+ All Categories
Home > Documents > DR 03 10 2002.pdf - Parlimen Malaysia

DR 03 10 2002.pdf - Parlimen Malaysia

Date post: 30-Jan-2023
Category:
Upload: khangminh22
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
89
Bil. 42 Khamis 3 Oktober 2002 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN RAKYAT PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA
Transcript

Bil. 42 Khamis 3 Oktober 2002

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN RAKYAT

PARLIMEN KESEPULUH PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA

_____________________________________________________ Diterbitkan oleh: CAWANGAN DOKUMENTASI, PARLIMEN MALAYSIA 2003

K A N D U N G A N

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN- PERTANYAAN (Halaman 1) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perbekalan 2003 (Halaman 13) USUL: Usul Anggaran Pembangunan 2003 (Halaman 13)

DR.3.10.2002 i

AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT

Yang Amat Berbahagia Tuan Yang di-Pertua, Tun Dato Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail, S.S.M., P.M.N., S.S.D.K., S.P.M.K., D.S.D.K. J.M.N.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, D.K.(Brunei), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.U.K., S.S.D.K., S.S.A.P., S.P.M.S., S.P.M.J., D.P. (Sarawak), D.U.P.N., S.P.N.S., S.P.D.K., S.P.C.M., S.S.M.T., D.U.M.N., P.I.S. (Kubang Pasu)

“ Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, D.G.P.N., D.S.S.A., D.M.P.N., D.J.N., K.M.N., A.M.N., S.P.M.S. (Kepala Batas)

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik, S.P.M.P., D.G.S.M., D.P.M.P. D.P.M.S. (Labis)

“ Menteri Kerja Raya, Dato’ Seri S. Samy Vellu, S.P.M.J., S.P.M.P., D.P.M.S., P.C.M., A.M.N. (Sungai Siput)

“ Menteri Perusahaan Utama, Dato’ Seri Dr. Lim Keng Yaik, S.P.M.P., D.G.P.N, D.P.C.M. (Beruas)

“ Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Amar Leo Moggie anak Irok, D.A., P.N.B.S. (Kanowit)

“ Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Rafidah Aziz, S.P.M.P., S.P.M.T., D.P.M.S., A.M.N. (Kuala Kangsar)

“ Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, S.S.A.P, S.I.M.P., D.S.A.P., D.P.M.S., P.N.B.S., D.U.B.C.(T). (Pekan)

“ Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Law Hieng Ding, P.N.B.S., K.M.N., P.B.S., P.B.J. (Sarikei)

“ Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar, S.P.M.J., S.P.D.K., D.P.M.J., S.M.J., A.M.N. (Kota Tinggi)

“ Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, P.I.S., B.S.I., S.M.J., P.S.M., S.P.M.J. (Pagoh)

“ Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng, D.I.M.P., S.I.M.P, S.M.J, P.I.S. (Bakri)

" Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Dr. Siti Zaharah binti Sulaiman, S.I.M.P., D.S.A.P., D.I.M.P. (Paya Besar)

" Menteri Penerangan, Tan Sri Dato’ Seri Mohd. Khalil bin Yaakob, P.S.M., S.S.A.P., S.I.M.P., D.S.A.P., J.S.M., S.M.P. (Kuantan)

“ Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Paduka Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir, P.G.D.K., D.S.D.K., A.M.K. (Kulim-Bandar Baharu)

“ Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn, D.M.S.M. (Selandar)

“ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Seri Ong Ka Ting, D.P.M.P. (Pontian)

" Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, D.M.S.M., A.M.P., B.K.T. (Chenderoh)

ii DR.3.10.2002

Yang Berhormat Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Haji Azmi bin Khalid, D.P.M.P., S.M.P., P.J.K. (Padang Besar)

“ Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Hishammuddin bin Tun Hussein, D.S.A.P., D.P.M.J. (Tenggara)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Giluk Dompok (Kinabalu)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Rais bin Yatim, S.P.N.S., D.S.N.S. (Jelebu)

“ Menteri Pertanian, Datuk (Dr.) Mohd Effendi Norwawi, SIMP., PGBK., DPMS., JSM., JBS., KMN., PPB. (Kuala Rajang)

“ Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Hajah Shahrizat binti Abdul Jalil, DGPN., D.I.M.P. (Lembah Pantai)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah, D.I.M.P., S.M.P., P.J.K. (Maran)

“ Timbalan Yang di-Pertua, Datuk Lim Si Cheng, P.I.S. (Senai)

“ Timbalan Menteri Penerangan Dato’ Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus, D.S.N.S. (Jempol)

“ Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Dr. Leo Michael Toyad, P.G.D.K., J.B.S. (Mukah)

“ Timbalan Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Suleiman bin Mohamed D.P.M.S., S.S.S.A(Titiwangsa)

“ Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Peter Chin Fah Kui, P.G.B.K. (Miri)

“ Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Kerk Choo Ting, D.P.M.P., D.G.P.N.(Taiping)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Chan Kong Choy, D.S.A.P., D.P.M.S. (Selayang)

" Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ S. Subramaniam, D.P.M.J., D.S.N.S., S.M.J. (Segamat)

" Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Shafie bin Haji Apdal, P.G.D.K. (Semporna)

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Douglas Uggah Embas, P.G.B..K., P.B.S., A.B.S., A.M.N. (Betong)

“ Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd. Salleh, D.S.S.A., S.M.S., S.S.A., K.M.N. (Kuala Langat)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Chor Chee Heung, D.S.D.K., A.M.N., J.P. (Alor Setar)

“ Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Tan Chai Ho, P.J.N., K.M.N., A.M.N. (Bandar Tun Razak)

“ Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato’ G. Palanivel, D.S.S.A., S.S.A., P.J.K. (Hulu Selangor)

" Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ong Tee Keat, P.J.N., S.M.S. (Ampang Jaya)

“ Timbalan Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ramli bin Ngah Talib, P.C.M., S.P.C.M., A.M.N., J.P. (Pasir Salak)

“ Timbalan Menteri Pertanian, Dato’ Seri Mohd. Shariff bin Haji Omar, D.G.P.N., D.M.P.N., P.P.T. (Tasek Gelugor)

DR.3.10.2002 iii

Yang Berhormat Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Dato’ Zainal bin Dahalan, P.J.K., K.M.N., J.S.M., D.P.M.S. (Sabak Bernam)

“ Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Zainal Abidin bin Zin, D.P.M.P., P.M.P. (Bagan Serai)

“ Mulia Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato’ Seri Azlan ibni Sultan Abu Bakar, S.P.T.J., D.S.A.S. (Jerantut)

“ Timbalan Menteri Kerja Raya, Dato’ Mohamed Khaled bin Haji Nordin, DSPN., P.I.S. (Johor Bahru)

“ Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Datuk Anifah Aman (Beaufort)

“ Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Tan Kee Kwong (Segambut)

“ Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dr. Tiki anak Lafe (Mas Gading)

" Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Dato’ Dr. Ng Yen Yen (Raub)

“ Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr. Abdul Latiff bin Ahmad (Mersing)

" Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Hon Choon Kim, D.S.N.S. (Seremban)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian, Dato’ Abu Bakar bin Taib, D.S.D.K., S.D.K., B.C.K., K.M.N., P.J.K. (Langkawi)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abu Zahar bin Isnin, D.G.S.M., D.M.S.M., A.M.N. (Jasin)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Hajah Khamsiyah binti Yeop, P.P.T., A.M.N., A.M.P., P.M.P. (Gerik)

“ Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Haji Noh bin Haji Omar, D.P.M.S., D.M.S.M., K.M.N., A.S.A., P.J.K., J.P. (Tanjong Karang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan, Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai (Petaling Jaya Selatan)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng, D.S.P.N., K.M.N. (Stampin)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, Tuan Hashim bin Ismail, P.P.N., P.I.S. (Ledang)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tuan Chia Kwang Chye (Bukit Bendera)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tuan Wong Kam Hoong, K.M.N. (Bayan Baru)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Tuan S. G. Sothinathan (Telok Kemang)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dr. Robia binti Dato’ Kosai (Muar)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ S. Veerasingam, P.M.P., A.M.P, A.M.N. (Tapah)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Rizalman bin Abdullah, P.G.D.K., J.P. (Tenom)

iv DR.3.10.2002

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim, P.B.S., P.P.B., (Santubong)

“ Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Dato’ Mahadzir bin Mohd. Khir (Sungai Petani)

" Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Fu Ah Kiow, D.I.M.P. (Mentakab)

" Drs. Haji Abu Bakar bin Othman (Jerlun)

“ Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron, S.M.K. (Rantau Panjang)

" Tun Abdul Ghafar bin Baba, S.S.M. (Batu Berendam)

“ Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, D.S.S.S.M.T. (Marang)

“ Datuk Haji Abdul Hamid bin Abdul Rahman, P.J.N.(Sungai Benut)

“ Tan Sri Dato' Seri Dr. Abdul Hamid Pawanteh, P.S.M., S.P.M.P. (Kangar)

“ Dato’ Haji Abdul Kadir bin Annuar, S.P.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N. (Pulai)

“ Tuan Abd. Rahman bin Yusof (Kemaman)

“ Tan Sri Datuk Patinggi Abdul Taib Mahmud, S.P.M.J., S.P.M.T., S.S.S.A, S.S.A.P., S.S.D.K., P.S.M., S.P.M.B., D.G.S.M., P.K.C, D.P. (Kota Samarahan)

“ Dato’ Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan, D.P.C.M., P.C.M. (Bukit Gantang)

“ Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, B.K.T., J.P., D.M.S.M., K.M.N., D.C.S.M. (Alor Gajah)

“ Dato’ Haji Ahmad Husni bin Mohd. Hanadzlah, P.P.T., A.M.P. (Tambun)

“ Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi, D.M.S.M., P.P.T., P.J.K. (Bagan Datok)

“ Raja Dato’ Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, D.S.A.P. (Larut)

“ Tuan Alexander Nanta Linggi, A.B.S. (Kapit)

“ Tuan Alwi bin Jusoh (Pasir Puteh)

“ Tuan Haji Amihamzah bin Ahmad (Lipis)

“ Datu Amirkahar bin Tun Datu Haji Mustapha (Marudu)

“ Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz, D.P.M.S., A.S.A. (Hulu Langat)

“ Tuan Billy Abit Joo, K.M.N. (Hulu Rajang)

“ Datuk Bung Moktar bin Radin, P.G.D.K., A.D.K., A.S.D.K. (Kinabatangan)

“ Tuan Chang See Ten, P.I.S. (Gelang Patah)

“ Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak, P.J.K. (Setiu)

“ Puan Chew Mei Fun (Petaling Jaya Utara)

“ Puan Chong Eng (Bukit Mertajam)

" Tuan Chow Kon Yeow (Tanjong)

DR.3.10.2002 v

Yang Berhormat Tun Dato’ Daim Zainuddin, D.G.S.M., S.S.M., S.P.M.S., D.H.M.S., S.S.A.P. (Merbok)

“ Fong Kui Lun (Bukit Bintang)

" Puan Fong Po Kuan (Batu Gajah)

" Tuan Goh Kheng Huat (Nibong Tebal)

" Dato Goh Siow Huat (Rasah)

“ Dato’ Dr. Hasan bin Haji Mohamed Ali, D.I.M.P., S.M.S. (Parit Buntar)

“ Tuan Hassan bin Mohamed (Besut)

“ Tuan Henry Sum Agong, A.K. (Bukit Mas)

“ Tan Sri Dato’ Hew See Tong, P.S.M., D.P.M.P., J.P. (Kampar)

“ Dato’ Ho Cheong Sing, P.M.P., A.M.N. (Ipoh Barat)

“ Tuan Hoo Seong Chang (Kluang)

“ Tuan Husam bin Haji Musa (Kubang Kerian)

“ Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas)

“ Tuan Jacob Dungau Sagan, J.B.S., K.M.N., P.P.B. (Baram)

“ Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis, S.I.M.P., D.I.M.P. (Rompin)

“ Dr. James Dawos Mamit, P.P.B., P.P.S. (Mambong)

“ Tuan Jawah anak Gerang (Lubok Antu)

“ Tuan Jimmy Lim Donald (Sri Aman)

“ Tuan Joseph Mauh anak Ikeh (Selangau)

“ Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan, P.G.D.K., P.N.B.S., S.S.A.P., S.P.D.K. (Keningau)

“ Tuan Joseph Salang anak Gandum (Julau)

“ Datuk Juslie bin Ajirol, A.S.D.K. (Libaran)

“ Dato’ Kamarudin bin Jaffar, B.C.M, D.S.N.S. (Tumpat)

“ Tuan Kerk Kim Hock (Kota Melaka)

“ Tan Sri Dato' Dr. K.S. Nijhar, P.S.M., S.P.M.J., J.M.N. (Subang)

“ Tuan Kong Cho Ha (Lumut)

“ Datuk Lau Ngan Siew, A.D.K., K.M.N., P.G.D.K. (Sandakan)

“ Tuan Lee Kah Choon (Jelutong)

“ Puan Lim Bee Kau, A.M.K., B.K.M., P.J.K. (Padang Serai)

" Tuan Lim Hock Seng (Bagan)

" Tuan Liow Tiong Lai, S.M.P. (Bentong)

" Dato’ Loke Yuen Yow, D.P.M.P., A.M.P. (Tanjong Malim)

" Tuan Mah Siew Keong (Teluk Intan)

" Tuan Haji Mahfuz bin Haji Omar (Pokok Sena)

“ Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Arau)

" Tuan Haji Mat Basir bin Rahmat (Parit)

“ Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, A.S.D.K., J.P. (Bandau)

vi DR.3.10.2002

Yang Berhormat Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz, P.N.J., S.M.J., K.M.N., P.I.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Sri Gading)

" Tuan Mohamad bin Sabu (Kuala Kedah)

“ Tuan Mohamed Nasir bin Che Daud (Kuala Krai)

“ Tuan Mohamed Sayuti bin Said, P.P.T., P.J.K., P.P.N. (Kuala Selangor)

“ Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan, P.J.N., S.M.J., K.M.N., P.I.S., A.M.N., P.P.N. (Tebrau)

“ Tuan Mohd. Amar bin Abdullah (Pengkalan Chepa)

“ Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad (Jeli)

“ Datuk Seri Panglima Mohd. Salleh bin Tun Md. Said, P.G.D.K. (Kota Belud)

“ Datuk Mohd. Sarit bin Haji Yusoh (Temerloh)

“ Tuan Mohd. Yusoff bin Mohd. Nor, P.P.N., J.M.N. (Machang)

“ Dato’ Mohd. Zain bin Omar, D.S.P.N., K.M.N., P.J.K, P.J.M., (Balik Pulau)

“ Dato’ Ir. Mohd. Zin bin Mohamed, D.P.T.J., J.P. (Shah Alam)

“ Tuan M. Shukrimun bin Shamsudin (Kuala Nerus)

“ Tuan Muhamad bin Mustafa (Peringat)

“ Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid (Hulu Terengganu)

“ Dato' Mustafa bin Ali, D.P.M.T. (Dungun)

“ Datuk Napsiah binti Omar (Kuala Pilah)

“ Tuan Nasharudin bin Mat Isa (Yan)

“ Tuan Ng Lip Yong (Batu)

“ Datuk Osu bin Sukam, S.P.D.K., P.G.D.K., D.A. (Papar)

“ Dato’ Othman bin Abdul (Pendang)

" Datuk Peter Tinggom anak Kamarau, P.P.B., P.P.C., K.M.N., P.N.B.S., J.B.S., A.M.N., P.B.S. (Saratok)

“ Tuan Philip Benedict Lasimbang, A.S.D.K. (Penampang)

" Puan P. Komala Devi, P.P.T. (Kapar)

" Datuk Railey bin Haji Jeffrey, P.G.D.K., J.M.N. (Silam)

" Tuan Ramli bin Ibrahim (Kota Bharu)

“ Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, D.K., P.S.M., S.P.M.K., S.S.A.P., S.P.M.S. (Gua Musang)

“ Tuan Richard Riot anak Jaem (Serian)

“ Datuk Robert Lau Hoi Chew, J.B.S., (Sibu)

“ Tuan Ronald Kiandee, A.S.D.K. (Beluran)

“ Datuk Ruhanie bin Haji Ahmad, D.M.S.M., P.I.S. (Parit Sulong)

“ Tuan Saupi bin Daud (Tanah Merah)

" Datin Paduka Hajah Seripah Noli binti Syed Hussin, D.S.S.A (Sepang)

“ Dato’ Shahnon bin Ahmad, D.S.D.K., K.M.N. (Sik)

“ Dato’ Shaziman bin Abu Mansor, A.N.S. (Tampin)

“ Tuan Shim Paw Fatt, J.P. (Tawau)

DR.3.10.2002 vii

Yang Berhormat Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin, K.M.N., P.I.S. (Batu Pahat)

“ Datuk Song Swee Guan, P.G.B.S. (Bandar Kuching)

“ Dato’ Suhaili bin Abdul Rahman, D.I.M.P., A.S.D.K. (Labuan)

“ Puan Sukinam Domo (Batang Sadong)

“ Tan Sri Datuk Seri Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud, S.I.M.P., D.A., D.S.S.A., P.N.B.S., J.B.S. (Petra Jaya)

“ Dr. Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi (Kuala Terengganu)

“ Tuan Taib Azamudden bin Md. Taib, J.B.S., A.M.N. (Baling)

“ Tuan Tan Kok Wai (Cheras)

“ Dr. Tan Seng Giaw (Kepong)

“ Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew, D.S.S.A (Kelang)

“ Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh)

“ Tuan Thong Fah Chong (Ipoh Timur)

“ Dato’ Dr. Ting Chew Peh, D.P.M.S., D.P.M.P. (Gopeng)

“ Dato’ Seri Tiong King Sing, D.S.S.A., J.P. (Bintulu)

" Dato’ Tiong Thai King, (Lanang)

" Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Permatang Pauh)

“ Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, J.B.S., P.B.S. (Batang Lupar)

" Tuan Wan Nik bin Wan Yussof (Bachok)

" Tuan Wilfred Madius Tangau, J.P., A.D.K. (Tuaran)

" Dato’ Yap Pian Hon, D.P.M.S., A.M.N., P.J.K. (Serdang)

“ Dr. Yee Moh Chai (Tanjong Aru)

“ Datuk Dr. Haji Yusof bin Haji Yacob, P.G.D.K., A.D.K. (Sipitang)

“ Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail, S.S.S.A., D.P.M.S., S.M.S, K.M.N (Gombak)

“ Tuan Zawawi bin Haji Ahmad (Padang Terap)

“ Dato’ Zulhasnan bin Rafique, D.I.M.P., A.M.N. (Wangsa Maju)

MENTERI/TIMBALAN MENTERI (SENATOR)

“ Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Brig. Jen. (B) Datuk Abdul Hamid bin Haji Zainal Abidin, K.M.N., P.A.T., D.P.M.P., J.S.M., P.J.N.

“ Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah Gaddam, P.S.M., P.G.D.K., J.S.M.

“ Menteri Pendidikan, Tan Sri Dato’ Seri Musa bin Mohamad, P.S.M., D.P.M.N., D.P.C.M.

“ Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ Abdul Aziz bin Shamsuddin, D.M.S.M., D.P.M.S.

“ Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tengku Dato' Adnan bin Tengku Mansor, K.M.N., D.S.D.K., D.I.M.P., D.S.A.P., P.J.N.

viii DR.3.10.2002

Yang Berhormat Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M Kayveas, P.J.N.

" Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainudin bin Maidin, P.J.N., J.M.N., S.M.S., A.M.K.

DR.3.10.2002 ix

DEWAN RAKYAT

PEGAWAI-PEGAWAI KANAN

Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Mohd. Salleh bin Haji Hassan

Ketua Penolong Setiausaha

Roosme binti Hamzah Zamani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salamat Shahrom bin Haji Hasan

Penolong Setiausaha Ruhana binti Abdullah

Riduan bin Rahmat Muhd Sujairi bin Abdullah

PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN DOKUMENTASI Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan Hajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Hajah Supiah binti Dewak Mohamed bin Osman Hajah Norishah binti Mohd. Thani Zaiton binti Yaacob Abd. Talip bin Hasim Noorhazmah binti Hamzah Jamilah Intan binti Haji Bohari Syed Azuddin bin Syed Othman Nurziana binti Ismail Noor Effarizan binti Mat Satib Taharah binti Mohamed Nik Elyana binti Ahyat Marzila binti Muslim Habibunisah Mohd. Azir Abu Bakar bin Hasan PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN MESIN CETAK Kamal bin Oyub Haji Latif bin Ismail Kamaroddin bin Mohd. Yusof

JURUBAHASA SERENTAK Ungku Fauzie bin Ungku A. Rahman Mazidah binti Mohamed Hajah Paizah binti Haji Salehuddin

BENTARA MESYUARAT Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Kamaruddin bin Abdullah Lt Kol (B) Mohamed Nor bin Mohd. Darus PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN KOMPUTER Mohd Shah bin Rahman Sulaiman bin Sirad Azzahar bin Hashim PETUGAS-PETUGAS CAWANGAN PERUNDANGAN Mohd. Shariff bin Hussein Azmi bin Othman Zafniza binti Zakaria Mohd. Sidek bin Mohd. Sani Mazlina binti Ali Norlaila binti Abdullah Sidi Ropiah binti Tambi Alias bin Mohd. Nor

DR.3.10.2002 1

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

Khamis, 3 Oktober 2002

Mesyuarat dimulakan pada pukul 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1. Puan Sukinam Domo [Batang Sadong] minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan, mengapa projek pembinaan rumah bagi rakyat termiskin bagi tahun 2002 belum lagi dimulakan dan mengapakah Giat MARA tidak lagi diper- tanggungjawabkan mengurus projek tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Luar Bandar [Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar kenyataan bahawa projek pembinaan rumah rakyat termiskin tahun 2002 belum lagi dimulakan kerana projek-projek tersebut telah dilaksanakan oleh kementerian ini mulai awal tahun 2002. Walau bagaimanapun, memang kami akui ada juga segelintir negeri-negeri yang belum melaksanakan lagi. Sehingga 31 Ogos 2002, pembinaan sebanyak 1,446 unit rumah telah siap dilaksanakan di seluruh negara.

Menjawab soalan, kenapa Giat MARA tidak lagi menjalankan projek-projek ini. Ianya adalah keputusan Giat MARA sendiri untuk menarik diri memandangkan Giat MARA adalah sebuah agensi latihan dan pihaknya perlu memberi tumpuan terhadap aktiviti latihan. Terima kasih.

Puan Sukinam Domo: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya dapati…, saya tak tahulah jawapan Yang Berhormat Datuk Setiausaha Parlimen, apa yang kita ketahui di Sarawak misalnya setakat ini pun senarai kelulusan untuk rakyat termiskin baru dikeluarkan dan apabila kita bertanya kepada pihak pentadbiran SDO, mereka mengatakan sekarang memang lambat kerana peruntukan lambat diterima.

Saya ingin bertanya, Sarawak satu negeri besar dan masalahnya banyak daripada segi menyiapkan atau membina rumah ini. Mengapakah begitu lambat peruntukan dikeluarkan, hanya baru-baru ini dikeluarkan sedangkan masalahnya banyak. Begitu juga dengan Giat MARA, saya difahamkan dahulu Giat MARA meng- hadapi masalah kerana mereka dituduh lewat menyiapkan projek, padahal kelulusan itu lambat dikeluarkan. Jadi, minta penjelasan.

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai daripada segi kelewatan mengeluarkan waran adalah dimaklumkan bahawa waran yang telah dikeluarkan kepada Jabatan Pembangunan Negeri Sarawak adalah pada 16 Julai 2002 baru-baru ini. Jadi, memang betullah apa yang dijawab oleh JPN iaitu peruntukan berjumlah RM4,536,000 untuk membina 162 buah rumah. Jadi, kadang-kadang kelewatan itu, Yang Berhormat adalah daripada segi untuk mendapat- kan senarai mereka yang telah dikenal pasti untuk mendapatkan rumah melalui bantuan perumahan ini dan itu yang memakan masa sebab kalau tidak ada senarai nama itu kita tidak dapat mengeluarkan waran yang bersesuaian dengan permohonan-permohonan yang telah diberikan.

Jadi, mengenai Giat MARA, Yang Berhormat, mereka menumpukan perhatian, walaupun kita berterima kasih kepada Giat MARA. Setakat ini Giat MARA telah banyak membantu kita khasnya bagi negeri Sarawak tetapi memandangkan Giat MARA hendak memberikan tumpuan kepada program-program mereka sendiri, jadi oleh yang demikian, Giat MARA telah bersetuju bahawa mereka tidak lagi akan membuat rumah di bawah program kemiskinan.

Walau bagaimanapun, Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan meneruskan pembinaan rumah keluarga termiskin dengan menggunakan khidmat

2 DR.3.10.2002

kontraktor Kelas ‘F’ yang berdaftar menerusi Pejabat Pembangunan Negeri atau agensi kerajaan yang ditetapkan dan pejabat daerah selaku agensi pelaksana di peringkat negeri dan daerah.

Tuan Saupi bin Daud: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat. Saya ingin minta penjelasan kepada Yang Berhormat, memandang- kan pembinaan rumah ini di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin atau PPRT dan sering kali menimbulkan masalah daripada segi pembinaannya sehinggalah kita putuskan diberi kepada Giat MARA dengan mendapat habuan sebanyak RM1,000 sebuah. Mungkin pada hari ini saya mendengar Yang Berhormat kata, kita akan meneruskan pembinaan ini melalui kontraktor Kelas ‘F’.

Saya ingin mendapat penjelasan, bersetuju atau tidak Yang Berhormat, di bawah kementerian Yang Berhormat, kita laksanakan pembinaan rumah-rumah ini sebagaimana yang telah kerajaan putuskan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad yang telah membina rumah-rumah kos rendah supaya standardnya itu sama. Saya rasa kalau pergi kepada kontraktor Kelas ‘F’ juga, kerana mereka akan lebih mementingkan keuntungan, maka besok rumah akan menjadi bermasalah lagi. Jadi, saya minta pandangan supaya sebelum membuat keputusan, kalau boleh dipertimbangkan balik supaya semua rumah ini adalah standard dan mempunyai kualiti dan mutunya yang sama, tidak akan dipertikaikan oleh rakyat miskin. Saya minta penjelasan.

Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim: Terima kasih Yang Berhormat atas cadangan tersebut dan insya-Allah, kita akan mengkaji dari masa ke semasa cadangan-cadangan yang diberikan oleh semua wakil rakyat dan satu daripadanya mungkin kita menggunakan syarikat perumahan untuk membina rumah kos rendah.

Jadi, terima kasih juga Yang Berhormat sebut mengenai kualiti. Sekarang ini kualiti telah ditetapkan. Tetapi kadang-kadang bila kualiti telah ditetapkan, ada segelintir tempat tidak dapat mengikuti kualiti atau BQ yang ditetapkan memandangkan kadang-kadang permohonan orang-orang miskin itu sendiri. Pada mulanya memang diputuskan bahawa kita membina rumah rakyat termiskin ini menggunakan bata blok tetapi bila sampai ke sesetengah kawasan, penerima itu sendiri mengatakan tidak mahu bata blok tetapi lebih suka menggunakan kayu. Jadi, kadang-kadang yang itu akan kita terpaksa mengubah daripada segi mengikut kehendak penerima-penerima bantuan perumahan dari masa ke semasa.

Walau bagaimanapun, Yang Berhormat terima kasihlah. Kita mencari kaedah yang terbaik, sebab yang pentingnya ialah kumpulan sasar yang kita hendak bantu. Jadi satu daripadanya adalah cuba menggunakan kontraktor Kelas ‘F’ yang sudah ada projek di situ untuk mereka membuat sekali projek ini supaya, ya betul, selaku peniaga kalau tidak ada untung langsung, Yang Berhormat, siapa hendak berniaga. Jadi, oleh yang demikian, kami cuba bermacam-macam kaedah termasuk mungkin insya-Allah, seperti Yang Berhormat cadangkan. Terima kasih.

2. Puan P. Komala Devi [Kapar] minta Menteri Kerja Raya menyatakan, nilai dan skop kerja kontrak untuk mengenal pasti kebocoran paip air di negeri Selangor. Apakah status projek tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Datuk Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kadar kehilangan air tidak terhasil atau non revenue water di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah sebanyak 41%. Daripada jumlah tersebut dianggarkan 21% disebabkan oleh kehilang- an fizikal iaitu paip bocor atau paip pecah, manakala 20% lagi disebabkan oleh ke- hilangan komersial. Antaranya akibat kecurian dan pembacaan meter yang tidak tepat.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan Persekutuan sememangnya mengambil maklum dan memandang serius terhadap masalah ini. Sehubungan dengan itu juga, usaha-usaha proaktif bagi mengatasi masalah tersebut telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Urus Air Selangor Berhad atau dikenali sebagai PUAS.

Ketika ini Kerajaan Negeri Selangor telah dan sedang melaksanakan program mengurangkan kadar kehilangan air tidak terhasil secara berperingkat-peringkat. Sebagai contoh, dalam Fasa I, Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan program bernilai RM17 juta bagi melaksanakan kerja-kerja kawalan kebocoran, pengurusan

DR.3.10.2002 3

tekanan air, penggantian paip-paip agihan dan penukaran meter-meter air lama di daerah Klang dan Sabak Bernam. Program tersebut telah pun disiapkan sepenuhnya pada bulan Mac 2000 dan berjaya menjimatkan kadar kehilangan air sebanyak 21.6 juta meter sehari.

Berikutan itu, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Fasa II program mengurangkan kadar kehilangan air tidak terhasil di negeri tersebut. Program tersebut telah dimulakan pada bulan April 2000 dan akan siap pada tahun 2009. Kos terlibat bagi kontrak ini bernilai RM391.5 juta di mana ia melibatkan kerja-kerja pengurusan tekanan air, kawalan kebocoran, penukaran meter-meter lama dan kerja-kerja pemetaan sistem ratikulasi. Ia dilaksanakan di semua daerah di negeri Selangor dan juga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program Fasa II ini dijangka akan dapat mengurangkan kadar kehilangan air komersial daripada 20% pada tahun 2002 kepada 15% pada tahun 2005. Sekian, terima kasih.

Puan P. Komala Devi: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih dan terima kasih kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen di atas jawapan tadi. Soalan saya, ada- kah kerajaan bercadang untuk melanjutkan kerja-kerja ini kepada negeri-negeri lain di Malaysia?

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, air adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri. Dan banyak paip-paip atau ratikulasi di pelbagai negeri dipasang 50 atau 60 tahun dahulu dan memang ada kebocoran kerana dahulu ada pakai paip asbestos simen, yang itu sudah usang dan tidak dapat digunakan lagi, kita perlu juga tukarkan paip-paip yang baru untuk memperbaiki mengurangkan kehilangan air yang tidak berhasil.

Ini memang setiap negeri bercadang untuk mengadakan kerja-kerja supaya kehilangan air tidak berhasil dapat dikurangkan, ini akan menjimatkan perbelanjaan setiap negeri dalam urusan untuk memberikan bekalan air kepada semua rakyat di negeri-negeri masing-masing. Sekian.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan, saya ingin bertanya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen mengapakah pihak perbadanan urus air Selangor mengenakan caj ke atas pengguna untuk mengganti batang paip yang rosak, pecah atau lama, sedangkan sebelum ini mereka tidak dikenakan caj dan kerosakan berlaku dalam tanah, apakah kena mengena dengan pengguna, mengapakah tidak ditanggung oleh pihak sendiri? Terima kasih.

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon Yang Berhormat itu mengulangi soalan, saya tidak berapa faham.

Tuan Fong Kui Lun: Tuan Yang di-Pertua, soalan saya ialah mengapa dikenakan caj ke atas pengguna untuk mengganti batang paip yang lama, yang rosak, yang pecah, sama ada di kedai atau di rumah kediaman, sebab ini berlaku di kawasan saya. Terima kasih.

Datuk Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, caj-caj yang dikenakan memang ada persetujuan dari kerajaan negeri, walaupun ianya telah pun diswastakan, memang ada kaedah yang diambil supaya caj-caj akan ditentukan. Memanglah siapa yang menggunakan air akan dicaj mengikut meter atau mengikut apa, itu saya akan siasatlah, tetapi saya tidak tahu hal ini ada berlaku.

3. Tuan Mohd. Yusof bin Mohd. Nor [Machang] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah yang telah diambil bagi menghapuskan lintah darat ‘loan sharks’ di negara ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, langkah-langkah yang telah pun diambil bagi menghapuskan lintah darat ataupun loan shark, dengan izin, di negara ini ialah seperti berikut:-

(i) mengambil tindakan terhadap ceti haram dengan mengena- kan perintah sekatan di bawah Akta Kediaman Terhad 1933;

(ii) menangkap dan mendakwa di mahkamah bagi mereka yang terlibat menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa-mangsa ceti haram;dan

4 DR.3.10.2002

(iii) membuat perubahan perundangan bagi membolehkan pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap ceti haram di bawah Akta Perniagaan Meminjam Wang ataupun Money Lenders Act 1951.

Sekian.

Tuan Mohd. Yusof bin Mohd. Nor: Tuan Yang di-Pertua, orang-orang yang terlibat dalam kes lintah darat ataupun loan sharks ini adakah wang yang digunakan itu hasil daripada kerja-kerja jenayah sama ada dalam negeri ataupun international?

Dan yang kedua, sama ada yang terlibat dalam aktiviti lintah darat ini termasuk penjenayah-penjenayah antarabangsa seperti Mafia dan sebagainya.

Dato’ Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sejak 1997 di mana aduan-aduan telah pun dikemukakan ke pihak polis, maka pihak polis telah pun membuat satu kajian dan daripada kajian tersebut, didapati di negara ini terdapat 49 sindiket loan sharks ini dan dari segi jenayah-jenayah yang dilakukan oleh ceti-ceti haram ini ataupun loan sharks, tidak didapati terlibat dengan orang-orang asing dan dari segi sumber kewangan ceti-ceti haram ini, pihak polis memang telah pun dari kajian didapati sumber-sumber ini adalah dari dalam negara, bukan dari luar negara. Sekian.

Raja Dato' Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih, soalan tambahan. Sama ada kes-kes ceti haram ini yang membabitkan ramai peminjam, mereka telah berani tampil ke hadapan untuk membuat aduan ataupun mereka takut untuk membuat aduan kerana tidak ada perlindungan daripada pihak berkuasa, sehingga menyebabkan ramai mereka yang tidak mahu tampil ke hadapan dan dalam kes-kes yang telah diambil oleh pihak polis sama ada peminjam-peminjam ini disenaraikan dari mana datangnya wang yang begitu banyak untuk diberi pinjaman kepada pihak Hasil Dalam Negeri dan juga mungkin pembuangan daerah ini tidak memadai untuk menakutkan mereka dan mungkin pihak kerajaan memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih berkesan untuk tidak ramai menjadi mangsa ke atas pinjaman ini. Terima kasih,Tuan Yang di-Pertua.

Dato’ Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya hendak jadi ceti haram ataupun loan sharks, dengan izin, bukan susah sangat dan loan sharks ini tidak mempunyai modal yang begitu banyak sekali, jika seseorang yang mempunyai RM100,000 orang ini mampu dan boleh menjadi seorang loan sharks jika dia hendak, sebab bukan modal yang penting, yang penting itu ialah faedah atau bunga yang dicajkan kepada peminjam ini.

Seperti saya katakan tadi, sumber kewangan loan sharks yang didapati di negara ini tidak datang dari luar negara, ini semua dari dalam negara dan dari segi perlindungan memang pihak polis akan mencari jalan untuk memberi perlindungan kepada orang-orang yang membuat aduanlah, dan sejak tahun 1997 terdapat ramai juga orang-orang yang menjadi mangsa telah pun tampil ke hadapan untuk membuat aduan di balai-balai polis dan pihak polis telah pun berjaya menumpaskan sindiket-sindiket dan setakat hari ini telah pun merujuk 44 orang ceti haram ataupun loan sharks, dengan izin, ke Kementerian Dalam Negeri dan semua 44 orang ini telah pun dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad. Sekian.

4. Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok] minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh manakah keberkesanan pemantauan yang dilakukan terhadap IPTS yang tidak mematuhi piawaian yang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Swasta dalam memberikan kemudahan kepada pelajar-pelajar asing.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir]: Tuan Yang di-Pertua, sebelum sesebuah IPTS diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa, beberapa syarat yang ditetapkan perlu dipatuhi. Di antara syarat-syarat yang dikenakan ialah menyediakan premis yang sesuai dan menyediakan asrama bagi kemudahan pelajar antarabangsa. Pihak IPTS juga diminta mewujudkan satu unit khas yang bertanggungjawab tentang kebajikan pelajar antarabangsa yang belajar di IPTS tersebut.

Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Swasta sentiasa bekerja- sama dengan Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen dan pihak polis dalam

DR.3.10.2002 5

menjalankan pemantauan terhadap IPTS yang diberi kelulusan mengambil pelajar antarabangsa.

IPTS yang tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan, Kementerian Pendidikan akan menasihatkan dan memberi amaran awal. Sekiranya IPTS tersebut terus engkar dengan syarat-syarat yang dikenakan termasuk menyediakan kemudahan kepada pelajar antarabangsa tersebut, Kementerian Pendidikan bersama dengan Kementerian Dalam Negeri akan menarik balik kelulusan merekrut pelajar antara- bangsa yang telah diberikan kepada IPTS tersebut.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, apakah benchmark yang akan diguna- kan ataupun telah digunakan untuk menentukan IPTS yang mengambil pelajar-pelajar asing itu supaya tidak terdapat kes-kes di mana pelajar-pelajar asing ada yang menjadi GRO dan melakukan beberapa kesalahan salah laku maksud saya yang pelbagai bentuk. Soalan saya, adakah pihak Kementerian Pendidikan berhajat untuk menubuh- kan sebuah jabatan pelajar-pelajar asing di Kementerian Pendidikan sendiri dan juga diletakkan di pejabat-pejabat kedutaan luar negeri kita di luar negara, bagi menentukan supaya piawaian ini ditentukan dengan cukup baik.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Ahli Yang Berhormat, saya fikir ini adalah satu ada soalan, keduanya ada cadangan.

Bagi soalan Yang Berhormat mengenai dengan apakah benchmark ataupun piawaian yang kita gunakan, sebenarnya sebelum sesebuah IPTS itu dibenarkan beroperasi perlu memenuhi syarat-syarat dan syarat-syarat itu perlu dipatuhi.

Bagi soal akademik syarat-syaratnya itu mestilah berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh pihak kami dan dipantau oleh pihak LAN ataupun Lembaga Akreditasi Negara. Sekiranya ia tidak dapat memenuhi segala permintaan LAN itu, maka kita tidak akan mengizinkan pendaftaranya.

Biasanya apa yang berlaku apabila sesebuah IPTS itu membuat permohonan, mereka selalunya meletakkan semua kursus dan sebagainya dan tenaga pengajar, peruntukan kewangan, semuanya ikut syarat begitu betul. Tetapi apabila sesudah mendapat lesen untuk beroperasi, maka lain pula yang berlaku, sebab itu baru-baru ini satu kempen telah dijalankan oleh pihak Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia, kita mendapati banyak kolej-kolej tersebut tidak mematuhi syarat-syarat yang telah pun dikenakan.

Oleh itu, mereka telah diarah ataupun pada peringkat awal kita menghantar surat-surat amaran dan kemudian baru tindakan diambil. Misalnya kita dalam kempen baru-baru ini beberapa buah IPTS telah diarah untuk ditutup, misalnya setakat ini ada terdapat 23 buah yang kita mengambil tindakan untuk mereka memberhentikan operasi mereka. Dan juga di samping itu, kita dapati juga ada kolej-kolej ini berdaftar tetapi tidak beroperasi, dengan lain perkataan menyimpan lesen itu sahaja tetapi tidak beroperasi.

Keduanya, mengenai dengan pelajar-pelajar yang datang daripada luar negara, kalau kita lihat pendaftaran itu daripada merata dunia yang datang untuk belajar di negara kita, menurut senarai yang saya ada lebih kurang daripada 137 negara yang datang ke negara kita untuk belajar di sini.

Jadi, memanglah ada yang 19, ada 30, ada 2, ada 1 dan sebagainya, tetapi sebanyak 137 kesemuanya buat masa ini. Misalnya daripada Afrika, daripada Amerika pun ada, ada yang daripada Timur Tengah, ada yang daripada negara China dan sebagainya. Jadi ada beberapa kes kebelakangan ini terutama sekali penuntut-penuntut yang datang daripada negara China di mana terdapat kes-kes mereka terlibat di dalam kegiatan yang tidak sihat seperti jadi GRO, seperti mana yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat dan juga baru-baru ini kita dengar dalam surat khabar, kes merompak pun ada.

Oleh yang demikian, kita sekarang ini mengambil langkah yang ketat bagaimana hendak mengatasi masalah ini, sebab itu saya telah sebutkan tadi mengenai dengan pihak Imigresen, dan sebenarnya pas yang mereka dapat itu kadangkala disalahgunakan oleh pelajar ini dan juga oleh kolej. Oleh yang demikian, kita mengambil langkah supaya kolej yang berkenaan bertanggungjawab ke atas pelajar yang mereka sudah daftar sebagai pelajar.

6 DR.3.10.2002

Mengenai dengan cadangan Yang Berhormat Bagan Datok, saya rasa ini satu cadangan yang baik, di mana Yang Berhormat menghendaki sebuah jabatan pelajar-pelajar asing ataupun foreign student department di kementerian kita, yang ini saya akan bawa kepada kementerian untuk dibincangkan. Walau bagaimanapun, JPS memang ia ada bahagian-bahagiannya, tetapi saya amat memahami tentang cadangan Yang Berhormat adalah begitu baik dan saya akan cadangkan ini kepada pihak kementerian. Terima kasih.

