+ All Categories
Home > Documents > Kepelbagaian Sistem Persekolahan di Malaysia: Tinjauan Awal Pengalaman Komuniti Pulau Mabul di...

Kepelbagaian Sistem Persekolahan di Malaysia: Tinjauan Awal Pengalaman Komuniti Pulau Mabul di...

Date post: 22-Feb-2023
Category:
Upload: ukm
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
13
1 KEPELBAGAIAN SISTEM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA: TINJAUAN AWAL PENGALAMAN KOMUNITI PULAU MABUL DI SABAH, MALAYSIA Badariah Saibeh, Universiti Kebangsaan Malaysia Ong Puay Liu,Universiti Kebangsaan Malaysia Sivapalan Selvadurai, Universiti Kebangsaan Malaysia Marsitah Mohd Radzi, Universiti Malaysia Sabah Nor Adlyizan Theis, Universiti Kebangsaan Malaysia Ong Puay Hoon, Universiti Malaysia Sarawak Abstrak Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan penemuan awal kajian mengenai pengalaman komuniti Pulau Mabul yang terdiri daripada orang kampung dan kanak-kanak tidak bersekolah. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, agama, budaya, bahasa, kelas, negeri dan kepelbagaian sistem persekolahan, maka persoalan yang sering kali ditanya adalah seperti: apakah maksud pendidikan? Adakah pendidikan untuk warganegara sahaja dan apakah jenis pendidikan dan persekolahan yang sesuai untuk memenuhi keperluan dan keadaan hidup kumpulan yang berlainan ini. Selain itu adakah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 2025 mengambilkira pelaksanaan pendidikan secara menyeluruh termasuk memenuhi hak asasi kanak-kanak yang berstatus ‘stateless’ di negara ini. Populasi orang yang berstatus ‘stateless’ di Malaysia kian ramai dan situasi ini telah terjadi sejak tahun 1974 dan dilalui oleh empat generasi di Pulau Mabul, Sabah. Kanak-kanak ini tidak dimiliki oleh mana-mana negara di dunia ini dan akan menjalani kehidupan hariannya di Pulau Mabul bersama masyarakat setempat yang berstatus warganegara Malaysia. Apakah pandangan komuniti Pulau Mabul mengenai pendidikan. Apakah makna sekolah kepada kanak-kanak ‘stateless’ ini? Adakah mereka ingin bersekolah dan kenapa? Adakah mereka mempunyai peluang untuk mencapai cita-cita mereka apabila dewasa kelak? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini akan dianalisis melalui data kajian. Pengenalan Transformasi pendidikan Malaysia diteruskan lagi dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 2025. Pelan yang dirancang untuk dilaksanakan selama 12 tahun ini adalah hasil daripada kajian secara menyeluruh untuk membangunkan sistem pendidikan negara dalam melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa depan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025). Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan budaya, sistem pendidikan seharusnya dilihat dan difikirkan untuk dilaksanakan dengan lebih kompleks, rencam dan menyeluruh. Namun, persoalannya bagaimana matlamat ini dapat dicapai?
Transcript

1

KEPELBAGAIAN SISTEM PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA: TINJAUAN AWAL

PENGALAMAN KOMUNITI PULAU MABUL DI SABAH, MALAYSIA

Badariah Saibeh, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ong Puay Liu,Universiti Kebangsaan Malaysia

Sivapalan Selvadurai, Universiti Kebangsaan Malaysia

Marsitah Mohd Radzi, Universiti Malaysia Sabah

Nor Adlyizan Theis, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ong Puay Hoon, Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan penemuan awal kajian mengenai

pengalaman komuniti Pulau Mabul yang terdiri daripada orang kampung dan kanak-kanak

tidak bersekolah. Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, agama, budaya,

bahasa, kelas, negeri dan kepelbagaian sistem persekolahan, maka persoalan yang sering

kali ditanya adalah seperti: apakah maksud pendidikan? Adakah pendidikan untuk

warganegara sahaja dan apakah jenis pendidikan dan persekolahan yang sesuai untuk

memenuhi keperluan dan keadaan hidup kumpulan yang berlainan ini. Selain itu adakah

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 – 2025 mengambilkira pelaksanaan

pendidikan secara menyeluruh termasuk memenuhi hak asasi kanak-kanak yang berstatus

‘stateless’ di negara ini. Populasi orang yang berstatus ‘stateless’ di Malaysia kian ramai

dan situasi ini telah terjadi sejak tahun 1974 dan dilalui oleh empat generasi di Pulau

Mabul, Sabah. Kanak-kanak ini tidak dimiliki oleh mana-mana negara di dunia ini dan akan

menjalani kehidupan hariannya di Pulau Mabul bersama masyarakat setempat yang

berstatus warganegara Malaysia. Apakah pandangan komuniti Pulau Mabul mengenai

pendidikan. Apakah makna sekolah kepada kanak-kanak ‘stateless’ ini? Adakah mereka

ingin bersekolah dan kenapa? Adakah mereka mempunyai peluang untuk mencapai cita-cita

mereka apabila dewasa kelak? Jawapan kepada persoalan-persoalan ini akan dianalisis

melalui data kajian.

