+ All Categories
Home > Documents > SUKATAN PELAJARAN 240305

SUKATAN PELAJARAN 240305

Date post: 16-Oct-2021
Category:
Upload: others
View: 10 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
59
SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU (PRAUNIVERSITI) © Copyright 2005 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced without the prior permission of the Ministry of Education, Singapore. Year of implementation: 2006
Transcript
Page 1: SUKATAN PELAJARAN 240305

SUKATAN PELAJARAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN MELAYU

(PRAUNIVERSITI)

© Copyright 2005 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. All rights reserved. No part of this publication may be reproduced without the prior permission of the Ministry of Education, Singapore.

Year of implementation: 2006

Page 2: SUKATAN PELAJARAN 240305

ISBN 981-05-2736-5

Page 3: SUKATAN PELAJARAN 240305

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI 2 PENDAHULUAN 3

BAB I – BAHASA 5

1 Matlamat 2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 3 Pendekatan dan Kaedah 4 Aspek Pembelajaran 5 Hasil Ketara Pembelajaran

BAB II – KESUSASTERAAN 17 1 Matlamat 2 Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 3 Pendekatan, Kaedah dan Teknik 4 Aspek Pembelajaran 5 Hasil Ketara Pembelajaran

BAB III - PERANCANGAN PENGAJARAN 33 BAB IV – PENILAIAN 37 LAMPIRAN 43

Lampiran 1- Kandungan Subjek Lampiran 2- Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu B Lampiran 3- Tema dan Topik Lampiran 4- Senarai Peribahasa Lampiran 5- Perutusan Pendidikan Nasional

D

A F

T A

R

I S

I

Page 4: SUKATAN PELAJARAN 240305

2

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI Pada akhir pengajian di peringkat prauniversiti, para pelajar seharusnya:

• bersemangat, tidak mudah kecewa dan tegas • mempunyai sikap tanggungjawab sosial yang baik

• memahami apa yang diperlukan untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada orang lain

• mempunyai semangat berdaya usaha dan kreatif

• dapat berfikir dengan bebas, kreatif, kritis dan inovatif

• berusaha untuk mencapai kecemerlangan

• mempunyai keghairahan dalam kehidupan

• memahami apa yang diperlukan untuk memimpin Singapura.

Page 5: SUKATAN PELAJARAN 240305

3

SUKATAN PELAJARAN PRAUNIVERSITI

PENDAHULUAN

Page 6: SUKATAN PELAJARAN 240305

4

PENDAHULUAN Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan dan satu daripada empat bahasa rasmi negara ini. Bahasa Melayu dipelajari sebagai bahasa ibunda selaras dengan Dasar Bahasa Ibunda di Singapura yang menggalakkan pelajar mempelajari bahasa selama mungkin dan setinggi yang termampu. Pembelajaran bahasa ibunda juga berperanan untuk memantapkan budaya dan jati diri pelajar sebagai warga Timur dan bertindak sebagai pemampan budaya dalam menghadapi cabaran pemodenan dan globalisasi. Kurikulum Bahasa Melayu di peringkat prauniversiti merupakan lanjutan kurikulum di peringkat sekolah menengah. Sukatan Pelajaran ini dihasilkan berdasarkan saranan Jawatankuasa Kajian Semula Kurikulum Maktab Rendah/ Menengah Atas 2002. Kurikulum baharu ini bertujuan: • memberikan pilihan yang pelbagai dan fleksibel bagi

memenuhi minat dan kebolehan pelajar yang berbeza-beza • memberikan penekanan terhadap kemahiran berfikir dan

memproses maklumat. Selaras dengan tujuan tersebut, Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu disusun semula dengan memperkenalkan tiga subjek berikut: • Bahasa Melayu (H1), • Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (H2), • Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (H3).

(Sila rujuk Lampiran 1, halaman 44)

Bagi pelajar yang menghadapi masalah besar mempelajari bahasa Melayu, mereka boleh memilih mata pelajaran Bahasa Melayu B di peringkat ini. (Sila lihat lampiran 2, halaman 45) Sukatan Pelajaran ini mengandungi dua bahagian, iaitu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dan Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu. Dalam setiap bahagian ini pula terdapat objektif, pendekatan, kaedah dan kandungan pengajaran.

Bagi membantu guru merancang dan menilai pengajaran, perancangan pengajaran dan panduan penilaian disertakan dalam Sukatan Pelajaran ini.

Semoga Sukatan Pelajaran ini dapat memberikan panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu.

Page 7: SUKATAN PELAJARAN 240305

5

SUKATAN PELAJARAN PRAUNIVERSITI

BAB 1

SUKATAN PELAJARAN BAHASA

Page 8: SUKATAN PELAJARAN 240305

6

1 MATLAMAT Pada akhir pengajian prauniversiti, para pelajar akan dapat menguasai dan menggunakan bahasa Melayu baku dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi. Selain itu, pelajar dapat menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa budaya dan bahasa ilmu dalam konteks masyarakat majmuk. 2 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, para pelajar dapat:

• menggunakan bahasa untuk membentuk jati diri

• menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan mengambil kira tujuan, khalayak dan konteks masyarakat dan budaya

• menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

melalui penggunaan bahasa

• memperoleh, menilai, menggunakan dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan melalui penggunaan bahasa

• menanam sikap positif terhadap konsep, idea atau gagasan

• menyerapi nilai-nilai murni masyarakat, negara dan

kemanusiaan sejagat

• menghargai dan menghayati unsur-unsur budaya Melayu khususnya dan budaya lain amnya

• menghargai bahasa sebagai sarana budaya dan ilmu

• menyiapkan diri untuk mengikuti pengajian di peringkat tinggi.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, terdapat dua aspek kemahiran yang diutamakan, iaitu kemahiran bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) dan kemahiran berfikir. Kedua-dua kemahiran ini haruslah diperkenalkan dan diperkukuh pada setiap tahap melalui pelbagai aktiviti pembelajaran. Namun tahap penguasaan kemahiran tersebut berbeza-beza bergantung pada keupayaan pelajar. Kemahiran-kemahiran ini bertindan dan saling berkait. Maka mengajar kemahiran ini secara berasingan tidak digalakkan. Berikut ialah senarai kemahiran dengan contoh-contoh objektif yang ingin dicapai.

Page 9: SUKATAN PELAJARAN 240305

7

OBJEKTIF KEMAHIRAN BAHASA

K E M A H I R A N

Mendengar

Bertutur

Membaca

Menulis

Kemahiran ini merujuk keupayaan pelajar: mendengar dengan teliti dan memperlihatkan pemahaman mereka terhadap pelbagai jenis komunikasi.

bertutur dengan menggunakan bahasa baku untuk menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan konsep secara berkesan.

menggunakan pelbagai strategi untuk membaca dan memperlihatkan pemahaman terhadap pelbagai teks.

menjana idea dan menggunakan kreativiti melalui pelbagai jenis penulisan.

Pada akhir pembelajaran peringkat prauniversiti, pelajar dapat: • menilai dan

mengintegrasikan mesej yang didengar

• mengenal pasti berbagai-

bagai ekspresi dan memberikan respons yang sewajarnya

• bertutur dengan menggunakan

sebutan baku • menggunakan ayat yang

gramatis dan laras bahasa yang sesuai

• bertutur dengan yakin, lancar

dan berkesan secara spontan dan sopan

• menggunakan pelbagai

strategi membaca (contohnya: skim dan skan) mengikut keperluan

• menyampaikan teks pelbagai

genre dengan gaya, intonasi dan sebutan yang betul

• merancang dan menyusun

maklumat untuk pelbagai genre penulisan sesuai dengan gaya dan laras bahasa dan konteks penggunaannya

• menulis pelbagai jenis

karangan yang baik dan bermutu

Page 10: SUKATAN PELAJARAN 240305

8

K E M A H I R A N

Mendengar

Bertutur

Membaca

Menulis

• memberikan respons

dengan mengajukan soalan dan membuat andaian yang logik berdasarkan teks yang didengar

• membezakan jenis teks dan

memberikan respons yang sewajarnya.

• menilai cerita,

peristiwa/kejadian, berita, pendapat, persoalan dan memberikan pendapat yang sesuai

• melahirkan pendapat/komen

dan menyampaikan hujah bersesuaian dengan khalayak

• memberikan respons yang

wajar dan berkesan serta meyakinkan terhadap soalan/pertanyaan yang dikemukakan oleh orang lain.

• membuat kesimpulan yang

logik dan menganalisis kesudahan cerita, peristiwa dan kejadian

• membuat penilaian terhadap

teks yang dibaca.

• meringkaskan teks yang

dibaca • menulis semula sesebuah teks

ke dalam genre/laras bahasa yang berlainan.

Page 11: SUKATAN PELAJARAN 240305

9

OBJEKTIF KEMAHIRAN BERFIKIR

Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat menguasai kemahiran berikut.

Kemahiran Mengingat ♦ menghubungkaitkan dan/atau menyusun

maklumat secara sistematik ♦ mengingat kembali pengetahuan sedia ada,

perasaan dan pengalaman apabila memberikan respons.

Kemahiran Mengumpul Maklumat ♦ memerhati atau mencatat maklumat ♦ membentuk soalan-soalan untuk

memperkukuh, memperjelas atau menambahkan maklumat

♦ mendapatkan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber.

Kemahiran Menyusun ♦ membuat perbandingan ♦ menyusun butir-butir atau peristiwa

secara berurutan.

Kemahiran Memberikan Tumpuan ♦ mentakrifkan dan/atau memperjelas sesuatu

tugasan ♦ memfokuskan tumpuan kepada maklumat

yang relevan (misalnya, mengenal pasti contoh-contoh yang sesuai).

Kemahiran Menggabung Jalin ♦ membina hubungan yang bermakna antara

maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada ♦ meluaskan/mengubah suai idea dan perspektif sedia

ada sebagai maklumat baharu ♦ mengaplikasikan pengetahuan sedia ada kepada

situasi baharu.

