Date post: | 14-Apr-2018 |
Category: |
Documents |
Upload: | zauhari-hussein |
View: | 233 times |
Download: | 0 times |
of 24
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
1/24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER : SEPTEMBER 2012
HBAE 1403
SARJANA MUDA PENGAJARAN ( PENDIDIKAN RENDAH )
DENGAN KEPUJIAN DALAM BIDANG BAHASA CINA
MENGGAMBAR
NAMA : CHIEW SOON LING
MATRICULATION NO : 680922125398001
IDENTITY CARD NO : 680922125398
TELEPHONE NO. : 0198136927
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTER : OUM, TAWAU
mailto:[email protected]:[email protected]7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
2/24
HBAE11403
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENGENALAN 2
2 BIDANG MENGGAMBAR 3
2.1 Keperluan dan Kepentingan Bidang Menggambar
Dalam Memperkembangkan Daya Imaginasi
Kanak-kanak
4
2.2Keberkesanan Aktiviti Menggambar Terhadap
Perkembangan Daya Kreativiti
6
2.3Keberkesanan Aktiviti Menggambar Terhadap
Perkembangan Daya Ekspresi Diri
7
3 CONTOH PORTFOLIO MURID 10
4 KESIMPULAN 21
5 BIBLIOGRAFI 22
1. PENGENALAN
Pendidikan Seni Visual (PSV) bermaksud proses penghasilan karya seni dengan melibatkan
aspek pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti
2
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
3/24
HBAE11403
melalui imaginasi dan konsepsi murid. Dahulunya PSV dikenali sebagai subjek Lukisan dan
Pertukangan Tangan. Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan keperluansemasa, maka mata pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan telah ditukar menjadi mata
pelajaran Pendidikan Seni. Setelah beberapa tahun mata pelajaran Pendidikan Seni
diperkenalkan ia telah diubah pula menjadi Pendidikan Seni Visual atas kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual dalam kehidupan. Matlamat
pengenalan Pendidikan Seni Visual d sekolah rendah adalah nntuk memberi peluang kepada
murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Seni Visual merupakan
mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
sebagaimana yang digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2000) adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan
bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Terdapat empat bidang
yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seperti berikut :
(a) Melukis dan membuat gambar
(b) Membuat corak dan rekaan
(c) Membentuk dan membuat binaan
(d) Mengenal kraf tradisional
Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang
kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni. Menurut Mazlan Mohamad (1996),
Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain
yang ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke arah
3
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
4/24
HBAE11403
perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kraetiviti.
Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalamkonteks peranan seni sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan
seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa.
Berdasarkan kepada kepentingan Pendidikan Seni Visual sebagai agen perkembangan diri
kanak-kanak, maka penulisan ni akan mengupas tentang salah satu bidang pembelajaran
Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah iaitu Bidang Menggambar. Kupasan ini
menumpukan kepentingan dan keperluan aktiviti menggambar dalam memperkembangkan
potensi diri seperti kreatif, kritis, kecerdasan, dan kecergasan psikomotor.
2. BIDANG MENGGAMBAR
Bidang menggambar merupakan bidang pembelajaran dalam Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah yang merangkumi aktiviti penghasilan 13 jenis karya iaitu lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, resis, gosokan, percikan, capan, mozek, poster, stensilan, dan gurisan.
Sungguh pun begitu, empatt aktiviti tidak dapat dijalankan di sekolah rendah iaitu gurisan,
stensilan, poster dan capan.
Menggambar pula merupakan suatu bentuk persembahan visual sesuatu objek atau imej di
atas permukaan rata. Hasilan objek dan imej merupakan gabungan warna. Representasi visual
dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi. Tujuan menggambar adalah untuk membolehkan murid
meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar. Di samping
itu juga murid akan berpeluang menggunakan asas senireka dalam menghasilkan karya
berdasarkan tema imaginasi murid. Selain itu juga, ia memberi peluang kepada murid
menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi secara manual dan
berbantukan komputer. Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah (2000) pula, aktiviti menggambar akan menekankan kepada perkembangan
imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri akan dilakukan.
4
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
5/24
HBAE11403
2.1 Keperluan dan Kepentingan Bidang Menggambar Dalam Memperkembangkan
Daya Imaginasi Kanak-kanak
Imaginasi mencakupi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh. Kita
dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi
kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam
kemampuan yang luar biasa. Di antaranya ialah. daya imaginasi.
