+ All Categories
Home > Documents > Buahnaga 120421074538 phpapp

Buahnaga 120421074538 phpapp

Date post: 28-Nov-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
8
BUAH NAGA BUAH ISTIMEWA
Transcript

BUAH NAGA BUAH

ISTIMEWA

•Nama lain bagi buah naga ialah buah “pitaya”. Buah eksotik ini berasal dari Mesir. Pada kurun ke-18, buah ini dibawa ke Amerika Selatan dan telah dikomersialkan. Kini, buah naga sangat popular dan digemari oleh masyarakat tempatan.

•Pokok buah naga ini serumpun dengan kaktus. •Oleh sebab itu, tumbuhan ini tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup.•Pokok naga ini akan hidup subur di kawasan tanah berpasir. Selain itu, pokok ini ditanam secara organik iaitu tanpa menggunakan sebarang baja kimia atau racun serangga.

•Pada usia seawal enam bulan, tumbuhan ini akan mula berbunga. Tumbuhan ini berbuah sepanjang tahun tetapi akan berbuah dengan lebat serta bersaiz lebih besar sekiranya mendapat taburan hujan yang banyak.

•Ada sesuatu yang unik tentang buah ini. Bunga buah ini akan berkembang pada sebelah malam dan mula menguncup pada sebelah paginya. Buahnya pula boleh mencapai berat antara 150 gram hingga 500 gram.

•Buah naga kaya dengan vitamin C dan beta kerotin. Buah ini bukan sahaja sedap dimakan mentah, malah dapat dijadikan jem, jus atau sirap. Buah naga kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya dalam membantu sistem penghadaman, mencegah kanser usus besar dan penyakit diabetis serta merendahkan tekanan darah tinggi. Selain itu, buah naga dapat meneutralkan keracunan sumber logam, mengurangkan kolesterol, meringankan penyakit asma dan melegakan batuk.

Sila jawab soalan – soalan dibawah.

1. Apakah nama lain untuk buah naga?2. Mengapakah tumbuhan ini tidak

memerlukan air yang banyak untuk hidup?3. Apakah yang dimaksudkan ditanam secara

organik?4. Apakah keunikan buah naga?5. Apakah vitamin yang terdapat dalam buah

naga?6. Senaraikan kebaikan buah naga?

SEKIAN TERIMA KASIH


Recommended