Date post: | 26-Dec-2015 |
Category: |
Documents |
Upload: | emellychong |
View: | 369 times |
Download: | 10 times |
53 Model Promosi Kesihatan Umum
MODEL-MODEL PROMOSI KESIHATAN
UMUM
Promosi Kesihatan
5 Teras Promosi Kesihatan
Merancang, Melaksanakan dan Menilai Program
PRECEDE-PROCEED
Model MATCH
Komunikasi Kesihatan
CDCynergy
A Systematic Approach to Health
Promotion
Assessment Protocol for Excellence in Public Health
Analisis SWOT
UNIT 4
MODEL PROMOSI KESIHATAN UMUM
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan keistimewaan model-model promosi kesihatan dalam perancangan
program.
2. Menerangkan kelebihan menggunakan model promosi kesihatan di dalam merancang
program.
3. Mengenal pasti dan menerangkan model yang biasa digunakan di dalam program
promosi kesihatan.
4. Mengenal pasti komponen asas dalam perancangan model kesihatan.
PETA KONSEP TAJUK
54 Model Promosi Kesihatan Umum
PENGENALAN
Menurut Percel et al. (1981) promosi kesihatan adalah sebagai satu usaha membina pengetahuan
berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui penggunaan teori tingkah laku.
Manakala Ajzen et al. (1980) menyatakan dalam teori penyebab tingkah laku bahawa manusia
akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan kepercayaan tentang faedah ataupun kos
hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Di samping itu, beliau juga membincangkan tentang
persepsi individu berkaitan dengan tekanan sosial yang mempengaruhi individu untuk mengubah
tingkah lakunya.
Simonds (1976) pula menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa
perubahan tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya daripada
tingkah laku sekarang kepada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang
bermasalah kepada tingkah laku kesihatan masa depan. Minkler (1989) menyatakan secara
ringkas bahawa promosi kesihatan adalah kombinasi pendidikan kesihatan dengan sokongan
kesihatan.
ISI KANDUNGAN
Teras Promosi Kesihatan
Dalam menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan badan-badan
promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia, satu strategi Promosi
Kesihatan telah dibangunkan yang dinamakan sebagai Piagam Ottawa (Ottawa Charter For
Health Promotion).
Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan Antarabangsa
Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang berlangsung pada
21 November 1986 di Ottawa, Kanada. Ia merupakan satu pernyataan visi masyarakat
antarabangsa ke arah mencapai hasrat ‘Kesihatan Untuk Semua’ (Health For All) bagi dekad
tahun 2000 dan seterusnya. Antara lain piagam antarabangsa ini menggariskan 5 strategi utama
seperti dalam Rajah 4.1.
55 Model Promosi Kesihatan Umum
5 TERAS PROMOSI
KESIHATAN
Polisi awam sihat
Persekitaran yang
menyokong
Orientasi semula
perkhidmatan kesihatan
Tindakan komuniti
Kemahiran individu di bangunkan
Rajah 4.1 : 5 strategi utama Piagam Ottawa untuk Promosi Kesihatan
Membentuk polisi awam sihat
Bidang promosi kesihatan melangkaui skop penjagaan kesihatan semata-mata.
Kesihatan perlu menjadi agenda para pembuat dasar (policy makers) pada setiap sektor
dan peringkat; dengan memastikan mereka menyedari implikasi dan bertanggungjawab
ke atas kesan daripada keputusan atau dasar yang dirangka demi kesihatan.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Membantu masyarakat membangunkan polisi setempat mengenai larangan
penjualan produk tembakau kepada kanak-kanak dan remaja.
Menyokong pembentukan jawatankuasa bertindak setempat dalam menggalakkan
polisi makan secara sihat.
56 Model Promosi Kesihatan Umum
Memantau pematuhan undang-undang berkaitan larangan penjualan hasil tembakau
kepada pelajar-pelajar sekolah di kalangan peniaga dan melaporkannya kepada
pihak berkuasa jika perlu.
Mewujudkan persekitaran yang menyokong
Masyarakat adalah kompleks dan saling berkaitan antara satu sama lain. Kesihatan tidak
dapat dipisahkan dari tujuan-tujuan lain dalam kehidupan. Prinsip yang menjadi panduan
untuk seluruh masyarakat dunia merupakan nilai menggalakkan umat manusia agar
saling mengambil berat antara satu sama lain, masyarakat dan alam sekitar kita.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Menyokong aktiviti kemasyarakatan yang berkaitan kesihatan persekitaran seperti
gotong-royong, rukun tetangga dan menghijaukan kawasan perumahan atau
kampung.
Menganjurkan program promosi kesihatan yang menekankan keselamatan dan
kesihatan di tempat kerja seperti di pejabat, ladang serta kilang atau kemudahan
awam seperti sekolah, stesen bas serta taman rekreasi.
Menyokong projek yang menggalakkan masyarakat memperoleh pendapatan
sampingan melalui berkebun sayur di kawasan rumah.
Memperkukuhkan tindakan komuniti
Bidang Promosi Kesihatan dapat dilaksanakan melalui tindakan masyarakat yang
berkesan dalam menetapkan keutamaan, membuat keputusan, merancang dan
melaksanakan strategi untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik. Kunci kepada
proses ini merupakan pengupayaan komuniti; yang disertai dengan pemilikan dan
kawalan mereka sendiri ke atas usaha dan hala tujunya.
Pembangunan masyarakat bergantung kepada sumber-sumber manusia dan material di
peringkat komuniti untuk meningkatkan bantuan diri dan sokongan sosial. Perkara
tersebut penting dalam membangunkan sistem yang fleksibel untuk mengukuhkan
penglibatan masyarakat dalam dan menentukan arah isu-isu kesihatan. Capaian penuh
dan berterusan kepada maklumat, peluang pembelajaran untuk kesihatan serta sokongan
dari segi kewangan menjadi prasyarat dalam konteks ini.
57 Model Promosi Kesihatan Umum
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Menjalin kerjasama dengan pemimpin dan masyarakat tempatan dalam membuat
pemantauan dan menyediakan statistik penglibatan remaja dalam aktiviti tidak sihat
seperti merokok, buli, samseng jalanan atau ponteng sekolah di peringkat komuniti
yang boleh disalurkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya boleh
diambil.
Menjalin kerjasama dengan pertubuhan atau rumah kebajikan dalam merancang dan
menjalankan aktiviti untuk kebaikan golongan kanak-kanak dan warga emas yang
memerlukan.
Menyokong inisiatif di kalangan masyarakat setempat yang memberikan perhatian
kepada isu-isu alam sekitar seperti pencemaran udara dari kilang, pengurusan
sampah sarap serta kebersihan bekalan sumber air dan sungai.
Membangunkan kemahiran individu
Bidang Promosi Kesihatan menyokong pembangunan peribadi dan sosial melalui
penyediaan maklumat, pendidikan kesihatan dan meningkatkan kemahiran hidup setiap
individu. Ini dapat meningkatkan pilihan yang tersedia bagi individu untuk melakukan
lebih kawalan ke atas kesihatan dan persekitaran mereka sendiri, di samping membuat
pilihan yang sesuai kepada kesihatan. Mengupayakan individu untuk belajar sepanjang
tempoh hayatnya untuk mempersiapkan mereka dengan perubahan di setiap peringkat
usia serta untuk menangani penyakit kronik dan kecederaan adalah sangat penting. Ini
perlu dilakukan sama ada di sekolah, rumah, tempat kerja dan dalam setting komuniti.
