+ All Categories
Home > Documents > laporan rmt sk sering

laporan rmt sk sering

Date post: 15-May-2023
Category:
Upload: ipgkampuspulaupinang
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
25
1. LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN 1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH Gambar 1 sekolah kebangsaan sering tahun 2015 Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1992 oleh Penggawa Daerah Sering pada masa itu Penggawa Che Mamat bin Che Leh atau gelarannya ‘tok Kumbang’ bertempat di kg. Pasir Kasar. Bangunan asalnya 12 kaki X 40 kaki dan ia diperbuat daripada kayu beratap nipah dan berdinding buluh. Ia dibina secara gotong – royong oleh penduduk kampong. Nama asalnya Sekolah Melayu Sering dengan guru besar pertamanya En yahya bin Awang Mat. Bilangan murid pada akhir tahun 1922 seramai 64 orang. Pada tahun 1928 En. Yahya bin awnag mat telah dilantik menjadi penggawa daerah sering. Tempat nya sebagai guru besar diganti oleh En Hassan bin haji sulong pada tahun 1932. tahun 1932 sekali lagi pertukaran guru besar dengan cikgu omar bin bulat pila menjadi guru besar sekolah ini. 1
Transcript

1. LAPORAN RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN

1.0 LATAR BELAKANG SEKOLAH

Gambar 1 sekolah kebangsaan sering tahun 2015

Sekolah ini telah diasaskan pada tahun 1992 oleh Penggawa Daerah Sering pada

masa itu Penggawa Che Mamat bin Che Leh atau gelarannya ‘tok Kumbang’ bertempat di

kg. Pasir Kasar.

Bangunan asalnya 12 kaki X 40 kaki dan ia diperbuat daripada kayu beratap nipah

dan berdinding buluh. Ia dibina secara gotong – royong oleh penduduk kampong. Nama

asalnya Sekolah Melayu Sering dengan guru besar pertamanya En yahya bin Awang Mat.

Bilangan murid pada akhir tahun 1922 seramai 64 orang.

Pada tahun 1928 En. Yahya bin awnag mat telah dilantik menjadi penggawa daerah

sering. Tempat nya sebagai guru besar diganti oleh En Hassan bin haji sulong pada tahun

1932. tahun 1932 sekali lagi pertukaran guru besar dengan cikgu omar bin bulat pila menjadi

guru besar sekolah ini.

1

Pada tahun 1934 sekolah kebangsaan sering telah berpindah ke tempat yang lebih

strategic, berhampiran dengan rumah penggawa dan juga rumah guru besarnya iaitu di

kampung Petani, sering

Semasa pemerintahan jepun sekolah inii tidak memgalami apa-apa perubahan

sehinggalah pada awal tahun lima puluhan, guru besar cikgu omar bin bulat telah berusaha

mendapatkan satu tapak dan bangunan yang lebih sesuai dan kekal. Dengan usaha cikgu

omar bin bulat dan ahli jawatankuasa sekolah pada masa itu maka pada tahun 1953

sebidang tanah lot No 2466 Mukim Sering , Daerah sering seluas 3 ekar 385 depa telah

dibeli daripada tuan punya iaitu Hajjah Zabidah binti Haji Salleh dengan harga $500.00

daripada hasil derma ibubapa dan orang ramai.

Pada tahun 1954 guru besar haji omar bin bulat telah bertukar sekolah. Tempatnya

diganti pula olehcikgu Muhammad bin yusoff bertukar ke sekolah keb. Bukit marak. Tahun

1958 sekolah sering telah mendapat sebuah banguna baru yang kekal berukuran 180 kaki x

20 kaki dengan 6 bilik darjah. Bangunan ini dibina diatas tapak sekolah sekarang ini. Turut

juga dipindahkan ialah bangunan lama untuk menampung kekurangan bilik darjah.

Pada akhir tahun 1968 guru besar haji omar bin bulat telah bersara dan tempat nya

diganti oleh tuan haji razali bin Abdullah. Tahun 1978 sekali lagi sekolah ini mendapat

banguna tambahan berukuran 120 kaki x 25 kaki untuk kegunaan bilik darjah, bilik

perpustakaan dan 2 bilik setor. Tahun ini juga sebuah bangunan kantin turut dibina oleh

pihak kerajaan.

