+ All Categories
Home > Documents > analisis kitab al-azkar imam nawawi

analisis kitab al-azkar imam nawawi

Date post: 23-Feb-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
23
IXGU 6121 - KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN (TUGASAN INDIVIDU) TAJUK: KITAB AL-AZKAR AN-NAWAWIYYAH DISEDIAKAN OLEH: ZHAFRI AMALI BIN AMALADDIN IGB140010 JABATAN AL-QURAN DAN HADITH (USULUDDIN) PENSYARAH: DR. AHMAD ZUHDI BIN ISMAIL
Transcript

IXGU 6121 - KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN

(TUGASAN INDIVIDU)

TAJUK:

KITAB AL-AZKAR AN-NAWAWIYYAH

DISEDIAKAN OLEH:

ZHAFRI AMALI BIN AMALADDIN

IGB140010

JABATAN AL-QURAN DAN HADITH (USULUDDIN)

PENSYARAH:

DR. AHMAD ZUHDI BIN ISMAIL

KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN

1.1 BIOGRAFI IMAM NAWAWI

BAB 2: PENGENALAN KITAB AL-AZKAR, IMAM NAWAWI

2.1 TUJUAN ASAL PENULISAN KITAB

2.2 MAKLUMAT KITAB

2.3 METODOLOGI PENULISAN KITAB AL-AZKAR

2.4 METOD PENYUSUNAN KITAB

BAB 3: CONTOH-CONTOH DARIPADA KITAB

BAB 4: ANALISIS

4.1 KELEBIHAN KITAB AL-AZKAR

4.2 KELEMAHAN KITAB AL-AZKAR

BAB 5: KESIMPULAN

BIBLIOGRAFI

PENUTUP

2

3

3

7

7

8

8

9

1

1

1

4

1

4

1

5

15

2

16

Bab 1: Pengenalan

1.1 Biografi Imam An-Nawawi

Nama beliau: Abu Zakariyya Muhyiddin Yahya Ibnu Syaraf Al-

Hizami Al-Hawaribi As-Syafi’i

Tempat Lahir: Dilahirkan di sebuah kampung bernama Nawa di

Damsyik, Syria, jadi oleh sebab itu nama beliau dinisbahkan

kepada tempat lahir beliau iaitu Nawa.

Tarikh Lahir: Bulan Muharram 631 H.

3

Rehlah Ilmiyyah: Beliau telah berpindah ke Damsyik pada

tahun 649 M dan tinggal di Rawahibiyyah. Di tempat ini

beliau sempat menghafal kitab At-Tanbih dan hanya mengambil

masa selama empat bulan setengah sahaja. Kemudian beliau

menghafal kitab Al-Muhadzdzab pada bulan yang berikutnya

dari tahun yang sama. Pada masa ini beliau telah dibimbing

oleh Syeikh Kamal Ibnu Ahmad.

Ketika melaksanakan haji bersama ayahnya, Imam An-Nawawi

tinggal di Madinah selama satu bulan setengah. Beliau jatuh

sakit ketika dalam perjalanan. Abul Hasan Ibnul Atthaxer

menjelaskan bahawa Imam Nawawi menceritakan kepadanya, pada

setiap hari beliau akan mempelajari dua belas matapelajaran

di bawah bimbingan guru-gurunya. Sama ada dalam hal syarah

mahupun tashih, dua matapelajaran untuk kitab Al-Wasith,

kemudian satu matapelajaran untuk kitab Al-Muhadzdzab, Al-

Sahihayn, Sahih Muslim, Al-Luma’ karya Ibnul Jinni, tentang

ilmu retorik, ilmu sorof, usul fiqh, biografi perawi hadith

dan ilmu Usuluddin.

4

Imam Nawawi menyebut: “ Aku mencatatkan semua pelajaran

tersebut baik berupa penjelasan kepada istilah yang sukar,

mahupun penjelasan ungkapan dan penyelarasan bahasa, dan

Allah s.w.t telah banyak memberkati waktuku. Pernah

terlintas dalam fikiranku untuk menyibukkan diri dengan ilmu

kedoktoran, kemudian aku mempelajari kitab Al-Qanun. Namun

dengan tiba-tiba hatiku menjadi gelap, berhari-hari aku

tidak mampu belajar. Aku berasa kasihan pada diriku,

sehingga aku menjual kitab tersebut dan hatiku kembali

menjadi terang”.