Kemahiran Menjana ♦ menerbitkan seberapa banyak idea ♦ meluaskan/mengembangkan sesuatu idea ♦ membuat kesimpulan daripada maklumat yang

dibaca ♦ menginterpretasikan contoh-contoh untuk membuat

rumusan ♦ membuat ramalan berdasarkan maklumat yang

sedia ada ♦ menggabungkan maklumat yang berkaitan untuk

membina perspektif yang baharu atau yang berlainan tentang teks.

Kemahiran Menganalisis ♦ memilih, mengasingkan, menyusun ikut urutan,

mengatur serta mengkategorikan maklumat atau data mengikut situasi atau masalah

♦ mengenal pasti masalah dan mentakrifkannya ♦ membuat inferens terhadap maklumat ♦ mentafsirkan data dengan tepat dan objektif ♦ menentusahkan sesuatu perkara/maklumat dengan

fakta-fakta atau hujah-hujah yang munasabah ♦ membezakan fakta dengan pendapat ♦ menentukan idea/rancangan penyelesaian yang

terbaik bagi mencapai objektif atau memenuhi keperluan.

Kemahiran Menilai ♦ membuat keputusan tentang

kemunasabahan sesuatu idea ♦ memberikan respons peribadi ♦ menyokong sesuatu hujahan atau pendapat

dengan contoh-contoh dan maklumat yang sesuai.

KEMAHIRAN BERFIKIR

Page 12: SUKATAN PELAJARAN 240305

10

3 PENDEKATAN DAN KAEDAH PENDEKATAN Pendekatan dalam pengajaran bahasa merujuk proses pengendalian pengajaran bahasa seluruhnya. Sesuatu pendekatan itu harus bersandarkan sesuatu teori pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pendekatan utama yang disarankan dalam sukatan ini ialah pendekatan holistik atau ‘menyeluruh’. Pendekatan ini menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusat kepada pelajar. Guru merancang pengajaran mengikut keperluan dan keupayaan pelajar. Dalam hal ini guru lebih berperanan sebagai pemudah cara. Pendekatan ini sesuai dengan perkembangan pendidikan semasa yang menekankan pembelajaran kendiri dan menyeluruh. Selain itu, pendekatan ini juga bersifat fleksibel dan membolehkan guru menggabungjalinkan beberapa pendekatan lain seperti pendekatan komunikatif dan interaktif untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran maksimum bagi setiap pelajar.

KAEDAH Kaedah ialah satu prosedur atau cara yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu aspek bahasa yang bersesuaian dengan pendekatan dan objektif pengajaran. Bagi sukatan pelajaran ini, terdapat tiga kaedah pengajaran yang diutamakan. A Pengajaran Berpusat kepada Pelajar

• Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa hendaklah berpusat kepada pelajar bagi membolehkan pelajar menguasai aspek bahasa melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti.

• Kaedah ini menggalakkan interaksi yang mendorong

penglibatan pelajar secara aktif dan menyeluruh serta menggalakkan pembelajaran kendiri. Guru berperanan sebagai pemudah cara untuk melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi dan berdaya saing.

Page 13: SUKATAN PELAJARAN 240305

11

B Penggabungjalinan

• Pengajaran hendaklah menggabung jalin beberapa kemahiran seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir. Guru boleh menggabungjalinkan dua kemahiran atau lebih bergantung pada matlamat, masa pelajaran, penggunaan alat-alat bantu mengajar seperti komputer dan cakera padat. Guru hendaklah menentukan kemahiran utama yang mahu ditekankan dalam sesuatu pelajaran dan kemudian memikirkan kemahiran sampingan yang bersesuaian yang dapat diterapkan dalam pelajaran.

• Pengajaran juga boleh menggabung jalin bahan

bercetak seperti buku dengan bahan bukan cetak seperti alat audio, video dan alat pandang dengar yang lain.

• Dalam pengajaran bahasa juga, guru boleh

menggabung jalin tema agar pelajar boleh menggunakan pelbagai kemahiran bahasa bersesuaian dengan tema tertentu. (Sila lihat lampiran 3, halaman 52)

• Pengajaran aspek-aspek bahasa seperti kosa kata, tatabahasa dan peribahasa hendaklah diterapkan dalam pengajaran salah satu daripada keempat-empat kemahiran bahasa. Sebaik-baiknya, pelajaran ini diajarkan mengikut konteks dan disokong dengan penggunaan bahan-bahan seperti teks bacaan dan rakaman.

C Interaktif

Kaedah pengajaran interaktif pula membolehkan hubungan dua hala dan saling bertindak antara pelajar dengan guru, antara pelajar dengan bahan dan antara pelajar dengan pelajar.

Guru juga boleh menggunakan kaedah-kaedah lain yang sesuai dengan keupayaan pelajar.

Page 14: SUKATAN PELAJARAN 240305

12

4 ASPEK PEMBELAJARAN TATABAHASA Pembelajaran tatabahasa perlu bagi mencapai keterampilan berbahasa para pelajar. Oleh itu, pengajaran tatabahasa haruslah diajar secara terancang. Aspek tatabahasa yang disenaraikan telah pun dipelajari pada peringkat yang lebih rendah. Pembelajaran tatabahasa pada peringkat ini bertujuan membolehkan pelajar mengaplikasikan pengetahuan tatabahasa mereka. Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk kata, golongan kata dan proses pembentukan kata. a Bentuk kata terdiri daripada:

i. Kata tunggal ii. Kata terbitan iii. Kata ganda iv. Kata majmuk

b Golongan kata terdiri daripada:

i. Kata nama ii. Kata kerja iii. Kata adjektif iv. Kata tugas

c Proses pembentukan kata:

i. Pengimbuhan ii. Penggandaan iii. Pemajmukan

Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji terhadap pembentukan atau pembinaan ayat.

a Pola ayat dasar

i. (Frasa Nama + Frasa Nama) ii. (Frasa Nama + Frasa Kerja) iii. (Frasa Nama + Frasa Adjektif) iv. (Frasa Nama + Frasa Sendi Nama)

b Binaan ayat

i. Subjek dan predikat ii. Proses pembinaan

a. Ayat tunggal b. Ayat majmuk

• Gabungan • Pancangan • Campuran

Page 15: SUKATAN PELAJARAN 240305

13

c Jenis-jenis ayat

i. Ayat penyata ii. Ayat tanya iii. Ayat perintah iv. Ayat seruan

d Ayat aktif dan ayat pasif

e Susunan ayat

i. Biasa ii. Songsang

PERIBAHASA Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan dan perbilangan serta bahasa kiasan. Pemilihan peribahasa dilakukan berdasarkan kesesuaian falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Melayu khususnya dan masyarakat Singapura amnya. Antara nilai yang boleh diterapkan dalam pengajaran peribahasa termasuklah: • berbudi bahasa • rajin dan gigih • kerjasama • perpaduan • kesetiaan • hormat-menghormati

• berhemah tinggi • amanah dan bertanggungjawab. Pengajaran peribahasa perlu digabungjalinkan dengan pengajaran bahasa. Contohnya, guru boleh menggunakan peribahasa yang mempunyai nilai yang sesuai dengan tema atau topik yang dibincangkan. Pelajar juga digalakkan menggunakan peribahasa dalam penulisan. Bagi pelajar Bahasa Melayu (H1), pengetahuan peribahasa mereka akan diuji. (Sila lihat senarai peribahasa yang terdapat pada Lampiran 4, halaman 52). Bagi pelajar Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (H2) pula, peribahasa dipelajari sebagai bahan pengayaan. SEBUTAN DAN INTONASI Pelajar perlu diajar sebutan dan intonasi serta memahami intonasi dan jeda supaya dapat menyebut dengan betul. Kemahiran ini merangkumi kemahiran mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi. Kemahiran ini perlu supaya pelajar dapat menyampaikan sesuatu maksud dengan tepat. Sebutan bahasa Melayu yang digunakan di sekolah ialah sebutan bahasa Melayu baku.

Page 16: SUKATAN PELAJARAN 240305

14

5 HASIL KETARA PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Mendengar Pada akhir pembelajaran bahasa di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• melakukan sesuatu mengikut arahan lisan dengan tepat dan baik

• menceritakan semula apa yang didengar • memberikan intisari atau idea-idea utama mengenai apa

yang didengar • bertanya soalan-soalan yang relevan • menjawab soalan pelbagai peringkat pemahaman secara

lisan/bertulis mengenai apa yang didengar • memberikan penjelasan/pendapat mengenai apa yang

didengar • menilai apa yang didengar berdasarkan panduan atau

kriteria yang diberikan • memparafrasa atau meringkaskan maklumat • mencatatkan nota perbincangan.

Kemahiran Bertutur Pada akhir pembelajaran bahasa di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• menggunakan gaya dan laras bahasa lisan yang sesuai dengan latar, tujuan dan khalayak

• bertanya soalan atau memberikan komen yang relevan • mengkritik secara membina, memuji atau memberikan

penghargaan • memparafrasa, meringkaskan atau menyusun semula • menyampaikan teks pelbagai genre dengan lancar dan

sesuai dengan khalayak.

Page 17: SUKATAN PELAJARAN 240305

15

Kemahiran Membaca Pada akhir pembelajaran bahasa di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• membaca lantang dengan sebutan baku dan intonasi yang standard dan berkesan

• meneliti bahan untuk mendapatkan butir-butir terperinci berdasarkan arahan

• membaca teks sepintas lalu bagi mendapatkan idea-idea utama dan meringkaskannya

• membuat ramalan sebelum dan semasa membaca sebuah teks

• menjawab soalan pada tahap kefahaman yang berbeza seperti pengetahuan, inferens, aplikasi dan penilaian

• menjawab soalan yang menguji kefahaman tahap tinggi iaitu analisis, sintesis dan penilaian

• memberikan sebab/alasan bagi menyokong perasaan dan pendapat mengenai apa yang dibaca

• membuat inferens terhadap makna perkataan-perkataan baharu/asing dengan menggunakan petunjuk-petunjuk kontekstual dan bukan kontekstual, dan menggunakan kamus jika perlu

• membina semula maklumat dengan berbagai-bagai cara seperti:

- memparafrasa teks asal - menulis ringkasan - memindahkan maklumat (daripada teks grafik atau

sebaliknya) - menggunakan sudut pandangan yang berbeza.