Pada 1hb januari 1980 cikgu haji razali bin Abdullah telah bertukar dan tempatnya

diganti pula oleh cikgu nik Abdullah bin nik mahmood. Serentak dengan ini sekolah

digredkan menjadi ‘ Sekolah Gred B’.

Pada 15hb Mac 1981 seklai lgi sekolah mendapat bangunan tambahan. Sekolah dua

tingkat ini mengandungi 10 bilik darjah, bilir setor, tandas murid dan tandas guru. Oleh

kerana sebelum ini bangunan-bangunan sekolah ini belum dibuka dengan rasminya maka

pada 15hb april 1982 bersamaan 21 jamadil akhir 1402 hijriah satu majlis perasmian

diadakan dan disempurnakan oleh YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Menteri

Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 01.01.1986 sekolah mendapat guru besar baru iaitu

cikgu haji tuan ludin bin tuan lochik AMN.

Pada 1hb mac 1988 cikgu haji tuan ludin bin tuan lochik telah bertukar dan tempatnya

dig anti oleh cikgu haji ab. Rahim bin haji ahmad. Pada 23hb mei 1989 cikgu haji ab. Rahim

bin haji ahmad telah bersara tempatnya sebagai guru besar diganti pula oleh cikgu mahmud

bin hamat. Pada persekolahan tahun 1992 satu kelas ‘prasekolah’ telah dibuka disekolah ini.

2

Serentak dengan ini satu bangunan sekolah prasekolah telah dibuka di sekolah ini. Serentak

dengan ini satu bangunan prasekolah telah dibina disekolah ini oleh kerajaan.

Pada 25hb april 1993 guru besar nik mahmud bin hamat telah bersara. Sesuai

dengan pengredan sekolah kepada ‘sekolah gred A’ , maka pada 3hb julai 1993 sekolah ini

telah mendapat guru besar baru iaitu cikgu hamzah bin hassan. Beliau menjadi guru besar

sekolah ini hingga 1994.

Pada tahun 1994 sehingga tahun 1995 sekolah ini telah dipimpin oleh Pn Hjh

Rosmayati bt Hamat. Seterusnya bermula 1 jun 1996 sehingga sekarang sekolah ini

dipimpin oleh YM Raja Kamarudin b Raja Ismail. Dibawah kepimpinan beliau sekolah ini

telah mencapai tahap kecemerlangan dari segi jumlah pelajar yang mendapat 5 A. Bermula

dengan pencapaian seramai 13 orang mendapat 5 A pada tahun 1998. sehingga sekarang

pencapaian terus melonjak dengan lompatan saujana seramai 43 orang pada tahun 2008.

3

2. 0 PENDAHULUAN

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) telah ditubuhkan dengan kerjasama

kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Program ini adalah bertujuan untuk menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti

berkaitan dengan kesihatan sekolah ke arah melahirkan murid-murid sekolah yang sihat dan

dapat mengesan penyakit yang dihadapi oleh kanak-kanak pada peringkat awal. Program

PBSS ini juga diharapkan dapat melahirkan rasa kekitaan dan komitmen di kalangan warga

sekolah dan program ini diharapkan dapat meningkatkan kesefahaman dan kerjasama

diwujudkan antara sekolah dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan. Program

Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) ini adalah satu usaha yang teratur dan berfokus ke arah

amalan kesihatan perlu dipraktikkan melalui program yang terancang dan bersepadu. Oleh

itu PBSS perlu dirancang, dilaksanakan dan dinilai di setiap sekolah. Ini adalah sejajar

dengan hasrat dan wawasan negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan

berkualiti serta sejajar dengan matlamat dan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin

menjadikan masyarakt yang seimbang dari segi jasmani,emosil,mental dan rohani. Program

ini juga adalah untuk menjadikan sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan

berkualiti kearah negara berwawasan dan maju.

4

2.1 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

GAMBAR 2 program rancangan makanan tambahan SK Sering 2015.

