+ All Categories
Home > Documents > Projek paper 280712

Projek paper 280712

Date post: 02-May-2023
Category:
Upload: universitymalaya
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
64
TAJUK KAJIAN MENGENAI MASALAH DISIPLIN PEKERJA DI PEJABAT ZAKAT CAWANGAN KULIM,KEDAH MANSOR BIN MUSA EDIML 1-08 DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA APRIL 2011 i
Transcript

TAJUK

KAJIAN MENGENAI MASALAH DISIPLIN PEKERJA DI PEJABAT ZAKAT

CAWANGAN KULIM,KEDAH

MANSOR BIN MUSA

EDIML 1-08

DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN

PUSAT PENDIDIKAN BERTERUSAN UNIVERSITI MALAYA

APRIL 2011

i

TAJUK

KAJIAN MENGENAI MASALAH DISIPLIN PEKERJA DI PEJABAT ZAKAT

CAWANGAN KULIM KEDAH

MANSOR BIN MUSA

EDIML1-08

OKTOBER 2012

ii

iii

PENGAKUAN

Saya mengakui kertas projek ini adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali ringkasan tiap-tiap satu telah saya

jelaskan sumbernya, UMCCed tidak akan menanggung segala

penipuan/penyalahgunaan maklumat atau lain-lain jika

dapat dikesan.Kertas projek ini juga dibuat adalah untuk

memenuhi syarat penganugerahan diploma eksekutif yang

saya ikuti. Kertas projek yang dihantar kepada UMCCed

tidak boleh diambil semula dan ianya bahan peperiksaan

dan rujukan untuk para pelajar berikutnya

Tandatangan :Nama : MANSOR BIN MUSANo Matrik : EDIML 1-08Program :DIPLOMA EKSEKUTIF PENGURUSAN

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu

Wataala, Selawat dan Salam keatas junjungan besar nabi

Muhammad S.A.W .Alhamdulillah dengan rahmat keizinannya,

saya dapat menyempurnakan kajian mengenai kemerosotan

disiplin pekerja di Pejabat Zakat Cawangan Kulim,Kedah

bagi memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan dalam

program Diploma Eksekutif Pengurusan anjuran Pusat

Pendidikan Berterusan Universiti Malaya(UMCCed).

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf

kepada semua yang terlibat sepanjang saya mengikuti

program pengajian ini,terutama pihak UMCCed ,semua tenaga

pengajar serta sahabat handai, andaikata terdapat salah

laku atau perkataan yang telah mengguris hati semua

secara sedar atau pun tidak, begitu juga saya sentiasa

memaafkan kalian semua dengan segala kemampuan yang ada.

Akhir kata, penghargaan terima kasih yang

tidak terhingga kepada pihak UMCCed yang sentiasa

prihatin serta sentiasa komited terhadap pelajar-

pelajar ,juga kepada pembimbing kertas projek Dr Jason

Chan See yang banyak membantu , memberi tunjuk ajar

berterusan. Kepada rakan-rakan sekelas serta ahli

keluarga yang amat memahami dan sentiasa berdoa untuk

kejayaan ini .

v

RINGKASAN EKSEKUTIF

Pejabat Zakat Cawangan Kulim,Kedah menghadapi masalah

disiplin pekerja yang semakin merosot .Kemerosotan

disiplin pekerja mutakhir ini membimbangkan pengurusan

kerana isu ini melibatkan prestasi kerja , dan boleh

menggugat imej Pejabat Zakat di cawangan Kulim. Masalah

disiplin seperti tidak mematuhi peraturan kerja,pecah

amanah,bergaduh dan selainnya telah menarik perhatian

vi

pengurusan. Isu ini telah mendorong saya untuk mencari

cara penyelesaian berkaitan dengan masalah di atas.

SENARAI KANDUNGAN

Pengakuan iiPenghargaan iiiRingkasan Eksekutif ivSenarai kandungan VBAHAGIAN 1: PENGENALAN KEPADA KAJIAN

vii

1.1 Pendahuluan1.2 Penyataan masaalah1.3 Soalan kajian1.4 Objektif kajian1.5 Skop kajian1.6 Kepentingan kajian1.7 Struktur kertas projek

1234567

BAHAGIAN 2:LATARBELAKANG ORGANISASI

2.1 Ekonomi2.2 Industri2.3 Syarikat2.4 Produk,proses2.5 Jabatan,cawangan atau perkara lain yang

berkaitan

12345

BAHAGIAN 3 : TINJAUN TEORI DAN PENEMUAN LEPAS

3.1 Pengenalan3.2 Teori-teori3.3 Penemuan-penemuan lepas

123

BAHAGIAN 4 : KAEDAH KAJIAN

4.1 Mentakrifkan kaedah kajian4.2 Jenis-jenis penyelidikan atau kajian4.3 Pemilihan kajian yang spesifik4.4 Isu-isu berkaitan dengan kajian4.5 Isu-isu berkaitan dan penyelidikan4.6 Masaalah depan penyelidikan4.7 Jenis-jenis data4.8 Struktur bahagaian 34.9 Kaedah yang digunakan dalam kajian4.1 Kekangan kajian

12345678910

viii

0

BAHAGIAN 5 :ANALISIS KAJIAN

5.1 Analisis kajian5.2 Struktur bahagian 5

12

BAHAGIAN 6 :KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Kesimpulan 6.2 Cadangan 6.3 Struktur bahagian 6

123

1.1 LATAR BELAKANG

Imej sesebuah organisasi berhubung kait dengan prestasi

pekerja yang terdapat di dalamnya , sekiranya prestasi

pekerja meningkat maka menjulang naiklah imej organisasi

tersebut bagitu juga sebaliknya. Kadar prestasi setiap

pekerja dapatlah diukur melalui tahap disiplin yang

dipamerkan atau dilakukan oleh setiap pekerja ketika

waktu-waktu bekerja secara khususnya.

Tahap disiplin pekerja yang semakin merosot umpama api

dalam sekam ,andainya dibiarkan ianya boleh meruntuhkan

sesebuah organisasi.Seperti yang berlaku di Pejabat Zakat

cawangan Kulim, disiplin pekerjanya menunjukkan tanda-

tanda kemerosotan apabila waktu-waktu masuk dan keluar

pejabat tidak dipatuhi,timbul masalah pertengkaran

sesama pekerja,pecah amanah dan bersikap dingin terhadap

pelanggan yang berurusan serta lain-lainnya .

Permasalahan ini menyebabkan sesetengah pelanggan merasa

tidak yakin serta tidak berpuas hati untuk terus

berurusan di Pejabat Zakat cawangan Kulim.Inilah yangix

menjadikan pihak pengurusan merasa amat bimbang jika

ianya berterusan.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kebelakangan ini,tahap disiplin pekerja di Pejabat Zakat

Cawangan Kulim semakin merosot,ini menyebabkan prestasi

pekerja menjadi semakin menurun .Masalah disiplin ini

membimbangkan pengurusan kerana pentingnya pekerja

memberi perkhidmatan cemerlang kepada setiap pelanggan

dan beramanah menguruskan keewangan serta bersikap matang

ketika bergaul dengan rakan sekerja.Isu disiplin

mengundang kebimbangan di hati pelanggan untuk berurusan

dan mereka mungkin memilih tempat lain yang berhampiran

untuk berurusan pada masa akan datang ,ini boleh

menjatuhkan imej Pejabat pada pandangan umum.

1.3 SOALAN KAJIAN

1.3.1 Apakah tahap disiplin di kalangan para pekerja di

Pejabat Zakat Cawangan

Kulim,Kedah .sepanjang tahun 2009 sehingga

2011?

1.3.2 Apakah faktor-faktor yang menyumbang untuk

bilangan disiplin pekerja?

1.3.3 Bagaimanakah kemerosotan disiplin ini menjejaskan

aliran kerja organisasi

Dalam tempoh tiga tahun?

1.3.4 Apakah penyelesaian yang boleh dicadangkan untuk

pengurusan Pejabat

Zakat Cawangan Kulim bagi mengatasi disiplin

para pekerja? x

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

1.4.1 Untuk mengukur kadar disiplin di kalangan para

pekerja di Pejabat Zakat

Cawangan Kulim,Kedah untuk tempoh sepanjang

tahun 2009 sehingga 2011.

1.4.2 Untuk menganalisis faktor-faktor yang menyumbang

kepada bilangan disiplin

untuk tempoh tiga tahun.

1.4.3 Untuk menentukan kesan bilangan disiplin pada

prestasi organisasi untuk

tempoh tiga tahun.

1.4.4 Untuk mengurangkan penyelesaian kepada

pengurusan Pejabat Zakat

Cawangan Kulim bagi mengurangkan masalah

disiplin. LATAR BELAKANG ORGANISASI

2.1 EKONOMI

Pejabat Zakat Daerah Kulim merupakan sebuah organisasi

yang bertanggungjawab di dalam urusan berkaitan amalan

zakat dan berusaha meningkatkan pembangunan sosio

ekonomi rakyat melalui perkhidmatan produknya seperti

memungut kesemua jenis-jenis zakat yang telah ditentukan

seterusnya membuat pengagihan kepada golongan-golongan

yang telah di tetapkan dengannya. Amalan zakat menjadi

suatu kewajipan kepada setiap orang-orang yang beragama

Islam terhadap harta-harta mereka yang tertentu mengikut

dasar-dasar berzakat seperti ,zakat pertanian,zakatxi

perniagaan,zakat ternakan ,zakat emas serta perak, zakat

galian, dan zakat fitrah.

Peranan Institusi zakat begitu besar di dalam memacu

ekonomi negara bersama –sama dengan kerajaan Malaysia ,

memandangkan kesemua negeri-negeri di Malaysia mempunyai

institusi zakatnya yang tersendiri.Institusi zakat

tersendiri bermaksud zakat diuruskan oleh pentadbiran

kerajaan negeri atau penguasa negeri masing-masing dengan

cara tersendiri, seperti di Kedah dinamakan Jabatan Zakat

Negeri Kedah , Pusat Zakat Selangor di Negeri Selangor

dan Pusat Pungutan Zakat di Wilayah Persekutuan.

Kesemua institusi zakat menjalankan urusan kutipan dan

agihan yang sama walaupun cara pendekatannya

berbeza.Umpamanya dari sudut kutipan zakat fitrah , cara

pembayaran melalui sms yang diperkenalkan oleh syarikat

Telekomunikasi Digi di mana pelanggan cuma perlu memilih

negeri yang hendak dibayar sahaja , ianya cuma berbeza

dari segi harga yang perlu dibayar oleh setiap negeri

tidak selaras contohnya, seperti bagi negeri Kedah

ditetapkan harga satu zakat fitrah ialah RM7.00 manakala

negeri bagi negeri Terengganu harganya ialah RM6.50sen.