Tindakan perlu dilakukan melalui pertubuhan pendidikan, profesional, komersial dan
sukarela, serta di peringkat dalaman institusi itu sendiri.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Menyokong ahli-ahli jawatankuasa kesihatan di peringkat penduduk untuk
menghadiri aktiviti pembangunan kemahiran individu seperti program kesedaran
kesihatan awam mengenai penyakit tidak berjangkit atau latihan kemahiran individu
yang berkaitan.
Menggalakkan para ibu, nurseri dan taman asuhan kanak-kanak agar
bertanggungjawab dalam menyediakan makanan yang sihat mengikut saranan
58 Model Promosi Kesihatan Umum
Panduan Diet Malaysia serta melatih mereka untuk memantau pengambilan
makanan agar sesuai dengan proses tumbesaran kanak-kanak.
Menjalankan lawatan ke kedai runcit atau pasar raya bagi mendidik masyarakat
untuk membeli-belah secara sihat demi kesihatan keluarga.
Menyusun semula perkhidmatan kesihatan
Tanggung jawab dalam bidang Promosi Kesihatan dalam perkhidmatan kesihatan
dikongsi secara bersama antara individu, kumpulan masyarakat, profesional kesihatan,
institusi perkhidmatan kesihatan dan kerajaan. Mereka perlu bekerja bersama-sama ke
arah sistem penjagaan kesihatan yang menyumbang ke arah peningkatan tahap
kesihatan. Peranan sektor kesihatan perlu digerakkan semakin ke arah bidang Promosi
Kesihatan, di luar lingkungan tanggung jawabnya yang menyediakan perkhidmatan
klinikal dan rawatan.
Perkhidmatan kesihatan meluaskan skopnya kepada menyokong keperluan individu dan
masyarakat untuk hidup sihat, dan saluran terbuka antara sektor kesihatan dan
komponen sosial, politik, ekonomi dan fizikal yang lebih luas. Ini menuntut perkhidmatan
kesihatan agar lebih sensitif serta menghormati keperluan budaya. Penyusunan semula
perkhidmatan kesihatan juga memerlukan perhatian yang lebih penyelidikan kesihatan
serta perubahan dalam pendidikan profesional dan latihan. Perkara ini harus membawa
kepada perubahan sikap dan organisasi perkhidmatan kesihatan yang kembali
menumpukan kepada keperluan menyeluruh dari segi individu dan manusia seadanya.
Di peringkat komuniti, pertubuhan boleh:
Melaksanakan program promosi kesihatan kepada masyarakat dengan mengadakan
saringan kesihatan kepada peserta agar faktor risiko dapat di kesan dan
bekerjasama dengan klinik kesihatan jika terdapat kes yang memerlukan intervensi
secara rawatan.
Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat melalui kempen agar masyarakat
mengambil langkah proaktif dalam mengamalkan cara hidup yang sihat seperti
menjauhi tabiat merokok, melakukan senaman, bersukan, makan secara sihat,
menangani stres dan lain-lain.
59 Model Promosi Kesihatan Umum
Merancang, Melaksanakan dan Menilai Program
Membangunkan kerjasama antara agensi
Bidang promosi kesihatan menekankan aspek perkongsian (partnership) dengan pelbagai institusi
atau organisasi sama ada dari sektor awam, swasta, pertubuhan bukan kerajaan, komuniti dan
lain-lain, ke arah mencapai matlamat perubahan positif tingkah laku kesihatan menggunakan
strategi 5 teras promosi kesihatan.
Pertubuhan yang berhasrat melaksanakan program promosi kesihatan perlulah:
Mengenal pasti rakan kongsi untuk melaksanakan program.
Mewujudkan dan memperkukuhkan kerjasama dengan mana-mana agensi yang
berkaitan.
Kemahiran komunikasi dan penulisan
Pengetahuan asas berkaitan dengan komunikasi serta kemahiran dalam berkomunikasi
adalah amat penting dalam menyampaikan mesej kesihatan dengan lebih berkesan. Interaksi
secara dua hala dalam pelaksanaan program promosi kesihatan akan mewujudkan keadaan
yang kondusif antara pengendali program dengan kumpulan sasaran untuk saling bertukar-
tukar idea dan pandangan mereka. Pelbagai kaedah komunikasi boleh digunakan dalam
penyampaian mesej promosi kesihatan.
Kemahiran penulisan menjadi elemen penting dalam pelaksanaan dari merangka kertas
cadangan hinggalah kepada penyediaan laporan sama ada dari segi melibatkan kemajuan
projek ataupun mengemukakan pencapaian pada akhir program. Idea dan input yang
dikongsi melalui penulisan menjadi wadah yang sangat berharga dalam proses membina
keupayaan pertubuhan itu sendiri serta membantu pelbagai pihak yang menilai keberkesanan
program tersebut.
Secara ringkasnya dua elemen utama yang dapat membantu pertubuhan dalam pelaksanaan
program promosi kesihatan merupakan:
Menulis kertas cadangan dan menyediakan laporan / pemantauan/ penilaian program.
Kemahiran perundingan.
60 Model Promosi Kesihatan Umum
Kemahiran teknologi
Penguasaan dan kemahiran mengaplikasikan teknologi akan memberi kelebihan kepada
mana-mana pihak dalam melaksanakan program. Kemahiran penggunaan teknologi juga
akan membantu menyumbang ke arah peningkatan keberkesanan penyampaian
perkhidmatan, kecekapan komunikasi, menjimatkan masa dan mengurangkan
kebergantungan kepada sumber-sumber fizikal. Sebagai contohnya kemajuan dalam bidang
ICT dapat meningkatkan interaksi antara penganjur program dengan peserta melalui e-mail,
di samping mengurangkan kos penyediaan bahan-bahan bercetak kepada peserta.
Kewujudan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Myspace adalah antara platform
interaksi secara maya yang menjadi wadah komunikasi, penyampaian berita dan maklumat
serta pertukaran pandangan di ruang maya. Penguasaan ruang maya melalui media baru
membuka ruang untuk menyampaikan mesej kesihatan menerusi konsep pemasaran sosial.
Maka, tidak dapat dinafikan kompetensi dan literasi dalam menguasai sesuatu teknologi
khususnya ICT amat penting dalam melaksanakan program termasuklah program promosi
kesihatan.
Kemahiran pengetahuan dan literasi kesihatan
Penganjur program atau pertubuhan perlu arif dengan keperluan pelaksanaan program dan
isu-isu yang berkaitan dengan program berkenaan. Kemampuan dan kemahiran mereka
dalam menguasai kedua-dua perkara di atas akan diuji apabila program dilaksanakan kepada
kumpulan sasar. Oleh yang demikian, tiada istilah program ‘tangkap muat’ atau ‘melepaskan
batuk di tangga’ yang patut wujud dalam diari seorang aktivis masyarakat.
Penganjur program perlu memahami isu-isu kesihatan yang berkaitan dengan masyarakat
setempat atau yang menjadi fokus Kerajaan sebelum melaksanakan program kepada
masyarakat.
Program yang menepati keperluan, mencapai objektif dan dilaksanakan dengan teratur dapat
membantu usaha Kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat dan sejahtera.
Malah, lebih baik lagi jika program dapat diteruskan agar kesinambungan dari segi
penglibatan kumpulan sasaran seterusnya menjadi amalan ke arah cara hidup secara
berterusan.
61 Model Promosi Kesihatan Umum
Membina keupayaan komuniti
Objektif utama LPKM merupakan untuk membina keupayaan pertubuhan dari segi
pengetahuan dan kemahiran mereka mengenai bidang promosi kesihatan. Keupayaan yang
dibangunkan ini akan menjadi bekalan kepada pertubuhan tersebut sebagai agen untuk
mewujudkan perubahan tingkah laku dalam masyarakat melalui pelaksanaan program yang
memberi faedah kepada kesejahteraan mereka.
