+ All Categories
Home > Documents > sutera dalam lukisan

sutera dalam lukisan

Date post: 14-Jul-2015
Category:
Upload: qillien-bubuszz
View: 985 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Popular Tags:

of 21

Transcript

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NAIM LILBANAT

Nur Aliaa Hanim bt Othman 5 Ummu Habibah Pn. Marina

1

.DQGXQJDQ 1. Sinopsis setiap bab 2. Tema 3. Persoalan 4. Watak dan perwatakan 5. Latar 6. Plot 7. Gaya bahasa 8. Nilai 9. Pengajaran

3-10 11 11-12 13-15 16 17-18 19-20 20 21

6LQRSVLV6HWLDS%DE Bab 1 : Suratan yang Perlu Kuterimay y Bujei banyak menghabiskan masanya di tebing sungai. Bujei mengimbas kembali kisah pada zaman kanak-kanaknya, iaitu: - Bangga dengan tugas bapanya sebagai tentera - Bercita-cita untuk mengikut jejak langkah bapanya - Bapanya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak

2

-

y

Ibunya berkahwin lain dengan Harun, duda yang bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit - Bapa tirinya itu kaki kikis dan panas baran - Ibunya diterajang hingga pengsan kerana enggan menyerahkan wang dan seutas rantai - Harun menyepak pelita hingga menyebabkan rumah mereka terbakar - Ibunya gagal diselamatkan dalam kebakaran itu - Bujei dituduh bermain pelita oleh Harun Bujei terjun ke dalam sungai apabila terdengar bunyi motosikal

Bab 2 : Inilah Dunia Ciptaanya y Bujei dimarahi oleh Sidang Saman dan mengarahkannya pulang ke rumah y Sebelum tidur, Bujei mengelamun dan berangan-angan untuk ; - Mendapatkan kesenangan, bekerja, dan bergaji besar - Berkahwin dengan Sameah y Keesokannya, Bujei menunggu pekebun yang akan mempelawanya untukmenolongnya di kebun getah di persimpangan jalan berhampiran jambatan.

y Bujei terlelap lalu dikejutkan oleh sekumpulan kanak-kanak sekolah. y Sebagai upah membawa beg sekolah mereka, Bujei diberi sedikit kuih danminuman.

y Bujei berdiri di hadapan kedai runcit, bersebelahan kedai Pak Sulong, tetapitiada sesiapa pun yang mempelawanya makan atau minum.

y Bujei tertidur di kaki lima kedai ketika mengenang nasib dirinya. Bab 3 : Masih Ada Yang Simpatiy y y y y Semasa dalam perjalanan ke Bandar, Adila ternampak Bujei sedang tidur. Sepupunya, Sameah pula leka mengenakan tali pinggang keledar. Adila meluahkan rasa simpatinya terhadap Bujei kepada Sameah. Keprihatinan Adila kepada Bujei disedari oleh Sameah, tetapi dia mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada majlis perkahwinannya. Sameah teringat kisah lucu sewaktu pertama kali Adila bertemu dengan Bujei; -Adila dibawa bersiar-siar di sekitar kampung selepas dua hari tinggal di rumahnya -Adila cemas melihat keadaan Bujei yang basah kuyup manakala mukanya separuh ditopengkan dengan lumpur -Bujei merungut untuk membunuh seseorang Kisah tersebut mengundang tawa Adila dan Sameah.

y

3

Bab 4 : Siapa yang Mengerti Hatinyay y y Alias mengarahkan Bujei membasuh motosikalnya bersih-bersih di halaman rumahnya. Bujei takut kepada renungan nenek Alias, Opah Arah. Alias, Sani, dan Sahak rancak bercerita tentang Adila, iaitu; -mempersoalkan kelulusan Adila sebagai graduan universiti -berasa hairan kerana Adila sanggup menoreh getah Alias yakin bahawa dia akan dapat memikat hati Adila. Bujei nyaris-nyaris ditampar oleh Alias apabila meminta upah, tetapi sempat dihalang oleh ibunya, Mak Som. Mak Som mengajak Bujei sarapan dan memberinya upah sebanyak satu ringgit. Bujei turut dinasihati oleh Mak Som agar tidak menuru kehendak dan suruhan Alias yang terlalu dimanjakan oleh mentuanya, Opah Arah.