Pengenalan

Transformasi pendidikan Malaysia diteruskan lagi dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia, 2013 – 2025. Pelan yang dirancang untuk dilaksanakan selama 12

tahun ini adalah hasil daripada kajian secara menyeluruh untuk membangunkan sistem

pendidikan negara dalam melakarkan visi sistem pendidikan dan murid yang dapat

memenuhi keperluan negara pada masa depan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013-2025). Walau bagaimanapun, sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian

etnik dan budaya, sistem pendidikan seharusnya dilihat dan difikirkan untuk dilaksanakan

dengan lebih kompleks, rencam dan menyeluruh. Namun, persoalannya bagaimana matlamat

ini dapat dicapai?

2

Bagi menjawab persoalan tersebut, persoalan-persoalan asas perlu dijawab terlebih dahulu

iaitu apakah maksud pendidikan? Adakah sistem pendidikan di Malaysia untuk warganegara

sahaja? dan apakah peranan pendidikan untuk memupuk kesepaduan sosial? tetapi dalam

konteks pendidikan di Malaysia, persoalan ini sukar dijawab kerana maksud pendidikan

masih kabur lagi di negara ini kerana kebanyakan penulisan mengenai pendidikan di

Malaysia hanyalah menakrif pendidikan dari segi matlamat atau tujuan dan peranan

pendidikan. Tinjauan literature mengenai laporan pendidikan dan dasar-dasar kerajaan juga

hanya menyatakan peranan pendidikan dan tidak ada langsung takrifan mengenai pendidikan

(Ong et. al. 2013).

Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada projek penyelidikan bertajuk ‘Kesepaduan sosial

melalui pembentukan konsep 1R dalam pendidikan Malaysia’ (1R+3r). Projek ini dibiayai

oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (kini Kementerian Pendidikan Malaysia) di

bawah dana jangka panjang selama tiga tahun mulai 2012 (kod program:

LRGS/BU/2011/UKM/CMN). Soalan-soalan yang dikemukakan di atas menjadi asas

penyelidikan projek 1R+3r. Empat buah negeri di Malaysia dipilih sebagai lokasi kajian iaitu

negeri Sarawak, Sabah, Selangor dan Kelantan. Kertas kerja ini hanya membincangkan

tinjauan awal dapatan kajian yang diperolehi dari salah satu lokasi kajian di Sabah (daripada

5 lokasi kajian di Sabah) semasa kerjalapangan di Pulau Mabul Sabah pada 16 hingga 18

September 2013 yang lepas. Justeru, kertas kerja ini masih dalam bentuk draf awal kerana

analisis data lapangan baru dimulakan.

Latar Belakang Projek 1R+3r dan Metodologi Penyelidikan

Tema utama projek ini adalah peranan pendidikan dalam memupuk kesepaduan sosial.

Tumpuan asas penyelidikan ini adalah idea tentang konsep 1R+3r sebagai satu prinsip

penting dalam membolehkan pendidikan memainkan peranan membawa pelajar pelbagai

latar belakang menjadi bersama dari segi:

a. Membolehkan mereka mengetahui dan memahami diri dan orang lain.

b. Memupuk semangat kewarganegaraan sepunya.

c. Membina hubungan-hubungan mesra, bermakna, saling menghormati dan saling bantu-

membantu antara satu samalain, merentasi batas etnik, budaya, agama, kelas, negeri dan

sebagainya.

1R bermaksud ‘Hubungan’ (Relationship) dan 3r merujuk kepada ‘kenal, hormat dan terima’

(recognize, respect and reconcile). Soalannya adalah, dapatkah pelajar memperoleh 1R+3r ini

daripada sistem pendidikan dan pengalaman persekolahan yang dilalui?

Kertas kerja ini merupakan rangkaian tiga kertas kerja yang dibentangkan dalam SKIM XIII

ini, masing-masing mengkhusus kepada hasil lapangan satu negeri sahaja. Kertas kerja ini akan

membentangkan hasil tinjauan awal di salah satu tempat daripada lima tempat yang terpilih di

Sabah.

