+ All Categories
Home > Documents > The International Graduate Summer School in Librarianship...

The International Graduate Summer School in Librarianship...

Date post: 17-Jul-2019
Category:
Upload: trankhuong
View: 216 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
2
The International Graduate Summer School in Librarianship and Information Science, 1983 oleh Rashidan Hakkam * Abstract: The International Graduate Summer School in Librarianship and Information Science, 7983, provided advanced courses for practising librarians throughout the world. The intensive two-month course successfully combined theoretical and practical instruc- tion on various aspects of librarianship to suit the needs of the participants in the course. The methodology of instruction adopted by the competent tutors was lectures coupled with audio-visual demonstrations and visits to specific libraries to see the practical appli- cation of theories propounded in the lectures. The cosmopolitan composition of the participating librarians combined with the successful management and organisation, made the course very interesting, informative and useful. The International Graduate Summer School (IGSS) kali yang sebelas berlangsung di College of Librarian- ship Wales, Aberystwyth, selama lapan minggu mulai dari 27 J un hingga 20 Ogos tahun ini. IGSS ini adalah untuk melatih dan memberi kursus ke- pada pustakawan-pustakawan terlatih dengan tujuan dapat meninggikan pengetahuan dan kebolehan ikh- tisas mereka dalam satu suasana antarabangsa. Kur- sus ini berjaya menarik seramai em pat puluh tujuh pustakawan dan pegawai penyelidik daripada dua puluh enam buah negara di seluruh dunia. Kursus-kursus yang ditawarkan pad a tahun ini adalah seperti berikut:- 1. Computers and the Automation of Library Systems & Information Services 2. Information Services 3. Information Systems Design 4. Micrographics 5. Problems in Information Science 6. Searching Subject Retrieval Systems 7. Statistical Analysis Library Management and Research Tiap-tiap peserta diwajibkan memilih dua dari kursus tersebut dan kuliah dijalankan setiap hari dalam seminggu. Cara penyampaian yang diamalkan ialah kuliah-kuliah bersama demonstrasi bahan- bahan pandang den gar dan juga lawatan-Iawatan ke perpustakaan tertentu untuk melihat secara praktik teori yang telah diajar semasa dalam kuliah. Satu • Ketua, Sahagian Sirkulasi. lawatan khas diadakan ke Perpustakaan Hugh Owen, iaitu perpustakaan utama University College of Wales, untuk melihat dan mendapat keterangan lebih lanjut tentang sistem sirkulasinya. Perpusta- kaan ini baru sahaja mendapat bangunan barunya dan kini berkhidmat kepada pembaca seramai 5,000 orang. Kelemahan-kelemahan yang dialami dengan sistem pinjaman "Brown Charging System" mengakibatkan pihak Perpustakaan menukar ke sis- tem 'Telepun' dengan menggunakan sebuah mini komputa. Kursus "Statistical Analysis for Library Manage- ment and Research" mengajar cara yang baik untuk memilih, mengumpul, menyusun dan akhirnya menganalisakan data-data ten tang berbagai operasi yang diuruskan dalam sebuah sistem perpustakaan, terutamanya perkhidmatan yang dipanjangkan oleh Bahagian Sirkulasi kepada para pengguna. Ku- liah-kuliah ini dilengkapkan dengan tayangan filem dan penyampaian pita-slaid dan dengan cara ini ia menjadi lebih menarik dan mudah difaham. Semua pengajar adalah pakar dalam bidang masing-masing dan perhubungan mereka dengan peserta-peserta adalah secara tidak rasmi. Tambahan pula mereka sangat peramah dan amat mudah untuk disoal ma- lahan para peserta berpeluang memberi komen- komen atas segala yang diajar. Peserta-peserta yang dianjurkan oleh CICH E (Committee for International Cooperation in Higher Education) iaitu dalam linkungan 15 orang, diberi kuliah-kuliah tambahan dalam bidang alat pandang 21
Transcript
Page 1: The International Graduate Summer School in Librarianship ...eprints.um.edu.my/8886/1/KA2(4)1983_(A2).pdf · berat dalam menyediakan nota-nota kuliah dan ... Sebagai contoh ialah

The International Graduate Summer School inLibrarianship and Information Science, 1983

olehRashidan Hakkam *

Abstract: The International Graduate Summer School in Librarianship and InformationScience, 7983, provided advanced courses for practising librarians throughout the world.The intensive two-month course successfully combined theoretical and practical instruc-tion on various aspects of librarianship to suit the needs of the participants in the course.The methodology of instruction adopted by the competent tutors was lectures coupledwith audio-visual demonstrations and visits to specific libraries to see the practical appli-cation of theories propounded in the lectures. The cosmopolitan composition of theparticipating librarians combined with the successful management and organisation, madethe course very interesting, informative and useful.

