+ All Categories
Home > Documents > Tesis Den Yg Real

Tesis Den Yg Real

Date post: 27-Sep-2015
Category:
Upload: fakharudin-zakaria
View: 23 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Description:
tesis
48
1.0. PENDAHULUAN Bahagian ini membincangkan mengenai pengenalan, refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi pendidikan. Selain itu, dalam bahagian ini juga menceritakan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi dan kajian yang dijalankan serta kaedah yang diguna pakai dalam kajian. Dalam pengenalan menceritakan tentang gambaran awal kajian yang dijalankan. Dalam refelksi pengajaran pula menceritakan tentang masalah yang dihadapi dan dikenalpasti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam bahagian ini juga menceritakan refleksi nilai pendidikan. Dalam refleksi nilai pendidikan menceritakan tentang teori-teori yang berkait dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji. 1.1 Pengenalan Penyelidikan dalam bidang pendidikan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengamal pendidikan. Hal ini bersesuaian dengan fitrah manusia iaitu setiap masalah yang dihadapi perlukan penyelesaian. Oleh itu, penyelidikan tindakan dijalankan oleh guru di 1
Transcript

1.0. PENDAHULUAN

Bahagian ini membincangkan mengenai pengenalan, refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi pendidikan. Selain itu, dalam bahagian ini juga menceritakan gambaran awal tentang masalah yang dihadapi dan kajian yang dijalankan serta kaedah yang diguna pakai dalam kajian. Dalam pengenalan menceritakan tentang gambaran awal kajian yang dijalankan. Dalam refelksi pengajaran pula menceritakan tentang masalah yang dihadapi dan dikenalpasti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Dalam bahagian ini juga menceritakan refleksi nilai pendidikan. Dalam refleksi nilai pendidikan menceritakan tentang teori-teori yang berkait dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

1.1 Pengenalan

Penyelidikan dalam bidang pendidikan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengamal pendidikan. Hal ini bersesuaian dengan fitrah manusia iaitu setiap masalah yang dihadapi perlukan penyelesaian. Oleh itu, penyelidikan tindakan dijalankan oleh guru di dalam kelas atau di sekolah dengan tujuan untuk memperbaiki amalan guru ( Kartini Abdul Mutalib, Ahamad Shabudin Yahaya, Rosli Sahat & Badrul Hisham Alang Osman, 2012). Sejajar itu, penyelidikan tindakan dilihat mampu untuk meningkatkan keupayaan guru dalam menangani masalah yang berlaku di sekolah dan seterusnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

Tidak ketinggalan juga dalam subjek pendidikan islam. Guru seharusnya mencari penyelesaian dalam apa jua permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. Dalam kajian ini pengkaji telah mengkaji tentang pemasalah murid mengenai hokum tajwid yang terdapat dalam al-quran. Ini kerana, terdapat murid yang sukar untuk memahami atau mengingat hukum tajwid ketika membaca al-quran.

Pengertian tajwid menurut bahasa ialah memperelokkan sesuatu. Manakala pengertiannya menurut bahasa pula ialah melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul serta memenuhi hak-hak setiap huruf iaitu sifat asalnya, dan mustahaknya iaitu sifat mendatangnya. Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah dan mengamalkannya iaitu membaca al-Quran dengan bertajwid adalah fardu ain bagi setiap muslimin dan muslimat yang mukallaf.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Sepanjang pengalaman saya mengajar Asuhan Tilawah al-Quran di Sekolah Kebangsaan Peradong. Terdapat satu fenomena yang serupa setiap kali saya menjalankan pengajaran iaitu persepsi murid terhadap pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Setiap kali saya mengajar Asuhan Tilawah al-Quran, saya mendapati murid tahun 4 seringkali lewat untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, meskipun pengajaran al-Quran diadakan pada sesi pagi iaitu masa pertama selepas perhimpunan pagi. Ini adalah disebabkan ada di antara murid sering terlupa untuk berwuduk. Keadaan ini sering berulang, ditambahkan lagi dengan beberapa orang murid yang sering hilang tumpuan semasa saya sedang mengajar.

Bagi menarik semula perhatian mereka, saya akan menggunakan LCD Projektor dan menayangkan al-quran explorer serta meminta mereka membantu saya menjalankan aktiviti membaca ayat Al-Quran di hadapan kelas. Setelah sekian lama saya menjalankan aktiviti ini secara berulang-ulang, saya mendapati beberapa orang murid tidak dapat menguasai ilmu tajwid walaupun membaca al-Quran dengan baik terutamanya hukum tajwid iaitu hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil.