3

Metodologi penyelidikan yang dilakukan bagi kerjalapangan di Sabah adalah menggunakan

kaedah temubual bersama orang kampung dan borang soal selidik kepada kanak-kanak Pulau

Mabul. Enumerator yang dilantik bagi kerjalapangan ini terdiri daripada orang tempatan yang

boleh berbahasa tempatan (bahasa Bajau dan Suluk) kerana kebanyakan orang kampung tidak

mahir berbahasa Melayu. Selain itu, cara one-to-one diaplikasikan semasa sesi temu ramah dan

ketika kanak-kanak menjawab borang soal selidik kerana majoriti responden tidak tahu

membaca dan menulis. Antara aspek-aspek yang dibincangkan adalah tentang (i) persepsi

penduduk kampung mengenai pendidikan dan persekolahan (ii) persepsi kanak-kanak yang

tidak bersekolah mengenai pendidikan.

Latar Belakang Kajian

Pada tahun 1997, negeri Sabah tercatat sebagai negari paling miskin di Malaysia dengan

peratusan kemiskinan sebanyak 22.1 peratus berbanding Kuala Lumpur hanya 0.1 peratus

sahaja. Kebanyakan masyarakat yang miskin ini tinggal di luar bandar (JBIC, 2000). Selain

itu, lebih daripada 2.3 juta penduduk Malaysia yang berstatus bukan warganegara berada di

negara ini dan 38 peratus daripadanya tinggal di negeri Sabah dan secara tidak langsung ianya

telah menjadikan negeri Sabah mempunyai populasi kanak-kanak yang teramai di Malaysia

(Jabatan Statistik Malaysia, 2011).

Pada tahun 2011, Jabatan Statistik Malaysia melaporkan Sabah mempunyai 1,256 ribu kanak-

kanak. Mereka mempunyai pelbagai status sosial. Terdapat kanak-kanak yang berstatus

warganegara, kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, kanak-kanak

yang tidak mempunyai status kewarganegaraan (stateless), kanak-kanak migran (ibu atau

bapanya pekerja asing di Malaysia), pelarian dan pendatang asing tanpa izin (Jabatan Statistik

Malaysia, 2009). Selain itu, anak-anak migran yang lahir di Malaysia juga berisiko tinggi tidak

memiliki sebarang dokumen pengenalan diri. Tambahan lagi, sekiranya ibu bapa kanak-kanak

ini dihantar ke negara asal dan mereka ditinggalkan tanpa sebarang jagaan daripada orang yang

mempunyai tali persaudaraan dengan mereka di negara ini maka, keadaan akan bertambah

lebih buruk kerana kanak-kanak tersebut akan mengalami kesukaran untuk kembali ke negara

asal kedua ibu bapa mereka bagi membuat permohonan dokumen pengenalan diri atau

mendapatkan passport. Sekiranya kerajaan atau mana-mana negara yang tidak dapat mengenal

pasti identiti kanak-kanak ini, maka kanak-kanak ini berisiko besar menjadi ‘statelessness’

(Olson, 2007).

Menurut W. Shawaluddin W. Hassan et.al., (2010), semua kanak-kanak yang lahir di Malaysia

perlu mempunyai sijil kelahiran. Sijil kelahiran ini penting sebagai ‘pass masuk’ menikmati

kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia seperti pendidikan dan kesihatan.

Lanjutan itu, semasa kanak-kanak ini berumur 12 tahun, mereka wajib memiliki dokumen

pengenalan diri atau kad pengenalan yang memberi peluang kepada mereka melanjutkan

pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mendapatkan pekerjaan dalam sektor kerajaan.

Sebaliknya, bagi kanak-kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri mereka tidak

4

layak untuk menikmati kemudahan perkhidmatan asas di negara ini termasuklah pendidikan

dan kesihatan. Walaupun terdapat ruang bagi memohon dokumen pengenalan diri bagi kanak-

kanak ini tetapi kriteria dan prosesnya sangat rumit. Ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa

kanak-kanak yang berstatus pekerja asing mengalami masalah untuk membuat permohonan

selain tidak mampu untuk membayar kos perjalanan atau bayaran kepada ‘orang tengah’ untuk

membuat permohonan bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri kepada anak-anak mereka

(Mulakala, 2011).

Walau bagaimanapun, Malaysia sebagai ahli dalam Convention on the Right of the Child

(CRC) perlu memenuhi hak kanak-kanak yang terdapat di negara ini tanpa sebarang

diskriminasi. Di bawah International Refugee Law, negara ini juga sepatutnya memberikan

keselamatan dan perlindungan kepada kanak-kanak ini sehingga prosedur untuk mengenal

pasti dan menentukan status kanak-kanak ini selesai (Olson, 2007). Selain itu, perkara yang

paling penting dan wajar dilaksanakan adalah kanak-kanak ini perlu diberikan pendidikan di

samping situasi dan masalah yang timbul bukannya isu status kewarganegaraan mereka

semata-mata tetapi perlu dilihat dari segi penglibatan mereka dalam masyarakat.