y y y y

Bab 5 : Rajuk yang Tak Terpujuky y y y y Adila dan Sameah sibuk mengubah bekas bunga telur di serambi rumah. Adila menyatakan hasratnya untuk menemu ramah Bujei kerana beranggapan Bujei mungkin dapat dipulihkan. Sidang Saman memberitahu keluarganya bahawa Harun balik semula ke kampong untuk mengutip hasil buah-buahan. Adila dan Sameah tidur di rumah adik bongsu Sidang Saman, Mak Usu Bakyah. Pada waktu malam, perbualan mereka berkisarkan punca Adila membawa diri ke kampung itu; -kecewa apabila mendapat tahu bahawa Faizal, bekas tunangnya sudah beristeri -melarikan diri daripada Faizal yang memujuk Adila supaya menerimanya kembali Mak Usu Bakyah memuji kejujuran dan keikhlasan yang ada pada Bujei. Adila menyetujui kebenaran kata-kata Mak Usu Bakyah.

y y

Bab 6 : Pasang Umpany Sidang Saman didatangi Harun yang bertujuan; -menuntut kuasa ke atas tanah sawah dan tapak rumah miik arwah ibu Bujei -tanah itu telah dijual kepada Wa Senen tanpa surat jual beli atau resit dengan harga empat ribu ringgit -mahu membayar balik tanah tersebut dengan harga sebanyak enam ribu ringgit, kemudiannya akan dijual semula dengan harga yang lebih tinggi mengikut niaian semasa

4

y y

Sidang Saman mencadangkan Harun meminta persetujuan daripada Bujei yang juga mempunyai hak yang sama ke atas pemilikan tanah tersebut. Rundingan antara Sidang Saman dengan Harun kurang disenangi oleh Mak Lamah.

Bab 7 : Maluy y y y y y y y y y y Bujei tidak pernah menghampiri tapak rumah dan sawah pusaka arwah ibunya sejak tragedi hitam yang menimpa ibunya. Duit yang diberikan oleh Wak Senen disimpannya di dalam kendi tembaga yang tidak pernah dibelanjakan. Bujei sengaja mengelakkan diri daripada bersua muka dengan bapa tirinya kerana takut dituduh lagi sebagai penyebab kematian ibunya. Samsul memberitahu Bujei bahawa Adila ingin berjumpa dengannya di rumah Sidang Saman. Bujei berasa malu apabila memikirkan keadaan dirinya. Adila menyatakan tujuannya yang sebenar kepada Bujei, iaitu dia ingin bertanya tentang diri Bujei dan berhasrat untuk mengubah keadaan diri Bujei. Bujei merasakan Adila telah mengangkat darjat dirinyaapabila Adila memanggilnya dengan namanya yang sebenar, iaitu Hafiz. Kisah ibu bapa dan neneknya yang telah meninggal dunia telah diceitakan satu per satu kepada Adila. Bujei turut menafikan bahawa dia yang menyebabkan kebakaran di rumahnya. Bujei bimbang Adila akan tertarik kepada Alias dan takut Adila mempercayai segala keburukan dirinya yang diceritakan oleh Alias. Bujei menenangkan fikirannya di tebing sungai sambil mengenangkan nasihat dan dorongan Adila.

Bab 8 : Berharap dalam Curigay y y y y Persahabatan yang terjalin antara Bujei dengan Adila menjadi perhatian penduduk kampung. Alias dan Sahak cemburu terhadap Bujei kerana mereka turut meminati Adila. Alias mengada-adakan cerita palsu tentang Bujei kepada Adila, iaitu Bujei menghidap penyakit kulit yang berjangkit dan bersikap maniac. Bujei dikejutkan oeh Harun ketika terlena di tebing sungai supaya menurunkan cap jari pada surat jual beli tapak rumah dan tanah sawah. Harun naik berang lalu menampar Bujei kerana mencomotkan surat jual beli tanah tersebut.

5

y y y

Kaki Harun tersangkut pada akar ketika mengejar Bujei lalu tersungkur ke tanah. Bujei melarikan diri daripada terus ditampar oleh Harun buat kali kedua. Bujei yang cuba membantu telah dibelasah dengan teruk oleh bapa tirinya sehingga tidak sedarkan diri.

