+ All Categories
Home > Documents > ANALISIS FIRMA DAN PERNIAGAAN

ANALISIS FIRMA DAN PERNIAGAAN

Date post: 03-Feb-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
31
ANALISIS FIRMA DAN PERNIAGAAN NORDIN BATIK KELANTAN Faktor-faktor kejayaan merupakan elemen terpenting bagi mencapai kelebihan bersaing bagi usahawan-usahawan yang sedia ada di Malaysia. Walaupun ramai pencipta dan inventor adalah terdiri daripada kalangan usahawan, namun terdapat ramai usahawan yang berjaya bukannya hasil pencapaian penciptaan. Faktor–faktor kejayaan juga menunjukkan prestasi samada suatu perusahaan itu telah berjaya atau tidak berjaya mencapai sasaran misi dan visi yang telah dibentuk sebelum organisasi tersebut ditubuhkan. Organisasi yang berjaya mengenalpasti dan menggunakan faktor- faktor kejayaan akan membentuk keunikan bagi membolehkan mereka mencapai kelebihan bersaing. Tugasan ini juga mengenal pasti keadaan pembangunan Nordin Batik di Malaysia terutamanya negeri Kelantan dan juga akan membincangkan secara terperinci latar belakang kehidupan dan faktor-faktor kejayaan utama dan kritikal Tokoh Usahawan Batik Di Kelantan iaitu Tuan Haji Nordin Bin Mahmood, menghuraikan ciri-ciri seseorang usahawan serta apa yang perlu ada untuk menjadi individu yang bergelar usahawan berjaya. Berbeza dengan seorang peniaga, usahawan merupakan seorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risiko dalam mengusahakan usaha teroka perniagaan yang diceburinya. Perbincangan juga menjurus kepada amalan keusahawanan,pengaruh persekitaran luaran dan dalaman, tindakan kreatif dan inovatif dan cadangan tindakan kreatif atau inovatif yang dilakukan dalam perniagaan batik dan bagaimana mereka menempa kejayaan dalam perniagaan yang diceburi diterangkan secara ringkas bagi tujuan memberi gambaran rahsia kejayaan mereka. Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang sangat penting bagi mana-mana negara di dunia ini. Ini kerana keusahawanan merupakan salah satu bentuk disiplin ilmu yang menjadi tonggak kepada perkembangan, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bagi sesebuah negara. Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan dianggap sebagai sebuah kumpulan masyarakat yang sempurna, berbakat, berdisiplin, berdikari, berjaya dan lebih maju dari segi perkembangan mental dan sosio-ekonominya. Menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah satu tugas yang mudah. Namun, ianya juga bukanlah satu tugas yang sukar untuk dicapai. Dalam membentuk individu menjadi seorang usahawan berjaya, mereka haruslah memahami konsep asas keusahawanan dan memiliki ciri-ciri
Transcript

   ANALISIS FIRMA DAN PERNIAGAAN  NORDIN BATIK KELANTAN

 Faktor-faktor kejayaan merupakan elemen terpenting bagi mencapai kelebihanbersaing bagi usahawan-usahawan yang sedia ada di Malaysia. Walaupun ramaipencipta dan inventor adalah terdiri daripada kalangan usahawan, namun terdapatramai usahawan yang berjaya bukannya hasil pencapaian penciptaan. Faktor–faktorkejayaan juga menunjukkan prestasi samada suatu perusahaan itu telah berjaya atautidak berjaya mencapai sasaran misi dan visi yang telah dibentuk sebelum organisasitersebut ditubuhkan. Organisasi yang berjaya mengenalpasti dan menggunakan faktor-faktor kejayaan akan membentuk keunikan bagi membolehkan mereka mencapaikelebihan bersaing. Tugasan ini juga mengenal pasti keadaan pembangunan NordinBatik di Malaysia  terutamanya negeri Kelantan dan juga akan membincangkan secaraterperinci  latar belakang kehidupan dan faktor-faktor kejayaan utama dan kritikalTokoh Usahawan Batik Di Kelantan iaitu Tuan Haji Nordin Bin Mahmood,menghuraikan  ciri-ciri  seseorang usahawan serta apa yang perlu ada untuk menjadiindividu yang bergelar usahawan berjaya. Berbeza dengan seorang peniaga, usahawanmerupakan seorang yang berfikiran kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risikodalam mengusahakan usaha teroka perniagaan yang diceburinya. Perbincangan jugamenjurus kepada amalan keusahawanan,pengaruh persekitaran luaran dan dalaman,tindakan kreatif dan inovatif dan cadangan tindakan kreatif atau inovatif  yangdilakukan dalam perniagaan batik  dan bagaimana mereka menempa kejayaan  dalamperniagaan yang diceburi diterangkan secara ringkas bagi tujuan memberi gambaranrahsia kejayaan mereka.

Bidang keusahawanan merupakan salah satu bidang yang sangatpenting bagi mana-mana negara di dunia ini. Ini keranakeusahawanan merupakan salah satu bentuk disiplin ilmu yangmenjadi tonggak kepada perkembangan, pembangunan dan pertumbuhanekonomi bagi sesebuah negara. Masyarakat yang mempunyai palingramai usahawan dianggap sebagai sebuah kumpulan masyarakat yangsempurna, berbakat, berdisiplin, berdikari, berjaya dan lebihmaju dari segi perkembangan mental dan sosio-ekonominya. Menjadiseorang usahawan yang berjaya bukanlah satu tugas yang mudah.Namun, ianya juga bukanlah satu tugas yang sukar untuk dicapai.Dalam membentuk individu menjadi seorang usahawan berjaya, merekaharuslah memahami konsep asas keusahawanan dan memiliki ciri-ciri

yang seharusnya ada pada usahawan berjaya. Golongan usahawanmemainkan peranan di dalam membantu menggerakkan pertumbuhanekonomi dan meningkatkan daya inovasi sesebuah negara. Inikerana, tanpa kehadiran usahawan, maka banyak sumber alam tidakdapat dimanfaatkan sepenuhnya, dan kerugian sumber akan berlaku.Usahawan juga merupakan daya penggerak penerokaan bidang-bidangbaru dan terkini selari dengan kehendak masyarakat. Perananusahawan itu sendiri dalam menyediakan menyediakan ruang-ruangdan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan kepada masyarakatsekeliling tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu, usahawandianggap sebagai pemangkin dan pemacu terpenting dalam prosespertumbuhan ekonomi sesebuah negara dan kehadiran usahawansememangnya amatlah diperlukan.