Memiliki status ‘stateless’ mengesahkan kanak-kanak ini tidak dimiliki oleh mana-mana

negara di dunia ini. Maka, kemungkinan mereka tidak akan dihantar ke mana-mana negara lain

dan berkemungkinan besar juga akan menjalani kehidupan seharian mereka di negara Malaysia

dari generasi ke generasi. Populasi ini pasti bertambah dan mereka tinggal setempat bersama

masyarakat yang terdiri daripada warganegara Malaysia. Sekiranya mereka tidak mempunyai

pendidikan, mereka akan mempunyai pengetahuan yang lemah dan berisiko tinggi terlibat

dalam masalah sosial dalam masyarakat seterusnya secara langsung akan ‘terpalit’ kepada

warganegara Malaysia. Oleh itu, pendidikan akan memberikan mereka pengetahuan asas dan

mengajar mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik dan secara langsung akan

mengukuhkan kesepaduan sosial di negara ini.

Pulau Mabul dan komunitinya

Pulau Mabul terletak di negeri Sabah. Peta dunia menunjukkan kedudukan negeri Sabah

dikelilingi oleh tiga laut iaitu Celebes Sea, Sulu Sea dan South China Sea dan Pulau Mabul

berada di Celebes Sea yang berhampiran dengan negara Filipina. Kecantikan alam dan sumber

laut semula jadi di Pulau Mabul telah menjadikannya bukan sahaja tumpuan pelancong yang

gemar dengan aktiviti scuba di seluruh dunia malah tumpuan penghijrahan rakyat Filipina yang

sebahagian besarnya berasal dari Pulau Zamboanga, Filipina. Peta 1.0 di sebelah (bertanda pin)

menunjukkan lokasi kajian dan kedudukan Pulau Mabul di antara lebih kurang 20 pulau yang

terdapat di Semporna.

5

Peta 1.0 Lokasi kajian dan kedudukan Pulau Mabul di antara pulau-pulau di Semporna

(Sumber: Wikipedia http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Sabah-Islands-DarvelBay_PulauMabul-

Pushpin.png)

Pulau Mabul hanyalah sebuah pulau yangkecil dengan keluasan 20 hektar dan terletak di

tenggara Sabah. Pulau ini yang berbentuk bujur dan rata, dengan ketinggian 5 – 10 meter dari

aras laut. Pulau Mabul dipisahkan dari tanah besar dan Semporna oleh pelantar laut yang cetek

dengan kedalaman 2-20 meter dengan perjalanan menggunakan bot laju lebih kurang sejam

dan dipisahkan dari Pulau Sipadan oleh jurang laut dalam yang mencecah sehingga 800 meter

(Jabil Mapjabi dan Abdul kadir Din, 1999). Peta 2.0 di bawah menunjukkan pemandangan

Pulau Mabul sebagai tempat pelancongan.

Peta 2.0 Pulau Mabul sebagai tempat pelancongan

Sumber: Website Sabah Tourism: http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian

borneo/en/destination/36-mabul-island/

6

Peta 3.0 di bawah menunjukkan pemandangan Pulau Mabul sebagai tempat pelancongan dan

penempatan penduduk.Pulau Mabul didiami oleh penduduk dan dilengkapi dengan kemudahan

sebuah masjid, sekolah rendah, balai raya, balai nelayan, bekalan elektrik dan air yang dijana

oleh generator. Peningkatan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke pulau ini

telah memberi peluang kepada penduduk kampung membuka perniagaan secara kecil-

kecilan.Antaranya ialah kedai runcit, kedai urut kaki dan badan dan gerai makanan dan

minuman.

Peta 3.0 Pulau Mabul sebagai tempat pelancongan dan penempatan penduduk

Sumber: Website Amazing sabah Borneo Travel, http://www.amazingsabahborneotravel.com

Komuniti di Pulau Mabul menurut Jabil Mapjabi dan Abdul kadir Din (2008), pada tahun

1999, Pulau Mabul mempunyai 2,034 orang. Jumlah ini sering berubah-ubah keranan ada

dalam kalangan penduduk berulang-alik ke Filipina atau berhijrah ke tempat lain di Sabah.

Majoriti penduduk adalah pendatang asing dari gugusan pulau kecil di selatan Filipina.Untuk

tujuan keselamatan, pulau ini berada di bawah kawalan Pasukan Polis Gerakan Am. Lebih

separuh daripada penduduk (50.7 peratus) berumur 14 tahun ke bawah.Terdapat dua suku

kaum utama, iaitu Suluk dan Bajau.Majoriti beragama Islam.Rata-rata penduduk mendapat

pendidikan pada peringkat rendah sahaja, iaitu ketika di Filipina dahulu.