Pelbagai langkah boleh diambil sebagai inisiatif menjayakan perkara ini, termasuklah dengan
mengadakan latihan kepada masyarakat terutamanya mendekati pemimpin komuniti seperti
ketua kampung, ketua sesuatu jabatan, ibu bapa, guru dan pemimpin NGO yang menjadi
opinion leader untuk kumpulan masing-masing. Usaha mendapatkan sumber bantuan
kewangan dalam melaksanakan program juga dapat membantu dalam membina keupayaan
dan keyakinan komuniti dalam menjayakan program demi faedah mereka. Ini juga akan
meningkatkan rasa ‘pemilikan’ (belonging / ownership) komuniti berkenaan ke atas program
yang dilaksanakan.
Pertubuhan juga dapat meningkatkan keupayaan mereka dan komuniti dengan melibatkan
rakan kongsi dalam pelaksanaan program. Penglibatan rakan kongsi yang mempunyai
kemampuan dan sumber yang dapat membantu kejayaan akan memberi manfaat kepada
masyarakat. Masyarakat akan mendapat faedah seperti peningkatan ilmu pengetahuan dan
penggunaan sumber secara bersama yang dapat mengelakkan daripada berlakunya kerugian
akibat pembaziran sumber. Peningkatan keupayaan diri juga perlu diberi perhatian agar
pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh dapat menjadi amalan dalam memastikan hidup
yang sihat dan sejahtera.
Pada pendapat anda, selain elemen-elemen di dalam merancang, melaksana dan
menilai program di atas, apakah elemen lain yang penting yang patut ada di dalam sesuatu
program tersebut? Berikan pendapat anda.
62 Model Promosi Kesihatan Umum
PROCEED
PRECEDE
Fasa 1 Penilaian
Sosial
Fasa 2 Penilaian
Epidemiologi
Fasa 3 Penilaian
Tingkah Laku & Persekitaran
Fasa 4 Penilaian
Pendidikan & Organisasi
Fasa 5 Penilaian Polisi & Pentadbiran
Program Kesihatan
Strategi Pendidikan
Polisi Peraturan Organisasi
Faktor Kecenderungan
Faktor Pengukuhan
Faktor Pembolehan
Genetik
Tingkah Laku
Persekitaran
Kesihatan Kualiti
Kehidupan
Fasa 9 Hasil Penilaian
Fasa 8
Kesan Penilaian
Fasa 7 Proses Penilaian
Fasa 6 Perlaksanaan
Model PRECEDE-PROCEED
Model PRECEDE-PROCEED dibangunkan berdasarkan logik dan memberikan perkhidmatan
asas kepada individu, dalam satu-satu intervensi mahupun program pembangunan jangka
panjang kepada komuniti. Walaupun ia di bentuk untuk program kesihatan, model ini juga boleh
digunakan dalam menangani isu-isu komuniti setempat. Seperti model-model lain, model ini juga
di wujudkan untuk memberi panduan yang berguna kepada masyarakat.
Rajah 4.2 : Model PRECEDE-PROCEDE untuk perancangan dan penilaian promosi kesihatan
(Sumber: Green & Kreuter, 2005)
63 Model Promosi Kesihatan Umum
Model PRECEDE-PROCEED adalah berasaskan kepada komuniti dan penyertaan ahli
masyarakat di mana ia diwujudkan untuk mengubah promosi kesihatan (selain isu-isu komuniti)
yang sebahagian besarnya secara sukarela. Oleh itu perlu penyertaan daripada mereka yang
memerlukan untuk berubah dengan tujuan mungkin mempengaruhi mereka atau dipengaruhi oleh
mereka.
Sebab utama menggunakan model PRECEDE-PROCEED adalah kerana ianya merupakan model
yang logik. Ia menyediakan satu struktur di mana bermula dengan perancangan kerja dan
menganjurkan pemikiran dan tindakan individu. Jadi setiap intervensi yang dilakukan adalah
dengan terancang dan sangat jelas. Sebagai satu model yang logik, ia menyediakan panduan
untuk menganalisis isu-isu yang terlibat dan memilih satu saluran untuk menangani isu-isu
tersebut.
Terdapat juga sebab khusus dalam menggunakan model PRECEDE-PROCEED ini. Pertama, ia
merupakan satu model yang jitu. Dengan setiap penyertaan daripada masyarakat, ia akan
membawa kepada idea-idea yang bernas untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul. Ia juga boleh
membina campur tangan masyarakat terhadap intervensi.
Kedua, ia merupakan model yang termasuk dalam pelbagai peringkat (ekologi) perancangan dan
penilaian, PRECEDE-PROCEED diwujudkan dalam pemantauan intervensi yang membolehkan
pelarasan dan keberkesanan yang lebih tinggi. Dan yang terakhir, model ini memberi kebebasan
dalam menyesuaikan struktur kandungan atau kaedah berasaskan keperluan komuniti.
Lapan Fasa PRECEDE-PROCEED
Seperti dalam rajah 4.2 di atas, model PRECEDE-PROCEED mempunyai lapan fasa dan
mempunyai langkah-langkah dalam setiap fasa. Walaupun sekali pandang, ia agak merumitkan
tetapi setelah dikaji secara mendalam, setiap fasa mempunyai langkah yang terperinci mengenai
perancangan program. Pendekatan asas berkaitan model ini adalah untuk memulakan dengan
mengenal pasti hasil yang diingini, menentukan sebab dan akhirnya adalah untuk mereka bentuk
intervensi yang bertujuan untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Dalam erti kata lain,
PRECEDE-PROCEED bermula dengan punca terakhir dan bekerja di belakang segala punca.
Sekali penyebab itu dikenal pasti, langkah-langkah intervensi akan mula di wujudkan.
64 Model Promosi Kesihatan Umum
Fasa 1 dalam model ini di panggil penilaian sosial dan analisis situasi. Secara subjektif, ia
merujuk kepada kualiti hidup (masalah dan kelebihan) kepada populasi yang utama. Pereka
model ini mencadangkan bahawa ia merupakan pencapaian yang terbaik dengan melibatkan
individu dalam populasi yang utama di dalam menilai keperluan dan inspirasi mereka. Antara
indikator / petunjuk sosial berkaitan kualiti hidup termasuklah pencapaian, pemilikan, keselesaan,
harga diri, diskriminasi, kebajikan dan pengangguran.
Fasa 2, penilaian epidemiologi, adalah langkah di mana perancang menggunakan data untuk
mengenal pasti dan mengelaskan matlamat atau masalah kesihatan di mana ia boleh
menyumbang atau berhubungan dengan masalah yang telah dikenal pasti di dalam fasa 1. Data
ini termasuk indikator tradisional yang penting (data kematian / kecacatan) serta genetik, tingkah
laku dan faktor persekitaran.
Faktor genetik merupakan tambahan baru kepada model ini dan ia mewakili hubungan yang
berkembang antara gen dan pelbagai penyakit, faktor risiko dan keadaan biologi seseorang.
Faktor tingkah laku merujuk kepada corak tingkah laku individu atau kumpulan yang melindungi
atau meletakkan mereka dalam risiko kesihatan atau masalah sosial. Faktor persekitaran wujud di
luar dari individu dan ia boleh berubah untuk menyokong tingkah laku, kesihatan dan kualiti hidup.
Faktor-faktor di atas mungkin berkaitan dengan ekonomi atau keadaan sosial semasa ke atas
populasi yang utama ini. Mereka juga terlibat dalam menyediakan perkhidmatan dan sumber-
sumber yang wujud di dalam persekitaran komuniti. Ini adalah penting bagi memastikan proses
penentuan kelas dalam masalah kesihatan pada fasa ini sangat kritikal kerana ia jarang berlaku,
melainkan ada sumber yang cukup bagi mengatasi masalah ini. Fasa dalam model ini juga
digunakan untuk merancang program kesihatan.