DEFINISI USAHAWAN DAN KEUSAHAWANANDisiplin ilmu keusahawanan merupakan satu disiplin ilmu yangmasih muda usianya berbanding dengan disiplin ilmu lain. Olehitu, masih banyak isu-isu yang belum diterokai dan diperjelaskanoleh para penyelidik dan ahli akademik. Maka, tidak hairanlahjika istilah keusahawanan sering disamaertikan dengan peniaga,walaupun kedua-duanya adalah berbeza dari beberapa sudutpenjelasan, penerangan dan pentafsiran.

UsahawanPerkataan ‘entrepreneur’ (usahawan) adalah dalam bahasa Inggerisjuga berasal daripada bahasa Perancis iaitu ‘entreprendre’ yangbermaksud memikul (tugas), tanggungjawab, menggalas atau mencuba.Dalam Bahasa Malaysia istilah usahawan sebenarnya berasaldaripada perkataan ‘usaha’. Menurut Kamus Dewan Bahasa danPustaka (2007), ‘usaha’ ialah daya upaya termasuk ikhtiar, kegiatan, perbuatan,dan lain-lain hal untuk melaksanakan atau menyempurnakan sesuatu tugas danpekerjaan bagi tujuan untuk mencapai kejayaan. Usahawan disifatkan sebagaiseorang yang berkebolehan untuk mengesan dan merebut sesuatupeluang perniagaan, melibatkan diri secara berterusan dan secaralangsung, mencipta peluang baru dalam perniagaan, danmengusahakan perniagaan tersebut bagi tujuan mencapai ganjarandari segi kewangan (keuntungan) dan kepuasan diri. Biasanyausahawan dilihat sebagai seseorang yang dinamik dan sentiasamempunyai sifat ingin mencuba atau mencipta sesuatu yang baru.Usahawan dikatakan sanggup mengambil risiko perniagaan untuk

berjaya.Stoner (1995) mendefinisikan usahawan sebagai pengasaskepada sesuatu usaha teroka dan mewujudkan satu organisasi barubagi usaha tersebut dan seterusnya menguruskannya untuk mendapatkeuntungan.

KeusahawananHisrich R.D., Peters M.P., and Shepherd D.A., (2007)mendefinisikan bahawa keusahawanan pula merupakan bidang kerjayang bermakna bukan sahaja kepada diri dan keluarga, tetapi jugakepada masyarakat, agama, bangsa dan negara. Keusahawanan secararingkasnya adalah merupakan satu proses dinamik dalam penghasilankekayaan secara berperingkat. Seorang usahawan yang berjaya,mampu merealisasikan impiannya dan bijak dalam mengatur strategiperniagaan dengan menggabungkan input-input yang sedia ada,membuat pengubahsuaian dan bersedia menghadapi risiko untukmenjayakan sesebuah perniagaan bagi tujuan mencapai keuntungan. Dalam era globalisasi dan dunia informasi kini, usahawan perlumeningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya dari semasa kesemasa. Justeru itu, keusahawanan adalah merupakan satu bidangyang memerlukan disiplin yang tinggi, dinamik, dan berterusan.Pelbagai disiplin seperti pengurusan, ekonomi, sosiologi, sosio-psikologi ataupun psikologi menyumbang ke arah kematangan dankemajuan disiplin keusahawanan sebagai suatu bentuk disiplin yangunik dan  tersendiri.Menurut Hisrich dan Peter (2007), keusahawanan adalah suatuproses dinamik untuk mencipta kekayaan. Kekayaan dicipta olehindividu yang menanggung risiko besar dalam ekuiti, masa dankomitmen kerjaya atau menyediakan nilai untuk sesuatu produk atauperkhidmatan. Ia adalah proses penciptaan sesuatu yang barudengan mengambil kira masa dan usaha dan juga risiko kewangan,psikologi dan social. Ganjaran dari usaha itu, maka usahawan akanmenerima manfaat dari segi kewangan, kepuasan peribadi dankebebasan.

Secara amnya, Kelantan adalah sebuah negeri yang memang dikenalisebagai sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai hasil kesenianyang halus dan bermutu tinggi. Antaranya ialah songket,pertukangan perak, wau bulan dan hasil kraftangan termasuk jugabatik. Batik merupakan satu kesenia yang halus dan menarik keranaianya menuntut kepakaran dan kehalusan yang tinggi. Antaranyapengusaha batik yang terkenal dan tersohor di Kelantan adalahTuan Haji Nordin Bin Mahmood. Beliau merupakan antara golonganterawal yang mempelopori industri batik di Kelantan dan tokohbatik yang masih berdiri gagah di arena pembatikkan sehinggakini. Hasil kerja keras tanpa mengenal penat lelah dan iltizamyang tinggi, beliau tidak pernah jemu untuk menceburi sektorbatik dan pernah melalui pahit getir sepanjang pembabitan beliaulebih dari  empat puluh sembilan tahun dalam bidang ini. Kini,beliau mampu berbangga dengan hasil kerja kerasnya selama inidengan terbina  megahnyaWisma Nordin, iaitu satu-satunya pusatpameran dan jualan batik yang pertama dan  terbesar di negeriKelantan yang