Pada tahun 2013, laporan bancian penduduk oleh JKKK Pulau Mabul menunjukkan jumlah

penduduk bertambah seramai 517 orang. Pulau Mabul kini mempunyai 2,551 orang penduduk

dan 365 buah rumah kecil yang diperbuat daripada kayu.Sebahagian daripada penduduk

kampung Pulau Mabul adalah bukan warganegara dan berasal daripada negara

Filipin.Manakala Kanak-kanak di Pulau Mabul pula tidak mempunyai dokumen pengenalan

diri atau ‘stateless’.

7

Persoalan bagaimana status ‘stateless’ ini berlaku dalam kalangan kanak-kanak di Pulau Mabul

mengikut penemuan awal kajian ini adalah disebabkan faktor penghijrahan secara tidak sah ke

Pulau Mabul. Kedudukan negeri Sabah yang dikelilingi oleh laut memudahkan penghijrahan

penduduk daripada negara berdekatan.Dalam konteks Pulau Mabul, penduduk yang paling

ramai berhijrah dan tinggal di Pulau ini berasal dari Zamboanga, Filipina. Kebanyakan

penghijrah ini akan berkahwin dengan orang tempatan di Pulau Mabul, tetapi memandangkan

kedatangan mereka berlaku secara tidak sah, maka secara langsung telah menyebabkan

kesukaran untuk mereka mendapatkan dokumen seperti surat nikah dan surat kesihatan.

Situasi ini berlaku selama empat generasi iaitu sejak tahun 1970-an sehingga kini Kesan

daripada itu, zuriat pasangan ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, tiada

kewarganegaraan atau ‘stateless’.

Definisi ‘stateless menurut UN;

‘Stateless person’ refers to anyone who is not considered a national by any State under

the operation of its law. The absence of a birth certificate does not have a birth

certificate and she has no other wayof tracing her family’s country of origin to apply

for a passport, then the child may indeed be stateless or at risk of statelessness.

Status ‘stateless’ yang ada pada kanak-kanak ini telah menafikan hak mereka untuk memasuki

ssstem pendidikan negara samada di negara Malaysia atau di Filipina. StarEducate pada 13

Oktober 2013 melaporkan bahawa ramai kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan diri

mengalami masalah menerima perkhidmatan kesihatan dan pendidikan. Timbalan Perwakilan

Unicef di Malaysia, Dr. Victor Karunan menyatakan bahawa;

“Whether the issue is legal documentation, status, poverty or distance, these children

face a childhood without a single day in school. Others spend their childhood on the

streets or work as labourers whereas others are exposed at an early age to social ills

like drugs and petty crime…… An alternative education route is needed for those who

do not have access to the national education system. This is essential to fulfil a child’s

basic right to education under the Convention on the Rights of the Child and to achieve

the objectives of Education for All (a global movement led by Unesco) and Millennium

Development Goals (a United Nations initiative) by 2015”.

Persepsi Orang Kampung Mengenai Pendidikan dan Persekolahan

Temu ramah yang dijalankan bersama orang kampung Pulau Mabul seramai 21 orang

menyatakan persepsi mereka mengenai pendidikan dapat dibahagikan kepada tiga perkara iaitu

kepentingan pendidikan, kepentingan sekolah dan masalah dokumen yang menghalang peluang

kanak-kanak di Pulau Mabul mendapatkan pendidikan.

8

1.1 Kepentingan pendidikan

Majoriti orang kampung yang ditemuramah sedar tentang kepentingan pendidikan untuk anak-

anak. Sekolah dikatakan akan dapat membantu anak-anak mereka berjaya pada masa akan

datang. Mereka juga menyatakan;

“…kanak-kanak akan menjadi jahat kalau tidak ada pendidikan…”

“…sekolah adalah masa depan mereka…”

“…saya bercita-cita menyekolahkan anak-anak untuk menjawat-jawatan kerajaan, tetapi

semua ini sia-sia tanpa dokumen pengenalan diri…”.

Selain itu, responden juga menyatakan kegusarannya, “…sangat susah kalau tiada pendidikan

di pulau Mabul…” Ini adalah kerana pendidikan dikatakan mampu meluaskan pemikiran

kanak-kanak dan belia. Oleh sebab itulah pendidikan sangat penting untuk masa depan anak-

anak mereka dan mengharapkan generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih

baik berbanding sekarang.

1.2 Kepentingan sekolah

Maklum balas mengenai kepentingan sekolah kepada penduduk kampong Pulau Mabul,

majoritinya menyatakan bahawa penubuhan Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul banyak

membantu membina asas pendidikan kepada kanak-kanak Mabul dan mendatangkan kebaikan

untuk anak-anak mereka .Responden juga mengatakan sekolah di Pulau Mabul dapat

megembangkan lagi bakat kanak-kanak dan menbantu kanak-kanak menguasai 3M iaitu

membaca, menulis, dan mengira. Oleh sebab itu, sekolah menengah di Pulau Mabul perlu

ditubuhkan bagi memudahkan lanjutan pendidikan anak-anak mereka peringkat menengah.