Bab 9 : Usah Kaurayuy y y Adila resah kerana Bujei masih belum datang menemuinya. Mak Lamah menyuarakan kerisauannya tentang pandangan orang terhadap Bujei dan Adila. Faizal datang ke rumah Sidang Saman untuk; -menyambung kembali hubungannya dengan Adila -memaklumkan dia sudah menceraikan isterinya Bujei tersedar daripada pengsan lalu pulang ke rumahnya. Dalam menanggung kesakitan dan kelaparan, Bujei teringat akan; -sikap terbuka Adila yang mendorongnya supaya merasakan bahawa dirinya berharga -pertemuan dari hari pertama hingga hari kelima dengan Adila -kehilangan ibu, bapa dan neneknya Hampir 24 jam Bujei berbaring kesakitan di dalam kelambu.

y y

y

Bab 10 : Bimbangy y Adila tidak dapat menyembunyikan perasaan bimbangnya terhadap kehilangan Bujei. Adila bertanya kepada Sameah tentang penyakit kulit dan maniac yang dihadapi oleh Bujei; -Sameah menafikan cerita yang disampaikan oleh Alias Sameah bercerita tentang peristiwa cemas yang berlaku semasa dia di tingkatan lima, iaitu; -Bujei terkena pokok rengas -Bujei naik angin apabila diejek oleh Alias dan rakan-rakannya

y

6

-Bujei menggemparkan orang kampung dengan cuba membaling putik nanas yang disangka bom

Bab 11 : Kasihan Bujeiy y y Alias galak menceritakan layanan baik Adila terhadapnya kepada Sahak dan Sani. Samsul disapa oleh Alias ketika dia mencari Bujei; -berpesan untuk mengajak Adila ke pekan pada pagi esok Sidang Saman membawa Bujei yang masih lemah ke rumahnya; -dibawa ke bangsal tempat menyimpan barang kerana Bujei malu akan dirinya yang kotor dan berbau busuk -Bujei menceritakan perihal dia dipukul oleh Harun Keesokan harinya, Bujei ke pekan bersama-sama Adila, Sameah, Samsul, dan Saniah. Selepas bergunting rambut, Bujei membeli kasut, baju, seluar, jam tangan, dan radio. Bujei bersemangat membersihkan dan megemas rumahnya. Bujei berang apabila Alias sengaja merosakkan radio baharunya lalu; -menumbuk perut Alias dan menghayunkan parang karat ke arahnya -meminta ganti rugi sebanyak RM80 Sidang Saman menyuruh Alias membayar wang tersebut kepada Bujei selepas mengetahui perkara yang sebenarnya.

y y y y

y

Bab 12 : Kebenaran Terbuktiy y y Peristiwa pertelingkahan antara Alias dengan Bujei menjadi buah mulut orang kampung. Bujei semakin menunjukkan perubahan baik dari segi berpakaian, tutur kata, dan tingkah laku. Sepuluh hari sebelum majlis perkahwinan Sameah, Sidang Saman dikunjungi Pak Iman dan isterinya yang mewakili Opah Arah yang ingin merisik dan meminang Adila untuk Alias;

7

y

y

-Adila menolak pinangan tersebut kerana masih belum bersedia untuk berumah tangga Berita peminangan tersebut tersebar dalam kalangan orang kampung; -Bujei menganggap bahawa Adila telah menerima pinangan Alias -Bujei kecewa dan menjadi pelamun Alias terlalu seronok dan mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya kelak.

Bab 13 : Siapa SangkaMerdu Suaranyay y y y y y Jiwa Bujei agak terganggu sejak mengetahui Alias menghantar rombongan meminang Adila. Bujei membantu membuat astaka pelamin untuk majlis perkahwinan Sameah. Bujei berkenalan dengan bapa Adila, iaitu Pak Lang Dahlan. Pada malam pengantin Bujei menyampaikan lagu Bahtera Merdeka dengan begitu baik. Orang ramai tidak menyangka bahawa Bujei mempunyai bakat terpendam. Masyarakat kampung memuji usaha Adila yang telah berjaya memulihkan Bujei.

