+ All Categories
Home > Documents > Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di ...

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di ...

Date post: 11-Jan-2023
Category:
Upload: khangminh22
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
9
Transcript

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer 1

1. PENGENALANKlinik kesihatan di kawasan luar bandar menyediakan perkhidmatan kecemasan 24 jam,7 hari seminggu manakala di kawasan bandar perkhidmatan disediakan dalam waktubekerja biasa. Perkhidmatan kecemasan di luar waktu bekerja biasa dikendalikan olehanggota yang bertugas atas panggilan (on-call) mengikut arahan ketua jabatan.

Tujuan garis panduan ini adalah untuk menyeragamkan tugas atas panggilan bagi anggotafasiliti kesihatan di peringkat penjagaan kesihatan primer Kementerian Kesihatan Malaysia.Ini bagi memastikan perkhidmatan dapat diberi secara berterusan.

2. OBJEKTIF2.1 Umum

Untuk memperkukuhkan tugas atas panggilan di penjagaan kesihatan primeryang dilaksanakan secara berjadual dan teratur pada hari bekerja biasa, cuti mingguandan cuti am.

2.2 Khusus2.2.1 Memastikan tugas atas panggilan dilaksanakan dengan segera, cekap

dan selamat.2.2.2 Memastikan anggota kesihatan menjalankan tugas atas panggilan

mematuhi arahan ketua jabatan.

3. SKOP PERKHIDMATAN3.1 Perkhidmatan kecemasan.3.2 Pengendalian rawatan dan rujukan kes.

4. FASILITI YANG TERLIBATKlinik kesihatan yang dikenalpasti (berdasarkan polisi semasa) dan klinik desa.

5. WAKTU PERKHIDMATANBertugas mengikut giliran dengan menggunakan kaedah sistem bertugas atas panggilandi luar waktu bekerja biasa.

Jadual menunjukkan waktu bertugas atas panggilan seperti di bawah ;

Hari

Hari Bekerja Biasa

Hari Cuti Mingguan dan Hari Cuti Am *

Masa Bertugas (On Call)

5.00 petang hingga 8.00 pagi

24 jam

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 1

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer2

6. KATEGORI ANGGOTA BERTUGAS ATAS PANGGILAN6.1 Pegawai Perubatan6.2 Penolong Pegawai Perubatan6.3 Jururawat (Pos Basik Kebidanan)6.4 Jururawat Masyarakat6.5 Pemandu Ambulans6.6 Pembantu Perawatan Kesihatan

7. PELAKSANAAN7.1 Jadual bertugas

• Disediakan secara berkala pada setiap bulan• Diluluskan oleh Pegawai Perubatan Yang Menjaga Klinik (PPYM) / Pegawai

Kesihatan Daerah• Sebarang pertukaran jadual perlu mendapat persetujuan/ kelulusan PPYM

klinik / Pegawai Kesihatan Daerah

7.2 Anggota kesihatan perlu hadir bertugas setelah mendapat panggilan dan memberirespon terhadap semua kes dalam masa yang ditetapkan.

8. PEMANTAUAN8.1 Memastikan jadual bertugas dipatuhi.8.2 Memastikan jadual tugas atas panggilan dikemaskini pada papan kenyataan di luar

bangunan klinik.8.3 Memastikan ada pengganti kepada anggota bertugas atas panggilan yang bercuti atau

bertugas di luar pejabat.8.4 Memastikan anggota kesihatan hadir bertugas setelah mendapat panggilan dan

memberi respon dalam masa yang ditetapkan.8.5 Memastikan semua peralatan perubatan dan ambulans berfungsi dengan baik.

Sekiranya ambulans / kenderaan tidak berfungsi, penyelia hendaklah mengambiltindakan sewajarnya.

8.6 Memastikan semua dokumentasi lengkap dan kemaskini.

9. JADUAL BERTUGASBilangan anggota yang bertugas di fasiliti kesihatan merupakan faktor utama yangmenentukan kategori yang akan bertugas atas panggilan mengikut giliran dan jadual yangdicadangkan seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2.