Guru-guru beliau:

Al-Ridha Ibn Burhan

Abdul Aziz bin Ahmad Al-Ansari

Zainuddin bin Abdid Da’im

Imaduddin Abdul Karim Al-Harastani

Zainuddin Khalaf Abil Baqa Ibn Yusuf Al-Maqdisi Al-

Nablisi

Taqiyyuddin bin Abi Al-Yasr

Jamaluddin bin Al-Sairafi

5

Syamsuddin bin Abi Umar

Abi Ishaq Ibrahim bin Isa Al-Maradi Al-Andalusi

Kamal Ishaq bin Ahmad bin Uthman Al-Maghribi Al-Maqdisi

Syamsuddin Abdul Rahman Bin Nuh

Izzuddin bin Saad Al-Arbali

Al-Qadhi Al-Taflisi

Sheikh Ahmad Al-Misri

Ibn Malik

Murid-murid beliau:

Al-Khatib Sadr Al-Din Sulayman Al-Ja’fari

Syihabuddin Al-Arbadi

Syihabuddin bin Ja’wan

Ala’uddin Al-‘Attar

Ibnu Abi Al-Fath

Al-Mizzi

Ibn Al-Attar

Kerja Keras Imam Nawawi

6

Imam Nawawi menceritakan kepada anak muridnya Ibn

Attar: “Aku tidak pernah membuang waktu dengan begitu sahaja

pada waktu siang mahupun malam. Walaupun berada dalam

perjalanan. Aku belajar agama selama enam tahun, kemudian

aku lanjutkan dengan menulis kitab, berdakwah, berkhutbah

dan menyuarakan kebenaran.” Di samping itu beliau sentiasa

bekerja keras, beramal dengan wara’, secara teperinci dan

dipantau, membersihkan jiwa dari segala kekotoran, dan

berusaha dengan sedaya upaya untuk merealisasikan tujuan

tersebut, beliau juga adalah seorang penghafal hadith dan

ilmu yang berkaitan dengan sahih dan dhaif hadith. Beliau

juga menjadi tempat rujukan tentang persoalan perbandingan

mazhab.

Sifat Zuhud Imam Nawawi

Sheikh Rasyid Ibnu Mu’allim pernah berkata: “Aku

mengkritik Sheikh Muhyiddin kerana tidak pernah masuk bilik

mandi umum dan dia menyusahkan hidupnya sendiri dalam hal

makanan, pakaian, sikap dan kekhuatirannya terhadap penyakit

7

yang menghalanginya daripada aktiviti menuntut ilmu. Sheikh

tersebut menambah: “ Sesungguhnya si Fulan itu berpuasa dan

beribadah sampai kulitnya menjadi hijau, beliau tidak pernah

makan buah-buahan dan timun, kerana beliau khuatir buah-

buahan dan timun akan melembapkan tubuhnya dan menjadikannya

mengantuk. Dalam sehari beliau hanya makan sekali sehari dan

minum satu kali iaitu pada waktu sahur”.

Karya Imam Nawawi:

Syarah Sahih Muslim

Riyadhus Salihin

Al-Azkar

Al-Arba’in An-Nawawiyyah

Al-Irsyad fi Ulumil Hadith wa Taqrib Al-Mubhamat

Tahrirul Alfazh littanbih

Al-Umdah fi Tashih At-Tanbih

Al-‘Idhah fil Manasik

Al-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran

Al-Fatawa

Al-Raudhah

8

Syarhul Muhadzdzab ila Babil Mishrat

Syarah bagi sebahagian hadith Bukhari

Sebahagian kitab Al-Wasith

Sebahagian Kitab Al-Hikam

Akhir hayatnya:

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau sempat mengunjungi

Baitul Maqdis, kemudian kembali ke kampung kelahirannya di

Nawa.

Selepas itu beliau jatuh sakit di rumah ayahandanya. Ajal

pun menjemput beliau kembali ke rahmatullah pada tarikh 24

Rejab tahun 676 Hijrah.

Bab 2: Pengenalan Kitab Al-Azkar, Imam An-Nawawi

2.1 Tujuan Asal Penulisan kitab Al-Azkar:

Imam Nawawi menyebut tujuan asal beliau menulis kitab ini

adalah: “Para Ulama’ banyak menulis mengenai perkara-perkara

yang berkaitan dengan amalan seorang Muslim dalam kehidupan

seharian, kumpulan doa dan zikir yang ada di dalam banyak

kitab dan dikenali luas oleh kalangan individu terpelajar.