Kanak-kanak adalah makhluk yang gemar, terbiasa atau fitrah ( ilmu dari tuhan ) berfikir
dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka
memiliki kemampuan berbahasa. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu menerima rangsangan
yang efektif dan menarik untuk membolehkan daya imaginasi sedia ada dapat dikembangkan
dan dimanipulasi untuk menjadikan diri lebih kreatif dan kritis. Menurut Ian Robertson
(2011), semakin baik daya imaginasi, biasanya semakin baik dalam mengingati mimpi,
melakukan hipnotis dan mengolah kreativiti berfikir.
Sungguh pun begitu, perkembangan imaginasi kanak-kanak memerlukan proses pendedahan
yang berperingkat agar kanak-kanak dapat membezakan imaginasi yang positif dengan
imaginasi yang negatif. Menurut Feldman (1991) perkembangan kanak-kanak adalah
mengikut corak yang dapat dijangka. Kanak-kanak berkembang mengikut peringkat dan
urutan peringkat tersebut adalah sama. Kadar kecenderungan perkembangan setiap kanak-
kanak adalah sangat jauh berbeza. Walaupun kanak-kanak berada pada tahap umur yang
sama, tetapi tahap pengetahuan dan kemahiran mereka sangat berbeza.
Menurut Feldman, (1991) lagi, perkembangan kanak-kanak selalunya tidak sama. Kanak-
kanak dapat berkembang lebih cepat dalam bidang tertentu daripada bidang lain.
Perkembangan bermula daripada mudah kepada susah dan daripada umum kepada khusus.
Setiap kemahiran dibina daripada yang mudah sehingga kanak-kanak dapat belajar kemahiran
5
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
6/24
HBAE11403
dan konsep yang lebih halus. Oleh sebab itu, keperluan terhadap aktiviti mengambar bagi
perkembangan kanak-kanak amatlah releven sekali berdasarkan kepada ciri-ciri kemahiranmenggambar itu sendiri.
Penglibatan dalam aktiviti seni dan kreatif dilihat oleh Narimah dan Nani Menon dalam
Rohanidan Mohd Sharani (2003) sebagai sesuatu yang sangat penting dalam perkembangan
pembelajaran kanak-kanak. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni
seperti melukis, mewarna, kraf tangan, membentuk arca dan sebagainya.
Bidang menggambar juga dikatakan sebagai suatu bentuk aktiviti yang banyak digunakan
oleh saintis, pendidik dan ibu bapa bagi menyelami perasaan dan fikiran kanak-kanak. bidang
ini akan membantu kanak-kanak mengenali objek selain membantu meningkatkan daya
sensitiviti terhadap alam sekeliling mereka. Proses menggambar yang menjurus ke arah
pengamatan terhadap objek melatih deria kanak-kanak supaya menjadi lebih peka dan
meningkatkan daya persepsi mereka.
Selain itu, aktiviti menggambar juga akan meningkatkan daya imaginatif kanak-kanak selain
berupaya mengimbangi emosi mereka. Ianya dijadikan sebagai satu proses pembelajaran
kepada kanak-kanak melalui aktiviti imitasi alam sekeliling lalu dipermudahkan menjadi
penghasilan simbol abstrak seterusnya menjadikan ianya satu bentuk hasil karya yang unik.
Aktiviti menggambar memerlukan murid menentukan warna yang ideal bagi sesetengah
objek seperti biru untuk laut, hijau untuk daun.dan merah untuk darah. Sungguh pun begitu,
murid akan menjadi keliru untuk menentukan warna yang ssuai bagi batang pokok, awan,
bunga orkid dan burung Punai. Oleh sebab murid perlu mengimaginasi warna-warna tersebut
dan seterusnya mencampur warna-warna tertentu lalu menghasilkan warna yanglebih ideal.
Bagi murid yang kreatif dan mempunyai daya imaginasi yangtinggi, warna-warna baru akan
dipilih untuk menadikan hasil arya lebih menarik dan menceriahkan.
6
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
7/24
HBAE11403
2.2 Keberkesanan Aktiviti Menggambar Terhadap Perkembangan Daya Kreativiti
Kreativiti melibatkan kebolehan menghasilkan sesuatu yang baru. Dalam Kamus Dewan
(2004) kreativiti sebagai didifiniskan sebagai kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif,
kekreatifan. Terdapat beberapa pendapat yang dikemukaan oleh pakar-pakar berhubung
kreativiti. Victor Lowenfeld (1970) menyatakan bahawa, kreativiti sebagai suatu naluri
semula jadi dimiliki oleh setiap insan sejak ia dilahirkan. Naluri itu merupakan faktor
pertama digunakan bagi menyelesaikan atau membuat pemyataan tentang masalah
kehidupan. Gilchrist di dalam Yong (1994) pula menyatakan kreativiti sebagai keupayaan
menghasilkan sesuatu yang baru dan bernilai sama ada maujud ataupun tidak.