Kemahiran Menulis Pada akhir pembelajaran bahasa di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• menulis teks (bercetak dan bukan bercetak) dalam pelbagai bentuk untuk pelbagai tujuan

• menyampaikan sesuatu perkara sesuai dengan keperluan khalayak dan dapat mengekalkan minat pembaca

• menghasilkan sendiri atau dengan bimbingan, karangan yang padu isinya dan gramatis

• menggunakan bahasa Melayu baku dan memperlihatkan perbezaan antara bahasa lisan dengan bahasa tulisan

• menyunting pelbagai teks yang disediakan • mengalihkan teks daripada satu bentuk ke bentuk yang lain.

Page 18: SUKATAN PELAJARAN 240305

16

KEMAHIRAN BERFIKIR Pada akhir pembelajaran bahasa di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• menggunakan pelbagai kemahiran dan strategi berfikir untuk menangani idea, isu dan situasi bagi tujuan-tujuan tertentu

• menggunakan kemahiran dan strategi berfikir untuk melakukan aktiviti-aktiviti bahasa seperti kefahaman, membaca, menulis dan lisan

• meneliti dan menganalisis maklumat, fakta atau idea bagi tujuan tertentu

• mengaplikasikan pengetahuan dalam pelbagai situasi.

BAHASA DAN BUDAYA Pada akhir pembelajaran bahasa di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• menghargai dan peka terhadap kepelbagaian tradisi dan budaya

• memberikan respons terhadap bahan-bahan lisan/penulisan yang mencerminkan ciri-ciri budaya orang Melayu

• menghargai dan menghayati ciri-ciri budaya dan makna-makna simbolik dalam kata-kata serta ungkapan Melayu

• mengenal pasti adanya ragam baku dan bukan baku termasuk dialek-dialek Melayu dari segi ejaan, suku kata dan sebutan

• menyedari wujudnya perbezaan dari segi ejaan, sebutan dan kosa kata antara bahasa Melayu dengan variasi bahasa Melayu yang lain seperti dialek dan bahasa istana

• menyedari makna budaya dan unsur sejarah yang terkandung dalam peribahasa Melayu

• menghargai keindahan bahasa Melayu dan nilai budaya Melayu di Singapura, Alam Melayu dan di peringkat antarabangsa.

Page 19: SUKATAN PELAJARAN 240305

17

SUKATANPELAJARAN PRAUNIVERSITI

BAB 2

SUKATAN PELAJARAN KESUSASTERAAN

Page 20: SUKATAN PELAJARAN 240305

18

1 MATLAMAT Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu ini bertujuan untuk membimbing para pelajar agar menghargai dan menghayati kesusasteraan Melayu serta memupuk bakat dalam bidang kesusasteraan. 2 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pembelajaran, para pelajar dapat:

• mengenal pasti kandungan teks sastera daripada pelbagai genre dan menganalisisnya berdasarkan aspek-aspek kesusasteraan

• mengkaji, memberikan pandangan dan membuat respons

serta penilaian secara analitis, kritis dan kreatif terhadap bahan-bahan sastera

• menghargai dan menghayati keindahan bahasa serta

kerencaman ragam bahasa yang terdapat dalam teks sastera

• membandingkan mutu karya sastera dengan mengenal

pasti keistimewaan dan ciri-ciri penulisan yang terdapat di dalam sesebuah karya sastera

• membina kemahiran menjawab soalan dan menyampaikan

idea-idea dalam bentuk lisan atau bertulis dengan tersusun dan meyakinkan

• memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai

murni dari segi moral, kebudayaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan kemanusiaan yang terdapat dalam teks sastera

• membaca bahan sastera dengan penuh minat

• menghargai penulis berdasarkan karya sastera yang

dihasilkan. Untuk memastikan mata pelajaran sastera yang disampaikan kepada para pelajar lebih bersifat fokus, adalah baik jika pelajaran tersebut disampaikan berlandaskan objektif-objektif khusus pengajaran yang tertentu. Guru boleh mempunyai beberapa objektif khusus dalam satu rancangan pengajaran yang dilaksanakan. Sukatan ini mencakupi pelbagai genre seperti prosa tradisional, prosa moden termasuk novel dan cerpen, puisi dan drama. Yang berikut ialah contoh objektif khusus pengajaran dan pembelajaran serta aspek pengajaran kesusasteraan Melayu bagi genre-genre yang tertentu. Guru boleh merujuknya sebagai panduan menyediakan rancangan pelajaran.

Page 21: SUKATAN PELAJARAN 240305

19

A PROSA TRADISIONAL Pelajar dapat:

• membincangkan isi atau kandungan prosa tradisional

• mengenal bentuk gaya bahasa lama serta membuat

perbandingan dengan bentuk dan gaya bahasa prosa moden

• mengenal pasti peristiwa dan episod mengikut urutan dan

menyusun peristiwa dan episod tersebut

• mengenal pasti unsur-unsur plot

• mengenal pasti gaya bahasa dan teknik penulisan dan persembahan prosa tradisional

• mengenal pasti nilai-nilai, latar, pemikiran, perwatakan,

budaya, sejarah dan cara kehidupan masyarakat lama yang mempengaruhi sastera prosa tradisional

• menyatakan gambaran suasana dan pemikiran masyarakat

lama serta ciri-ciri kebudayaan masyarakat lama.

B PROSA MODEN – (NOVEL DAN CERPEN)

Pelajar dapat:

• membincangkan dan menghayati isi cerita karya sastera moden

• mengenal pasti gaya bahasa dan teknik penulisan prosa

moden

• mengenal pasti struktur dan unsur-unsur plot karya sastera moden dengan memberikan penjelasan dan contoh-contoh yang relevan

• mengenal pasti nilai-nilai murni yang terdapat dalam prosa

moden

• memberikan respons terhadap nilai, pemikiran dan perlakuan watak dalam sekitaran latar yang dibentuk oleh penulis.

Page 22: SUKATAN PELAJARAN 240305

20

C PUISI MODEN Pelajar dapat:

• mengenal pasti bentuk serta keindahan gaya bahasa puisi • menyatakan dan mentafsirkan isi atau persoalan dalam

puisi

• mengenal puisi yang bermutu

• mengenal penyair melalui puisi mereka.

D DRAMA Pelajar dapat:

• mengenal pasti isi drama

• mengemukakan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam drama

• mengenal pasti struktur dan unsur-unsur plot drama

• mengenal pasti gaya bahasa dan teknik penulisan

• menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam drama

• memberikan respons terhadap nilai, pemikiran dan tindak-

tanduk watak dalam sekitaran latar yang dibentuk oleh penulis

• mengenal penulis berdasarkan karya yang dihasilkan.

Page 23: SUKATAN PELAJARAN 240305

21

3 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK Pengajaran dan pembelajaran seharusnya berlangsung dalam suasana ceria dan menyeronokkan dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik. Penggunaan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai adalah seperti yang berikut. PENDEKATAN Antara pendekatan pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu termasuklah: A Pendekatan Analisis Struktural

Pendekatan ini menegaskan pencerakinan karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya. Aspek yang dikaji meliputi tema, persoalan, perutusan, pengajaran, plot, watak dan perwatakan, latar, gaya bahasa dan sudut pandangan. Guru perlu membantu pelajar memahami gagasan-gagasan yang dinyatakan sebelum kajian teks dilakukan di bilik darjah. Oleh itu, guru haruslah terlebih dahulu mengetahui hubungan dalam struktur karya yang dikaji. Guru juga perlu membimbing pelajar ke arah hasil pembelajaran khusus dan menggunakan bahan bantu mengajar yang berkesan. Kesimpulannya, pendekatan struktural ialah pendekatan yang menekankan analisis karya sastera dari sudut pembinaan atau struktur karya.

Beberapa ciri pendekatan analisis struktural adalah seperti yang berikut:

• kajian secara induktif • pembacaan yang rapi • pemahaman pelajar terhadap setiap elemen

sesebuah karya sastera dan hubungan setiap elemen

• penjelasan setiap unsur secara terperinci • pemahaman istilah sastera, makna istilah

berkenaan dan contoh penggunaan istilah berkenaan.

B Pendekatan Mengalami-Menghayati

Pendekatan mengalami-menghayati ialah pendekatan yang menekankan pengalaman pelajar dan sejauh mana pelajar dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca. Pendekatan ini boleh digunakan bersama pendekatan analisis struktural apabila pelajar telah memahami isi teks. Dalam konteks latihan pula, tugasan yang diberikan kepada pelajar seharusnya tertumpu pada penghayatan pelajar terhadap sesuatu peristiwa/episod dan watak. Soalan yang diberikan juga haruslah dapat mencabar daya intelek pelajar. Oleh itu, pendekatan ini boleh menggalakkan pelajar berfikir secara terbuka dan seimbang berdasarkan interpretasi peribadi yang bersifat subjektif dan objektif.

Page 24: SUKATAN PELAJARAN 240305

22

Beberapa ciri pendekatan mengalami-menghayati adalah seperti yang berikut:

• keupayaan mengaitkan pengalaman dengan isi karya yang dikaji

• kebolehan memahami dahulu isi cerita atau maksud puisi sebelum mengkaji secara terperinci aspek-aspek struktur sesebuah karya

• keupayaan memberikan pendapat dan menilai aspek-aspek struktur yang tertentu dalam sesebuah karya sastera.