Dato' Kamarudin bin Jaffar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pertamanya, saya bersetuju dengan sahabat saya Bagan Datok tentang perlunya pengawasan yang ketat terhadap pelajar-pelajar asing yang menuntut di negara kita. Saya ingin tahu daripada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sama ada di antara syarat-syarat yang dikenakan kepada pelajar-pelajar asing ini termasuklah syarat supaya pelajar-pelajar ini mengikuti kursus kuliah, seminar dan sebagainya pada kadar yang tertentu, misalnya mereka mesti daftar, mereka mesti catat kehadiran mereka sekurang-kurangnya 80% daripada kuliah atau kelas atau seminar dan sebagainya, dan catatan laporan ini adakah diwajibkan kalaupun ada untuk diserahkan oleh sekolah ataupun institut swasta ini kepada kementerian pada kala-kala yang ditetapkan.

Keduanya, saya ingin juga turut mencadangkan jika kerajaan bercadang untuk memikirkan penubuhan suatu institusi seperti majlis penasihat pendidikan swasta asing dan sebagainya, supaya masalah pendidikan swasta, mutu pendidikan swasta, pen- jagaan masa depan pendidikan swasta dalam konteks globalisasi ini dapat dijaga oleh kerajaan menerusi majlis penasihat yang bebas daripada pihak-pihak yang ber- kepentingan sahaja.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Mengenai dengan soalan yang pertama, perlukah penuntut-penuntut itu mendaftar. Sebenarnya, kita tidak pun mengenakan apa-apa syarat, itu bergantung kepada setiap kolej yang beroperasi. Apa yang berlaku baru-baru ini ialah di mana bila kita buat tinjauan, ada seseorang pelajar itu kalau dia mendaftar di dalam sebuah kolej itu dan kita dapati sebenarnya pelajar itu tidak ada di kolej tersebut. Misalnya,dia daftar di Perak, tiba-tiba kita dapati dia berada di Johor sebagai GRO, misalnya. Jadi inilah tindakan yang telah kita ambil terhadap kolej-kolej.

Jadi dengan cadangan Yang Berhormat mengenai pendaftaran pada masa itu, sedang kita mengambil langkah dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat. Cadangan itu memang baik di mana kita akan memastikan bahawa penuntut-penuntut asing tadi apabila dia mendaftar di kolej dan mereka juga ditentukan bahawa mereka berada di kolej itu bagi mengikut kursus, bukan buat kerja lain. Memang dalam syarat mendapat visa pelajar tadi, mereka tidak boleh bekerja. Itu memang syaratnya, tetapi saya tidak tahu mengapa ada kes-kes yang tertentu kita dapati penuntut tadi pergi buat kerja sambilan (part time).

Mengenai dengan institusi atau majlis penasihat itu, saya rasa itu pandangan yang baik daripada Yang Berhormat. Walau bagaimanapun, ingin saya nyatakan di sini buat setakat ini LAN dan juga majlis-majlis yang lain, saya rasa sudah mencukupi. Walau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat tadi saya rasa kita akan mengambil pandangan itu dengan hati yang terbuka. Terima kasih.

5. Tuan Fong Kui Lun [Bukit Bintang] minta Menteri Dalam Negeri menyata- kan selepas tempoh amnesti pendatang asing berakhir 31 Julai 2002, berapakah anggaran pendatang asing yang telah dihantar pulang dan yang masih berada dalam negara, jumlah mereka yang ditangkap dan didakwa selepas tempoh tersebut dan sejauh mana sektor-sektor ekonomi tertentu terjejas dengan penghantaran pulang beramai-ramai pekerja asing ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, selepas tempoh amnesti pendatang tanpa izin (PTI) berakhir 31 Julai 2002, seramai 318,272 orang pendatang tanpa izin telah pun pulang ke negara asal secara sukarela. Pecahan mengikut warganegara adalah seperti berikut:-

DR.3.10.2002 7

Warganegara Pendatang tanpa izin

(Bil. orang)

Indonesia 269,503

Bangladesh 17,570

India 20,053

Pakistan 2,191

Filipina 2,274

Myanmar 3,059

China 1,650

Nepal 1,135

lain-lain 837

Jumlah: 318,272

Jumlah pendatang tanpa izin yang masih berada dalam negara ini tidak dapat dipastikan, namun operasi penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan untuk menangkap dan mengusir baki pendatang tanpa izin yang masih berada dalam negara dan tugas ini turut dibantu oleh orang awam yang menyalurkan maklumat mengenai kehadiran pendatang tanpa izin di kalangan mereka kepada pihak berkuasa.

Tuan Yang di-Pertua, Akta Imigresen (Pindaan) 2002 telah pun dikuatkuasa- kan mulai 1 Ogos tahun ini sehingga 13 September 2002, seramai 535 orang telah pun ditangkap, didakwa dan dikenakan hukuman di bawah akta ini. Akibat daripada pelaksanaan akta ini terdapat kekurangan pekerja yang mendadak terutamanya di sektor pembinaan. Bilangan pekerja asing di sektor pembinaan pada 1 Julai tahun ini ialah seramai 60,197 orang dan ini merupakan 7.8% daripada jumlah keseluruhan pekerja asing yang sah di Malaysia. Lebih kurang 80% daripada pekerja asing di sektor pembinaan sebelum ini adalah pendatang tanpa izin.

Untuk mengelakkan daripada menjejaskan kemajuan ekonomi negara dan berikutan rayuan yang diterima daripada syarikat-syarikat pembinaan, termasuk juga kajian yang dibuat oleh pihak Kementerian Dalam Negeri, kerajaan telah pun bersetuju supaya permohonan pengambilan pekerja asing bagi sektor pembinaan diproses secara cepat melalui green lane, dengan izin.

Bagi tempoh bulan Ogos hingga 20 September tahun ini, Kementerian Dalam Negeri telah pun meluluskan sebanyak 1,293 permohonan dari sektor pembinaan yang melibatkan jumlah seramai 229,038 pekerja asing dari pelbagai negara. Negara-negara sumber yang dibenarkan untuk sektor pembinaan ialah Indonesia, Thailand, Nepal, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Filipina, Uzbekistan, Kazakstan dan Turmenistan. Sekian, terima kasih.

Tuan Fong Kui Lun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Syarikat pengeluaran mee maggi mengaku bahawa jualan mee maggi dalam pasaran jatuh merudum setelah pekerja asing pulang ke negara masing-masing. Selain dari- pada itu, rumah dan bilik kediaman sudah kosong. Soalan saya ialah sejauh manakah ekonomi kita terjejas dengan penghantaran pulang pekerja dan sejak berkuat kuasa hukuman sebat dan bagaimanakah pula pendaratan dan kemasukan baru pendatang asing setakat ini? Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Jika Yang Ber- hormat kata banyak syarikat mengalami kerugian oleh kerana sejak kerajaan mengambil tindakan dan langkah-langkah untuk mengusir pendatang tanpa izin balik ke negara asal dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam pengeluaran produk-produk makanan dan lain-lain terjejas, ini kemungkinan benar, sebab sebelum kerajaan mengambil langkah yang tegas terhadap pendatang tanpa izin, beratus-ratus ribu mereka ini bekerja di negara kita dan mereka ini memang membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan.

8 DR.3.10.2002

Tetapi ini bukan satu masalah yang besar sebab untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan pembangunan negara, dengan langkah yang telah diambil oleh kerajaan yang tegas yang mengusir pendatang tanpa izin balik ke negara asal, pada masa yang sama juga kerajaan telah pun seperti saya katakan tadi mengambil langkah yang sama cepat iaitu memberi kelulusan kepada pekerja-pekerja asing baik pun dari Indonesia mahupun negara lain supaya mereka ini dapat kembali secara sah untuk bekerja di sini. Dan setakat ini di seluruh negara, kita mempunyai 788,093 orang yang telah pun berada di negara kita bekerja sebagai pekerja asing yang sah di sisi undang-undang. Maka syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk-produk yang pada suatu waktu dahulu terjejas oleh kerana langkah-langkah kerajaan, sekarang bolehlah dapat mengadakan perniagaan yang bagus semula kerana ramai sudah masuk secara sah.

Tuan Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan pertama, adakah di antara pendatang asing yang belum dikenal pasti nationality mereka yang mana tidak boleh dihantar kembali dan berapakah kos pembiayaan kerajaan kepada mereka ini, juga berapakah pendatang asing yang telah didapati salah dan disimpan dalam penjara dan berapakah kos pengendalian? Adakah cadangan kerajaan supaya mereka ini boleh menghasilkan suatu peruntukan pendapatan agar tidak membebankan kerajaan. Terima kasih.

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, dalam tindakan kerajaan yang tegas iaitu selepas amnesti tamat, semua yang telah balik, pun sudah balik, yang masih tidak balik, yang kena tangkap, mereka ini telah pun dikenal pasti negara asal mereka. Tidak menjadi suatu masalah bagi kerajaan hendak menentukan negara asal mereka sebab hampir 100% mereka ini dikenal pasti dan mereka juga mengaku dari negara mana. Hanya masalah yang berkaitan dengan orang-orang Afrika sahaja yang pada suatu ketika memberi masalah kepada kerajaan sebab pendatang tanpa izin dari Benua Afrika ini bila mereka ini masuk ke negara kita, mereka ini sengaja buang pasport-pasport dan dokumen-dokumen rasmi mereka hingga kerajaan kita tidak tahu dari negara mana di Benua Afrika, sebab Benua Afrika begitu banyak negara. Ini adalah suatu masalah, tetapi kes seumpama ini sudah pun diselesaikan dengan kerjasama kedutaan dari negara-negara Afrika.

Daripada segi kos pembiayaan orang-orang ini, saya tidak mempunyai angka, saya harap saya dapat membekalkan angka-angka ini ataupun jumlah kos ini kepada Yang Berhormat jika Yang Berhormat berminat, dan selain dari itu, ingin saya memberi- tahu Dewan yang mulia ini juga, jumlah orang yang telah pun ditangkap di bawah Akta Imigresen yang baru itu dengan pindaan - bagi tempoh 1 Ogos tahun ini hingga 13 September adalah seperti berikut:-

Didapati 154 orang sedang berada di penjara. Maksudnya 154 orang ini telah pun dijatuhi hukuman oleh mahkamah dan mereka ini berada di penjara dan kesemua- nya ialah 535 orang telah pun ditangkap, yang telah dijatuhkan hukuman 154 orang dan dalam siasatan 65 orang dan sedang menunggu hendak pergi ke mahkamah 196 orang, yang sudah kena penjara, yang kena sebat juga 64 orang dan inilah semua ini jumlahnya 535 orang ya. Sekian, terima kasih.

[Soalan No. 6 - Datuk Lau Ngan Siew (Sandakan) tidak hadir]

7. Datuk Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat] minta Perdana Menteri menyatakan, oleh kerana parti pembangkang seolah-olah menjadi pihak berkuasa yang mengeluarkan fatwa termasuk menyebut Allah sebagai samseng dan menghalalkan cacian dan maki-hamun, apakah langkah kerajaan untuk membendung masalah ini.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM sentiasa mengambil langkah-langkah bagi membendung gejala-gejala negatif termasuk ucapan, tulisan dan sebagainya yang boleh memesongkan akidah rakyat. Justeru itu JAKIM telah sedang dan akan terus memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa ucapan tersebut bertentang dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Ini adalah kerana ucapan yang sedemikian termasuk cacian dan maki hamun amat dilarang keras oleh Islam disebabkan ia boleh mengelirukan dan membawa kepada perpecahan ummah. Terima kasih.

DR.3.10.2002 9

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan, berdasarkan penjelasan tadi nampaknya JAKIM memberi penerangan dan penjelasan mengenai kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Soalan tambahan saya ialah dapatkah pihak berkuasa sama ada JAKIM ataupun Majlis Fatwa Kebangsaan umpamanya mengeluarkan satu fatwa melarang orang lain mengeluarkan fatwa. Biar Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja dibenarkan membuat fatwa, yang lain dilarang dan jika mereka mengeluarkan fatwa juga dikenakan hukuman. Terima kasih.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya kita sedia maklum dalam negara kita ini hanya ada satu sahaja Majlis Fatwa Kebangsaan. Kalau ada individu-individu yang mengeluarkan ucapan-ucapan itu bukannya fatwa tetapi kalau diambil kira sebagai fatwa mungkin oleh pengikut-pengikut mereka.

Mengenai isu yang dibangkitkan, saya ingin nyatakan di sini bahawa keputusan muzakarah fatwa mengenai batas-batas adab ‘pengucupan’, penulisan atau perbahasan terhadap Allah, rasul dan umat manusia [Disampuk], Ya, saya hendak nyatakan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan sudah ambil keputusan. Ya.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat cukup, cukup. Biarlah dia berucap ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya tidak faham maksud Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat sila teruskan Yang Berhormat.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Ya, saya mengenai…

Tuan Yang di-Pertua: Sila teruskan.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Saya hendak nyatakan bahawa mengenai ‘pengucupan’, eh, pengucapan [Ketawa] Ya, saya kata apa tadi, oh! …

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, sila-sila.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Atas keputusan muzakarah fatwa mengenai batas adab ‘pengucupan’, eh!, pengucapan [Ketawa] Ia dekat hampir sama….[Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya, ya.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Sebab bila PAS cakap dia selalu mengeliru- kan, jadi saya pun sudah keliru dah [Ketawa] Penulisan atau perbahasan terhadap Allah, rasul dan umat manusia telah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-154 pada 4 Julai 2002 dan keputusan telah pun dibuat seperti berikut:

(i) adalah digalakkan mana-mana pihak untuk menyuarakan, menulis dan menyiarkan apa-apa pandangan mengenai Islam supaya ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya terus maju dan berkembang. Walau bagaimanapun ianya hendak- lah berhati-hati dan tidak terlibat dalam apa-apa bentuk ucapan, tulisan dan penyiaran yang boleh menyentuh perkara asas dalam Islam, yang membawa kepada ter- cemarnya kesucian Islam sama ada daripada segi akidah, syariah atau akhlak. Bagi sesiapa yang terlibat dalam perkara yang negatif itu hendaklah menghentikannya dengan serta merta;

(ii) hendaklah mempunyai sikap yang terbuka, berlaku adil, tidak cepat membuat apa-apa tuduhan dan sentiasa meng- ambil pendekatan yang harmoni dengan mengadakan per- bincangan, kajian dan penelitian supaya kehormatan diri tidak tercemar dan kewibawaan sesebuah organisasi tidak dipersoalkan serta tidak menyimpang dari landasan Islam yang sebenarnya; dan

(iii) pihak yang berwajib hendaklah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam menghadapi isu-isu yang boleh mencemarkan kesucian Islam melalui peraturan-peraturan

10 DR.3.10.2002

yang sedia ada dan pendekatan-pendekatan yang berhikmat sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Oleh itu muzakarah jawatankuasa fatwa menyeru semua pihak hendaklah mematuhi keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh Mesyuarat Majlis Raja-raja tersebut.

Namun demikian Tuan Yang di-Pertua, saya suka tegaskan di sini bahawa penguatkuasaan fatwa ini bukan secara automatik. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan ini harus diterima oleh jawatankuasa fatwa negeri dan kemudian jawatankuasa fatwa mestilah mewartakannya dan penguatkuasaannya akan dilaksanakan oleh penguat- kuasaan agama negeri-negeri. Jika tidak, fatwa tidak boleh kita kuat kuasakan.

Namun demikian sebagaimana kita sedia maklum bahawa pihak polis juga sebenarnya ada kuasa untuk bertindak di bawah Kanun Keseksaan atau Penal Code di bawah Bab 15 dari hal kesalahan-kesalahan berkenaan dengan agama. Seksyen 298 Kanun Keseksaan ada menyebut bahawa barang siapa yang ada menyebut perkataan-perkataan dan lain-lain dengan niat tetap hendak melukakan perasaan keagamaan mana-mana orang, maka tindakan boleh diambil dan jika didapati bersalah ia boleh dijatuhkan hukuman penjara 1 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Begitu juga dengan Seksyen 298A menyebabkan dan sebagainya di atas alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan bermusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau yang boleh memudaratkan dan sebagainya, pemelihara- pan keadaan harmoni atau perpaduan, sesiapa yang didapati bersalah di bawah seksyen ini boleh dihukum penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada lima tahun. Suka ditegaskan bahawa undang-undang ini telah pun lama kita buat Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada perpaduan ummah, keharmonian hidup bermasyarakat dan keamanan negara dengan memperkenalkan undang-undang dan juga fatwa yang telah saya nyatakan tadi. Walau bagaimanapun, kita dapati pembangkang kerap tidak menghiraukan dan melanggar undang-undang yang sedia ada, semata-mata kerana kepentingan politik.

Apabila pihak berkuasa bertindak ke atas mereka, mereka akan menuduh kerajaan ini zalim, anti ulama, tidak Islamic, pendakwaan terpilih dan berbagai-bagai tuduhan lagi semata-mata untuk menimbulkan rasa benci rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih.

Tuan Nasharudin bin Mat Isa: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Setiausaha Parlimen. Memandangkan Setiausaha Parlimen selalu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan agama dan hari ini soalan kita tentang fatwa.

Saya hendak minta Setiausaha Parlimen mentakrifkan kepada Dewan ini apakah yang dikatakan fatwa daripada segi lughatan dan istilah dan saya hendak tanya kepada Yang Berhormat bagi Hulu Langat jugalah sambil juga dijawab nanti oleh Setiausaha Parlimen, fahamkah mereka ini tentang kedudukan fatwa dalam konteks pentadbiran agama Islam di Malaysia ini.

Seperti mana yang kita sedia maklum kedudukan fatwa di dalam enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri dan juga Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan, siapa yang boleh memberikan fatwa, bagaimana proses fatwa dan dengan jawapan ini nanti, saya pasti bahawa apa yang dikatakan fatwa yang dikeluarkan oleh parti pembangkang tidak betul kerana dalam konteks di Malaysia hanya boleh memberikan fatwa mengikut enakmen pentadbiran agama Islam negeri-negeri dan Akta Pentadbiran Agama Islam Wilayah Persekutuan hanya badan-badan tertentu dan tidak melibatkan badan-badan lain.

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Okey terima kasih Yang Berhormat. Mengenai fatwa, kita ada dua fatwa yang kita keluarkan. Satu fatwa yang dikeluarkan di dalam mesyuarat Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Mesyuarat ini diadakan apabila diarah oleh Majlis Mesyuarat Raja-Raja. Yang kedua dipanggil Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang mana jawatankuasa ini bermesyuarat apabila dipanggil oleh Setiausaha Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan saya telah nyatakan tadi bahawa fatwa-fatwa yang dibuat, sama ada oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa ataupun

DR.3.10.2002 11

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, ianya tidak boleh berkuat kuasa secara automatik melainkan ianya diterima oleh jawatankuasa fatwa negeri masing-masing dan mengenai Enakmen Keluarga Islam dan fatwa Islam di Wilayah Persekutuan, kita sedia maklum ianya hanya terpakai di Wilayah Persekutuan dan enakmen-enakmen ini ianya mesti dibentangkan di dalam Parlimen dan begitu juga, walaupun enakmen-enakmen ini dibentangkan di dalam Parlimen tetapi ianya hanya terpakai di Wilayah Persekutuan sebab itu kita panggil Akta Keterangan Jenayah syariah Wilayah Persekutuan kerana ia diluluskan oleh Parlimen dan ia hanya dikuatkan di Wilayah Persekutuan sahaja.

Walaupun akta ini diluluskan oleh Parlimen tetapi ianya tidak boleh digunakan, dikuatkuasakan di negeri-negeri yang lain kerana kalau negeri-negeri lain yang ingin menerima pakai, macam Terengganulah baru-baru ini, dia dok cedok undang-undang yang kita telah guna, maka negeri tersebut mesti membawa kembali kepada Dewan Undangan Negeri di negeri masing-masing dan diluluskan, barulah ia boleh jadi enakmen pentadbiran agama di negeri masing-masing dan ia berkuat kuasa di negeri masing-masing bukannya terpakai kepada seluruh negara, ia tertakluk kepada jurisdiction di negeri-negeri masing-masing yang mana telah menerima undang-undang yang telah diterima pakai oleh Wilayah Persekutuan.

Seperti Terengganu yang lima atau enam undang-undang yang baru dilulus- kan tetapi bila kita tanya, kata undang-undang buat sendiri tetapi setelah kita semak, undang-undang itu sebenarnya memang dicedok daripada Wilayah Persekutuan hanya ditukar istilah-istilah. Jadi menunjukkan bahawa Terengganu yang mendakwa sebuah negeri Islam sebenarnya tidak ada modal. Dia menerima undang-undang yang dibuat oleh Persekutuan dan diubahsuai dan dilaksanakan di Terengganu. Jadi tidak ada beza undang-undang pentadbiran Islam di Terengganu dengan Wilayah Persekutuan. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Dato' Haji Noh bin Haji Omar: Apa Yang Berhormat…?

Tuan Yang di-Pertua: Cukulah, cukuplah, cukuplah Yang Berhormat. Dia sudah jawab begitu, cukuplah Yang Berhormat.

8. Tuan Muhyidin bin Abdul Rashid [Hulu Terengganu] minta Menteri Pendidikan menyatakan, apakah hasil perbincangan antara kementerian dengan Naib Canselor Universiti Pertanian Malaysia berhubung cadangan penubuhan Pusat Kajian Kesihatan Luar Bandar Berkaitan Penyakit Berjangkit di Kawasan Tropika yang pertama di rantau ini yang akan ditubuhkan di Hospital Hulu Terengganu.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan [Dato' Mahadzir bin Mohd Khir]: Tuan Yang di-Pertua, pihak Universiti Putra Malaysia atau UPM memang pernah mengadakan satu perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan dan pemimpin masyarakat di Hulu Terengganu pada awal 1999. Perbincangan tersebut adalah berkaitan cadangan penubuhan pusat tersebut ataupun istilah yang dipakai pada waktu itu sebagai Institut Kesihatan Desa dan cadangan penggunaan daerah Hulu Terengganu sebagai penempatan latihan lapangan pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan UPM.

Untuk makluman, kampus cawangan UPM Terengganu telah dijadikan kolej universiti pada masa ini, yang dikenali sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia atau KUSTEM. Oleh yang demikian kawasan latihan pelajar tersebut telah dipindahkan ke daerah Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan kerana pemisahan pentadbiran dan pemecahan entiti pusat pengajian tinggi tersebut. Terima kasih.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Saya berterima kasih kerana pihak kementerian telah bersetuju untuk mengadakan pusat ini di Hulu Terengganu tetapi saya begitu sedih apabila Yang Berhormat menyebut bahawa ia telah dipecahkan dan dipindahkan ke Negeri Sembilan.

Adakah kementerian bercadang untuk mengadakan satu kursus atau satu jurusan khas berhubung penyakit-penyakit berjangkit di kawasan tropika ini dan bercadang untuk mengadakan kampusnya di Hulu Terengganu memandangkan

12 DR.3.10.2002

kebanyakan penyakit ini ada sampelnya di Hulu Terengganu. Jadi adakah kerajaan bercadang hendak mengadakan kampus khas cawangan ini di Hulu Terengganu dan sebagaimana Jurusan Sains Samudera UPM juga yang telah dibuka cawangannya di Kuala Terengganu. Terima kasih.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Terima kasih Yang Berhormat. Sebenarnya terus terang saya katakan di sini, saya berterus terang, kita bercakap daripada segi soalan akademik dan juga aplikasinya kepada kawasan itu. Yang Berhormat telah membuat kenyataan itu, saya memang amat bersetuju sekali. Di sini terus terang saya katakan tidak ada mainan politik, tidak sama sekali.

Seorang Ahli: Mestilah.

Dato' Mahadzir bin Mohd. Khir: Ada kata mestilah, pulak. [Ketawa] Misalnya kalau saya ambil contoh macam HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) yang bertempat di Kubang Kerian misalnya. Misalnya pada tahun 1999, kita telah naik taraf dia menjadi pusat rujukan yang mana kita adakan beberapa program yang salah satu daripada program itu ialah perkhidmatan Surgeri Kardiotorasik dan HUSM hari ini berjaya pula yang diterima oleh pihak WHO sebagai Pusat Rakan Bayi. Ini kita terima sebab dia tidak ada politik dalam itu.

Oleh itu, tadi telah saya sebutkan bahawa UPM sebenarnya ini adalah rancangan UPM. Kemudian apabila ditubuhkan KUSTEM maka saya berharap memang Yang Berhormat boleh mengemukakan cadangan ini KUSTEM boleh mem- perkembangkan dia punya program. Insya-Allah, mana kita tahu di masa akan datang kita akan mempertimbangkan program ini.

Tetapi bagi UPM memang mereka telah pun bertukar tempat ke Negeri Sembilan seperti mana yang saya telah sebutkan. Sebenarnya KUSTEM itu adalah sebahagian daripada UPM asalnya tetapi kini dia berdiri sebagai sebuah institusinya yang berasingan daripada UPM maka saya rasakan bahawa terpulang kepada pihak KUSTEM bagaimana hendak memperluaskan programnya.

Walau bagaimanapun cadangan Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu saya terima dengan baik. Terima kasih.

9. Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin [Batu Pahat] minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan bilakah Pusat Komuniti di kawasan Rukun Tetangga, Pusat Aktiviti Perpaduan di peringkat Daerah dan Pusat Operasi Perpaduan di peringkat negeri akan dilaksanakan dan nyatakan jumlah Pusat mengikut kategori yang akan dibina di seluruh negara.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat [Dato' S. Veerasingam]: Tuan Yang di-Pertua. Pihak Jabatan Perpaduan Negara buat masa ini telah membina sebanyak 494 pusat komuniti Rukun Tetangga di seluruh negara. Bagi pusat komuniti perpaduan pula sebanyak enam buah telah dibina dan dua buah lagi adalah dalam proses pembinaan yang akan siap pada tahun depan.

Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Perpaduan Negara sememangnya bercadang membina pusat komuniti di semua peringkat iaitu kawasan daerah dan negeri. Ini adalah bagi membolehkan lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti dan program-program bercorak kemasyarakatan diadakan. Walau bagaimanapun ini adalah masih dalam perancangan Jabatan Perpaduan Negara. Terima kasih.

Tuan Haji Siam bin Haji Kasrin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Setiausaha Parlimen di atas jawapannya. Seperti yang kita ketahui aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh sektor Rukun Tetangga boleh merangsang kepada usaha kerajaan merapatkan interaksi kaum. Apa yang berlaku di mana kebanyakan aktiviti yang dijalankan banyak bergantung kepada kreativiti Pengerusi Sektor Rukun Tetangga yang terlibat.

Soalan tambahan saya, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementeri- an Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat terhadap sektor-sektor Rukun Tetangga di sesebuah taman perumahan yang tidak aktif? Terima kasih.

Dato' S. Veerasingam: Tuan Yang di-Pertua, di tiap-tiap kawasan di daerah, kita ada satu Jabatan Perpaduan Negeri Daerah. Di situ kita ada pegawai-pegawai

DR.3.10.2002 13

yang sentiasa memantau aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dan dijalankan oleh Rukun Tetangga-Rukun Tetangga di taman-taman dan tempat-tempat dalam kawasan itu.

Jadi jika ada Rukun Tetangga yang tidak aktif, biasanya kita mengadakan satu perjumpaan di dalam kawasan itu dan menukar pegawai-pegawai yang menjalankan tugas supaya RT itu menjadi lebih aktif. Untuk menggalakkan RT-RT itu lebih aktif, kita juga memberi peruntukan yang lebih kepada RT-RT yang aktif. Kita berharap dengan kerjasama daripada semua pihak, semua RT kita akan aktif demi kepentingan rakyat Malaysia dan perpaduan negara. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Masa untuk jawapan pertanyaan bagi jawab lisan selesai.

[Masa bagi pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan telah cukup]

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERBEKALAN 2003

Bacaan Kali Yang Kedua

DAN

USUL

ANGGARAN PEMBANGUNAN 2003

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah, “Bahawa Rang Undang-undang Perbekalan 2003 dibacakan kali yang kedua sekarang” dan “Bahawa Usul yang berikut ini dirujuk kepada Jawatankuasa sebuah-buah Majlis”.

“Bahawa Dewan ini, mengikut subseksyen 4 (3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, membuat ketetapan iaitu satu jumlah wang sebanyak tidak lebih tiga puluh enam bilion sembilan ratus enam puluh dua juta tujuh ratus tiga puluh tujuh ribu tujuh ratus ringgit (RM36,962,737,700) dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2003, bagi tujuan-tujuan dan butiran-butiran perbelanjaan pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau (“P”) dalam senarai Belanjawan Persekutuan, 2003 yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 15 Tahun 2002 adalah diuntukkan di bawah Maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan lapan dan sembilan senarai tersebut, hendaklah disahkan.” [2 Oktober 2002]

Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat bagi Mambong.

11.10 pagi

Tuan James Dawos Mamit [Mambong]: Terima kasih berbanyak-banyak Tuan Yang di-Pertua. Selamat pagi dan salam sejahtera. Saya dan rakyat di kawasan Mambong ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kerana telah pun mem- bentang bajet yang kami anggap paling pragmatic and sound selama ini. [Tepuk]

Di dalam merangka bajet, termasuk bajet persendirian yang perlu diambil kira ialah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan iaitu revenue equals axpenditure, dengan izin. Namun di dalam Bajet 2003 ini terdapat defisit tetapi defisit ini bukannya daripada hasil. Defisit 3.9% ini adalah daripada KDNK.

Kalau kita meneliti item-item di dalam perbelanjaan dalam bajet ini, ada satu item simpanan luar jangka ataupun kontinjensi yang berjumlah RM2 bilion. Jika kita keluarkan separuh ataupun RM325 juta daripada simpanan luar jangka ini, ini bermakna defisit 3.9% ini tidak berlaku kerana amaun ini adalah defisit daripada KDNK mengikut KDNK tahun 2002.

14 DR.3.10.2002

Tuan Yang di-Pertua, saya juga meneliti hasil kerajaan di dalam bajet ini dan didapati bahawa kerajaan haruslah membuka ruang bagi hasil bukan cukai seperti mempertingkatkan dan tambah nilai penggunaan aset-aset kerajaan. Ini diperlukan agar cukai pendapatan mungkin boleh dikurangkan lagi.

Saya amat kagum dengan perbelanjaan yang begitu tinggi bagi Pembangunan Luar Bandar. Di dalam analisis saya didapati bahawa 47% bagi Pembangunan Luar Bandar. Saya buat analisis ini berdasarkan kepada kaedah andaian dan correlation.

Tuan Yang di-Pertua, pertumbuhan ekonomi negara kita bertambah baik, mencatat pertumbuhan 3.8% pada suku kedua tahun ini. Bagi memastikan pertumbuh- an yang lebih kukuh, peranan pihak swasta sebagai teraju penjanaan adalah penting. Dalam pada ini, saya ingin menyarankan agar bank-bank tempatan lebih liberal lagi untuk memberi pinjaman kepada kontraktor-kontraktor kecil seperti kontraktor-kontraktor Kelas ‘F’ di mana mereka yang telah memperolehi kontrak-kontrak daripada kerajaan haruslah diberi pinjaman.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: [Bangun]

Tuan James Dawos Mamit: Ini membolehkan mereka melaksanakan projek dengan cepat dan berkesan. Kalau tidak, mereka sentiasa bergantung dengan orang-orang tengah, orang yang ada wang. Ini bermakna mereka serahkan lesen-lesen mereka kepada orang tengah dan mereka sendiri tidak melaksanakan projek tetapi hanya mendapat komisen.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Ahli Yang Berhormat bagi Rompin bangun.

Tuan James Dawos Mamit: Kalau sedikit, boleh Ahli Yang Berhormat bagi Rompin. Banyak lagi yang saya hendak ucap ini.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: Sedikit sahaja.

Tuan James Dawos Mamit: Okey, boleh.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: Saya tertarik dengan pandangan Ahli Yang Berhormat .......

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mambong.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis:.....Mambong. Dahulu kita dengar ada masalah pengusaha kecil untuk mendapatkan pinjaman daripada bank. Sebab bank maklum sahajalah, syarat-syarat yang begitu ketat. Sebab itu kerajaan adakan satu kaedah yang kedua iaitu second trap, dengan izin seperti pinjaman melalui Bank Pertanian, TEKUN itu banyak menyelesaikan keluhan daripada pengusaha-pengusaha kecil.

Adakah Yang Berhormat berpandangan masalah yang dihadapi oleh pemborong ini kita ada juga satu kaedah yang kedua. Sebab apa kerajaan melalui Bank Pembangunankah, Bank Pertaniankah atau skim seperti TEKUN untuk membantu pinjaman kepada pengusaha-pengusaha yang menerokai bidang pemborongan ini atau bidang pembangunan atau bidang pembinaan. Minta pandangan Ahli Yang Berhormat.

Tuan James Dawos Mamit: Terima kasih Yang Berhormat saudara saya bagi Rompin. Saya memang setuju jika kerajaan membenarkan bank-bank pembangunan dan juga membenarkan TEKUN untuk memberi pinjaman kepada kontraktor-kontraktor kecil. Tetapi TEKUN seharusnya menukar kaedah-kaedah mereka kerana sekarang terlalu kecil saya rasa pinjaman yang diberi kepada peminjam-peminjam. Biar saya teruskan sekarang.

Dato' Dr. Haji Jamaludin bin Dato Mohd. Jarjis: Sedikit saya hendak penjelasan. Itu satu perkara yang baik. Saya minta pandangan Yang Berhormat, sekarang banyak kita galakkan Kelas-kelas ‘F‘ yang diberi kerja baru-baru ini daripada RM100,000 boleh diberi RM200,000. Mereka ini menghadapi masalah mendapatkan modal. Adakah Yang Berhormat ingin cadangkan, adakan cadangan yang berbentuk TEKUN kepada pemborong-pemborong Kelas ‘F‘ yang kecil tadi untuk mendapatkan modal, mungkin Yang Berhormat mahu memberi ulasan sedikit.

Tuan James Dawos Mamit: Saya setuju jika ada satu lagi skim berbentuk TEKUN. Itu memang saya setuju. Kadang kala orang-orang tengah ini tidak mengurus projek-projek dengan baik dan akhirnya lesen-lesen mereka disenaraihitamkan oleh

DR.3.10.2002 15

pihak kerajaan. Kita memang sudah tahu bahawa NPL dapat diatasi dengan Dana Modal sekarang dengan suntikan RM7.6 bilion. Ini adalah satu langkah yang baik. Negara-negara lain pun berbuat demikian. Apa salahnya, di Amerika Syarikat bank-bank memerlukan rescue plan yang berjumlah USD500 juta setiap tahun dalam tempoh 30 tahun. Saya menyokong usaha kerajaan bagi meneruskan suntikan ke Dana Modal bagi membantu kontraktor-kontraktor bumiputera yang berwibawa.

Tuan Yang di-Pertua, negara kini bersaing sengit dengan negara-negara lain untuk mendapat FDI, bukan sahaja bersaing dengan negara China yang baru menyertai WTO, namun negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Amerika Syarikat kini memerlukan FDI dan saving of foreigners, dengan izin, untuk membeli US ekuiti dan bon-bon treasurynya. Keperluan FDI oleh Amerika Syarikat ini dianggarkan USD140 bilion bagi mengukuhkan pertumbuhan ekonominya. Dalam pada ini, pihak swasta haruslah lebih proaktif lagi untuk mendapat FDI masuk ke dalam negara kita.

[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Muhamad bin Abdullah) mempengerusi- kan Mesyuarat]

Saya yakin mereka boleh melakukannya. Seperti sebuah syarikat yang membawa masuk alumina processing plant dari sebuah negara di Gulf States ke Bintulu. Syabas kepada syarikat tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin beralih kepada biotechnology. Di dalam usaha kerajaan membangunkan K-ekonomi, biotechnology adalah satu daripada bidang hi-tech yang berpotensi tinggi. Negara kita adalah satu daripada 12 negara yang dianggapkan pusat mega biodiversity di dalam dunia ini. Kajian menunjukkan bahawa 20% daripada 12,000 spesis tumbuh-tumbuhan boleh digunakan sebagai ubat-ubatan dan mempunyai ciri-ciri therapeutics. Dengan gambaran yang demikian adalah wajar jika industri biotechnology dibangunkan di negara kita memandangkan bahawa business biotechnology di peringkat global amat merangsangkan bernilai USD1.7 trilion setahun. Saya menyarankan agar kerajaan menggalakkan pertumbuhan industri ini, tambahan lagi dalam menghadapi cabaran saingan daripada negara-negara lain dalam era globalisasi, saya rasa negara kita ada competitive edge dalam bidang ini. Kalaulah negara berazam untuk mendapat hanya 1% daripada nilai business dunia dalam bidang ini, ini bermakna negara boleh dapat hasil USD17.6 bilion setahun, ini nilai yang amat tinggi.

Dengan demikian, kerajaan haruslah mempertimbangkan insentif-insentif yang munasabah bagi menggalakkan pelaburan dalam bidang biotechnology. Dalam pada ini saya menyarankan agar;

(i) dasar biotechnology kebangsaan diwujudkan;

(ii) Akta Biodiversity, Akta Access Biodiversity dan Akta Biosafety haruslah diwartakan dengan secepat mungkin;

(iii) kemudahan-kemudahan latihan dalam bidang biotechnology di dalam negara haruslah diwujudkan. Ini termasuk latihan techno-prenuer;

(iv) geran-geran penyelidikan haruslah ditambah dan penyelidikan diintensify dan dipertingkatkan;

(v) hasil-hasil kajian haruslah memanfaatkan industri ini;

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan kini memang menggalakkan kemajuan bidang pertanian. Biotechnology adalah satu bidang baru bagi meningkatkan pengeluaran pertanian untuk mengatasi pengurangan import-import makanan. Di Australia, bio- technology dalam bidang pertanian dan industri makanan kini dipergiatkan. Pada masa kini, ramai peladang dan pekebun di Australia menanam tanaman-tanaman GMO dan menternak haiwan-haiwan GMO.

Bajet 2003 menetapkan sektor pertanian sebagai jentera ketiga pertumbuhan ekonomi negara. Dalam pada ini, jika industri biotechnology dikembangkan ke atas cadangan satu kampung satu industri, saya yakin industri ini akan berjaya kerana di luar bandar terdapat banyak bahan-bahan kepelbagaian biologi yang dapat digunakan bagi pengeluaran ubat-ubatan dan produk-produk pharmaceutical, tambahan lagi pengetahuan tradisional (traditional knowledge) terdapat di banyak kampung.

16 DR.3.10.2002

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya ingin menyentuh tentang pelupusan sisa-sisa pepejal. Pelupusan sisa-sisa pepejal di negara kita adalah satu masalah yang besar. Selama ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan hanya mengguna pakai teknologi landfill. Ini mengakibatkan pelbagai pencemaran termasuk pencemaran udara kerana pengeluaran gas methane dari landfill, pencemaran tanah dan pencemaran air. Pada masa kini, warganegara membuang per kapita sisa-sisa pepejal sebanyak 0.85 kilogram satu hari. Jumlah ini adalah tinggi kalau dibandingkan dengan pembuangan per kapita di negara-negara di Eropah yang hanya 0.3 kilogram satu hari. Justeru itu, satu kaedah dan teknologi yang mesra alam haruslah diguna pakai. Kini pula hi-tech incinerator yang bakal dibina di Puchong ditentang oleh ramai penduduk yang tinggal di situ kerana ketakutan dengan pengeluaran dioxin. Semua incinerator termasuk incinerator-incinerator kilang mengeluarkan dioxin jika tidak diuruskan dengan betul, bahkan incinerator-incinerator industri mengeluarkan 95% daripada dioxin di persekitaran jika hanya pembakaran chlorinated wastes dilakukan di dalam incinerator.

Oleh yang demikian, apalah harus kerajaan buat? Kaedah landfill juga menimbulkan pencemaran dan kaedah incinerator menimbulkan masalah dioxin. Saya menyarankan agar jalan penyelesaian pengurangan sisa-sisa pembuangan sampah haruslah dikurangkan. Di dalam kajian saya sendiri di Sarawak, didapati bahawa 40% sisa-sisa pepejal boleh digunakan lagi dan dikitar semula di negeri Sarawak. Kadar ini mungkin juga berlaku di sini. Aktiviti-aktiviti kitar semula haruslah dipertingkatkan dan diberi insentif galakan yang sesuai oleh kerajaan. Ini adalah satu tindakan yang wajar bagi mengurangkan pengeluaran sisa-sisa pepejal dan seterusnya meredakan masalah pengurusan sisa-sisa pepejal. Menyentuh kembali tentang proses incinerator, jika pengurusan incinerator dilakukan dengan efisien dan baik, jika chlorinated wastes diasingkan dan tidak dibakar di dalam incinerator sudah tentu pengeluaran dioxin berkurangan, bahkan dihapuskan. Namun, apakah sebenarnya gas dioxin ini? Dioxin adalah sekumpulan beratur-ratus bahan kimia yang persistent di persekitaran kita. Sejenis dioxin yang paling beracun (potent) ialah jenis 2378DCDD yang dianggapkan sebagai gassing agent kelas satu. Dioxin ini terdapat di dalam pemprosesan dan pengilangan bahan-bahan kimia dan racun-racun perosak (pesticide). Dioxin juga terdapat dalam bahan-bahan makanan kita seperti:

(i) daging sapi terdapat 38% kandungan dioxin

(ii) produk-produk dairy - 24.1% kandungan dioxin

(iii) susu lembu terdapat 17.6% kandungan dioxin

(iv) daging ayam 12.9% dioxin.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.

