit Malaysia ke
atas syarikat kejuruteraan ini adalah tinggi, kerana industri ini didominasi oleh syarikat
besar.Sesetengah daripada mereka adalah syarikat yang mempelbagaikan aktiviti mereka dan turut
terlibat dalam aktiviti kejuruteraan dan boleh bergantung kepada unit kejuruteraan mereka untuk
membangunkan kilang dan rawatan efluen. Pembekal tahu mereka akan mencapai keuntungan
berterusan melalui penubuhan baru dan perkhidmatan yang diberikan kepada kilang yang telah sedia
ada. Oleh sebab itu, pembekal melihat industri sawit Malaysia sebagai rakan dagangan penting
begitu juga mengekalkan hubungan jangka panjang untuk kebaikan bersama.Institusi kewangan juga
merupakan pembekal penting kepada industri kelapa sawit negara.
Pada tahun 60an dan 70an, Kerajaan Malaysia meminjam dari Bank Dunia untuk membiayai skim
Felda di seluruh negara, walaubagaimanapun, situasi agak berbeza sekarang, syarikat perladangan
swasta memain peranan utama dalam industri ini dan mereka mampu membiayaan projek mereka.
Dari segi buruh, walaupun industri sawit pada masa ini menghadapi kekurangan buruh tempatan,
kekosongan ini disi oleh buruh asing, terutamanya dari Indonesia.Mereka tidak mempunyai kuasa
tawar-menawar kerana mereka diambil bekerja sebagai pekerja kontrak.Tambahannya, faktor
menolak untuk bekerja di Malaysia adalah tinggi.Pekerja Indonesia tahu mereka menerima gaji yang
lebih tinggi daripada rakan sekerja mereka di negara mereka.Dari perbincangan di atas boleh
disimpulkan pembekal tidak memberi ancaman yang besar kepada industri sawit di Malaysia.
v) Kuasa Tawar Menawar Pembeli
Kuasa tawar menawar pembeli tinggi apabila mereka membeli produk dalam kuantiti yang besar,
bilangan mereka sedikit, produk yang dibeli tidak banyak berbeza dan, kualiti produk tidak menjadi
perkiraan utama (Porter, 1980:24). Tahun 2007, 15 pembeli utama minyak sawit Malaysia adalah
EU, Russia, the US, Egypt, Saudi Arabia, South Africa, Australia, China, Hong Kong, Jepun, Korea
Selatan, Bangladesh, India, Pakistan and Singapura .
Export minyak sawit, dan oleo chemicals ke negara tersebut masing-masing 80 peratus dan 82
peratus. Diantara lima pembeli terbesar minyak sawit Malaysia adalah China, EU, US, Jepun dan
Pakistan. Gabungan negara ini meliputi lebih dari separuh jumlah ekspot Malaysia, oleh itu mereka
mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi.Tambahan pula, minyak sawit dikira sebagai produk
tidak terbeza (undifferentiated product) kerana kehadirian Indonesia sebagai pesaing terbesar, maka
dengan mudah negara pembeli ini beralih kepada Indonesia.
Kelebihan dari segi tanah, dan kos buruh yang rendah menyebabkan Indonesia berupaya menjual
produknya pada harga yang kompetitif. Berdasarkan empat kriteria utama ini (isipadu jualan,
bilangan pembeli, produk tidak terbeza, dan pembekal sampingan) boleh dibuat kesimpulan bahawa
pembeli-pembeli tersebut di atas mempunyai kuasa tawar-menawar dan memberi ancaman kepada
industri kelapa sawit Malaysia. Walaubagaimanapun, situasi yang agak berbeza dilihat untuk oleo
chemicals, didapati EU,US, China dan Jepun mengimport lebih 60 peratus dari Malaysia, dan
mereka tidak boleh beralih kepada pembekal lain kerana Malaysia dihadapan dari teknologi oleo
chemicals.
Mengikut Porter (1985:11) untuk memastikan survival sesuatu industri seseorang perlulah memilih
strategi yang betul berdasarkan persaingan industri berdasarkan 5 daya.
Jadi, dalam kes industri kelapa sawit Malaysia, persoalan pertama ialah manakah strategi bersaingan
ia perlu memilih untuk memastikan kelestarian industrinya? Jelas, dengan mengunakan analisis 5
Daya Porter, terdapat dua ancaman industri kelapa sawit Malaysia datang dari: persaingan dalaman;
dan kuasa tawar-menawar pembeli .Dalam kes pertama, Indonesia adalah ancaman terbesar kepada
industri sawit Malaysia. Indonesia mempunyai kelebihan ke atas Malaysia dari segi kos pengeluaran
– sumber buruh dan tanah yang murah. Buat masa ini Indonesia adalah pengeluar minyak sawit
terbesar, Malaysia di tempat ke dua.
Berbalik kepada soal kuasa tawar-menawar pembeli, ancaman datang dari negara pengimport yang
membeli minyak sawit dalam kuantiti yang besar - China, India, EU, US dan Pakistan. Nasib
Malaysia akan mudah dipengaruhi oleh tindakan mereka, dan jika salah satu negara ini menolak
membeli minyak sawit Malaysia, negara menghadapi masalah.
Persoalan ke dua, apakah strategi yang paling sesuai perlu diambil oleh industri sawit Malaysia?
Strategi yang dirasai paling sesuai ialah strategi yang berupaya mengurangkan ancaman dari kedua
daya di atas – Indonesia, dan pengimport utama minyak sawit –dan pada masa yang sama
menggunakan kekuatan industri sawit Malaysia. Jawapannya, strategi terbaik yang memenuhi
keperluan di atas adalah keterbezaan melalui imej mesra alam.Dengan mengambil strategi ini
industri sawit negara secara teknologinya boleh melonjak kehadapan dari pesaing utama –Indoensia.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada penerangan mengenai dengan Model Five Porter dalam industry Malaysia pada
masa kini sedikit sebanyak kita telah mengetahui bahawa pentingnya Five P diaplikasikan dalam
sesebuah perniagaan sama ada perniagaan tersebut besar atau pun kecil.
Rujukan
Basiron, Y., N. Balu, et al. 2004. "Palm Oil: The Driving Force of World Oils and Fats Economy."
Oil Palm Industry Economic Journal 4(1): 1-9.
Palm Oil Research Institute of Malaysia (PORIM): 1-27.
Ming, K. K. and D. Chandramohan. 2002. "Malaysian Palm Oil Industry at Crossroads and Its Future
Direction."
Porter, M. E. 1980. Competitive Strategy: Techniques for Analyzing Industries and Competitors.
New York, The Free Press.
Porter, M. E. 1985. Competitive Advantage: Creating and Sustaining Superior Performance. New
York, The Free Press.
Prasetyani, M. and E. Miranti. 2005. "Indonesia Palm Oil Potentials and Business Prospects."
Dilayari pada 20 Mac 2005.
Siti Maimon Kamso Wan Rafaei. 1995. Cabaran Persaingan Global dan Implikasi bagi Malaysia.
Pengurusan di Malaysia: Cabaran Persaingan Global. N. M. Siti Maimon Kamso Wan Rafaei, Aziz
A. Hamid. Kuala Lumpur, Leeds Publications: 3-27.
Teoh, C. H. 2004. “Selling the green oil advantage?”, Oil Palm Industry Economic Journal, 4(1) :22-
31.
Welford, R. and A. Gouldson. 1993. Environmental management and business strategy. London,
Pitman.