C Pendekatan Berfokus

Pendekatan berfokus ialah pendekatan pengajaran yang menekankan sesuatu aspek tertentu dalam sesebuah karya sastera bagi setiap pengajaran dan pembelajaran di samping menyentuh aspek-aspek lain secara sampingan.

Contoh: Fokus Utama (FU) – plot Fokus Sampingan (FS) – (i) watak

– (ii) latar

Kajian yang dilakukan berdasarkan pendekatan ini boleh menghasilkan pencerakinan yang kemas kerana adanya

pemilihan fokus pada aspek yang dibincangkan. Pembacaan yang dilakukan oleh pelajar juga akan menjadi lebih bermakna kerana mereka boleh meneliti hal-hal yang tersirat dan tidak terhad kepada perkara-perkara yang tersurat sahaja. Beberapa ciri pendekatan berfokus adalah yang seperti berikut:

• kajian bermula dan berdasarkan aspek utama yang

dibincangkan dalam sesebuah karya sastera • aspek yang dibincangkan menjadi fokus utama • perkara atau aspek lain menjadi fokus sampingan • fokus utama dan fokus sampingan saling berkaitan.

KAEDAH Kaedah ialah satu perancangan bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Antara kaedah-kaedah pengajaran kesusasteraan Melayu termasuklah: A Kaedah Membaca Teks dan Pemahaman

Pelajar membaca teks atau cerita sambil memahami sendiri isi tersurat atau tersirat. Pelajar juga harus mengenal pasti aspek-aspek teknik dalam cerita.

B Kaedah Membaca dan Melakonkan Adegan

Pelajar mengingat semula dialog tertentu daripada teks atau drama. Kemudian, pelajar melakonkan adegan-adegan berdasarkan pemahaman mereka terhadap teks atau cerita yang dibaca atau dihafal.

Fokus Utama

Fokus Sampingan

Fokus Sampingan

Page 25: SUKATAN PELAJARAN 240305

23

C Kaedah Menonton Lakonan Pentas

Sekumpulan pelajar melakonkan adegan tertentu daripada teks atau cerita di dalam bilik darjah. Pelajar lain menjadi penonton sambil memerhatikan aspek-aspek seperti lakonan, watak dan latar untuk dibincangkan kemudian.

D Kaedah Seminar

Sebelum memulakan seminar, guru menyediakan tajuk dan objektif terlebih dahulu. Guru meminta beberapa orang pelajar mengemukakan pandangan mereka sendiri tentang isi cerita/teks yang dikaji. Guru bertindak sebagai pemerhati dan memberikan bimbingan jika perlu.

E Kaedah Menggunakan Kemahiran Berfikir

Pelajar dilatih menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman tentang sesuatu perkara, meneroka pelbagai kemungkinan idea, membuat keputusan, membuat renungan dan menyelesaikan masalah.

Guru menggalakkan penggunaan bahan rujukan. Kaedah ini boleh dijalankan melalui aktiviti-aktiviti seperti sumbang saran, perbincangan, membuat projek, pembelajaran secara bekerjasama, menggunakan lembaran kerja, dan teknik penyoalan.

F Kaedah Forum

Tajuk ditentukan terlebih dahulu oleh guru. Tajuk tersebut mestilah yang berkaitan dengan isi pelajaran teks atau cerita. Beberapa orang pelajar diminta untuk menjadi ahli panel dan seorang menjadi pengerusi forum. Guru bertindak sebagai pemerhati manakala pelajar yang lain diminta mendengar dengan teliti.

G Kaedah Diskusi

Pelajar membentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk aktiviti ini. Setiap kumpulan membincangkan tajuk-tajuk kecil tentang isi pelajaran. Contohnya, tajuk kecil ialah tentang watak dan perwatakan dalam sesebuah novel. Guru bertindak sebagai pemudah cara.

H Kaedah Soal Jawab

Tujuan kaedah ini ialah untuk meluaskan isi pelajaran, cerita atau teks. Beberapa soalan yang berkaitan dengan pengalaman pelajar dikemukakan oleh guru. Guru hendaklah mengetahui proses pemikiran pelajar. Segala jawapan pelajar hendaklah diterima. Namun, pada akhir sesi, guru hendaklah membincangkan jawapan pelajar dan mengemukakan jawapan yang tepat. Sesi ini diakhiri dengan satu tugasan.

Page 26: SUKATAN PELAJARAN 240305

24

TEKNIK Berdasarkan kaedah-kaedah yang dibincangkan, guru boleh memilih teknik yang sesuai dalam pengajaran mereka. Pemilihan dan penggunaan teknik pengajaran perlu disesuaikan dengan tingkatan yang diajar, kebolehan dan kesediaan pelajar, matlamat pengajaran dan lain-lain. Antara lain, guru boleh menggunakan teknik yang berikut: A Teknik Penerangan

Guru hendaklah menitikberatkan penghuraian lisan semasa menyampaikan isi pelajaran. Penerangan berfokus kepada pemahaman, penikmatan dan penghayatan bahan, isi cerita atau teks. Guru menerangkan perkara-perkara seperti unsur-unsur, nilai kemanusiaan dan gaya bahasa.

B Teknik Keperihalan

Teknik ini hendaklah digunakan selepas teknik penerangan. Pelajar didedahkan dengan aspek-aspek kesusasteraan tertentu seperti bentuk, gaya bahasa, nilai, elemen struktur, unsur psikologi dan unsur sosiologi. Guru memastikan bahawa bahan yang dipetik daripada teks berfokus kepada objektif khusus pengajaran.

C Teknik Perbandingan

Teknik ini bertujuan untuk membantu pelajar melihat persamaan atau perbezaan beberapa perkara. Kemahiran yang digunakan ialah kemahiran menganalisis. Pelajar menggunakan kemahiran ini untuk menentukan persamaan

atau perbezaan serta melihat kaitan antara perkara-perkara yang hendak dibincangkan. Contohnya, pelajar menganalisis persamaan, perbezaan dan perhubungan dua watak dalam sesebuah novel atau menganalisis persamaan dan perbezaan latar antara dua cerpen.

D Teknik Cerakinan

Pelajar membaca cerita atau teks dengan teliti supaya dapat memahami, menilai, dan menghayati cerita yang dibaca. Elemen-elemen yang terdapat dalam sesebuah karya sastera dicerakinkan. Contohnya, dalam pembelajaran sajak, keindahan bahasa yang digunakan diteliti dengan mencerakinkan sajak tersebut mengikut stanza, baris atau bait puisi. Kemudian, bahagian-bahagian itu dikelompokkan mengikut gaya bahasa yang digunakan seperti personifikasi, metafora, aliterasi atau asonansi.

E Teknik Latihan

Latihan secara bertulis atau lisan didedahkan kepada pelajar. Latihan yang pelbagai seperti tugasan, penceritaan semula, mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman sedia ada, peraduan mengarang, pementasan drama dan pembacaan puisi. Selain itu juga pelajar boleh menggunakan lembaran penyusun grafik dan peta minda sebagai panduan dalam bentuk gambar rajah untuk merekodkan maklumat dan melihat perhubungan fakta, memahami dan mengingat maklumat dengan lebih mudah.

Page 27: SUKATAN PELAJARAN 240305

25

F Teknik Percambahan Fikiran

Teknik penjanaan idea ini dilakukan dalam kumpulan kecil (4-5 orang). Seorang pelajar menjadi pengerusi dan seorang lagi penulis idea. Guru hendaklah memastikan pengerusi berupaya menggalakkan ahli-ahli kumpulan menjana idea tentang sesuatu aspek dalam cerita atau teks tanpa dinilai atau dipertikai.

G Teknik Teater Pembaca dan Bercerita

Pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada, intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.

H Teknik Pemaduan Seni

Untuk merangsang penghayatan pelajar terhadap sesebuah karya, unsur-unsur seni seperti muzik, seni lukis, seni tari, kaligrafi, dan seni lakon disepadukan untuk menghidupkan karya tersebut.

I Teknik Kerusi Panas

Pelajar melakonkan watak-watak tertentu dari novel, cerpen atau bahan sastera yang lain. Pelakon tersebut perlu melakonkan dengan penuh penghayatan watak dan perwatakan. Pelajar yang lain menyoal pelakon tentang tindakannya atau pemikirannya berdasarkan watak dan perwatakan yang dimainkan dari bahan sastera tersebut.

J Teknik Tangga Cerita

Pelajar dikehendaki menyusun dan mencatat peristiwa-peristiwa dalam sebuah cerita mengikut urutan dengan menggunakan bahan grafik agar mereka dapat memahami plot dan sinopsis cerita.

K Teknik Cerpendra

Sekumpulan pelajar melakonkan sesebuah cerpen dalam bentuk drama. Teknik ini mendalamkan pemahaman dan penghayatan pelajar terhadap watak, latar, tema dan persoalan yang ingin dipaparkan oleh penulis.

Page 28: SUKATAN PELAJARAN 240305

26

Selain pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang disenaraikan, kepelbagaian sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Melayu boleh membantu pelajar menguasai aspek sastera. Antara sumber tersebut termasuklah:

• Internet • media elektronik • akhbar • majalah • filem • glosari • organisasi • penulis • seni panggung.

Guru boleh menggalakkan pelajar membaca hasil karya sastera yang pelbagai secara luas, selain teks wajib. Pembacaan luas juga melibatkan pembacaan bahan bukan sastera yang meliputi pelbagai disiplin ilmu. Pembacaan luas dapat mempertingkatkan penguasaan ilmu, membentuk sahsiah pelajar di samping memupuk budaya membaca dan menggalakkan pelajar untuk berkarya.