10.PAKAIAN SERAGAMAnggota kesihatan yang dibekalkan pakaian seragam dikehendaki memakai pakaianseragam masing-masing ketika menjalankan tugas atas panggilan dengan mematuhiperaturan pemakaian yang ditetapkan.

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 2

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer 3

11.KOMUNIKASIKlinik Kesihatan yang melaksanakan perkhidmatan bertugas atas panggilan perlumenggunakan alat komunikasi yang disediakan seperti :11.1 Telefon talian tetap11.2 Telefon mudah alih11.3 Government Intergrated Radio Network (GIRN) di klinik kesihatan dalam rangkaian

Medical Emergency Command Centre (MECC).11.4 Emergency Alert System

12.DOKUMENTASIAnggota kesihatan perlu memastikan dokumentasi dilakukan mengikut tatacara yangsedia ada.

13.CAS PERKHIDMATAN13.1. Caj bayaran pelanggan bagi warganegara.

Pekeliling Perbendaharaan berkaitan tertakluk kepada Akta Fi 1951, Perintah FiPerubatan 1982.

13.2. Caj bayaran bagi warga negara asing.Surat Pekeliling KSU Kementerian Kesihatan Malaysia Bil 8, Tahun 2015Pelaksanaan Caj Penuh Bagi Perintah Fi (Perubatan)(Kos Perkhidmatan) 2014

14.TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB14.1 Pegawai Perubatan dan Kesihatan

14.1.1 Menerima kes rujukan daripada penolong pegawai perubatan, jururawatdan jururawat masyarakat.

14.1.2. Mengiringi pesakit ke hospital bagi kes-kes kritikal dan tidak stabil.14.1.3 Bagi klinik kesihatan yang tidak mempunyai pegawai perubatan, pegawai

perubatan di klinik kesihatan berhampiran yang dikenalpasti hendaklahbertanggungjawab mengendalikan kes yang dirujuk.

14.2. Penolong Pegawai Perubatan14.2.1 Sebagai first responder dalam memberi perkhidmatan kecemasan.14.2.2 Melaporkan status pergerakan ambulans kepada Pusat Koordinasi

Perubatan Kecemasan (MECC) (bagi klinik dalam rangkaian MECC).14.2.3 Mengendalikan kes mengikut keutamaan.14.2.4 Merujuk kes-kes kecemasan yang memerlukan konsultasi kepada pegawai

perubatan.14.2.5 Mengetuai pasukan perkhidmatan kecemasan pre hospital care.14.2.6 Pengurusan penghantaran pesakit ke hospital bagi kes-kes kecemasan.

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 3

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer4

14.2.7 Mengutip caj rawatan mengikut Akta Fi sedia ada.14.2.8 Pengurusan dokumentasi dan rekod.

14.3 Jururawat (Pos Basik Kebidanan)14.3.1 Memberi rawatan kes-kes kecemasan obstetrik.14.3.2 Menjalankan prosedur resusitasi dan memasang intra venous line bersama

pasukan bertugas atas panggilan dalam pengendalian kes.14.3.3 Pengurusan penghantaran pesakit ke hospital.14.3.4 Menerima rujukan kes-kes obstetrik daripada jururawat masyarakat dan

penolong pegawai perubatan.14.3.5 Pengurusan dokumentasi dan rekod.

14.4 Jururawat Masyarakat14.4.1 Memberi rawatan kes-kes kecemasan obstetrik & kecemasan ringan (klinik

desa).14.4.2 Membantu melakukan prosedur kecil seperti memasang intra venous line,

suntikan dan dressing.14.4.3 Merujuk kes kecemasan obstetrik kepada jururawat (pos basik kebidanan).14.4.4 Merujuk kes kepada penolong pegawai perubatan.14.4.5 Mengiringi kes ke klinik kesihatan atau hospital.14.4.6 Menjalankan tugas atas panggilan bersama pasukan dalam pengendalian

kes-kes kecemasan.14.4.7 Pengurusan dokumentasi dan rekod.

14.5 Pembantu Perawatan Kesihatan14.5.1 Membantu dalam prosedur seperti memasang oksigen, mengangkat

pesakit, membantu dalam Cadio Pulmonary Resusitation (CPR) dan lain-lain yang diperlukan.