 pernah dimiliki kaum bumiputera khususnya dalam kalanganpengusaha batik Kelantan. Perniagaan Nordin Batik Sdn . Bhd.adalah sebuah syarikat bumiputera yang menjalankan perusahaanbatik di negeri Kelantan. Syarikat   milik tuan Haji Nordin BinMahmood ini telah ditubuhkan pada tahun 1993 iaitu tambahan

kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan di bawah OrdinanPerniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb September 1981.Dewasa ini, Nordin Batik telah menjadi syarikat yang terulung dinegeri Kelantan malah kewujudan Wisma Nordin adalah satu mercutanda perniagaan batik tersebut dan ianya terletak pada Lot 74,Kampung Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan yang mana bernilailebih kurang RM2 juta. Di samping mengusahakan perusahaan batik,Tuan Haji Nordin  juga telah mengorak langkah dengan membangunkansebuah hotel bajet yang dikenali dengan nama Paloh Inn yangterletak pada bangunan yang sama, di mana sekarang ini diuruskanoleh anak ketiganya, Pn. Azlizan Bt. Nordin. Di bangunan WismaNordin juga, terletaknya Showroom Nordin batik yang diuruskanoleh anaknya yang sulung iaitu Pn. Azlinda Bt. Nordin dan dibantuoleh En. Ruhi Mukhlis Muhammad selaku Penolong Pengurus ShowroomNordin batik.

BIODATA PENGERUSI EKSEKUTIF

     Tuan Haji Nordin Bin Mahmood, dilahirkan pada 24 September 1949,di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu, Kelantan berusia 60 tahunmerupakan Pengerusi Eksekutif Wisma Nordin Group. Beliau menetapdi Lot 1905, Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kota Bharu,Kelantan. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah PadangGarong, Kota Bharu dan beliau telah melanjutkan pelajarannya diSultan Ismail College (SIC). Penglibatan beliau di dalam bidangbatik mula timbul sejak dari zaman kanak-kanaknya lagi, di manabeliau telah terdedah kepada dunia batik. Sebenarnya, batik telahmenjadi sebahagian daripada hidup Tuan Haji Nordin keranabapanya, iaitu Haji Mahmood bin Muhammad sendiri adalah seorangpenggiat batik di sekitar awal  40-an. Haji Mahmood telahmenjadikan batik sebagai sumber pendapatan utama keluarga denganmembuat sarang batik (batik cop) dan mengusahakan batik secaratradisional di bawah rumahnya, di Jalan Gajah Mati bersamaseorang pekerja, yang mana ia diusahakan secara kecil-kecilan.

Berkat dari pemerhatian sejak kecil, minat Tuan Haji Nordinterhadap batik mula tersemai. Pada tahun 1963, beliau telah mulamembantu bapanya di dalam pembatikkan, dan kemudian telah keluarmencari pengalaman berniaga batik dengan bapa saudaranya sendiri,Tuan Haji Muhammad Amin bin Idris. Pada tahun 1968 sehingga 1972,berbagai pengalaman yang ditimba sepanjang terbabit di dalambidang penjualan yang mana Tuan Haji Nordin sebagai jurujual dikedai bapa saudaranya yang terletak di Pasar Lama Kota Bharu,atau lebih dikenali sebagai ‘Pasar Zink Merah’. Selepas lebihempat tahun sebagai jurujual, Tuan Haji Nordin telah membuatkeputusan untuk mengambil upah membuat batik sendiri, sekaligus

mewarisi tradisi batik dari bapanya. Dengan bermodalkan RM500,beliau telah membuka tapak di Kampung Sireh dengan menubuh sebuahkilang dan diusahakan dengan dibantu oleh tiga orangpekerja.Beliau membuat batik secara mengambil upah dari pembatik-pembatik di sekitar Kota Bharu selama lebih kurang lima belastahun. Berkat kesabaran, komited yang tinggi, dan idea yangkreatif, beliau berjaya bertahan dan muncul sebagai penggiatbatik yang tersohor di Kelantan. Pada tahun 2002, beliaumemenangi tempat kedua bagi Anugerah Tokoh Usahawan Kraf 2002Peringkat Akhir, sebagai ahli Persatuan Pembatik-pembatikKelantan dan aktif sebagai ahli persatuan amal. Sebagai seorangketua keluarga, beliau merupakan seorang suami dan bapa yangpenyayang dan bertanggungjawab. Isteri beliau, Puan Hjh. Asiah BtMohd Zain, merupakan pengurus pusat jualan Nordin Batik di BazaarBuluh Kubu. Bapa kepada enam orang cahaya mata ini, telah berjayamembesarkan anak-anak beliau, dan menjadikan mereka sebagai bakalpewaris kepada perniagaan beliau, yang mana anak sulung beliau,Azlinda bt. Nordin

telah dilantik sebagai Pengurus Showroom Nordin Batik Sdn. Bhd,anak keduanya iaitu Fadli B. Nordin di pertanggungjawabkanmenjaga dan menyelia kilang kedua yang terletak di Kg. Penambang,Jalan PCB, Kota Bharu, manakala anak ketiganya iaitu Azlizan BtNordin pula bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran Paloh Inn.Aziana Bt Nordin pula merupakan anak ke empat ,memperolehiDiploma Kesetiausahaan daripada Universiti Teknologi MARACawangan Dungun, Terengganu. Manakala anaknya yang kelima iaituMohd. Faizal, bertanggungjawab ke atas kerja-kerja pembinaan bagiprojek terbaru Tuan Haji Nordin iaitu industri burung layang-layang. Seterusnya anak bongsu beliau, Nur Afiqah masih lagimenuntut di sekolah menengah.   

          

Nama Syarikat                        : Nordin Batik Sdn. Bhd.            No. Pendaftaran Syarikat    : 280166 X 

Alamat                                      : Lot 184, Kampong Pintu Geng,

                                                  15100 Kota  Bharu,

                                                     Kelantan Darul Naim.