Dalam negeri Kedah terdapat 11 cawangan Pejabat Zakat

yang berfungsi sebagai ejen kutipan bayaran zakat.Jumlah

hasil kutipan zakat oleh negeri sentiasa menunjukkan

peningkatan dari tahun ke tahun.Kutipan juga meningkat

bagi Pejabat Zakat Cawangan Kulim ,pada tahun 2009 hasil

kutipan ialah sebanyak RM2,612,132.19 manakala pada tahun

2010 kutipan meningkat kepada RM 3,015,935.60 dan terusxii

mengunjur kepada RM 3,489,524.96,secara umumnya

menunjukkan peningkatan perolehan,walaupun terdapat

beberapa penurunan hasil dalam bahagian-bahagian

tertentu.

perkembangan hasil pengutan ini membuktikan bahawa tahap

ekonomi rakyat dalam cawangan ini semakin bertambah maju

di samping kesedaran orang-orang Islam terhadap

tanggungjawab mengamalkan agama yang semakin menebal dan

semakin difahami,hasil usaha gigih yang dilakukankan oleh

pihak pengurusan dari semua peringkat .

Peningkatan hasil perolehan zakat bagi cawangan Kulim

dapat,membolehkan pihak pengurusan cawangan mengatur

program pengagihan kepada golongan yang disasarkan

dengan lebih berkesan, serta mencakupi beberapa aspek

keperluan yang menjadi asas kepada penerima bantuan

supaya di penuhi ,seterusnya dapat mengimbangi ekonomi

golongan tersebut.

Pejabat Zakat Cawangan Kulim secara umumnya berperanan

besar dalam program pembangunan ekonomi bagi orang-orang

Islam , untuk memenuhi tuntutan hidup beragama, di

samping menepati tanggungjawab orang ramai sebagai warga

negara Malaysia dari segi perundangannya, ke atas hasil

pendapatan yang dikenakan cukai, di bawah akta percukaian

1972,memandangkan terdapatnya pelarasan diantara cukai

pendapatan dan bayaran zakat.

2.2 LATAR BELAKANG SYARIKAT

xiii

Pejabat Zakat Daerah Kulim ditubuhkan pada tahun

1963 .Pada awalnya hanya menumpang di Pejabat Agama Kulim

di Jalan Bukit berhadapan Masjid Jamiul Makmur Pekan

Kulim. Pejabat Zakat Cawangan Kulim,Kedah juga merupakan

salah satu daripada 11 cawangan pejabat zakat di dalam

negeri Kedah yang terletak di bawah Jabatan Zakat Negeri

Kedah.

Pejabat Zakat cawangan Kulim ,kini terletak di tingkat 2

bangunan PKNK jalan ASAAD Kulim diatas bangunan sendiri

yang telah dibeli .Segala urusan kutipan dan agihan zakat

ditadbir secara berasingan dari bahagian ibu pejabatnya,

tetapi masih di bawah pemantauan serta kelulusan dari ibu

pejabatnya di Alor setar. Pihak Jabatan Zakat Negeri

Kedah telah membeli 5 unit rumah kedai lagi, bersebelahan

Pejabat Zakat Cawangan Kulim sebagai aset, yang juga akan

dijadikan sebagai pejabat baru pada masa akan datang.

Pejabat Zakat Cawangan Kulim di terajui oleh seorang

pegawai,bertaraf pegawai zakat daerah,2 orang pembantu

pegawai ,seorang pembantu tadbir sebagai kakitangan tetap

yang menguruskan hal berkaitan pengurusan merangkumi

peringkat cawangan zakat,manakala seramai 152 orang

petugas(amil-amil) yang di lantik secara kontrak bagi

membantu menjalankan tugasan ke atas kutipan zakat dan

agihannya .

Amil-Amil dilantik berpandukan bahagian-bahagian yang di

peruntukkan dalam tauliah yang diberikan. Perlantikan

amil-amil diuruskan oleh Bahagian Dakwah dan Kutipan

Jabatan Zakat Negeri Kedah. Tempuh perkhidmatan selamaxiv

satu bulan atau 3 tahun pada setiap kali perlantikan

dibuat mengikut kotegori Amil yang dipohon serta disokong

oleh pegawai dari cawangan.

Tiga kotegori amil yang dilantik ialah :

i ) Amil Zakat Padi

Perlantikan Amil Zakat Padi ialah ,untuk

memungut semua zakat tanaman

padi yang dituai mengikut musim tuaian

atau tahun tuaian di lakukan bagi

kawasan-kawasan yang ditetapkan. Amil

zakat padi juga berperanan

mencari, mencadangkan atau mengesahkan

penerima bantuan yang

berada dalam kawasan berkenaan.Tempuh

perlantikan sehingga 3 tahun .

ii ) Amil Zakat Harta

Bagi membuat semua kutipan zakat,kecuali

zakat padi dan fitrah Amil Zakat

harta boleh menerima semua jenis zakat

yang terdapat di kawasan Kulim

seperti zakat perniagaan,wang

simpanan ,emas dan perak serta zakat-zakat

saham. Di benarkan membuat membuat

pengesahan terhadap pemohon-

pemohon bantuan zakat.Tempuh perlantikan

sehingga 3 tahun.

iii )Amil Zakat Fitrah

xv

AMIL ZAKAT PADI

AMIL ZAKAT HARTA

AMIL ZAKAT FITRAH

Berbeza dari Amil di atas,Amil Zakat fitrah

dilantik satu bulan sahaja, iaitu

pada bulan ramadhan dibawah naungan

masjid-masjid yang terdapat di

daerah sebanyak 35 buah. Amil ini

boleh membuat kutipan zakat fitrah

sahaja dan tidak dibenarkan membuat

sebarang pengesahan terhadap

permohonan bantuan zakat.Tempuh lantikan

satu bulan.

CARTA

ORGANISASI

19 ORANG Pekerja-pekerja di Pejabat Zakat Cawangan Kulim yang

bertugas secara tetap tertakluk dibawah akta kerja yang

xvi

PEGAWAI ZAKAT

PEMBANTU PEGAWAI 1

PEMBANTU PEGAWAI 2

PEMBANTU PEGAWAI 2

di tetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Para pekerja

ini diberi gaji secara bulanan serta menikmati beberapa

keistimewaan yang sama seperti pekerja sektor awam yang

lain ,namun jawatan mereka tiada berpencen.

Manakala pekerja kotegori Amil yang dilantik di beri

ganjaran berpandukan jumlah kutipan yang

dipungut .Bayaran sebanyak 1/8 dari jumlah kutipan kepada

amil-amil zakat padi dan fitrah ,dan bayaran dibuat

sebanyak 1/12 dari hasil kutipan yang dilakukan oleh

Amil-Amil Zakat Harta. Amil-Amil juga dibayar sebanyak

RM15.00 sebagai elaun kenderaan untuk sekali urusan yang

dilakukan dengan Pejabat Zakat Cawangan.

Sebagai sebuah institusi dalam menguruskan keewangan

berteraskan syariat Islam ,Pejabat Zakat Cawangan Kulim

mendapat hasil kutipan yang konsisten dari pembayar-

pembayar zakat dalam bentuk ibadah wajib secara

bulanan,musim atau secara tahunan .Hasil perolehan juga

melalui bayaran sewa bangunan kedai yang di miliki

sepertimana sekarang bangunan bawahnya disewa dengan

bayaran RM800.00 sebulan dan tingkat 3 sewaannya sebanyak

RM 400.00 sebulan.Hasil -hasil perolehan dimasukkan

kedalam akaun Jabatan Zakat Negeri Kedah .

Pejabat Zakat Cawangan Kulim atau Jabatan Zakat Negeri

Kedah berada di bawah naungan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Tuanku Sultan Kedah.Segala urusan pentadbiran yang

akan dilaksanakan perlu terlebih dahulu mendapat perkenan

oleh Tuanku Sultan,kemudiannya diurus tadbir sendiri

oleh Jabatan Zakat tanpa ada campurtangan oleh kerajaanxvii

negeri yang memerintah,ini merupakan suatu keunikan bagi

Jabatan Zakat Negeri Kedah serta cawangan-cawangannya.

2.3 BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Sehingga tahun 2009 ,pengambilan serta pemberhentian

pekerja di kawal selia oleh bahagian sumber manusia yang

di pengurusikan Penolong Setiausaha Jawatankuasa Zakat

Negeri Kedah ,Jabatan Zakat Negeri Kedah.Tindakan

disiplin atau tatatertib di laksanakan oleh bahagian

sumber manusia yang keanggotaannya terdiri dari Ketua

pembantu tadbir dan ketua-ketua unit dari ibu

Pejabat ,Jabatan Zakat Negeri Kedah di Alor Setar ,dengan

jumlah keahlian seramai 5 orang.

Pemantauan berterusan oleh bahagian sumber

manusia,terhadap pekerja-pekerja mereka di semua

cawangan –cawangan zakat, merangkumi perkara-perkara

salah laku pekerja ,perlanggaran disiplin

kerja ,pergaduhan ,kekasaran atau setiap perlakuan yang

boleh mencemarkan imej organisasi.Perhatian juga diambil

berdasarkan laporan bertulis oleh ketua-ketua cawangan

atau melaui alat perhubungan lain yang disampaikan ,dan

aduan-aduan lisan yang di sampaikan oleh orang ramai atau

sebagainya .

Ahli jawatankuasa tersebut bermesyuarat, seterusnya

menjalankan siasatan berhubung perkara yang dilaporkan

untuk mencari jalan penyelesaiannya.Bagi setiap

permasalahan yang berlaku terlebih dahulu ianya akan

dimaklumkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Zakat Negerixviii

Kedah,sebagai ketua jabatan,supaya mendapatkan pandangan

serta persetujuan terlebih dahulu keatas bentuk tindakan

yang wajar dilaksanakan.

Pegawai Zakat Cawangan Kulim dan pegawai-pegawai zakat

cawangan juga terlibat secara langsung dengan bahagian

sumber manusia , di mana kes yang dilaporkan itu

berlaku.Pegawai cawangan bertindak sebagai saksi dan

dalam kes-kes yang hendak diselesaikan atau

seumpamanya.Penyelesaian sesuatu kes bergantung kepada

jenis kesalahan yang dilakukan .Kerjasama bahagian

sumber manusia di ibu pejabat dengan pegawai cawangan

dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang di hadapi

amatlah penting.