Dr. James Dawos Mamit: Daging babi 12.2% dioxin, ikan 7.8% dioxin, telur 4.1% dioxin dan di dalam udara, pengeluaran daripada incinerator 2.2% dioxin. Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup.

Dr. James Dawos Mamit: Ini bermakna inhalation daripada incinerator adalah 2.2%. Saya ingin stress perkara ini Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya tidak kira Yang Berhormat, saya kira masa.

Dr. James Dawos Mamit: Setiap hari kita masukkan di dalam tubuh badan kita lebih kurang 119 poli gram dioxin setiap masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup Yang Berhormat.

Dr. James Dawos Mamit: Sekian terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Saya bagi Tebrau Yang Berhormat.

DR.3.10.2002 17

11.26 pagi.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan [Tebrau]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi, selamat sejahtera and good morning, sobahul khair, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan panjang Yang Berhormat, nanti tidak cukup lima minit.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okey, okey. Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak beritahu siang-siang kepada Tuan Yang di-Pertua, saya berucap nanti, minta jangan ada gangguan. Jadi saya tidak izinkan siang-siang kerana masa….

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jiran, jiran?

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Jiran pun waktu ini kita lupakan dahululah, sudah suntuk sangat masanya Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, iyalah, iyalah. Tuan Yang di-Pertua, sebagai seorang Ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, saya juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2003 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada hari Jumaat, 20 September 2002 di Dewan yang mulia ini.

Sebelum rang undang-undang ini dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ramai orang yang menyangkakan bahawa ada beberapa perkara akan dikenakan cukai dan kenaikan cukai akan diumumkan oleh Menteri Kewangan. Tetapi hingga hampir akhir ucapan belanjawan hendak ditamatkan, kita tidak dengar apa pun. Yang kita dengar sepanjang ucapan Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan ialah menyediakan peruntukan yang besar untuk rakyat yang berpendapat- an rendah, peruntukan untuk rakyat luar bandar, peruntukan kesihatan, peruntukan pendidikan peruntukan hal ehwal wanita seperti elaun wanita diperuntukkan hampir dekat RM100 juta - RM99.91 juta dan RM100 juta disediakan oleh kerajaan untuk membiayai rawatan penyakit kronik kepada kanak-kanak yang ibunya juga ber- pendapatan kurang daripada RM600. Program Rakan Muda juga diberi peruntukan RM12.3 juta. Program untuk belia dalam bidang perniagaan komputer sebanyak RM500 ribu. Kemudahan pinjaman perniagaan bagi belia sebanyak RM50 ribu seorang, diberi sebanyak RM9 juta untuk program khidmat sosial kepada penuntut yang telah menunggu peperiksaan SPM.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat, awal-awal lagi dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Peruntukan NGO sebanyak RM120 juta di setiap kementerian tertentu dan sebanyak RM2 juta untuk Tabung ICT, Persatuan Orang Cacat Penglihatan. Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM203.1 juta untuk JAKIM dan sebanyak RM113.9 juta untuk pembangunan seperti masjid, sekolah agama, kompleks latihan dan lain-lain. Ada lagi peruntukan dan galakan dalam menggerakkan ekonomi negara. Saya ucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan atas Belanjawan 2003.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam ucapan saya ini, saya juga tidak ketinggalan untuk memberikan pandangan dan pendapat serta teguran yang baik dan membina bukan macam di sebelah pembangkang….

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, hendak tarik keputusan awal? Ataupun…

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Saya sudah beritahu Tuan Yang di-Pertua tadi….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak bagi Yang Berhormat, kekal dengan itu Yang Berhormat bagi Sri Gading, dia tidak bagi.

18 DR.3.10.2002

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Sekejap lagi Tuan Yang di-Pertua, sudah habis nanti, saya duduk sahaja dia boleh tanya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, habis nanti boleh bincang di luar Yang Berhormat. [Ketawa]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Okey, satu minit Datuk ganggu time saya. Dekat mana saya tadi? [Ketawa] Saya dengar ucapan Ahli Parlimen dari Bukit Mertajam, teruk betul. Seolah-olah wanita sudah tidak ada maruah, tidak tentu arah macam tidak terkawal lagi, macam-macam. Belanjawan Pembangkang, mana ada dalam dunia, membentangkan belanjawan sendiri. Ini ada pula belanjawan sendiri. Saya sudah tengok Parlimen di seluruh dunia, tidak ada orang bentang kalau perkara yang agak-agak tidak boleh, jangan buang masa hendak ada belanjawan sendiri. Nantilah, nanti dia perintah, umumkanlah belanjawan dia sendiri.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Mana boleh perintah!

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Bagi pembangkang, kerjanya hari-hari ialah bangkang. Apa pun dibuat baik, dia bangkang, tidak baik lagi dia bangkang! Biarlah dia bercakap ikut suka hatinya kerana jawapannya ialah pembangkang.

Saya mendengar ucapan daripada pihak pembangkang terutama dari Yang Berhormat bagi Kuala Terengganu. Dari mula bersidang tahun 1999 hingga sekarang masih terus berucap perkara yang sama menuduh UMNO, menuduh soal rasuah, menuduh individu menyeleweng, menyebut nama individu, dari dahulu memang itu sahaja ceritanya, tidak ada kisah lain. Menuduh rakyat luar bandar teruk sangat, susah, daif, merempat dan sebagainya. Ambil masuk surat khabar pondok orang jaga durian, anak beranak hendak tunggu durian jatuh, masuk Harakah, inilah daif sekali tengok rumah, terus dimasukkan dalam surat khabar. Apa punya kerja ini?

Adakah salah orang-orang Melayu mempunyai kekayaan sedikit selepas menikmati jasa kemerdekaan? Apa hal pula dengan pemimpin-pemimpin pem- bangkang? Adakah pihak pembangkang, termasuk Ahli Yang Berhormat tidak mempunyai kekayaan? Tidak mempunyai rumah mewah? Dan adakah tidak mempunyai kereta mewah? Semuanya ada. Sudahlah, mana yang ada itu rezeki dialah. Biarlah, tidak usahlah menyakitkan hati individu. Sepanjang masa tidak ada kerja lain, bangkitkan cerita orang, bangkit orang itu begitu. Sudahlah, selepas kemerdekaanlah banyak kenikmatan dinikmati oleh orang Melayu. Kita syukur ke hadrat Allah subhanahu wa taala. Mana yang salah – salah. Itu terpulang, dan Allah akan menghukumkan kemudian hari kelak.

Tanya kepada rakan Yang Berhormat, termasuk Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan di Negeri Terengganu. Tanya di Kelantan – apa, pakai kereta Kancil? Tidak. Menteri Besar pakai kereta Kancil? [Disampuk] Tidak. Ada juga Ahli Parlimennya daripada pembangkang yang memakai kereta lebih besar daripada saya. Tidak ada. Itu rezeki dia, saya tidak pertikaikan. Tetapi jangan menyakitkan hati orang Melayu yang memakai kereta besar sedikit – menyentuh, mengkritik. Habis nama-nama individu disebut dalam Dewan yang mulia ini. Salah dari segi hukum menyebut perkara peribadi seseorang. [Disampuk] Itu saya tidak hendak cakaplah – itu lebih mendadalah. [Ketawa]

Bagi saya, kalau ada mereka yang tidak kira dari kerajaan atau pembangkang, kalau betul-betul melakukan kesalahan dan penipuan, rasuah kepada orang awam, biarlah Allah menghukumnya. Tetapi bukan kita yang menghukum, menuduh dengan sewenang-wenang, mengikut sedap mulut sahaja. Kita tidak tahu mereka yang dituduh itu, menyebut mereka membuat kesalahan. Pada hal ia tidak berdosa, dan mungkin dia meninggal dunia dalam husnul-khotimah. Yang kita ini belum tahu, termasuk dalam golongan mana. Kita berdoa sama-sama yang kita juga akan akhir, kesemua saya doakan, termasuk pembangkang yang beragama Islam, mati dalam husnul-khotimah. Itu yang disuruh oleh agama Islam –bukan mengkritik mengikut sesuka hati.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Baca khutbah imam pun, dalam khutbah kita, Tuan Yang di-Pertua, niat membaca khutbah boleh dipolitikkan – pada khutbah sahaja yang berniat baik untuk menasihat umat Islam, ikut ajaran agama Islam ...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Jiran, jiran.

DR.3.10.2002 19

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tidak bagi. Betullah. Memang tidak boleh hendak bagi, banyak lagi Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Allah! Tidak bolehlah Yang Berhormat pasal ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Bila bagi nanti, saya pula tidak betul. [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, teruskan.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Dekat mana saya tadi? [Ketawa]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Mana saya tahu! [Ketawa]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Pasal cerita baca khutbah ini, baca khutbah pun dipolitikkan. Kita ini kalau jadi imam Yang Berhormat, saya minta maaflah, saya tidak kira siapa imam dekat depan, tetapi biarlah niat yang baik. Jangan berebut. Ini, Perdana Menteri datang, hendak sembahyang pun berebut, hendak bergaduh menjadi imam. Macam mana? Ini niat hendak menjadi imam, hendak menjaga makmum yang ramai supaya dia sembahyang pun baik, dengar pun baik, nasihatlah. Baca khutbah zaman Rasulullah s.a.w. pun semua cakap yang baik-baik. Ini sahaja pada zaman yang ada ini, cakap yang bukan-bukan. Saya pun tidak tahulah. Serah kepada Allah esok yang menentukannya. Apa lagi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Apa lagi? Saya bangun Tuan Yang di-Pertua. [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Oh! Nanti dahulu. Maaf lagi sekali. Ha, ini saya hendak menyentuh ...

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Saya menolong sekarang. [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: ... masalah .... [Disampuk] tidak boleh Yang Berhormat, sudah janji, ya. [Ketawa] Ini masalah ialah, akhirnya saya hendak masuk kes masalah orang-orang Islam yang memegang jawatan dalam syarikat-syarikat yang ada berkaitan dengan judi. Saya tidak hendak sebut. Sebagai orang Islam, agama rasmi negara kita, saya mintalah kalau boleh kerajaan mengadakan sedikit peraturan dan syarat, dikenakan kepada orang-orang Islam tidak dibenarkan langsung untuk memegang sebarang jawatan yang ada berkaitan dengan perjudian. Ini adalah untuk kebaikan orang Islam itu sendiri.

Jadi, kalau ada terang-terang, mereka yang ada memegang jawatan yang berkaitan dengan masalah itu, saya minta kerajaan melarang syarikat yang berkenaan daripada melantik, kerana agama kita adalah agama Islam, ini saya minta kerajaan mengambil perhatian Tuan Yang di-Pertua, termasuk juga dalam laporan Lembaga ……. Malaysia atau report di bawah LTM, ada nama-nama orang yang beragama Islam memegang jawatan macam itu. Jadi, saya berharap dikenakan syarat dan peraturan – maknanya, bagi orang Islam tidak dibenarkan memegang jawatan yang tersebut bagi menegakkan agama rasmi negara kita sebagai agama Islam.

Seterusnya, berhubung dengan masalah pendidikan bahasa Inggeris. Kalau ia tidak merosakkan akidah anak saya dan iman anak saya, maka saya teruskan pembelajaran bahasa Inggeris. Menuntutlah ilmu untuk masa depan negara, bangsa dan agama. Menuntut ilmu tidak salah Tuan Yang di-Pertua, dan tidak berdosa. Kerana apa? Kita mesti halang dari dikritik terutama oleh pembangkang. Banyak tahu

20 DR.3.10.2002

ilmu, banyak tahu bahasa adalah amat baik. Bukan tujuan kerajaan untuk menghapus- kan bahasa Melayu – bahasa Melayu tetap Bahasa Kebangsaan negara ini.

Cuma saya berharap kerajaan mesti menyediakan lebih banyak kemudahan untuk tujuan ini, seperti guru. Guru amat penting, Tuan Yang di-Pertua, dalam menentukan bahasa, terutama hendak mengajar di luar bandar. Ini luar bandar lain dengan anak dalam bandar. Anak dalam bandar, kadang-kadang bapa, emak semua boleh bercakap bahasa Inggeris. Anak-anak di kawasan saya itu, cakap Jawa pun ada, tetapi saya fahamlah sedikit-sedikit. Jadi, saya berharap kerajaan menyediakan guru-guru yang pakar bahasa Inggeris, hantar ke sekolah luar bandar. Tidak kiralah, ketua jabatankah, siapakah, isteri dia yang boleh mengajarkah, “Mari mengajar di luar bandar, bantu anak orang luar bandar supaya mahir dalam bahasa Inggeris”. Masa untuk bahasa itu hendaklah ditambahkan sedikit. Ini adalah baik sebagai bahasa antara- bangsa, Tuan Yang di-Pertua.

Yang kedua, masalah penahanan di bawah ISA. Banyak orang kritik, kerajaan salah. Tetapi mana-mana negarakah, memang ISA menjamin keselamatan negara. Saya hendak minta kerajaan mengkaji semula cara penangkapan dan cara dibenarkan ia dibawa ke mahkamah. Saya dapati Tuan Yang di-Pertua, apabila ditangkap bawah ISA, dibawa ke mahkamah dan dibebaskan. Selepas bebas, ditangkap balik. Dari segi undang-undang, seolah-olah macam main-main, ya. Tangkap, kemudian itu lepas. Pihak di sana tanya, kenapa?

ISA ini tetap ada – itu saya setuju, dan bukan niat kerajaan untuk merosakkan, tetapi kalau kerajaan tidak menjaga, negara akan lebih rosak lagi, dan ketenteraman awam juga lagi rosak. Cuma pinda sedikitlah. Kalau kata sudah ditangkap bawah ISA, habis cerita – no more in court, dengan izin, tidak boleh lagi dibawa ke mahkamah. Ini tidak – boleh lagi dibawa ke mahkamah. Salah tahan itu, tidak boleh.

Bila kata ditahan bawah ISA, kalau ada Menteri Undang-undang, buatlah satu yang tetap. Macam kes perbicaraan pilihan raya, seorang sahaja hakim – hakim itu bicarakan. Habis itu sepatutnya sudah tidak boleh lagi, tetapi entah apa diputar oleh Mahkamah Tinggi – putus. Tidak ada rayuan lagi, tidak ada keputusan lagi – tidak ada. Itu sahaja keputusan. Bila sudah ditangkap di bawah ISA – tangkap. Tidak payah dilepas lagi. Macam Singapura – Singapura lagi teruk, tidak ada bicara. Malaysia ini lembut benar – undang-undangnya kadang-kadang longgar sedikit. Tetapkan bahawa undang-undang ISA tidak boleh dibawa ke mahkamah langsung bila ditangkap. Jadi tidak menyusahkan dan pihak di sebelah sana pun tidak hentam kita. Jadi kita tetapkan bahasa ISA ini tidak dibenarkan lagi dibawa ke mahkamah.

Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan pengambilan tanah untuk membuat lebuh raya. Saya meminta kerajaan, terutamanya di kawasan saya, banyak tanah yang diambil, supaya bila tanah diambil - kontraktor dia untung banyak, tetapi yang masalah kepada tuan-tuan punya tanah, tanah itu bercampur – ada tanah pertanian, ada tanah pembangunan, ada tanah perumahan, saya minta kerajaan menimbang balik, semua tanah-tanah yang diambil untuk buat lebuh raya, hendaklah diganti dengan nilai harga bukan tanah pertanian, tetapi dengan nilai harga tanah pembangunan di kawasan itu. Jadi, mereka-mereka yang duduk di kawasan tanah sedemikian begitu lama, dapat menikmati gantian yang lebih baik, bukannya sedikit. Saya minta kerajaan timbangkan berhubung dengan pengambilan tanah untuk membina lebuh raya.

Lagi satu, masalah syarikat yang hendak dibenar disenaraikan dalam BSKL – Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini mungkin memang peraturan undang-undang saham, cuma saya nampak kemudian ini, bila dibuka sahaja untuk pembelian saham, waktu dibuka untuk disenaraikan, masuk sahaja, besok kita tengok rugi – jatuh saham yang dimasukkan, dipamerkan serta-merta. Saya tidak tahulah, saya sudah tengok beberapa kali. Saya dari dahulu saya tidak masuk dalam saham ini, tetapi saya dengar orang bercakap. Bila disenaraikan sahaja, harga saham itu jatuh.

Jadi, saya hendak minta pihak Suruhanjaya Sekuriti, sebelum kelulusan diberikan kepada syarikat untuk dipamerkan di BSKL, mungkin waktu dia buat itu syarikat itu memang untung – waktu dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti. Kemudian hendak mendapatkan kelulusan agak lama. Bila diluluskan sahaja, rupanya alih-alih syarikat itu sudah rugi.

Dalam masalah ini yang melibatkan kesusahan kepada pembeli saham. Dahulu, menentukan saham ialah pihak Suruhanjaya Sekuriti. Sekarang, sudah tidak

DR.3.10.2002 21

ada. Suruhanjaya Sekuriti tidak menentukan tetapi ditetapkan oleh merchant bank. Jadi bank ini memberi pinjaman. Bila saham jatuh, dipaksanya – jualan paksa, supaya jual saham dengan paksa. Jadi, yang rugi, yang menimpa masalah ialah kepada pembeli saham itu. Saya minta dicek betul-betul latar belakang syarikat – dari mula dia memohon, sebelum hendak diluluskan untuk dibuat pengumuman, cek lagi sekali, betulkah mendapat keuntungan yang sebenar ataupun tidak. Jadi, ini tidak menyusah- kan orang ramai maksud saya, untuk membeli saham, kerana selepas harga saham jatuh, pihak merchant bank paksa suruh jual. Bila jual patut, adalah sedikit tolak-ansur – bila rugi sedikit, jangan dipaksa jual, tunggulah sekejap – 10 sen jatuh tidak mengapa, tidak apa. Ini tidak, dia paksa suruh jual juga.. Saya minta dalam perkara ini kerajaan memandang serius dalam masalah bursa saham.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya berhubung dengan gedung besar perniagaan. Ini masalah pembukaan gedung-gedung besar perniagaan, banyak ya, seperti Giant, Makro, Carrefuor – macam-macam saya tengok, termasuk di kawasan saya. Jadi, saya hendak minta kerajaan melihat balik pembukaan ini – ia berlawan dengan peniaga-peniaga kecil. Peniaga kecil ini susah, Tuan Yang di-Pertua, terutama di luar bandar. Sekarang, Giant dan lain-lain lagi gedung besar ini, dia sudah lari ke luar-luar bandar, bila ia berlaku, peniaga-peniaga kecil yang di luar bandar sudah tidak dapat hendak berniaga dengan baik, Tuan Yang di-Pertua, kerana orang sudah pergi ke gedung besar – kerana gedung besar sudah tidak dikawal. Apa jenis barang, daripada pakaian, makanan, minuman – apa jua yang dijual di kedai-kedai kecil, semuanya ada dijual di gedung-gedung besar.

Tetapi boleh, bukan kata saya menentang, tetapi kita hadkan sedikit – jangan asalkan ada permohonan, diluluskan. Saya minta kementerian, walaupun ini kuasa kerajaan tempatan dan kerajaan negeri yang berkuasa meluluskan, tetapi Kerajaan Pusat melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ataupun Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, maknanya, Kerajaan Pusat mengarahkan tidak dibenarkan lagi dibangunkan gedung-gedung besar, untuk meng- elak daripada peniaga-peniaga kecil menghadapi kerugian, kerana mereka pun hendak mencari rezeki bagi menanggung anak, tetapi kerana adanya gedung besar yang menjual barang pun tidak disekat, ikut kehendak gedung itu, jadi ini akan merugikan lagi banyak peniaga kecil.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu mengenai hadiah musabaqah al-Quran. Saya mengucapkan terima kasih kerajaan menganjurkan musabaqah ini dari dahulu sampai sekarang, alhamdulillah mendapat sambutan dalam negeri dan juga luar negeri. Cuma saya mintalah, berhubung dengan hadiah, berilah hadiah yang agak lebih, walaupun sudah naik ke RM10,000. Tidak adakah untuk johan diberi hadiah kereta?

Saya hendak tanya Perodua, Proton. Kalau yang lain, dia boleh keluarkan hadiah macam-macamlah, termasuk Telekomkah, TNBkah - banyak sponsor diberi. Tetapi untuk majlis musabaqah ini, berilah sedikit. Johan musabaqah peringkat kebangsaan – satu Perodua. Saya ingat, orang yang mendapatnya berdoa. Mudah-mudahan syarikat itu bertambah maju. Sediakan satu tidak mengapa. Jadi, beri peluang. Sudah memang orang ini, kita ini hendak baca Quran, boleh baca, tetapi kerana suara kita ini tidak elok dengan suara orang lain. Jadi tidak semua orang boleh baca.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: [Bangun]

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Jadi, barangkali keistimewaan kepada orang yang memuliakan al-Quran, tiap-tiap tahun adakanlah hadiah – Perodua, okey Telekom – Telekom sponsor, Perodua, Proton, lagi apa? TNB pun boleh. Pengerusi- nya mana? [Memandang ke tempat duduk Yang Berhormat bagi Rompin yang tidak ada ditempatnya] – satu. Boleh Yang Berhormat, tetapi kalau yang lain, saya tengok, buat perlumbaan yang lain, memang dia sanggup berjuta-juta. Ini RM36,000. [Disampuk oleh Yang Berhormat bagi Sri Gading yang meminta laluan]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat ada dua minit sahaja lagi.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih Yang Berhormat bagi Tebrau.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Apa Tuan Yang di-Pertua?

22 DR.3.10.2002

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dua minit.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Allah mak, dua minit tidak boleh langsung.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: Terima kasih, saya hendak bercakap sedikit sahaja. Bolehkah tidak kita cabar Proton....

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak bagi Yang Berhormat. Yang Berhormat, dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: .... baik bagi hadiah ini ...

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Tuan Yang di-Pertua, ha! cakap dengan saya tidak izin ..

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz: ... atau emaskah atau apakah ...

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Sri Gading, jadi dia tidak bagi Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Akhir sekali, berhubung dengan masalah ... Allah, banyak lagi ini, tidak mengapalah. Ini peralatan-peralatan Pasukan Polis Diraja Malaysia, sekarang ini kita ada...saya tengok polis-polis lain, caranya segak – dengan pakaian, baju dia. Kadang-kadang kita tengok baju dia, seluar dia, dia punya tali pinggang, dia punya pistol, gari, kunci – kita tengok pun macam takut. Polis ini kita takut. Jadi saya hendak tanya pihak polis – tidak adakah cadangan hendak mengubahkan sedikit pakaian polis, yang nampak garang. Seluar itu jangan seluar tahun 40-an, 50-an. Polis ini memang style dia ketat – mesti pakai boot ketat. Jadi kalau dia pakai cap hitam, memang kita pun takut. Macam juga pihak polis trafik – bila dia berhenti kita takut.

Jadi, saya minta pihak polis ini, terutama dari segi hendak menjaga keselamatan negara – sekarang FRU jaga, sekarang negara kita ini ada bermacam-macam – asyik tunjuk perasaan, asyik merusuh, yang dibuat oleh pihak di sana itu. Jadi, bila polis tangkap boleh jadi gaduh. [Disampuk] Tidak cakaplah itu ya? Faham sahajalah.

Jadi alat-alat ini di beri juga kepada polis jangan FRU, FRU terhad. FRU ianya bila bergaduh besar baru dia memanggil dari mana-mana. Ini sekarang tidak kisah balai polis pun ada alat anti...... baju tebal, alat pemegang cota yang canggih, jangan cota yang tahun berapa, cota yang ada bateri, bila kena sahaja terkejut dan bertaburan kita lari. Tetapi saya tahu bukan bermakna tujuan kita untuk menganiaya sesiapa untuk menjaga keselamatan dan kawalan kepada negara supaya tidak berlaku rusuhan. Jika kenderaan, rusuhan..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: .. helmet pakaian dan bermacam lagi. Jadi boleh mintalah..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat masa sudah cukup.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Masa sudah cukup? Akhir sekali mohon ampun dan maaf.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: Ha, ialah hendak penghujung sudah, ampun dan maaf wabillah hitaufik walhidayah Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, Yang Berhormat bagi Tanjong.

11.46 pagi.

Tuan Chow Kon Yeow [Tanjong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya diberi kesempatan ini untuk mengambil bahagian membahaskan Belanjawan 2003

DR.3.10.2002 23

dengan memberi sedikit sebanyak pandangan alternatif daripada parti pembangkang. Sebelum meneruskan ucapan saya, mungkin saya hendak memberi sedikit pandangan mengenai apa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat bagi Tebrau tadi, mengenai ISA yang tidak perlu ada peluang untuk tahanan-tahanan ISA menuntut keadilan di dalam mahkamah. Saya rasa kalau kerajaan ini baik tidak perlulah ada undang-undang seperti ISA yang zalim ini. Zalim bukan sahaja dari segi praktis hak-hak asasi manusia tetapi saya rasa zalim dari segi agama yang kita semua amalkan. Jangan lupa kita pun ada anak, kita pun ada cucu yang tidak semestinya berkongsi pandangan ataupun sokongan politik dengan kita. Satu hari nanti mungkin anak kita ataupun cucu-cucu kita pula yang akan menjadi mangsa di bawah ISA.

Tuan Yang di-Pertua,

Datuk Haji Mohd. Ali bin Haji Hassan: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya Yang Berhormat bagi Tebrau berdiri Yang Berhormat. Hendak beri jalan?.

Tuan Chow Kon Yeow: Tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cakap tidak beri Yang Berhormat, jangan cakap tidak ada masa.

Tuan Chow Kon Yeow: Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

Tuan Chow Kon Yeow:…telah mencatatkan rekod sekali lagi dengan memberi ucapan Belanjawan 2003 yang paling panjang sampai mengambil masa 2 jam 45 minit. Mesej utamanya ringkas sahaja iaitu pelaburan langsung asing FDI ke dalam Malaysia telah menjunam ke satu peringkat rendah yang merbahayakan tahun ini. Dan negara ini perlu ada satu anjakan paradigma yang ketara untuk mem- berangsangkan sektor domestik seperti pertanian, pelancongan dan perusahaan SMI. Sepanjang satu tahun ini Tuan Yang di-Pertua, negara ini berhadapan dengan satu soalan yang merunsingkan iaitu bagaimana meneruskan pengaliran masuk FDI ke dalam negara ini seperti masa-masa lalu di mana FDI membantu mengubahkan negara pertanian ini kepada sebuah negara pembuatan industri, dalam lingkungan 15 buah negara pembuatan yang teratas di dalam dunia ini.

Setelah bergantung sekian lama kepada FDI malah dalam penggubalan rancangan jangka panjang ketiga (OPP3), FDI diharapkan menggerakkan pembangun- an ekonomi yang berterusan. Kini negara kita terpaksa bergantung kepada anjakan paradigma kepada sektor domestik. Menteri Kewangan mahukan kita mencipta semula ekonomi negara ini. Perdana Menteri mahukan negara mencontohi Korea Selatan sebuah negara yang dilanda krisis kewangan Asia dan menerima bantuan IMF untuk dapat memulihkan ekonomi mereka dalam empat tahun atas kekuatan sektor domestik- nya.

Perdana Menteri telah mengarahkan Malaysia mencontohi Korea Selatan dalam ucapan Belanjawan 2003 untuk memfokuskan pelaburan domestik, membangun- kan industri kecil dan sederhana dan memberi penekanan semula kepada sektor pertanian sebagai enjin pembangunan yang ketiga selepas sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Ada baiknya Tuan Yang di-Pertua, kita mengambil Korea Selatan sebagai contoh kerana mereka juga dilanda krisis kewangan dengan begitu teruknya. Tetapi selepas melaksanakan reformasi dalam struktur ekonomi mereka Korea Selatan mendapati FDI akhirnya telah meningkat dengan cepatnya sehingga memecah rekod pada tahun 1999. Dengan FDI berjumlah yang melebihi USD15 bilion.

Sebenarnya Korea Selatan dapat menarik FDI yang berjumlah USD24.4 bilion dalam dua tahun kebelakangan ini. Satu jumlah yang melebihi jumlah FDI yang mengalir masuk sepanjang dua dekad ini kepada negara itu. Apa yang tidak dijelaskan oleh Perdana Menteri adalah Malaysia sememangnya tidak ada pilihan dan sepi dan strategi ini merupakan satu pengimbangan yang radikal dari dasar-dasar yang diamalkan selama ini. Dua tahun dahulu Malaysian Institute of Economic Research (MIER) telah memberi amaran awal ada tanda-tanda aliran masuk FDI ke Malaysia akan merosot dan MIER telah menggesa kerajaan mengambil langkah-langkah yang patut untuk mengulang kaji dan memperkukuhkan dasar-dasar yang ada.

24 DR.3.10.2002

Tuan Yang di-Pertua, MIER adalah sebuah think-tank kepada kerajaan. Telah dapat meramalkan Malaysia sedang hilang competitive adge dalam menarik FDI dan memberi peringatan bahawa sekiranya FDI masih mengelakkan diri dari ekonomi Malaysia. Pemulihan ekonomi sekarang dijangka akan mengambil masa yang lebih panjang dan akan bergerak dengan lesunya. FDI confidence index 2002 telah mengesahkan keraguan dan ketidaktentuan untuk melabur di Malaysia seperti yang dijangkakan oleh MIER.

Kerana isu pengalihan kepimpinan negara ketakutan kepada keganasan dan pertalian erat antara politik dan perniagaan seperti dihujah oleh beberapa Ahli Parlimen pembangkang tempoh hari. Sebagai tanda ketidakyakinan Malaysia telah dikeluarkan dari senarai 25 buah negara yang paling menarik kepada FDI. Dua buah negara yang menjadi sumber utama FDI ke Malaysia iaitu Amerika Syarikat dan Jepun telah menunjukkan minat yang telah merosot untuk melabur di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, laporan ekonomi tahun 2002, 2003 yang dibentangkan di samping ucapan belanjawan dalam Parlimen ini telah menunjukkan FDI tahun 2002 dijangkakan dalam lingkungan RM3 bilion sahaja berbanding dengan RM9.4 bilion pada tahun 1999. Mengikut laporan United Nation Conference on Trade and Development (UNCTAD). FDI di Malaysia pada tahun 2001 adalah lebih rendah dari hampir kesemua negara jiran di rantau ini dan telah stagnant sementara lain-lain negara melihat FDI yang kian menambah. Ada pihak yang ingin memberi justifikasi kepada kejatuhan FDI di Malaysia. Perdana Menteri sendiri tidak berani memberi ulasannya tentang kejatuhan FDI ini. Adakah Malaysia kalah kepada negara China dalam menarik FDI semata-mata kos buruh yang murah sahaja. Mungkin kah ini satu lagi alasan untuk menutup kelemahan-kelemahan negara kita sendiri.

Kejatuhan FDI secara mendadak sebenarnya boleh dilihat sebagai satu dakwaan ke atas kegagalan dasar-dasar kerajaan seperti kawalan capital dan ringgit peg. Masalah korupsi yang semakin meningkat berkembangnya kroni kapitalisme bailout dan mengetepikan prinsip the rule of law.

Tuan Yang di-Pertua, kita perlu tahu berapa banyak FDI yang kita perlu dapat setiap tahun untuk memastikan kita dapat pertumbuhan KDNK sebanyak 7% setiap tahun yang diharapkan. Adalah dianggarkan kita memerlukan FDI dalam lingkungan RM15 bilion sehingga RM20 bilion untuk merasa lega. Tetapi pada hakikatnya Tuan Yang di-Pertua FDI kita telah merosot hingga RM2.1 bilion sahaja pada tahun lepas.

Peranan FDI kepada pembangunan ekonomi negara adalah begitu penting dan susah untuk membayangkan Malaysia boleh muncul menjadi sebuah ekonomi perindustrian yang baru tanpa penglibatan MNC dan FDI. Pelaburan domestik tidak boleh menjadi pengganti kepada FDI yang bukan sahaja membawa masuk modal kewangan tetapi juga teknologi baru, pasaran baru dan juga kemahiran dan mind set yang baru. Kerajaan ini perlu sedar bahawa untuk menyemarakkan semula minat FDI kepada Malaysia, amat perlu mengadakan pemikiran semula mengubah strategi yang baru dan penempatan semula seluruh ekonomi di samping menangani masalah-masalah yang sudah lama berakar umbi dalam sistem ekonomi dan politik negara.

Tuan Yang di-Pertua, tidak lama dahulu Presiden Dewan Perniagaan Amerika Syarikat dan Malaysia Encik Neckless Jefry telah menyuarakan pandangan bahawa jika Malaysia ingin mendapat balik tarikan kepada para pelabur ianya mesti membaiki beberapa aspek yang penting. Antaranya perkara yang beliau menyentuh adalah urus tadbir korporat, mengkaji semula fungsi jawatan kuasa pelaburan asing FIC. Access kepada tenaga buruh mengkaji semula sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan ekonomi serta membaiki kualiti bahasa Inggeris.

Beliau menegaskan persepsi negatif tentang pengganasan Islam telah menggugat daya tarikan Malaysia. Beliau menambah bahawa dasar kuota bumiputera juga perlu ditamatkan berperingkat-peringkat dan diganti dengan dasar tindakan affirmative khususnya dalam segi peluang pekerjaan.

Tuan Yang di-Pertua, kita jangan cuma tahu mencari alasan bahawa Malaysia menghadapi kejatuhan FDI kerana negara China berjaya menarik FDI semata-mata kerana kos buruh sahaja dan juga perkembangan sedunia. Kalau begitu tidak akan Singapura yang akan mempunyai kos buruh yang lebih tinggi boleh mencatat peningkatan FDI sebanyak 59% dan berjumlah RM34.2 bilion pada tahun lepas iaitu sepuluh kali ganda lebih banyak daripada FDI di Malaysia. Kita perlu sedar bahawa

DR.3.10.2002 25

Malaysia sedang memasuki ke dalam satu tempoh peralihan dari ekonomi yang berlandaskan pembuatan yang berintensif buruh kepada berintensif teknologi.

Sebenarnya OPP3 telah pun menggariskan peranan yang lebih besar yang boleh dimainkan oleh FDI dalam ekonomi Malaysia yang bermatlamat menarik FDI bukan sahaja dalam sektor pembuatan tetapi juga dalam sektor strategik seperti sektor ICT, tenaga, pengurusan pelaburan dan sektor kewangan. Kita harus merasa bimbang Tuan Yang di-Pertua dengan perkembangan terkini di mana Malaysia meletakkan dalam senarai hitam 15 buah negara yang mempunyai risiko pengganasan yang akan menjejaskan lagi tarikan Malaysia sebagai satu destinasi FDI, khususnya dalam satu tempoh di mana kita menghadapi kejatuhan dan krisis FDI.

Saya juga pernah membangkitkan dalam Dewan pada awal tahun ini mengenai kebimbangan pelabur asing dari Taiwan terhadap pengisytiharan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang akan mengurangkan tarikan Malaysia sebagai destinasi FDI.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Lim Si Cheng) mempengerusikan Mesyuarat]

Nampaknya Malaysia menghadapi begitu banyak tekanan untuk membuat penyesuaian kepada kejatuhan FDI. Tema utama belanjawan adalah membuat andaian bahawa sumber-sumber domestik dan tabung dalaman mencukupi untuk membiayai pelaburan, pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara. Soalnya ialah sama ada strategi ekonomi ini berkesan di bawah batasan-batasan sosial ekonomi dan politik yang dihadapi oleh kerajaan sekarang.

Selain daripada mengumumkan satu senarai langkah-langkah kosmetik, Perdana Menteri tidak dapat memperkenalkan transformasi struktur ekonomi. Penekanan kepada subsektor pelancongan perubatan dan juga keinginan menjadi Malaysia sebagai hub pendidikan bagi rantau ini adalah pelan yang begitu familiar. Nampaknya kita telah mencontohi, copy cat, apa yang sedang dilakukan oleh Singapura selepas Majlis Tindakan Ekonomi Negara mengkaji secara terperinci langkah-langkah yang diambil oleh negara jiran itu untuk mengembangkan sektor perkhidmatannya.

Baru-baru ini ada laporan akhbar menyatakan Singapura telah berjaya memasuki pasaran dunia dengan memasarkan buku-buku teks dan program pendidikan mereka ke Amerika Syarikat, Eropah, Israel, Pakistan dan juga Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang dijanakan oleh sektor domestik menuntut transformasi struktur ekonomi yang lebih pantas, yang memerlukan sumber manusia yang ber- kemahiran tinggi.

Kita menaruh harapan kepada pelan induk k-ekonomi dan penggalakan peng- gunaan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikan untuk menghasilkan tenaga kerja yang lebih berpendidikan tetapi manakah, Tuan Yang di-Pertua pelan induk k-ekonomi yang diheboh-hebohkan sehingga sekarang masih belum dapat dibentangkan dalam Parlimen ini.

Lagi pun cadangan untuk menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar mata pelajaran Matematik dan Sains kini menimbulkan kontroversi yang begitu memecah- belahkan masyarakat kita. Tetapi semua langkah ini tidak akan berhasil dengan serta merta malah kita perlu tunggu sampai satu dekad sebelum dapat menikmati hasilnya.

Sektor Industri Kecil dan Sederhana yang diharapkan memainkan peranan penting sebenarnya masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan juga home base. Hampir 90% sektor pembuatan di negara ini terdiri daripada IKS. Akan tetapi ia cuma menyumbang setakat 10.8% daripada jumlah eksport barangan pembuatan.

Insentif yang diberikan kepada sektor IKS dalam Belanjawan 2003 dijangka tidak mencukupi untuk memberangsangkan ekonomi domestik kita. Kita perlu berani menerima hakikat bahawa kita akan menghadapi satu tempoh peralihan yang sangat susah dan pahit sebelum industri-industri domestik dapat menangani masalah ekonomi ekoran daripada kejatuhan FDI.

Malangnya reformasi yang begitu diperlukan untuk mengubati krisis ekonomi negara ini seperti lebih banyak accountability, ketelusan, pemulihan rule of law dan tindakan untuk menangani korapsi dan penyelewengan kuasa tidak langsung diberi perhatian dalam Belanjawan 2003. Apa yang ada ialah Perdana Menteri cuba

26 DR.3.10.2002

memainkan ego sendiri dengan memberi alasan tentang perlunya projek-projek mega di negara ini.

Beliau berkata, projek yang kecil boleh jadi mega jika kewangan negara tidak mampu membiayainya. Projek yang besar tetapi mampu dibiayai bukanlah mega tetapi hakikatnya, Tuan Yang di-Pertua, adalah sebaliknya kerana struktur hutang domestik negara menunjukkan rakyat jelata telah meminjam RM90 bilion daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan simpanan-simpanan dalam bank dan syarikat insurans tempatan kepada Kerajaan Persekutuan yang menyalahgunakan wang rakyat di atas nama pembangunan negara tetapi pada hakikatnya, untuk membiayai projek-projek mega dan menyelamatkan syarikat-syarikat kroni.

Tuan Yang di-Pertua, tema utama Belanjawan 2003 adalah mengenai perlu- nya anjakan paradigma. Saya bersetuju dan menganggap negara ini memang perlu anjakan paradigma dan pengubahan mind set dalam menguruskan pemerintahan dan melaksanakan dasar-dasar pembinaan negara dan pengurusan masalah masyarakat yang dihadapi oleh negara ini, melainkan adanya anjakan paradigma dan pengubahan mind set ini, Malaysia tidak akan menjadi kompetitif. Masalah-masalah yang dihadapi oleh negara ini masih akan berkekalan dan akan membebankan rakyat dengan satu kerajaan yang sungguh mementingkan projek-projek mega dan tidak menghiraukan suara rakyat untuk melihat satu urus tadbir yang lebih baik, satu kerajaan yang memegang kepada rule of law dan satu kerajaan yang lebih peka kepada suasana antarabangsa mengenai hak asasi manusia.

Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Teluk Intan.

12.05 pagi.

Tuan Mah Siew Keong [Teluk Intan]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam pembahasan ke atas Bajet 2003. Saya berasa bangga dengan belanjawan yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat, bukan sahaja ia mempunyai strategi untuk mengatasi masalah ekonomi negara tetapi satu caring budget yang dapat menjaga kepentingan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan miskin.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, persaingan globalisasi semakin ketara terutamanya penyertaan China dalam WTO serta perlaksanaan AFTA. Terdapat satu report di dalam News Straits Times minggu dahulu bahawa dengan izin, “China is now the most attractive place for FDI, topping the USA for the first time.”

Dengan peningkatan ekonomi negara Asia lain seperti Vietnam dan Thailand, persaingan untuk menarik FDI menjadi semakin mencabar. Saya bersetuju dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa anggapan yang rejim cukai korporat rendah mesti dapat menarik lebih banyak kemasukan FDI tidak semestinya benar. Ada banyak faktor lain yang lebih mempengaruhi kecenderungan minat pelabur asing, mahu pun pelabur tempatan, misalnya keadaan sosial politik yang stabil, kemudaan infrastruktur dan tenaga kerja yang terlatih.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa masih ada satu faktor yang penting yang kurang mendapat perhatian iaitu birokrasi atau red tape, dengan izin. Pada minggu yang lalu saya berpeluang berbincang dengan seorang pelabur dari negara Jerman berkaitan dengan Bajet 2003 dan dia berkata, dengan izin, “Even if Malaysian tax rate is a few percent higher than a neighboring country I will not run away but unnecessary bureaucracy and making me run around from government department to government department, will make me think twice about investing here.”

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan syabas kepada MITI dan kerajaan negeri yang telah memulakan one stop agency tetapi lebih banyak masa perlu di- laksanakan. Semua syarikat multinational atau tempatan sentiasa ada urusan dengan pejabat kerajaan apabila hendak mendapat lesen atau dokumen rasmi. Tetapi malangnya konsep Malaysia incorporated iaitu mewujudkan satu kerjasama yang erat antara agensi kerajaan dengan pihak swasta masih belum direalisasikan dengan sepenuhnya.