Jauharah (1995) pula melihat kreativiti sebagai pelahiran sesuatu yang baru dan mempunyai
nilai yang bermutu. Kebolehan untuk menjadi kreatif bergantung pada kualiti pengalaman
kanak-kanak semasa kecil serta pengaruh sikap ibu bapa. Oleh itu, mengikut Rogers (1970),
guru-guru tidak dapat membentuk kreativiti kanak-kanak selain daripada hanya dapat
menyediakan keadaan-keadaan tertentu yang boleh menimbulkan kreativiti supaya terbina.
Sebenarnya kreativiti tidak dapat diajar, tetapi ia boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti
kanak-kanak. Kreativiti boleh digerak melalui penggunaan imaginasi, penerokaan dan
kesedaran terhadap hubungan baru. Dengan cara melibatkan diri dengan aktiviti menggambar
memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka dengan pelbagai bahan-bahan mewarna,
melukis, bentuk, saiz, bunyi struktur dan fungsi sesuatu bahan. Malah aktiviti menggambar
juga membantu kanak-kanak menggunakan pengalaman deria mereka terutamanya ketika
merasa struktur, menghidu bahan dan mendengar bunyi.
Perkembangan kanak-kanak melalui penerokaan boleh dibantu menerusi aktiviti
menggambar. Sebagai contoh, aktiviti melukis atau mengambar dapat memberi pengalaman
kepada kanak-kanak dalam memilih bahan, warna, garisan, saiz dan bentuk. Mereka boleh
memilih bahan-bahan yan disukai dan mengeluarkan idea. Kemahiran motor halus dan motor
kasar dapat ditingkatkan menerusi aktiviti seni dan kraf misalnya melalui aktiviti
menggunting dalam aktiviti kolaj. Ketika menggunakan krayon kanak-kanak belajar
7
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
8/24
HBAE11403
membuat kawalan pergerakan jejari mereka. Melalui aktiviti kreatif dan estetika kanak-kanak
dapat menyampaikan kegembiraan, kesedihan dan kekecewaan dalam kata yang lebih mudahaktiviti estetika dan kreatif membantu kanak-kanak untuk menyampaikan emosi dan perasaan
mereka.
2.3 Keberkesanan Aktiviti Menggambar Terhadap Perkembangan Daya Ekspresi
Diri
Aktiviti manggambar menyarankan pelbagai aktiviti menerusi perasaan, pernyataan emosi,
idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti menggambar memberi peluang kepada murid untuk
meningkatkan kreativiti, membina keyakinan diri, menajamkan persepsi dan meningkatkan
nilai estetika.
Perasaan ialah luahan daripada hati kita. Ia merangkumi perasaan sedih,riang, dukacita dan
sebagainya. Perasaan ini berkembang mengikut tahap usia dan pengalaman seseorang. Guru
bertanggungjawab membantu muridnya supaya dapat mengawal perasaan apabila bertindak.
Melalui aktiviti menggambar murid akan berpeluang untuk meluahkan perasaan marah,
geram, sedih, gembira dan kecewa. Luahan rasa ini boleh diterjemahkan melalui bentuk imej,
warna imej, dan mesej imej. Luahan perasaan oleh muid melalui karya menggambar dapat
diterjemahkan melalui gambaran-gambaran tertentu seperti tekanan yang kuat bagi
menghasilkan karya gosokan yang melambangkan kemarahan.
Menurut Mohamad Nasir dan Ibrahim Hassan (2003), mata pelajaran Pendidikan Seni Visual
mampu meningkatkan sifat pengamatan murid. Semasa mempelajari mata pelajaran ini,
murid akan diberikan peluang dan masa untuk melakukan apresiasi terhadap karya-karya
orang lain. Semasa melalui proses apresiasi ini, mereka sebenarnya telah melakukan
pengamatan dan melalui pengamatan ini, didapati bahawa murid-murid berupaya untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan dengan mengamati dan meneroka karya-karya orang lain.
Akhirnya, mereka akan menggunakan pengalaman ini untuk menghasilkan karya-karya yang
baru.