Bab 14 : Tanah Pusakay y y Bujei ketiduran hingga hampir petang kerana keletihan. Bujei dikejutkan oleh Samsul yang membawa bekalan makanan dan menyampaikan pesanan bapa Adila. Bujei ke rumah Sidang Saman untuk menemui Pak Lang Dahlan; -perbualan mereka terganggu dengan kedatangan Faizal yang menghantar Adila pulang ke rumah Wak Senen menemui Bujei untuk mengembalikan semula tanah sawah dan tapak rumah yang dibeli daripada Harun; -Bujei mahu Wak Senen terus tinggal di tanah tersebut -Wak Senen berpesan kepada Bujei supaya berhati-hati dengan Harun Bujei ke rumah Sidang Saman untuk membantu merobohkan balai masak. Bujei masih keliru akan status Adila yang sebenarnya.

y

y y

Bab 15 : Serba Salahy y Adila ingin pulang ke Kuala Lumpur kerana kesunyian selepas Sameah mengikut suaminya berpindah ke kota. Mak Lamah menasihati Adila supaya memikirkan masa depannya dan tidak terlalu memikiran soal Bujei.

8

y y

Adila takut perasaannya terganggu dan hatinya terluka lagi jika dia pulang ke Kuala Lumpur. Adila membuat perbandingan antara Bujei dengan Faizal.

Bab 16 : Dirasuk Gelisahy y Alias meminta maaf atas sikapnya terhadap Bujei selama ini. Bujei termakan hasutan Alias tentang; -punca Faizal memutuskan tali pertunangannya dengan Adila -penyakit AIDS yang dihidapi oleh Adila -sebab sebenar Adila berbuat baik kepada Bujei Bujei tidak ke rumah Sidang Saman lagi kerana bimbang akan dijangkiti penyakit AIDS. Bujei membuat andaian bahawa penyakit Adila semakin tenat. Adila mendapat surat layang yang menyatakan bahawa; -dia menolak pinangan Alias kerana dirinya sudah rosak -dia melakukan hubungan intim dengan Bujei -dia akan berkahwin dengan Bujei kelak Adila mengambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur buat seketika. Bapa Adila mengesyorkan agar Adila mencari pekerjaan di samping menyambung pengajiannya semula. Ibu Adila pula mengingatkannya agar berhati-hati kerana masyarakat kampung ada yang mengamalkan ilmu hitam.

y y y

y y y

Bab 17 : Rinduy y Bujei hilang selera makan apabila dikhabarkan bahawa Adila telah pulang ke Kuala Lumpur. Bujei dan Samsul berbual-bual di bangsal tentang; -kisah lucu Alias memaksa Bujei merokok sambil minum air teh -sejauh manakah hubungan Bujei dengan Adila -perasaan Bujei terhadap Adila selama ini

Bab 18 : Keliruy y y Perasaan Bujei semakin tidak tenteram kerana memikirkan penyakit yang dihidapi oleh Adila. Alias terus-menerus memburukkan Adila sehingga berjaya meracuni fikiran Bujei. Samsul ke rumah Bujei untuk menyampaikan pesanan Adila supaya Bujei datang ke rumah Sidang Saman dan mengajak Bujei melawat seseorang di hospital.

9

y y

Bujei yang menyangkakan Adila sakit terkejut apabila melihat Adila berada dalam keadaan sihat. Samsul memberitahu Bujei bahawa Sahak dimasukkan ke hospital kerana terlanggar tiang pagar jambatan sewaktu berlumba motosikal dengan Alias.

Bab 19 : Aku Cinta Adilay y y y y y Adila mendermakan darahnya kepada Sahak. Alias tidak menunjukkan sedikit pun rasa simpati kepada kawan baiknya itu. Bujei dimarahi Alias kerana masih berkawan dengan Adila. Bujei sengaja mengajak Alias menghalau Adila yang berpenyakit AIDS keluar dari kampung, sebaliknya Alias cuba berdalih. Dendam Alias kian membara kerana Bujei tidak dapat dijadikan orang suruhannya lagi dan Adila menolak peminangannya. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Alias untuk memikat Adila, iaitu; -meminta kawan-kawannya menculik Adila, tetapi tidak diendahkan -mengutus surat kepada Adila agar menerima cintanya, tetapi tiada balasan -mendapatkan ilmu pengasih daripada dukun tetapi tidak berkesan Fikiran Alias semakin terganggu sehingga menjadi kurang siuman.