Penduduk kampung juga berharap agar kerajaan dapat membantu penduduk kampng Pulau

Mabul dengan memberi dokumen pengenalan diri kepada anak-anak mereka agar anak-anak ini

mendapat pendidikan yang sepatutnya. Selain itu, bagi responden yang mempunyai dokumen

pengenalan diri menyatakan kerisauannya terhadap sikap guru-guru yang lambat datang ke

sekolah dan tidak amanah mengajar murid-murid di S.K Pulau Mabul dan kesannya murid-

murid yang berada di darjah 6 masih belum boleh membaca.

1.3 Masalah dokumen

Apalah ditanya mengenai masalah pendidikan, jawapan yang diterima daripada orang

kampung, ramai kanak-kanak yang terlepas peluang pendidikan disebabkan masalah pemilikan

dokumen pengenalan diri dan tidak mempunyai taraf kewarganegaraan. Antara dokumen yang

tidak dimiliki oleh kedua mereka adalah sijil nikah dan sijil kesihatan dan menyebabkan

mereka sukar untuk memohon sijil kewarganegaraan kepada anak-anak mereka walaupun salah

seorang daripada ibu bapa ini adalah warganegara Malaysia.

9

Sebelum ini, kanak-kanak di Pulau Mabul yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri

dibantu untuk mendapat pendidikan di S.K Pulau Mabul di waktu petang, namun tidak akan

menduduki peperiksaan UPSR atau peperiksaan awam yang lain. Tetapi, bermula pada tahun

2012, kanak-kanak yang tidak memiliki sijil lahir telah diberhentikan daripada meneruskan

pelajaran di S.K Pulau Mabul. Ini menyebabkan lebih ramai kanak-kanak di Pulau mabul

terasing daripada alam persekolahan. Penduduk kampung juga menyatakan bahawa kerajaan

tiada inisiatif dalam memberi bantuan pendidikan kepada kanak-kanak yang mengalami

masalah dokumen pengenalan diri. Mereka juga menyatakan harapan agar kerajaan memberi

peluang kepada anak-anak mereka yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri untuk

belajar di sekolah kebangsaan.

Walau bagaimanapun, terdapat sekolah NGO di Pulau Mabul yang menyediakan pendidikan

asas kepada kanak-kanak Pulau Mabul yang tidak mempunyai dokumen seperti Madrasah dan

Mabul Kids Education Society. Anak-anak mereka menghadiri kelas KAFA (Kelas Asas Fardu

Ain) dan KBI (Kelas Bimbingan Insan). Manakala, bagi Mabul Kids Education Society pula

memberikan pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) dengan bayaran yuran

RM15.00 sebulan. SEkolah ini hanya mempunyai seorang guru sahaja (bukan warganegara

Malaysia) mengajar seramai 80 orang kanak-kanak dan tempoh masa pengajaran hanyalah 1

hingga dua jam sahaja bermula jam 8.00 malam hingga 9.00 atau 10.00 malam setiap hari.

Bagi ibu bapa yang tidak mampu membayar yuran bulanan, hanya menyekolahkan seorang

atau dua orang anak-anak dan anak-anak ini akan mengajar adik-adik mereka kemahiran 3M di

rumah.

Persepsi Kanak-Kanak Tidak Bersekolah Terhadap Pendidikan

Seramai 30 orang responden yang dipilih secara rawak dalam kajian ini yang terdiri daripada

18 orang daripada etnik Suluk, 7 orang daripada etnik Bajau dan selebihnya 7 orang daripada

perkahwinan campur Bajau-Suluk. Responden berumur antara 10 tahun hingga 17 tahun. Dari

aspek kewarganegaraan, lebih daripada separuh iaitu 20 orang ibu responden merupakan

warganegara Filipina dan 12 orang adalah warganegara Malaysia. Manakala ibu atau bapa

responden yang berwarganegara Malaysia adalah seramai 13 orang dan selebihnya seramai 19

orang adalah warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun, responden yang mempunyai surat

lahir hanya 6 orang sahaja, 18 orang lagi tidak mempunyai surat lahir dan 2 orang responden

memegang dokumen pengenalan diri iaitu seorang memiliki dokumen berwarna hijau, dan

seorang lagi mempunyai dokumen pengenalan diri berwarna kuning, surat akuan, surat lahir

asing dan passport. Masalah dokumen pengenalan diri responden ini amat berkait rapat dengan

situasi responden yang mempunyai salah seorang sahaja antara ibu atau ayahnya adalah

merupakan warganegara Malaysia dan salah seorangnya warganegara Filipina.