Program Rancangan Makanan Tambahan diadakan bertujuan untuk memberi

makanan yang berkhasiat kepada murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang

miskin. RMT adalah memperuntukan sebanyak 25% hingga 30% daripada keperluan

makanan harian yang diperlukan. Rancangan ini merupakan satu usaha yang bersepadu

dan selaras dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk memberi faedah dan kesihatan

kepada murid-murid yang terlibat. RMT yang dijalankan dibawah Rancangan Bersepadu

Sekolah Sihat adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan tahap pemakanan dan

kesihatan murid-murid terutama kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang

berpendapatan rendah.

Murid-murid yang dipilih untuk menyertai program ini adalah murid-murid yang telah

dikenalpasti berkelayakan seperti mestilah berstatus warganegara Malaysia dan

daripadakeluarga berpendapatan di bawah paras RM400. 00 atau pendapatan per kapita

RM 80. 00 adalah layak untuk menyertai program ini. Kemudian program ini di sekolah

dibawah pengurusan guru RMT dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

5

2.2 MATLAMAT

RMT ini dilaksanakan adalah untuk memberi makanan tambahan kepada murid-

murid sekolah rendah, terutama dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan rendah,

secara imbuhan dan buat sementara waktu, memperbaiki kesihatan sebagai satu usaha

yang selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.

2.3 OBJEKTIF

Antara Objektif utama Rancangan Makanan Tambahan ini adalah untuk :

Menyediakan makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid

yang berkenaan untuk mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan

kekurangan tenaga.

Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.

Menggalakkan penglibatan dan pernyataan masyarakat dalam usaha-usaha sekolah

mengelolakan RMT.

Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta

amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan

makanan dan kebersihan alam sekitar.

Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari

luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan.

Memberi makanan tambahan kepada murid- murid sekolah rendah, terutamanya dari

luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan sementara

waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang selaras

dengan Dasar Pembangunan Negara.

6

3.0 Carta organisasi program RMT

CARTA ORGANISASI RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN ( RMT )SEKOLAH KEBANGSAAN SERING

2015

Rajah 1. Carta organisasi program Rancangan Makanan Tambahan Sk Sering

7

PENGERUSIGURU BESAR

(YM Hj. Raja Kamaruddin bin Raja Ismail)

NAIB PENGERUSIP. KANAN HEM

(YM Tg Mohd Nordin b. Tg Seman)

PENYELARAS RMT(Pn Wan Salwani bt Wan Ahmad)

AHLI JAWATAN KUASA

1. Pn Noorhamidah bt Abdul Hamid 6. Pn Farniz Marini Bt Mohammad2. Pn Rahimah Bt Adam 7. Pn Ruzana Bt Omar3. Pn Che Haripah bt Che Ahmad 8. Pn Noor Aini Bt Hussin4. En Azhar B Ismail 9. En. Muhammad B Yaakob 5. En Rohaimi B Mohamad 10.Pn Norzaina Bt Ariffin

PENYELARAS 2(Puan Nasiah bt Abdul Rahman )

3.1 PELAKSANAAN,TINDAKAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN

Rancangan Makanan Tambahan yang telah dilaksanakan di sekolah adalah satu

usaha yang baik kearah mengurangkan masalah pelajar yang tidak mempunyai sumber

makanan yang seimbang. Biasanya pihak RMT sekolah akan menyediakan menu makanan

yang mampu menambahkan zat dan makanan seimbang kepada murid-murid yang terlibat.

Pada peringkat awal pemilihan menu yang telah ditetapkan oleh kementerian iaitu sebanyak

20 menu yang berkhasiat dan sesuai untuk perkembangan kanak-kanak serta kesihatan

mereka. Pengusaha kantin perlu menyediakan lima menu makanan sehari yang

disenaraikan oleh pihak sekolah mengikut makanan yangdigemari oleh murid-murid dan

dimasak secara bergilir-gilir daripada 20 menu yang ditentukan.

Makanan yang dibekalkan mengandungi tenaga dan zat makanan(nutrient) dan

komponen-komponen lain yang memberi kesan kepada kesihatan murid-murid. Zat-zat ini

penting bagi perkembangan otak dan tumbesar kanak-kanak dalam usia yang tertentu.

Karbohidrat ,lemak dan protein adalah zat yang membekalkan zat dan tenaga.