POLISI DISIPLIN DAN KESELAMATAN SYARIKAT

Terdapat beberapa ciri tertentu yang dapat menarik

perhatian orang ramai terhadap sesebuah

organisasi ,menjadi tumpuan untuk terus berurusan di masa

akan datang .Di antara faktor-faktor yang menyumbang

secara positif terhadap imej sesebuah organisasi ialah

situasi persekitarannya,bermula dari lokasi,kemudahan-

kemudahan asas yang disediakan serta layanan dari para

pekerja yang beretika.Para pekerja yang beretika ialah

yang patuh terhadap polisi syarikat dengan mempamerkan

nilai-nilai murni dari dalam diri.

Sebagai sebuah organisasi swasta ,Pejabat Zakat Cawangan

Kulim menguruskan perjalanan kutipan dan agihan berpandu

kepada Enakmen Zakat Tahun 1374(1955) atas perkenanxix

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Badlishah

Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid.Enakmen ini telah di

pinda dari masa ke masa mengikut keperluannya .

Selain dari itu ,para pekerja di pejabat zakat juga

tertakluk di bawah akta Jabatan Perkhidmatan Awam,melalui

garis panduan yang yang ditetapkan terhadap setiap

pekerja yang mesti dipatuhi setiap ketetapan yang

terkandung dalam Akta Perkhidmatan Awam , Akta Pekerja

Awam serta pekeliling perkhidmatan awam yang di keluarkan

dari masa ke semasa.

Sejarah Anekmen Zakat Dan

Pindaannya

xx

Anekmen Zakat 1374

(1955)

1.1.1957 Komiti ditukarkapada Jawatankuasa

12.12.1961 Pindaankutipan zakat dari 4/8

kepada 8/8

24.6.1975 perkataanrial diganti dengan

wang

Ahli-ahli Jawatankuasa kerja ,pegawai-pegawai

zakat,pekerja-pekerja Jabatan Zakat dan Amil-amil di

sifatkan sebagai Pegawai Awam dan tertakluk di bawah akta

xxi

27.11.1977 hukumanditukar kepada RM100,penjara 6 bulan kepadaRM5000, penjara 3 tahun

110.04.1988 ditambahseksyen 10 hingga 25mengenai peruntukankontrak yang hendak

dibuat oleh

16.04.1997 undang-undang ditukar kepadaenakmen manakala AJK,penyelia, pegawai,

kakitangan zakat danamil disifatkan sebagai

perkhidmatan awam sepanjang tempoh bertugas yang

dipersetujui.

Pemantapan sistem pentadbiran di Pejabat Zakat Cawangan

Kulim,merujuk kepada bidang tugas setiap pekerjanya, yang

telah di tetapkan oleh bahagian pentadbiran, dan melalui

fail-fail meja yang khusus, bagi setiap pekerja,

mengikut bidang tugas yang di lakukan, haruslah sentiasa

dikemaskini oleh para pekerja.Pekeliling Jabatan

tberkaitan dengan perkara-perkara baru menjadi polisi

Jabatan,yang di guna pakai sebagai panduan kerja untuk

di laksanakan ,pada masa-masa tertentu seperti yang

diarahkan.

Polisi dan anekmen berkaitan tatacara disiplin dan

bidang tugas lebih tertumpu kepada pekerja-pekerja tetap

sahaja, manakala pekerja-pekerja secara kontrak yang

terdiri kalangan para Amil,bebas merancang aktiviti

kutipan mengikut kemahiran masing-masing.Para amil tidak

terikat sepenuhnya dengan polisi zakat seperti pekerja

tetap, penggabungan oleh dua golongan pekerja inilah yang

membentuk sebuah organisasi zakat cawangan Kulim.

LANGKAH PENGAWALAN DISIPLIN ORGANISASI

Para pekerja tetap,menjalankan tugasan secara khusus di

Pejabat Zakat Cawangan Kulim,sentiasa dipantau oleh Ibu

Pejabat Zakat Alor Setar melalui beberapa kaedah

pengawalan tertentu seperti sistem Work Place untuk

rekod kehadiran,Sistem maklumat zakat(SMZ)bagi mengawal

bahagian hasil kutipan juga buku rekod pergerakkan paraxxii

pekerja bagi menjalankan tugasan luar dan sebagainya akan

disemak oleh audit dalam dari ibu pejabat atau wakil dari

Setiusaha Jawatankuasa Zakat pada setiap bulan.

Pemantauan pekerja diawasi oleh sistem Work Place

sebagai catatan kehadiran masuk dan keluar pejabat

secara langsung(on line) dengan Ibu Pejabat Zakat Alor

Setar.Laporan dicetak oleh cawangan pada setiap hujung

bulan ke bahagian pentadbiran Jabatan Zakat,jika

sekiranya terdapat perbezaan terhadap rekod

kehadiran,mestilah di catat masalah yang perlu pada

tarikh-tarikh berlakunya perbezaan tersebut,andainya

tiada sebarang catatan munasabah diberikan ,pekerja

berkenaan di kehendaki menyertai surat tunjuk sebab atau

surat sokongan lain yang berkaitan.

Sistem Maklumat Zakat(SMZ) penerimaan hasil kutipan zakat

juga secara on line di mana jumlah kutipan dapat dikira

serta merta .Setiap hasil perolehan yang dipungut pada

setiap hari dimasukkan ke dalam akaun Jabatan Zakat

kedalam bank-bank tertentu pada hari yang sama atau pada

hari bertugas keesokannya untuk kutipan yang lewat terima

bagi urusan dengan bank.Segala bukti kemasukkkan mesti

dihantar ke Ibu Pejabat Zakat untuk rujukan bahagian

keewangan.

Kemasukkkan wang ke bank mestilah seimbang dengan hasil

kutipan mingguan yang telah dibuat dari sistem

kutipan.Reten kutipan dihantar kepada Unit Keewangan

secara mingguan untuk disemak semua butiran berkaitan

kutipan berkenaan. Tugas tersebut dilakukan oleh pembantuxxiii

tadbir yang bertugas di cawangan Kulim,setelah Pegawai

Zakat Cawangan membuat pengesahan pada reten tersebut.

Dalam menjalankan urusan di luar pejabat ,pekerja mesti

merekodkan waktu keluar masuk dan tempat yang dilawati

serta menurunkan tandatangan ,kemudiannya disahkan oleh

ketua cawangan untuk semakan secara berkala oleh bahagian

pentadbiran di Alor Setar.Secara amnya aspek kawalan

disiplin dan keselamatan di atas hanyalah untuk pekerja-

pekerja tetap sahaja, pekerja-pekerja kontrak tidak

terlibat .

Pekerja kontrak terdiri dari ketua amil dan amil-

amil .Meraka diselia oleh pegawai cawangan

sepenuhnya.Setiap urusan para amil dengan pejabat

cawangan di rekodkan,bagi tujuan kawalan melalui buku

rekod terimaan dan serahan resit sementara,resit padi dan

resit fitrah.Jika berlaku kes-kes resit yang hilang atau

melibatkan hasil kutipan,Amil-Amil tersebut mesti

bertanggungjawab dengan membuat laporan polis atau

mengganti semula.

Menamatkan kontrak yang diberikan serta merta khidmat

Amil-Amil yang dilantik oleh pihak Jabatan Zakat Negeri

dengan membatalkan tauliah perlantikan dan juga tidak di

lanjutkan kontrak mereka pada masa hadapan sekiranya

amil-amil tersebut melakukan kesalahan-kesalahan besar

seperti melibatkan salah guna wang pejabat atau

sebagainya.

Terdapat dua keadaan pekerja-pekerja di Pejabat Zakat

Cawangan Kulim, dan perkara ini menjadikan ia sebagaixxiv

sebuah organisasi yang unik, bermula dari awal

penubuhannya sehingga hari ini. .Perbezaan sistem kerja

yang wujud dalam satu bentuk kerja yang serupa seperti

ini boleh mendatangkan beberapa masalah terhadap

organisasi jika tidak dibangunkan sebuah sistem

pentadbiran yang slebih sempurna oleh pihak

pengurusannya.

BAHAGIAN 3

TINJUAN TEORI DAN PENEMUAN LEPAS

Abraham Maslow 1943 memajukan cadangan di bawah tajuk “A

Theory of Human Motivation,mengikut teori tersebut

terdapat 5 peringkat keperluan manusia(pekerja) ,di

percayai boleh meningkatkan motivasi pekerja bermula dari

tahap terendah hingga kemuncaknya.Keperluan

keselamatan,keperluan berkembang diri dan keperluan

sosial dikaitkan dengan kewajaran yang patut wujud pada

setiap pekerja.Herzbeg dengan teori dua faktor”Two

Factors Theory”menyokong Maslow di mana pencapaian

sebagai tanggungjawab,kemajuan dan jenis kerja ,terdapat

dua jenis ciri-ciri kerja yang memberi kepuasan.

Teori expectancy oleh Vroom mencadangkan motivasi

berasaskan ekspektasi seperti tumpuan pada masa sekarang

dan akan datang ,dikaitkan oleh tingkahlaku dengan

matlamat. McClelland menjelaskan keperluan mencapai

sesuatu kuasa dan pengaruh ke atas prestasi kerjanya di

tentukan pengalaman hidup.xxv

John Stacy Adam’s teori ekuiti motivasi

kerja ,tingkahlaku pekerja di pengaruhi sikap majikan

yang tidak berlaku adil,mengakibatkan perkerja hilang

minat dan daya menjalankan tugas.Menurut kajian Elton

Mayo,pretasi pekerja tertakluk kepada isu-isu sosial dan

isi kandungan tugas,katanya keadaan fisikal atau insentif

berbentuk wang mempunyai pengaruh motivasi yang terhad.

Pengetahuan mengenai beberapa teori-teori motivasi

pekerja sepeti di atas dapat membantu pengurus barisan

hadapan atau penyelia bagaimana menghadapi pekerja

bermasalah serta merancang bagaimana meningkatkan

motivasi pekerja bagi sesebuah organisasi.

Penyelidikan di bawah,yang menumpukan perhatian

terutamanya kepada pengekalan pekerja melalui kepuasan

kerja,menyokong perdebatan ini.

Pekerja yang berpuas hati dengan pekerjaan mereka lebih

berdedikasi untuk melakukan satu tugas yang baik dan

melayan pelanggan dengan lebih baik untuk memastikan

operasi syarikat berjalan lancer(Hammer 2000,Marini 2000

dan Denton 2000)Kepuasan kerja adalah sesuatu yang dicari

oleh kaum buruh dan merupakan satu elemen pengekalan

pekerja yang penting.

