+ All Categories
Home > Documents > Insight BPSTT 2/2015

Insight BPSTT 2/2015

Date post: 13-May-2023
Category:
Upload: ukm
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
10
BIL 2/ 2015 SIDANG PENGARANG PENAUNG : YBhg. Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam PENGERUSI : Dr. Zainal Bin Hassan KETUA EDITOR : Salleh bin Sheikh Ibrahim EDITOR : Dr. Norsuhanna bin Mohd Mokhtar, Dr. Lai Shu Zhan, Wan NurFarahdilla bin Wan Mohd Fauzi, Azleinda bin Abdullah PEREKA : Salleh bin Sheikh Ibrahim PENULIS : Norbaiyah Bahyuddin, Wan NurFarahdilla bin Wan Mohd Fauzi, Azleinda bin Abdullah , Salleh Sheikh Ibrahim, Dr. Kamarulrizal bin Mat Isa Di dalam : Proses Pengumpulan Semen Seladang 2-3 Akta Makanan Haiwan 2009 4-5 Mesyuarat Pengurusan SPSG di PTH Pondok 6 Program Permanian Beradas di PTH-PTH 7
Transcript

BIL 2/ 2015

SIDANG PENGARANG

PENAUNG : YBhg. Dato’ Dr. Quaza Nizamuddin bin Hassan Nizam

PENGERUSI : Dr. Zainal Bin Hassan

KETUA EDITOR : Salleh bin Sheikh Ibrahim

EDITOR : Dr. Norsuhanna binti Mohd Mokhtar, Dr. Lai Shu Zhan, Wan NurFarahdilla binti Wan Mohd Fauzi, Azleinda binti Abdullah

PEREKA : Salleh bin Sheikh Ibrahim

PENULIS : Norbaiyah Bahyuddin, Wan NurFarahdilla binti Wan Mohd Fauzi, Azleinda binti Abdullah , Salleh Sheikh Ibrahim,

Dr. Kamarulrizal bin Mat Isa

Di dalam :

Proses Pengumpulan Semen Seladang 2-3

Akta Makanan Haiwan 2009 4-5

Mesyuarat Pengurusan SPSG di PTH Pondok 6

Program Permanian Beradas di PTH-PTH 7

Pada 2 April hingga 4 April 2015 Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan(IBVK) dengan

usahasama Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara (PERHILITAN) dan, Borneo Rhino Alliance (BORA) telah menjalankan aktiviti pengumpulan

semen seladang di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Jenderak Selatan, Pahang. Pengumpulan

semen seladang ini dijalankan bagi tujuan konservasi untuk membantu meningkatkan

populasinya yang semakin pupus dan bagi mengatasi masalah pembiakbakaan sesama keturunan

(inbreeding) yang berlaku sejak beberapa generasi.

Bagi tujuan tersebut, PERHILITAN telah menjemput IBVK yang berpengalaman dalam kaedah

pengumpulan dan pemprosesan semen ternakan untuk mendemonstrasikan teknik yang betul

dan teratur. Professor Dr. Abd Wahid Haron daripada UPM yang berpengalaman luas dalam

kaedah pengumpulan semen menggunakan Electroejaculator (EE) telah dijemput bagi menunjuk-

kan penggunaan EE yang betul terhadap Seladang.

Page 2

Seladang diberi ubat pelali

Pemasangan

intravenous line

dan ukuran

morfologi

seladang diam-

bil bagi tujuan

rekod

Proses pengumpulan semen

Menggunakan tiub pengumpulan

Proses Pengumpulan Semen Seladang

Oleh : Norbaiyah Bahyuddin (IBVK)

Kaedah elektroejakulasi adalah prosedur yang digunakan untuk mendapatkan air mani dari

mamalia jantan yang sudah matang secara seksual. Prosedur ini digunakan untuk haiwan yang

tidak berupaya untuk mengawan secara fizikal dan haiwan yang liar yang tidak boleh

Usahasama ini berjaya mendedahkan teknik asas yang

sesuai dijalankan di lapangan untuk pengumpulan semen

hidupan liar seperti seladang bagi tujuan konservasi.

dikendalikan dalam kandang. Kebiasaannya, semen

yang dikumpulkan dengan kaedah ini akan

menghasilkan isipadu semen yang lebih banyak

namun mempunyai kepekatan sperma yang rendah

berbanding dengan kaedah pengumpulan dengan

menggunakan ‘artificial vagina’.

Page 3

Seladang (Bos gaurus hubbacki)adalah mamalia kedua

terbesar di Malaysia selepas gajah (lebih besar daripada

bison Amerika). Berat purata lembu jantan yang besar kira-

kira satu tan. Pemalu dan suka bergaul dengan alam semula

jadi, seladang biasanya berkeliaran bebas di habitat hutan

hujan di mana ia meragut daunan dan semak-samun di

lembah-lembah sungai dan tanah rendah.

Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan, Pahang

Pusat konservasi ini ditubuhkan dalam tahun 1976 dan menjalankan pembiakan spesies Seladang (Bos gaurus hubbacki) yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Dua buah lagi pusat konservasi spesies ini ialah di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Gua Musang, Kelantan. Kemusnahan habitat semula jadi akibat pembukaan beberapa kawasan hutan di Semenanjung Malaysia untuk pembangunan dan pertanian serta pemburuan ha-ram merupakan antara faktor yang mengancam populasi.

Ia juga adalah untuk memastikan bahawa makanan haiwan

memenuhi keperluan nutrien bagi haiwan, tidak memudaratkan

haiwan dan tidak tercemar. Ini untuk memastikan supaya

haiwan dan keluaran haiwan selamat untuk dimakan oleh

manusia dan selamat untuk kegunaan lain. Akta ini telah

dikuatkuasakan secara berperingkat bermula pada

Page 4

Akta Makanan Haiwan 2009 Oleh : Salleh Sheikh Ibrahim dan Azleinda binti Abdullah

Akta Makanan Haiwan 2009 (AMH 2009) adalah satu akta yang

digubal untuk mengawal selia kualiti makanan haiwan dengan

mengawal pengimportan, pembuatan, penjualan dan

penggunaan makanan haiwan dan bahan tambahan makanan

haiwan.

Page 5

25 September 2012 dan telah dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk

Seri Haji Noh bin Omar.

Tujuan awal akta itu digubal adalah bagi memberi kuasa kepada Lembaga Makanan Haiwan

(LMH) menjalankan aktiviti kawal selia kualiti makanan dan bahan tambahan makanan haiwan

keluaran tempatan dan yang diimport..

Berikut adalah maklumat mengenai jumlah lesen dan sijil yang telah diluluskan dari tahun 2013

sehingga Jun 2015.

Kategori 2013 2014 Jan-Jun 2015 Jumlah

Lesen Impot 18 11 62 91

Sijil Pembuat 1 2 17 20

Sijil Penjual 8 3 57 68

Jumlah 27 16 136 179

Pada 9 hingga11 Jun 2015 yang lalu, Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembakaan (STPP)

telah menganjurkan satu program latihan pengesanan kebuntingan pada ternakan rusa

menggunakan mesin ultrasound di Pusat Ternakan Haiwan (PTH) Lenggong, Perak. Program

anjuran bersama Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya (BLPK) ini telah mendapat

kerjasama teknikal daripada pihak Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia

selaku tenaga pengajar.

Program yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya menghimpunkan seramai 22

orang peserta dari Ibu Pejabat Putrajaya, DVS Negeri Perak, DVS Negeri Terengganu dan juga

kakitangan PTH Lenggong. Mereka ini terdiri daripada Pegawai Veterinar, Penolong Pegawai

Veterinar dan Pembantu Veterinar.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk

memberi latihan kepada peserta secara ‘hands

on’ untuk melakukan pemeriksaan kebuntingan

menggunakan mesin ultrasound di samping

dapat membantu pihak PTH Lenggong menge-

tahui status serta kadar kebuntingan ternakan

rusa di ladang mereka.

Page 6

Oleh : Dr. Kamarulrizal bin Mat Isa

Latihan Pemeriksaan Kebuntingan Rusa Secara Ultrasound

Sesi taklimat oleh Prof. Dr. Abd Wahid b Harun daripada

Fakulti Perubatan Veterinar

Pengekangan ternakan rusa

Latihan ‘hands on’ pemeriksaan kebuntingan

menggunakan ultrasound oleh peserta program

Page 7

Setelah berakhirnya program, sejumlah 83 ekor ternakan rusa telah berjaya diperiksa.

Daripada jumlah tersebut, didapati 73 ekor telah bunting dengan peratusan kebuntingan

adalah sebanyak 88%. Dengan adanya maklumat ini, sedikit sebanyak telah dapat

membantu pihak pengurusan ladang untuk membuat penilaian ke atas prestasi pembiakan

ternakan rusanya serta dapat membuat persiapan awal menjelang musim kelahiran yang

akan datang. Selain itu, kompetensi pegawai juga dapat dipertingkatkan di dalam

menyampaikan perkhidmatan pembiakan di lapangan terutama di dalam aktiviti

pemeriksaan kebuntingan menggunakan mesin ultrasound.

Imej menunjukkan kehadiran

cecair amniotik - kebuntingan

awal

Peserta program

Pada 30 – 31 Julai 2015 yang lalu Mesyuarat Pengurusan Seksyen Pembangunan Sumber Ge-

netik telah diadakan di PTH Pondok Tanjung. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua pengurus

ladang dan pegawai SPSG dari ibu pejabat.

Intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan pencapaian prestasi ladang dalam tempoh

6 bulan pertama tahun 2015 serta isu dan masalah yang berbangkit di ladang.

Pada sebelah malam, aktiviti dimeriahkan dengan Pertandingan Bowling di antara kakitangan

SPSG yang turut disertai oleh Pengarah Bahagian PSTT. Objektif pertandingan adalah untuk

mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan SPSG sebagai satu keluarga besar.

Dr Asrol Sany bin Arshad dari SPSG Ibu Pejabat telah muncul sebagai juara keseluruhan diikuti

oleh Dr Mohd Razi dari PTH Chalok manakala tempat ketiga dimenangi oleh En Abd Rahman

bin Sabki dari SPSG Ibu Pejabat. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Pengarah

Bahagian PSTT.

Page 8

Oleh : Wan NurFarahdilla binti Wan Mohd Fauzi

Mesyuarat Pengurusan SPSG di PTH Pondok Tanjung

Aktiviti beramah mesra

bersama Pengarah

BPSTT pada sebelah

malam.

Program permanian beradas (AI) lembu Brahman telah

dilaksanakan dengan jayanya pada 13 dan 14 April 2015 di

PTH Ulu Lepar. Pihak yang turut sama menjayakan program

ini adalah dari Institut Biodiversiti Veterinar Kebangsaan

(IBVK), Seksyen Teknologi Pembiakan dan Pembiakbakaan

serta Unit Pembiakan Negeri. Semua kakitangan PTH Ulu

Lepar turut terlibat dalam program ini.

Satu Kursus Permanian Beradas (A.I) Lembu anjuran

Jabatan Perkhidmtaan Veterinar Negeri Johor telah diada-

kan pada 8-10 Jun 2015. Kursus melibatkan 2 hari kelas

teori di PLTV dan 1 hari latihan amali di PTH Air Hitam.

Kursus ini melibatkan 29 orang penternak dari sekitar Johor

Bharu, Johor.

Program Permanian Beradas Lembu Brahman di

PTH Ulu Lepar

Program Permanian Beradas di PTH Air Hitam

Program Permanian Beradas di PTH Pondok

Tanjung

Program permanian beradas (AI) kambing Boer telah

diadakan pada 22 dan 23 April di PTH Pondok Tanjung

dengan kerjasama daripada Seksyen Teknologi Pembiakan

dan Pembakaan. Turut terlibat adalah Penyelaras Pem-

biakan Negeri Perak dan semua kakitangan PTH Pondok

Tanjung.

Page 9

Permanian beradas (AI) adalah teknologi pembiakan b e r b a n t u ( A s s i s t e d reproductive technology) yang digunakan untuk membuntingkan ternakan betina. Proses ini melibatkan

aktiviti pendepositan semen pejantan secara bukan semulajadi ke dalam salur pembiakan betina dengan menggunakan teknik dan aparatus yang khas. A n t a r a K e b a i k a n n y a adalah : 1) Peningkatan kualiti baka dipertingkatkan dengan kecekapan penggunaan semen pejantan. 2) Penambahbaikan kualiti genetik ternakan yang lebih

ekonomik dan berkesan. 3) Kos pengurusan pejantan diminimakan, iaitu tidak perlu pelihara baka pejantan 4) Penggandaan effiensi pengurusan pembiakan, iaitu semen boleh disuntik kepada

banyak ternakan betina yang estrus serentak.

Program Permanian Beradas

Oleh : Wan NurFarahdilla binti Wan Mohd Fauzi

Bahagian Pembangunan Sumber Teknologi Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Aras 2, Blok Podium 4G1,

Wisma Tani, No.28 Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya.

Tel. : +603 88702208

\Fax : +603 88885631

Insight PSTT amat mengalukan-

mengalukan bahan-bahan bertulis

dari kakitangan DVS yang ingin

menyumbangkan penulisan dan

berkongsi pengetahuan berkaitan

dengan pengurusan ladang dan

pengeluaran ternakan bagi

memberi manfaat kepada semua

warga DVS.

Untuk maklumat lanjut sila

hubungi sidang editor Insight

PSTT.

www. dvs.gov.my

PSTT (BULETIN BPSTT)

INFO PEMBIAKAN RUSA TIMORENSIS

Spesis : Cervus timorensis

Berat Hidup Dewasa : Jantan 80 – 120 kg

Betina 70 – 90 kg

Jangka Hayat : 15 Tahun

Tempoh Matang : 18 Bulan

Ratio : 1 Jantan 10 Betina

Kitaran Estrus : Purata19 hari (18-21

hari)

Tempoh Bunting : 8 Bulan

Bilangan Anak : 1ekor setahun

Musim Pengawan : Januari – Mac

Musim Kelahiran : Julai - September


Recommended