Selain itu, kaedah pengajaran yang saya gunakan juga kurang sesuai dengan tahap murid yang lemah dalam pengajaran ilmu tajwid. Oleh itu, murid tidak dapat menumpukan perhatian disebabkan kaedah pengajaran yang tidak menarik minat mereka. Saya menganggap isu ini sebagai suatu fenomena yang tidak patut berterusan kerana ia akan menjejaskan prestasi akademik murid di sekolah. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Guru sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menjadikan isu ini sebagai satu kajian bagi mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi membantu murid pemulihan untuk mempelajari Al-Quran serta memotivasikan mereka agar mencintai pembelajaran Al-Quran. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap al-Quran. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar . Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan al-Quran akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar pemulihan mempelajari al-Quran dengan lebih intensif dan menarik.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Berdasarkan kajian ini, pengkaji mencari alternatif lain bagi mengubah tradisi pengajaran al-Quran yang membosankan kepada suasana pengajaran yang lebih menarik. Oleh itu, pengkaji mengkaji tentang bagaimana kaedah bermain menjadi satu kaedah yang berupaya meningkatkan pencapaian murid serta minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Pengkaji mengadaptasikan model Kurt Lewin dalam kajian ini. Seperti yang dinyatakan oleh Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), iaitu murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu.

Knox (1968) berpendapat bahawa main sebagai satu saluran atau wahana untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan aktiviti spontan yang mana mempunyai raptai dalam kehidupan dengan mendapat pengalaman semasa bermain. Manakala Waddle (1999), dalam kajiannya telah menunjukkan dua sebab yang berlainan berhubung dengan nilai bermain. Menurut beliau, pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa percaya bahawa main adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas-tugas yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan. Oleh itu, kajian ini juga adalah mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah bermain dalam meningkatkan kemahiran mengingat hukum mad asli.

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian adalah tumpuan penyelidikan yang dijalankan hasil daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan (Rosinah Edinin,2012). Melalui masalah yang telah dikenal pasti pengkaji memberi perhatian pada masalah yang dihadapi murid dalam mengingat hukum mad asli.

2.1 Isu Kajian

Sepanjang pengajaran pengkaji didapati murid lemah dalam membezakan kalimah mad wajib muttasil dan mad jaiz munfasil serta kurang aktif dalam pembelajaran. Ini kerana minat mereka dalam mepelajari Al-Quran sangat lemah dan mereka sering keliru dengan hukum tajwid disebabkan oleh mereka tidak mengingat perkara yang di ajar oleh pengkaji.

Selain itu, kaedah pengajaran yang pengkaji gunakan juga kurang sesuai dengan tahap murid yang lemah dalam pengajaran ilmu tajwid. Oleh itu, murid tidak dapat menumpukan perhatian disebabkan kaedah pengajaran yang tidak menarik minat mereka. Pengkaji menganggap isu ini sebagai suatu fenomena yang tidak patut berterusan kerana ia akan menjejaskan prestasi akademik murid di sekolah. Terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Guru sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan kaedah yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan sedia ada pelajar.

Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk menjadikan isu ini sebagai satu kajian bagi mengenalpasti kaedah yang sesuai bagi membantu murid pemulihan untuk mempelajari Al-Quran serta memotivasikan mereka agar mencintai pembelajaran Al-Quran. Permainan adalah satu kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap al-Quran. Penggunaan aktiviti permainan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar . Tidak dinafikan, pengajaran pemulihan al-Quran akan menjadi lebih berkesan sekiranya dilaksanakan dengan inovasi pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan. Inovasi ini memberi suntikan semangat untuk pelajar-pelajar pemulihan mempelajari al-Quran dengan lebih intensif dan menarik.

2.1.1 Tinjauan Awal Masalah

Kemahiran mengenal hukum tajwid merupakan tunjang kepada kemahiran membaca al-Quran. Berdasarkan refleksi yang telah pengkaji buat, pengkaji mendapati bahawa murid-murid pengkaji lemah dalam membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil. Ini dikenal pasti oleh pengkaji selepas pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran yang mana murid tidak dapat menjawab dengan betul lembaran kerja yang diberikan oleh pengkaji. Oleh sebab itu, murid-murid pemulihan ini tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan baik.

Kajian ini membincangkan cara untuk meningkatkan kemahiran membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil dalam proses pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran.

2.1.2 Analisis Tinjuan Awal

Hasil dapatan awal menunjukkan 4 orang peserta kajian memperoleh markah yang paling rendah dan juga gagal. Manakala hasil dapatan pemerhatian yang dijalankan pada peringkat awal menunjukkan peserta kajian tidak mengambil bahagian secara aktif semasa pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Untuk membuktikan bahawa 4 orang peserta ini memang lemah dalam membezakan hukum tajwid ini, pengkaji telah melaksanakan satu ujian pra kepada mereka. Pengkaji mendapati peserta kajian ini sememangnya lemah dan perlu diberi intervensi untuk mengatasi masalah ini.