The International Graduate Summer School (IGSS)kali yang sebelas berlangsung di College of Librarian-ship Wales, Aberystwyth, selama lapan minggumulai dari 27 J un hingga 20 Ogos tahun ini. IGSSini adalah untuk melatih dan memberi kursus ke-pada pustakawan-pustakawan terlatih dengan tujuan

dapat meninggikan pengetahuan dan kebolehan ikh-tisas mereka dalam satu suasana antarabangsa. Kur-sus ini berjaya menarik seramai em pat puluh tujuhpustakawan dan pegawai penyelidik daripada duapuluh enam buah negara di seluruh dunia.

Kursus-kursus yang ditawarkan pad a tahun iniadalah seperti berikut:-1. Computers and the Automation of Library

Systems & Information Services2. Information Services3. Information Systems Design4. Micrographics5. Problems in Information Science6. Searching Subject Retrieval Systems7. Statistical Analysis Library Management and

ResearchTiap-tiap peserta diwajibkan memilih dua dari

kursus tersebut dan kuliah dijalankan setiap haridalam seminggu. Cara penyampaian yang diamalkanialah kuliah-kuliah bersama demonstrasi bahan-bahan pandang den gar dan juga lawatan-Iawatan keperpustakaan tertentu untuk melihat secara praktikteori yang telah diajar semasa dalam kuliah. Satu

• Ketua, Sahagian Sirkulasi.

lawatan khas diadakan ke Perpustakaan Hugh Owen,iaitu perpustakaan utama University College ofWales, untuk melihat dan mendapat keteranganlebih lanjut tentang sistem sirkulasinya. Perpusta-kaan ini baru sahaja mendapat bangunan barunyadan kini berkhidmat kepada pembaca seramai5,000 orang. Kelemahan-kelemahan yang dialamidengan sistem pinjaman "Brown Charging System"mengakibatkan pihak Perpustakaan menukar ke sis-tem 'Telepun' dengan menggunakan sebuah minikomputa.

Kursus "Statistical Analysis for Library Manage-ment and Research" mengajar cara yang baik untukmemilih, mengumpul, menyusun dan akhirnyamenganalisakan data-data ten tang berbagai operasiyang diuruskan dalam sebuah sistem perpustakaan,terutamanya perkhidmatan yang dipanjangkan olehBahagian Sirkulasi kepada para pengguna. Ku-liah-kuliah ini dilengkapkan dengan tayangan filemdan penyampaian pita-slaid dan dengan cara ini iamenjadi lebih menarik dan mudah difaham. Semuapengajar adalah pakar dalam bidang masing-masingdan perhubungan mereka dengan peserta-pesertaadalah secara tidak rasmi. Tambahan pula merekasangat peramah dan amat mudah untuk disoal ma-lahan para peserta berpeluang memberi komen-komen atas segala yang diajar.

Peserta-peserta yang dianjurkan oleh CICH E(Committee for International Cooperation in HigherEducation) iaitu dalam linkungan 15 orang, diberikuliah-kuliah tambahan dalam bidang alat pandang