           Tarikh Penubuhan                 : 29 hb Oktober 1993                       Setiausaha Syarikat             : SAIFULDIN & PARTNER(M) SDN. BHD.                                                              4355-D, Lot 1006, Seksyen 27, Tingkat 1,                                                       Jalan Pengkalan Chepa,                                                              15400 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.            Status Syarikat                   :  Sendirian Berhad

            Telefon                                  :  09-7485394

            Modal Berbayar                  :  RM 500,000.00            Bank / No. akaun                :  PBB 3094046717                                                              RHB20303910137040                                                               BCB 03010048987058            Jualan Setahun.     : RM 3,500,000.00 (TAHUN 2009)

Kapasiti Pengeluaran Sebulan:             i.   Batik Stensil– 4,600 helai                                                                    ii.   Kain Kemeja Stensil – 3,000 helai

                                                                   iii.   Kaften Stensil– 2,000 helai

Kapasiti Pengeluaran Sebulan:                                                                                            i.   Batik Stensil –4,600 helai                                         ii.   Kain KemejaStensil – 3,000 helai                                        iii.   Kaften Stensil–2,000 helai

Jenis Produk Yang Dikeluarkan:                                                                     i.    Batik Pasang Lukis                                                            ii.    Batik Kaften Lukis                                                           iii.    Batik Skaf Lukis                                                           iv.    Batik Pasang Stensil                                                            v.    Batik Kaften Stensil                                                           vi.    Batik Skaf Stensil                                                          vii.    Batik Sarong                                                        viii.    Kain Kemeja Stensil

 Saluran Pengedaran:                                                                             i.      Agensi

Kerajaan                                                  ii.      Pelancong                                                 iii.      Jualan terus kepada pembekal                                                 iv.      Jualan terus kepada pengguna

Nilai Eksport         : RM 220,000.00

Punca Bahan Mentah:Kain putih diimport terus dari Negara China dan Singapura manakala ubat kain dibeli dari pembekal tempatan.

 

Pengalaman dalam bidang batik:       38 tahun

 

Kajian dan Penyelidikan:Sentiasa mengadakan perbincangan dan kajian dengan kakitanganyang terlibat mengenai masalah yang timbul terutama sekali dibahagian stensil dan teknik mewarna supaya ianya dapatmenghasilkan mutu yang menarik dan cantik.

                                 AMALAN KEUSAHAWANAN

Nordin Batik Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah Syarikat SendirianBerhad yang ditubuhkan bagi tujuan mengilang dan mengedar batik tradisional untuk pasaran di dalam dan di luar negeri Kelantan. Ianya ditubuhkan pada tahun 1993 tambahan kepada perniagaan yang dahulunya didaftarkan dibawah Ordinan Perniagaan 1956 sebagai pemilik tunggal pada 1hb. Sept. 1981. Dengan kegigihan dan ketabahan pemiliknya iaitu Tuan Haji Nordin bin Mahmood, syarikatini telah berkembang maju tahun demi tahun di dalam perusahaan batik tradisional. Beliau telah pun memulakan perusahaan batik ini semenjak 1972, bertempat di Kampung Sireh, Kota Bharu dengan 3 orang pekerja. Pengeluaran pada masa itu bertumpukan kepada batik sarong dan batik ela. Di sini juga dinyatakan peringkat-peringkat amalan keusahawanan yang diamalkan oleh Tuan Haji Nordin dalam pembuatan batiknya iaitu:-Input - Sentiasa mengenal pasti jenis kain yang bermutu dan diimport. Kebanyakan kain yang diimport adalah dari China. Jenis kain juga dikelaskan mengikut gred-gred yang tertentu. Gred yang mahal akan menghasilkan batik yang mahal dan bermutu nilainya.Transformasi - Pada awalnya, pengilangan dibuat dengan 15 orangpekerja. Syarikat mendapat bekalan kain putih dari  KoperasiPembatik - Pembatik Kelantan Berhad untuk mengilang batik sarongdan batik ela. Tahap pengeluaran adalah sebanyak 15-20 pasangsehari. Kerja-kerja ini dilakukan secara mengambil upah daripembatik-pembatik di

sekitar Kota Bharu.Syarikat terpaksa berpindah ke Kampung PintuGeng, Kota Bharu, kerana proses pembesaran di mana tempat lamadidapati tidak lagi sesuai kerana sempit. Pada masa ini bilanganpekerja telah meningkat kepada 50 orang dengan kuantitipengeluaran sebanyak 100 meter sehari.Syarikat memasuki era barudi dalam industri batik tradisional dengan mengeluarkan batiktulis yang terdiri dari kain sutera Jacquard, Rayon Jacquard danRayon Fuji. Bilangan pekerja meningkat kepada 60 orang denganpengeluaran sebanyak 100 pasang sehari (400 meter).

Output -Syarikat telah dilesenkan sebagai pengilang berlesen   dibawah Seksyen 13, Akta Cukai Jualan. Syarikat telah diberikebenaran oleh Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja untuk mengimportkain putih dari China dan Singapura tanpa bayaran cukai jualan.Di samping itu, syarikat juga diberi pengecualian duti importoleh Perbendaharaan Malaysia untuk tujuan yang sama. Jumlahpekerja meningkat kepada 80 orang dan pengeluaran meningkatkepada 120 pasang sehari (480 meter). Bilangan pekerja bertambahkepada 110 orang seiring dengan pertambahan permintaan di manapengeluaran meningkat kepada 440 pasang sehari (1760meter). Syarikat telah menambahkan bilangan pekerja kepada 140orang dengan purata pengeluaran di antara 550 – 750 pasang seharidengan penggunaan kain putih di antara 2200 hingga 3000 metersehari dan semuanya adalah terdiri daripada kain sutera yangdiimport terus daripada negara China.