Walau bagaimanapun, perancang mungkin boleh mengambil pekerja oleh atau yang bersekutu
dengan organisasi yang telah mengumpul data yang berkaitan dengan fasa 1-2 sebagai
sebahagian daripada usaha perancangan jangka panjang. Dalam kes ini, ia mungkin perlu atau
berfaedah untuk melangkau dua fasa pertama dan bergerak terus ke fasa 3. Perhatikan dalam
rajah 4.2, anak panah saling berhubung dengan kotak genetik, tingkah laku dan persekitaran
dalam fasa 2 dengan kotak kesihatan dalam fasa 2 dan fasa 1.
65 Model Promosi Kesihatan Umum
Fasa 3 merupakan penilaian pendidikan dan organisasi iaitu mengenal pasti dan mengelaskan
faktor-faktor yang mempunyai potensi untuk mempengaruhi tingkah laku yang diberi kepada tiga
kategori iaitu kecenderungan, pengukuhan dan pemboleh ubah. Faktor kecenderungan termasuk
pengetahuan dan ciri-ciri efektif sebagai seperti sikap, nilai, kepercayaan dan persepsi.
Faktor-faktor ini akan memudahkan atau menghalang perubahan motivasi seseorang dan boleh di
ubah melalui komunikasi secara langsung. Halangan yang dicetuskan terutamanya oleh kuasa
masyarakat atau sistem membentuk faktor pembolehan. Ia termasuk akses kepada kemudahan
penjagaan kesihatan, kewujudan sumber, pembuat undang-undang dan pembangunan
kemahiran.
Faktor pengukuhan terdiri daripada jenis maklum balas yang berbeza dan ganjaran yang diterima
oleh populasi yang utama selepas perubahan tingkah laku, sama ada yang boleh menggalakkan
atau tidak menggalakkan kesinambungan tingkah laku tersebut. Pengukuhan tingkah laku boleh
disampaikan oleh keluarga, rakan, pasangan, guru, diri sendiri dan orang yang mengawal
ganjaran tersebut.
Faedah sosial seperti pengiktirafan dan penghargaan. Faedah fizikal seperti kemudahan,
keselesaan. Ganjaran nyata seperti faedah ekonomi dan pengelakan kos atau ganjaran lain-lain
seperti penampilan baik, kehormatan diri, atau penyatuan dengan orang yang menunjukkan
tingkah laku yang baik.
Fasa 4 adalah terdiri daripada 2 bahagian iaitu pelarasan intervensi dan penilaian polisi dan
pentadbiran. Tujuan pelarasan intervensi adalah untuk menyesuaikan strategi yang sesuai dan
menjangkakan perubahan intervensi dan hasil yang dikenal pasti dalam fasa-fasa awal. Dalam
penilaian polisi dan pentadbiran, perancang mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan
keupayaan, maka ia boleh membangunkan dan melaksanakan program. Ia di antara fasa 4 dan
fasa 5 di mana PRECEDE (bahagian penilaian model) tamat dan PROCEED (pelaksanaan dan
penilaian) bermula. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang berbeza antara kedua-dua
fasa ini, ia berjalan secara seiring dan perancang boleh kembali ke fasa sebelumnya jika ada
sebarang perubahan.
66 Model Promosi Kesihatan Umum
Empat fasa yang terakhir dalam model ini iaitu fasa 5, 6, 7 dan 8, permulaan bahagian
PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumber-sumber yang sesuai, perancang
memilih kaedah dan strategi intervensi dan perlaksanaan bermula. Fasa 6, 7 dan 8 berfokus
kepada proses, kesan dan penilaian hasil. Ia berdasarkan kepada fasa-fasa awal dalam model ini
di mana objektif telah digariskan di dalam proses penilaian.
Ketiga-tiga fasa terakhir yang digunakan bergantung kepada keperluan penilaian program.
Biasanya, sumber diperlukan untuk menjalankan penilaian ke atas kesan (Fasa 7) dan hasil
(Fasa 8) adalah lebih besar daripada keperluan untuk menjalankan proses penilaian (Fasa 6).
Seperti yang dinyatakan di atas, model PRECEDE-PROCEED ini juga boleh
digunakan dalam menangani isu-isu komuniti setempat dan memberi panduan yang berguna
kepada masyarakat. Jelaskan dengan ringkas bagaimana model ini boleh membantu komuniti
menyelesaikan isu-isu setempat?
Model MATCH
Multilevel Approach to Community Health (MATCH)
Model MATCH adalah singkatan kepada Multilevel Approach to Community Health (Pelbagai
Pendekatan Kepada Kesihatan Komuniti ). Perancangan model ini telah di bangunkan lewat 1980
an oleh Simons-Morton et al., (1988). MATCH dibahagikan kepada 5 fasa di mana setiap fasa
mempunyai beberapa langkah.
Fasa 1 iaitu pemilihan matlamat. Di dalam fasa MATCH ini, perancang memilih matlamat
kesihatan berdasarkan kepada beberapa faktor yang berbeza termasuk masalah yang lazim
tentang kesihatan, hubungan signifikan kepada masalah kesihatan, masalah kesihatan yang
berubah-ubah dan sebagainya. Dalam fasa ini juga, perancang perlu untuk memilih keutamaan
populasi, mengenal pasti kelakuan kesihatan yang berkaitan dengan matlamat kesihatan dan
mengenal pasti faktor-faktor persekitaran seperti akses, sumber sedia ada, kesesuaian latihan
dan halangan.
67 Model Promosi Kesihatan Umum
Rajah 4.3 : Fasa dan langkah-langkah model MATCH
(Sumber: Simmons-Morton et al., 1988)
Fasa 1 : Penetapan Matlamat
Langkah 1 : Memilih matlamat kesihatan
Langkah 2 : Memilih populasi yang tinggi
Langkah 3 : Mengenal pasti matlamat tingkah laku kesihatan
Langkah 4 : Mengenal pasti matlamat faktor persekitaran
Fasa 2 : Perancangan Intervensi
Langkah 1 : Mengenal pasti sasaran intervensi
Langkah 2 : Memilih objektif intervensi
Langkah 3 : Mengenal pasti pengantara di dalam objektif intervensi
Langkah 4 : Memilih pendekatan intervensi
Fasa3 : Pembangunan Program
Langkah 1 : Mewujudkan komponen atau unit program
Langkah 2 : Memilih dan membangunkan kurikulum atau panduan intervensi
Langkah 3 : Membangunkan sesi perancangan
Langkah 4 : Mewujudkan atau memperoleh bahan instruksional, produk atau sumber
Fasa 4 : Persediaan Pelaksanaan
Langkah 1 : Memudahkan penggunaan, pelaksanaan dan penyelenggaraan
Langkah 2 : Memilih dan melatih pelaksana
Fasa 5 : Penilaian
Langkah 1 : Mengawal proses penilaian
Langkah 2 : Mengukur kesan
Langkah 3 : Memantau hasil.
68 Model Promosi Kesihatan Umum
Dalam Fasa 2 MATCH, perancangan intervensi, perancang menggabungkan objektif intervensi
dengan sasaran dan tindakan intervensi. Ia dimulakan dengan mengenal pasti sasaran kepada
tindakan intervensi (TIAs). TIAs terdiri daripada individu yang menggunakan pengaruh atau
mengawal keadaan seseorang atau persekitaran yang mana ia mempunyai hubungan kepada
kesihatan seseorang dan matlamat tingkah laku. Selepas mengenal pasti TIAs, mereka akan
memadankan dengan tingkah laku kesihatan dan faktor persekitaran yang telah dikenal pasti di
dalam fasa 1.