Page 29: SUKATAN PELAJARAN 240305

27

4 ASPEK PEMBELAJARAN Aspek pembelajaran merujuk beberapa elemen yang membentuk sesuatu karya sastera. Walau bagaimanapun, setiap aspek pembelajaran ini tidak diajar secara berasingan agar dapat membantu pelajar menghayati teks secara holistik dan lebih bermakna. Setiap bidang pembelajaran ini menyediakan suatu rangka yang menggalakkan pelajar memahami, menginterpretasi dan memberikan respons terhadap pelbagai bahan sastera. Latar • mengenal pasti latar masa/zaman • memberikan faktor-faktor penting yang membentuk latar teks

(contohnya, sejarah, budaya dan kawasan geografi) • mengenal pasti latar belakang bahan sastera yang dihasilkan

oleh penulis • mengenal pasti kesan dan pengaruh latar kepada teks • menerangkan suasana dalam teks yang digunakan oleh penulis • menghubungkaitkan latar dengan tema, plot, watak dan gaya

bahasa. Tema dan Persoalan • mengenal pasti isu-isu/persoalan yang terdapat dalam teks • mengumpul bukti daripada teks untuk menyokong atau

menjelaskan persoalan dan tema. Perutusan dan Pengajaran • mengenal pasti perutusan yang hendak disampaikan

• menunjukkan sikap prihatin dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan dan masalah sosial

• menyedari dan menerima kelainan yang timbul dari perbezaan bangsa dan budaya

• menghargai fungsi sastera dalam kehidupan seharian. Plot dan Struktur • menerangkan kandungan cerita • mengenal pasti struktur plot • menyusun peristiwa secara kronologi • menghubungkaitkan episod-episod mengikut dasar sebab dan

akibat • mengenal pasti kesan dan peranan setiap adegan atau

peristiwa dalam teks terhadap keseluruhan plot dan struktur • menghubungkan hal yang telah dipelajari dengan pengalaman

sendiri. Watak dan Perwatakan • menerangkan ciri-ciri watak yang terdapat dalam teks • memberikan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara watak • menerangkan perkembangan perwatakan dalam teks • mengenal pasti hubungan antara watak (contohnya, kesan satu

watak kepada watak yang lain dalam sesebuah teks) • menceritakan peranan (contohnya, protagonist, antagonist, atau

watak sampingan) dan fungsi (contohnya, sebagai pencerita, sebagai pemerhati atau seumpamanya) yang dimainkan oleh watak dalam sesebuah teks

Page 30: SUKATAN PELAJARAN 240305

28

• mengenal pasti teknik yang digunakan oleh penulis untuk menyampaikan watak-wataknya kepada pembaca atau khalayak (contohnya, melalui penerangan penulis, pemerhatian watak-watak lain, atau melalui pemikiran, perbualan atau penampilan satu watak)

• menghubungkaitkan watak dengan episod • membuat telahan atau inferens terhadap tindakan watak dan

peristiwa berdasarkan pengetahuan yang sedia ada • mengintepretasikan dan membuat kesimpulan tentang sebab-

sebab tindakan watak • membandingkan dan menilai watak-watak secara kritikal • memberikan respons terhadap pemikiran dan perlakuan watak

dalam sekitaran latar yang dibentuk oleh penulis.

Gaya Bahasa • mengenal gaya bahasa yang terdapat dalam karya sastera • memahami bahasa yang digunakan oleh penulis secara tersurat

dan tersirat • mengenal istilah gagasan sastera • memilih perkataan dan frasa yang memenuhi fungsi khusus di

dalam teks, misalnya, bagi menjelaskan sifat dan tindakan watak serta hal-hal lain.

Page 31: SUKATAN PELAJARAN 240305

29

KKAAJJIIAANN TTEEKKSS PROSA TRADISIONAL A Isi • Isi/kandungan cerita • Tema/persoalan • Plot • Perutusan dan pengajaran • Latar • Peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai murni • Pemikiran dan kehidupan masyarakat B Gaya Bahasa dalam Prosa Tradisional • Diksi • Ayat • Simili • Metafora • Personafikasi • Hiperbola • Pengulangan • Perlambangan • Bahasa istana • Bahasa tradisional

C Teknik Penulisan • Struktur plot

- bahagian pengenalan - bahagian pertengahan - bahagian peleraian

• Unsur plot

- imbas muka - imbas kembali - ketegangan/konflik/klimaks

Page 32: SUKATAN PELAJARAN 240305

30

PROSA MODEN – (NOVEL dan CERPEN) A Isi • Isi/kandungan cerita • Tema/persoalan • Plot • Perutusan dan pengajaran • Latar • Peristiwa-peristiwa yang mengandungi nilai murni • Pemikiran dan kehidupan masyarakat B Gaya Bahasa dalam Prosa Moden • Diksi • Ayat • Simili • Metafora • Personafikasi • Hiperbola • Pengulangan • Perlambangan

C Teknik Penulisan • Struktur plot

- bahagian pengenalan - bahagian pertengahan - bahagian peleraian

• Unsur plot: imbas muka, imbas kembali, ketegangan/konflik/klimaks

• Watak dan perwatakan • Dialog, monolog dan monolog dalaman • Sudut pandangan PUISI MODEN A Isi • Isi/kandungan puisi • Tema/persoalan • Perutusan dan pengajaran • Latar • Bahagian-bahagian yang mengandungi unsur dan nilai murni • Pemikiran penulis

Page 33: SUKATAN PELAJARAN 240305

31

BB GGaayyaa BBaahhaassaa ddaallaamm PPuuiissii • Diksi • Unsur bunyi: rima, aliterasi, asonansi dan rentak • Simili • Metafora • Personifikasi • Hiperbola • Pengulangan • Perlambangan • Inversi • Nada C Teknik Penulisan • Jenis: pujaan, keagamaan, elegi, epigram, satira, percintaan,

balada • Bentuk: suku kata, kata, baris, rangkap, visual dan skema, rima

DRAMA A Isi • Isi/kandungan cerita • Tema/persoalan • Plot • Perutusan dan pengajaran • Latar • Peristiwa-peristiwa dan bahagian yang mengandungi unsur dan

nilai murni B Gaya Bahasa dalam Drama • Diksi • Dialog • Monolog C Teknik Penulisan • Struktur plot

- bahagian pengenalan - bahagian pertengahan - bahagian peleraian

• Unsur plot - imbas muka, - imbas kembali, - ketegangan/konflik/klimaks

• Watak dan perwatakan • Adegan • Episod

Page 34: SUKATAN PELAJARAN 240305

32

5 HASIL KETARA PEMBELAJARAN KESUSASTERAAN Pada akhir pembelajaran kesusasteraan di peringkat prauniversiti, para pelajar dapat:

• membaca teks sastera secara sendirian

• mengenal pasti tema, perutusan, persoalan dan pengajaran yang disampaikan oleh penulis

• menerangkan cara penulis mengembangkan tema yang

disampaikan dalam karyanya dan kesan kepada mutu karya tersebut

• memberikan respons terhadap aspek-aspek penulisan

seperti jalan cerita, plot, latar, perwatakan dan gaya bahasa serta dapat memberikan hujah-hujah untuk menyokong pendapat yang dikemukakan

• mencerakin gaya bahasa yang digunakan oleh penulis dan

menilai keberkesanannya • menghurai dan menilai secara kritis karya penulis • mengaplikasi kemahiran menilai, menghayati dan

menghargai kesusasteraan kepada bahan bacaan yang lain

• membandingkan hasil-hasil karya sastera yang tergolong dalam genre yang sama dengan mengenal pasti keistimewaan dan kelemahan ciri-ciri penulisan yang terdapat dalam hasil sastera tersebut

• memahami dan menghayati unsur-unsur dan nilai-nilai

murni dari segi moral, kebudayaan, kemasyarakatan, kenegaraan dan kemanusiaan yang terdapat dalam teks sastera

• memupuk keperibadian yang positif melalui pengamatan

kepada watak dalam cerita

• memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan

• menjawab soalan secara objektif dan kreatif serta dapat menyampaikan idea-idea dalam bentuk lisan atau bertulis dengan tersusun dan meyakinkan

• menghargai fungsi, corak dan keistimewaan kesusasteraan

Melayu.

Page 35: SUKATAN PELAJARAN 240305

33

SUKATANPELAJARAN PRAUNIVERSITI

BAB 3

PERANCANGAN PENGAJARAN

Page 36: SUKATAN PELAJARAN 240305

34

Perancangan yang disediakan dengan rapi dan baik menjadi salah satu prasyarat yang penting bagi melaksanakan pengajaran yang berkesan. Perancangan diperlukan, antara lain untuk mengawal apa yang berlaku dalam bilik darjah; meningkatkan motivasi para pelajar supaya memberikan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran dengan mengambil bahagian secara aktif; melicinkan pengurusan bilik darjah dan memudahkan tercapainya objektif pengajaran. Rancangan Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu 1. Guru boleh menyediakan rancangan pengajaran di peringkat

jabatan bersama-sama supaya dapat ditentukan aspek isi sesuatu topik yang hendak diterapkan dalam pengajaran; objektif pengajaran; aktiviti yang hendak dijalankan dan sebagainya.

2. Rancangan pengajaran setiap peringkat boleh dilakukan

menurut semester atau penggal persekolahan. 3. Penyediaan rancangan ini boleh berdasarkan beberapa perkara

seperti yang disarankan dalam rajah yang diberikan pada halaman 35.

4. Rancangan pengajaran juga harus menerapkan inisiatif

Kementerian Pendidikan, iaitu: • Pendidikan Nasional (sila lihat lampiran 5, halaman 57) • Kemahiran Berfikir • Teknologi Maklumat • Inovasi dan Daya Usaha.

5. Rancangan pengajaran boleh berubah mengikut keperluan semasa. Misalnya, rancangan pengajaran itu perlu diubah suai dari semasa ke semasa bergantung pada kemajuan dan perkembangan pelajar, kemajuan dan perubahan pada masyarakat, negara, dunia sains dan teknologi, dan alam sekeliling.

Guru perlu menyediakan rancangan pelajaran harian berdasarkan rancangan pengajaran yang telah ditentukan lebih awal.