8
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
9/24
HBAE11403
Pengamatan yang serius terhadap karya-karya orang lain juga melatih murid-murid untuk
menyelesaikan masalah. Semasa melakukan pengamatan terhadap sesuatu hasil karya,mereka akan melihatnya daripada pelbagai sudut termasuk kekuatan, kelemahan dan
keunikan cara seseorang artis dalam menghasilkan satu karya yang kreatif dan unik. Dalam
tidak sedar sebenarnya mereka telah melalui proses dalam penyelesaian masalah, iatu dengan
cara mencuba pelbagai cara untuk menghasilkan satu lagi karya yang baru berdasarkan
pengalaman pengamatan tadi. Semasa melalui proses ini, kanak-kanak akan mendapat idea
baru yang lebih baik dengan cara mengaitkan pengamatan, pengalaman dan persekitarannya.
Selain daripada itu, kanak-kanak itu juga dapat menghasilkan satu karya yang dapat
menyelesaikan sesuatu isu yang dipertimbulkan semasa proses apresiasi dan perbincangan
dengan rakan, terutama sekali untuk menangani kelemahan-kelemahan yang diperhatikan dan
dikenalpasti ada pada sesuatu karya.
Selepas melakukan pengamatan, murid akan melalui proses menggambar dengan
memberikan penekanan terhadap asas seni reka, penggunaan media, teknik, strategi, unsur
dan konsep seni yang sesuai. Semasa melakukannya, murid-murid akan menajamkan
pemikiran, konsentrasi, komitmen mereka terhadap penghasilan karya seni yang berkualiti.
Aktiviti menggambar bukan hanya menggalakkan murid-murid untuk menyelesaikan
masalah, malah membentuk sikap bahawa sesuatu permasalahan bukan sahaja boleh
diselesaikan dengan satu cara sahaja, tetapi dengan pelbagai cara. Sebagai contohnya aktiviti
mewarna. Kanak-kanak tentu sukar untuk menghasilkan warna yang idea bagi pokok. Namun
begitu, hasil campuran beberapa warna warna baru yang dihasilkan akan lebih ideal dan
sepadan.
Karya menggambar merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka
berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.
Selain itu, karya menggambar juga dijadikan alat membantu saintis untuk menganalisa fikiran
dan perasaan kanak-kanak. Penghasilan imej seperti pokok, figura manusia, catan dan arca
boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli psikologi untuk mengenal pasti kanak-
kanak yang mempunyai masalah trauma.
9
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
10/24
HBAE11403
Dari aspek perkembangan sosial pula, kanak-kanak dapat merasakan perasaan diterima dan
perasaan kepunyaan dalam sesuatu komuniti, di mana setiap murid adalah unik semasamenghasilkan karya menggambar atau semasa proses apresiasi terhadap karya-karya
menggambar dilakukan di kalangan murid. Ini akan membantu murid untuk mempunyai
konsep yang positif terhadap diri sendiri yang seterusnya akan berkaitan dengan keyakinan
dirinya dalam sepanjang kehidupannya.
Semasa seorang kanak-kanak menghasilkan karya menggambar seperti, menghasilkan catan
atau menghasilkan pelbagai karya yang kreatif, kanak-kanak tersebut sebenarnya sedang
berkomunikasi secara visual, di mana ada mesej yang ingin disampaikan di sebalik karyanya.
Kanak-kanak mungkin ingin menyampaikan perasaannya seperti perasaan sedih atas
kehilangan ahli keluarga melalui lukisan yang hanya boleh digambarkan secara visual dan
sukar disampaikan secara verbal.
Melalui aktiviti menggambar, kanak-kanak akan belajar untuk menghargai usaha orang lain
dan tidak melanggar prinsip originaliti karya orang lain melalui penipuan dan peniruan.
Melalui sikap sebegini, kanak-kanak ini disenangi oleh orang lain dan mempunyai ramai
rakan. Ini bukan hanya mengukuhkan perkembangan sosialnya, malah memperkembangkan
personaliti dan konsep kendirinya yang positif. Kanak-kanak ini akan lebih berkeyakinan dan
berani menghadapi pelbagai cabaran di dalam kehidupannya kelak.
Semasa seorang kanak-kanak menghasilkan karya menggambar seperti, menghasilkan catan
atau menghasilkan pelbagai karya yang kreatif, kanak-kanak tersebut sebenarnya sedang
berkomunikasi secara visual, di mana ada mesej yang ingin disampaikan di sebalik karyanya.
Kanak-kanak mungkin ingin menyampaikan perasaannya seperti perasaan sedih atas
kehilangan ahli keluarga melalui lukisan yang hanya boleh digambarkan secara visual dan
sukar disampaikan secara verbal.