PENGARUH PERSEKITARAN

Perkembangan fesyen terkini menjadikan industri batik semakin   berkembang dengan pelbagai idea yang dihasilkan oleh pelukisbatik adalah sangat berdaya saing. Ini salah satu faktor mengapapengurusan harus sentiasa peka dengan keadaan semasa.Persekitaran memainkan peranan penting dan amat dititikberatkanoleh Tuan Haji Nordin dalam memastikan kualiti batik yangdihasilkan benar-benar memberi kepuasan kepada citarasa pelangganmalah pengaruh persekitaran yang sering memberi kesan adalah darisudut:-

            Luaran-Persekitaran luaran seperti pelanggan, persaingan,pengaruhkerajaan, pembekal, Institusi kewangan dan pertubuhan bukankerajaan adalah persekitaran yang mempengaruhi secara langsungaktiviti keusahawanan dari luar usaha teroka. Malah denganterbentuknya faktor-faktor ini maka      pengusaha batik yanglain sentiasa bertungkus lumus bagi memastikan produk merekasentiasa mendapat tempat dihati pelanggan dengan pelbagai variasicorak yang terbaru dan terkini. 

            Dalaman-Komponen persekitaran dalaman terdiri daripada                 sumber, struktur dan budaya. Sumber merupakan aset utama bagipengeluaran produk. Sumber ini termasuklah usahawan sendiri, asetkewangan, sumber manusia, bahan mentah, kemudahan fizikal,teknologi dan reputasi. Usahawan perlu menguruskan sumber-sumberini dengan cekap agar perniagaan

terus maju. Usahawan sendiri merupakan sumber yang paling dekatdengan perniagaan. Diri  usahawan yang menyumbang tenaga, idea,kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Usahawan perlu bekerjakeras, jujur, berwawasan, bersemangat, tidak mudah putus asa,menepati janji. Sumber kewangan diperlukan untuk mendapat lain-lain sumber. Sumber kewangan terdiri daripada modal sendiri,pinjaman bank, pinjaman daripada saudara mara atau rakan,pelabur-pelabur dan penajaan sumber kewangan dalaman. Sumbermanusia atau pekerja amat dititikberatkan malah pekerja itusendiri yang akan merealisasikan matlamat usahawan dan menjadikansektor batik bermutu nilainya. Manakala sumber fizikal pulaadalah harta digunakan dalam penegluaran dan pentadbiran usahateroka Ianya terdiri daripada bangunan, peralatan, mesin danjentera serta semua harta yang ada di lokasi usaha teroka. Selainitu, struktur usaha teroka adalah kaedah mengorganisasikan termakomunikasi, rantaian perintah, autoriti dan aliran kerja.Usahawan batik perlu menanam budaya yang positif dalam organisasiperniagaan daripada peringkat awal penubuhan usaha teroka. Iniperlu untuk memastikan satu suasana yang kondusif atau baik wujuddalam organisasi bagi pengurusan  yang lebih berkesan. Dalam padaitu juga,suasana tempat mencanting batik atau tempat  melukisbatik juga haruslah mempunyai ruang yang mencukupi dan luas agar

ianya dapat memberi keselesaan kepada pelukis batik agar dapatmenterjemahkan serta menghasilkan batik yang bermutu nilainya.

            Kebaikan-Aspek kebaikan yang diterapkan terutamanya disiplin parapekerja atau sumber manusia itu sendiri memainkan peranan pentingdi samping dapat menaikkan imej firma.Selain itu juga, ianyadapat membantu keluarga masing-masing terutama pekerjanya yangterdiri golongan remaja dan ibu-ibu tunggal dengan kepakaran yangdimiliki malah memberi peluang pekerjaan kepada masyarakatsetempat dalam penghasilan produk batik. Setiap produk yangdihasilkan disusun dengan lebih teratur, lebih kemas agar ianya

mampu menarik minat pelanggan untuk melihat hasil keluaran batik.Selain itu, faktor demografi dilihat dikenal pasti dan dianalisaoleh usahawan dalam bentuk umur, jantina dan lain-lain yang akanmempengaruhi usahawan dalam membuat keputusan tentang lokasi danjenis keluaran.

            Keburukkan-Masalah kain yang tidak bermutu serta tidak tahan lamaakan memberi kesan kepada penghasilan batik malah mutu warna itusendiri juga memainkan peranan penghasilan produk batik. Disamping itu juga, kes-kes jenayah juga sering menghantui sepertikecurian, pecah rumah malah membantutkan penghasilan batikeksklusif untuk dihasilkan dengan sebaik mungkin. 

            Masalah-Kebanyakan masalah pengusaha batik adalah bermuladaripada persaingan dalam pasaran. Selain itu, lokasi firmaharuslah strategik dan memudahkan para pelanggan untuk singgahselain kurangnya publisiti, iklan serta promosi. Selain itu,masalah faktor cuaca menjadi pemangkin kepada warna dalammenghasilkan corak dan batik yang menarik serta eksklusif. Selainitu, masalah kelembapan dan kegawatan ekonomi telah melandanegara, semua perniagaan menjadi lembap, begitulah juga denganperniagaan industri batik menerima nasib yang sama. Walaubagaimanapun dengan pengalaman yang ada pada En. Nordin Mahmood,beliau masih lagi bertahan untuk mengeluar dan memasarkankeluaran kilang beliau. Di samping itu, beliau juga telah berjayamengubah haluan corak batik daripada corak lukis tangan kepadacorak stensil (skrin printing – manual) yang menjadi kesukaanorang ramai. Skrin printing menggunakan meja meja panjang danmampu mengeluarkan 2000 meter sehari jika perlu.

