+ All Categories
Home > Documents > KAJIAN TENTANG KEPUASAN BELAJAR PELAJAR

KAJIAN TENTANG KEPUASAN BELAJAR PELAJAR

Date post: 20-Feb-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
11
Kajian Tahap Kepuasan Belajar Pelajar Sijil Modular Kebangsaan Di Kolej Komuniti Mas Gading & Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak Mohammad Hairy Bin Kharauddin Titus Raymond Jayim Ak Sidet Pensyarah Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak Siti Noor Asiah Bte Mustafa Pensyarah Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak Abstrak : Kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar di sesebuah institusi merupakan elemen yang sangat penting. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kepuasan pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan bagi program Teknologi Maklumat dan Agro Pertanian di Kolej Komuniti Mas Gading; program Pemasangan Elektrik di Kolej Komuniti Cawangan Santubong sesi pengambilan Januari 2012 terhadap kesesuaian kursus, sukatan yang dipelajari, kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik dengan pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas 61 orang pelajar di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak. Data dianalisis yang dikumpulkan menggunakan set borang soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian komputer untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat memberikan maklumat tambahan bagi memperbaiki tahap kepuasan pelajar bagi program tersebut. 1.0 Pengenalan Institusi pengajian tinggi perlu lebih berdaya saing sejajar dengan dasar kerajaan untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan pendidikan serantau yang bertaraf dunia. Robiah Sidin (2000), menekankan bahawa kunci kepada perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia hari ini ialah melalui peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dari perspektif kualiti, pelajar merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian dan kehendak tersendiri yang perlu dipenuhi. Pelajar ini mengharapkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Namun begitu, tidak banyak usaha yang dilakukan untuk mengkaji berkaitan dengan kepuasan pelajar dengan aktiviti pembelajaran yang dilalui. 2.0 Latar Belakang Kajian Kerajaan menyedari betapa pentingnya kemahiran generik dalam menghasilkan pekerja produkif dan berpengetahuan luas bagi memenuhi kehendak majikan masa kini. Justeri pada 3 November 1999, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan Pendidikan Teknikal di arah membuat kajian mengenai model dan konsep yang paling sesuai untuk penubuhan Kolej Komuniti dalam setiap parlimen di Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Menurut Mohd Yusof dan Mohd Fadhil (1997), graduan bidang teknikal perlu memiliki sekurang-kurangnya 4 elemen kemahiran generik yang relevan dengan keperluan
Transcript

Kajian Tahap Kepuasan Belajar Pelajar Sijil Modular

Kebangsaan

Di Kolej Komuniti Mas Gading & Kolej Komuniti

Cawangan Santubong, Sarawak

Mohammad Hairy Bin Kharauddin

Titus Raymond Jayim Ak Sidet

Pensyarah

Kolej Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak

Siti Noor Asiah Bte Mustafa

Pensyarah

Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak

Abstrak : Kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar di

sesebuah institusi merupakan elemen yang sangat

penting. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengenalpasti kepuasan pelajar-pelajar Sijil Modular

Kebangsaan bagi program Teknologi Maklumat dan

Agro Pertanian di Kolej Komuniti Mas Gading;

program Pemasangan Elektrik di Kolej Komuniti

Cawangan Santubong sesi pengambilan Januari 2012

terhadap kesesuaian kursus, sukatan yang dipelajari,

kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik

dengan pelajar. Kajian ini dijalankan ke atas 61 orang

pelajar di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej

Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak. Data

dianalisis yang dikumpulkan menggunakan set borang

soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian

komputer untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan dan min. Diharapkan dengan adanya kajian

ini dapat memberikan maklumat tambahan bagi

memperbaiki tahap kepuasan pelajar bagi program

tersebut.