DR.3.10.2002 27

Ada beberapa isu yang sentiasa dibangkitkan oleh pelabur asing dan pelabur tempatan:

(i) ada pelabur yang masih menghadapi banyak red tape dan masa yang panjang untuk mendapat kelulusan untuk projek mereka atau lesen. Bagi ahli perniagaan, time is money, dengan izin, dan operasi mereka akan terjejas jika terpaksa menunggu lama untuk mendapati sesuatu keputusan. Kita mesti menegaskan bahawa keputusan mesti diberi dalam hak masa yang tertentu;

(i) banyak peraturan adalah begitu restrictive dan sudah ketinggalan masa. Kita mesti memudahkan procedure untuk permohonan dan kurangkan permintaan dokumen yang tidak perlu. Kita mesti kaji semula peraturan untuk semua permohonan ke pejabat kerajaan dan membuat pindaan serta membubarkan semua yang tidak diperlukan. Apabila kita tanya pegawai berkenaan, apa gunanya dokumen yang diminta kerana ini tidak berkaitan dengan permohonan, kebanyakan daripada mereka akan menjawab bahawa ini sudah lama begitu;

(ii) satu lagi isu yang sentiasa dibangkitkan oleh pelabur asing adalah pegawai di middle atau lower level, dengan izin, tidak sanggup mengambil tindakan atau membuat keputusan, semua keputusan besar dan kecil mesti tunggu Ketua Jabatan. Oleh itu semua orang hendak jumpa pihak atasan atau ketua. Apabila ketua sibuk atau tidak ada, semua tidak akan berjalan dan ini adalah suatu red tape yang membazir- kan masa dan tenaga. Delegation of power adalah diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, dalam zaman globalisasi ini, dalam zaman AFTA dan WTO, peningkatan ekonomi negara China, Vietnam dan negara-negara lain, red tape dan birokrasi adalah suatu masalah yang patut diatasi kerana ia menyebabkan kelewatan, penurunan produktiviti dan frustration. Penukaran polisi dan peraturan tidak memerlukan kewangan yang banyak tetapi ini boleh melicinkan operasi perniagaan yang tentu akan meningkatkan aktiviti ekonomi kita.

Dalam akhbar The STAR beberapa hari yang lalu ada laporan bahawa Malaysia telah terkeluar dari tangga top 25 FDI destination. Kita perlu tindakan yang segera dan drastic. Mind set kita mesti tukar seperti yang disarankan oleh Perdana Menteri. Kita mesti meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam dan mengurangkan karenah birokrasi, dan mengkaji semula peraturan dan tata cara.

Tuan Yang di-Pertua, pada hari ini saya juga hendak membangkitkan suatu isu iaitu berkenaan dengan EPF. Pada tahun ini KWSP telah mengisytiharkan dividen 5% iaitu yang rendah sekali untuk 20 tahun ini. Banyak pencarum EPF berasa tidak puas hati kerana faedah simpanan tetap, FD rate adalah 4%. Oleh itu dividen EPF hanya 1% sahaja, lebih daripada FD.

Ini telah mengakibatkan banyak soalan terhadap dasar dan cara KWSP membuat pelaburan. Perasaan tidak puas hati bertambah kerana kegagalan pengurusan KWSP untuk memberi keterangan yang lebih. Saya tidak menyalahkan pengurusan KWSP tetapi saya ingin mencadangkan supaya untuk mengelakkan tuduhan-tuduhan dan menenangkan sebahagian ahli-ahli KWSP lebih transparensi dan keterangan berkaitan dengan pelaburan dan polisi misalnya, pinjaman RM992 milion kepada Malaysian Building Society Berhad pada tahun yang lalu, semua ini mesti diberi keterangan kerana penjelasan yang lebih akan mengurangkan persepsi yang salah.

Di sini saya juga hendak memberi dua cadangan lagi untuk pertimbangan pihak pengurusan KWSP, di negara Chile telah menjadi satu role model kepada banyak negara lain di dunia ini. National Pension Fund negara Chile diuruskan oleh pihak swasta termasuk pakar luar negara iaitu private sector fund manager. Dalam 18 tahun ini pension fund negara Chile telah meningkat secara average sebanyak 11% setahun dan memberi pulangan yang tinggi kepada ahli-ahli mereka.

28 DR.3.10.2002

Saya dimaklumkan bahawa bagi KWSP semua pelaburan adalah dikendalikan oleh pengurusan dan in-house fund manager. Untuk meningkatkan persaingan dan mengkaji prestasi pelaburan, saya harap sebahagian pelaburan dapat diuruskan oleh profesional fund manager dari pihak swasta.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi cadangan ialah kerana sekarang polisi pelaburan EPF tidak membezakan pencarum yang berusia 21 tahun atau 45 tahun. Sebenarnya yang berusia muda ini boleh mengambil risiko yang lebih jika berbanding dengan yang sudah sampai ke umur hendak bersara. Sekarang KWSP membenarkan ahli yang akaun satunya melebihi RM50 ribu layak untuk melabur dalam unit trust.

Saya mencadangkan supaya bagi ahli-ahli yang berusia lebih muda mungkin di bawah umur 40 tahun mereka dibenarkan mengeluarkan lebih duit EPF untuk melabur dalam unit trust. Ini disebabkan masa untuk masa persaraan jauh lagi. Opsyen untuk seorang ahli KWSP untuk meningkat percentage pelaburan patut diberi pertimbangan terutama sekarang, kerana trend dividen tahunan KWSP semakin menurun iaitu lebih daripada 8% pada 80-an, telah sampai ke 5% bagi tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, isu yang akhir saya hendak membangkitkan ialah berkenaan dengan perkembangan industri unit trust. Bursa Saham Kuala Lumpur dengan bursa saham yang lain di dunia telah menjunam sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan banyak terutamanya individu dan pelabur kecil telah mengalami kerugian yang teruk.

Ada opsyen untuk individual untuk membuat pelaburan tetapi oleh kerana ada wang yang terhad tidak cukup masa dan pengalaman untuk melabur di BSKL. Di sini unit trust atau unit amanah adalah suatu alat pengurusan pelaburan yang dapat mengurangkan ketidaktentuan harga pelaburan ekuiti dan memenuhi keperluan pelabur individual.

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin memberitahu bahawa saya bukan penjual unit trust. Tetapi bagi saya, perkembangan Industri Unit Amanah adalah penting untuk ekonomi negara dan untuk pelabur-pelabur kecil di luar bandar dan di kampung-kampung. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) adalah satu bursa saham yang kecil. Kita tidak hendak merely kepada foreign fund manager. Warganegara Malaysia adalah satu biggest saver di dunia ini dan kita hendak alihkan simpanan ini kepada bursa saham.

Tuan Yang di-Pertua, net asset value Industri Unit Amanah kepada pasaran BSKL adalah 10% sahaja tetapi di negara maju, kadar penembusan adalah 40% iaitu empat kali berbanding dengan Malaysia. Ini menunjukkan banyak lagi ruang untuk mempromosikan Industri Unit Amanah. Oleh itu, saya berasa hairan kenapa tidak ada lebih cadangan untuk membangunkan Industri Unit Amanah.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat........

Tuan Mah Siew Keong: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jeli bangun.

Tuan Mohd. Apandi bin Haji Mohamad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat bagi Teluk Intan. Dalam Yang Berhormat bagi Teluk Intan mengajak supaya kerajaan menggalakkan lagi pelaburan dalam unit trust, dan unit trust ini sebahagian besarnya melabur dalam BSKL. Apakah Yang Berhormat bagi Teluk Intan tidak bimbang daripada segi kelemahan pengawasan BSKL itu sendiri di mana mereka tidak boleh memantau daripada awal sehingga sekarang ini, terdapat 100 syarikat yang tersenarai di BSKL yang dikategorikan dalam kategori PM4 yakni yang tidak mempunyai daya lagi untuk meneruskan perniagaan. Tidakkah Yang Berhormat bimbang dengan pengawasan sebegini rupa, kalau unit trust pula dipanggil masuk nantikan pemantauan itu sendiri lemah sehingga menyebabkan berlaku perkara-perkara sehingga 100 syarikat dalam kategori PM4 ini. Saya minta penjelasan Yang Berhormat.

Tuan Mah Siew Keong: Terima kasih Yang Berhormat bagi Jeli. Saya pun dalam segi ini, ramai daripada kita pun setuju, banyak kelemahan dalam BSKL. Itu kita mengakui tetapi saya boleh nampak dalam dua tahun ini, kerajaan telah mengambil

DR.3.10.2002 29

tindakan tegas seperti PM4 kerana banyak yang rugi adalah pemegang saham minoriti dan saya dapat saksikan bahawa kerajaan telah mula menegaskan lebih straight dan telah mula mengambil tindakan terhadap syarikat-syarikat ini dan kami semua bersama berharap Kementerian Kewangan tidak akan melepaskan operator-operator ini yang telah menyebabkan banyak pemegang saham minoriti mengalami kerugian.

Tuan Yang di-Pertua, saya sambung sedikit sahaja. Saya ada tiga cadangan untuk meningkatkan Industri Unit Teras ini. Yang pertama, kita patut memberi satu tax deduction sebanyak RM5,000 seperti untuk bayaran premium insurans nyawa dan EPF kepada pelaburan Unit Teras. Yang kedua, kita patut memberi lebih maklumat dan pendidikan kepada rakyat terutamanya di luar bandar dan di kampung terhadap kelebihan melabur di Unit Teras berbanding dengan melabur sendiri atau menyimpan di bank sahaja. Yang ketiga, seperti yang disarankan, membenarkan percentage yang lebih daripada akaun EPF untuk dilaburkan terutama daripada golongan yang muda.

Tuan Yang di-Pertua, tetapi saya ada juga satu criticism terhadap industri unit trust. Operator Dana Unit Amanah juga mesti memainkan peranan mereka. Sekarang, apabila satu pelaburan dibuat, satu up front fees sebanyak 5% hingga 10% dikenakan ke atas pelabur dan management fees tahunan adalah satu hingga tiga peratus juga dikenakan. Ini adalah terlalu tinggi jika berbanding dengan negara-negara maju dan saya harap kerajaan akan menyelaraskan caj yang dikenakan oleh semua Dana Unit Teras dan memastikan fees yang berpatutan.

Tuan Yang di-Pertua, saya turut menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Kuala Pilah.

12.20 tgh.

Dato' Napsiah binti Omar [Kuala Pilah]: Syukur alhamdulillah. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut menyumbang kepada perbahasan Bajet 2003 ini di peringkat dasar. Terlebih dahulu, saya ingin menyatakan rasa syukur dan terhutang budi saya kepada Menteri Kewangan dan juga Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di atas satu bajet yang mesra rakyat dan berwawasan.

Sepertimana yang kita tahu, Malaysia baru-baru ini telah pun dikeluarkan daripada senarai 25 negara utama yang menarik pelaburan asing. Di atas kesedaran ini dan pandangan jauh kerajaan, kita telah pun dengan izin, preempt this event dan sekaligus menetapkan Bajet 2003 akan merencanakan satu strategi pertumbuhan dalaman ekonomi negara dengan mengembalikan pemancuan ekonomi ini kepada sektor swasta. Untuk itu, saya dan juga rakyat di Kuala Pilah mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan dan pasukannya dan juga kepada Kerajaan Malaysia.

Bajet 2003 ini membawa satu penganjakan pemikiran dan saya harap janganlah kita memperkecil-kecilkan. Dalam seminggu ini Tuan Yang di-Pertua, saya dengar macam-macam cerita daripada pihak pembangkang. Tidak ada satu pun betul, semuanya salah. Inilah saya bangga dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita ini yang juga Menteri Kewangan. Dia dapat mengolahkan satu bajet dan rasa saya yang mesra rakyat, yang baik untuk rakyat semua, tetapi semua dipandang remeh oleh pihak pembangkang. Tetapi, saya dengar Bajet Alternatif yang dibentangkan nanti pun, seolah-olah meniru juga bajet yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat kita. Inilah dia, satu Perdana Menteri yang macam-macam dikatakan orang, Maha firaunlah, diktatorlah dan sebagainya. Tetapi, pada pandangan saya, inilah satu Perdana Menteri yang dikatakan mempunyai recalcitrant head, ‘kepala keras’ inilah yang baik.

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bangun]

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bagi jalan. Jangan kacau saya. Ini forum saya.

Tuan Hassan bin Mohamed: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Dato' Napsiah binti Omar: Tidak ada masa, minta maaf. Kita jumpa di luar, saya beli minum kopi. Jadi Tuan Yang di-Pertua, saya sebutkan ini, kepala yang keras inilah yang membawa negara kita ini ke tahap hari ini. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepadanya. Tidak seperti ‘kepala lembik’, berdolak-dalik. Kalau dia berkawan dengan Ah Chong, dengan Samy Vellu, “Oh tidak apa, tidak haram”. Kalau kita

30 DR.3.10.2002

berkawan dengan Ah Chong dan Samy Vellu, dikatakan kafir. Ini untuk nasional integrasi, dikatakan kafir. Cuba tengok ini, inilah dia kalau kita perhatikan. Hari ini pula dikatakan Perdana Menteri kita tidak boleh mengaji pula, masya-Allah, kata tidak boleh mengaji. Sekarang sudah kata pula, bukan dia tercakap, dia tertidur. Inilah dia, kepala tidak betul. Kepala kita memang tetap dan tegas, ini dia dan saya bangga dengan Perdana Menteri kita. ‘Ya Waahlan Ya Sahlan’.

Beberapa Ahli Pembangkang: Bersorak [Nada mengejek]

Dato' Napsiah binti Omar: Saya pun boleh cakap Arab juga. ‘Ya Ahlan Wa Sahlan’. Jadi Tuan Yang di-Pertua, rasa saya bajet yang diolahkan oleh kerajaan kita ini mengatakan, menunjukkan iaitu, ia telah mengambil kira senario politik dunia, senario ekonomi dunia ini dan mencerminkan usaha kerajaan untuk mewujudkan satu strategi daripada single track exports strategy kepada satu strategi yang menawarkan lebih banyak lagi, yang mengimbangkan aktiviti domestik dan luaran. Inilah satu pendekatan yang berimbang dan rasa saya munasabah.

Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun]

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, ada dua orang Ahli Yang Berhormat bangun.

Dato' Napsiah binti Omar: Minta maaflah, saya pun tidak ada masa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada masa.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua..........

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Saya hendak sokong ini.

Dato' Napsiah binti Omar: Tuan Yang di-Pertua, Malaysia telah pesat membangun di dalam......Tidak bagi Tuan Yang di-Pertua, tidak bagi. Tidak banyak masa dah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak bagilah. Jadi, tidak payah bangunlah semua ya, dimaklumkan.

Dato' Napsiah binti Omar: Semua tidak bagi. Ini saya punya forum. Malaysia telah pesat membangun di dalam tempoh 45 tahun ini dan setelah kita mencapai kemerdekaan dan selepas lebih 400 tahun dijajah, dimamah dan diperkotak-katikkan oleh penjajah-penjajah yang hanya pentingkan poket mereka sendiri sahaja. Kejituan dasar dan keberkesanan aplikasi pelaksanaan yang diterajui oleh sektor awam adalah antara faktor utama mengapa kita berada di tahap yang sebegini tinggi walhal negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah memakan masa lebih 100 tahun untuk maju.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah penduduk kita hari ini seramai 24 juta orang. Ini bolehlah dikatakan mencukupi sekiranya kita ingin memulakan transmigrasi pertumbuh- an ekonomi yang dijana daripada dalam. Memang kita mengakui proses ini akan memakan masa yang lama dan perlulah disokong oleh pelbagai faktor termasuklah peningkatan jumlah penduduk agar dengan izin, demand growth will continue. Tetapi, ia wajar dimulakan sekarang kerana jika tidak, kita akan terus ketinggalan dalam arus perubahan yang sedang melanda dunia ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya perhatian bajet ini masih memberi keutamaan kepada kesihatan, pendidikan, pertanian dan sosio-ekonomi yang menjadi tunjang negara untuk kesejahteraan negara kita ini. Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh soal perpaduan atau integrasi nasional yang perlulah dijadikan teras terpenting kepada pembangunan bangsa Malaysia yang kita harapkan. Saya nampak kerajaan begitu aktif di dalam mempromosikan integrasi nasional di antara semua kaum di negara ini. Itu, memang kita ucapkan tahniah dan harap ianya akan diperhebatkan lagi. Satu peningkatan di dalam kesedaran dan keyakinan rakyat terhadap integrasi nasional ini selain daripada promosi dan program pembangunan perpaduan yang giat dilaksanakan, kerajaan mungkin dapat mempraktikkan pula konsep muhibah dan perkongsian budaya di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Sebagai contoh, kita semua pulang bercuti apabila Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Kita juga sering kunjung-mengunjungi sewaktu perayaan tersebut. Apalah salahnya Tuan Yang di-Pertua sekiranya kita wujudkan pula rumah

DR.3.10.2002 31

terbuka Malaysia untuk perayaan-perayaan besar ini. Ini bukanlah tujuan untuk menarik pelancong asing semata-mata, akan tetapi mempunyai tujuan murni untuk memupuk perpaduan dan integrasi kaum sepertimana yang kita mahu. Menerusi rumah terbuka ini, kita boleh menyatu-padukan rakyat agar seiring dengan aspirasi kebangsaan untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia. Saya juga berpendapat Tuan Yang di-Pertua, perlulah ada satu penyelarasan di kalangan kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan serta agensi kerajaan ke arah memantapkan lagi usaha mewujudkan integrasi nasional ini.

Di sini, saya ingin mencadangkan perwujudan satu steering committee dengan izin, di antara semua pihak terbabit yang akan menyelaraskan semua aktiviti integrasi nasional ini agar ianya bukan sahaja lebih efektif dan menyeluruh, malah, dapatlah dijadikan satu bastion dengan izin, yang dapat memberi maklumat sebenar dan menyangkal tuduhan-tuduhan golongan anti perpaduan yang sedang cuba memecah-belahkan rakyat di negara ini. Saya mencadangkan Tuan Yang di-Pertua, agar steering committee ini dipengerusikan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri agar menjadi satu bukti dan simbol kesungguhan kerajaan di dalam mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan beridentitikan Malaysian nationality dengan izin.

Ini tidaklah bermakna kita akan meninggalkan budaya dan agama asal kita akan tetapi kita ingin mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu hati dan mempunyai satu Malaysian identity tetapi masih mengekalkan latar belakang kepelbagaian mereka yang menjadikan Malaysia begitu unik dan menjadi perhatian dunia. Integrasi ini perlulah pertama sekali diwujudkan di kalangan pemimpin masyarakat kerana merekalah yang memainkan peranan terbesar di dalam mem- pengaruhi sentimen masyarakat tempatan terhadap kewujudan bangsa Malaysia ini.

Untuk itu wajarlah sekiranya kerajaan mengadakan satu forum khas untuk rakan-rakan kita daripada parti pembangkang agar mereka faham akan tujuan sebenar kita mewujudkan integrasi nasional ini dan seraya dengan itu tidak akan lagi mempersoalkan motif di sebalik sesuatu dasar kerajaan termasuklah isu penggunaan bahasa Inggeris dan perwujudan sekolah wawasan.

Lihatlah saya ambil contoh Tuan Yang di-Pertua, negara yang maju seperti Amerika Syarikat di mana cuma ada satu sahaja sistem persekolahan yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat sendiri tetapi orang Cina dan masyarakat bukan kulit putih atau asal Amerika di negara itu, masih boleh mengamalkan budaya dan agama mereka biarpun melalui proses persekolahan yang sebenarnya bertujuan untuk membentuk The American people’s race dengan izin.

Apakah itu sebenarnya yang cuba dipolarisasikan oleh pembangkang di dalam hal ini. Apakah kerana ingin meraih secepat undi, mereka sanggup membuang segantang pulut ke tanah? Jika ini benar saya berharap pihak pembangkang akan menyedari kesilapan ini dan kembalilah ke jalan yang benar. Kita semua rakyat Malaysia. Adakah kita hendak gadaikan masa depan kita ini hanya kerana kita hendakkan undi sahaja. Ini tidak munasabah dan di dalam pengamatan saya, ini satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat kita.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia sebenarnya sudah maju jauh ke hadapan. Jadi tidak wajarlah kemajuan ini kita sangkal dan tidak iktiraf. Siapakah kita untuk menentukan bahawa rakyat masih belum bersedia untuk mewujudkan satu bangsa. There are more intelligent than we give them credit for dengan izin. Berilah mereka peluang untuk hidup sebagai satu masyarakat yakni ini adalah satu kepentingan kita juga.

Tuan Yang di-Pertua, pembangunan ekonomi negara secara dalaman dapat- lah kita memantapkan lagi sekiranya kita mempelopori bidang-bidang lain dan ini akan membolehkan kita meletakkan diri kita di hadapan negara-negara lain. Satu bidang baru yang semakin berkembang dan ramai Ahli-ahli Yang Berhormat tadi menyebut ialah bidang bio-teknologi.

Pada 1 September yang baru ini saya juga berpeluang untuk mendengar ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita di Bio-Technology Conference 2002. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar kerana menganjurkan seminar bio-teknologi antarabangsa ini. Kerana di situ saya mendapat tahu dan rasa saya ramai

32 DR.3.10.2002

kawan-kawan yang telah pun menyebut iaitu bio-teknologi ini ialah satu bidang yang akan menjadi dengan izin, the main focus of future industries.

Saya amat tertarik dengan nilai bidang ini. Apa yang dikatakan tadi oleh sahabat saya Yang Berhormat bagi Mambong iaitu trillion bukannya berbilion tetapi trillion dollars nilainya. Jadi kalau kita hanya dapat 1% sahaja, rasa saya ini akan dapat lagi menambahkan kepada KDNK dan pertumbuhan ekonomi kita.

Saya telah mendengar pada waktu itu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan satu kawasan yang dipanggilkan bio-valley technology ataupun Lembah Teknologi. Ini juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah. Rasa saya banyak potensinya yang seperti mana yang saya dengar tadi. Saya difahamkan dalam bidang perubatan sahaja, syarikat-syarikat farmasi multinasional terpaksa membelanja- kan berjuta-juta dollar Amerika dan mengambil masa kira-kira 12 tahun untuk meng- hasilkan satu-satu ubat itu. Kalau kita tidak mula daripada sekarang untuk mempelopori bidang ini dan menghasilkan ubatan-ubatan kita sendiri sudah tentulah nanti kita akan ketinggalan mungkin jauh ke belakang.

Saya difahamkan iaitu saya pun telah berjumpa beberapa entrepreneur yang mempunyai ilmu pengetahuan ini untuk mewujudkan ubat-ubatan ini melalui tumbuh-tumbuhan dan negara kita ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan rasa saya ini boleh menjadi satu hub bagi rantau ini. Maklumlah kita ini geographically terletak di satu tempat di mana boleh dikatakan lebih daripada ⅓ penduduk dunia ini didapati di sebelah sini. India seramai lebih 1.5 bilion penduduk, di negara China begitu juga iaitu lebih 1.5 bilion penduduk dan di Asian ini sahaja lebih 500 juta penduduk dan kalau kita di sini menjadi tempat…, bio-valley ini kalau kita majukan rasa saya ini akan mendatangkan hasil yang banyak kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua tetapi nampaknya di dalam Budget 2003 ini tidak ada nampaknya satu peruntukan bagi bio-teknologi ini. Maka saya ingin mencadangkan kepada kerajaan, kalau hasil yang berbilion, kita perlu meminta kepada kerajaan sekurang-kurangnya RM5 bilion sebagai permulaan untuk membangunkan bio-valley ini ataupun Lembah Bio-teknologi ini. Saya berharap ini akan dapat menghasilkan dan memberi pulangan kepada negara kita nanti kelak…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat boleh gulunglah.

Datuk Napsiah binti Omar: Huh! sudah hendak habis, okeylah. Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana diberi saya waktu ini mungkin saya sambunglah di tempat yang lain nanti.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik.

Datuk Napsiah binti Omar: Dengan itu saya menyokong Bajet 2003. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Dungun.

12.37 tgh.

Dato' Haji Mustafa bin Ali [Dungun]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan ruang kepada saya untuk turut sama membahaskan belanjawan yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.

Saya hanya akan menyentuh beberapa perkara yang di antaranya ialah yang berkait dengan dasar luar dan hubungan luar negara kita, yang kedua, berhubung dengan SPR dan yang ketiga, berhubung dengan polis, peranan dan tindakan dan yang keempa, jika mungkin berkait dengan soal bahasa yang memang telah banyak diperkatakan.

Saya mulakan dengan yang pertama iaitu yang berhubung dengan soal dasar luar kita. Hubungan luar kita terutama sekali dengan negara-negara yang sekarang ini yang menjadi perhatian dunia kerana ia satu-satunya kuasa besar dunia pada waktu ini. Saya suka merujuk sebagai satu intro kepada apa yang akan saya ucapkan ini, satu ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri, yang disiarkan oleh semua akhbar pada 30 September yang lalu. Beliau menyatakan, saya quote, “There is no more justice in the world and all talk about fair play democracy and human rights is shear a nonsense, ini satu ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri sebagai satu ulasan kepada apa yang

DR.3.10.2002 33

dilakukan dan dia akan United States bertindak terhadap Iraq dan yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin.

Bagi saya dan juga PAS memang kita telah menyatakan sejak beberapa dahulu, tindakan yang dilakukan oleh Israel oleh Amerika terhadap dunia umumnya adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar, satu tindakan ganas, satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan, walaupun Amerika selepas daripada September 11 telah menyatakan dengan menggunakan sesuatu ungkapan dengan menamakan beberapa buah negara sebagai the excess of evil dengan ditujukan kepada beberapa buah negara tetapi saya suka menyatakan hari ini sebenarnya yang menjadi the excess of evil without ’s’ ialah Amerika sendiri, satu-satunya negara yang menjadi paksi kepada keganasan dunia hari ini ialah Amerika dengan menjadikan Israel sebagai stooge kepada Amerika, menjadikan Britain juga sebagai stooge kepada Amerika. Walaupun mungkin peranan Zionis, Yahudi di Amerika ini mempunyai pandangan, sikap dan tindakan tertentu yang memungkinkan Presiden Bush mempunyai suatu dasar yang seperti itu terhadap Palestin terhadap negara-negara lain.

Kita memang mengakui bagaimana perasaan pahit yang dialami oleh rakyat Amerika berhubung dengan suatu serangan kepada Twin Tower yang dilakukan oleh pengganas yang kita sendiri tidak setuju tetapi ekoran daripada tindakan itu Amerika telah mengambil tindakan menyerang Afghanistan habis-habisan kerana memburu seorang manusia yang mengikut dakwaan Amerika ialah orang yang bertanggungjawab terhadap itu. Kita menyatakan bahawa serangan terhadap Twin Tower itu silap, serangan terhadap Afghanistan pun oleh Amerika adalah silap, two wrongs cannot make one right.

Kalau Amerika dalam tindakan itu hendak menghalalkan tindakan ia, tidak mungkin kita boleh mencapai suatu keadilan sebagaimana yang kita kehendaki di dalam dunia yang kita sama-sama hidup sekarang ini. Dalam hubungan inilah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, beberapa tindakan, kenyataan pendedahan yang dibuat, yang dialami oleh Perdana Menteri kita sendiri, oleh Timbalan Perdana Menteri kita sendiri yang diberikan suatu check, waktu hendak masuk ke United States ini dengan tindakan-tindakan yang memalukan negara kita sendiri, apa yang dialami oleh Perdana Menteri oleh Timbalan Perdana Menteri hari ini adalah satu kenyataan yang dibuat oleh Kedutaan Amerika bahawa mereka kesal terhadap apa yang dialami oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Bagi kita sebagai rakyat negara Malaysia. Kita menyedari sebagai PAS, Perdana Menteri adalah juga Presiden UMNO tetapi ini bukan soal parti, ini soal negara. Kerana Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili bagi seluruh rakyat sama ada ia datang daripada UMNO, MIC, PAS ataupun apa juga, ia gambaran sikap Amerika terhadap pemimpin-pemimpin negara kita sendiri. Ini satu tindakan yang sangat tidak wajar yang dilakukan oleh Amerika. Dan ini menggambar- kan suatu sikap yang sangat nyata bahawa dasar, polisi Amerika ini adalah suatu polisi yang hendak menyatakan kepada dunia, apa sahaja yang aku hendak mesti berlaku. Demikianlah yang berlaku sekarang ini.

Berhubung dengan Iraq, bagaimana resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipersetujui oleh dunia dan Iraq sendiri telah menunjukkan suatu kesediaan untuk menerima kembali, penyiasatan terhadap apa yang dikatakan Iraq mempunyai persenjataan yang mungkin memusnahkan tetapi Amerika masih juga menyatakan bahawa kalau tindakan yang dilakukan oleh UN itu tidak sesuai, tidak selaras dengan apa yang dikehendaki oleh Amerika, Amerika masih akan terus untuk menyerang Iraq. Ini adalah suatu sikap, suatu tindakan yang ganas yang datang daripada pemimpin yang ganas tetapi dia menuduh orang lain sebagai the excess of evil dan sedangkan Amerika sendirilah yang menjadi paksi kepada keganasan itu.

Tindakan-tindakan yang berterusan kita lihat, ia bukan suatu gambaran yang sekarang ini sahaja berlaku, kenyataan juga yang dibuat oleh wakil Amerika terhadap Canselor German yang baru sahaja dilantik, Schroeder yang baru sahaja dipilih oleh rakyat. Amerika boleh mengatakan supaya Schroeder meletakkan jawatan dan isu yang digunakan oleh Schroeder dalam kempen pilihan raya, dia tidak setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Amerika menentang Iraq.

34 DR.3.10.2002

Bagaimana Amerika hendak menutup setiap mulut yang menentang Amerika. Ini adalah suatu tindakan yang biadab, yang dilakukan oleh - walaupun ia sebuah kuasa besar, tetapi kuasa besar ini, seluruh kuasa besar sama ada kecil ataupun besar merupakan kuasa yang sifatnya sementara. Tiada sebuah kerajaan pun yang boleh bertahan selama-lamanya atas dunia ini termasuk Amerika. Soviet Union hanya boleh bertahan 70 tahun. Mungkin Amerika boleh bertahan lebih lama daripada itu, tetapi tidak ada sebuah kerajaan yang boleh bertahan dengan tindakan-tindakan ganas yang mereka lakukan.

Saya setuju dengan kenyataan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tetapi saya suka mengingatkan supaya kenyataan-kenyataan yang seperti ini setelah kita menyedarinya ia suatu tindakan yang tidak betul. Dalam amalan orang yang bercakap itu sebagai pemimpin sebuah negara mestilah mengamalkan apa yang beliau sendiri tidak setuju. Kalau beliau tidak setuju bahawa ini adalah satu tindakan ganas, yang tidak betul, tidak ada fairplay, tidak ada demokrasi, tidak ada human rights, tetapi apa yang berlaku dalam negara kita sendiri, adakah kerajaan hari ini boleh mempertahan- kan dakwaan itu bahawa mereka mengamalkan dengan human rights, dengan demokrasi, dengan fairplay sebagaimana yang disebut, yang tidak disetujui oleh Perdana Menteri sendiri. Inilah yang selalu kita peringatkan supaya apabila kita melihat orang lain itu tidak betul kita berusaha untuk membetulkan diri kita. Bagi kita ini adalah satu tanggungjawab kita supaya apa yang kita slogankan sebagai pemimpin, kepimpinan melalui teladan itu kita tunjukkan betul-betul di dalam masyarakat negara kita khususnya dengan tindakan-tindakan yang kita lakukan.

Saya tidak perlu memberikan contoh-contoh yang banyak kerana contoh-contoh yang banyak itu telah pun diberikan. Bagaimana pencabulan human rights itu sendiri, pencabulan demokrasi, pencabulan fairplay itu sendiri dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang memerintah negara kita sekarang. Jadi, sebab itu jangan kita lihat yang lain itu tidak betul menganggap diri kita betul, sedangkan kita sendiri mengamalkan apa yang kita tidak setuju dibuat oleh orang lain.

Tuan Yang di-Pertua, Amerika sebagai sebuah negara, kita melihat diskriminasi yang dilakukan bukan terhadap negara lain tetapi terhadap rakyat Amerika sendiri. Kita dipertontonkan dalam TV misalnya, dalam akhbar yang disiarkan bagai- mana orang-orang berketurunan kulit hitam ini diperlakukan dengan kejam oleh polis yang berkulit putih. Itu suatu tindakan kejam, yang diheret dengan van, dengan kereta sebagai satu penyeksaan. Demikian jugalah tindakan-tindakan yang lain yang dilakukan oleh Amerika terhadap negara lain.

Tuan Yang di-Pertua, tindakan yang dilakukan oleh Israel sebagai stooge, saya kata tadi sebagai alat kepada Amerika dalam polisi di negara Asia Barat, menggambarkan suatu tindakan yang sangat kejam, yang tidak ada peri kemanusiaan, yang kita sendiri boleh setuju. Kita telah mengambil satu keputusan dalam Dewan yang mulia ini bahawa kita mengutuk tindakan yang seperti itu. Ada orang mengatakan bahawa Israel ini sebagai satu negara yang Amerika sendiri tidak ada kuasa untuk menyekatnya. Tetapi jelas dalam pengepungan yang dibuat terhadap Arafat misalnya, Amerika boleh memberitahu kepada Israel supaya mengendurkan ini dan Israel bersedia untuk mengendurkan ini. Walaupun dengan tindakan yang dilakukan oleh Sharon telah bertahun-tahun ertinya dengan restu Amerika, dengan senjata yang dibekalkan oleh Amerika, dengan kewangan yang dibekalkan oleh Amerika sendiri sama ada kerajaan ataupun rakyat ataupun agensi, ataupun institusi yang memudah- kan Israel ini melakukan apa sahaja yang dikehendakinya terhadap umat Arab, terhadap umat Palestin sama ada Islam, Kristian ataupun apa sahaja kerana Palestin itu bukan sahaja terdiri daripada orang Islam, ada orang Kristian dan ada orang-orang lain. Ertinya tindakan itu ditujukan kepada kemanusiaan, walaupun bilangan majoritinya terdiri daripada orang Islam.

Yang terakhir tindakan Amerika, dengan angkuh Amerika mengisytiharkan bahawa Baitulmaqdis menjadi ibu negara bagi negara Israel. Suatu yang sangat ditentang oleh dunia Arab umumnya, tetapi Amerika memilih untuk berbuat demikian, menunjukkan keangkuhan yang tidak ada tolak bandingnya pada waktu itu. Dan adalah menjadi suatu kewajaran dan pemangku Presiden PAS telah pun mengatakan bahawa kita menentang tindakan yang dilakukan oleh Amerika ini kerana Baitulmaqdis adalah menjadi kiblat bukan sahaja oleh orang Islam, tetapi juga oleh orang Kristian, oleh orang Yahudi sendiri, tetapi dengan berbuat demikian dia telah memusnahkan

DR.3.10.2002 35

hubungan yang baik di antara pelbagai agama itu dengan menjadikan umat Islam sebagai sasaran mereka yang utama.

Negara-negara OIC, negara-negara umat Islam sebenarnya menentang tindakan ini. Oleh kerana itu, saya mencadangkan supaya Malaysia sebagai salah sebuah negara dalam OIC yang sekarang ini bilangan negara ini telah melebihi 50 supaya mengambil suatu tindakan, suatu langkah secara kolektif bukan secara persendirian, secara kolektif bukan sahaja di kalangan OIC, tetapi di kalangan negara-negara yang sedang membangun lain yang di luar daripada kelompok Islam supaya menentang tindakan yang seperti ini, yang akan menjejaskan perdamaian yang mungkin kita boleh capai bukan sahaja bagi Asia Barat, tetapi bagi dunia umumnya. Kerana apa yang berlaku di Asia Barat, di Palestin ini akan mempengaruhi dunia seluruhnya dan akan menyebabkan dunia tidak lagi aman, dunia tidak akan lagi berada dalam suatu keadaan harmonis yang memungkinkan kita hidup, tinggal secara aman dan damai. Itu yang pertama saya cadangkan supaya langkah ini dibuat oleh negara kita Malaysia bersama-sama dengan OIC, dan di luar OIC supaya melihat kalau dunia seluruhnya melihat bahawa Amerika ini satu-satunya the only excess of evil barangkali mungkin sedikit sebanyak akan mengubah sikap dan keangkuhan Amerika itu sendiri.

Hari ini mereka mengatakan kesal, tetapi adakah lawatan yang dibuat oleh seorang Perdana Menteri tidak melalui Wisma Putra, tidak melalui Kedutaan Amerika, semua proses itu dilalui. Tetapi kerana mereka memandang remeh kepada setiap negara lain, apa pun yang dibuat apakah kita hendak mengatakan ini kelemahan daripada pihak Wisma Putra sendiri yang tidak mengingatkan Amerika bahawa ini ialah Perdana Menteri, ini Timbalan Perdana Menteri. Kalau kita telah mengingatkan ertinya jelas bahawa Amerika tidak mengendahkan sama sekali apa yang kita sebut. Kalau kita tidak buat itu kelemahan kita. Kita memerlukan penjelasan kenapa Perdana Menteri sebuah negara dengan Timbalan Perdana Menterinya diperlakukan sedemikian rupa.

Tuan Yang di-Pertua, itu yang pertama. Yang kedua….

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan [Datuk Zainudin bin Maidin]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat Setiausaha Parlimen.

Dato’ Mustafa bin Ali: Saya tidak ada masa barangkali.

Datuk Zainudin bin Maidin: Saya minta sedikit sahaja soalan.

Dato’ Mustafa bin Ali: Setengah minit saya bagi.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, saya ingin mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat tidakkah keganasan Amerika, kegelojohannya, keegoaannya sekarang adalah diakibatkan oleh tindakan pihak militan yang telah mencantas bangunan WTC, yang menyebabkan langkah-langkah Amerika untuk globalisasi yang seharusnya mengambil masa 50 atau 60, 70 tahun akan datang tetapi dapat dilaksanakan dalam sekelip mata sahaja.

Dato’ Mustafa bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, Setiausaha Parlimen tidak faham apa yang saya sebut tadi. Saya sudah sebut keganasan, Twin Towers itu keganasan, bombing Afghanistan keganasan, two wrongs cannot make one right, saya setuju. Kedua-duanya itu sudah tidak betul. Tetapi adakah tindakan Amerika terhadap Afghanistan dan seluruh dunia itu akan menyelesaikan masalah – tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah. Ada tindakan lain …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat kena gulung ya.

Dato’ Mustafa bin Ali: Baru point yang pertama tidak…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Boleh simpan untuk masa akan datang.

Dato’ Mustafa bin Ali: Simpan ya, ya. Saya …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Gulunglah boleh gulung.

Dato’ Mustafa bin Ali: Saya hormatilah Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak sebut, saya gulung ini tetapi masuk dalam perkara lain sedikit iaitu yang kedua.

36 DR.3.10.2002

Saya hentikan dengan point ini saya pergi kepada point yang lain iaitu tentang polis sikit. Polis ini di bawah Kementerian Dalam Negeri yang sepatutnya bertindak secara profesional dengan keadilan yang sepatutnya dilakukan.

Kita tahu bahawa ceramah diharamkan, ini satu tindakan yang tidak demokratik. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang tertentu polis boleh membiarkan ceramah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO di premis sebenarnya yang tidak diizinkan. Baru-baru ini dalam kawasan pilihan raya saya sendiri dalam Parlimen Marang juga, dalam Parlimen Ketua Pembangkang, satu ceramah UMNO telah diadakan pada malamnya bukan premis kepunyaan parti ataupun di rumah seorang - tidak - di perkarangan, bukan di dalam rumah, tetapi di perkarangan sebuah rumah yang dikatakan orang keluar daripada PAS masuk UMNO. Tidak apalah itu beside the point tetapi saya hendak sebut ini bagaimana polis boleh membiarkan keadaan yang seperti itu.

Baru-baru ini kami mengadakan perjumpaan, istima, perhimpunan di tempat yang premisnya diizinkan, ia kepunyaan kerajaan negeri di kawasan Setiu, tetapi polis telah mengadakan satu kawalan meletakkan kawad berduri barbed wire di keliling bangunan yang kita cadangkan untuk malamnya dengan road blocknya yang berterus- an daripada petang sampai malam. Ini suatu tindakan yang sangat tidak wajar. Dengan FRUnya, dengan polisnya, yang hadirnya ialah kedua-dua Menteri Besar Kelantan dan Terengganu, yang hadir dalam majlis ceramah UMNO itu yang tidak ada standing di peringkat negaranya tidak ada - dibenarkan. Yang ini menjadi halangan kepada kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat masa cukup.

Dato’ Mustafa bin Ali: Cukup.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukup.

Dato’ Mustafa bin Ali: Saya harap cukuplah polis tertindak sebagaimana yang dia bertindak selama ini. Berhentilah bertindak sebagaimana yang dia sepatutnya bertindak. Polis banyak lagi kerja lain, soal dadah, soal macam-macam perkara-perkara yang ….

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baiklah, cukup Yang Berhormat.

Dato’ Mustafa bin Ali:…dan saya harap tumpukan kepada kerja-kerja yang seumpama itu banyaknya jangan dok tumpu dok ambil ini, ambil itu yang sebenarnya tidak menguntungkan masyarakat kita, tidak menguntungkan negara kita. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Petaling Jaya Utara.