Bagi mengatasi masalah ini saya telah menggunakan kaedah bermain melalui aktiviti Flexible Train bagi mengukuhkan kemahiran membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil, seterusnya meningkatkan minat murid terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Al-Quran

2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Isu Kajian

Kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil melalui kaedah permainan Flexible Train bagi murid pemulihan tahun 4. Melalui pelaksanaan kajian ini, saya mengambil peluang untuk meneroka permasalahan pembelajaran al-Quran di kalangan murid pemulihan di sekolah. Selain daripada aspek pengetahuan murid yang lemah, saya mendapati kaedah pengajaran guru memberi kesan yang besar terhadap persepsi murid pemulihan terhadap pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dalam bab ini saya akan menghubungkaitkan mengenai beberapa teori mengenai tulisan dan bacaan serta kajian terdahulu berkaitan dengannya. Jesteru itu, bab ini akan meninjau literature yang berkaitan dengan kajian. Ia akan memberikan maklumat mengenai bidang-bidang yang bersesuaian dengan kajian ini.

Berdasarkan kajian ini, saya mencari alternatif lain bagi mengubah tradisi pengajaran al-Quran yang membosankan kepada suasana pengajaran yang lebih menarik. Oleh itu, saya mengkaji tentang bagaimana kaedah bermain menjadi satu kaedah yang berupaya meningkatkan pencapaian murid serta minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Seperti yang dinyatakan oleh Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), iaitu murid hendaklah sentiasa gembira dalam proses pembelajaran. Mereka hendaklah menjadi peserta yang aktif dalam proses itu.

Knox (1968) berpendapat bahawa main sebagai satu saluran atau wahana untuk kanak-kanak belajar tentang dirinya dan dunia di sekeliling mereka. Main juga merupakan aktiviti spontan yang mana mempunyai raptai dalam kehidupan dengan mendapat pengalaman semasa bermain. Manakala Waddle (1999), dalam kajiannya telah menunjukkan dua sebab yang berlainan berhubung dengan nilai bermain. Menurut beliau, pendidik awal kanak-kanak dan ibu bapa percaya bahawa main adalah cara yang terbaik untuk kanak-kanak belajar tentang konsep, kemahiran dan tugas-tugas yang diperlukan untuk berjaya di masa hadapan. Oleh itu, kajian ini juga adalah mengkaji keberkesanan penggunaan kaedah bermain dalam meningkatkan kemahiran mengingat hukum mad asli.

Selain itu juga, membaca al-Quran dianjurkan oleh Allah s.w.t dengan menjaminkan ganjaran yang besar sebagai perniagaan yang tidak rugi. Bagaimanapun untuk mendapatkan ganjaran itu, setiap pembaca kitab suci ini mestilah mempelajari ilmu tajwid supaya sempurna bacaannya. Demikian adalah kelebihan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran. Menjadi satu kerugian bagi sesiapa yang tidak tahu membaca Al-Quran juga yang tahu membaca Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Rasulullah mengumpamakan orang yang tidak membaca Al-Quran seperti rumah usang (kosong dan buruk).

Gaya pemikiran umat Islam di Malaysia perlu diubah kepada kefahaman Islam sebenar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Bagi konteks negara kita sekarang, al-Quran dilihat hanya berperanan seperti berikut antaranya untuk dilagukan pada pertandingan musabaqah Tilawah al-Quran, dibaca untuk majlis keagamaan pada malam tertentu di masjid dan di surau seluruh negara, digunakan untuk menghalau hantu syaitan yang mengganggu manusia atau untuk mengubati sihir.

Kini pendekatan terbaik pengajaran al-Quran ialah Talaqqi dan Musyafahah iaitu berdepan secara langsung diantara guru dengan murid seperti mana yang berlaku antara malaikat Jibril dan Rasulullah s.a.w. ketika wahyu yang pertama diturunkan di Gua Hira. Kaedah utama pengajaran al-Quran di Malaysia dan seluruh dunia Islam amnya ialah menggunakan kaedah Baghdadiyah. Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja muncul beberapa kaedah baru pengajaran al-Quran di Malaysia iaitu Kaedah Qiraati, Kaedah Iqra, kaedah Hattawiyah.

Bagi seseorang muslim, mempelajari ilmu tajwid adalah tanggungjawab Fardhu Kifayah, sementara membaca al-Quran secara bertajwid adalah Fardhu Ain. Membaca al-Quran tanpa mengambil kira hukum tajwid adalah satu pencemaran dan penghinaan terhadap kitab suci al-Quran. Dalam islam, sebarang bentuk pencemaran dan penghinaan terhadap al-Quran hukumnya haram jika disengajakan, lebih-lebih lagi pencemaran pada lafaz al-Quran kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran. Adapun ulama-ulama tajwid yang terdahulu, mereka berpendapat bahawa kemahiran hukum-hukum tajwid adalah satu perkara yang wajib, berdosa jika meninggalkannya. Tetapi ulama-ulama mutaakhirin berpendapat terdapat suatu kesempitan, oleh itu mereka telah menetapkan jika seseorang muslim itu hendak membaca al-Quran atau menghafaznya, hendaklah dia mempelajari ilmu tajwid dan usulnya, kerana ia adalah wajib ke atasnya. Sesiapa yang bersikap sambil lewa terhadapnya sedangkan dia mampu untuk mempelajarinya, maka dia berdoasa jika membaca dan melakukan kesalahan yang nyata. Jika ia hanya kesalahan kecil, maka ia tidak sampai kepada batas-batas yang dilarang menurut ulama tajwid mutaakhirin.

