+ All Categories
Home > Documents > program jom turun sungai sempena sambutan

program jom turun sungai sempena sambutan

Date post: 19-Jan-2023
Category:
Upload: khangminh22
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
56
1 EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor EDISI 1| JANUARI - JUN 2021 IMBAS DISINI PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN M/S :5 MESYUARAT RANCANGAN KERJA TAHUNAN (RKT) 2021 M/S :4 AKTIVITI GOTONG ROYONG DITAPAK DENAI M/S :28 SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI DAMANSARA HARI AIR SEDUNIA 2021
Transcript

1

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1| JANUARI - JUN 2021

IMBAS DISINI

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN M/S :5

MESYUARAT RANCANGAN KERJA TAHUNAN (RKT) 2021 M/S :4

AKTIVITI GOTONG ROYONG DITAPAK DENAIM/S :28SUNGAI KEBANGSAAN SUNGAI DAMANSARA

HARI AIR SEDUNIA 2021

2

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

Sidang Redaksi PenaungDatuk Ir. Gapar Bin AsanPengerusiIr. Yuslina Binti Mohd SaniKetua Editor INorizan Binti AhmadKetua Editor IIMohd Khoir Bin ShafieSidang EditorNurnajihan Binti NasohaPereka MajalahRaja Mohd Noor Aizal Bin Raja Ismail

• Bahagian Khidmat Pengurusan (Irwan Shah Bin Hashim)• Bahagian Pengurusan Aset (Mohd Azrin Bin Alias)• Bahagian Pengurusan Maklumat

(Nurnajihan Binti Nasoha)• Bahagian Ukur Bahan & Kontrak

(Noor Aqilah Bt Abdul Halim)• Bahagian Korporat (Nurul Faseha Binti Mat Mesri)• Bahagian Saliran Mesra Alam dan Caruman Parit

(Mohamad Nor Hafiz Bin Idris)• Bahagian Pengurusan Sumber Air & Hidrologi

(Muhamad Nur Bin Jais)• Bahagian Pengurusan Saliran Pertanian & Bahagian

Pengurusan Zon Pantai (Nor Kamariah Bt Asror)• Bahagian Pengurusan Banjir

(Ahmad Firdauz Bin Ab. Raub)• Bahagian Pengurusan Sungai (Mohd Hazri Bin Husin)• Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal

(Nor Mawarni Binti Mohamad, Abu Bakar B. Ismail)• JPS Daerah Petaling (Wan Nurul Ain Bt Wan Mohamed

Azhary, Ishak B. Othman)• JPS Daerah Klang (Kamarudin B. Muhammad Arif)• JPS Daerah Kuala Langat (Muhammad Irwan Bin Abd.

Ghafar, Betty Suhana Bt. Abdul Azis)• JPS Daerah Hulu Langat (Nurul Atikah Bt Kothnan)• JPS Daerah Sepang (Anis Ayunni Bt. Zuhairi, Abd.

Rahim Bin Dahalan)• JPS Daerah Hulu Selangor (Adzuan Bin Anuar)• JPS Daerah Sabak Bernam

(Mohd Yusrizal Bin Mohd Amiruddin, Razlinda Bt. Abd Razak)

• JPS Daerah Kuala Selangor (Noor Amlina Bt Ramli)• JPS Daerah Gombak

(Syed Azahari B. Syed Bdron Nizam)

VISI

MISI

SLOGAN

Peneraju Perkhidmatan Kepakaran Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Air Negara

“JAYAKAN PERKHIDMATAN SEMPURNA”

Menyediakan perkhidmatan kepakaran kejuruteraan dan pengurusan sumber air merangkumi pengurusan lembangan sungai, zon pantai serta pengurusan banjir dan kemarau secara bersepadu bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar

Tel : 03-5544 7376Fax : 03-5510 2911

[email protected]

http://water.selangor.gov.my

http://water.spab.gov.myhttp://selangor.spab.gov.my

PengarahTingkat 5, Podium SelatanBangunan Sultan Salahuddin Abdul AzizShah 40626 Shah Alam

Boleh didapati di Laman Web Rasmi JPS Negeri Selangor

https://www.facebook.com.my /JPSNegeriSelangor

Penyumbang Idea/Data :

3

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

AKTIVITI DAN PROGRAM DIJALANKAN JANUARI-JUN 2021JPS IBU PEJABAT DAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN & SOSIAL (KSKS)

..............................................................

4

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

MESYUARAT RANCANGAN KERJA TAHUNAN (RKT) 2021DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN Bil 1/2021JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGORJPS Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Rancangan Kerja Tahunan (RKT) Tahun 2021 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bil 1/2021 selama 2 hari iaitu pada 11 – 12 Januari 2021 bertem-pat di Double Tree Resort, Pulau Pinang. Mengikut perancangan awal, mesyuarat akan diadakan selama 3 hari. Namun mesyuarat terpaksa ditamatkan awal susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang melarang rentas negeri berkuatkuasa bermula 13 Januari 2021. Walaubagaimanapun, mesyuarat Rancangan Kerja Tahunan Tahun 2021 berjalan dengan lancar hasil olahan jadual dan pengurusan masa mengikut kesesuaian bagi mencapai objektif utama mesyuarat. Hasil daripada kedua-dua mesyuarat utama ini dan perbincangan susulan, peruntukan bagi Tahun 2021 telah diunjurkan mengikut keperluan. Selain itu, sedikit penghargaan diberikan kepada Cik Madelina Anak Cosmas Panggie yang akan berpindah ke IADA Kalaka Saribas, Betung, Sarawak.