12.58 tgh.

Puan Chew Mei Fun [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2003 yang lebih menekankan pengurangan cukai daripada penambahan cukai secara keseluruhannya telah jelas menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional berkemampuan tinggi dalam menguruskan hal ehwal kewangan negara, dan apa yang harus kita beri perhatian terhadap bajet ini ialah kerajaan sedang berusaha gigih untuk merapatkan jurang perbezaan kekayaan rakyat dan membina sebuah masyarakat penyayang.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita sedia maklum pembangunan negara mesti bergantung kepada usaha sama kerajaan dan rakyat. Oleh itu, kita mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memberikan peruntukan kepada pertubuhan perkhidmatan kesihatan, pertubuhan wanita bukan kerajaan, Majlis Aids Malaysia dan pertubuhan bagi golongan kurang berupaya serta membekalkan matching grant untuk pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebajikan yang membekalkan perkhidmatan kepada orang awam. Walau bagaimanapun Tuan Yang di-Pertua, dalam proses pelaksanaan perkara atau masalah berikut harus diselesaikan.

(i) bilangan pertubuhan sukarelawan dan orang-orang kurang berupaya dalam negara kita adalah terlalu banyak di mana walaupun jumlah peruntukan yang diberi itu adalah tinggi ia

DR.3.10.2002 37

tetap tidak mencukupi. Sementara itu pertubuhan yang akan mendapat peruntukan di bawah belanjawan baru ini merupakan pertubuhan yang sudah berkembang maju, tetapi jenis perkhidmatan yang diberikan pula adalah terhad.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, jam 13.00. Sambung petang ini.

Puan Chew Mei Fun: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 2.30 petang.

Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Mesyuarat disambungkan semula. Minta Yang Berhormat bagi Petaling Jaya Utara, sila sambung.

2.32 ptg.

Puan Chew Mei Fun: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Saya sambungkan perbahasan saya.

Sebenarnya dalam masyarakat ini masih terdapat banyak pertubuhan sukarelawan yang bertungkus-lumus untuk menawarkan perkhidmatan walaupun saiznya kecil, misalnya sebilangan kecil pusat yang menawarkan perkhidmatan dan pendidikan khas kepada warga negara dan kanak-kanak bermasalah, seperti autism dan lain-lain dalam negara kita.

Oleh kerana pertubuhan-pertubuhan ini hanya menawarkan bantuan kepada sebilangan kecil golongan kurang bernasib baik, oleh itu kurang mendapat perhatian daripada kerajaan mahu pun masyarakat dan telah diabaikan selama ini. Dan ini juga telah menyebabkan usaha mengutip derma sukar dijalankan dan seterusnya saiz dan lingkungan perkhidmatannya tidak dapat mengembang.

Kedua, selain daripada beberapa pertubuhan sukarelawan yang mendapat kelulusan pengecualian cukai daripada Kementerian Kewangan, pertubuhan-pertubuhan lain yang ingin mengutip derma secara besar-besaran dan menikmati keistimewaan ini, terpaksa menghadapi proses permohonan yang rumit dan memakan masa. Keseringan menyebabkan pemohon berpenat lelah tanpa memperoleh sebarang hasil.

Ketiga, walaupun kerajaan sudah mengumumkan pemberian matching grant kepada pusat hemodialisis pada dua tahun yang lepas tetapi mengikut pemahaman saya proses permohonan adalah sangat rumit dan syarat-syaratnya pula sangat ketat. Sehingga tahun lepas, apabila saya tanya di Dewan yang mulia ini, jawapannya ialah masih tidak ada satu pusat yang mendapat matching grant yang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu untuk menyelesaikan masalah-masalah di atas, saya mencadangkan, yang pertama selain daripada memberi peruntukan kepada pertubuhan-pertubuhan sukarelawan tertentu, kerajaan harus memberi bantuan kewangan dan bantuan profesional kepada pertubuhan-pertubuhan sukarelawan yang menawarkan perkhidmatan kepada golongan kurang bernasib baik yang minoriti supaya pertubuhan-pertubuhan ini menjadi unit-unit yang membantu mengisi kekurangan dan melengkapi kerja kebajikan kerajaan.

Sebagai contoh, bagi kanak-kanak autism, laporan peringkat antarabangsa menunjukkan terdapat sepuluh orang termasuk kanak-kanak autism di antara setiap 10,000 orang penduduk. Jika dikira dengan bilangan penduduk negara kita, seramai 24 juta orang maka kemungkinan besar terdapat 24,000 orang warga negara autism termasuk kanak-kanak di negara kita. Walaupun kebanyakan daripada mereka ini tidak tinggi daya akalnya tetapi mereka bukan terencat akal, malah 5% daripadanya selain daripada mempunyai kecerdikan yang biasa tetapi mempunyai keupayaan yang luar biasa dalam bidang tertentu.

Masalah mereka yang paling utama ialah tidak dapat berkomunikasi baik dengan orang lain dan hidup dalam dunia sendiri. Sekiranya kanak-kanak autism ini

38 DR.3.10.2002

diberi pendidikan yang sesuai sejak dari awal lagi, mereka ini boleh kembali ke pangkuan masyarakat mahu pun memberi sumbangan kepada masyarakat.

Walaupun setakat ini Kementerian Pendidikan ada mendirikan sekolah pendidikan khas tetapi menurut jawapan yang diberi oleh menteri secara bertulis kepada saya pada 1 Oktober baru-baru ini, murid-murid bermasalah dalam pembelajar- an di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan tidak diasingkan mengikut kumpulan seperti yang dipraktikkan oleh pengamal perubatan. Murid-murid tersebut hanya akan ditempatkan di dalam kelas pendidikan khas percantuman melalui program pendidikan khas integrasi.

Tuan Yang di-Pertua, walaupun guru-guru pendidikan khas akan membangun- kan rancangan pendidikan individu, khusus mengikut keperluan pendidikan mereka secara individu tetapi cara ini tentu tidak sempurna dan besar kemungkinannya ramai kanak-kanak tidak dibekalkan dengan pendidikan yang sesuai yang mengakibatkan mereka dipinggirkan dan diabaikan.

Namun begitu, boleh dikatakan kita agak bernasib baik kerana masih terdapat beberapa buah sekolah yang didirikan secara swasta. Bilangan sekolah sebegini adalah sangat kurang dan ada yang tidak memperoleh sebarang bantuan daripada segi kewangan mahu pun pengetahuan. Seterusnya bilangan kanak-kanak yang diterima juga sangatlah kurang.

Justeru itu, di sini saya ingin mencadangkan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat supaya memberi bantuan khas kepada pertubuhan-pertubuhan sukarelawan yang menawarkan pendidikan dan perkhidmatan kepada golongan minoriti masyarakat yang kurang bernasib baik seperti ini. Ini akan membolehkan pertubuhan-pertubuhan ini membangun dengan sempurna seterusnya memberi jagaan rapi kepada golongan yang kurang bernasib baik tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh di kawasan saya terdapat sebuah pusat jagaan Hua Meng Autism Society yang didirikan oleh ibu bapa anak autism dan menghadapi masalah kekurangan daripada segi kewangan dan pengetahuan profesional. Pusat ini amat memerlukan bantuan kerajaan dalam pelbagai bidang dan saya percaya dalam masyarakat kita masih terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan yang seperti ini dan memerlukan bantuan serta sokongan kerajaan.

Kedua, kerajaan harus meringkaskan proses dan prosedur permohonan untuk mengutip derma dan memberi pengecualian cukai ke atas derma untuk kegunaan kebajikan, menetapkan had tempoh tertentu untuk memproses permohonan tersebut ataupun menetapkan sebarang individu atau syarikat yang menderma untuk kegunaan kebajikan mampu menikmati pengecualian cukai ke atas wang yang didermakan supaya menggalakkan rakyat kita memberi lebih komitmen kepada perkara kebajikan dan berkongsi beban kebajikan dengan kerajaan sejajar dengan usaha membina sebuah masyarakat yang penyayang.

Ketiga, meringkaskan dan mempercepat proses permohonan ke atas matching grant dan mengeluarkan peruntukan tersebut dengan secepat mungkin. Jika tidak, lama kelamaan pertubuhan-pertubuhan kebajikan masyarakat berasa putus asa dengan pengumuman kerajaan. Selain itu, saya ingin meminta penjelasan Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan bahawa setakat ini, adakah kerajaan sudah mengeluarkan matching grant untuk sebarang pusat hemodialisis atau pertubuhan, berapakah pertubuhan yang mendapat matching grant dan apakah pertubuhan-pertubuhan ini.

Mengenai isu keluarga bahagia, Tuan Yang di-Pertua, pada masa kini kadar perceraian semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dan masalah ibu tunggal semakin serius. Penyelesaian yang terbaik ke atas masalah ini ialah pengekalan hubungan yang rapat di antara suami, isteri dan keluarga. Oleh itu, kita mengalu-alukan program kaunseling sebelum berkahwin yang dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dan berterima kasih kepada kerajaan di atas penambahan cuti isteri bersalin daripada tiga hari ke tujuh hari serta yang lebih penting kita harus menghargai tindakan kerajaan untuk membekalkan rumah kos rendah kepada ibu tunggal yang berpendapatan rendah.

Walau bagaimanapun, untuk menyelesaikan masalah peningkatan kadar perceraian dan memberi panduan yang lebih berkesan kepada ibu tunggal, maka saya bercadang dari segi pembinaan keluarga bahagia:

DR.3.10.2002 39

(a) melaksanakan program kaunseling sebelum kahwin dengan segera dan melaksanakan program kaunseling mengikut tempoh yang tetap untuk suami isteri selepas berkahwin;

(b) menggalakkan suami isteri dan keluarga sentiasa melancong di dalam negeri dengan memberi keistimewaan pemotongan cukai ke atas perbelanjaan pelancongan seisi keluarga dalam negeri; dan

(c) mencadangkan kerajaan memperluas polisi cuti isteri bersalin ke sektor swasta. Walaupun ini mungkin menimbul- kan ketidakpuasan pihak pelabur tetapi memikirkan kebaikan yang diperoleh sekiranya pekerja lebih tertumpu kepada pekerjaan kerana mempunyai keluarga yang bahagia.

Maka saya ingin mencadangkan kerajaan melaksanakan polisi ini ke sektor swasta. Ketidaksamaannya mungkin adalah pihak syarikat dan pekerja akan menanggung separuh iaitu syarikat memberi cuti tiga ke empat hari dan hari yang lain ditolak daripada cuti umum pekerja tersebut supaya semangat keluarga bahagia dapat dipupuk di segenap lapisan masyarakat.

Daripada segi bantuan kepada ibu tunggal, walaupun kerajaan mempunyai rancangan untuk membantu mereka daripada segi penjagaan anak, pendidikan anak dan kesihatan tetapi memikirkan ramai ibu tunggal atau wanita yang baru bercerai langsung tidak mempunyai keupayaan untuk hidup sendiri di mana mereka paling perlukan bantuan pada tempoh awal beberapa bulan hingga setahun. Maka saya mencadangkan kerajaan menubuhkan pusat bantuan latihan vokasional dan bimbingan kerjaya kepada ibu tunggal untuk memberi bantuan yang sesuai kepada ibu tunggal dan anak termasuk bimbingan kaunseling.

Membekalkan pekerjaan sampingan semasa menerima latihan vokasional, mengaturkan tempat tinggal sementara dan pendidikan untuk anaknya.

Mengaturkan pekerjaan tetap dan rumah kos rendah selepas ibu tunggal tamat latihan kemahiran vokasional supaya dia boleh berdikari dan hidup dengan penuh bermaruah.

Selain itu, kerajaan juga harus menyediakan tabung kerjaya untuk para ibu tunggal yang ingin melabur dalam perniagaan secara kecil-kecilan dan melalui kerja- sama dengan syarikat kedai rantaian atau chain store, dengan izin, yang menjual barangan khas membekalkan peluang kepada golongan ibu tunggal membuka kedai francais seperti kedai menjual makanan, kuih muih, betik, jagung dan sebagainya.

Selain itu, had pendapatan kurang daripada RM600 bagi ibu tunggal untuk mendapatkan rumah kos rendah harus dinaikkan sama dengan had bagi keluarga biasa. Ini kerana ibu tunggal memikul beban yang lebih berat untuk menyara keluarga- nya berbanding dengan suami isteri yang berkongsi memikul beban keluarga dan sememangnya golongan ibu tunggal lebih perlukan bantuan daripada segi perbelanjaan dan psikologi.

Tuan Yang di-Pertua, untuk mempertingkatkan jaminan terhadap wanita dalam perkahwinan, maka saya mencadangkan pindaan dan pengubahsuaian daripada segi akta-akta dan pentadbiran.

(i) Pindaan ke atas Borang 1, Daftar Perkahwinan. Membatal- kan ruang yang mencatatkan status perkahwinan seperti “Janda” untuk mereka yang ingin berkahwin semula selepas bercerai dalam Borang 1, Daftar Perkahwinan. Kita men- dapati ramai suami isteri mengalami kesukaran kerana apa- bila setiap kali menunjukkan daftar perkahwinan untuk mem- buktikan hubungan perkahwinan. Mereka akan menerima pandangan pelik orang lain terutamanya golongan wanita yang menerima pandangan diskriminasi orang lain.

Justeru itu, saya mencadangkan ruang ini harus dibatalkan seperti mana anak angkat tidak lagi wujud dalam surat beranak.

40 DR.3.10.2002

Selain itu saya berharap mengambil sikap berwaspada ke atas keputusan untuk memasukkan keadaan perkahwinan seseorang ke dalam MyKad nya. Saya berharap hanya status bujang dan berkahwin sahaja yang dicatatkan dalam MyKad tetapi tidak termasuk butir-butir seperti “Janda” serta “Kahwin semula”.

Ini adalah untuk mengelakkan mereka yang telah bercerai atau mereka yang berkahwin semula mengalami diskriminasi orang lain, serta mengelakkan mereka yang jahat melakukan gangguan terhadap wanita yang sudah bercerai di mana kita sudah mendapat beberapa aduan bahawa wanita yang bercerai diganggu oleh golongan jahat.

Kedua, cadangan pindaan akta Marriage and Divorce Act 1976:

(i) Seksyen 12(12) menyatakan bahawa jika seseorang yang berumur antara 18 ke 21 tahun ingin berkahwin, persetujuan bertulis daripada bapa mesti diperoleh kecuali dia adalah anak luar nikah atau bapanya telah meninggal dunia, baru- lah persetujuan bertulis ibu diambil kira. Seksyen ini merupa- kan diskriminasi terhadap kaum ibu dan mendatangkan kesukaran kepada anak yang ingin berkahwin jika bapanya tidak dapat dicari. Ada satu kes di mana seorang gadis wanita Cina dalam usia 20an telah mengandung dan teman lelakinya sedia berkahwin serta ibunya juga sedia memberi persetujuan bertulis. Walau bagaimanapun, gadis ini tidak dapat mendaftarkan perkahwinan kerana bapanya tidak dapat dicari. Oleh kerana berasal daripada keluarga miskin, gadis ini tidak mampu untuk mengambil tindakan mahkamah. Sebagai kesimpulan, gadis ini melahirkan anak luar nikah itu. Oleh itu, saya mencadangkan supaya kedudukan bapa dan ibu diletakkan sama taraf dalam Seksyen 12(12) di mana persetujuan bertulis dan daripada ibu juga adalah setaraf dengan bapa dan boleh diterima oleh pendaftar perkahwinan.

(ii) pindaan Seksyen 4(4) - pada masa kini anak-anak yang dilahirkan sebelum 1 Mac 1982, dianggap lahir dari perkahwinan sah walaupun langsung tiada perkahwinan yang sah dan langsung tiada upacara perkahwinan mengikut adat resam. Ini mendatangkan kesukaran kepada wanita jika mereka ingin berkahwin kemudiannya kerana perkahwinan sebelumnya perlu dibubarkan terlebih dahulu sebelum boleh mendaftarkan perkahwinan yang berikutnya.

Misalnya seperti satu kes yang kami terima di mana seorang wanita Cina menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dan melahirkan seorang anak perempuan sebelum 1982. Selepas itu wanita ini seorang dirinya telah menyara anaknya dan juga terputus hubungan dengan lelaki tersebut. Wanita ini tidak pernah mengadakan upacara perkahwinan mengikut adat resam mahupun tinggal bersama dengan lelaki tersebut selepas itu.

Baru-baru ini apabila dia jatuh cinta dengan seorang profesor dan ingin berkahwin, dia mengalami kesukaran kerana pihak Pendaftar Perkahwinan meng- anggap dia sudah berkahwin dan wanita itu perlu memohon perintah dari mahkamah untuk membuktikan sebenarnya dia belum berkahwin. Justeru itu, Pendaftar Perkahwinan tidak harus memandang sesuatu perhubungan yang melahirkan anak dan tidak melangsungkan upacara perkahwinan mengikut adat resam sebelum 1 Mac 1982 itu sebagai perkahwinan yang sah.

Mengenai masalah keselamatan yang semakin serius, Tuan Yang di-Pertua, sebagai Ahli Parlimen bagi salah sebuah kawasan yang paling tinggi kadar jenayahnya saya terpaksa menyentuh berkenaan masalah keselamatan. Mengikut perangkaan negeri-negeri yang mempunyai kadar jenayah paling tinggi dalam enam bulan yang pertama tahun ini ialah Selangor, Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak. Jika melihat kepada negeri Selangor sahaja lima kawasan yang paling tinggi kadar jenayah ialah Petaling Jaya, Klang, Ampang Jaya, Gombak dan Shah Alam.

DR.3.10.2002 41

Ini menandakan bahawa semakin makmur dan pesat pembangunan sesebuah kawasan itu, semakin tinggi kadar jenayah dan juga perlukan lebih ramai tenaga polis serta langkah-langkah keselamatan yang lebih sempurna. Menurut statistik yang diberi oleh Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dari tahun 1999 hingga 2001, kes kehilangan harta benda meliputi 70% daripada keseluruhan bilangan kes jenayah yang berlaku. Ini termasuklah kes pecah rumah, meragut beg, mencuri kereta dan sebagainya dan keadaannya serius sehingga berlaku rompakan secara berterusan di sebuah kawasan yang sama pada waktu siang hari.

Nasihat pada masa dahulu seperti hanya menggunakan jalan yang terang dan sibuk tidak sesuai lagi kerana jika diambil contoh kawasan saya Petaling Jaya Utara, lebih banyak kes berlaku di kawasan yang lebih sibuk. Pusat perniagaan SS2 yang berhampiran dengan Balai Polis SS2, pusat perniagaan Damansara Jaya dan Taman Megah, kawasan berhampiran stesen LRT mahupun kawasan di luar sekolah juga telah menjadi kawasan hitam kes jenayah.

Selain daripada itu, sesetengah penduduk yang tinggal di kawasan yang lebih terpencil juga menjadi mangsa yang hidup dalam ketakutan. Kereta yang diletakkan di dalam atau di luar rumah juga dipecah cermin dan harta benda di dalamnya pula dicuri. Saya sendiri pernah menjumpai berpuluh-puluh kotak barangan kemas yang kosong di bawah sebuah jambatan yang terletak di salah sebuah taman perumahan yang kerap berlaku kes pecah rumah dan rompakan.

Tuan Yang di-Pertua, saya membangkitkan masalah ini bukan untuk mengkritik pihak polis di kawasan saya tidak bekerja dengan efektif, tetapi sebenarnya kadar jenayah di kawasan saya menurun dengan adanya usaha gigih OCPD dan anggota-anggota polis. Akan tetapi kita tidak boleh bergantung kepada pihak polis sahaja untuk mencegah berlakunya jenayah. Kerjasama daripada penduduk itu sendiri dan kerajaan tempatan adalah perlu. Saya berpendapat bahawa cara mencegah jenayah yang berkesan ialah dengan membina hubungan yang rapat di antara rakyat dengan polis, kerjasama yang sempurna daripada segi penguatkuasaan, pendidikan dan kejuruteraan.

Daripada segi bidang penguatkuasaan, pertama sekali rakyat mesti rela membuat laporan dan pihak polis selain daripada mengambil tindakan berdasarkan maklumat rakyat, juga harus mengambil strategi yang tepat dan berkesan di samping mempunyai kakitangan yang mencukupi. Kebajikan anggota polis juga harus diper- ingkatkan kerana kita tidak boleh mengharapkan pihak polis bertugas dengan berkesan dalam keadaan kebajikan yang tidak sempurna dan kekurangan anggota polis.

Kedua, daripada segi pendidikan pula, pihak polis harus mendapatkan kerja- sama persatuan penduduk, pertubuhan setempat dan juga pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, saya mencadangkan dengan berpandukan kepada kawasan jagaan balai polis yang berbeza, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan harus memastikan ahli-ahli majlis atau pegawai yang berkhidmat di kawasan-kawasan tersebut mengadakan mesyuarat bertempoh tetap bersama dengan Ketua Balai Polis, persatuan penduduk, syarikat keselamatan swasta, di bawah panduan dan kerjasama Ahli Parlimen serta ADUN.

Mendapatkan peningkatan dan penyelarasan dalam hubungan kerjasama dalam bidang penguat kuasa, kejuruteraan projek dan pendidikan terhadap penduduk di mana semua pihak memainkan peranan masing-masing.

Menambahkan bilangan Balai Polis Bergerak dan meningkat kekerapan rondaan polis, menambahkan pendedahan anggota polis di kawasan-kawasan tertentu untuk mendatangkan kesan amaran kepada para penjenayah.

Ketiga, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus menetapkan pemaju projek perumahan baru mesti memasang kemudahan lampu di pintu depan dan belakang rumah serta menetapkan penghuni rumah mesti membuka lampu di depan dan di belakang rumah sewaktu malam.

Keempat, memastikan pihak berkuasa tempatan menggalakkan atau menetapkan pengiklanan dan pemilik papan tanda iklan memaparkan nombor balai polis yang berdekatan di bahagian bawah papan iklan dan mendirikan papan tanda amaran di kawasan hitam, juga penduduk lebih berwaspada.

42 DR.3.10.2002

Kelima, pihak polis harus menubuhkan unit atau badan tertentu untuk merapatkan hubungan polis dengan rakyat, membina semula imej dan kewibawaan polis, menganjurkan kempen mencegah jenayah di kawasan awam dan sekolah secara tempoh tetap, mendidik rakyat bagaimana mencegah jenayah melalui pertunjukan dan memupuk nilai saling bantu membantu di kalangan penduduk.

Keenam, anggota polis yang bertugas di kaunter balai polis harus terdiri daripada pelbagai kaum untuk mengatasi masalah sesetengah penduduk yang tidak rela membuat laporan polis kerana halangan bahasa.

Ketujuh, pihak polis meneruskan tindakan terhadap pusat permainan video yang haram.

Kelapan, memastikan semua pemaju yang mengupah pekerja asing untuk menjalankan kerja pembinaan di dalam kawasan taman perumahan mesti menyerah- kan senarai butir-butir lengkap kesemua pekerja asingnya kepada pihak polis supaya pihak polis dapat menjalankan pemeriksaan dari masa ke semasa.

Kesembilan, Kementerian Dalam Negeri harus menubuhkan satu badan penyelidikan untuk mengkaji strategi yang berkesan bagi mengatasi jenayah ringan yang sukar dihalang seperti meragut beg tangan dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, sekiranya pihak polis, para penduduk dan kerajaan tempatan dapat bekerjasama dengan rapat daripada segi penguatkuasaan, pendidikan dan kejuruteraan, maka keadaan keselamatan dapat diperbaiki. Adalah menjadi harapan saya agar keadaan keselamatan dalam negara dapat dipertingkatkan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan cadangan-cadangan di atas, maka saya menyokong Bajet 2003. Sekian, terima kasih.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Hulu Langat.

4.55 ptg.

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya juga mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Menteri Kewangan yang membentangkan Bajet 2003, yang amat baik bagi merangsang pelbagai industri. Saya juga mengucapkan syabas kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga kerana sebagai kementerian yang baru telah pun mendapat bajet tinggi dan saya percaya ini ada kewajarannya kerana kementerian ini agak agresif, bekerja keras untuk membangunkan wanita dan juga keluarga.

Oleh kerana itu, Tuan Yang di-Pertua, pada ucapan ini saya tumpukan perhatian saya kepada slogan ‘Utamakan Keluarga, Semakin Hari Semakin Sayang’ yang dibawa oleh Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Saya juga meng- ucapkan syabas kepada kementerian ini kerana khususnya Menterinya seorang wanita yang memangnya seorang yang penyayang. Ini adalah brosur yang dikeluarkan untuk ditunjukkan di sini [menunjukkan senaskhah brosur], dan sebenarnya semasa saya terlantar 22 hari di hospital tidak lama dahulu, Menteri inilah yang ketika itu belum pun menjadi Menteri telah menunjukkan sifat penyayang ketika menziarahi saya.

Ketika itu Yang Berhormat bagi Rompin tengok saya sudah tidak sedarkan diri, mengikut isteri saya Yang Berhormat bagi Rompin sudah bacakan Yasin untuk saya tetapi Yang Berhormat Lembah Pantai telah mendoakan supaya saya segera sembuh. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga telah mengeluarkan brosur seperti yang saya tunjukkan tadi yang mengandungi 10 prinsip utama di dalam keluarga kita iaitu:

(i) kasih sayang;

(ii) ceria bersama keluarga;

(iii) komunikasi berkesan;

(iv) nilai kekeluargaan;

(v) keibubapaan cemerlang;

DR.3.10.2002 43

(vi) imbangi kerjaya dan keluarga;

(vii) keselamatan dan kesihatan;

(viii) ekonomi keluarga;

(ix) pendidikan dan kemahiran; dan

(x) dasar mesra keluarga.

Sepuluh prinsip ini cukup baik untuk menerap, membukti dan menyatakan kasih sayang umpamanya kita perlu menzahirkan kasih sayang berkenaan. Banyak orang kurang menyedari hakikat ini. Saya sendiri Tuan Yang di-Pertua, umpamanya mengaku bahawa sangat sukar untuk saya menyebut perkataan ‘I love you’ kepada isteri saya. Bagi saya, kasih dan sayang bukan untuk disebut-sebut tetapi dinyatakan dengan perbuatan dan dibuktikan dengan penghargaan berbentuk fizikal dan juga material. Rupa-rupanya ini salah. Orang perempuan iaitu orang yang disayangi perlu dibelai dengan kata-kata manis dan disanjung dengan puji-pujian, jika tidak, mereka tidak akan faham akan kasih sayang yang kita curahkan, walaupun itulah sebenarnya.

Oleh kerana itulah saya amat menyokong kempen utamakan keluarga yang dicanangkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Kempen ini pastinya dapat menyedarkan banyak pihak. Kita lelaki dan suami pun sebenarnya mahu sedemikian juga, mahu dibelai juga. Apabila pulang ke rumah mahu disambut di depan pintu. Sebaik sahaja masuk, air minuman sudah tersedia, namun malangnya ada suami yang disambut dengan pertanyaan atau kadangkala dengan herdikan, masuk sahaja ke rumah ditanya kenapa lambat balik dan ke mana merayap tadi. Tolak ansur adalah sangat penting. Jadi saya harap kementerian ini juga memberi fokus kepada keperluan lelaki atau suami bukan sekadar keperluan emosi wanita sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga juga menyarankan prinsip bersama keluarga dengan mencadangkan suami dan isteri meluangkan masa indah bersama dan bijak menyemarakkan kemesraan. Hasrat ini memang baik, tetapi bagaimanakah untuk mencapainya? Suami isteri sama-sama bekerja, anak dihantar ke pusat penjagaan, ada juga yang menghantar ibu bapa yang tua dan uzur ke rumah-rumah kebajikan. Senario ini memang sukar dan sulit.

Kebanyakan pelajar di universiti dan kolej adalah wanita. Apabila tamat pengajian dan bergelar siswazah, tentulah mereka tidak mahu terperosok di rumah dan menjaga anak-anak sahaja. Saya berharap pihak Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dapat menghimpunkan pakar-pakar dalam bidang berkaitan rumah tangga dan emosi untuk mencari kaedah dan penyelesaian memberikan keutamaan terhadap kemesraan berkeluarga. Mungkin waktu bekerja untuk wanita sudah sampai masanya untuk dikurangkan. Mungkin juga dengan cara ini boleh mengurangkan pengangguran di kalangan lelaki sendiri.

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga juga menggariskan dasar ‘mesra keluarga’ sebagai salah satu prinsip utamakan keluarga – ‘semakin hari semakin sayang’. Di sini disebutkan 'utamakan keluarga' berkali-kali. Bagaimana kita dapat mengutamakan keluarga jika masing-masing sibuk bekerja? Hendak berhenti kerja takut nanti prinsip lain pula tidak tercapai. Dalam prinsip kementerian, perancangan ekonomi pula tergugat akhirnya dan tergugatlah akhirnya matlamat, maka tidak tercapai sepenuhnya.

Jadi saya rangkumkan ini dengan satu pantun kepada rakan-rakan dan juga sesiapa juga iaitu:

Anak kecil main layang-layang,

Tersangkut tinggi di pokok berangan;

Utamakan keluarga semakin sayang,

Bila tambah lagi yang lama dibuang jangan.

Tuan Mohamed Sayuti b Said: [Bangun]

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Untuk mendapat keluarga yang semakin hari semakin sayang …….

44 DR.3.10.2002

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang bangun Yang Berhormat ya.

Tuan Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Hulu Langat yang bercakap mengenai masalah keluarga. Saya sependapat dengan pandangan daripada Yang Berhormat Hulu Langat mengenai dengan situasi keluarga yang mana mengharapkan supaya keluarga menjadi ‘al-baiti jannati,’ - rumahku syurgaku. Soalan, adakah bersetuju kalau sekiranya Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga ini untuk dapat merealisasikan ‘semakin hari semakin sayang’ ini diadakan kursus di antara kedua belah pihak terutama kepada kita ini yang umur berusia emas supaya tidak cari lain. Ya, terima kasih.

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Perkongsian pendapat Kuala Selangor itu memang bernas, saya setuju kalau kementerian melaksanakan seperti Yang Berhormat hajatkan, sebenarnya dapat dalam fakta-fakta perbahasan saya selanjutnya.

Untuk mendapat keluarga yang semakin hari semakin sayang, kita juga perlu mendapat pendidikan dan meningkatkan kemahiran sepanjang hayat. Soalnya kementerian tentulah tidak bertanggungjawab secara terus, memberi pendidikan formal kecuali pendidikan sepanjang hayat yang memang menjadi tanggungjawab kita sendiri.

Apabila menyentuh tentang pendidikan, izinkan saya berpindah ke Kementerian Pendidikan Tuan Yang di-Pertua. Di sekolah-sekolah rendah ada diajar- kan pendidikan moral, namun keberkesanannya perlu dikaji semula atas sebab seperti yang dibangkitkan dalam kisah berikut ini, iaitu;

Buluh betung buluh kasap, Dari pokok menjadi jambatan, Guru mengajar Ilmu Hisab, Kenapa merokok menjadi ikutan.

Jawabnya, pendidikan moral itu tidak berkesan, apatah lagi ada juga yang melarang pelajar tetapi mereka sendiri terus merokok. Kita sebagai ibu bapa juga bersalah dalam hal ini kerana tidak dapat mengawasi dan memantau anak-anak kita. Wang saku ke sekolah digunakan untuk membeli rokok. Lebih buruk lagi ada di kalangan pelajar-pelajar yang berniaga secara kecil-kecilan iaitu menjual rokok di kalangan kawan-kawan. Kamus yang tebal dipotong bahagian dalamnya cukup-cukup untuk menyorok sekotak rokok. Apabila diperiksa oleh guru atau pengawas rokok berkenaan tidak dapat dikesan. Inilah kebijaksanaan pelajar-pelajar masa kini.

Pendidikan moral juga nampaknya belum boleh atau menghindar masalah gangsterism. Malah semakin banyak kes gangsterism yang berlaku bukan sahaja di kawasan sekolah tetapi juga bergiat luar sekolah. Ini termasuklah memeras ugut dan mencederakan guru-guru. Satu lagi pantun Tuan Yang di-Pertua;

Main dam dalam bilik, Main guli pergilah keluar, Pendidikan moral nama subjek, Kenapa murid masih kurang ajar.

Inilah persoalan yang hendak kita tangani. Kenapa pelajar-pelajar biadab dan tidak tahu serta tidak menghormati orang tua atau pemimpin. Adakah ibu bapa tidak mengajar mereka adab dan kesopanan bangsa kita sebagai orang timur yang memang terkenal dengan adab dan kesopanan kita yang cukup tinggi. Jawabnya ada. Tentulah sebagai ibu bapa kita mengajar.

Namun, di sekolah ada guru-guru yang mengajar unsur-unsur negatif. Umpamanya putar belitkan fakta sejarah, memburuk-burukkan pemimpin, gambar mereka dipijak, diconteng dan sebagainya. Ini semua kerana menular pengaruh parti tertentu di kalangan guru-guru. Dulu guru-guru adalah penyokong kerajaan tetapi tidak pula menggunakan bilik darjah sebagai platform politik. Ini apabila guru menjadi pengikut dan penggerak pembangkang mereka menjadi penghasut. Akhirnya pendidikan, moral hanya tinggal sebagai satu subjek dan gagal menjadi pendorong atau membentuk moral yang tinggi di kalangan anak kita.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Nanti saya habiskan topik ini.

DR.3.10.2002 45

Tuan Yang di-Pertua, pendidikan moral cuma diajar di sekolah-sekolah rendah. Itu pun pada tahap ala kadar sahaja. Dalam pada itu, keruntuhan moral di kalangan pelajar berlaku di sekolah menengah atau peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, saya mencadangkan agar subjek pendidikan moral diperhebatkan iaitu di isi dengan nilai-nilai murni dan jumlah jam mengajar ditambah. Guru-guru pula dihantar berlatih dari masa ke semasa berdasarkan keperluan semasa berdasarkan kes-kes keruntuhan moral yang berlaku di kalangan remaja.

Memanglah kita sebagai ibu bapa bertanggungjawab terhadap perkara ini, tetapi juga perlu menerima hakikat bahawa sekolah adalah rumah kedua bagi anak-anak kita, malah ada pelajar yang berinteraksi dengan guru lebih lama daripada mereka berinteraksi dengan ibu bapa dan keluarga sendiri.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Hulu Langat. Saya tertarik dengan kata-kata daripada Hulu Langat bahawa terdapat pelajar-pelajar kita yang menjadi biadab, menjadi kurang ajar kerana diajar oleh parti-parti pembangkang dan seumpamanya. Adakah Yang Berhormat setuju bahawa contoh utama negara, Perdana Menteri pada hari ini menyebut bahawa antara sebab beliau menjadi begitu kerana antaranya beliau minum susu harimau, jadi bila minum susu harimau, perangai ini pun macam harimau. Adakah kerana pemimpin utama negara sekarang ini perangai macam harimau, sebab itu pelajar-pelajar jadi macam itu. Adakah Yang Berhormat bersetuju.

Dato' Haji Badrul Hisham bin Abdul Aziz: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat bertanyakan sama ada saya bersetuju. Jawapannya tidak setuju. Pendidikan moral juga patut diluaskan ke sekolah-sekolah menengah, kolej dan juga universiti sekurang-kurangnya subjek ini boleh menjadi ingatan kepada pelajar-pelajar kerana jika dia diajar di sekolah-sekolah rendah sahaja mereka mungkin lupa apabila meningkat ke sekolah menengah.

Tuan Yang di-Pertua, di sekolah-sekolah pelajar juga dihasut supaya tidak menghargai kerajaan dengan menyemai bibit membenci ketua dan penyokong kerajaan, akibatnya anak-anak kita sudah tidak pandai berterima kasih dan jauh sekali bersyukur. Mereka diajar dengan menyatakan bahawa rezeki peluang yang diperoleh memang menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan.

Benarlah demikian ia adalah tanggungjawab kerajaan, tetapi janganlah sampai lupa pula tanggungjawab kita terhadap kerajaan dan negara. Ingatlah jika pun tidak pandai membalas jasa, janganlah sekali-kali tidak tahu mengenang jasa.

Anjing pun jika diberi makanan akan mengangkat dan menggoyang-goyangkan ekornya. Itu cara anjing berterima kasih, walaupun kita tidak mempunyai ekor untuk menyatakan rasa terima kasih, janganlah nanti sampai kita menjadi lebih hina daripada anjing.

Pisang raja dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang jasa mungkin tak terbayar, Jangan diganti dengan caci.

Pendidikan moral bukan sekadar untuk pelajar-pelajar di sekolah saja. Bapa dan datuk yang merogol anak dan cucu sendiri juga patut diberi didikan. Mereka perlu diajar pendidikan moral kerana mereka telah menunjukkan contoh dan perlakuan yang tidak bermoral tinggi lagi jijik. Ditakui nanti anak dan cucu yang lain menjadi pelajar yang setia kepada bapa dan datuk yang durjana ini.

Jika kita menggalakkan pendidikan sepanjang hayat aspek-aspek moral juga harus dididik atau dilangsungkan sepanjang hidup, jika tidak semakin teruklah. Pendidikan moral tidak semestinya dibuat di bilik-bilik darjah, ia boleh dilakukan melalui perjumpaan umum seperti Hari Keluarga, mesyuarat tahunan atau ceramah-ceramah tertentu. Apa yang kementerian perlu lakukan ialah menyediakan garis panduan yang terancang berdasarkan kajian terperinci yang telah dijalankan oleh pakar-pakar tertentu, selain itu pula, perlulah menyediakan peruntukan untuk memudahkan kempen dilaksanakan. Mungkin di sini juga Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga boleh kembali memberi bantuan.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpindah perkara lain tetapi berkaitan dengan pendidikan juga, iaitu baru-baru ini, pada awal bulan lalu kira-kira 50 orang pelajar

46 DR.3.10.2002

Malaysia telah berlepas ke Jakarta, Medan dan juga Sulawesi, Indonesia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di peringkat ijazah pertama. Walaupun mereka pergi secara persendirian dan diurus oleh pihak swasta, namun ada di kalangan mereka yang mendapat pembiayaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga MARA.

Namun, apabila sampai di sana mereka tidak mendapat visa pelajar seperti mana lazimnya diperolehi oleh pelajar-pelajar yang terdahulu. Dulu apabila sampai di Indonesia mereka dapat visa belajar tetapi sekarang mereka diperlukan mendapat visa itu di Kuala Lumpur baru boleh pergi ke sana. Tetapi nasib baik jugalah Kerajaan Indonesia membenarkan pelajar-pelajar yang masih berada di Indonesia sekarang ini, visa pelajar sementara selama dua bulan dan akhir bulan ini mereka terpaksa kembali ke tanah air untuk mendapatkan visa di Kuala Lumpur.

Soalannya tidakkah pihak penganjur dan kerajaan sendiri mengetahui masalah ini. Bagaimana perubahan, peraturan tidak diketahui oleh pihak kerajaan dan siapa pula yang memantau pihak penganjur ini sehingga berlaku masalah sedemikian. Adakah ini juga pertanyaan saya, mungkin ini kepada kementerian lain, adakah ini kesan daripada langkah kerajaan menghantar pulang PTI ke Indonesia atau atas sebab-sebab lain.

Apa sekalipun Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar berkenaan. Ini sangat merugikan, masa terbuang, duit juga terpaksa dibuang kerana tambang pergi dan balik ada di kalangan ibu bapa yang telah menjual kereta dan rumah untuk membiayai anak ke sana tetapi sekarang mereka telah tergugat. Apa yang mereka perlukan ialah mereka benar-benar mahu menjadi doktor dan berkhidmat untuk negara tetapi lebih awal lagi sudah ada kesulitan. Tuan Yang di-Pertua, saya amat berharap Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri dapat menyiasat perkara ini dan mengatasinya segera.

Tuan Yang di-Pertua, sebelum akhir saya ada beberapa lagi rangkap pantun, termasuk untuk Tuan Yang di-Pertua sendiri;

Terima kasih Speaker yang baik hati, Memberi peluang turut berbahas, Lain kali berilah lagi, Barulah lega, hati pun puas. Bajet baru dibentangkan sudah, Banyak yang turun daripada yang naik, Hanya pembangkang yang rasa menyampah, Penyokong kerajaan semua sambut baik. [Tepuk] Pembangkang ada bajet mereka, Tiada yang nyata semuanya janji, Kalau sungguh apa yang dikata, Kotakan dulu di dua buah negeri. Makan ikan sayur kangkung, Selesai hidangan dijamu anggur, Sebelum duduk saya pasti sokong, Semoga bajet membawa makmur.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Sila bagi Bagan

3.12 ptg

Tuan Lim Hock Seng [Bagan]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya memetik percakapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada 29 September 2002.

Tuan Yang di-Pertua, ‘There is no more justice in this world and all talk about fair play democracy and human right is shear nonsense. Beliau kata lagi ‘The impression I get is that, there is no justice in this world today. If someone is disliked, than everything can be done to him even though it is unfair, dan lagi ‘In the case of Arafat, it looks like he is hated by certain quarters as such he will not get fair treatment

DR.3.10.2002 47

because justice thus not exist anymore in this world. All talk about justice is mere bunkum and hypocrisy, it is all a lie and only talk.” Dia berkata pada satu sidang, apabila beliau balik dari luar negeri.

Tuan Yang di-Pertua, selepas saya baca kata-kata demikian, saya pun ingat dalam negara kita ini pun ada orang dilayan seperti ini. Kalau boleh saya tukar, saya ingin tukar, in the case of Lim Guan Eng, in the case of Anwar Ibrahim it looks like, he is hated by certain quarters as such he will not get fair treatment because justice does not exist anymore in this world, Tuan Yang di-Pertua [Tepuk]. Jadi apabila kita hendak mengkritik sesuatu atau bercakap dengan lantang berkenaan sesuatu pandanglah muka kita sendiri dahulu [Disampuk].