Setiap orang mempunyai takrif tersendiri tentang rasa

puas hati dengan Sesutu pekerjaan.Kajian

menunjukkan ,pekerja yang berpuas hati dengan pekerjaan

mereka lebih produktif,kreatif dan mempunyai peluang

yang lebih besar untuk bekerja lebih lama di

syarikat(Eskildan & Dahlgaard 2004,Kim 2001,Kirbyxxvi

2006,Lee 2000,Wang 2000,Wagner 1999) kajian menunjukkan

bahawa mungkin terdapat banyak ciri persekitaran yang

boleh diwujudkan dan digunakan untuk member kepuasan

kerja kepada pekerja.Menurut kajian gaji,komunikasi dan

faedah-faedah lain(Brewer 1999,Employee 2000,Money

2007Wagner 2008)motivasi,keadilan (Kirby

2000,Tristram2000)dan masa lapang(Robbin 2001,Wilson

2006)semuanya mamainkan peranan pentingdalam meningkatkan

kepuasan pekerja dengan pekerjaan mereka.

Kalangan pekerja Muslim,kepentingan akhlak Islam dalam

perkihdmatan yang berkualiti berpandukan Alquran dan

Hadis mestilah diamalkan(Zainuddin Zakaria,Ahmad

Nazula@Marzuki Yaakub),seminar keusahawanan Islam

II,peringkat kebangsaan.(Wan Mohd Ruzlan Wan Omar)Mei

2012,pekerja abai etika kerja,tak amanah ,khianati

akujanji,Kefahaman tentang persoalan hukum berkaitan

agama adalah penting bagi seseorang pekerja.

Berdasarkan teori-teori serta kajian-kajian yang

dibawakan di atas ,jelaslah kepuasan kerja itu

dipengaruhi oleh parameter seperti gaji dan faedah-faedah

lain ,komunikasi,motivasi pekerja ,keadilan, masa lapang

dan keadaan sosial manakala sifat dalaman seperti

amanah,ikhlas ,sedia berkhidmat juga merupakan intipati

bagi melahirkan pekerja yang terbilang.

BAHAGIAN 4

KAEDAH KAJIAN xxvii

4.1 Mentakrifkan Kaedah Kajian

Perbuatan yang berbentuk disiplin perlu diurus mengikut

peraturan dan prosedur disiplin pekerja.Tahap pencapaian

prestasi kerja yang tidak memuaskan secara berterusan

mungkin dijadikan sebagai salah satu daripada asas untuk

mengmbil tindakan disiplin.Masalah tingkahlaku yang

berasaskan prestasi perlu ditangani mengikut cara yang

berlainan daripada cara mengikut peraturan disiplin

pekerja.Dengan merujuk kepada beberapa sumber yang di

perolehi di Pejabat Zakat Cawangan Kulim , sebagai kaedah

pemantauan tahap disiplin pekerja dapat dinilai dari masa

ke masa.

Pejabat Zakat Cawangan Kulim mengalami kemerosotan tahap

disiplin pekerja sejak kebelakangan ini ,berpandukan

kepada data-data yang terkumpul sejak tahun2009 sehingga

tahun2011.Anggaran kemerosotan disiplin di perolehi

melalui :

i- Pengumpulan Data Premier(soal selidik,temu

bual dengan pegawai cawangan ,Amil-Amil dan

ketua-ketua Amil )

ii- Pengumpulan Data Sekunder(Rekod kehadiran-

data dalaman)

4.2 Jenis-jenis Penyelidikan atau Kajian

Sehingga hari ini terdapat begitu banyak jenis-jenis

penyelidikan atau kajian yang telah dijalankan di seluruh

dunia.Kajian dijalankan mengikut keperluan bagi setiap

oraganisasi, penyelidikan berhubung perniagaan atau

pengurusan disetiap firma .Dalam bidang pengurusanxxviii

penyelidikan terarah mengenai isu-isu pengurusan seperti

keberkesanan fungsi pengurusan yang merangkumi :

a) Penyelidikan berhubung perancangan, kajian

dijalankan berdasarkan persekitaran

perancangan,jenis-jenis perancangan, hirarki

perancangan organisasi dan perbezaan antara

rancangan strategik dan rancangan operasi.

b) Penyelidikan berhubung pengorganisasian,

penyelidikan dijalankan berdasarkan tugas

pengorganissasian,prinsip pengorganisasian, struktur

organisasi,penjabatan dan jenis-jenis organisasi.

c) Penyelidikan berhubung kepimpinan, penyelidikan

dijalankan berdasarkan perbezaan antara pengurusan

kepimpinan,teori kepimpinan,gaya

kepimpinan,pemilihan gaya kepimpinan dan pendekatan

kontijensi.

d) Penyelidikan berhubung kawalan, Kajian dijalankan

berdasarkan pentingnya kawalan dan proses kawalan

Bagaimanapun masih terdapat beberapa bentuk penyelidikan

atau kajian yang boleh dijalankan barkaitan pengurusan

selain dari yang dsebutkan diatas seperti fungsi

pemasaran,operasi dan pengeluaran,keewangan ,sumber

manusia dan seumpamanya. Namun empat perkara tersebut

merupakan ciri-ciri utama berkaitan dengan pengurusan.

4.3 Pemilihan Kajian yang Spesifik

Terdapat banyak jenis kajian dan penyelidikan yang boleh

dilaksanakan namun berjaya atau gagal sesuatuxxix

penyelidikan itu bergantung kepada kesesuaian topik yang

dipilih. Setiap penyelidikan atau kajian memerlukan

banyak masa dan wang. Oleh itu, kita tidak dapat

menjalankan semua kajian berhubung pelbagai isu yang

dihadapi pada masa yang sama.

Kajian tidak terhad hanya kepada pelajar pengajian

tinggi, tetapi juga dilaksanakan dalam pelbagai lapangan

kehidupan. Contohnya , kajian dilakukan secara terus

menerus oleh syarikat untuk menambah daya saingnya dalam

pasaran yang di ceburi .

Kebanyakan daripada penyelidikan yang dijalankan adalah

atas arahan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan, maka

pemilihan jenis kajian adalah bergantung kepada pihak

pengurusan pada yang tertentu.

Pihak pengurusan akan meminta penyelidik untuk

menjalankan penyelidikan atau kajian apabila firmanya

menghadapi sesuatu masalah seperti jualan merosot dan

pihak pengurusan tidak sepakat dalam tindakan yang hendak

diambil. Dalam kes ini, penyelidik harus menjalankan

kajian dengan menggunakan kaedah yang betul tetapi dalam

lingkungan jumlah wang yang diperuntukan untuk kajian

tersebut. Biasanya pelajar perlu menanggung sendiri

perbelanjaan untuk menjalankan kajian tersebut.

Untuk membolehkan satu keputusan dicapai, pihak

pengurusan akan mengarahkan para penyelidik untuk

mengkaji cara sesuatu produk digunakan oleh pengguna

supaya dapat mengetahui sama ada produk itu memerlukan

pengubahsuaian atau penambahbaikan. Penyelidik pula akanxxx

mengemukakan cadangan berdasarkan maklumat yang

diperolehi daripada kajian itu.

Para penyelidik mungkin menghadapi msalah spesifik yang

tidak dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah

penyelidikan sedia ada. Contohnya, kaedah penyelidikan

mungkin tidak dapat menunjukkan jumlah wang yang harus

dibelanjakan dalam pengiklanan untuk meningkatkan jualan

sebanyak satu peratus. Dalam kes ini, para penyelidik

akan mencadangkan bahawa kajian mereka seharusnya

tertumpu ke atas kesan penggunaan satu media yang

spesifik.

Para penyelidik juga harus mengambil langkah-langkah

inisiatif untuk mencadangkan beberapa kajian yang harus

dijalankan kepada pihak pengurusan agar mereka dapat

membekalkan maklumat tersebut apabila ia dikehendaki oleh

pihak pengurusan. Ini kerana sekiranya pihak pengurusan

memerlukan sesuatu maklumat dengan serta merta, adalah

mustahil untuk para penyelidik membekalkan maklumat

tersebut jika belum ada sebarang kajian yang telah

dibuat.

Tambahan pula, penyelidikan atau kajian yang dijalankan

secara berterusan dapat memberikan nilai yang tinggi

kerana maklumat yang dikumpul boleh digunakan pada masa

hadapan, dalam membantu pihak pengurusan untuk membuat

keputusan.

4.4 Isu-isu Berkitan dengan Penyelidikan

xxxi

Walaupun pelaksanaan suatu penyelidikan atau kajian

memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, masa yang lama

serta kos yang tinggi, namun penyelidikan terus dilakukan

oleh pelbagai pihak, tidak kira syarikat, kerajaan,

universiti, malahan pelajar pengajian tinggi juga

diwajibkan menjalankan penyelidikan untuk lulus dalam

sesuatu program.

Ini kerana pennyelidikan atau kajian amat berguna dalam

mencetuskan inovasi, meningkatkan daya saing syarikat

atau organisasi, dan menyelesaikan pelbagai masalah dalam

masyarakat atau pasaran. Walau bagaimanapun, dalam mana-

mana usaha penyelidikan yang dijalankan, ia bergantung

kepada penyelidik sama ada ia berbentuk teori atau

praktikal.

Sesetengah penyelidik hanya berminat untuk mengetahui apa

yang sedang berlaku, apa yang telah berlaku dan apa yang

akan berlaku pada masa hadapan dan minat ini adalah

berbentuk teori. Penyelidik lain pula berminat memperoleh

pengetahuan yang dapat membantu mereka menyelesaikan

masalah kehidupan sebenar dan ini berbentuk praktikal..

Walau sesetengah maklumat kelihatan seperti berbentuk

teori tetapi ia mungkin mempunyai ilmu yang dapat

membantu dalam penyelidikan yang berbentuk praktikal.

Oleh itu, kajian yang berbentuk teori juga mempunyai

kelebihan dan faedahnya.

Kebiasaannya, penyelidik sukar menetukan ketepatan

sesuatu maklumat. Ini adalah kerana sesetengah maklumat

mungkin tidak berguna untuk seseorang penyelidik tetapixxxii

berguna untuk penyelidik yang lain. Oleh itu, kerap kali

sesebuah firma memperolehi maklumat yang berguna dengan

merujuk kepada maklumat yang telah dikumpulkan (data

sekunder) oleh penyelidik lain.

Ada juga firma yang mengumpul sesuatu maklumat tanpa

tujuan yang spesifik kerana firma tersebut mungkin mahu

menggunakannya pada masa hadapan. Contohnya, sebahagian

besar daripada penyelidikan atau kajian melibatkan

analisis jualan yang mudah sahaja, iaitu dengan

memecahkan bilangan jualan mengikut kriteria yang

tertentu seperti tempat jualan itu berlaku.