1.0 Pengenalan

Institusi pengajian tinggi perlu lebih berdaya

saing sejajar dengan dasar kerajaan untuk menjadikan

negara Malaysia sebagai sebuah pusat kecemerlangan

pendidikan serantau yang bertaraf dunia. Robiah Sidin

(2000), menekankan bahawa kunci kepada

perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia hari ini

ialah melalui peningkatan kualiti pengajaran dan

pembelajaran. Dari perspektif kualiti, pelajar

merupakan antara pelanggan utama bagi sesebuah

institusi pengajian tinggi yang perlu diberi perhatian

dan kehendak tersendiri yang perlu dipenuhi. Pelajar

ini mengharapkan pengalaman pembelajaran yang

menyeronokkan serta proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkualiti. Namun begitu, tidak

banyak usaha yang dilakukan untuk mengkaji berkaitan

dengan kepuasan pelajar dengan aktiviti pembelajaran

yang dilalui.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kerajaan menyedari betapa pentingnya

kemahiran generik dalam menghasilkan pekerja

produkif dan berpengetahuan luas bagi memenuhi

kehendak majikan masa kini. Justeri pada 3 November

1999, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Jabatan

Pendidikan Teknikal di arah membuat kajian mengenai

model dan konsep yang paling sesuai untuk penubuhan

Kolej Komuniti dalam setiap parlimen di Malaysia

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Menurut

Mohd Yusof dan Mohd Fadhil (1997), graduan bidang

teknikal perlu memiliki sekurang-kurangnya 4 elemen

kemahiran generik yang relevan dengan keperluan

majikan semasa iaitu tahu belajar sendiri, kemahiran

mengurus sumber manusia, kemahiran komunikasi dan

kemahiran memimpin. Oleh itu, Bahagian Kurikulum

Pendidikan Teknik dan Vokasional bertanggungjawab

membina kurikulum kursus di Kolej-kolej Komuniti.

Kurikulum tersebut dibina berasaskan kepada dua

komponen iaitu Kemahiran teknikal dan kemahiran

generik (Bahagian Kurikulum Pendidikan Teknik dan

Vokasional, 2000).

Pada tahun 2010, Sijil Modular Kebangsaan

(SMK) telah diperkenalkan di semua Kolej Komuniti

dan pengambilan pertama pada Julai 2010 telah

dilaksanakan. Sistem modular ini telah dilaksanakan

menggantikan sistem sijil sepenuh masa 2 tahun. Sijil

Modular ini di ambil mengikut kursus yang ditawarkan

dari 3 bulan hingga 6 bulan. Pengajaran dan

pembelajaran dilakukan secara praktikal sepenuhnya di

makmal dari pukul 8 hingga 5 petang dan isnin hingga

khamis. Sistem ini dirangka mengikut keperluan

industri. Di samping itu, ia juga menjadi inspirasi

kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan

latihan tambahan atau golongan yang tercicir dalam

pelajaran untuk mendapat latihan bagi mendapatkan

pekerjaan yang sesuai dengan bidang latihan yang

diambil di Kolej Komuniti. Kepuasan belajar oleh

pelajar-pelajar di sesebuah institusi merupakan elemen

yang sangat penting.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengenalpasti kepuasan belajar pelajar-pelajar Sijil

Modular Kebangsaan terhadap kesesuaian kursus,

sukatan yang dipelajari, kemudahan bengkel amali dan

hubungan staf akademik dengan pelajar. Kajian ini

dijalankan ke atas pelajar di Kolej Komuniti Mas

Gading dan Kolej Komuniti Cawangan Santubong,

Sarawak bagi sesi Januari 2012. Diharapkan dengan

adanya kajian ini dapat memberikan maklumat

tambahan bagi memperbaiki tahap kepuasan belajar

pelajar bagi program tersebut.