Berita Ibu Pejabat

5

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021Program Jom Turun Sungai sempena Sambutan Hari Air Sedunia (HAS) 2021 Peringkat Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) telah diadakan pada 27 Mac 2021 bertempat di Dataran Sungai Langat, Bangi, Selangor. Sambutan tahun ini bertemakan ‘Valuing Water’ (Menghargai Air) telah diadakan secara serentak di 127 lokasi seluruh Malaysia yang melibatkan lebih 10,000 orang peserta yang menyertainya. Objektif penganjuran Jom Turun Sungai ini adalah untuk mendekatkan masyarakat dan komuniti setempat dengan sungai berhampiran kawasan masing-masing. Program ini diharap dapat memupuk semangat tanggungjawab bersama (shared responsi-bility) dalam memastikan persekitaran yang lestari, membudayakan aktiviti gotong royong dan amalan hijau di kalangan masyarakat. Ia juga menggalakkan penglibatan pelbagai pihak termasuk pihak swasta dalam mengadakan aktiviti pemulihan persekitaran dan pendidikan bersepadu. Turut hadir ke program ini adalah YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha KASA, YBhg. Dato’ Ir. Nor Hisham bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia dan YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar (ADUN Kajang)

Berita Ibu Pejabat

6

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS HULU LANGAT JPS HULU SELANGOR

TEMPAT : DATARAN SUNGAI LANGAT, BANGI, HULU LANGAT

7

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

JPS HULU LANGAT

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS HULU SELANGOR

TEMPAT : ALOR LEMPAH, AMPANG PECAH, KUALA KUBU BHARU, HULU SELANGOR

8

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS GOMBAK JPS KUALA LANGAT

TEMPAT : SUNGAI JINJANG @ BUKIT LAGONG, GOMBAK

9

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

JPS GOMBAK

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS KUALA LANGAT

TEMPAT : PANTAI MORIB, KUALA LANGAT

10

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS SEPANG JPS SABAK BERNAM

TEMPAT : KOLAM TERATAI, KAMPUNG DATO’ ABU BAKAR BAGINDA, SEPANG

11

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

JPS SEPANG

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS SABAK BERNAM

TEMPAT : SUNGAI AIR TAWAR, SABAK BERNAM

12

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS KLANG

TEMPAT : TAMAN BOTANIK, KLANG

13

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM JOM TURUN SUNGAI SEMPENA SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA (HAS) 2021

JPS KUALA SELANGOR

TEMPAT : GALERI PENGAIRAN, TANJUNG KARANG, KUALA SELANGOR

14

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita Ibu Pejabat

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBANGUNAN JPS SELANGORDAN MAJLIS MENGENANG JASAPEGAWAI JPS SELANGOR YANG BERSARAPada 26 April 2021 bertempat Hotel Concorde Shah Alam. JPS Negeri Selangor telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bil. 3 bersekali dengan Majlis Mengenang Jasa mantan Pengua-sa Daerah JPS Daerah Hulu Selangor, En Halim bin Masri yang telah bersara pada 8 Januari 2021.

Berita Ibu Pejabat

15

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAMAUDIT PERJAWATAN DI JPS SABAK BERNAMPada 17 Mac 2021, JPS Negeri Selangor telah mengadakan Audit Perjawatan bertempat di JPS Daerah Sabak Bernam. Tujuan Audit Perjawatan ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras semula keperluan perjawatan Penolong Jurutera JA29, memastikan pengawalan dan penggunaan sumber manusia (pengop-timuman tenaga kerja), semakan myportfolio di samping memberi peluang komunikasi dua hala bersama JPS Daerah berkenaan hal-hal sumber manusia.

Berita Ibu Pejabat

16

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAMAUDIT PERJAWATAN DI JPS KUALA SELANGORPada 31 Mac 2021, JPS Negeri Selangor telah mengadakan Audit Perjawatan bertempat di JPS Daerah Kuala Selangor. Tujuan Audit Perjawatan ini dilaksanakan adalah untuk menyelaras semula keperluan per-jawatan Penolong Jurutera JA29, memastikan pengawalan dan penggunaan sumber manusia (pengopti-muman tenaga kerja), semakan myportfolio di samping memberi peluang komunikasi dua hala bersama JPS Daerah berkenaan hal-hal sumber manusia.

Berita Ibu Pejabat

17

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAMSANITASI PEJABAT JPS NEGERI SELANGOR

Berita Ibu Pejabat

Pada 12 dan 17 Mei 2021, Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Cawangan Balai Bomba Seksyen 15 Shah Alam dan pihak MBSA Shah Alam telah mengadakan sanitasi di Ibu Pejabat JPS Selangor. Program ini dilaksanakan adalah bertujuan bagi mengekang wabak Covid 19 yang semakin meruncing dan memasti-kan persekitaran kerja yang lebih selamat. Kakitangan Bahagian Pengurusan Aset telah ditugaskan bagi memantau program sanitasi tersebut.