     

    -       Syarikat memberi peluang kepada tenaga kerja untukmencurahkan idea mereka bagi menghasilkan batik yang lebihbermutu. Semangat harus diberikan kepada mereka bagi mendapatkanhasil kerja yang lebih baik. Di samping itu,  dengan perbanyakkanpameran merupakan satu alternatif dalam memperkenalkan industribatik di persada antarabangsa dengan lebih produktif dankompetitif.                      -       Syarikat telah diluluskan LesenPengilang dibawah Akta                         PenyelarasanPerindustrian 1975 oleh  Kementerian                                     Perdagangan Antarabangsa Dan IndustriMalaysia                                                                                             Sebagaimana Rujukan No. MIDA100/32114/0061/0003                                ACI pada 27November 2000.-     Syarikat telah diluluskan Pengecualian Duti Import /  Cukai             Jualan Ke atas Mesin dan Peralatan oleh MIDAsebagaimana Rujukan MIDA 100/32114/0061/002       JKM    pada 19  September 2000. Dengan kelulusan ini         syarikat telah menempah 2 buah mesin iaitu mesin           kelender dan mesin clureng dari  Pekalongan, Indonesia            dengan  hargaRP125,000,000.00 juta =RM52,500.00  dan           dijangkakansyarikat akan memperolehi mesin tersebut         pada pertengahanbulan Jun ini. Kegunaan mesin         adalah untuk pengering danpengilat  khusus untuk     pengeluaran batik sarong dan BatikJawa Tulin..

Input – Mengadakan bengkel atau seminar kepada para pengusahatermasuk pelukis batik bagi mencurahkan idea mereka dalam

menghasilkan tahap batik yang tinggi nilai komersialnya.Menghasilkan pelbagai corak sama ada bebas, abstrak atau tumbuh-tumbuhan mengikut gaya semasa dan terkini.Di samping itu,mengadakan pameran di setiap ekspo sama ada di peringkat negeriatau antarabangsa, menempatkan beberapa orang wakil yang mampumemberikan maklum balas kepada para pelanggan.Transformasi – Mengadakan kesedaran kepada orang ramai tentangpentingnya batik kerana ianya menggambarkan budaya kita sebagaiorang  Melayu yang tidak dapat dipisahkan dengan batik. Selainitu, tahun 2003 telah menyaksikan kejayaan besar dalam sejarahperniagaan bagi Tuan Haji Nordin. Setelah melalui pelbagairintangan dan jatuh bangun di dalam industri batik serta mendapatpersaingan yang sengit dari pengusaha-pengusaha batik profesionaldi sekitar Kota Bharu, beliau telah mengambil langkah  yangberani pada masa yang tepat untuk mengembangkan lagi empayarperniagaannya. Dengan tertubuhnya WISMA NORDINpada pertengahan2003, yang terbahagi kepada beberapa cabang perniagaan, iaituruang pameran dan pusat jualan kraftangan(SHOWROOM NBSB), tempatpenginapan dengan bilik berhawa dingin serta kemudahan yangselesa (PALOH INN), dewan untuk pelbagai

 kegunaan (DEWAN CENGKIH) dan sektor pemaju perumahan(NBMENGINEERING & DEVELOPMENT) yang dibina di atas tapak dengankeluasan 2 ¼ ekar di alamat 74, Kg. Paloh Pintu Geng, 15050 KotaBharu, Kelantan.  Pada masa yang sama, pihak kerajaan telahmengadakan kempen penggalakkan pemakaian batik di kalangankakitangan kerajaan dan juga swasta sebagai sebahagian pakaianrasmi semasa bekerja. Hasil dari galakan daripada kerajaan juga,industri pembatikkan Malaysia telah menunjukkan perkembangan yangpositif. Usaha ini disambut baik oleh seluruh pengusaha batik,dan pihak syarikat Tuan Haji Nordin juga tidak ketinggalan untukmenghasilkan produk yang lebih baik, mempelbagaikan corak danfabrik kain demi memenuhi permintaan pasaran yang semakinmeningkat.Output – Ianya sebagai pemangkin  kepada kemajuan negara dalammeningkatkan ekonomi negara di samping memperkenalkan batik dipersada antarabangsa. Ia juga menjadi amalan masyarakat di negaraini agar menjadikan pakaian batik sebagai satu wadah ataukemestian dalam menghadiri majlis-majlis rasmi   tidak kiramereka Melayu, Cina dan India serta kaum lain juga sebagai jatidiri rakyat Malaysia dalam merealisasikan semangat 1Malaysia.

Secara umumnya, analisis SWOT (Strengths, Weakness, Opportunities& Threats) telah digunakan untuk membuat penilaian dan analisissetelah semua maklumat diperoleh. Pendekatan SWOT adalah satumodel analisis yang paling hampir kepada situasi sebenar keranaia memberi peluang untuk penilaian secara serentak dalam membuatkeputusan, menilai objektif, pelbagai faktor dan strategi (SitiMaimon,

2003). Dalam pendekatan SWOT, saya mengambil langkah  untukmengetahui serba sedikit tentang perniagaan Tuan Haji Nordin darisegi:-Kekuatan (Strengths). Apakah kecekapan yang ada pada perniagaananda?Apakah yang anda benar-benar cemerlang dalam melakukansesuatu?Ya, sentiasa peka dengan perkembangan semasa dalam industry batikkerana sekarang banyak persaingan di antara pengusaha batik samaada dalam Kelantan atau luar dari Kelantan. Saya mesti sentiasakemaskinikan corak serta padanan warna yang terbaru agar setiapbatik yang dihasilkan lebih berkualiti dan mendapat tempatpertama di hati pelanggan.Kelemahan(Weakness). Adakah perniagaan anda kekurangan daripadasegi sumber-sumber atau kebolehan? Adakah perniagaan andaterdedah kepada ancaman pesaing-pesaing?Boleh dikatakan banyak kekurangan terutamanya permintaan yangbanyak dari para pelanggan, semakin banyak permintaan makabanyaklah jumlah kain yang diperlukan dan di situlah sumber-sumber kain dari pengedar perlu kita hubungi. Selain daripadaitu, para pekerja dilatih untuk mengetahui tentang mutu kain,warna, fabrik dan sebagainya.Ya,banyak persaingan serta ancamandari pesaing-pesaing lain terutamanya dari segi sumber kain.Peluang-peluang(Opportunities). Bolehkah perniagaa anda menjuallebih banyak atau mencari pasaran baru atau membuat produk/servis baru?