3.0 Penyataan Masalah

Kepuasan pengguna merupakan satu elemen

penting dalam menentukan mutu produk dan

perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah

organisasi. Penekanan terhadap kepuasan pengguna

amat penting bagi mendapatkan kepercayaan pengguna

terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan

(Johnson dan Fornell, 1991). Menurut Mohd Yahya

(2003), kualiti pelatih pusat latihan hendaklah

bercirikan employability dan marketability iaitu

berdasarkan sejauh mana pelatih itu diserap masuk

kepasaran pekerjaan. Hasil kajian daripada Majlis

Tindakan Ekonomi Negara ke atas 115 majikan

pelbagai sektor pekerjaan dalam tahun 2000 mendapati

kriteria pekerja untuk employability yang utama adalah

sikap yang baik (39.3%), kemahiran atau pengalaman

(29.7%) dan kemahiran komunikasi (12%). Kajian

yang lain yang telah dijalankan oleh Kementerian

Sumber Manusia (2001), melaporkan bahawa kadar

pekerja yang mempunyai kemahiran vokasional yang

memasuki ke pasaran pekerjaan adalah rendah iaitu

sekitar 3 hingga 12 peratus. Kebanyakkan pelajar

daripada pelbagai pusat latihan kemahiran gagal

menempatkan diri di industri berkaitan adalah kerana

kemhiran yang diperolehi tidak sepadan Maka kerajaan

telah membelanjakan RM11,831.43 juta untuk

menyediakan kemudahan peralatan dan melatih tenaga

pengajar yang sesuai dan mencukupi.

Masalah kepuasan belajar oleh pelajar-pelajar

Sijil Modular Kebangsaan perlu diberikan perhatian

yang serius oleh pihak Kolej. Dalam melahirkan

sumber tenaga manusia separuh mahir dalam bidang

taknikal, kepuasan belajar adalah menjadi keutamaan

kerana ia akan memberikan impak yang besar

sekiranya matlamat yang hendak dituju boleh dicapai

atau sebaliknya. Justeru, pelbagai kemahiran seperti

kemahiran generic skills dan soft skills perlu dimiliki

oleh pelajar-palajar ini. Oleh yang demikian, sekiranya

pelajar-pelajar Kolej Komuniti Cawangan Santubong

mempunyai ilmu serta kemahiran yang terhad ekoran

dari masalah kepuasan belajar dan seterusnya akan

menyukarkan proses penyampaian pengajaran dan

pembelajaran serta kemungkinan ilmu yang

disampaikan juga sukar dihayati oleh pelajar-pelajar

ini. Di sini kajian bertujuan untuk menganalisa

kepuasan belajar pelajar berdasarkan empat aspek

utama iaitu, kesesuaian kursus, sukatan pelajaran,

kemudahan bengkel amali dan hubungan staf akademik

dengan pelajar.

4.0 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau

kepuasan pelajar terhadap pembelajaran Sijil Modular

Kebangsaan di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej

Komuniti Cawangan Santubong, Sarawak. Secara

spesifik, objektif kajian adalah seperti berkaitan;

1. Untuk mengkaji kesesuaian kursus yang

ditawarkan.

2. Untuk mengkaji kesesuaian sukatan pelajaran.

3. Untuk mengkaji kesesuaian kemudahan

bengkel amali.

4. Untuk mengkaji hubungan di antara staf

akademik dengan pelajar.

5. Untuk mengkaji hubungan di antara kesesuaian

kursus, sukatan pelajaran, kemudahan dan

hubungan antara staf akademik dan pelajar,

dengan tahap kepuasan belajar pelajar Sijil

Modular Kebangsaan (SMK).

5.0 Persoalan Kajian / Hipotesis Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, beberapa

persoalan kajian telah dikenalpasti seperti berikut;

1. Adakah kursus yang ditawarkan sesuai dengan

pelajar?

2. Apakah jenis-jenis kursus yang ditawarkan

kepada pelajar adalah sesuai?

3. Adakah sukatan pelajaran yang diambil sesuai

dengan pelajar?

4. Bagaimanakah tahap kemudahan bengkel

amali?

5. Adakah kemudahan bengkel amali sesuai untuk

pengajaran dan pembelajaran pelajar?

6. Bagaimanakah hubungan di antara staf

akademik dengan pelajar?

7. Adakah hubungan ini memberikan kepuasan

belajar kepada pelajar?