9

Namun kitab-kitab tersebut adalah terlalu besar, kerana ia

menyatakan sanad-sanad yang panjang serta hadith yang

berulang-ulang. Ini menyebabkan para pelajar hilang semangat

untuk mempelajarinya. Di sinilah saya (Imam Nawawi) berniat

untuk memudahkan isi kitab-kitab tersebut bagi mereka.”

2.2 Maklumat Kitab

Nama kitab: Hulliyyatul Abrar Wa Syia’rul Akhyar Fi Talkhis Al-Da’awat wal

Azkar Al-Mustahabbah fil Laili Wa Nahar. Kitab ini lebih dikenali

sebagai Al-Azkar An-Nawawiyyah.1

Penulis: Al-Imam Al-Faqih Al-Muhaddith Muhyiddin Abi

Zakariyya Yahya bin Syaraf An-Nawawi Al-Dimasyqi

Cetakan: 1971, Mansyurat Darul Malah lil Tiba’ah Wa Nasyr

Edisi Tahqiq: 1. Tuhfatul Abrar Bi Nakti Azkar oleh Al-

Hafiz As-Suyuthi(911 H)

1 Muhyiddin Abi Zakariyya Yahya bin Syaraf An-Nawawi, Al-Azkar, 1971, Mansyurat Darul Malah lil Tiba’ah Wa An-Nasyr. Edisi Tahqiq Sheikh AbdulQadir Al-Arnaut.

10

2. Al-Futuhat Al-Rabbaniyyah ‘Ala Al-Azkar An-

Nawawiyyah, oleh Ibn ‘Allan Al-Sadiqi (1057H)

3. Al-Kalim At-Toyyib, oleh Taqiyyuddin Abu Al-

Abbas (728H) Bilangan Jilid: 1

2.3 Metodologi Penulisan Kitab Al-Azkar

1. Beliau menghapuskan sanad-sanad yang panjang serta

menggantikannya dengan status hadith tersebut sama ada

sahih, hasan, daif atau munkar sesuatu hadith.

2. Beliau juga ada menambahkan beberapa penerangan

daripada ilmu hadith, ilmu fiqh, qawaid bahasa arab,

psikologi, dan adab-adab yang penting yang perlu untuk

difahami oleh ahli ibadah.

3. Beliau menggunakan pendekatan yang sederhana dan tidak

terlalu berat yang bersesuaian dengan orang awam

mahupun golongan terpelajar.

4. Beliau juga menyatakan di muqaddimah kitabnya: “ jika

ada di kalangan para sahabat yang tidak terlalu

dikenali,maka saya akan menyebutkan, “ Kami

11

meriwayatkan dari si Fulan yang berstatus sahabat,”.

Ini adalah supaya statusnya tidak diragui.

5. Di dalam kitab ini, beliau hanya memasukkan hadith-

hadith yang diambil dari kitab-kitab hadith yang

terkenal dan menjadi rujukan kepada ilmu-ilmu Islam

seperti, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud,

Sunan Tirmizi, dan Sunan Nasa’i. Beliau hanya

meriwayatkan hadith yang sedikit sahaja daripada kitab-

kitab yang hadith terkenal yang lain.

6. Beliau juga tidak menukilkan daripada kitab Musnad

kecuali sedikit.

7. Beliau ada juga menukilkan hadith yang daif daripada

kitab-kitab hadith yang menjadi rujukan, tetapi dalam

bilangan yang sedikit. Namun begitu, apabila beliau

menukilkan hadith daif, pasti beliau akan menjelaskan

status kedhaifan hadith tersebut.

8. Beliau hanya membawakan hadith-hadith yang bersesuaian

dengan masalah yang dikaji.

2.4 Metode Penyusunan Kitab:

12

1. Dimulakan dengan Muqaddimah daripada penulis mengenai

kitab.

2. Kitab ini dimulakan dengan menerangkan satu fasal

mengenai “Ikhlas dan Niat yang baik dalam semua

perbuatan zahir ataupun batin.” Ini adalah ibarat

seruan daripada penulis supaya mengikhlaskan hati

kerana Allah sebelum melaksanakan amal ibadat yang

berasaskan sunnah Nabi s.a.w

3. Fasal yang kedua adalah menerangkan tentang adab

berzikir.