18

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAMSARINGAN SWAB TEST COVID-19Pada 18 – 19 Mei 2021, JPS Negeri Selangor telah mendapat kelulusan untuk membuat Program Saringan Swab Test bagi semua warga Kerja JPS Negeri Selangor bertempat di Selcare, Seksyen 13, Shah Alam. Program ini adalah bertujuan untuk memastikan hanya staf yang mendapat keputusan negative sahaja yang dibenarkan hadir ke pejabat serta dapat memutuskan rantaian covid-19 di pejabat.

Berita Ibu Pejabat

19

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

TAKLIMAT INOVASI MENGENAIPRODUK COASTBLOC DARIPADAJPS DAERAH KUALA LANGATPada 4 Jun 2021, Bahagian Khidmat Pengurusan sebagai penyelaras inovasi JPS Negeri Selangor telah menganjurkan Taklimat Inovasi Mengenai Produk Coastbloc daripada JPS Daerah Kuala Langat secara on-line dengan menggunakan aplikasi google meet. Taklimat disampaikan oleh Jurutera Daerah Kuala Langat YM. Raja Redzuan Shah Bin Raja Iskandar Shah. Penyertaan adalah sangat memberangsangkan di mana lebih daripada 100 peserta menyertai taklimat online ini. Untuk makluman projek COASTBLOC ini juga telah berjaya mengharumkan nama JPS Selangor dengan memenangi Silver Awards, kategori Interna-tional Innovation Awards (IIA) dan Silver Awards kategori Public Service Innovation Awards (PSIA) di Pertandingan Malaysia Technology Expo (MTE) Tahun 2021.

Berita Ibu Pejabat

20

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita Ibu Pejabat

MAJLIS PERPISAHAN PENOLONG PENGARAH KORPORATJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR Pada 14 Januari 2021, Bahagian Pembangunan Korporat telah mengadakan sedikit jamuan perpisahan bagi menghargai jasa Cik Madelina Anak Cosmas Panggie, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Korporat yang akan berpindah ke IADA, Kalaka Saribas, Betung, Sarawak. Cik Madelina telah berkhidmat di Bahagian Pembangunan Korporat, JPS Selangor selama 5 tahun bermula pada tahun 2016. Beliau sentiasa komited dalam memberikan khidmat yang terbaik sepanjang menjalankan tugas di JPS Selangor. Disamping itu, sifat prihatin dan toleransi beliau terhadap kakitangan amat dihargai dan disanjung. Semoga beliau terus maju jaya di mana juga beliau berada.

21

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

MAJLIS PERPISAHAN KAKITANGAN BHG. KHIDMAT PENGURUSANJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR Pada 3 Mac 2021, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPS Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Perpisa-han buat kakitangan BKP iaitu Encik Miserin Bin Hairen, Pembantu Operasi Gred N14 yang akan bersara 13 April 2021 dan kepada kakitangan BKP yang bertukar iaitu Puan Aishah Bt Kamis bertukar ke Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Selangor serta kakitangan praktikal iaitu Cik Akalili Safwah Bt Ahmad Hizam yang berkhidmat pada 7 Disember 2020 – 19 Mac 2021. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih selama berkhidmat di JPS Selangor.

Berita Ibu Pejabat

22

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

MAJLIS PERPISAHANKAKITANGAN YANG BERTUKAR Pada 21 Mei 2021, Bahagian Khidmat Pengurusan, JPS Negeri Selangor mengadakan satu Majlis untuk kakitangan BKP yang bertukar iaitu Puan Hamidah Bt Abd Aziz yang telah dinaikkan pangkat ke jawatan Pembantu Tadbir Gred (P/O) Gred N22. Beliau akan mula berkhidmat di BPME, JPS Negeri Selangor pada 18 Mei 2021 setelah berkhidmat di BKP, JPS Negeri Selangor bermula 15 April 2008 hingga 17 Mei 2021. Majlis ini juga dianjurkan untuk kakitangan praktikal yang telah selesai menjalankan latihan praktikal iaitu Encik Muhammad Abdul Ghafur Bin Afi bermula 12 April 2021 hingga 21 Mei 2021. Majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan ucapan terima kasih selama berkhidmat di JPS Negeri Selangor.