8. Adakah wujud hubungan antara kursus yang

ditawarkan, sukatan pelajaran, kemudahan

bengkel amali dan jaringan komunikasi staf

akademik dengan pelajar terhadap tahap

kepuasan belajar pelajar?

Selain daripada persoalan di atas, kajian ini

juga ingin melihat hubungan yang wujud antara

indikator yang digunakan dengan tahap kepuasan

belajar pelajar. Oleh itu, beberapa penyataan hipotesis

kajian telah dikenalpasti seperti berikut;

H1 - Terdapat hubungan yang positif di antara

kepuasan belajar pelajar dengan

kesesuaian kursus yang ditawarkan.

H2 - Terdapat hubungan yang signifikan di

antara kepuasan belajar pelajar dengan

sukatan pelajaran.

H3 - Terdapat hubungan yang jelas di antara

kepuasan belajar pelajar dengan

kemudahan bengkel amali.

H4 - Terdapat hubungan yang positif di

antara kepuasan belajar pelajar dengan

jaringan komunikasi staf akademik dan

pelajar.

6.0 Rangkakerja Kajian

Pembelajaran juga amat berhubungkait dengan

kepuasan terhadap kursus (Cohen, 1981; Guolla, 1999;

Marsh, 1987; Ramsden, 1991; Wilson dan Lizzio,

1997), di mana pembelajaran yang berkesan bukan

sahaja dirangsang oleh kecekapan dan kemahiran

pengajar, malah lebih kepada strategi yang

menyeluruh. Pembelajaran juga menggambarkan

sejauh mana pelajar merasakan pengalaman pengajaran

bermakna kepada mereka. Sementera pengajaran pula

dikatakan sebagai berkesan sekiranya terdapat

peningkatan prestasi pelajar secara konsisten dengan

matlamat pengajaran selepas sesuatu tempoh

pengajaran (Stringer dan Irwing, 1998). Dalam kajian

ini, kepuasan pelajar terhadap program pengajian

merupakan kepuasan kumulatif iaitu kepuasan pelajar

sepanjang mereka mengikut program pengajian mereka

dan peranan pelajar sebagai pelanggan akan diberi

tumpuan untuk menonjolkan kepentingan kepuasan

sebagai pembolehubah tidak bersandar.

Jadual 6.1: Rangkakerja Kajian

7.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar Sijil

Modular Kebangsaan bagi mengetahui tahap kepuasan

pembelajaran dan pengajian di Kolej Komuniti. Kajian

ini mempunyai kepentingan yang jelas dimana Sijil

Modular Kebangsaan ini diperkenalkan pada tahun

2010 dan mempunyai beberapa situasi yang kurang

jelas. Melalui pernilaiaan sebelum ini, kita melihat

wujud masalah. Antaranya, arah tuju lepasan sijil yang

kurang jelas, kumpulan sasaran yang kurang tepat,

kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang kurang

lengkap dan sebagainya. Keadaan ini telah memberikan

kesan kepada tahap kepuasan pelajar semasa mengikuti

program ini.

Setelah dua tahun program ini dilaksanakan,

kajian ini difikirkan perlu untuk mendapatkan

maklumbalas daripada pelajar yang mengikuti program

ini. Dalam penilaian mengenai Tahap Kepuasan belajar

PERKHIDMATAN

KEMUDAHAN

TENAGA PENGAJAR

Pembolehubah Tidak

Bersandar

Pembolehubah

Bersandar

PRODUK

TAWARAN KURSUS

SUKATAN PELAJARAN

TAHAP KEPUASAN

BELAJAR PELAJAR

SIJIL MODULAR

KEBANGSAAN (SMK)

KOLEJ KOMUNITI

MAS GADING &

KOLEJ KOMUNITI

CAW. SANTUBONG

pelajar dengan melihat kepada kesesuaian kursus,

sukatan, kemudahan bengkel amali dan hubungan

antara staf akademik dengan pelajar.