Apabila padanan telah dilakukan, perancang akan memilih tindakan intervensi yang mahu
digunakan. Tindakan intervensi biasanya digunakan oleh pendidik kesihatan termasuk mengajar,
melatih, memberi kaunseling, perundingan, organisasi masyarakat, pemasaran sosial dan
tindakan sosial. Jika TIAs adalah seorang individu, perancang perlu mempertimbangkan faktor
sebab dan akibat pengantara yang berkaitan dengan tingkah laku sasaran seperti pengetahuan,
sikap, kemahiran, pengalaman dan kekuatan mereka.
Di dalam Fasa 3 MATCH adalah pembangunan program. Ia di mulakan dengan mencipta
komponen dan unit program. Komponen akan kerap di uruskan berdasarkan kepada kumpulan
populasi yang utama (lelaki, wanita dan minoriti dalam kumpulan umur), objektif yang
dicadangkan (merokok, diet, aktiviti fizikal), sasaran intervensi dan tahap, penetapan dan struktur
unit (bilik darjah, perkhidmatan makanan, perkhidmatan kesihatan), atau saluran intervensi
(interpersonal, media). Selepas mencipta komponen program, perancang boleh memilih sama
ada mengambil kurikulum yang telah wujud atau membangunkan rancangan sendiri. Ia juga
termasuk pembangunan ke atas individu atau rancangan pengajaran.
Dalam Fasa 4, persediaan perlaksanaan, perancang melakukan persediaan untuk melaksanakan
dan mengawal selia intervensi. Untuk mendapatkan perlaksanaan yang efektif, perancang
hendaklah:
1. Melaksanakan cadangan tertentu untuk diterima pakai dalam sebarang perubahan
2. Membina keperluan, kesediaan dan sokongan persekitaran untuk sebarang perubahan
3. Menyediakan bukti di dalam perlaksanaan intervensi
4. Mengenal pasti dan memilih agen perubahan, pemimpin pendapat dan meyakinkan
mereka dalam keperluan untuk melakukan perubahan.
5. Mewujudkan hubungan kerja yang baik dengan pembuat keputusan
69 Model Promosi Kesihatan Umum
Sebagai tambahan, bergantung kepada yang akan melaksanakan program ini, mungkin ada
keperluan untuk memilih, menyokong dan memantau mereka yang menjalankan pelaksanaan ini.
Fasa 5 merupakan fasa penilaian. Seperti model PRECEDE-PROCEED, penilaian MATCH terdiri
daripada komponen proses, kesan dan hasil. Penilaian proses adalah berkenaan dengan utiliti
pelan dan prosedur pelaksanaan, tahap dan kualiti pelaksanaan, dan kesan-kesan pelaksanaan
kepada hasil pembelajaran serta-merta. Kesan penilaian adalah dengan mengukur pengantara
yang disasarkan (seperti pengetahuan, sikap dan amalan), tingkah laku kesihatan dan faktor-
faktor persekitaran.
Hasil penilaian biasanya difokuskan kepada tingkah laku kesihatan tetapi mungkin juga dengan
memantau perubahan jangka panjang dalam tingkah laku atau faktor persekitaran. Walau
bagaimanapun, oleh kerana masa yang diambil dalam beberapa keputusan untuk
membangunkannya, maka kerap berlaku dalam perancangan program di mana tidak ada masa
atau sumber yang cukup untuk membuat penilaian hasil.
Komunikasi Kesihatan
Komunikasi berfungsi untuk memberi, menerima dan bertukar-tukar maklumat. Melalui komunikasi
pihak pertubuhan dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang boleh mempengaruhi cara pemikiran
serta kepercayaan tentang promosi kesihatan dan tanggapan terhadapnya. Komunikasi juga
diharapkan dapat merapatkan jaringan persahabatan antara peserta dan pihak pertubuhan
dengan MySihat. Komunikasi yang berkesan di kalangan pertubuhan amat penting dalam promosi
kesihatan dari segi:
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi di kalangan pertubuhan dalam mempromosikan
kesihatan.
Menyampaikan maklumat yang tepat dan betul supaya dapat mengelakkan
percanggahan maklumat.
Membentuk jaringan komunikasi antara pertubuhan yang melaksanakan program
promosi kesihatan dengan pelbagai pihak yang terlibat iaitu peserta, institusi, pihak
swasta, pemimpin masyarakat.
70 Model Promosi Kesihatan Umum
Definisi komunikasi
Komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication’ yang berakar daripada
perkataan Latin ‘communis’ yang bererti sama. Terdapat pelbagai definisi yang dikaitkan dengan
istilah komunikasi:
Proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej.
Proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan.
Proses interaksi antara manusia, iaitu orang ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,
gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat
atau mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.
Konsep komunikasi
Mansor Ahmad Saman et al. (1984) menyatakan bahawa apabila berkomunikasi, kita ingin
mewujudkan suatu keadaan iaitu kita cuba mencari atau membentuk satu kesamaan dengan
orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan
diri orang lain yang terlibat dalam proses komunikasi.
Dalam komunikasi, pemikiran, kepercayaan, nilai sosial dan lain-lain lagi yang kita ucapkan
kepada orang lain bertujuan untuk mencari persamaan. Dengan kata lain komunikasi adalah satu
proses di mana sesuatu ideal, nilai, sikap dan sebagainya disalurkan dan dipindahkan serta
dikongsi oleh seseorang individu dengan individu lain.
Laurel dan Peter (1998) menjelaskan bahawa komunikasi sebagai idea yang melibatkan
pengaliran maklumat di antara sumber dan penerima. Dalam keadaan tertentu komunikasi
memerlukan perkongsian maklumat atau maksud di antara sumber dengan penerima berasaskan
set peraturan yang biasa.
McGruire (1984) pula menyatakan komunikasi kesihatan adalah untuk memberitahu kepada
masyarakat umum tentang bahaya penyakit, memberi motivasi untuk mengelakkan daripada risiko
penyakit, memberi latihan kepada mereka dari segi kemahiran gaya hidup yang sihat dan
menanamkan rasa tanggungjawab untuk menjaga kesihatan diri sendiri.
71 Model Promosi Kesihatan Umum
Roger (1966) menerangkan bahawa komunikasi kesihatan merupakan sebahagian komunikasi
manusia dengan tumpuan ditekankan kepada bagaimana individu berurusan dengan isu-isu
berkaitan kesihatan. Ini merujuk kepada apa sahaja jenis komunikasi manusia yang berhubung
kait dengan kesihatan.
Elemen-elemen penting dalam komunikasi
a. Jenis komunikasi
i. Komunikasi lisan (verbal communication)
Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000)
mengatakan bahawa bahasa merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan
pelbagai makna yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan
untuk berkomunikasi.
Menurut Sulaiman (2002), komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila
dua orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh
mengeratkan silaturahim antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi
antara dua manusia. Komunikasi jenis ini boleh biasanya berlaku secara informal.
Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar, mesyuarat, taklimat, temu duga dan
pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru bukan sahaja perlu
membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar, malah
ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar.
ii. Komunikasi bukan lisan (non-verbal communication)
Komunikasi bukan lisan merupakan pelengkap kepada jenis komunikasi antara
individu yang menggunakan isyarat sebagai cara untuk berkomunikasi seperti nada
suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan yang kadang kala
berlaku secara tidak disedari. Komunikasi dalam bentuk tanpa lisan dapat
menggambarkan emosi dan perasaan sebenar penyampai. Komunikasi lisan lebih
berkesan jika diiringi dengan komunikasi tanpa lisan.