Untuk menentukan kejayaan dan kemajuan RMT mampu memenuhi matlamat dalam

memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan untuk mencapai

kecemerlangan dan aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah memainkan peranan dalam

melaksankan program RMT untuk memupuk amalan pemakanan yang sihat antara murid –

murid.

Pihak pengusaha RMT oleh sekolah hendaklah mematuhi semula syarat-syarat

penyediaan makanan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan di pantau

oleh ahli jawantankuasa RMT sekolah. Pemantauan yang dibuat adalah untuk memastikan

kebersihan dalam proses penyedian dan pengendalian pemberian makanan, mementingkan

kebersihan makan dan mengawasi segala peraturan kebersihan terutama semasa

menyediakan dan menghidangkan makanan untuk mengelakkan keracunan makanan dan

penyakit berjangkit.

8

Gambar 3 kebersihan dalam penyediaan makanan oleh pihak pengusaha RMT sangat

dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian seperti keracunan makanan dan penyakit

berjangkit berlaku.

Antara kaedah yang digunakan untuk memantau keberkesanan RMT di sekolah adalah

o Melalui Rekod Rancangan Makanan Tambahan

o Laporan bulanan

o Rekod BML murid untuk memastikan berat badan murid bertambah

Pemakanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan aspek yang penting dalam

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Murid sekolah rendah merupakan golongan

yang berada di zaman kanak-kanak dan pemakanan yang betul semasa kanak-kanak boleh

membentuk satu pola pemakanan yang sihat sepanjang hayat seseorang. Usaha mendidik

pada peringkat awal berkenaan pemakanan yang sihatakan membantu kanak-kanak bijak

membuat pemilihan makanan dari segi kualiti dan kuantiti yang patut diambil seterusnya

menghalang pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi, lemah jantung atau

pertambahan berat badan.

9

Gambar 4. Murid-murid Sk sering sedang menikmati makanan dalam program RMT yang

disediakan seawal jam 7 pagi iaitu 45 minit sebelum masa belajar.

Para guru boleh membentuk pola pemakanan yang wajar dan melatih tabiat makan

yang betul dengan menyediakan persekitaran yang kondusif dan memupuk adab makan

yang betul hingga mampu mendorong murid menikmati hidangan dengan selesa dan

menyeronokkan. Persekitaran fizikal ruang makan, kebersihan dan keceriaan ruang makan

perlu dikekalkan agar tabiat makan yang sihat dapat diterap dalam diri murid. Contohnya,

tabiat makan yang baik boleh dibentuk dengan mengamalkan adab makan yang betul. Guru

memainkan peranan yang penting dalam membentuk adab makan murid.

Oleh itu, guru mesti makan bersama-sama murid dan berinteraksi dengan mereka

sewaktu makan. Memandangkan masa yang ada amat bernilai maka peluang tersebut

boleh digunakan oleh guru untuk memberi penerangan tentang makanan, adab dan tabiat

10

makan.

Gambar 5 murid berbaris untuk mengambil makanan yang disediakan oleh pengusaha RMT.

3.1.1 Sumber Kewangan

Peruntukkan kewangan bagi Rancangan Makanan Tambahan ini adalah di sediakan

oleh Kementerian Pelajaran. Bayaran kepada Jabatan Pelajaran dibuat terus oleh Bahagian

Kewangan Pendidikan Negeri Kementerian Pelajaran Malaysia di mana Jabatan Pelajaran

menyalurkan kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan mereka. Pada penghujung setiap

bulan, sekolah akan diberikan cek bagi pembayaran kepada pihak yang mengurus RMT

sekolah setelah laporan bulanan disemak oleh Jabatan.

11

3.1.2 Kaedah dan kriteria pemilihan murid RMT

Di sekolah Kebangsaan Sering, kaedah pemilihan murid adalah melalui proses

pemilihan berdasarkan permohonan borang RMT yang telah diisi oleh ibu bapa atau penjaga

seseorang pelajar itu. Pelajar yang layak dipilih melalui perbincangan oleh Jawatankuasa

RMT yang terdiri daripada PK Hem, wakil PIBG dan 3 guru RMT.. Kriteria pemilihan murid

RMT ini adalah berdasarkan kepada :

a. Murid yang menunjukkan tanda- tanda salah pemakanan.

b. Murid berstatus warganegara dan daripada keluarga yang berpendapatan di bawah

paras RM 400.00 sebulan.

c. Murid berasal daripada saiz keluarga besar namun berpendapatan rendah.