Analisis ini dijalankan tanpa mempunyai tujuan yang

spesifik iaitu hanya bertujuan untuk membandingkan jualan

mengikut lokasi atau kawasan sahaja. Namun demikian

keputusan yang spesifik (misalnya, bilangan jurujual yang

harus diupah mengikut kawasan) dapat ditentukan menerusi

pengumpulan maklumat tersebut.

Contoh lain yang dapat diberikan adalah apabila para

penyelidik menjalankan kajian untuk mengetahui jumlah

orang yang menerima mesej sesuatu iklan, dan maklumat

yang dikumpulkan, dapat digunakan pada masa hadapan untuk

membuat keputusan berkaitan jumlah yang harus

dibelanjakan dalam sesuatu kempen pengiklanan.

Maka, banyak kajian yang dijalankan dapat membantu

membuat keputusan pada masa hadapan walaupun kajian

tersebut bukanlah bertujuan untuk mencapai suatu

keputusan yang spesifik

4.5 Masalah-masalah dalam Penyelidikanxxxiii

Walaupun penyelidikan atau kajian banyak membantu pihak

pengurusan dalam proses membuat keputusan,namun ia

mempunyai masalah-masalah tertentu. Masalah penyelidikan

atau kajian terbahagi kepada empat iaitu :

4.5.1 Masalah dari segi ketepatan maklumat

Sebenarnya, bukan semua penyelidikan yang dijalankan oleh

para penyelidik dapat memberikan maklumat yang tepat

kepada pihak pengurusan. Ini kerana dalam proses

menjalankan penyelidikan, para penyelidik mungkin

terpilih responden yang kurang sesuai untuk dikaji.

Ia juga mungkin berpunca daripada soalan-soalan yang

dikemukan dalam senarai soalan penyelidik kurang jelas,

rumit, dan tidak difahami oleh responden. Oleh itu,

maklum balas yang dikumpul oleh para penyelidik adalah

kurang tepat.

4.5.2 Masalah dari segi kos penyelidikan

Kebanyakan penyelidikan atau kajian memerlukan kos yang

tinggi, ini kerana setiap penyelidikan yang dijalankan

melibatkan kos untuk mencetak senarai soalan, kos

mengupah orang untuk menjalankan tinjauan, kos yang

terlibat dalam menganalisis data yang dikumpulkan

daripada responden-responden serta kos yang perlu

ditanggung sekiranya penyelidikan atau kajian tersebut

gagal memberikan sebarang maklumat yang relevan dan

kepada pihak pengurusan.

Sekiranya perbelanjaan yang digunakan dalam penyelidikan

atau kajian digunakan untuk tujuan yang lain seperti

tujuan pengiklanan, usaha memperbaharui kualiti produk,xxxiv

atau dalam meluaskan saluran agihan, ia akan memberikan

pulangan yang lebih lumayan kepada firma.

4.5.3 Masalah dari segi kesilapan manusia

Masalah dari segi kesilapan manusia melibatkan kesilapan-

kesilapan yang berlaku akibat daripada kecuaian manusia

atau akibat daripada pengaruh emosi seseorang penyelidik

atau penemu duga.Keadaan ini berlaku apabila orang yang

diupah untuk menjalankan kajian itu tidak menerima

sebarang latihan atau tidak mempunyai sebarang pengalaman

dalam bidang ini.

Ia juga boleh berlaku sekiranya maklum balas yang diberi

oleh responden-responden adalah tidak benar kerana mereka

menjawab mengikut apa yang mereka sangka adalah jawapan

yang betul dan bukan lahir dari isi hati mereka yang

sebenarnya.

4.5.4 Masalah dari segi masa

Setiap penyelidikan atau kajian yang dijalankan

menggunakan masa yang lama. Ini kerana ia melibatkan

proses mengenal pasti masalah penyelidikan. Mereka perlu

membentuk kaedah penyelidikan yang akan digunakan,

membentuk soalan-soalan dalam senara soalan, mengumpul

dan menganalisis maklumat, serta mengemukakan hasil

daripada penyelidikan atau kajian kepada pihak pengurusan

untuk mereka membuat keputusan, mana yang berkaitan.

Kesemua langkah-langkah ini mengambil masa yang panjang

dan selepas penyelidikan atau kajian dijalankan, masalah

yang dikaji itu dapat diselesaikan atau masalah baru

xxxv

mungkin wujud kerana terdapat kepelbagaian dan aliran

yang berubah merentasi masa.

4.5.5 Kesilapan dalam penyelidikan

Setiap langkah dalam penyelidikan yang dilakukan,

Kesilapan yang berlaku akan menyebabkan maklumat yang

salah atau tidak tepat disampaikan kepada pengurusan.

Oleh itu menghapuskan ralat adalah amat penting dalam

penyelidikan. Ralat dalam penyelidikan dapat dibahagikan

dua, iaitu ralat persampelan( sampling error) dan ralat

bukan persampelan ( non-sampling error ).

a) Kesilapan Persampelan

Kebanyakan persampelan dalam kajian melibatkan

manusia, produk, atau unit

kajian.Pihak pengurusan akan membuat kesimpulan

tentang seluruh populasi

berdasarkan sampel yang dikumpul daripada populasi

tersebut. Oleh kerana sampel digunakan untuk mewakili

sesuatu populasi, terdapat perbezaan yang wujud

antara nilai sampel dengan nilai populasi sebenar dan

perbezaan ini dikenali sebagai ralat persampelan.

b) Kesilapan bukan persampelan

Konsep ini merangkumi segala aspek proses

penyelidikan yang mana kecuaian dan penipuan berlaku.

Oleh itu, pengkaji haruslah mengetahui beberapa

perkara berkaitan dengannya, iaitu i) jenis ralat

bukan persampelan yang mungkin berlaku, ii) kesan

ralat ke atas hasil penyelidikan, dan iii) langkah

yang dapat diambil untuk mengurangkan ralat ini. xxxvi

4.6 Masa Depan Penyelidikan

Terdapat ramai pakar yang percaya bahawa bidang

penyelidikan akan menghadapi perubahan yang besar pada

masa akan datang. Mereka percaya bahawa perkembangan

teknologi dalam pemprosesan maklumat akan meningkatkan

ketepatan dan pengaplikasian maklumat hingga ke tahap

pengurus tidak perlu lagi menjalankan penyelidikan

tradisional.

Sebagai contoh, teknologi baru membolehkan pihak

pengurusan mengenal pasti ciri-ciri pengguna yang membeli

produk atau perkhimatan mereka dan seterusnya

membahagikan mereka kepada kelas atau segmen yang lebih

kecil lagi dengan menggunakan pengkalan data demografik.

Namun demikian terdapat pula pakar lain yang menyatakan

teknologi baru tersebut dapat wujud bersama penyelidikan

tradisional dan kedua-duanya melengkapi antara satu sama

lain.Kesimpulannya, teknologi mempunyai kesan yang

mendalam ke atas penyelidikan atau kajian dan metodologi

penyelidikan atau kajian akan berubah apabila wujudnya

teknologi baru tersebut.

4.7 Jenis-jenis Data

4.7.1 Data Primer

Data primer adalah data asli yang bukan diambil daripada

mana-mana sumber sedia ada tetapi dikumpul sendiri oleh

penyelidik melalui kaedah-kaedah seperti kaji selidik

atau pemerhatian sampel responden yang mewakili jumlahxxxvii

populasi yang sebenar.Penyelidikan bukan sahaja

melibatkan pengumpulan data,tetapi juga

merekod,menganalisis,mengupas dan membentang fakta dalam

bentuk laporan.

Data yang dikumpulkan itu dipanggil data mentah,dan tidak

dapat digunakan dalam sebarang analisis kecuali data itu

diproses menggunakan sistem penilaian atau pengiraan

tertentu.Data yang sudah diproses inin dijadikan sandaran

untuk penyelidik membuat analisis dan mencapai kesimpulan

penting.Data primer juga mempunyai kelebihan dan

kelemahannya.

Kekurangan atau kelemahan data primer ialah :

a )Ia memerlukan kos yang tinggi kerana kerja mengumpul

maklumat sedemikian memerlukan pembayaran

kepada individu tertentu .Biasanya data primer dikumpul

menerusi kerja lapangan,dengan kumpulan pekerja lapangan

dibayar untuk pergi berjumpa kumpulan sasaran.Kos lain

termasuk mencetak borang kaji selidik dan seumpamanya.

b )Ia memerlukan masa yang panjang kerana aktiviti yang

terlibat dalam pengumpulan data primer kompleks, rumit,

dan mengambil masa. Contohnya ,ada pengumpulan data

primer yang memakan masa setahun kerana golongan

responden lambat member maklum balas.

Malahan biasanya, daripada sejumlah orang yang disasarkan

untuk mengisi borang soal selidik hanya 20 hingga 40

peratus sahaja daripada mereka yang akan memulangkan

borang soal selidik. Begitu juga untuk kerja temu bual,

pihak yang ingin ditemui mungkin sibuk dengan tugasan danxxxviii

temu janji hanya dapat dibuat selepas berulang kali

menghubungi pihak tersebut.

c ) Dalam keadaan tertentu, data primer sukar

dikumpulkan kerana kumpulan sasaran tidak dapat dicapai.

Ada sesetengah golongan yang jarang berada di pejabat

misalnya, maka sangat sukar untuk menemui mereka.

Kadangkala kumpulan sasaran tidak tercapai kerana jurang

komunikasi atau jurang pendidikan, iaitu mereka yang

tidak menerima pendidikan tidakmampu member respons yang

bermakna contohnya, jika kajian dibuat dengan fakir

miskin,mungkin respons golongan ini kurang bermakna

kerana tahap pemahaman dan pemikiran mereka sangat

rendah.

Kelebihannya pula ialah :

a ) Ketepatan

Ia sangat tepat kerana penyelidik menyediakan soalan

dalam alat kajian sejajar denga objektif dan skop kajian

yang dijalankan. Biasanya penyelidik akan menyediakan

soalan selepas membuat sorotan karya atau latar belakang

kajian, dan ini membantu beliau untuk mengetahui kerangka

penyelidikan yang tepat agar beliau tidak tersasar

daripada skop dan objektif kajian.

Peneyelidik juga boleh mangguna alat yang pernah

digunakan oleh penyelidik sebelumnya, atau menggabungkan

beberapa alat yang digunakan oleh beberapa orang

penyelidik sebelumnya. Mengguna alat terdahulu tidak

salah, malahan ini akan memudahkan kerja penyelidikan.

xxxix

Dalam kaedah penyelidikan, menggunakan alat terdahulu

meningkatkan kesahan data yang dikumpul.

