+ All Categories
Home > Documents > Sejarah Pemikiran Ekonomi: Mazhab Neo-Klasikal

Sejarah Pemikiran Ekonomi: Mazhab Neo-Klasikal

Date post: 25-Apr-2023
Category:
Upload: uum
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
16
TUGASAN KUMPULAN (MID-SEM) DISEDIAKAN UNTUK: LT. KOL. PROF. DR. ABDUL RAZAK BIN CHIK SEJARAH PEMIKIRAN EKONOMI (BEES3033)
Transcript

TUGASAN KUMPULAN(MID-SEM)

DISEDIAKAN UNTUK:LT. KOL. PROF. DR. ABDUL RAZAK BIN CHIK

SEJARAH PEMIKIRAN EKONOMI

(BEES3033)

DISEDIAKAN OLEH:MOHD NOR AZIZI BIN ISMAIL

227388MUHAMAD HAFIZUDDIN BIN AB RAHAMAN

227647

TERAS UTAMA MAZHAB NEO-KLASIKAL DAN KRITIKAN DARIPADA PENDEKATAN INSTITUSI KE ATASNYA

Mazhab Neo-Klasikal merupakan lanjutan daripada mazhab Klasikal dan Marginalis.

‘Neo’ bermaksud baru, maka fahaman Neo-Klasikal ini bermaksud pembaharuan terhadap mazhab Klasikal.

Mazhab ini bermula di England pada tahun 1842 sehingga 1924.

Perkembangan pemikiran Neo-Klasikal adalah bertujuan untuk mengembangkan fahaman ekonomi laissez faire yang dibawa oleh pemikiran Klasikal.

Tokoh-tokoh pemikir mazhab ini berusaha untuk menambah baik dan mengembangkan lagi teori-teori yang dibawa oleh tokoh mazhab Klasikal dan Marginalis.

Namun begitu, idea-idea mereka tetap mendapat kritikan oleh pemikir ekonomi daripada aliran lain iaitu pendekatan Institusi.

PENGENALAN

Kemunculan mazhab Neo-Klasikal ini banyak didorong oleh pemikiran tokoh mazhab Marginalis pada abad ke-19.

Pembaharuan yang dibuat oleh tokoh mazhab ini adalah dengan menggunakan pendekatan kepuasan marginal.

Idea-idea utama yang dikemukakan oleh tokoh mazhab ini adalah seperti penentuan tingkat harga, analisis kewangan, dan teori-teori tentang pasaran.

Tokoh pemikiran Neo-Klasikal lebih menekankan peranan wang dalam ekonomi berbanding tokoh Marginalis.

Dalam analisis konsep margin, tokoh mazhab ini menggunakan pendekatan matematik dalam menyelesaikan isu-isu ekonomi yang timbul.

Jadi, sebahagian besar idea yang dibawa oleh tokoh mazhab ini adalah kesan daripada pemikiran mazhab Marginalis.

LATAR BELAKANG

1. Herman Heinrich Gossen (1810-1858)Gossen merupakan pelopor awal yang membawa perkembangan mazhab Neo-Klasikal yang berasal daripada Jerman.

Sumbangan Gossen yang yang dapat dilihat dalam mazhab ini adalah mengenai dua hukum yang beliau perkenalkan iaitu hukum Gossen pertama dan kedua.

Hukum Gossen yang pertama menerangkan tentang teori pulangan sut berkurang.

Hukum Gossen yang kedua pula menjelaskan tentang pilihan optimum (MUx/Px=MUy/Py).

Walaupun Gossen dikenali sebagai tokoh pemikir mazhab Marginalis, namun idea-idea beliau merupakan perintis awal kepada kemunculan mazhab Neo-Klasikal ini.

SUMBANGAN TOKOH NEO-KLASIKAL

2. Alfred Marshall (1842-1924)Dilahirkan pada 26 Julai 1842 di London, England.Merupakan salah seorang tokoh ekonomi yang terkenal.