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan beberapa masalah yang panas di debat di dalam Dewan yang mulai ini dan juga ditimbulkan di kalangan masyarakat ini iaitu pihak polis telah mengenakan saman atau kompaun, satu kompaun di bawah satu Seksyen 115 di bawah kesalahan Akta Lalu Lintas di mana seseorang pesalah itu boleh di kompaun sebanyak RM300.

Tuan Yang di-Pertua, ramai orang mungkin tidak tahu apa itu 115. Misalannya saya kata, kalau saya meletak kereta saya di tepi jalan dan tempat itu adalah tempat larangan untuk meletak kereta dan saya diberi satu saman di mana saya boleh dikompaun RM30. Tetapi selepas saya dapat surat itu atau saman itu, saya tidak menjelaskan.

Jadi apabila habis tempoh untuk membayar, saya boleh dikenakan RM300 untuk kompaun RM30 itu. Pihak polis juga boleh mengenakan satu kompaun tambahan iaitu dalam satu minggu seperti yang ditempohkan jika saya tidak memberi maklumat-maklumat berkenaan pemandu itu. Jikalau pemandu itu bukanlah saya sendiri. Jadi kompaun yang tambahan ini boleh dikenakan RM300 juga, jadi jumlahnya sebanyak RM600. Jadi ini adalah jadi satu rungutan dan kerana ketidakpuasan hati di kalangan rakyat.

Saya yakin dan percaya ramai di antara kami di sini ada pengalaman seperti ini dan ramai rakyat telah datang ke pusat perkhidmatan kami untuk menanya perkara ini. Apabila kita menanya kepada pihak polis, mereka kata memang itu adalah satu arahan dan adalah termaktub dalam undang-undang.

Tuan Yang di-Pertua, sebab itulah pada dua, tiga bulan yang dahulu, apabila Ops Warta dijalankan maka di seluruh negara di hadapan pejabat polis, ramai orang tunggu untuk menjelaskan kompaun-kompaun ini. Ada yang tunggu dari pagi pukul lima hingga ke lewat petang pun tidak dapat membayar kompaun itu. Ada yang datang berturut-turut dua, tiga hari pun tidak dapat bayar kompaun itu kerana terlalu ramai orang menunggu.

Kakitangan-kakitangan di pejabat polis pun kekurangan dan tambahan lagi komputer yang dipakai oleh pihak polis adalah komputer yang lama. Kadang kala ter jammed apabila ramai sangat menggunakan komputer itu. Itulah satu masalah yang sampai hari ini belum dapat diselesaikan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ada membangkitkan satu soalan secara lisan dalam Dewan ini. Saya menanya sama ada Seksyen 115, Akta Lalu Lintas ini telah dimansuhkan. Jawapan yang saya dapat ialah secara rasmi ia tidak dimansuhkan tetapi arahan dari Bukit Aman ialah mereka telah mengeluarkan arahan kepada cawangan-cawangan trafik di seluruh negara untuk menerima rayuan.

Menerima rayuan bermakna tertakluk kepada Ketua Trafik Daerah untuk memansuhkan atau mengurangkan kompaun itu. Jadi bukan semua rakyat jelata boleh jumpa dengan Ketua Trafik Daerah atau OCPD di satu-satu daerah. Jadi apabila mereka pergi jumpa pun ini seperti pengemis untuk meminta rayuan.

Sekiranya pihak polis Bukit Aman boleh mengeluarkan arahan boleh terima rayuan, mengapa tidak sama sekali dimansuhkan kompaun yang dikenakan di bawah Seksyen 115 sekali gus untuk meringankan beban para pemandu kereta. Ini juga boleh menggalakkan kepada mereka yang melanggar kesalahan lalu lintas ini menyelesaikan kompaun-kompaun yang mereka ada pada masa sekarang dan bukan sama sekali seperti apa yang ada mereka perlu membayar sehingga RM600 untuk satu kompaun yang dilakukan...

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: [Bangun]

48 DR.3.10.2002

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin membangkitkan rintihan-rintihan yang dihadapi oleh anggota polis pada masa sekarang. Tuan Yang di-Pertua, gaji anggota polis iaitu konstabel adalah terlalu rendah. Saya dapat satu surat........

Tuan Yang di-Pertua: Ya, Bagan Datok bangun, hendak beri jalan?

Tuan Lim Hock Seng: .....Saya tidak ada masa. Tuan Yang di-Pertua, sebab 20 minit sahaja, banyak perkara saya hendak bangkitkan.

Yang di-Pertua: Ya.

Datuk Ahmad Zahid bin Hamidi: Sedikit tidak boleh?

Tuan Lim Hock Seng: Tak ada masa. Twenty minutes only. Gaji permulaan konstabel yang baru diambil ialah hanya RM586.85 sahaja. Tuan Yang di-Pertua, mereka boleh mendapat RM230 untuk Imbuhan Tetap Perumahan dan Imbuhan Kerja Lebih Masa RM100 dan Imbuhan Tetap Perkhidmatan Polis RM65. Jadi semua sekali mungkin dalam lingkungan RM900.

Pada masa sekarang ini sekiranya RM900 untuk seorang konstabel adalah sukar untuk mereka membiayai keluarga mereka. Sekiranya seorang bujang mungkin boleh lagi menyara. Tetapi untuk satu keluarga memang adalah sukar untuk mereka. Jadi sekiranya kita mengharap-harapkan anggota polis untuk menjalankan kerja-kerja mereka atau tanggungjawab mereka secara profesional, secara sepenuh hati maka layanan setimpal perlu diberi kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua, tambahan pula saya bersetuju dengan antara seorang backbancher yang telah berucap bahawa uniform anggota polis ini sudah terlepas masa atau bila kita jumpa anggota polis apabila mereka pakai uniform mereka, ada yang sudah usang dan warnanya pun sangat gelap. Saya bercadang supaya pihak polis boleh menimbang untuk menukarkan uniform-uniform anggota polis kepada satu warna yang lebih cerah dan lebih smart yang dikatakan untuk mereka dan dua pasang uniform untuk seorang anggota polis itu pun tidak memadai kerana sekiranya beliau sedang memakai satu pasang dan satu pasang lagi masih dijemur atau dicuci, kalau hujan maka beliau kena tunggu mungkin dua hari lagi untuk menukar uniform mereka ini…

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: [Bangun]

Tuan Lim Hock Seng: Jadi kena lebih daripada satu pasang, jadi tiga pasang. Saya tidak ada masa. Tak apa, cepat-cepat sikit..

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada sahabat saya Ahli Yang Berhormat bagi Bagan. Saya amat bersetuju dengan cadangan Ahli Yang Berhormat bagi Bagan supaya polis diberi kemudahan bagi mereka menjalankan tugas. Adakah Yang Berhormat sedar bahawa di Terengganu sekarang banyak majlis yang dibuat oleh parti PAS yang menjadi Kerajaan Negeri Terengganu sekarang ini diadakan sekatan jalan raya secara besar-besaran oleh pihak polis.

Adakah ini Yang Berhormat cadangkan supaya dalam keadaan negara kita aman ini biarlah maknanya demokrasi, rakyat berhak untuk membuat berbagai penerangan kepada rakyat. Terima kasih.

Tuan Lim Hock Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya agak anggota polis, mereka ini hanya menjalankan tugas mereka dan mereka ikut perintah daripada atasan dan bukan ikut sesuka hati mereka. Mereka juga tidak suka pergi menyekat jalan di tengah-tengah kampung atau di tengah-tengah kebun getah atau ladang atau sawah padi. Bukan niat mereka tetapi ini adalah arahan daripada atasan dan kita berharaplah pihak atasan akan menimbang bahawa negara kita ini adalah satu negara yang demokrasi. Siapa-siapa yang hendak menganjurkan apa-apa perhimpunan secara aman mereka boleh dibenarkan.

Saya ingin membawa cadangan daripada satu cawangan iaitu Special Branch. Sebenarnya Special Branch ini adalah bukan kawan karib parti kami ini [Ketawa] Parti Pembangkang, Special Branch ini cukup dia selalu dia mengintip kami. Ke mana kami pergi, beliau akan ikut. Dia akan mencatat kelakuan-kelakuan kita ini. Sekiranya satu hari nanti dia akan kira sekali gus. Seperti saudara Karpal Singh dan Lim Kit Siang

DR.3.10.2002 49

apabila mereka ditangkap di Operasi Lalang mereka diceritakan sejauh tahun-tahun yang lepas apa haribulan, mereka pergi ke mana, mereka buat apa, mereka cakap apa.

Dalam beberapa tahun lepas itu mereka pun ada semua bercatat. Tetapi saya tidak menyalahkan mereka sebab ini lagi satu mereka ini seorang polis, anggota beruniform, mereka ikut perintah. Juga saya ingin memperjuangkan sedikit sebanyak benefit mereka juga. Special Branch ini, mereka tidak dapat langsung, tidak ada uniform langsung, elaun uniform tiada dapat dan spesial elaun pun tidak dapat. Malah Bahagian Trafik, seorang anggota trafik boleh dapat RM250 extra elaun untuk menjalankan tugas mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan saya ada sebuah Pangsapuri Aman polis di Taman Bagan, Butterworth. Pangsapuri ini mengandungi 400 unit tetapi di antaranya ada satu blok pangsapuri iaitu Blok B ada sebanyak 140 unit. Bangunan ini sudah didapati tidak selamat lagi kerana bangunan ini tenggelam. Banyak retakan dinding, lantai dan dalam bangunan, pintu pun tidak boleh tutup dan anggota polis yang duduk di pangsapuri ini telah diberitahu oleh pihak atasan secara mulut sahaja untuk pergi mencari tempat kediaman di lain-lain tempat tetapi belum secara rasmi dipanggil, pindah keluar. Anggota polis ini, mereka kata, sekiranya kerajaan tidak memberi tempat kediaman untuk mereka, mereka akan dapat elaun perumahan hanya RM230.

Di kawasan Bagan atau di kawasan mana pun di bandar, RM230 hendak menyewa sebuah rumah atau sebuah flat untuk sekeluarga adalah tidak cukup Sekurang-kurangnya RM350 untuk sebuah flat biasa sahaja. Jadi nanti satu hari apabila mereka dipanggil keluar daripada pangsapuri ini maka mereka rasa keberatan untuk menyewa kediaman mereka sendiri di luar.

Jadi saya berharaplah kerajaan boleh mencari tempat ganti untuk mereka menduduki atau memberi elaun yang lebih tinggi kerana ini adalah suatu perkara yang luar biasa kerana pangsapuri mereka didapati tidak selamat lagi untuk diduduki. Saya berharap pihak polis juga boleh menjalankan satu siasatan dengan kerjasama JKR mengapa pangsapuri yang hanya diduduki selama lapan tahun ini boleh jadi tidak selamat. Adakah pemaju-pemaju yang menjual atau membina pangsapuri ini kepada pihak polis ada timbul apa-apa salah laku di dalam projek ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga hendak menafikan bahawa kaum Cina dan India atau kaum-kaum bumiputera enggan menyertai pasukan polis adalah tidak patriotik. Saya agaklah sekiranya layanan-layanan yang diberi kepada anggota polis boleh diperbaiki dan lebih syarat-syarat yang boleh menarik orang ramai untuk menyertai pasukan polis maka ramai lagi akan menyertai tidak kira kaum untuk menyertai pasukan polis.

[Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah] mempengerusikan Mesyuarat]

Tetapi dengan adanya syarat-syarat atau layanan-layanan seperti masa sekarang mungkin pemuda pemudi ada jalan lain untuk pergi cari kerja mereka. Mereka mendapati kerja di luar lebih bebas, boleh mencari lebih keuntungan dan juga mungkin lebih challenging dengan izin.

Juga saya ingin menarik perhatian bahawa mungkin terdapat pasukan yang menjalankan temu duga ini berat sebelah. Saya berharap mereka ini boleh melayan semua kaum yang ingin menjadi anggota polis ini sama rata dan tidak pandang kepada bulu dan kulit sahaja, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat bagi Petaling Jaya ada mem- bangkitkan tentang kadar jenayah yang telah meningkat di kawasan beliau dan beberapa bandar utama. Ini bukan sahaja berlaku di tempat beliau atau di tempat-tempat yang beliau maksudkan. Saya boleh agak di semua tempat juga ada petunjuk-petunjuk di mana kadar jenayah meningkat. Sekiranya semua perkara atau semua kelakuan jenayah dilaporkan di pejabat polis, maka kadar ini bukan sedemikian sahaja, ia mungkin tinggi dari itu, sebab saya sudah dapat banyak aduan dari orang ramai, bila mereka hendak pergi ke pejabat polis untuk membuat satu laporan, mereka akan dinasihati oleh anggota yang berkhidmat di kaunter, mengatakan "jangan buat laporan, ini semua perkara kecil sahaja, kalau boleh selesai, selesai di luar" dan sekiranya semua kelakuan jenayah ini dilaporkan, maka ia adalah satu angka yang sangat tinggi, misalnya pecah rumah.

50 DR.3.10.2002

Sekiranya ada pencuri masuk ke rumah dan hanya mencuri beberapa barang sahaja, maka si mangsa itu mungkin segan hendak pergi membuat laporan kerana apabila membuat laporan, beliau akan membuang masa mungkin satu atau dua jam di pejabat, nanti polis akan datang ke rumah untuk menyiasat dan beliau akan dipanggil balik ke pejabat untuk membuat statement lagi. Sekiranya tertangkaplah pencuri itu, beliau kena pergi untuk mengecam pencuri itu dan segala-galanya ini akan mengambil masa yang agak panjang. Jadi ramai yang tidak mempedulikan untuk membuat laporan, tetapi jika tidak membuat laporan, bukan menunjukkan bahawa tiada kes jenayah berlaku.

Saya berharap, apabila kita harapkan anggota polis untuk menjalankan tugas mereka ini, maka mereka perlulah dilayan secara baik dan munasabah supaya mereka boleh tumpukan perhatian mereka untuk menyelesaikan perkara-perkara yang mereka perlu tanggung itu.

Tuan Yang di-Pertua, pagi ini ada satu soalan berkenaan dengan loan shark iaitu ceti haram dan timbalan menteri ada menjawab pelbagai langkah yang telah diambil. Saya ingin menarik perhatian kepada kerajaan bahawa loan shark yang berlaku pada masa ini ialah di tahap yang cukup serius kerana kita bila baca dalam surat khabar, newspaper hari-hari bahawa ada orang yang ahli keluarganya meminjam wang dari loan shark, tetapi peminjam ini sudah lari dan keluarganya telah dianiayai oleh loan shark. Mereka akan menulis sebarang perkataan di dinding, mengunci pintu atau mengugut mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup ya.

Tuan Lim Hock Seng: Sedikit lagi.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: Tiap-tiap hari kita nampak dalam surat khabar ada tulis pinjam wang secara mudah, inilah loan shark, ada telephone number…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, masa sudah lebih Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah berlebih.

Tuan Lim Hock Seng: Ada juga di perhentian bas, ada juga ditulis dengan perkataan yang menawarkan orang untuk meminjam wang.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat…

Tuan Lim Hock Seng: Jadi ini adalah satu perkara yang berlaku dalam masyarakat kita ini dan saya rasa masih ada banyak lagi hendak berucap, tetapi oleh kerana masa tidak mengizinkan…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, sudah dua minit lebih, saya pun terlepas pandang Yang Berhormat.

Tuan Lim Hock Seng: …ya, saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi saya masa untuk berucap. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kuala Selangor.

3.35 ptg.

Tuan Mohamed Sayuti bin Said [Kuala Selangor]: Alhamdulillah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat petang dan selamat sejahtera. Izinkan saya Tuan Yang di-Pertua membacakan sepotong ayat al-Quran [Membaca sepotong ayat al-Quran dari Surah An-Nisaa', ayat 59]

DR.3.10.2002 51

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Uli'l-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk membahaskan dan membincangkan mengenai agenda yang penting iaitu Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri pada hari Jumaat, 20 September 2002. Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan keseluruhannya yang terlibat secara langsung menyediakan bajet tersebut, yang memfokuskan kepada kedudukan ekonomi negara telah kembali pulih setelah mengalami pertumbuhan negatif yang mana ianya didorong oleh kecergasan sumber pertumbuhan negara dengan bajet mesra rakyat

Bagi memastikan negara di dalam kestabilan ekonomi yang mapan, negara harus menyusun semula strategi pertumbuhan bagi mengurangkan pergantungan keterlaluan kepada sektor luar dan mengambil inisiatif untuk meneroka dengan lebih gigih kepada sumber pertumbuhan dalam negara. Usaha-usaha untuk melipatganda- kan pelaburan domestik di dalam bidang baru seperti sektor perkhidmatan, pelancong- an, pendidikan, pengangkutan dan kesihatan di samping menjadikan sektor pertanian sebagai jentera pertumbuhan ketiga untuk negara.

Melalui pembentangan Bajet 2003 yang telah dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan memperlihatkan hubungan, kewajaran begitu komited untuk menyokong sektor swasta ke arah merealisasikan segala usaha dan kerjasama yang dijalinkan bagi menjamin kejayaan persekitaran perniagaan yang lebih conducive dan berdaya saing.

Tuan Yang di-Pertua, melalui penjurusan sektor pertanian sebagai jentera pertumbuhan ketiga negara, ini memperlihatkan kekuatan di dalam negara begitu utama bagi memastikan negara amat memerlukan sumber pertanian yang juga akan menjadi makanan untuk penduduk negara, dan ini akan mengurangkan pergantungan import makanan untuk keperluan negara yang sering meningkat dari tahun ke tahun dan menjadikan negara terpaksa menanggung penambahan perbelanjaan untuk mengimport bahan makanan dari luar negara.

Melalui pendekatan sektor pertanian ini, pelaksanaan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) melalui transformasi pertanian perlu digerakkan dengan lebih cergas agar pertumbuhan dapat menyumbang kepada ekonomi negara yang mana program tanaman kekal, pengeluaran makanan TKPM di seluruh negara yang diprogramkan di Kementerian Pertanian Malaysia secara besar-besaran dapat mencapai matlamat dalam sektor pengeluaran makanan.

Kawasan Parlimen Kuala Selangor masih mampu untuk menyumbang bagi menjana pembangunan di dalam industri untuk pengeluaran makanan asas untuk negara dan perkara ini selaras dengan kehendak matlamat pembangunan pertanian negeri Selangor yang seiring dengan Dasar Pertanian Negara Ketiga, serta trans- formasi sektor pertanian. Sebagai usaha-usaha dan langkah-langkah untuk meningkat- kan keupayaan penambahan bahan makanan, pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian Malaysia perlu menggerakkan segera semua agensi di bawah Kementerian Pertanian untuk mengorientasikan pekebun-pekebun kecil terutamanya kepada kebun kelapa sawit agar dapat mempelbagaikan hasil melalui ternakan lembu, kambing, ayam, itik dan sebagainya. Usaha ini lebih praktikal yang mana kawasan tanaman dapat diguna sama bagi menghasilkan hasil pertanian dan juga hasil ternakan. Di samping itu juga langkah mengurangkan karenah birokrasi kepada pihak institusi kewangan kepada pengusaha pertanian dan ternakan yang memerlukan pinjaman kewangan bagi membiayai sektor pertanian dan ternakan perlu dipermudahkan, dan setiap agensi yang telah dipertanggungjawabkan untuk membantu setiap permasalah- an kepada pengusaha-pengusaha perlu ditangani dengan seriusnya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang sedia maklum, kerajaan melalui Kementerian Pertanian telah mengambil keputusan dalam usaha untuk mempertingkat-

52 DR.3.10.2002

kan usaha-usaha ke arah pencapaian Dasar Pertanian Negara dengan menubuhkan Kolej Kejuruteraan Pertanian yang akan memberikan penumpuan kepada kaedah pembelajaran yang lebih sistematik, untuk melahirkan generasi muda khususnya untuk berilmu di bidang pertanian secara profesional. Melalui pendekatan ini, pihak saya beranggapan kawasan Kuala Selangor mampu dan pihak saya memohon untuk menempatkan Kolej Kejuruteraan Pertanian tersebut dibina di kawasan yang mana dengan melalui pengambilan tanah, memandangkan terdapat banyak kawasan per- ladangan estet yang boleh dimajukan lagi untuk penempatan serta pembangunan Kolej Kejuruteraan Pertanian, di samping kawasan masih menempatkan serta mengekalkan kawasan-kawasan pertanian yang meliputi semua sektor pertanian, penternakan dan juga perikanan secara asas.

Tuan Yang di-Pertua, melalui industri pelancongan yang secara global, saya mohon agar setiap kawasan yang mempunyai nilai-nilai serta berpotensi untuk …

Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang berdiri Yang Berhormat, Pasir Mas berdiri, hendak beri jalan?

Tuan Haji Ismail bin Noh: Tidak ada apa Ustaz…..

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Masa….

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jangan tanya masa, hendak bagi atau tidak Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Sedikit sahaja, sedikit sahaja.

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Masa terhad.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Hendak bagi cakap hendak bagi Yang Berhormat.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Bagi sedikit sahaja

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak bagi cakap tidak bagi. Diam begitu sudah makan masa.

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Minta izin Tuan Yang di-Pertua, saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya?

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Minta izin saya teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, dia tidak bagi Yang Berhormat. Sila duduk Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Sayuti bin Said: Sekejap. Melalui industri pelancongan yang secara global memohon agar setiap kawasan yang mempunyai nilai-nilai serta berpotensi untuk dijadikan pusat pelancongan perlu diambil perhatian serta tindakan serius dengan mengambil usaha-usaha ke arah kemudahan, kelengkapan prasarana dan mempromosikan sesuatu tempat serta pusat sebagai destinasi pelancongan yang selamat serta mesra pelancong untuk diperhebatkan.

Dana Tabung Khas Pelancongan sebanyak RM400 juta telah diperuntukkan bagi membantu industri pelancongan dan kerajaan juga telah meluluskan dana infrastruktur pelancongan sebanyak RM200 juta dan bagi program pembangunan pelancongan ini, pihak saya memohon melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dapat meneruskan agenda pelancongan yang ada terutama di kawasan saya, yang mana pernah satu ketika dahulu kawasan tersebut diwartakan oleh kerajaan sebagai salah satu tempat bersejarah, dan bagi tujuan pelancongan iaitu Bukit Melawati, Kuala Selangor dan juga kesan peninggalan sejarah zaman pemerintahan Kesultanan Selangor bagi menentang Kerajaan Belanda dan Jepun di samping terdapat tempat untuk melihat keunikan fire fly ataupun kelip-kelip di Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing di waktu malam, yang mana tempat ini adalah merupakan tempat tarikan pelancong bukan sahaja di dalam bahkan di luar negara.

Pihak kerajaan perlu juga merangka pelan tindakan cadangan ini untuk menaiktarafkan pembangunan pelancongan yang sedia ada terutama kepada kesan peninggalan sejarah, mewujudkan kebudayaan tradisi penduduk tempatan, kesenian,

DR.3.10.2002 53

penghasilan pelbagai produk dan lain-lain keperluan yang tersedia di kawasan, sejajar untuk menambah dan baik pulih kualiti perkhidmatan pelancongan di bawah Program Mesra Malaysia, yang mana mampu dicorakkan sebagai destinasi pelancongan sekiranya diberi perhatian khusus daripada pihak kementerian ataupun kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pendidikan adalah merupakan pelaburan jangka panjang yang mana hasil daripada pelaburan ini ianya akan dimanfaatkan bagi melahir- kan rakyat yang berpengetahuan, berkemahiran, serta pintar dan lengkap dengan nilai-nilai murni, seperti bertanggungjawab, bertoleransi dan setia kawan serta semangat patriotik dan cintakan negara. Ianya juga telah digarispandukan melalui Pelan Pem- bangunan Pendidikan 2001-2110, bagi persediaan kepada arus pemban pembangunan cabaran globalisasi dan liberalisasi dan ekonomi berasaskan pengetahuan yang semakin mencabar.

Melalui perubahan serta perkembangan masa kini, saya mencadangkan di kawasan saya, yang mana telah pun muncul bandar ilmu, di mana pelbagai pembangunan pendidikan akan tersedia melalui penubuhan ini. Dengan ini, saya mohon kepada pihak kerajaan, manakala wujudnya pertumbuhan pembangunan ilmu di kawasan Kuala Selangor, untuk memberikan kemudahan kuota kepada anak-anak tempatan di kawasan, untuk menikmati kemudahan belajar di tempat sendiri.

Di samping itu juga, bagi memberikan peluang kepada lepasan sekolah yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi, langkah kerajaan melaksanakan program meningkatkan kemahiran melalui penubuhan Kolej Komuniti adalah amat-amat diharapkan, terutama di kawasan, agar pelaksanaan pembinaan dapat disegerakan. Namun, sekiranya dalam usaha untuk menempatkan Kolej Komuniti melalui tanah kerajaan tidak diperolehi, alternatif lain adalah dengan pengambilan tanah yang banyak terdapat di kawasan, terdiri daripada tanah per- ladangan, yakni estet, untuk dibangunkan supaya Kolej Komuniti bagi kawasan saya, iaitu di Parlimen Kuala Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, berpandukan kepada pendidikan secara menyeluruh, saya mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia membina setiap daerah penempatan sekolah kepada anak-anak istimewa, yakni pusat komuniti, yang mana pagi tadi telah pun dinyatakan oleh pihak kerajaan, hanya enam buah sahaja yang terdapat di dalam negara kita, dan dua bangunan yang akan didirikan pada tahun ini. Sama ada kecacatan pendengaran atau lain-lain kecacatan, dengan pengecualian kos pembayaran hingga ke peringkat kemahiran yang khususnya, atau institut pengajian tinggi awam (IPTA) sebagai dorongan serta keprihatinan kerajaan kepada golongan istimewa, dengan tidak menyisihkan golongan tersebut daripada semua keadaan yang boleh melemahkan semangat untuk berdikari serta berusaha secara bersama dengan golongan yang sempurna sifatnya.

Tuan Yang di-Pertua, sistem pengangkutan jalan merupakan elemen ter- penting bagi pencapaian perkembangan pembangunan pada sesuatu tempat melalui penilaian dan pembangunan jalan raya. Di kawasan Kuala Selangor masih terdapat jalan raya di bawah penyelenggaraan Kerajaan Pusat berada di tahap kedudukan jalan yang tidak cekap dan selamat bagi kemudahan pengguna dan barangan, selari dengan perkembangan ekonomi negara. Menyedari di atas kelemahan sektor pengangkutan melalui jalan perhubungan ini, khususnya di Jalan Persekutuan 54 bermula dari Assam Jawa ke Penjara Pudu, Sungai Buluh, yang berada di kawasan, adalah merupakan laluan utama untuk ke pusat bandar dan laluan utama menuju ke destinasi ke utara, yang mana rangkaian jalan tersebut masih berada di tahap yang tidak selamat untuk pengguna jalan raya, yang mana hampir setiap minggu akan berlaku kemalangan, bahkan kemalangan maut ke atas pengguna jalan raya di rangkaian Persekutuan 54, yang sedia ada sekarang ini. Di atas kepentingan pengguna jalan raya, pihak saya menggesa Kementerian Kerja Raya dapat melaksanakan kerja-kerja menaik taraf, ataupun diupgradekan, dengan izin, ke tahap yang lebih selamat, selesa dan bermutu tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, peningkatan tahap kesihatan kepada seluruh warga penduduk negara adalah satu tanggungjawab yang menjamin ke atas kesejahteraan rakyat. Sejumlah RM7.55 bilion telah disediakan bagi memastikan rakyat sihat akan memastikan kejayaan program negara dapat diteruskan. Melalui pendekatan ini, pihak saya mendesak kerajaan, melalui Kementerian Kesihatan, agar pembinaan hospital gantian di kawasan kedudukan di Batu Lima, Sungai Terap, Kuala Selangor dilaksana-

54 DR.3.10.2002

an dengan segera, yang mana proses perancangan ini telah pun mengambil masa selama enam tahun.

Tuan Yang di-Pertua, justeru itu saya menyarankan agar keperluan serta kekurangan pegawai dan kakitangan sokongan di peringkat program kesihatan, terutama peringkat kawasan pusat-pusat kesihatan sama ada daerah ataupun hospital, terutamanya di kawasan luar bandar dipenuhi dengan kadar segera agar definisi “Rakyat sihat menjamin negara makmur’ dapat diterapkan di dalam etika perkhidmatan kesihatan. Di samping itu juga, dengan penempatan doktor, pegawai perubatan yang mencukupi di setiap klinik dan hospital bagi memastikan masyarakat serta rakyat mendapat kemudahan perkhidmatan kesihatan selaras dengan peningkatan taraf dan mutu perkhidmatan perubatan serta kesihatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, saya berkeyakinan, sekiranya segala usaha, matlamat serta kehendak melalui Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan diperhalusi dan dihayati serta dapat dilaksanakan dengan penuh amanah, rasa tanggungjawab penuh keinsafan, sudah barang tentu program pembangunan sosioekonomi, secara langsung dapat dinikmati dan dirasai oleh setiap golongan masyarakat, terutama kepada rakyat yang berada di pelbagai kategori sektor kehidupan, dan mereka juga berbangga serta mensyukuri kerana menjadi rakyat Malaysia kerana kesungguhan pemerintah negara sentiasa memikirkan keamanan, kesejahteraan serta kemakmuran secara berterusan.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi, bagi pihak seluruh rakyat Parlimen Kuala Selangor, atas penghargaan, terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, atas segala usaha untuk kesejahteraan negara Malaysia yang kita sayangi. “Negara Tanggungjawab Kita”. Akhirnya saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua dan saya menyokong Bajet 2003.

Beberapa Ahli: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ahli-ahli Yang Berhormat, hari ini hari terakhir, ramai hendak bercakap. Saya limitkan masa 10 minit. [Disampuk] Sebab ramai hendak bercakap Yang Berhormat. Itu pun belum tentu habis kesemua itu Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Hulu Terengganu Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Jadi saya jemput Yang Berhormat bagi Kelang dahululah. Yang Berhormat bagi Kelang lama benar merenung saya. Sila Yang Berhormat bagi Kelang. [Ketawa]

3.53 ptg.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew [Kelang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, sektor awam telah menjadi daya penggerak ataupun driving force, dalam usaha kerajaan memulihkan semula pertumbuhan ekonomi. Masanya sudah tiba bagi kerajaan membantu private sector untuk menyumbang semula peranan mereka dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara kita.

Untuk tujuan ini, biar kita melihat prestasi beberapa sektor ini, dan seterusnya meneliti sebahagian daripada pilihan (option), yang mungkin ada ditunjukkan untuk membantu menghidupkan semula sektor-sektor ini. Sektor pembuatan tetap kekal sebagai penyumbang yang terbesar kepada GDP, iaitu 32.8% dan seterusnya mengekalkan pertumbuhan yang sihat dengan anggaran 5.19% dalam tahun 2002. Walau bagaimanapun, jika kita lihat kedudukan pembuatan yang dieksport, iaitu elektronik dan semi-conductor, telah menyumbang 52.5% pembuatan yang dieksport dan 30.0% daripada jumlah pengeluaran pembuatan.

Maka jelas kita akan menghadapi masalah apabila FDI berpindah kepada negara yang mengendalikan kos yang rendah dan pasaran yang luas, dengan China menyertai WTO dan pelaksanaan AFTA. Di antara strategi yang dicadangkan di dalam Bajet, ialah mengambil langkah-langkah tindak balas bagi mengatasi masalah ini dengan menggalakkan aktiviti bernilai tinggi dalam sektor pembuatan. Pihak kerajaan telah mengenal pasti beberapa jenis aktiviti di bawah industri automobil, industri mesin

DR.3.10.2002 55

dan peralatan dan industri berteknologi tinggi, dan memberi elaun pelaburan dan pengecualian cukai kepada industri-industri tersebut.

Di sini saya ingin mencadangkan, skop bidang industri yang menerima pengecualian cukai atau elaun, diperluaskan lagi dalam usaha mempromosikan aktiviti bernilai tinggi dalam sektor pengeluaran. Pihak kerajaan juga harus mempelbagaikan, atau diversify industri kita dan mempromosikan usahawan. Mengalih haluan bidang industri kita adalah bertujuan mengelakkan, melonggokkan telur-telur di dalam satu raga – We need to diversify our industry. This is to avoid putting all the eggs into one basket. Kita menyedari bahawa telah terlalu banyak barangan elektronik di dalam raga kita.

Dengan memberi cukai insentif kepada beberapa jenis industri yang dipilih, kita akan menghadapi masalah yang sama di masa hadapan. Di sebaliknya, mungkin ada seribu satu industri yang berpotensi yang boleh diperkembangkan. Hanya usahawan yang lebih mengetahui industri mana yang boleh dimasukkan. Bukan dari birokrasi pihak perkhidmatan awam. Bila seseorang usahawan merancang untuk menerokai sebarang perniagaan, dia akan sangat berhati-hati berhadapan dengan keperluan penyelidikan dan perkiraan mengumpul segala maklumat. Pihak perkhidmatan awam seharusnya fokus dalam usaha membantu usahawan dalam penerokaannya, dan biarlah mereka membuat pilihan jenis industri mereka sendiri.

Tuan Yang di-Pertua, kita amat berbangga sektor pertanian sekali lagi diberi penekanan yang wajar untuk perkembangan ekonomi. Strategi yang diperkenalkan dalam bajet, mensasarkan kepada aktiviti pertanian yang beroperasi secara besar-besaran seperti mengeluarkan kayu getah bagi memenuhi hasrat pihak industri perabot, dan aktiviti yang memerlukan modal yang besar seperti menangkap ikan laut dalam, sama seperti industri memproses makanan.

Walau bagaimanapun, saya ingin mencadangkan pihak kerajaan harus juga menyediakan panduan dan insentif kepada pengusaha-pengusaha kecil yang memaju- kan niche market, yang memainkan peranan dalam usaha untuk mempelbagaikan sektor pertanian. Contohnya, sekarang ini Malaysia telah menjadi pengeksport terbesar ikan emas atau ikan perhiasan – ornamental fish, di dunia. Eksport kita adalah lebih kurang 5%-7% daripada pasaran dunia, dengan nilai eksport sebanyak RM107 juta berbanding dengan nilai import lebih kurang RM10 juta. Sumbangan mereka kepada pendapatan eksport adalah dianggap tinggi. Semua ini dilakukan dengan inisiatif, usaha gigih dan business acumen mereka.

Kerajaan seharusnya menggalakkan keusahawanan tidak hanya dalam sektor pembuatan tetapi juga untuk sektor pertanian. Dalam usaha ini janganlah kita hanya fikir besar. Adakalanya yang kecil itu comel – Let us don’t always think big, sometimes small is beautiful. Saya juga ingin menggesa pihak kerajaan memberi perhatian masalah yang lama tertangguh yang dihadapi oleh pengusaha penternakan yang mana aktiviti mereka boleh jadikan pengeksport yang besar dengan bantuan pihak kerajaan. Kita lihat penanam bunga dan sayur-sayuran di Cameron Highland, salah satu daripada masalah besar yang mereka hadapi adalah tanah. Adakah mana-mana usaha sama yang dibuat merancang untuk mendapatkan tanah untuk mereka terus mengembang- kan ladang mereka.

Satu contoh lagi ialah ladang penternak babi. Sebelum peristiwa Nipah pada tahun 1994-99, penternak babi mengekspot lebih kurang 3,500 ekor babi setiap hari, dan eksport ini membawa masuk ke negara ini lebih kurang RM400 juta pertukaran asing setahun. Malangnya sekarang tiada langsung yang dieksport. Adakah kerajaan membuat sesuatu bagi membantu menghidupkan semula industri ini? Konsep kawasan penternak babi, atau pig farming area adalah baik tetapi tidak dilaksanakan di peringkat negeri. Skim tanah untuk makanan (fund for food) mengecualikan penternak babi untuk memohon. Inilah masalah yang kerajaan harus lihat.

Kerajaan telah menggalakkan petani menanam tanaman baru dan beralih ke aktiviti pertanian yang baru. Tetapi untuk mengenalkan penanaman baru ataupun aktiviti pertanian baru dan mewujudkan pasaran baru bukan suatu perkara yang mudah dan bukan sentiasa mendatangkan hasil. Dengan itu penegasan yang lebih luas sepatutnya diberikan kepada aktiviti yang telah berjaya menembusi pasaran seberang laut tetapi malangnya beberapa masalah yang masih dihadapi.

56 DR.3.10.2002

Tuan Yang di-Pertua, manakala pihak kerajaan, pengusaha-pengusaha, usahawan, peladang dan penternak serta rakyat jelata bekerja kuat membantu negara mengukuhkan ekonomi kita agar rakyat dapat mengecap penghidupan yang sempurna, apakah kerajaan PAS negeri Kelantan buat, mengharamkan penghibur-penghibur dan artis-artis kaum wanita mengadakan pertunjukan pentas. Kerajaan PAS telah jelas mencabuli Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan. Kaum wanita negara ini baru sahaja dengan gembiranya meraikan pindaan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang mana sekarang telah jelas menyatakan, “there shall be no discrimination against citizen on the ground only of religious, raise, defense sex or place of birth or in any law or in the appointment or any office or appointment or in the administration of any law relating to the acquisition, establishing or carrying on in trade business profession vocation or employment.” Pengharaman ini bukan sahaja merupakan satu tamparan terhadap pergerakan kaum wanita dalam negara ini tetapi ianya juga..

Tuan Haji Ismail bin Noh: [Bangun].

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Ada yang bangun Yang Berhormat.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Tidak ada masa, sorry.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Pasir Mas dia tidak beri.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Jangan sebut yang itulah, sebut yang lain.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Adalah satu tamparan hebat terhadap ekonomi kita terutamanya ekonomi negeri Kelantan itu sendiri.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Dia tidak beri Yang Berhormat.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Imej melampau dan ekstrem yang diwujudkan adalah akan menghalau pelabur asing dan pelancong-pelancong dan akhirnya rakyat Kelantan yang akan menanggung kerugian.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah cukup Yang Berhormat.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Saya menggesa kerajaan Kelantan menghapuskan pengharaman itu serta merta sebelum banyak lagi damage berlaku.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah cukup.

Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew: Boleh saya gulung. Saya juga merayu kepada rakan saya Ahli Parlimen dari PAS supaya memujuk pemimpin-pemimpin mereka mengubah pendirian dalam hal ini dan membantu memelihara semangat Artikel 8(2) Perlembagaan yang mana pindaan tersebut adalah sama-sama diluluskan oleh Dewan yang mulia ini tidak lama dahulu. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat bagi Hulu Terengganu.

4.03 ptg.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid [Hulu Terengganu]: Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih banyak kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk turut membahaskan Bajet 2003 sekali gus membandingkan dengan belanjawan alternatif 2003. Walaupun sudah dua hari saya cuba bangun tetapi nampaknya alhamdullilah petang ini Tuan Yang di-Pertua bermurah hati dengan saya.

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sekali imbas terasa benar Bajet 2003 lebih mesra korporat berbanding belanjawan alternatif 2003 yang lebih mesra rakyat.

Hulu Terengganu sebagai mewakili sebuah kawasan pedalaman ingin mem- bahaskan bajet ini dari sudut pertanian yang menyentuh urat nadi rakyat yang rata-rata terdiri daripada petani. Tidak ada perkara yang memberangsangkan dalam bajet kali ini melainkan meningkatkan pelaburan dalam aktiviti pertanian bersekala besar dan komersial. Sila lihat teks ucapan Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Yang Berhormat

DR.3.10.2002 57

Menteri Kewangan muka surat 45 dan 46. Berbanding belanjawan alternatif 2003 Yang Amat Berhormat Ketua Pembangkang menyebut menyedari sebahagian besar rakyat masih bergantung kepada sektor ini sebagai sumber pekerjaan dan pendapatan, maka dicadangkan supaya peruntukan untuk sektor pertanian ditingkatkan.

Sebagaimana yang tekah dijangka apabila ekonomi mula pulih maka petani dan rakyat miskin mula dilupakan dan wang negara mula dialirkan kepada korporat-korporat yang besar dan berpengaruh. Tahun ini Kementerian Pertanian mendapat peruntukan yang semakin kurang berbanding tahun-tahun sebelumnya dan saya hairan bagaimana wakil rakyat Klang menyebut pertanian mendapat peruntukan yang lebih. Pada tahun 2002 Kementerian Pertanian diperuntukkan RM2,640,708,250.00 ber- banding tahun 2003 hanya diperuntukkan RM2,463,789,670.00 iaitu kekurangan sebanyak kira-kira RM200 juta ringgit.

Ini jelas menunjukkan sikap pemimpin negara yang langsung tidak mengenang budi yang mana semasa kemelesetan baru-baru ini apabila semua barang keluaran kilang telah jatuh merudum dan tidak mendapat pasaran di pasaran dan sektor pertanianlah yang telah membantu negara dalam keluaran minyak kelapa sawit, getah dan sebagainya yang membantu negara menghadapi kemelut ekonomi tersebut. Tetapi malangnya sebaik sahaja ekonomi beransur baik sektor pertanian terus diabaikan.

Yang Amat Berhormat Ketua Pembangkang dengan tegas mencadangkan agar peruntukan untuk sektor pertanian ditingkatkan kerana sebahagian besar rakyat masih bergantung kepada sektor ini. Cadangan ini jelas menunjukkan belanjawan alternatif lebih mesra rakyat berbanding Bajet 2003 yang mesra korporat.