Melalui aktiviti-aktiviti menggambar kanak-kanak juga boleh mempelajari tentang budaya
masyarakat orang lain seperti kaligrafi Cina dan Jepun,menjahit dan membuat patung orang
Latin, membuat arca atau dari menggambar yang bertemakan budaya orang lain, murid boleh
belajar bagaimana untuk menghasilkan seni batik orang Melayu (cetakan dan resis) dan
10
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
11/24
HBAE11403
sebagainya. Melalui aktiviti-aktiviti seperti ini, kanak-kanak belajar untuk menghormati dan
menerima budaya orang lain dan akan seterusnya menghasilkan kesejagatan, di mana semuamasyarakat unik dan perlu dilayan sama rata untuk membentuk negara yang aman dan
harmoni.
3. CONTOH PORTFOLIO MURID
Nama : Chew Ng
Kelas : Tahun 4
Tajuk : Bidang Menggambar
1. Pengenalan
Menggambar ialah salah satu bidang utama dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah. Bidang menggambar terdiri
daripada beberapa aktiviti iaitu seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis,
percikan dan mozek. Setiap aktiviti ini memberikan kesannya yang tersendiri terhadap
perkembangan kanak-kanak. Terdapat 10 aktiviti menggambar yang diprakikkan di sekolah
rendah iaitu;
i. Lukisan
Lukisan adalah aktiviti seni yang menggunakan media-media kering seperti pensel, pensel
warna, arang, pastel, krayon dan sebagainya dan merupakan asas dalam peringkat
penghasilan karya-karya seni yang lebih kompleks seperti animasi, seni halus, seni bina dan
sebagainya. Penggunaan warna adalah terhad. Unsur seni garisan adalah penting dan berguna
untuk menghasilkan lukisan berbagai teknik. Selain itu, lukisan boleh dihasilkan sama ada
11
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
12/24
HBAE11403
dengan cara berwarna atau tidak berwarna. Melalui penghasilan lukisan ini, saya dapat
diberikan peluang untuk memberikan penegasan terhadap lukisan.
Hasil Karya Lukisan Saya
ii. Catan
Catan pula adalah aktiviti yang menggunakan bahan pewarna seperti cat poster, cat air, cat
minyak atau cat tempera dan disapu pada permukaan rata seperti kertas lukisan.Semasa
mengecat perkara yang paling penting diambilkira ialah kawalan kepekatan campuran warna
dan air. Biasanya warna air dan akrilik amat popular di kalangan murid sekolah rendah
apabila membuat catan. Sapuan warna menggunakan alat catan seperti berus dan pisau palet
12
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
13/24
HBAE11403
sering digunakan bagi memindahkan warna kepada perantara kertas dan kanvas. Gambar di
bawah adalah satu contoh teknik catan dengan menggunakan poster air yang saya hasilkan.
Hasil Karya Catan Saya
Melalui aktiviti ini, saya berpeluang untuk menambahkan warna-warna yang ceria dan
menarik dalam hasil karya. Ini adalah kerana saya ingin membina dan mengekalkan emosi
yang menggembirakan dalam kehidupan seharian.
iii. Kolaj
Kolaj adalah aktiviti yang melibatkan aktiviti-aktiviti menggunting, mengoyak, memotong
dan menampal sesuatu bahan ke atas permukaan dengan mnggunakan gam. Ianya juga boleh
dilakukan dengan menindih serta menyusun kepingan-kepingan kertas daripada majalah atau
gambar untuk menghasilkan imej baru. Teknik mencantum potongan gambar akan menjadi
komposisi yang menarik. Kolaj juga adalah satu teknik menggambar di mana foto, keratan
13
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
14/24
HBAE11403
akhbar atau mana-mana bahan berbentuk dua dimensi (2D) dilekatkan dan disatukan di atas
permukaan. Di bawah merupakan contoh teknik kolaj yang saya hasilkan;
Contoh Hasil Kolaj Saya
Melalui aktiviti ini, saya didedahkan dengan pelbagai jenis aktiviti lain yang boleh digunakan
untuk menghasilkan karya-karya yang menarik, iaitu bukan sahaja dengan melukis atau
melakukan catan. Dengan pendedahan lain seperti ini, saya akan dapat belajar bahawa
pelbagai jenis kaedah-kaedah penyelesaian boleh dilakukan untuk mendapatkan hasil yang
baik. Hasilnya, saya akan menjadi lebih kreatif. Saya juga boleh melakukan pelbagai
eksperimen untuk menonjolkan hasil karya yang saya hasilkan.