3.1.3 Kaedah dan pemilihan tender untuk RMT

Pengusaha kantin bersetuju menyediakan makanan dengan kadar yang ditetapkan.

Pengusaha kantin membuat tuntutan bayaran daripada AJK RMT sekolah setiap bulan

setelah menerima saluran Kewangan daripada KPM.

3.1.4 Kaedah pembayaran kepada pihak penyediaan makanan

Memandangkan di sekolah Kebangsaan Sering ini pihak kantin yang mengurus dan

menyediakan makanan RMT, maka pihak sekolah akan memberikan bayaran berupa cek

kepada pihak kantin sebulan sekali yang mana cek ini telah dikeluarkan oleh Pejabat

Pelajaran Daerah.

3.1.5 Kaedah pengagihan makanan kepada peserta

Pihak kantin sekolah yang diberikan hak untuk pengurusan dan penyediaan RMT di

sekolah ini telah menyediakan makanan pada hari-hari persekolahan iaitu sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dimulakan. Murid-murid yang mendapat RMT akan diarahkan

mengambil makanan mereka pada jam tujuh setiap masa persekolahan. Murid-murid akan

berbaris untuk mengambil makanan yang diagihkan oleh pengusaha kantin.

12

3.1.6 Pemilihan pekerja- pekerja yang terlibat dengan RMT

Memandangkan pihak sekolah telah memberikan kepercayaan kepada kantin

sekolah dalam penyediaan makanan RMT ini, maka pihak pengurus kantin telah

mengarahkan pekerja- pekerjanya untuk menyedia dan mengurus RMT ini mengikut masa

yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada pemerhatian dan kajian yang dijalankan,

pekerja- pekerja kantin yang bertugas menyedia dan mengurus RMT ini berpakaian kemas

dan memakai apron. Ini adalah berdasarkan kepada panduan pengurusan RMT yang telah

disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.1.7 Pemilihan bahan- bahan mentah

Mengikut peraturan tentang bekalan makanan, penyediaan dan penyimpanan

barang-barang makanan yang terdapat dalam Buku Panduan RMT ( Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2003), dinyatakan bahawa bahan makanan yang patut dihidang hendaklah terdiri

daripada makanan yang:

i. mengandungi zat makanan tertentu untuk membina badan, memberi tenaga dan

mencegah penyakit.

ii. segar, tidak basi, tidak rosak dan tidak busuk.

iii. mengenyangkan.

iv. tidak mengandungi bahan kimia, pewarna dan lain-lain yang boleh merosakkan

kesihatan.

Oleh itu, berdasarkan kepada peraturan di atas, didapati menerusi pemerhatian yang

dilakukan keatas pihak kantin sekolah telah mematuhi peraturan yang disediakan. Bahan

makanan yang disediakan dapat memberikan tenaga kepada murid RMT. Malah ia juga

dapat mengenyangkan dan tidak mengandungi bahan kimia atau pewarna.

13

3.1.8 Menu makanan yang disediakan

Penyelaras RMT iaitu PK Hal Ehwal Pelajar di sekolah ini telah menyediakan menu

makanan yang seimbang untuk dipatuhi oleh pihak kantin. Menu makanan ini disediakan

berdasarkan kepada perbincangan dan persetujuan AJK RMT dengan pengurus kantin

sekolah.

JADUAL MENU MAKANAN RMT SK SERING 2015

Contoh menu makanan bulan Ogos minggu ketiga.