y

Bab 20 : Mereka Tidak Ragu-ragu Lagiy Adila meluahkan hasratnya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah unuk memilih Bujei sebagai suaminya; -pada muanya, kurang dipersetujui oleh mereka berdua -akhirnya mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila -keputusan itu menjadi rahsia mereka bertiga Sehari sebelum Adila pulang ke Kuala Lumpur, Adila memberitahu Bujei bahawa dia akan bekerja sebagai pensyarah di institut swasta di Kuala Lumpur. Di luar pagar halaman rumah Sidang Saman, ada seorang pemuda yang memandang ke arah mereka. Bujei dan Adila tidak pernah membenci atau meminta keadaan sedemikian menimpa Alias yang kini menjadi kurang siuman.

y y y

7HPDKetabahan hidup seorang pemuda yang megalami ketidaktentuan atau kecelaruan fikiran sebagai akibat kisah silamnya yang akhirnya kembali pulih menjadi insan yang mampu berdikari.

10

3HUVRDODQ

Sikap tidak berhati perut terhadap kaum wanita. Harun mengambil kesempatan untuk mengikis harta Fatimah, iaitupampasan yang diterima daripada Angkatan Tentera, sumbangan pihakpihak lain, dan tanah pusaka bekas suaminya. Harun tergamak menerajang Fatimah sehingga pengsan semata-mata kerana Fatimah enggan memberinya wang dan seutas rantai.

Perasaan simpati sesama insan. Mak Som mengajak Bujei bersarapan selepas dia mencuci motosikal Aliasdan memberinya wang sebanyak RM1. Pak Sulong sering memberi minuman dan kuih secara percuma kepada Bujei ketika dia melintasi kedainya.

Keinginan untuk menolong orang yang kurang bernasib baik. Adila berazam untuk membantu memulihkan Bujei yang dianggap tidakberakal kerana beranggapan Bujei mampu menjadi manusia yang normal semula. Adila turut mendermakan darahnya kepada Sahak yang terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba motosikal dengan Alias memandangkan mereka mempunyai jenis darah yang sama, iaitu jenis AB.

Sikap tidak mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang lain. Sesekali Wak Senen akan memberi wang kepada Bujei meskipun wangtersebut tidak pernah digunakan oleh Bujei untuk menyara hidupnya. Wak Senen ingin mengembalikan semula tanah sawah dan tapak rumah arwah ibu Bujei yang dibeli daripada Harun kepada Bujei.

Cinta yang tidak mengenal darjat. Secara diam-diam, Bujei menyimpan perasaan cinta terhadap Adila yangtelah banyak mebantunya mengenali dirinya sendiri. Dalam pada itu, Bujei merasakan dirinya terlalu kerdil jika dibandingkan dengan Alias dan Faizal. Simpati Adila kepada Bujei bertukar menjadi perasaan sayang kerana terpikat oleh keikhlasan dan kejujuran Bujei. Akhirnya, Adila meluahkan

11

hasratnya untuk memilih Bujei sebagai bakal suaminya kepada Sidang Saman dan Mak Lamah.

:DWDNGDQ3HUZDWDNDQ:DWDNXWDPD Bujei/Mohamad Hafizo Berusia 27 tahun. o Ibunya bernama Fatimah dan bapa tirinya bernama Harun. o Pintar semasa di sekolah rendah tetapi tercicir dalam pelajaran selepas peristiwa kebakaran yang meragut nyawa ibu kandungnya. o Dianggap lurus bendul, dungu, dan tidak berakal oleh masyarakat kampung. o Pemuda yang baik hati, jujur, dan ikhlas. o Megelak daripada bertembung dengan bapa tirinya kerana takut dituduh penyebab kematian ibunya untuk kali kedua.

12

o Berasa rendah diri ketika berdepan dengan Adila yang berpendidikan tinggi. o Mudah percaya akan fitnah yang disebarkan oleh Alias tentang penyakit AIDS yang dihidapi oleh Adila. o Suka menolong orang lain. o Menyimpan perasaan terhadap Adila. o Berubah menjadi manusia normal berkat dorongan dan kata-kata perangsang Adila.

Adila o o o o o o o o o

Berumur dalam lingkungan 20-an. Anak kepada Pak Lang Dahlan. Anak saudara kepada Sidang Saman dan Mak Lamah. Lepasan universiti dari England dan memiliki ijazah dalam bidang ilmu psikologi. Kecewa apabila tunangnya, Faizal telah berkahwin lalu membawa diri ke kampung. Bersifat ikhlas, prihatin, dan bertanggungjawab. Tegas dalam membuat keputusan. Mudah mesra dan peramah. Suka menolong orang lain.