Page 37: SUKATAN PELAJARAN 240305

35

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN

Objektif • menentukan aspek bahasa yang hendak diajar • menetapkan kemahiran bahasa yang hendak dicapai

berdasarkan Hasil Ketara Pembelajaran • menerapkan kemahiran berfikir • menerapkan nilai-nilai murni individu, masyarakat dan

negara.

Tema dan Topik • berdasarkan senarai tema yang dicadangkan • bersesuaian dengan objektif pengajaran dan

pembelajaran • mengenal pasti minat dan pengetahuan sedia

ada pelajar • diselaraskan dengan keperluan bahasa yang

diajar • bersesuaian dengan keperluan memupuk sikap

dan nilai.

Alat/ Bahan Pengajaran • menetapkan alat/bahan pengajaran yang sesuai

digunakan • bersesuaian dengan objektif dan aktiviti

pembelajaran serta peringkat pelajar • menimbulkan minat pelajar sepanjang masa

pelajaran • mengukuhkan pemahaman pelajar • membantu pelajar menjalankan tugasan.

Masa Pengajaran • berdasarkan masa kurikulum bagi subjek

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu.

Aktiviti • merancang aktiviti yang pelbagai • merangkumi sebahagian atau gabungan

kemahiran bahasa • bersesuaian dengan tema, topik, dan objektif

pengajaran • bersesuaian dengan peringkat pelajar • memberikan peluang untuk pelajar berinteraksi • merangsang pemikiran kreatif dan kritis.

Penilaian • mengenal pasti kemajuan pelajar dan

keberkesanan strategi pengajaran yang dilaksanakan

• dijalankan secara lisan atau bertulis melalui pelbagai jenis media

• dilaksanakan secara formal atau tidak formal dan pada masa-masa tertentu.

Rajah Penyediaan Rancangan Pengajaran

Page 38: SUKATAN PELAJARAN 240305

36

Rancangan Pelajaran Berfokus Rancangan pelajaran berfokus boleh dijalankan untuk program berikut: • Program pemulihan boleh dilaksanakan jika pelajar masih

lemah dan belum dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan baik atau belum memahami sesuatu konsep dengan jelas. Misalnya, mengenai sesuatu komponen tatabahasa.

• Program pengukuhan boleh dilaksanakan untuk

memastikan pengetahuan dan kemahiran pelajar dapat dimantapkan lagi.

• Program pengayaan boleh dianjurkan jika para pelajar

meminati sesuatu aktiviti dan melalui aktiviti itu berbagai-bagai aktiviti susulan dapat dijalankan bagi meningkatkan keterampilan berbahasa mereka.

Penyediaan Bahan Pengajaran Guru boleh menyediakan bahan pengajaran berdasarkan panduan berikut: Keluasan

• Merangkumi pelbagai tema. • Aktiviti yang pelbagai seperti bahas, forum,

kuiz. • Teks pelbagai genre. Contohnya: petikan

daripada karya sastera yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.

Keseimbangan

• Merangkumi keempat-empat kemahiran bahasa.

• Memenuhi ketiga-tiga matlamat pembelajaran bahasa, iaitu kognitif (pemerolehan pengetahuan dan pemahaman), afektif (berkaitan dengan emosi/perasaan) dan kreatif.

• Mencakupi keseluruhan rancangan pengajaran Bahasa Melayu.

Kesesuaian

• Berupaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

• Menambah pengetahuan melalui pelajaran Bahasa Melayu.

• Bercorak praktikal dan dapat dikaitkan dengan minat pelajar, realiti hidup dan pengalaman masyarakat umum.

• Melengkapkan pelajar bagi mengikuti kursus Bahasa Melayu di peringkat yang lebih tinggi.

Perbezaan

• Bahan pelajaran harus mengambil kira perbezaan pelajar (kebolehan, minat, prestasi dan motivasi).

Page 39: SUKATAN PELAJARAN 240305

37

SUKATANPELAJARAN PRAUNIVERSITI

BAB 4

PENILAIAN

Page 40: SUKATAN PELAJARAN 240305

38

PANDUAN PENILAIAN Penilaian merupakan aspek yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian, guru dapat menentukan pencapaian matlamat pengajaran. Alat ukur atau penilaian hendaklah ditentukan berdasarkan matlamat pengajaran seperti yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Prauniversiti 2006. Penilaian boleh dijalankan dengan dua cara, iaitu formatif dan sumatif. Bagi Kertas Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (H2) dan (H3) penilaiannya berbentuk Peperiksaan Rujuk Buku atau ‘Open Book Examinations (OBE)’. Peperiksaan jenis ini membenarkan calon merujuk bahan kajian yang dibenarkan sahaja semasa peperiksaan. Bahan kajian seperti buku teks tidak boleh mengandungi apa-apa catatan. Penilaian jenis ini bertujuan menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Dengan secara tidak langsung, penilaian seperti ini bertujuan menghasilkan pelajar yang berfikiran kreatif dan kendiri. Selain itu, penilaian ini lebih menekankan pemprosesan maklumat dan pemahaman serta mengurangkan penghafalan dalam pembelajaran. Soalan OBE lebih bersifat menguji pemahaman pelajar melalui keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari dalam pelbagai situasi yang diberikan. Kemahiran berfikir aras tinggi pelajar diuji melalui soalan yang meminta pelajar menganalisis situasi atau penerangan, menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan atau menguji sesuatu pernyataan atau teori.

Selain itu, soalan OBE juga sebaik-baiknya tidak diulang-ulang dalam peperiksaan. TUJUAN PENILAIAN

Penilaian dapat memberikan gambaran tentang kelakonan pelajar dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian, guru berupaya merancang strategi pengajaran seterusnya.

Bagi pelajar:

• mengetahui pencapaian objektif pembelajaran • mengenal pasti kekuatan dan kelemahan • membolehkan tindakan susulan • mengukur kemajuan • merangsang pencapaian yang lebih tinggi.

Bagi guru:

• mengetahui pencapaian objektif pengajaran • mengetahui keberkesanan pengajaran • memantau kemajuan pelajar • menganjurkan program pemulihan, pengukuhan dan

pengayaan.

Page 41: SUKATAN PELAJARAN 240305

39

JENIS-JENIS PENILAIAN Ada dua jenis penilaian, iaitu formatif dan sumatif. Kedua-dua jenis penilaian ini perlu dijalankan untuk memperoleh gambaran lengkap mengenai tahap keupayaan dan pencapaian pelajar dalam pelajaran bahasa serta meninjau keberkesanan pengajaran guru.

A Penilaian Formatif Penilaian formatif ialah penilaian yang:

• dijalankan secara berterusan • bersifat formal dan informal:

- penilaian formal dijalankan melalui ujian dan secara bertahap-tahap. Penilaian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian pelajar secara bulanan atau berdasarkan kemahiran atau topik yang diajarkan pada sesuatu masa tertentu. Penilaian formal dijalankan dalam keadaan terkawal dalam jangka masa yang ditetapkan

- penilaian informal dijalankan secara berterusan

dengan menggunakan alat-alat atau instrumen seperti kerja projek, potfolio, jurnal, tugasan bacaan dan kuiz

• mempunyai sistem tersusun daripada tahap menentukan

objektif penilaian, melaksanakan penilaian sehingga tahap menganjurkan tindakan susulan

• menggunakan pelbagai cara seperti menerusi pemerhatian, aktiviti lisan dan penulisan.

B Penilaian Sumatif Penilaian sumatif ialah penilaian yang:

• dijalankan pada waktu yang sesuai pada akhir sesuatu program pengajaran dan pembelajaran untuk membandingkan pencapaian antara pelajar juga untuk tujuan pensijilan

• boleh berbentuk peperiksaan semester yang diadakan pada akhir penggal kedua dan keempat, dan peperiksaan nasional seperti Peperiksaan Sijil Pelajaran Peringkat Tinggi atau Peringkat Biasa

• biasanya dijalankan secara formal dan mengikut jadual yang ditetapkan

• penting bagi menentukan sejauh mana objektif sesuatu program pendidikan itu telah tercapai berdasarkan kurikulum prauniversiti.

Page 42: SUKATAN PELAJARAN 240305

40

CIRI-CIRI PENILAIAN

Penilaian yang baik mempunyai ciri-ciri yang berikut. A Kesahan

Kesahan merujuk takat sesuatu penilaian bagi memenuhi tujuannya. Dari segi kesahan, penilaian mestilah:

• mengukur perkara-perkara yang hendak dinilai dan

bukan perkara lain. Contohnya, soalan pemahaman harus menilai pemahaman pelajar mengenai teks bukan kebolehan matematik

• merupakan contoh yang mewakili kandungan sukatan pelajaran

• hanya menguji aspek-aspek yang terkandung dalam sukatan pelajaran.

B Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan dalam penilaian merujuk ketekalan dalam mengaplikasikan ciri-ciri penilaian. Penilaian yang boleh dipercayai seharusnya: • mencerminkan keupayaan sebenar para pelajar

• tidak mempunyai unsur diskriminasi; contohnya, jantina, budaya dan bangsa.

C Keobjektifan

Keobjektifan sesuatu penilaian bermaksud: • tafsiran yang sama oleh setiap pelajar

• pemarkahan tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain

seperti jantina, kaum, paras, latar belakang sosioekonomi dan sebagainya.

D Kebolehtadbiran

Kebolehtadbiran merujuk kelicinan pentadbiran sesuatu ujian daripada tahap prapenilaian sehingga pascapenilaian. Kebolehtadbiran meliputi faktor kos seperti masa, tenaga dan wang. Penilaian yang akan dijalankan mestilah tidak menggunakan masa, tenaga dan perbelanjaan yang di luar kemampuan.

Page 43: SUKATAN PELAJARAN 240305

41

E Keberkesanan Keberkesanan sesuatu penilaian itu bergantung kepada kebolehan penilaian tersebut membezakan tahap pencapaian pelajar. Untuk ini, kriteria pemarkahan harus dinyatakan dengan jelas.