Seperti yang dikatakan tadi, perniagaan ini boleh berkembang jikawujudnya idea-idea baru untuk dihasilkan bagi menjamin mutu batikyang tinggi. Banyak peluang boleh diketengahkan dan produk inibukan sahaja setakat kain atau kemeja batik sahaja, mungkin kitaakan perkenalkan produk baru berasaskan batik seperti lampu,

kotak, pensel, payung dan pelbagai barangan lain yang mempamerkanciri-ciri batik.Ancaman(Threats). Adakah produk dan teknologi anda bolehditewaskan? Atau adakah pasaran semakin mengecil?Ya, kemungkinan ianya boleh berlaku di kalangan pengusaha batiksekarang terutamanya timbul cara baru yang lebih lengkap, lebihcanggih dan ada juga di kalangan pengusaha yang berkemampuan akanmenggunakan teknik lukisan batik secara digital, dan itulah yangmenjadikan kita tewas. Sebenarnya banyak cara yang boleh kitaketengahkan dalam menghasilkan produk batik yang lebih berkualtidan bermutu.

PROSES PEMBUATAN BATIK

                     

              KAIN DI

‘CHANTING’PROSESSKRIN

 

PRODUK SEDIA UNTUKDIPASARKAN

 

 

                                             Showroom Nordin Batik ialah sebuah pusat jualan kraftanganyang terletak di bangunan Wisma Nordin, Lot 74, Kampung PalohPintu Geng, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai sebuah pusat kraftanganyang pertama seumpamanya di bandar Kota Bharu. Usaha syarikat iniuntuk memperkenal dan menaikkan kembali martabat hasil kraftangantempatan yang mana satu-satunya warisan tradisi nenek moyang kitadapat dihargai oleh semua lapisan masyarakat dan dipelihara hasilseninya. Penumpuan syarikat ini ialah untuk memasarkan barangankraftangan dan hasil produk batik dan juga songket.Pemilik Showroom Nordin Batik, Tuan Haji Nordin Bin Mahmood telahmendapat khidmat nasihat dari pihak Kraftangan Malaysia untukmenjalankan perusahaan penjualan kraftangan. Pada mulanya, TuanHaji Nordin merancang untuk menjadikan tapak jualan ini sebagaisebuah pusat pameran dan jualan barangan batik sahaja, tetapisetelah dikaji dan ditinjau oleh pihak Kraftangan Malaysia, tapakjualan ini berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah pusatkraftangan yang mengumpulkan pelbagai jenis hasil seni dankraftangan yang unik dan menarik. Dengan inisiatif pemilik, makawujudlah sebuah pusat pameran dan jualan kraftangan yang pertamadi negeri Kelantan dengan keluasan 11,200 kaki persegi yangdikenali sebagaiShowroom Nordin Batik. Bersama kakitangan seramaisepuluh orang yang diuruskan oleh pengurus pusat pameran, PuanAzlinda bt Nordin dan saya pasti Showroom Nordin Batik mampu munculsebagai                  pusat kraftangan yang terkenal di Malaysia.

1.Objektif                  Pusat pameran dan jualan kraftangan yangdiwujudkan adalah salah satu projek pelancongan yang bakalmenarik minat pelancong bagi mengenali lebih dekat kesenian dankehalusan kraftangan masyarakat tempatan. Showroom NordinBatikdiharapkan dapat mengiktiraf produk kraftangan ke peringkatantarabangsa, sekaligus dapat memartabatkan nilai budaya Melayu

yang sebenar. Syarikat juga berharap agar pusat kraftangan inidapat menjadi salah satu destinasi pelancongan yang terkenal dinegeri Kelantan, khusus bagi pelancong yang ingin mendapatkanproduk kraftangan yang terbaik dan pelbagai dengan harga yangberpatutan.2. Misi / Visi

                  Misi utama syarikat dalam mewujudkan pusatpameran dan jualan kraftangan ini ialah untuk menyedia danmemasarkan produk-produk kraftangan dan tradisional yangmempunyai ciri-ciri keaslian nilai seni dan budaya yang tinggi.3.  Sasaran Pelanggan

                  Syarikat telah mengenalpasti beberapa kategoripelanggan yang disasarkan bagi melancarkan pameran dan penjualanproduk kraftangan :1.            Rombongan pelancong luar negeri2.            Rombongan pelancong tempatan3.            Kakitangan kerajaan dan perbadanan4.            Pemborong-pemborong tempatan dan luar negeri

4.  Produk Pembuatan dan Jualan

                  Beberapa produk yang bakal dijadikan bahanpameran dan jualan di pusat kraftangan syarikat ialah:1.        Produk batik (kain, baju siap, beg, bekas pensil dan lain-lain)2.        Barang-barang haji dan ihram (kain ihram, tali pinggang haji,        seluar haji dan telekong sembahyang)3.        Produk perak (pasu, mangkuk, perhiasan, replika dan lain- lain)4.        Produk kayu ukir (bekas pensil, bingkai gambar, perhiasan,          bingkai cermin dan lain-lain)5.        Pasu antik (terdiri daripada pasu yang dibentuk dan             dicorakkan    dengan teknik tradisional)6.        Produk songket (kain, beg dan perhiasan rumah)7.        Produk tembikar (terdiri daripada produk tembikar dalam     pelbagaisaiz dan bentuk)