Bagaimanapun, penyelidik harus berhati-hati kerana alat

terdahulu mempunyai skop dan persekitaran yang berbeza,

maka alat harus diubah suai mengikut keadaan penyelidikan

semasa.

b ) Maklumatnya terkini dan tidak usang

Apabila penyelidik membuat kerja lapangan mengguna alat

penyelidikannya sendiri, tentunya maklumat yang dikumpul

adalah terkini dan tidak atau belum lagi using.

Contohnya, jika kajian adalah mengenai kualiti produk di

sesebuah syarikat seperti proton, maka kualiti kereta

dahulu dan sekarang tentunya tidak sama.

Dengan membuat penyelidikan untuk mengumpulkan data

primer, pengkaji akan mampu memahami mengapa proton

mutakhir ini mengalami kemerosotan dalam kualiti

keretanya.

Data primer lebih tepat jika dibandingkan dengan data

sekunder. Maklumat yang lebih terperinci boleh didapati

kerana penyelidik sendiri yang mengumpulnya.

Sekiranya data atau maklumat yang dikehendaki tidak boleh

didapati daripada sumber-sumber yang lain(data sekunder),

maka penyelidik terpaksa mengumpul dan menggunakan data

primer.

Biasanya, kaedah yang digunakan untuk mengumpul data

primer dijelaskan dengan terang. Oleh itu, ketepatan dan

keandalan data dapat ditentukan.

4.7.2 Data Sekunderxl

Apabila data primer telah dikumpul, diproses, dicetak dan

disiarkan, data ini menjadi data sekunder kepada

pengguna-pengguna lain.Dengan perkataan lain, data

sekunder adalah data yang telah disiarkan dan digunakan

oleh mereka selain daripada pengumpul data itu sendiri.

Data ini diperoleh daripada rekod-rekod data yang telah

dikumpulkan oleh penyelidik lain dalam sector kerajaan,

swasta, atau agensi lain.

Data sekunder juga boleh digunakan untuk mencapai

objektif sesuatu kajian. Data sekunder telah disediakan

oleh para pengkaji dan penyelidik sebelumnya, dan ia

mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan yang perlu

diambil kira dalam sesuatu kajian. Antara kelebihannya

ialah :

a ) Ia mudah didapati

Memandangkan data sekunder biasanya dikumpul

secara berkala, contohnya

rekod disiplin pekerja di sesebuah

organisasi, maka penyelidik akan

mempunyai akses kepada kumpulan data yang

besar dan bermakna untuk

dijadikan sandaran dalam kajiannya.

Untuk data sekunder dalam syarikat,

pelajar yang bekerja di syarikat

Berkenaan pastinya boleh meminta

Jabatan Sumber Manusia untuk

membenarkan beliau melihat sendiri data

sekunder yang terkumpul itu.xli

b ) Ia murah/berkos rendah

Data sekunder sudah dikumpulkan dan kerana

itu penyelidik tidak perlu

mengeluarkan wang ke arah mengumpulkannya.

Kos yang terlibat mungkin

hanya untuk mencapai data berkenaan

kerana kerap kali pihak yang

menyimpan data tersebut, seperti agensi

pengiklanan dan jabatan kerajaan

mengenakan caj untuk penggunaan data.

Bagaimanapun, secara umumnya pembayaran

untuk mendapatkan data

sekunder lebih murah daripada membayar untuk

perkhidmatan kumpulan

yang mengumpul dan memproses data primer.

c ) Data sekunder adalah data yang tersedia . Selain

kos keewangan, masa dan

tenaga kerja dapat dijimatkan.

Bagaimanapun , terdapat kekurangan yang serius dalam

penggunaan data sekunder iaitu :

a ) Ia boleh menjadi usang

Data sekunder di kumpulkan pada masa lalu

dan biasanya menjadi semakin

kurang tepat dengan peredaran masa. Ini

kerana banyak perkara berlaku

sepanjang masa yang menyebabkan maklumat lama

tidak boleh lagi diguna

xlii

pakai. Contohnya, maklumat tentang cita rasa

rakyat Malaysia pada tahun

1970an tidak boleh diguna pakai dalam kajian

tentang cita rasa rakyat Malaysia

pada masa kini.

b ) Ia tidak menepati skop kajian semasa

contohnya, mungkin terdapat data sekunder tentang

cita rasa rakyat Malaysia

untuk lima tahun yang lalu, tetapi sekiranya

kajian yang sedang dijalankan

ialah mengenai cita rasa golongan

bumiputera, maka data sekunder itu

bersifat terlalu umum.

c ) Penyelidik yang menggunakan data sekunder mungkin

tidak dapat mengetahui

sama ada pengumpulan data tersebut telah

dilakukan dengan betul atau tidak.

Berbeza dengan data primer yang

penyelidik terlibat dalam proses

pengumpulan maklumat dan mempunyai

kawalan langsung ke atas

pengumpulan dan pemprosesan data, data sekunder

sudah siap dibukukan dan

tidak kemungkinan untuk penyelidik

mengetahui sama ada kaedah

pengumpulan dan pemprosesan data, atau data

itu sendiri, betul ataupun

sebaliknya.xliii

4.7.3 Jenis data sekunder

Data sekunder boleh dibahagikan kepada dua klasifikasi

iaitu data sekunder dalaman dan data sekunder luaran.

Data sekunder dalaman diperoleh daripada organisasi

tempat penyelidikan dijalankan manakala data sekunder

luaran diperoleh daripada sumber-sumber luar.

a ) Data Sekunder Dalaman

Sesebuah organisasi perniagaan yang

mempunyai Sistem Maklumat akan

mengumpul dan melaporkan secara

berterusan data-data dalaman yang

berfaedah dalam mengatasi masalah-masalah

yang berkaitan dengan

organisasi. Dengan menjangka jenis dan kotegori

data yang diperlukan secara

berterusan, firma sepatutnya menyediakan data

dalaman untuk digunakan oleh

kakitangan penyelidikan.

Pendek kata, pasukan penyelidik adalah pengguna

utama sistem ini dan akan

mempengaruhi firma untuk mengumpul data

dalaman secara berterusan.

Terdapat pelbagai maklumat yang dikumpul

dalam Sistem Maklumat.

bagaimanapun, jenis data yang

diperlukan bergantung kepada jenis

penyelidikan yang dijalankan.

xliv

Sebagai contoh, untuk penyelidikan

pemasaran, apabila maklumat yang

disenaraikan dianalisis atas dasar barangan,

pengguna atau tempat, seseorang

boleh memerhati, perubahan yang berlaku

dalam sesuatu jangka masa.

Piawaian boleh ditetapkan untuk menilai

bahagian yang berlainan dalam

sesuatu program pemasaran.

Misalnya, kemerosotan jualan untuk sesuatu

barangan mungkin disebabkan

oleh pengurusan tenaga jurujual yang lemah

tetapi dengan menganalisis

komisen yang dibayar terhadap barang yang

dijual mungkin menunjukkan

usaha jualan yang tidak seimbang kerana

ada barangan yang menerima

komisen yang lebih dan ada juga yang kurang.

b ) Data Sekunder Luaran

Data luaran melibatkan pengumpulan data

sekunder dari sumber luar

organisasi yang menjalankan kerja

penyelidikan. Sumber-sumber luaran ini

meliputi bahan percetakan yang mengandungi

statistik dari sektor awam dan

badan-badan swasta. Sumber-sumber data luaran

boleh dibahagikan seperti

xlv

berikut : sumber kerajaan, persatuan-persatuan

perdagangan, badan- badan

perniagaan, dan perpustakaan.

i ) Sumber Kerajaan

Sumber ini meliputi pelbagai data yang

dikumpulkan oleh agensi, jabatan dan

Kementerian kerajaan seperti Jabatan Perangkaan,

Kementerian Perdagangan

Dan Perindustrian, Kementerian Sumber Manusia

serta kementerian dan

Jabatan kerajaan yang lain. Selain itu, pihak

terbabit juga menerbitkan statistik

Dan mengumpul maklumat yang berfaedah kepada

organisasi perniagaan.

Jika maklumat yang di perlukan tidak

diterbitkan, adalah wajar kita

menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat

tersebut. Sebagai contoh

jika seseorang pengeluar ingin mengeluarkan

kereta tolak untuk bayi dan ingin

dan ingin mengetahui potensi pasaran tempatan

dari tahun ke tahun, dia boleh

memperoleh statistik yang berkaitan dengan jumlah

kelahiran yang dijangkakan

dari kementerian kesihatan. Pejabat Pendaftaran

atau Jabatan Perangkaan.

ii ) Persatuan Perdagangan dan Badan-badan

Perniagaanxlvi

Persatuan Perdagangan mempunyai maklumat am

yang berkaitan dengan

sesuatu jenis perniagaan yang mereka

wakili. Sesetengah persatuan

menawarkan perkhidmatan khas mengenai

pengumpulan statistik kepada ahli-

ahli mereka.

BAHAGIAN 5

ANALISIS KAJIAN

5.1 Analisis Kajian

A )Penyelidikan berdasarkan Data Sekunder(sumber dalaman

syarikat)

Berdasarkan data sekunder iaitu sumber dalaman syarikat

yang dikumpulkan sejak tahun 2009 hingga tahun 2011

melalui buku rekod pergerakkan kakitangan, buku rekod

cuti kakitangan serta kandungan fail laporan oleh

pegawai, diperolehi beberapa masalah disiplin dikalangan

kakitangan Pejabat Zakat Kulim untuk tempoh tiga tahun .

Terdapat 9 kes yang menghalang kelancaran sistem

pentadbirannya lebih bersifat dalaman , dimana para

pekerja kerapkali melakukannya seperti datang kerja lewat

pada tahun 2009 sebanyak 28 kes,30 kes tahun 2010 dan 25

kes bagi tahun 2011 menunjukkan angka penurunan,Manakala

kes ketidakhadiran pada tahun 2009 hanya 1 kes,meningkat

kepada 5 kes pada tahun 2010 dan empat kes pada tahun

2011.Kes merokok di pejabat ialah sebanyak 22 kes pada

xlvii

tahun 2009 ,8 kes pada tahun 2010 dan kembali meningkat

pada tahun 2011 sebanyak 23 kes.

Bagi kes pergaduhan berlaku satu kes pada tahun 2009 dan

tiada terdapat untuk tahun 2010 dan tahun 2011,manakala

kes melanggar peraturan pejabat mencatat dua kes pada

tahun 2009 ,tiada kes tahun 2010 dan satu kes pada tahun

2011. Dan bagi kes tidur waktu pejabat berlaku 2 kes pada

tahun 2009 ,3 kes pada tahun 2010 serta 6 kes pada tahun

2011.