F Positif dan Konstruktif Penilaian harus dapat mengenal pasti secara sistematik kekuatan, kelemahan, cara belajar, keperluan, minat, sikap serta usaha pelajar. Penilaian juga memberikan maklumat bagi kegiatan susulan yang sesuai dan segera bagi para pelajar.

PENILAIAN KESELURUHAN

Perkembangan setiap kemahiran bahasa; mendengar, bertutur, membaca dan menulis berkaitan antara satu sama lain serta saling mempengaruhi. Namun, kemahiran tersebut boleh dinilai secara berasingan untuk mengetahui kemajuan pelajar dalam setiap kemahiran tersebut. Guru perlu menilai kebolehan pelajar mengadun dan menggabung jalin kemahiran-kemahiran tersebut dalam proses komunikasi. Penilaian seperti ini boleh dilakukan dalam aktiviti kumpulan, perbincangan dan penulisan yang mana keempat-empat kemahiran tersebut digunakan oleh pelajar. Dengan ini, penguasaan bahasa pelajar secara keseluruhan dapat dinilai.

Page 44: SUKATAN PELAJARAN 240305

42

KESIMPULAN

Pendekatan penilaian yang dipilih harus mencerminkan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Prauniversiti 2006. Pada akhir kursus prauniversiti, pelajar diharap dapat menggunakan bahasa secara berkesan dan baku dalam konteks komunikasi yang berfaedah dan bermakna. Pelajar juga diharap dapat mengkaji, menganalisis dan menilai teks sastera yang digunakan. Selain itu, pelajar juga akan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea, perasaan dan konsep melalui penggunaan bahasa dan Teknologi Maklumat. Pendekatan yang dipilih harus menggabungjalinkan penilaian formal dan informal yang berterusan, saling melengkapi dan memanfaatkan pelajar.

Page 45: SUKATAN PELAJARAN 240305

43

SUKATANPELAJARAN PRAUNIVERSITI

LAMPIRAN

Page 46: SUKATAN PELAJARAN 240305

44

Lampiran 1 Kandungan Subjek Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Prauniversiti

Kandungan Subjek

Bahasa Melayu (H1) Bahasa dan Kesusasteraan

Melayu (H2) Bahasa dan Kesusasteraan

Melayu (H3) Lisan • Mendengar dan bertutur

Bahasa • Semua jenis karangan: deskriptif, naratif, ekspositori, argumentatif

• Tatabahasa, peribahasa,

sebutan dan intonasi • Ringkasan karangan • Kefahaman

• Semua jenis karangan: deskriptif, naratif, ekspositori, argumentatif

• Aplikasi aspek tatabahasa,

peribahasa serta sebutan dan intonasi

• Ringkasan karangan • Kefahaman • Transformasi teks

• Penulisan kreatif: prosa dan puisi

• Penulisan komentar

Sastera

-

Mengkaji dan menganalisis: • Novel • Cerpen • Sajak • Drama

Mengkaji dan menganalisis: • Teks Sejarah Melayu • Cerpen karya penulis

tempatan • Teks bebas (prosa dan

puisi)

Masa Kurikulum 4 jam seminggu 4 jam seminggu 2 jam seminggu

Page 47: SUKATAN PELAJARAN 240305

45

Lampiran 2

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU B Sukatan pelajaran Bahasa Melayu B di peringkat ini adalah lanjutan daripada sukatan pelajaran Bahasa Melayu B di peringkat ‘O’. Dengan sukatan ini, diharap pelajar-pelajar akan tetap berminat mempelajari bahasa Melayu dan akan terus berusaha mempelajarinya sebagai bahasa ibunda. Pada akhir pengajian ini para pelajar mengambil Peperiksaan Bahasa Melayu B yang mula diperkenalkan pada tahun 2001. Bahan-bahan pengajaran dan penilaian yang disediakan oleh guru hendaklah berdasarkan tahap penguasaan pelajar di peringkat ini. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu B menekankan kemahiran berkomunikasi terutama sekali kemahiran mendengar dan bertutur di samping kemahiran membaca dan menulis. Oleh itu, sukatan ini mengandungi komponen-komponen yang berikut: • Mendengar dan Bertutur • Membaca • Menulis • Pengetahuan Bahasa Masa kurikulum yang diperuntukkan bagi Bahasa Melayu B ialah 4 jam seminggu. Yang berikut ialah saranan peruntukan masa kurikulum bagi komponen berikut:

Komponen Timbangan Mendengar dan Bertutur 40% Membaca 30% Menulis 20% Pengetahuan Bahasa 10% Jumlah 100%

Pelajar-pelajar mempunyai dua jenis teks kefahaman. Pertama ialah bahan bacaan umum atau teks bebas. Yang kedua terdiri daripada teks pilihan bagi peperiksaan. Tujuan memasukkan teks-teks ini dalam peperiksaan adalah untuk membantu para pelajar meramal soalan yang akan dikemukakan. Pelajar-pelajar yang membacanya berulang kali diharap akan dapat memahami bahasa dan budaya Melayu dan berasa yakin untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan. Pengajaran kemahiran menulis tertumpu pada penulisan nota-nota yang mudah dan ringkas, catatan diari, surat kiriman tidak rasmi dan karangan pendek. Para pelajar di peringkat ini juga harus memahami aspek asas tatabahasa dan peribahasa apabila menjawab soalan penggunaan bahasa.

Page 48: SUKATAN PELAJARAN 240305

46

Format kertas peperiksaan adalah seperti berikut:

Komponen

Timbangan

Kefahaman Mendengar 10%

Lisan 20%

Kefahaman Bebas, Kefahaman daripada teks yang dipilih dan Penggunaan Bahasa

45%

Penulisan

25%

Jumlah

100%

Pelajar yang mengambil Bahasa Melayu B akan diberi sama ada gred merit, lulus atau gagal (ungraded).

Page 49: SUKATAN PELAJARAN 240305

47

SENARAI PERIBAHASA BAHASA MELAYU B 1 Air dicencang tiada putus.

Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula.

2 Air pun ada pasang surutnya. Keadaan hidup seseorang tidak tetap, ada kalanya senang dan ada kalanya susah.

3 Alah membeli menang memakai.

Sesuatu barang yang baik dan mahal harganya itu akan tahan lama.

4 Ayam terlepas tangan berbau tahi.

Melakukan perbuatan yang ditegah akhirnya mendapat malu.

5 Bagai harimau beranak muda. Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya.

6 Bagaimana acuan begitulah kuihnya. 1. Seseorang anak itu akan menurut budi dan perangai ibu bapanya. 2. Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.

7 Bermuka-muka. Berpura-pura berbuat baik antara dua pihak.

8 Besar periuk, besarlah keraknya.

Kalau gaji atau pendapatan seseorang itu besar, besarlah juga perbelanjaannya.

9 Biar putih tulang, jangan putih mata.

Mempertahankan sesuatu yang menjadi hak milik kita walaupun nyawa kita terancam.

10 Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.

Jika seseorang ahli keluarga mendapat kesusahan, ahli-ahli yang lain juga turut menghadapi kesusahan.

11 Ditatang bagai minyak yang penuh.

Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna.

12 Harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.

Melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir dan akhirnya mendatangkan kerugian.

Page 50: SUKATAN PELAJARAN 240305

48

13 Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Untuk mendapatkan sesuatu atau mencapai sesuatu, seseorang itu akan menjalankan berbagai-bagai ikhtiar atau cara tetapi jika tidak dikehendakinya, bermacam-macam pula helahnya.

14 Indah khabar dari rupa. Khabar tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

15 Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Hendaklah sentiasa berhati-hati supaya jangan terpedaya dan habis harta dengan percuma.

16 Menconteng arang di muka. Melakukan sesuatu perbuatan buruk yang boleh memberi aib atau mencemarkan nama baik ibu bapa atau keluarga.

17 Menegakkan benang basah. 1. Menahan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dapat dipertahankan lagi.

2. Mengerjakan pekerjaan yang mustahil berhasil.

18 Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

Bergotong-royong atau bantu-membantu apabila membuat sesuatu pekerjaan.

19 Ringan tulang, berat perut. Jika rajin dan tekun berusaha melakukan sesuatu pekerjaan, maka akan murahlah rezeki.

20 Sambil menyelam minum air.

Membuat dua pekerjaan dalam satu masa.

21 Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

Segala kebaikan yang telah lalu terhapus disebabkan kesalahan yang sedikit.

22 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.

Jika tekun dan sabar membuat sesuatu pekerjaan, akhirnya akan berjaya juga.

23 Seperti embun di hujung rumput.

Sesuatu perkara yang tidak kekal dan segera hilang.

24 Seperti gergaji bermata dua. Orang yang berpura-pura berbuat baik kepada dua belah pihak sehingga beroleh keuntungan daripada kedua-duanya.

Page 51: SUKATAN PELAJARAN 240305

49

25 Seperti katak di bawah tempurung.

Orang yang terhad pengetahuan atau pengalamannya. Apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekelilingnya sahaja.

26 Seperti pelanduk dua serupa. Dua orang yang rupanya seakan-akan.

27 Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. 1. Sesuatu perkara yang telah terlanjur dibuat salah, hendaklah dibetulkan dengan dibuat semula dari awal.

2. Jika tidak boleh dicapai persetujuan dalam sesuatu mesyuarat hendaklah diselidiki kembali pokok persoalannya, supaya dapat pertimbangan yang baik.

28 Siapa makan lada, dialah terasa pedas.

Orang yang membuat kesalahan itu akan terasa apabila perkara itu dipercakapkan.

29 Tong kosong nyaring bunyinya. Seseorang yang bodoh itu biasanya banyak cakapnya; orang yang sombong, bercakap besar tetapi tidak berisi/tidak bererti.