Sesiapa yang membaca al-Quran tanpa mempelajari sedang dia tidak tergagap-gagap, dia tidak akan tahu samada bacaannya betul atau tidak. Adapun mereka yang mempelajarinya dari guru dan bersusah payah untuk mengikuti apa yang dipelajarinya. Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullahu taala: Orang mukmin diperintahkan untuk bersungguh-sungguh dalam membaca al-Quran dan hendaklah dia membaca dengan orang yang lebih tahu darinya sehingga dia mendapat faedah dan dapat memperbetulkan kesalahannya. Dia akan mendapat ganjaran pahala padanya dan akan mendapat dua kali ganda ganjaran sekiranya dia bersungguh-sungguh.

Membaca al-Quran dianjurkan oleh Allah s.w.t. dengan menjaminkan ganjaran yang besar sebagai perniagaan yang tidak akan rugi. Bagaimanapun untuk mendapatkan ganjaran itu, setiap pembaca kitab suci ini mestilah mempelajari ilmu tajwid supaya sepurna bacaannya. Menurut Haji Abdul Qadir Long, Tajwid Al-Quran Rasm Uthmani, (2002), Sesungguhnya kita telah mengetahui hakikat memepelajari Tajwid adalah untuk mengetahui cara bacaan Izhar, Idgham, Ikhfa Iqlab, Tarqiq, Tafkhim, Raum, Isymam, Tashil, Imalah, Mad dan sebagainya dengan betul dan tepat, maka hendaklah bertemu dengan ustaz pembaca al-Quran atau ahli qiraat yang bersanad sahih dalam bidang bacan al-Quran (bacaan mereka tali-menali sampai kepada Rasulullah s.a.w.) dan mendengar, melihat bacaan daripada mulut mereka, kerana ini adalah satu-satunya syarat yang wajib untuk mempelajari membaca al-Quran secara Talaqqi dan Musyafahah (pengambilan bacaan dari mulut ke mulut). Terdapat dua cara pengambilan bacaan al-Quran. Pertama ialah ustaz membaca di hadapan murid, manakala murid meniliti cara bacaan ustaz, kemudian murid meniru cara bacaan tersebut. Cara pengambilan bacaan ini adalah lebih diutamakan. Kedua pula ialah murid membaca di hadapan ustaz, manakala ustaz menyemak cara bacaan murid kemudian memperbetulkan cara bacaan murid tersebut.

Bacaan al-Quran yang bersanad sahih daripada Rasulullah s.a.w merupakan bacaan mutawatir, bertepatan dengan apa yang telah dilakukan oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. semasa baginda mengambil bacaan daripada malaikat Jibril a.s. dan malaikat Jibril a.s. mengambil bacaan daripada Allah S.W.T adalah satu rukun yang penting daripada rukun-rukun membaca al-Quran, Rukun Bacaan al-Quran mengandungi 3 perkara iaitu bacaan yang mempunyai sanad sahih, bacaan yang bertepatan dengan Bahasa Arab dan bertepatan dengan menggunakan al-Quran Rasm Uthmani.

Menurut Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz dan Harun Arrasyid Tuskan, Ilmu Tajwid Praktikal dan berkesan, (1998), Darul Numan. Membaca al-Quran dengan betul merupakan ibadah. Mengamalkannya akan memperolehi kebahagian dunia dan akhirat. Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah dan membaca al-Quran dengan tajwid adalah fardhu ain bagi setiap kaum muslimin. Sesungguhnya al-Quran yang diamalkan dengan betul dapat mengisi fikiran dan jiwa dengan hikmah dan kemuliaan. Mempelajari ilmu tajwid bertujuan agar dapat memelihara lidah daripada kesalahan menyebut ayat-ayat al-Quran ketika membacanya serta menjaga lisan dalam melafazkan setiap huruf dari makhrajnya dan memenuhi hak-hak setiap huruf. Ilmu tajwid juga memberi ruang kepada kita untuk mencapai kejayaan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat.

2.3 Istilah Kajian

Bahagian ini memberi penerangan teliti mengenai istilah-istilah yang sering digunakan dalam kajian ini.

2.3.1 Flexsible Train

Flexible Train adalah konsep bahan yang berunsurkan kitar semula telah digunapakai dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah. Oleh demikian sebuah kit yang berkonsepkan permainan kanak-kanak yang telah diubahsuai daripada visual sebuah keretapi kepada bahan 3D yang mampu menyelesaikan masalah-masalah tersebut selain meransang koordinasi kognitif, fizikal, emosi dan tingkahlaku murid pemulihan.