Selain itu Yang Amat Berhormat Ketua Pembangkang mencadangkan supaya kerajaan berusaha untuk mengurangkan beban import makanan yang kini berjumlah RM12 bilion. Antara sektor yang boleh digiatkan ialah perikanan. Saya pernah mencadangkan kepada Dewan yang mulia ini supaya kerajaan mewartakan kawasan-kawasan yang menjadi sarang ikan membiak semulajadi supaya kawasan ini benar-benar menjadi tempat pembiakan ikan dan ia menjamin supaya ikan terus banyak di sungai-sungai dan tasik.

Sebagai contoh pihak KETENGAH lebih berminat untuk membina bangunan-bangunan di sekitar Tasik Kenyir tetapi tidak kepada pembiakan ikan yang menjadi daya tarikan kepada pemancing-pemancing dan pelancong. Selain daripada itu sehubungan dengan apa yang dicadangkan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ketua Pembangkang saya mencadangkan supaya ternakan ikan laut juga dipergiatkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini pada tahun 1995 negara mengimport 230,000 tan metrik ikan laut dan dijangka jika tidak dikawal pada tahun 2010 negara akan mengimport 346,000 tan metrik ikan laut daripada negara luar.

Saya difahamkan Jabatan Perikanan telah membuat kajian berhubung ternakan ikan dalam sangkar di laut terbuka dan didapati ianya mempunyai potensi untuk berjaya. Projek perintis telah dilancarkan di Langkawi, Kedah. Saya dimaklumkan projek ini sepatutnya diperluaskan ke perairan Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah melibatkan 20 kawasan seluas 97,720 hektar. Tetapi malangnya sejak dilancarkan pada Oktober 1999 hanya Kedah sahaja yang beroperasi, itu pun dengan segala kelemahan dan penyelewengan.

Menurut maklumat yang diperolehi 15 syarikat telah memohon untuk men- jalankan projek ini tetapi hanya satu sahaja projek yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Tetapi yang malangnya syarikat tersebut tidak ditawarkan untuk projek tersebut. Lebih pelik lagi dua syarikat yang telah dipilih bukan sahaja tidak layak tetapi tidak pernah memohon untuk memajukan projek ini. Akibatnya projek yang sepatutnya dimulakan Mac 2000 terpaksa ditunda sehingga Mei 2001. Sehingga kini projek ini seperti penagih dadah yang menghidapi AIDS, hidup segan mati tidak mahu.

Inilah akibatnya apabila setiap projek kerajaan mendapat campur tangan orang-orang politik khususnya UMNO dan Barisan Nasional. Kepentingan kroni menjadi keutamaan walaupun tidak menepati syarat yang ditetapkan. Saya tidak menyalahkan para pegawai dalam perkara ini sebaliknya kerakusan pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang lebih mementingkan keuntungan jangka pendek walaupun tindakan tersebut telah menjejaskan projek ini secara keseluruhan.

58 DR.3.10.2002

Saya berharap projek ini dapat diteruskan sebagaimana cadangan asal untuk diperluaskan ke negeri Terengganu, Pahang dan sebagainya.

Seterusnya saya suka menyentuh berhubung dengan salah guna kuasa oleh pihak polis terutamanya di negeri Terengganu. Pada 19.2.2002, pihak kerajaan telah mengatur satu majlis yang dipanggil Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat di sebuah balai raya di Kampung Tanjong, Kuala Terengganu, yang mana yang sepatutnya hadir pada majlis ini ialah seorang EXCO kerajaan negeri, beberapa orang wakil rakyat yang sepatutnya hadir dan akan menyampaikan ucapan untuk menerangkan tentang perkembangan semasa yang berlaku terutama berhubung dengan kes royalti minyak yang baru sahaja masuk mahkamah pada hari yang berkenaan.

Tetapi malangnya apa yang berlaku, Ketua Polis Negeri Terengganu telah membuat satu kenyataan akhbar bahawa ceramah yang tersebut tidak mempunyai permit. Bersama saya ialah keratan akhbar bagaimana seorang Ketua Polis telah membuat kenyataan bahawa ceramah ini tidak ada permit, sedangkan beberapa minggu sebelum daripada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah pun membuat kenyataan bahawa mana-mana program ceramah yang dibuat di kawasan tertutup dalam premis persendirian atau kerajaan tidak perlu mendapat permit polis. Tetapi malangnya pada malam tersebut polis telah mengarahkan FRU mengepong balai raya tersebut sehingga berlaku pertengkaran yang mana polis cuba bertindak keras. Walau bagaimanapun, akhirnya majlis ini terpaksa dibenarkan walau pun dalam masa yang sangat singkat.

Pada 11.7.2002, Ketua Polis Terengganu telah membuat satu kenyataan akhbar bahawa polis Terengganu tidak akan bekerjasama dalam melaksanakan hukum takzir, hudud dan kisas di negeri Terengganu. Pada saya kenyataan ini sangat luar biasa seolah-olah telah mendahului mahkamah kerana kita tahu dalam negara kita, kita ada tiga bidang pemisahan kuasa iaitu Legislative, Judiciary dan Executive, sebagai pelaksana dasar.

Kalau pun ada percanggahan antara Perlembagaan Persekutuan dengan undang-undang yang baru diluluskan oleh kerajaan negeri sepatutnya yang boleh menentukan sama ada ia bercanggah atau tidak, sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak mestilah daripada badan Kehakiman. Tetapi Ketua Polis Terengganu telah mengambil sikap yang saya kira mengambil alih kerja mahkamah iaitu mengisytiharkan bahawa hukum ini, polis tidak akan bekerjasama dan hukum ini bercanggah dengan Perlembagaan.

Siapa dia Ketua Polis Terengganu yang boleh bercakap bagi pihak mahkamah dalam kes ini?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat, sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Tuan Yang di-Pertua, selepas daripada itu, saya sikit sahaja Tuan Yang di-Pertua, sebagai penggulungan juga, hendak menyebut bagaimana pada 7 September di mana pihak Polis Di-Raja Malaysia telah menganjurkan satu konsert di UiTM Terengganu dan kita dimaklumkan bahawa konsert ini tidak mendapat permit daripada Majlis Daerah Dungun di Terengganu, sebagai penguat kuasa undang-undang. Kalau kita hendak ceramah minta supaya diberi permit tetapi polis sendiri dan saya mendapat maklumat diarahkan oleh Ketua Polis Terengganu…..

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid:...bahawa konsert ini tidak mendapat permit dan tidak pernah diminta permit kepada Majlis Daerah Dungun.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Kita menghantar surat bantahan minta supaya ikut …

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Yang Berhormat, cukuplah.

DR.3.10.2002 59

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: …peraturan yang ada tetapi ianya tidak diindahkan oleh pihak polis negeri Terengganu.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Ya, betullah tu.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Boleh beri masa tambahan sikit, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Tidak ada dah Yang Berhormat, itu sudah bagi sudah itu, lebih seminit sudah.

Tuan Haji Muhyidin bin Haji Abd. Rashid: Terima kasih banyak, Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Haji Muhamad bin Abdullah]: Terima kasih. Saya bagi dahulu Yang Berhormat bagi Bukit Mas bukan Pasir Mas, [Ketawa] dia bukit dahulu lepas itu baru turun ke pasir. Yang Berhormat bagi Bukit Mas, sila.

4.13 ptg.

Tuan Henry Sum Agong [Bukit Mas]: Bukit Mas tidak ada emaslah ha. [Ketawa]

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya berucap petang ini. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada kerajaan khasnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan di atas pembentangan Bajet 2003 pada petang Jumaat, 20 September 2002.

Sebelum bajet tersebut dibentangkan ramai yang mungkin meramalkan bahawa bajet itu akan sedikit sebanyak menjejaskan rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang di mana ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. Sebaliknya Bajet 2003 mengambil kira kepentingan semua lapisan masyarakat dan tidak memberi bebanan kepada rakyat. Oleh itu ianya diterima dengan gembira oleh rakyat jelata.

Tuan Yang di-Pertua, bajet yang telah dibentang membuktikan komitmen kerajaan untuk merealisasikan Wawasan 2020. Walaupun ianya merupakan defisit bajet namun kepentingannya lebih besar dan tidak menjejaskan kedudukan kewangan negara. Kita bersyukur negara sekarang berada di tahap yang dapat dibanggakan. Dunia menghormati dan memandang tinggi terhadap Malaysia. Di bandar mahu pun luar bandar membangun dengan cepat dan rakyat dapat memanfaatkan hasil kemerdekaan.

Kawasan luar bandar khasnya di Sarawak, yang dulunya tidak dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur penting seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air mulai merasakan nikmat kebaikan Kerajaan Barisan Nasional. Harapan rakyat agar perkembangan dan pembangunan yang menyeluruh dan seimbang akan dapat tercapai selaras dengan dasar kerajaan. Apa yang penting rakyat berbilang kaum, agama, latar belakang dan budaya negara ini terus bersatu-padu dan memainkan peranan masing-masing bagi mewujudkan keadaan harmoni, aman damai, kestabilan politik serta perpaduan erat di kalangan semua suku bangsa.

Selain itu Kerajaan BN yang mendapat sokongan rakyat untuk memerintah negara menjalankan tugas, tanggungjawab dan peranannya dengan saksama, adil dan cekap tanpa diganggu-gugat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab baik dari dalam mahu pun luar untuk memastikan negara tercinta ini terus makmur dan berdaulat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh beberapa perkara – pendidikan. Saya bersetuju dengan beberapa ahli Dewan yang mulia ini agar sektor pendidikan termasuk bidang komputer dan ICT diterokai dengan seluas-luasnya. Selain menentu- kan kemajuan masa depan rakyat dan negara, sektor tersebut perlu dijadikan tarikan pelajar-pelajar dari luar negara khasnya di peringkat universiti untuk datang melanjut- kan pembelajaran di Malaysia dan secara tidak langsung menyumbang kepada ekonomi negara.

Untuk tujuan ini penyediaan infrastruktur yang lengkap dan bertaraf dunia serta tenaga profesional yang mahir dan bermutu tinggi haruslah menjadi keutamaan. Selain itu pendidikan secara formal melibatkan semua anak-anak tidak kira di bandar

60 DR.3.10.2002

mahu pun di luar bandar dan kampung-kampung di pedalaman seperti Sarawak dan Sabah diberi perhatian dan mendapat kemudahan yang saksama.

Sehubungan dengan ini, saya menyeru kepada pihak kementerian agar dapat mempercepatkan perlaksanaan, kemudahan pembelajaran seperti bangunan pra-sekolah, sekolah rendah, asrama dan rumah guru termasuk makmal komputer dan kerja-kerja menaikkan taraf yang telah dikenal pasti. Di kawasan Parlimen saya, Bukit Mas terdapat kemudahan-kemudahan seperti ini belum dilaksanakan. Contohnya, pembinaan makmal komputer fasa pertama, belum lagi dimulakan. Saya mohon agar pembinaan makmal komputer ini nanti diagih-agihkan kepada kontraktor-kontraktor tempatan dan bukannya sebaliknya.

Tuan Yang di-Pertua, di kawasan Parlimen saya Bukit Mas, yang mengandungi daerah Lawas, Limbang dan sebahagian daripada daerah Marudi di Baram, Sarawak belum ada institusi pendidikan seperti sekolah vokasional, teknik dan teknikal, kolej guru, kolej komuniti ditempatkan di sana. Memandangkan kedudukan geographical kedua-dua daerah ini yang terletak jauh dan terasing daripada lain-lain kawasan di Sarawak maka saya mencadangkan kepada kerajaan dan Kementerian Pendidikan agar menempatkan projek seperti ini di kawasan berkenaan.

Untuk pengetahuan Dewan yang mulia ini, pelajar-pelajar dari kawasan ini yang ingin melanjutkan pelajaran mereka dalam bidang berkenaan terpaksa pergi ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri. Selain menghadapi masalah perhubungan, kos perjalanan pergi dan balik adalah sangat tinggi. Jika cadangan penubuhan kemudahan pendidikan seperti tersebut di atas dijalankan sama ada di daerah Lawas atau Limbang ianya boleh dikongsikan bersama oleh penuntut-penuntut daripada daerah Limbang, Lawas dan Sipitang, Sabah yang berdekatan.

Tuan Yang di-Pertua, masyarakat Cina di daerah Limbang menghadapi masalah berhubung kesesakan murid-murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa Limbang yang tidak mencukupi untuk menampung murid-murid kaum Cina dan juga bumiputera yang turut menuntut di sekolah tersebut. Mereka ingin mendapat kelulusan pihak kementerian untuk mendirikan sebuah sekolah baru yang akan dikenali sebagai SJK Chung Hwa Limbang 2. Permohonan mereka sudah pun disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

Memandangkan keperluan ini penting melibatkan masa depan anak-anak yang bakal menuntut di sekolah itu nanti, saya menyokong penuh permohonan mereka dan mohon agar pihak kementerian dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap permohonan ini.

Pembangunan Luar Bandar - Usaha kerajaan dan pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat luar bandar mendapat sanjungan tinggi rakyat. Di bawah Bajet 2003, sebanyak RM2.56 bilion peruntukan untuk pelbagai program dan ini membuktikan kesungguhan kerajaan mem- bantu pihak sasaran. Dalam melaksanakan sesuatu projek di bawah program ini, saya mohon kepada pihak kementerian supaya mengambil perhatian dan menentukan kepentingan rakyat tempatan diambil kira seperti pelaksanaan projek tertentu mengikut spesifikasi dan jadual yang telah ditetapkan dan memberi peluang untuk mereka terlibat sama.

Sehubungan dengan ini, saya ingin menarik perhatian pihak kementerian mengenai kelewatan pembekalan elektrik ke kawasan Parlimen Bukit Mas. Saya mohon agar kerja-kerja pembekalan yang tertangguh sejak akhir tahun lepas dijalankan dan siap pada tahun ini. Selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat luar bandar, saya mencadangkan agar kerajaan memberi kelulusan bagi pembinaan kedai-kedai kampung ataupun lock-up shop, dengan izin di kampung-kampung khasnya di luar bandar menggunakan peruntukan di bawah projek kecil luar bandar.

Ini akan membantu untuk merealisasikan rancangan kerajaan bagi penubuhan ‘satu kampung satu industri’ selain daripada memberi peluang perniagaan secara kecil-kecilan pada masyarakat kampung. Pengurusan kedai kampung ini nanti terserah kepada JKK setempat untuk mengenal pasti penghuni-penghuni serta menetapkan kadar sewa yang berpatutan dan wang sewa kedai ini dimasukkan ke dalam akaun JKK setempat.

DR.3.10.2002 61

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa Yang Berhormat sudah habis.

Tuan Henry Sum Agong: Kesejahteraan rakyat - Program ini amat berfaedah dan ianya harus memberi tumpuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Bilangan mereka bertambah ramai dari tahun ke setahun dan peruntukan yang disediakan kerajaan sebanyak RM190.9 juta untuk 2003 mungkin tidak mencukupi. Dalam melaksanakan program ini, saya mohon agar pihak kementerian memberi perhatian kepada masyarakat Penan di Sarawak. Saya telah melawat ke penempatan Penan di kawasan Parlimen Bukit Mas............

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Masa sudah habis Yang Berhormat.

Tuan Henry Sum Agong:..........di Padang dan Long Sebayang dan.........

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup Yang Berhormat.

Tuan Henry Sum Agong:.........mendapati respons mereka terhadap rancangan kerajaan menggalakkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Kalau ada cakap macam itu, buang masa Yang Berhormat.

Tuan Henry Sum Agong: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Muhamad bin Abdullah]: Cukup. Saya bagi Gombak dulu. Gombak.

4.23 ptg.

Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya dengan rasa penuh tanggungjawab turut serta membahaskan Bajet 2003 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan. Bagi pihak pengundi-pengundi dan rakyat dari kawasan Gombak, saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan yang benar-benar membentangkan bajet mesra rakyat.

Justeru itu, saya masuk kepada tajuk ’Menjamin Kesejahteraan Rakyat’ yang menyediakan RM190.9 juta bagi program-program seperti membangunkan minda, tambahan makanan seimbang, peningkatan pendapatan, pembangunan masyarakat bandar, pemulihan rumah, pembangunan masyarakat setempat dan Amanah Saham Bumiputera Sejahtera. Semuanya dijangka seramai 67,200 orang akan mendapat faedah daripada program-program ini. Dengan peruntukan yang disediakan agar rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah mampu mendiami rumah yang selesa, yang tidak mampu membeli boleh menyewa rumah seperti yang dirancang untuk setinggan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seperti yang tercatat dalam bajet itu, sejumlah 65,778 unit rumah dalam 64 projek pembangunan sambungan dan projek-projek baru akan terus dibina. Dengan itu, saya yakin matlamat setinggan sifar menjelang tahun 2005 pasti berjaya.

Di daerah Gombak sahaja, jumlah unit rumah kos rendah yang sudah, sedang dan akan terus dibina menjelang tahun 2005 berjumlah 11,000 unit, manakala jumlah keluarga setinggan adalah 5,000 sahaja. Ini bererti 6,000 unit lagi yang mampu dibeli oleh rakyat. Pada masa yang sama, program perumahan PPRT, subsidi RM470 untuk setiap pelajar sekolah rendah, RM120 setahun secara tunai untuk membeli pakaian seragam dan peralatan sekolah dan baucar tuisyen yang sedang ditimbangkan membolehkan kanak-kanak daripada keluarga miskin bersekolah tanpa halangan dan rintangan.

Memartabatkan Peranan Wanita - Saya bagi pihak ahli-ahli 116 pertubuhan wanita yang bergabung dengan NCWO, Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan kerajaan yang sepanjang kita mengisi kemerdekaan membangunkan negara kita, wanita di Malaysia diberi peluang dan ruang dalam hampir semua bidang. Hanya terpulang kepada wanita sendiri merebut peluang-peluang pendidikan, pekerjaan, perniagaan dan lain-lain. Dalam ucapan bajet beliau, Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan berkata, “Kerajaan terus mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan ekonomi dan sosial”.

62 DR.3.10.2002

Tindakan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga memperkenalkan analisis bajet gender agar semua pihak memahami implikasi bajet negara kepada wanita dan lelaki sama ada semua golongan menerima hak mereka dengan lebih saksama atau tidak, amat dialu-alukan setelah sekian lama isu ini dibincangkan di persidangan-persidangan dan forum-forum antarabangsa. Justeru itu, saya merasakan bahawa RM91 juta yang diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga memanglah tidak mencukupi.

Ibu Tunggal - Mengikut fahaman saya, ibu tunggal adalah ibu-ibu yang kematian suami dan yang diceraikan atau yang ditinggalkan oleh suami mereka. Mengikut kajian yang telah dibuat oleh sekumpulan pakar di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1994 dan 1995, telah direkodkan bahawa terdapat 630,000 keluarga diketuai oleh wanita yang merangkumi 18% daripada seluruh keluarga di Malaysia pada masa itu dengan jumlah ahli-ahli keluarga mereka 3.2 juta ramainya. Dua pertiga daripada mereka menjadi ibu tunggal kerana kematian suami dan satu pertiga daripada mereka menjadi ibu tunggal kerana diceraikan suami atau ditinggalkan begitu sahaja oleh suami. Jumlah 130,000 yang disebut oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan, saya yakin adalah yang paling daif yang wajib dibantu. Saya sangat faham dengan masalah ibu tunggal. Sebaik sahaja suami meninggal, mereka berhadapan dengan masalah pembahagian harta, masalah emosi anak-anak, tiada punca pendapatan. Ada juga yang terpaksa keluar dari rumah yang mereka diami.

Yang bercerai pula, melalui pengalaman yang lebih menderita. Perebutan anak, sukar mendapat nafkah anak, perbicaraan perceraian memakan masa yang lama, si suami enggan datang ke Mahkamah Syariah bagi penyelesaian kes, dan tidak kurang pula harassment, dengan izin, yang dilakukan oleh bekas-bekas suami. Justeru itu, program khusus yang dicadangkan oleh kerajaan memberi peluang mereka mendapatkan kediaman selesa dan memiliki rumah kos rendah adalah tepat. Cuma, saya tidak setuju sekiranya mereka tinggal dalam kelompok mereka sahaja, kerana ini akan menimbulkan banyak implikasi kepada masyarakat dan anak-anak ibu tunggal.

Saya bersetuju dengan Yang Berhormat bagi Sepang. Mungkin nanti masyarakat akan mengejek-ngejek mereka itu dan mungkin ramai pula yang takut pergi ke tempat itu. Nanti takut pula dituduh berbagai-bagai. Pada pendapat saya, adalah lebih baik jika mereka ini diberikan kuota mendapat rumah kos rendah di mana-mana sahaja rancangan perumahan rakyat supaya anak-anak mereka dapat membesar dalam suasana kehidupan berkeluarga yang normal. Semua kemudahan juga boleh diberi di mana-mana perumahan rakyat seperti taska, pusat tuisyen, perpustakaan, tadika dan lain-lain. Keluarga biasa pun perlukan kemudahan-kemudahan seperti ini.

Dalam kawasan saya, terdapat satu pertubuhan ibu tunggal yang berdaftar dengan ahlinya hampir 400 orang. Ibu tunggal, mereka sentiasa berinteraksi dengan saya, dan sentiasa datang ke pejabat Ahli Parlimen dan saya mendapati majoriti mereka ini perlukan mata pencarian, perumahan dan bantuan persekolahan untuk anak-anak juga.

Selain dari membolehkan mereka memiliki rumah saya berpendapat memberi mereka latihan berbagai kemahiran amat penting supaya kemahiran yang diperolehi boleh menjadi asas mereka berniaga, membuka restoran dan gerai makan, gerai minuman, gerai menjual cenderamata, kedai kek, kedai jahit dan lain-lain lagi. Pertubuhan-pertubuhan usahawan wanita seperti Usahanita, Wawasanita, Peniagawati boleh dipertanggungjawabkan melatih mereka dan ada juga ibu tunggal yang memang telah berjaya dalam profesion dan sebagai usahawan. Mereka juga boleh membimbing rakan-rakan mereka supaya berjaya.

Kempen utamakan keluarga 'Semakin Hari Semakin Sayang', Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah melancarkan kempen ini pada 31 Julai 2002 dalam bahasa Inggerisnya kempen ini bertajuk 'family first bring your heart home', sebelum ini kerajaan belum pernah sebegini serius dalam penyelesaian isu dan masalah keluarga. Walaupun sejak tahun 1990, kerajaan mengiktiraf satu hari sebagai hari keluarga dan menggalakkan semua pihak menganjurkan aktiviti dan menyambutnya dengan penuh makna.

Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga wujud satu agensi iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang objektif utamanya ialah melahirkan penduduk berkualiti dan keluarga sejahtera. Dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka kempen utamakan keluarga 'Semakin Hari

DR.3.10.2002 63

Semakin Sayang' dizahirkan kerana kita berpendapat sebuah keluarga yang sejahtera bermula dengan K.A.S.I.H yang membawa maksud kukuh, akrab, sihat, ilmu dan harmoni. Hanya dengan suasana kasih inilah seorang anak dapat membesar dengan didikan dan bimbingan yang penuh kasih sayang. Sihat rohani dan jasmani, berhubung akrab dengan ahli-ahli keluarga dan masyarakat setempat dalam suasana harmoni serta dengan itu lahirlah penduduk berkualiti. Di bawah kempen utamakan keluarga kita perlu mengamalkan 10 prinsip…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sila gulunglah..

Datin Paduka Seri Hajah Zaleha binti Ismail: Sedikitlah Tuan Yang di-Pertua, iaitu 10 prinsip kasih sayang, ceria bersama keluarga, komunikasi efektik, nilai kekeluargaan, keibubapaan cemerlang, imbangi kerja dan keluarga, keselamatan dan kesihatan, ekonomi keluarga, pendidikan dan kemahiran dan dasar mesra keluarga. Oleh kerana masa tidak cukup Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih dan mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Setiu.

4.32 ptg.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak [Setiu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertamanya saya hendak ucapkan terima kasih kerana diberi peluang pada saya untuk turut sama berucap di dalam Belanjawan 2003 ini.

Sudah menjadi kelaziman bagi Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan membentang Belanjawan kerajaan bagi tahun berikutnya pada setiap hari Jumaat di dalam bulan Oktober. Pada tahun ini Belanjawan bagi tahun 2003 ini diumumkan lebih awal, Belanjawan 2003 juga akan mengandungi pembangunan bagi tahun 2004, inilah kali pertama belanjawan meletakkan peruntukan ini dua tahun berturut-turut. Menurut Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Menteri Kewangan, yang akan berhenti sebagai Perdana Menteri pada bulan Oktober 2003, ini bererti Belanjawan 2004 yang diumumkannya akan mempengaruhi perbelanjaan bagi tahun 2005. Dengan demikian masa depan belanjawan dan tanah air akan ditentukan oleh Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad bagi dua tahun setelah beliau berhenti pada Oktober 2003.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Dewan berhubung dengan kebiadaban Amerika yang telah memuncak dengan mengumumkan bahawa Presiden Bush telah bersetuju untuk menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel. Isu ini bukan sahaja melibatkan soal isu yang melibatkan soal Palestin ataupun negara Arab semata-mata, tetapi ialah merupakan satu isu yang menyentuh seluruh hati nurani umat Islam. Ini kerana Baitulmuqaddis seperti mana yang kita ketahui, yang disebut dalam al-Quran dalam ayat yang biasa dibaca, izinkan saya membacakan ayatnya [sambil membaca sepotong ayat al-Quran] Maha suci Allah yang telah menjalankan hambanya daripada Baitulharam di Mekah, ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis yang di kelilingnya merupakan kawasan yang diberkati oleh Allah SWT. Jadi isunya ialah isu yang menuntut kepada seluruh kita umat Islam supaya kita sensitif dan bangkit kerana isu ini isu yang menyentuh hati nurani umat Islam sendiri dan kita menyeru supaya pihak kerajaan mengambil inisiatif melalui OIC dan seumpamanya bagi memastikan bahawa kekuatan dan penyatuan umat Islam sedunia dapat memberi tekanan kepada kebiadaban Amerika ini.

Yang keduanya saya ingin menyentuh berhubung dengan satu isu yang tidak disebut di dalam bajet yang telah dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan iaitu berhubung dengan pembangunan khazanah negara terutamanya pembangunan bekalan air yang mapan.

Tuan Yang di-Pertua, air merupakan punca peperangan masa depan dunia mengalami dahaga air yang global akibat daripada global warming dengan izin. Menurut Kofi Annan Setiausaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan isu air ini, beliau menyatakan air merupakan the sea of violence complete dan kita melihat bahawa campur tangan yang dibuat oleh Amerika Syarikat ke negara Timur Tengah termasuklah dalam isu yang terbarunya ialah apabila Amerika Syarikat campur tangan dalam soal isu air di antara Israel dan Labenon yang melibatkan punca air di Sungai Wazami di Labenon. Dan kita melihat bahawa akibat daripada itu bahawa Amerika terpaksa campur tangan supaya Lebanon tidak menyekat bekalan air ke Israel dan Israel juga telah mencari jalan iaitu untuk mendapatkan bekalan air alternatif juga

64 DR.3.10.2002

daripada Turkey. Dan kita melihat dalam kes perang Iraq dan Kuwait di mana negara-negara Arab terutamanya Saudi Arabia telah mencari pelbagai sumber air bagi mendapat bekalan air baru selain selama ini yang mereka perolehi dari Iraq iaitu termasuklah menarik bongkah air ataupun glasier daripada Kutub Utara dan mendapat sumber bekalan air termasuk dari Malaysia sendiri. Dan kini kita melihat bahawa pantai barat Semenanjung mengalami kekurangan air dan kajian telah dibuat oleh Institut Kajian Sumber Air Negara (NWRS) negeri-negeri seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor tidak mampu untuk memberi bekalan air masa depan.

Keperluan air pada tahun 2000 hingga 2050 untuk Selangor, Johor dan negeri-negeri di Pantai Barat akan meningkat lebih daripada 300%. Maka sekarang adalah merupakan masa terbaik untuk kita bertegas kembali kepada sumber utama negara ini terutamanya dalam bekalan air kita dengan Singapura, perjanjian yang dijangka tamat pada tahun 2011 dengan harga 3 sen per 1000 gelen dan selepas dibuat rawatan, dijual balik ke Johor dengan harga 50 sen, perlu kita kaji kembali kerana Singapura bertegas untuk mengajak kita melihat perjanjian yang dibuat pada tahun 1927 jauh sebelum tarikh kemerdekaan dan jauh daripada realiti sebenarnya keperluan air dunia pada ketika ini.

Kita perlu tegas bahawa selepas daripada ini tidak ada lagi kita menjual air dalam bentuk raw water ataupun air mentah tetapi hendaklah air yang telah di proses ataupun dirawat. Tetapi kini di tengah-tengah Singapura ingin mendapat simpati dunia dengan ditonjolkan isu new water ataupun air kumbahan yang telah diproses sedang- kan dalam masa yang sama kita mendapat tahu bahawa Singapura sedang membina kilang penapisan air secara menggunakan teknologi 'membrine' yang terkini untuk industri semi productor dan wafer dan air ini akan dibawa balik ke Singapura dan akan dijual pula ke Semenanjung kerana proses 'membrine' ini akan memberi kualiti air untuk industri yang begitu tinggi.

Tuan Yang di-Pertua, kita mencadangkan supaya pihak kerajaan mengkaji balik pengurusan sumber air yang mapan dan dengan mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar dan kita perlu mengkaji balik pembangunan supaya pembangunan dan pembukaan hutan kita dapat terkawal kerana berdasarkan kepada remote sensing kita dapati bahawa sejak 1993 , 1998 lebih daripada 2,500 hektar hutan kawasan tadahan air terutama di kawasan Selangor telah berkurangan..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh gulunglah.

Tuan Haji Che Ghani bin Che Ambak: Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyebut isu Perwaja, isu yang begitu penting yang melibatkan kerugian lebih daripada RM10 bilion yang laporan penyelewengan telah dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 21 Julai 1999 dan mengikut Perdana Menteri bahawa Kerajaan Switzerland telah bersetuju untuk memberi kerjasama tetapi sehingga hari ini kita dapati bahawa isu tersebut diam begitu sahaja sedangkan kes-kes yang dianggap remeh berhubung dengan isu samseng, barua, segera dibawa ke mahkamah sedangkan isu yang melibatkan duit rakyat puluhan bilion dipendamkan begitu sahaja.

Dan akhirnya untuk kawasan saya iaitu kawasan Setiu saya memohon supaya pihak kerajaan mengkaji balik dan menyegerakan balik pembinaan kawasan-kawasan yang seperti mana sahabat saya Yang Berhormat bagi Bukit Mas tadi iaitu kita bercakap soal ICT tetapi sebahagian daripada kawasan pedalaman kita masih lagi ketinggalan daripada bekalan elektrik, air dan sebagainya dan terdapat juga pelajar-pelajar miskin kita yang dinafikan hak mereka semata-mata kerana ibu bapa mereka berlainan parti dengan parti pemerintah dan kedudukan kami sebagai Wakil Rakyat kadang-kadang tidak diterima sebagai orang yang layak untuk membuat recommendation untuk membuat sokongan kepada permohonan oleh anak-anak yang miskin di kawasan ataupun di tempat kami. Jadi, kami pohon supaya diskriminasi seumpama ini segera dibatalkan oleh kerajaan yang sentiasa memperjuangkan demokrasi. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat bagi Serdang.

DR.3.10.2002 65

4.41 ptg.

Dato’ Yap Pian Hon [Serdang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana saya dapat peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang perbekalan tahun 2003.

Tuan Yang di-Pertua, pelbagai pihak memberi pelbagai reaksi terhadap Bajet 2003 yang telah dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Ada yang menganggap bahawa bajet ini sebagai bajet mesra rakyat dan prihatin dan ada yang menganggapkan ia merupakan bajet pilihan raya kerana tiada kenaikan cukai atau cukai baru. Walaupun istilah yang disuarakan bagi menganalisakan bajet tahun 2003 itu yang pasti pihak kerajaan tetap mengambil kira golongan berpendapatan rendah dan komitmen kerajaan terhadap peningkatan kecemerlangan pendidikan negara kita pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2003 kali ini memperlihatkan sebanyak 27% peruntukan yang telah diperuntukkan yang merupakan yang paling tinggi bagi mencapai kecemerlangan pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan dan Kementerian Pendidikan pernah meng- umumkan beberapa dasar, konsep dan peraturan atau pelan induk pembangunan pendidikan sepanjang masa ini untuk menyesuaikan keadaan semasa untuk mengubah sistem pendidikan pada masa akan datang. Tetapi peraturan-peraturan seperti;

(i) pelan pembangunan pendidikan negara

(ii) konsep sekolah bestari;

(iii) konsep sekolah wawasan

(iv) kolej komuniti

(v) sekolah satu sesi

(vi) konsep sekolah berasrama penuh integrasi (SPTPT); dan

(vii) prasekolah yang akan diwujudkan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, dasar-dasar atau konsep yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang masa ini tetapi tidak memberi maklumat lengkap dan koordinasi yang menyebabkan rasa kekeliruan yang berlaku di kalangan masyarakat tempatan. Saya juga sebagai Wakil Rakyat tidak menerima laporan-laporan atau kertas kerja yang berkaitan dengan konsep-konsep yang diumumkan itu supaya dapat mengkaji atau memaklumkan masyarakat tempatan cara mana dasar atau peraturan itu akan dilaksanakan oleh kerajaan demi kepentingan pendidikan yang akan datang. Oleh yang demikian kerana tidak ada maklumat-maklumat yang lengkap melalui risalah-risalah atau kertas kerja ini maka ini menjadikan satu kekeliruan atau satu ulasan daripada lapisan masyarakat yang menghadapi masalahnya.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara yang penting ini kerana kalau dasar-dasar, konsep-konsep atau pelan pembangunan pendidikan yang begitu penting untuk negara kita tanpa merujuk kepada Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional daripada dulu untuk memahami kedudukan sebenarnya, maka masalah kekeliruan atau salah faham, salah anggapan mungkin berlaku di kalangan masyarakat tempatan dan mungkin menjadikan satu isu yang akan dibahaskan di kalangan rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya bangkitkan perkara ini kerana saya harap pihak Kementerian Pendidikan bolehlah memberi maklumat-maklumat lengkap lagi berkaitan dengan perkara demikian kerana seperti konsep sekolah satu sesi, bagaimana cara untuk melaksanakan kalau sekolah-sekolah itu penuh sesak pada masa kini terutama sekali sekolah Cina dan sekolah Tamil yang begitu penuh sesak dengan murid-murid yang tidak dapat menampung lagi murid-murid. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Caranya menjadikan sistem satu sesi di sekolah tersebut. Macam mana untuk mengatasi atau dilaksanakan. Ini sepatutnya diberi penjelasan lebih lanjut kepada masyarakat tempatan supaya mereka tidak akan dianggap salah bahawa di sebelah sahaja. Ini dasar penting kerana saya menganggap bahawa sekolah satu sesi ini akan meningkatkan prestasi pendidikan kepada anak-anak kita. Tetapi dengan adanya kelemahan yang berlaku maka kita harap dapat penjelasan bagaimana caranya untuk mengatasi sekolah-sekolah Cina dan sekolah Tamil yang penuh sesak dan juga terlibat

66 DR.3.10.2002

dengan sekolah-sekolah kebangsaan yang penuh sesak di satu-satu kawasan tertentu tidak boleh menyelesaikan konsep satu sesi itu. Ini salah satu sebabnya saya hendak mengemukakan pertanyaan dan dapat penjelasan.

Tuan Yang di-Pertua, oleh itu kalau masalah ini tidak dapat dijelaskan dan wujud lagi maka ini akan jadi satu alasan atau salah anggapan yang mungkin menjadikan satu masalah dan akan menjejaskan dasar atau peraturan yang akan yang akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan pada masa yang akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, saya hendak meminta kaji semula dasar yang diamalkan sejak dulu iaitu RM1 untuk RM1 semasa kutipan tabung untuk pembinaan bilik darjah kepada sekolah-sekolah yang digariskan sebagai bantuan modal. Sekolah-sekolah bantuan modal sedang menghadapi kewangan untuk mempercepatkan dan memper- kembangkan bilik-bilik darjah untuk menampung murid-murid yang mahu masuk men- daftar di sekolah tersebut. Dasar RM1 untuk RM1 itu memang diamalkan begitu. Saya telah bangkitkan perkara ini dalam Dewan Rakyat ini tetapi saya tidak dapat komitmen daripada pihak kerajaan semasa ekonomi negara kita pulih dasarnya akan ditimbang semula. Maka itu saya harap dengan adanya komitmen ini saya harap dapatlah mem- beri bantuan kepada sekolah-sekolah bantuan modal supaya mereka terus mengembangkan pendidikan mereka. Kalau masalah mereka masih tidak dapat di- selesaikan mungkin akan menjejaskan kecemerlangan pendidikan pada negara kita ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, Yang Berhormat boleh gulung.

Dato’ Yap Pian Hon: Tuan Yang di-Pertua, akhirnya saya juga harap pihak kementerian boleh mengkaji semula bahawa satu masalah iaitu mengistilahkan Unifica- tion Examination yang dianjurkan sekolah menengah persendirian di negara kita ini.

Walaupun sekolah-sekolah persendirian ini telah diiktirafkan di kebanyakan universiti di luar negara, mereka telah mempelawakan murid-murid mereka untuk dapat meneruskan pelajaran mereka di universiti-universiti tertentu, maka sebab itulah saya harap, kementerian boleh mengkaji semula supaya ijazah itu atau keputusan exam nasional dapat diiktirafkan supaya murid-murid dapat mencapai satu taraf murid-murid yang lain, supaya mereka tidak akan ketinggalan, tidak ada satu anggapan salah bahawa dianaktirikan mereka, sebab ini oleh kerana oleh dasar yang tidak seimbang itu.

Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Baik. Bintulu.

4.51 ptg.

Dato’ Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap sempena pembentangan Belanjawan 2003 ini.

Pertama-tamanya, saya mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang telah membentangkan belanjawan yang disifatkan sebagai belanjawan mesra rakyat, proaktif, pemurah dan prihatin.

Melalui belanjawan ini, jelas memperlihatkan keazaman kerajaan dalam konteks melahir dan mengembangkan satu masyarakat penyayang, berpendidikan, sihat, aman, makmur dan seimbang dalam era globalisasi.

Saya ingin membangkitkan satu masalah rakyat yang berlaku dalam kawasan Bintulu iaitu mengenai projek perumahan pekerja Bintulu Port Sendirian Berhad. Syarikat Bintulu Port Sendirian Berhad telah melaksanakan satu projek perumahan untuk para pekerja mereka. Projek perumahan ini berjumlah sebanyak 500 unit, daripada rumah type A yang berharga RM165,000 sebuah sehinggalah ke rumah type B berharga RM70,000 sebuah dan sebanyak 215 unit rumah telah dibeli oleh para pekerja syarikat tersebut.

Mengikut perjanjian jual beli yang dibuat harga rumah yang dibeli oleh para pekerja ini, dipunyai oleh beberapa buah institusi kewangan tempatan yang telah dilantik oleh pihak syarikat dengan dikenakan kadar faedah pinjaman sebanyak 4% sahaja, sementara faedah selebihnya dalam lingkungan 5% hingga 5.25% ditanggung oleh pihak syarikat.

DR.3.10.2002 67

Dalam perjanjian jual beli itu, juga projek perumahan tersebut yang mula dibina pada tahun 1999 akan siap sepenuhnya pada 10 September 2000. Walau bagaimanapun, menjalankan alih projek tersebut telah gagal disiapkan dan pemaju telah diberi notis untuk menyiapkan projek tersebut selewat-lewatnya pada 31 Disember 2001.

Malangnya projek tersebut gagal disiapkan. Kelewatan siapnya projek perumahan tersebut telah menimbulkan masalah kepada pembeli iaitu pekerja-pekerja dari Syarikat Bintulu Port Sendirian Berhad sendiri dan mereka telah meminta surat kepada pihak pengurusan syarikat saya sendiri bagi menyelesai dan mendapatkan penjelasan mengenai masalah ini.

Saya juga terus menghantar surat kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan tersebut, jawapan yang saya terima daripada pihak syarikat menjelaskan bahawa projek perumahan pekerja ini akan disiapkan pada bulan Jun 2002.

Walau bagaimanapun, apa yang menduakcitakan sehingga hari ini projek tersebut masih belum disiapkan. Saya dan para pembeli telah cuba berkali-kali menghubungi pihak pentadbiran syarikat bagi mendapatkan lebih jelas penjelasan mengenai masalah tersebut, namun sehingga ke hari ini langsung tidak mendapat penjelasan sebenar mengenai masalah tersebut.

Sehubungan dengan itu, kesan daripada masalah ini, pembeli iaitu kakitangan Bintulu Port Sendirian Berhad, yang rata-rata berpendapatan rendah telah menunggu- kan masalah dan bimbang yang amat berat lebih-lebih sebahagian besar pembeli sudah hampir pencen, masalah yang dihadapi oleh pembeli ini ialah mereka terpaksa membayar pinjaman perumahan tersebut kepada pihak bank dan dalam waktu yang sama, terpaksa membayar rumah sewa. Pihak pembeli juga terpaksa menjelaskan bayaran interest bank dan principal interest, kedua-dua perkara ini telah berlanjutan selama hampir tiga tahun.