Aliaso Berumur dalam lingkungan 20-an. o Anak tunggal Mak Som, cucu kesayangan Opah Arah, dan cucu saudara Pak Iman. o Berkelulusan SPM dengan pangkat dua. o Pemuda kampung yang nakal, liar, dan suka berlumba motosikal. o Suka membangga diri apabila dipuji. o Suka membuli, mempersendakan, dan mengugut Bujei. o Mementigkan diri sendiri dan tiada belas kasihan. o Menjadi tidak siuman apabila pinangannya ditolak oleh Adila.

Sidang Samano Suami kepada Mak Lamah. o Bapa kepada tiga orang anak, iaitu Sameah, Samsul, dan Saniah. o Bapa saudara Adila.

13

o o o o o

Ketua kampung yang dihormati ramai. Seorang yang adil. Bersikap baik hati, prihatin, dan bertanggungjawab. Bijak dalam menyelesaikan masalah. Taat pada perintah agama.

Haruno o o o o o Suami baharu Fatimah dan bapa tiri Bujei. Bekerja sebagai mandur di ladang kelapa sawit. Panas baran dan zalim. Tamak akan harta. Pandai bermuka-muka dan bermanis mulut. Benci akan Bujei.

:DWDNVDPSLQJDQ Fatimah y Ibu kandung Bujei yang terkorban dalam suatu kebakaran di rumahnya. Mak Lamah, Sameah, Samsul, dan Saniahy Banyak membantu Bujei dan mengambil berat akan diri Bujei.

Sani dan Sahaky Rakan baik Alias yang suka mengampu dan memuji demi kepentingan diri.

Wak Seneny Membeli tanah sawah dan tapak rumah milik arwah ibu Bujei daripada Harun tanpa surat jual beli atau resit yang sah.

Pak Lang Dahlan dan isterinyay Ibu bapa Adila.

14

/DWDU Latar TempatTebing sungai Rumah Fatimah Rumah nenek Bujei Rumah Sidang Saman Rumah Alias Pasar raya di pekan Rumah Mak Usu Bakyah Rumah ibu bapa Adila di Kuala Lumpur

Latar MasaKira-kira dua bulan bermula dari Adila membawa diri ke kampung sehingga sehari sebelum Adila pulang ke Kuala Lumpur selepas menerima tawaran kerja di seuah institut swasta sebagai seorang pensyarah. Waktu subuh Waktu pagi Waktu lewat petang Waktu hampir Maghrib Waktu malam

Latar Masyarakat

15

Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat Masyarakat

kampung. bandar. yang terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam. yang suka menindas golongan yang lemah. yang berpendidikan tinggi. yang mengamalkan nilai simpati dan prihatin. yang tamak akan harta dan wang ringgit. yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan. kampung yang bekerja sebagai penoreh getah. kampung yang saling membantu. yang mudah mempercayai fitnah. yang sanggup berlaku curang.

3ORWPengenalanPengarang memperkenalkan watak Bujei yang berehat di tebing sungai. Bujei teringat kembali kisah pada zaman kanak-kanaknya, iaitu pekerjaan bapanya sebagai tentera, kemalangan yang menimpa bapanya, perkahwinan ibunya dengan suami baharu, kekejaman bapa tirinya, dan kebakaran yang meragut nyawa ibunya. Tragedi hitam itu telah mengubah tingkah lakunya daripada murid yang pintar kepada pemuda yang mengalami kecelaruan fikiran sehingga dianggap bodoh, dungu, dan tidak berakal oleh masyarakat kampung.

PerkembanganAdila, anak saudara Sidang Saman yang membawa diri ke kampung itu menunjukkan belas kasihan dan prihatin terhadap nasib Bujei. Adila yang berkelulusan dari luar negeri itu beranggapan bahawa Bujei tidak harus dibiarkan terus-menerus berkeadaan sedemikian lalu menyatakan hasratnya untuk memulihkan Bujei.