2.3.2Mad Jaiz Munfasil

Huruf mad berada di akhir kalimah yang bertama, dan huruf hamzah berada di awal kalimah berikut, maka huruf mad bertemu dengan huruf hamzah berasingan dalam dua kalimah. Ia juga dinamakan Mad Jaiz kerana para ulamak qurra berselisih pendapat mengenai kadar panjang bacaan madnya, diantaranya ada yang membacanya dengan kadar mad dua harkat, ada yang membacanya dengan empat atau lima harakat, dan ada yang membacanya dengan enam harakat.

2.3.3Mad Wajib Muttasil

Huruf mad bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kalimah yang sama. Ia dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf hamzah berangkai dalam satu kalimah. Ia juga dinamakan Mad Wajib kerana ulamak qurra telah bersepakat memadkannya lebih daripada Mad Asli iaitu dengan empat , lima atau enam harakat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah menetapkan beberapa objektif kajian bagi masalah yang timbul untuk dicapai sepanjang kajian dijalankan. Antara objektif tersebut adalah seperti berikut:

3.1 Objektif umum

Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mencari keberkesanan kaedah bermain dalam meningkatkan kemahiran membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil serta menarik minat murid pemulihan terhadap pengajaran Al-Quran.

3.2. Objektif khusus

Murid pemulihan dapat mengingati hukum bacaan mad wajib muttasil dan mad jaiz munfasil menggunakan kaedah permainan Flexible Train.

Mengenalpasti sejauh mana kaedah bermain dapat meningkatkan kemahiran membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil di kalangan murid pemulihan tahun 4.

Mengenalpasti tahap minat murid pemulihan terhadap pengajaran Al-Quran melalui kedah bermain.

3.3Persoalan kajian

Adakah penggunaan kaedah bermain dapat meningkatkan kemahiran membezakan hukum mad wajib muttasil dengan hukum mad jaiz munfasil di kalangan murid pemulihan tahun 4?

Adakah penggunaan kaedah bermain berkesan untuk meningkatkan tahap minat murid pemulihan terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-Quran?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pada bahagian ini, pengkaji telah menerangkan tentang kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian pengkaji. Dalam bahagian ini juga pengkaji menerangkan tentang bagaimana pemilihan dijalankan untuk mengenal pasti kumpulan atau individu yang menjadi sasaran dalam penyelidikan yang dijalankan (Rosinah,2012).

Bagi menjalankan kajian ini, saya memilih 4 orang murid pemulihan dari tahun 4. Responden kajian ini terdiri daripada 3 orang murid perempuan dan seorang murid lelaki. Mereka adalah dalam prestasi yang sederhana dan lemah berdasarkan ujian pra yang dijalankan oleh pihak sekolah bagi subjek mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pembacaan al-Quran mereka juga masih di tahap yang kurang baik serta lemah terutamanya dalam bacaan yang melibatkan bacaan kalimah-kalimah yang mengandungi hukum bacaan hukum mad wajib muttasil dan hukum mad jaiz munfasil. Pemilihan responden ini dapat membantu saya dalam menjalankan kaedah permainan Flexible Train dalam membantu saya melihat tahap penguasaan mereka di dalam mengenal hukum tajwid. Di samping itu juga, ia dapat meningkatkan minat murid pemulihan ini untuk mempelajari al-Quran.

Jadual 1 : Kumpulan sasaran

Nama

Tahun

No. Pendaftaran

Tarikh Lahir

Prestasi

1.

Mohd Harith Aiman B. Osismail

4

1419

26.10.2004

Lemah

2.

Sharifah Nurul Amira Bt. Syed Mohd.

4

1420

20.03.2004

Lemah

3.

Siti Nadhirah bt. Razali

4

1426

08.08.2004

Lemah

4.

Siti Nazurah bt. Razali

4

1427

08.08.2004

Lemah

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dengan tahap murid pemulihan, membantu dalam meningkatkan pencapaian serta minat mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Ahmad Mohd. Salleh (2006), kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan murid yang diajar di dalam bilik darjah. Guru hendaklah benar-benar memahami tentang kaedah yang akan digunakan serta memastikan kaedah ini akan memberi kejayaan atau kesan positif dalam pembelajaran murid-murid.

Kaedah yang digunakan juga dapat merangsang murid-murid berfikir dan melibatkan diri dalam pembelajaran dengan aktif. Menurut Musa Daia (1992), dalam Ahmad Mohd. Salleh (2004), permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.

Kajian ahli psikologi menunjukkan bahawa kaedah mengajar yang berkemungkinan besar boleh menggerakkan murid untuk belajar atau mengekalkan motivasi yang baik ialah kaedah yang melibatkan mereka dengan aktif (Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Kajian Akram Kamarudin (2010), menunjukkan teknik permainan bahasa dapat mengelakkan murid menjadi bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran sewaktu guru menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik. Oleh itu, penggunaan kaedah bermain dalam pengajaran Al-Quran jelas menunjukkan kesan positif terhadap pencapaian dan meningkatkan tahap minat murid

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA / PENGANALISISAN DATA

Hasil dapatan akan dikumpul menggunakan beberapa instrumen kajian iaitu ujian pra, ujian pasca I, ujian pasca II dan pemerhatian. Bersama ini disertakan kepentingan pemilihan instrumen-instrumen kajian tersebut.