Beliau menulis buku ‘Principles of Economics’ yang menjadi rujukan utama pada tahun 1890. Buku ini menerangkan tentang teori permintaan dan penawaran, utiliti sut, dan kos pengeluaran.

Sumbangan:a) Konsep utiliti dan permintaan Beliau menjelaskan konsep utiliti sut berkurang yang mana pertambahan terhadap penggunaan sesuatu barang akan menyebabkan utiliti sut bagi penggunaan barang itu akan semakin berkurang sehingga nilainya menjadi negatif.

Jumlah permintaan terhadap sesuatu barang akan meningkat apabila harga barang tersebut jatuh dan ini menunjukkan bahawa hubungan antara kuantiti permintaan dengan harga barang itu adalah negatif.

b) Teori gelagat pengguna Teori ini menerangkan tentang bagaimana kelakuan seseorang pengguna itu membelanjakan pendapatannya dalam penggunaan sesuatu barangan dan perkhidmatan.

Tujuan utama untuk memahami teori ini adalah untuk melihat bagaimana seseorang pengguna itu memaksimumkan utilitinya.

3 andaian bagi teori ini:i. Pengguna mengetahui keutamaan tentang sesuatu

barangan.ii.Pengguna bertindak berdasarkan sumber yang tepat.iii.Pengguna memilih secara rasional terhadap pilihan

yang dianggap dapat memaksimumkan utiliti mereka.c) Konsep lebihan pengguna Lebihan pengguna merupakan perbezaan di antara jumlah harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dengan jumlah harga sebenar yang perlu dibayar oleh mereka.

Rajah di atas menunjukkan keluk permintaan pada harga pasaran P0 dan kuantiti pasaran Q0. P1 merupakan harga yang sanggup dibayar oleh pengguna. Jumlah lebihan pengguna adalah sebanyak P0P1E yang berada dalam kawasan berwarna ungu.

× (P1 ‒ P0) × Q

Formula untuk mengira lebihan pengguna:

d) Permintaan dan penawaran dalam pasaran.

3. Irving Fisher (1867-1947)Beliau merupakan seorang pakar dan pelopor kaedah kuantitatif dan teknik matematik dalam menyelesaikan permasalahan dalam ekonomi.

Fisher merupakan pelopor bagi teori kuantiti wang.

Teori kuantiti wang ini dijelaskan melalui persamaan MV=PT.

Dalam menjelaskan lagi tentang teori ini, Fisher membuat tiga andaian. Antaranya:

a) Ekonomi sentiasa berada dalam keadaan guna tenaga penuh.

b) Halaju peredaran wang (V) adalah tetap.c) Jumlah urusniaga (T) adalah tetap.

4. Edward Hasting Chamberlin (1899-1967)Tokoh ini merupakan seorang pakar ekonomi yang dilahirkan di Washington pada tahun 1899.

Sumbangan utama beliau adalah dalam mengemukakan konsep pasaran monopolistik.

Ciri-ciri pasaran monopolistik (bermonopoli): a) Firma yang banyak.b) Barangan yang boleh dibezakan (pengganti

hampir).c) Kebebasan firma untuk keluar masuk dalam

pasaran.d) Wujud persaingan bukan harga.Chamberlin juga menerangkan dua keadaan keseimbangan firma yang terdapat dalam pasaran ini iaitu pada masa jangka pendek dan pada masa jangka panjang.

Tiga keadaan keseimbangan pasaran bagi firma dalam jangka pendek iaitu:

a) Keseimbangan pasaran firma yang menikmati untung lebih normal yang mana jumlah hasil firma melebihi jumlah kosnya (TR>TC).

b) Keseimbangan pasaran firma yang mendapat untung normal atau pulang modal yang mana jumlah hasil firma sama dengan jumlah kosnya (TR=TC).

c) Keseimbangan pasaran firma yang menanggung kerugian atau untung kurang normal yang mana jumlah hasil firma kurang daripada jumlah kosnya (TR<TC).