21

Page 2: The International Graduate Summer School in Librarianship ...eprints.um.edu.my/8886/1/KA2(4)1983_(A2).pdf · berat dalam menyediakan nota-nota kuliah dan ... Sebagai contoh ialah

dengar, perkhidmatan pembaca dan bangunan per-pustakaan. Perkara-perkara ini sungguh berfaedahdan menari k. Pensyarah yang berkenaan, sepertibagi kursus-kursus yang lain, telah mengambilberat dalam menyediakan nota-nota kuliah dancatatan-catatan untuk hadirin dan menunjukkanpenuh minat dan mengambil berat dalam menentu-kan supaya apa yang diajar difahami dengan baikdan cara penyampaiannya pun menarik. Filem-filemyang ditayangkan, di an tara lain, bersempena den-gan kuliah-kuliah atas perkara bangunan-bangunanperpustakaan ialah The University Architecture inBritain dan The Birth of a Library. Fiiem-filemini menunjukkan bagairnana caranya pihak perpusta-

kaan dan arkitek bekerjasama dari mulanya sehing-galah tersergam beberapa buah perpustakaan uni-versiti di Great Britain dalam berbagai bentuk.

Pihak penganjur juga mengambil kesempatanuntuk mempelawa pakar-pakar dalam berbagaibidang untuk memberi syarahan. Sebagai contohialah Prof. F. Thorpe, pencipta cetak besar, telahmemberi ceramah tentang "The Future of LargePrints" di mana beliau telah menerangkan latarbe-lakang, usaha-usaha dan akhirnya kejayaan kum-pulan beliau untuk membolehkan orang-orang [ter-utamanya yang tua dengan penglihatan yang kianberkurangan) untuk membaca. Dr. David Matthewstelah membincangkan ten tang "Health Care Li-brarianship" dan seorang lagi atas perkara "LibraryFurniture and Equipment". Di samping itu peserta-peserta juga digalakkan memberi ceramah serta kete-rangan tentang sistem perpustakaan mereka, masa-lah-masalah yang dihadapi dan berbagai kemajuanyang telah dicapai oleh Perpustakaan mereka. Sam-butan dari peserta-peserta amat menggalakkan se-hingga sukar bagi penganjur untuk memperuntuk-kan masa bagi peristiwa-peristiwa ini dalam jadual-jadual mingguan. Akhirnya ceramah-ceramah ini di-adakan selama satu jam dalam masa makan tengahari.Selain dari itu pihak-pihak firma juga dijemput un-

tuk memberi demonstrasi tentang alat-alat baru me-reka misalnya satu pertunjukan "Swets On-LinePeriodical System" dan satu "software package" di-gelar "Librarian".

Dalam penghujung minggu lawatan-Iawatan op-syenal ke tempat-tempat menarik di sekitar Walesdiadakan. Salah satu daripada lawatan tersebut yangingin saya sebutkan di sini ialah ke satu Perpusta-kaan berangkai di Hereford Cathedral clan kc bandarLlanfairpwllgwyngyilgogerychwyrndrobwliliantysili-ogogogoch, nama yang terpanjang sekali di dunia.Pada pertengahan penggal pula satu lawatan sambilbelajar selama seminggu diadakan ke tempat-tempatterkenal dari segi ikhtisas dan kebudayaan di seluruhGreat Britain. Lawatan ini meliputi bandar Chester,York, Ox ford (terrnasu k kedai termasyhur Black-well dan gedung buku-buku nadirnya), Stratford-upon-Avon (British Lending Library Division danPanggung Royal Shakespeare), London (termasukPerpustakaan Bodleian dan Perpustakaan Parlia-ment) dan Bath.

Kursus IGSS ini juga telah dapat meluaskan penge-tahuan dan pandangan tentang kemajuan perpusta-kaan di negara-negara lain dan yang lebih menarikdapat pula mempelajari latarbelakang, kebudayaan,keadaan kerja dan masalah rakan-rakan dari seluruhpelusuk dunia. Peluang-peluang diberi kepada pe-serta-peserta untuk berkenalan satu sama lain danini telah berjaya menjalinkan tali persahabatan diantara mereka.

Saya sungguh bangga dapat merakamkan peng-hargaan saya kepada penganjur yang telah meran-cang dan mengedalikan kursus ini dengan begitubaik. Pihak-pihak yang berkenaan terutamanyaurusetia telah cuba dengan sedaya upaya merekauntuk meluangkan masa dan melayan setiap pesertadalam apa jua keadaan. Saya juga ingin menyatakanbahawa kursus ini amat berfaedah dan akhir katajika ada peluang hendaklah disertai oleh pegawaiyang lain.

22


Recommended