14.5.2 Menjalankan kerja pembersihan seperti membersihkan alatan perubatan,linen, mop lantai, pengurusan sisa klinikal dan lain-lain yang perlu.

14.5.3 Bersama pasukan bertugas atas panggilan untuk respon awal dalamperkhidmatan pra-hospital.

14.5.4 Membuat pendaftaran pesakit.

14.6 Pemandu14.6.1 Memastikan ambulans / kenderaan bermotor dalam keadaan baik.14.6.2 Memeriksa ambulan setiap hari mengikut senarai semak sedia ada.14.6.3 Menghantar kenderaan untuk penyelenggaran mengikut jadual.14.6.4 Mencatitkan maklumat perjalanan dalam buku log kenderaan serta diisi

dengan lengkap.14.6.5 Membuat penyata dan penutupan buku log setiap hujung bulan.

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 4

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer 5

14.6.6 Menjalankan tugas-tugas atas panggilan.14.6.7 Membantu penolong pegawai perubatan dalam pengendalian kes-kes.14.6.8 Membantu dalam penjagaan peralatan dalam ambulans supaya sentiasa

di dalam keadaan baik dan sedia digunakan.14.6.9 Melaporkan kepada penolong pegawai perubatan jika terdapat kerosakan

kenderaan seperti enjin, tayar, aksesori dan sebagainya.14.6.10 Bekerjasama untuk mengangkat dan membantu pesakit masuk ke dalam

ambulans.14.6.11 Memandu kenderaan dengan berhemah dan selamat.

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 5

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer6

RUJUKAN

1. Rujuk Polisi Operasi Klinik Kesihatan 20152. Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun

1990 & Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 19953. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 17 Tahun 2012: Penambahbaikan

Garis Panduan Latihan Pemanduan Ambulans.4. Buku Garis Panduan Perkhidmatan Kecemasan Dan Ambulans di Fasiliti Kesihatan

Primer 2015

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 6

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer 7

JAWATAN KATEGORI 1 KATEGORI 2 KATEGORI 3 KATEGORI 4

Pegawai Perubatan > 3 orang > 2 orang tiada tiada

Penolong Pegawai Perubatan > 3 orang > 2 orang 1 orang tiada

Jururawat Kebidanan > 3 orang > 2 orang 1 orang 1 orang

Jururawat Masyarakat > 3 orang > 2 orang 1 orang > 2 orang

Pembantu Perawatan Kesihatan > 3 orang > 1 orang 1 orang tiada

Pemandu > 2 orang > 1 orang 1 orang tiada

Lampiran 1

KATEGORI MENGIKUT BILANGAN ANGGOTA YANG BERTUGASDI FASILITI KESIHATAN

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:02 AM Page 7

Garis Panduan Perkhidmatan Tugas Atas Panggilan Di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer8

Lampiran 2

CADANGAN JADUAL BERTUGAS ATAS PANGGILANMENGIKUT KATEGORI DANKEDUDUKAN PANGGILAN

1stcall

1stcall

JAWATAN

KATEGORI 1

KEDUDUKAN PANGGILAN (ON CALL)

KATEGORI 2 KATEGORI 3 KATEGORI 4

Pegawai Perubatan

Penolong Pegawai Perubatan / /

Jururawat Kebidanan

Jururawat Masyarakat / /

Pembantu Perawatan Kesihatan / /

Pemandu

*Penolong Pegawai Perubatan Kategori 3 (Bagi klinik kesihatan yang mempunyai seorang Penolong Pegawai perubatan,Penolong Pegawai Perubatan di klinik kesihatan berhampiran yang dikenalpasti hendaklah bertanggungjawab sepenuhnyaterhadap perkhidmatan ini)

/

2ndcall

/

/

/

/

3rdcall

/

/

2ndcall

/

/

3rdcall

1stcall

/

/

/

/

2ndcall

*

/

3rdcall

1stcall

/

2ndcall

/

3rdcall

layout on call:Layout 1 12/2/15 11:03 AM Page 8


Recommended