Berita Ibu Pejabat Berita KSKS

23

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROSES PEMBUANGAN DAN KIRAAN UNDI BAGIKELAB SUKAN KEBAJIKAN & SOSIAL KSKS JPS SHAH ALAM BAGI SESI 2021-2023Pada 25 dan 26 Mac 2021, telah diadakan proses pembuangan dan kiraan undi bagi AJK KSKS JPS Shah Alam bagi sesi 2021-2023. Sedikit kelainan dibuat bagi sesi permilihan calon melalui kertas undian berbanding sebelum ini yang diadakan secara pemilihan undian di dalam mesyuarat. Undian dilaksanakan terlebih dahulu , manakala keputusan undian diumumkan pada Mesyuarat Agong kali ke 17. Kaedah ini dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid 19. Mesyuarat Agong KSKS JPS Shah Alam diadakan pada 30 Mac 2021. Kepada semua ahli-ahli, tunaikan tanggungjawab kalian bagi memilih bari-san kepimpinan yang boleh membawa KSKS JPS Shah Alam untuk terus maju kehadapan. Senarai Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik adalah :

- Yang Dipertua : En. Mohd Azrin Bin Alias - Naib Dipertua : En. Mohd Izwan Bin Mohd Rashid - Naib Dipertua II : En. Irwan Shah Bin Hashim - Setiausaha : Pn. Bazliah Binti Jamhari - Pen. Setiausaha : En. Azrul Hairi Bin Kamaruddin - Bendahari : Pn. Norafdalina Binti Ramli

Ahli Jawatankuasa : - Biro keahlian : Pn. Yusliza Binti Kahar - Biro Publisiti : Pn. Nura Binti Abdul Raof - Biro Ekonomi : Pn. Annzaliana Binti Rashid - Biro Sosial : En. Alif Bin Mohd Jamaludin - Biro Kebajikan : Pn. Nor Aniss Bin Mohamed Talib - Biro Sukan Luar & Dalam : En. Yusren Bin Supardi & Pn. Rajeswari a/p Saminathan

Berita KSKS

24

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita KSKS

MESYUARAT AGONG KALI KE 17 (KSKS)JPS SHAH ALAM BAGI SESI 2021-2023Pada 30 Mac 2021, Mesyuarat Agong ke 17 KSKS JPS Shah Alam yang julung-julung kalinya diadakan secara bersemuka (bilangan terhad) dan secara atas talian. Jutaan terima kasih kepada barisan AJK KSKS JPS Shah Alam bagi sesi 2019-2021 atas segala tanggungjawab dan amanah yg telah dijalankan. Kepada AJK KSKS JPS Shah Alam yang baru dilantik untuk sesi 2021-2023 diharap dapat meneruskan momentum bagi terus memacu KSKS JPS Shah Alam untuk terus maju ke hadapan. Anda telah dipilih, bermakna ke-percayaan telah diberikan kepada anda. Do the best n give the best!!!

25

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PELANCARAN TABUNG INFAQ RAMADHAN TAHUN 2021 KSKS JPS SHAH ALAMBermula 4 Mei 2021, seperti kebiasaan pada tahun sebelumnya, Biro Kebajikan KSKS JPS Shah Alam sekali lagi telah melancarkan Tabung Infaq Ramadhan KSKS JPS Shah Alam sempena bulan Ramadhan tahun 2021. Pada tahun ini , KSKS JPS Shah Alam telah memilih Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong sebagai lokasi penyerahan sumbangan infaq tersebut.

SUMBANGAN RAMADHANDAN HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA AHLI KELABPada tahun 2021, sekali lagi KSKS JPS Shah Alam telah memberi sumbangan kepada semua ahli-ahli bersempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri. Sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh yang Yang DiPertua KSKS JPS Shah Alam.

Berita KSKS

26

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

AKTIVITI DAN PROGRAM DIJALANKAN JANUARI-JUN 2021

JPS DAERAH ..............................................................

27

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

AKTIVITI DAN PROGRAM DIJALANKAN JANUARI-JUN 2021

JPS DAERAH ..............................................................

SESI DIALOG BERSAMA PENDUDUK DI SEPANJANGJAJARAN SUNGAI REKAH SERI SERDANG

Berita JPS Petaling

Pada 8 Januari 2021, sesi dialog diadakan bertujuan untuk memaklumkan penduduk di sepanjang jajaran Sungai Rekah, Seri Serdang. JPS Petaling akan melaksanakan kerja-kerja Naiktaraf Koridor Sungai Rekah bagi mewujudkan persekitaran sungai yang ‘Bersih, Hidup dan Vibran’ sekaligus meningkatkan kemam-panan hidup penduduk di sekitarnya. Sesi dialog telah dipengerusikan oleh En Mohan Ahli Majlis MBSJ dan dihadiri oleh wakil JPS Petaling dan wakil MBSJ

28

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

AKTIVITI GOTONG-ROYONG DI TAPAKDENAI SUNGAI KEBANGSAAN Pada 9 Januari 2021, aktiviti gotong royong telah diadakan dikawasan tebing Sungai Damansara. “MSU SG DAMANSARA NATIONAL RIVER TRAIL PROJECT” merupakan projek pilot melibatkan penyertaan se-tiap fakulti di MSU dalam menjalankan aktiviti-aktiviti apresiasi alam sekitar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan dan menanam pokok-pokok di denai Sungai Damansara, sekitar kam-pus MSU serta pameran berkenaan projek-projek yang bakal dan telah dijalankan khususnya berkenaan penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Aktiviti ini dianjurkan secara bersama oleh FoRM MSU dengan kerjasama KASA dan JPS bertujuan untuk membersihkan sungai daripada sampah sarap. Kira-kira 200 kg sampah berjaya dikutip antaranya plastik, bekas plastik, sisa pertanian dan lain-lain. Gotong royong ini telah disertai oleh KSU KASA, KP JPS, Presiden MSU, Pegawai-pegawai dariapada KASA, JPS Malaysia, JPS Petaling dan ahli FoRM MSU