KonflikAdila menjemput Bujei ke rumah Sidang Saman untuk kajian manusia abnormalnya. Alias berasa cemburu melihat kemesraan yang terjalin antara Bujei dengan Adila kerana dia juga menyimpan perasaan terhadap Adila. Dalam pada itu, Bujei dihantui perasaan takut apabila mengetahui

16

kepulangan bapa tirinya ke kampung itu. Meskipun cuba mengelak, Harun Berjaya menemui Bujei di tebing sungai untuk memujuknya menurunkan cap jari pada surat jual beli tanah pusaka arwah ibunya. Malangnya, Bujei telah dibelasah oleh bapa tirinya kerana mencomotkan surat tersebut. Alias pula menghasut Bujei supaya menjauhi Adila yang kononnya menghidap penyakit AIDS. Adila pula membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur buat seketika kerana terlalu sedih selepas menerima surat layang yang berbaur fitnah.

KlimaksBujei memperoleh kemenangan mutlaknya. Pada mulanya Bujei mempercayai segala fitnah yang direka oleh Alias untuk meburuk-burukkan Adila. Ternyata usaha Alias untuk merosakkan hubungan Bujei dan Adila gagal apabila Bujei mengetahui keadaan Adila yang sebenarnya setelah Adila pulang semula ke kampung itu. Disebabkan Bujei masih berhubungan dengan Adila, Alias memarahi Bujei kerana tidak takut dijangkiti penyakit AIDS. Namun, Alias tidak mengganggu Bujei lagi setelah dia mencabar Alias pergi bersama-samanya untuk menghalau Adila yang kononnya berpenyakit AIDS itu keluar dari kampung mereka.

PeleraianJiwa Alias semakin terganggu apabila Adila menolak cintanya. Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memiliki Adila juga menemukan jalan buntu. Segai akibatnya, Alias berubah menjadi pemuda yang tidak siuman. Adila kemudiannya menyatakan isi hatinya untuk memilih Bujei sebagai suaminya kepada Pak Long dan Mak Longnya. Mereka terpaksa akur dengan pilihan hati Adila, tetapi hasrat itu menjadi rahsia mereka bertiga. Hal ini demikian kerana Bujei masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya dan belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami. Sehari sebelum meninggalkan kampung, Adila bertemu dengan Bujei untuk memaklumkan bahawa dia telah menerima tawaran kerja sebagai pensyarah di institut swasta di Kuala Lumpur.

17

*D\D%DKDVD*D\D%DKDVDDiksi

&RQWRKBahasa Inggeris -Good morning -No, Im serious! -Dia tu bodoh. Stupid...moron. -Please Faizal.The answer is no. Bahasa Arab -Alhamdulillah -Al-Quran -Al-Hafiz Bahasa Indonesia -mikirkan -dong Air muka Merendah diri Ada hati Minta diri Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Sekali imbas kelambu itu seperti khemah tentera yang berceloreng. Bujei memandang Samsul bagaikan mengharapkan pengertian dan simpati. Bagai alur yang tersekat, berjaya dibetulkan dan mengalirkan air jernih. Makin petang merangkak, makin galak agas-agas menghurunginya. Rumahnya makin dibaham api. Angin lembut bersih menjamah tubuhnya dan ledakan bunyi air membuai perasaannya. Gerobok tua

Peribahasa

Simile

Personifikasi

Metafora

18

Hiperbola Sinkope

Almari lama Demi cinta, ke lautan api kuturuti! Tak Ni Nak Dah Kebanyakan orang mengatakan dia bodoh, dungu, tidak berakal lalu tertunai hasrat mereka begitu;dia merasakan dirinya bodoh, dingu, dan tidak berakal. Sekali lagi Mak Lamah merengus (sepatutnya : Mak Lamah merengus sekali lagi) Dahan-dahan Daun-daun pokok Langit Sungai Burung merbah Burung kaka Bukit Ungka

Repetisi

Inversi Imej/Unsur Alam

1LODLKesabaran Baik hati Ketabahan Simpati dan prihatin Berdikari Hemah tinggi Keinsafan Berani Tolong-menolong Gigih dan cekal

19

3HQJDMDUDQKita mestilah tabah menghadapi dugaan dalam hidup. Kita mestiah berani bertindak demi menjaga maruah diri daripada terus dipandang rendah oleh masyarakat. Kita hendaklah bersikap prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Kita hendaklah rajin melakukan sesuatu pekerjaan. Kita hendaklah bersedia membarikan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan.

20

21


Recommended