Terdapat juga kes melibatkan penggunaan wang pejabat

dicatatkan pada tahun 2009 iaitu satu kes,pada tahun

2010 sebanyak tujuh kes dan empat kes pada tahun

2011.Manakala bagi kes dimana pekerja menjalankan urusan

peribadi ketika waktu pejabat dicatatkan berlaku sebanyak

empat kes pada tahun 2009 dan meningkat secara mendadak

pada tahun 2010 sebanyak 34 kes dan semakin meningkat

kepada 39 kes pada tahun 2011.

Berdasarkan kes-kes yang tersebut diatas, ianya

menjadikan jumlah catatan tahunan bagi kesemua kes

ialah,tahun 2009 sebanyak 83 kes,tahun 2010 ialah 102 kes

dan tahun 2011 ialah 117 kes .Angka ini menunjukkan satu

peningkatan yang semakin ketara ,dimana berlakunya tahap

kemerosotan disiplin di kalangan pekerja Pejabat Zakat

Cawangan Kulim,Kedah.

Jadual 5.1.1 : Statistik masalah disiplin pekerja tahun

2009

KES BULANxlviii

JAN

FEB

MAC

APR

ME

I

JU

N

JULA

I

OGOS

SEP

T

OKT

NOV

DIS

JUMLAH

Datang lewat 3 5 5 9 4 12 38Ketidakhadiran - - - - 1 - 1Cuti sakit 7 2 - 2 - 1 12Merokok di

pejabat

3 4 3 5 3 3 22

Pergaduhan - - 1 - - - 1Melanggar

peraturan

- 1 - -1 - - 2

Tidur waktu

bertugas

- - - - 2 - 2

Menggunakan

wang pejabat

- - - - - 1 1

Menjalankan

urusan peribadi

waktu pejabat

2 - - 1 - 1 4

Jumlah 15 12 9 18 10 18 83

Jadual 5.1.2 : Statistik masalah disiplin pekerja tahun

2010

KES BULANJAN

FEB

MAC

APR

ME

I

JU

JULA

I

OGOS

SEP

T

OKT

NOV

DIS

JUMLAH

xlix

NDatang lewat 7 4 5 6 3 5 30Ketidakhadiran - - 1 - 2 2 5Cuti sakit 2 2 1 2 4 4 15Merokok di

pejabat

3 - 5 - - - 8

Pergaduhan - - - - - - -Melanggar

peraturan

- - - - - - -

Tidur waktu

bertugas

1 2 - - - - 3

Menggunakan

wang pejabat

- - - 2 2 3 7

Menjalankan

urusan peribadi

waktu pejabat

5 2 5 7 8 7 34

Jumlah 18 10 17 17 19 21 102

5.1.3 : Statistik masalah disiplin pekerja tahun 2011

KES BULANJAN

FEB

MAC

APR

ME

I

JU

N

JULA

I

OGOS

SEP

T

OKT

NOV

DIS

JUMLAH

Datang lewat 2 6 7 4 3 3 25Ketidakhadiran 1 - 3 - - - 4

l

Cuti sakit 2 2 5 4 1 1 15Merokok di

pejabat

3 4 5 4 2 5 23

Pergaduhan - - - - - - -Melanggar

peraturan

- 1 - - - - 1

Tidur waktu

bertugas

- 1 - - 5 - 6

Menggunakan

wang pejabat

1 - - - 3 - 4

Menjalankan

urusan peribadi

waktu pejabat

6 3 3 7 9 11 39

Jumlah 15 17 23 19 23 20 117Sumber : Rekod dalaman Pejabat Zakat Cawangan Kulim

Perbandingan jumlah kes-kes kemerosotan disiplin para

pekerja yang berlaku di Pejabat Zakat cawangan Kulim

untuk tempuh tiga tahun ialah, pada tahun 2009 sebanyak

83 kes dicatatkan iaitu 7% peningkatan dari tahun

sebelumnya ,dan pada tahun 2010 jumlah kes yang

dicatatkan meningkat sebanyak 23% kepada 102 kes,manakala

pada tahun 2011 meningkat lebih 13% menjadi 117 jumlah

kes.

5.1.4 Graf : Perbandingan Jumlah Kemerosotan Disiplin

Bagi Tempuh 3 Tahun

li

TAHUN 2009 TAHUN 2010 TAHUN 20110

20

40

60

80

100

120

140

Graf diatas menunjukkan terdapat perbezaan yang

ketara ,berlakunya peningkatan kes-kes kemerosotan

disiplin dari kalangan pekerja-pekerja di Pejabat Zakat

Cawangan Kulim bagi tempuh tiga tahun.

5.1.5 Status Perkhidmatan Responden

Data yang diperolehi hasil temu bual serta borang kaji

selidik yang dikumpul ,menunjukkan status perkhidmatan

pekerja merupakan asas kepada masalah yang dibincangkan,

memandangkan wujud satu golongan pekerja secara tetap dan

satu kelompok pekerja secara kontrak menjadikan kedua-dua

kelompok ini terpisah dari peraturan atau etika kerja,

walaupun mereka melakukan tugas yang sama.

Berdasarkan maklum balas yang diterima ,didapati golongan

paling bermasalah , ,terdiri daripada pekerja yang

dilantik bertugas secara kontrak bagi tempoh satu bulan

bagi setiap perlantikan(Amil Fitrah),mereka dilantik ataslii

persetujuan jawatankuasa masjid-masjid berpandukan

peribadi mereka di Kampong, tanpa latihan khusus yang

diberikan dari sudut perundangan,keewangan, pentadbiran

menyebabkan mereka seringkali melakukan kesilapan

terhadap perkara berkaitan.Lebih-lebih lagi bilangan Amil

fitrah adalah paling banyak jumlahnya .

Penyumbang kedua keatas kemerosotan disiplin di Pejabat

Zakat Cawangan kulim ialah di kalangan pekerja yang

dilantik secara kontrak dari golongan Amil Zakat Harta

dan Padi.Kumpulan ini dilantik untuk tempuh tiga tahun

bagi setiap perlantikan,jumlah mereka seramai 32

orang,perbalahan atau pertengkaran berlaku diantara

mereka apabila terjadi perlanggaran kawasan sesama

mereka,namun dalam beberapa keadaan mereka juga memusuhi

Amil Zakat Fitrah terutama berkaitan dengan pengagihan

semula bantuan zakat.

Turut terlibat dalam masalah kemerosoton disiplin ialah

para pekerja yang dilantik secara tetap.Pekerja tetap di

Pejabat Zakat Cawangan Kulim seramai 4 orang sahaja.

Mereka terlibat secara keseluruhannya terhadap semua

aktiviti-aktiviti zakat di peringkat cawangan,dengan

jumlah mereka yang terhad menyebabkan banyak urusan

permohonan tidak dapat diselesaikan.Andai terdapat

pekerja yang bercuti atau menghadiri kursus akan berlaku

kesesakan di kaunter Cawangan Kulim yang kadangkala

membawa kepada terjadinya ketegangan diantara pekerja

dengan pelanggan .

liii

Selain dari beberapa faktor yang disebutkan

diatas,situasi politik semasa juga turut menyumbang

kepada keadaan tidak selesa di Pejabat Zakat Cawangan

Kulim lebih-lebih lagi apabila wujudnya campurtangan dari

orang-orang politik untuk cuba mengatur agihan bantuan

zakat .Dengan berlakunya beberapa keadaan tersebut

menyebabkan sesetengah pekerja melakukan kerja dengan

tidak ikhlas.

Inilah beberapa keadaan yang berlaku dalam menyumbang

kepada semakin meningkatnya kemerosotan disiplin para

pekerja di Pejabat Zakat cawangan Kulim untuk tiga tahun

kajian atau penyelidikan mengenainya dijalalankan.

5.1.6 Gambarajah Status Perlantikan Responden

60

30

10

Status Perlantikan

Amil zakat fitrahAmil zakat harta/padiKakitangan pejabat

Gambarajah di atas menunjukan jumlah peratusan kes-kes

kemerosotan disiplin yang berlaku di Pejabat Zakat

Cawangan Kulim seperti huraian sebelum ini :

liv

a – Warna biru mewakili 60% kes yang

dilakukan oleh Amil Zakat Fitrah

(pekerja yang dilantik secara kontark untuk

tempuh 1 bulan)

b – Warna merah mewakili 30% kes yang dilakukan

oleh Amil Zakat Harta dan

Padi(perlantikan bagi tempuh 3 tahun setiap

kali secara kontrak)

c – Warna hijau ialah kesalahan oleh pekerja

tetap yang bertugas di pejabat 5.2 Struktur Bahagian 5

5.2.1 Kekurangan Penyeliaan

Setiap organisasi yang berkalibar, menjadi asas

pertadbirannya ialah penyeliaan terhadap kakitangan

dilakukan secara tersusun, jika tiada pemantauan secara

berkala dilaksanakan nescaya timbul beberapa perkara yang

tidak dijangka dalam syarikat tersebut. Bermula dari

Pengarah syarikat ,penyeliaan mesti dibuat sehingga

kepada pekerja paling terendah pangkatnya, ini boleh

menjadikan setiap pekerja sentiasa bersedia melakukan

kerjanya secara lebih jujur.

Di Pejabat Zakat Cawangan Kulim semenjak 3 tahun lalu

tiada penyeliaan berkala dilakukan oleh pihak atasan

terhadap kakitangan mereka ,butiran ini didapati melalui

semakan dalam buku daftar lawatan yang di

sediakan ,dimana tidak terdapat tandatangan oleh Pengarahlv

,manakala terdapat catatan satu kehadiran oleh penolong

pengarah dan 4 catatan lagi oleh pekerja dari Ibu

Pejabat bagi menjalankan kerja-kerja yang perlu dan bukan

berkaitan penyeliaan .

Untuk kakitangan kontrak, tiada penyeliaan dilakukan oleh

pihak eksekutif dari ibu pejabat, keadaan ini menjadikan

tugasan mereka tidak konsisten terhadap kepentingan zakat

, adakalanya berlaku beberapa kesilapan melibatkan

kutipan dan agihan yang tersasar dari keadaan sebenar

seperti kehilangan resit, penggunaan wang syarikat,

kronisame dan sebagainya.

Berdasarkan kes-kes seperti di atas,amalan penyeliaan

wajar di budayakan sebagai ketetapan kerja di setiap

organisasi supaya pembentukan sifat amanah serta jujur

setiap pekerja dapat dihasilkan dan akhirnya menjadikan

setiap orang pekerja lebih bertanggungjawab dengan kerja

masingimasing.