Kajian oleh Birdwhistell (1955) menunjukkan bahawa lebih kurang 35% komunikasi
lisan dan selebihnya adalah komunikasi tanpa lisan.
Sementara Harisson (1974) pula menghuraikan bahawa 93% daripada makna yang
disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan.
72 Model Promosi Kesihatan Umum
Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi
isyarat dan komunikasi visual.
Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan,
memek muka, objek atau sebarang reka bentuk yang di luar daripada penggunaan
biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya
mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang
Melayu adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsirkan oleh bangsa lain.
Komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej
visual seperti gambar, lukisan atau ilustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh
dibahagikan kepada tiga jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi
bertulis. Komunikasi grafik biasanya disampaikan melalui media massa seperti
akhbar, risalah majalah dan sebagainya. Komunikasi imej bergerak lazimnya
digunakan oleh televisyen dan video. Media ini berfungsi untuk rancangan
pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan kombinasi imej
visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.
b. Proses komunikasi
Proses komunikasi dapat digambarkan sebagai satu aliran penyampaian mesej atau
maklumat berpunca daripada sumber sehingga sampai kepada penerima melalui saluran
yang digunakan. Saluran yang digunakan boleh jadi dalam bentuk komunikasi antara individu
atau tanpa lisan menggunakan pelbagai media yang boleh mencapai khalayak penerima.
Contohnya, komunikasi melalui media terhad seperti menggunakan poster, pamplet dan video
atau media yang bersifat massa seperti akhbar, televisyen dan radio. Aliran maklumat akan
lengkap apabila wujudnya maklum balas daripada penerima kembali kepada sumber yang
mengeluarkan maklumat tersebut.
73 Model Promosi Kesihatan Umum
Rajah 4.4: Gambaran proses komunikasi
Dengan menggunakan ayat sendiri, terangkan secara ringkas bagaimana proses
komunikasi di atas dilaksanakan bagi menyampaikan maklumat kepada komuniti di tempat anda
dengan memberikan contoh program kesihatan yang mahu dilaksanakan di peringkat komuniti.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________
74 Model Promosi Kesihatan Umum
CDCynergy
Antara model perancangan program kesihatan yang komprehensif dan teoretikal adalah model
CDCynergy yang dibangunkan oleh bahagian komunikasi di Pusat Pencegahan dan Kawalan
Penyakit (CDC) pada pertengahan tahun 1990an. Ia merupakan alat interaktif yang menggunakan
CD-ROM yang mengandungi model perancangan dan komponen asas di dalam model
perancangan. Ia juga mengandungi kedua-dua model yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu
model PRECEDE-PROCEED dan model MATCH.
CDCynergy di bangunkan dengan tujuan utama untuk golongan professional kesihatan awam di
CDC yang bertanggungjawab dalam komunikasi kesihatan. Walau bagaimanapun, oleh kerana
minat yang meluas dalam model, CDC dibuat untuk profesional kesihatan yang lain yang
mendapati model ini berguna untuk promosi kesihatan di dalam masyarakat, tempat kerja,
sekolah dan persekitaran penjagaan kesihatan. Pada masa sekarang, CDCynergy dianggap
domain awam iaitu sekatan tidak ditempatkan pada salinan atau penggunaan am. Salinan
CDCynergy ini boleh didapati melalui latihan oleh Society for Public Health Education (SOPHE)
atau boleh didapati terus dari Public Health Foundation.
Edisi asas CDCynergy (3.0) mengandungi kaedah am untuk perancangan komunikasi kesihatan,
panduan langkah-langkah, pusat rujukan dan pautan yang membolehkan rancangan khusus
diwujudkan. Sebagai tambahan, CDC dan rakan-rakan lain telah menghasilkan edisi cynergy
untuk memenuhi keperluan khusus perancang bagi menangani pelbagai masalah kesihatan. Edisi
ini termasuklah penyakit kardiovaskular, imunisasi, mikronutrien, pencegahan dan kawalan
tembakau dan pemasaran sosial. CDC turtu mengeluarkan edisi singkat yang dipanggil model
CDCynergy Lite untuk membantu pelatih mempercepatkan perancangan komunikasi kesihatan.
Fasa-fasa CDCynergy
Cynergy menggunakan enam fasa yang mengandungi pelbagai langkah untuk membantu
perancang memperoleh kefahaman yang mendalam tentang masalah kesihatan, siapa yang
terlibat, meneroka pelbagai strategi yang mungkin untuk mempengaruhi masalah, memilih strategi
secara sistematik, memahami peranan komunikasi yang boleh dimainkan dalam sesuatu
perancangan, perlaksanaan dan penilaian dan membangunkan pelan komunikasi yang
komprehensif. Berikut penerangan tentang fasa berserta langkah-langkah di dalam setiap fasa.
75 Model Promosi Kesihatan Umum
• Mengenal pasti dan menentukan masalah kesihatan yang boleh ditangani dengan intervensi program anda
• Memeriksa dan menjalankan penyelidikan yang perlu untuk menerangkan masalah-masalah
• Menilai faktor-faktor dan pemboleh ubah yang boleh menjejaskan hala tuju projek, termasuk kekuatan, kelemahan, peluang dan rawatan
Fasa 1 Menerangkan
Masalah
• Senaraikan penyebab-penyebab masalah yang mahu ditangani
• Membangunkan matlamat bagi setiap masalah
• Pertimbangkan kekuatan, kelemahan, peluang, rawatan dan etika dalam kesihatan: 1 – kejuruteraan 2- komunikasi / pendidikan 3- polisi / penguatkuasaan 4 – perkhidmatan komuniti
• Memilih jenis intervensi yang perlu di gunakan untuk tangani sesuatu masalah
Fasa 2 Kenal pasti Masalah
• Putuskan sama ada komunikasi yang di perlukan itu satu intervensi yang dominan atau sebagai sokongan kepada intervensi lain• Jika komunikasi digunakan sebagai intervensi yang dominan, senaraikan audiens
• Jika komunikasi digunakan untuk menyokong perkhidmatan komuniti, kejuruteraan dan polisi/penguatkuasaan, senaraikan audiens yang boleh dicapai dalam menyokong setiap intervensi yang dipilih
• Jalankan penyelidikan yang perlu kepada audiens
• Pilih segmen audiens dan tuliskan objektif komunikasi di dalam setiap segmen
• Senaraikan penerangan yang kreatif untuk sediakan panduan di dalam memilih konsep yang sesuai, mesej, tetapan, aktiviti dan bahan-bahan.
Fasa 3 Merancang Intervensi
• Membangunkan dan menguji konsep, mesej, tetapan, aktiviti yang spesifik dan bahan-bahan dengan audiens yang dimaksudkan
• Menyelesaikan dan merumuskan secara ringkas pelan perlaksanaan komunikasi. Pelan tersebut hendaklah mengandungi :• Latar belakang dan justifikasi SWOT dan analisis etika, Audiens, Objektif komunikasi,
Mesej,Tetapan dan saluran untuk menyampaikan mesej tersebut, Aktiviti termasuk taktik, bahan dan kaedah lain, Sumber dan rakan-rakan yang ada, Tugasan dan tempoh masa termasuk tanggung jawab individu untuk setiap tugasan, tarikh untuk menyiapkan tugasan, sumber yang diperoleh dan penanda kemajuan yang akan diperiksa, dan Pelan komunikasi dalaman dan luaran, Bajet
• Menghasilkan bahan-bahan untuk diedarkan
Fasa 4 Mengembangkan
Intervensi
• Menentukan keperluan maklumat pihak berkepentingan:
• Menentukan apakah jenis penilaian (perlaksanaan, pencapaian dan kesan) yang diperlukan untuk memenuhi keperluan maklumat pihak berkepentingan
• Mengenal pasti sumber maklumat dan memilih kaedah pengumpulan data
• Merumuskan reka bentuk penilaian yang menggambarkan bagaimana kaedah yang akan digunakan untuk mengumpul maklumat yang boleh dipercayai
• Membangunkan analisis data dan pelan laporan:
• Menyelesaikan dan secara ringkas merumuskan pelan pelaksanaan penilaian. Pelan termasuk:
• Soalan dari pihak yang berkepentingan, Standard intervensi, Kaedah dan reka bentuk penilaian, Analisis dan laporan data
• Tugas dan tempoh masa termasuk tanggungjawab individu untuk setiap tugasan, tarikh untuk menyiapkan tugasan, sumber yang diperolehi dan penanda kemajuan yang akan diperiksa.