Selain itu, dapatan kajian ini boleh digunakan

oleh bahagian pembangunan Kurikulum Jabatan

Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) untuk merangka pelan

pemantapan struktur pelajaran Sijil Modular

Kebangsaan (SMK) yang baru berusia 2 tahun. Kajian

ini boleh dijadikan rujukan kepada organisasi lain yang

berkaitan dengan bidang latihan teknikal agar matlamat

untuk meningkat masyarakat Malaysia terlaksana.

9.0 Pengumpulan Data

Bagi sejumlah 100 orang sampel kajian yang

ada, 50 orang adalah minimum yang boleh diambil

bagi kegunaan kajian (Fraenkel dan Wallen, 1993).

Bagi kajian ini sejumlah 61 orang pelajar akan diambil

kira keputusannya yang mewakili 64% daripada 101

orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan di kedua-dua

buah Kolej Komuniti. Tujuan diambil lebih daripada

50% supaya hasil kajian lebih baik dan sekiranya

terdapat sebarang ketidaksahihan dalam dapatan kajian

ia tidak mengganggu keputusan yang diharapkan.

Jadual 9.1: Kaedah pemilihan sampel kajian

Pemilihan sampel adalah melalui urutan nama dalam

senarai nama pelajar di setiap kursus dan dipilih

secara rawak melalui cabutan nama yang akan

dilakukan. Sekiranya terdapat masalah daripada nama

yang diambil, cabutan akan dilakukan untuk

mengantikan nama yang bermasalah. Seramai 61 orang

pelajar akan terlibat dalam kajian ini yang meliputi 6

jenis kursus yang ditawarkan di kedua-dua buah Kolej

Komuniti.

Bagi menjalankan kajian ini, soal selidik

digunakan. Menurut Mohd Majid Konting (1994), soal

selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam

penyelidikan pendidikan. Ia digunakan untuk

mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan fakta-

fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya. Soal

selidik lebih sesuai digunakan dan berkesan serta dapat

mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang

sederhana. Selain itu, responden juga lebih bersedia

dan berani untuk memberi maklumbalas terhadap

aspek yang hendak dikaji (Mohd Najib, 1999).

Soal selidik ini terbahagi kepada lima ( 5)

bahagian iaitu;

Bahagian A : terdiri daripada item-item yang berkaitan

dengan kesesuaian kursus.

Bahagian B : merangkumi persepsi mengenai

keseesuaian sukatan pelajaran.

Bahagian C : item- item yang berkaitan dengan

kemudahan bengkel dan makmal amali.

Bahagian D : terdiri daripada item-item yang berkaitan

dengan hubungan antara pensyarah dan pelajar.

bahagian E : berkaitan hubungan tahap kepuasan

dengan kesesuaian kursus,kesesuaian sukatan

pelajaran, kemudahan bengkel dan makmal amali dan

hubungan antara pensyarah dan pelajar.

Soal selidik ini telah dibangunkan dengan

menggunakan skala Likert untuk mengukur tahap

responden yang terdapat di dalam kuesioner. Skala

Likert merupakan kaedah skala bipolar yang mengukur

baik tanggapan positif atau pun negatif terhadap suatu

penyataan (Rensis Likert, 1932). Ketika jawab setiap

item dalam skala Likert, responden menentukan tingkat

persetujuan mereka terhadap suatu penyataan dengan

memilih salah satu dari pilihan yang tersedia. Format

skala berdasarkan jadual berikut;

Jadual 9.2 : Format skala

10.0 Data Analisis

Kajian ini bercorak kajian kualitatif dan

kuantitatif, dimana hubungan pembolehubah bersandar

dan pembolehubah tidak bersandar akan menunjukkan

nilai daripada skala yang telah ditetapkan. Soal selidik

ini merangkumi 2 bahagian iaitu bahagian A; butiran

diri dan bahagian B; soalan yang mengkaji objektif

kajian. Dalam bahagian B, skala 1 hingga 5 disediakan

kepada 40 soalan. Objektif per-1; kursus yang

ditawarkan mengandungi 6 soalan. Bagi objektif ke-2,

sukatan pelajaran merangkumi 7 soalan. Seterusnya

objektif ke-3; kemudahan bengkel amali terdapat 5

soalan. Kemudian objektif ke-4; hubungan antara staf

akademik dengan pelajar wujud 17 soalan dan akhir

sekali objektif ke-5; hubungan antara setiap indikator

dengan kepuasan pelajar 5 soalan.