5.2.2 Kekurangan Kemudahan Asas

Kemudahan asas ialah satu keperluan yang wajib disediakan

oleh pihak pengurusan kepada kakitangan mereka supaya

mendapat hasil kerja yang terbaik. Penyediaan segala

bentuk keperluan asas seperti tempat kerja bersesuaian

umpama kaunter , tempat duduk pekerja yang selesa,bilik

air yang sempurna atau sebaginya amat perlu untuk

melahirkan pekerja yang baik.

Sebaliknya, apa yang dilihat di Pejabat Zakat cawangan

Kulim tiada segala kemudahan tersebut malahan para

pekerja terpaksa menunggu giliran untuk menggunakanlvi

tandas dan terpaksa bergilir-gilir juga untuk menggunakan

tempat beribadat, juga ketiadaan kaunter menerima serta

membayar bantuan menjadikan para pekerja amat tertekan

apabila berhadapan dengan setiap pelanggan yang datang

berurusan.

Kekangan disebabkan oleh kekurangan kemudahan asas juga

menjadikan setiap pekerja berebut-rebut untuk melakukan

sesuatu kerja yang akhirnya boleh mewujudkan rasa kurang

senang sesama mereka ,rasa kecil hati dan rasa terpinggir

serta beberapa masalah lain lagi.

Sekiranya pihak bertanggunjawab kerap melakukan

penyeliaan ke atas para pekerja, mereka dapat melihat

serta merasakan dimana perlu disediakan kemudahan yang

dapat memberi keselesaan kapada pekerja mereka seterusnya

dapat membentuk satu pasukan pekerja yang bermotivasi

dalam melaksanakan urusan masing-masing.

5.2.3 Kekurangan Latihan

Latihan adalah sumber baru bagi setiap pekerja dalam

melakukan kerja buat , melalui latihan yang diberikan,

para pekerja didedahkan oleh satu sistem kerja lebih

cekap dan tepat. Sesuai dengan perkembangan

semasa ,latihan begitu penting terhadap setiap pekerja

untuk bersaing didalam apa juga industri yang diceburi,

memandangakan setiap saat dunia akan berubah.

Faktor kurangnya latihan kepada para pekerja menjadikan

mereka sering ketinggalan dalam dunia industri. Terdapat

beberapa istilah latihan seperti kursus,seminar, taklimat

yang diberikan kepada boleh membentuk beberapa perubahanlvii

sistem kerja yang baik, di Pejabat Zakat Kulim keadaan

seperti ini tidak berlaku, para pekerja ketinggalan dalam

beberapa keadaan tertentu seperti amalan lima S ,S O P

atau sebagainya, sekaligus keadaan ini menjadikan mereka

jauh ketinggalan dalam perkembangan terkini.

Latihan merupakan pendedahan terhadap satu sistem kerja

yang terkini, dan ianya amat penting dalam menggerakkan

sebuah pasukan kerja yang bersefahaman sakaligus

berilmu , hal ini boleh menjadikan para pekerja dapat

menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa dalam

menjalankan tanggung jawab mereka mencapai tujuan

syarikat.

5.2.4 Tiada Pusingan Kerja

Pusingan kerja dilakukan terhadap para pekerja

berdasarkan bidang yang mereka berkemahiran dengannya.

Pusingan atau pertukaran tempat kerja berlaku didalam

kawasan atau di luar kawasan bagi mengelakkan pekerja

merasa bosan atau untuk menjadikan pekerja menjalankan

tugas dengan lebih bermotivasi di tempat yang baharu atau

sebagainya. Pusingan kerja juga dilakukan bukan untuk

memberi tekanan kepada pekerja namun sebaliknya ialah

supaya mereka lebih bermotivasi terhadap kerja.

Semenjak tahun 2009 tidak berlaku pusingan kerja, pada

tahun 2010 dan tahun 2011 masing-masing berlaku satu

pusingan kerja bagi jawatan pegawai dan pembantu pegawai,

namun masih terdapa pekerja yang bertugas lebih 17 tahun

masih kekal dengan tugasannya sehingga hari ini, keadaan

ini boleh menjadikan mutu kerja seseorang itu tiadalviii

peningkatan atau terjadi satu keadaan lain yang boleh

merugikan jabatan berkenaan.

Tanpa berlakunya keadaan seperti pusingan kerja , misi

dan visi Pejabat Zakat Cawangan Kulim tidak dapat berlaku

dengan cepat atau sempurna tanpa berlaku keadaan pusingan

kerja terhadap para pekerja yang dilakukan dengan penuh

berhemah serta bertanggunjawab.

5.2.5 Masalah KomunikasI

Komunikasi berlaku dalam beberapa bentuk atau

keadaan ,antaranya secara bersemuka , melalui alat

telekomunikasi atau di dalam majlis-majlis tertentu. Bagi

menyatakan sesuatu maksud atau arahan ,komunikasi amat

penting kerana jika tersalah atau kabur sesuatu berita

tersebut ,kesannya akan dihadapi oleh sesebuah

organisasi.

Sering berlaku di Pejabat Zakat Kulim ,masalah berkaitan

komunikasi ,disebabkan oleh keadaan alam seperti terputus

bekalan elektrik ,gangguan talian telefon dan peralatan

yang rosak, ini manjadikan sesuatu kes itu lambat

diproses. Para pekerja juga tidak disediakan kenderaan

khas untuk menjalankan tugas-tugas penting seperti

membuat siasatan ,keluar berceramah, mendapatkan orang-

orang tertentu , untuk menyelesaikan beberapa perkara

tertentu.

Kurangnya komunikasi di antara pihak dari ibu pejabat

dengan pihak dari cawangan untuk berbincang dalam hal-hal

berkaitan urusan organisasi juga berlaku masalah teknikal

terhadap peralatan-peralatan penting serta tiadalix

kelengkapan yang disediakan boleh membentuk satu keadaan

komunikasi yang lemah di cawangan Kulim dan seterusnya

menjejaskan imej Pejabat Zakat Cawangan Kulim.

BAHAGIAN 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Kesimpulan

Berdasarkan kajian yang dijalankan,berikut ialah

kesimpulannya :

1. Kadar kemerosotan disiplin pekerja di Pejabat Zakat

Zakat Kulim,Kedah

dalam tempoh tiga tahun lepas,iaitu tahun

2009, 2010 dan 2011 ialah

masing-masing 7%, 23% dan 13% ,menunjukkan

peningkatan.

2. Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kadar

kemerosotan disiplin

ialah kurangnya penyeliaan dilakukan terhadap

pekerja untuk tiga tahun

lepas, kurangnya komunikasi pihak atasan dengan

pekerja bawahan seolah

olah tiada penghargaan diberikan, kurangnya

latihan diberikan kepada

tentang tanggungjawab yang harus dipikul

berkaitan pekerjaan, penyediaan

kemudahan asas tidak lengkap boleh

menimbulkan perbalahan sehingga

lx

menjadi besar dan tiadanya pusingan kerja

dilakukan dari tahun 2009

manakala tahun 2010 satu pusingan sahaja serta

tiada dalam tahun 2011.

3. Keadaan kemerosotan disiplin ini menjejaskan

aliran kerja dan prestasi

organisasi dalam tempoh tahun memandangkan

terdapat kes pecah amanah

oleh pekerja pada tahun 2010 ,aduan

termasuk melibatkan SPRM serta

penurunan hasil kutipan zakat fitrah dari Masjid

Taman Selasih dalam tahun

2011.

4. Sebagai usaha penyelesaian terhadap peningkatan

kes kemerosotan disiplin

pekerja adalah dicadangkan supaya pihak

pengurusan Jabatan Zakat dapat

membentuk sabuah pasukan khas di bawah unit

sumber manusia, turun ke

semua cawangannya bagi memantau serta

meneliti segala bentuk aktiviti

organisasi yang dijalankan oleh setiap pekerja

secara mendalam,memahami

masalah yang diperlukan oleh semua pekerja .

6.2 Cadangan

Bagi mengatasi masalah kemerosotan disiplin pekerja yang

semakin meningkat di Pejabat Zakat Cawangan Kulim,pihaklxi

pengurusan harus menyusun semula sistem pentadbiran di

semua peringkat bagi memastikan setiap keperluan pekerja

dapat dipenuhi,penyediaan prasarana yang lengkap serta

kefahaman menyeluruh terhadap tanggungjawab yang

diberikan dapat menjamin kualiti disiplin pekerja dan

sekaligus dapat meyakinkan orang ramai untuk datang

berurusan.

Untuk memastikan kualiti disipiln pekerja sentiasa

terjamin pada masa akan datang, penyeliaan keatas setiap

orang pekerja lebih kerap ,harus dilakukan oleh pihak

yang berotoriti untuk mengawasi tahap kerja yang

diberikan.Pada masa yang sama pihak pengurusan juga harus

memastikan pusingan kerja dilaksanakan secara berkala

dalam memastikan setiap pekerja tidak berkepentingan

menjalankan urusan kerjanya dengan orang ramai, namun

setiap pusingan kerja yang dibuat haruslah bersesuaian

serta tidak menekan pekerja,menjadikan mereka terhibur

dengan suasana kerja yang baru.

Dalam mengekalkan tahap disiplin pekerja juga,pihak

pengurusan wajar memberi latihan,kursus atau seumpamanya

kepada pekerja supaya mereka lebih memahami sistem kerja

yang semakin berubah ,menjadikan mereka dapat membuat

segala urusan dengan penuh yakin serta menepati masa yang

ditetapkan.Dalam pada itu, penyediaan peralatan kerja

yang lengkap dan persekitaran kerja yang sempurna

membuatkan mereka lebih selesa dan terjamin ketika

menjalankan tugas.

lxii

Rasa terjamin dan selesa ketika menjalankan tugasan

masing-masing menjadikan setiap pekerjaan yang dilakukan

itu lebih bermutu, setiap hasil kerja yang berkualiti

akan dinilai oleh masyarakat disekelilingnya dengan

senyuman, hasil dari kepuasan yang dirasakan ketika

berurusan, keadaan akan meningkatkan lagi imej Pejabat

Zakat Cawangan Kulim .

Rujukan : Modul Eksekutif Pengurusan UMCced (2010) dan

(2011) ,Pengurusan,Pengurusan Sumber Manusia,Tingkah Laku

organisasi ,Prinsip & Pengamalan Pengurusan dan panduan

kertas Projek.

Zainuddin Zakaria,Ahmad Nazula @Marzuki

Yaakob.kepentingan akhlak Islam dalam Perkhidmatan

Pelanggan Yang berkualiti,Seminar Keusahawanan Islam II,

(2010).lxiii

Wan Mohd Ruzlan Wan Omar,Pekerja abai etika kerja,tak

amanah khianati akujanji,

epondok di Mei 7,2012.

Norah Hj Mohd Zain,Pengurusan sumber manusia Mei 2002.

lxiv


Recommended