HARI MENU MAKANAN

AHAD - Telur rebus masak merah+nasi putih

- Air sirap

- Buah tembikai

ISNIN - Nasi putih + Ikan goreng + sayur

- Minuman Milo

- Buah Pisang

SELASA - Mee goreng dengan sayur dan ayam

- Minuman Milo

- Buah betik

RABU - Nasi Kuning + telur + sayur

- Minuman Milo

KHAMIS - Nasi +ayam masak kicap + sayur

- Minuman Jus Oren

-Buah epal

14

Gambar 2 . antara menu makanan yang disediakan di sekolah Kebangsaan Sering

MENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

MENU NO. 1 : NASI AYAMBAHAN SUKATAN

Nasi (berperisa ayam) Ayam Kukus Kuah Sup

o Kentango Keroto Daun Bawang

Sos Cili

Satu mangkuk sederhana50 gram150 ml20 gram10 gram5 gram2 sudu

Buah : Betik 80 gram Minuman : Air Soya Satu gelas

MENU NO. 2 : NASI LEMAKBAHAN SUKATAN

Nasi Lemak Ikan Bilis/Sotong Kacang Tanah Timun Sambal

Satu mangkuk sederhana50 gram20 gram15 gram2 sudu

Buah : Nanas Satu Potong Minuman : Milo Satu gelas

15

MENU NO. 3 : BUBUR NASI AYAMBAHAN SUKATAN

Bubur Nasi Ayam Lobak Merah Daun Bawang Daun Sadri (Sup)

Satu mangkuk sederhana (80 gram)10 gram5 gram5 gram5 gram

Buah : Jambu Batu 80 gram Minuman : Milo Satu gelas sederhana

MENU NO. 4 : MEE REBUSBAHAN SUKATAN

Mee Kuning Kuah Mee

o Sawio Taugeho Udango Bawang Goreng

80 gram200 ml.15 gram15 gram20 gram10 gram

Buah : Limau Satu biji Minuman : Horlicks Satu gelas

MENU NO. 5 : BIHUN GORENGBAHAN SUKATAN

Bihun Sawi Taugeh Udang Bawang Goreng

150 gram15 gram10 gram40 gram5 gram

Buah : Nangka 2 ulas Minuman : Air Soya Satu cawan

MENU NO. 6 : NASI KERABUBAHAN SUKATAN

Nasi Putih Ramuan

o Isi Ikan Dihancuro Kelapa Paruto Bawang Meraho Serai

Ulamo Timun

80 gram

20 gram5 gram5 gram3 gram

5 gram

16

o Kobiso Kacang Panjango Taugeh

Sambal Cili

5 gram8 gram8 gramSatu sudu kecil

Buah : Tembikai Sepotong sederhana Minuman : Air Soya Satu gelas

MENU NO. 7 : SOTOBAHAN SUKATAN

Bihun/Nasi Himpito Daging/Ayamo Teluro Taugeho Kuah Supo Bawang Gorengo Daun Sup

150 gram/6 ketul (80 gram)80 gram/50 gram½ biji20 gram200 ml.1 gram1 gram

Buah : Limau Manis 80 gram Minuman : Milo Satu gelas

MENU NO. 8 : NASI PAPRIKBAHAN SUKATAN

Nasi Putih Ayam Tomato Kacang Panjang Kailan

Satu pinggan sederhana50 gramSehiris15 gram15 gram

Buah : Pisang Satu biji Minuman : Air Soya Satu gelas

MENU NO. 9 : NASI GORENG CINABAHAN SUKATAN

Nasi Daging Ayam Telur Sayur Campur (kacang pis,

jagung & lobak) Daun Bawang

Satu cawan (80 gram)20 gram½ biji15 gram

2 helai Buah : Belimbing 1/3 biji Minuman : Air Soya Satu gelas sederhana

17

MENU NO. 10 : LONTONGBAHAN SUKATAN

Nasi Himpit Kuah

o Sengkuango Kacang Panjango Kobis dan Lobako Tempeo Tauhuo Teluro Kacang Tanaho Santan

Enam potong dadu (80 gram)