Berita JPS Petaling

SUNGAI DAMANSARA

29

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR HARAMDI PJS 3 PETALING JAYA, SELANGOR

Berita JPS Petaling

Pada 4 Febuari 2021 bertempat di Rizab Sungai Klang PJ3, Petaling Jaya satu operasi penguatkuasaan perobohan struktur haram di dalam rizab Sungai Klang di PJS 3, Petaling Jaya telah dijalankan, bertujuan mengatasi masalah pencerobohan rizab sungai dan mengatasi sumber pencemaran air Sungai Klang. Se-banyak 2 lokasi ladang lembu dan sebuah stor telah dirobohkan. Operasi bersepadu ini diketuai oleh PDT Petaling dengan penglibatan agensi JPS, MBPJ, PDRM, LUAS, Air Selangor dan TNB. JPS Petaling men-gucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama semua pihak di dalam menjayakan operasi ini

30

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

LAWATAN ADUAN PEMBUANGAN SAMPAHBERSAMA ADUN KINRARAPada 8 Febuari 2021, YB Ng Sze Han, Adun Kinrara bersama JPS Petaling dan MBSJ telah ke lokasi aduan pembuangan sampah haram dan pembakaran terbuka di tebing Sungai Klang. Lokasi sepanjang 500m Sungai Klang di Kinrara ini menjadi lokasi pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjalankan aktiviti tidak dibenarkan seperti pembuangan sampah, membina stor, bengkel dan lain-lain. JPS Petaling dan pelbagai agensi seperti PDT Petaling, , PDRM, MBSJ, LUAS dan lain-lain akan menjalankan operasi bersepadu untuk mengatasi masalah pencerobohan ini demi memastikan kelestarian sumber air terjaga

Berita JPS Petaling Berita JPS Gombak

31

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

Pada pagi 9 Januari 2021 bersamaan 25 Jamadiawal 1442H , Kelab Sukan, Sosial & Kebajikan JPS Gom-bak berlepas untuk melaksanakan misi amal bantuan banjir ke Kuala Lipis, Pahang dan kawasan yang ter-kesan dengan musibah banjir baru-baru ini. JPS Gombak turut membantu membersihkan pejabat Jurutera Daerah JPS Daerah Kuala Lipis serta rumah kakitangan yang turut terkesan dengan banjir.

Berita JPS Gombak

PROGRAMMISI BANTUAN BANJIR KE KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR

32

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

Pada 12 Februari 2021, Jurutera Daerah Gombak, En. Mohd Hasrulhisham Bin Abdullah, bersama Ir. Datuk Gapar Bin Asan, Pengarah JPS Negeri Selangor melawat tapak projek di Bandar Baru Kundang Daerah Gombak bagi melihat sendiri kemajuan kerja di tapak serta masalah yang dihadapi.Pengarah dan Jurutera Daerah tetap bersemangat untuk hadir ke tapak projek walaupun pada hari kelepasan am iaitu cuti perayaan Tahun Baru Cina. Beberapa teguran dan pandangan daripada Datuk Pengarah diambil perhatian dan tindakan oleh pihak kontraktor.

Berita JPS Gombak

LAWATAN TAPAK PROJEK DIBANDAR BARU KUNDANG BERSAMA PENGARAH JPS NEGERI SELANGOR

Berita JPS Gombak

33

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Gombak

Pada 25 Februari 2021, Satu lawatan telah diadakan ke tapak Projek Eksibit Reptilia Zoo Negara bagi meninjau kerja-kerja pembaikan dalam tempoh kecacatan (DLP) bersama pihak Zoo Negara, Bahagian Bangunan & Infrastruktur (BBI) JPS Malaysia, pihak perunding dan kontraktor. Tempoh DLP projek ini tamat pada 5 Mac 2021. Pusat Eksibit Reptilia ini telah dapat digunakan oleh Pihak Zoo Negara setelah melalui beberapa tempoh lanjutan masa. Semua isu-isu yang dihadapi akan dijadikan lesson learnt kepada pihak Jabatan bagi panduan dalam melaksanakan projek-projek seterusnya.

LAWATAN KE TAPAKPROJEK EKSIBIT REPTILIA ZOO NEGARA

34

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

CADANGAN MENAIKTARAFKOLAM TAKUNGAN BANJIR DAN DENAI SUNGAI KEBANGSAAN BAGI 2021Pada 28 Januari 2021 , satu lawatan telah ke Kolam Puncak Bangi sekitar jam 5.00 petang. Lawatan di-hadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang (Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar Dan Air), Dato’ Ir. Mohd. Azmi bin Ismail (Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Bisnes) JPS Malaysia, Ir. Hj. Mohd. Nazri Yasmin (Timbalan Pengarah JPS Selangor), Ir. Sv Kalaiselvam a/l Velayudan (Jurutera Daerah) serta penduduk Puncak Bangi. Tujuan lawatan ini adalah bagi menaiktaraf kolam takungan dan denai sungai kebangsaan bagi tahun 2021.