Dari aspek perkembangan motor pula, saya dapat membentuk perkembangan motor halus
dengan memotong bentuk dengan cara yang betul terutamanya melalui aktiviti menggunting,
memicit botol gam dan mengawal kuantiti gam di atas kertas. Pemilihan kertas warna yang
sesuai dan menarik adalah hasil analisa saya secara kognitif. Dalam aktiviti ini juga, saya
dapat berkongsi alatan-alatan seperti gunting, gam, kertas warna sesama rakan. Budaya ini
14
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
15/24
HBAE11403
akan membentuk perkembangan sosial yang sihat dan penerimaan di antara kami melalui
perkongsian dan kesamarataan.
iv. Montaj
Montaj pula adalah aktiviti-aktiviti yang menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan,
kecuaian, penerangan, mesej berkaitan dengan alam sekitar dengan memotong gambar-
gambar yang berkaitan dengan satu tajuk atau tema dan kemudiannya ditampal dan
digabungkan untuk menghasilkan satu ilustrasi yang kreatif. Montaj ialah sejenis kraf yang
memerlukan imaginasi serta daya reka bagi mencantum kepingan gambar foto yang digunting
daripada majalah, suratkhabar, risalah dan buku. Beberapa kepingan gambar yang sama,
serupa atau sejenis berdasarkan suatu tema disusun dan ditampal berselang seli pada kertas
tapak. Imej yang berulang-ulang terhasil daripada cantuman disebut montaj. Gambar sebelah
bawah merupakan teknik montaj berdasarkan bertemakan perasaan.
Hasil Karya Montaj Saya
15
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
16/24
HBAE11403
Melalui aktiviti ini, saya berpeluang berfikir dan mencari gambar-gambar yang sesuai
berdasarkan tema yang telah diperkenalkan oleh guru. Saya mula mengelaskan gambar-gambar berdasarkan saiz atau mungkin umur dan sebagainya. Semasa melakukan ini, saya
sentiasa berfikir dan menggunakan keupayaan kognitif untuk menghasilkan karya yang unik.
Semasa menggunting, meletakkan gam dan melekatkan gambar-gambar tersebut, saya
terdorong untuk bercakap tentang ciri-ciri orang yang di dalam gambar dan secara tidak
langsun langsung, komunikasi berlaku di antara saya dan rakan-rakan.
v. Cetakan
Aktiviti cetakan dilakukan dengan menggunakan blok-blok cetakan atau dengan
menggunakan bahan-bahan yang mempunyai garisan tertentu dan disapukan dengan dakwat
atau warna dan kemudiannya dilekapkan pada permukaan yang rata seperti kertas dan kain.
Beberapa ulangan dan salinan imej dapat dihasilkan dengan menggunakan blok yang sama.
Proses di mana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti. Cetakan juga membawa
makna mengecap corak atau gambar yang sama dengan menggunakan alatan tertentu.
Aktiviti cetakan di peringkat pengenalan merujuk kepada pendekatan cara mudah dihasilkan.
Di peringkat pertengahan kami telah mempunyai pengalaman asas dalam kegiatan cetakan.
Aktiviti boleh diteruskan dengan menjalani aktiviti cetakan yang lebih mencabar.
16
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
17/24
HBAE11403
Hasil Karya Cetakan Saya
Semasa melakukan aktiviti ini, saya belajar untuk menyapu berus lukisan dengan melakukan
strok-strok tertentu yang turut membantu dalam perkembangan psikomotor atau secara
spesifiknya motor halus diri. Saya juga belajar untuk tidak terlalu menekan cetakan terlalu
kuat. Semasa melakukan ini, saya sebenarnya belajar untuk mengawal perasaan-perasaan
yang kurang sihat seperti kemarahan, ketidaksabaran dan mudah putus asa. Sekali lagi,
sekiranya hasil karya saya dihargai dengan cara yang betul dan ikhlas, saya akan terdorong
untuk memandang positif terhadap pembelajaran di sekolah dan di sepanjang kehidupan saya.
.
vi. Gosokan
17
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
18/24
HBAE11403
Gosokan adalah aktiviti menggambar yang melibatkan proses menggosok media-media
kering seperti pensel, arang dan pastel dengan menggunakan jari, tisu atau kain untukmenghasilkan karya-karya yang unik.
. Hasil Karya Gosokan Saya
Aktiviti gosokan membolehkan saya melepaskan perasaan geram, marah atau tidak puas hati
semasa menggosok. Menggosok bukan sahaja berkaitan dengan emosi tetapi juga berkaitan
dengan perkembangan motor halus terutama sekali semasa mengawal pergerakan tangan
supaya tidak melepasi sempadan dan menghasilkan karya yang kemas.