Analisis dijalankan menggunakan perisian

SPSS di mana melihat kepada frekuensi berdasarkan

skala jawapan dan peratusan min bagi skala positif atau

negatif. Daripada analisis tersebut di dapati 76.9%

responden menyatakan bahawa kursus yang ditawarkan

sesuai dengan pelajar. Bagi sukatan pelajaran, 79.5%

responden memberikan jawapan bersetuju dengan

kesesuaian mereka. Seterusnya, 59.0% menunjukkan

bahawa kemudahan bengkel atau makmal amali

menepati tahap kepuasan belajar pelajar. Melalui

analisis ini juga, 87.2% responden berpuashati dengan

jaringan komunikasi diantara pelajar dengan staff

akademik.

Analisis ini juga menguji hubungan antara

kesesuaian kursus, sukatan pelajaran, kemudahan

bengkel/makmal amali dan jaringan komunikasi

dengan pensyarah terhadap tahap kepuasan belajar

pelajar Sijil Modular Kebangsaan. Hasil analisis

mendapati 89.1% pelajar menyatakan bahawa mereka

berpuashati dengan sijil modular kebangsaan yang

ditawarkan dari segi kesesuaian kursus, sukatan

pelajaran, kemudahan bengkel/makmal amali dan

jaringan komunikasi dengan pensyarah.

Skala Butiran

1 Sangat Tidak Bersetuju

2 Tidak Bersetuju

3 Berkecuali

4 Setuju

5 Sangat Bersetuju

11.0 Batasan Kajian

Beberapa batasan kajian digariskan sebagai

panduan dalam memastikan data yang diperolehi

memenuhi kehendak objektif. Batasan kajian adalah

seperti berikut;

1. Kajian ini dijalankan kepada pelajar Sijil

Modular Kebangsaan Kolej Komuniti Mas

Gading dan Kolej Komuniti Cawangan

Santubong.

2. Hanya melibatkan pelajar SMK Pemasangan

Elektrik, SMK Teknologi Maklumat dan SMK

Agro pertanian.

3. Soal selidik diedarkan kepada yang terpilih

sahaja.

4. Pelajar dimestikan jawab pada waktu yang

ditetapkan dan secara perseorangan.

5. Soal selidik akan diedarkan secara rawak

kepada 61 orang pelajar yang akan dipilih

melalui cabutan nama.

6. Jumlah soal selidik yang akan diproses

sekurang-kurangnya 51 orang pelajar.

12.0 Kesimpulan

Diharapkan dengan adanya kajian ini dapat

memberikan penjelasan yang terkini mengenai tahap

kepuasan belajar pelajar Sijil Modular Kebangsaan

(SMK) di Kolej Komuniti Mas Gading dan Kolej

Komuniti Cawangan Santubong. Dalam kajian ini telah

menunjukkan bahawa setiap indikator yang digunakan

akan memberikan data mengenai tahap kepuasan

belajar pelajar. Semoga kajian ini dapat digunakan

untuk meneruskan lagi kajian pada masa hadapan

mengenai hubungan di antara setiap mekanisma yang

digunakan dengan tahap kepuasan belajar pelajar dan

boleh dimantapkan lagi dengan beberapa indikator baru

yang akan dilihat pada masa hadapan.

13.0 Rujukan

Bahagian Kurikulum Pendidikan Teknik dan

Vokasional, (2000). “Kurikulum Kolej

Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia”.

Espinoza, J.M., (1999). “Skills Students Learn While

Working in College”. Blackburg, Virginia.

Green, F. (2001). “Market Value of Generic Skills”.

Research Paper 8, University of Kent.

Ibrahim Ahmad Barjunid, (2002). “Changing Mindset:

Lifelong Learning for Educationalists”. Paper

presented at International Conference on

Lifelong Learning, University Malaya.