Berita JPS Hulu Langat

35

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

LAWATAN TAPAK BAGI CADANGANPEMBANGUNAN KORIDOR HIJAULEMBAH JAYA AMPANGPada 4 Februari 2021 telah diadakan lawatan tapak bersama Yang Berhormat Puan Haniza Talha (Adun Lembah Jaya) ke tapak projek cadangan pembangunan Koridor Hijau Lembah Jaya Ampang. Projek ini bertujuan membangunkan koridor hijau di kawasan Lembah Jaya melalui rekabentuk Biodilik untuk mewu-judkan kawasan persekitaran yang kondusif, berdaya huni, selamat dan bersih. Cadangan ini telah diben-tangkan kepada Yang Berhormat Menteri Datuk Dr. Zuraidah Kamarudin, Menteri Perumahan dan Kera-jaan Tempatan bersama beberapa Ketua Jabatan.

Berita JPS Hulu Langat

36

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Hulu Langat

SIDANG MEDIA BERKENAAN PENCEMARAN DARIPADAAKTIVITI PREMIS PELEBURAN LOGAMDI SEMENYIHPada 14 Febuari 2021 telah diadakan sidang media berkenaan pencemaran daripada aktiviti premis pele-buran logam (timah) di Semenyih oleh YB Tuan Hee Loy Sian. JPS Hulu Langat turut sama terlibat dalam usaha untuk mengatasi pencemaran tersebut. JPS telah melencongkan laluan air yang dicemari melalui parit Utama Semenyih ke Kolam Takungan Banjir Semenyih Permata bagi mengelakkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih tercemar. Kerja-kerja kecemasan dijalankan oleh JPS bagi membantu JAS & LUAS dalam mengelakkan Sungai Semenyih daripada tercemar.

37

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Hulu Langat

LAWATAN

DAERAH HULU LANGATPada 22 Februari 2021 telah diadakan lawatan tapak bersama YB Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, YB DUN Balakong Pn. Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Puan Nor Zulaila Abd. Ghani ke tapak Projek Naiktaraf Sistem Saliran Sg Chua Kajang. Status semasa lawatan perlaksanaan telah mencapai 92% dan masih berbaki 8% untuk disiapkan. Projek ini mengalami kelewatan disebabkan isu-isu berkaitan kerja-kerja pen-galihan paip Air Selangor. Projek akhirnya dapat disiapkan pada 30 Mac 2021

TAPAK BERSAMA AHLI PARLIMEN BANGI

38

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Hulu Langat

LAWATANTEKNIKAL EKVEPada 23 Februari 2021 JPS Hulu Langat telah menyertai lawatan tapak bersama-sama Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Lembaga Urus Air Selangor, Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat, Lembaga Lebuhraya Malaysia , Unit Bencana, Air Selangor ke tapak Projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE). Taklimat berkaitan isu-isu yang menyebabkan pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Ampang turut diberi serta langkah-langkah untuk mengurangkan pencemaran di kawasan tersebut. Lawatan diketuai oleh YB Tuan Hee Loy Sian dan dihoskan oleh Jabatan Alam Sekitar Selangor

39

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Hulu Selangor

PELANTIKAN PEGAWAIPENGUASA DAERAH JPS HULU SELANGOR YANG BARUPada 18 Januari 2021, JPS Daerah Hulu Selangor telah menerima pelantikan Penguasa Daerah yang baru iaitu Encik Jamaludin Bin Sharif bagi mengantikan En. Halim Bin Masri yang telah bersara. En. Jamaludin bin Sharif yang mempunyai pengalaman kerja selama 20 tahun telah diberi tanggungjawab untuk menga-las jawatan Penguasa Daerah Hulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau.

LAWATAN KERJAYB PARLIMEN HULU SELANGOR KE JPS HULU SELANGORPada 27 Januari 2021 JPS Hulu Selangor telah menerima lawatan daripada YB June Leow Hsiad Hui, YB Parlimen Hulu Selangor. Tujuan lawatan adalah untuk salam perkenalan dengan Pegawai Penguasa Daerah yang baru dilantikan serta membincangkan isu-isu berkaitan dengan JPS Hulu Selangor.

40

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Hulu Selangor

PROGRAM JALINAN UKHWAH RAMADHAN 1442 JPS Daerah Hulu Selangor melaksanakan program ini bertujuan untuk mengimarahkan Bulan Ramadhan dan merapatkan hubungan silatulrahim sesama kakitangan termasuk dengan kakitangan jabatan / agensi yang terdapat di Bangunan Kerajaan Blok D dengan mengedarkan Bubur Lambuk dan minuman untuk berbuka puasa.

PERSARAANKAKITANGAN JPS HULU SELANGOR Pada 1 Februari 2021, Kakitangan JPS Hulu Selangor, En. Ganesan A/l Subramaniam telah bersara pilihan pada 01hb Februari 2021. Semua warga kakitangan JPS Hulu Selangor mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Ganesan.