Dari aspek perkembangan kognitif pula, saya dapat belajar untuk membuat analisa dan
membuat keputusan terutamanya dalam pemilihan warna dan medium untuk digosok supaya
hasil karya nampak lebih teratur dan kemas.
vii. Resis
18
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
19/24
HBAE11403
Penghasilan resis melibatkan proses penggunaan warna basah (warna air dan poster ) dan
gabungan contengan lilin dengan bahan-bahan lain contohnya krayon dan sabun. Hasil karyaini adalah daripada lakaran dan garisan di atas kertas atau kain dengan menggunakan lilin
atau krayon lilin dan disapu dengan menggunakan warna air yang membolehkan warna air
tidak diserap dan bahagian ini akan terpisah daripada warna air dan akhirnya menghasilkan
karya yang unik.
Hasil Karya Resis Saya
Penghasilan resis memberi peluang kepada saya untuk mempelajari kaedah-kaedah lain selain
kaedah asas menghasilkan resis. Aktiviti ini juga menggalakkan perkembangan kognitif dan
kreativiti saya. Aktiviti ini boleh dilakukan di atas kain atau permukaan lain. Penghasilan
resis akan memberikan gambaran kepada saya terhadap kaedah penghasilan kain batik. Oleh
yang demikian pemikiran saya tercabar untuk menghasilkan kain batik yang lebih menarik di
masa akan datang. Untuk tujuan ini, saya akan melakukan pelbagai eksperimen dengan
warna, ton, berus lukisan, bahan-bahan lain seperti lilin dan sabun dengan tujuan
menajamkan pemikiran. Selain itu juga, saya berpeluang berbincang dengan rakan untuk
perkembangan emosi dan sosial yang lebih positif
viii. Percikan
19
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
20/24
HBAE11403
Karya percikan melibatkan proses teknik hiasan catan dengan cara mendetik, mengetuk atau
menjentik bahagian berus lukisan. Penggunaan cat emulsi dalam menghasilkan karya inidilihat lebih ideak kerana cat jenis ini cepat kering dan tidak mudah rosak sekiranya bertindan
antara satu sama lain. Percikan-percikan halus, titik-titik warna atau warna akan tersembur ke
serata tempat lalu membentuk imej yang bersifat abstrak.
Hasil Karya Percikan Saya
Aktiviti menghasilkan percikan merupakan salah satu aktiviti yang menarik dan tersendiri.
Melalui aktiviti ini, saya terdorong untuk berfikir tentang pengaplikasian teknik-teknik
percikan dan menggabungkan pelbagai teknik bagi menghasilkan karya yang menarik. Oleh
itu, saya berbincang dengan rakan dan berusaha untuk mencari jalan menghasilkan sesuatu
karya yang diingini.
Aktiviti memercik, menitis dan menjentik berus yang dibubuh dakwat memerlukan
kelembutan dan ketelitian kerana saya perlu mendapatkan corak yang jelas dan menjaga
kebersihan persekitaran. Di samping itu juga, saya perlu mengawal kuantiti warna di atas
kertas. Ini akan membantu dalam perkembangan psikomotor diri Saya juga berpeluang untuk
mengeksplorasi idea-idea baru melalui aktiviti mencampur warna-warna tertentu untuk
mendapatkan warna baru . Hasil penemuan ini telah memberi keyakinan kepada saya untuk
penghasilan karya yang seterusnya.
20
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
21/24
HBAE11403
ix. Mozek
Aktiviti menghasilkan mozek dilakukan dengan menggunakan kepingan-kepingan jubin atau
bahan-bahan lain yang boleh dilekatkan pada permukaan yang rata. Susunan bahan yang
ditampal perlu mengikut corak yang dirancang. Bahan yang digunting, dipotong atau
ditampal hendaklah mengikut lakaran imej. Bahan yang sesuai bagi menggantikan jubin
adalah kertas berwarna-warni.
Hasil Karya Mozek Saya
Aktiviti penghasilan mozek mendidik saya untuk bersifat sabar dan berhati hati serta bijak
merancang. Ini adalah kerana proses penghasilan mozek melibatkan aktiviti melakar,
menggunting, melekat dan menyusun. Kesemua kerja ini perlu dilakukan dengan tertib dan
teliti bagi menghasilkan karya yang berkualiti. Pemilihan warna yang cerah dan menarik
memerlukan pemikiran yang kreatif dan kritis bagi menonjolkan karya. Proses ini secara
tidak langsung membantu perkembangan kognitif yang sihat.
Dari aspek sosial pula, saya boleh berkomunikasi sesama rakan, berkongsi bahan dan
maklumat. Dari aspek emosi pula, penyampaian emosi dapat disampaikan melalui susunan-
susunan mozek yang dihasilkan. Melalui proses apresiasi pula, saya dapat
memperkembangkan emosi melalui rasa dihargai dan kepunyaan. Ini seterusnya membantu
saya untuk membentuk bukan sahaja keyakinan diri mereka, tetapi keyakinan secara
menyeluruh semasa menempuh pelbagai rintangan dalam kehidupan seharian mereka.