6.1.1Ujian pra

Pengkaji akan memberikan ujian kepada murid sebelum kaedah permainan digunakan bagi menilai penguasaan murid terhadap pembacaan kalimah. Ujian ini akan dijalankan secara bertulis terhadap beberapa kalimah yang pelbagai baris dan makhraj. Hasil daripada ujian tersebut, pengkaji memilih empat orang murid yang mendapat pencapaian terendah. Kemudian, keempat-empat murid ini dijadikan sebagai peserta kajian bagi menilai keberkesanan kaedah permainan yang dilaksanakan.

6.1.2Ujian pasca

Ujian pasca akan diberikan kepada keempat-empat murid setelah menggunakan kaedah permainan semasa proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Ujian ini akan dijalankan secara bertulis terhadap beberapa kalimah terhadap keempat-empat murid yang dipilih bagi setiap sesi pengajaran bagi menilai keberkesanan kaedah permainan yang dilaksanakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

6.1.3Pemerhatian

Melalui pemerhatian ini, pengkaji akan melihat penyertaan murid serta kerjasama yang diberikan semasa permainan dijalankan. Ini akan dapat menguji tahap kecenderungan minat keempat-empat murid tadi dalam proses pengajaran dan pembelajaran al-Quran. Pemerhatian ini juga akan meliputi tiga aspek utama bagi mengukur minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Al-Quran iaitu minat, kerjasama dan penguasaan isi pelajaran.

6.2 Perancangan Cara Menganalisis Data

6.2.1Ujian Pra dan ujian Pasca

Markah yang akan diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca yang diberikan kepada murid akan direkodkan dalam bentuk peratus. Kaedah ini akan lebih mudah bagi menganalisis data serta mengikuti perkembangan murid sebelum dan semasa kaedah permainan digunakan dalam pengajaran al-Quran.

6.2.2Pemerhatian

Pemerhatian ini akan dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dilaksanakan. Antara aspek yang akan dinilai adalah kecenderungan minat murid untuk turut serta dalam aktiviti permainan, kerjasama di antara murid dan guru sepanjang permainan ini akan dijalankan serta keupayaan murid untuk membaca potongan kalimah yang diberikan oleh guru serta terus mengingatinya sebagai hukum tajwid mad asli. Berikut merupakan rubrik pemerhatian sepanjang aktiviti akan dijalankan seperti jadual 2 berikut.

20

19

6.3 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Kajian ini akan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui kaedah penyelidikan. Antara reka bentuk kajian yang akan dilaksanakan adalah seperti jadual 3 di bawah :

Jadual 3 : Reka bentuk kajian

Reka Bentuk Kajian

1.

Menentukan tahap aras pengetahuan murid pemulihan.

2.

Menentukan 10 kalimah yang digunakan bagi kajian ini.

3.

Menentukan aktiviti bagi pelaksanaan kaedah bermain yang dijalankan.

4.

Menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai dengan aktiviti permainan yang dijalankan.

5.

Menerangkan kepada murid peraturan dan cara permainan.

6.

Merekod hasil jawapan murid dalam borang ujian.

7.

Merekod perubahan tingkah laku murid sepanjang pelaksanaan kajian dalam borang pemerhatian.

8.

Analisis setiap hasil dapatan yang diperolehi bagi menentukan perubahan pencapaian dan minat murid terhadap pelaksanaan aktiviti.

Langkah Pertama:

Bagi menjalankan kajian ini, saya akan memilih seramai empat orang peserta kajian. Keempat-empat peserta kajian ini merupakan rakan sekelas. Kesemua mereka berumur 10 tahun. Tahap pembacaan al-Quran mereka sangat sederhana dan lemah serta memerlukan bimbingan sewajarnya. Seringkali hilang tumpuan semasa guru sedang mengajar. Berikut merupakan ciri-ciri keperibadian mereka berdasarkan kepada jadual 4 yang berikut :

Jadual 4 : Ciri peribadi

Peserta Kajian

Ciri Peribadi

A

Merupakan seorang murid yang peramah. Lebih suka duduk di barisan hadapan. Menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar. Namun, tahap penguasaan pembacaan al-Quran lemah, dan perlukan bimbingan.

B

Seorang murid yang pendiam dan pemalu. Suka duduk di barisan belakang dan tidak bercampur dengan murid yang lain. Tidak suka melibatkan diri apabila diminta membaca secara sukarela. Penguasaan pembacaan al-Quran pada tahap yang lemah.