41

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Hulu Selangor

LAWATAN KERJABERSAMA YB. PARLIMEN DAN PENGUASADAERAH HULU SELANGORPada 28 Mei 2021, YB Parlimen Hulu Selangor, YB. Puan June Leow Hsiad Hui diiringi Penguasa Daerah JPS Hulu Selangor En. Jamaluddin Bin Sharif mengadakan lawatan ke lokasi banjir di kawasan rumah mu-rah batu 30 Hulu Yam. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk memantau keadaan kawasan yang dilanda banjir kilat pada 27hb Mei 2021 serta membincangkan kaedah bagi mengurangkan kejadian banjir.

42

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Kuala Langat

PROGRAM SANITASI DI PEJABATJPS DAERAH KUALA LANGATPada 20 Januari 2021, seorang pegawai di JPS Daerah Kuala Langat telah dijangkiti covid-19 dan sebagai langkah pencegahan bagi mengelakkan berlaku risiko jangkitan virus covid-19 ini JPS Daerah Kuala Lan-gat telah menjalankan sanitasi awam di kawasan dalam dan luar pejabat JPS Kuala Langat.

Berita JPS Kuala Langat

43

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Kuala Langat

LAWATAN BERSAMA JPS SELANGORKE WETLAND PAYA INDAHPada 15 Mac 2021, JPS Kuala Langat membuat lawatan ke Paya Indah Wetland bersama JPS Selangor. Lawatan tersebut telah dihadiri wakil daripada JPS Selangor iaitu Timbalan Pengarah (Pembangunan) Puan Ir. Yuslina Binti Mohd Sani untuk memantau dan melawat tapak yang akan dinaiktaraf dan dipulihara semula.

44

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Kuala Langat Berita JPS Kuala Langat

KURSUS INOVASI, HARTA INTELEKDAN PENGKOMERSILANPada 6-8 April 2021 JPS Kuala Langat telah menyertai Kursus Inovasi, Harta Intelek dan Pengkomersilan anjuran Bahagian Audit dan Prestasi JPS Malaysia bertempat di JPS Ampang. Prof. Madya DR. Zahira Binti Mohd Ishan (Timbalan Pengarah, Putra Science Park merupakan penceramah sepanjang kursus tersebut dan program ini telah dihadiri seramai 35 orang kakitangan.

45

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021 Berita JPS Kuala Langat

PROGRAM TAZKIRAH RAMADHAN ANJURAN PEJABATAGAMA ISLAM DAERAH KUALA LANGAT Pada 3 Mei 2021, Program Tazkirah Ramadhan anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat telah diadakan bertempat di Dewan Sri Jugra, JPS Kuala Langat. Ustaz Ahyar bin hj. Abdul Rahman, wakil daripada Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat merupakan penceramah program tersebut dan program ini telah dihadiri seramai 35 orang kakitangan JPS Kuala Langat. Di dalam ceramah tersebut. Ustaz Ahyar menekankan tentang kebaikan ibadah berpuasa di bulan ramadhan dan kepentingan menunaikan zakat.

46

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PROGRAM SANITASI PEJABATJPS DAERAH KUALA SELANGOR DAN BAHAGIAN TANJUNG KARANG

Berita JPS Kuala Selangor

Pada 27 Januari 2021, Pihak Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor telah melakukan program sanitasi di pejabat JPS Daerah Kuala Selangor bahagian Tanjung Karang. Hampir kesemua ruang pejabat telah disanitasi bagi tujuan mencegah penularan virus Covid -19. Sama-sama kita doakan semoga Malaysia dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini. Terima kasih diucapkan kepada Pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia diatas usaha dan khidmat bakti ini.

Berita JPS Kuala Selangor

47

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PERLAKSANAAN PROGRAM KERJA UNDI ONLINE BIL. 1 TAHUN 2021 JPS DAERAH KUALA SELANGOR

Berita JPS Kuala Selangor

Pada 05 Februari 2021 (Jumaat), JPS Daerah Kuala Selangor telah mengadakan Program Cabutan Kerja Undi Online Bil.1 Tahun 2021 bertempat di bilik mesyuarat Malawati JPS Daerah Kuala Selangor. Seban-yak 27 kerja ditawarkan kepada 255 kontraktor yang berdaftar melalui tender online Selangor. Undian dilakukan oleh Jurutera Daerah JPS Kuala Selangor iaitu Tuan Syaiful Mizan Bin Zamiyan.

48

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PERHIMPUNAN PAGI BERSAMATUAN JURUTERA DAERAH

Berita JPS Kuala Selangor

Pada 06 April 2021, satu Program Perhimpunan Pagi telah diadakan di Pejabat JPS Kuala Selangor pada jam 8.30 pagi bersama semua kakitangan JPS Daerah Kuala Selangor. Turut diadakan program penyam-paian hadiah untuk anak-anak kakitangan JPS yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

49

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

SUMBANGAN KEPERLUAN HARIAN KEPADA PESARA JPSDARIPADA KELAB JPS KUALA SELANGOR

Berita JPS Kuala Selangor

Pada 10 Mei 2021, Kelab Rekreasi dan kebajikan JPS Kuala Selangor telah mengadakan Program Ihya Ramadhan pada bulan Ramadhan dengan memberi sumbangan keperluan harian kepada pesara-pesara JPS Kuala Selangor yang kurang berkemampuan.