4. Kemudian barulah kitab memulakan dengan menggunakan

istilah “bab”.Ia bermula daripada bab “ Ringkasan

terhadap apa yang berkaitan dengan zikir yang tidak

terikat dengan niat” sehinggalah bab “ Asmaulllah al-

Husna”. Terdapat 23 buah bab dalam bahagian ini.

5. Selepas daripada itu, penulis mula menggunakan istilah

“ اب� bagi menamakan tajuk-tajuk yang besar. Di bawah ”ك�ت�����

13

اب� ini ada beberapa bab bagi setiap tajuk. Terdapat ك�ت�����18 tajuk besar ataupun اب� :yang ada di dalam buku ini ك�ت�

Kitab Tilawatul Qur’an

Kitab Hamdullahi Taala

Kitab As-Solah ‘Ala Rasulillah

Kitab Al-Azkar wa Al-Da’awat lil Umur

Kitab Azkar Al-Maradh Wal Mawt Wa Ma Yata’allaqu

bihima

Kitab Al-Azkar fi Salawat Makhsusah

Kitab Azkar Al-Siyaam

Kitab Azkar Al-Hajj

Kitab Azkar Al-Jihad

Kitab Azkar Al-Musafir

Kitab Azkar Al-Akl Wa Al-Syarab

Kitab As-Salam wal Isti’zan wa Tasymit Al-‘Atis wa

ma Yata’allaq biha

Kitab Azkar An-Nikah wa ma Yata’allaq bihi

Kitab Al-Asma’

Kitab Al-Azkar Al-Mutafarriqah14

Kitab Hifzul Lisan

Kitab Jami’ Al-Da’awat

Dan Kitab Al-Istigfar.

6. Dalam mengakhiri buku ini, Imam An-Nawawi menambahkan

tiga puluh hadith beserta sumbernya. Alasan beliau

menambah 30 hadith ini adalah dengan tujuan penambah

baikan kitab. 30 hadith ini dikenali sebagai Al-‘Ahadith

‘Alaiha Madarul Islam’.

Bab 3: Contoh- contoh daripada kitab:

1. Contoh yang menunjukkan hadith-hadith ini dibuang

sanadnya, dan hanya yang tinggal perawi tunggal

daripada kalangan sahabat:

هما ي� ال�له ع�ن اس رض ب��ن� ع�ت� �دع�ن� ا رج� م�ن� ع�ت ه، خ� ي� ال�له ع�ن ي� ط�ال�ب� رض ب�� ن� ا* ن� ع�لي� ب�� ، ا*

ف ! ك�ي� ا ح�سن� ب�� ا ا* اس: ب�� ال ال�ت ق� ه، ف� ن� ي ف� وف ي� ت�� عه ال�د ي� وج�� ه وس�لم ف رس�ول ال�له ص�لي ال�له ع�لن�

ا ارب�* حمد ال�له ب�� ح ب�� ص�ب� ال: ا* ه وس�لم؟ ق�� ح رس�ول ال�له ص�لي ال�له ع�لن� ص�ب� 2.ا*

2 Ibid,hal:112

15

2. Imam Nawawi dalam menyampaikan hadith kerap kali

menggunakan perkataan ا ت �Pي :Contohnya .رو

ا ت �Pي ي�ره�ا، ع�ن�رو ه وغ ن� م�اج� اب� اب�� ، وك�ت� *ي� ساب� اب� ال�ن ، وك�ت� ي� اب� الي�رم�د ي� ك�ت� حه� ف د ال�صحي� ت� ي� س�ا الأ* ب��

م ك�ر ه�اذ كgيfروا ذ ال: ا* ه وس�لم ق�� ه، ع�ن� رس�ول ال�له ص�لي ال�له ع�لن� ي� ال�له ع�ن ي�Pرة� رض ي� ه�ر ب�� "ا*

ي�Pبf ح�سن� ي� ح�د ال الي�رم�د ، ق�� ي� ال�موب� عن اب� ي�� 3.ال�لد

3. Apabila terdapat perkataan صل di ف� dalam buku ImamNawawi, bermaksud ada sesuatu perkara yang ingin

dijelaskan oleh beliau. Contohnya adalah seperti

berikut:

صل ) ي� :( ف� حب� ال�عمل ف ور وي��سي| ج� ي�ره�م، : ب�� هاء وغ ق� ن� وال�ف ي� fال ال�علماء م�ن� ال�محدث� ق��

وع�ا كن� م�وض� ف م�ا ل�م ب�� عي� ي�Pبf ال�ض ال�حد ب�� ب�� ب� والي�ره�ي� ي� ل والي�رع� اث�* ص 4.ال�ف

3 Ibid,hal:1124 Ibid, hal:5

16

4. Jika hadith itu hadith dari Sahih Bukhari atau Sahih

Muslim, maka Imam Nawawi tidak akan menyatakan status

hadith itu dihujungnya sebab ia pasti sahih, namun jika

ia daripada Sunan Tirmizi, maka Imam Nawawi akan

menyatakan status hadith itu dihujungnya. Begitu juga

dengan hadith dari Abu Daud,jika ada komen Tirmizi ke

atas hadith tersebut, maka Imam Nawawi akan menulis

status hadith itu dihujungnya.

Maka bagi kitab selain daripada Sahih Bukhari dan Sunan

Tirmizi, maka Imam Nawawi tidak akan menyatakan status

hadith tersebut. Contohnya seperti berikut:

Hadith Bukhari:

ا ت �Pي اري�ورو ح ح ال�ي� ي� ص�حب� ر ف ي� ذ ب�� هما، وع�ن� ا* ي� ال�له ع�ن مان� رض ن� ال�ي� ه� ب�� ف �Pي ، ع�ن� ح�د

ه fراش لي ف� �وي ا ا ا* ذ �ه وس�لم ا الأ: ك�ان� رس�ول ال�له ص�لي ال�له ع�لن� ه ق�� ي� ال�له ع�ن "رض

17

عد م�ا ا ي�� اب� ح�ت� ي� ا* ال: ال�حمد ل�له ال�د ظ� ق�� ف� ي� ا اس�ت� ذ �، وا م�وب� ا وا* ح�ت� اس�مك� ال�لهم ا* ال: ب�� ق��

ور fش ه ال�ن ل�ن� �ا وا ت |Pي م�ا 5."ا*

Hadith At-Tirmizi:

ي£ن� شي�ر� م�ا ث�� ال: ه وس�لم ق�� ي� ص�لي ال�له ع�لن� ن� ن� ال�ت ه، ا* ي� ال�له ع�ن ا ع�ن� ع�لي� رض ت �Pي "ورو

ول: ي��سم ال�له ف� ن� ي�� ف ا* ي� ل ال�كت ا ذح� ذ �ذم ا ي� ا* ن ن� و عوراب� ي�� ن� ال�ح� ع�ي� " رواةا*

وي� ال�ف� س ب�� اذة ل�ن� س�ت �ال ا ي� وق�� 6.الي�رم�د

Hadith Abu Daud dan Tirmizi:

ي� ي� ذاوذ، و الي�رم�د ب�� ي� س�ي ن� ا* ا ف ت �Pي هورو ي� ال�له ع�ن س رض ي� ي�ره�م، ع�ن� ا* *ي� وغ ساب� ، وال�ن

ه: ن� ت£ ªرج� م�ن� ث� ا خ� ذ �ي� ا عن ال( ي�� ) م�ن� ق�� ه وس�لم: ال رس�ول ال�له ص�لي ال�له ع�لن� ال: ق�� "ق��

5 Ibid, hal:166 Ibid, hal:21

18

ب� ي� ي�Pب� وك�ف ال له: ه�د ق� ال�له، ي�� لأ ب�� �وة� ا وك�لب� ع�لي ال�له، ولأ ح�ولأ ولأ ق� " ي��سم ال�له ت��

طان� ي� fه ال�س ́يحي ع�ن ، وي�� ب� ي� ي�Pبf ح�سن�ووف�� : ح�د ي� ال الي�رم�د " ق�� .7

Hadith dari sumber lain (yang tidak dinyatakan di

atas):

ي� ن� ال�سن اب� اب�� ي� ك�ت� ا ف ت �Pي ال رس�ول ال�له ص�ليورو ال: ق�� ه ق�� ي� ال�له ع�ن س رض ي� ، ع�ن� ا*