C

Murid yang pemalu tetapi suka tersenyum. Suka memberikan pertolongan untuk penyediaan LCD Projektor di dalam bilik darjah. Penguasaan pembacaan Al-Quran pada tahap yang lemah. Kadangkala, menawarkan diri untuk membaca kalimah di hadapan kelas walaupun bacaan perlukan bimbingan guru.

D

Murid yang mesra dan suka membantu guru. Namun, suka membuat bising dan mengganggu kawan yang lain. Suka memberi alasan apabila diminta membaca di hadapan kelas. Tahap pembacaan Al-Quran lemah dan perlukan bimbingan. Mudah terlupa isi pelajaran yang baru dipelajari.

Langkah kedua

Melalui kajian ini saya akan merekodkan data hasil ujian yang dijalankan terhadap responden seperti ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian. Melalui ujian tersebut saya akan dapat menilai perbezaan pencapaian sebelum dan selepas penggunaan kaedah yang dijalankan. Serta membuat analisis peningkatan yang dicapai oleh setiap peserta kajian meningkat dari masa ke semasa. Seterusnya menaganalisis kemampuan penggunaan kaedah bermain untuk meningkatkan tahap minat murid tahun 4 dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.

6.3.1Jadual Pelaksanaan Kajian

Berikut merupakan jadual pelaksanaan kajian yang dirancang untuk kajian tindakan ini:

Jadual 5: Pelaksanaan Kajian

Bil.

Aktiviti

Tempoh / Tarikh pelaksanaan

1.

Mengenal pasti masalah dan mengumpul data awal

25 Julai 2014

2.

Menulis kertas cadangan / proposal kajian

13 Ogos 2014

3.

Merancang tindakan

08 Sept 2014

4.

Melaksanakan tindakan

12 Oktober 2014

5.

Mengumpul data

05 Nov 2014

6.

Menganalisis data

10 Nov 2014

7.

Refleksi kajian

02 Feb 2015

8.

Menulis Laporan Kajian

15 Feb 2015

9.

Pembentangan

25 April 2015

6.3.2Kos Kajian

Kos yang terlibat dalam menjalankan kajian tindakan ini ditunjukkan pada kos kajian di bawah:

Jadual 6 : Kos Kajian

BIL

JENIS BAHAN

KUANTITI x JUMLAH HARGA SEUNIT

JUMLAH KOS

1

Kertas A4

2 x RM 8.50

RM 17.00

2

Katrij Printer

1 x RM 50.00

RM 50.00

3

Fotostat bahan dan laporan kajian

RM 30.00

4

Buku catatan guru

2 x RM 3.00

RM 6.00

JUMLAH

RM103.00

7.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Bahagian ini akan menunjukkan segala keputusan yang diperoleh pengkaji serta interpretasi data yang dijalankan. Keputusan yang terkumpul dari kedua-dua ujian tersebut dianalisis secara deskriptif dan terperinci dan diterangkan dalam bahagian ini.

7.1. Keputusan ujian pra dan pasca

Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan selepas intervensi dijalankan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat selepas intervensi dijalankan. Keputusan kajian telah di kira dalam bentuk peratus %. Keputusan ujian juga menunjukkan keberkesanan intervensi. Peningkatan yang ditunjukkan oleh peserta kajian telah dijadualkan dalam jadual 7 dan rajah 1 yang berikut.

Jadual 7 : Keputusan kajian

Bil

Peserta kajian

Ujian pra %

Ujian pasca%

1

A

40

80

2

B

30

90

3

C

30

60

4

D

40

90

Rajah 1: Keputusan kajian

7.2. Keputusan ujian pemerhatian

Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan selepas intervensi dijalankan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat selepas intervensi dijalankan. Keputusan kajian telah diambil melalui perbezaan 3 aspek yang dinilai. Peningkatan perbezaan yang ditunjukkan oleh peserta kajian telah dijadualkan dalam rajah 2 dan rajah 3 yang berikut.

Rajah 2: Keputusan pemerhatian pra

Rajah 3: Keputusan pemerhatian pasca

8.0 RUMUSAN

Rumusan dan refleksi adalah penting dalam apa jua kajian atau projek yang telah dijalankan. Menurut Rosinah (2011) mengatakan rumusan dan refleksi sebagai satu proses yang berterusan agar pengkaji dapat mengaplikasikan amalan terbaik dalam bidang tugasnya. Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan rumusan dapatan kajian dan refleksi keseluruhan kajian dengan lebih jelas.

Berdasarkan kajian dibuat pengkaji mendapati pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah bermain amat berkesan kerana naluri kanak-kanak sangat suka untuk bermain. Selain itu, kit model flexsible train tersebut berjaya menarik minat murid untuk belajar seterusnya menumpukan perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ini terbukti berdasarkan keputusan kajian yang telah dijalankan menunjukkan peningkatan kesemua peserta kajian.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Pada bahagian ini, pengkaji telah menyatakan cadangan-cadangan penambahbaikkan yang dapat diberikan perhatian dalam meningkatkan kualiti kajian tindakan ini pada masa akan datang.