Athiyaman, A. (1997) “Linking student satisfaction

and service quality perceptions: the case of

University Education”. MCB University Press,

Vol 31 No. 7, pp. 528-540.

Parasuraman, A : Berry, L. and Ziethaml, A (1988).

“SERQUAL: a multiple scale for measuring

customer perception of service quality”, Journal

of Retailing, pp.12-40.

Likert, Rensis (1932), “A Technique for The

Measurement of Attitudes”, Archieves of

Psychology 140: 1 – 55.

Dawes, John (2008), “Do Dato Characteristics Change

According to The Number of Scale Point Used?

An Experiment Using 5-point, 7-point and 10-

point scales, International Journal of Market

Research, 50 (1), 61 – 77.

BORANG SOAL SELIDIK

TAHAP KEPUASAN KERJA BAGI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI WILAYAH SARAWAK

Bahagian A : Butiran Peribadi Responden

1. Kolej Komuniti :

2. Gred Semasa :

3. Jantina : ( ) Lelaki ( ) Perempuan

4. Umur :

5. Bangsa :

(Nyatakan)

6. Pendidikan tertinggi :

7. Pengkhususan : ( ) Sains ( ) Sastera

8. Tempoh Berkhidmat : ______ Tahun _____ Bulan

9. Tempoh Berkhidmat : ______ Tahun _____ Bulan di Kolej Komuniti

48 dan ke atas

41 - 44

29 - 36

25 dan ke bawah

26 - 35

36 - 45

Melayu

Cina

Lain-Lain

Diploma

Ijazah

Sarjana

Bahagian B

Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui secara umum persepsi Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Sarawak mengenai aspek visi, komunikasi, semangat berpasukan dan suasana di tempat kerja. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan menandakan ( √ ). Pilihan jawapan adalah berdasarkan pilihan jawapan yang berikut;

1 – Sangat tidak bersetuju 2 – Tidak bersetuju 3 – Berkecuali 4 – Bersetuju 5 – Sangat bersetuju

Bil Perkara 1 2 3 4 5

A Visi

1. Saya memahami visi organisasi.

2. Visi organisasi telah disebarkan dengan berkesan kepada semua staf.

3. Pembentukkan visi telah dibuat dengan penglibatan staf.

4. Objektif kerja saya adalah selaras dengan visi organisasi.

5. Saya mengetahui perkaitan antara kerja saya dengan visi organisasi.

B Komunikasi

1. Adalah mudah untuk saya menyampaikan pendapat kepada ketua terdekat saya.

2. Ketua saya berkomunikasi dengan berkesan bagi menangani konflik yang ditimbulkan.

3. Komunikasi antara staf adalah cemerlang di organisasi ini.

4. Arahan kerja saya di organisasi ini adalah jelas.

5. Komunikasi kerja dari ketua terdekat adalah amat baik dengan bahagian-bahagian lain di dalam organisasi.

C Kerja Berpasukan

1. Semangat kerja berpasukan saya di organisasi ini adalah tinggi.

2. Saya mengetahui peranan saya sebagai ahli dalam pasukan untuk organisasi ini.

3. Saya dapat melaksanakan tugas dalam pasukan dengan cemerlang di organisasi ini.

4. Saya seronok bekerja secara berpasukan di organisasi ini.

5. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam kerja berpasukan di organisasi ini.

