+ All Categories
Home > Documents > USING STANDARDS IN SUPERVISION

USING STANDARDS IN SUPERVISION

Date post: 05-Jan-2016
Category:
Upload: ronny
View: 18 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Description:
USING STANDARDS IN SUPERVISION. EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION Dr. Ramli Bin Basri Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Room G28 Tel: 019 224 1332 Emel: [email protected]. OBJECTIVE. - PowerPoint PPT Presentation
19
USING STANDARDS IN SUPERVISION EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION Dr. Ramli Bin Basri Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia Room G28 Tel: 019 224 1332 Emel: [email protected]
Transcript
Page 1: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

USING STANDARDS IN SUPERVISION

EDU 5818 INSTRUCTIONAL SUPERVISION

Dr. Ramli Bin BasriJabatan Asas Pendidikan

Fakulti Pengajian PendidikanUniversiti Putra Malaysia

Room G28Tel: 019 224 1332

Emel: [email protected]

Page 2: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

OBJECTIVE

• To provide an overview of standards to construct a definition of effective teaching

• To show how standard can be embedded in practice at different levels of quality and competence

• To provide a sample of standards to be used by teachers alone or together, or with their supervisors

• To introduce Standard Guru Malaysia (SGM)

2

Page 3: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

Contents

1. Penilaian Latihan Mengajar2. Standard Guru Malaysia.3. Further readings: i) Indicators for Accomplished Teaching ii) Components and Indicators of Professional Practice

(Charlot Danielson)iii) Leadership Performance Indicators dan SKPM1

(Pernyataan standard) dan SKPM2 (Instrumen Pemastian Standard)

3

Page 4: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

INSTRUMEN PENILAIAN LATIHAN MENGAJAR

Mengandungi empat komponen dan skala penilaian 1 (amat lemah) hingga 5 (amat baik) dan markah dan gred.1. Persediaan (20%)2.Penyampaian (60%)3.Penilaian (10%)4.Sahsiah (10%) Rujuk Lampiran L8a, L8b Penilaian Latihan Mengajar a dan b untuk perbincangan.

4

Page 5: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

INSTRUMEN STANDARD GURU MALAYSIA (SGM – L8c)

Bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek:1.Standard 1: Amalan nilai profesionalisme keguruan;2.Standard 2: Pengetahuan dan kefahaman; dan3.Standard 3: Kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

5

Page 6: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

4. Dokumen rujukan bagi guru untuki) Membuat refleksi kendiri terhadap tahap

pencapaian standard; danii) Mengenal pasti keperluan pembangunan

profesional.5. Dokumen bagi rujukan Pengetua dan GB

i) Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru; dan

ii) Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru

6

Page 7: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

7

Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan:1.Budaya institut pendidikan guru (IPG); 2. Tatasusila profesion keguruan; 3. Nilai murni dalam kurikulum sekolah; 4. Nilai utama dalam perkhidmatan awam; 5. Prinsip utama etika kerja KPM; dan 6. Tonggak dua belas.

Page 8: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

8

Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:

S1.1 Domain Diri

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.

Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien.

Page 9: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

9

S1.2 Domain Profesion

Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.

Page 10: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 1: AMALAN NILAI PROFESIONALISME KEGURUAN

10

S1.3 Domain Sosial

Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.

Page 11: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

11

Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:

Page 12: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

12

S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.

S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.

S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan

Page 13: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 2: PENGETAHUAN DAN KEFAHAMAN

13

S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.

S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.

S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran.

S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu

Page 14: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

14

Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.

Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:

Page 15: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

15

S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.

S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai.

Page 16: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

STANDARD 3: KEMAHIRAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

16

S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

Sila rujuk instrument pada lampiran L7A SGM c

Page 17: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

OTHER STANDARDS

• COMPONENTS OF PROFESSIONAL PRACTICE (L8d)

• PROPOSITIONS OF ACCOMPLISHED • LEADERSHIP PERFORMANCE INDICATORS

17

Page 18: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

REFERENCE

1. Using Standards in Supervision.Dalam Sergiovani, T. J., Starratt, R. J. (2002) Supervision a redefinition. (7th ed.) Boston: Mc Graw Hill. (UPM Library LB2806.4 S484 2002

2. Standard Guru Malaysia, BPG, KPM.

3. Leadership Performance Indicators

18

Page 19: USING STANDARDS  IN SUPERVISION

Thank you


Recommended