30 Tumbuk rusuk. Memberi wang rasuah.

Page 52: SUKATAN PELAJARAN 240305

50

Lampiran 3 TEMA DAN TOPIK Di dalam sukatan pelajaran ini, beberapa tema serta topik yang berkaitan dengan tema itu diterapkan dengan tujuan agar pengajaran dan pembelajaran bahasa mempunyai konteks dan latar. Tema yang ditetapkan merupakan unsur-unsur ilmu pengetahuan yang diserapkan daripada pelbagai bidang yang sesuai bagi peringkat perkembangan pelajar. Di bawah ini disenaraikan tema dan topik yang berkaitan. Selain topik yang dinyatakan di sini, guru boleh juga memilih topik lain yang sesuai untuk pelajar. Guru boleh merancang pelajaran berdasarkan tema-tema yang disarankan. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat prauniversiti harus merangkumi semua tema. Tema 1: Alam Perhubungan Peribadi • Diri sendiri

- Keyakinan - Tanggungjawab - Emosi, fizikal dan mental

• Keluarga dan sanak-saudara - Semangat kekeluargaan

• Rakan - Pengaruh rakan sebaya

• Kesihatan dan kebersihan - Tanggungjawab sosial - Penyakit - Penjagaan

Tema 2: Alam Kemasyarakatan dan Kenegaraan • Kejiranan/masyarakat • Negara

- Masyarakat majmuk - Keharmonian kaum - Negara

• Inovasi • Pertahanan mutlak • Kemantapan politik • Kemantapan ekonomi Tema 3: Kawasan Serantau dan Dunia • Jiran

- Kerjasama Serantau • Pensejagatan • Sains dan Perubatan

- Penemuan - Penerokaan

• Teknologi • Keprihatinan terhadap sekitaran

- Bencana alam - Pencemaran - Penghakisan

Page 53: SUKATAN PELAJARAN 240305

51

Tema 4: Alam Kesenian dan Kebudayaan • Sastera • Muzik dan tarian (tradisional dan moden) • Opera dan drama • Pakaian • Kraf tangan • Sukan dan permainan • Seni bela diri • Masakan • Budaya (adat istiadat dan adab sopan) Tema 5: Alam Imaginasi • Misteri dan fantasi • Peristiwa-peristiwa luar biasa

Page 54: SUKATAN PELAJARAN 240305

52

Lampiran 4 SENARAI PERIBAHASA (H1)

1 Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

Orang yang mampu (kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.

2 Ada pasang ada surut. Ada untung ada rugi.

3 Ada persembahan adalah kurnia. Jika berbudi kepada seseorang yang budiman nescaya adalah balasannya.

4 Akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba. Sesuatu cadangan pekerjaan itu jika ditimbang dan dihalusi lama-lama, semakin elok keputusannya.

5 Alang-alang berminyak biar licin. Tiap-tiap pekerjaan yang kita buat hendaklah sampai sudah, jangan separuh jalan sahaja. (Biasanya pekerjaan yang baik)

6 Antan patah, lesung hilang. Berturut-turut ditimpa malang.

7 Api kecil baik dipadam.

Basmi kejahatan itu semasa ia kecil lagi.

8 Bagai duri dalam daging. Hal yang selalu menyusahkan.

9 Bagai lebah menghimpun madu.

Sangat rajin.

10 Bagai tali selembar. Keputusan yang dibuat berdasarkan perundingan akan berhasil.

11 Bagaimana ditanam begitulah dituai. 1. Balasan yang wajar 2. Imbalan yang diperoleh sesuai dengan perbuatannya.

12 Baru bertatih hendak berlari. Membuat kerja melebihi keupayaan.

13 Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga.

1. Pangkat yang tinggi akan hilang juga. 2. Berapa jauh pergi merantau akhirnya balik juga.

Page 55: SUKATAN PELAJARAN 240305

53

14 Berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak.

Sementara menunggu apa yang baik, lakukan juga perkara-perkara yang berfaedah.

15 Bertanya supaya tahu berjalan supaya sampai. Kalau membuat kerja hendaklah dikaji dahulu dan biar sampai selesai.

16 Biar rebeh jangan roboh. Biar rosak sedikit jangan rosak langsung.

17 Direndam tak lapuk, dijemur tak lekang. 1. Sangat rajin, tahan bekerja dalam hujan dan panas. 2. Tidak boleh diapa-apakan.

18 Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. Seorang yang nampaknya pendiam apabila bertindak atau melakukan sesuatu, didapati ia begitu cerdik dan bijak.

19 Garam dikulumnya tak hancur. Seorang yang pandai benar menyimpan rahsia.

20 Gunting makan di hujung. Kata-kata yang sopan tapi tajam maknanya.

21 Hati gajah sama dilapah; hati kuman sama dicecah.

Banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi.

22 Hilang bahasa lenyap bangsa. Apabila sesuatu bahasa itu tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu.

23 Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.

Kalau baik, di mana berada tetap baik.

24 Karam berdua, basah seorang Perbuatan yang tidak adil dan berat sebelah.

25 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Peribadi anak dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya.

26 Kelapa muda tidak berminyak. Orang muda belum banyak pengalaman.

27 Khabar jauh didengar-dengar, khabar dekat difikir-fikir.

Apa pun berita yang didengar selidik dulu kebenarannya.

Page 56: SUKATAN PELAJARAN 240305

54

28 Kilat dalam kilau. Maksud yang terselindung.

29 Kuat lilit kerana simpulnya. Kuat kerana bersatu padu.

30 Lebih ikan kerana sirip, lebih burung kerana sayap.

Tiap-tiap pakar ada kelebihan.

31 Lihat anak lihat menantu. Kalau melakukan sesuatu fikirkan juga kesannya pada orang lain.

32 Lulus jarum lulus kelindan. 1. Jika pada mulanya tiada dicegah daripada melakukan kejahatan yang kecil-kecil, akhirnya beransur-ansur pula membuat kejahatan yang besar-besar.

2. Sesuatu perbuatan apabila dapat sedikit sahaja mulanya, nescaya didapati hingga akhirnya.

3. Sesuatu pekerjaan yang sukar dapat disempurnakan jika diansur sedikit-sedikit membuatnya hingga selesai.

33 Laksana cembul dengan tutupnya. Sesuai benar antara satu sama lain.

34 Membujur lalu melintang patah. 1. Walau apa terjadi, tujuan mesti dicapai.

2. Tidak ada yang dapat menghalang.

35 Menaburkan benih di tanah yang subur. Berbuat baik pada orang yang tahu menghargai budi.

36 Meniup api di atas air. Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.

37 Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Budi dibalas dengan budi.

38 Padi setangkai bernas semuanya. Keluarga yang hidup bahagia.

39 Pahit dahulu, manis kemudian. Yang rumit (sulit) hendaklah dijelaskan atau dibincangkan dahulu (dalam perjanjian) supaya senang kemudiannya.

40 Pandai menyelam di air dalam. Pandai menyesuaikan diri.

Page 57: SUKATAN PELAJARAN 240305

55

41 Patah kemudi perahu hanyut. Suatu kaum apabila hilang pemimpinnya nescaya kucar-kacir keadaannya.

42 Pecah buyung tempayan ada. Hilang seorang ada seorang lain pula penggantinya.

43 Pengayuh sudah di tangan, perahu sudah di air. Sudah siap sedia.

44 Pukul anak sindir menantu. Orang lain yang dimarahi, orang lain pula yang dimaksudkan.

45 Rosak bawang ditimpa jambak.

Kerosakan seseorang itu disebabkan oleh kelakuannya sendiri.

46 Seperti ayam mematuk anaknya. Memarahi anak bukan kerana benci tetapi hendak menjadikan mereka manusia yang berakhlak mulia dan berguna.

47 Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah ia.

Jangan terburu-buru pada sesuatu yang pasti.

48 Tegak pada yang datar. Berpegang pada yang benar.

49

Tempayan yang penuh tidak akan berkocak airnya.

Orang yang berilmu tidak banyak bercakap.

50 Tunduk kepala bukan untuk dipijak.

Berlembut bukan suka diperbodoh.

51 Ukur baju di badan sendiri.

1. Tiap-tiap pekerjaan yang hendak dibuat, pilihlah yang layak dan sesuai dengan diri kita.

2. Menilai kemampuan diri.

52 Di mana ranting dipatah, di sana air disauk. Hendaklah menurut adat-istiadat negeri yang didiami.

53 Ikan belum dapat, air sudah keruh, jala sudah koyak.

Objektif belum tercapai, macam-macam masalah sudah terjadi.

54 Hendak mengepal pasir kering. Susahnya menyatupadukan orang yang berlainan pendapat.

Page 58: SUKATAN PELAJARAN 240305

56

55

Lalang tak dapat menghalang peluru.

Orang kecil tidak dapat menahan kehendak orang yang berkuasa.

56 Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga.

Jika merajuk dan membawa diri sekalipun, seseorang itu akan kembali juga kepada kaum keluarganya.

57 Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata.

Orang mengatakan tentang sesuatu perkara itu tentulah ada sebabnya.

58

Orang menunggu perigi bilakah ia mati dahaga. Orang yang hampir dengan orang yang berilmu atau kaya tidak mungkin menjadi bodoh atau susah.

59 Ular dipukul biar mati, kayu pemukul jangan patah, tanah dipalu jangan lembang.

Menyelesaikan masalah dengan cara bijaksana.

60 Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang.

Sangat disayangi tetapi menyusahkan.

Page 59: SUKATAN PELAJARAN 240305

57

Lampiran 5 PERUTUSAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 Singapura adalah tanah air kita; di sinilah tempat kita. Kita mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita. 2 Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya,

kita mempunyai nasib yang sama. 3 Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah. Ini bermakna peluang bagi semua orang mengikut kebolehan dan usaha mereka. 4 Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura.

Kita mesti mencari jalan sendiri untuk bertahan dan mencapai kemakmuran. 5 Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesejahteraan kita.

6 Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita.

Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa depan yang cerah bagi diri kita sendiri.


Recommended