+ All Categories
Home > Documents > bab 4 : pembinaan kotak bentuk - baixardoc

bab 4 : pembinaan kotak bentuk - baixardoc

Date post: 02-Feb-2023
Category:
Upload: khangminh22
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
10
BAB 4 : PEMBINAAN KOTAK BENTUK 4.1 PENGENALAN Kotak bentuk atau ‘formwork’ merupakan binaan sementara yang biasa digunakan dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapat berbagai-bagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentuk iaitu seperti kayu,keluli dan plastik. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakan dalam industri pembinaan adalah dari jenis kayu. Ini kerana ianya mudah di pasang dan dikendalikan. Kayu yang hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari jenis kayu yang baik dan telah di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenis ini mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhannya semasa konkrit dituang, dipadat,digetarkan dan semasa konkrit diset. Manakala 50
Transcript

BAB 4 : PEMBINAAN KOTAK BENTUK

4.1 PENGENALAN

Kotak bentuk atau ‘formwork’ merupakan binaan sementara yang biasa

digunakan dalam industri pembinaan bagi sesebuah bangunan yang terdapat

berbagai-bagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk membuat kotak bentuk

iaitu seperti kayu,keluli dan plastik. Kebanyakkan kotak bentuk yang digunakan

dalam industri pembinaan adalah dari jenis kayu. Ini kerana ianya mudah di

pasang dan dikendalikan.

Kayu yang hendak digunakan untuk membuat kotak bentuk mestilah dari

jenis kayu yang baik dan telah di jemur dengan sempurna. Ini kerana kayu jenis

ini mempunyai kualiti dan kekuatan yang boleh memastikan keteguhannya

semasa konkrit dituang, dipadat,digetarkan dan semasa konkrit diset. Manakala

50

jika kayu yang digunakan untuk membuat kotak bentuk terlalu kering maka

kecacatan konkrit akan berlaku contohnya seperti kecacatan sarang labah-labah

( honey comb ). Manakala jika kayu terlalu basah pula digunakan ia akan

merenggangkan penyambungan kotak bentuk dan akan menghasilkan

permukaan konkrit yang tidak rata. Penggunaan kayu untuk kotakbentuk adalah

lebih ekonomi jika penggunaannya tidak berulang-ulang,iaitu tidak melebihi 4

kali.

Disini saya ingin menerangkan mengenai kotak bentuk untuk tiang, rasuk

bumbung dan rasuk lantai yang diperbuat daripada kayu. Penggunaan kotak

bentuk menggunakan kayu di struktur binaan disini amat penting bagi

memastikan sesuatu struktur bangunan itu lengkap sempurna. Tanpa adanya

kotak bentuk, suatu binaan itu tidak dapat didirikan.

4.2 SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

4.2.1 Penukul

Rajah 4.2.1 penukul

51

4.2.2 Pita ukur

Rajah 4.2.2 pita ukur

4.2.3 Gergaji

Rajah 4.2.3 Gergaji bersama pita ukur

52

4.3.4 Kepala ‘stagging’

Rajah 4.3.4 Kepala ‘stagging’

4.3.5 Peranca

Rajah 4.3.5 Contoh peranca yang digunakan

53

4.3 CARA PENGENDALIAN PERALATAN SEMASA LATIHAN

4.3.1 Penukul

Tukul digunakan untuk kerja kerja mengetuk papan kotak bentuk supaya

dapat membentuk satu kotak bentuk yang sempurna. Disebut juga tukul kuku

kambing. Ia digunakan bersama paku.

4.3.2 Pita ukur

Ia digunakan untuk mengukur saiz saiz kotak bentuk yang diperlukan

mengikut saiz yang dikehendaki. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya

mudah digunakan dan ekonomik.

4.3.3 Gergaji

Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz yang

diperlukan. Ianya tajam dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusia

sepenuhnya. Ia digergaji setelah diukur dengan tepat.

4.3.4 Kepala ‘stagging’

Kepala stagging ini digunakan untuk menyokong kotak bentuk bagi rasuk

bumbung. Berbentuk 4 segi dibahagian kepalanya. Ia diketatkan dengan bolt dan

nat. Ia dipasang bersama peranca.

54

4.3.5 Peranca.

Peranca diperbuat daripada keluli digunakan.. Ia mempunyai kelebihan

seperti tahan lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk

membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja

pemasangan kotak bentuk dibahagian atas atau sebagainya.

4.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

4.4.1 PEMBINAAN KOTAK BENTUK TIANG ‘ COLUMN ‘

Kotak bentuk untuk tiang mempunyai papan yang dipanggil sebagai

pendinding. Pendinding diperbuat daripada papan lapis. Pendinding yang

digunakan setebal 25mm. Pendinding digergaji dan dipasang tegak mengikut

jenis dan tiang yang hendak dibina dan mengikut ukuran yang terdapat dalam

lukisan pelan. Disini, tiang yang akan didirikan adalah tiang rumah banglo

berukuran 12’’ tinggi, 4½’ lebar Selalunya kotak bentuk tiang akan dibuat lebih

tinggi daripada ukuran tiang iaitu lebih kurang 1’ atau 2’. Kayu pengikat (cleats)

akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarak yang tetentu dan dibina secara

selari dengan pendinding dan dipaku . Selalunya saiz kayu pengikat adalah 1” X

2 ”.

55

Rajah 4.4.1 Papan lapis yang belum digergaji

Rajah 4.4.2 Kerja menggergaji membentuk pendinding sedang dilakukan

56

Rajah 4.4.3 Pendinding yang telah siap digergaji dan dipasang

dengan pengikat

Kotak bentuk dikukuhkan lagi dengan pemasangan perembat (yokes)

pada jarak yang berubah-ubah, bergantung pada saiz dan tinggi. Dalam kerja ini,

perembat dipasang pada jarak 8’ setiap satu. Ia menyerupai anak tangga dan

dipaku pada kayu pengikat tadi. Perembat diperbuat daripada kayu saiz 1’ x 2’.

Rajah 4.4.4 Perembat

57

Rajah 4.4.5 kerja memasang perembat pada pendinding dilakukan

Rajah 4.4.6 Perembat yang telah siap dipasang.

. Apabila semua kotak bentuk siap dipasang, pekerja-pekerja akan

membina tupang untuk menyangga tiang supaya ia menjadi tegak. Pekerja akan

58

menyusun ketiga-tiga sisi tiang pada ketinggian tiang sebenar. Sisi tiang

dipasangkan dengan tupang dengan perembat serta pengapit-pengapitnya pada

setiap ketinggian 0.6 m untuk mengelakkan kotak bentuk daripada terbuka

semasa kerja konkrit dijalankan. Bahagian sisi yang tertinggal ditutupkan dengan

cara memasang panel setinggi 1.2 m.

Rajah 4.4.7 kerja memasang kotak bentuk dijalankan

Rajah 4.4.8 kotak bentuk yang telah siap ditupang.

59


Recommended