50

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN RUMAH PAMPROJEK PARIT MERBAU KUALA SELANGOR

Berita JPS Kuala Selangor

Pada 16 Jun 2021, JPS Kuala Selangor telah mengadakan pengujian skru pam bagi projek rumah pam di Parit Mahang Daerah Kuala Selangor.Tujuan ujian pam dijalankan adalah untuk memastikan pam dapat berfungsi dengan baik apabila musim hujan lebat dan ketika air pasang besar berlaku pada setiap tahun yang telah menyebabkan banjir di kawasan projek sebelum ini. Program ini dihadiri oleh JPS Mekanikal Negeri Selangor, perunding, kontraktor dan pembekal skru pam.

51

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

PELAKSANAAN KERJAUNDI ONLINE BIL. 1 TAHUN 2021

Berita JPS Sabak Bernam

Pada 5 Febuari 2021 Program pelaksanaan kerja undi online Bil 1 Tahun 2021 diadakan di JPS Daerah Sabak Bernam dengan ucapan alu-aluan daripada Jurutera Daerah Sabak Bernam, Tuan Zakaris Bin Agustar. Program diteruskan dengan mengisi peti undi dengan bola ping pong yang telah dinombor. Sebanyak 14 kerja undi yang telah disenaraikan dan setiap cabutan telah dicabut oleh Tuan Zakaris bin Agustar. Program ini berakhir pada jam 12.30 tengahari. Cabutan kerja undi dijalankan secara online sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan mulai bulan Mac 2020.

52

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

LAWATAN PROJEK MENAIKTARAF STRUKTUR PINTU AIRKAWALAN PASANG SURUT (TCG) SEKINCHAN

Berita JPS Sabak Bernam

Lawatan tapak adalah untuk mengenalpasti kesesuaian tapak projek dan rekabentuk struktur yang diperlu-kan supaya aliran air dapat disalirkan dibuang dengan sempurna. Objektif lawatan adalah untuk :-

1) Mengkaji Kesesuaian Tapak Projek Dan Rekabentuk Struktur, supaya ianya dapat menghasilkan : -Sistem Struktur Kawalan Saliran Yang Sempurna -Struktur Pintu Kawalan Air Pasang Surut Yang Sesuai Untuk Kelancaran Pembuangan Air Sawah -Mengawal Aliran Air Supaya Tidak Berlaku Banjir Di Bahagian ‘Downstream’ -Kemudahan Infrastruktur Yang Baik Bagi Kemudahan Kepada Petani2) Projek ini dijangka dapat memberi faedah Kepada Penduduk Tempatan Dan Persekitaran -Meningkatkan Pendapatan Petani -Meningkatkan Hasil Pengeluar Padi -Pembuangan Air Sawah Dengan Lancar -Penurunan Kekerapan Berlakunya Banjir -Meningkatkan Pembangunan Sosioekonomi Petani Dan Pembangunan

53

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

MAKLUMAT PERJAWATAN

54

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

KAKITANGAN BERPENCEN

KENAIKAN PANGKAT HAKIKI

55

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

MAKLUMAT PENJAWATAN BAGI BULAN JANUARI-JUN 2021PEGAWAI P&P DAN IBU PEJABAT

Nama : Encik Halim Bin MasriJawatan : Penolong Jurutera Gred : JA36Tarikh : 8 Jan 2021

KAKITANGAN BERPENCEN

Nama :Encik Misrin Bin HairenJawatan : Pembantu OperasiGred : N14Tarikh : 13 April 2021

PERTUKARAN KELUAR KAKITANGAN

Nama : Cik Madelina Anak Cosmas Panggie Jawatan : Penolong Pegarah Bahagian KorporatTarikh : 14 Jan 2021IADA Kalaka Saribas Sarawak

Nama : Pn. Hamidah Binti Aziz Pembantu Tadbir (P/O)Gred : N22Tarikh : 18 Mei 2021BPME

Nama : Pn. Alis Munira Binti SubhiJawatan : Penolong JuruteraGred : JA29Tarikh : 9 Mac 2020BPSP JPS Selangor

Nama : Pn. Amira Binti RazalyJawatan : Penolong Jurutera Gred : JA29Tarikh : 3 Mei 2021JPS Daerah Sabak Bernam

Nama : En. Abdul Halim Bin Abdul RahmanJawatan : Pembantu Tadbir (P/O)Gred : N19 (Kontrak)Tarikh : 3 Mei 2021JPS Shah Alam

KENAIKAN PANGKAT HAKIKI KAKITANGAN BARU

PERTUKARAN MASUK KAKITANGAN

56

http://water.selangor.gov.my JPSNegeriSelangor @jps_selangor

EDISI 1 | JANUARI - JUN 2021

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGORTingkat 5, Podium Selatan

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,40626 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-5544 7376Fax :03-5510 4494

http://water.selangor.gov.my


Recommended