Aktiviti yang selalu dilakukan oleh responden dalam sehari adalah bermain dengan kawan-

kawan iaitu seramai 17 orang yang menjawab mereka bermain kejar-kejar, rumah-rumah,

bola, badminton, berenang dan memancing ikan bersama kawan-kawan. Selain itu, 7 orang

10

responden lagi menyatakan mereka mengemas rumah setiap hari, 3 orang jaga adik, 2 orang

bantu ibu dan seorang bekerja.

Jadual 1 di bawah menunjukkan persepsi kanak-kanak terhadap sekolah. Sebahagian besar

responden menjawab maksud sekolah adalah tempat belajar. Selain itu, ada juga menyatakan

sekolah adalah tempat cari kerja, seperti rumah, tempat mencapai cita-cita, penting dan sangat

bagus. Kajian ini mendapati hanya 14 orang responden sahaja yang pernah bersekolah tetapi

hanya setakat darjah 2, 3, 4 dan 5 di S.K Pulau Mabul dan terpaksa diberhentikan sebab tidak

mampu dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Manakala 14 responden lagi langsung

tidak pernah bersekolah dan 2 orang responden menjawab hanya pernah bersekolah selama

setahun dan setahun lebih. Namun majoriti responden iaitu seramai 26 orang menyatakan

mereka ingin bersekolah supaya pandai membaca, ingin pandai, capai-cita-cita dan berasa

seronok berada di sekolah. Hanya 3 orang sahaja yang menyatakan tidak ingin bersekolah dan

seorang menjawab tidak tahu samada dia ingin bersekolah atau tidak. Seramai 25 orang

responden juga digalakkan oleh ibu bapa mereka ke sekolah dan 4 orang daripada responden

tersebut menyatakan ibubapa mereka tidak menggalakkan mereka ke sekolah kerana tidak

mampu membayar yuran sekolah. Seorang lagi responden tidak memberikan jawapan.

Jadual 1 Persepsi Kanak-Kanak Terhadap Sekolah

Maksud

sekolah

Jumlah

(org)

Pernah

sekolah Jumlah (org)

Adakah anda

ingin bersekolah

Jumlah

(org)

Adakah ibubapa

ingin anda

bersekolah

Jumlah

(org)

Tempat

belajar

20

Ya 14

(hingga darjah

2,3,4 & 5 di

SK Pulau

Mabul)

Ya 26 Ya 25

Cari kerja 1 Tidak 14 Tidak 3 Tidak 4

Macam

rumah 1

Setahun 1 Tiada

jawapan

1 Tiada jawapan 1

Capai cita-

cita 1

Setahun lebih 1 - - - -

Penting 1 - - - - - -

Sangat

bagus 1

- - - - - -

Tiada

Jawapan 5

- - - - - -

Jumlah

(org) 30

- 30 - 30 - 30

Jadual 2 di bawah menunjukkan pengetahuan kanak-kanak yang tidak bersekolah tentang 3M

iaitu membaca, menulis dan mengira. 17 orang daripada responden menyatakan bahawa

mereka tahu membaca, menulis dan mengira. 4 orang responden hanya tahu menulis dan

mengira, 4 orang lagi hanya tahu mengira dan seorang sahaja yang tahu membaca dan mengira.

Manakala, 2 orang langsung tidak tahu kemahiran 3M. Menjawab soalan kajian dari mana

kanak-kanak ini mengetahui 3M, 10 daripada responden menjawab mereka mengetahuinya

daripada guru-guru S.K Pulau Mabul semasa mereka berkesempatan belajar di waktu petang di

sekolah tersebut sebelum tahun 2012. 4 orang responden menjawab mengetahuinya semasa

11

mengikuti pembelajaran di Mabul Kids Education Society (sebelum berhenti kerana tidak

mampu membayar yuran bulanan). 4 orang juga menjawab daripada ibu bapa dan ahli keluarga

mereka seperti kakak dan abang yang pernah bersekolah. 5 orang responden menjawab

mengetahui 3M daripada orang kampung dan komuniti di sekeliling mereka. Seorang

menjawab mengetahuinya dengan belajar sendiri dan 6 orang responden tidak memberikan

jawapan.