Di samping itu juga, kita haruslah mengambil kira jumlah wang syarikat yang terpaksa dibelanjakan bagi faedah-faedah antara 5% hingga 5.25% dalam tempoh hampir tiga tahun. Kesan dari kelewatan projek perumahan tersebut, dengan izin, the reason behind is the developer claimed that they are sending sound never been paid by the Bintulu Port Sendirian Berhad, but according the Bintulu Port Sendirian Berhad, they already over paid to the developer.

Kenapa, Lembaga Pengarah Bintulu Port Sendirian Berhad tidak mahu mengambil serius dalam perkara ini?

Saya mahu tanya satu, mahu meminta Kementerian Kewangan, dengan izin, the majority shareholder of the Bintulu Port Sendirian Berhad is Kementerian Kewangan, saya mintalah agar pihak kementerian segera mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah ini, kerana masalah ini amat penting dalam konteks mem- babitkan kepada rakyat bahawa itu sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa menitikberatkan soal kebajikan kerajaan dan kepentingan pembeli lebih-lebih dalam konteks merealisasikan slogan Kerajaan Barisan Nasional tradisi membela rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi saya mahu mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya dalam perbahasan ini Belanjawan 2003. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Batu Gajah.

4.58 ptg.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Semasa membentangkan Bajet 2003 ini Yang Amat Berhormat telah menyatakan bahawa tiada kenaikan sebarang cukai dan seterusnya beliau berkata bahawa usaha akan dipergiatkan lagi bagi meningkatkan pematuhan pembayaran cukai atau tax compliance, dengan izin.

Bajet yang ramai kata mesra rakyat, yang ramai kata paling terbaik, yang ramai kata paling pragmatik, saya rasa bukan bermakna sedemikian dengan hanya ketiadaan kenaikan ‘gaji’. Tetapi lebih luas daripada makna itu kalau kita hendak kata satu bajet itu bajet mesra rakyat.

68 DR.3.10.2002

Ia meliputi pengembalian apa yang dihutang oleh kerajaan kepada orang ramai, sebelum pihak berkuasa melancarkan kempen seperti Ops Kutip atau melantik pihak-pihak tertentu untuk melawat rumah ke rumah seperti Indah Water, menyiarkan amaran pembayaran cukai di dalam surat khabar seperti Indah Water, mengadakan block jalan untuk tangkap orang seperti Polis Diraja, atau mengadakan cabutan hadiah oleh pejabat tanah untuk menggalakkan mereka bayar cukai tanah awam, haruslah selesaikan dahulu, bayar balik apa yang hutang kepada pembayar cukai.

Ini adalah saya merujuk kepada soalan iaitu berapakah banyak wang yang masih dihutang oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada orang ramai iaitu berapakah orang pemiutang Lembaga Hasil Dalam Negeri ini kerana terdapat ramai pengundi di kawasan saya.

Tuan Yang di-Pertua, mereka menerima surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri menyatakan bahawa terdapat kredit di dalam akaun mereka tetapi selepas salinan ini dihantar oleh lembaga, saya telah menghubungi lembaga dan pihak lembaga kata hanya perlu tulis surat panggil kami kirimkan cek, kami akan kirimkan cek.

Selepas itu saya ikut sahaja arahan, saya hantar surat bagi pihak mereka satu tahun pun belum sampai cek itu. Tidak apa! Saya seterusnya memberikan peringatan, saya faham pegawai juga sibuk, tetapi apabila hubungi mereka sekali lagi, hantar surat peringatan, mereka kata, kena ambil borang – Borang PCB 2 untuk isi dahulu. Tetapi Tuan Yang di-Pertua, kesalnya borang ini meminta mereka yang hendak minta bayar balik akaun mereka yang ada lebihan bayaran itu, kena isi berapa amaun yang dihutang bagi bulan Januari, Februari, Mac, April – 12 bulan kena kemukakan resit menunjukkan mereka ada buat bayaran berpandukan tarikh resit tersebut.

Jadi saya rasa birokrasi ini adalah tidak perlu kerana sekarang ini sudah terbukti bahawa jumlah ini adalah masih di dalam akaun, sepatutnya tidak boleh dipindahkan kepada mereka yang membayar cukai, sebab jumlah ini dicatatkan oleh lembaga, kecuali jika mereka cabar, mereka kata – dengan izin, entitle nilai yang lebih tinggi, baru kita mestikan mereka mengemukakan resit. Saya pohonlah lembaga ambil perhatian sebab perkara ini telah dibangkitkan banyak kali dalam surat khabar.

Ramai yang mengeluh berkenaan mengapa pihak lembaga lewat mengembali- kan wang, bila hendak kutip wang, cepat! Sebab kita tahu sekarang kalau lambat bayar cukai, dia akan kena penalti, kena denda, kena faedah. Jadi saya pohon satu penjelas- an dan ada yang maklumkan kepada saya kemungkinan sistem perakaunan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri itu tidak teratur mengakibatkan perkara sedemikian. Oleh itu saya pohon satu jawapan daripada lembaga.

Dan saya juga ambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar orang ramai apabila pihak lembaga gagal membayar balik jumlah ini di satu tempoh yang ditetap- kan, orang ramai ini diberi faedah ke atas jumlah tersebut, saya rasa ini baru adil, jangan satu pihak sahaja. Saya percaya ini sejajar dengan apa yang dikatakan oleh Yang Amat Berhormat bahawa perkhidmatan awam perlu memastikan dengan izin, delivery system yang cekap serta mesra pelanggan, serta berusaha mengurangkan karenah birokrasi. Saya percaya kalau kita tetapkan satu tempoh pihak Lembaga gagal pulangkan jumlah ini, penalti dikenakan, denda dikenakan ke atas pihak Lembaga, faedah diberi kepada rakyat, ini akan memastikan perkhidmatan awam berjaga-jaga di dalam urusan mereka dengan orang ramai seperti kalau terima surat, mereka akan jawab surat, tentulah pihak atasan seperti Menteri, Timbalan Menteri serta Setiausaha Parlimen terutamanya daripada Kementerian Pendidikan haruslah menjadi teladan dalam perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya beralih kepada peruntukan kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga sebanyak RM99.1 juta akan diberi kepada kementerian ini. Nilai ini adalah satu nilai yang besar, saya mengalu-alukan kerana peningkatan jumlah peruntukan kepada kementerian ini. Saya juga ingin menarik perhatian kepada kata-kata bahawa Kerajaan Barisan Nasional menghargai peranan wanita dan mengatakan bahawa wanita sebagai tunggak pembangunan keluarga, oleh itu program utamakan keluarga ‘Semakin Hari Semakin Sayang’ akan dilancarkan.

Apakah makna nilai angka yang besar ini kepada mereka yang berkahwin dengan lelaki asing? Program utamakan keluarga ini bagaimana boleh berjaya jika diskriminasi masih wujud di antara suami asing dan juga isteri asing ini, ataupun

DR.3.10.2002 69

bagaimanakah program ini boleh berjaya jika isteri asing dan anak-anaknya yang telah tinggal di sini lebih 10 tahun masih belum diberi status penduduk tetap. Saya ingin merujuk kepada perkara di mana isteri atau suami asing yang sampai sekarang masih tidak mendapat status penduduk tetap di negara ini.

Menteri ada dilaporkan menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak ingin kehilangan wanita yang berpendidikan, yang profesional, yang berkahwin dengan lelaki asing. Oleh itu, kementerian telah mencadangkan agar visa automatik atau permit kerja secara automatik diberi kepada suami asingnya jika mereka kembali ke negara ini. Ini juga dikatakan semasa membentangkan Belanjawan Tahun 2001. Pada masa yang sama juga ada dilaporkan bahawa harapan status penduduk tetap akan diper- timbangkan untuk diberi kepada suami asing.

Saya ingin tahu sejauh mana kementerian berjaya menarik balik wanita yang bersuami asing ini dan berapa permohonan yang telah diluluskan? Tuan Yang di-Pertua, baru tadi saya hubungi Jabatan Imigresen mereka maklumkan, saya tanya prosedur untuk boleh menetap di sini bagi isteri asing, mereka kata boleh, you datang ambil borang. Selepas itu saya kata berapa lama untuk proses, mereka kata cepat sahaja, untuk proses permohonan hanya 2 minggu sahaja. Selepas itu dia kata, "tetapi untuk lulus tunggulah", tunggu 20 tahun. Inilah masalahnya Tuan Yang di-Pertua, cakap sedap dengar, tetapi mengapakah polisi ini tidak dilaksanakan?

Saya ingin merujuk kepada satu surat yang dilaporkan di dalam surat khabar New Strait Times….dengan izin, berapa lama lagi? [Bertanyakan Tuan Yang di-Pertua].

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat ada satu minit lagi.

Puan Fong Po Kuan: New Strait Times bertarikh 29 Ogos, di mana orang ini seorang wanita Malaysia bersuamikan orang asing, ini isu berkenaan suami asing. Dia kata suami dia dan dia telah tinggal di Amerika selepas itu bercadang untuk pulang. Sebelum pulang telah dapatkan maklumat untuk membuat permohonan permit kerja, diberitahu senang sahaja, cari kerja dahulu selepas itu permit kerja akan diberi. Mereka ini profesional. Selepas mereka kembali ke sini, permohonan permit kerja walaupun mereka profesional, telah ditolak.

Saya ingin bacakan ungkapan kenyataan ini yang telah ditulis oleh beliau dengan izin –

“Is it the intention of the government to break up happily married couples?

Are they content with the fact that because of the double standard……., we have to be separated?

The government is always saying that they are calling professional Malaysian citizen to return home and live (to contribute the country's growth and prosperity), but if they continue to make it extremely difficult for Malaysian women to marry foreigners then what would be the reason for us women who want to come back?"

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Jangan bacalah, masa sudah cukup.

Puan Fong Po Kuan: Ini sangat penting sebab kata alu-alukan mereka balik …

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Tidak ada banyak masa.

Puan Fong Po Kuan: ….bagi banyak insentif tetapi tidak dilaksanakan. Saya pohon satu jawapan kerana ini juga tidak sejajar dengan Perkara 8(2). Jadi saya ingin juga pohon jawapan berkenaan dengan isteri asing yang telah menetap di sini lebih 10 tahun, mengapakah permohonan permit masuk masih begitu susah untuk mereka perolehi?

Jadi akhir sekali kalau izin, saya gulung berkenaan…..

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Masa sudah cukup, tetapi oleh kerana Yang Berhormat wanita satu minit kasilah, bolehlah.

Beberapa Ahli: [Ketawa]

70 DR.3.10.2002

Puan Fong Po Kuan: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Berkenaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, ini adalah suara-suara kaum India, masyarakat India berkenaan dasar kerajaan menggunakan bahasa Inggeris untuk mengajar Matematik dan Sains. Mereka ingin menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan kerajaan terutamanya MIC kerana pada pendapat mereka keputusan itu telah dibuat tanpa mendengar suara mereka atau keluhan mereka. Pada pendapat mereka, pelaksanaan ini telah diambil tanpa meminta pandangan mereka.

Pada pendapat mereka, ia hanya dijalankan di peringkat rendah kerana ini suara-suara daripada saudara K.M. Kalamany – Ahli Jawatankuasa Yayasan Pendidikan dan Pembangunan Bahasa Tamil.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukuplah.

Puan Fong Po Kuan: Oleh kerana masa tidak mengizinkan, saya berhenti di sini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Bentong.

5.10 ptg.

Tuan Liow Tiong Lai [Bentong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Bagi pihak penduduk-penduduk Bentong saya ucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan kerana telah membentangkan satu bajet yang cukup baik untuk membela nasib rakyat. Saya mengalu-alukan strategi bajet kali ini untuk meningkatkan ekonomi dalam negeri untuk terus meningkatkan ekonomi dan KDNK negara.

Dalam hubungan ini selain dari insentif cukai penstrukturan semula sektor kewangan dan korporat anjakan paradigma kakitangan awam, pengusaha-pengusaha EKS dan juga rakyat jelata adalah penting. Yang pertama Tuan Yang di-Pertua, anjakan paradigma bagi kakitangan awam untuk menjadi perkhidmatan awam yang berwawasan dan produktif. Sebagai tulang belakang kerajaan dalam melaksanakan polisi-polisi kerajaan, bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi negara, perkhidmatan awam perlu mempunyai dan memahami konsep persyarikatan Malaysia dengan sedalam-dalamnya, lebih-lebih lagi dalam melaksanakan dan menjayakan bajet kali ini. Dalam era globalisasi konsep persyarikatan Malaysia ini memainkan peranan yang lebih penting untuk meningkatkan daya saing kita di arena antarabangsa.

Kerjasama sektor awam dan sektor swasta perlu terus dipertingkatkan. Masalah birokrasi perlu dikurangkan, peraturan-peraturan serta undang-undang yang melibatkan kerajaan pusat, kerajaan negeri dan pihak tempatan perlu dikaji semula dan undang-undang yang ketinggalan perlu dipinda. Proses liberalisasi dan diregulasasi secara berperingkat-peringkat perlu dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan kerajaan yang bersifat mesra perniagaan, mesra pengguna dan berorientasikan pasaran, usaha mengurangkan kerenah birokrasi dan proses diregulasasi perlu diteruskan. Dalam hubungan ini saya mencadangkan:

(i) taklimat konsep persyarikatan perlu diteruskan dan diper- hebatkan, yang paling penting di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan tempatan, kerana kita dapati konsep per- syarikatan Malaysia agak berjaya dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan tetapi ia kurang berjaya di peringkat kerajaan negeri dan tempatan. Contohnya memohon lesen pemaju kita agak senang untuk mendapatkan kelulusan tetapi hendak mendapatkan kelulusan untuk memajukan tanah di negeri dan juga kerajaan tempatan untuk men- dapatkan CF agak mengambil masa yang lebih lama. Oleh itu satu tempoh masa perlu ditetapkan bagi setiap per- mohonan agar kita dapat mewujudkan satu situasi yang lebih telus.

(ii) Meningkatkan usaha memerangi rasuah di semua peringkat. Rasuah adalah satu gejala yang jijik yang perlu dimusnah- kan sama sekali. Oleh itu, kuasa autonomi perlu diberi kepada Badan Pencegah Rasuah dan membolehkan

DR.3.10.2002 71

mereka mempunyai kuasa pendakwa tersendiri tanpa bergantung kepada Jabatan Peguam Negara;

(iii) Peraturan-peraturan pengambilan untuk pegawai kerajaan di semua peringkat perlu dikaji semula. Kerajaan perlu mengambil pegawai-pegawai yang berkaliber dan cemerlang. Memang selama ini the ‘creed’ of the rakyat memang bekerja dengan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan pelaksanaan polisi kerajaan.

Penambahan kakitangan perkhidmatan awam harus mengambil kira unsur-unsur kepelbagaian etnik negara dan komposisi perkhidmatan awam patut mencermin- kan masyarakat yang berbilang bangsa. Kerajaan telah pun mengumumkan bahawa akan mengambil pegawai-pegawai daripada berbilang kaum dan meningkatkan bilangannya.

Oleh itu, saya ingin mendapatkan data-data yang lebih terperinci, apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh JPA untuk menarik lebih ramai pemuda pemudi bukan bumiputera untuk menyertai sektor awam dan apakah masalah yang dihadapi. Adakah kerajaan bersedia memberi lebih banyak biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang bukan bumiputera dan kemudian memastikan mereka berkhidmat di sektor awam. Saya rasa ini adalah satu langkah yang perlu dijalankan untuk menarik lebih ramai kakitangan awam daripada kaum bukan bumiputera.

Tuan Yang di-Pertua, dalam era globalisasi ini, kita bukan lagi bersaing di antara kaum. Kita perlu bersaing di arena antarabangsa, oleh itu konsep dan idea kerjasama antara berbilang kaum bukan sahaja diperkenalkan dalam perniagaan malah juga perlu diperkenalkan di dalam perkhidmatan awam. Anak-anak syarikat kerajaan dan badan-badan berkanun.

Kerjasama ini bukan sahaja memberi kekuatan yang lebih kepada kita untuk menghadapi cabaran dunia bahkan dia dapat memantapkan lagi sektor-sektor awam kita. Ahli-ahli lembaga pengarah badan-badan berkanun yang terdiri dari berbilang kaum tentu akan dapat memperkuatkan lagi sektor ini.

Satu lagi ialah kalau kita dapat lihat dari segi kontrak-kontrak kerajaan sekira- nya boleh, kita juga boleh membenarkan penyertaan pelbagai kaum agar semua tender-tender dapat disertai oleh semua kaum di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada anjakan paradigma pihak perkhidmatan awam kita anjakan paradigma bagi pengusaha-pengusaha EKS amat penting. Memandangkan Bajet 2003 ini telah menggariskan strategi-strategi, sektor swasta sebagai engine of growth, sektor swasta terutama IKS perlu mengatur strategi perlu meningkatkan produktiviti pekerja dan mengamalkan good corporate governance.

Satu perkara yang kita amat kesal ialah kerana sikap IKS ini yang tidak mengambil berat tentang latihan semula sumber manusianya amat ketara. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan latihan semula pekerja-pekerja SMI. Bekalan tenaga kerja secukupnya terlatih, yang dapat, adalah merupakan asas memastikan pertumbuhan ekonomi negara.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk meningkat- kan kualiti tenaga mahir iaitu sejumlah RM1.62 bilion disediakan kepada Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Usahawan. Di bawah Kementerian Sumber Manusia sebanyak RM621 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek ILP.

Saya ingin menarik perhatian Kementerian Sumber Manusia bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kelapan ILP telah diluluskan di Bentong tetapi malangnya sehingga hari ini, masih tidak menerima apa-apa jawapan berhubung dengan pembina- an ILP tersebut walaupun tapak telah disediakan. Saya merayu kepada kerajaan agar ILP di Bentong ini dapat disegerakan.

Memandangkan kerajaan telah memberikan bajet dan perhatian yang berat kepada latihan kemahiran dan ia menjadi semakin penting, saya ingin mencadangkan kerajaan mengkaji semula untuk mewujudkan satu kementerian baru untuk menye- lenggarakan latihan-latihan kemahiran selari dengan Kementerian Pendidikan.

72 DR.3.10.2002

Kita memang mempunyai satu sistem pendidikan dichotomy iaitu satu berhubung dengan sistem pendidikan akademik dan satu lagi sistem pendidikan vokasional. Sekiranya kementerian baru ini dapat diwujudkan maka tidak perlulah tiga kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan juga Kementerian Pembangunan Usahawan masing-masing menjaga, melaksanakan polisi latihan kemahiran ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhirnya usaha untuk membina sebuah negara yang berdaya tahan, bergantung kepada tenaga sumber manusia yang bersikap positif dan beretika tinggi. Nilai-nilai positif ini boleh disemai dan dipupuk melalui ajaran-ajaran agama, budaya dan tradisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Apabila negara semakin maju, dunia memasuki era tanpa sempadan, pen- dedahan belia kepada unsur-unsur negatif senang dan melunturkan jati diri belia kita. Oleh itu kita semua sedia maklum unit keluarga, institusi keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik belia untuk mempunyai nilai-nilai yang baik.

Kita mempunyai harapan yang tinggi Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk mengukuhkan institusi keluarga kita di samping itu badan-badan NGO juga digalakkan untuk menanam nilai positif dalam masyarakat majmuk negara ini. Walau pun kita ada satu Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga untuk membangunkan institusi keluarga kita yang lebih bahagia dan kukuh kita tidak boleh bergantung kepada satu kementerian sahaja. Kerajaan perlu mewujudkan pelan induk pembangunan keluarga dan akhlak belia yang lebih comprehensive termasuk menyediakan kawasan perumahan dan tapak permainan kanak-kanak yang lebih luas, program-program belia dalam pendidikan dan ini semua di luar bidang kuasa Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Oleh itu, pelan ini perlu dilaksanakan secara perkongsian bijak atas konsep pembangunan antara agensi.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]:Yang Berhormat, Yang Berhormat, masa........

Tuan Liow Tiong Lai: Saya menggulung Tuan Yang di-Pertua. Oleh itu saya berharap masalah sosial yang semakin ketara ini perlu ditangani dengan segera. Saya dapati ramai belia kita sekarang di bangku sekolah lagi sudah suka bekerja. Tidak minat belajar dan kebanyakan ada didapati belia dalam Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 keluar bekerja dan saya berharap kementerian yang berkaitan (Kementerian Sumber Manusia) dapat mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan yang menggaji pelajar-pelajar, iaitu di bawah umur untuk bekerja di tempat masing-masing.

Dengan itu, kita juga perlu menanamkan minat belajar di kalangan belia dan juga memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya mempunyai budaya belajar sepanjang hayat. Memandangkan masa tidak mengizinkan, saya ucapkan terima kasih dan menyokong bajet ini.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ada tiga Ahli Yang Berhormat yang ingin berucap bolehkah seorang lapan minit? Seorang lapan minit. Lapan minit. Ya, Jelutong sila.

5.22 ptg.

Tuan Lee Kah Choon [Jelutong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk membahaskan Bajet 2003 ini. Tuan Yang di-Pertua, suasana ekonomi antarabangsa telah berubah. AFTA dan WTO akan dilaksanakan beberapa bulan lagi.

Negara China, Thailand, Vietnam dan lain-lain negara di rantau ini telah muncul sebagai destinasi terpilih pelaburan asing yang bersaing dengan negara kita. Untuk mempertahankan kemajuan ekonomi yang telah kita capai sejak kemerdekaan, kita tidak ada pilihan lain melainkan mempertingkatkan produktiviti, kecekapan dan daya saing kita.

Untuk mencapai matlamat ini, kita kena memastikan sistem pendidikan kita menghasilkan tenaga kerja in the right quantity with the right quality, dengan izin. Sementara saya mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM26 bilion, kepada Kementerian Pendidikan untuk mendidik generasi muda kita, saya khuatir kecekapan amaun yang besar ini dibelanjakan dengan efektif dan saksama.

DR.3.10.2002 73

Di antara kekhuatiran saya adalah seperti berikut. Pertama adalah berkaitan dengan perbezaan peruntukan kementerian kepada sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. Mengikut statistik yang diperolehi, peruntukan pembangunan atau development fund untuk sekolah kebangsaan adalah 96%, manakala peruntukan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan (Cina) adalah 2.4% dan untuk sekolah rendah jenis kebangsaan (Tamil) hanyalah 1%.

Saya ambil satu case study dari kawasan saya, Sekolah Menengah Convent Green Lane, Jelutong adalah sebuah sekolah missionary apabila dia diwujudkan. Sekarang Pengetuanya adalah seorang Melayu dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah seorang India. Murid-murid sekolah ini terdiri daripada 40% Melayu, 43% Cina dan 17% India,

Dari segi integrasi kaum dan perpaduan negara, komposisi pelajar-pelajar sekolah ini amatlah menggalakkan sekali. Tetapi malangnya kerana tanah sekolah dipunyai oleh Lembaga Pengarah, sekolah ini diletakkan di bawah kategori sekolah jenis kebangsaan. Akibatnya, peralatan pendidikan asas seperti papan hitam dan kerusi meja adalah usang. Bilik gurunya yang tidak berhawa dingin penuh sesak dengan tiga orang guru berkongsi satu meja berukuran empat kaki ganda dua kaki.

Saya yakin case study yang saya kemukakan tadi bukan satu contoh yang acceptional kerana baru-baru ini Yang Berhormat bagi Bagan Datok dan lain-lain Yang Berhormat juga menyuarakan keadaan seumpama ini di kawasan mereka.

Tuan Yang di-Pertua, jikalau kita betul-betul serius tentang integrasi kaum di sekolah categorization sekolah-sekolah kita di bawah sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan adalah satu halangan yang besar untuk mencapai visi bangsa Malaysia.

Saya berharap sementara kita mencari alternatif-alternatif lain untuk mencapai integrasi kaum, rintangan utama untuk integrasi kaum di bawah sistem sekolah jenis kebangsaan ini haruslah dibatalkan dengan serta-merta. Kedua, adalah berkaitan dengan pengurusan buku teks. Tuan Yang di-Pertua, dasar kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks negara kita mempunyai satu perbezaan yang sangat ketara. Perbezaan ini adalah berkaitan dengan syarat yang melayakkan murid-murid di sekolah kebangsaan yang ibu bapa mereka berpendapatan RM1,500 sebulan ke bawah untuk menerima pinjaman buku teks. Manakala pendapatan ibu bapa untuk murid-murid di sekolah jenis kebangsaan hanya layak menerima pinjaman buku teks jikalau pendapatan mereka adalah kurang daripada RM700 sebulan.

Memandangkan pendapatan perkapita negara kita adalah RM1,250 sebulan, ini bermakna sebahagian besar murid-murid di sekolah jenis kebangsaan adalah tidak layak untuk menyertai buku teks kerana pendapatan ibu bapa mereka adalah lebih daripada RM700 sebulan.

Sementara SPBT, kini sistem pinjaman buku teks ini bukan sahaja tidak adil tetapi ia juga menggalakkan ibu bapa berbohong untuk melaporkan pendapatan yang lebih rendah dari yang sebenarnya. Akibatnya ibu bapa yang tidak dapat menipu seperti kakitangan-kakitangan kerajaan yang menerima gaji tetap terpaksa dikecualikan jikalau mereka menerima lebih daripada RM700 sebulan.

Ini bermakna beribu-ribu anak-anak kakitangan kerajaan yang menerima gaji di antara RM700 hingga RM1,500 sebulan, yang merupakan golongan yang paling memerlukan bantuan buku teks terpaksa dikecualikan. Kesalahan mereka kerana anak-anak mereka menuntut di sekolah jenis kebangsaan seperti Sekolah Convent Green Lane yang saya katakan tadi.

Dalam perkara yang ketiga, yang saya hendak bangkitkan adalah berkaitan dengan perancangan tenaga kerja di Kementerian Pendidikan yang mempunyai miss match yang sangat ketara. Mengikut statistik yang sedia ada, negara kita pada masa ini berkurangan 4,000 orang guru Bahasa Inggeris, 4,000 orang guru Matematik dan 390 orang guru Sains di sekolah-sekolah rendah.

Dengan kekurangan guru-guru Bahasa Inggeris yang begitu ketara untuk mempertingkatkan mutu atau standard Bahasa Inggeris di sekolah rendah sudah menjadi satu herculean khas apatah lagi jikalau kita hendak mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dalam masa kurang daripada tiga bulan dari sekarang.

74 DR.3.10.2002

Polisi-polisi pendidikan yang berubah-ubah dan tidak terancang seperti inilah yang akan mengeluarkan tenaga kerja negara kita yang tidak masak atau setengah masak yang akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, dari polisi pendidikan yang berubah-ubah dari KBSR kepada UPSR, ke Sekolah Wawasan ke Smart School kepada isu bahasa Inggeris dan banyak lagi. Masalah pendidikan negara kita adalah terlalu banyak untuk dikira satu persatu.

Kita tidak melampau jikalau kita mengatakan bahawa Kementerian Pendidikan adalah satu dinosaur yang sakit tenat. Ubatnya bukanlah dengan mencurahkan lebih banyak vitamin untuknya. Jawapannya adalah untuk menubuhkan satu pasukan pakar untuk mengkaji apa masalahnya dan bagaimana ia dapat dipulihkan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Lee Kah Choon: Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya mencadangkan supaya kerajaan menubuhkan satu multi disiplin, multi ministries, royal commission on education untuk memastikan kita mengeluarkan the right quantity with the right quality tenaga kerja untuk meneruskan kejayaan dan kemakmuran negara kita. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Peringat dan lepas itu Yang Berhormat bagi Pasir Mas.

5.28 ptg.

Tuan Muhamad bin Mustafa [Peringat]: Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh dan salam sejahtera

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan 2003 ini. Saya bangun untuk turut serta membahaskan belanjawan ini bagi pihak rakyat di kawasan Parlimen Peringat yang mewakili saya ke Dewan yang mulia ini.

Tuan Yang di-Pertua, kemuncak perbahasan Belanjawan 2003 ini ialah berjaya ataupun gagal belanjawan ini dalam pelaksanaannya. Itulah soalan kemuncak- nya. Ukuran untuk menilai baik buruk, berjaya atau gagalnya sesuatu belanjawan tidak cukup dengan apa yang dicatat atau yang diungkapkan di Dewan yang mulia ini. Ianya adalah sangat bergantung kepada sejauh mana belanjawan ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan sampai kepada sasarannya yang sebenar.

Rakyat memang mempunyai harapan yang tinggi kepada belanjawan-belanjawan negara yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini, tetapi malangnya tidak semua rakyat yang mengharap itu memperolehi hak-hak mereka dari belanjawan-belanjawan yang pernah dibentangkan di Dewan yang mulia ini akibat daripada penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, khianat, diskriminasi, hasad dengki, halangan-halangan pihak-pihak tertentu serta kelemahan-kelemahan yang lain yang berlaku. Sebagai contoh yang paling dekat ialah krisis pembahagian subsidi baja kepada rakyat di kampung. Diskriminasi Tekun, krisis PPRT, krisis pembahagian kontrak dan bantuan-bantuan kerajaan yang tertentu dan banyak lagi. Ramai golongan rakyat yang mati kelaparan di samping golongan-golongan yang tertentu yang mati kekenyangan. Banyak perpecahan dan permusuhan berlaku diakibatkan oleh gejala yang tidak sihat ini.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat selalu bertanya kenapa kerajaan masih gagal membasmi kemiskinan di seluruh negara walaupun sudah banyak wang diperuntukkan untuk tujuan itu dalam belanjawan-belanjawan yang lalu. Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena. Untuk memastikan kejayaan Belanjawan 2003 ini, beberapa syarat utama mesti dipenuhi oleh kerajaan dan semua pihak yang bertanggungjawab.

Syarat yang pertama ialah kesedaran yang mendalam terhadap Allah S.W.T yang memerhati mereka dan mencatit apa yang dilakukan dan juga kesedaran tentang balasan yang menunggu mereka di akhirat nanti di mana setiap sen harta rakyat akan disoal siasat di mahkamah Allah S.W.T. Syarat yang kedua, bersikap amanah, bertakwa dan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan belanjawan ini. Syarat yang ketiga, bertabiat adil, tidak zalim, tidak melakukan diskriminasi di antara rakyat yang berbilang kaum, berbilang agama, berbilang parti politik. Kerajaan mesti tegas dengan

DR.3.10.2002 75

dasar keadilan supaya kerajaan tidak hanya kelihatan adil tetapi benar-benar adil. Kalau tidak, rakyat akan menghukum kerajaan yang tidak adil.

Syarat yang keempat, membuang segala halangan, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, khianat, pecah amanah, gejala politik hasad dengki dan permusuhan di peringkat atasan, pertengahan dan bawahan yang berlaku selama ini dengan mengambil tindakan undang-undang yang tegas. Apa yang disuarakan oleh wakil-wakil rakyat yang dinafikan hak mereka di Dewan ini perlu didengar dan diambil tindakan segera. Syarat yang kelima, pemantauan yang berterusan dan berkesan terhadap semua projek yang melibatkan kepentingan rakyat khususnya golongan rakyat yang lemah, miskin dan rakyat teraniaya dan dinafikan haknya selama ini. Syarat yang keenam, ialah membasmi segala jenis gejala rasuah di mana ianya membawa banyak kecelakaan kepada negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, sejauh mana kerajaan mempunyai sikap dan tabiat ini aan sejauh mana kerajaan mampu memenuhi prasyarat ini. Jika prasyarat ini gagal dipenuhi atau diragui, sudah pasti rakyat dan wakil-wakilnya yang berada di Dewan ini berhak meragui kejayaan dan Belanjawan 2003 ini, ditambah pula dengan pengalaman pahit rakyat dengan kemalangan dan penyelewengan peruntukan projek dan program-program yang dialami di peringkat bawah. Bersama dengan kesempatan yang ringkas ini, suka juga saya mencadangkan beberapa perkara untuk kepentingan rakyat. Yang pertama, saya mencadangkan supaya kerajaan membuat kajian dan menimbang pandangan dan kehendak rakyat yang teramai agar mereka diberi cuti dua hari dalam seminggu iaitu hari Sabtu dan Ahad [Tepuk]

Yang kedua, saya juga mencadangkan agar kerajaan memberi kemudahan cuti selama empat bulan sepuluh hari dengan menggunakan sistem yang munasabah kepada wanita yang menjadi kakitangan kerajaan atau swasta untuk menunaikan tanggungjawab fardu-ain, beridah kerana kematian suaminya di mana wanita kematian suami ini mengikut Islam tidak boleh keluar dari perkarangan rumahnya dalam tempoh yang tertentu kecuali dengan sebab-sebab yang darurat.

Yang ketiga, saya juga mencadangkan supaya kerajaan menambahkan lagi bantuan per kapita, kemudahan asas dan komputer kepada sekolah-sekolah agama rakyat supaya pelajar-pelajar yang belajar di institusi ini tidak ketinggalan dan dapat menikmati kemudahan yang sewajarnya memandangkan institusi pendidikan rakyat ini sudah begitu banyak berjasa dan khidmatnya kepada rakyat serta membantu pem- bangunan negara dan meringankan beban kerajaan.

Yang keempat, saya juga mencadangkan supaya kerajaan menambah bantuan kebajikan kepada golongan yang kurang bernasib baik berdasarkan keperluan semasa.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa cukup.

Tuan Muhamad bin Mustafa: Dan akhir sekali, saya mencadangkan supaya kerajaan mendidik, membimbing dan mendisiplinkan media massa-media massa perdana agar tidak menjadi batu api, pengadu domba dan pengacum [Tepuk] yang melaga-lagakan rakyat dan pemimpin, melaga-lagakan satu golongan dengan golongan yang lain yang boleh menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan negara, agama dan rakyat. Kerajaan juga harus memastikan dalang-dalang dan pengkhianat yang menangguk di air keroh di sebalik media massa perdana. Saya bimbang di dalam Kementerian Penerangan…

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Cukuplah Yang Berhormat.

Tuan Muhamad bin Mustafa:..daripada unsur-unsur yang tidak sihat. Sekian, terima kasih [Tepuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Pasir Mas, sila.

5.37 ptg.

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: [Ketawa] Lamanya. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan saya ucapkan selamat petang pada petang ini. Syukur alhamdulillah saya diberi juga akhirnya kesempatan yang baik untuk sama-sama turut membahas dan perbincangan pada Bajet 2003 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan pada minggu lepas.

76 DR.3.10.2002

Oleh kerana masa terhad saya hanya ambil satu point sahaja iaitu barangkali saya merujuk kepada muka surat 92. Oleh kerana saya berucap yang terakhir pada hari ini dan saya tengok di dalam bajet ini muka surat akhir menyebut, "Menghayati ajaran Islam yang syumul" muka surat 92.

Pertama sekali saya melihat di sini iaitu disebut dalam buku ini, "Malaysia adalah sebuah negara Islam yang mengamalkan agama Islam yang sebenar terutama- nya Islamic Fundamentalis.” Ada dua tiga perkara di sini, pertama sekali “Malaysia adalah sebuah negara Islam.” Pengisytiharan yang dibuat dalam ucapan bajet ini di mana Malaysia sebuah negara Islam, saya bimbang di mana masyarakat akan melihat dengan sifat yang ada pada Malaysia sekarang dengan maksiatnya yang begitu banyak, dengan remaja-remaja sosialnya, dengan apa sekalipun, dengan penghalalan judi, diberi lesen secara terbuka maka kita mengisytiharkan ia adalah sebuah negara Islam.

Saya bimbang sebenarnya perkara ini boleh mengelirukan masyarakat sekarang ataupun generasi yang akan datang. Generasi yang akan datang yang datang selepas daripada kita ini barangkali akan menerima keadaan ini walaupun ia bertentangan dengan hakikat yang sebenar kerana negara Islam yang sebenar iaitu kita melihat contoh negara Islam di Madinatul Munawwarah. Apakah negara Islam di Madinah menghalalkan judi? Apakah negara Islam di Madinah menghalalkan riba? Apakah negara Islam di Madinah menghalalkan hiburan-hiburan yang membawa kepada kemaksiatan? Jawapannya ialah tidak. Kalau di sana tidak, di sini boleh, bagaimana kita boleh mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam? Itu satu.

Yang kedua, diucapkan di sini bahawa negara Islam sebagai Islamic fundamentalis. Dalam bahasa Arab disebut fundamentalis ini iaitu al-usul yang bererti bahawa kerajaan dan penganut-penganutnya ialah orang Islam khususnya berpegang kepada akidah yang sebenar, akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan berpegang kepada ajaran Islam yang tulen, itu maknanya al-usul.

Fundamentalis itu diterjemahkan dengan bahasa Arabnya usuliyyin, iaitu golongan yang berpegang kepada agama Islam yang sebenar. Baik, apakah negara kita sebagai sifat sebuah negara? Bukan melihat kepada peribadi. Kalau kita melihat kepada peribadi umat Islam, sebahagian besarnya, alhamdulillah, sudah pakai tudung. Di hadapan saya ini pun, alhamdulillah, yang muslimat-muslimat, pegawai-pegawai kerajaan datang ke sini pakai tudung, alhamdulillah. Dari segi peribadinya, kita sudah menunaikan tanggungjawab kita sebagai umat Islam ataupun penganut Islam, alhamdulillah.

Tinggal lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerintah. Sembahyang – alhamdulillah, puasa sudah kita laksanakan, haji kita laksanakan, dan untuk menentukan puasa, berbagai-bagai cara dibuat. Tetapi kalau kita melihat dari segi perkara-perkara yang berkaitan dengan negara, maka kita melihat jauh daripada perkara yang telah disebutkan tadi.

Kita tengok negara kita sebenarnya, barangkali tuan-tuan boleh bersetuju dengan saya, Tuan Yang di-Pertua, bagaimana negara kita tidak mengamalkan konsep ini. Jauh sekali. Bahkan di waktu Kelantan mengemukakan untuk melaksanakan hukum Jenayah Syariah, yang melibatkan hudud, melibatkan qisas, melibatkan takzir, ditolak mentah-mentah sampai sekarang ini. Kita bolehlah mengikuti laporan-laporan yang disebut oleh Menteri Besar Negeri Terengganu, Menteri Besar Negeri Kelantan, contohnya. Sepatutnya Kerajaan Pusatlah yang membuat benda-benda sedemikian, tetapi oleh kerana Kerajaan Pusat tidak dapat melakukan, maka kerajaan negeri cuba hendak melakukan tetapi dihalang oleh Pusat.

Oleh yang demikianlah maka saya mengatakan bahawa Malaysia ini boleh dikatakan sebagai negara umat Islam, tidak negara Islam. Negara Islam berbeza dengan negara umat Islam. Negara Islam, iaitu negara yang disebut di dalam kitab “Ahkami-zimmiyin” yang ditulis oleh Profesor Abdul Karim Zaidan, disebut bahawa negara Islam itu [Membaca petikan daripada kitab berkenaan] – “Sebuah negara yang melaksanakan di dalamnya segala hukum-hukum Islam,” berdasarkan al-Quran al-Karim dan sunnah Rasulullah s.a.w., dan juga diambil kira dengan pandangan-pandangan fuqaha di sepanjang masa.

DR.3.10.2002 77

Itu negara Islam – negara yang terlaksana di dalamnya hukum Islam. Bukan bererti kita menganiayai umat Islam. Tidak. Bahawa dalam kitab “Ahkami-zimmiyi” ini diberi kepada orang bukan Islam hidup sama rata dengan orang bukan Islam. Tidak ada beza langsung pun. Oleh yang demikianlah kita mengatakan bahawa Malaysia ini negara umat Islam, bukan negara Islam. Negara umat Islam, iaitu negara yang ditumpangi bersama duduk oleh umat Islam dan orang lain – kita sama-sama tumpang sahaja di sini. Hendak kata negara Islam, tidak boleh. Dan inilah saya bimbang, satu penyelewengan, kalau kita teruskan sikap ini barangkali boleh mengelirukan generasi-generasi kita yang akan datang. Satu.

Untuk mengembalikan kepada sebuah negara Islam, maka hendak tidak hendak, kita mesti kembali merujuk kepada al-Quran yang disebut [Membacakan sepotong ayat al-Quran] yang bermaksud, “Hendaklah kamu berpegang teguh dengan agama Allah”. Inilah sebagai sebuah negara – berpegang dengan agama Allah. Jadi, negara dengan peribadi ini, kalau peribadi berpegang dengan agama Islam, negara juga mesti berpegang ....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah dekat. Lagi setengah minit.

Tuan Haji Ismail bin Noh: .. setengah minit lagi. Dan saya lihat di sini, contoh bagaimana bajet ini dibagi peruntukan kepada peruntukan Islam misalnya. Cuba kita bandingkan dengan dua-tiga peruntukan – peruntukan kepada pembangunan Islam hanya sebanyak RM203.1 juta; peruntukan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM227.5 juta; peruntukan kepada dua subjek pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, yang akan dikemukakan, sebanyak RM5 bilion.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Yang Berhormat, masa sudah cukup.

Tuan Haji Ismail bin Noh: Cuba kita bandingkan. Ini menunjukkan bahawa kerajaan ....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Saya tidak ada kuasa untuk melanjutkan lagi. Tiada masa lagi.

Tuan Haji Ismail bin Noh: .... tidak mengambil tindakan serius kepada perkembangan agama Islam di negara kita, dan sekali gus tidak boleh dinamakan Malaysia sebuah negara Islam.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Lim Si Cheng]: Ahli-ahli Yang Berhormat, selesailah perbahasan kita daripada sejumlah 70 orang Ahli Yang Berhormat. Kementerian-kementerian akan memberikan jawapan pada minggu hadapan. Dengan ini Dewan yang mulia ini ditangguhkan sekarang sehingga jam 10.00 pagi, 7 Oktober 2002.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.45 petang.


Recommended