21
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
22/24
HBAE11403
4. KESIMPULAN
Aktiviti menggambar merupakan satu proses yang kreatif, berinovasi, beridea, berperasaan
dan bertujuan. Proses penghasilan karya nmenggambar bukan sahaja melibatkan gerakan
psikomotor tetapi juga melibatkan proses kognitif, emosi, kritis dan inovatif yang
membolehkan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri berlaku.
Sesungguhnya usaha membentuk perkembangan diri yang positif dalam kalangan murid
merupakan usaha yang penuh cabaran. Apatah lagi, dalam dunia tanpa sepadan hari ini
kerosakan sikap danminda murid amat mudah berlaku.
Oleh yang demikian, sentuhan keceriaan, keseronokan, keunikan, keindahan dan kekreatifan
yan dihamparkan melalui aktiviti menggambar sudah pasti memberikan peluang kepadamurid
untukmembentuk imej diri, keterampilan, kekreatifan, kritis, dinamik dan inovatif selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada usaha melahirkan
insan yang kamil.
BIBLIOGRAFI
22
7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
23/24
HBAE11403
Feldman, D. (1991).Nature's Gambit: Child Prodigies and the Development of Human
Potential. New York: Teachers College Press.
Ian Robertson (2011). The Minds Eye. Melborne : Transworld Publication.
Jauharah Hj.Tak (1995). Penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif dalam pendidikan.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Leonard MS Yong. (1994).Kreativiti: Ke Arah Pembentukan Masyarakat Kreatif.Kuala
Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd.
Lowenfeld, V. & Brittain, W.L (1970). Creative and Mental Growth. 5th Ed. New York:
Macmillan Company.
Kamus Dewan (2004). Edisi Keempat. Kuala Lmpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab
& Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
PPK (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia
Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd Sharani Ahmad (2003).Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sumber Intenet
http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-percikan.html
23
http://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-percikan.htmlhttp://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-percikan.html7/30/2019 TEMPLET HBAE 1403 Menggambar Chang.doc
24/24
HBAE11403
(2012 OKTOBER 23)
http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalamkehidupan -sosial-masyarakat/- (2012 OKTOBER 20)
http://psv07kdri.blogspot.com/2009_11_01_archive.html (2012 OKTOBER 20)
http://psvisual.wordpress.com/page/3/ (2012 OKTOBER 20)
http://rina2011.blogspot.com/2011/03/ekspresiimaginasideria-kecerdasan.html
(2012 OKTOBER 20)
http://rozelleeotakbutan.blogspot.com/2010/10/resis-dalam-kegiatan-menggambar.html
(2012 OKTOBER 23)
http://voices.yahoo.com/how-art-improves-childs-development-2192882.html
(2012 OKTOBER 20)
http://www.barnesandnoble.com/u/maryann-kohl-importance-of-art/379002442/
(2012 OKTOBER 20)
24
http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam%20%09kehidupan%20-sosial-masyarakat/-http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam%20%09kehidupan%20-sosial-masyarakat/-http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam%20%09kehidupan%20-sosial-masyarakat/-http://psv07kdri.blogspot.com/2009_11_01_archive.htmlhttp://psvisual.wordpress.com/page/3/http://rina2011.blogspot.com/2011/03/ekspresiimaginasideria-kecerdasan.htmlhttp://rozelleeotakbutan.blogspot.com/2010/10/resis-dalam-kegiatan-menggambar.htmlhttp://voices.yahoo.com/how-art-improves-childs-development-2192882.htmlhttp://www.barnesandnoble.com/u/maryann-kohl-importance-of-art/379002442/http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam%20%09kehidupan%20-sosial-masyarakat/-http://n9kini.com/pengalaman-pendidikan-seni-membantu-meningkat-kreativiti-dalam%20%09kehidupan%20-sosial-masyarakat/-http://psv07kdri.blogspot.com/2009_11_01_archive.htmlhttp://psvisual.wordpress.com/page/3/http://rina2011.blogspot.com/2011/03/ekspresiimaginasideria-kecerdasan.htmlhttp://rozelleeotakbutan.blogspot.com/2010/10/resis-dalam-kegiatan-menggambar.htmlhttp://voices.yahoo.com/how-art-improves-childs-development-2192882.htmlhttp://www.barnesandnoble.com/u/maryann-kohl-importance-of-art/379002442/