10 gram10 gram15 gram15 gram½ keeping½ biji5 gram½ cawan

Buah : Betik 80 gram Minuman : Horlicks Satu gelas sederhana

MENU NO. 11 : BIHUN SUPBAHAN SUKATAN

Bihun Isi Ayam Taugeh Kentang – potong dadu Lobak Merah Kuah Sup

o Tulang/Kaki Ayamo Daun bawang/Sadri

80 gram40 gram20 gram40 gram (kiub)2 keping

200 ml.5 gram

Buah : Epal Satu biji Minuman : Susu Berkrim Satu cawan

MENU NO. 12 : MAKARONI SUPBAHAN SUKATAN

Makaroni Sup

o Ayamo Daun Supo Daun Bawango Lobak Merah

25 gram

20 gram5 gram5 gram 8 gram

Buah : Pisang Satu biji Minuman : Susu Berkrim Satu gelas

MENU NO. 13 : ROTI CANAI TELURBAHAN SUKATAN

18

Roti Canai Telur Kuah Dal (Parpu)

o Kacang Dal o Ubi Kentango Terungo Lobak Merah

1 keping1 biji

5 gram5 gram5 gram5 gram

Buah : Epal Satu biji Minuman : Milo Satu gelas sederhana

MENU NO. 14 : BENJO TELURBAHAN SUKATAN

Roti Sandwich Telur Ayam Tomato Salad Bawang Besar Sos Mayonis

2 keping roti1 biji telur digoreng2 hirisSehelai4 hirisSecukup rasaSecukup rasa

Buah : Betik 80 gram Minuman : Horlicks Satu gelas

MENU NO. 15 : SANDWICH SARDINBAHAN SUKATAN

Roti “Whole Meal” Sardin Timun Tomato Salad

2 keping 54 gram3 hiris2 hiris1 keping

Buah : Jambu Batu 80 gram Minuman : Susu Berkrim Satu gelas

MENU NO. 16 : YONG TAU FUBAHAN SUKATAN

Tauhu Kukus Soo Hoon “Fucuk Tauhu” “ Fish Cake” Bebola Ikan Sayur Kangkung/Sawi

½ keping 15 gram15 gram4 hiris4 biji10 gram

19

Daun Bawang 5 gram Buah : Betik Sepotong sederhana Minuman : Horlicks Satu gelas

MENU NO. 17 : CAPATI/TOSAIBAHAN SUKATAN

Capati/Tosai Kuah

o Sardino Bawang Besar

Tairu

Satu biji 80 gram

20 gram4 hiris2 sudu

Buah : Tembikai Susu Sepotong sederhana Minuman : Horlicks Satu gelas

MENU NO. 18 : AYAM GORENG DAN KENTANGBAHAN SUKATAN

Ayam Goreng Kentang Goreng Tomato Salad Timun Sos

100 gram20 gram½ biji2 helai2 hiris1 sudu

Buah : Oren 1 biji Minuman : Milo Satu gelas

4.0 Kesan RMT Terhadap Pendidikan Di Sekolah.

20

Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat

dalam program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan amalan

pemakanan. Murid-murid akan didedahkan dengan kepentingan menjaga kebersihan

makanan . Guru akan sentiasa mengawas segala peraturan kebersihan terutama sekali

semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk mengelakkan

berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit. Selain itu, program

RMT yang dijalankan di sekolah telah memberi kesan yang positif terhadap berkembangan

fizikal dan mental murid. Murid –murid mendapat nutrisi yang seimbang dalam pemakanan

mereka dan dapat memberi satu gambaran bahawa pengambilan pemakanan yang

seimbang yang konsisten dapat membantu daya tumpuan murid semasa di dalam kelas .

Gambar 6 pengambilan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu meningkatkan

keseimbangan mental dan tumpuan murid semasa di dalam kelas.

Amalan pemakanan yang baik telah mempengaruhi daya penumpuan murid semasa

proses pengajaran dan pembelajaran kerana pemakan memberi kesan keatas fizikal dan

mental murid. Murid dapat memberi tumpuan semasa didalam kelas dan tahap kefahaman

mereka akan meningkat dan memberi kesan peningkatan prestasi mereka dalam pelajaran

meraka.

Program RMT juga mampu memberi kesedaran dan memupuk nilai-nilai murni dalam

pemakanan mereka. Murid-murid akan didedahkan dan diajar tentang cara-cara dan adab

makan dengan baik. Murid akan diajar cara makan dengan baik iaitu bermula daripada

membasuh tangan hinggalah keakhirnya. Hal ini akan mempu memberi kesan mental dan

rohani dalam adab-adab pengambilan makanan murid. Murid akan sentiasa mengamalkan

tatacara makan yang sopan. Murid akan didedahkan dengan cara-cara makan yang betul

21

seperti membaca doa sebelum dan selepas makan,makan dengan tangan kanan,makan

dengan beradab sopan dan sebagainya.