Firma yang rugi akan keluar dari pasaran kerana tidak mampu untuk bersaing dengan firma lain, jadi dalam jangka masa panjang firma yang kekal dalam pasaran hanya akan memperolehi untung normal sahaja.

1. Penolakan idea bahawa pengguna adalah raja. Thorstein Veblen menyangkal konsep kebebasan mutlak yang dimiliki oleh individu. Bagi Veblen, jika pengguna mempunyai kebebasan yang terlalu tinggi dalam ekonomi, ianya akan membawa kepada penindasan. Beliau menganggap teori yang dibawa oleh pemikir Neo-Klasikal adalah tidak saintifik kerana penglibatan kerajaan adalah minimum.

2. Konsep evolusi dalam ekonomi adalah tidak relevan.

Veblen menganggap pemikir mazhab ini hanya membuat kajian tentang perubahan keadaan ekonomi secara umum tanpa mengemukakan hujah-hujah yang kuat bagi menyokong andaian yang dibuat oleh mereka.

KRITIKAN OLEH PENDEKATAN INSTITUSI KE ATAS MAZHAB NEO-KLASIKAL

3. Faktor-faktor tetap dalam teori penentuan harga. Pemikir mazhab ini menyatakan bahawa faktor citarasa, keutamaan bagi seseorang pengguna, dan teknologi adalah tetap dalam pasaran. Namun, Veblen menyatakan pemikir mazhab ini perlu lebih menekankan kepada kajian tentang sejauh mana faktor tetap ini mempengaruhi penetapan harga dalam pasaran.

4. Kos pengeluaran dan harga barang. Menurut pandangan Neo-Klasikal, firma akan mengeluarkan barang pada kos yang paling minimum untuk memaksimumkan keuntungan mereka. Harga barang ditentukan melalui mekanisme pasaran. Veblen menganggap bahawa firma ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tetapi kebajikan sosial diabaikan. Walaupun kos pengeluaran rendah, namun harga barang mungkin tinggi. Keadaan ini akan menjejaskan kebajikan pengguna yang terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap sesuatu barangan walaupun kos pengeluarannya adalah rendah.

5. Penolakan idea pasaran persaingan sempurna (PPS). Veblen menyatakan bahawa kuasa monopoli akan wujud dalam pasaran bagi mengawal tingkat harga dan mengehadkan pengeluaran. Beliau menambah bahawa persaingan yang berlaku antara firma dalam pasaran akan membawa kepada ketidakstabilan dalam industri yang mana akan mendorong kepada masalah ekonomi. Mana-mana firma cenderung untuk melakukan sabotaj terhadap pasaran jika setiap firma mempunyai kuasa untuk mengawal kegiatan mereka dalam pasaran.

6. Kajian ekonomi yang tidak mengambil kira pendekatan normatif.

Pemikir pendekatan Institusi menganggap teori-teori yang dikemukakan oleh pemikir mazhab Neo-Klasikal lebih tertumpu kepada kajian yang berbentuk deskriktif semata-mata tanpa mengambil kira kaedah kajian ekonomi normatif.

Kesimpulannya, mazhab Neo-Klasikal ini merupakan lanjutan daripada pemikiran ekonomi Klasik dan Marginalis. Mazhab ini banyak memberi sumbangan kepada pemikiran ekonomi sewaktu kemunculannya pada akhir abad ke-19.

Tokoh-tokoh mazhab ini banyak menggunakan pendekatan matematik dalam pelbagai teori yang dikemukakan oleh mereka.

Teori-teori yang dikemukakan banyak menepati keadaan ekonomi semasa pada era perkembangannya.

Namun begitu, mazhab ini dikritik hebat oleh pendekatan Institusi yang mempersoalkan sejauh mana kerelevanan teori-teori yang dibawa oleh pemikir Neo-Klasikal ini.

RUMUSAN


Recommended