ل ول ال�رح�� ف� ن� ي�� ذم ا* ي� ا* ن ن� وعوراب� ي�� ن� ال�ح� ع�ي� ي£ن� ا* شي�ر م�ا ث�� ه وس�لم: "ال�له ع�لن�

لأ ه�و �له ا �ي� لأ ا ه: ي��سم ال�له ال�د اب�� ت� fطرج ي� ن� ي�� راذ ا* ا ا* ذ �8".ال�مسلم ا

Bab 4: Analisis 0192564524

4.1 Kelebihan Kitab Al-Azkar:

7 Ibid,hal:188 Ibid,hal:18

19

1. Keseluruhan hadith di dalam buku ini boleh dikatakan

hadith sahih, namun terdapat beberapa hadith dhaif juga

dalam buku ini.

2. Imam Nawawi dalam penulisannya, banyak menjelaskan

perkara-perkara yang menjadi tanda Tanya pembaca,

seperti hukum beramal dengan hadith dhaif, adakah

membaca fatihah dalam keadaan ruku’ atau sujud

membatalkan solat, dan bermacam-macam lagi perkara

berbentuk penjelasan yang sangat baik untuk pembaca

dari kalangan orang awam.

3. Imam Nawawi amat teliti dalam penulisan hadith

terutamanya dari segi memberikan darjat hadith

tersebut, sama ada sahih,hasan, dhaif atau lain-lain.

4. Buku ini ringkas dan bahasanya tidak terlalu tinggi

serta sesuai di amalkan oleh orang awam.

5. Buku ini juga membantu orang awam dalam memenuhi amalan

mereka seharian dengan amalan sunnah yang datang terus

daripada Nabi s.a.w.

4.2 Kelemahan Kitab Al-Azkar:20

1. Ada ketika beberapa hadith tidak dinyatakan statusnya

oleh penulis, terutamanya hadith-hadith selain dari

Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan Tirmizi.

2. Ada juga hadith dhaif yang tidak dinyatakan

kedhaifannya pada matan mahupun sanad.

3. Imam Nawawi juga ada menyandarkan beberapa Qaul kepada

ulama’, namun tidak dijelaskan siapa ulama’ tersebut

dengan jelas.

4. Hadith-hadith kebanyakan diberitahu sumbernya sahaja,

namun tidak dinyatakan nombor hadith, di dalam kitab

apa, bab apa, muka surat dan sebagainya.

5. Terdapat kesamaran dalam membezakan di antara Fasal dan

juga Bab, dan apakah beza di antara keduanya. Juga ada

bab yang tidak merakamkan satu hadith pun, malahan

hanya menaqalkan kata-kata ulama’ lain atau Imam Nawawi

sendiri.

Bab 5: Kesimpulan

Kitab Al-Azkar An-Nawawiyyah ini sememangnya merupakan

satu khidmat yang besar bagi umat Islam, dalam usaha

21

menthabitkan amalan kepada Nabi s.a.w. Kitab ini

mempunyai kekuatan dari segi sumber hadith dan

kesahihannya. Usaha Imam Nawawi dan para muhaqqiq kitab

ini sebenarnya adalah satu usaha yang harus dipuji dan

diangkat ke tempat yang sepatutnya

Saranan saya agar kitab ini dijadikan amalan setiap

umat Islam di Malaysia,agar kita dijauhkan dengan

amalan-amalan yang tidak bersumberkan nas-nas Al-Quran

mahupun hadith yang sahih, dan yang diterima oleh Allah

s.w.t.Cuba kita umpamakan seorang yang diberikan sebuah

kereta yang mewah namun beliau tidak ada kemahiran

memandu dan tidak mempunyai lesen memandu, maka sia-

sialah sahaja kereta mewah itu diberikan kepadanya.

Begitu juga jika mahu beramal sekalipun, kita

memerlukan ilmu yang secukupnya untuk beramal dengan

cara yang disarankan oleh Nabi s.a.w.

Bibliografi

22

Muhyiddin Abi Zakariyya Yahya bin Syaraf An-Nawawi, Al-

Azkar, 1971, Mansyurat Darul Malah lil Tiba’ah Wa An-

Nasyr. Edisi Tahqiq Sheikh Abdul Qadir Al-Arnaut.

Panel Penterjemah, Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi,2014,

Cetakan ke-5, Al-Hidayah Publication,Selangor Darul

Ehsan.

23


Recommended