Untuk kajian seterusnya, pengkaji mencadangkan bilangan peserta kajian perlu ditambah. Dengan penambahan peserta kajian, pengkaji berpendapat ramai murid akan dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang hukum tajwid. Selain itu, dengan ramai bilangan peserta kajian dapat meningkatkan lagi kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu kajian. Pengkaji akan mengambil mereka yang lemah tidak kira jantina, bangsa dan latar belakang dan secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang terpendam dalam diri murid.

Cadangan pengkaji yang seterusnya ialah, memilih masa menjalankan intervensi yang sesuai. Untuk mendapat dapatan data yang memuaskan, pengkaji harus merancang dan memilih masa yang sesuai untuk menjalankan intervensi. Pengkaji harus memikirkan faktor-faktor yang boleh menjejaskan pelaksanaan intervensi. Sebagai contoh, sekiranya intervensi dijalankan semasa bulan puasa dan kesemua subjek kajian berpuasa, sudah tentu sedikit sebanyak menggangu fokus peserta kajian semasa membuat latihan intervensi akibat keperluan fisiologi peserta kajian tidak dipenuhi. Justeru itu, pengkaji harus merancang dan memilih masa yang sesuai untuk mendapat dapatan data yang memuaskan.

Cadangan seterusnya oleh pengkaji ialah, guru atau pengkaji yang lain, digalakkan memberi peneguhan yang positif kepada peserta kajian supaya peserta kajian bermotivasi melalukan ativiti yang dirancangkan dan kesannya kepada kajian akan menampakkan kesan yang positif pada akhir kajian. Dengan adanya peneguhan yang positif peserta kajian akan merasakan bermotivasi dalam membuat sesuatu aktiviti. Mereka akan melakukan aktiviti tersebut secara bersungguh-sungguh dan pengkaji akan dapat dapatan data yang positif pada akhir kajian.

10.0RUJUKAN

Buku :

Ahmad Mohd. Salleh (2004). Pendidikan Islam Falsafah, Sejarah dan Kaedah Pengajaran Pembelajaran. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd. Salleh (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Selangor Darul Ehsan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz(1998), Ilmu Tajwid Praktikal dan berkesan, Kuala Lumpur, Darul Numan

Ghazali Darussalam (2004). Pedagogi Pendidikan Islam. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Haji Abdul Qader Leong (Al-Azhar) (2002) Tajwid al-Quran Rasm Uthmani, Selangor, SNP Sprint (M) Sdn. Bhd.

Muhammad Shahlyne Bin Abdul Wahid (2014), F2T Flexible Fun Treasury Train, Seremban, PRISMA, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Kuala Lumpur :Heinemann Educational Books (Asia) Ltd.

Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd. Zohir Ahmad (2007). Pedagogi Stategi Dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Waddle (1999), Unspoken Persuasion : Langguge Theory of Victorian Humilists, Pennsylvania State University.

Internet :

Akram Kamarudin. (2010). Kaedah Permainan dalam Pengajaran Subjek Perdagangan dan Sains. [Atas Talian] : http://akramkamarudin.blogspot.com/. (2014, 10 sept).

Badruddin Abu Bakar Addin. (t.t). Meningkatkan Kefahaman Murid dalam Mata Pelajaran Kajian Tempatan Melalui Kaedah Bermain Puzzle. [Atas Talian] : http://www.scribd.com/doc/50088580/5/DAPATAN-KAJIAN. (2014,5 sept).

Frau Farhana. (2013) Belajar Melalui Bermain (Pedagogi Bermain). [Atas Talian] : http://fanaalba.blogspot.com/2013/03/belajar-melalui-bermain-pedagogi-bermain_8672.html (2014, 18 sept)

Linah bte Summasi. (2009). Belajar Sambil Bermain. [Atas Talian] : http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2009/10%2 0Linah.pdf. (2014, 5 sept).

Mohd Aderi Che Noh. (2009). Amalan Pengajaran Tilawah al-Quran : Satu Tinjauan Terhadap Persepsi Guru di Sekolah Menengah Harian Malaysia. [Atas Talian] : http://journalarticle.ukm.my/765/1/5_0.pdf. (2014, 10 sept).

Muhammad Azri Amin et. al. (2010). Isu-isu dalam Pendidikan Islam. [Atas Talian]: http://mdazriamin5119.blogspot.com/2010/05/bidang-pengajian pendidikan-kolej.html.( 2014, 10 sept).

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

Ujian PraABCD20303040Ujian PascaABCD80906090LemahMinat MuridKerjasamaPenguasaan234SederhanaMinat MuridKerjasamaPenguasaan11cemerlangMinat MuridKerjasamaPenguasaan1LemahMinat MuridKerjasamaPenguasaanSederhanaMinat MuridKerjasamaPenguasaan11CemerlangMinat MuridKerjasamaPenguasaan343

26


Recommended