Jadual 2 Pengetahuan Kanak-Kanak Tentang 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Adakah anda tahu 3M Jumlah

(org)

Dari mana tahu 3M Jumlah

(org)

3M 17 Guru SK Pulau Mabul 10

Menulis dan mengira 4 Mabul Kids Education Society 4

Mengira 4 Ibu bapa dan ahli keluarga 4

Menulis 2 Orang kampung dan sekeliling 5

Membaca dan mengira 1 Sendiri 1

Tidak tahu 2 Tiada jawapan 6

Jumlah (org) 30 Jumlah (org) 30

Dapatan yang sangat menarik yang diperolehi daripada kajian ini adalah kebanyakan

responden yang terdiri daripada kanak-kanak tidak bersekolah ini mempunyai cita-cita yang

tinggi. 10 orang daripada responden menyatakan mereka bercita-cita menjadi doktor. 6 orang

pula bercita-cita menjadi polis dan 5 orang menjadi guru. Manakala setiap seorang responden

bercita-cita menjadi ustazah, askar, pelayar, penyanyi dan pemain bola. Namun begitu ada

juga responden yang ingin mengikuti pekerjaan ibu bapa mereka dan bercita-cita menjadi

nelayan, pekerja resort dan pekebun. Bagi responden yang bercita-cita tinggi, menjawab soalan

bagaimana menjawab cita-cita tersebut adalah dengan cara belajar. Diikuti dengan 2 orang

yang menjawab mencapai cita-citanya dengan cara bekerja. 2 orang lagi menjawab tidak tahu

dan 16 orang tidak memberikan jawapan.

Jadual 3 Cita-Cita Kanak-kanak Pulau Mabul

Cita-Cita Jumlah (org) Bagaimana capai

cita-cita

Jumlah

(org)

Doktor 10 Belajar 10

Polis 6 Bekerja 2

Guru 5 Tidak tahu 2

Ustazah 1 Tiada jawapan 16

Askar 1 - -

Penyanyi 1 - -

Nelayan 1 - -

Pekerja resort 1 - -

Pekebun 1 - -

Pelayar 1 - -

Pemain bola 1 - -

Tidak tahu 1 - -

Jumlah (org) 30 Jumlah (org) 30

12

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi melalui tinjauan awal kajian ini menjelaskan

bahawa pendidikan sangat penting. Kepentingan pendidikan bukan sahaja dirasai oleh

warganegara dan bukan warganegara tetapi juga ibu bapa dan kanak-kanak yang ingin turut

serta dalam alam persekolahan dan mendapatkan pendidikan secara rasmi dengan harapan

dapat mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik.

Dapatan kajian ini juga telah menimbulkan banyak persoalan yang mungkin akan dijawab

semasa aktiviti penyelidikan akan datang. Antara persoalan yang timbul adalah (i) ke manakah

hala tuju kehidupan kanak-kanak ‘stateless’ yang tidak bersekolah ini? (ii) Apakah kesan

kehadiran mereka dalam komuniti warganegara di negara ini? (iii) Adakah kesepaduan sosial

hanya berlaku terhadap warganegara sahaja tanpa melibatkan faktor sekeliling? (iv) Apakah

peranan pendidikan 1R+3r terhadap kepada negara? Persoalan ini akan diperhalusi lagi bagi

merealisasikan kesepaduan sosial di negara ini demi keharmonian dan keamanan sejagat.

Rujukan

Anthea Mulakala. 2011. Weekly Insight and Analysis from the Asia Foundation. Atas talian:

http://asiafoundation.org/in-asia/

Amazing Sabah Borneo Travel. 2013. Pulau Mabul. Atas talian:

http://www.amazingsabahborneotravel.com

Department of Statistics Malaysia. 2011. Population distribution and basic demographic

characteristics. Population and housing census 2010

Jabil Mapjabi dan Abdul Kadir Din. 2008, Komuniti nelayan dalam pembangunan pelancongan

di Pulau Mabul. Dalam Isu pembangunan budaya, komuniti dan petempatan. Sintok:

Universiti Utara Malaysia, hlmn. 195-205.

JBIC. 2000. Poverty profile Executive Summary, Malaysia. February 2001. Japan Bank for

International Cooperation

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pulau Mabul. 2013. Laporan Bancian

Penduduk Kampung Pulau Mabul.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia

Olson. 2007. Refugees International Bulletin. Atas talian: www.refugeesinternational.org

13

Ong Puay Liu, Sivapalan Selvadurai, Badariah Saibeh, Marsitah Mohd Radzi dan Shazlin Amir

Hamzah & Ong Puay Hoon. 2012. Tracking the Pathways of Education in Malaysia:

Roots and Routes. Dalam Asian Social Science. Vo. 9, No. 10 August 2013. Canadian

Center of Social Science and Education, hlmn. 98..

Sabah Tourism. 2013. Atas talian: http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-

borneo/en/destination/36-mabul-island/

W. Shawaluddin W. Hassan, Rizal Zamani Idris dan Syahruddin Awang Ahmad. 2010.

Migration, Border Issues, Overlapping Claims and Citizenshi. Dalam Ramzah Dambul,

Marja Azlima Omar dan Sabihah Osman. Sabah Priority Issues. 2010. Kota Kinabalu:

Penerbit UMS, hlmn. 96-97

Wikipedia. 2012. Peta Pulau Mabul. Atas talian: http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Sabah-

Islands-DarvelBay_PulauMabul-Pushpin.png


Recommended