D Persekitaran Tempat Kerja

1. Aspek peralatan yang saya gunakan adalah sesuai.

2. Suhu ruang tempat kerja adalah sesuai.

3. Aspek keselamatan di tempat kerja adalah terjamin.

4. Suasana kerja di organisasi ini adalah tenang.

5. Kebersihan di tempat kerja adalah cemerlang.

Bahagian C

Soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui secara umum persepsi Pensyarah Kolej Komuniti Wilayah Sarawak. Jawab soalan-soalan yang diberikan dengan menandakan ( √ ). Pilihan jawapan adalah berdasarkan pilihan jawapan yang berikut;

1 – Sangat tidak bersetuju 2 – Tidak bersetuju 3 – Berkecuali 4 – Bersetuju 5 – Sangat bersetuju

Bil Perkara 1 2 3 4 5

1 Saya suka menjadi seorang Pensyarah Kolej Komuniti.

2 Saya tidak menyesal berkhidmat dengan Kolej Komuniti.

3 Saya berasa bangga berada di Kolej Komuniti.

4 Saya amat bersemangat untuk bekerja di Kolej Komuniti.

5 Kolej Komuniti sehaluan dengan jiwa saya.

6 Kolej Komuniti adalah penting untuk imej saya.

7 Saya rasa bertanggungjawab terhadap Kolej Komuniti dan akan meneruskan perkhidmatan saya di organisasi ini.

8 Saya selesa bekerja di Kolej Komuniti.

9 Saya rasa bahawa saya mempunyai kewajipan untuk terus berkhidmat di Kolej Komuniti.

10 Saya bekerja disebabkan rasa tanggungjawab terhadap pembangunan Kolej Komuniti.

11 Saya akan menghadapi banyak gangguan dalam kehidupan sekiranya saya mengubah tempat kerja sekarang.

12 Saya telah memberi banyak sumbangan kepada kemajuan Kolej Komuniti

13 Mengubah tempat kerja sekarang akan memerlukan banyak pengorbanan peribadi.

14 Saya akan rasa bersalah jika saya meninggalkan Kolej Komuniti.

15 Saya akan rasa tertekan jika saya berpindah tempat kerja.

16 Meninggalkan Kolej Komuniti sekarang akan melibatkan kos yang tinggi.

17 Saya amat berpuas hati dengan kebebasan yang diberikan untuk memilih kaedah pengajaran.

18 Saya suka bekerja di kolej Komuniti.

19 Secara amnya, saya amat berpuas hati dengan pekerjaan ini.

20 Saya amat puas hati dengan peluang yang diberikan kepada saya untuk menggunakan kebolehan saya.

21 Saya amat puas hati dengan perhubungan saya dengan staf lain.

22 Saya amat puas hati dengan perhubungan saya dengan pihak atasan.

23 Saya amat puas hati dengan pencapaian yang diperolehi dari kerja yang dilakukan.

24 Saya amat puas hati dengan gaji yang diterima.

25 Saya amat puas hati dengan tanggungjawab yang diberikan.

26 Saya amat puas hati dengan pencapaian yang diperolehi oleh pelajar saya.

27 Saya amat puas hati dengan penglibatan saya dalam membuat keputusan.

28 Saya amat puas hati dengan kepelbagaian kerja yang diberikan.

29 Saya amat puas hati dengan waktu pejabat yang telah ditetapkan.

30 Saya amat puas hati dengan penghargaan yang diberikan kepad kerja yang telah dilakukan dengan baik.

31 Saya amat puas hati dengan peluang kenaikan pangkat yang sedia ada.

32 Saya amat puas hati kerana diberikan tugas yang sesuai dengan kebolehan saya.

33 Saya amat puas hati dengan pembahagian tugas-tugas bagi tahun ini.

34 Saya amat puas hati dengan sistem rekod kehadiran pensyarah menggunakan “Punch Card”.

35 Saya amat puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak pentadbiran.

36 Saya amat puas hati dengan pengkongsian ilmu oleh pensyarah yang menghadiri kursus / seminar / bengkel / latihan.

37 Saya amat berpuas hati dengan keadaan keadaan persekitaran kerja di Kolej Komuniti.

38 Saya amat berpuas hati dengan peluang yang diberikan untuk menyertai seminar akademik.

39 Saya amat berpuas hati dengan kemudahan pembelajaran dan pengajaran untuk kegunaan pensyarah Kolej Komuniti.

40 Adakah ada berasa puashati dengan kerja yang anda lakukan pada masa ini?

TERIMA KASIH DI ATAS KERJASAMA ANDA

Ya Tidak


Recommended