Gambar 5. Tabiat makan yang sihat boleh dipupuk oleh para guru di dalam program

rancangan makanan tambahan.

Gambar 6 adab semasa makan antaranya makan menggunakan tangan kanan dan

membasuh tangan sebelum makan.

22

5.0 HAL-HAL YANG BERKAITAN TENTANG PENAMBAHBAIKAN RMT DI SEKOLAH

Penambahbaikan dalam program RMT perlulah dipandang serius oleh pihak yang

berkaitan. Antaranya ialah mempelbagaikan menu makanan setiap hari dan setiap semester

akan tidak menimbulkan kebosanan murid untuk menikmati makanan yang sama pada

setiap hari. Hal ini kerana akan mempengaruhi minat dan kandungan vitamin dalam

makanan yang diambil oleh murid. Di sekolah Kebangsaan Sering dapat dilihat bahawa

kepelbagaian menu makanan telah disediakan dan ini secara tidak langsung dapat

mengelakkan murid daripada berasa bosan.

Pihak sekolah juga perlu memberi ganjaran kepada murid yang sentiasa hadir

mengambil makanan . Hal ini adalah untuk mengelakkan sikap murid yang bosan dan malu

untuk mengambil makanan pada setiap hari. Guru-guru perlu sentiasa memberi motivasi

kepada murid agar mereka mempunyai kesedaran tentang peluang yang diperolehi oleh

mereka dan tidak semua murid yang memperolehinya. Guru perlu sentiasa memberi

kesedaran tentang kepentingan makanan seimbang yang disediakan dalam program RMT

dan murid perlu merebut peluang agar mereka tidak ketinggalan dalam mendapatkan menu

sihat dan seimbang berbanding dengan murid-murid lain yang mengambil makanan yang

belum tentu kandungan zat dan keseimbangan makanan yang betul. Semasa di sekolah

Kebangsaan Sering, guru-guru sangat prihatin terhadap murid yang mendapat bantuan

makanan tambahan ini di mana mereka sering menggalakkan murid untuk sentiasa datang

untuk mengambil makanan di kantin sekolah.

Guru-guru juga boleh memberi ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan

seimbang turut boleh dijalankan. Hal ini akan dapat memberi kesedaran kepada murid-

murid RMT dan dapat mengetahui tentang kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang.

Program ceramah ini juga dapat membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat.

Penerapan tentang kepentingan makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh

dilakukan oleh guru-guru RMT. Demontrasi mencuci tangan dengan cara yang betul turut

boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara membasuh tangan

dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid yang sentiasa

menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan demonstrasi

mencuci tangan sebulan sekali.

23

Gambar 7 kepelbagaian menu makanan perlu dilakukan agar murid tidak bosan memakan

makanan yang sama setiap hari.

Guru-guru juga akan memberi penerangan tentang kepentingan pengambilan

sarapan turut boleh disampaikan kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT.

Murid-murid dapat mengetahui tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada

waktu pagi. Ini akan melahirkan murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika

belajar. Penerapan kepentingan mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh

dijalankan oleh guru-guru RMT. Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran

kepada murid-murid yang tidak gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan.

Penerapan ini mampu meningkatkan peratus murid untuk makan sayuran dan

menggalakkan murid untuk makan sayur serta menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.

24

6.0 PENUTUP

Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) ini memberikan peluang kepada

murid-murid sekolah rendah untuk memperolehi sumber pemakanan yang sihat dan

seimbang serta mendapatkan nutrisi yangdiperlukan oleh tubuh badan. Dengan adanya

RMT ini pertumbuhan fizikal kanak-kanak juga akan mencapai tahap normal. Dengan

program RMT ini juga mampu memberi kecergasan fizikal dan minda yang cerdas.

Sehubungan dengan itu, tahap kognitif, emosi dan sosial pelajar juga akan ditingkatkan dan

dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani , emosi, rohani, sosialdan

intelek atau JERIS. Selain itu, RMT juga adalah untuk memberikan makanan tambahan yang

berzat dan seimbang kepada murid-murid yang berkenaan.

25


Recommended