• Pelan komunikasi dalaman dan luaran, dan bajet
Fasa 5 Pelan Matlamat
• Mengintegrasikan, melaksana dan menguruskan pelan komunikasi dan penilaian
• Mengumpul maklum balas dan pengajaran
• Mengubah komponen program berdasarkan maklum balas
• Menyebarkan pengajaran dan dapatan penilaian
Fasa 6Pelan
Perlaksanaan
Rajah 4.5 : CDCynergy – Model Komunikasi Kesihatan (CDC,1999)
76 Model Promosi Kesihatan Umum
Model-Model Lain
A Systematic Approach to Health Promotion (Healthy People 2010)
A Systematic Approach to Health Promotion merupakan model perancangan di mana ia
digunakan untuk membangunkan Healthy People 2010 dan mempunyai empat elemen iaitu
matlamat, objektif, faktor penentu kesihatan dan status kesihatan. Sama ada ia digunakan dalam
perancangan aktiviti di peringkat nasional, negeri atau komuniti, empat elemen ini merupakan
teras yang utama.
Model perancangan yang lain adalah menyediakan matlamat hala tuju bagi pendekatan dan
berkhidmat untuk panduan pembangunan objektif yang menentukan hasil serta jangka masa. Dua
matlamat asas yang berkaitan dengan Healthy People 2010 adalah peningkatan tahun dan kualiti
hidup yang sihat, dan menghapuskan perbezaan kesihatan.
Sejumlah 467 objektif yang melibatkan 28 hala tuju adalah termasuk dalam Healthy People 2010.
Sebagai inisiatif perancangan, objektif perancangan akan menentukan siapa yang akan terjejas,
apa yang akan berubah, di mana ia akan terjadi, bila perubahan itu berlaku dan berapa banyak
perubahan akan berlaku.
Model Healthy People 2010 secara jelas menunjukkan penentu utama kepada kesihatan. Penentu
dalam model ini termasuklah tingkah laku (aktiviti fizikal, memakai tali pinggang keselamatan dan
diet kesihatan), biologi (kecenderungan genetik terhadap penyakit atau kesihatan, sejarah
keluarga), persekitaran sosial (hubungan dengan keluarga, rakan, pasangan dan lain-lain),
persekitaran fizikal (apa yang di sentuh, lihat, dengar, bau dan rasa), polisi intervensi dan akses
kepada kualiti penjagaan kesihatan.
Secara kolektif, penentu ini mempunyai kesan yang sempurna terhadap kesihatan dan gaya hidup
sihat kepada individu, komuniti dan negara. Lebih penting lagi, ia menunjukkan fokus kepada
intervensi promosi kesihatan berdasarkan Healthy People 2010. Untuk mengubah status
kesihatan komuniti, perancang hendaklah seterusnya menangani dan mengubah suai penentu
utama. Akhir sekali, status kesihatan (nisbah kematian, jangka hayat, kualiti kehidupan dan
morbiditi dari penyakit yang spesifik), standard utama kejayaan dengan promosi kesihatan yang
boleh dinilai, ditentukan sebagai langkah asas dan kemudian sebagai ukuran sasaran.
77 Model Promosi Kesihatan Umum
Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH)
Assessment Protocol for Excellence in Public Health (APEX-PH) adalah proses perancangan dan
penilaian yang juga dibangunkan oleh National Association of County and City Health Officials
(NACCHO) diperkenalkan pada 1991 selepas bekerjasama dan bergabung dengan rakan-rakan
dari pusat kesihatan awam. APEX-PH dibangunkan untuk membantu negara / jabatan berkaitan
laporan oleh Institute of Medicine’s (IOM) yang bertajuk ‘Masa Depan Kesihatan Awam’ yang
mana ia menyatakan bahawa setiap agensi kesihatan awam hendaklah sentiasa mengumpul
secara sistematik dan menganalisis maklumat keperluan kesihatan komuniti. Walaupun APEX-PH
yang sebahagian besarnya telah diubah dalam model MAPP (Mobilizing for Action
through Planning and Partnerships), terdapat beberapa jabatan kesihatan awam masih lagi
menggunakan APEX-PH kerana pada fasa pertama, penilaian organisasi sangat terkenal dan
fleksibel kepada sesiapa yang terlibat dalam usaha perancangan.
APEX-PH dipromosikan oleh NACCHO sebagai model perancangan untuk kesihatan tempatan
yang rasmi untuk menilai organisasi dan pengurusan jabatan kesihatan, di mana ia menyediakan
rangka kerja untuk bekerja dengan rakan komuniti dan organisasi lain dalam menilai s tatus
kesihatan komuniti dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan untuk jabatan kesihatan dalam komuniti.
Ia juga boleh dipanggil sebagai satu alat yang fleksibel yang boleh bekerjasama dengan model
perancangan yang lain.
Proses APEX-PH melibatkan tiga langkah. Langkah 1, penilaian kapasiti organisasi. Ia
memerlukan jabatan kesihatan awam untuk meningkatkan penilaian dalaman di dalam kapasiti
pentadbiran termasuk kekuatan, kelemahan, sumber dan kepakaran. Oleh kerana Langkah 2 di
dalam proses APEX-PH melibatkan penilaian komuniti, pengarah kesihatan dan seluruh
pasukannya juga perlu untuk menilai kapasiti dalaman untuk mengawal selia pengumpulan data
yang komprehensif dalam proses analisis.
Langkah kedua di dalam APEX-PH adalah proses komuniti. Dalam langkah ini, data kesihatan
dikumpul dan di analisis sebagai tambahan kepada data yang dicadangkan oleh komuniti. Satu
cabaran dalam pendekatan ini adalah mencari keseimbangan antara data di mana terdapat
beberapa isu dan konflik. Sebagai contoh, data epidemiologi yang mengesan penyakit kronik
seperti penyakit jantung, barah dan strok akan menjadi fokus dalam aktiviti program. Data
cadangan pengguna kerap fokus kepada masalah sosial atau persekitaran seperti kekacauan,
78 Model Promosi Kesihatan Umum
penggunaan dadah, kehamilan remaja atau keselamatan jiran tetangga. Apabila kedua-dua data
ini telah dikumpul, perancang hendaklah mengenal pasti keutamaan dengan menggunakan
intervensi yang pelbagai. Dalam langkah ini, masalah dikenal pasti dan keutamaan di bangunkan.
Langkah terakhir (Langkah 3) di dalam proses APEX-PH adalah melengkapkan kitaran. Ia
mempunyai persamaan dengan langkah terakhir pada model-model perancangan lain. Langkah
ini memberi panduan berkaitan pembangunan polisi, perkhidmatan dan intervensi lain, membina
pelan perlaksanaan dan memastikan bahawa kesemua program yang telah dirancang di jalankan
dan di nilai.