8.        Produk kaca (diimport khas dari negara China seperti gelas            kaca,pasu bunga, buah-buahan hiasan dan lain-lain)9.        Produk mengkuang dan rotan ( terdiri daripada tudung saji,            beg,bakul, topi, bekas bunga dan lain-lain)10.     Produk khat dalam pelbagai bentuk dan saiz dengan ukiranayat-   ayat suci Al-Quran.11.     Alatan sembahyang (seperti tasbih, sejadah, kopiah,            songkok danbaju melayu untuk dewasa dan kanak-kanak)

5. Aktiviti Pelancongan

                  Beberapa aktiviti pelancongan telah dirancangdan dijadualkan yang mana akan beroperasi di salah satu sudut ditapakShowroom Nordin Batik ini bagi memberi peluang kepadapelancong yang berkunjung untuk melihat dengan lebih dekatbagaimana produk kraftangan dihasilkan. Antara aktiviti yangsyarikat sediakan ialah mini bengkel untuk mendemonstrasikan carapembuatan batik bermula dari proses  ‘chanting’ dan mewarna.Syarikat juga  mengadakan demostrasi membuat wau dan tenunansongket.6.  Kemudahan dan Keistimewaan

                  Sebagai sebuah pusat pameran yang bakaldikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat dan dari seratanegeri, syarikat akan memastikan pengunjung yang datang mestilahdilayan dengan sebaik mungkin, dan kerana menyedari hakikattersebut syarikat akan menempatkan kakitangan yang mencukupi danmesra pelanggan untuk melayan pelanggan syarikat di setiapbahagian yang diwujudkan. Bukan itu sahaja, antara kemudahan lainialah kemudahan musalla, dan kawasan meletak kereta yangmencukupi bagi menampung kehadiran pelancong. Syarikat juga telahmewujudkan beberapa replika berbentuk produk kraftangan sepertirebana, keris, kain batik dan ‘chanting’. Dengan adanya replikaini mungkin boleh menarik minat pelancong untuk berhenti dansinggah di pusat kraftangan syarikat ini.

7.   Strategi Pemasaran

                  Syarikat telah merancangkan beberapa strategipemasaran bagi memberikan maklumat kepada umum berkenaan pusatpameran dan jualan kraftangan yang diwujudkan melalui beberapamedia seperti internet, akhbar dan media elektronik  yang manadari segi penerimaan maklumat yang lebih menyeluruh dan meluas.Melalui promosi yang bakal diadakan, syarikat dapat menarik minatpelancong dan masyarakat tempatan untuk membeli produk kraftangandengan harga istimewa. Di samping itu, syarikat juga giatmempromosikan rangkaian produk dengan mengadakan lawatan promosi  dari sekolah ke sekolah, lawatan ke jabatan-jabatan kerajaan,agensi pelancongan, dan menaja pakaian bagi pengacara televisyendan artis, selain dari mengadakan karnival jualan dengan tawaranharga yang menarik.

1.            Pada 10 Dis 2003      

             LAWATAN PARA PELAJAR UITM, CAWANGAN      KELANTAN(seramai 15 orang)

2.                  Pada 15 Dis 2003            ROMBONGAN PARA PENGARAH DAN PEGAWAI KANANJABATAN KASTAM MALAYSIA (seramai 80 orang)

3.                  Pada 22 Dis 2003                    LAWATAN PARA PELAJAR UITM SHAH ALAM, JURUSANSENIREKA (seramai 40 orang)

4.                  Pada 28 Dis 2003                   ROMBONGAN PELAWAT DARI KEDAH.(seramai 45 orang)

5.                  Pada   15 Jan 2004                  LAWATAN SEMPENA BREAST CANCER HUSM (lebih kurang     80 orang)

                                                         Pada   16 Jan 2004                       LAWATAN PARA PELAJAR DARI UNIVERSITI OF   MINNESOTA,AMERIKA SYARIKAT (lebih kurang 45 orang)

7.                  Pada   28 Jan 2004                  LAWATAN PARA PELANCONG DARI TAIWAN (seramai 30orang)

 

Usahawan yang mengusahakan batik merupakan seseorang yangberfikiran kreatif, inovatif dan bersedia mengambil risiko dalammengusahakan usaha teroka yang diceburinya. Usahawan akan cubamenghasilkan idea-idea perniagaan yang baru, mengoptimumkanpenggunaan sumber-sumber yang sedia ada dalam membangunkanperniagaannya sehingga berjaya. Usahawan juga dikatakan menciptakekayaan dari hasil usaha terokanya. Peranan usahawan adalahsangat penting dalam membina masyarakat yang sempurna dan sihat.Pihak kerajaan telah mewujudkan banyak program-program bagimenggalakkan penyertaan individu sebagai usahawan. Persediaanuntuk menjadi usahawan bolehlah diibaratkan sebagai langkahbersiap sedia menuju medan perang. Individu yang terlibathendaklah mempastikan bahawa mereka bukan sahaja mempunyaikelengkapan fizikal yang standing dengan musuh dalam bidangperniagaan yang akan diceburi tetapi juga mempunyai kekuatanspiritual dan mental yang seimbang dengan cabaran yang akanditempuhi. Walaupun kerjaya sebagai usahawan sesuatu yangdianggap mencabar, namun pada masa yang sama hasil danganjarannya amatlah memberangsangkan.Untuk menjadi seorangusahawan yang berjaya, seseorang individu itu perlu mempunyaiciri-ciri unik seorang usahawan. Ciri-ciri inilah yang membezakanindividu yang bergelar usahawan dengan bukan usahawan. Seseorangusahawan itu boleh menjadi seorang pengurus dan peniaga kecil,namun belum pasti mereka ini  boleh menjadi usahawan yangberjaya. Profil usahawan berjaya boleh dijadikan contoh dansumber inspirasi kepada seseorang individu dalam mengejar cita-citanya menjadi usahawan berjaya dan cemerlang.

Dicatat oleh JOE HOZE FERNANDEZ di 6:27 PTG 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Recommended