Analisis SWOT (Strengths, Weakness, Opportunities, Threats)
Pada awalnya, analisis SWOT berkaitan dengan usaha perancangan yang strategik dalam sektor
perniagaan dan pemasaran. Dengan kata mudah, SWOT merupakan analisis kepada organisasi
dalaman yang mengkaji berkaitan kekuatan, kelemahan, peluang dan rawatan dalam persekitaran
operasi. Secara teknikalnya, penggunaannya harus terhad kepada peringkat awal proses
membuat keputusan dalam persiapan untuk perancangan strategik yang lebih menyeluruh.
Dalam praktis promosi kesihatan, analisis SWOT adalah biasa dalam kalangan perancang yang
mahu mengurangkan masa perancangan dan bertindak pantas untuk langkah-langkah tindakan.
Umumnya fasilitator membantu kumpulan perancangan mengenal pasti isu atau masalah,
menetapkan atau menjelaskan matlamat, dan mewujudkan pelan. Analisis SWOT biasanya
menggunakan matriks 2 x 2 di mana menyenaraikan kekuatan dan kelemahan pada paksi
mendatar dan peluang dan ancaman pada paksi menegak. Organisasi boleh membuat keputusan
jika ia lebih suka untuk membina kekuatan atau memperbaiki kelemahan dalam konteks peluang
dan ancaman persekitaran.
Analisis SWOT memerlukan perancang untuk mengkaji kekuatan sesuatu organisasi. Ia juga
termasuk penilaian kepada organisasi yang tidak baik atau apa yang berbeza atau lebih baik
daripada organisasi yang sama, sumber-sumber yang sedia ada (wang, peralatan, bekalan,
bahan-bahan), kepakaran kakitangan, kualiti kerjasama dalam masyarakat, atau rekod hubungan
kerja yang berjaya. Sebaliknya, analisis SWOT juga mengkaji kelemahan-kelemahan yang
mungkin berkaitan dengan faktor-faktor yang sama di bawah kekuatan. Di samping itu, kelemahan
79 Model Promosi Kesihatan Umum
yang mungkin melibatkan reputasi yang rendah dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan,
termasuk pelanggan. Ia mungkin melibatkan ketidakmampuan untuk menangani masalah-
masalah kesihatan tertentu atau faktor penentu kerana kod, peraturan, dasar atau keputusan
pengurusan yang memberi kuasa kepada entiti lain.
Manakala kekuatan dan kelemahan dinilai dalam analisis SWOT berkaitan dengan persekitaran
dalaman organisasi, peluang dan ancaman yang berkaitan dengan persekitaran luaran. Peluang
mungkin melibatkan keperluan pengguna tercapai, melonggarkan atau menyingkirkan halangan
pentadbiran atau perundangan yang akhirnya membolehkan pembangunan program baru, aliran
pembiayaan baru yang disediakan oleh agensi kerajaan atau agensi lain, atau gabungan yang
baru dibentuk untuk menangani masalah kesihatan.
Analisis SWOT berbeza dengan ketara daripada model lain yang dibincangkan dalam bab ini. Ia
merupakan imbasan dalaman dan luaran yang membolehkan perancang melaksanakan intervensi
dalam jangka masa yang lebih singkat. Berasaskan kekuatan atau menangani kelemahan tertentu
ketika mengambil kelebihan peluang-peluang dalam persekitaran adalah satu kelebihan analisis
SWOT. Sudah tentu pendekatan ini boleh membawa kepada cabaran jika input pengguna tidak
diterima, masalah tidak dianalisis dengan teliti, faktor penentu yang berkenaan tidak ditangani,
atau intervensi dikenal pasti dan dilaksanakan tanpa cukup memahami teori asas atau rasional.
Walau bagaimanapun, analisis SWOT mempunyai tempat dalam kaedah perancangan dan
kesederhanaan yang menjadi tarikan kepada ramai perancang.
Pada pendapat anda, adakah model-model perancangan seperti di atas memberi
kesan kepada program kesihatan yang mahu dijalankan di seluruh negara?
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
80 Model Promosi Kesihatan Umum
RUMUSAN
Setiap model menyediakan rangka kerja untuk perancangan program promosi kesihatan.
Terdapat beberapa perbezaan model perancangan yang telah di bangunkan dalam tempoh
beberapa tahun. Model perancangan untuk promosi kesihatan yang telah diterangkan dalam unit
ini adalah seperti berikut:
1. PRECEDE-PROCEED
2. MATCH (Multilevel Approach To Community Health)
3. CDCynergy
4. Komunikasi Kesihatan
5. Pendekatan Sistematik Untuk Promosi Kesihatan (Healthy People 2010)
6. APEX-PH (Assessment Protocol for Excellence in Public Health)
7. SWOT (Strength, Weakness, Opportunities, Threats)
Pada masa ini, model yang sangat dikenali dan selalu digunakan di dalam promosi kesihatan
adalah model PRECEDE-PROCEED. Model MATCH juga merupakan model yang kerap
digunakan oleh perancang kesihatan. Model-model terbaru termasuk CDCynergy, APEX-PH dan
SWOT telah mula digunakan sebagai pilihan tambahan dan telah berkembang dari semasa ke
semasa. Secara keseluruhannya, model-model ini dibangunkan dan terus digunakan untuk
menyumbang kepada promosi kesihatan di seluruh dunia.
81 Model Promosi Kesihatan Umum
PETA KONSEP
5 TERAS PROMOSI
KESIHATAN
PROSES KOMUNIKASI
A
82 Model Promosi Kesihatan Umum
KATA KUNCI
1. Promosi Kesihatan
2. PRECEDE-PROCEED
3. MATCH
4. Komunikasi Kesihatan
5. CDynergy
6. SWOT
PENILAIAN KENDIRI
1. Apakah yang dimaksudkan dengan tujuan model perancangan program kesihatan?
2. Apakah kepentingan menggunakan model-model seperti di atas di dalam merancang sesuatu
program kesihatan?
3. Di antara model-model di atas, model apakah yang biasa digunakan oleh perancang? Apakah
perbezaan model tersebut dengan model-model lain?
4. Apakah komponen yang wajib yang terdapat di dalam setiap model di atas? Bagaimanakah
komponen tersebut dapat membantu dalam perancangan program?
5. Terangkan maksud proses komunikasi seperti yang terdapat pada unit ini?
RUJUKAN
Centers for Disease Control and Prevention. (1999) Framework for program evaluation in public health. MMWR 48 (No. RR-11) U.S. Department Of Health & Human Services. Atlanta, Georgia. Green L. W., Kreuter M. W. (2005). Health Program Planning: An Educational and Ecological Approach. 4th edition. New York: McGraw-Hill Healthy People 2010. (2007). A Systematic Approach to Health Improvement. Atas Talian. Healthy People 2010 Web site: http://www.healthypeople.gov/Document/html/uih/ uih_2.htm#goals. (akses 27 Mei 2012). James, F., McKenzie, L., Brad L. Neiger, M., & Rosemary, T. (2002). Planning, Implementing, and Evaluating Health Promotion Programs: A Primer. 5th Edition. New York: University Press
83 Model Promosi Kesihatan Umum
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Modul Asas Promosi Kesihatan. Putrajaya Simons-Morton, D. G., Parcel, G. S., & O’Hara, N. M. (1988). Implementing organizational changes to promote healthful diet and physical activity at school. Health Education Quarterly, 15, 115-130.
84 Model Promosi Kesihatan Umum
PROSES KOMUNIKASI
Sumber
Mesej
SaluranPenerima
Maklumbalas
5 TERAS PROMOSI
KESIHATAN
Polisi awam sihat
Persekitaran yang
menyokong
Orientasi semula
perkhidmatan kesihatan
Tindakan komuniti
Kemahiran individu di bangunkan
A
JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS